RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Konsert Wings Rockestra di Istana Budaya

Posted: 22 Feb 2013 04:02 PM PST

Wings Mendarat Lagi Di Istana Budaya
Konsert Wings Rockestra di Istana Budaya

Nama Konsert: Wings Rockestra 2013
Tarikh: 26, 27, 28 dan 30 April 2013
Durasi: 2 jam 30 minit
Lokasi: Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Artis Utama: Wings
Orkestra Iringan: Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Encik Mustafa Fuzer
Anjuran: Anggerik Event Sdn Bhd
Info Tiket: www.ticket2U.com

Konsert Wings Rockestra di Istana Budaya

SAYAP jentera grup dengan nama Wings ini berkibar lagi. Setelah lebih dua dekad menyalurkan kibar lagu, berdendang siulan dan berkelana ke genap sanubari pendengar dalam atmosfera muzik tempatan, grup yang dianggotai oleh Awie, Joe, Eddie dan Black ini bakal sekali lagi menjelajah pentas Istana Budaya yang cukup berprestij.

Penakluk angkasa raya rock n roll ini pernah memberikan persembahan yang cukup mantap dan mendapat respons cukup positif daripada peminat mereka. Dengan telah memberikan satu tanda aras buat grup rock di Istana Budaya pada April 2011, Wings sekali lagi diberikan penghormatan oleh ketua Pengarah Istana Budaya, Dato' Mohamed Juhari Shaarani untuk kembali beraksi dan menjadi salah satu tentatif penting dalam jadual persembahan Istana Budaya 2013.

Empat kepala dan jiwa menjadi satu, persembahan perdana mereka di Istana Budaya telah diiktiraf sebagai persembahan artis berkumpulan yang mendapat kutipan tertinggi di pentas berprestij tersebut. Untuk sebuah persembahan segar dan atas peluang kali kedua, Wings kembali tanpa Superfriends kali ini. Tiada juga bekas anggota Wings sepertimana dalam konsert Opera Hidup yang lalu. Semuanya atas nama penyegaran konsert kali kedua.

Seperti membukukan sejarah, Wings kali ini muncul dengan konsep dan persembahan yang wajar dijadikan sebuah momen lagi buat para peminat tegar mereka. Bersilih ganti lagu dengan senarai yang lebih segar daripada 17 buah album studio, Wings juga bakal menjamah telinga khalayak dengan lagu-lagu baru mereka yang bertajuk MENAKLUK KOSMOS.

Bukan hanya enak di telinga, konsep yang segar dan meyakinkan visual akan mengiringi senarai repertoire Wings yang luas. Kumpulan ini akan beraksi, menjelajah jiwa dan rasa khalayak selama 2 jam 30 minit dengan sorotan lagu yang berisi momen-momen tersendiri buat khayalak yang sudah sekian lama mengikuti perjalanan seni mereka.

Grup rock pertama yang masuk ke dalam istana ini sekali lagi akan memalu gendang irama rock selama 4 hari iaitu pada tanggal 26, 27, 28 dan 30 April kelak. Bermula pukul 8.45 malam, Panggung Sari juga turut dimantapkan dengan persembahan 43 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangssan.

Membentuk kembali sebuah atmosfera rockestra, Wings sekali lagi bergandingan mantap dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer, dimantapkan lagi dengan Pengarah Muzik (Musical Director) galasan Joe Wings dan penggubah muzik orkestra (orchestra music arranger) Miss Lee Tse Wan.

Saksikan visual hikayat penuh ranjau Wings daripada Belenggu Irama hinggalah Menakluk Kosmos di pentas berprestij buat kali keduanya.

PROFIL WINGS
Wings merupakan salah satu grup rock paling lama bertahan sejak ditubuhkan pada tahun 1985. Tersenarai diskografi yang cukup unggul, hingga kini Wings mempunyai 17 buah album studio, 10 buah album kompilasi dan 4 buah album rakaman live.

Album pertama Wings diterbitkan pada tahun 1987 dengan tajuk Belenggu Irama yang terangkum lagu-lagu seperti Intanku Kesepian, Peronda Jaket Biru, Biarkan Berlalu dan Inspirasi Taming Sari. Ini diikuti dengan album Hukum Karma yang memberikan lagu-lagu hits seperti Misteri Mimpi Syakila, Hukum Karma, Taman Rashidah Utama dan Orang Kita.

Dalam histori perjalanan Wings, album studio Wings dengan tajuk Bazooka Penaka pernah menerima pencalonan paling banyak dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 93. Album ini memenangi anugerah Rakaman Album Terbaik pada tahun tersebut. Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut ialah Di Ambang Wati, Bernafas Dalam Lumpur dan Suara Kita.

Album Naga Kramat diterbitkan pada tahun 2002 dan buah tangan akhir tersebut telah membuahkan kerinduan buat para peminat Wings. Kumpulan ini dengan secara rasminya telah menjadi artis naungan KRU Music Group pada tahun lalu dan akan keluar dengan sebuah album studio baru yang diberi judul Menakluk Kosmos.

Tiket Konsert Wings Rockestra boleh dibeli secara online melalui http://www.ticket2u.biz pada harga : RM499 (Golden Seat), RM399 (Front Stall), RM299 ; Middle Stall), RM249 ; Grand Circle Centre), RM199 (Grand Centre L&R), RM149 (Grand To End), RM99 (Upper Circle/Center), RM69 (Upper Cirlce)

Komen via Facebook

Komen

Cabaran Seterusnya Menanti Finalis Da’i

Posted: 22 Feb 2013 09:58 AM PST

CABARAN SETERUSNYA MENANTI FINALIS DA'I!

Program realiti Da'i minggu kelima telah menyaksikan finalis Mohamad Shazwan Bin Zakaria tersingkir dari meneruskan persaingan minggu seterusnya. Manakala satu lagi kejutan dari episod Da'i minggu lalu adalah apabila finalis Khairul Amar Bin Samsuri telah menarik diri dari meneruskan perjuangannya kerana berdepan dengan komitmen peribadi yang tidak dapat dielakkan. Namun, langkah buat sembilan lagi finalis Da'i harus diteruskan demi sebuah perjuangan!

Semasa pengacara mengumumkan nama finalis yang tersingkir

Cabaran demi cabaran telah diberikan kepada finalis Da'i. Bagi pusingan cabaran minggu lalu yang diberi nama "Ziarah Kasih", peserta Da'i dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Mahligai Jiwa dan kumpulan Seindah Kasih. Menerusi tugasan Ziarah Kasih ini, setiap kumpulan akan mendapat sebuah keluarga angkat dimana mereka perlu membantu keluarga ini dari sudut keperluan harian, pakaian serta berkongsi pengisisan ilmu. Dua buah keluarga yang dipilih pada episod kali ini adalah keluarga Encik Buang Bukhari serta keluarga Encik Zam Zam. Lokasi tugasan kali ini adalah di Taman Perumahan Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.

Syarat utama tugasan kali ini adalah setiap kumpulan harus mengadakan satu sesi tazkirah melalui apa cara sekalipun. Sekiranya kumpulan tertinggal atau tidak melakukan sesi tazkirah ini, markah untuk penilaian juri akan ditolak. Juri jemputan kali ini yang membantu proses penilaian bagi tugasan minggu ini merupakan seorang pendakwah bebas iaitu Ustazah Asni Mansor.

Penerbit Da'i, Shukri Hj Ibrahim berkata, "Mengenai tugasan minggu lalu yang diberi nama 'Ziarah Kasih', kesemua finalis diberi peluang untuk mendekati dua buah keluarga yang memerlukan bantuan sambil mendengar masalah serta memberi semangat menerusi sesi tazkirah. Kumpulan tidak hanya perlu membantu keluarga ini dari sudut fizikal sahaja seperti makanan ataupun keperluan harian, namun mereka juga boleh melihat aspek yang lebih mendalam bagi mengeratkan lagi tali silaturahim diantara mereka dan juga keluarga angkat masing masing."

Da'i menampilkan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin sebagai pengacara program untuk musim ini. Sementara itu, beliau turut ditemani dua rakan seperjuangan iaitu Mohd Zhafran Mohd Zainuldin dan Muhamad Hilmi Idris yang bertindak mengendalikan segmen khas mingguan. Manakala panel juri tetap pula menampilkan salah satu ikon pengacaraan yang tidak asing lagi iaitu Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail bersama Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie yang bertanggungjawab menilai keterampilan semasa peserta dan pemarkahan berdasarkan tugasan yang diberikan.

Juara Da'i bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM50, 000. Siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara sulung program Da'i? Ikuti program realiti Da'i yang disiarkan secara langsung dari Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada setiap hari Sabtu jam 6.00 petang hingga 7.00 petang. Penonton yang terlepas menyaksikan episod mingguan Da'i boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Sila layari www.tv3.com.my/dai dan akaun Twitter rasmi Da'i iaitu @DaiTV3 serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan