Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Tasha Shilla Mengakui Sedang Bercinta Dengan Seorang Lelaki? Posted: 07 Feb 2013 09:41 AM PST Pada petang tadi, Budiey ada mendapatkan penjelasan dari mulut pelakon Tasha Shila sendiri berkenaan dengan gossip yang mengatakan beliau kononnya bercinta dan ada hubungan rapat dengan seorang lelaki di pelancaran drama terbaharu bagi slot Akasia TV3, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi di Hotel JW Marriot di sini bersama pelakon-pelakon lain iaitu Fahrin Ahmad, Lydiawati, Datuk Rahim Razali dan Fouziah Gous. Kenyataan yang diberikan pelakon cantik molek ini mengakui sedang berkawan dengan seorang lelaki yang dikenalinya sejak enam tahun lalu. Sila tonton video temubual Budiey Bersama Tasha Shila: VIDEO STATEMENT TASHA SHILA Namun, kenyataan ini berlainan sedikit dari apa yang disiarkan di Mstar Online di mana pelakon Tasha Shilla mengakui sedang bercinta dengan seorang lelaki yang dikenalinya sejak enam tahun lalu. Bagaimanapun Tasha atau nama sebenarnya Natashashella Abdul Razak, 26, berkata, dia enggan mengulas secara terperinci mengenai identiti lelaki tersebut.
Tambah Tasha, kekasihnya itu bukanlah daripada mereka di kalangan selebriti dan dia tidak akan membawa lelaki itu ke majlis-majlis hiburan.
Agak mengelirukan sedikit kat situ, tapi tak pe. Budiey rasa Tasha Shila tak perlu nak malu jika dia benar-benar ada kekasih hati. Tak gitu? Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






0 ulasan:
Catat Ulasan