OHBULAN! |
| Saya Hanya Ingin Tahu Kenapa Dia Nak Ceraikan Saya – Rita Rudaini Posted: 24 Feb 2013 09:10 PM PST
Pagi tadi telah berlangsungnya perbicaraan kes cerai antara pasangan penuh sensai Rita Rudaini dan Aidil Zafuan bertempat di Mahkahmah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. Menerusi kes tersebut, Aidil Zafuan telah mengeluarkan kenyataan yang dirinya sudah tidak sayangkan Rita Rudaini dan seolah-olah pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), ini sudah nekad untuk bercerai dengan pelakon tersebut.
Namun begitu, nampaknya Rita tidak terkejut dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Aidil dan menafikan dakwaan yang kononnya sebelum ini dia pernah meminta cerai dengan pemain bola itu.
Hasil perbicaraan hari ini, Hakim Hamizan Mohd Nor telah menunda proses lafaz cerai pasangan tersebut kepada 8 Mac 2013 dan kes akan dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Pendamai di Pejabat Agama Daerah Seremban. Sumber : MD |
| Monday Music : Parodi “Untuk Dia” Sleeq Ft. Najwa Latiff Posted: 24 Feb 2013 07:45 PM PST
Sekiranya sebelum ini kita dengar lagu 'Untuk Dia' nyanyian asal Najwa Latiff dan Sleeq menceritakan tentang sepasang kekasih dan perkataan 'Untuk Dia' itu sendiri ditujukan kepada seorang individu, namun begitu untuk nyanyian parodi lagu ini, yang dinyanyikan oleh Mr Bie dan Adik C, perkataan 'Untuk Dia' tersebut lebih selesa ditujukan kepada Yang Maha Esa. Menerusi lagu parodi 'Untuk Dia' yang telah dimuat naik di laman YouTube sejak 19 Februari lalu, liriknya menyerapkan eleman-eleman ketuhanan dan mengajak pendengar untuk menunaikan solat apabila tiba waktunya. Sebuah dakwah yang kami kira amat sesuai didengari oleh semua lapisan umur. Setakat ini video tersebut telah mencecah hampir 55, 500 penonton dan ramai yang memuji video ini meskipun visualnya hanya memaparkan lukisan kartun. Hmm..agak menarik juga, jom layan! |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan