Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Baju T Edisi Khas Rock Oo Rimba Bara Kembali KUKU BESI Memang ROCK Posted: 26 Feb 2013 05:36 PM PST Hitung punya hitung, nampak gayanya, tinggal satu hari je lagi untuk kita menonton filem Rock Oo arahan Mamat Khalid di pawagam. Ya, esok! Jangan tak caya. Teringat lagi masa Budiey pergi Ipoh untuk melihat pengambaran filem ni kat sana. Rasa macam semalam je. Budiey percaya, ramai yang dah tak sabar untuk menonton filem ini. Ye lah, kalau tengok pada laman sosial Twitter, berderet-deret semua duk pakat cakap filem Rock Oo ni terbaek. Filem Rock Oo Rimba Bara Kembali bakal ditayangkan di pawagam mulai esok, 28 Februari 2013 Sebut pasal ROCK, semua orang terkenangkan lagu-lagu rock kapak dan terbayangkan imej rockers berseluar ketat, jaket lusuh singkat, pakai baju T ketat lengan panjang atau singlet dengan cetakan dan tulisan grup rockers terkenal, berambut panjang menggerbang ala-ala afro, berkasut sneakers… itu identiti rockers. Semasa Budiey datang ke Majlis Prebiu Media Rock Oo baru-baru ini, Budiey diperkenalkan dua baju T eksklusif edisi khas berkonsepkan ROCK yang direka oleh seorang pereka grafik yang tak asing iaitu Kuku Besi. Eh, kamon guys, siapa yang tak kenal dengan jenama Empayar Kuku Besi ni, sebelum ini dia dah banyak design dan keluarkan beberapa konsep T-shirt dengan ciptaan seni tersendiri. Seperti mana baru-baru ini, baju T berunsurkan negeri-negeri di Malaysia di mana ada jata-jata negeri tu. Budiey rasa benda ni sangat unik. Memang jarang dibuat orang pun kan. Selesa, rock & sempoi, kalau dapat pakai baju T edisi khas Rock Oo dari Kuku Besi masa tengok wayang, kira gempak kot.Sempena filem Rock Oo Rimba Bara Kembali yang akan keluar di pawagam mulai esok, 28 Februari, Kuku Besi mahu menghangatkan sekalian rockers dan peminat rock kapak dengan mengeluarkan dua baju T eksklusif lengan panjang di mana Budiey rasa sesuai sangat dengan mood seorang rockers. Budiey dah pun memiliki kedua-dua baju T ini dan apa yang Budiey boleh katakan, ianya sangat selesa sebab fabrik yang dipilih sangat nipis dan 'sejuk', sesuailah dengan cuaca panas kat Malaysia ni. Rekaan coraknya sangat sempoi, ringkas dan bila kita tengok pun kita tahu, itu baju rock! KLIK VIDEO: Cara Beli Baju T Eksklusif Filem Rock Oo Rimba Bara Kembali Rekaan KukuBesi Masa pakai baju ni dengan saiz L, ingat ke ketat la memandangkan badan Budiey semakin berkembang maju ke depan sekarang. Tapi sebenarnya, kain fabrik baju ni yang elastik membuatkan ia membesar mengikut saiz badan. Bak kata Kuku Besi, bila dah basuh baju ni, kita akan rasa dia besar sikit dari saiz asal. Budiey nasihatkan kat korang yang nak beli, kena beli tempah cepat-cepat sebab memang disediakan dalam semua saiz tapi Baju T yang pertama (lihat sebelah kiri gambar kat atas ni) berkonsepkan Mentari Merah dan satu lagi berkonsepkan Grey Rock di mana kedua-duanya ada lambang Rimba Bara, sebuah kumpulan rock yang dianggotai oleh Zul Kapan, Amy Mat Piah, Slash dan Black dalam filem Rock Oo. Haa, sempoi ke tidhooook? Grey Rock Mentari Merah Dari segi kualiti, Budiey kira ianya sama dengan zaman rock dulu-dulu, cuma cutting dibuat supaya serasi dengan zaman sekarang ini. Pengilangannya dibuat di luar dan mutunya dijamin. Budiey sangat sokong kolaborasi semacam ini di mana setiap filem sepatutnya ada merchandise yang tersendiri untuk dimiliki oleh peminat filem tanahair. Kalau kat negara luar, barangan merchandise filem dah jadi satu benda yang wajib ada. Budiey kira, untuk kolaborasi Kuku Besi dan Grand Brilliance serta Mamat Khalid ni, satu langkah yang bagus sebab dapat membantu mempromosikan filem Rock Oo. Setidaknya, dengan ada baju T Rock Oo ini, mengingatkan kita dengan fenomena rock yang menjadi kegilaan di zaman 90an dan kasi orang Malaysia tentang filem Rock Oo yang menggegarkan pawagam. Kepada pembaca yang mahu mendapatkan baju T edisi khas filem Rock Oo ini, boleh mendapatkannya secara dalam talian, layari je www.facebook.com/kukubesistore atau boleh dapatkannya juga di SuperSunday Store yang terletak berdekatan dengan Stesen Monorail Bukit Bintang. Tapi kepada anda yang berada jauh di Singapura atau di mana sahaja, Budiey nasihatkan boleh menempah baju T shirt Rock Oo ini melalui laman Facebook KukuBesi. Kalau nak tempah, tempahlah cepat-cepat sebab baju T memang dicetak secara terhad di mana kedua-duanya dicetak sebanyak 150 helai sahaja. Jika anda kata harga RM90 untuk baju T ni mahal dan tak mampu, jangan risau ye sebab KukuBesi ada mengeluarkan satu lagi rekaan baju T mampu milik dengan logo Rimba Bara dengan harga RM60 je sehelai. Ada warna biru, merah dan hitam tapi baju edisi mampu milik ni berlengan pendek. Ringkas dan sempoi je sebab ada logo Rimba Bara kat dada. Budiey pasti, baju T edidi khas ini akan mendapat sambutan seperti mana sambutan yang hangat untuk filem Rock Oo ni. Terbukti semasa Malam Prebiu Filem Rock Oo dan di Malam Gala Rock Oo ramai yang datang beli. Cayok KukuBesi! Dan terbaru, apa yang Budiey dapat tahu, Kuku Besi akan buka booth di Pawagam Jusco, Ipoh, Perak pada 28 Februari ini bermula jam 7 malam. Untuk orang Ipoh yang nak datang, boleh datang jumpa dengan Kuku Besi. Layari sekarang: www.facebook.com/kukubesistore Budiey & Kuku Besi TENTANG EMPAYAR KUKU BESI Komen via Facebook |
| Johan As’ari Hampir Kena Liwat Dalam Tandas Posted: 26 Feb 2013 03:38 PM PST "Kejadian tu berlaku sewaktu saya berada dalam tandas. Saya memang sangat-sangat gementar masa tu. Cuak bila muka Jay. Memang satu pengalaman baru yang saya boleh kata… wow! lah (terdiam sekejap kemudian gelak) " kata Johan As'ari namun enggan meneruskan cerita mengenai pengalamannya hampir-hampir diliwat oleh pelakon Jay Iswazir. Tapi jangan salah faham kerana insiden itu sebenarnya hanyalah salah satu babak yang dilakonkan mereka dalam drama bersiri terbaru Karlos. Tambah Johan, dia betul-betul takut sewaktu melakonkan babak itu apatahlagi melihat wajah Jay Iswazir yang benar-benar menjiwai wataknya ketika itu. Bagaimanapun karakter itu dilihat sebagai satu cabaran malah mengakui tanggungjawab yang digalas dalam drama kali ini sangat berat. "Masa dapat skrip sebenarnya babak tu adalah babak saya diliwat. Tapi setelah berbincang dengan pengarah dan penerbit, saya minta pengarah ubah sikit babak itu. Saya juga sepatutnya kena pakai boxer, tapi saya tak mahu kerana segan dan bagi saya tak sesuai untuk tontonan umum. "Hasil perbincangan, babak itu daripada diliwat jadi hampir diliwat. Kalau hampir diliwat tu, bagi saya okay lagi lah", Johan As'ari dan pelakon drama Karlos ditemui di sidang media drama tersebut di Sri Pentas, semalam. Bercerita lanjut, Johan memberitahu bagi menghidupkan dua watak iaitu Irwan dan Karlos, sedikit sebanyak dia melihat penghayatan lakonan daripada pelakon kanak-kanak, Fhazrill (sebagai Irwan sewaktu kecil). Tidak cukup dengan itu, karakter kali ini memerlukan melakukan babak berlawan. "Watak ni memang berat. Ada babak saya merompak, membunuh dan bergaduh. Saya juga ada tengok lakonan Fhazrill kemudian sikit-sikit saya kaji dan cuba menyesuaikan dengan karakter saya. Selain tu, semua babak stunt saya lakukan sendiri. Macam semalam, ada babak bergaduh entah macam mana tangan saya tercucuk pisau. Mujurlah luka ni tak begitu teruk", ujarnya sambil menunjukkan kesan luka tersebut. Karlos menelusuri perjalanan hidup sorang remaja, Irwan Zaid (Johan) yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutamanya oleh bapanya sendiri Rashid (Namron) yang juga merupakan seorang kaki judi. Dia juga disisihkan ibunya, Zai (Sherlie Merlis). Tanpa perhatian dan kasih sayang seperti adik beradik lain, Irwan cuba membina kehidupan di atas kakinya sendiri. Namun disebabkan beberapa kejadian, dia diheret ke Pusat Pemulihan Akhlak, Teluk Panglima. Di sana, dia mula berkawan baik dengan Kenji (Syazwan Zulkifly) dan orang kanan Kenji, iaitu Joey. Kenji dan Joey dibebaskan sebulan lebih awal menyusul selepas itu Irwan. Oleh kerana tidak mempunyai pilihan lain, Irwan menumpang di rumah sewa Kenji. Irwan juga sudah mula selesa dengan panggilan 'Karlos'. Dibawah bimbingan Kenji, Karlos belajar bagaimana hendak menyamun dan pecah rumah. Inspektor Mahadir (Azhar Sulaiman) diberi kepercayaan untuk menyiasat kes jenayah yang semakin meruncing. Mampukah Mahadir memberkas penjenayah paling dikehendai negara? Apakah Irwan atau sisi gelapnya, Karlos menyedari akan setiap kesalahan yang dilakukan? Ditayangkan setiap Isnin, jam 9 malam di TV3, Karlos menemui penonton mulai 4 Mac ini. – Malaysian Digest Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |














0 ulasan:
Catat Ulasan