Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Anzalna Serik Dedah Teman Lelaki Kepada Umum
- Juri AJL27 Tidak Terpengaruh Dengan Aizat
- 'Terukir Di Bintang' Juara AJL27
- Kim Kardashian Ditawar RM750,000 Untuk Dokumentari
- Noh Mula Prihatin Tentang Kesihatan Kerana Mizz Nina
- Beli-belah online: Sentiasa berwaspada, elak terjebak penipuan
- Kaya pada usia muda, buat Safwan tenggelam dalam nikmat dunia
- Syafie kembali mengorak langkah
- Hujan berehat panjang
- Polis berkejar ke kediaman Pitt-Jolie
- Rugi RM33,600 dakwa ditipu dua ejen bekal pekerja asing
- Kanang disemadi dengan penghormatan negara
- Pusat hiburan depan balai polis kena serbu
- Bimbang rumah runtuh dan dihanyutkan air
- Maik salur bantuan kecemasan
- Pertandingan memancing di sungai beku
- Kucing dilatih bawa telefon ke penjara
- Tiga maut depot minyak terbakar
- Gambar Puteri Diana semasa remaja dilelong
- Kenal emosi melalui lukisan
- Fungsi praktikal kunci tata gaya
- Gaya retro Eric Choong
- Bot pelancong jeti Kilim
- Hazama Belum Bersedia Untuk Berkahwin
- "Dalam Setiap Sujud" Pertemukan Fathia & Keith Foo
| Anzalna Serik Dedah Teman Lelaki Kepada Umum Posted: 06 Jan 2013 09:54 PM PST Anzalna memberitahu tidak mahu lagi terlalu mendedahkan kekasihnya kepada umum selepas ini.Anzalna, 24, berkata, walaupun cuba berlaku jujur tentang kisah peribadinya namun merasakan sudah tiba masa untuk meletakkan had mengenai perkara itu. "Sejujurnya memang saya sering ditemani kekasih kerana tidak mempunyai lesen memandu dan dia sering menghantar saya ke lokasi atau sesi fotografi. "Saya rasa macam terlalu terbuka pula mendedahkan teman lelaki pada khalayak apabila dia sering menemani saya walaupun hanya dua kali membawanya ke majlis rasmi," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Zarraz Paramedical di sini pada Ahad. Dalam pada itu, Anzalna berkata, pihak kedua-dua belah keluarga ada merancang untuk menyatukan mereka namun tidak mahu tergesa-gesa kerana mahu membina kerjaya terlebih dahulu. Anzalna dan Hanif telah berkenalan sejak berusia 17 tahun. "Teman lelaki saya baru memulakan kerjayanya dan saya mahu dia mengukuhkan karier terlebih dahulu namun perkara ini ada juga dibincangkan oleh keluarga. "Insya Allah kalau boleh saya mahu berkahwin sebelum usia 26 tahun," katanya. Dalam perkembangan lain, Anzalna berkata, tahun ini dia mahu lebih menumpukan perhatian kepada telefilem dan drama bersiri selain mengambil beberapa projek filem jika bersesuaian. Kata Anzalna, usaha kerasnya semakin menampakkan hasil dan mula mendapat kepercayaan daripada penerbit untuk membintangi dalam drama atau filem terbitan mereka. "Selepas terlibat dalam kontroversi tahun lalu diakui nama tercalar namun saya lekas bangkit untuk terus berusaha membina nama dan Alhamdulillah ia semakin menampakkan hasil," jelasnya. Hangat dengan drama bersiri Adam dan Hawa, Anzalna memberitahu dia kini sedang sibuk dibeberapa lokasi penggambaran drama selain sedang mempertimbangkan beberapa tawaran lain. Anzalna ketika menghadiri pelancaran produk Zarraz Paramedical yang turut dihadiri oleh pengasasnya iaitu Fatimatul Zaharah Abdul Mazlan atau Ima Zara, 25, (dua dari kiri) yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam pada Ahad. Kata Anzalna, produk Zarraz dia yakin dengan produk itu kerana ia dihasilkan 100 peratus daripada bahan semulajadi terpilih dan boleh digunakan oleh lelaki mahupun wanita. "Kulit saya memang sensitif dan selepas menggunakan dua produk Zarraz iaitu Essence Sebum Gel dan Sun Protection (SPF 50) saya nampak perubahan ketara pada wajah dalam masa singkat," jelasnya. Kata Anzalna, Zarraz juga menyediakan perkhidmatan spa dengan pelbagai rawatan kecantikan wajah dan badan yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor. Spa ini turut berfungsi sebagai pusat jualan produk Zarraz sementara cawangan-cawangan lain dibuka menjelang akhir tahun ini. Sebarang maklumat atau pertanyaan sila layari laman web www.zarraz.com.my. | |||
| Juri AJL27 Tidak Terpengaruh Dengan Aizat Posted: 06 Jan 2013 09:53 PM PST Aizat Amdan yang menggantikan Yuna dengan membawa lagu Terukir DI Bintang memenangi Anugerah Juara Lagu 27. Azmeer berkata, dia bersama sembilan juri lain tidak pernah menilai sesebuah lagu yang dipertandingkan kerana kontroversi yang tercetus tetapi lebih kepada kualitinya. "Sebagai juri profesional, kami tiada kaitan dengan isu kontroversi yang telah berlaku. "Kemenangan lagu Terukir Di Bintang juga bukan kerana hal itu. Bagi kami, mana-mana lagu yang bagus dan berkualiti, ia akan diangkat sebagai juara. AzmeerAntara juri-juri yang terlibat dalam penilaian AJL27 adalah Hetty Koes Endang, Yasin, Aubrey Suwito, Edrie Hashim, Helen Yap, Azmeer dan Ad Samad. Pada persembahan AJL27, lagu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai telah dinyanyikan oleh Aizat sebagai penyanyi gantian. Yuna tidak dapat membuat persembahan kerana berada di Amerika Syarikat atas urusan albumnya. Dalam pada itu, Aizat pula menyifatkan konflik mengenai tawaran kepada penyanyi Uji Rashid yang disebut-sebut akan menyanyikan lagu berkenaan tidak perlu dijadikan kontroversi. Malah, Aizat turut terkesan dengan hal tersebut apabila mendapat tahu Uji terpaksa digantikan dengan dirinya, dan dia difahamkan penyanyi verteran tersebut tidak diberitahu tentang pertukaran itu. "Saya tak tahu dimana silapnya tetapi secara umumnya, pihak yang bertanggungjawab patut melayan penyanyi veteran kita dengan baik. "Rasa sedikit kecewa apabila melihat keadaan ini berlaku, janganlah memberi harapan yang tinggi terutamanya kepada golongan veteran sepertinya," kata Aizat. Sementara itu, Aizat bersyukur, penyertaannya bagi membantu Yuna yang sibuk di Amerika Syarikat membawa kejayaan. "Bagaimanapun Terukir Di Bintang mendapat juara bukan kerana saya, tetapi lagu ciptaan Yuna sememangnya memberikan kelainan dalam industri muzik tanah air kira," ujarnya. ALJ27 turut menyaksikan naib juara dimenangi oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik oleh Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter sekali gus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000. Pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Ku Akui ciptaan sepenuhnya Ajai nyanyian Hafiz dengan meraih hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000. Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000. | |||
| 'Terukir Di Bintang' Juara AJL27 Posted: 06 Jan 2013 09:52 PM PST Yuna.Dengan kemenangan lagu yang dnyanyikan oleh Aizat Amdan itu telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000. Terukir Dibintang telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Lagu (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan RJ), Patah Seribu (Shila Amzah), Pelangi Senja (Stacy), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari). Aizat Amdan yang menggantikan Yuna dengan membawa lagu Terukir DI Bintang memenangi Anugerah Juara Lagu 27. Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik oleh Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000. Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Ku Akui ciptaan sepenuhnya Ajai nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000. Hafiz turut membawa pulang trofi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000. Ia adalah kemenangan kali ketiga buat penyanyi kelahiran Sabah itu untuk kategori tersebut. Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Black dan RJ menerusi lagu Teman Pengganti menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000. Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar. Persembahan 12 finalis AJL27 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diantaranya Hetty Koes Endang, Yasin, Aubrey Suwito, Edrie Hashim, Helen Yap, Azmeer dan Ad Samad. Penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak. Sementara itu, bagi kategori Anugerah 'Juara Mobile' yang pertama kali diperkenalkan tahun lalu bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Ombak Rindu ciptaan sepenuhnya oleh Nurzaidi Rahman yang dinyanyikan Hafiz dan Adira. Pertandingan bertemakan 'Ekspresi Seni' memaparkan grafik seperti kaleidoskop, pop-up art, doodle art, light trail, typography, papercraft, pencil sketch dan imej 3 Dimensi (3D) yang memberikan impak mendalam pada persembahan. Acara tersebut dihoskan oleh gandingan dua pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad. Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor, Ziana Zain, Misha Omar dan Royal FT Force untuk persembahan pembukaan yang hebat dan memukau. Manakala segmen interlud menampilkan empat lagenda Rock Malaysia iaitu Rahmat (Mega), Aris Ariwatan, Joey (Bumiputera Rockers) dan Ramli Sarip. Menyampaikan lagu-lagu seperti Bayangan Gurauan, Lamunan Terhenti, Seribu Tahun Takkan Mungkin dan Kamelia, segmen 'Rock Kapak' itu turut menampilkan empat gitaris iaitu, Rodi (Kristal), AG Coco, Edrie Hashim dan Man Kidal. Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS mengetuai persembahan pada malam itu. | |||
| Kim Kardashian Ditawar RM750,000 Untuk Dokumentari Posted: 06 Jan 2013 09:51 PM PST Kim KardashianMenurut laporan RadarOnline, laman web 'MyPregnancy.com' tertarik dengan wajah keturunan Armenia yang dimiliki Kim dan menawarkan RM750,000 ($250,000) sebagai ikon posternya. Menerusi surat untuk Kim yang disimpan oleh RadarOnline, pengasas 'MyPregnancy.com' iaitu David Dginguerian berkata laman web tersebut merupakan laman berbayar dan ingin menghasilkan sebuah dokumentari khas tentang kehamilan Kim agar ia dapat disumbangkan kepada 'Christian Charity'. Sebagai bonus, Kim yang mengandung anak penyanyi rap Kanye West itu ditawarkan sejumlah wang besar, selari dengan populariti yang dimilikinya. | |||
| Noh Mula Prihatin Tentang Kesihatan Kerana Mizz Nina Posted: 06 Jan 2013 09:50 PM PST Noh SallehNoh, 28, berkata, dia mula belajar mengenai cara kehidupan dan pemakanan yang sihat daripada Nina dan telah mendaftarkan diri di pusat kecergasan (gim) berdekatan dengan rumahnya sejak awal tahun lalu. "Saya mula prihatin dengan kesihatan diri selepas belajar dengan Nina. Dia begitu obses tentang hal-hal seperti ini. "Apabila mendapat tahu tentang baik buruk cara kehidupan lama yang kurang mengamalkan senaman terutamanya, saya mula sedar, inilah masanya untuk memulakan rutin aktiviti yang lebih sihat. Noh dan Mizz Nina bahagia melayari alam perkahwinan mereka. Bagaimanapun tambah Noh, Nina tidak dapat menyertainya bersenam di gim kerana masalah lutut di mana dia tidak dibenarkan melakukan senaman lasak. Dalam pada itu, beritahu Noh, kerana perubahan rutinnya itu, penyanyi itu mula merasakan dirinya lebih sihat selain berat badan juga semakin berkurangan. Sementara itu, mengenai kehidupan rumah tangganya, dia dan Nina semakin bahagia melayari bahtera perkahwinannya sebagai pasangan suami isteri walaupun agak sukar untuk mencari masa lapang bersama. "Bayangkan, selalunya kami hanya berjumpa pagi, sebelum keluar bekerja dan malam sahaja. Itu pun kami cuba mencari masa terluang dengan menikmati makan bersama. "Alhamdulilah, kekurangan aktiviti persembahan Hujan pada tiga bulan terakhir 2012 ada hikmahnya di mana saya dapat meluangkan lebih masa bersama isteri. "Insya Allah kami merancang untuk dapatkan anak tahun ini," tuturnya. | |||
| Beli-belah online: Sentiasa berwaspada, elak terjebak penipuan Posted: 06 Jan 2013 09:46 PM PST Beli-belah di hujung jari Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, kaedah membeli secara dalam talian (online) kini semakin mendapat tempat. Malah, ia menjadi satu cara mudah untuk berbelanja dan mendapatkan barang keperluan tanpa perlu panjang di kaunter atau bersesak- sesak di pusat membeli-belah. Hanya menggunakan internet, segala- galanya di hujung jari. Di negara maju, pembelian melalui internet sudah lama diamalkan. Di negara kita, walaupun ia belum begitu rancak tetapi menunjukkan tanda-tanda positif dan pasti sedang berkembang apabila masyarakat, khususnya golongan wanita yang mempunyai kuasa beli yang tinggi semakin mengenali kaedah pembelian secara maya ini. Online shopping adalah satu cara untuk membeli dengan mudah dan pantas. Anda berpeluang mendapat barangan edisi terhad atau yang tidak dijual di negara ini, jika bernasib baik mungkin dapat membeli sesuatu yang diminati pada harga lebih murah berbanding. Kelebihan membeli di internet pengguna berpeluang membeli-belah pada bila-bila masa tidak kira siang, malam atau tengah malam. Anda tidak perlu terkejar-kejar, berpusing-pusing mencari tempat letak kereta, mengelilingi kompleks membeli- belah untuk mencari barang keperluan dan beratur panjang di kaunter pembayaran. Melalui internet juga anda dapat mencari barangan yang berkualiti pada harga berpatutan lebih murah. Anda juga boleh membeli model barangan berjenama yang tidak dijual di negara kita. Tip membeli-belah secara online 1. Kunjungi laman membeli-belah di internet 2. Cari dan pilih barangan. 3. Pilih cara pembayaran dan masukkan data yang diminta. 4. Jawapan sama ada pembelian anda berjaya atau tidak akan dimaklumkan di laman yang sama 5. Jika berjaya, jangan lupa mencetak dan menyimpan setiap dokumen yang berkaitan dengan pembelian anda. Ia boleh menjadi rujukan jika berlaku masalah ketika proses penghantaran. Anda juga memerlukan dokumen ini jika ada kerosakan sebaik barangan tiba ke tangan anda. 6. Kad kredit paling mudah dan selamat. Bagaimanapun, jangan dedahkan nombor keselamatan sosial untuk mengelakkan identiti anda dicuri. (Sumber : http://www.kkk.org.my) Sepanjang dua suku ke dua 2012, Dealmates telah mencapai statistik pertumbuhan yang terbaik berbanding pesaing tempatan daripada segi tawaran produk dan trafik pengguna. Sejak Julai 2012, Dealmates telah memaparkan purata 700 produk setiap bulan, 39 peratus produk fesyen elektronik dan gajet (24 peratus), produk kecantikan (14 peratus) dan keperluan rumah (13 peratus). Baki 10 peratus disumbangkan daripada produk keibubapaan dan produk penghantaran ekspres. Dealmates sentiasa berazam untuk terus kukuh dalam pasaran Malaysia dan menjadi salah satu jenama terkemuka. Kami bekerja keras untuk menawarkan produk terbaik dalam bandar bersama peningkatan produk premium, keahlian dan pendapatan. Syarikat juga sedang berusaha meningkatkan penambahan penawaran untuk beberapa kategori produk antaranya, segmen keibubapaan, keperluan asas rumah dan fesyen berjenama. Dealmates kini di tangga teratas sebagai medium dan tapak pemasaran jualan dalam talian. Syarikat memanfaatkan prinsip menyediakan diskaun yang menarik dan serta-merta daripada pelbagai vendor untuk segmen fesyen, kecantikan, kosmetik, elektronik dan lain-lain industri. Syarikat ini dibangunkan pada 2011 melalui kerjasama bersama Catcha Group Sdn Bhd dan Intel Capital. Ketua Pegawai Eksekutif Dealmates, Erman Akinci JackCow.com beroperasi sejak Mac 2011 dan terus mengekalkan momentum pertumbuhan yang baik dalam industri jualan menerusi internet di Malaysia. Jenama ini dibangunkan oleh Forum Digital Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Qinetics Solutions Berhad. JackCow meneruskan misinya untuk menjadi antara pemain utama di rantau ini. Trend pembelian ini akan menjadi satu fenomena seperti di Amerika Syarikat dan China ketika ini. JackCow adalah laman sesawang yang menawarkan pelbagai barangan setiap hari termasuk yang berjenama terkenal seperti Kenny Rogers, Station One, Skin Renew, Bizzy Body, APT Saloon, KL Bird Park. Pelanggan yang mencadangkan kepada rakan mereka akan mendapat ganjaran istimewa dan layak menerima potongan untuk pembelian akan datang. Kami juga mempraktikkan konsep menang-menang dengan menekan aspek kualiti dalam berurusan, kualiti dan kuantiti pangkalan data ahli. Tanggungjawab Kualiti perjanjian itu adalah sama penting untuk membezakan dan bersaing di kalangan pesaing. Oleh itu, perjanjian khas yang memberikan mereka nilai yang besar akan dibeli di akhir. Syarikat menyasarkan satu juta ahli tahun ini dan ketika ini jumlah itu telah menghampiri 250,000 manakala 69,500 pengikut di laman sosial Facebook. Kekalkan hubungan baik dengan pembekal adalah kunci utama kejayaan dalam industri ini. Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kerana kami mengutamakan jaminan pemulangan dalam tempoh 48 jam di samping sokongan daripada staf yang mesra pengguna, dan cepat memberi komitmen. Ketua Pegawai Eksekutif JackCow.com, Wong Sui Ting Di Malaysia, Rakuten baru sahaja mengumumkan pelancaran laman sesawang belian online pada Mei 2012 dan laman sesawang itu memasarkan lebih 11,000 produk dari peruncit terkemuka bermula 1 November 2012. Secara keseluruhannya, 2012 telah menjadi tahun yang menarik buat kami terutama dalam melaksanakan strategi pengembangan untuk terus menggunakan peluang yang semakin meningkat dalam bidang e-dagang yang semakin bertenaga di seluruh dunia. Sejak 12 bulan yang lalu, kita telah melihat jualan runcit dalam talian ini berkembang seiring kecanggihan, dan kuasa membeli-belah barangan berjenama di hujung jari. Rakuten Malaysia juga sedar ramai di kalangan masyarakat kini yang mulai sedar akan manfaat membeli-belah dalam talian. Justeru, peluang ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin malah pengalaman membeli-belah mereka akan lebih ditingkatkan dari semasa ke semasa. Kami menyediakan pengguna dengan pengalaman membeli-belah baru sepenuhnya dalam talian yang menghiburkan dan berinteraktif, sekali gus mendorong kepada peningkatan perkembangan e-dagang di Malaysia. Rakuten Inc adalah syarikat terulung yang menyediakan perkhidmatan jualan dalam talian merangkumi urus niaga secara e-dagang, e-baca, pengembaraan, perbankan, keselamatan kad kredit, e-wang, portal, media, pemasaran secara dalam talian dan kesukanan. Rakuten ini berkembang aktif di seluruh asia. Eropah, dan Amerika yang diasaskan pada 1997 di Tokyo, Jepun. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Online Shopping, Masaya Ueno Zalora Malaysia adalah portal membelibelah fesyen yang berkembang di negara ini serta beberapa negara Asia lain seperti Singapura, Thailand, Filipina Indonesia, Taiwan dan Hong Kong di bawah pentadbiran Zolora Asia group. Laman sesawang ini begitu cepat dikenali kerana menawarkan perkhidmatan dan produk yang pelbagai menerusi katalog dan berazam menjadi portal jualan membeli-belah nombor satu dalam segmen fesyen di Malaysia. Zalora Asia menjadi pencetus kejayaan untuk perkembangan perniagaan dalam talian seluruh dunia dengan nama yang berlainan seperti Zalando (Eropah), The iconic (Australia), Dafiti (Brazil), groupon.com, Lamoda (Rusia), Locondo (Jepun) Jabong (India) dan pelbagai lagi. Zalora menawarkan 600 produk berjenama luar negara dan tempatan bersama katalog untuk segmen pakaian wanita, lelaki, sukan, kanak-kanak, tradisional, produk kecantikan, dan perabot rumah mengikut permintaan dan trend semasa. Zalora berbeza dengan portal jualan lain kerana tiada caj penghantaran di seluruh Malaysia, polisi pemulangan barangan dalam tempoh 30 hari. Di kawasan lembah Klang, johor, Kedah dan Pulau Pinang, Zalora menawarkan pilihan untuk penghantaran dan bayaran tunai bagi beberapa jenama tertentu. Bayaran diterima melalui kad kredit, paypal, pemindahan wang secara dalam talian, pemindahan wang melalui bank (bank deposit) dan pelbagai lagi. Kami komited untuk terus menyediakan perkhidmatan dan pengalaman membeli-belah yang luar biasa lagi menyeronokkan untuk semua rakyat Malaysia. Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Zalora Malaysia, Leow Wee Jonn Groupon Malaysia adalah portal terbaik yang menawarkan perkhidmatan membelibelah dan menyediakan barangan harian terpilih bukan sahaja untuk dilihat, dimakan mahupun dibeli tetapi menyediakannya dengan penjimatan membeli-belah dari 50 hingga 90 peratus berbanding penawaran harga biasa. Syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang ini menjual lebih 7,000 kupon dalam tempoh 10 hari pertama pelancaran rasmi syarikat di Malaysia. Sejak kami memulakan operasi pada awal 2011, Groupon Malaysia telah berkembang menjadi syarikat nombor satu di Malaysia yang berjaya dalam jualan kupon atas talian di negara ini. Apa yang kami perhatikan, pelanggan inginkan kupon yang boleh menyediakan bukan setakat produk dan perkhidmatan yang bagus tetapi bersama harga yang munasabah, bernilai tinggi dan berkualiti. Di Pulau Pinang, Groupon telah beroperasi sejak 18 Julai 2011 dan pelanggan telah mendapat banyak kelebihan terutama penjimatan sehingga 90 peratus berbanding harga runcit di pasaran Fenomena Groupon telah menjadi satu kejayaan yang menakjubkan di seluruh dunia. Kuasa pemasaran sosial kini medan pemasaran jualan yang pantas dan menjadi saluran utama bagi e-dagang di seluruh dunia. Tambahan pula, ramai peniaga mengintegrasikan konsep pemasaran ini ke dalam model perniagaan mereka. Groupon pada asalnya diasaskan di Chicago pada November 2008 dan berkembang ke lebih 45 negara, 500 pasaran secara global dan mendapat sambutan lebih 83 juta pengguna. | |||
| Kaya pada usia muda, buat Safwan tenggelam dalam nikmat dunia Posted: 06 Jan 2013 09:40 PM PST KENANGAN... Safwan (kiri) insaf selepas kehilangan dua sahabat baik. Itulah pengalaman dikongsikan Safwan (bukan nama sebenar). Sebagai permulaan cerita dia menyatakan kesyukuran kerana perjalanan hidupnya sejak kecil sering dipermudahkan. Di sekolah walaupun bukan pelajar paling cemerlang, prestasi pelajarannya dalam kategori baik. Dikelilingi kawan-kawan, Safwan menjalani kehidupan remaja dalam suasana gembira. "Sejak sekolah rendah saya ada empat kawan rapat – Jeff, Azrul, Din dan Min. Kami membesar dan bermain sama sejak kecil sebab tinggal berjiran. Kami seolah-olah tak dapat dipisahkan," ujar Safwan. Selepas tamat SPM, bagai sudah berjanji kelima-lima mereka mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah IPT sama, mengambil kursus serupa. Hal ini membuatkan persahabatan mereka tambah erat. Ketika bergelar penuntut mereka jalani hidup bersama; daripada aktiviti pelajaran hinggalah aktiviti luar lain. Keseronokan merempit, mencuba dadah dan mengunjungi pusat hiburan turut diterokai berlima. Lebih daripada itu, mereka turut menjalankan perniagaan menjual ganja dan pil khayal. "Kami sepakat tak mahu kerja dengan orang. Jadi lepas tamat belajar kami gunakan keuntungan jual ganja untuk buka perniagaan bersama," kata Safwan. Pada mulanya mereka mengusahakan perniagaan kafe siber. Hasil diperoleh agak lumayan namun lama-kelamaan, ia kian merosot membuatkan mereka mula mencongak peluang perniagaan baru. "Sudah rezeki Tuhan nak bagi, kami dapat kontrak eksport lintah ke Jepun. Peluang itu terus diambil. Kami usahakan ternakan lintah di tanah yang dipajak," ujar Safwan. Sejak itu kehidupan mereka berubah agak total. Memanglah sebelum ini mereka tidak susah sangat dari segi duit, namun saat itu hidup bertukar lebih mewah lagi. Walaupun selepas diagihkan kepada lima, jumlah untung diterima masih sangat besar untuk dibelanjakan apatah lagi bagi orang muda seperti mereka. Langkah kian panjang. Semua keseronokan dunia ingin dicuba. Aktiviti melancong dan berbelanja sakan menjadi perkara biasa. Pada masa sama judi, minuman keras dan perempuan turut menjadi makanan harian. Meskipun rumah sewa mereka masih di Lembah Klang, ibu bapa dan keluarga jarang-jarang sekali dikunjungi. Safwan, Jeff, Azrul, Din dan Min hanyut dalam kehidupan sendiri. "Mungkin sebab keluarga ada juga bekalkan ilmu agama waktu kecil, kadang-kadang masa tengah khayal dek minuman keras atau dadah kami sempat berbual soal kehidupan. Bertanya satu sama lain, sampai bila nak macam ni? Apa yang kita buat ni berdosa tahu? Tapi walaupun masing-masing tahu dan setuju susah untuk tinggalkan perkara haram. Maklumlah benda seronok kan," ucap Safwan. Tak ingat mengucap Satu hari, ketika sedang melepak, Min mengajak mereka semua ke satu tempat untuk berjudi. Namun apabila kawan-kawan lain tampak bermalas-malas, dia ambil keputusan untuk bergerak dahulu. "Kami janji akan datang kemudian. Tapi tak sampai 15 minit lepas dia beredar, saya dapat satu panggilan daripada telefon bimbit Min," ujar Safwan. Panggilan bagaimanapun dibuat oleh orang lain. Menurut pemanggil, Min terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kuching. Safwan dan lain-lain segera ke tempat kejadian. Setibanya di sana, Min masih sedar namun sudah tak mampu bersuara. Safwan, Din dan Jeff menemaninya dalam ambulan menuju ke Hospital Kuala Lumpur manakala Azrul, memandu kenderaan sendiri. "Dalam ambulan, kami saling berpandangan dalam keadaan panik lihat Min sedang nazak. Petugas ambulan minta kami ajar Min mengucap tapi entah macam mana terpacul dari mulut Jeff, 'kami tak ingat macam mana nak mengucap pakcik'. "Petugas itu kemudiannya mengajar Min mengucap. Min menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas itu," ujar Safwan. Selepas kematian Min, mereka berempat agak tersentak. Aktiviti harian dan perniagaan diteruskan seperti biasa tapi tak serancak dulu. Apabila duduk bersama mereka lebih banyak berdiam diri melayan perasaan masing-masing. Begitu pun, sekali sekala pengambilan dadah dan alkohol masih diteruskan. Keseronokan dunia tetap digunakan untuk merawat hati yang sedih kerana kematian sahabat. "Satu malam, Jeff tiba-tiba ajak kami balik ke rumah ibu bapanya kerana rindukan ibunya. Oleh sebab keluarga Jeff dah macam keluarga sendiri kami nak ikut tapi mahu menyusul kemudian dengan kereta berasingan," kata Safwan. Bawa haluan sendiri Bagai dejavu, tidak lama selepas Jeff keluar, Safwan sekali lagi menerima panggilan telefon daripada orang tak dikenali. Katanya Jeff kemalangan! Maka mereka bergegas ke tempat kejadian. Sepanjang perjalanan kesemua mereka bagai tak keruan kerana masih diimbau kejadian menimpa Min yang belum pun sampai sebulan. "Jeff meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. Kami terduduk menerima berita itu. Ia terlalu sukar dihadamkan fikiran. Belum pun hilang terkejut kehilangan Min, kini Jeff pula menyusul," ujar Safwan. Kali ini kematian Jeff benar-benar meninggalkan impak. Safwan, Azrul dan Din bagai kehilangan kata-kata. Semuanya terlalu mengejut. "Kami mula berbual tentang dosa yang pernah dilakukan bersama-sama. Kami sama-sama setuju ini wake up call dari ALLAH agar kami bertaubat," ujar Safwan. Seminggu selepas kematian Jeff, Azrul dan Din menemui Safwan di sebuah restoran. Azrul menyatakan hasrat untuk membawa diri, sementara Din lebih banyak berdiam. "Selepas pertemuan itu, saya tak lagi tahu khabar berita mereka. Kedua-duanya menghilangkan diri begitu sahaja. Sampailah dua tahun lalu, saya bertemu Azrul secara tak sengaja di Pulau Pinang. Penampilannya sudah jauh berubah. Dia masih menyatakan kekesalan atas dosa lampau. "Din pula sampai sekarang tak tahu apa khabar berita. Terakhir saya dengar, dia sertai tabligh," kata Safwan. Bagi Safwan sendiri, kematian Min dan Jeff meninggalkan kesan yang bukan sedikit. Dia mula mendekatkan diri dengan keluarga dan kembali pada tuntutan agama. Perniagaan yang diusahakan bersama kawan-kawan baiknya sebelum ini turut dijual kerana terlalu banyak kenangan mengusik jiwa untuk diteruskan. Buat masa ini, dia mengambil keputusan untuk bekerja makan gaji sahaja. "Kubur kedua-dua sahabat saya itu tidak jauh dari kawasan perumahan, jadi setiap hari saya akan melewatinya setiap kali pergi dan balik kerja. Sekurang-kurangnya, ia mengingatkan saya bahawa kematian sangat dekat dengan manusia tidak kira berapa usia kita. "Maka rugilah jika kita terlalu leka dengan nikmat dunia hingga abaikan persediaan ke alam kekal kelak," ujar Safwan yang baru menginjak ke usia 28 pada 8 Disember 2012 lalu. | |||
| Syafie kembali mengorak langkah Posted: 06 Jan 2013 08:54 PM PST
2012 bagi anak muda ini merupakan tahun bertuah. Ia tahun yang memberikan cabaran berganda. Ia juga tahun yang melakar sejarah pembabitan terbanyak naskhah lakonannya - sebuah filem, 15 telefilem dan empat buah drama. Tidak cepat mendabik dada, tutur anak muda berusia 21 tahun itu, usaha kerasnya baru bermula selepas berdiam diri seketika memberi fokus terhadap pelajaran yang menjadi keutamaan ibu tersayang, Noorsiah Ahmad, 47. Kata Mohd. Syafie Naswip atau mesra disapa Ayie, dia memilih haluan berbeza berbanding pelakon lain. Dia lebih selesa untuk tidak terlalu menonjol dan akur dirinya sebagai seorang 'pekerja seni'. "Apabila usia pembabitan dalam industri lakonan bertambah, penonton akan menjangkakan pembaharuan daripada saya. Mereka pasti mahukan kelainan yang belum pernah saya tampilkan sebelum ini. "Namun saya akui diri ini bukan seorang pelakon yang suka menonjol ke depan, saya rasa takut dan seperti terikat. Lebih baik saya bekerja dan meningkatkan produktiviti atau kualiti lakonan saya," hurainya mengenai prinsip kariernya memasuki fasa baharu tahun 2013. Hujah yang dilemparkan dari bibir anak muda berjiwa besar itu menangkap deria dengar beberapa pelakon lain iaitu Idzham Ismail, Syazwan Zulkifli, Mohd. Khairul Kamal dan Megat Fazril Faiz. Mereka yang turut membintangi filem Juvana bersama Ayie ketika itu sedang bersiap untuk turut serta dalam sesi fotografi bersama Kosmo! di Studio Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, minggu lalu. Tambah Ayie, liku-liku yang dilalui sejak bergelar bintang kanak-kanak dari tahun 2007 mengajar dirinya untuk belajar menjadi selektif pada masa hadapan. Melihat medan seni juga satu perjuangan mencari rezeki selain mempertaruhkan bakat yang ada. "Tiada pilihan jika seseorang pelakon mendapat skrip atau jalan cerita yang lemah kerana di situ timbul keputusan berbelah bahagi, demi rezeki peluang yang datang harus disambar. "Untuk memperoleh watak yang hebat sememangnya menuntut pengorbanan masa," getus bintang filem Mukhsin dan Talentime itu. Mahu dewasa
Ayie menyasarkan tahun ini untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang diminatinya iaitu lakonan dan pengarahan. "Saya mahu belajar dan berkembang. Buat masa sekarang masih belum difikirkan universiti yang menjadi pilihan, tetapi insya-Allah jika tiada halangan jurusan pengarahan dan lakonan saya pilih," ujarnya. Membuka tahun 2013, aktor muda itu bakal tampil menerusi beberapa naskhah 'air mata' antaranya, drama enam episod arahan Keoi Amri berjudul 1 Bulan 3 Bintang dan sebuah telefilem bersama dramatis Wan Maimunah, Ku Sujud di Kakimu. Bersyukur kerana tawaran yang datang kepadanya tidak putus-putus, ujar Ayie dia tidak merancang perjalanan seninya tahun ini. Langkahnya dibiarkan mengikut aliran natural dan meneroka pengalaman baharu. "Selama ini saya belum pernah diberikan watak-watak pelik untuk naskhah sains fiksyen, teringin juga jika satu masa nanti membawakan watak seperti makhluk Gollum dalam siri filem Lords Of The Rings," ujarnya berseloroh. Budak jahat Filem Juvana yang diadaptasi daripada drama dengan judul yang sama, sudah pasti menjanjikan suatu naskhah lakonan yang hebat buat pemenang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 itu. Biarpun bukan watak utama, kata Ayie, lakonannya dalam filem itu banyak mendapat tunjuk ajar daripada pengarah dan pelakon lain memandangkan dia tidak berkesempatan menonton drama bersiri itu sebelum ini. "Saya hanya pelakon sampingan yang akan menjadi orang kanan Lan Todak (lakonan Sharnaaz Ahmad). Menariknya mengenai filem ini, saya tidak melalui proses latihan sebelum penggambaran walaupun skrip dapat awal. "Namun saya berpegang pada prinsip, setiap orang berperanan memegang apa jua watak dan terpulang pada individu itu untuk mencorakkannya," katanya yang pernah membawakan watak jahat dalam filem Nur Kasih The Movie (2011). Merupakan kesinambungan versi dramanya, kisah yang ditampilkan filem ini memaparkan tentang Botak, Apek, Ayam, Kicap, Panjang dan Daim setelah sekolah juvana yang dihuni mereka iaitu Sekolah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baharu dan menyambung persekolahannya namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberikan laluan mudah untuk membina hidup yang lebih bermakna. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Gaban dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah itu Botak mulai akrab dengan Apek dan yang lain namun mereka menjadi sasaran Lan Todak iaitu ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia kawan antara mereka. Turut membintangi filem itu, Zahiril Adzim, Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad, Adlin Aman Ramli, Adam Shah, Idzham Ismail, Khairul Mohamed, Shera Aiyob, Megat Farzeril dan Sara Ali. | |||
| Posted: 06 Jan 2013 08:53 PM PST
BAND Hujan yang dianggotai oleh Noh Salleh (vokalis), Mohammad Hezry atau AG (gitaris), Hang Dimas (keyboard) dan Azham Ahmad Ambobzeela atau Am (dram) telah melahirkan empat buah album studio iaitu Hujan, Mencari Konklusi, Lonely Soldier Boy dan Sang Enemy. Itu produk Hujan sepanjang penglibatan mereka dalam industri muzik yang bermula sejak tahun 2006. Di sebalik populariti lagu-lagu Hujan yang sering diputarkan di corong-corong radio, kelibat mereka di pentas persembahan pentas bagaimanapun semakin jarang dilihat. Akui Noh, Hujan kurang membuat persembahan pentas sejak bulan Ramadan tahun lalu. Adakah Hujan sudah tidak laris dalam kalangan penganjur konsert atau mereka meletakkan harga yang terlalu tinggi sehingga kurang mendapat tawaran persembahan pentas? Noh yang ditemui pada acara Femes Baazar di Rasta, Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini menjelaskan situasi yang sebenar. Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya. Kosmo!: Kenapakah Hujan semakin menyepi sejak kebelakangan ini? NOH: Sebenarnya saya pun tidak tahu kenapa. Sejujurnya kami telah kurang mengambil tawaran persembahan pentas sejak bulan Ramadan tahun lalu. Mungkin kami terlalu penat selepas menyertai program Versus yang berlangsung dari Mac sehingga Jun tahun lepas. Selepas Versus, kami masing-masing membawa haluan sendiri. Jadi, kami kurang membuat persembahan pentas atas pilihan kami sendiri, bukannya sebab letak harga tinggi. Membawa haluan masing-masing? Adakah ini bermakna kalian sudah berpecah? Menghilangkan diri seketika bukan bermakna Hujan sudah berpecah. Boleh dikatakan kami menghilang untuk melepaskan tekanan sebagai persediaan melangkah ke tahun 2013. Baru-baru ini, Hujan telah muncul membuat persembahan untuk Konsert Ambang Merdeka 2013 di Putrajaya. Itu merupakan penampilan pertama kami selepas berehat selama beberapa bulan. Bagaimanakah pula dengan penerimaan peminat selepas Hujan berehat panjang? Peminat kami yang digelar Rainger sangat memahami dan saya begitu bersyukur ada peminat seperti mereka yang dianggap seperti teman dan keluarga. Hujan dan peminat mempunyai hubungan yang sangat rapat, mereka juga banyak membantu dalam kelangsungan kerjaya Hujan. Tanpa mereka siapalah kami. Hilang seketika tidak membuatkan peminat Hujan lari kerana kami percayakan mereka. Apakah resipi Hujan untuk kekal bertahan selama enam tahun sebagai sebuah band? Sejak enam tahun band ini ditubuhkan, kami hanya mengamalkan konsep percaya satu sama lain. Jika ada seorang ahli menghilangkan diri buat seketika, itu bermakna dia mempunyai urusan penting yang harus dilaksanakan. Kami bertahan selagi kepercayaan itu ada pada diri masing-masing. Situasi sekarang tidak seperti sebelum ini ketika band Hujan mula-mula ditubuhkan yang mana semua perkara dilakukan secara bersama. Sekarang ini, masing-masing terikat dengan komitmen lain dan hanya bertemu apabila ada urusan seperti persembahan pentas dan rakaman album. Mahu tidak mahu, kami semua harus terima perubahan itu. Adakah selepas ini Hujan akan kembali sibuk atau berehat panjang? 2013 merupakan tahun yang sangat sibuk untuk Hujan. Kami akan menyertai Festival Midem yang akan berlangsung di Cannes, Perancis pada 26 hingga 28 Januari ini. Selepas itu kami akan sibuk pula dengan konsert jelajah seluruh negara pada Februari depan. Jika tidak ada aral melintang, Hujan mungkin mengadakan konsert jelajah di Indonesia dan Filipina. Bagaimanakah pula dengan penerimaan album terbaharu Hujan, Sang Enemy? Alhamdulillah. Apa yang mengejutkan, album itu mencatat jualan yang agak tinggi. Walaupun album itu merupakan album 'syok sendiri' kerana saya banyak bereksperimen (ketawa) dan lebih keras muziknya berbanding album Hujan yang lain tetapi nampaknya ia diminati ramai. Selera orang lain sukar untuk diramal, tetapi ketika merakamkan album ini, tujuan saya hanya satu iaitu untuk memuaskan hati saya sendiri (ketawa). Boleh ceritakan tentang kehidupan perkahwinan dengan Mizz Nina? Apa yang boleh saya katakan, saya amat bersyukur memiliki isteri yang amat memahami kerjaya saya kerana dia juga berada dalam bidang yang sama. Walaupun kami sering tampil bersama pada acara-acara hiburan, namun hakikat sebenarnya, jadual harian kami sangat padat. Jika ada masa terluang, kami terus sahaja pergi bercuti tanpa berfikir panjang. | |||
| Polis berkejar ke kediaman Pitt-Jolie Posted: 06 Jan 2013 08:52 PM PST ![]() BRAD dan Angelina bersama enam anak mereka. Pasangan popular ini dilaporkan sudah berkahwin secara rahsia pada 25 Disember lalu. BAGAIKAN sebuah penggambaran filem aksi, pihak polis dengan menaiki kereta peronda dan helikopter telah berkejar ke kediaman mewah pasangan pelakon Angelina Jolie dan Brad Pitt yang terletak di Hollywood Hills pada Jumaat, 4 Januari lalu. Ia berikutan sistem penggera keselamatan yang menghubungkan kediaman tersebut terus kepada polis telah berbunyi. Menurut laman gosip, TMZ, polis yang tiba di lokasi kejadian bagaimanapun mendapati butang panik sistem penggera tersebut telah ditekan secara tidak sengaja oleh seorang daripada enam anak pasangan popular itu. "Pihak polis terus berkejar ke kediaman mewah Brad Pitt dan Angelina Jolie di Hollywood Hills apabila sistem penggera keselamatan rumah tersebut berbunyi. "Namun sebaik tiba di sana, mereka diberitahu oleh pengasuh anak-anak selebriti popular itu bahawa seorang daripada kanak-kanak itu secara tidak sengaja telah menekan butang panik sistem penggera tersebut," ujar sumber itu lagi. Pitt dan Jolie yang dilaporkan sudah berkahwin secara rahsia di Island of Turk and Caicos yang terletak berhampiran Bahamas pada Hari Krismas, 25 Disember tahun lepas - tiada di tempat kejadian. Enam anak pasangan tersebut terdiri daripada Maddox, 11, Pax dan Zahara - masing-masing tujuh tahun, Shiloh enam tahun dan kembar yang kini berusia empat tahun, Knox dan Vivienne. Pada upacara perkahwinan mereka itu, 12 orang pengasuh telah diberikan tanggungjawab untuk menjaga keenam-enam anak Pitt dan Jolie itu. | |||
| Rugi RM33,600 dakwa ditipu dua ejen bekal pekerja asing Posted: 06 Jan 2013 08:51 PM PST ![]() NOORAZIAH (kanan) menunjukkan laporan polis berhubung dua kes dia ditipu sambil ditemani You Fong di Johor Bahru semalam. JOHOR BAHRU - Malang bagi seorang pengarah urusan agensi pekerja asing apabila mendakwa ditipu dua ejen yang kononnya membekalkan pekerja sehingga kerugian RM33,600. Nooraziah Muhadi, 49, mendakwa, kejadian pertama berlaku pada 15 Disember tahun lalu. Dia yang mengendalikan Agensi Pekerjaan Fajar Indah Sdn. Bhd. mendakwa berurusan dengan lelaki bagi mendapatkan khidmat lima pekerja Kemboja. "Saya melakukan dua transaksi berjumlah RM30,000 kepada lelaki itu dan dia berjanji akan membekalkan pekerja dalam tempoh dua bulan," katanya pada sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina di sini semalam. Bagaimanapun, ujar ibu kepada empat anak itu, selepas tiga bulan, lelaki tersebut mula berdolak-dalik apabila gagal membekalkan pekerja seperti yang dijanjikan. | |||
| Kanang disemadi dengan penghormatan negara Posted: 06 Jan 2013 08:50 PM PST ![]() ORANG ramai mengambil kesempatan melihat secara dekat kubur Kanang selepas disemadikan di Makam Pahlawan, Kuching semalam. KUCHING – Mendiang pahlawan negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau disemadikan dengan penuh penghormatan negara di Makam Pahlawan di sini pada pukul 4 petang semalam. Upacara tersebut yang dihadiri kira-kira 3,000 orang bermula pada pukul 1.30 petang di Gereja St. Thomas Cathederal dalam cuaca mendung dan diselubungi suasana sayu. Terdahulu, keranda mendiang ditempatkan di Dewan Suarah, Jalan Taman Budaya di sini bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir. Keranda yang membawa mendiang itu diusung ke makam tersebut oleh lapan anggota tentera yang terdiri daripada Pegawai Waran 1 (PWI) mewakili tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia diketuai PWI Michael Awie. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hadir memberi penghormatan terakhir mewakili kerajaan Persekutuan manakala kerajaan negeri diwakili Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang. | |||
| Pusat hiburan depan balai polis kena serbu Posted: 06 Jan 2013 08:48 PM PST ![]() ENAM GRO warga asing yang diberkas dalam serbuan di pusat hiburan di Jalan 8/1D, Seksyen 8, Petaling Jaya kelmarin. PETALING JAYA - Sebuah pusat hiburan yang menyediakan lapan khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang baru dua minggu dibuka di Jalan 8/1D, Seksyen 8 bertentangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini diserbu malam kelmarin. Dalam serbuan pada pukul 11.30 malam, lapan GRO warga China, Kemboja dan Thailand yang berpakaian menjolok mata diberkas ketika mereka sedang melayan kira-kira 20 orang pelanggan yang leka bersantai di pusat hiburan itu. "Pemilik pusat hiburan itu seolah- olah mencabar pihak berkuasa apabila sengaja menjalankan kegiatan haram yang dibuka bertentangan dengan IPD Petaling Jaya," kata satu sumber. | |||
| Bimbang rumah runtuh dan dihanyutkan air Posted: 06 Jan 2013 08:47 PM PST ![]() ZABIDAH menunjukkan runtuhan tebing kian menghampiri rumahnya yang terletak di tepi sungai Kampung Bukit Abal Timur, Pasir Puteh semalam. PASIR PUTEH – Sebanyak 10 keluarga yang tinggal di tepi sungai Kampung Bukit Abal Timur, dekat sini bimbang rumah mereka bakal roboh ekoran tebing sungai berkenaan semakin terhakis sejak musim banjir baru-baru ini. Mereka meminta pihak terbabit agar mengambil tindakan segera termasuk membuat penghadang hakisan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Menurut seorang penduduk, Tuan Ismail Tuan Merah, 63, beberapa tahun lalu, batu penghadang bagi mengelakkan hakisan akibat arus deras sudah dibina di sungai berkenaan selepas kebimbangan penduduk dimaklumkan kepada pihak berkenaan. "Banjir yang melanda di kawasan itu selama beberapa hari baru-baru ini telah menyebabkan tebing sungai berkenaan terhakis teruk. "Banjir juga menyebabkan batu penghadang tersebut mendap ke dasar sungai," katanya ketika ditemui semalam. | |||
| Posted: 06 Jan 2013 08:45 PM PST ![]() NIK MOHAMED NOOR (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang menjadi mangsa rumah mereka dihanyutkan ombak besar di Kota Bharu semalam. KOTA BHARU – Tiga keluarga mangsa rumah yang dihanyutkan ombak besar di Kampung Pulai Gorek, Pantai Cahaya Bulan dekat sini pada 12 Disember lalu menerima bantuan kecemasan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) semalam. Ketiga-tiga ketua keluarga berkenaan iaitu Che Hamid Che Hamad, 66; Che Amran Che Hamad, 43, dan Che Hussin Che Mamat, 55, menerima bantuan berjumlah RM2,000 setiap seorang. Bantuan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Baitulmal dan Pembangunan Maik, Nik Mohamed Noor Nik Ishak. Menurut Nik Mohamed Noor, bantuan tersebut bagi membantu meringankan beban keluarga berkenaan. "Ia selaras dengan kehendak Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr. Muhammad Fa-iz Petra yang juga Yang Dipertua Maik supaya nasib golongan tidak bernasib baik sentiasa dibela," katanya di sini semalam. | |||
| Pertandingan memancing di sungai beku Posted: 06 Jan 2013 08:44 PM PST ![]() RIBUAN orang menyertai pertandingan memancing di sebatang sungai yang beku di Hwacheon semalam. SEOUL - Ribuan pemancing termasuk wanita memancing di sebatang sungai yang beku di Hwacheon, 120 kilometer ke timur laut Seoul, Korea Selatan semalam. Para pemancing itu menebuk lubang pada permukaan sungai tersebut yang beku untuk menangkap ikan. Mereka merupakan antara peserta yang menyertai pertandingan memancing ketika musim sejuk. Ia merupakan antara acara yang diadakan sempena sambutan festival ais. | |||
| Kucing dilatih bawa telefon ke penjara Posted: 06 Jan 2013 08:43 PM PST ![]() SEORANG pengawal memegang seekor kucing yang membawa beg mengandungi pelbagai barang di sebuah penjara di Alagoas pada 31 Disember tahun lalu. BRASILIA - Seekor kucing yang dilatih oleh para banduan untuk membawa telefon bimbit dan pelbagai peralatan menggali terowong telah ditangkap di sebuah penjara di timur laut Brazil. Menurut seorang ketua kesatuan pengawal penjara Alagoas, Marcelo Avelino, seorang pengawal itu yang melihat kucing tersebut kemudian mendekati haiwan berkenaan. Avelino menjelaskan, pengawal berkenaan mendekati kucing tersebut kerana dia mendapati terdapat sesuatu yang ganjil pada tubuh haiwan itu. Beliau memberitahu akhbar O Globo, pengawal itu yang mendekati haiwan berkenaan mendapati terdapat sebuah beg yang dibawa kucing itu. Menurutnya, beg tersebut mengandungi mata gergaji dan peralatan menggali untuk digunakan dalam penggalian terowong. Beliau berkata, sebuah telefon bimbit turut ditemui termasuk bateri dan alat pengecas. Kucing itu kerap dilihat masuk dan keluar dari penjara berkenaan. Seorang pegawai penjara tersebut, Luiz de Oliveira Souza memberitahu portal berita G1, para banduan tersebut telah membela haiwan itu. Souza menyatakan, saudara-mara banduan kerap membawa pulang kucing itu selepas mereka datang ke penjara tersebut. "Kami berasa amat terkejut dengan taktik baharu banduan itu yang melatih haiwan supaya ia datang semula ke penjara dan membawa barang-barang," katanya. | |||
| Tiga maut depot minyak terbakar Posted: 06 Jan 2013 08:42 PM PST ![]() BEBERAPA anggota bomba menyaksikan kebakaran yang berlaku di depot minyak milik Perbadanan Minyak India di Hazira semalam. NEW DELHI - Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan maut dalam satu kebakaran yang berlaku di sebuah depot minyak di Hazira, Gujarat semalam, kata polis. Kira-kira 100 anggota bomba cuba memadamkan api yang bermula di dalam tangki simpanan petrol di depot milik Perbadanan Minyak India di daerah Surat pada petang Sabtu lalu. "Setakat ini, tiga mayat tidak dikenali kemungkinan pekerja kontrak ditemui berhampiran tangki tersebut," kata ketua polis tempatan, SM Patel ketika dihubungi. "Api berjaya dikawal daripada merebak ke lapan lagi tangki yang mengandungi simpanan petrol dan diesel," katanya. Punca kebakaran belum diketahui. Kebakaran itu masih lagi berlaku pada malam semalam dengan anggota-anggota bomba berusaha untuk memadamkan api yang marak. Ia merupakan kejadian kebakaran kedua sejak tahun 2009 yang sebelum ini mengorbankan 12 nyawa. | |||
| Gambar Puteri Diana semasa remaja dilelong Posted: 06 Jan 2013 08:41 PM PST ![]() SEKEPING gambar yang akan dilelong menunjukkan Diana (kiri) berada di sebelah Russell. AMHERST, New Hampshire - Sekeping gambar Puteri Diana ditanda dengan tulisan yang meminta ia tidak diterbitkan akan dilelong pada bulan ini. Gambar tersebut menunjukkan ketika Diana belum berkahwin dengan pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles. Menurut firma lelongan, RR Auction, gambar berkenaan mungkin tidak pernah dipamerkan kepada media sebelum ini. Tarikh yang terdapat di belakang gambar itu ialah Februari 1981. Gambar tersebut dirakamkan selepas Charles dan Diana menamatkan spekulasi bahawa mereka akan berkahwin. Menurut agensi berita AP semalam, gambar berkenaan diperoleh dari Arkib Caren. Arkib itu mengumpulkan koleksi gambar-gambar dari surat khabar dan penerbitan lain. Gambar tersebut dibeli dari akhbar Daily Mirror tujuh tahun lalu. Naib Presiden RR Auction, Bobby Livingston pada Sabtu lalu menyatakan beliau tidak mengetahui identiti lelaki yang berada di sebelah Diana. Bagaimanapun, beliau difahamkan, sebuah akhbar Britain berjaya mengenal pasti identiti lelaki itu. Media Britain mengenal pasti lelaki muda itu sebagai Adam Russell. Russell ialah cicit bekas Perdana Menteri Britain, Stanley Baldwin. Diana dan Charles berkahwin pada 29 Julai 1981. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut berkecai pada 1996. Diana kemudian meninggal dunia akibat nahas jalan raya di sebuah terowong di Paris, Perancis pada tahun 1997. Beliau merupakan ibu kepada Putera William dan Putera Harry. | |||
| Posted: 06 Jan 2013 08:40 PM PST
BUKAN mudah bagi Andrew Lau, 17, bersosial seperti remaja lain pada usianya. Jika remaja lain sudah mengenal erti berdikari dan bergerak sendiri, Andrew pula masih ditemani ibunya, Jackie Liew, 49, walau ke manapun dia pergi dan walau apapun aktivitinya. Andrew adalah remaja lelaki istimewa. Hidup sebagai penghidap autisme dan bersikap hiper aktif memberi cabaran kepada Jackie kerana ibunya itu seolah-olah melayan seorang anak kecil. Ramai kanak-kanak mahupun remaja atau dewasa mengalami masalah seperti Andrew tapi mereka kurang diberi perhatian atau tidak didedahkan dengan peluang. Hal itu bagaimanapun tidak terjadi pada Andrew. Jackie bukan sahaja memberi sepenuh perhatian kepada anaknya, malah masa, tenaga dan wang telah dikorbankan demi cahaya mata tercintanya itu. Lebih istimewa, Jackie berjaya menyerlahkan bakat Andrew sebagai pelukis. Kini, hasil seni lukisan Andrew telah dipamerkan dalam dua buah pameran seni dan dia berjaya menjual lebih 20 buah lukisan sewaktu pameran dan lebih banyak dalam acara jualan langsung. Pertama kali Jackie mengenal pasti kebolehan Andrew adalah ketika anaknya berusia empat tahun. Pada masa itu, dia baru sahaja mengetahui tentang masalah autisme yang dialami Andrew. Bagi kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, mereka mungkin merasakan bahawa masa depan anak mereka tidak menentu. Begitupun, Jackie dan suaminya mengambil iktibar untuk berkorban apa sahaja demi Andrew, khususnya untuk mencungkil bakatnya. Ketika di tadika selepas empat bulan, semua kanak-kanak boleh menulis angka, tetapi Andrew tidak dapat menulis walaupun nombor '2'. "Kami mendapati dia tidak boleh menulis kerana angka tersebut mempunyai lengkungan yang baginya sukar. Detik itu, saya mendapat tahu kekurangan Andrew. "Saya mengambil iktibar melatihnya menggunakan jam, iaitu saya melukis gambar jam dan menulis semua angka menggunakan titik. Saya kemudiannya melatih Andrew menyambungkan titik-titik itu sehingga membentuk nombor," kata Jackie. ![]() ANDREW khusyuk melukis saat ditemui di kediamannya di Kuala Lumpur baru-baru ini. Usaha Jackie sangat berkesan apabila Andrew berjaya menulis angka '2' dan seterusnya, sehingga angka '12'. "Malah, ketika di sekolah, apabila guru tadika minta tulis huruf F untuk gambar rajah bunga, Andrew pula sudah pandai mengeja keseluruhan ejaan bunga dalam bahasa Inggeris. Ketika itu saya sedikit lega," kata Jackie yang tidak jemu membimbing Andrew ke tahap kemahiran kanak-kanak normal. Semasa belajar di sekolah rendah, Jackie memastikan anaknya dibekalkan dengan kertas kajang kosong yang banyak kerana Andrew dilihat kerap melukis ketika waktu senggang antara mata pelajaran. "Dia juga suka melihat jam cuckoo (merujuk kepada jam dinding klasik dengan rekaan burung kecil yang keluar berkicau mengikut masa tertentu) di pusat-pusat beli-belah. "Jika kami bersiar di pusat beli-belah Mid Valley, dia akan berlari ke kedai menjual jam untuk melihat burung tersebut setiap jam. Itu menjadi satu tabiat yang pada awalnya sangat merimaskan saya," katanya yang mempunyai beberapa jam dinding yang dirosakkan oleh Andrew sebaik sahaja dibeli. Begitupun, Jackie mendapati, Andrew mampu memindahkan visual yang diminatinya itu ke atas kertas lukisan. Dia banyak menggunakan pen dakwat dan cat air untuk melukis jam dinding kegemarannya itu selain gambar binatang. Tidak mahu kemahiran itu menjadi sia-sia, Jackie menghantar Andrew ke kelas seni selepas sesi sekolah sehingga ke hari ini. "Saya agak terkejut kerana hasil karya pertama Andrew ketika menyertai kelas seni itu ialah Menara Berkembar Petronas. Saya dapati dia juga suka pada seni bina bangunan," ujarnya. ![]() JAM dinding klasik kegemaran Andrew sering menjadi subjek utama dalam lakarannya. Jackie bagaimanapun tidak menyimpan lukisan pertama anaknya itu kerana ia telah dimiliki doktor gigi Andrew sendiri yang merupakan seorang pengumpul kerja seni anak-anak istimewa seperti Andrew. Menjaga kata-kata Ketika diminta melukis untuk memberi aksi kepada jurugambar, Andrew yang lebih fokus terhadap komputer enggan bekerjasama. Setelah dipujuk Jackie, barulah dia bersetuju. "Saya tidak boleh menggunakan perkataan tertentu kepadanya. Seperti tadi, untuk anda mengambil gambar, saya terpaksa meminta masa sedikit untuk memberi arahan secara lembut kepadanya. Saya mengubah kepada 'Andrew tolong Mama..'," katanya. Menurut Jackie, menjaga anak yang menghidap autisme seperti Andrew, dia cuba untuk tidak menggunakan kata-kata arahan yang mengejut mahupun berjanji kosong. "Jika dia mahukan sesuatu atau mahu pergi ke sesuatu tempat, saya tidak boleh kata 'nanti' atau 'esok-esok sajalah'. Andrew mahu saya tetapkan hari dan waktu yang jelas serta tepat," kata Jackie. Ternyata Jackie ialah seorang ibu yang melengkapkan dirinya dengan maklumat. Dia memahami sepenuhnya gerak-geri, lisan dan emosi Andrew bagi memastikan dia tidak memberontak seperti yang lazimnya menjadi tabiat penghidap autisme. Bermula dengan menggunakan pen dakwat dan cat air, Andrew kini mula menggunakan cat akrilik seperti yang dipelajari di kelas seninya. Begitupun, dia hanya dapat menyampaikan mesej sesebuah lukisan jika dia benar-benar melibatkan diri sepenuhnya. "Jika tidak, lakarannya menjadi tidak kemas dan tidak seperti kemampuan sebenarnya. Apabila dia melukis, saya boleh mengagak emosinya," kata Jackie. Mahu anaknya berdikari dan mempunyai skil kehidupan yang pelbagai, Jackie aktif melibatkan diri dalam pelbagai program dan kelas kemahiran untuk anak istimewa. Ternyata, bukan sahaja Andrew mengalami perubahan dalam hidupnya, malah Jackie sendiri mengakui sudah memiliki kemahiran, keberanian dan kekuatan yang terbit dalam dirinya sendiri sepanjang menjaga Andrew. Ibu tabah itu kini sudah cekap memandu berbanding dahulu yang sering saja tidak yakin dan takut sesat jalan. Semuanya demi anak yang disayanginya. "Saya amat bernasib baik kerana saya mempunyai rakan-rakan, jiran dan kenalan yang sangat baik. Mereka sanggup menunjuk ajar dan membantu saya. "Salah seorang daripada mereka ialah guru tuisyen Andrew yang sedia mengajar komputer kepadanya selepas ramai yang menolak untuk mengajar anak saya," katanya.
Cuba memahami Guru tuisyen yang dimaksudkan Jackie itu ialah Kho Kim Fui, 38. Dia bertanggungjawan mengajar Andrew set skil seperti menaip dan menggunakan komputer, bermain permainan serta menghantar e-mel. "Apabila saya melihat Jackie hilang arah, saya pula merasakan Andrew bukan sukar diuruskan," kata guru Matematik dari pusat tusyen Sinaran Matahari, Jalan Ipoh itu. Walaupun tiada asas dalam penjagaan anak istimewa, pendekatan yang dilakukan Kim Fui adalah bersabar dan cuba memahami. Dia membimbing akademik Andrew sejak remaja itu berusia sembilan tahun. "Pada saya, dia normal, cuma sukar meluahkan emosi dan perlahan sedikit penerimaannya," katanya. Walau bagaimanapun, kini Andrew dikatakan banyak berubah dan lebih baik dari segi pembelajaran dan respons dalam menerima arahan. | |||
| Fungsi praktikal kunci tata gaya Posted: 06 Jan 2013 08:39 PM PST
MUSIM bunga dan panas 2013 sememangnya waktu paling mengujakan bagi kebanyakan pereka fesyen. Sepanjang musim itu, mereka bebas bereksperimen dengan warna-warna terang dan potongan singkat. Pereka fesyen tanah air yang telah mencipta nama di persada antarabangsa, Datuk Bernard Chandran kembali menghasilkan koleksi musim bunga dan panas 2013 yang mengujakan. Pada Minggu Fesyen London 2012 sempena pertunjukan koleksi musim bunga dan panas 2013 yang lalu, Bernard mempersembahkan koleksi berkonsepkan kisah cinta. Ia dipentaskan berpandukan kasih seorang wanita terhadap kekasihnya yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk emosi. Menariknya koleksi beliau tidak menekankan kepada kesakitan jiwa akibat cinta dan kekecewaan yang secara tidak langsung menolak sentimen rekaan bersifat konvensional. Pada dasarnya, Bernard menggambarkan koleksi yang segar bagi menyuntik rasa positif, edgy dan mampu mencetuskan keyakinan seorang perempuan. "Potongan yang digunakan begitu unik menimbulkan kontra pada bahagian depan dan belakang. "Material pula banyak diambil daripada sutera pelbagai jenis seperti sutera mikano, organza, kapas, labuci berkaca (glass sequin) dan sedikit sentuhan kulit. Selain itu, cetakan dekorasi seni yang edgy menjadi pelengkap kepada fabrik dan perincian. "Palet ringan membarisi rekaan baharu saya yang masih mengekalkan bayangan glamor seperti kuning air (beige), merah jambu, kelabu lembut, hitam, hitam kilat (patent black) dan biru," jelas Bernard kepada Stailo. Ramalan 2013 Perkongsian rekaan baharu Bernard itu bagaimanapun hanyalah mukadimah dalam kalendar fesyen tahun ini. Berbicara soal fesyen tahun 2013 pula, Stailo sempat meminta pandangan daripada pensyarah sambilan bahagian fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak, Yazid Jamil. Menurut Yazid, trend melapiskan (layering) pakaian sedia pakai dalam satu masa bakal menjadi ikutan. Sebagai contoh, kemeja jarang disuai padan bersama sweater tebal dan besar ataupun jaket berpotongan bahu jatuh bersama celana pendek serta seluar senteng. Namun, faktor ketebalan fabrik perlu disesuaikan dengan iklim Malaysia yang panas dan lembap. Tahun 2013 meraikan pembebasan jangkaan kalendar kaum Maya bahawa dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012, maka sebarang bentuk kongkongan harus dibebaskan. Siluet yang lebih natural dan rileks menjadi nadi utama dalam memilih helaian busana untuk 2013. Pakaian yang terlalu sendat harus dielakkan. Katakan tidak pada dres bondage dan pilih busana atau seluar yang sedikit longgar bagi memberi ilusi seksi dalam kesopanan. Warna terang seperti biru kobalt, jingga dan kuning menjadi pilihan utama dalam kalangan rumah fesyen antarabangsa. Permainan motif geometri seperti yang dilihat di pentas peragaan musim bunga dan panas 2013 label Prada adalah trend yang cukup hangat untuk dicuba.
"Industri fesyen dunia tahun ini menyaksikan kebangkitan pakaian sedia pakai. Busana hadir dalam manipulasi pola yang kreatif dan potongan yang lebih natural. Fabrik jarang digabungkan bersama fabrik legap. "Faktor praktikal dan fungsi perlu dititikberatkan. Pentas fesyen negara, 2013 sewajarnya menjadi tahun publisiti besar-besaran kepada pereka-pereka muda berbakat seperti Jonathan Liang, Alia Bastamam dan FiziWoo. Idea-idea yang mereka tampilkan memberi suntikan segar, satu revolusi untuk industri fesyen tempatan," ujar Yazid. Tetapkan trend Sementara itu, Presiden Persatuan Pereka Bumiputra (BDA), Bon Zainal melihat perkembangan gaya pada tahun ini perlu berbalik kepada konsep praktikal. Menurut beliau, zaman ini pereka perlu celik dengan perubahan kehendak orang ramai yang dahagakan pakaian sedia pakai yang jelas fungsinya. "Jangan hanya menilai kecantikan rekaan berdasarkan sedap mata sendiri kerana pada akhirnya, pelanggan yang akan menentukan sama ada pakaian itu boleh dipakai atau tidak. "Perlu diingat, tujuan pakaian dihasilkan adalah untuk dijual dan dipakai. Jadi, cuba elakkan rekaan yang terlalu artistik dan rumit," demikian pesanan Bon ketika ditemui Stailo pada pertandingan akhir Pencarian Pereka Muda 2012 anjuran BDA di Dewan Panggung Sari, Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Menyentuh trend yang bakal menjadi ikutan di negara ini, Bon merasakan adalah wajar sekiranya Malaysia menetapkan trend tersendiri daripada mengikut panduan fesyen global secara keseluruhan. Namun, konsep gaya yang ditekankan masih perlu selari dengan perkembangan antarabangsa, cuma pengolahan idea bagi rekaan yang ingin diketengahkan boleh divariasikan. Contohnya, pakaian berona terang dan garang sangat sesuai digayakan masyarakat negara ini sepanjang tahun atas faktor ketetapan iklim. Pentas antarabangsa Menjengah pentas fesyen antarabangsa pula memperlihatkan penonjolan beberapa konsep. BCBG Max Azria, Jason Wu dan Herver Leger tahun ini mempertaruhkan efek Helmut Newton, jurugambar fesyen yang popular dengan foto hitam putih berunsur erotisisme. Ketua Pegawai Kreatif Kumpulan BCBG Max Azria, Lubov Azria juga mengesahkan Helmut merupakan antara inspirasi utama bagi koleksinya kali ini. Elemen air turut menjadi mainan label antarabangsa tahun 2013. Jack McCollough dan Lazaro Hernandez yang menerajui Proenza Schouler, menghasilkan dres yang diperbuat daripada cetakan foto bagi mencipta nilai abstrak. Olahan liberal itu dikukuhkan dengan penataan imej sekumpulan manusia yang berada di kolam renang, menjelaskan elemen air dalam hasil kerja duo tersebut. Charlotte Ronson juga tidak ketinggalan mengangkat air sebagai kunci inspirasi bagi koleksi baharunya. Palet biru laut dan hijau ternyata menyerlahkan rekaan peplum Ronson sehingga hampir kelihatan ibarat riak ombak dari laut. Pernyataan jelas terhadap unsur air sudah tentu datangnya daripada Michael Kors. Padanan baju (top) dan seluar panjang rona biru dan putih sudah memadai membentuk pemikiran peneliti fesyen. ![]() BERNARD menyuntik kesegaran dalam koleksi kali ini bagi menyerlahkan sisi edgy seorang wanita. Rekaan berjalur atau berbelang masih belum lapuk dalam percubaan pereka prolifik global. Marc Jacobs misalnya, meluluskan majoriti ciptaan musim bunga dan panas beliau dengan pakaian bercirikan jalur. Baju T atau jumpsuit, nilai keindahan corak berjalur tetap dikekalkan. Eksperimen Tommy Hilfiger kali ini juga agak menarik. Siapa sangka, seluar panjang, baju dan blazer rona putih seragam yang dicoretkan bersama jalur merah dan biru mampu menghasilkan efek luar biasa. Menariknya, jalur itu bukan bergaris tetapi berbentuk polka dot. | |||
| Posted: 06 Jan 2013 08:38 PM PST ![]() ANTARA selebriti yang turut sama dalam pelancaran jenama Freedom by Eric Choong baru-baru ini. BUAT julung-julung kali, Eric Choong menampilkan koleksi istimewa khas lelaki dengan mengembalikan saat riang dan kerancakan era 60-an serta 70-an melalui signatur gaya tersendiri. Ilham di sebalik edisi terhad itu diperoleh dari tempat kelahiran Eric di Ipoh, Perak yang menempatkan bangunan-bangunan memorial dan kopitiam yang menjadi persinggahan orang ramai selepas seharian penat bekerja. "Masih segar dalam ingatan saya apabila orang ramai berkumpul dan menari pada hujung minggu mengikut tarian agogo sambil menyarungkan baju-baju corak petak dan rona-rona menarik," ujarnya ketika ditemui usai majlis pelancaran koleksi lelaki edisi terhad, Freedom by Eric Choong baru-baru ini. Berdasarkan kenangan indah tersebut, Eric menghasilkan rekaan segar dengan suntikan elemen era itu yang banyak ditampilkan menerusi kombinasi corak jaluran dan kotak. Ia turut diserlahkan dengan variasi rona terang dan kontra. Koleksi baju-baju merangkumi kemeja lengan panjang, manakala seluar pula menggunakan fabrik kapas untuk seluar pendek dan seluar panjang Chino dengan potongan moden. "Jahitan mengikut era 70-an dapat dilihat pada jaket dan blazer dengan rekaan berstruktur menggunakan kapas tenunan tangan. Ia dipadankan dengan bowtie rona sama," ujarnya. Tambah menarik, setiap rekaan yang dihasilkan adalah versatil kerana ia boleh digunakan oleh kaum wanita yang ingin bergaya bak seorang maskulin. Menurut Eric, penggunaan warna yang ceria, corak dan potongan moden membuatkan ia boleh menjadi pakaian sedondon buat pasangan sejoli. Kesemua koleksi Eric boleh didapati pada Januari 2012 di beberapa gedung pakaian terpilih antaranya Robinson, Parkson, Ruffey, Sungei Wang dan Tangs. | |||
| Posted: 06 Jan 2013 08:36 PM PST
SUATU ketika dahulu, rata-rata penduduk Kampung Kilim di Langkawi bergantung kepada hasil tangkapan laut sebagai mata pencarian. Pendapatan mereka sebagai nelayan ketika itu cukup untuk menampung keperluan mereka. Atas kesedaran untuk mengubah nasib dan memastikan mereka mendapat kehidupan yang lebih baik, kumpulan nelayan itu telah mengambil inisiatif untuk meneroka bidang perniagaan ekoran kepesatan industri pelancongan di Langkawi. Sejak Ogos 2010, seramai 80 nelayan telah menubuhkan Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad dengan perniagaan pertama mereka menguruskan bot-bot pelancong untuk mengelilingi Kilim Geoforest Park Langkawi dan kawasan sekitarnya. Pengerusi koperasi itu, Ahmad Nizar Hanapiah berkata, usaha mereka ke arah penubuhan koperasi itu sebenarnya bermula sejak tahun 2000. Ia dimulakan dengan Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP) menerusi idea Jabatan Perikanan. Di bawah KPSP mereka dipertanggungjawabkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) untuk menguruskan jeti dan mengutip sewa. Pada tahun 2008 mereka menubuhkan sebuah syarikat tetapi Lada telah menasihatkan mereka supaya menubuhkan koperasi untuk memudahkan mereka mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan. Naik taraf hidup "Pada tahun 2010 koperasi ini ditubuhkan dengan 80 anggota yang terdiri daripada nelayan. Kami mula beroperasi pada 1 Januari 2011. Tujuannya untuk menaik taraf kehidupan penduduk tempatan. Apatah lagi Kilim merupakan sebahagian daripada Langkawi Geopark," katanya ketika ditemui di Jeti Kilim, Langkawi baru-baru ini. Ahmad Nizar berkata, pada peringkat awal perkhidmatan bot pelancong dilakukan secara kecil-kecilan bermula dengan hanya tiga buah bot tetapi kini sudah ada 80 bot bagi membawa pelancong melihat kawasan paya bakau termasuk melawat Gua Kelawar, sangkar ikan dan melihat burung helang. "Sambutan yang diterima sangat menggalakkan terutama pada musim cuti sekolah. Kadang-kadang 80 buah bot pun tak cukup. Rekod perjalanan pernah mencecah lebih 300 sehari. Kami tak dapat penuhi semua permintaan," katanya sambil menambah tahun lalu pengunjung ke Kampung Kilim sahaja mencecah sekitar 200,000 orang. Perkhidmatan bot yang ditawarkan untuk tempoh satu hingga empat jam bayarannya ialah antara RM200 hingga RM500 bagi sebuah bot. Apa yang menarik ialah perkhidmatan membawa pelancong ini disediakan sendiri oleh anggota koperasi yang bertindak sebagai pentadbir keseluruhan. "Penubuhan koperasi ini bertujuan membantu anggota menjadi ahli perniagaan," katanya. Sebelum koperasi diwujudkan pendapatan penduduk Kampung Kilim sebagai nelayan tidak menentu iaitu sekitar RM600 hingga RM800 sebulan. Dengan adanya perkhidmatan bot pelancong, mereka boleh menambah pendapatan sebagai jurumudi bot yang mencecah sehingga RM1,800 sebulan. Bagi anggota yang memiliki bot sendiri, mereka boleh mendapat lebih RM2,000, manakala pada musim cuti sehingga RM10,000 sebulan. Selain bot, koperasi turut memperluaskan aktiviti perniagaan dengan mewujudkan rumah-rumah ikan untuk tempat memancing selain mewujudkan restoran terapung yang menyediakan makanan laut segar dan kedai menjual cenderamata yang kesemuanya dikendalikan oleh anggota koperasi. "Kini anggota kami yang terdiri daripada nelayan mampu menjadi pengusaha bot pelancongan dan pemilik restoran. Bahkan, ada yang menjadi agensi pelancongan," katanya. Kewujudan koperasi itu telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di kampung yang mempunyai kira-kira 1,700 penghuni. "Tidak ada anak kampung ini yang tidak mempunyai pekerjaan. Ramai yang tidak berpelajaran tinggi tetapi dengan menyertai aktiviti bot membawa pelancong membolehkan mereka pandai berbahasa Inggeris. Malah, ada yang pandai berbahasa Arab berikutan pertambahan jumlah pelancong Arab," katanya sambil menambah penduduk kampung yang terlibat dengan pelancongan turut menjalani kursus yang disediakan Kementerian Pelancongan. Menyedari kepesatan industri pelancongan di pulau peranginan itu, koperasi terbabit mahu terlibat lebih aktif dalam industri pelancongan. Bina penginapan "Kami kini dalam proses membeli tanah seluas 0.2 hektar untuk membina tempat penginapan. Dengan cara ini, kami dapat menarik lebih ramai pelancong. Kami juga berharap dapat memiliki sebuah pasar raya sendiri suatu hari nanti," katanya. Ahmad Nizar berkata koperasi itu masih baru, dan kejayaan yang mereka capai ketika ini banyak dibantu oleh jabatan dan agensi kerajaan seperti Lada, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. "Kami sebenarnya masih baru sebab itu kita perlu berhubung dengan SKM. Kami tiada kepakaran dalam kalangan kami dan belum mampu untuk mengambil pakar jadi kami perlukan bantuan daripada pihak berkaitan," katanya. Kejayaan koperasi itu sehingga kini disebabkan oleh kerjasama yang sedia terjalin antara penduduk kampung itu yang sama-sama membantu untuk menaik taraf kehidupan penduduk kampung. "Kami sama-sama bangunkan dan semua anggota beri sokongan. Begitu juga penduduk kampung," katanya. Sementara itu, seorang anggota koperasi itu memberitahu, idea mewujudkan perkhidmatan bot pelancong bermula apabila seorang nelayan kampung terbabit menggunakan botnya untuk membawa pelancong terutama pelancong asing ke kawasan sekitar Kilim. "Selepas menghias botnya untuk kelihatan menarik, Alhamdulillah usahanya membuahkan hasil," kata anggota koperasi tersebut. | |||
| Hazama Belum Bersedia Untuk Berkahwin Posted: 06 Jan 2013 01:43 AM PST Hazama mengakui masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Hazama, 28, berkata, tumpuannya kini adalah kepada kerjaya seninya yang sedang meningkat naik selain perlu memikirkan soal lain sebelum melangkah ke alam perkahwinan. "Bukan senang nak kahwin tambahan pula saya belum bersedia dari segi kewangan dan masih banyak yang saya perlu perbaiki tentang diri saya," jelasnya kepada mStar Online. Tambah Hazama, perkahwinan adalah satu institusi yang cukup mulia di sisi agama dan dia seboleh-bolehnya mahu mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Dalam pada itu, Hazama berkata, jika diizinkan dia bertemu jodoh, dia berhasrat untuk terus melangsungkan perkahwinan tanpa perlu bertunang kerana mahu mengelak rintangan yang terdapat dalam tempoh itu. "Rasanya tak payah bertunanglah terus bernikah terus kerana itu yang wajib," katanya. Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Hazama berkata, dia kini sedang sibuk dengan proses rakaman album terbarunya yang kini dalam proses akhir. Hazama berkata, ia bakal menggabungkan muzik rock dan alatan muzik tradisional Melayu seperti untuk memberikan kelainan pada album itu nanti. "Saya yakin ia akan dapat diterima ramai kerana kelaianan yang ditampilkan dan sekarang saya sedang dalam proses terakhir rakaman album itu, " katanya. | |||
| "Dalam Setiap Sujud" Pertemukan Fathia & Keith Foo Posted: 06 Jan 2013 01:42 AM PST Barisan pelakon yang menjayakan drama Dalam Setiap Sujud. Drama 14 episod itu menggandingkan pelakon Fathia dan Keith Foo sebagai pelakon utama di samping beberapa nama lain seperti Elfaiza Ul Haq, Rozie Othman dan Azlee Khairi. Dalam Setiap Sujud diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta. Kemunculan istimewa Keith Foo pelakondan model yang berasal dari Malaysia tetapi kini sedang hangat menempa nama di Indonesia buat pertama kali di TV9 dan di Malaysia,pastinya akan meninggalkan impak tersendiri di hati para peminatnya dengan membawakan watak Hendra yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi itu. Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah. Keith Foo yang memegang watak Hendra pertama kali berlakon. Puan Endah yang juga beka smajikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (AzleeKhairi). Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq). Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden da nkedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakanJannah?Jangan lupa untuk mengikuti drama menarik Dalam Setiap Sujud ini bagi mengetahui kesudahannya. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





































0 ulasan:
Catat Ulasan