RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Aaron Aziz Dibayar Enam Angka Untuk Duta Minyak Wangi Uberman

Posted: 27 Jan 2013 05:19 PM PST

Tiada siapa pun yang dapat nafikan, aura Aaron Aziz masih kuat ketika ini. Impak dari kariernya yang makin membangun pesat menjangkau tingginya KLCC, Aaron Aziz semakin melonjak. Lantaran itu, ramai Pak Nujum meramalkan Aaron Aziz sekali lagi bakal menggondol anugerah Bintang Paling Popular dalam ABP pada bulan April ini.

Bila dah ada pakej, wajah kacak, badan tegap, karier dan personaliti pun mantap, maka banyaklah syarikat duk usha Aaron Aziz untuk dijadikan duta. Terbaru, baru-baru ini, Aaron Aziz dilantik secara rasminya menjadi duta produk wangian terbaru Uberman – The Attitude. Wah! Tahniah Aaron Aziz.

Ada 3 rangkaian wangian Uberman terbaru iaitu Pozzes, Indulge dan Attrax. Budiey belum lagi tau lagi minyak wangi ni baunya macamana. Wangi ke tidak, nantilah, Budiey akan cuba dekat pasaraya Giant kat depan rumah Budiey ni.

Aaron Aziz

Jadi, sekarang ni, pastinya peminat Aaron iaitu Aaronators akan pakai minyak wangi Uberman kan? Tak gitu Aaronators. Tak nafikan juga, kalau ikutkan perolehan dan prestasi, Aaron Aziz akan jadi artis paling kaya di Malaysia suatu hari nanti.

Cakap pasal Aaronators ni, Budiey percaya sekarang ni semua peminat dah bermati-matian mengundi artis pujaan mereka dalam ABPBH. Ada sesetengah dari mereka dengarnya ada yang sanggup membeli akhbar Berita Harian yang dah expired dengan harga yang lebih murah untuk memangkah selebriti pujaan. Selain mahu dapat menang kereta yang mewah tu, peminat juga boleh membantu artis kegemaran bagi mendapat tempat dalam anugerah yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil nanti. Budiey ucapkan good luck kepada anda semua ya!

Beberapa minggu sebelum pelancaran, Budiey ada dengar gosip mengatakan Aaron Aziz dibayar dengan harga yang tinggi untuk jadi duta produk wangian untuk jenama Uber-Men ni. Untuk dapatkan wajah maskulin Aaron Aziz, dengarnya Uberman terpaksa bayar lebih enam angka! Mungkin 200,000 atau 300,000. Tapi kalau 100,000 murah sangat tu, dik non! Paling tak pun dalam RM500,000! Pergh setengah juta tu…!

Kalau sudah namanya popular, goyang-goyang minyak wangi saja terus wangi poket untuk setahun! Itulah rezeki namanya. Rezeki manusia ni memang kita tak tahu.

Bak kata Uberman, Aaron Aziz bukan sahaja kacak tapi ada style la. Pemilihan Aaron sebagai duta wangian ini tentunya bersesuaian dengan imej dan karisma yang dimiliki oleh pelakon drama bersiri, Adam & Hawa selain mempunyai peminat daripada segenap lapisan masyarakat.

Selain Ubermen, Aaron juga merupakan duta kepada beberapa produl lain seperti Loreal, Drive M7 dan YourGurt.

Kat bawah ini, beberapa gambar Aaron Aziz semasa pelancaran produk terbaru Uberman di Vertigo Club.

Komen via Facebook

Komen

Persembahan Lapan Penyanyi Malaysia di Malaysian Supernova Concert Perancis

Posted: 27 Jan 2013 02:42 PM PST

Semalam, 27 Januari telah berlangsungnya sebuah konsert yang memperkenalkan muzik dan penyanyi Malaysia ke mata negara Perancis, Konsert Malaysian Supernova di Cannes, Perancis. nun jauh di sana, Budiey memang tak dapat pergi. Tapi Budiey doakan semua artis terlibat dapat memberikan pesembahan yang mampan dan bukan ala kadar aje. Budiey ucapkan tahniah buat kesemua penyanyi yang terpilih iaitu Bunkface, Hujan, Jaclyn Victor, Amanda Imani, Goldfish & Blink, Sasi The Don, ZE! dan Nadhira.

Artis yang terpilih ke Malaysian Supernova Concert ialah Bunkface, Hujan, Jaclyn Victor, Amanda Imani, Goldfish & Blink, Sasi The Don, ZE! dan Nadhira. Kalau kita tengok pada senarai artis yang buat persembahan, bolehlah kita simpulkan di sini ianya satu gabungan genre yang menarik dengan muzik indie rock, pop, RnB, electro dan reggae pastinya ia akan menyerlah setiap muzik dengan sentuhan Malaysia.

Konsert Malaysian Supernova dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Budiey dapat info, ahun ini buat pertama kalinya Malaysia telah menyertainya. Yang pasti, persembahan ini tentunya akan membuka mata masyarakat negara luar dengan kehebatan dan bakat yang dimiliki oleh artis-artis dari negara ini. Selain itu, konsert di luar negara ini pastinya satu langkah kerajaan untuk membuka peluang kepada penyanyi Malaysia memasuki arena antarabangsa dengan lebih giat lagi.

Kalau korang nak tau, Konsert Malaysian Supernova ni adalah salah satu konsert yang diadakan semasa pameran perdagangan terbesar di dunia bagi industri muzik yang dikenali sebagai MIDEM.

MIDEM adalah singkatan untuk Marché International du Disque et de l'Edition Musicale yang diadakan setiap tahun di dalam dan sekitar Palais des Festivals et des Congrès di Cannes, Perancis. Acara yang diiktiraf sebagai pameran perdagangan terbesar di dunia bagi industri muzik, telah diadakan sejak tahun 1967. Beberapa ribu pemuzik, pengeluar, pengurus, dan wartawan dari seluruh dunia akan menghadiri acara berkenaan, yang kini diadakan di akhir bulan Januari.

Kita harapkan industri muzik Malaysia terus berkembang dan dapat diterima oleh peminat seluruh dunia seperti mereka menerima muzik K-Pop juga.

Selamat maju jaya kepada artis-artis yang akan tampil di perancis nanti dan semoga mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Take care, jaga diri di negara orang. Jangan nakal-nakal dan jangan lupa bawa pulang ole-ole untuk kitorang, okay.

Malaysian Supernova Concert Perancis

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan