OHBULAN! |
| Boyce Avenue Cover Lagu “Locked Out Of Heaven” Versi Akustik Posted: 05 Feb 2013 08:27 PM PST
Jika anda rasa lagu original "Locked Out Of Heaven" oleh Bruno Mars sudah mampu membuatkan jiwa anda melayang jauh, dengarkan pula versi akustik dari kumpulan Boyce Avenue. Dengan suara yang sedikit 'husky' dan susunan muzik yang lebih 'chill', "Locked Out Of Heaven" versi akustik adalah sebuah lagi karya yang menarik untuk didengar. Bagi yang tidak dan tak pernah tahu, Boyce Avenue adalah sebuah kumpulan muzik yang terdiri dari 3 orang adik beradik lelaki iaitu Alejandro, Fabian dan Daniel. Mereka adalah kumpulan muzik yang tidak berada dibawah mana-mana label dan sehingga kini menerusi Youtube, Boyce Avenue adalah kumpulan muzik persendirian yang paling diminati seluruh dunia. Mari dengarkan cover lagu "Locked Out Of Heaven" versi akustik dari Boyce Avenue selepas ini ya! |
| Suspek Kes Rogol Teman Wanita Ditahan Reman 2 Hari Posted: 05 Feb 2013 06:16 PM PST ![]() ANGGOTA polis mengiringi suspek (dua dari kanan) selepas prosiding mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen Ampang Jaya semalam. Menerusi artikel bertajuk "Teman Wanita Dakwa Dirogol Juara Realiti TV" yang kami keluarkan semalam, mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangannya penyanyi tersebut bukan? Di sini ada perkembanagan terbaru berhubung isu tersebut, di mana pihak Kosmo! Online hari ini melaporkan bahawa tertuduh merupakan artis lelaki yang berusia lingkungan 25 tahun dan suspek pernah menjuarai sebuah program realiti hiburan popular sekitar tahun 2010, anjuran sebuah stesen televisyen. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jalaluddin, suspek akan ditahan reman selama dua hari dan pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.
P/S Suspek dua dari kanan. Sumber : Kosmo |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan