RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Anuar Zain di Konsert Anuar Zain Tiga Dekad

Posted: 17 Feb 2013 08:56 AM PST

Gambar Anuar Zain di Konsert Anuar Zain Tiga Dekad

Seramai 6,000 orang peminat Anuar Zain, rata-ratanya terhibur dengan persembahan memukau penyanyi popular ini di Stadium Malawati, Shah Alam pada tarikh keramat 16 Februari lalu. Membuka tirai dengan lagu I'm The Lucky One seterusnya lagu rancak yang ditukar sedikit tempo, Bila Resah dengan iringan 26 pemuzik bersama empat penyanyi latar di bawah pimpinan Mac Chew.

KLIK: VIDEO Lagu I'm The Lucky One di Konsert Anuar Zain 3 Dekad

Semasa sidang media yang diadakan sejurus selepas berlangsungnya konsert, Anuar Zain mengatakan bukan mudah untuk menjayakan konsert ini. Pengorbanan bukan sedikit. Tekanan cukup tinggi. Satu keputusan yang berani dan beliau mampu menarik nafas lega dengan sokongan peminat seramai 6,000 orang yang memenuhi ruang Stadium Malawati. Bahkan kesukaran paling memuncak apabila tiada penaja yang sudi menaja konsert ini dan segala untung rugi ditanggung oleh Anuar Zain Network dan Universal Music.

KLIK: VIDEO Sidang Media Anuar Zain Selepas Konsert Tiga Dekad

Sudah pasti, kemunculan Anuar Zain disambut dengan sorakan gemuruh sekalian peminat yang mahukan persembahan terbaik dari Anuar Zain. Budiey dengar, ada beberapa orang yang masih tidak puas hati dengan mutu bunyi yang ada kalanya pecah dan tidak jelas menenggelamkan suara lantang Anuar Zain. Bagi Budiey, itu perkara biasa, tidak ada yang sempurna dalam dunia ini, kan?

KLIK: VIDEO Lagu Bila Resah & Temubual Bersama Peminat Anuar Zain dari Brazil 

Anuar Zain bukan sahaja genius dari segi persembahan tapi dia memang genius dalam memikat hati penonton. Lantaran itu, Anuar Zain melontarkan beberapa kuntuman bunga mawar merah kepada peminatnya (di ruang VIP seat) sebagai meraikan cinta dan kasih sayang.

Lagu rancak kedua menjadi pilihan, Selamat Pagi Sang Suria seolah mahu menggembirakan hati peminat beliau dengan paparan visual menarik dan pencahayaan yang penuh pancawarna. Yang penting, konsert untuk meraikan tiga dekad Anuar Zain dalam industri ini diterima seadanya oleh peminat. Lagu-lagu wajib yang Budiey kira menyengat seperti Jangan Bersedih Lagi, Mungkin dan Ajari Aku sudah pasti ditunggu-tunggu peminat beliau.

KLIK: VIDEO Anuar Zain Nyanyi Lagu MUNGKIN di Konsert Anuar Zain 3 Dekad 

Muzik video lagu Sempurnakan Aku ditayangkan secara eksklusif dan pertama kalinya untuk peminat yang hadir bagaikan ada kejutan di situ kerana ada babak-babak menarik yang begitu romantis dilakonkan oleh Anuar Zain bersama Nora Danish. Budiey pasti, ramai yang dah tak sabar nak tengok muzik video ni kan?

Lagu-lagu cinta terus berkumandang bersama suara peminat yang turut mengerah vokal menyanyi bersama lagu Keabadian Cinta dan lagu rancak, Kau Bunga Cintaku. Seterusnya lagu tema filem iaitu Perpisahan turut dihidangkan dengan paparan menarik visual di skrin LED, sesudah itu, lagu Ku Hanya Milikmu dan Ketulusan Hati bagaikan merasuk minda penonton yang tak henti menjerit memanggil nama Anuar Zain.

Bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya ke-43 pada Jumaat, Anuar sempat mengusik menerusi lagu selamat hari lahir kepada peminat yang turut berkongsi bulan kelahiran dengannya.

Kejutan yang Budiey sendiri tidak jangkakan iaitu persembahan semasa lagu Cinta Tak Harus Memiliki di mana Anuar Zain membawa tiga penyanyi wanita bersuara mantap iaitu Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvira sebagai penyanyi iringan. Pergh! Memang ada kelas!

Kredit Foto: HazmilJapilus

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan