Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Gambar Nadiya Nisaa di Prebiu Drama Cinta Jangan Pergi Posted: 06 Mar 2013 07:47 PM PST Jika sebelum ini Nadiya Nisaa membawa watak utama dalam Adam & Hawa, kali ini untuk meneruskan sebuah lagi drama yang Budiey rasa akan jadi fenomena di TV9, Nadiya Nisaa bakal bawa watak pelakon pembantu dalam Drama Cinta Jangan Pergi. Apa yang pasti, setakat ini Budiey dah tonton episod pertama dan kedua drama ini, watak Elina, kawan baik kepada Lea Soraya yang mempunyai karakter yang sempoi, agak kasar sikit dan dalam masa yang sama menyimpan perasaan cinta kepada Jaydee lakonan Bil Azali. KLIK VIDEO: Temubual Budiey Bersama Nadiya Nisaa – Cinta Jangan Pergi Budiey tertarik dengan watak Elina ni sebab watak ni sangat-sangat-sangat lawak dan spontan giler. Budiey rasa, Nadiya tak kekok melakonkan watak seperti ini, seorang wanita yang menghuru-harakan dan buat kecoh dalam drama ini. Kiranya, ia adalah sebahagian sub-plot selain percintaan antara Lea Soraya dan Kalil. Penonton akan bergelak ketawa dan sekurang-kurang dapat tersenyum bila menonton watak Elina yang lincah dan kuat cemburu ni. Keserasian lakonan untuk watak Elina ini dapat dilihat semasa episod pertama di mana Elina ni menyimpan perasaan cinta kepada Jaydee dalam diam-diam. Nadiya Nisaa kelihatan anggun dengan busana serba hitam dari Butik H&M. Drama ini akan ditayangkan di TV9 mulai 6 April 2013 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 8.30 malam. Jangan lupa tonton ek? Gambar Nadiya Nisaa di Prebiu Drama Cinta Jangan Pergi Nadiya Nisaa bersama Bil Azali yang membawa watak Jaydee, mereka berdua adalah kawan kepada Lea Soraya. Komen via Facebook |
| Gambar Tiz Zaqyah di Prebiu Drama Cinta Jangan Pergi Posted: 06 Mar 2013 06:36 PM PST Hujung tahun lalu, kalau korang perasan la kan, Tiz Zaqyah ada upload gambar-gambar beliau jalan-jalan sekitar London, Paris dan negara Eropah yang lain. Budiey juga ada siarkan beberapa gambar Tiz di blog ini. Ternyata sekali, gambar tersebut adalah rentetan kenangan manis beliau berlakon sebuah drama berjudul Cinta Jangan Pergi di bawah arahan pengarah tersohot, Khabir Bhatia. Semalam, jam 6 petang telah berlangsungnya Prebiu Drama Cinta Jangan yang dihadiri oleh semua pelakon utama iaitu Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Karina Ayoob. KLIK VIDEO: Temubual Budiey Bersama Tiz Zaqyah – Cinta Jangan Pergi Budiey sempat menemuramah Tiz Zaqyah yang katanya sangat teruja sangat dapat berlakon dalam drama ini sebab dapat jalan-jalan di Eropah. Rezeki sangat menyebelahi beliau kerana sebelum ini beliau dapat ke Jordan untuk pengambaran Nur Kasih. Budiey sudah pun menonton episod pertama dan kedua drama ini dan apa yang Budiey boleh katakan, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak sangat profesional semasa berlakon, nampak seperti mereka betul-betul bercinta walaupun pada ketika itu, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dah pun putus cinta. Sikit sinopsis Cinta Jangan Pergi: Dengan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir telah merubah segalanya. Lea Soraya dan Khalil dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja dalam perjalanan ke Paris. KLIK VIDEO: Tiz Zaqyah di Prebiu Drama Cinta Jangan Pergi Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah bersama. Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Khalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali, mereka mula merasa senang dengan kehadiran masing-masing. Bibit cinta mula terbit di hati mereka setelah melalui hari-hari bahagia bersama. Percintaan mereka berlanjutan walaupun setelah mereka pulang ke London. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini terjadi ke atas Khalil. Kehilangan Khalil membuatkan Lea buntu samada untuk terus menunggu Khalil atau melupakan kenangan lalu dan bersama Hudd. Anda boleh mendapatkan info menarik tentang drama ini di laman Laman Sesawang Rasmi Drama Cinta Jangan Pergi. Drama ini akan ditayangkan di TV9 mulai 6 April 2013 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 8.30 malam. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |














0 ulasan:
Catat Ulasan