RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Nazmi Faiz Mungkin Merasa Kesepian

Posted: 30 Jan 2013 08:34 PM PST

Nazmi Faiz

Berikutan kekecohan kontoversi pemain bola sepak, Nazmi Faiz (Mansor) menuduh bekas kekasihnya Tengku Norshufilla Tengku Muhammad Shubli denga dakwaan yang bukan-bukan, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee telah tampil mengeluarkan kenyataan bahawa kontroversi tersebut timbul mungkin kerana Nazmi merasa sunyi sewaktu berada di Portugal kerana dia berseoranagn di sana.

"Mungkin Nazmi Faiz (Mansor) merasa keseorangan di sana dengan usia yang masih muda tanpa ada bimbingan orang yang lebih dewasa".

"Saya ada bercakap dengannya beberapa hari lalu mengenai perkara ini dan menasihatkan dia untuk melupakan perkara tersebut. Sekarang ini apa yang lebih mustahak adalah pendedahan dan pengalaman yang boleh diraih olehnya ketika berada di Portugal sejak setahun lalu."

"Menerusi perbualan telefon itu saya dapat merasakan dia memahami maksud dan tujuannya berada di Portugal. Bagi saya, dia masih mentah (berusia 19 tahun) dan saya mengharapkan dia mengambil perkara ini sebagai pengajaran pada masa depan," ujar Ong Kim Swee menerusi laporan Harian Metro hari ini.

Mangulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, Ong KiM Swee turut menasihatkan Nazmi agar berhati-hati menggunakan laman sosial dan jangan menyalahgunakan medium tersebut sebagai tempat untuk dirinya melepaskan emosi.

"Saya tidak menganggap menggunakan laman sosial seperti Twitter salah, namun mereka perlu sentiasa berwaspada menggunakannya. Jangan tersalah guna dan mengikut emosi."

"Saya berharap peminat dan penyokong bola sepak tempatan jangan memperbesarkan perkara ini dan terus memberi sokongan kepadanya dalam mengembangkan karier di Eropah."

Tags: , ,

ND Lala Anggap Sharnaaz Biadap

Posted: 30 Jan 2013 07:03 PM PST

Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad kahwin

Isu ingin merisik penyanyi terkenal Shila Amzah yang pernah dibangkitkan oleh pelakon Sharnaaz Ahmad bukanlah suatu perkara yang baru. Sebelum ini Sharnaaz sendiri pernah mengakui bahawa dia akan menghantar rombongan untuk merisik kekasih hatinya pada bulan Mac akan datang.

Berikutan isu tersebut, bapa kepada Shila Amzah, iaitu ND Lala telah melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan berani Sharnaaz yang dianggap sebagai tidak menghormati dirinya sebagai bapa serta bakal wali kepada anak perempuannya itu.

"Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya."

"Kalau Shila mahu kahwin sekalipun, saya walinya, bukan Sharnaaz yang menentukan itu isterinya," ujar ND Lala menerusi laporan Harian Metro hari ini.

Dalam pada itu, ND Lala turut berulang kali mengingatkan Sharnaaz supaya jangan biadab dan menasihatkan pelakon tersebut agar mengikut segala adat dan agama kerana berkahwin adalah suatu perkara yang serius.

"Dia (Sharnaaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Sharnaaz turut malu dengan tindakannya itu."

"Ini nasihat saya kepada Sharnaaz, ibu dan bapa Shila masih hidup, kita ada adat dan agama, jadi jangan memandai-mandai."

"Tolong jangan biadab, hormati kami sebagai ibu bapanya. Ini bukan perkara main-main, melainkan kalau mereka ingin kahwin lari," tegas ND Lala penuh kesal.

Tags: , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan