RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Peraduan Menangi Pass Anugerah & Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013

Posted: 03 Mar 2013 09:58 PM PST

Seperti yang Budiey selalu war-warkan di Twitter & Facebook, Anugerah & Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 atau AIFFA 2013 bakal diadakan pada 28 hingga 30 Mac 2013 di Kampung Budaya, Kuching Sarawak. Festival ini melibatkan kehadiran penggiat filem dari Negara ASEAN seperti Malaysia, Thailand, Laos, Filipina, Indonesia, Brunei, Vietnam, serta dari Bollywood dan Hollywood untuk berkumpul dan berkongsi kemahiran mereka dalam industri perfileman.

Budiey pun tak sabar untuk buat liputan selaku Blogger Rasmi untuk AIFFA 2013 nanti. Kepada pembaca Budiey Dot Com yang berada di sekitar Kuching, Sarawak, jangan lupa temujanji kita di sana ya. Dan suprise untuk korang! Budiey ada 10 tiket percuma untuk anda mengikuti Movies In The Rainforest, Kampung Budaya, Kuching pada 28 Mac 2013 nanti.

#FFM25 dah berlalu, skrg tiba masanya utk Budiey fokus kpd kerja selaku Blogger Rasmi #AIFFA2013 . Sape nak tiket?

Menariknya AIFFA 2013, satu anugerah khas iaitu Spirit of Asean bakal diberikan kepada filem serantau yang berjaya memaparkan identititi Asia Tenggara melalui olahan cerita serta elemen-elemen lain yang dilihat mampu untuk mengangkat martabat karya Asia Tenggara ke peringkat yang lebih tinggi.

Kawasan sekitar Kuching, Sarawak seperti Kampung Budaya bakal menjadi saksi berlangsungnya acara berprestij ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang acara ini, anda boleh melayari www.aseanfilmfest.com. Selain itu, beberapa pertandingan seperti filem pendek juga turut sama diadakan bagi menambah kerancakan dan kemeriahan AIFFA 2013.

Untuk dapatkan tiket AIFFA2013, sila klik SINI.

AIFFA2013

Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Budiey ingin memberikan kepada anda 10 keping pass menonton Movies In The Rainforest, Kampung Budaya, Kuching pada 28 Mac 2013 nanti.

Setiap pembaca yang menang dapat 2 keping tiket untuk setiap pemenang yang dapat menjawab soalan berikut:

Soalan 1:
1. Sebutkan 3 aktiviti yang dianjurkan sempena AIFFA 2013 di Kuching.

Soalan 2:
2.Sebutkan penganjur utama AIFFA 2013

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Anugerah & Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 akan lebih menarik jika…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Pass Anugerah & Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013

Tarikh tutup peraduan:
26 Mac 2013 – jam 2 petang

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Kuching Sarawak sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email & twitter
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, Twitter, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Tiket-tiket yang dimenangi akan diberikan kepada pembaca sebelum majlis berlangsung.
  9. Keputusan juri adalah muktamad.
  10. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  11. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.
  12. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jom tonton beberapa video promo AIFFA 2013:

Promo AIFFA 2013 – Filem Untuk 3 Hari Vanidah Imran & Rashidi Ishak

Temubual Bersama Bront Palarae – AIFFA 2013

Temubual Bersama Dato Haji Rahim Razali – AIFFA 2013

Temubual Bersama Lisa Surihani – AIFFA 2013

Temubual Bersama Sharifah Amani – AIFFA 2013

Promo AIFFA – Scandal

Komen via Facebook

Komen

Laman Web Maybank Kini Sudah Berubah, Lebih Cool & Mantap

Posted: 03 Mar 2013 07:14 PM PST

Sebut je Maybank2U, semua orang tahu. Hatta budak sekolah tadika pun dah tahu. Pendek kata, Maybank2U ni, antara laman web bank terkenal yang ada kat Malaysia sekarang ni. Kalau artis, Budiey ibaratkan Maybank2U sepertimana famousnya macam Datuk Siti Nurhaliza. No. 1! Glam & fabulous, you!

Maybank

Setiap hari Budiey akan buka Maybank2U untuk buat macam-macam benda. Bereskan bil utiliti dan buat bayaran cukai pendapatan setahun sekali, top up prepaid, transfer duit kat adik beradik yang tengah belajar. Macam-macam ah. Kalau tak bayar bil, sekurang-kurangnya, 2 hari sekali, Budiey akan tengok baki.

Setakat ni, bila dah bertahun-tahun setia dengan Maybank2U ni, so far, memang tak ada banyak masalah.

Manalah tahu ada rezeki datang dari langitkan? Setakat ni, bila dah bertahun-tahun setia dengan Maybank2U ni, so far, memang tak ada banyak masalah. Sangat mudah dan yang penting menjimatkan masa Budiey yang sememangnya selalu sibuk menghadiri events. Kalau boleh jadikan skrip, dah lama Budiey buat skrip untuk watak Amy Mat Piah dalam filem Rock Oo, kata dia, gua sayang Maybank2U sangat2. Muah muah muah. (sambil cium jari buat flying kiss)

Budiey ada dengar keluhan beberapa orang kawan media tentang hati mereka tak senang dengan servis laman sesawang bank yang lain. Ada laman web yang sangat slow untuk loading. Naik lebam menunggu depan PC. Adakala tu, nombor tag lambat sangat sampai. Macam-macam hal. Kadang-kadang Budiey kesian jugak kat diorang sebab degil sangat, tak mahu bertukar kepada yang lebih baik. Jadi pengguna setia Maybank2U dari dulu sampai sekarang, so far masih belum buat hal lagi.

Maybank

Selain Maybank2U.com, ramai yang tak tahu, (sebenarnya, Budiey pun tak tahu), rupanya Maybank ada laman web rasmi iaitu www.maybank.com. Kiranya, www.maybank.com ini adalah laman web korporat yang memperkenalkan seluruh jenama Maybank selain ia mengandungi macam-macam informasi seperti aktiviti dan event terkini, biasiswa dan peluang pekerjaan. Manakala Maybank2U adalah laman yang menyediakan servis dalam talian kepada pelanggan setia. Itulah beza yang ketara Budiey dapat rasakan.

Apa perbezaan antara  www.maybank.com dan www.maybank2u.com ? 

Jadi, apa yang membezakan antara www.maybank.com dan www.maybank2u.com ? Haa, bezanya, Maybank2U ni adalah laman web transaksi untuk kemudahan pelanggan manakala www.maybank.com pula adalah laman yang menyediakan segala informasi korporat dan juga promosi serta acara yang dianjurkan oleh Maybank.

Kali pertama masuk ke laman web Maybank.com ni, Budiey rasa, warna temanya sudah cukup melambangkan atau mencerminkan imej Maybank. Warna temanya iaitu warna kuning yang terang, bold dan segar… memang cukup cool dan hip! Ini menjadikan laman web ini lebih menarik dan kelihatan glamor. Jika anda berpendapat, sesetengah warna yang terang seperti kuning ni, ada masanya menjadikan kita senak mata memandang, anda silap ya. Sebab. warna kuning untuk laman web ini digabungkan dengan warna lembut menjadikan ia nampak begitu sebati dan sejuk dipandang. Tidaklah menyilau mata Budiey ni yang semakin naik silaunya ni.

Maybank

Daya tarikan utama laman web Maybank yang terkini memang menggunakan konsep yang paling terkini di mana ia sangat inovatif, mudah dilayari dan yang penting sekali, padat dengan informasi. Budiey suka sebab keseluruhan website ni nampak up-to-date. Budiey dapat jangkakan kemungkinan besar pada tahun 2013 ini, Maybank mahu mencipta satu perubahan yang besar pada laman web ini di mana ianya seiring dengan kemajuan teknologi. Mungkin jugak la, kita tunggu je nanti apa perubahan drastik yang mahu dibuat oleh Maybank.

Budiey suka sebab keseluruhan website ni nampak up-to-date.

Sentuhan design website Maybank ni nampak trendy sebab menggunakan teknologi terkini. Budiey dah beberapa kali masuk ke website ini dengan menggunakan tablet dan telefon bimbit, ternyata ia direka untuk memudahkan kita melayarinya mengikut gajet yang kita guna. Dalam pada masa yang sama, laman sesawang ini juga nampak sangat cool bila kita menggunakan desktop browser. Di sini dah nampak Maybank sudah bersedia untuk mengharungi cabaran teknologi semasa.

Maybank

Budiey rasalah kan, alangkah baiknya jika laman web Maybank2U diubah seperti mana laman web rasmi Maybank ni. Barulah lagi cool. Adakah ada kemungkinan Maybank akan buat perubahan macam tu? Apa pendapat korang, rasanya elok dengan reka bentuk sedia ada atau tukar mengikut theme yang baru? Budiey berpendapat, Maybank2U patut ditukar kepada theme yang baru di mana kita senang untuk melayarinya mengikut browser atau gajet yang kita guna, betul tak? Lagi cepat loading lagi bagus. Barulah lebih mudah, jimat masa dan lebih penting ianya mobile friendly!

Lagi cepat loading lagi bagus. Barulah lebih mudah, jimat masa dan lebih penting ianya mobile friendly!

Cakap pasal browser ni, Budiey teringat dengan Windows 8 dan ternyata, reka bentuk terkini laman web ini lebih mesra dengan telefon pintar dan tablet. Jadi, gerenti tak banyak masalah jika kita menggunakan komputer sebab ia mesra dengan kecanggihan Windows 8.

Kalau nak dibandingkan dengan laman web bank yang lain kat Malaysia ni, Maybank ternyata maju ke depan dan laman web ini adalah yang pertama di Asean yang menggunakan kecanggihan teknologi terbaru. Thumbs up untuk Maybank.

Nak tahu apa yang terbaru, sila layari www.maybank.com.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan