OHBULAN! |
| Nostalgia : Datin Sofia Jane Kongsi Gambar Kahwin 18 Tahun Lepas Posted: 27 Feb 2013 09:56 PM PST
Agaknya, ini pertama kali OHBULAN! muatnaik foto-foto perkahwinan lama seorang selebriti. Yang menariknya, selebriti tersebut ialah Datin Sofia Jane. Sekitar tahun 90an, Datin Sofia memang seorang yang sangat popular sehingga memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH) 1993 dan juga Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) 1994. Menerusi laman Twitter rasmi @twt_malaysia, Datin Sofia telah membawa naik isu perkahwinan sambil berkongsi gambar-gambar nostalgia di hari perkahwinannya. Pelakon yang dilahirkan di London ini telah melangsungkan perkahwinan bersama Meor Zain Azman pada tahun 1995. Ketika mereka berkahwin, Datin Sofia baru berusia 23 tahun. Dan kini beliau sudah pun menginjak umur 41 tahun. Kami lihat, Datin Sofia masih lagi kekal cantik sehingga sekarang, apa pula kata anda? Mari lihat beberapa keping foto di majlis perkahwinan Datin Sofia Jane dan Meor Zain Azman. |
| Isu Video Di Youtube, Salih Yaacob Minta Maaf Kepada Peminat Posted: 27 Feb 2013 08:17 PM PST
Susulan daripada sebuah video yang dimuat naik menerusi laman YouTube pada 25 Februari lalu, pelawak dan penyampai radio terkenal, Salih Yaacob telah melahirkan rasa kecewa dan meminta maaf kepada semua peminatnya sehingga mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia hiburan. "Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat. "Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," ujar Salih menerusi laporan Utusan Online. Dalam pada itu, menerusi respon penonton-penonton di lama YouTube, ramai juga yang mengkritik Salih Yaacob nak menghanburkan kata-kata yang negatif.
Berikut kami paparkan video tersebut untuk tatapan anda semua. |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









0 ulasan:
Catat Ulasan