OHBULAN! |
| Mana Ada Masa Untuk Saya Bercinta – Yana Samsudin Posted: 22 Jan 2013 09:35 PM PST
"Tengok pada jadual kerja, mana ada masa untuk saya bercinta? Selepas ini, siapalah pula agaknya yang akan dikhabarkan sebagai kekasih saya?" Itulah yang diakui sendiri oleh Yana Samsudin menerusi sebuah tabloid tempatan. Pelakon berbakat serta mampu membawa apa saja jenis watak yang diberi ini turut menepis dakwaan mengatakan dia dan adik kepada Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari, bercinta. Pelakon berusi 28 tahun ini sudah lali dengan gosip-gosip cinta dan turut menjelaskan bahawa dia tiada masa untuk bercinta serta memberitahu bahawa dirinya masih 'single'. "Sekarang ini, hendak bercuti pun tak ada masa. Saya cuma dapat cuti sebulan pada Oktober lalu. Saya memang sibuk dengan lakonan. Selepas berlakon drama arahan Rashid Sibir ini, saya akan sibuk dengan promosi filem pula." Yana Samsudin bakal muncul dengan beberapa filem lakonannya pada tahun ini termasuklah "Wawa Semput". Bila agaknya Yana akan berjumpa dengan teman hati ya? Sumber : Berita Harian |
| Shakira Lahirkan Bayi Lelaki, Terus Daftar Ahli Kelab Bola Barcelona Posted: 22 Jan 2013 08:17 PM PST
Sama seperti bapanya iaitu Gerard Pique, 25, yang merupakan pemain bola bagi kelab Barcelona, anak lelaki Shakira yang baru dilahirkan semalam turut didaftarkan sebagai ahli kelab tersebut selepas dilahirkan, semalam. Penyanyi popular Shakira, 35, telah selamat melahirkan anak lelaki bernama Milan Piqué Mebarak di Barcelona pada 22 Januari, 9.36 malam. Menerusi laman web rasmi Shakira, hospital mengesahkan kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat selepas bersalin.
Melalui laman Twitter Shakira sekitar 8 jam lepas pula, penyanyi popular ini sempat menulis status berbunyi, "I'd like to ask you all to accompany me in your prayers on this very important day of my life. Shak."
Walau bagaimana pun, gambar bayi mereka masih belum dimuatnaik lagi. |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










0 ulasan:
Catat Ulasan