RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Monday Music : MTV Terbaru Paramore “Now”

Posted: 17 Feb 2013 08:54 PM PST

Paramore

Pada 12 Februari lalu, kumpulan rock Amerika iaitu Paramore baru sahaja melancarkan video klip terbaru mereka berjudul 'Now.'

Video klip yang berdurasi 4.30 ini merupakan arahan Daniel Cloud Campos dan sejak video ini dimuat naik di laman YouTube Selasa lalu, ia telah mencapai hampir 2 ribu penonton.

Konsep bagi video klip ini adalah berunsurkan pemberontakan ataupun peperangan, di mana menurut vokalis kumpulan ini sendiri iaitu Haley Williams, "Kita berada di pasukan pemberontak di mana kita perlu berjuang untuk cinta, dan ada askar yang tidak tahu mengenainya telah datang dari dunia yang berbeza iaitu dunia kegelapan," ujar Haley menerusi laporan RTT News.

Untuk makluman, Paramore baru sahaja menggegarkan peminat mereka di Malaysia semalam menerusi konsert 'The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur' di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Di sini kami lampirkan video klip terbaru Paramore, berjudul "Now." Jom layan!

Tags: , , ,

Video : Shila Amzah Lancar ‘Single’ Baru Lagi & ‘Rapping’

Posted: 17 Feb 2013 06:49 PM PST

shila-amzah-642x523

Kalau orang lain putus cinta, mungkin sudah ada yang membawa diri dan lari jauh dari orang lain.

Tapi lain pula bagi penyanyi, Shila Amzah. Selepas melancarkan sebuah lagu berjudul 'Masih Aku Cinta' beberapa hari lepas, semalam anak ND Lala ini sekali lagi telah memuat naik sebuah video yang menyaksikan dia melancarkan sebuah lagi lagi berjudul ' Cinta Hati'.

Lagu berdurasi 4.38 minit ini turut menampilkan Shila 'rapping' dan ini sememangnya satu lagi karya yang bakal meletup. Melalui lirik yang ditulis, OHBULAN! yakin lagu ini telah dicipta sebelum kontroversi perpisahannya bersama Sharnaaz Ahmad.

Tak dapat kami bayangkan jika bahagian 'rapping' itu dinyanyikan semula oleh Zizan. Anda rasa?

Mari dengar lagu 'Cinta Hati' selepas ini.

Lirik selepas ini.

Lirik Cinta Hati
Senangnya dalam hati ku
Lihat Kau disisi
Dari kejauhan mata
namun dekat dihati

Kau memelukku indah
Membisik nama ku
Kau tanyakan ku soalan
Yang buat ku terpaku

Bila Kau kata Kau Cinta
Ku juga cinta mu
Bila Kau bilang Kau rindu
Ku juga rindu mu
Lama telah ku menyimpan
Hasrat 'tuk hidup dengan mu
Oh sayang,ku cinta mu..

Satu dunia tahu aku adalah milikmu
Ku persembahkan cinta yang terbaik
Hanya lah untuk mu

Sudah berkali-Kali ku terjatuh cinta
Sudah berkali-Kali juga ku kecewa
Tapi ternyata segalanya berbeza
Bila aku dengan kamu,
Kamu dengan aku oh..
Tiada lelaki yang bisa jadi sehebatmu
Muzik Dan jenaka mu mencuri hatiku
Tak mungkin ku akan berpaling dirimu
Cuz baby I LOVE YOU.

Tags: , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan