Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Tiada Penjamin, Zarina Anjoulie Kena Tahan Di Penjara
- Vanidah Tidak Halang Rashidi Aktif Semula Dalam Muzik
- Soo Wincci Tidak Lupakan Asal Usul Selepas Ke Taiwan
- Hujan Akui Tiada Persembahan Sejak Ramadan Lalu
- Kanang Anak Langkau Meninggal Dunia
- Pasangan tua turut dicekup
- Lelaki mengaku bersalah pukul isteri guna besi
- Hanya empat murid daftar diri
- Pelakon didakwa miliki dadah
- Kekecewaan Yuna
- Keluar kepompong sehaluan VIP -
- Sabon akhirnya tersungkur
- Wanita dilarang duduk seperti lelaki
- 73 pelarian Rohingya dari Myanmar bakal diusir dari Thailand
- 10,000 sirip ikan jerung dijemur
- Kasut tergantung di wayar elektrik
- Rain disiasat tentera Korea Selatan
- Bapa bagi hantaran RM495 juta untuk perkahwinan anak perempuan
- Barang-barang terbuang ditukar dengan makanan
- Tiga buah sekolah di Terengganu masih ditutup
- Pemandu lori rempuh empat motosikal cedera dibelasah
- Alinah mula tugas Datuk Bandar PJ
- Kebolehbacaan jadi keutamaan
- Perkembangan seni khat seiring teknologi
- Mangsa gempa masih melarat
| Tiada Penjamin, Zarina Anjoulie Kena Tahan Di Penjara Posted: 02 Jan 2013 08:12 PM PST Zarina dibawa ke Kompleks Penjara Kajang pada petang Rabu selepas tiada ahli keluarga tampil mengikat jamin pelakon itu. Menurut laporan Harian Metro, Zarina, 27, dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh Majistret Nazri Omran dengan syarat penjamin daripada ahli keluarga dan sebutan semula kes pada 8 Februari ini. Rakan lelakinya iaitu Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun dibebaskan selepas dijamin oleh abangnya. Sebelum itu kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliko dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, empat hari lalu. Malu...Zarina dibawa keluar daripada mahkamah selepas dituduh bersama seorang rakan lelaki memiliki dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, empat hari lalu. Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. | ||
| Vanidah Tidak Halang Rashidi Aktif Semula Dalam Muzik Posted: 02 Jan 2013 08:11 PM PST Rashidi memberitahu mendapat sokongan penuh daripada isterinya untuk kembali aktif dalam bidang muzik. Rashidi berkata, isterinya itu sering menjadi pendorongnya dan rakan-rakan lain dalam kumpulan Dead Mushroom untuk kembali aktif sebagai pemain muzik. "Walaupun selepas berkahwin saya kelihatan lebih banyak berlakon daripada memberikan tumpuan dalam bidang muzik tetapi itu tidak bererti dia (Vanidah) menghalang saya. "Malah dia sentiasa menyokong penuh perjuangan saya bersama Dead Mushroom kerana itu adalah minat yang masih menjadi keutamaan saya," jelasnya kepada mStar Online. Malah kata Rashidi, dia dan rakan-rakannya akan menghasilkan sebuah album mini pada tahun ini yang sedang dalam proses pembikinan sebagai persediaan bagi melancarkan kembali kerjaya muzik mereka. Vanidah telah menghadiahkan sebuah gitar kepada Rashidi sebagai tanda sokongan kepada suaminya itu. Malah kata Rashidi, dia juga sering menjalani latihan apabila mempunyai masa lapang bagi memantapkan lagi kemunculan mereka nanti. "Saya cukup terharu apabila isteri menghadiahkan sebuah gitar yang telah menjadi idaman saya sebagai tanda sokongannya kepada saya. "Vanidah sentiasa menjadi tulang belakang saya dalam apa yang saya lakukan," jelasnya. Sementara itu, selain album baru bersama Dead Mushroom, Rashidi juga bakal muncul dengan filem Husin, Mon & Jin Pakai Toncit arahan Mamat Khalid pada 9 Februari depan. | ||
| Soo Wincci Tidak Lupakan Asal Usul Selepas Ke Taiwan Posted: 02 Jan 2013 08:10 PM PST Soo Wincci sedang sibuk menyiapkan album terbarunya di Taiwan. Soo Wincci, 27, berkata, dia sentiasa sedar tentang asal usulnya dan menjelaskan kejayaan yang dikecap hari ini adalah kerana sokongan para peminat di Malaysia. "Peluang yang saya terima untuk melebarkan sayap ke luar negara tidak akan berlaku jika kerjaya di negara sendiri tidak berkembang dan saya sentiasa menghargai semua peminat di sini kerana merekalah dorongan utama saya. "Atas sebab itu juga saya akan tetap mengutamakan negara sendiri kerana saya inilah tempat saya bermula dan bukannya di peringkat antarabangsa," jelasnya kepada mStar Online. Soo Wincci turut mencontohi sikap penyanyi Yuna yang tidak pernah melupakan peminat tempatan dan sering berulang alik dari Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur untuk bertemu peminat. Dalam pada itu, Soo Wincci mengakui jadualnya kini amat padat dengan pelbagai aktiviti di Taiwan sebelum albumnya dilancarkan untuk pasaran Asia pada waktu terdekat ini. Soo Wincci bagaimanapun berkata, walaupun sibuk dengan pelbagai projek dia akan memastikan pada hujung minggu dia akan berada di Kuala Lumpur. Soo Wincci berjanji akan tetap mengutamakan peminat di Malaysia walaupun semakin dikenali di peringkat antarabangsa. "Walaupun penat tetapi saya puas dapat kembali ke negara sendiri demi peminat kerana tidak mahu melupakan mereka yang terlebih dahulu mengenali siapa saya," katanya. Sementara itu, Soo Wincci memberitahu album berbahasa Malaysia nyanyiannya sudah pun siap sepenuhnya namun memberi laluan kepada album berbahasa Mandarin terlebih dahulu untuk dilancarkan. Katanya, selepas semua aktiviti promosi di Taiwan selesai dia akan menumpukan sepenuhnya terhadap album yang mendapat sentuhan Ajai itu. "Buat permulaan saya telah melancarkan single bersama Joe Flizzow berjudul Terus Teranglah dan album penuh akan menyusul selepas aktiviti promosi di Taiwan selesai," katanya. | ||
| Hujan Akui Tiada Persembahan Sejak Ramadan Lalu Posted: 02 Jan 2013 08:09 PM PST Noh SallehNoh, 28, berkata, ahli-ahlinya juga secara tiba-tiba menyepikan diri mungkin kerana sibuk dengan urusan tersendiri. "Saya pun tak tahu kenapa, tetapi mungkin kami terlalu penat terutamanya selepas pertandingan Versus (yang berlangsung dari Mac hingga Jun 2012) sehinggakan semuanya lesap seketika dan masin-masing dengan urusan sendiri. "Bagaimanapun sepi kami itu tidak bermaksud Hujan akan berpecah. Senang cakap, kami hilangkan tekanan sebagai persediaan melangkah ke tahun baru 2013. "Pada sambutan tahun baru lalu, kami telah mengadakan konsert ambang Tahun Baru 2013 di Putrajaya. Kiranya ia adalah penampilan pertama kami selepas beberapa bulan 'menghilangkan' diri," katanya. Kumpulan HujanTambahnya lagi kehilangan sementara ahli-ahlinya itu tidak mungkin dapat melenyapkan nama Hujan terus daripada industri muzik kerana mereka bahawa kumpulan itu akan terus bersama memperjuangkan muzik yang dibawa selama ini. "Sejak enam tahun kumpulan ini ditubuhkan, kami hanya mengamalkan konsep percaya antara satu sama lain. "Andai kata ada ahli yang lesap seketika, bererti dia mempunyai urusan penting yang perlu dilaksanakan. "Kami akan bertahan selagi kepercayaan itu ada pada diri masing-masing," ujarnya. Tambah Noh, Hujan juga bakal sibuk menyertai Festival Midem yang akan berlangsung di Cannes, Perancis pada 26 hingga 28 Januari ini. Malah mereka bakal mengadakan konsert jelajah seluruh negara selama sebulan pada Februari depan. | ||
| Kanang Anak Langkau Meninggal Dunia Posted: 02 Jan 2013 08:08 PM PST Gambar menunjukkan Kanang Anak Langkau menunjukkan pingat yang diterimanya semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Darat ketika ditemui di kediamannya pada tahun 2010. Ketika gambar ini diambil, Kanang merupakan satu-satunya penerima Pingat Seri Pahlawan dan Pingat Gagah Berani yang masih hidup. Beliau mengadu sakit dada ketika menonton televisyen di kediamannya di Sg Apong sebelum pengsan dan dikejarkan ke hospital. Kanang, 65, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1962 hingga 1963. | ||
| Posted: 02 Jan 2013 05:11 PM PST Antara pasangan yang ditahan Jais dalam operasi malam kelmarin. Dalam operasi sempena sambutan tahun baru itu, seramai 21 pasangan berusia dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun ditahan. Serbuan melibatkan hotel bajet di Goh Tong, Samudera dan Sunway Batu Caves. Pasangan berusia awal 60-an itu mendakwa berasal dari Kelantan dan menginap di hotel tersebut kerana bercuti. Ketika disoal penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor, mereka pada mulanya mengaku suami isteri bagaimanapun gagal menunjukkan sijil nikah ketika diminta berbuat demikian. Turut ditahan ketika serbuan ialah pasangan yang mendakwa sudah bertunang dan memberikan alasan terpaksa tinggal sebilik kerana hotel penuh. Situasi agak tegang pada mulanya apabila pasangan terbabit enggan membuka pintu hotel ketika diketuk penguatkuasa namun akhirnya terpaksa akur. Selain itu, hotel bajet turut dijadikan lokasi penginapan sepasang kekasih yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam sejak Ahad lalu. Pegawai Jais yang mengetuai operasi tersebut, Luqman Ramli berkata, kesemua pasangan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan operasi berakhir pada jam 5 pagi. Katanya, operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela). Luqman berkata, kesemua pasangan tersebut ditahan di bawah Seksyen 29 (1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1999/1995 kerana berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan atau berkhalwat. "Untuk tindakan selanjutnya, kesemua pasangan tersebut perlu menghadirkan diri di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak di Kuang pada 3 Januari ini. "Operasi tersebut juga turut menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang sampel air kencingnya didapati positif dadah," katanya. Sementara itu, wakil MPS memaklumkan, daripada lima hotel bajet yang diserbu, tiga daripadanya dikesan tidak memperbaharui lesen perniagaan. Terdapat juga hotel yang tidak mempunyai lesen perniagaan dan tindakan kompaun dikenakan ke atas pengusaha terbabit di bawah Undang-Undang Kecil bahagian Hotel. | ||
| Lelaki mengaku bersalah pukul isteri guna besi Posted: 02 Jan 2013 05:10 PM PST Tertuduh diiringi polis masuk ke mahkamah untuk berdepan tuduhan memukul isterinya, semalam. Hukuman terhadap lelaki itu bagaimanapun ditangguhkan sementara menunggu laporan perubatan berhubung kecederaan yang dialami mangsa. Mohd Zulkifli Husein, 38, dari Jalan Hospital, di sini didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Siti Meriam Mohamad, 37, di rumah tidak bernombor Kampung Che Deris Badang di sini, pada jam 8.15 malam, 28 Disember lalu. Tertuduh dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu. Prosiding dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly. Terdahulu, Noor Dayana menawarkan jaminan RM8,000 dan tertuduh merayu jumlah jaminan itu dikurangkan. Mohd Fazaly Ali bagaimanapun mengekalkan jumlah jaminan terbabit. Kes bersambung 3 Mac depan. | ||
| Posted: 02 Jan 2013 05:08 PM PST Empat murid, lima guru termasuk Muhaini (tiga kiri, belakang) dan seorang kakitangan sokongan tetap meneruskan sesi persekolahan. Murid tahun enam, Muhammad Azrol Amri Salim, meneruskan sesi pembelajarannya bersama guru Pendidikan Agama Islam, Khairul Nizam Khamis. Muhammad Zulkiflie Ikhmal Mohd Fauzie diajar oleh gurunya, Lee Choong Sing penggunaan komputer. Murid tahun satu, Ahmad Nursyarwani Ahmad Kamal, seorang diri belajar bersama guru Bahasa Melayunnya, Idrus Baki ketika sesi pembelajaran. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tebing Rebak, Hajar Abdul Samad berkata, sekolah itu hanya mempunyai seorang murid dalam tahun satu, tiga, lima dan enam. Menurutnya, masalah kekurangan murid di sekolah tersebut bermula sejak 10 tahun lalu, yang mana hanya tinggal 12 murid pada ketika itu dan bilangan murid semakin susut dari setahun ke setahun. "Kampung Tebing Rebak mempunyai 120 penduduk sahaja, yang mana terdapat 40 rumah. Kebanyakan penduduk terdiri daripada mereka yang sudah berusia, manakala remaja lepasan sekolah berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki. Ia antara punca masalah kekurangan murid di sekolah ini. "Sebelum ini, PIBG ada mempelawa murid dari sekolah lain sebagai salah satu cara menambah bilangan murid, namun gagal," katanya ketika ditemui, semalam. Beliau turut memaklumkan bahawa SK Tebing Rebak telah dibina sejak 1950 dan kini dikendalikan Guru Besar, Muhaini Ibrahim dengan dibantu empat guru serta seorang kakitangan sokongan. Tidak menjadi halangan Menceritakan serba sedikit latar belakang sekolah, Hajar memaklumkan, pada awalnya SK Tebing Rebak menerima kehadiran 54 murid dan dikatakan meningkat setiap tahun sebelum bermulanya masalah kekurangan murid. Katanya, masalah berkenaan bagaimanapun tidak menjadi halangan kepada ibu bapa dan penduduk Kampung Tebing Rebak untuk bersama-sama menjayakan pelbagai program anjuran pihak sekolah. Lebih membanggakan, menurut Hajar, SK Tebing Rebak tetap diiktiraf mendapat pencapaian terbaik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di peringkat daerah dan negeri pada tahun lalu sungguh pun hanya mempunyai empat murid. "Walaupun mempunyai bilangan murid sedikit, sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan komputer serta internet, perpustakaan, program makanan tambahan (RMT) dan menerima pelbagai bantuan daripada Kementerian Pelajaran. Sama seperti sekolah lain. "Pihak sekolah juga tetap menjalankan pelbagai aktiviti termasuk sukan tahunan sekolah dengan melibatkan penduduk kampung," jelasnya. Sesi pembelajaran diteruskan Sementara itu, Pemangku Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Idris Ramli berkata, sesi pembelajaran di SK Tebing Rebak akan diteruskan selagi ada murid mendaftar dan belajar di situ. Menurutnya, mana-mana murid yang belajar di sekolah dalam negeri Perak, termasuk SK Tebing Rebak mempunyai hak mendapat pendidikan walaupun hanya tinggal seorang murid sahaja dalam sesebuah sekolah. "Bagaimanapun, kita akan meneliti keperluan guru mengikut waran ditetapkan dan satu penyelarasan akan dibuat mengikut jumlah murid serta kelas yang layak bagi SK Tebing Rebak," katanya. Kelebihan bagi murid Masalah kekurangan murid di SK Tebing Rebak secara tidak langsung beri kelebihan kepada muridnya mendapat layanan istimewa termasuk murid tahun satu, Ahmad Nursyarwani Ahmad Kamal yang baru mendaftar di sekolah itu, semalam. Ahmad Nursyarwani bukan sahaja mendapat layanan istimewa, malah menjadi anak emas pada hari pertama persekolahannya. Murid tahun satu SK Tebing Rebak itu menjalani persekolahan bersama tiga murid lain, iaitu Muhammad Zulkiflie Ikhmal Mohd Fauzie, 9, Muhammad Azrul Tarmizi, 11, dan Muhammad Azrol Amri Salim, 12. Sungguhpun hanya seorang diri dalam kelasnya, Ahmad Nursyarwani tetap ceria dan bersemangat menempuh alam persekolahan. "Seronok sekolah walaupun seorang diri dalam kelas tetapi saya ada kawan lain dari kelas lain," katanya. Ahmad Nursyarwani juga menyatakan tidak bosan belajar seorang diri, malah teruja dapat belajar pelbagai mata pelajaran pada hari pertama persekolahannya. "Hari ini saya belajar macam-macam dari cikgu. Seronok sangat walaupun hanya ada tiga orang kawan di sekolah dan bila besar nanti, saya mahu menjadi seorang angkasawan," katanya. | ||
| Posted: 02 Jan 2013 05:02 PM PST
PETALING JAYA - Pelakon dan model wanita kontroversi, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam bersama seorang lagi rakannya atas tuduhan memiliki dua biji pil eramin 5, empat hari lalu. Zarina, 27, dan rakan lelakinya yang juga seorang pelajar kolej, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nazri Omran. Zarina terpaksa ditahan di Penjara Kajang sementara menunggu tarikh sebutan berikutan tiada siapa membayar wang jaminan RM2,000 yang ditetapkan oleh mahkamah. Selebriti yang pernah membintangi drama Anak Pontianak itu didakwa bersama-sama rakan lelakinya memiliki dua biji pil dadah tersebut dengan anggaran berat 0.6 gram di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai di sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember tahun lepas. Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd. Bukhari Wan Mohd. menawarkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh. Peguam Mohd. Haijan Omar yang mewakili kedua-dua tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah agar mengurangkan wang jaminan tersebut atas alasan anak guam masih belajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Nazri kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan syarat penjamin merupakan ahli keluarga mereka. Mahkamah menetapkan pada 8 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia. Mohamad Fakhruzaim membayar wang jaminan. Sebuah akhbar kelmarin melaporkan pelakon dan model wanita terkenal dengan pelbagai kontroversi itu ditahan bersama teman lelakinya di kediaman mewah di Damansara Damai. Semasa ditahan pasangan itu didapati menyimpan dua biji pil disyaki eramin 5 dengan anggaran berat 0.6 gram. Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada di dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama walaupun polis sudah memperkenalkan diri. Selepas pegawai yang mengetuai serbuan itu mengetuk pintu rumah tersebut, suspek wanita membuka tingkap tetapi segera menutup semula pintu itu selepas menyedari orang itu merupakan polis. Pada 2011, Zarina pernah ditahan oleh anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor bersama-sama seorang lagi rakannya dalam satu operasi di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang. Bagaimanapun, ujian air kencing yang dilakukan terhadap Zarina yang ditahan ketika itu mendapati dia negatif dadah jenis ketamin. Zarina yang lebih mesra disapa sebagai Anju menjadi perhatian ramai gara-gara gambar seksi dan mengghairahkan miliknya tersebar di alam maya yang dipetik daripada majalah FHM versi Indonesia. Foto-foto tersebut menjadi kecaman dan kutukan banyak pihak kerana aksi-aksi panasnya itu. | ||
| Posted: 02 Jan 2013 05:01 PM PST
PENYERTAAN penyanyi bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai atau Yuna di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 2009. Menerusi AJL ke-24 (AJL 24) tersebut, dia tampil dengan lagu popularnya, Dan Sebenarnya. Sukses meraih gelaran naib juara AJL 24, Yuna seterusnya beraksi di pentas AJL pada tahun 2010 pula menerusi lagu Cinta Sempurna. Tahun berikutnya iaitu pada 2011, Yuna sekali lagi tercalon dalam AJL dengan mempertaruhkan lagu Gadis Semasa dan Penakut. Namun, lagu ciptaannya itu tidak berjaya dinobatkan sebagai lagu terbaik. Bagaimanapun pada tahun ini, Yuna yang tercalon sekali lagi dalam AJL menerusi lagu hit, Terukir Di Bintang secara tiba-tiba menarik diri seminggu sebelum AJL ke-27 (AJL 27) berlangsung kerana bertembung dengan jadual rakaman album baharunya. Mengaku kecewa dan sedih kerana tidak dapat menyanyikan sendiri lagu ciptaannya di AJL 27, Yuna bagaimanapun berkongsi berita gembira kerana kini dia sedang sibuk menjalani rakaman untuk album keduanya dengan sebuah syarikat rakaman popular di Amerika Syarikat. Kosmo! menghubungi Yuna untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penarikan dirinya dalam AJL 27. Kosmo!: Kenapakah Yuna menarik diri daripada membuat persembahan pada AJL 27 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 Januari ini? YUNA: Saya tidak tarik diri cuma tidak dapat membuat persembahan pada AJL atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, akan ada penyanyi lain yang akan gantikan tempat saya. Boleh beritahu urusan apakah yang menyebabkan Yuna tidak boleh beraksi di pentas AJL? Saya sibuk dengan rakaman album kedua di Amerika Syarikat. Terpaksa ikut jadual penerbit di sana. Siapakah penyanyi yang akan menggantikan tempat Yuna? Pengganti itu saya tidak dapat nak komen. TV3 akan maklumkan nanti sebab ia masih dalam perbincangan antara pihak saya dan TV3. Kenapakah jadual boleh bertembung sedangkan tarikh AJL sudah diberitahu lebih awal? Sebelum ini Yuna pernah beritahu pihak label di sana (Amerika Syarikat) tiada hak untuk halang aktiviti Yuna di Malaysia? Memang betul tapi disebabkan rakaman sudah dirancang awal oleh pihak pengurusan, saya terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh syarikat rakamannya di Amerika Syarikat. Ada khabar mengatakan Yuna tidak mahu buat persembahan di AJL sebab merajuk dengan layanan industri Malaysia. Betulkah? Tak betul. Saya memang tidak dapat balik atas urusan kerja. Boleh beritahu siapakah calon-calon yang dipilih Yuna untuk menyanyikan lagu Terukir Di Bintang? Calon-calonnya buat masa ini kami masih tengah double confirm. Bila sudah confirm TV3 sendiri akan beritahu. Adakah Yuna kecewa tidak dapat beraksi di pentas AJL tahun ini? Kecewa dan sedih tapi kerana kerja terpaksa berkorban. Khabarnya kontrak Yuna bersama syarikat rakaman Fader sudah tamat. Kenapakah? Apa yang boleh saya komen tentang perkara ini, saya sudah lakukan yang terbaik di Amerika Syarikat. Alhamdulillah saya dapat tawaran lebih bagus daripada syarikat rakaman lain. Khabarnya Yuna disunting oleh syarikat rakaman yang bertempat di California, Verve Records. Benarkah? Maaf buat masa ini saya diminta untuk merahsiakan dulu nama syarikat berkenaan. Apakah perkembangan terbaharu Yuna? Saya sekarang tengah sibuk merakamkan album kedua untuk keluaran antarabangsa di bawah naungan label baharu. | ||
| Keluar kepompong sehaluan VIP - Posted: 02 Jan 2013 05:01 PM PST
ATURAN yang jelas dalam gerak langkah seorang anak muda berkulit cerah setinggi 177 sentimeter itu ketika fotonya dibidik oleh jurufoto Kosmo!, Nooradzrene Mohd. Noor. Memilih lokasi serba sibuk di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur atau secara tepatnya di Bukit Bintang adalah ironi kepada pergerakan langkahnya dalam arena seni - perlahan tapi pasti. Kata Fadlan atau nama penuhnya Fadlan Hazim Anwar, 20, seperti mana kehidupan yang memerlukan keseimbangan begitu juga pilihannya bergerak dalam kerjaya selaku anak seni. "Saya memilih untuk seimbang, tidak terlalu mengejar populariti atau sensasi tapi tidak dinafikan populariti itu perlu untuk naik. Dalam masa yang sama, duit juga prioriti untuk memastikan kita kekal bergerak. "Semahu-mahunya saya enggan dicop sebagai seorang artis yang hanya harapkan muka," jelasnya. Tambahnya, bakat lebih penting daripada rupa atau populariti kerana rupa adalah bonus. Tegas Fadlan: "Apabila rupa sudah tiada, bakat pula sederhana, akhirnya duduk rumah juga." Fadlan bagaimanapun cuba mengikis persepsi masyarakat sekeliling yang melihatnya bergantung pada rupa semata-mata untuk mencuri tumpuan. "Susah apabila awal-awal lagi sudah kena label cari makan dengan rupa, tetapi saya akan cuba buktikan bahawa saya hidup berdasarkan bakat dan bukannya rupa," ujarnya ketika yang ditemui usai sesi fotografi. Anak ikan Soal rupa masih menjadi pokok perbualan. Pernah suatu ketika sewaktu pengunduran Fadlan daripada kumpulan VIP timbul gosip liar yang mengatakan bahawa anak jati Kuala Lumpur itu ditaja oleh beberapa orang kenamaan sekali gus meletakkan label Fadlan sebagai 'anak ikan' (lelaki muda yang menjadi pendamping). Situasi sedikit tegang dan Fadlan terhenti seketika menarik nafas. Katanya, label yang lebih teruk pernah diberikan kepada dia serta anggota kumpulan VIP ketika mereka mula melangkah masuk menjadi penyanyi. "Saya faham bahawa anggota kumpulan VIP kebanyakannya muda-muda, malah ada yang menggelarkan kami 'adik-adik' (lelaki lembut) selain anak ikan. "Namun, hanya individu yang rapat tahu siapa saya. Saya bukan anak ikan dan makan duit haram. Saya tak mahu malukan keluarga saya," getusnya bertegas. Mengecilkan skop perbualan pada petang itu, soal hati dan bicara cinta mengisi slot yang berbaki. Kata Fadlan, dia enggan melihat dirinya hanyut bercinta sementelah ruang masa dan peluang yang diberi kini perlu dimanfaatkan untuk berkerja. "Saya bukan seorang yang suka bersosial, masa yang ada hanya untuk bekerja dan bersama keluarga. Kenapa saya perlu buang masa memikirkan soal bercinta, komitmen dan sakit hati sedangkan saya ada peluang untuk merasa gembira tanpa terbeban dengan masalah cinta. "Sudah banyak kali saya putus cinta dan sudah masak dengan dunia fantasi sebegitu. Buat masa sekarang fokus saya adalah kerjaya saya," tegas Fadlan berterus-terang. Jual mahal atau terlalu memilih? Ujar Fadlan dia memberikan ruang sementara waktu masih sihat untuk berkerja dan mencari rezeki. "Bukan tak mahu mencari atau menerima tapi beri saya masa untuk fikirkan soal kerja dan cari rezeki. Insya-Allah pada umur 25 tahun saya akan mencari," jelasnya. Ditanya mengenai perancangannya selepas ini sama ada mahu menyambung pelajaran atau tidak, jawab Fadlan dia mungkin meneruskan hasrat keluarganya untuk menggenggam segulung ijazah. Sebelum ini Fadlan pernah belajar di Universiti Multimedia Cyberjaya selama satu semester dalam bidang Filem dan Animasi pada tahun 2010. VIP Tahun 2012 yang kini berlalu sudah, telah memaksa Fadlan berfikir ke arah melakar kecemerlangan dalam dua bidang yang diceburinya iaitu lakonan dan nyanyian. Keluar daripada kumpulan VIP tidak mengganggu fokusnya. Alasan Fadlan, dia terpaksa mengundur diri berikutan perjuangan muzik yang tidak sealiran. "VIP memperjuangkan muzik rancak, lincah dan wajib menari sebaliknya saya lebih sukakan muzik hip hop dan rap. "Oleh kerana kurang persefahaman sesama ahli dan saya, adalah lebih baik saya keluar membawa haluan sendiri. Selama setahun bersama VIP saya banyak belajar tentang dunia muzik dan kematangan berfikir mencorak masa depan," ulasnya. VIP tampil dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Fadlan, Ryan, Yandy, Marlon dan Adam AF. Tidak mengandaikan perjuangan bersama VIP selama setahun merupakan satu kesilapan, tambah Fadlan tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan kembali bersatu. "Saya gembira bersama VIP dan selepas setahun saya baru tahu asam garam bersama sesebuah kumpulan. Mungkin satu masa nanti kami akan kembali bergabung sebagai satu kumpulan semula," kata Fadlan. Langkahnya kini disusun untuk meneruskan impiannya dalam muzik hip hop, rap, R&B serta pop dan berusaha untuk mengeluarkan albumnya sendiri. "Memanglah lagu yang saya cipta tidak sebaik komposer terkenal tapi Insya-Allah perlahan-lahan saya mendaki untuk sampai ke puncak nanti," simpulnya. | ||
| Posted: 02 Jan 2013 05:00 PM PST ![]() KUMPULAN Sabon hanya mampu bertahan sehingga minggu ketujuh dalam Maharaja Lawak 2 ini. MENJADI juara Maharaja Lawak Mega (MLM) pada musim pertama bukan satu jaminan untuk Abon mengulangi semula kejayaannya itu pada musim kedua ini. Dia yang muncul berpasangan dengan Sathiya menerusi kumpulan Sabon akhirnya terpaksa menghentikan usaha dan perjuangan mereka di gelanggang MLM musim kedua apabila diumumkan sebagai kumpulan yang tersingkir pada minggu ketujuh, Jumaat lepas. Setelah tiga minggu berturut-turut berada di kedudukan tiga yang terendah, Sabon terpaksa menerima kenyataan bahawa lawak yang diketengahkan oleh mereka pada minggu ini gagal memenangi hati juri dan penonton. Ketika ditemui sejurus selepas berakhirnya program tersebut, Abon berkata, meskipun berasa kecewa dengan keputusan itu, namun mereka berpuas hati dengan pencapaian yang telah dibuat sehingga minggu ketujuh. "Berjaya bertahan sehingga minggu yang ketujuh pun sudah cukup membuatkan kami berasa gembira dan ia merupakan satu kejayaan buat kami. "Hal ini kerana rakan-rakan pelawak lain yang sezaman dengan kami telah pun meninggalkan gelanggang MLM 2 sejak awal-awal lagi dan ini membuktikan bahawa peminat masih boleh menerima lawak yang kami ketengahkan," ujarnya yang muncul sebagai juara MLM musim pertama bersama dengan Os menerusi kumpulan Osbon. Bagi Sathiya pula, Sabon telah memberikan persembahan yang terbaik pada setiap minggu. Bagaimanapun, mereka terpaksa akur dengan format pemarkahan pertandingan itu yang turut mengambil kira undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton. "Jika diikutkan, kami sering mendapat komen yang positif daripada juri, namun memandangkan penonton turut menyumbang sebanyak 30 peratus melalui undian SMS, kami terima keputusan ini dengan hati terbuka. "Bagaimanapun, perjuangan kami dalam bidang lawak tidak akan terhenti di sini kerana kami akan terus berlawak walau di mana-mana sahaja memandangkan ini adalah dunia kami," katanya yang telah menceburi bidang lawak jenaka selama 28 tahun. Gelanggang MLM minggu ketujuh menyaksikan tujuh kumpulan perlu mencabar kreativiti mereka apabila diberikan dua tema tugasan, iaitu Loghat dan Kembali ke Sekolah. Jozan dan Jambu dilihat yang paling berjaya mencuri hati penonton apabila lawak bersahaja yang dibawakan mereka berjaya menggamatkan auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), terutamanya babak antara seorang guru dengan pelajar oleh kumpulan Jambu yang dianggap oleh juri sebagai kreatif dan lain daripada yang lain. Jambu bagaimanapun dikritik oleh juri, Lisa Surihani sebagai membawakan jalan cerita yang kabur, namun tetap menghiburkan untuk drama di kedai tomyam bagi pusingan yang pertama. Begitu juga bagi Jozan yang dianggap sebagai bernasib baik oleh juri, Najib Ali kerana mempunyai aura yang membuatkan penonton akan ketawa tidak kira walau apa pun yang mereka lakukan. Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada satu-satunya kumpulan yang berasal dari Indonesia yang masih lagi bertahan, iaitu Saywho yang mencuba untuk bercakap dalam dialek Kelantan, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Meskipun kedengaran janggal, mereka berjaya membuktikan kepada penonton bahawa mereka merupakan pelawak yang versatil. Kedudukan peratusan keseluruhan bagi minggu ketujuh menyaksikan Jozan mengungguli carta dengan 70 peratus, Jambu (62 peratus), Shiro (62 peratus), Saywho (57 peratus), Boboi (57 peratus), R2 (56 peratus) dan Sabon (51 peratus). MLM yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) itu akan bersiaran dari Kuala Terengganu untuk konsert seterusnya pada minggu hadapan. | ||
| Wanita dilarang duduk seperti lelaki Posted: 02 Jan 2013 04:55 PM PST ![]() SEORANG wanita membonceng sebuah motosikal di Banda Aceh semalam. BANDA ACEH, Indonesia - Sebuah bandar di sini akan melarang wanita daripada duduk seperti lelaki ketika membonceng motosikal bersama kaum Adam, kata datuk bandarnya semalam kerana beliau menganggap posisi tersebut tidak sopan. Langkah itu diambil selepas pemimpin-pemimpin wilayah berkenaan mendraf beberapa rang undang-undang baharu termasuk melarang wanita berseluar ketat, merejam suami atau isteri yang berzina dan merotan pesalah homoseks. Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah. Di bawah undang-undang baharu itu, wanita di bandar Lhokseumawe, utara, Pulau Sumatera perlu membonceng dengan kedua-dua kaki mereka terjuntai di sisi motosikal. "Wanita yang membonceng motosikal tidak boleh duduk seperti menunggang kerana ia akan membangkitkan nafsu penunggang lelaki. Peraturan itu juga bagi melindungi wanita daripada sebarang perkara yang tidak diingini," kata Datuk Bandar, Suaidi Yahya. "Tidak sopan untuk wanita duduk seperti lelaki. Kami melaksanakan undang-undang Islam di Lhokseumawe," tambahnya. Namun, kata Suaidi, wanita-wanita dibenarkan duduk seperti lelaki jika motosikal berkenaan dikendalikan mereka. Bagaimanapun, katanya, mereka mereka perlu berpakaian sopan menurut cara Islam. Beliau merancang menghebahkan larangan itu dalam tempoh beberapa minggu lagi dan membincangkannya dengan ulama-ulama sebelum peraturan tersebut dikuatkuasakan. Aceh mula melaksanakan undang-undang syariah selepas wilayah tersebut diberikan kuasa autonomi khas pada 2001. Pihak berkuasa wilayah berkenaan kerap melaksanakan hukuman rotan ke atas mereka yang didapati meminum arak dan berjudi. | ||
| 73 pelarian Rohingya dari Myanmar bakal diusir dari Thailand Posted: 02 Jan 2013 04:54 PM PST ![]() SEBUAH bot yang membawa 73 pelarian Rohingya diapit dua bot pihak berkuasa Thailand di Phuket kelmarin. PHUKET, Thailand - Beberapa pegawai berkata, 73 orang pelarian Rohingya dari Myanmar yang ditemui menaiki sebuah bot di Laut Andaman dekat pulau peranginan di sini akan dihantar pulang ke negara mereka. Gabenor Phuket, Maitri Inthusut semalam berkata, semua pelarian tersebut memberitahu, mereka tidak dapat meneruskan perjalanan ke Malaysia kerana keletihan dan takut sesuatu yang buruk akan berlaku ketika berada di laut. Maitri berkata, 73 orang pelarian termasuk 12 orang kanak-kanak itu akan dihantar pulang ke Myanmar dengan menggunakan pengangkutan darat yang disediakan oleh polis imigresen negara ini. Pihak berkuasa Thailand memberikan para pelarian Rohingya itu ubat-ubatan, makanan dan minyak selepas mereka ditemui kelmarin. Dasar kerajaan Thailand adalah tidak menerima pelarian tetapi akan membantu mereka untuk memasuki negara ketiga. | ||
| 10,000 sirip ikan jerung dijemur Posted: 02 Jan 2013 04:53 PM PST ![]() LEBIH 10,000 sirip ikan jerung dijemur di atas bumbung sebuah kilang di Hong Kong semalam. HONG KONG - Lebih 10,000 sirip ikan jerung dijemur di atas bumbung sebuah kilang memproses hidupan laut di sini semalam. Sirip ikan jerung itu dihantar ke kilang tersebut dari sebuah lokasi yang tidak didedahkan. Harga untuk setiap 453.59 gram sirip itu ialah antara AS$369 (RM1,120) hingga AS$459 (RM1,393) di sini. ![]() GAMBAR dari jarak dekat menunjukkan sirip ikan tersebut yang dijemur. Sirip itu dijadikan sup yang dijual di restoran mewah. Ia juga dijual di kedai-kedai ubat Cina yang dipercayai boleh meningkatkan kualiti kulit, menguatkan tenaga batin, mengelak terkena sakit jantung dan merendahkan paras kolesterol. | ||
| Kasut tergantung di wayar elektrik Posted: 02 Jan 2013 04:51 PM PST ![]() SEJUMLAH kasut tergantung pada wayar elektrik di Taman Letna, Prague semalam. PRAGUE, republik Czech - Sejumlah kasut tergantung pada wayar elektrik di Taman Letna di sini. Kasut-kasut itu milik para pemain papan beroda yang membalingnya ke arah wayar tersebut. Mereka membaling kasut-kasut yang rosak dan tidak lagi boleh digunakan. | ||
| Rain disiasat tentera Korea Selatan Posted: 02 Jan 2013 04:51 PM PST ![]() AFP GAMBAR yang dirakamkan dari laman majalah Dispatch semalam menunjukkan Rain (kanan) dan Tae-hee (kiri) memasuki sebuah kereta. SEOUL - Bintang pop Korea Selatan, Rain disiasat oleh pihak tentera selepas beberapa gambar paparazi menunjukkan dia keluar temu janji bersama seorang aktres terkenal di sini. Kementerian Pertahanan semalam menyatakan, pihaknya kini menyiasat sama ada Rain melanggar undang-undang tentera kerana menemui aktres Kim Tae-hee ketika penyanyi berkenaan sedang bertugas. Rain kini berkhidmat sebagai penghibur pasukan tentera kerana dia memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat negara ini dengan menyertai sistem kerahan tenaga yang diwajibkan ke atas setiap lelaki Korea Selatan. ![]() TAE-HEE Dia tidak dibenarkan mengadakan pertemuan peribadi untuk tujuan rakaman dan persembahan di luar pangkalannya di sini ketika masih bertugas. Mengulas insiden tersebut, pihak kementerian berkenaan menyatakan Rain mungkin dikenakan hukuman penjara berhubung kesalahan itu. Sebuah agensi yang menguruskan Tae-hee mengesahkan bahawa mereka keluar bersama sejak sebulan lalu. Pihak pengurusan Rain pula enggan menafikan atau mengesahkan berita tersebut. Bintang drama popular Full House itu memasuki tentera pada Oktober 2011. Rain dijadual menamatkan khidmat kerahan tenaga pada Julai depan. | ||
| Bapa bagi hantaran RM495 juta untuk perkahwinan anak perempuan Posted: 02 Jan 2013 04:50 PM PST
JINJIANG, China - Seorang ahli perniagaan di sini, Wu Duanbiao bermurah hati apabila beliau memberikan hantaran mencecah 1.01 bilion yuan (RM495 juta) menjelang perkahwinan serba mewah seorang anak perempuannya, menurut beberapa laporan semalam. Menurut akhbar The South China Morning Post, antara hadiah perkahwinan yang diberikan ahli perniagaan itu termasuk empat kotak barang kemas yang diperbuat daripada emas, sebuah buku akaun bank bersama deposit 20 juta yuan (RM9.9 juta) dan portfolio hartanah. Duanbiao merupakan pengerusi firma seramik tempatan, Fujian Wanli Group. Selain itu, beliau memberikan 500 juta saham dalam firmanya yang bernilai lebih 100 juta yuan (RM49.5 juta) kepada pasangan pengantin baharu tersebut. Menurut laporan media tempatan, usahawan berkenaan turut menghulurkan derma berjumlah 15 juta yuan (RM7.4 juta) kepada dua buah badan amal di China. Beliau juga menghadiahkan sebuah kereta Mercedes dan Porsche. Seorang jurucakap firma Duanbiao mengesahkan hantaran tersebut tetapi menafikan majlis perkahwinan itu akan berlangsung selama lapan hari berturut-turut. Menurutnya, majikannya mahu mengadakan acara yang ringkas tetapi meriah. Sebelum ini, sebuah akhbar mendakwa beliau akan mengadakan majlis perkahwinan selama lapan hari bermula 28 Disember tahun lalu untuk menjamu tetamu dalam kalangan orang awam. Pengantin lelaki yang merupakan seorang kakitangan awam sudah mengenali isterinya sejak dari zaman prasekolah. Bagaimanapun nama anak perempuan Duanbiao itu tidak didedahkan. Pada bulan lalu, seorang lagi bilionair di sini mengahwinkan anak perempuannya dengan jumlah hantaran lebih 2.48 bilion yuan (RM1.2 bilion). | ||
| Barang-barang terbuang ditukar dengan makanan Posted: 02 Jan 2013 04:48 PM PST ![]() AFP BEBERAPA kanak-kanak mengumpulkan botol dan tin sebelum menukarkannya dengan pelbagai jenis barang di kedai milik Peerathorn di Bangkok pada 23 Disember tahun lalu. BANGKOK - Sebuah koperasi barang kitar semula ditubuhkan oleh bekas pengutip barang-barang terbuang, Peerathorn Seniwong dan isterinya, Buarin di sini. Skim itu melibatkan 800 ahli bagi membolehkan barang-barang terbuang yang dikutip penduduk miskin akan ditukar dengan pelbagai jenis barang termasuk makanan. Keuntungan koperasi itu dibayar dalam bentuk dividen kepada ahli-ahli dan kemudahan lain seperti insurans nyawa dan membantu membayar yuran perubatan. Peerathorn yang merupakan bekas pengawal keselamatan dan pemandu teksi motosikal mendapat idea untuk menubuhkan koperasi itu selepas enam tahun dia tinggal di bawah jejambat di sini. Barang-barang terbuang yang dihantar ke kedai koperasi itu antaranya ialah tin, botol dan surat khabar. Menurut Buarin, sos ikan, beras, telur, mi segera, ubat gigi dan bahan pencuci merupakan antara barang yang paling menjadi pilihan ahli-ahli koperasi untuk ditukar dengan barang-barang terbuang. ![]() AFP PEERATHORN menyusun barang-barang terbuang di kedai koperasi miliknya. Dia berkata, kira-kira 20 hingga 30 orang mengunjungi kedainya pada setiap hari. Menurut perangkaan Institut Pembungkusan dan Pengurusan Kitar Semula Untuk Mempertahankan Alam Sekitar, terdapat ratusan ribu pengutip barang-barang terbuang dengan pendapatan mereka antara AS$6.50 (RM19.73) hingga AS$10 (RM30.35) sehari. | ||
| Tiga buah sekolah di Terengganu masih ditutup Posted: 02 Jan 2013 04:46 PM PST ![]() GURU dan ibu bapa murid bersama-sama membersihkan bilik darjah yang dipenuhi lumpur akibat banjir di SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu semalam. KUALA TERENGGANU - Sebanyak 27 daripada 30 buah sekolah yang tidak dapat memulakan hari pertama sesi persekolahan 2013 kelmarin ekoran banjir di negeri ini mula dibuka semula semalam. Tiga buah sekolah lagi iaitu Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan dan SK Bukit Tadok di Hulu Terengganu belum boleh dibuka kerana sekolah berkenaan masih digenangi air. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman memberitahu, cuaca yang semakin baik membolehkan sebahagian besar sekolah yang terbabit banjir dibenarkan dibuka semalam. "Cuaca hari ini (semalam) dilihat semakin baik dan saya harap semua sekolah berkenaan dapat dibuka semula esok (hari ini)," katanya ketika membuat lawatan di SK Wakaf Mempelam dekat sini semalam. Kelmarin, 30 buah sekolah melibatkan 12,000 pelajar di Terengganu tidak dapat memulakan penggal baharu persekolahan ekoran banjir gelombang kedua yang melanda negeri itu. Menurut Razif, ibu bapa boleh menghubungi sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sekolah anak-anak mereka. Sementara itu, Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara memaklumkan sehingga pukul 9 malam tadi hanya 41 mangsa masih ditempatkan di dua pusat pemindahan. Daripada jumlah itu, 20 mangsa ditempatkan di Dewan Sivik, Batu 24, Hulu Terengganu manakala 21 mangsa lagi ditempatkan di pusat pemindahan di Setiu. Di Kelantan, mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan berkurangan apabila hanya 18 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Gong Keding masih ditempatkan di SK Bukit Awang, Pasir Puteh. Bagaimanapun, paras air beberapa sungai utama di Kelantan mencatat kenaikan semula dengan Sungai Lebir, Sungai Kelantan di Tangga Krai, Jambatan Guillemard dan Tambatan Diraja serta Sungai Golok di Jenob mencatat bacaan paras berjaga-jaga. Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang pula memaklumkan, hanya sebuah sekolah iaitu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Diniah Kampung Bongor, Pasir Mas masih ditutup kerana laluan utama ke sekolah tersebut masih ditenggelami air dan ia berbahaya kepada murid. | ||
| Pemandu lori rempuh empat motosikal cedera dibelasah Posted: 02 Jan 2013 04:44 PM PST ![]() KEADAAN lori pasir yang merempuh empat buah motosikal di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor semalam. PULAU PINANG - Seorang pemandu lori terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera dibelasah orang ramai apabila kenderaan dipandunya merempuh empat buah motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 9 pagi, pemandu lori pasir yang berusia 40-an itu dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar kesemua motosikal yang menunggu giliran untuk bergerak. Akibat rempuhan itu, seorang penunggang motosikal patah sebelah kakinya, dua cedera ringan manakala seorang lagi bernasib baik kerana tidak cedera. Orang awam yang melihat kejadian itu naik berang apabila cukai jalan lori yang dipandu lelaki terbabit sudah tamat tempoh sebelum beberapa orang membelasah pemandu lori itu. Pemandu lori yang cedera itu kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu. | ||
| Alinah mula tugas Datuk Bandar PJ Posted: 02 Jan 2013 04:43 PM PST ![]() ALINAH memulakan tugas sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya selepas majlis penyerahan nota tugasan di Ibu Pejabat MBPJ di Petaling Jaya semalam. PETALING JAYA - Datuk bandar wanita pertama di Malaysia, Datin Paduka Alinah Ahmad berjanji akan bekerja keras mengemudi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). "Saya ibarat mewakili semua wanita. Semua tertumpu pada saya sama ada saya boleh jalankan tanggungjawab ini atau tidak, tapi saya akan bekerja keras kalau lelaki kerja sekali, saya kena kerja dua kali," katanya selepas majlis penyerahan nota tugasan sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya di sini semalam. Pelantikan Alinah yang berusia 64 tahun itu berkuat kuasa sejak kelmarin. Beliau menggantikan Datuk Roslan Sakiman yang kini dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri pada 1 Oktober lalu. Pada majlis ringkas yang diadakan diDewan Bunga Tanjung, MBPJ itu, Roslan diwakili oleh Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Puasa Md. Taib dan turut dihadiri Timbalan Setiausaha MBPJ, Ahmat Mohaayen Said. | ||
| Posted: 02 Jan 2013 04:36 PM PST
MELIHAT kepada tulisan yang bercorak segi empat, orang ramai pasti sukar untuk mengagak bahawa itu merupakan salah satu cabang dalam seni khat. Namun, keindahannya ternyata mampu menarik minat orang ramai untuk mempelajari serta mengetahui ciri-ciri terkandung dalam seni khat yang dikenali sebagai khat kufi. Khat itu terbahagi kepada pelbagai corak antaranya khat kufi basit, khat kufi musattar, khat kufi mutalasiq, khat kufi muwarraq dan khat kufi murabba. Namun, antara seni khat kufi yang popular di negara kita dewasa ini ialah kufi murabba. Siapa sangka dengan hanya menggunakan perisian komputer, setiap individu boleh mempelajari cara-cara serta kaedah berkarya dengan seni khat kufi murabba secara lebih mudah. "Dengan hanya menggunakan perisian Microsoft Excel, Inkscape dan Adobe Illustrator, semua orang boleh mempelajari serta mempraktikkan kreativiti mereka menerusi khat kufi," ujar seorang jurukhat kufi, Ariff Ashaari, 49. Arif pada asalnya meminati seni khat tradisi iaitu khat nasakh, khat thuluth dan khat diwani kemudian memilih khat kufi sebagai salah satu sumber pendapatan hariannya dengan menjual hasil karya khat tersebut. Menurut Ariff, dia banyak mendapat inspirasi untuk mempelajari seni secara tidak formal menerusi sebuah komuniti di laman Facebook. Komuniti itu banyak membincangkan hal ehwal khat kufi yang adakalanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai. "Saya merupakan antara penggiat awal Friends Of Kufi Square (Foks) sejak 2010. Topik yang sering dibincangkan oleh kami secara keseluruhannya berkisarkan tentang khat kufi sahaja tanpa menyentuh aspek teknikal karya seni khat lain. "Khat kufi kadangkala menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai terutama hal ehwal kebolehbacaan karya-karya kufi. Komuniti ini merungkai pelbagai permasalahan yang sering dilakukan oleh penggiat seni khat serta memberi jalan penyelesaian terbaik terutama aspek teknikal dalam penghasilan seni khat kufi," ujarnya ketika ditanya mengenai objektif utama Foks. Usaha Ariff yang menjadikan khat sebagai mata pencarian dalam hidupnya itu bertepatan dengan satu kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Saidina Ali iaitu "Hendaklah kamu perelokkan tulisan, kerana ia adalah salah satu daripada punca rezeki." ![]() WALAUPUN lebih banyak berkomunikasi di laman Facebook, pertemuan Adrin dan Abdul Wahab baru-baru ini berjaya menerbitkan idea baharu dalam penghasilan karya khat kufi yang mudah dibaca. Nisbah grid Khat kufi bukanlah sebuah karya yang boleh dipandang rendah kerana khat itu juga menggunakan ayat-ayat suci al-Quran sebagai subjek utama dalam setiap penghasilan karyanya. Bukti jelas bahawa khat kufi mempunyai nilai-nilai Islam yang tinggi ialah menerusi hiasan yang terdapat di ruang mihrab masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah iaitu Masjid Nabawi. Di ruangan Masjid Nabawi, tertera dua potong ayat al-Quran iaitu surah al-Ahzab, ayat 40 dan surah at-Taubah ayat 128 yang menjadi hiasan utama di kiri serta kanan mihrab masjid itu. Seorang lagi penggiat seni khat kufi yang aktif menerusi Foks, Adrin Zainuddin, 33, memberitahu, setiap ahli Foks juga berusaha untuk menghasilkan karya khat kufi murabba secara kontemporari agar karya kufi mudah diterima oleh segenap lapisan masyarakat. "Kami mula berdialog di laman Facebook sejak 2010 dan kebanyakan topik yang kami bincangkan ialah mengenai eksperimentasi huruf hijaiyah (huruf alif, ba, ta) yang digunakan dalam seni khat kufi. "Kami amat mementingkan disiplin dalam setiap penghasilan karya khat kufi. Disebabkan oleh itu, kami telah memperkenalkan nisbah grid untuk dijadikan panduan oleh setiap ahli untuk memandu kaedah penghasilan karya kufi mereka. Setakat ini, karya yang dihasilkan oleh ahli Foks ternyata boleh dibaca dengan jelas oleh orang ramai," ujar Adrin. Kelompok individu yang meminati kira-kira serta penyelesaian yang melibatkan aritmetik logik dan geometri pasti tertarik kepada seni khat kufi kerana seni tersebut melibatkan teknik penyusunan huruf yang merupakan salah satu asas penting. "Kebanyakan karya kufi yang dijual dewasa ini tidak mengikut piawaian yang betul terutamanya dalam penyusunan huruf. Jurukhat akan menokok tambah fizikal huruf untuk memenuhi ruangan serta untuk mencantikkan hasil karya mereka. "Perbuatan itu secara tanpa sedar telah merosakkan keaslian huruf yang digunakan dalam al-Quran sekali gus menafikan kebolehbacaan sesuatu karya serta menambah kekeliruan orang ramai," tambah Adrin. Menurutnya lagi, komen skeptikal mengenai karya khat kufi daripada golongan artis seni merupakan antara cabaran yang terpaksa dihadam olehnya dan pengiat seni khat kufi yang lain. "Ada antara mereka memberitahu karya kami ini menterbalikkan ayat al-Quran. Tetapi kami mempunyai bukti bahawa kami berada di landasan yang benar kerana berpandukan karya kufi yang terdapat pada Masjid Nabawi dan kaabah," ujarnya. ![]() ADRIN menunjukkan kaedah penghasilan khat kufi dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Dakwah melalui karya khat Selain daripada berkongsi pendapat mengenai seni khat kufi, Foks juga merupakan salah satu medium untuk setiap ahli baharu mempelajari teknik-teknik bagi menghasilkan karya seni itu. Dengan hanya memuat naik hasil karya mereka di laman Facebook, ahli Foks akan membincangkan teknik yang digunakan oleh ahli baharu dan sekiranya mempunyai masalah untuk membaca karya itu, mereka bersama-sama akan membantu membaiki karya tersebut. Tidak hanya tertumpu kepada penghasilan karya kufi yang menarik serta mudah dibaca, karya in juga merupakan salah satu dakwah kepada orang ramai. "Khat kufi berupaya menarik golongan bukan Islam untuk meminati karya seni umat Islam. Ia setidak-tidaknya membangkitkan rasa minat mereka dan memberi informasi bahawa Islam juga mempunyai karya seni hebat," ujar pengasas laman Facebook Foks, Abdul Wahab Khalid,39. Beliau memberi contoh penghijrahan dua penulis khat bertaraf dunia sehingga menyebabkan mereka memeluk Islam iaitu Fuad Koachi Honda dari Jepun dan Muhammad Zakariya dari Amerika Syarikat setelah mendalami teknik-teknik seni khat. Menurut Abdul Wahab yang juga merupakan seorang guru subjek Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Datok Keramat, Kuala Lumpur, tempoh untuk mempelajari khat kufi adalah singkat jika dibandingkan dengan seni khat yang lain. "Di sekolah, saya juga mengajar murid-murid lakaran seni khat iaitu khat nasakh dan khat riqah. Dengan perkembangan teknologi yang boleh diaplikasikan pada penghasilan seni khat, murid-murid akan lebih meminati khat kufi. "Kewujudan Foks di laman Facebook berupaya memartabatkan seni khat kufi ke tahap yang lebih tinggi. "Kami berdebat mengenai perkara yang melibatkan pemahaman orang ramai terhadap karya seni umat Islam. Selain itu, kami juga berusaha menjaga kesucian seni khat yang rata-ratanya terdiri daripada ayat-ayat al-Quran," ujarnya yang juga memegang jawatan sebagai exco dalam Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK). | ||
| Perkembangan seni khat seiring teknologi Posted: 02 Jan 2013 04:35 PM PST
PERKEMBANGAN gaya penulisan khat kufi di Malaysia dianggap kian berkembang dan digunakan secara meluas sama ada untuk hiasan atau pun untuk tujuan dakwah. Lihat sahaja logo rasmi yang digunakan Muzium Kesenian Islam Malaysia. Logo muzium dibina dalam bentuk karya kufi murabba dan ini jelas menunjukkan signatur pada muzium tersebut. Apa yang penting dalam seni khat ialah, kebolehbacaan sesuatu tulisan dan mesej yang ingin disampaikan menerusi setiap karya khat. Yang Di Pertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK), Mohammed Yusof Abu Bakar, 82 memberitahu, penghasilan karya khat kufi seharusnya mengikut perkembangan teknologi. "Khat kufi lahir di negara Iraq dan ia dihasilkan dalam bentuk batu-bata. Ia disusun dan digunakan sebagai hiasan dalam masjid serta rumah. Jika dilihat, hasil karya khat kufi ketika itu sama dengan karya yang menggunakan komputer seperti yang dihasilkan oleh komuniti Foks. "Apa yang saya dapat lihat, kandungan yang ada pada seni khat kufi masa kini tidak sedikit pun mengubah cara tradisional khat itu. Cuma kaedah penghasilannya sahaja yang berbeza. Tambahan lagi, ia dapat disiapkan pada masa yang singkat," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini. Walaupun seni khat tersebut boleh dihasilkan melalui komputer, Mohammed Yusof menegaskan bahawa setiap umat Islam perlu tahu untuk menulis tulisan Jawi dengan tangan kerana ia merupakan tunjang dalam penghasilan penulisan khat yang menarik. "Selain daripada ayat-ayat al-Quran yang dihasilkan menggunakan karya khat kufi, saya cadangkan agar golongan muda mengaplikasikan karya tersebut dengan menggunakan kata-kata hikmah atau perumpamaan yang akan menarik perhatian orang ramai," ujarnya yang telah menzahirkan karya khatnya pada wang kertas baharu keluaran Bank Negara Malaysia. | ||
| Posted: 02 Jan 2013 04:35 PM PST ![]() SEMENTARA menunggu program pembangunan semula yang tidak nampak hujung pangkalnya, ramai mangsa gempa hidup melarat di tapak-tapak setinggan. RAKYAT Haiti dilihat membanjiri gereja pada pertengahan Disember lalu. Mereka hadir ke situ bagi memperingati ulang tahun kedua bencana gempa bumi yang telah membunuh kira-kira 250,000 orang di negara paling miskin di benua Amerika itu. Tinggalan sisa istana presiden dan gereja yang rosak teruk menjadi lambang kegagalan bantuan antarabangsa yang tidak pernah mencapai tujuannya. Di sebalik runtuhan Gereja Our Lady of the Assumption selepas gegaran sekuat tujuh magnitud, Jean Wilber, 40, bersama ibunya menetap di kem sementara yang didirikan di situ. "Saya telah berada di sini selama dua tahun dan sukar bagi saya untuk berpindah dari tempat ini yang menjadi saksi kehilangan dua kaki saya," kata Wilber yang mengakui memang sukar untuk meneruskan hidup. Kemusnahan Berdasarkan fakta yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ratusan ribu orang telah dipindahkan dari khemah pada tahun 2011 dan sebanyak 1.1 juta kanak-kanak kini menerima bantuan makanan setiap hari. Malangnya, kerja-kerja pembinaan semula negara tersebut amat perlahan. Bencana yang berlaku pada 12 Januari 2012 itu telah membunuh dan mencederakan satu per enam daripada seluruh populasi negara Caribbean tersebut. Sekurang-kurangnya 250,000 kediaman di ibu kota telah musnah. Haiti dikenali sebagai negara miskin di Hemisfera Barat yang sering diperintah oleh golongan elit yang mengamalkan rasuah. Kira-kira 80 peratus daripada penduduknya hidup daif di bawah garis kemiskinan. Lebih setengah juta penduduk yang hilang harta benda akibat gempa tersebut ditempatkan di kem sementara sekitar ibu kota. Mereka juga berhadapan dengan wabak taun yang telah membunuh hampir 7,000 orang sejak November 2010. Kebanyakan penduduk negara tersebut terdiri daripada penganut Roman Katolik dan tempat-tempat beribadah menawarkan khidmat memperingati bencana tersebut sepanjang hari serta membuka pintu kepada mangsa terselamat yang masih trauma dengan kejadian tersebut. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon turut memberi penghormatan kepada mereka yang terkorban termasuk 100 pegawainya dan menggesa bantuan antarabangsa supaya terus menyalurkan bantuan bagi membina semula negara tersebut dua tahun selepas bencana. ![]() SEORANG wanita terlalu hiba apabila melihat kembali tapak rumahnya yang telah musnah dua tahun lalu. "Walaupun banyak yang telah dilaksanakan termasuk membersihkan sisa runtuhan bangunan dan penempatan semula mangsa, namun masih ramai rakyat Haiti yang memerlukan bantuan antarabangsa," ujar Ki-Moon. Wakil Khas PBB ke Haiti, Michaelle Jean berkata, pengabaian telah menyumbang kepada peningkatan angka kematian. Dia juga menegaskan bahawa ketiadaan undang-undang dan peraturan untuk menyeragamkan kerja-kerja pembinaan kini menjadi punca runtuhan bangunan. Janji bantuan Terkejut dengan kesan yang ditinggalkan selepas bencana paling buruk abad ini, komuniti antarabangsa menjanjikan wang bantuan berjumlah berbilion dolar untuk pembinaan semula negara yang lebih baik. Buktinya, terdapat ura-ura yang menyatakan sejumlah AS$3 juta (RM9.18 juta) diperuntukkan di bawah pelan pembangunan semula yang akan diketuai oleh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Bill Clinton, namun ia hanya tinggal angan-angan. Kurang separuh daripada AS$4.59 bilion (RM14 bilion) yang diperuntukkan telah diterima dan diagih manakala tabung bantuan agensi-agensi juga mengalami kekurangan dana. Lebih daripada 50 peratus runtuhan akibat gempa telah dibersihkan, namun hanya sedikit yang telah dibaiki. Kebanyakan daripada ratusan ribu mangsa yang meninggalkan Port-au-Prince selepas gempa telah kembali semula ke ibu kota yang sesak itu kerana terdesak untuk mencari kerja dan makanan. Ironinya, negara tersebut terus kekurangan peluang pekerjaan. Bekas penghibur karnival dan penyanyi pop, Michel Martelly mengangkat sumpah sebagai Presiden Haiti yang baharu pada Mei lalu. Dia berjanji akan membawa perubahan yang sangat diperlukan oleh negara tersebut. Ternyata, Martelly berhadapan dengan ahli parlimen yang kebanyakannya adalah musuh politik beliau, hinggakan tempoh masa selama lima bulan diperlukan untuk melantik seorang Perdana Menteri. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



































0 ulasan:
Catat Ulasan