Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Liyana Jasmay Mahu Berbulan Madu Selama Setahun Posted: 02 Feb 2013 05:23 PM PST Liyana Jasmay Nak Honeymoon Selama Setahun Mengenai perancangan mempunyai cahaya mata, Liyana berkata dia dan suaminya membuat keputusan mahu berbulan madu dahulu buat masa ini. Memandangkan sewaktu bercinta dulu, mereka berpisah selama enam bulan kerana Liyana melanjutkan pelajaran ke New York. Tambahan, usai saja majlis resepsi nanti, pasangan ini akan berangkat ke New York kerana Liyana akan menjalani penggambaran di sana. Sambil-sambil itu mereka akan mengambil peluang berbulan madu. Namun mereka tidak menolak kalau Tuhan mengurniakan rezeki dalam masa terdekat ini.
Selain New York, Liyana dan Fathuddin akan singgah di London dan menghabiskan masa beberapa hari di sana. Dan sekembali ke Malaysia nanti mereka akan menyambung bulan madu di sebuah pulau di Sabah. Kata Liyana sambil menjeling manja ke arah suaminya.
Video Sekitar Majlis Akad Nikah Liyana Jasmay: Komen via Facebook |
| Suami Liyana Jasmay Tidak Peduli Dengan Gossip & Kontroversi Posted: 02 Feb 2013 12:09 AM PST Sejurus selepas diijabkabulkan, Liyana Jasmay & suaminya Fathuddin telah ditemubual oleh rakan media di Majlis Akad Nikah yang berlangsung pada jam 10 pagi tadi di Hotel Pacific, Kuala Lumpur. Liyana Jasmay berkata dia langsung tidak ambil pusing jauh sekali berasa marah dengan kontroversi yang tercetus berhubung gambar pra-perkahwinan mereka yang tersebar sehingga megundang reaksi negatif banyak pihak. Dua minggu lalu media ada melaporkan, ibu aktres genit itu meluahkan rasa terkilan apabila gambar-gambar yang menampilkan babak romantik aksi mesra anak serta menantunya tersebar. Apatah lagi apabila ia telah melahirkan rasa tidak puas hati ramai pihak kerana ianya dilihat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat kita. Seperti mana si isteri, Fathuddin memberitahu dia juga tidak ambil peduli dengan hal tersebut.
Budiey lihat pasangan ini sangat cool dan rileks menjawab segala pertanyaan dari media. Wajah mereka sangat ceria dan berseri-seri. Dalam pada itu Liyana mencelah.
Selamat pengantin baru buat kedua-dua pengantin. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







0 ulasan:
Catat Ulasan