RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Megan Fox Berani & Seksi Sebagai Covergirl Majalah Esquire

Posted: 17 Jan 2013 11:23 PM PST

170113_megan1s

Tak keterlaluan jika kami kata bentuk badan Megan Fox adalah aset yang paling dicemburui oleh kesemua wanita dalam dunia ini. Paling mengagumkan, Megan Fox masih mengekalkan setiap inci keseksian yang sejak azali menjadi perhatian ramai walaupun selepas menjalani proses kehamilan.

Edisi terbaru majalah Esquire ini mendedahkan serba sedikit keazaman tahun baru Megan Fox untuk membuang beberapa tatu yang terdapat pada bahagian lengan, dan diikuti dengan bahagian rusuk yang mempunyai barisan ayat berbunyi, "There once was a little girl who never knew love until a boy broke her heart."

Bagi Megan, proses membuang tatu ini sebagai tanda bahawa dia ingin menjalani kehidupan yang lebih positif terutamanya selepas kelahiran anak pertama, Noah.

"Saya mula membaca kisah Marlyn Monroe dan mendapati bahawa kehidupannya tidak seindah seperti yang disangkakan. Ketika itu, saya terbayangkan masa depan saya sekiranya masih mengekalkan gaya hidup yang negatif. Oh, saya tak dapat bayangkannya!," kata Megan.

Pada masa yang sama, Megan Fox turut melabel aktres Lindsay Lohan sebagai seorang artis yang tak boleh diharapkan walaupun dilimpahi dengan populariti dan kekayaan.

"Dia mempunyai potensi yang besar, namun ia tak digunakan dengan sebetulnya. Saya tak berminat mengikut jejak langkah mereka," tambahnya lagi.

Tags:

Sehangat Asmara : Awie & Adira Duet Semula ‘Ratuku’

Posted: 17 Jan 2013 09:12 PM PST

Awie & Adira

Mungkin sebelum ini kita hanya dengar lagu 'Ratuku' dinyanyikan oleh penyanyi rock, Awie sahaja. Akan tetapi untuk drama terbaru terbitan Astro yang berjudul 'Sehangat Asmara' lakonan Rita Rudaini dan Adi Putra, lagu Ratuku ini telah dinyanyikan dengan versi baru di mana ia telah menampilkan Adira sebagai penyanyi tambahan.

Nampaknya keserasian Awie dan Adira dalam membawakan lagu ini adalah sangat sesuai dan vokal kedua-dua penyanyi ini sangat mantap tatkala menyanyikan semula lagu Ratuku 2013 ini dengan versi duet.

Untuk makluman, drama 'Sehangat Asmara' akan mula ditayangkan pada 21 Januari ini pada setiap hari Isnin hingga Rabu, bagi menggantikan drama bersiri 'Adam dan Hawa.'

Jom layan video klip 'Ratuku 2013′ selepas ini. Enjoice!!

Tags: , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan