OHBULAN! |
| Kes Pukul Suami, Polis Tahan Nouri Posted: 05 Mar 2013 10:36 PM PST
Susulan berita tergempar yang mendakwa seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sendiri sehingga mati kerana tidak mahu suaminya bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun. Terbaru, menerusi laporan mStar Online, suspek dikenali sebagai Nouri Ramli iaitu penyanyi sekitar tahun 90-an telah ditahan oleh pihak polis berhubung kes kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, Nouri telah ditahan bersama dua anak saudaranya pada pagi tadi dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan. Mangsa dikenali sebagai Khairul Azmi Jaafar, 39, dipercayai mati selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat. |
| 10 Minit Je Masa Kami Bersama Tiap Hari – Scha Al-Yahya Posted: 05 Mar 2013 09:16 PM PST
Itulah antara kenyataan pelakon filem Awan Dania The Movie, Scha Al-Yahya apabila ditanya mengenai dirinya selepas berkahwin. Dia yang telah mendirikan rumahtangga bersama selebriti, Awal Ashaari turut mendedahkan bahawa kedua mereka masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing. "Memang masing-masing susah hendak berjumpa. Kadang-kadang pagi saya pergi kerja, dia tidur. Bila saya balik petang, dia pula keluar pergi kerja. "Kami hanya dapat berjumpa betul-betul apabila sebelum tidur je. Berbual dalam 10 minit dan tidur," jelas Scha ketika ditanya. Menyentuh pada spekulasi sebelum ini yang mengatakan Scha telah hamil, pelakon ini menafikan khabar angin tersebut dan mengaku dia bersedia untuk mempunyai anak bila-bila masa. "Biasalah bila dah kahwin, mesti akan ada orang tanya. Tapi bila dah dispekulasikan ni, baguslah, orang doakan juga. "Umur pun masing-masing dah lanjut. Saya tidak akan menolak jika hamil kerana saya sudah bersedia untuk bergelar ibu," tambah pelakon berusia 29 tahun ini. Pasangan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari telah mendirikan rumahtangga pada 4 Mei 2012 selepas bercinta selama 3 tahun. |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


"10 minit je masa yang dapat kami luangkan bersama setiap hari."




0 ulasan:
Catat Ulasan