RSS

Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Azwan Ali Akan Bertanding Dalam PRU-13 Sebagai Calon Bebas?

Posted: 01 Mar 2013 05:20 AM PST

Saja kami letak tanda soal kerana sedikit sukar (banyak sebenarnya) untuk mempercayainya. Tapi Azwan Ali telah menyatakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan alasan percaya dengan pengaruh yang dimilikinya.

Azwan Ali Bertanding Pilihan Raya Umum 13

Malah dia menegaskan bahawa hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas itu adalah benar dan bukan sekadar cakap kosong. Dengarnya juga, dia akan membuat keputusan kerusi manakah yang akan ditandingi selepas menilai maklum balas daripada para peminatnya. Macam-macam betul lah. Seperi kata Azwan Ali kepada mStar online:-

"Ya… saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Alhamdulillah maklum balas sangat menggalakkan. Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti,"

Tidak kisah la dia nak bertanding, tapi kami tertarik dan dalam masa yang sama tertanya-tanya dengan misinya iaitu dia mahu memperjuangkan nasib individu sepertinya selain bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin parti politik yang unik. Pada pemahaman anda, apakah yang dia maksudkan dengan 'memperjuangkan nasib individu sepertinya' itu?

ZONARTIS: Al-Fatihah kami sedekahkan kepada anggota komando polis yang terkorban dalam serangan pemberontak Filipina di Lahad Datu, Sabah pada pagi tadi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin~

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan