OHBULAN! |
| Foto Majlis Resepsi Ketiga Khairul Fahmi & Leuniey Posted: 13 Jan 2013 11:00 PM PST
Indah sungguh rasa berkahwin bila majlis resepsi pun dibuat sehingga tiga kali. Siapa yang tak mahu kan? Terbaru, pasangan pengantin baru iaitu Khairul Fahmi (Apex) & Leuniey telah melangsungkan majlis resepsi ketiga mereka yang bertempat di Hotel Royale Bintang Damansara. Antara yang turut hadir ke majlis ini termasuklah rakan-rakan, ahli keluarga dan juga rakan-rakan atlit Khairul Fahmi. Tak perlulah kami ceritakan lebih panjang lebar kan? Dibawah adalah sedikit foto oleh G.I Photoshoot di sekitar majlis resepsi ketiga mereka dan turut dilihat hadir ialah Datuk Siti Nurhaliza dan juga beberapa orang lagi artis lain. |
| Monday Music : CN Blue Lancarkan MV Terbaru, “I’m Sorry” Posted: 13 Jan 2013 09:54 PM PST
Demam K-Pop semakin terasa. Esok bakal berlangsung Golden Disk Award 2013 di Sepang International Circuit. Anugerah ini bakal menyaksikan ramai artis K-Pop hadir termasuklah kumpulan CN Blue. (Senarai artis K-Pop ke GDA 2013) Terbaru dari mereka, kumpulan CN Blue telah melancarkan sebuah muzik video rasmi terbaru mereka dari album mini, 'Re:Blue'. MV berjudul "I'm Sorry" ini telah dikompos sepenuhnya oleh Yonghwa, ketua kumpulan CN Blue dan dibantu oleh ahli CN Blue yang lain, Lee Jong-hyun (lead gitar, vokal), Lee Jung Shin (bass gitar, vokal) serta Kang Min-hyuk (dram, vokal). Album mini ini mengandungi 6 buah lagu termasuklah "Coffee Shop", "La la la", dan juga "Where You Are". Ia merupakan album mini keempat kumpulan CN Blue. Pasti ada yang sudah lama menanti MV ini kan? Mari tonton muzik video "I'm Sorry" selepas ini. |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan