RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Aishah Ilias Putus Cinta Kerana Berlakon 'Cinta Ibadah'

Posted: 27 Nov 2014 05:55 PM PST


Aishah semakin dikenali sejak membintangi drama bersiri Cinta Ibadah.
KUALA LUMPUR: Pelakon Aishah Ilias mendedahkan perkenalannya dengan seorang pemuda terputus gara-gara kesibukannya dalam penggambaran drama bersiri Cinta Ibadah yang memerlukan dia berada di lokasi hampir setiap hari sejak Mac lalu.

Aishah, 27, berkata, dia mengenali individu berkenaan sebelum terlibat dalam drama 130 episod itu namun hubungan mereka tidak menjadi gara-gara pemuda tersebut tidak memahami kerjayanya sebagai pelakon.

"Dia orang biasa dan tidak faham jadual dan tugas saya sebagai pelakon, tambahan pula saya terlibat dalam drama bersiri itu sebanyak 130 episod.

"Jadual saya memang padat sehingga dapat berehat dua hari sahaja dalam sebulan dan selebihnya berada di set seawal pukul 7 pagi dan berakhir 12 tengah malam," katanya kepada mStar Online.

Aishah ditemui pada majlis selesai penggambaran Cinta Ibadah di Flora Terrace di sini pada malam Rabu lalu.

Selain Aishah drama yang sedang ditayangkan di Astro Maya HD itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Fattah Amin, Sherry Ibrahim dan Raja Ilya.

Dalam pada itu, Aishah berkata, dia tidak menyalahkan lelaki itu mengambil keputusan menjauhkan diri daripadanya kerana ia adalah pilihan terbaik buat mereka berdua.

Tambah Aishah, dia sendiri tidak yakin dapat mengekalkan hubungan berkenaan sekiranya mereka bercinta kerana tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian.

"Hampir setahun terlibat dalam Cinta Ibadah saya memang tiada kehidupan peribadi dan kerja adalah teman paling rapat. Lelaki yang ingin berkenalan dengan saya pun lari. Nasib baik kami belum bercinta... Hahaha.

"Saya sendiri sebenarnya tidak sedar sebelum ini tentang komitmen yang perlu saya patuhi apabila bersetuju berlakon dalam drama ini. Ia bukan main-main dan perlu memberikan tumpuan seratus peratus," ujarnya.

Sementara itu, Aishah berkata, biarpun berasa penat berlakon dalam Cinta Ibadah tetapi dia mengakui ia antara pengalaman hebat sepanjang bergelar artis.

Dia juga berjaya mengasah bakat lakonannya dengan lebih baik iaitu teknik yang betul selain dapat mempelajari selok-belok kerja produksi.

"Macam-macam yang saya lalui sepanjang menjalani penggambaran drama bersiri ini termasuklah perkara baik dan buruk tentang industri lakonan.

"Bagaimanapun saya ambil perkara itu sebagai satu ilmu yang dapat membantu saya pada masa hadapan," ujarnya.

Tambah Aishah, sejak drama itu ditayangkan dia mendapat pelbagai tawaran daripada syarikat produksi namun terpaksa menolak kerana terikat dengan jadual drama itu.

Dalam perkembangan lain, Aishah berkata, buat masa ini dia ingin berehat seketika daripada dunia lakonan dan merancang bercuti bersama keluarganya sebelum kembali aktif.

"Hampir setahun saya jarang bersama keluarga dan ini adalah masanya saya ganti balik dengan membawa mereka bercuti sebelum kembali berlakon.

"Ibu saya ingin melawat negeri Melaka dan saya akan bawa dia ke sana nanti," ujarnya.

Bapa Mia Sara Bengang Anak Dituduh Hipokrit

Posted: 27 Nov 2014 05:53 PM PST


Mia Sara dikatakan bersikap hipokrit.
PETALING JAYA: Bapa kepada pelakon Mia Sara iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berasa terkejut apabila anaknya itu terkait dengan gosip kononnya bersikap hipokrit.

Ridhuan berkata, dia berasa pelik dengan segelintir pihak yang sanggup bercakap buruk dan menyebarkan gosip mengenai Mia yang baru berusia sembilan tahun, seperti pelakon-pelakon dewasa lain.

"Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah atau terkilan dengan gosip yang timbul kerana ia semestinya tidak benar. Rasa kelakar pula, dengan budak kecil yang masih tidak faham apa-apa pun orang nak jadikan bahan gosip.

"Tidak mengapa, orang bercakap, kita yang dapat pahala. Saya akan tuntut di akhirat nanti," katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.

Sebuah akhbar mingguan pada 23 November lalu menerusi ruangan pojok melaporkan Mia bersikap hipokrit apabila membuat kenyataan kononnya mengagumi kejayaan pelakon cilik, Balqis yang menang Pelakon Wanita Terbaik di majlis Anugerah Skrin 2014 pada 7 November lalu.
Ridhuan akan memastikan Mia tidak akan menyusahkan pihak lain dalam kerja-kerja penggambaran.  
Sedangkan Mia dilaporkan tidak menegur atau bercakap dengan Balqis ketika mereka bekerjasama dalam produksi yang sama sebelum ini.

Sementara itu, Ridhuan berkata, dia sememangnya mendidik Mia untuk tidak terlalu banyak bercakap ketika menjalani penggambaran kerana risau tingkah laku anaknya itu mengundang rasa kurang senang terhadap pihak lain.

Malah, bagi memudahkan perjalanan penggambaran, dia turut menyediakan semua kelengkapan termasuklah set barangan solek, beg dan baju  sendiri selain ada orang menjaganya sepanjang berada di lokasi penggambaran.

"Apabila saya sediakan segala kelengkapan untuk Mia, itu pun dah ada orang bercakap kononnya nampak 'poyo'. Walhal saya mahu memudahkan lagi perjalanan produksi dan tidak mahu kerana anak saya, orang lain pula bermasalah.

"Pada masa sama saya turut memberitahu Mia untuk tidak banyak bercakap di set dan hanya fokus pada kerja. Dan yang paling penting jangan menyampuk apabila orang sedang bercakap.

"Sebagai seorang bapa yang tidak selalu menemani Mia di set, sudah pasti saya akan berasa risau, kerana anak kecil itu sedang belajar setiap perkara yang ada di persekitarannya," Muhammad Ridhuan.

Fouziah Gous Tidak Tertekan Belum Timang Anak

Posted: 27 Nov 2014 05:51 PM PST


Fouziah dan suaminya, Zhafran
KUALA LUMPUR: Pelakon Fouziah Gous tidak berasa tertekan untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat selepas setahun mendirikan rumah tangga bersama Zhafran Yusof, 31.

Fouziah, 31, berkata, kedua-dua mereka masih lagi berada dalam suasana berbulan madu dan melalui proses belajar mengenali hati budi masing-masing.

"Saya tidak pernah rasa tertekan untuk dapat cahaya mata kerana saya rasa usia perkahwinan kami masih baru dan kami dalam keadaan berbulan madu.

"Kami jenis bercinta selepas kahwin, jadi buat masa ini masih lagi belajar tentang diri masing-masing dan tentang anak kami hanya berserah kepada takdir," ujarnya kepadamStar Online.
Fouziah berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukkan fesyen rekaan butik Bianco Mimosa yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Khamis.

Pertunjukkan fesyen itu menampilkan baju rekaan milik butik berkenaan dan jualan lelong sempena Perhimpunan Agung Umno 2014.

Fouziah benar-benar bahagia bersama Zhafran

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pemilik butik Datuk Ida Suraya, Izreen Azminda, Amar Baharin dan Kaka Azraff.

Dalam pada itu, Fouziah berkata, dia masih lagi dalam proses mengenali lebih mendalam dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keluarga dan rakan-rakan suaminya.

"Saya masih dalam proses kenal keluarga, saudara mara dia, malah rakan-rakan dia pun ada yang saya belum kenal.

"Pendek kata dalam masa setahun ini adalah proses saya belajar sedikit demi sedikit tentang dia. Alhamdulillah semua perkara yang baru yang saya belajar tentang dia membuatkan saya lebih teruja melalui kehidupan berumah tangga ini," ujarnya.

Sementara itu, menurut Fouziah sejak berumah tangga, mereka banyak menghabiskan masa bersama kerana terlibat dengan perniagaan burung walid yang diusahakan.

"Boleh dikatakan hampir setiap masa kami bersama dan saling menemani. Misalnya waktu pagi saya ikut dia pergi kerja dan petang dia pula teman saya uruskan kerja.

Dalam pada itu bercerita tentang kerjaya lakonannya, Fouziah berkata, dia bakal kembali semula berlakon dalam satu telefilem terbitan Astro tidak lama lagi.

Katanya, kemunculan tersebut selepas enam bulan berehat daripada terlibat dengan sebarang aktiviti seni bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga.

"Insya-Allah saya akan kembali dalam bidang lakonan dengan sebuah drama terbitan Astro tidak lama lagi.

"Saya akui sekarang memang saya memilih watak yang bagus dan berbaloi untuk dilakonkan sahaja berbanding dahulu kerana keutamaan saya ialah pada keluarga," ujarnya.

Fouziah dan Zhafran berkahwin pada 22 September 2013 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Tajuk 'Gila Baby' Dipilih Kerana Mampu Pikat Penonton

Posted: 27 Nov 2014 05:50 PM PST


Barisan pelakon yang terlibat dalam filem Gila Baby. 
PETALING JAYA: Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Tengku Iesta Tengku Alauddin, menjelaskan tajuk filem Gila Baby dipilih mengikut kesesuaian jalan cerita dan difikirkan mampu menarik penonton datang ke panggung.

Tengku Iesta berkata, ia juga merupakan tajuk awal yang dibuat pengarah filem Khabir Bhatia sejak filem itu belum memulakan penggambaran lagi.

"Ketika kami terima filem ini memang working title yang digunakan ialah Gila Baby dan saya rasa ia sangat sesuai dan menarik hingga terus menjadi tajuk sebenar.

"Mula-mula nampak macam agak pelik tetapi bila tengok filem ini secara keseluruhannya ia sangat kena dengan jalan cerita tersebut," ujarnya kepada mStar Online.

Tengku Iesta berkata demikian ketika ditemui pada malam gala Gila Baby yang diadakan di Cathay Curve, di sini, malam Rabu.

Sementara itu, Tengku Iesta berkata, filem ini merupakan kerjasama kelima pihaknya bersama Filmscape selepas Sembunyi, Cinta, Sepi dan Nur Kasih.

Dalam pada itu menurut pengarahnya, Khabir, konsep filem 'road movie' ini memberi suatu kelainan berbanding filem-filem sebelum ini.
Khabir Bhatia

Khabir menjelaskan, Gila Baby menggunakan plot yang tidak khusus dan mudah difahami penonton.

"Cerita ini memberi pengajaran kepada semua orang agar berusaha mengubah nasib mereka. Filem ini menjanjikan jalan cerita yang lebih ringkas dan padat," ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai pemilihan pelakon, Khabir memberitahu ia dibuat berdasarkan kesesuaian watak.

Katanya, pemilihan pelakon  Sharnaaz sebagai watak penting juga kerana dia mempunyai sifat humor yang dilihat ketika terlibat dengan beberapa projek di bawahnya arahannya sebelum ini.

Filem aksi komedi ini mengisahkan Bob, lakonan Beto Khusairy yang memerlukan sejumlah wang bagi membiayai pembedahan ayahnya yang sakit.

Bob terpaksa mengambil jalan mudah dengan membantu Roy (Sharnaaz Ahmad) melakukan jenayah mencuri kereta.

Namun, percubaan pertama Bob untuk aktiviti jenayah dihalang dengan penemuan seorang bayi di tempat duduk belakang kereta yang ingin dicurinya itu.

Filem ini turut menampilkan Beto Khusyairy, Nadiya Nissa, Lan Pet, Pet, Fimie Don dan Chelsia Ng. Ia bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 4 Disember ini.

Awal Ashaari Kesal Stesen TV Utamakan Pelawak Jadi Pengacara

Posted: 27 Nov 2014 05:48 PM PST


Awal minta agar stesen televisyen berlaku adil pilih pengacara.
PETALING JAYA: Awal Ashaari kesal apabila stesen televisyen di negara ini dilihat lebih cenderung memilih pelawak sebagai pengacara dengan menjadikan individu sepertinya sebagai pilihan kedua.

Awal, 33, berkata, stesen televisyen seharusnya faham peranan pelawak dan pengacara serius sepertinya sebelum menawarkan peluang mengendalikan sesebuah program.

"Pihak stesen televisyen sepatutnya bersikap adil dan tahu membezakan pengacara daripada golongan pelawak dan pengacara untuk rancangan serius.

"Saya lihat sekarang ini pihak stesen televisyen sering memilih mereka di kalangan pelawak sebagai pilihan pertama dan pengacara serius seperti saya dipilih pada saat-saat akhir.

"Perkara ini pernah terjadi kepada saya apabila saya ditawarkan mengacara sesebuah progrom apabila pelawak yang dipilih buat hal," ujarnya kepada mStar Online.

Awal berkata demikian ketika diminta mengulas kemunculan pengacara-pengacara baharu daripada golongan pelawak yang sering mendapat peluang mengacarakan acara-acara besar dan berprestij di stesen televisyen.

Secara tidak langsung kata Awal, perkara tersebut bakal membunuh industri pengacaraan khususnya pengacara-pengacara serius yang mencari makan dalam bidang penyiaran.

Awal juga mengakui skop kerjayanya semakin mengecil apabila terpaksa bersaing dengan pelawak-pelawak baharu yang diangkat menjadi pengacara.

"Kalau semua pelawak menjadi pengacara semua program, ia boleh membunuh industri pengacaraan kepada pengacara acara serius seperti saya ini.

"Selain itu, program-program terbitan televisyen juga banyak menjurus kepada program komedi berbanding ilmiah," katanya.

Dalam pada itu, Awal berkata, kebanyakan pelawak mempunyai pakej tertentu membuatkan mereka lebih mendapat pilihan dalam mengendalikan sebuah majlis.

Katanya, perkara tersebut juga membuatkan dia sering ditanya sama ada mempunyai pakej yang sama seperti yang diberi oleh pelawak.

"Pelawak biasanya akan bagi pakej termasuk melakukan lawak sejam jika mengambil mereka untuk mengendalikan sesebuah majlis. Ada penganjur yang bertanya saya, sama ada boleh buat lawak sejam atau tidak?

"Itu membuatkan golongan itu sering menjadi pilihan utama sebagai pengacara majlis," keluhnya.

UPSR: Murid Islam Cemerlang Subjek Bahasa Tamil

Posted: 27 Nov 2014 05:46 PM PST


KEBANGGAAN KELUARGA: Pravi (kiri) menunjukkan slip peperiksaannya.
KULIM: Murid tahun enam, Pravi Muhammad Anggi Muhammad Firdaus bertutur dalam Bahasa Malaysia terutamanya di rumah dan tidak yakin boleh lulus ujian kertas Bahasa Tamil.

Oleh sebab itu, murid dari SJK (T) Wellesley di Lunas, Kedah yang memperoleh keputusan 7A dalam UPSR itu tidak percaya apabila melihat slip peperiksaannya.
Pravi berkata, dia tidak menduga memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek itu kerana dia sering berusaha keras mempelajari Bahasa Tamil di sekolahnya.
"Basaha Tamil adalah subjek saya yang paling lemah dan saya tidak yakin sama ada boleh mencatat keputusan cemerlang bagi kertas Bahasa Tamil dalam peperiksaan itu.
"Tambahan pula, kertas itu semasa peperiksaan lalu amat sukar," kata Pravi ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Permai, Lunas pada Khamis.

Pravi berkata dia memasuki sekolah tersebut sejak tahun satu dan tidak pernah bertutur dalam Bahasa Tamil.

"Saya tidak boleh bercakap atau menulis dalam Bahasa Tamil. Saya berusaha selama dua tahun tetapi ibu saya banyak memberikan galakan dan motivasi," katanya.

Pravi berkata, dia dan bapanya yang juga seorang mualaf bertutur dalam Bahasa Tamil sekali-sekala.
Ibunya, Sri Rahayu Sinaga Kamalluddin Sinaga, 37, berkata dia sentiasa mahukan anak-anaknya untuk menguasai semua bahasa di Malaysia.
"Oleh sebab itu saya menghantar Pravi ke sekolah Tamil, manakala anak lelaki sulung saya pergi ke sekolah kebangsaan dan anak bongsu saya bersekolah di sekolah Cina," katanya.

Guru besar, N. Majiappen berkata Pravi antara 15 pelajar yang memperoleh keputusan 7A di sekolah itu.

"Pravi seorang murid yang bijak tetapi memang benar dia terpaksa berusaha keras bagi subjek Bahasa Tamil. Dia antara salah seorang pelajar harapan kita untuk memperoleh keputusan 7A dan dia tidak mengecewakan kami," katanya.

'Johnny Depp' Kahwini Pokok Kali Kedua

Posted: 27 Nov 2014 05:44 PM PST


LIMA: Seorang aktor Peru memilih sebatang pokok sebagai isterinya dan ia bukan sekadar lakonan apabila ikatan itu disaksikan jemputan dalam majlis perkahwinan yang aneh, lapor media pada Rabu.
Malah perkahwinan Richard Torres yang rupanya mirip pelakon terkenal Johnny Depp dengan pokok itu bukanlah yang pertama kali kerana tumbuhan itu pernah menjadi pasangannya untuk kali pertama tahun lalu.
Perkahwinan Torres dengan pokok itu dilangsungkan di Taman Negara Bogota, Ahad lalu.
Bagaimanapun, di sebalik majlis itu, perkahwinan berkenaan diadakan sebagai cara menanamkan kesedaran terhadap kepentingan isu alam sekitar kepada orang ramai.
Kata Torres, dia berharap perkahwinannya dengan pokok dapat membawa mesej jelas kepada semua pihak bahawa alam sekitar perlu sentiasa dijaga.
"Semoga lebih ramai orang memberi perhatian kepada masalah alam sekitar di dunia yang disebabkan oleh perbuatan manusia," katanya.
Dia juga menggesa pemberontak dalam Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia menukar aktiviti mereka daripada berperang kepada menanam pokok.
Perkahwinan pertama Torres dengan pokok dilangsungkan di Buenos Aires.

UTHM Perluas Aplikasi Teknologi Hijau Ekoran Pengiktirafan Antarabangsa

Posted: 27 Nov 2014 05:41 PM PST


Penyelidik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), (dari kiri) Prof Madya Norzila Othman dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Prof Madya Zawati Harun dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dan Dr Soon Chin Fhong dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik menunjukan hasil penyelidikan mereka yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa semasa ditemubual secara eksklusif oleh Bernama.
KUALA LUMPUR: Penghasilan produk penyelidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), yang merangkul enam pingat emas melalui tiga produk penyelidikan, dalam pertandingan British Invention Show (BIS) 2014, di London baru-baru ini merupakan langkah permulaannya untuk memperluas aplikasi teknologi hijau dalam industri tempatan.
Ketua Penyelidik Pusat Pembuatan dan Bahan Termaju, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan UTHM, Prof Madya Dr Zawati Harun berkata fokus utama penyelidikan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa ini adalah penghasilan produk yang boleh dikomersialkan kepada pemain industri tempatan bagi menjaga ekosistem dan kelestarian alam sekitar.
"Malaysia kaya dengan pelbagai sumber semula jadi dan memiliki taburan hujan yang tinggi, namun kita masih berhadapan dengan masalah pencemaran alam termasuk sumber air yang tidak bersih...hal ini terjadi kerana kita mengabaikan kelebihan bahan semula jadi dan lebih banyak menggunakan bahan kimia dan toksik," katanya pada Khamis.
Tiga produk penyelidikan itu adalah produk penapisan anti bakteria (Antibac Membran) daripada pokok-pokok herba, produk penjerap logam berat daripada sisik ikan tilapia hitam dan produk sintesis kristal cecair daripada tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan sel dalam bentuk 3D.
Dr Zawati berkata sekiranya pemain industri menyedari akan kelebihan bahan semula jadi, pasti kos pengeluaran dan pemprosesan dapat dijimatkan dan seterusnya produk yang dihasilkan akan lebih berkualiti.
Penghasilan produk Antibac Membran oleh pasukan penyelidik yang diketuai sendiri oleh Dr Zawati, merupakan gabungan antara bahan polimer dan herba semula jadi seperti sekam padi, bunga cengkih dan Habatussauda, boleh digunakan untuk pemprosesan penapisan air.
Antibac Membran dapat menghalang proses pertumbuhan bakteria dan mengatasi masalah keracunan yang disebabkan oleh penggunaan alat penapis air yang mengandungi bahan toksik.
Sementara itu produk penjerap logam berat daripada sisik ikan tilapia hitam yang dihasilkan pasukan yang diketuai oleh Ketua Pusat Penyelidikan Pencemar Mikro, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM, Prof Madya Dr Norzila Othman pula merupakan alternatif yang digunakan pada loji perawatan air bagi menghasilkan sumber air yang lebih berkualiti.
Sisik ikan tilapia hitam berpotensi untuk dijadikan bahan penjerap logam berat dalam sistem berair kerana sistem perawatannya tidak menggunakan bahan kimia dan berkos rendah, katanya.
Produk sintesis kristal cecair yang menggunakan tumbuhan seperti lobak merah pula untuk menghasilkan sel dalam bentuk 3D yang diketuai Penyelidik Utama Makmal Biopenderia dan Kejuruteraan Bio, Dr. Soon Chin Fhong, yang boleh dijadikan sebagai bahan uji kaji untuk makmal perubatan.
Penggunaan lobak merah dapat menjana penghasilan kultur sel 3D yang boleh menyerupai tisu manusia tersebut, dan dapat mengurangkan aktiviti pengeksploitasian terhadap haiwan dan menjimatkan kos memandangkan kos mengekalkan rumah haiwan bagi tujuan uji kaji, amat tinggi.
Sehubungan itu, Dr Zawati berkata kerjasama dari semua pemain industri tempatan dan kerajaan amat diperlukan bagi membolehkan ketiga-tiga bahan ciptaan ini diperkembang supaya aplikasi teknologi hijau akan menjadi keutamaan masyarakat pada masa akan datang.
"Beginilah cara kami (penyelidik) untuk memberi kualiti hidup yang baik kepada masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan negara, iaitu dengan mencipta teknologi mesra alam.
"Jika semua pihak memainkan peranan, pastinya kadar kesedaran masyarakat mengenai kelebihan teknologi hijau ini akan meningkat, sekaligus dapat mendidik mereka dalam memelihara dan memulihara alam sekitar," katanya. 

Diana Amir teruja bakal bergelar ibu

Posted: 27 Nov 2014 05:38 PM PST


  • Diana AmirDiana Amir

SELEPAS hampir setahun dihujani dengan soalan mengenai zuriat, pasangan sama cantik sama padan, Diana Amir dan suaminya, Mohd Habibbullah A Rahman teruja apabila mereka bakal menimang cahaya mata sulung pada akhir Februari depan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan ALLAH SWT kepada kami.

"Saya disahkan mengandung setelah pulang dari Paris kerana menjalani penggambaran travelog Kembara Ilmu.

"Kini saya sedang hamil enam bulan dan setelah melakukan imbasan kandungan pada  minggu lepas, doktor mengesahkan kami bakal dikurniakan anak perempuan," katanya pada Zass.

Kata teraju utama filem Pe3 ini, kehamilannya itu sekali gus melenyapkan segala persoalan yang berbangkit.

"Saya akui ramai yang bertanya mengenai soal zuriat. Terus terang saya katakan, saya tidak rimas dengan soalan-soalan 'panas' seperti itu.

"Saya percaya dalam tempoh awal perkahwinan kami, ALLAH SWT memberi lebih peluang kepada kami untuk meluangkan masa bersama apatah lagi kami adalah jenis yang suka berjalan-jalan," katanya yang sudah melancong ke pelbagai negara seperti Maldives dan Indonesia.

Menceritakan mengenai usia kandungannya yang sudah memasuki trimester kedua, pelakon berusia 28 tahun ini memberitahu, alahannya kini sudah mulai berkurangan.
"Pada peringkat awal kandungan, saya mengalami alahan yang teruk. Sampaikan hendak makan pun tidak boleh.

"Ketika usia kandungan saya berusia tiga bulan, saya menjalani penggambaran drama bersiri, Cinta Ilahi. Ketika saya bekerja, saya tidak mengalami sebarang alahan tetapi jika saya bercuti, saya pasti akan mengalami alahan yang teruk.

"Daripada situ, saya baharu menyedari yang badan saya perlu sentiasa bergerak dan tidak boleh duduk diam. Baharulah saya akan rasa sihat. Tetapi, alahan saya kini sudah semakin hilang," katanya.

Ketika ditanya adakah dia akan terus berlakon walaupun sedang sarat mengandung kelak, pemilik nama penuh Nurdiyana Amir Hashim ini memberitahu:

"Keadaan badan akan berubah kelak, pastinya saya akan memilih watak yang bersesuaian. Pasti saja watak itu nanti tidak memerlukan saya terlalu aktif.

"Oleh sebab itu, saya kini lebih selesa untuk memberi pelbagai ceramah motivasi di universiti atau sekolah," katanya.


Bakal tinggalkan MIG

Beralih kepada  soal kerjayanya pula, Diana memberitahu, dia bakal mengikut jejak aktres Yana Samsudin apabila mengambil keputusan untuk meninggalkan Metrowealth Pictures (MIG) selepas lima tahun di bawah naungan syarikat berkenaan.

"Februari depan tamatlah kontrak saya bersama MIG.

"Saya tidak berhasrat untuk menyambung kontrak lagi kerana kini saya pun lebih banyak bergerak secara solo.

"Sebelum ini, MIG banyak menguruskan soal yang berkaitan duta atau filem," katanya.

Bagaimanapun, kata bintang Aku Masih Dara ini, dia masih belum berbincang lagi dengan Mejar David Teo mengenai hasratnya itu.

Dalam perkembangan lain, Diana bakal muncul dalam drama bersiri Cinta Ilahi untuk siaran TV3 bersama aktor, Johan As'ari selain membintangi filem terbitan MIG, Raya Aidil dan Fitri untuk tayangan raya tahun hadapan.

"Saya juga akan terlibat dalam rancangan realiti, Adik-Adikku di RTM untuk slot mengajar bahasa Inggeris.

"Mengenai bidang pengacaraan pula, saya kini sedang direhatkan untuk satu musim dalam program SIS kerana faktor mengandung," katanya.

Pada masa sama, Diana juga akan muncul sebagai penampilan khas bersama suaminya dalam rancangan berbentuk travelog Kembara Ilmu yang mula bersiaran pada 27 November ini, jam 9 malam di TV Al Hijrah untuk dua episod.

Didi Astillah lebih matang

Posted: 27 Nov 2014 05:37 PM PST

  • Didi AstillahDidi Astillah

JIKA diselak perjalanan karier seninya, gadis kecil molek ini bukanlah bakat baharu yang perlu diperkenalkan lagi.

Memulakan karier dalam bidang nyanyian sejak berusia tiga tahun, bekas peserta program realiti Idola Kecil dan Kamilah Bintang ini sebenarnya sudah pun memiliki pengikut yang tersendiri.

Tampil dengan imej yang lebih matang, bintang kelahiran Sandakan, Sabah ini sudah bersedia melangkah lebih jauh dengan terhasilnya album terbaharu Didi Astillah.

"Semua lagu yang diselitkan dalam album ini mula direkodkan pada pertengahan tahun lalu. Tapi saya terpaksa berehat sebentar untuk beri fokus pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Tahun ini barulah saya kembali aktif dalam karier seni dan Alhamdulillah, selepas lebih kurang setahun, album ini akhirnya dapat disempurnakan dengan baik," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album solonya di Warner Music Malaysia, Menara TSR, Mutiara Damansara, kelmarin.

Mengulas lanjut mengenai album itu, Didi memberitahu dia memilih genre pop dance bersesuaian dengan penampilan remajanya.

"Jika sebelum ini saya dikenali dengan nyanyian kanak-kanak, tapi dalam album kali ini semuanya berbeza mengikut usia saya sekarang.

"Mungkin ini juga satu kelebihan yang saya ada untuk menghiburkan peminat muzik sebaya saya," ujarnya.


Guna sosial media

Memiliki jumlah pengikut lebih seratus ribu di laman Instagram adalah kelebihan buat Didi mempromosikan album terbaharunya.

"Setakat ini, respons yang saya terima daripada peminat menggalakkan dan paling terharu apabila ramai juga yang sudah buat cover lagu saya.

"Memang Instagram banyak bantu saya dekatkan diri dengan peminat," ujarnya.

Pada masa yang sama, Didi turut berkongsi rasa bertuah kerana berpeluang bekerjasama dengan komposer hebat, L.Y dan Posan yang bertanggungjawab dalam penghasilan albumnya.

Album Didi Astillah memuatkan enam buah lagu iaitu Pujaan Hatiku, La lala, Aku Jatuh Cinta, Fikirkan Kamu, BFFku, Stop Mencintaiku dan I Love You So.

Artfest 2014 medan eskpresi pencinta seni

Posted: 27 Nov 2014 05:35 PM PST


  • Artfest 2014 medan eskpresi pencinta seni

KARNIVAL seni (Artfest) 2014 anjuran Kelab Pengurusan Seni Anomalist Production dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini mendapat sambutan hebat daripada mahasiswa tempatan.

Pengarah projek Artfest 2014, Rul Iman Nur Rahidzab berkata, karnival seni yang berlangsung selama tiga hari itu bertujuan memperkenalkan pelbagai cabang seni kepada mahasiswa terlibat.

"Dunia seni semakin berkembang maju, kerana itu mahasiswa yang menuntut dalam jurusan ini perlu diketengahkan dengan aspek seni yang lebih berskala besar.

"Saya yakin menerusi projek ini, bukan sahaja ilmu dan pengetahuan sebaliknya mereka dapat melihat sendiri perubahan dunia seni tempatan," katanya.

Tambahnya, walaupun hanya mempunyai masa sebulan untuk menyusun segala aktiviti, tetapi dia berbangga kerana komitmen semua pihak ia berjalan dengan lancar dan jayanya.

"Karnival kali ini juga lebih meriah. Walaupun terdapat kekangan masa tetapi ia bukan alasan untuk kami memastikan ia berjaya.

"Malah karnival ini juga telah menjadi satu medan bagi semua yang terlibat untuk berkumpul dan mengekspresikan rasa cinta mereka terhadap seni," katanya.

Jelasnya, dia percaya Artfest 2014 berbaloi kepada penganjur dan pengunjung.

"Untuk menjayakan sebuah acara besar kita perlu berkorban daripada pelbagai sudut dan ini terbukti apabila saya serta tenaga kerja Anomalist Production yang lain terpaksa berhadapan cabaran membahagikan masa sebagai pelajar dan tenaga kerja Artfest 2014," katanya.

Sementara itu, presiden Kelab Pengurusan Seni Anomalist Production, Muhamad Adli Aiman Ahmad berkata, seni itu luas, bukan untuk keuntungan dan bukan juga untuk populariti semata-mata.

"Seni untuk semua orang dan dalam karnival ini kami tidak hadkan seni kepada persembahan sahaja. Oleh itu tidak wajar jika ia disempitkan skopnya," katanya yang terkenal dengan karya teater Anak Muda dan Saksi Terakhir ini.

Sedikit mengenai karnival seni ini,  ia melibatkan persembahan teater, tarian, kumpulan muzik, bacaan puisi, sembang santai isu seni, sesi melakar atau 'doodle', bengkel 'mime' atau teknik lakonan komedi senyap serta bengkel teknik menyunting gambar menggunakan aplikasi telefon pintar yang dikenali sebagai 'mobilegraphy'.

Artfest 2014 turut mendapat penglibatan produksi terkenal seperti Revolution Stage dan Playground Productions.

Manisnya Cinta Di Cappadocia

Posted: 27 Nov 2014 05:33 PM PST

  • Anis AyuniAnis Ayuni

NOVELIS terkenal, Anis Ayuni mendedahkan dia berpuas hati dengan karya filem Manisnya Cinta Di Cappadocia, arahan Bernard Chauly.

Filem yang diadaptasi dari novel tulisannya, Manisnya Cinta akan ditayangkan pada 11 Disember ini.

Bagaimanapun novelis berusia 51 tahun ini mengingatkan pembaca novel untuk tidak meletak harapan bahawa semua babak di dalam novel diadaptasi ke filem.

"Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan karya filem ini dan saya juga memahami kesuntukan masa membataskan semua babak untuk dimasukkan ke dalam filem ini.

"Dari segi jalan cerita, filem ini dekat dengan novel dan ada banyak babak di dalam novel dimasukkan ke dalam filem ini. Cuma satu sahaja babak penting, di mana Ifti Liyana mendarat dengan kapal terbang yang diterbangkan oleh Nazmi, tidak ada di dalam filem ini.

"Saya percaya ramai yang mahukan dan ingat babak itu, tapi saya harap pembaca faham dan menerima hakikat bahawa adaptasi filem daripada novel tidak akan sama 100 peratus," katanya yang ditemui pada tayangan perdana filem 'Manisnya Cinta di Capadocia', baru-baru ini.

Anis berkata, dia berharap mereka yang belum membaca novel Manisnya Cinta akan membaca novel tersebut selepas menonton filem ini.

Sementara itu, lakon layar filem ini, Rafidah Abdullah, berkata, dia bersama Bernad dan Anis ada duduk berbincang mengenai perjalanan cerita ini dan Anis sendiri banyak membantu memberi panduan babak-babak penting di dalam novel yang perlu diadaptasi ke filem.

"Bagi saya cabaran paling sukar untuk menghasilkan skrip adalah untuk menterjemahkan watak Ifti kerana dia suka bermonolog dengan dirinya sendiri.

"Sebab itu saya menambah beberapa babak untuk menunjukkan apa yang ada difikirkan Ifti," ujar Rafidah.

'Manisnya Cinta di Cappadocia' berkisar tentang seorang gadis bernama Ifti Liyana yang enggan menjadikan pangkat, rupa dan harta sebagai ukuran dalam mencari jodoh. Walaupun lelaki tersebut hanya seorang pemandu bas, Ifti tidak terlalu memilih asalkan lelaki tersebut memiliki hati yang mulia.

Menjadikan Turki dan Kuala Lumpur sebagai latar belakang, filem ini dijayakan oleh Shaheizy Sam, Fazura, Lisa Surihani, Faizal Hussein dan ramai lagi.


Bernard cari sendiri lokasi

Dalam pada itu, berkongsi mengenai filem keempat arahannya ini, Bernard berkata, dia mengambil inisiatif sendiri untuk meninjau lokasi penggambaran tanpa bantuan pemandu pelancong.

"Saya memberanikan diri untuk menyewa sebuah kereta dan memandu lebih 2,500 kilometer dalam masa seminggu. Bermula dari Cappadocia ke Anatolia sehingga ke Pamukkale dan kemudian berakhir di Ephesus dan Izmir berdekatan lautan Aegean.

"Saya sengaja mencari lokasi yang bukan menjadi perhatian pelancong agar memperoleh sinematografi terbaik untuk karya ini," katanya.

Filem terbitan bersama Astro Shaw, Redfilms dan Global Stations itu mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Ifti Liyana (Fazura) yang tidak pernah mengharapkan kasih sayang daripada seorang lelaki.

Pertemuan Ifti dengan Nazmi (Shaheizy Sam) telah membuatkan hatinya terbuka semula untuk berkasih apatah lagi Nazmi turut yakin, Ifti adalah wanita yang dicari-carinya selama ini untuk dijadikan isteri.

Namun bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Ifti Liyana nekad meninggalkan Nazmi tanpa penjelasan. Apakah kesudahan cinta Ifti Liyana dan Nazmi?

Tonton ke ATA 2014

Posted: 27 Nov 2014 05:31 PM PST

  • Tonton

PORTAL video tempatan Tonton (www.tonton.com.my), berjaya menguasai pencalonan di Anugerah Televisyen Asia 2014 (ATA 2014) bagi kategori Program / Siri Fiksyen Digital & Bukan-Fiksyen Terbaik.

Ia merupakan kategori yang pertama kali diperkenalkan mulai tahun ini untuk mengiktiraf perkembangan trend penghasilan original kandungan digital.

Menariknya, Tonton berjaya menggondol empat daripada enam pencalonan dalam kategori ini menerusi siri drama web Autumn Di Hatiku, Autumn Di Hatiku 2, Dan Calonnya Adalah... serta Stand Up iaitu sebuah persembahan komedi web.

Ketua  Penjenamaan Tonton & Platform Digital TV, Media Prima Digital, Shahida Azad Jamaluddin berkata, pihaknya berbesar hati kerana empat Siri Original Tonton telah di senarai pendek sebagai finalis di ATA tahun ini.

"Kejayaan ini sangat bermakna buat kami yang telah berusaha keras memacu penghasilan kandungan digital untuk tontonan umum selain kualiti produksi yang terbaik.

"Dengan mengetahui wujudnya keperluan untuk penonton di dunia global menikmati bukan sahaja kandungan TV, kami akan terus menawarkan lebih banyak kandungan digital di tahun 2015 kelak," katanya.

Jelasnya, Tonton berjaya mencatatkan lebih 4 juta pengguna berdaftar sehingga kini.

"Pengguna di seluruh dunia boleh menonton kesemua siri web yang dicalonkan termasuk siri web baharu Hanya Satu di www.tonton.com.my.," katanya portal itu telah menjangkau usia empat tahun, tahun ini.

Sedikit mengenai ATA 2014, lebih 239 pencalonan, menerusi 38 kategori yang melibatkan 13 buah negara bersaing untuk merebut kemenangan di ATA ke-19.

Pemenang bakal diumumkan pada Malam Anugerah Gala bertempat di Marina Bay Sands, Singapura pada 11 Disember 2014.

Farah Diana: Kontroversi bukan penamat karier

Posted: 27 Nov 2014 05:29 PM PST


  • Farah DianaFarah Diana

ENTAH di mana silapnya, tahun lalu, nama penyanyi dan pengacara, Farah Diana Anuar, menjadi perbualan hangat atas kontroversi demi kontroversi yang melanda.

Selain berdepan isu tidak memulangkan semula busana yang dipakainya ketika mengacara, bintang kelahiran program realiti popular, Akademi Fantasia musim kedua (AF2) ini juga dituduh dalam kes kehilangan wang di set penggambaran sebuah program.

Tidak cukup dengan itu, pelantun lagu Antara Dua ini juga khabarnya diisytiharkan sebagai muflis oleh Jabatan Insolvensi Negara.

Mengakui sedikit terkesan dengan kontroversi yang terpalit, isteri kepada Johan Johari ini bagaimanapun enggan lagi menoleh ke belakang mengenang kisah silam.

"Biarkanlah semuanya berlalu. Sejak saya keluar dari AF2, saya tidak pernah ambil pusing dengan apa yang orang kata mengenai saya.

"Apa yang penting, orang di sekeliling saya terutamanya suami dan keluarga tahu akan kejadian sebenar yang berlaku kepada saya.

"Itu sudah cukup memadai buat saya," katanya ketika ditemui Zass, kelmarin.

Kata Farah lagi, dia menganggap cerita-cerita panas itu sebagai satu dugaan dari ALLAH SWT sepanjang bergelar anak seni.

"Masa mula-mula terjadi, saya sangat kecewa dan bersedih tetapi selepas meminta pandangan dan nasihat daripada ustazah, saya berasa tenang.

"Saya anggap ia sebagai sebahagian daripada dugaan kecil yang ALLAH SWT bagi kepada saya.

"Jangan terkejut, rezeki saya juga semakin murah dan ini sedikit sebanyak menaikkan semangat saya semula," katanya. 


Kembali aktif menyanyi

Tidak hanya terpalit dengan kisah kontroversi, penyanyi berusia 29 tahun ini juga pernah merancang untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Tambahan pula, Farah terlibat sama dalam menyanyikan semula lagu runut untuk filem Cindarella 2013 lakonan Fizo Omar dan Nelydia Senrose, Sehati Sejiwa. 

Biarpun rindu untuk merakamkan lagu baharu, hasratnya itu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan sementara waktu memandangkan anaknya, Elsa Johan masih lagi menyusu badan.

"Anak saya kini sudah menjangkau usia dua tahun, tapi dia masih belum putus susu lagi. Sebab itulah, saya tidak boleh bergerak aktif lagi.

"Kekangan masa juga menyebabkan saya lebih gemar mengambil majlis-majlis korporat.

"Tunggulah dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi. Saya pun rindu hendak masuk studio," katanya yang menjaga sendiri anaknya itu.

Begitu pun, kata pelantun lagu Tangisan Dalam Kerinduan itu, dia sudah ada beberapa perancangan jika hendak kembali aktif. 

"Saya merancang untuk menyanyikan semula beberapa lagu lama sama ada dari Malaysia atau Indonesia.

"Masalahnya, saya tidak tahu bagaimana proses untuk menyanyikan semula lagu-lagu tersebut terutamanya daripada segi hak cipta.

"Banyak lagi yang perlu saya lihat sebelum dapat merealisasikannya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Farah kini sibuk mengacarakan program Soal Wanita di TV Al Hijrah selain bakal menjadi pengacara untuk beberapa program lain.

Shila Amzah terima anugerah Ikon Wanita Muda 2014

Posted: 27 Nov 2014 05:27 PM PST

  • Shila  AmzahShila Amzah

PENYANYI wanita popular tanah air, Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, hari ini dianugerahi 'Ikon Wanita Muda 2014' bersempena Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

Shila, 24, diwakili bapanya, Datuk Amir Amzah Salleh (ND Lala) untuk menerima anugerah itu yang disampaikan Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Penyanyi itu, yang kini berada di Beijing, China, untuk rakaman rancangan muzikal di negara berkenaan, melahirkan kebanggaan dan penghargaannya atas penganugerahan itu menerusi video pendek yang dipaparkan kepada perwakilan di dalam dewan persidangan.

"Saya rasa terharu dan bersyukur dengan anugerah yang diberikan oleh Puteri Umno. Saya berterima kasih kepada Ketua Puteri Umno kerana mengiktiraf bakat seni saya.

"Harapan saya kepada belia wanita muda di luar sana supaya sentiasa menyokong usaha Puteri Umno dan selamat bersidang kepada anggota-anggota Puteri Umno," katanya.

ND Lala, penyanyi popular pada era 90-an, berkata menjadi kewajipan bagi semua ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang berjaya. 

"Kami bukan mendidik anak untuk mendapatkan sebarang anugerah, malah anugerah yang diterima itu merupakan bonus bagi anak-anak supaya menaikkan semangat mereka untuk berusaha lebih baik daripada sekarang," katanya kepada Bernama.

Selain Shila, Anugerah Ikon Wanita Muda 2014 juga diberi kepada atlet wanita berbasikal negara, Fatehah Mustapa yang meraih pingat perak dalam acara Keirin dalam Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, pada Oktober lalu.

Fatehah berkata anugerah itu menjadikan beliau tekad untuk membuktikan kepada Umno dan seluruh rakyat Malaysia bahawa wanita juga boleh berjaya setaraf dengan lelaki.

"Saya akan bekerja keras untuk melakar lebih banyak lagi kejayaan pada masa akan datang," katanya yang akan menyertai Kejohanan Trek Berbasikal Piala DuniaUCI siri kedua di London, Ahad ini.

Dua lagi penerima anugerah itu ialah Pendebat Terbaik dalam Kejohanan Debat Asia Bersatu di Singapura, Maizurah Mokhsein dan usahawan perniagaan dalam
talian Fashion Valet, Vivy Sofinas Yusof.

Singapura haram shisha berkuat kuasa esok

Posted: 27 Nov 2014 05:21 PM PST


  • Sekadar gambar hiasan. - Foto InternetSekadar gambar hiasan. 

SINGAPURA - Singapura mengharamkan pengedaran dan penjualan shisha berkuat kuasa esok, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

Pengharaman tersebut adalah mengikut Peraturan Larangan Produk Tembakau di bawah Seksyen 15 Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan).

Bagaimanapun, sebagai langkah peralihan, lesen pengimport tembakau dan peruncit yang mengimport dan menjual tembakau shisha akan diberi kebenaran meneruskan import dan jualan tembakau shisha sehingga 31 Julai, 2016.

Kementerian itu berkata, ia bagi memberi masa yang secukup untuk mereka menghabiskan stok serta menstrukturkan semula perniagaan, sekali gus meninggalkan perniagaan shisha.

Sesiapa yang melanggar larangan itu, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksium S$10,000 (RM25,763) atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali dan atas kesalahan susulan, denda maksimum adalah $S20,000 (RM51,561) atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Bantu mak nyah kembali dalami ajaran Islam

Posted: 27 Nov 2014 05:14 PM PST


  • Wan Muhamad Hafizzul (kiri) mengajar mak nyah membaca al Quran pada kelas agama yang diadakanWan Muhamad Hafizzul (kiri) mengajar mak nyah membaca al Quran pada kelas agama yang diadakan

KUANTAN - Pendekatan berhemah yang digunakan dalam mendekati golongan mak nyah akhirnya berjaya menarik golongan itu kembali mendalami ajaran Islam secara sukarela.

Guru agama, Wan Muhamad Hafizzul Wan Ismail, 21, berkata, situasi itu bermula selepas dia melakukan tesis mengenai kehidupan mak nyah di bandar ini ketika berada di tahun akhir pengajian.

Menurutnya, bertitik tolak dari situ, hubungannya dengan golongan tersebut semakin rapat malah sering menjadi rujukan mereka berhubung hal-hal agama.

"Tiada istilah paksaan malah saya perlu bersabar untuk melihat perubahan diri mereka. Saya tidak boleh mendesak mereka untuk berubah dalam sekelip mata.

"Sejak mengajar mereka di kelas agama secara percuma sejak empat tahun lalu, banyak perubahan yang boleh dilihat," katanya.

Wan Muhammad Hafizzul berkata, setiap kali kelas agama diadakan, hatinya sering tersentuh melihat kesungguhan golongan itu untuk mendalami ilmu agama.

"Pemakaian bukanlah penghalang untuk golongan ini berkumpul setiap malam Jumaat bagi belajar fardu ain dan membaca al-Quran," katanya.

Katanya, setiap minggu, terdapat kira-kira10 hingga 30 mak nyah menghadiri kelas itu yang diadakan di Taman Perumahan Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (LKNP) Bukit Setongkol, di sini.

Bekas pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) itu berkata, golongan itu tidak malu dan merasa tersisih untuk belajar walaupun ada dalam kalangan mereka tidak pernah kenal al-Quran walaupun dilahirkan sebagai seorang Islam.

"Semua mak nyah yang mengikuti kelas agama bernaung di bawah Persatuan Insaf Pahang (PIP) termasuk ada juga daripada mereka adalah golongan profesional.

"Selain kelas fardu ain dan membaca al-Quran, saya dan rakan mengadakan program motivasi dan lawatan dalam usaha mendekatkan mereka dengan  masyarakat," katanya.

Dia yang memiliki Diploma Dakwah dan Pengurusan berkata, dia terpaksa mengambil keputusan membatalkan cita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang agama di Indonesia bagi meneruskan kelas agama untuk golongan mak nyah itu.

Rakannya, Che Mohamad Ariff Luqman Che Ghani, 22,  pula berkata, dia dan rakan  bertemu golongan mak nyah yang terbabit dengan kegiatan pelacuran di bandar ini.
"Kami tidak menghadapi sebarang masalah setiap kali berkunjung ke 'lorong gelap' itu. Mereka berikan kerjasama dan menerima nasihat diberikan.
"Saya dan rakan-rakan akan terus mengadakan program untuk golongan mak nyah. Kita berharap pendekatan agama yang digunakan dapat membuka hati mereka untuk insaf dan kembali ke pangkal jalan," katanya.

Anak penoreh getah cemerlang UPSR

Posted: 27 Nov 2014 05:13 PM PST

  • Muhammad Aslam Naqiuddin menerima pelukan daripada Mustafah sebaik melihat keputusan 5A diperolehnya.Muhammad Aslam Naqiuddin menerima pelukan daripada Mustafah sebaik melihat keputusan 5A diperolehnya.

HULU TERENGGANU - Kata-kata keramat 'kejayaan milik mereka yang berusaha' menjadi motivasi bagi seorang anak penoreh getah untuk belajar bersungguh-sungguh dan kelmarin, kecemerlangan menjadi miliknya setelah berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR.

Menurut murid SK Bukit Tadok ini, Muhammad Aslam Naqiuddin Mustafah, 12, kejayaan diperolehnya itu diibaratkan sebagai satu langkah untuk terus berusaha mencapai cita-citanya bergelar juruterbang sekali gus mengubah kehidupannya sekeluarga.

"Sewaktu percubaan saya cuma dapat 3A 2B, namun sokongan keluarga terutamanya ibu bapa serta tunjuk ajar berterusan daripada guru akhirnya membolehkan saya menerima keputusan 5A sekali gus membuktikan anak penoreh getah seperti saya juga boleh berjaya.

"Saya percaya, kejayaan mampu menjadi milik sesiapa sahaja asalkan kita sentiasa berusaha serta tidak mudah putus asa," katanya.

Muhammad Aslam Naqiuddin berkata, sebagai anak bongsu dari enam beradik, keputusan ini juga sebagai hadiah kepada ibu bapanya.

"Salah seorang abang saya iaitu Muhammad Asraf Fariduddin, 14, yang kini belajar di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu juga mendapat 5A dalam keputusan UPSR.

"Ibu kami, Kamariah Ismail, 62, selalu menasihati kami belajar baik-baik," katanya.

Sementara itu, ayahnya, Mustafah Idris, 62, turut melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kejayaan anak bongsunya itu dan mengharapkan kecemerlangan anak-anaknya dalam pelajaran dapat mengubah kehidupan mereka sekeluarga pada masa hadapan.

Bagi seorang lagi anak penoreh getah dari SK Dusun, Nur Aina Abdullah, 12, yang juga memperoleh 5A, keputusan itu sebagai membalas segala jasa serta pengorbanan bapanya, Abdullah Ali, 52, yang bersusah payah mencari rezeki.

"Saya bercita-cita jadi doktor dan keputusan UPSR ini akan terus memberikan saya semangat untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah menengah nanti. Saya ingin buktikan kemiskinan bukan penghalang untuk kita berjaya.

"Ibu saya, Zalikha Sulong, 51, selalu berikan nasihat agar belajar baik-baik selain doanya yang sentiasa mengiringi saya. Guru-guru juga tidak jemu mendidik saya dan tanpa mereka sudah tentu keputusan sebegini tidak dapat saya perolehi," katanya.

Murid kurang pendengaran raih 5A

Posted: 27 Nov 2014 05:11 PM PST


  • Nurin diraikan ibu dan bapanya selepas memperoleh pencapaian cemerlang 5A dalam UPSR diumumkan semalam.Nurin diraikan ibu dan bapanya selepas memperoleh pencapaian cemerlang 5A dalam UPSR diumumkan semalam.

MARAN - Walaupun mengalami masalah kesihatan pada hari pertama menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), namun ia tidak menghalang seorang Calon Berkeperluan Khas (CBK) memperoleh keputusan cemerlang 5A.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Maran itu, Nurin Nabihah Mohd Fajuri dikategorikan sebagai calon CBK kurang pendengaran.

Ibunya, Nurul Huda Md Yusof, 42, berkata, masalah dihidapi anak ketiga daripada lima beradik itu disedari ketika Nurin berada di tahun empat apabila sering mengadu sakit telinga dan kepala jika berada di persekitaran yang bising.

Menurutnya, selepas merujuk kepada pakar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), gelendang telinga Nurin disahkan mengalami kerosakan serius dan sukar kembali seperti asal.

"Namun saya tidak berputus asa. Setiap hari saya berdoa agar pendengaran Nurin pulih dan diberikan kesihatan yang baik.

"Alhamdulillah, masalah pendengaran dia bertambah baik dengan peningkatan hampir 30 peratus berbanding terdahulu.

"Meskipun kadangkala sering sakit kepala dan berlarutan dengan muntah termasuk pada hari pertama UPSR, namun dia tetap bersemangat untuk ke sekolah," katanya.

Nurul Huda berkata, dia akan memastikan anak-anaknya akan membaca Yasin selepas solat Subuh dan sebelum ke sekolah sebagai amalan harian.

Sementara itu, Nurin Nabihah yang bercita-cita mahu bergelar seorang doktor pakar meluahkan rasa syukur dan gembira dengan pencapaian yang diperoleh.

"Ini hadiah untuk ayah dan ibu yang tidak jemu memberi sokongan agar saya sentiasa bersemangat untuk cemerlang dalam UPSR.

"Dengan berkat doa ibu juga, masalah pendengaran saya semakin baik dan berharap akan pulih sepenuhnya," katanya.

Terpaksa salin daripada rakan

Posted: 27 Nov 2014 05:10 PM PST

  • Muhammad Fakhruddin menerima kucupan tahniah daripada Zanariah setelah mendapat 5A dalam keputusan UPSR 2014, diumumkan kelmarin.Muhammad Fakhruddin menerima kucupan tahniah daripada Zanariah setelah mendapat 5A dalam keputusan UPSR 2014, diumumkan kelmarin.

SETIU - Biarpun terpaksa menyalin ilmu diajar oleh guru daripada rakan sekelas kerana mengalami masalah penglihatan serius, namun seorang murid istimewa di daerah ini berjaya membuktikan kekurangan diri bukan penghalang untuknya berjaya.

Muhammad Fakhruddin Abd Razak, 12, dari SK Sungai Lerek adalah salah seorang yang memperoleh keputusan 5A dalam UPSR diumumkan kelmarin.

Menurut ibunya yang juga guru besar sekolah itu, Zanariah Jaafar, Muhammad Fakhruddin mengalami masalah penglihatan serius sejak kecil sehinggakan tidak dapat melihat dengan jelas apa yang ditulis guru di papan hitam walaupun dengan bantuan cermin mata.

"Biarpun di dalam kelas dia duduk di barisan hadapan, tapi dia tetap tak mampu lihat seperti orang lain apa yang ditulis pada papan hitam.

"Keadaan ini menimbulkan kesukaran baginya untuk belajar dengan baik," katanya.

Malah anak keempat dari tujuh beradik ini juga tidak dapat melihat dengan jelas guru yang berdiri mengajar di hadapan.

Zanariah berkata, kerana masalah penglihatan yang dihadapi, anaknya itu terpaksa menyalin daripada kawannya segala yang ditulis guru di papan hitam dan pastinya ia mengambil masa agak lama.

"Guru pula perlu salin kertas soalan dengan menggunakan huruf yang lebih besar. Memang diakui masalah penglihatan dihadapinya membuatkan dia sukar belajar serta menuntut ilmu, tapi anak saya ini seorang yang kuat semangat dan gigih," katanya.

Katanya, kesusahan Muhammad Fakhruddin belajar selama ini berbaloi apabila dia memperoleh keputusan cemerlang.

Minat bidang IT bawa tuah

Posted: 27 Nov 2014 05:07 PM PST


  • Asma' (kiri) bersama ahli keluarga yang meraikan kemenangannya sebagai johan kategori blog pendidikan peringkat kebangsaan.Asma' (kiri) bersama ahli keluarga yang meraikan kemenangannya sebagai johan kategori blog pendidikan peringkat kebangsaan.

KUANTAN - Minat yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat membawa tuah kepada guru sekolah Menengah kebangsaan Lepar Hilir Gambang apabila berjaya dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Sekolah Blog Pendidikan peringkat kebangsaan.

Asma' Ahmad, mencipta blog Cikgukaunseling.com,  http://cgkaunseling.blogspot.com bagi membantu memudahkan pelajar dan guru sekolah terbabit mengakses maklumat berkaitan pendidikan kaunseling di peringkat sekolah menengah.

Menurutnya, selain memuat naik aktiviti kaunseling yang dilaksanakan di sekolah, blog berkenaan turut memuatkan mata pelajaran Sejarah khusus untuk pelajar yang mahu meningkatkan pengetahuan berkaitan.

"Saya mengibaratkan blog ini sebagai buku skrap pendidikan secara atas talian kerana lengkap dengan pelbagai bahan untuk rujukan pelajar dan guru," katanya.

Asma' berkata, beliau turut memuat naik berita terkini mengenai kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) dan Matrikulasi,  maklumat mengenai biasiswa, pinjaman pendidikan dan tips kemahiran belajar.

Katanya, blog itu juga mungkin sesuai dengan remaja yang suka membaca kerana ada maklumat mengenai pengurusan cinta, dunia pendidikan di sekolah dan isu semasa termasuk orang kurang upaya (OKU).

Bercerita mengenai minatnya, Asma mengakui, sebagai seorang guru, beliau mahu menyahut cabaran teknologi maklumat kini dan berusaha menyediakan laman blog lengkap pelbagai maklumat sesuai dengan semua golongan.

"Justeru, saya tidak mahu membuang masa dan berusaha  menyediakan web blog berbentuk pendidikan untuk kemudahan pelajar SMK Lepar Hilir Kuantan khususnya, dan masyarakat amnya," katanya.

Menurutnya, pertandingan berkenaan mampu memberi ruang kepada lebih ramai pendidik menunjukkan bakat mereka dan memberi lebih ruang kepada blog berbentuk akademik, formal dan mengandungi artikel pendidikan.

"Tambahan pula, semakin ramai para pendidik yang mempunyai blog mereka, dalam menyampaikan dan menyebar luaskan perkongsian ilmu dengan pelajar mereka secara maya," katanya.

Katanya, penduduk  Felda Lepar Hilir  juga sudah ada kemudahan Pusat Internet 1 Malaysia di bawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia untuk kemudahan setempat dan Perkhidmatan kampung tanpa wayar atau internet secara wireless juga disediakan.

Oleh itu, katanya, blog berkenaan menjadi satu pemudah cara untuk mereka melihat pelbagai maklumat yang disediakan dan secara tidak langsung kemudahan internet dan blog itu akan dimanfaatkan.

Dengan kemenangan itu, Asma' menerima sebuah Microsoft Surface dan sijil penghargaan.

Rosakkan kereta kekasih isteri

Posted: 27 Nov 2014 05:00 PM PST


  • Rosakkan kereta kekasih isteri

KUALA KURAU - Berang isteri berlaku curang, seorang lelaki memecahkan keseluruhan cermin kereta kekasih isterinya yang diletakkan di pekan Kuala Kurau, di sini, Ahad lalu.

Selain itu, Sinar Harian turut difahamkan keempat-empat tayar kereta jenis Proton Satria ditoreh dan dirosakkan suspek berusia lingkungan 20-an itu.

Saksi  yang hanya mahu dikenali sebagai Razak berkata, ketika kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa yang meletakkan kenderaan di lokasi pasar malam Kuala Kurau dipercayai sedang menunggu isteri suspek untuk membawanya keluar.

"Suspek yang marah dengan perbuatan isterinya, bergelut dengan mangsa sebelum bertindak memecahkan keseluruhan cermin dan tayar kenderaan mangsa.

"Pergaduhan itu menyebabkan mereka menjadi tumpuan orang ramai," katanya semasa ditemui di lokasi kejadian di sini.

Seorang lagi saksi, Jun,30-an berkata, semasa suspek bertindak memecahkan cermin kenderaan dengan menggunakan objek keras, mangsa terus melarikan diri.

"Bagaimanapun, kejadian itu berakhir apabila kedua-dua pihak didamaikan oleh ahli keluarga masing-masing," katanya.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi memaklumkan tiada laporan polis dibuat atas kehendak kedua-dua keluarga suspek dan mangsa terlibat.

Azad, Eira nafi berstatus jutawan

Posted: 27 Nov 2014 04:55 PM PST

EIRA SYAZIRA dan Azad Jazmin kini bergelar pasangan penyanyi duet.


BAGAIKAN sudah menjadi lumrah, kejayaan atau rezeki yang datang bergolek kepada seseorang pasti akan mengundang pelbagai andaian dan skeptikal khalayak sekeliling.
Itulah yang dialami oleh pasangan pelakon suami isteri, Azad Jazmin, 38, dan Eira Syazira Shuhaimi, 30.
Selepas berjinak-jinak dengan bisnes berkonsepkan pemasaran rangkaian, sekitar pertengahan tahun 2014, kini pasangan tersebut didakwa sudah menyandang status jutawan. Telahan itu dibuat setelah ramai merasakan bisnes yang mereka usahakan mula membuahkan hasil lumayan.
Bertemu dengan Azad dan Eira pada majlis pelancaran album duet sulung mereka, Azad Eira di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, Azad menjelaskan, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.
Belum sampai ke tahap jutawan seperti yang diperbesarkan, namun tegas pelakon filem Kolumpo itu, benar, bisnes yang diusahakan bersama isterinya sejak enam bulan lalu itu, sudah menunjukkan peningkatan positif.
Kosmo!: Benarkah ada dakwaan mengatakan Azad kini sudah bergelar jutawan?
AZAD: Dakwaan tersebut tidak benar. Saya sendiri terkejut apabila mendengarnya. Tapi, apa yang benarnya, perniagaan yang kami ceburi telah menunjukkan perkembangan yang positif.
Adakah bidang baharu itu lebih menguntungkan daripada bidang lakonan?
Apa yang boleh saya katakan, saya dan isteri selesa menjalankan perniagaan. Setakat ini, lebih banyak rezeki kami datang daripada cabang perniagaan yang dijalankan. Secara tidak langsung, menjadikan kami lebih bersemangat dan fokus terhadap bidang ini.
Tidakkah anda berdua gusar dengan ancaman yang bakal berlaku apabila orang ramai sewenang-wenangnya melabel kalian sebagai jutawan?
Sejujurnya, saya dan Eira berasa sedikit cuak. Iyalah, kita tidak boleh jangka apa yang difikirkan oleh orang lain. Sebagai langkah keselamatan, kami akan lebih berjaga-jaga apabila keluar berseorangan mahupun bersama-sama.
Benarkah anda sudah terlalu selesa dengan dunia perniagaan sehingga enggan kembali berlakon?
Buat masa ini, saya mahu fokuskan sepenuh perhatian terhadap bidang perniagaan. Sudah hampir tujuh bulan saya tidak menerima sebarang tawaran lakonan. Tambahan pula, saya dan Eira kini dilantik sebagai duta jenama Kopi Mamu Galak dan Jus Mami Donna Rapat. Bukan mahu melupakan terus dunia lakonan, tetapi saya sedikit selektif terhadap skrip yang ditawarkan.
Apakah perkembangan terbaharu anda?
Selain album duet bersama Eira, dalam masa terdekat ini juga saya bakal ke Itali untuk penggambaran filem Poscard From Italy tidak lama lagi bersama Keith Foo dan Lara Dutta.
Bercerita mengenai album duet yang baru dilancarkan, dramatis yang popular dengan watak air mata, Eira Syazira berkata, idea terlahirnya buah tangan sulung bersama Azad itu tercetus secara tidak sengaja.
Kosmo!: Bagaimana Eira boleh terfikir untuk menghasilkan album duet?
EIRA: Selepas mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu, kami merakamkan lagu Sajak Dari Hati ciptaan Adi Priyo Sambodo. Lagu itu asalnya dihasilkan sebagai hadiah sentimental untuk meraikan status kami sebagai suami dan isteri. Namun, belum sempat menjalankan sebarang promosi, saya hamil anak sulung kami, Amarra Sofea Rose yang kini sudah berusia satu tahun. Akibat kekangan masa, projek tersebut ditangguhkan.
Apakah yang anda lakukan selepas tertangguhnya projek berkenaan?
Setelah merakamkan beberapa single, Adi memberi cadangan supaya mengumpulkan lagu-lagu tersebut ke dalam sebuah album untuk diterbitkan. Pada awalnya, album ini hanya memfokuskan kepada lagu solo nyanyian saya sahaja. Tetapi, setelah Adi menilai keserasian vokal kami berdua, Adi mencadangkan agar Azad turut terlibat sama dalam pembikinan album yang mengandungi lima buah lagu ini.
Adakah ini percubaan pertama anda dan suami sebagai penyanyi?
Ini merupakan percubaan pertama Azad, tetapi tidak buat saya. Sebelum ini, saya pernah dilamar untuk merakamkan album oleh syarikat rakaman FGM dua tahun lalu, namun, album tersebut terkubur tanpa khabar berita.
Siapakah yang memberikan tunjuk ajar kepada anda ketika merakamkan lagu?
Azad yang banyak memberikan teguran jika nyanyian saya salah. Walaupun dia dikenali sebagai pelakon namun, dia tahu tentang selok- belok nyanyian.
Adakah anda tidak kisah disamakan dengan pasangan duet popular, Nurul dan Ajai?
Kami anggap Nurul dan Ajai sebagai idola kami dan mereka juga banyak memberikan inspirasi kepada kami untuk menyanyi.

Tuhan tidak cipta saya jadi pelakon – Nabil

Posted: 27 Nov 2014 04:53 PM PST

NABIL menegaskan penyertaannya dalam MLM 2014 sebagai peserta solo kerana mahu mengekalkan imej pelawak stand up.


PELAWAK dan pelakon terkenal, Nabil Ahmad mengakui bahawa jika dibandingkan dirinya dengan barisan pelakon lain di negara ini, dia bukanlah sesiapa.
Merendah diri, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 31, jujur menyifatkan dirinya tidak mempunyai potensi besar dalam dunia lakonan kerana gagal membawa watak berat.
Mengakui bidang lakonan bukanlah satu skop yang sesuai untuk dirinya berkarya dalam industri hiburan, Nabil mendedahkan dia tidak mampu membawa watak-watak yang memerlukan dirinya bertukar menjadi seorang lelaki yang serius atau melakonkan babak air mata.
Bertemu usai majlis pratonton filem televisyen terbaharu Astro First, Strawberi dan Karipap Sesat Kat Paris (SKSKP) baru-baru ini, Nabil berkongsi kisah pengalaman pertamanya membawa watak serius dalam lakonan.
"Sejujurnya saya memang tidak mampu melakonkan watak-watak berat seperti itu. Saya sudah cuba tapi setiap percubaan itu tidak kena dengan diri saya. Selama saya berkecimpung dalam dunia hiburan, orang memang kenal saya dengan karakter pelawak. Itu jiwa saya. Sebab itu sukar buat saya bertukar karakter dalam mana-mana lakonan.
"Mungkin juga Allah tidak ciptakan saya di dunia ini untuk jadi pelakon hebat. Sebab itu saya lebih ke arah bidang lawak dan juga pengacaraan. Jika itu yang tertulis dalam hidup saya, saya terima sebab saya sedar akan potensi diri saya lebih kepada bidang lain selain dunia lakonan.
"Sebelum ini, saya banyak terima tawaran berlakon. Namun kesemuanya menawarkan saya watak yang serius seperti anak derhaka. Cuba anda bayangkan jika saya melakonkan watak anak derhaka. Kelakar bukan?," soalnya sambil ketawa besar.
Mengupas sisi karakternya dalam SKSKP, Nabil mengakui itu merupakan kali pertama dirinya memegang watak lelaki serius.
"Pertama kali pegang watak serius dan pertama kali juga digandingkan bersama nama hebat seperti Lisa Surihani. Waktu saya terima tawaran lakonan itu, saya terkejut sebab watak saya sebagai suami kepada Lisa. Bayangkan, selama ini saya pernah berangan untuk berlakon di sisi Lisa namun tidak sangka keinginan saya tercapai.
"Lisa seorang pelakon yang hebat. Sangat bertuah sebenarnya jika dapat peluang berlakon di sisi dia. Tambahan pula penggambaran SKSKP banyak dilakukan di kota Paris, jadi saya ambil peluang itu sekali gus dapat bercuti bersama isteri.
"Gementar dan perasaan berdebar itu jangan cakaplah macam mana. Lebih-lebih lagi ketika saya perlu melakonkan babak romantik seperti adegan berpeluk dengan dia (Lisa). Menggeletar tangan," seloroh Nabil diselangi tawa besar.
Perkembangan terkini, Nabil yang masih merupakan pengacara rancangan hiburan MeleTOP, kini sedang sibuk dengan penyertaannya dalam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014).
Tampil menjadi satu-satunya peserta solo, Nabil akui itu adalah pilihannya sendiri demi mengekalkan imej stand up comedian di atas pentas.
"Jika sebelum ini saya menyertai MLM dengan bergabung bersama kumpulan lain, tetapi kali ini saya ambil keputusan untuk kekalkan imej itu. Bukan saya kedekut untuk berkongsi pentas dengan rakan-rakan yang lain, tetapi bagi saya, muncul solo di atas pentas ialah kekuatan sebenar yang saya miliki.
"Apabila memberi nama untuk menyertai MLM, saya bulatkan hati mahu tampilkan 100 peratus kreativiti dalam penyampaian lawak. Bukan hanya bergantung kepada populariti, sebaliknya kreativiti yang sebenarnya menjadi ukuran dalam mana-mana pertandingan sekali pun," ujarnya.


Bella setengah tahun tidak bekerja

Posted: 27 Nov 2014 04:52 PM PST

BELLA tidak pernah menyesal apabila mengambil keputusan untuk berhijab.


Rasanya sudah terlalu lama tidak bersua dengan pelakon cantik Bella Dally. Kali terakhir berita tentangnya ditulis oleh Kosmo! sekitar April tahun ini apabila dia mengambil keputusan mengubah imej dengan berhijab.
Sejak itu, Bella, 23, seperti hilang sebentar daripada dunia seni. Tidak ada sebarang berita tentang kerjaya lakonannya terbit di media massa.
Kesempatan bertemu dengan Bella atau nama sebenarnya Nabila Ali Dally pada majlis sidang akhbar filem Desolasi di Restoran Haslam, Kuala Lumpur baru-baru ini digunakan untuk bertanya tentang khabar terbaharunya.
Sungguhpun sudah lama tidak bersua dengan pihak media, Bella masih orang yang sama. Dia masih seorang yang pemalu dan merendah diri. Apabila ditanya perkembangan terkininya, Bella tidak henti mengucapkan tanda syukur atas rezeki yang diberikan Allah kepadanya.
Akui Bella, sejak mengambil keputusan untuk memakai hijab pada April lalu, kerjaya lakonannya semakin merudum sehingga pernah tidak menerima sebarang tawaran lakonan selama setengah tahun.
Perkara itu membuatkan dia kecewa sehingga hampir berputus asa dan membawa diri ke kampung halamannya di Kota Kinabalu, Sabah. Namun, untuk menyesal dengan keputusan berhijab, jauh sekali.
"Saya mengaku hampir setengah tahun tiada tawaran lakonan. Jika ada tawaran yang datang pun terpaksa saya tolak kerana tidak sesuai dengan imej saya yang berhijab.
"Memang saya kecewa sehingga hampir berputus asa kerana menyangka saya sudah tidak ada tempat dalam dunia lakonan. Saya bawa diri ke kampung halaman di Sabah, tetapi dalam masa yang sama, saya tidak pernah berhenti berdoa.
"Saya anggap ini merupakan ujian dari Allah dan tidak pernah menyesal dengan keputusan untuk berhijab. Akhirnya, sekitar Oktober lalu, saya mendapat tawaran berlakon dalam drama bersiri yang berjudul Bencinta," tutur Bella.
Bukan itu sahaja, berkat kesabarannya, pada masa yang sama Bella yang mempunyai darah campuran Pakistan/Melayu (bapa) dan Filipina/ Eurasian (ibu) juga ditawar menjadi duta tudung jenama Ariani.
Rezeki berganda yang diperolehinya selepas enam bulan ditolak ke tepi oleh industri lakonan dianggap sebagai hadiah tidak ternilai buat dirinya.
"Sebelum berhijab, saya sering menyimpan impian untuk menjadi duta produk, tetapi tidak pernah mendapat peluang tersebut.
"Selepas berhijab dan melalui fasa mencabar dalam kerjaya, akhirnya peluang itu tiba tanpa saya jangka dan saya minta. Bagi saya, semua yang berlaku kepada saya ada hikmah di sebaliknya.
"Saya kini menjadi duta tudung jenama Ariani. Bagi saya, ia sebuah jenama yang besar di Malaysia dan berpeluang menjadi wajah sebuah produk terkenal, sesuatu yang amat bermakna untuk saya," balas Bella yang sudah lima tahun bergelar pelakon.
Cinta lakonan

LIMA tahun bergelar pelakon, Bella telah melalui fasa yang sukar dalam kerjayanya apabila tidak menerima tawaran lakonan selama enam bulan.


Disoal saat tidak menerima tawaran lakonan, adakah dia terfikir untuk berhenti menjadi pelakon mencuba kerjaya yang lain?
Terdiam seketika, Bella menyambung bicara, katanya, lakonan merupakan minat dan cintanya. Tidak mungkin dia beralih bidang kerjaya, semata-mata kerana dipinggirkan buat sementara waktu.
Jelasnya, sepanjang enam bulan tidak turun di lokasi penggambaran, rindunya terhadap lakonan, seolah-olah tidak tertahan.
"Saya sudah terbiasa sibuk di set penggambaran, apabila tiba-tiba sahaja tidak bekerja, saya jadi resah dan rindukan situasi di set penggambaran.
"Jujur, saya rindu untuk menghafal skrip, bermain dengan watak dan kepenatan bekerja di set penggambaran. Fasa itu membuatkan saya banyak berfikir. Mungkin ada kesilapan yang saya lakukan dan mungkin juga lakonan saya tidak bagus," soalnya kembali.
Sambungnya lagi, dia bersyukur diberi ujian tersebut kerana pengalaman itu menjadikannya lebih menghargai setiap peluang yang datang.
Bahkan, fasa dipinggirkan selama enam bulan itu membuatkan dia lebih bertekad untuk memperbaiki mutu lakonan.
"Saya tidak malu mengaku, sebelum ini saya menyertai program realiti lakonan Pilih Kasih musim pertama bukan kerana minat dalam bidang lakonan tetapi sekadar cuba-cuba sahaja selepas didesak oleh ibu.
"Memang sejak kecil saya minat apa sahaja yang berkaitan dengan seni terutamanya tarian. Namun, selepas menjadi pelakon lama-kelamaan minat dan cinta terhadap bidang lakonan bertambah tanpa saya sedari. Sekarang, jika tidak berlakon, kehidupan saya tidak lengkap," balasnya jujur.
Heroin Desolasi
Selain drama dan menjadi duta produk, terbaharu, Bella kini sedang sibuk di set penggambaran filem berjudul Desolasi arahan Syafiq Yusof.
Menariknya, dalam filem berunsur keagamaan itu buat pertama kalinya Bella diberi watak heroin dan bergandingan dengan pelakon Syamsul Yusof.
"Ini filem ketiga saya, tetapi ini kali pertama saya diberi peluang memegang watak heroin. Saya tahu bukan mudah untuk berlakon dengan pelakon hebat seperti Syamsul.
"Pihak produksi sudah memberi kepercayaan kepada saya. Jadi, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan lakonan terbaik," kata Bella yang pernah membintangi filem Seru dan Gila-Gila Remaja 2.
Pelakon gandingan Bella, Syamsul juga memberitahu, filem Desolasi cukup dekat dengan dirinya kerana filem itu menceritakan tentang hala tuju kehidupan seseorang di dunia.
"Awalnya, Syafiq tidak mahu ambil saya berlakon, tetapi katanya, dia mimpi saya datang merayu kepadanya agar diberikan watak.
"Akhirnya, saya dipilih memegang watak utama (ketawa). Bagi saya, filem ini datang tepat pada masanya. Walaupun itu karya rekaan Syafiq, tetapi ia seolah-olah ada kena-mengena dengan diri saya yang pernah kecewa dan putus asa dalam kehidupan," kata Syamsul tentang filem yang telah menjalani penggambaran bermula 13 November lalu.
Selain Bella dan Syamsul, filem yang akan menggunakan 60 peratus efek kesan khas (CGI) itu turut dibintangi oleh Pekin Ibrahim, Datuk Jalaluddin Hassan dan Aida Khalida.


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan