OHBULAN! |
| Selepas Gangnam Style, Kini ‘Harlem Shake’ Pula Jadi Ikutan? Posted: 13 Feb 2013 10:55 PM PST
Tak perlulah kami huraikan lagi mengenai 'Gangnam Style'. Satu dunia sudah tahu bagaimana tarian ini telah mencipta fenomena. Baru-baru ini pun, pencipta tarian ini, Psy telah membuat persembahan di Pulau Pinang. Namun, timbul satu lagi tarian yang dipanggil 'Harlem Shake'. Ia dikatakan telah mencipta satu lagi fenomena dan pelbagai versi tarian ini telah dimuat-naik ke laman Youtube. Menurut Wanista, tarian ini berasal dari sebuah kawasan bernama Harlem di New York dan pernah dipopularkan sekitar tahun 80an. Nama Harlem Shake kemudian digunakan sebagai tajuk bagi lagu eletronik yang dihasilkan oleh Baauer. Video viral pertama tarian ini telah dimuat naik pada 30 Januari lepas dimana sekumpulan lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake. Tarian ini hanya memerlukan anda menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan anda dengan pantas. Mahu tahu bagaimana? Mari tonton video lepas ini. |
| Kesilapan Saya Allah Yang Nilai Bukan Manusia – Siti Fazurina Posted: 13 Feb 2013 08:20 PM PST
Sekiranya minggu lalu kami telah memaparkan video pernikahan pelakon 'Dunia Anita,' iaitu Siti Fazurina bersama pasangannya Hykal. Kali ini kami ingin memaparkan pula foto disekitar majlis resepsi pelakon ini yang telah mendapat sentuhan kreatif daripada jurufoto rasminya iaitu Azzaharry Othman. Menerusi foto yang dipaparkan, nampaknya Fazurina hanya mengenakan turban bagi menutupi bahagian kepalanya dan bahagian hadapan rambut Fazurina juga didedahkan sedikit seolah-olah ingin menunjukkan jambulnya. Sekiranya sebelum ini semua sedia maklum Fazurina sememangnya telah berhijranh untuk mengenakan hijab, jadi mengapa dia berpakaian sebegitu sewaktu majlis persandingannya? Oleh itu, Fazurina telah tampil untuk menjelaskan segalanya. "Jika orang rasa saya salah, saya minta maaf. Namun, saya sendiri suka benda itu, jadi sebab itu saya buat. Apa yang penting, apa saja saya rasa suka dan buat saya rasa puas, saya akan buat. Saya tak ambil peduli dengan apa yang orang akan cakap. Saya buat tak tahu saja dan bagi saya, lebih baik kita jaga diri masing-masing. "Saya agak rimas bila isu ini diperbesarkan. Jika ada pihak yang nak mencari kesalahan saya, saya tak kisah kerana bagi saya, kesilapan saya, Allah yang nilai, bukannya manusia. Jika saya nak seksi, itu hak saya," tegas Fazurina. Sumber : Gua.com |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan