Zon Artis |
| Tunang Fizz Fairuz Isteri Orang Posted: 19 Feb 2013 05:04 PM PST
Oh, ini berita yang sangat mengemparkan! Setelah cincin pertunangan selamat disarungkan dan berita pertunangan juga sudah tersebar, barulah Fizz Fairuz mengetahui yang tunangnya itu adalah isteri orang.
Seperti kata Fizz, dia tidak menyangka perkara sebegini berlaku terhadapnya dan menyifatkan kemungkinan dia terkenan buatan orang kerana kehidupannya seolah-olah 'diatur' oleh bekas tunangnya.
Fizz berkata, empat hari selepas bertunang, barulah dia tahu yang tunangannya itu adalah isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di Selatan Thailand beberapa tahun lalu.
Terkini, Fizz mengesahkan yang dia telahpun memutuskan ikatan pertunangan dengan wanita berkenaan. Setelah tidak mempunyai apa-apa ikatan kini, mungkinkah Fizz dan Almy Nadia akan bersatu kembali? |
| You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan