Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Scha Alyahya Tidak Suka Dazrin Gara-Gara Jodoh? Posted: 09 Feb 2013 02:58 PM PST Awal bulan ini, Budiey ada baca di Astro Gempak yang mengkhabarkan Scha Alyahya dan Dazrin tidak menyukai antara satu dengan yang lain gara-gara drama bersiri terbaru lakonan mereka, Jodoh! Tapi, anda jangan cepat buat andaian, hubungan dingin mereka cuma di dalam lakonan sahaja, di luar set penggambaran mereka baik-baik sahaja dan tidak bermusuh. Drama Jodoh menampilkan Scha sebagai Olly dan Dazrin sebagai Azlan yang mengisahkan tentang dua watak utama ini terjerat dalam permainan rancangan realiti. Azlan pula harus memilih seorang teman wanita dari sepuluh peserta dan dia juga perlu memilih siapa yang bakal disingkirkan. Menariknya, pemilihan teman wanita ditentukan oleh undian penonton. Pelbagai konflik berlaku kerana mereka tidak menyukai di antara satu sama lain! Menjadi masalah kepada Azlan kerana terpaksa mengikut pilihan penonton yang mahukan dia bersama Olly. Azlan lebih tertarik kepada Katya, namun demi perjanjian yang telah termeteri dan demi peminat yang telah mengundi, rancangan harus diteruskan. Mungkinkah akan timbul rasa cinta di antara Azlan dan Olly walaupun mereka berdua tiada perasaan antara satu sama lain? Ya atau tidak, pasti banyak hati yang menjadi taruhan. Sama-sama nantikan debaran jawapan di dalam Jodoh setiap Isnin, pukul 9 malam hanya di Astro Ria, saluran 104. Komen via Facebook |
| Pernikahan Siti Fazurina Tidak Sah Kerana Menipu Posted: 09 Feb 2013 02:36 PM PST Ketika pelakon Trilogi Cinta, Siti Fazurina sedang bergembira meraikan majlis resepsi perkahwinannya pada Sabtu (hari ini), ibu kepada pelakon itu mendedahkan pernikahan anaknya lebih sebulan lalu adalah tidak sah di sisi agama Islam. Zubaidah Abu Bakar, 61, secara eksklusif memaklumkan kepada mStar Online, pernikahan itu tidak sah kerana Fazurina telah memberi maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang bagi mendapatkan kebenaran berkahwin.
Siti Fazurina (kiri) menangis memeluk ibunya pada 24 Disember lalu ketika ibunya hadir secara mengejut pada sidang media yang diadakan oleh pelakon itu kira-kira empat hari selepas bernikah. Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 31 dan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain. Pasangan itu mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka pada Sabtu (hari ini) di Pearl Island Country Club, Bayan Lepas. Pada 24 Disember lalu, Siti Fazurina bersama suaminya mengadakan satu sidang media di Pulau Pinang bagi menjelaskan kontroversi yang berlaku. Dalam majlis penuh drama itu, Siti Fazurina menangis teresak-esak sambil memohon ampun kepada ibunya yang hadir secara mengejut sebelum wanita itu ditarik oleh ahli keluarga lain agar meninggalkan majlis berkenaan. Dalam pada itu, Zubaidah memberitahu beliau telah merujuk perkara tersebut ke pejabat agama yang sama baru-baru ini dan melantik seorang peguam syarie untuk menyiasat kesahihan pernikahan itu yang tidak mengikut syarak dan perlu dinikahkan semula. Bagaimanapun katanya, Fazurina gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Batu Gantung, Pulau Pinang seperti diminta pada 6 Februari lalu dan memberikan alasan tidak menerima sebarang notis mengenai arahan itu.
Sementara itu, Zubaidah berkata, pihak pejabat agama sedang berusaha untuk menemuinya bagi menyelesaikan kes itu.
Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan