RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Mampukah Bunohan Dinobatkan Sebagai Filem Terbaik FFM25?

Posted: 25 Feb 2013 09:20 PM PST

Filem Bunohan

Nampaknya cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi bakal berlangsungnya majlis anugerah penuh berprestij iaitu "Festivel Filem Malaysia ke-25 (FFM25)" di mana majlis tersebut akan menampilkan dua pelakon hebat, Erra Fazira dan Fahrin Ahmad sebagai hos malam anugerah tersebut.

Menerusi perbualan di laman sosial Twitter, ramai yang sudah merasakan kehangatan anugerah ini dan ramai yang rasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan keputusan filem manakah bakal dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM25 pada kali ini.

Jika diikutkan kepada senarai pencalonan, filem yang banyak tercalon dalam setiap kategori yang dipertandingkan adalah filem Bunohan dan Songlap iaitu menerusi kategori Pengarah Terbaik - Dain Said (Bunohan), Effende Mazlan & Fariza Azlina Ishak (Songlap), Palakon Lelaki Terbaik - Faizal Hussein (Bunohan), Pekin Ibrahim (Bunohan), Zahiril Adzim (Bunohan), Shaheizy Sam (Songlap), Cerita Asal Terbaik - Dain Said (Bunohan), Fariza Azlina Ishak (Songlap) serta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Amerul Affendi (Bunohan), Husyairi Hussain (Bunohan), Syafie Naswip (Songlap).

Namun begitu, sekiranya kita lihat pada Anugerah Skrin 2012 yang lalu, filem Bunohan telah berjaya menggondol anugerah Filem Terbaik. Jadi mampukah filem ini mengulangi kejayaan mereka buat kali kedua?

Bagi OHBULAN! filem Bunohan ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri, di mana ia mengandungi eleman-eleman serta aksi yang cukup mencabar dan tragis. Pergaduhan dan pertempuran darah merupakan salah satu eleman penting yang diketengahkan menerusi filem ini dan itu merupakan salah satu tarikan hebat untuk penonton yang meminati filem tempatan.

Dalam pada itu, menerusi eleman skor muziknya pula Bunohan merupakan salah satu filem yang mempunyai pemilihan muzik yang bagus sehingga filem ini disenaraikan dalam kategori Skor Muzik Asal Terbaik - Mendiang Tan Yan Wei (Bunohan) dan penataan seninya yang dihasilkan oleh Dain Said juga sangat bagus.

Berikut merupakan beberapa respon di laman Twitter :

FFM25

FFM25

FFM25

Apa pun, nantikan keputusan penuh FFM25 pada 2 Mac ini secara langsung di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) pada jam 9 malam.

Berikut kami lampirkan sedikit sedutan triler filem 'Bunohan' untuk anda semua.

Tags: , ,

Tukar Blackberry Lama Anda Kepada BB10 Dengan Pakej Mudah

Posted: 25 Feb 2013 06:00 PM PST

Blackberry Z10

Dilancarkan pada 20 Februari yang lepas di Malaysia, produk terbaru Blackberry iaitu Blackberry Z10 adalah keluaran pertama Blackberry yang menggunakan sepenuhnya sistem Blackberry 10. Tak perlu diceritakan disini, anda boleh layari laman web rasmi Blackberry Malaysia dan dapatkan pelbagai info-info lengkap mengenai Blackberry Z10 disana.

Namun, sebenarnya apa yang kami mahu beritahu kepada pembaca-pembaca setia OHBULAN! ialah anda boleh dapatkan Blackberry Z10 anda sekarang dengan pakej tawaran yang diberikan oleh BrightPoint, Brightstar, dan juga Sunstrike.

Mudah saja, layari Facebook Blackberry Malaysia dan isikan maklumat diperlukan untuk mendapatkan baucer sebagai bukti anda layak untuk program tukar kepada Z10 ini. Dengan baucer ini, anda bolehlah hadiri mana-mana 21 jelajah oleh Blackberry di seluruh Malaysia.

Tukarkan telefon Blackberry lama anda kepada Z10 sekarang!

Rujuk jadual dibawah untuk info harga telefon Blackberry anda.

Smartphone

MYR

BlackBerry Curve 8520

     255.00

BlackBerry Curve 9300

     270.00

BlackBerry Bold 9000

     125.00

BlackBerry Bold 9700

     285.00

BlackBerry Bold 9780

     330.00

BlackBerry Bold 9900

     485.00

Maklumat lanjut? Layari https://www.facebook.com/BlackBerryMY

Tags: , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan