Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Cinta Remy Ishak & Tiz Zaqyah Bertaut Dalam XoXo
- Anding Jadi Jurulatih Peribadi Untuk kepuasan Diri
- Jack Lim Berhabisan Untuk 'Once Upon A Time'
- Sundance Channel Bakal Siar Siri 'Downtown Abbey'
- Rumah Tangga Rupert Sanders Berkecai Kerana Kristen Stewart
- Irwansyah Dan Isteri Antara Empat Artis Ditangkap Sedang Pesta Dadah
- Saiful Nang serik bekerjasama dengan Liyana Jasmay
- RM190,000 lesap
- Kumpulan kongsi gelap tumpas
- Asteroid mendekati bumi pada Februari 2013
- Lelaki mangsa amukan isteri
- Elfaeza masih fobia dibuli
- Zizan pendam rasa cinta
- Noryn berdakwah melalui lagu
- Sheila Abdull masih wujud
- Survival dua dekad KRU
- Juvana dalam penjara rasa
- Pesona Gerald Anderson
- Marcell pernah lumpuh
- Afif juara Soulstar 2012
- Lapan penumpang cedera kereta api tergelincir
- 50 maut dalam pertempuran di penjara
- Filem pengasas Apple di Festival Filem Sundance
- Muzium 3D pertama negara
- PERTAMA kali berkunjung ke Muzium Seni Helah atau Trick Art Museum yang terletak di bandar digital i-City, Shah Alam, penulis cuba mencari kelainan yang cuba ditonjolkan. Namun, apa yang ada hanyalah pameran lukisan catan pelbagai motif menghiasi hampir keseluruhan dinding dan lantai muzium setinggi dua tingkat itu. Begitupun, kehadiran sepasang remaja berhampiran penulis menampakkan mereka benar-benar teruja dan mula melakonkan pelbagai ekspresi wajah serta tubuh seakan-akan berinteraksi dengan lukisan tersebut. Selepas aksi mereka dirakam, ternyata hasil bidikan kamera sama sekali berbeza dengan apa yang dilihat dengan mata kasar. Apa tidaknya, daripada satu lukisan lantai biasa, namun dengan aplikasi teknik tiga dimensi (3D), lukisan itu kelihatan hidup dalam gambar. "Dalam foto ini, saya kelihatan seperti sedang berjalan di atas titi kayu yang kecil dan sempit untuk menyeberangi lubang hitam di dalam gua. "Hakikatnya, saya hanya berdiri di lantai yang dilukis dengan teknik 3D. "Begitu juga dengan imej sotong gurita ini. Dengan bayangan yang dilukis di sekitarnya, ia kelihatan benar-benar hidup," ujar seorang pengunjung, Ahmad Akmar Ibrahim, 23. Dia yang juga penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mengetahui tentang kewujudan muzium ini selepas melihat gambar-gambar yang dimuat turun dalam blog milik rakannya. "Walaupun lukisan yang disediakan di sini tidak segah lukisan 3D jalanan yang popular di Barat, namun ia masih memberi peluang kepada rakyat di negara ini untuk merasai pengalaman berinteraksi dengan lukisan. "Ia pastinya sesuatu yang menarik untuk dikongsi apatah lagi ia merupakan muzium yang pertama seumpamanya ditubuhkan di Malaysia. "Bayaran masuk yang dikenakan juga berpatutan," ujarnya yang merupakan penuntut di Fakulti Seni Lukis Seni Reka. Menawarkan lima motif lukisan iaitu lukisan termasyhur, pengembaraan Makam Mesir, alam haiwan, kehidupan marin dan lukisan adiwira klasik, muzium yang memiliki keluasan 743 meter persegi ini muncul sebagai muzium 3D pertama di negara ini. MONICA optimis Muzium Seni Helah yang baru diperkenalkan ini mampu menarik ramai pengunjung ke i-City. 100 posisi Mula dibuka pada kunjungan umum sejak 15 November tahun lalu, sambutan yang diterima daripada pengunjung sangat memberangsangkan. Dengan bayaran masuk RM5 seorang, pengunjung boleh meluangkan seberapa banyak masa yang dimahukan untuk berekspresi dengan lukisan-lukisan yang ada di situ. "Sebelum ini apabila menjelangnya cuti umum atau cuti sekolah, kami menerima sekitar 90,000 pengunjung seminggu. "Angka tersebut dijangka meningkat 30 peratus selepas pembukaan rasmi taman tema air baru-baru ini. "Daripada jumlah tersebut, dianggarkan lebih separuh daripada pengunjung mengambil kesempatan bertandang ke Muzium Seni Helah. "Lantaran kunjungan pengunjung yang tidak pernah surut, pihak muzium sudah beberapa kali menyelenggara semula lukisan terutamanya kemasan cat memandangkan ia bebas disentuh oleh pengunjung," ujar Pengarah i-Berhad, Monica Ong, 49. Selain berpeluang melihat pameran lukisan 3D yang pertama diadakan di negara ini, pengunjung juga boleh meneroka lebih 100 gaya dan posisi sebagai satu bentuk ekspresi terhadap lukisan tersebut. Tambah beliau, setiap lukisan dihasilkan sepenuhnya menggunakan teknik lukisan bebas tangan oleh tiga kumpulan pelukis 3D profesional dari luar negara. "Kami mendapatkan khidmat pelukis 3D dari Iran, China dan Korea. AKSI kreatif pengunjung meniru gaya lukisan menjadikan karya ini nampak hidup. Pelukis tiga negara "Pelukis dari China misalnya, mereka akan terus melukis di dinding selepas melihat gambar yang diberikan tanpa perlu mengukur terlebih dulu. "Berlainan pula dengan pelukis Korea. Mereka akan membesarkan skala lukisan sehingga mendapat saiz yang dikehendaki sebelum diunjur pada dinding. "Walaupun teknik dan gaya melukis yang digunakan berbeza, saya cukup berpuas hati kerana hasilnya mampu memberikan impak 3D yang sama. "Malah, saya sendiri tidak dapat mencari perbezaannya," ujar beliau. Mengambil masa dua bulan untuk disiapkan, sebelum itu Monica dan kumpulannya perlu melihat ratusan gambar 3D untuk dipilih agar sesuai dengan tema kekeluargaan yang mahu ditonjolkan. "Dari aspek lukisan, saya perlu memastikan ia kelihatan berbeza jika dilihat dari sudut berlainan memandangkan kesan seni helahnya kelihatan lebih menonjol di bawah lensa kamera. "Dari aspek nilai tambah yang cuba diterapkan di Muzium Seni Helah ini pula, kami mahukan pengunjung tidak melihat lukisan ini hanya sebagai lukisan, sebaliknya memberikan mereka peluang untuk menjadi lebih bebas dan kreatif ketika berekspresi terhadap lukisan. "Biasanya pengunjung akan masuk ke muzium ini bersama keluarga ataupun rakan-rakan. "Apa yang menarik, masing-masing akan cuba mencari gaya dan posisi berbeza. "Ini secara tidak langsung memberi ruang kepada pengunjung untuk bebas mencurahkan kreativiti mereka, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. "Ada juga yang bertindak sebagai pengarah fotografi. Melihat gelagat pengunjung muzium, ia memang menghiburkan," ujar Monica. DUA pengunjung Muzium Seni Helah di i-City Shah Alam tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan gaya masing-masing. Hanya di i-City Garapan idea dan inovasi Monica serta kumpulannya dalam memberi kelainan beriadah dengan menubuhkan muzium 3D memang layak dipuji. Muzium ini bukan sahaja berjaya menjadi tarikan utama di i-City, malah ia turut diberi pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records sebagai Muzium Seni Helah Pertama di Malaysia pada 22 November lalu. "Idea untuk menubuhkan Muzium Seni Helah timbul selepas kami melihat pameran lukisan 3D di Korea Selatan. "Selari dengan konsep Kota Digital i-City yang mahu tampil dengan tarikan unik, kami sentiasa mencari idea baharu yang dapat menawarkan tarikan riadah eksklusif kepada orang ramai yang mana ia hanya boleh didapati di sini," ujarnya. Enggan menyajikan lukisan yang sama kepada pengunjung, Monica bertekad untuk menukar dan menambah baik pameran sedia ada setiap sembilan bulan. "Bagi memastikan ia sentiasa berwajah baharu, kami akan menukar setiap lukisan secara berperingkat. Dengan cara ini, pengunjung yang datang buat kali kedua dalam masa setahun tidak akan melihat lukisan yang sama," katanya. Berpeluang meneliti setiap lukisan yang dipamerkan, teknik 3D ditonjolkan menerusi bayangan yang dilukis pada sudut tertentu. Selain itu, tona warna juga memainkan peranan penting untuk memberi kesan hidup pada lukisan. Aras bawah muzium ini menyajikan pengunjung dengan karya lukisan termasyhur seperti Monalisa dan Van Gogh. Terdapat juga lukisan pengembaraan Makam Mesir yang diadaptasi daripada zaman kegemilangan Firaun dan piramid. Turut memberi variasi, lukisan Adiwira Klasik turut ditempatkan di aras sama. Meninjau ke tingkat atas bangunan, konsep lukisan yang persembahkan terdiri daripada alam haiwan dan kehidupan marin. "Kami mengharapkan muzium ini bukan sahaja menghiburkan tetapi mampu menonjolkan sisi kreatif pengunjung. "Walaupun apa yang ditampilkan di sini berbeza dengan karya 3D jalanan yang popular di Barat, ia masih menjanjikan pengalaman baru kepada pengunjung. "Kami akan berusaha untuk meningkatkan persembahan lukisan dari semasa ke semasa," azam Monica yang sentiasa mahu mencari pembaharuan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke i-City.
| Cinta Remy Ishak & Tiz Zaqyah Bertaut Dalam XoXo Posted: 27 Jan 2013 05:38 AM PST Tiz dan Remy kembali bergandingan dalam sebuah drama cinta berjudul XoXo arahan Kabir Bhatia. Remy dan Tiz yang masing-masing memegang watak sebagai Haziq dan Aleesha digandingkan dalam drama percintaan yang penuh konflik dengan jalan penceritaan menarik. Selain mereka berdua, XoXo turut menampilkan pelakon seperti Nadiya Nissa, Josiah Hogan dan Afida Es sebagai pendukung utama. Drama tersebut mengisahkan mengenai hubungan cinta jarak jauh antara Haziq yang berada di London dan masih menuntut manakala Aleesha yang telah dikenali selama dua tahun melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan. Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergike London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali. XoXo turut menampilkan pelakon Nadiya Nissa.Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan. Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakanAleesha. Haziq pula menghadapi dilema apabila kepulangannya ke Malaysia hanyalah untuk dijodohkan oleh pilihan neneknya. Dia bagaimanapun menolak dan menyatakan dia akan membawa Aleesha untuk bertemu dengan neneknya. Haziq pergi ke rumah Aleesha tanpa mengetahui yang Aleesha sudahpun berada di London sebaliknya hanya menemui Dahnia (Nadiya Nisaa), rakan serumah Aleesha yang berpewatakan pelik. Sejak itu pertemuan itu telah menimbulkan pelbagai konflik di antara mereka. Untuk mengetahui apa yang terjadi di antara mereka jangan lupa untuk menyaksikan XoXo pada 30 Januari ini pada pukul 8.30 malam di TV9. | ||
| Anding Jadi Jurulatih Peribadi Untuk kepuasan Diri Posted: 27 Jan 2013 05:37 AM PST Anding kini lebih aktif sebagai pengacara.Anding, 30, berkata, dia melakukan kerja tersebut kerana memang meminati bidang tersebut selain dapat membantu orang lain menjaga kesihatan dengan lebih berkesan. "Sebelum ini saya pernah bekerja dengan sebuah pusat kecergasan sebagai jurulatih namun selepas beberapa tahun saya berhenti dan melakukan latihan peribadi kepada pelanggan yang berminat. "Selain dapat membantu orang menjaga kesihatan dan membina badan pada masa sama saya juga turut melakukan senaman yang telah menjadi rutin saya," jelasnya kepada mStar Online. Dalam pada itu, bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Anding berkata, dia kini lebih banyak menumpukan perhatian kepada bidang pengacaraan yang dilihat lebih memberikan kepuasan. Anding berkata, dia semakin selesa bergelar pengacara dan tawaran yang datang kepadanya juga cukup banyak. "Saya sekarang banyak merantau kerana program yang saya terlibat berbentuk travelog dan selain memberikan kepuasan pengalaman yang dikutip ketika merantau juga banyak mengubah presepsi saya mengenai kehidupan untuk menjadi insan lebih baik," jelasnya. Tambah Anding, dia juga tidak pernah melupakan dunia lakonan dan nyanyian namun terpaksa menghadkan aktiviti itu kerana terlalu sibuk dengan bidang pengacaraan dan tugasnya sebagai jurulatih peribadi. Sementara itu, Anding memberitahu dia terharu apabila dipilih oleh pengarah, Saw Teong Hin sebagai watak utama dalam teater muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 10 hingga 26 Mei depan. Anding berkata, walaupun menyedari tanggungjawab itu besar namun yakin dapat melunaskan amanah itu dengan sebaik-baiknya. "Chow Kit Road! Chow Kit Road! adalah teater kelima saya dan ia berbeza daripada yang lain kerana ia mengangkat 20 lagu popular Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dan untuk memastikan semua karya Allahyarham dibawa dengan baik adalah satu cabaran," ujarnya. Selain Anding, teater muzikal itu turut menampilkan Nadia Aqilah, Adibah Noor, Tony Eusoff, Shantini Venugopal dan Junji Delfino. | ||
| Jack Lim Berhabisan Untuk 'Once Upon A Time' Posted: 27 Jan 2013 05:37 AM PST Pelakon yang menjayakan Once Upon A Time, dari kiri Gan Mei Yan, Vivian Tok, Jack Lim, Jeff Chin dan Chen Keat Yoke. Filem itu akan ditayangkan di pawagam bermula 7 Februari depan.Jack berkata, kos pembikinan asal filem itu yang bernilai RM3 juta telah meningkat kepada RM4.6 juta bagi menampung kos penerbitan dan promosi filem itu. "Tiada siapa yang akan menjangkakan perkara itu namun kami bertuah apabila pihak penerbit sanggup memberi bajet tambahan bagi aktiviti promosi filem itu yang sedang dilakukan secara besar-besaran," ujarnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem itu dekat sini pada Jumaat. Lim juga mengakui bajet itu telah berlebihan apabila RM1 juta digunakan bagi membina sebuah empayar zaman China bagi menghidupkan suasana sebenar jalan cerita yang ingin disampaikan kepada penonton. Jack Lim. Dalam pada itu, Lim berkata, dia juga gembira apabila banyak pembikin filem daripada luar negara telah memuji hasil kerjanya itu dan menganggap kualiti dan kerja produksi dilakukan dengan kemas. "Mereka teruja dengan cara kita menghasilkan filem tersebut dan saya melihat perkara ini sebagai satu peluang untuk membawa Once Upon A Time ke pasaran antarabangsa," jelasnya. Sementara itu, Lim berkata, dia juga berpuas hati dengan semua pelakon yang terlibat bagi menjayakan filem ini dan melihat peluang bekerjasama dengan mereka lagi. Selain Lim, Once Upon A Time turut dilakonkan oleh Gan Mei Yan, Vivian Tok dan Jeff Chin. | ||
| Sundance Channel Bakal Siar Siri 'Downtown Abbey' Posted: 27 Jan 2013 05:36 AM PST Downtown Abbey bakal bersiaran di Sundance channel pada 30 Januari ini.Downton Abbey ditulis dan dicipta oleh pemenang Oscar, Julian Fellowes itu telahpun memenangi banyak anugerah dan musim pertama drama berdurasi selama sejam ini merangkumi tujuh episod. Siri pemenang anugerah Golden Globe dan Emmy ini menampilkan Maggie Smith (A Room With a View) sebagai Violet, Dowager Countess of Grantham, Hugh Bonneville (Iris) sebagai Robert, Earl of Grantham dan Elizabeth McGovern (Once Upon a Time in America) sebagai isteri Robert; Cora, Countess of Grantham. Downton Abbey mengisahkan kehidupan keluarga bangsawan Crawley di rumah desa era Edwardian mereka di Grantham sekitar tahun 1912, serta orang-orang gaji yang bekerja untuk mereka. "England pada tahun 1912 adalah sebuah negara yang goyah. Ia kelihatan seakan-akan tenang dan masih berpegang teguh kepada tradisi berkurun lamanya. "Pada masa inilah kita memasuki dunia Downton Abbey, sebuah rumah hebat dimiliki keluarga yang hebat iaitu keluarga Grantham yang dilayan oleh butler mereka Carson, serta Mrs Hughes, si penjaga rumah. "Mereka semua harus menghadapi perubahan yang akan datang dengan cara mereka tersendiri," ujar Fellowes. Downton adalah kediaman warisan keluarga bangsawan Crawley yang telah menjadi Earl of Grantham sejak 1772. Tetapi, sebalik itu adalah juga penghuni lain, iaitu orang-orang gaji, yang juga berpegang kuat kepada pangkat dan status mereka. Fellowes yang memenangi Anugerah Academy untuk 'Original Screenplay' Gosford Park yang diterbitkan Robert Altman berkata sewaktu mengulas pembikinan siri ini, "Saya belum pernah menulis siri televisyen sebelum ini dan saya dapati terdapat banyak kebebasan untuk saya membina watak-wataknya. "Gaya hidup bangsawan di rumah agam seperti ini sentiasa menarik perhatian saya, sejak sebelum saya menulis Gosford Park lagi. "Ada sesuatu yang menarik tentang dua kumpulan orang yang hidup bersama sebegitu erat tetapi masing-masing mempunyai jangkaan yang berbeza," ujarnya. Drama ini turut menampilkan Penelope Wilton (Match Point), Dan Stevens (Hilde), Michelle Dockery (Restless), Jim Carter (Shakespeare in Love), Phyllis Logan (Secrets & Lies), Lesley Nicol (East is East), Siobhan Finneran (Boy A), Rob James-Collier (Coronation Street), Joanne Froggatt (Coronation Street), serta pelakon-pelakon baru yang sedang menempa nama seperti Rose Leslie, Sophie McShera, Laura Carmichael, Jessica Brown Findlay dan Thomas Howes. | ||
| Rumah Tangga Rupert Sanders Berkecai Kerana Kristen Stewart Posted: 27 Jan 2013 05:35 AM PST Rupert dan Liberty mengambil keputusan untuk bercerai selepas tidak dapat lagi menyelamatkan rumah tangga mereka. Menurut laporan Contact Music, Liberty mengambil keputusan untuk bercerai pada Jumaat lalu selepas suaminya itu ditangkap menjalinkan hubungan sulit dengan aktres Kristen Stewart beberapa bulan lalu. Liberty yang juga seorang pelakon turut melantik barisan peguam bagi mewakilinya di mahkamah untuk menuntut hak penjagaan anak-anak mereka, nafkah dan sebagainya. Rupert juga dilaporkan tidak berdiam diri apabila turut membuat tuntutan sama terhadap isterinya di mahkamah. Paparazzi berjaya merakamkan aksi mesra Kristen dan Rupert yang telah menyebabkan kekecohan dalam dunia Hollywood. Seperti pasangan itu, hubungan Kristen dan kekasihnya iaitu Robert Pattinson juga mengalami masalah akibat kejadian itu dan dikhabarkan telah memutuskan hubungan mereka. | ||
| Irwansyah Dan Isteri Antara Empat Artis Ditangkap Sedang Pesta Dadah Posted: 27 Jan 2013 05:34 AM PST Irwansyah dan isteri Zaskia Sungkar. Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai. Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini. Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian. Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti. Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad,sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffidaripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah. | ||
| Saiful Nang serik bekerjasama dengan Liyana Jasmay Posted: 27 Jan 2013 05:31 AM PST Foto pra perkahwinan Liyana Jasmay Saiful Nang Menerusi kenyataan ibu LJ, Habsah Simpon, kepada Sinar Harian, gambar itu hanyalah untuk tatapan peribadi sekali gus menyalahkan jurugambar yang bertanggungjawab dalam penyiaran foto berkenaan. Berikutan daripada kenyataan itu, jurugambar berkenaan, Saiful Nang, yang juga pemilik syarikat fotografi, CandidSyndrome International, tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi laman sosial, Facebook miliknya. Menganggap dirinya sebagai 'mangsa keadaan', Saiful Nang, berharap dirinya tidak terus disalahkan. Ikuti temubual Saiful Nang bersama Zass. Bolehkah anda jelaskan mengenai perkara ini? Seperti yang diterangkan menerusi laman Facebook, saya sendiri tidak mengetahui perjanjian yang diperkatakan ibu LJ. Mereka tak ubah ingin meletakkan kesalahan ke atas bahu kami, CandidSyndrome, sedangkan tiada apa-apa perjanjian bertulis. Dari awal lagi, saya menolak penajaan fotografi perkahwinan kerana pada tarikh itu, saya berada di Makkah untuk majlis perkahwinan lain. Saya hanya berurusan dengan Izuan Mokhtar, yang menguruskan perkahwinan LJ. Selepas berbincang, saya putuskan hanya boleh membuat sesi pra perkahwinan sahaja kerana kesuntukan masa. Semuanya berlaku menerusi telefon dan LJ tidak pernah menghubungi saya walaupun berpuluh-puluh emel dihantar kepadanya untuk menandatangani perjanjian. Pada hari yang ditetapkan, saya bersama kumpulan CandidSyndrome tiba di Hyatt Regency Kuantan Resort pada jam 9 pagi. Namun, LJ tiba jam 1 petang dengan alasan 'overslept'. Tanpa meminta maaf, LJ dan tunangnya beredar untuk makan dan penggambaran bermula jam 5 petang. Ia berlaku tanpa terma dan syarat yang dipersetujui sedangkan kami mengamalkan sistem itu sebelum membuat penggambaran supaya tidak menjadi kekeliruan di kemudian hari. Adakah aksi 'mesra' yang dirakamkan itu atas arahan CandidSyndrome? Kami terlalu penat nak menunggu dan semua pra-visual yang disediakan tidak boleh digunakan kerana kesuntukan masa. Jadi, kami hanya mengambil gambar mengikut 'flow' dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya. Kami tidak suruh mereka cium, peluk dan pegang. Apa yang mereka gayakan, kami ambil. Itu juga permintaan LJ kerana tunangnya sangat pemalu. Sebenarnya, ia sudah cukup melanggar prinsip saya kerana saya tidak mahu merakam gambar sebegitu. Jadi, bagaimana foto itu boleh tersebar? Hak foto adalah milik jurugambar selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetujui secara bertulis. Namun, selepas penggambaran itu, wartawan sebuah akhbar (bukan Sinar Harian) , meminta saya memberikan foto-foto itu secara eksklusif kepadanya dan ia diakui LJ selepas saya bertanya. Saya menolak kerana hak eksklusif diberi kepada akhbar itu tanpa pengaturan, Return of Investment, (ROI). Kami cuba bekerjasama dengan wartawan itu, namun emel saya tidak berbalas sehinggalah wartawan itu menghubungi untuk mendapatkan foto untuk siaran Ahad, 20 Januari lalu. Jadi, di mana hak kami untuk mendapatkan pulangan penajaan setelah gambar diserahkan kepada akhbar secara eksklusif? Apakah reaksi LJ selepas itu? Pada 17 Januari lalu, Izuan menghubungi saya dan menyampaikan pesanan yang berbunyi, "Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa bayaran dia hari tu, kita bayar sahaja, senang cerita". Saya menjawab, jangan ingat duit boleh beli hormat dan jangan cakap tentang duit dengan saya kerana mereka bukan golongan pelanggan saya. Saya meletakkan harga RM12,000 untuk sesi itu dan Izuan menyatakan LJ tidak mahu berurusan dengan saya lagi kerana harga sangat melampau. Jadi, selepas bayaran dibuat, gambar itu bukan hak saya lagi dan akhbar itu bebas untuk menyiarkannya. Namun saya kesal bila timbul isu ini,saya pula dipersalahkan ibu LJ. Sedangkan dia membenarkan gambar itu disiarkan di akhbar. Adakah harga itu berbaloi? Dari awal lagi, saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya. Saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia. Jangan sesekali main harga diri kami dengan harga ringgit. Saya pernah menerima tawaran tanpa bayaran kerana nilai hormat mereka lebih besar daripada nilai wang ringgit. Apakah tindakan anda selepas ini? Perkara ini bukanlah besar mana dan ia boleh diselesaikan dengan mudah. Jika ia dijelaskan dari awal, mungkin tidak akan berlarutan hingga jadi begini. Saya bukan kaki gaduh dan inginkan penyelesaian terbaik. Saya berharap, mereka bersikap profesional dan jangan gunakan orang pengantara sepenuhnya. Saya minta keluarga LJ tidak terus melatah dan saya pelawa untuk menghubungi saya. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan. Sepanjang saya bekerja, ini bukanlah masalah pertama yang kami hadapi, namun ia berjaya diselesaikan dengan mudah menerusi perbincangan. Pun begitu, jika mereka bertindak untuk memfailkan saman terhadap saya, silakan. Saya akan tampil dengan semua bukti yang ada. Pernahkah anda berdepan dengan perkara sebegini? Kami pernah bekerjasama dalam perkahwinan selebriti termasuk Ning Baizura, Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, namun tiada pula kesukaran seperti ini. Semuanya berurusan secara mudah. Kami ambil foto dan wartawan akan hubungi kami untuk mendapatkan foto itu dengan mudah mengikut sistem yang ditetapkan. Kami juga mendapat publisiti yang diminta seperti menerbitkan nama CandidSyndrome pada gambar berkenaan. Mungkin selepas ini anda serik untuk bekerjasama dengan selebriti ? Serik untuk bekerjasama dengan LJ, bukan selebriti lain. Saya tidak ada masalah untuk menerima tawaran dari kalangan selebriti kerana bukan semua mereka bermasalah. Tapi, selepas ini, saya akan menyediakan perjanjian terlebih dahulu sebelum membuat penggambaran. Mungkin perkara ini menjadi 'special case' saya sepanjang bekerja dengan artis. Namun, selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku. | ||
| Posted: 27 Jan 2013 05:29 AM PST Anggota forensik membuat pemeriksaan pada mesin deposit wang yang dipecah penjenayah. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, kejadian dipercayai dilakukan pada awal pagi itu hanya disedari kakitangan stesen minyak kira-kira jam 7.15 pagi sebelum memaklumkan kepada polis. "Kumpulan penjenayah itu dipercayai menggunakan alat memotong mesin "oxcytelene' atau peralatan kimpalan untuk memecahkan sebuah mesin deposit tunai, manakala tiga mesin pengeluaran tunai (ATM) terdapat kesan cubaan dipecahkan, namun gagal," katanya. Menurutnya, beberapa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang termasuk pada mesin ATM di dalam stesen minyak itu disembur dengan cat berwarna merah bagi mengelak aktiviti jenayah mereka dirakam. "Penjenayah memasuki stesen minyak berkenaan dengan memecah masuk pintu belakang. Kami akan meneliti CCTV di lokasi kejadian untuk mengenal pasti kumpulan terbabit," katanya. Beliau berkata, stesen minyak itu dipercayai beroperasi pada jam 6 pagi hingga 12 tengah malam. "Kami tidak menolak kemungkinan penjenayah tersebut telah mengenal pasti dan melakukan pemerhatian di stesen minyak berkenaan sebelum kejadian," katanya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. | ||
| Posted: 27 Jan 2013 05:27 AM PST Kesemua suspek yang ditahan dibawa ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut. Faizal (kanan) menunjukkan barangan rampasan termasuk pedang samurai. Pil khayal inilah yang cuba dibuang oleh suspek tetapi gagal. Pemetik api yang menyamai pistol dan gari turut dirampas. Kereta wira ini dipercayai merupakan kenderaan curi. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, Task Force telah mengekori kumpulan itu sejak tiga bulan lalu sebelum membuat serbuan. Menurutnya, polis membuat serbuan kira-kira jam 2 petang dan kesemua ahli kumpulan itu didapati berada dalam rumah. Ketika serbuan dijalankan, dua suspek cuba melarikan diri melalui pintu belakang bagaimanapun mereka berjaya ditahan. "Dari pemeriksaan dijalankan, polis menemui pelbagai senjata tajam seperti pedang samurai selain pencucuh api rokok yang menyerupai pistol asal dan dua gari. Selain itu beberapa kad pengenalan wanita turut ditemui di dalam rumah itu. Polis percaya ia di miliki mangsa ragut atau samun. "Polis menemui ratusan pil khayal di dalam bilik, serbuk putih dipercayai dadah, ketulan kristal dipercayai syabu dan kepingan daun kering dipercayai ganja. Kesemua barangan ini ditemui dibungkus dalam beberapa plastik lut sinar. Polis turut menemui lebih enam peralatan menghisap dadah yang diperbuat dari kaca. "Ketika serbuan dibuat salah seorang suspek cuba membuang pil khayal ke dalam lubang tandas bagaimanapun tindakannya itu berjaya dihalang polis," katanya. Ghuzlan berkata, tiga lelaki berusia 30-an berjaya ditahan. Pihaknya juga mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod lampau dan dikehendaki polis. Selain menjalankan kegiatan pengedaran dadah di sekitar Kulim, kumpulan itu turut terlibat dalam kegiatan mencuri kereta. "Dengan tertangkapnya kumpulan ini, polis dapat menyelesaikan lebih sembilan kes curi kereta di mana kereta proton wira berwarna kuning yang berada di luar rumah juga didapati kereta curi. "Ia sudah diubah suai dan nombor casis telah dipadamkan. Kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke IPD Kulim untuk sisatan lanjut," katanya. | ||
| Asteroid mendekati bumi pada Februari 2013 Posted: 27 Jan 2013 05:24 AM PST Lakaran asteroid yang bakal merentasi bumi. Asteroid dianggarkan bersaiz kecil itu dikenali sebagai 2012DA14 dijangka mendekati Bumi pada 15 Februari ini. Ahli Astronomi berpendapat asteroid itu akan berada dalam orbit bulan sekitar 38,6243 kilometer (km) dan dalam orbit satelit Geosynchronous sejauh 418,429 km. Asteroid 2012 DA14 mendekat pada jarak 35,000 km dari bumi. Perhitungan astronomi dari orbit asteroid dapat dipercayai berdasarkan rekod kejayaan puluhan tahun ketika Neil Amstrong menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan 20 Julai 1969. Tetapi apa yang akan berlaku ketika 2012DA14 mendekati bumi? Jawapannya adalah 'mungkin tidak terjadi apa-apa'. Kebanyakan orang tidak akan melihat atau menyedarinya kerana kehadiran asteroid tersebut tidak mengubah pusingan pasang surut air laut, ia juga tidak menyebabkan gunung berapi. Ketika kehadiran asteroid itu, pakar astrologi akan mengukur jarak tepat kedudukan bintang dan bulan dengan teleskop mikro. Andainya asteroid itu bersaiz 46 meter dan memintas bumi, ia masih tidak boleh menghancurkan bumi, tetapi kejadian itu akan meninggalkan kesan seperti kawah di kawasan ia mendarat. Peristiwa itu pernah terjadi pada 1908 di daerah terpencil di Rusia, di mana satu ledakan asteroid telah meratakan sebuah kawasan di situ hingga membentuk sebuah kawah dan melenyapkan pokok dan haiwan yang terdapat di situ. Mungkin sekiranya 2012 DA14 mendarat ke bumi kejadian sama dijangka berlaku. Ahli astrologi juga mengharapkan asteroid itu mendarat di laut dan bukannya di kawasan pembangunan kerana dikhuatiri binaan akan musnah sama seperti pokok dan haiwan yang lenyap ketika kejadian di Rusia. Ahli astronomi di Observatorio Astronomico de La Sagra di Spanyol menemui 2012 DA14 pada awal 2012. Ia menyerupai bumi dan pusingan orbitnya juga menyamai pergerakan bumi iaitu mengelilingi matahari. Pastinya, Asteroid 2012 DA14 akan menghampiri bumi pada 15 Februari 2013. perkara ini bakal mendapat perhatian orang ramai. - Earthsky.org Apa itu asteroid? Asteroid ialah planet minor atau planetoid. Ia berukuran lebih kecil daripada planet, tetapi lebih besar daripada meteoroid dan selalu berada dalam orbit planet Neptunus. Asteroid berbeza dengan komet dari struktur visualnya. Komet mempunyai 'ekor' sementara asteroid hanya berbentuk seperti ketulan batu. | ||
| Posted: 27 Jan 2013 05:22 AM PST Sanusi (bukan nama sebenar) kini masih terlantar di hospital dan berkemungkinan keupayaannya untuk bekerja selepas ini mungkin terganggu. Demikian luahan seorang suami yang juga bapa kepada lapan anak ketika menceritakan saat dia berusaha mendapatkan rawatan di sebuah hospital sebaik badannya melecur terkena simbahan air panas dilakukan isterinya sendiri. Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Sanusi, 50-an, berkata, kejadian berlaku sekitar jam 9 malam beberapa hari lalu, sejam sebelum dia ke tempat kerja. "Ketika itu saya berehat di ruang tamu bersama seorang saudara dan anak lelaki. Manakala isteri pula solat Isyak di sebuah bilik. Sedang leka menonton televisyen, tiba-tiba saya disimbah isteri dengan air panas. "Dalam kesakitan saya cuba mengelak, bagaimanapun isteri terus-terusan menyimbah air panas tanpa simpati. Kemudian, dia berlari keluar dari rumah dan saya mengejarnya kerana terkejut dengan tindakannya itu," katanya. Bagaimanapun katanya, dia berpatah balik kerana terlalu sakit lalu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menurutnya, sebaik tiba, dia dipapah kakitangan hospital untuk keluar daripada kenderaan dan hanya sedarkan diri tatkala terbaring dalam keadaan separuh badan berbalut kain putih. "Anak dan saudara saya turut terkejut. Namun berkat bantuan ALLAH SWT, saya akhirnya sampai di hospital beberapa minit kemudian dan sebaik dimasukkan ke unit kecemasan, saya pengsan," katanya. Dalam kejadian itu, Sanusi melecur dari paras dada hingga lutut, lebih menyayat hati apabila kemaluannya turut cedera dan peratusan untuk berfungsi adalah rendah. Bercerita lanjut mengenai punca kejadian, Sanusi berkata, dia dan isteri kerap bertengkar berikutan masalah peribadi serta rumah tangga. Namun, dia tidak menyangka isterinya sanggup mengambil tindakan sebegitu hingga nyaris meragut nyawanya. "Walaupun perbuatannya itu dianggap menderhaka, namun demi anak-anak, saya tidak berhasrat untuk membuat laporan polis. Sebaliknya akan terus berdoa supaya dia kembali ke jalan yang benar. "Saya masih sayangkan dia, namun sukar menerima perbuatannya itu walaupun kami hidup bersama hampir 40 tahun. Saya yakin ini ujian ALLAH SWT dan berharap ALLAH SWT memudahkan jalan hidup saya sekeluarga selepas ini," katanya. | ||
| Posted: 27 Jan 2013 05:19 AM PST
NAMA Elfaeza Ul Haq belum berantai dari bibir ke bibir. Belum terbiasa peminat industri seni lakon tempatan menyebut namanya apatah lagi mengenali peribadi bunga yang datang dari Kota Singa ini. Namun dalam kesederhanaan, wanita berusia 27 tahun ini mahu mencipta langkah. Dia sudah membikin gelombang kecil dalam kariernya. Lakonan sebagai Azie dalam drama fenomena Adam dan Hawa sudah meninggalkan kesan tersendiri. Di samping kegilaan khalayak terhadap watak Adam serta Hawa bawaan Nadiya Nisa dan Aaron Aziz, Elfaeza juga mendapat rentak serupa. Walaupun terpaksa membawa bayang-bayang karakter Azie untuk waktu ini, Elfaeza atau ringkas disapa Elfa setidak-tidaknya sudah meninggalkan ingatan. Kesan mula dalam langkah terawal bergelar aktres. Karier berjalan lancar Penggerak watak Azie selama 80 episod ini tahu 'roh' Azie masih berlegar dalam dirinya. Dia yang hadir sederhana dan manis di studio Utusan mengaku tidak merancang secara halus setiap gerak langkah. Sebaliknya diserahkan kepada jalan waktu dan takdir untuk bergerak. "Jalan karier sekarang bergerak lancar. Tidak ada kesesakan trafik," ketawanya kecil sambil disolek. Ungkap Elfa, usai Adam dan Hawa, dia muncul dalam dalam drama bersiri Cinta Qaseh arahan Feroz Kader. Malah rezekinya berjalan lancar ke drama Dalam Setiap Sujudnya yang yang kini bersiaran di saluran TV9. Masih dalam lingkungan selesa iaitu di bawah bimbingan sutradara dan produksi yang sama, atas nama kesyukuran Elfa berasa lingkungan keliling banyak membantu pergerakan kerjayanya. "Walaupun masih berada dalam lingkungan yang sama, saya berterima kasih kepada pihak kru dan tenaga produksi kerana banyak 'menjual' nama saya dan melancarkan kerjaya saya," ujarnya yang sudah menetap di Malaysia sejak 1 Mac tahun lalu. "Bercerita tentang watak Azie, saya sangat bersyukur kerana dapat peluang tersebut. Tawaran pertama saya di sini adalah adaptasi novel yang laris beserta para pelakon yang bagus. Memang drama ini dijangka sukses tetapi tidak terbayang akan jadi fenomena. Saya tidak pernah menyangka dan tempiasnya," jelasnya yang tidak cuba membuang bayang-bayang Azie sebaliknya menyahut jika dipanggil nama itu oleh umum. Meneroka kota Kuala Lumpur Bersendiri meneroka kehidupan di kota Kuala Lumpur sementelah keluarga di seberang tambak, untuk Elfa dia sudah terbiasa hidup berdikari. Dia nekad berkelana di sini kerana berasakan pergerakan lakonannya di Singapura sudah tersimpul. Sudah tidak mampu berkembang dan demi mahukan kemajuan, dia berhijrah. "Di Singapura saya sudah berlakon. Juga pernah menjadi pengarah dan produser teater kanak-kanak. Saya masuk dalam industri sejak umur 18 tahun melalui program nyanyian yang dinamakan Anugerah. Saya juga sempat menjadi hos bagi program kanak-kanak Krayon," terangnya yang bercita-cita menjadi seorang guru kerana gemarkan kanak-kanak. "Pada tahun 2008 sewaktu usia 21 tahun, saya sempat menetap di Kuala Lumpur. Sempat berlakon dua buah drama dengan watak kecil iaitu Impak Maksima dan KL Menjerit. Saya rasa usia terlalu muda untuk saya berdikari jadi saya pulang ke Singapura," cerita Elfa yang sudah menyertai persatuan Seniman sebagai langkah utama berdiri sebagai pelakon di sini. Merasakan sekarang masa yang sesuai untuk menggelecek bakatnya di padang lakonan, Elfa menyimpan hasrat untuk berlakon filem dan muncul dengan sebuah single nyanyiannya. "Dalam masa tiga tahun lagi saya mahu jadi aktres yang orang tahu bakat saya. Bukan hanya menjual wajah atau cerita, fokus bakat," azamnya yang menjadikan doa sebagai senjata utama persiapan menjadi anak seni.
"Saya rasa inilah waktunya. Lagipun saya bukan muda lagi. Umur sudah 27 tahun jadi saya perlu cepat mengejar cita-cita saya. Tetapi dalam masa yang sama, saya tidak kelam-kabut," kata Elfa lagi. Bersendirian di sini, jika tidak sibuk di set penggambaran Elfa mengaku lebih gemar duduk di rumah. Bukan sekadar menimba pengalaman di lokasi, kegemaran menonton drama bersiri juga merupakan bekalan untuknya bergelar pelakon. "Saya suka menonton siri How I Met Your Mother, New Girl, White Collar dan terbaharu saya menonton drama Korea The Great Seer dan The Rooftop Prince," katanya dengan mata bersinar perihal drama kegemaran. "Kalau boleh saya mahukan watak-watak profesional seperti doktor atau wartawan. Saya suka menonton drama Amerika yang menjurus kepada profesion," terangnya yang pernah berlakon drama Inggeris bertajuk The Pupil waktu di Singapura. Pernah kena buli Wanita muda berdarah Pakistan ini mengaku dia fobia orang. Apatah lagi kalau berada dalam situasi yang penuh dengan manusia. "Saya takut berdepan orang tambah-tambah orang baharu. Nak datang sesi fotografi ini pun saya berdebar. Saya takutkan suasana, takut juga tersalah cakap," ujarnya yang mengelak menyakitkan hati orang. "Dahulu masa sekolah saya pernah dibuli rakan-rakan. Mereka pulaukan saya tanpa sebab. Mereka kata tidak berkenan melihat wajah saya, tiada sebab lain. Jadi sejak sekolah lagi saya sudah biasa bersendiri. Rakan-rakan tidak ramai," kata cerita Elfa yang kadangkala keluar bersama rakan-rakan baiknya, Shah Iskandar dan Dazrin Kamarudin. Kebiasaan itu terbawa-bawa hingga dewasa. Dia banyak bersendiri. Masa lapangnya dihabiskan di rumah untuk membaca atau ke gim, juga sendiri. "Sejak usia 24 tahun saya mahu bersikap berdikari. Mahu banyak masa sendirian bermuhasabah diri. Kalau keluar pun hanya untuk minum teh bersama rakan-rakan dan kadangkala berkaraoke. Saya tidak suka ke kelab (malam) sebab ramai orang," jujurnya bercerita sedikit kisah peribadinya. Menyendiri banyak membantu Elfa merenung ke depan untuk membuka gerak sebagai pelakon di Malaysia. Langkah Elfa masih baharu, masih hijau tanah yang dilaluinya. Semoga angin kemeriahan sambutan watak Azie terus membawa dirinya ke kincir kejayaan bergelar seorang aktres. | ||
| Posted: 27 Jan 2013 05:19 AM PST
NAMA Zizan sedang beraja di hati khalayak. Baik penampilannya sebagai pengacara program atau persembahan mahu pun aksinya dalam status sebagai pelawak, humor Zizan pantas disukai ramai. Baru sahaja memenangi tangga juara pertandingan Maharaja Lawak Mega yang berlangsung minggu lalu, kemenangan itu mengizinkan Zizan dan rakan sepasukannya, Johan membawa pulang kejuaraan berharga RM500,000. Terdahulu Zizan juga pernah dinobatkan juara Super Spontan dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry. Solo, semakin stabil dengan perjalanan karier dan nama sedang mengharum, pasti gosip-gosip cinta menghampiri jejaka yang berasal dari Terengganu itu. Namun apabila diterjah dengan soalan-soalan bersifat sedikit peribadi, Zizan dalam nada serius mahu mengelak cerita cinta daripada keluar terlalu kerap ditatap peminat. Terbaharu, dia dikaitkan dengan aktres cantik Elfira Loy. Mengaku hanya rakan biasa, Zizan meminta cerita ini tidak diperpanjangkan. Apa aktiviti terkini Zizan ? ZIZAN: Saya akan ke Australia malam ini (Jumaat) untuk sesi penggambaran majalah. Di sana selama lima hari. Kemudian saya akan ke London pula untuk sesi penggambaran bersama pihak penaja. Itu akan berlangsung selama dua minggu. Dengarnya Zizan ada menaruh hati terhadap Elfira Loy? Kami kawan biasa-biasa sahaja.
Mata-mata memberitahu, Zizan menonton teater Ali Baba di Istana Budaya untuk melihat Elfira. Khabarnya, ibu Zizan juga bersama. Tak adalah bawa. Saya dapat tiket daripada pengurus. Saya pergi ke sana untuk melepaskan tekanan sewaktu terlibat dengan program Maharaja Lawak Mega. Saya pergi dengan Kaka. Kebetulan Kaka memang baik dengan El (Elfira) sebab mereka sama-sama terlibat dalam program Fear Factor. Sejauh mana khabar angin mengaitkan Zizan dan Elfira? Tidak ada kena mengena. Ini bukan perkara besar pun. Kami kawan sahaja dan tidak ada ke arah lain. Tidak payah tulislah tentang ini. Sudah rimas dikaitkan dengan ramai wanita? Saya takut jadi tak best. Sebelum ini pun orang kaitkan saya dengan Emma Maembong walhal kami satu bumbung pengurusan. Payah nanti orang cakap macam-macam. Kalau boleh saya nak mengelak cerita-cerita macam ini. Kalau boleh tidak payahlah tulis cerita-cerita macam ini. Khalayak mahu tahu juga cerita-cerita Zizan. Kalau boleh saya mahu mengelak cerita macam ini. Banyak lagi aktiviti yang saya lakukan. Saya pun tidak fikir ke arah itu. Susah pun ada. Terlampau banyak cerita-cerita gosip cinta ini. Saya mahu fokus dengan kerja. Saya pun ada hobi baharu iaitu bermain kereta kawalan jauh. | ||
| Posted: 27 Jan 2013 05:18 AM PST ![]() 'SENYAP' seketika untuk jangka beberapa waktu, Noryn bakal muncul dengan dua buah single yang mempamerkan kelainan nyanyiannya. DALAM busana jubah hijau dan solekan tipis, Noryn Aziz hadir ke studio Nar Records untuk kembali berada dalam atmosfera yang pernah dilaluinya. Hampir dua tahun dia tidak melaksanakan tugasan sebagai penyanyi rakaman. Kali terakhir, isteri Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah ini muncul dengan album I'm Alright pada tahun 2010. Sedihnya album itu tidak mendapat perhatian ramai seperti album perdananya, Fantasi O Realiti (1997). Jangkaan bahawa Noryn bakal muncul dengan lagu-lagu ketuhanan sedikit meleset. Kolaborasi bersama Adi 6ixth Sense menyediakan dua juadah telinga yang cukup indah. Kedua-duanya mempamerkan perbezaan dalam sentuhan namun disantunkan dalam lagu-lagu yang kena rasa. Kedua-dua ini diberi ruang pradengar. Sedikit berbeza dengan penampilan Noryn yang dahulu. Lagu dengan tajuk Mutiara bakal memberikan rasa jazz yang lembut dan sedikit ringan manakala Tinta Putih pula menjurus kepada gelombang ketuhanan. "Selama ini saya buat lagu sendiri. Sekarang saya tidak rasa saya boleh buat kerana faktor masa. Saya juga sudah biasa dengan lagu-lagu yang teknikal. Jadi saya mencari komposer yang mencipta lagu melalui hati. Jodoh saya bertemu Adi. Dia sangat disiplin dan berbakat," senyum Noryn yang terasa perbezaan dalam keluaran produknya kali ini. Mengaku tidak menyanyikan lagu sebegini sebelum ini, Noryn lantas mengaku mencari lagu yang bersifat komersial. Juga mahukan sebuah lagu yang boleh dinyanyikan khalayak beramai-ramai. "Lagu kedua bertajuk Tinta Putih pula merupakan sebuah lagu dengan konsep ketuhanan. Juga dibuat oleh Adi dan liriknya ditulis oleh Buddhi Hikayat," terang Noryn yang mengaku projek kali ini adalah daripada kewangannya sendiri. ![]() BUDDHI HIKAYAT (dua dari kiri) dan Adi (bertopi) berkolaborasi untuk lagu Tinta Putih nyanyian Noryn Aziz. Kerjasama ini turut dibantu Amir (kiri) yang bertugas di studio Nar Records. Menyasarkan lagu Mutiara bakal bertemu para pendengar pada bulan Februari kelak, Noryn mengaku dia pernah memperlahankan aktiviti seninya seketika. "Saya pernah rasa mahu berhenti menyanyi. Tetapi apabila saya fikirkan bahawa muzik ini dapat memberikan sesuatu yang positif, saya kembali. Saya mahu melakukan sesuatu kepada khalayak dengan memberikan mesej yang baik dalam lagu dan lirik. Saya mahu berdakwah secara kecilan melalui muzik," jelasnya yang menganggap muzik mempunyai kuasa yang kuat dalam masyarakat. Adi yang merupakan komposer kedua-dua single baharu Noryn memberitahu bahawa ini merupakan kali pertama dia muncul dengan lagu-lagu sebegini. Adi dibantu oleh pemuzik seperti Ayoy (bass), Wan (drum), Jay (gitar), Firdaus (keyboard) dan Eddie Marzuki (string) "Lagu Mutiara dengan muzik jazz yang ringan ini idea Noryn. Lagu ini bercerita tentang wanita. Sesuatu yang dekat dengan kita semua," ujar Noryn bersemangat untuk bertemu khalayak kembali dengan lagu yang menampilkan kelainan dan tersendiri. Ditemani Buddhi dan Adi sewaktu rakaman vokal, Noryn mengaku berasa gemuruh memasuki studio kembali. Lama tidak menjejak kaki, lama juga masa yang diambil untuk masuk kembali ke gear rakaman. "Saya akui, ada rasa gemuruh kerana sudah lama tidak masuk ke studio. Semoga lagu-lagu saya kali ini diterima pendengar. Seperti yang saya katakan, saya mahu berdakwah melalui lagu," senyumnya cantik. | ||
| Posted: 27 Jan 2013 05:17 AM PST
"SHEILA ABDULL masih wujud. Kali ini saya keluar dengan persiapan mental dan fizikal yang cukup," keterangan tegas yang diberikan oleh penyanyi yang pernah muncul dengan sebuah lagu hits berjudul Mungkinkah. Mungkin khalayak sudah terlupa namanya. Sheila menyedari perkara itu, malah dia sedar ada juga yang hanya mengenali judul lagu dan nama tetapi tidak pada wajahnya. Dia akur dengan suasana tersebut. Usai album perdana dilancarkan pada Mac 2008 dan lagu yang boleh digelar one hit wonder itu berkumandang ke udara, ada ketika yang nama Sheila menjadi pudar. Dia sempat mengeluarkan dua buah single yang berjudul Pengkhianat Cinta dan Semuanya Keranamu namun pencapaian lagu tersebut tidak menyamai lagu Mungkinkah. Empat tahun masa yang diambil untuk muncul semula ke persada dunia nyanyian. Kali ini dengan senjata baharu, juga beserta keyakinan dan kematangan yang dibina sepanjang dia dilihat diam dalam dunia seni. Kali ini Sheila yang kini berumur 25 tahun mempertaruhkan karya Tam Spider dan nukilan Ad Samad. Lagu berjudul Gadis Yang Dulu diharap dapat menaikkan kembali namanya. "Saya harap lagu ini dapat dimainkan di radio. Bagi saya, lagu ini memang sedap dan saya mahu ia meresap dalam hati pendengar," diluahkan harapan yang sedang dibawanya. "Kini perjalanan seni saya lebih sistematik. Saya bernaung di bawah In Digital yang menguruskan karier seni saya," ceritanya yang turut berterima kasih kepada SND yang pernah menguruskan dirinya di awal kemunculan. Shiela mengaku perjalanan seninya tidaklah begitu pantas dan laju berjalan. Sewaktu mula mahu bergelar penyanyi, syarikat EMI yang menaunginya gulung tikar. Dia mengaku terumbang-ambing seketika selepas itu. Kini dia mengutip kembali semangat. Mahu muncul dan mempamerkan bakat yang ada pada dirinya. Sheila mengaku dengan prinsip tidak pernah menyesal akan pengalaman lalu membuatkan dirinya lebih matang dalam membuat keputusan kini. Dia juga mengaku menjadi lebih berhati-hati dalam gerak langkahnya. "Mahu pulun habis kali ini. Saya yakin dengan lagu Tam yang berentak pop rock ini," senyumnya manis. "Saya percaya walaupun sebegitu keras mencuba jika bukan rezeki, maka bukan. Tetapi semangat dan rasa saya untuk menyanyi masih kuat malah berkobar-kobar. Semoga ada rezeki," doanya penuh harap. "Sebenarnya selain sibuk menyambung kembali pengajian, saya juga masih dijemput menyanyi hingga ke Sabah dan Sarawak," luahnya yang juga terbabit dengan perniagaan miliknya sendiri. | ||
| Posted: 27 Jan 2013 05:16 AM PST ![]() HUBUNGAN adik-beradik yang akrab memudahkan lagi usaha KRU menghasilkan album KRUnomena biarpun masing-masing sibuk dengan kerjaya. EMPAYAR yang dibina oleh grup trio adik-beradik, KRU boleh dianggap sebagai berjaya. Bermula sebagai sebuah kumpulan R&B dan pop anak muda pada 21 tahun lalu, pencapaian KRU kini boleh dibanggakan. Pada usia lebih matang, Norman, 41, Yusry, 40 dan Edry, 37, KRU kini bukan sahaja sebagai sebuah jenama kumpulan muzik, bahkan syarikat hiburan ternama, KRU Studios tertubuh atas usaha anak-anak lelaki Abdul Halim Kamal dan Zarina Abdul Wahab Fenner itu. Survival dua dekad tiga anak muda itu berjaya menghasilkan 13 buah album seperti Canggih pada 1992, reKRUed (1993), Awas (1994), Oh La La (1996), KRUjaan (2000) dan KRUnisme (2005). Setelah terlalu fokus kepada kerjaya dalam bidang perniagaan itu, KRU bakal muncul dengan sebuah album tidak lama lagi. Setelah kali terakhir muncul dengan album 10 Di Skala Richter pada 2006, album KRUnomena akan berada di pasaran pada 31 Januari ini. Menampilkan sepuluh buah lagu seperti Setiap, Semalam Tanpamu, Kesejatian Cinta, Separuh Mati, Sediakala, Lagu & Lirik dan lagu lama Kali Ke-2 yang diberi nafas baharu. Turut ditampilkan tiga buah single yang pernah disiarkan di radio seperti Ganas, Tiga Kata dan Wanita dalam album pertama KRU yang diterbitkan di bawah label muzik mereka sendiri, KRU Music. Apa rahsia KRU yang berjaya mencipta empayar hingga kini? NORMAN (N): Kami ada kekuatan daripada hubungan sebagai adik-beradik. Tetapi, ada dua sebab lain juga iaitu fokus kepada apa yang ingin dilakukan biarpun terdapat kekangan kewangan sekalipun dan bersyukur terhadap setiap detik yang berlaku sepanjang kami di dalam industri ini. YUSRY (Y): Yang penting kena tahu apa tahap yang kita boleh capai, untuk berjaya kami berusaha untuk mencabar had tersebut. EDRY (E): Kita kena ikhlas untuk jadi diri sendiri dan tak ikut orang lain. KRU tidak pernah mengikut trend seperti mana yang berlaku seperti fenomena rock, pop-Indo dan nasyid. Kalau ikut trend pun kami mungkin akan bertahan selama dua atau tiga tahun sahaja. Bagaimana dengan persiapan untuk menghasilkan album terbaharu, KRUnomena? N: Kesemua lagu baharu dihasilkan oleh Edry sendiri. Y: Perancangan sudah lama sebenarnya. Sejak 2010 lagi kami sudah mengumpul material. Lebih daripada sepuluh buah lagu telah disiapkan, tetapi kami pilih yang terbaik untuk dimuatkan. E: Beberapa lagu yang saya hasilkan untuk album ini banyak yang diberikan kepada penyanyi lain. Sepatutnya lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, Jahat (Stacy) dan Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo) adalah untuk KRU, tetapi apabila diteliti lagi itu tidak sesuai dengan konsep. Apakah cabaran yang dilalui ketika proses menghasilkan album itu? N: Saya sibuk dengan pengurusan syarikat, Yusry pula dengan Vikingdom. Oleh itu proses rakaman dilakukan mengikut masa senggang masing-masing. Untuk menyanyi dengan baik, mood dan rasa harus baik. Selain itu fokus juga penting. Jadi kami berusaha untuk menyiapkannya tanpa tekanan. E: Kekangan waktu sibuk masing-masing membuatkan ia mengambil masa untuk disiapkan. Tetapi hal itu dapat diatasi kerana sering berhubung biarpun salah seorang berada di luar negara. Perhubungan tidak pernah putus dengan bantuan teknologi. Memandangkan masing-masing subuk dengan urusan kerjaya, bagaimana proses rakaman tersebut berlangsung? N: Proses lebih mudah kerana proses rakaman diadakan berasingan. Jadi kami lebih fleksibel dalam aspek masa. Y: Saya akan menyanyikan untuk keseluruhan lagu secara bersendirian. Seterusnya Norman dan Edry akan merakamkan bahagian mereka kemudian. E: Saya dan Norman perlu ikut cara Yusry menyanyi kerana dia terlebih dahulu merakamkan keseluruhan lagu sendiri. KRU pernah mengambil keputusan untuk bersara daripada mengadakan persembahan. Adakah ia benar? N: Benar, tetapi untuk terus menghasilkan album KRU, kami belum bersara. Tetapi kalau ada permintaan, mungkin akan dilakukan persembahan kecil-kecilan. Untuk konsert jelajah atau sebagainya, itu tidak mungkin. Y: KRU tidak bersara sebagai penyanyi, tetapi bersara daripada persembahan pentas sahaja. KRU tidak pernah alah dalam berfesyen terutamanya dalam album-album sebelum ini. Untuk album baharu itu bagaimana fesyen anda? E: Norman lebih menonjol berbanding saya dan Yusry dari segi fesyen. Dari dulu lagi dia yang akan selalu ke hadapan apabila ada persembahan. Dalam album pertama terbitan sendiri ini kami tidak menetapkan fesyen tertentu. Sebelum ini kami lebih terikat kepada kontrak dengan syarikat rakaman tentang gaya. Tetapi kami kini lebih bebas. Apakah yang istimewanya tentang album kali ini? E: Kami memilih Stacy untuk berduet dalam lagu Semalam Tanpamu. Dia penyanyi paling sesuai untuk berduet dalam lagu itu. Sebuah persembahan yang berbeza daripada KRU. N: Kami menyanyikan semula lagu Kali Ke-2 yang popular dalam album KRUmania. Menariknya, lagu itu tidak pernah menjadi hits dan dijadikan lagi single sebelum ini. Tetapi ia istimewa kerana masih relevan dengan kematangan KRU. Sedikit sentuhan baharu diberikan kepada lagu itu. Y: Lagu Kali Ke-2 ialah sebuah lagu nostalgia dan dinyanyikan semula sebagai tribut kepada peminat lama dan baharu KRU. Bagaimana dengan strategi pemasaran album itu? N: Selepas dilancarkan nanti, akan diadakan promosi secara berterusan selama tiga bulan. Dari segi pementasan pentas mungkin tidak ada. Single Tiga Kata yang memasuki pencalonan Muzik-Muzik tempoh hari pun dinyanyikan oleh kumpulan Fourteen sebagai mewakili KRU. E: Album ini akan berada di pasaran tidak lama lagi pada harga RM29.90. Untuk 1,000 salinan pertama, peminat akan mendapat bersama kulit album yang eksklusif. Y: lagu-lagu itu sendiri menjadi kekuatan untuk memperkenalkan album KRUnomena. | ||
| Posted: 27 Jan 2013 05:15 AM PST ![]() KELIBAT Botak pastinya ditunggu para peminat. SEBAGAI seorang penonton setia drama Juvana yang menjadi fenomena di kaca televisyen tahun lalu, penulis menonton versi filem ini dengan menimbang rasa. Jujurnya, penulis tidak dapat menolak fakta bahawa perjalanan Juvana dalam balutan drama lebih padat dan menyenangkan rasa. Lebih lancar jalan cerita dan perjalanan karakter. Namun ini bukan bermakna filem yang bakal ditonton para pengikut setia Juvana ini tidak berjaya. ![]() PARA pelakon Juvana yang sudah mempunyai peminat tegar. Dalam rencah yang lain, Juvana versi filem memberikan rasa yang berbeza. Suspen masih ada namun tidak ketinggalan juga rasa tekanan menonton jalan cerita filem ini. Rasa sesak dan kadangkala hilang fokus bakal terjadi sewaktu menonton. Ini kerana jalan ceritanya yang kurang jelas berbanding drama. Namun satu hal yang paling menarik dalam filem Juvana ini ialah keberkesanan watak yang dilakonkan oleh setiap pelakon. Setiap seorang berdiri dengan watak yang cukup kuat dan meyakinkan. Semua pelakon menjalankan tugasan dengan baik menjadikan perjalanan watak pada setiap satu karakter memberi sama rasa dan rata dalam filem ini. Nama-nama besar dalam Juvana seperti watak Botak, Daim, Apek dan Ayam sudah mempunyai para peminat yang menantikan kesinambunagan emosi mereka dalam filem ini. Lontaran watak mereka kuat dan berjaya. Menjadikan mereka satu pasukan Juvana yang kuat rasa. ![]() SHARNAAZ dan Shafie Naswip adalah rencah baharu Juvana. Begitu juga dengan karakter yang baru masuk dalam penjara Juvana iaitu Cikgu Ali lakonan Adlin Arman Ramlie dan Lan Todak lakonan Sharnaaz. Kedua-dua watak malah pelakon ini berjalan seiring tanpa menindas watak-watak lain. Cuma sayang bakat lakonan Syafie Naswip belum habis dieksploitasi Faisal Ishak selaku pengarah untuk filem ini. Ramai tahu keupayaan Syafie dalam setiap naskhah lakonannya. Untuk para pengikut tegar Juvana, anda tidak akan kecewa. Perasaan dan kesetiaan anda terhadap setiap watak yang dibentuk cantik dalam francais Juvana berjalan dengan jaya. Cuma pada satu sisi sebenarnya Faisal Ishak mampu membentuk Juvana lebih baik dan cantik. Adegan akhir sedikit mencacatkan kecantikan filem ini. Juga adegan-adegan kecil yang merosakkan pandangan seperti pengawal keselamatan menari kecil dalam bilik pengawal, adegan seperti itu kelihatan selekeh dan kurang bijak. Secara keseluruhan, Juvana dalam balutan filem ini akan memenjarakan rasa khalayak sewaktu menonton. Sama ada suka atau lemas. Komen Sofia: Ramai yang suka kemunculan Nabila Huda dalam filem ini. Sekejap tetapi menjadi buah mulut. | ||
| Posted: 27 Jan 2013 05:14 AM PST
CERITA cinta pasti jadi penyeri perjalanan portfolio seorang jejaka yang masih berdiri dengan status solo. Begitu juga yang menempa kehidupan aktor berwajah cukup tampan, Gerald Anderson. Namun, sebaik 2013 bermula, jejaka berumur 23 tahun ini mula dikaitkan dengan cerita cinta. Dia dikaitkan dengan pelbagai selebriti termasuk yang terbaharu, Sarah Geronimo. Kisah cinta yang gagal bersama Sarah menjadi sebutan. Pasangan ini malah pernah diberi gelaran 'Kisah Cinta Paling Disebut Ramai 2012'. Lupakan dulu kisah cinta yang tidak menjadi itu. Kini khalayak umum boleh melihat bakat lakonan jejaka ini melalui drama bersiri My Girl yang disiarkan pada setiap hari Selasa hingga Khamis, pukul 10 pagi di saluran TV3. Drama ini merupakan sebuah adaptasi daripada drama popular Korea dengan tajuk yang sama dan kini dibawakan dalam versi Tagalog. Drama bersiri 35 episod ini membariskan pelakon muda Filipina yang cukup popular seperti Kim Chiu (Jasmine), Gerald Anderson (Julian), Enchong Dee (Nico), Nina Jose (Anika), Regine Angeles (Shiela) dan ramai lagi. Dalam siri ini, Gerald yang lancar bahasa Inggeris dan Tagalog membawakan watak Julian, pemuda kacak graduan Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) yang kini memikul tanggungjawab sebagai waris utama menguruskan empayar perhotelan datuknya, Greg. Julian bukan sahaja berpelajaran tinggi dan berperwatakan menarik, malah penuh karisma dan serius dalam kerjaya dan misi hidupnya. Namun, selepas mengetahui hajat datuknya yang tidak sihat, hanya satu perkara yang menjadi tumpuan utama beliau iaitu menjejaki semula sepupu perempuannya, Hannah yang sudah lama hilang. Gerald Anderson atau nama penuhnya Gerald Randolph Opsima Anderson, Jr. menghabiskan masa kecilnya di San Antonio, Texas. Hanya pada usia 14 tahun, dia kembali ke Filipina dan tinggal di General Santos, daerah kelahiran ibunya. Bakat lakonan Gerald mula dikesan oleh aktor Joross Gamboa dan diperkenalkan kepada pihak ABS-CBN. Menyertai program realiti televisyen, Pinoy Big Brother, itu merupakan langkah perdana Gerald dalam dunia lakonan. Selepas program Pinoy Big Brother, Gerald menjadi terkenal dan menjadi bakat eksklusif ABS-CBN. Dalam membina populariti menjadi aktor, Gerald diperkenalkan dengan aktres Kim Chiu menjadikan mereka pasangan cinta kegemaran ramai. Mereka juga diberikan jolokan Kimerald. Hubungan rapat pasangan ini boleh disaksikan dalam drama My Girl yang menggandingkan mereka berdua. Selain berlakon, Gerald gemar mendengar lagu dan bermain bola keranjang. "Saya juga gemar menghabiskan masa di gim setiap hari kalau tidak ke set penggambaran. Saya mengurangkan pengambilan nasi dan daging merah. Saya lebih memilih sayuran, ayam, ikan dan minum banyak air," ujar Gerald tentang penjagaan dirinya. Sering dikaitkan dengan ramai wanita, Gerald mempunyai tips tersendiri dalam memikat hati kaum Hawa. "Helah terbaik untuk mendapatkan wanita yang disukai ialah dengan menjadi diri sendiri. Itu sahaja caranya," ujar si kacak ini. | ||
| Posted: 27 Jan 2013 05:11 AM PST
SIAPA menyangka dengan bentuk tubuh badan yang tegap, rupanya Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan atau akrab disapa Marcell pernah lumpuh. Menurut penyanyi lagu Firasat itu, dia mengalami lumpuh akibat berlatih seni mempertahankan diri di luar kemampuan tubuhnya. "Saya pernah membuat latihan mempertahankan diri Brazilian Jujitsu pada tahun 2008. Ada beberapa teknik yang menekan tulang belakang saya. Akhirnya saya cedera di bahagian tulang leher," jelas Marcell. Kelumpuhan yang dialaminya memuncak pada Disember 2012 lalu. Marcell secara tiba-tiba berasa kebas di beberapa bahagian tubuhnya sehingga tidak dapat menggerakkan tubuhnya. "Selang berapa waktu juga saya berasa penat. Ada banyak projek dan tekanan kerana kerja yang saya laksanakan. Tiba-tiba saya berasa kebas di beberapa tempat. Itu berlaku pada 11 Disember lalu. Saya berasa seperti dalam keadaan lumpuh," kata Marcell. "Saya pakai kerusi roda. Sewaktu penggambaran televisyen, dalam acara siaran langsung saya pakai tongkat dan rasa mahu terjatuh. Kalaulah saya jatuh, leher saya boleh cedera. Saya boleh jadi lumpuh buat selama-lamanya," kata Marcell. Setelah menjalani operasi rawatan intensif selama beberapa kali, kini Marcell kembali dapat berjalan dan melakukan aktiviti seharian. | ||
| Posted: 27 Jan 2013 05:09 AM PST ![]() DARI kiri, Sheila, Afif dan Feeza menjulang trofi yang dimenangi masing-masing pada program Soulstar 2012 di Kuching malam tadi. KUCHING – Selepas 10 minggu berjuang mempertaruhkan bakat masing-masing, akhirnya Afif dinobatkan sebagai juara program realiti Soulstar 2012 dalam konsert akhir yang berlangsung di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama di sini malam tadi. Ia menjadi kejayaan yang cukup bermakna bagi Afif atau nama penuhnya, Mohammed Afif Amier, 23, selepas berjaya mencuri hati juri dan penonton lantas diangkat sebagai pemenang utama pertandingan nyanyian musim ketiga itu. Dalam persembahan tersebut, Afif mendendangkan lagu Tinggalkan Aku. Kemenangan itu sekali gus mengetepikan finalis lain iaitu Feeza (Norfiza Sani) yang muncul sebagai naib juara manakala Sheila (Norshila Ideris) di tempat ketiga. Feeza menyanyi lagu Sweet Dream manakala Sheila pula lagu Apa Nak Jadi. Selain mereka, Ary, Athari, Didiy, Ezza, Iena, Iz, Jamal, Mizam, Nadhar, Nyda dan Warith turut memberikan saingan sengit pada konsert akhir itu. Kemenangan Afif yang bergelar juara dalam siri saingan Soulstar 2012 itu membolehkannya membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi. Lebih menarik, Afif turut dilantik sebagai duta pelancongan bagi negeri Sarawak selain dipilih menjalani program perantis sistem latihan dual nasional dalam bidang muzik tradisional dan audio visual selama 10 bulan di Kampung Budaya Sarawak. Sementara itu, Feeza selaku naib juara membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 dan trofi manakala tempat ketiga disandang Sheila dan menerima wang tunai berjumlah RM2,000 serta trofi. Sheila turut menggondol persembahan terbaik dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500. Disaksikan lebih 2,000 penonton, Afif membuktikan dia berada dalam standard yang tersendiri. Bagaimanapun, saingan yang diberikan oleh 11 peserta lain juga tidak kurang hebatnya kerana masing-masing mempamerkan persembahan yang hebat sehingga para juri mengalami kesukaran untuk memilih pemenang. Menurut Afif, dia tidak menyangka menjuarai Soulstar 2012 memandangkan saingan yang diberikan oleh peserta lain cukup sengit. "Saya mengucapkan rasa syukur sebab rezeki saya pada malam ini atas sokongan ibu bapa, saudara-mara dan pihak produksi yang memberi peluang belajar di akademi Soulstar," katanya ketika ditemui selepas berakhirnya pertandingan program realiti paling popular di Sarawak itu. Ketua juri konsert akhir itu ialah penyanyi popular, Sam Innuendo dan dibantu Bob AF2 dan Cassie My Star LG. Selain persembahan daripada peserta, konsert akhir yang dihoskan oleh Neng dan Nick itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Saiful Malaysian Idol termasuklah peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa, Abang atau Abang Abd. Hafidz Abang Bujang. Menteri Pelancongan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang turut mengumumkan dana sebanyak RM50,000 kepada pihak produksi Soulstar. Soulstar 2012 dianjurkan oleh Kampung Budaya Sarawak dan E-One Dasri Talent Management manakala Kosmo! menjadi rakan media rasmi. | ||
| Lapan penumpang cedera kereta api tergelincir Posted: 27 Jan 2013 05:08 AM PST ![]() ANGGOTA pasukan penyelamat mengusung salah seorang mangsa yang cedera selepas kereta api yang dinaiki tergelincir dan terbalik di Skudai, Johor Bahru semalam. JOHOR BAHRU – Lapan penumpang termasuk seorang kru cedera apabila empat daripada 10 gerabak Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) tergelincir dan terbalik di Kilometer 738.25 berhampiran Taman Impian Emas, Skudai di sini semalam. Menurut Pengurus Pemasaran Unit Pemasaran Strategik Perkhidmatan Bandar KTMB, Mohd. Nordin Kimi, tren Sinaran Selatan yang membawa lebih 200 penumpang itu dalam perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Woodlands, Singapura tergelincir kira-kira pukul 3 petang. Menurutnya, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut. "Punca kejadian masih belum diketahui dan kita masih melakukan siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Difahamkan, mangsa yang merupakan kru KTMB yang berusia 50-an mengalami kecederaan parah apabila kakinya tersepit dan seorang wanita berusia 30-an patah tulang pinggang. Selain KTMB, operasi menyelamat turut melibatkan tiga jentera dengan kekuatan 23 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru dan Taman Pulai. Susulan daripada insiden itu, Mohd. Nordin berkata, pihaknya terpaksa membatalkan perjalanan tren Senandung Timuran (Singapura-Tumpat, Kelantan) dan tren Senandung Selatan (Singapura-Tumpat, Kelantan) malam tadi. "Para penumpang yang terlibat, mereka boleh meminda perjalanan atau pulangan tambang daripada kami. Sebarang perkembangan boleh hubungi KTMB di talian 03- 2267 1200," katanya. Dalam pada itu, beliau memberitahu, baki penumpang yang terselamat meneruskan perjalanan ke Singapura. "Mereka meneruskan perjalanan dengan menaiki enam gerabak kereta api berkenaan yang tidak tergelincir dalam kemalangan itu," katanya. | ||
| 50 maut dalam pertempuran di penjara Posted: 27 Jan 2013 05:05 AM PST ![]() SEORANG anggota tentera mengawal banduan yang cedera dalam rusuhan di penjara Uribana, Venezuela. CARACAS, Venezuela - Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan 90 yang lain cedera apabila banduan di penjara Uribana merusuh pada Jumaat. Kebanyakan banduan cedera akibat tembakan, jelas seorang pegawai hospital, Ruy Medina yang menyatakan jumlah kematian mungkin meningkat. Menteri yang bertanggungjawab ke atas pusat tahanan dan penjara di Venezuela, Iris Varela memberitahu, rusuhan berlaku apabila pihak berkuasa penjara melancarkan operasi mencari senjata-senjata haram yang dimiliki oleh banduan. Venezuela memang terkenal dengan kondisi penjaranya yang sesak dan tidak terurus. Penjara di negara itu disifatkan sebagai paling teruk di Amerika Latin. Sebagai contoh, sebuah penjara yang boleh memuatkan 14,000 orang banduan kini dihuni oleh hampir 50,000 banduan. | ||
| Filem pengasas Apple di Festival Filem Sundance Posted: 27 Jan 2013 05:02 AM PST ![]() ASHTON Kutcher memegang watak sebagai pengasas bersama syarikat Apple, Steve Jobs dalam filem bertajuk jOBS yang diarah oleh Joshua Michael Stern. PARK CITY, Utah, Amerika Syarikat - Filem pertama mengenai pengasas bersama syarikat teknologi Apple, Steve Jobs ditayangkan kelmarin selepas hanya 15 bulan mendiang meninggal dunia. Filem bertajuk jOBS dilakonkan oleh pelakon terkenal, Ashton Kutcher itu ditayangkan di Festival Filem Sundance dan bakal menemui peminat di panggung wayang mulai April depan. jOBS mengisahkan mengenai kehidupan bekas pengerusi Apple itu selama 30 tahun yang berjaya merevolusikan cara orang ramai mendengar muzik dan membina Apple sebagai sebuah jenama terkemuka dunia. Jobs meninggal dunia akibat kanser pankreas pada 2011 ketika berusia 56 tahun. Kutcher, 34, menyatakan dia berbesar hati kerana diberi peluang memainkan watak Jobs. Tetapi pada masa yang sama berasa sangat bimbang kerana status ikonik yang dimiliki Jobs. "Melakonkan watak seorang lelaki yang begitu diingati dan dikenali memang menakutkan kerana semua orang boleh memberikan kritikan," kata Kutcher. Beberapa jam sebelum tayangan, pengasas bersama Apple, Steve Wozniak menyatakan filem tersebut gagal menampilkan personaliti dam visi awal mereka dengan tepat. Wozniak memberi komen tersebut selepas menonton satu klip pendek yang disiarkan di laman web pada Khamis. Namun, Wozniak berharap filem itu akan mendapat sambutan hangat dan menghiburkan. | ||
| Posted: 27 Jan 2013 05:01 AM PST
PERTAMA kali berkunjung ke Muzium Seni Helah atau Trick Art Museum yang terletak di bandar digital i-City, Shah Alam, penulis cuba mencari kelainan yang cuba ditonjolkan. Namun, apa yang ada hanyalah pameran lukisan catan pelbagai motif menghiasi hampir keseluruhan dinding dan lantai muzium setinggi dua tingkat itu. Begitupun, kehadiran sepasang remaja berhampiran penulis menampakkan mereka benar-benar teruja dan mula melakonkan pelbagai ekspresi wajah serta tubuh seakan-akan berinteraksi dengan lukisan tersebut. Selepas aksi mereka dirakam, ternyata hasil bidikan kamera sama sekali berbeza dengan apa yang dilihat dengan mata kasar. Apa tidaknya, daripada satu lukisan lantai biasa, namun dengan aplikasi teknik tiga dimensi (3D), lukisan itu kelihatan hidup dalam gambar. "Dalam foto ini, saya kelihatan seperti sedang berjalan di atas titi kayu yang kecil dan sempit untuk menyeberangi lubang hitam di dalam gua. "Hakikatnya, saya hanya berdiri di lantai yang dilukis dengan teknik 3D. "Begitu juga dengan imej sotong gurita ini. Dengan bayangan yang dilukis di sekitarnya, ia kelihatan benar-benar hidup," ujar seorang pengunjung, Ahmad Akmar Ibrahim, 23. Dia yang juga penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mengetahui tentang kewujudan muzium ini selepas melihat gambar-gambar yang dimuat turun dalam blog milik rakannya. "Walaupun lukisan yang disediakan di sini tidak segah lukisan 3D jalanan yang popular di Barat, namun ia masih memberi peluang kepada rakyat di negara ini untuk merasai pengalaman berinteraksi dengan lukisan. "Ia pastinya sesuatu yang menarik untuk dikongsi apatah lagi ia merupakan muzium yang pertama seumpamanya ditubuhkan di Malaysia. "Bayaran masuk yang dikenakan juga berpatutan," ujarnya yang merupakan penuntut di Fakulti Seni Lukis Seni Reka. Menawarkan lima motif lukisan iaitu lukisan termasyhur, pengembaraan Makam Mesir, alam haiwan, kehidupan marin dan lukisan adiwira klasik, muzium yang memiliki keluasan 743 meter persegi ini muncul sebagai muzium 3D pertama di negara ini. ![]() MONICA optimis Muzium Seni Helah yang baru diperkenalkan ini mampu menarik ramai pengunjung ke i-City. 100 posisi Mula dibuka pada kunjungan umum sejak 15 November tahun lalu, sambutan yang diterima daripada pengunjung sangat memberangsangkan. Dengan bayaran masuk RM5 seorang, pengunjung boleh meluangkan seberapa banyak masa yang dimahukan untuk berekspresi dengan lukisan-lukisan yang ada di situ. "Sebelum ini apabila menjelangnya cuti umum atau cuti sekolah, kami menerima sekitar 90,000 pengunjung seminggu. "Angka tersebut dijangka meningkat 30 peratus selepas pembukaan rasmi taman tema air baru-baru ini. "Daripada jumlah tersebut, dianggarkan lebih separuh daripada pengunjung mengambil kesempatan bertandang ke Muzium Seni Helah. "Lantaran kunjungan pengunjung yang tidak pernah surut, pihak muzium sudah beberapa kali menyelenggara semula lukisan terutamanya kemasan cat memandangkan ia bebas disentuh oleh pengunjung," ujar Pengarah i-Berhad, Monica Ong, 49. Selain berpeluang melihat pameran lukisan 3D yang pertama diadakan di negara ini, pengunjung juga boleh meneroka lebih 100 gaya dan posisi sebagai satu bentuk ekspresi terhadap lukisan tersebut. Tambah beliau, setiap lukisan dihasilkan sepenuhnya menggunakan teknik lukisan bebas tangan oleh tiga kumpulan pelukis 3D profesional dari luar negara. "Kami mendapatkan khidmat pelukis 3D dari Iran, China dan Korea. ![]() AKSI kreatif pengunjung meniru gaya lukisan menjadikan karya ini nampak hidup. Pelukis tiga negara "Pelukis dari China misalnya, mereka akan terus melukis di dinding selepas melihat gambar yang diberikan tanpa perlu mengukur terlebih dulu. "Berlainan pula dengan pelukis Korea. Mereka akan membesarkan skala lukisan sehingga mendapat saiz yang dikehendaki sebelum diunjur pada dinding. "Walaupun teknik dan gaya melukis yang digunakan berbeza, saya cukup berpuas hati kerana hasilnya mampu memberikan impak 3D yang sama. "Malah, saya sendiri tidak dapat mencari perbezaannya," ujar beliau. Mengambil masa dua bulan untuk disiapkan, sebelum itu Monica dan kumpulannya perlu melihat ratusan gambar 3D untuk dipilih agar sesuai dengan tema kekeluargaan yang mahu ditonjolkan. "Dari aspek lukisan, saya perlu memastikan ia kelihatan berbeza jika dilihat dari sudut berlainan memandangkan kesan seni helahnya kelihatan lebih menonjol di bawah lensa kamera. "Dari aspek nilai tambah yang cuba diterapkan di Muzium Seni Helah ini pula, kami mahukan pengunjung tidak melihat lukisan ini hanya sebagai lukisan, sebaliknya memberikan mereka peluang untuk menjadi lebih bebas dan kreatif ketika berekspresi terhadap lukisan. "Biasanya pengunjung akan masuk ke muzium ini bersama keluarga ataupun rakan-rakan. "Apa yang menarik, masing-masing akan cuba mencari gaya dan posisi berbeza. "Ini secara tidak langsung memberi ruang kepada pengunjung untuk bebas mencurahkan kreativiti mereka, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. "Ada juga yang bertindak sebagai pengarah fotografi. Melihat gelagat pengunjung muzium, ia memang menghiburkan," ujar Monica. ![]() DUA pengunjung Muzium Seni Helah di i-City Shah Alam tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan gaya masing-masing. Hanya di i-City Garapan idea dan inovasi Monica serta kumpulannya dalam memberi kelainan beriadah dengan menubuhkan muzium 3D memang layak dipuji. Muzium ini bukan sahaja berjaya menjadi tarikan utama di i-City, malah ia turut diberi pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records sebagai Muzium Seni Helah Pertama di Malaysia pada 22 November lalu. "Idea untuk menubuhkan Muzium Seni Helah timbul selepas kami melihat pameran lukisan 3D di Korea Selatan. "Selari dengan konsep Kota Digital i-City yang mahu tampil dengan tarikan unik, kami sentiasa mencari idea baharu yang dapat menawarkan tarikan riadah eksklusif kepada orang ramai yang mana ia hanya boleh didapati di sini," ujarnya. Enggan menyajikan lukisan yang sama kepada pengunjung, Monica bertekad untuk menukar dan menambah baik pameran sedia ada setiap sembilan bulan. "Bagi memastikan ia sentiasa berwajah baharu, kami akan menukar setiap lukisan secara berperingkat. Dengan cara ini, pengunjung yang datang buat kali kedua dalam masa setahun tidak akan melihat lukisan yang sama," katanya. Berpeluang meneliti setiap lukisan yang dipamerkan, teknik 3D ditonjolkan menerusi bayangan yang dilukis pada sudut tertentu. Selain itu, tona warna juga memainkan peranan penting untuk memberi kesan hidup pada lukisan. Aras bawah muzium ini menyajikan pengunjung dengan karya lukisan termasyhur seperti Monalisa dan Van Gogh. Terdapat juga lukisan pengembaraan Makam Mesir yang diadaptasi daripada zaman kegemilangan Firaun dan piramid. Turut memberi variasi, lukisan Adiwira Klasik turut ditempatkan di aras sama. Meninjau ke tingkat atas bangunan, konsep lukisan yang persembahkan terdiri daripada alam haiwan dan kehidupan marin. "Kami mengharapkan muzium ini bukan sahaja menghiburkan tetapi mampu menonjolkan sisi kreatif pengunjung. "Walaupun apa yang ditampilkan di sini berbeza dengan karya 3D jalanan yang popular di Barat, ia masih menjanjikan pengalaman baru kepada pengunjung. "Kami akan berusaha untuk meningkatkan persembahan lukisan dari semasa ke semasa," azam Monica yang sentiasa mahu mencari pembaharuan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke i-City. | ||
| Posted: 27 Jan 2013 04:59 AM PST
PERTAMA kali berkunjung ke Muzium Seni Helah atau Trick Art Museum yang terletak di bandar digital i-City, Shah Alam, penulis cuba mencari kelainan yang cuba ditonjolkan. Namun, apa yang ada hanyalah pameran lukisan catan pelbagai motif menghiasi hampir keseluruhan dinding dan lantai muzium setinggi dua tingkat itu. Begitupun, kehadiran sepasang remaja berhampiran penulis menampakkan mereka benar-benar teruja dan mula melakonkan pelbagai ekspresi wajah serta tubuh seakan-akan berinteraksi dengan lukisan tersebut. Selepas aksi mereka dirakam, ternyata hasil bidikan kamera sama sekali berbeza dengan apa yang dilihat dengan mata kasar. Apa tidaknya, daripada satu lukisan lantai biasa, namun dengan aplikasi teknik tiga dimensi (3D), lukisan itu kelihatan hidup dalam gambar. "Dalam foto ini, saya kelihatan seperti sedang berjalan di atas titi kayu yang kecil dan sempit untuk menyeberangi lubang hitam di dalam gua. "Hakikatnya, saya hanya berdiri di lantai yang dilukis dengan teknik 3D. "Begitu juga dengan imej sotong gurita ini. Dengan bayangan yang dilukis di sekitarnya, ia kelihatan benar-benar hidup," ujar seorang pengunjung, Ahmad Akmar Ibrahim, 23. Dia yang juga penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mengetahui tentang kewujudan muzium ini selepas melihat gambar-gambar yang dimuat turun dalam blog milik rakannya. "Walaupun lukisan yang disediakan di sini tidak segah lukisan 3D jalanan yang popular di Barat, namun ia masih memberi peluang kepada rakyat di negara ini untuk merasai pengalaman berinteraksi dengan lukisan. "Ia pastinya sesuatu yang menarik untuk dikongsi apatah lagi ia merupakan muzium yang pertama seumpamanya ditubuhkan di Malaysia. "Bayaran masuk yang dikenakan juga berpatutan," ujarnya yang merupakan penuntut di Fakulti Seni Lukis Seni Reka. Menawarkan lima motif lukisan iaitu lukisan termasyhur, pengembaraan Makam Mesir, alam haiwan, kehidupan marin dan lukisan adiwira klasik, muzium yang memiliki keluasan 743 meter persegi ini muncul sebagai muzium 3D pertama di negara ini. ![]() MONICA optimis Muzium Seni Helah yang baru diperkenalkan ini mampu menarik ramai pengunjung ke i-City. 100 posisi Mula dibuka pada kunjungan umum sejak 15 November tahun lalu, sambutan yang diterima daripada pengunjung sangat memberangsangkan. Dengan bayaran masuk RM5 seorang, pengunjung boleh meluangkan seberapa banyak masa yang dimahukan untuk berekspresi dengan lukisan-lukisan yang ada di situ. "Sebelum ini apabila menjelangnya cuti umum atau cuti sekolah, kami menerima sekitar 90,000 pengunjung seminggu. "Angka tersebut dijangka meningkat 30 peratus selepas pembukaan rasmi taman tema air baru-baru ini. "Daripada jumlah tersebut, dianggarkan lebih separuh daripada pengunjung mengambil kesempatan bertandang ke Muzium Seni Helah. "Lantaran kunjungan pengunjung yang tidak pernah surut, pihak muzium sudah beberapa kali menyelenggara semula lukisan terutamanya kemasan cat memandangkan ia bebas disentuh oleh pengunjung," ujar Pengarah i-Berhad, Monica Ong, 49. Selain berpeluang melihat pameran lukisan 3D yang pertama diadakan di negara ini, pengunjung juga boleh meneroka lebih 100 gaya dan posisi sebagai satu bentuk ekspresi terhadap lukisan tersebut. Tambah beliau, setiap lukisan dihasilkan sepenuhnya menggunakan teknik lukisan bebas tangan oleh tiga kumpulan pelukis 3D profesional dari luar negara. "Kami mendapatkan khidmat pelukis 3D dari Iran, China dan Korea. ![]() AKSI kreatif pengunjung meniru gaya lukisan menjadikan karya ini nampak hidup. Pelukis tiga negara "Pelukis dari China misalnya, mereka akan terus melukis di dinding selepas melihat gambar yang diberikan tanpa perlu mengukur terlebih dulu. "Berlainan pula dengan pelukis Korea. Mereka akan membesarkan skala lukisan sehingga mendapat saiz yang dikehendaki sebelum diunjur pada dinding. "Walaupun teknik dan gaya melukis yang digunakan berbeza, saya cukup berpuas hati kerana hasilnya mampu memberikan impak 3D yang sama. "Malah, saya sendiri tidak dapat mencari perbezaannya," ujar beliau. Mengambil masa dua bulan untuk disiapkan, sebelum itu Monica dan kumpulannya perlu melihat ratusan gambar 3D untuk dipilih agar sesuai dengan tema kekeluargaan yang mahu ditonjolkan. "Dari aspek lukisan, saya perlu memastikan ia kelihatan berbeza jika dilihat dari sudut berlainan memandangkan kesan seni helahnya kelihatan lebih menonjol di bawah lensa kamera. "Dari aspek nilai tambah yang cuba diterapkan di Muzium Seni Helah ini pula, kami mahukan pengunjung tidak melihat lukisan ini hanya sebagai lukisan, sebaliknya memberikan mereka peluang untuk menjadi lebih bebas dan kreatif ketika berekspresi terhadap lukisan. "Biasanya pengunjung akan masuk ke muzium ini bersama keluarga ataupun rakan-rakan. "Apa yang menarik, masing-masing akan cuba mencari gaya dan posisi berbeza. "Ini secara tidak langsung memberi ruang kepada pengunjung untuk bebas mencurahkan kreativiti mereka, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. "Ada juga yang bertindak sebagai pengarah fotografi. Melihat gelagat pengunjung muzium, ia memang menghiburkan," ujar Monica. ![]() DUA pengunjung Muzium Seni Helah di i-City Shah Alam tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan gaya masing-masing. Hanya di i-City Garapan idea dan inovasi Monica serta kumpulannya dalam memberi kelainan beriadah dengan menubuhkan muzium 3D memang layak dipuji. Muzium ini bukan sahaja berjaya menjadi tarikan utama di i-City, malah ia turut diberi pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records sebagai Muzium Seni Helah Pertama di Malaysia pada 22 November lalu. "Idea untuk menubuhkan Muzium Seni Helah timbul selepas kami melihat pameran lukisan 3D di Korea Selatan. "Selari dengan konsep Kota Digital i-City yang mahu tampil dengan tarikan unik, kami sentiasa mencari idea baharu yang dapat menawarkan tarikan riadah eksklusif kepada orang ramai yang mana ia hanya boleh didapati di sini," ujarnya. Enggan menyajikan lukisan yang sama kepada pengunjung, Monica bertekad untuk menukar dan menambah baik pameran sedia ada setiap sembilan bulan. "Bagi memastikan ia sentiasa berwajah baharu, kami akan menukar setiap lukisan secara berperingkat. Dengan cara ini, pengunjung yang datang buat kali kedua dalam masa setahun tidak akan melihat lukisan yang sama," katanya. Berpeluang meneliti setiap lukisan yang dipamerkan, teknik 3D ditonjolkan menerusi bayangan yang dilukis pada sudut tertentu. Selain itu, tona warna juga memainkan peranan penting untuk memberi kesan hidup pada lukisan. Aras bawah muzium ini menyajikan pengunjung dengan karya lukisan termasyhur seperti Monalisa dan Van Gogh. Terdapat juga lukisan pengembaraan Makam Mesir yang diadaptasi daripada zaman kegemilangan Firaun dan piramid. Turut memberi variasi, lukisan Adiwira Klasik turut ditempatkan di aras sama. Meninjau ke tingkat atas bangunan, konsep lukisan yang persembahkan terdiri daripada alam haiwan dan kehidupan marin. "Kami mengharapkan muzium ini bukan sahaja menghiburkan tetapi mampu menonjolkan sisi kreatif pengunjung. "Walaupun apa yang ditampilkan di sini berbeza dengan karya 3D jalanan yang popular di Barat, ia masih menjanjikan pengalaman baru kepada pengunjung. "Kami akan berusaha untuk meningkatkan persembahan lukisan dari semasa ke semasa," azam Monica yang sentiasa mahu mencari pembaharuan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke i-City. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





























0 ulasan:
Catat Ulasan