Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Suami Gagal Halang A.Aida Beri Kenyataan Kepada Media
- Sekat Jumpa Penagih Petua Saleem Pulih Dadah - Isteri
- Syafie Naswip Rasa Rimas Bergelar Artis
- Lima Artis Rock 90-an Bergabung Bikin Konsert
- Slot '9X' Di TV9 Capai Sasaran Penonton Remaja
- Program pencarian pelapis pendakwah
- Kejar anugerah taktik bersih
- Britney pulangkan cincin pertunangan
- Berjuta warga kota terjejas banjir
- Budak 11 tahun, kekasih hilang
- Pekerja stesen minyak bersubahat
- Isteri tertuduh bersalin di mahkamah
- Hakisan ancam rumah
- Dua rakyat Malaysia jadi tebusan
- Shakira dedah bentuk badan
- Wanita terperangkap di celah ruang sempit
- 'Bilik tidur angkasawan' berbentuk seperti belon
- Pertunjukan pakaian diperbuat daripada coklat
- Bandar-bandar diselaputi permaidani putih
- Potensi anak menerusi cap jari
- Monumen daripada pen Kilometrico
- Rahsia khusyuk dalam solat
- Mahu galakkan anak muda berjubah
- KRR ukir senyuman anak yatim
- Sukarelawan polis bantu perangi jenayah
| Suami Gagal Halang A.Aida Beri Kenyataan Kepada Media Posted: 17 Jan 2013 11:29 PM PST A.Aida (kanan) berkata sesuatu dengan peguamnya, Zulkifli Che Yong, di mahkamah pada Jumaat.Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain berhujah permohonan tersebut dianggap tidak relevan kerana kenyataan A.Aida yang diberikan kepada pihak media sebelum ini tidak melibatkan prosiding kes mahkamah. "Permohonan injunksi bukan sewenang-wenangnya boleh dikeluarkan oleh pihak mahkamah melainkan ia mengganggu perjalanan kes. "Setakat ini, mahkamah berpuas hati dengan laporan media massa dan mereka telah membuat laporan mengikut peraturan undang-undang yang sedia ada. "Laporan yang dikeluarkan juga bukanlah sebuah andaian atau spekulasi yang dibuat-buat," hujah Amran pada prosiding tersebut di sini, Jumaat. Suffian SulaimanPada prosiding yang berlangsung Jumaat, peguam syarie A.Aida iaitu Zulkifli Che Yong yang merupakan plaintif dalam tuntutan ini telah membuat hujahan balas dengan mengatakan anak guamnya memahami batas-batas dalam mengeluarkan kenyataan dan dirujuk kepadanya terlebih dahulu. "Saya akui A.Aida pernah berkata ingin mendedahkan hal rumah tangganya, tetapi ia akan dilakukan di mahkamah. "Ini adalah perkara umum dan pemohon juga terpaksa memberikan keterangan terhadap pihak-pihak terbabit di mahkamah tanpa takut dan sekatan. "Bagaimanapun, sekiranya pihak media bertanya dengan lebih mendalam, responden akan berhati-hati dan bersyarat dalam memberikan kenyataannya," kata Zulkifli. Sementara itu A. Aida yang ditemui di luar mahkamah melahirkan rasa syukurnya apabila mahkamah menolak permohonan suaminya itu dan dia akan memberi fokus pada tuntutan fasakh yang akan dibicarakan pada 28 Februari depan. ![]() Pada 2 November tahun lalu, A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 43, memfailkan permohonan fasakh terhadap Suffian. A. Aida yang popular dengan penerbitan drama Halimah Jongang berkahwin dengan Suffian pada 20 April 2007. Suffian yang merupakan seorang duda sebelum ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu serta seorang anak lelaki bernama Muhammad Rahul yang berusia empat tahun hasil perkahwinannya dengan A.Aida A. Aida juga pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 16, dan Wan Azevanatassha yang berusia 11 tahun. Dia juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis berpangkat biasa tetapi rumah tangga itu tidak kekal lama. | |||
| Sekat Jumpa Penagih Petua Saleem Pulih Dadah - Isteri Posted: 17 Jan 2013 11:28 PM PST Saleem bersama isterinya, Julia. Julia atau nama sebenarnya Juliana Bachok, 46, berkata kesabaran itu serta sokongan daripada keluarga akhirnya membuahkan hasil sehingga Saleem berjaya meninggalkan perbuatan buruk tersebut. "Jika tiada sokongan dan kesabaran sudah pasti usaha saya tidak akan menampakkan hasil untuk menjauhkan dia (Saleem) daripada mendekati anasir-anasir yang membolehkan dia terlibat semula dengan dadah. "Bagaimanapun saya berani katakan beberapa tahun ini dia sudah berada pada tahap paling baik dalam hidupnya," ujar Julia kepada mStar Onlineketika ditemui pada sidang media Konsert Gegar 5 Legenda di Istana Budaya di sini, pada Khamis. Dalam pada itu, Julia berkata, Saleem kini sudah boleh berdikari dan mampu menguruskan masalah dan tekanan berkaitan kerjayanya dengan baik. Ada kalanya menurut Julia dia tidak akan menemani Saleem ke mana-mana kerana suaminya itu sudah mampu menguruskan kerjayanya sendiri. "Pada tahap ini kepercayaan saya kepadanya adalah 100 peratus dan sebab itu saya memberi dia peluang untuk menguruskan sendiri hal berkaitan kerjaya selain membenarkan dia keluar bersendirian," jelasnya. Sementara itu, Saleem, 52, pula bersyukur apabila rezekinya semakin murah dengan pelbagai undangan nyanyian di seluruh negara. Dia juga merancang untuk mengadakan konsert jelajah di Indonesia sebagai salah satu projek besarnya pada tahun ini. "Perancangan sedang dibuat dan ada pihak di Indonesia yang berminat untuk menunaikan hasrat saya ini," jelasnya. Tambah Saleem, dia juga bakal muncul dengan single terbaru berjudul Bila Orang Dah Benci dalam masa terdekat ciptaan Eddie Hamid. | |||
| Syafie Naswip Rasa Rimas Bergelar Artis Posted: 17 Jan 2013 11:27 PM PST Syafie mengakui rimas dengan kehidupan selebriti yang dianggap tidak bebas. Syafie, 20, berkata, perasaan itu timbul disebabkan personalitinya yang ringkas dan sederhana dalam menjalani kehidupan seharian. "Saya rimas dengan kehidupan selebriti kerana sifat saya sendiri yang ringkas selain tidak begitu menggemari perhatian orang terhadap saya. Dalam masa yang sama saya juga tidak bebas untuk menjalani rutin harian macam orang biasa lain. "Saya lebih selesa jika tidak terlalu popular dan dapat menjalani kehidupan normal tanpa diperhatikan dan dinilai oleh masyarakat," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun Syafie tidak menafikan populariti itu tetap penting bagi menaikkan nama seseorang selebriti dan dia selesa dengan popularitinya sekarang. Syafie selesa dengan populariti sederhana yang diterimanya sebagai pelakon. Dalam pada itu, Syafie mengakui kedudukannya sebagai seorang pelakon agak goyah selepas pemergian Allahyarham Yasmin Ahmad yang juga mentornya. Sebelum ini dia terlalu bergantung kepada kebolehan Allahyarham untuk membentuknya menjadi pelakon berjaya. "Kini apa yang tinggal hanyalah pesanan dan ilmu yang diberikan kepada saya. Saya kini lebih yakin untuk berdikari tanpa terlalu mengharap kepada orang lain," ujarnya. Sementara itu, Syafie memberitahu, dia bersyukur kerana kerjaya lakonannya semakin berkembang selain mendapat kepercayaan pengarah-pengarah untuk mengambilnya berlakon dalam filem atau drama terbitan mereka. | |||
| Lima Artis Rock 90-an Bergabung Bikin Konsert Posted: 17 Jan 2013 11:26 PM PST Dari kiri Rahmat, Saleem, Aris Ariwatan dan Ali (belakang) menjanjikan persembahan luar biasa dalam 'Konsert 5 Legenda'. Zamani, tiada dalam gambar.Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, konsert itu sebenarnya sudah dirancang sejak tahun 2011 dan secara kebetulan penangguhan teater itu dapat membuka ruang kepada acara berkenaan. "Penangguhan pementasan teater Ombak Rindu adalah kerana faktor jadual artis yang tidak selaras dengan pementasan itu menyebabkan kami terpaksa memenuhkan kalender IB dengan acara lain. "Tambahan pula lima artis rock yang akan membuat persembahan tersebut masih mempunyai peminat manakala lagu-lagu mereka masih popular," ujarnya semasa ditemui pada sidang media konsert berkenaan di sini pada Khamis. Konsert Gegar 5 Legenda bakal menyaksikan gabungan lima artis rock di era 90an, iaitu Saleem (Iklim), Aris Ariwatan, Rahmat (Mega), Zamani (Slam) dan Ali (Terra Rossa). Muhammad JuhariDalam pada itu, Pengarah Persembahan, Lokman Ghani berkata, konsep konsert itu nanti akan mengangkat kenangan dan kegemilangan era rock balada yang pernah mengangkat nama mereka di kalangan peminat. Ia bakal diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan akan dibahagi dalam dua segmen. "Apa yang pasti hanya seleksi lagu terbaik akan dipilih untuk dipersembahkan kepada penonton dan pada masa ini kami masih lagi memilih lagu apakah yang akan dibawa mereka pada malam itu nanti. "Susunan muzik juga akan diubah bagi disesuaikan dengan orkestra yang akan mengiringi mereka pada malam itu nanti," jelasnya. Sementara itu, Rahmat yakin persembahan itu nanti akan meninggalkan kenangan indah buat penonton yang hadir pada tiga malam persembahan. Tiket-tiket dijual pada harga RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250. Tempahan tiket boleh dibuat dengan menghubungi 03-4026 5508 atau 03-4026 5558 atau layari www.ticket2u.biz. | |||
| Slot '9X' Di TV9 Capai Sasaran Penonton Remaja Posted: 17 Jan 2013 11:25 PM PST Barisan penyampai radio Hot FM yang akan mengendalikan Hot TV. Pengurus Besar TV9, Zurina Othman berkata, 9X berjaya menambah jumlah penonton sehingga sembilan peratus sepanjang setahun ia bersiaran. "Antara program-program 9X yang mempunyai jumlah tontonan tinggi ialah Mad Market dan Versus, di mana kedua-dua rancangan itu akan disambung untuk musim seterusnya. "Untuk tahun ini kami menambah sebanyak enam program baru yang pastinya dapat memberikan manfaat buat golongan remaja yang menonton. "Seperti biasa pihak kami mengekalkan tiga prinsip iaitu menyuntik elemen baru, memberikan kelainan dan terus menjadi inspirasi buat penonton kami," katanya selepas pelancaran program baru TV9 di Marche, The Curve, di sini, Khamis. Gelagat empat adik beradik Anis, Amira, Aisya dan Aimi dapat disaksikan di The Dream Sisters. Antara program baru yang akan disiarkan untuk empat bulan pertama tahun 2013 ialah The Dream Sisters dan Fuzz Food. "Selain itu TV9 turut melakukan kolaborasi eksklusif bersama dua stesen radio popular Hot FM dan Fly FM menerusi program Hot TV dan Fly FM Stripped. "Dalam pada itu, program lain yang disiarkan termasuklah drama bersiri Inggeris Teenwolf musim kedua," kata Zurina. The Dream Sisters akan disiarkan pada 28 Januari ini, pukul 10.30 malam, di mana ia merupakan percubaan pertama TV9 menghasilkan program berbentuk drama realiti. Ia memaparkan empat dik beradik iaitu Anis Nabilah, Aimi, Amira dan Aisya dalam menggapai cita-cita melalui inspirasi yang diperoleh daripada kedua-dua ibu bapa mereka. Fuzz Food yang dikendalikan oleh DJ Fuzz pula akan memaparkan lokasi-lokasi kedai makanan sihat yang enak. Ia akan disiarkan bermula 28 Januari (setiap Isnin) pukul 11 malam. Hot TV pula akan menampilkan penyampai-penyampai radio Hot FM yang beraksi spontan menerusi permainan yang dibuat selama 15 minit di televisyen bermula 28 Januari ini, setiap Isnin hingga Rabu (pukul 11.30 malam). Fly FM Stripped pula disiarkan selepas Hot TV iaitu pada pukul 11.45 malam di mana ia memaparkan persembahan secara akustik dan santai oleh penyanyi-penyanyi tempatan. | |||
| Program pencarian pelapis pendakwah Posted: 17 Jan 2013 11:23 PM PST ![]() BARISAN peserta yang bakal terbabit dengan program Da'i Pendakwah Milenia. PROGRAM realiti terbaharu TV3, Da'i: Pendakwah Milenia diterbitkan untuk mengasah 12 peserta yang dipilih untuk menjadi pelapis pendakwah. Berbeza dengan program Imam Muda di Astro Oasis yang lebih memfokuskan untuk mencari pelapis imam. Ini diakui oleh penerbit Da'i: Pendakwah Milenia sendiri, Shukri Ibrahim, apabila ditanya mengenai kelainan yang cuba ditonjolkan melalui program tersebut. Jelasnya: "Kami hanya mencari da'i (pendakwah) bukannya imam. Kini, ramai orang mencari tempat untuk menuntut ilmu sedangkan pendakwah muda dilihat kurang. Ia adalah tanggungjawab sosial kami untuk mencari generasi pelapis golongan pendakwah selain memartabatkan program keagamaan di TV3." Mengulas mengenai tugasan yang bakal dihadapi oleh peserta, ujar Shukri, seramai 12 peserta yang dipilih perlu melakukan tugasan seperti berceramah, mengimarahkan masjid, membimbing adik angkat di sekolah agama berasrama dan sehari bersama saudara baharu. Seramai 12 peserta yang dipilih ialah Nasaruddin Samsudeng, Che Faizal Amir Che Mat, Mohd. Taqwudin Mohd. Yazid, Noraida Jamlie, Mohamad Azamudin Zainal, Mohamed Hazwan Padzil, Muhammad Haizat Kamaruddin, Khairul Amar Samsuri, Mohamad Shazwan Zakaria, Ahmad Kahirul Ikhwan Abdullah, Nor Adibah Razain dan Muhammad Tajdid Hadhari Romli. Jelas Shukri, apa yang pasti, keutamaan program Da'i yang bakal bersiaran sebanyak 13 episod itu pastinya menguji keupayaan minda dan bakat berdakwah 12 peserta Da'i: Pendakwah Milenia. "Kesemua peserta nanti akan berdepan cabaran berat dalam melaksanakan 11 tugasan untuk dinilai oleh dua juri tetap dan juga juri jemputan setiap minggu. "Hanya seorang sahaja yang layak menyandang gelaran juara Pendakwah Milenia dan juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000," ungkapnya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar. Dua juri tetap Program Da'i: Pendakwah Milenia iaitu Zainal Ariffin Ismail dan Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie bakal bertanggungjawab menilai keterampilan semasa peserta dan pemarkahan tugasan yang diberikan. Da'i: Pendakwah Milenia bakal diacarakan oleh pengacara popular, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin manakala untuk segmen khas mingguan ia akan diacarakan oleh Mohd. Zhafran Mohd. Zainuldin dan Muhamad Hilmi Idris. Da'i: Pendakwah Milenia akan mula bersiaran langsung pada 19 Januari ini, setiap hari Sabtu, pukul 6 petang. Penonton yang terlepas menyaksikan episod mingguan Da'i juga boleh menonton program tersebut melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. | |||
| Posted: 17 Jan 2013 11:22 PM PST
JADUAL aktres berbintang Capricorn itu tersusun padat, sarat dengan penggambaran drama bersiri Maskara yang bertemu penghujungnya semalam, menyusul pula Bangkitnya Seorang Perempuan untuk mengisi slot Samarinda TV3 tidak lama lagi. Anzalna Nasir nampak semakin jelas mengatur strategi kariernya, selain sisi peribadi yang difikirkannya tidak perlu terlalu banyak pendedahan buat seketika. Bertemu dan menetapkan resolusi tahun 2013, kata Anzalna, 25, dia mahu membersihkan namanya daripada kontroversi tahun lalu sekali gus membuktikan bahawa dia bukan tin kosong atau sekadar wajah pelaris di layar kaca mahupun layar perak. "Siapa mahu diri dilingkari kontroversi? Seboleh-boleh saya mahu elakkan diri daripada kontroversi terutama cerita yang kurang enak didengar. Kontroversi ini bukan saja menjatuhkan maruah kita, kadangkala merosakkan nama kita dan keluarga serta mengaibkan. "Orang sekeliling pun meluat juga kalau terlalu banyak buat kontroversi, kalau sudah berada dalam industri hiburan, tunjukkan bakat dengan cara yang elok. "Jangan bagi orang tengok kita sebagai sampah dalam industri, bakat tiada tapi kontroversi lebih. Lambat-laun lenyap kena bawa arus!" hujahnya berkenaan prinsip kerjayanya tahun ini. Membulatkan tekad, kata Anzalna yang ditemui ketika sesi fotografi eksklusif bersama Kosmo! baru-baru ini, dia mahu memfokuskan bidang lakonan terlebih dahulu sebelum terjun ke bidang lain termasuk pengacaraan dan nyanyian. "Tawaran untuk mengacara datang tidak putus-putus tapi saya sendiri sudah memilih untuk fokus satu persatu. Selagi tidak berpuas hati dengan kualiti lakonan saya, tawaran tersebut terpaksa diketepikan sementara waktu sampai saya betul-betul bersedia," katanya yang bakal muncul dalam sitkom Buletin Cinta TV3 dan filem Tyickoouns tahun ini. Bakat lakonan yang kian menyerlah dan semakin mencuri tumpuan sejak akhir-akhir ini kata Anzalna resepinya bukan penilaian sendiri. "Saya tidak akan sesekali memuji lakonan saya sebaliknya mengambil kira pandangan penonton dan pengarah. Bukan senang untuk orang puji kita secara ikhlas tetapi Alhamdulillah penonton dapat menerima cara lakonan saya. "Semuanya atas usaha kita dan sentiasa mencari kesalahan diri. Jangan ingat semua perkara kita lakukan itu betul dan dari situ kita dapat memperbaiki," tambah Anzalna. Trofi anugerah Ditanya mengenai penghargaan atau anugerah dalam industri, jawab Anzalna dia bukan seorang pelakon yang terkejar-kejar untuk diiktiraf sedangkan bakat tidak seberapa. Jelasnya, biarlah pengiktirafan itu datang secara semula jadi, mengikut fitrah dunia seni dan bukannya menggunakan taktik kotor. "Semua mengimpikan untuk memegang sebuah trofi anugerah dan tidak disangkal penghargaan adalah sesuatu yang boleh dibanggakan tapi persoalannya adakah anugerah itu diberikan berdasarkan bakat? "Seseorang boleh popular kerana dua faktor, pertama kerana bakat yang luar biasa dan keduanya kerana terlalu banyak kontroversi. "Berada dalam industri seni kerana mahu mencari duit dengan cara betul dan tidak mahu meraih populariti kerana kontroversi. "Cara saya adalah berjuang dengan ikhlas, taktik bersih dan tiada perasaan iri hati apatah lagi menyekat rezeki orang. Biar peminat sendiri nampak bakat kita berbanding kontroversi," katanya. Semahunya Anzalna enggan berada dalam situasi selesa dalam kanvas seninya. Tegas bintang muda itu biar pengiktirafan datang lambat asalkan maruah diri tidak tercela dan rezeki tidak terhenti separuh jalan.
Instagram palsu Tidak terlepas daripada lingkaran kontroversi apabila baru-baru ini Anzalna juga menjadi mangsa penipuan akaun palsu Instagram yang menggunakan nama Anzalna Nasir dan gambar-gambar peribadinya. Luah Anzalna, dia kecewa dengan tindakan individu terbabit yang dirasakan terlalu obses sehingga memiliki gambar peribadi yang dia sendiri tiada. "Saya pernah membuka akaun Instagram ketika penggambaran drama Indera Jonet suatu ketika dulu tetapi tidak aktif kerana saya tidak suka menunjuk-nunjuk. "Tiba-tiba saya mendapati ada sebuah akaun menggunakan nama saya (Anzalna_Nasir) dan memuat naik gambar-gambar peribadi saya seolah-olah dia berada di situasi yang sama dengan saya. "Oleh itu, saya membuka sebuah akaun baharu (AnzalnaNasir88) supaya orang ramai tidak tertipu. Sejujurnya saya tidak kenal dan sukar menjejaki individu yang melakukannya," tambah Anzalna. Tidak terburu-buru untuk mengambil tindakan undang-undang namun Anzalna memohon supaya akaun itu tidak digunakan untuk mengaibkan namanya. | |||
| Britney pulangkan cincin pertunangan Posted: 17 Jan 2013 11:21 PM PST ![]() JASON TRAWICK dan Britney Spears. BINTANG pop terkenal, Britney Spears, 31, yang memutuskan pertunangan dengan Jason Trawick, 41, selepas 13 bulan bertunang dilaporkan telah memulangkan cincin pertunangan 3.5 karat kepada bekas tunangnya itu baru-baru ini. Menurut laman gosip TMZ.com, Britney yang mempunyai dua orang anak lelaki, Sean Preston, 7, dan Jayden James, 6, hasil perkahwinannya sebelum ini dengan Kevin Federline bertindak memutuskan pertunangan tersebut kerana Jason enggan memiliki anak. "Jason amat menyayangi anak-anak Britney tetapi dia tidak mahu memiliki anaknya sendiri," kata sumber yang rapat dengan pasangan itu. Tambah sumber itu lagi, pasangan tersebut kerap bertengkar tentang penambahan bilangan anak dan ia menjadi punca utama mereka berpisah. Britney tidak diminta untuk memulangkan kembali cincin yang diberi ketika Jason melamarnya tetapi dia membuat keputusan itu sendiri. Trawick merasakan hubungannya bersama Britney telah merampas sikap individu dirinya sehingga dia tidak boleh mengambil pelanggan lain dan kini dia tidak sabar untuk kembali fokus terhadap kerjayanya sebagai agen publisiti di Hollywood. Pasangan itu dikatakan telah berpisah secara baik. Britney merupakan pemilik tunggal kepada rumah yang didiami mereka berharga RM25 juta dan tidak mempunyai sebarang masalah kewangan. Penyanyi yang mengumumkan perpisahan mereka pada 11 Januari lalu mengatakan dia selalu kagum dengan Trawick dan akan kekal sebagai teman baik. | |||
| Berjuta warga kota terjejas banjir Posted: 17 Jan 2013 11:20 PM PST
JAKARTA - Banjir yang menyebabkan lebih 19,000 orang hilang tempat tinggal dan meragut tiga nyawa di ibu kota Indonesia di sini semalam turut memaksa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyingsingkan seluarnya. Lebih 50 peratus kawasan di pusat bandar raya ini kini lumpuh selepas dibanjiri air bah berlumpur hingga ke paras pinggang. Dalam pada itu lebih 100,000 buah rumah terjejas akibat banjir di kota metropolitan ini yang dihuni seramai 20 juta orang dan terkenal kerana kesesakan lalu lintas yang kronik. Disebabkan keadaan yang teruk itu, Kerajaan Pentadbiran Ibu Kota Jakarta telah mengisytiharkan Darurat Banjir untuk kawasan Jakarta mulai semalam hingga 27 Januari. Air bah juga menyebabkan ramai pemandu tersekat selama berjam-jam pada waktu pagi. Penunggang-penunggang basikal pula terpaksa menolak kenderaan dua roda mereka dengan hanya hendal dan pelana basikal yang masih kelihatan. Dalam bencana kali ini, Susilo dirakam menggulungkan kaki seluarnya hingga ke lutut ketika mengharungi air banjir di perkarangan Istana Presiden di sini. Pekarangan istana berkenaan kini ditenggelami air sehingga paras buku lali. "Jakarta kini dilanda banjir, saya berharap tidak akan ada terlalu ramai mangsa," kata Susilo kepada kumpulan jurugambar media. | |||
| Budak 11 tahun, kekasih hilang Posted: 17 Jan 2013 11:20 PM PST ![]() TERATAI dan kekasihnya Muhamad Shahril dicari sebab menghilangkan diri daripada keluarga masing-masing sejak seminggu lalu. HULU SELANGOR – Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dilarikan kekasihnya ketika sedang menjamu selera bersama datuk dan neneknya di sebuah medan selera di pasar raya Tesco dekat Bukit Sentosa di sini Sabtu lalu masih belum lagi ditemui. Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, dipercayai dilarikan oleh kekasihnya yang dikenali sebagai Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, 17, pada pukul 2.30 petang. Mengikut maklumat keluarga mangsa, Teratai sebelum ini pernah menghilangkan diri selama sehari bersama lelaki sama tetapi pulang semula ke rumah selepas dipujuk oleh keluarganya. Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, budak perempuan dan kekasihnya itu didakwa mengenali satu sama lain ketika bermain satu permainan atas talian kira-kira tiga bulan lalu. Bagaimanapun, menurut beliau, apabila hubungan mangsa dan kekasihnya yang tinggal di Kota Warisan, Sepang diketahui keluarga mangsa, keluarga budak perempuan itu melarang mangsa berjumpa kekasihnya itu. Dalam tempoh perhubungan itu, kekasih Teratai didakwa pernah menghantar sebentuk cincin kepada mangsa dengan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang lebih serius. | |||
| Pekerja stesen minyak bersubahat Posted: 17 Jan 2013 11:19 PM PST ![]() INILAH kapal yang menunggu di persisiran perairan Pengerang untuk menghantar diesel ke sebuah kapal asing lain. KOTA TINGGI – Kegiatan penyeludupan diesel yang didalangi dua jutawan yang diberkas di Pengerang di sini kelmarin terbongkar ekoran banyak aduan daripada pembeli diesel di sekitar Sungai Rengit yang mendakwa stesen-stesen minyak tersebut kerap tiada bekalan sejak pertengahan tahun lalu. Satu sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, ekoran aduan tersebut pihak berkuasa melakukan siasatan sehingga tertangkap dua lelaki itu yang rupa-rupanya bergerak aktif membeli minyak hampir di kebanyakan stesen minyak di kawasan Sungai Rengit untuk diseludup ke negara jiran. "Dua jutawan penyeludup minyak itu mendapat bekalan yang banyak daripada yang sepatutnya dibeli oleh setiap pembeli selepas pekerja di stesen minyak tersebut didakwa disogok lima sen bagi setiap liter yang dijual oleh pekerja itu kepada sindiket tersebut," kata sumber itu ketika dihubungi di sini. Kata sumber itu lagi, dengan sogokan kepada pekerja di stesen-stesen minyak terbabit, sindiket yang sudah bergerak hampir setahun itu dibenarkan membeli diesel subsidi sehingga beribu-ribu liter dalam satu-satu masa. | |||
| Isteri tertuduh bersalin di mahkamah Posted: 17 Jan 2013 11:18 PM PST
KANGAR – Kompleks mahkamah di sini semalam riuh rendah apabila isteri kepada seorang tertuduh yang disabitkan dengan kesalahan dadah terpaksa melahirkan anak dalam kawasan mahkamah. Semasa kejadian pukul 11 pagi, Shahidawati Shabudin, 37, berada di luar mahkamah sementara menunggu suaminya yang didakwa di Mahkamah Majistret di situ. Mengikut seorang peguam, Rabiatul Adawiyah Ramli, wanita itu yang mengalami sakit perut secara tiba-tiba meninggalkan kamar mahkamah sebelum dia mencari tempat duduk di kawasan mahkamah. "Tindakan wanita itu disedari seorang tukang cuci wanita yang bertugas di mahkamah dan ketika itu Shahidawati sudah mengalami pendarahan. "Sebaik diperiksa, kepala bayi telah keluar menyebabkan tukang cuci terbabit terpaksa menyambut bayi itu yang kemudian selamat dilahirkan oleh ibunya," kata Rabiatul. | |||
| Posted: 17 Jan 2013 11:16 PM PST ![]() WAHAB menunjukkan masalah hakisan di tebing sungai yang terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya di Rembau semalam. REMBAU – Penduduk Kampung Bemban dekat sini bimbang memikirkan keselamatan diri dan keluarga ekoran rumah mereka diancam hakisan Sungai Bemban yang semakin serius. Salah seorang penduduk, Wahab Rashid, 66, berkata, rumahnya hanya terletak kira-kira 20 meter dari tebing sungai berkenaan. Katanya, hakisan yang bermula sejak November tahun lalu itu menyebabkan tanamannya pokok pisang dan limau musnah. "Selepas beberapa kali saya membuat aduan, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri akhirnya membina benteng menggunakan buluh baru-baru ini. "Bagaimanapun, masalah itu tidak selesai kerana benteng buluh itu tidak mampu menghalang aliran air sungai yang naik mendadak semasa musim hujan," katanya di sini semalam. Ujarnya, pegawai JPS memintanya bersabar kerana pada masa ini tiada peruntukan untuk membina benteng daripada simen. "Berapa lama lagi saya mahu menunggu kerana hakisan itu semakin teruk dan saya bimbang akan menjejaskan rumah yang saya diami bersama tujuh ahli keluarga," jelasnya. | |||
| Dua rakyat Malaysia jadi tebusan Posted: 17 Jan 2013 11:15 PM PST
ALGIERS, Algeria - Dua rakyat Malaysia merupakan antara 41 pekerja asing yang dijadikan tebusan oleh kumpulan militan Islam di sebuah kompleks kemudahan gas di In Amenas di gurun Sahara, selatan Algeria. Dalam perkembangan terbaharu insiden tersebut semalam, seorang pegawai keselamatan Algeria berkata, sekurang-kurangnya 20 warga asing telah melarikan diri dari loji gas asli berkenaan yang terletak di gurun Sahara. Media tempatan sebelum ini melaporkan sekumpulan militan Islam menjadikan puluhan pekerja loji gas tersebut sebagai tebusan. Pegawai tersebut memberitahu, mereka yang berjaya melarikan diri termasuk rakyat Amerika Syarikat dan warga Eropah. Namun, beliau enggan mengulas lanjut. Dalam kejadian kelmarin, sekumpulan militan menyerang kompleks gas itu yang terletak 1,300 kilometer dari sini dan menjadikan berpuluh-puluh pekerja asing sebagai tebusan. Loji gas tersebut dikepung oleh tentera Algeria dengan situasi kini dalam keadaan tegang. Menurut beberapa laporan, insiden tebusan itu adalah sebagai tindakan balas kerjasama Algeria dengan tentera Perancis yang campur tangan dalam konflik di Mali. Dalam perkembangan terbaharu, beberapa militan Islam memberitahu, helikopter-helikopter tentera Algeria menyerang kompleks gas berkenaan dengan menyebabkan 35 tebusan warga asing dan 15 militan terbunuh. Setakat ini, pemerintah Algeria enggan mengesahkan laporan tersebut. Nasib rakyat Malaysia itu masih belum diketahui. Kompleks gas tersebut dikendalikan oleh syarikat minyak BP dari Britain, Statoil milik Norway dan firma Algeria, Sonatrach. | |||
| Posted: 17 Jan 2013 11:14 PM PST
BARCELONA - Bintang pop Colombia, Shakira mendedahkan bentuk badannya yang hamil menerusi beberapa keping gambarnya yang didedahkan kelmarin. Salah satu gambar tersebut menunjukkan penyanyi itu memakai gaun yang berwarna putih. Bagaimanapun, salah satu gambar yang dikeluarkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu menunjukkan Shakira bergambar bersama kekasihnya, Gerard Pique. Pique merupakan pemain kelab bola sepak Barcelona di Sepanyol. Gambar berkenaan menunjukkan Shakira mendedahkan perutnya kerana dia hanya memakai bra dan kain di bawah paras pinggang. Shakira, 35, dan Pique, 25, mula menjalin hubungan selepas pemain bola sepak tersebut muncul dalam klip video lagu rasmi Piala Dunia 2010 berjudul Waka Waka bersama penyanyi jelita itu. Pasangan yang belum berkahwin itu mengesahkan hubungan mereka pada 29 Mac 2011 menerusi laman Twitter dan Facebook. Mereka dijangka menimang cahaya mata pada awal tahun ini. | |||
| Wanita terperangkap di celah ruang sempit Posted: 17 Jan 2013 11:13 PM PST ![]() SEORANG wanita ditarik keluar oleh beberapa anggota bomba dari celah ruang sempit di Portland kelmarin. PORTLAND - Seorang wanita terjatuh dari bumbung sebuah bangunan dan 'tersangkut' di ruang sempit yang terdapat di belakang dinding sebuah garaj parkir di sini kelmarin. Wanita tersebut terperangkap selama empat jam. Beberapa anggota bomba kemudian berjaya menyelamatkan wanita itu dengan menariknya keluar dari ruang tersebut selepas mereka membuat sebuah lubang di dinding garaj berkenaan. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Portland, Ron Rouse berkata, wanita berkenaan terjatuh ke celah ruang itu semasa dia berjalan di atas bumbung. Seramai 22 anggota bomba terlibat dalam operasi menyelamat wanita berkenaan. Menurut Rouse, wanita berkenaan memeluk beberapa anggota bomba selepas dia berjaya diselamatkan. Dia berkata, wanita berkenaan kemudian dihantar ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan. | |||
| 'Bilik tidur angkasawan' berbentuk seperti belon Posted: 17 Jan 2013 11:13 PM PST ![]() RUANG dalam bilik tidur itu. LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Sebuah 'bilik tidur angkasawan' yang berbentuk seperti belon akan diuji di Stesen Angkasa Lepas Kebangsaan (ISS). Bilik untuk para angkasawan itu dihasilkan sebuah syarikat swasta, Bigelow Aerospace. Ia akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2015. Bilik tersebut sepanjang empat meter. Syarikat itu telah melabur sebanyak AS$250 juta (RM753 juta) untuk menghasilkan bilik tersebut. Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menjalin kerjasama dengan syarikat itu untuk menghasilkan bilik tidur tersebut. | |||
| Pertunjukan pakaian diperbuat daripada coklat Posted: 17 Jan 2013 11:12 PM PST
SEOUL - Beberapa model wanita memperagakan pakaian yang diperbuat daripada coklat di sini semalam. Mereka memperagakan pakaian itu pada pertunjukan fesyen coklat yang diadakan selama empat hari. | |||
| Bandar-bandar diselaputi permaidani putih Posted: 17 Jan 2013 11:11 PM PST
KEADAAN iklim di Asia Barat sememangnya mudah dijangka. Cuacanya terik pada musim panas dan dingin serta sesekali diselangi hujan lebat pada musim sejuk. Bagaimanapun pada minggu lalu, iklim di rantau itu berubah mendadak. Hujan lebat berterusan selama beberapa hari disusuli salji tebal. Fenomena yang disifatkan terburuk dalam tempoh dua dekad oleh pakar-pakar metereologi menyebabkan ribut salji dan banjir yang melumpuhkan beberapa bandar utama dari Semenanjung Gaza sehingga ke Istabul termasuk Syria yang terjejas teruk akibat konflik yang berlaku hampir dua tahun lalu. Penduduk Syria tersepit dalam perang saudara antara puak pemberontak dan tentera yang setia dengan Presiden Bashar al-Assad, terpaksa membakar buku-buku dan perabot untuk memanaskan badan disebabkan kekurangan bahan bakar seperti minyak dan elektrik. Situasi itu bertambah meruncing bagi ribuan pelarian yang kini berlindung di negara-negara jiran seperti Lebanon dan Jordan serta lebih sejuta penduduknya yang terperangkap di negara itu. Bagaimanapun, kejadian ribut salji disusuli banjir besar yang melanda tidak menghentikan pertempuran antara kedua-dua pihak. Kini lebih 60,000 nyawa terkorban. Abu Othman, seorang aktivis puak penentang berkata, serangan darat masih berterusan biarpun cuaca buruk menyebabkan tentera Assad terpaksa menghentikan serangan udara buat sementara waktu. "Keadaan semakin buruk sejak ribut melanda. Semua orang kesejukan, tiada apa yang boleh digunakan untuk memanaskan badan kami. "Kekurangan bekalan makanan juga berlaku kerana hujan dan salji menyebabkan keadaan jalan raya sangat berbahaya," katanya sambil memberitahu suhu di Damsyik kini mencecah negatif enam darjah Celcius. Di utara Syria, ribuan pelarian kini berlindung di dalam gua, kata Fadi Yasin, aktivis dari wilayah Idlib, kawasan tercetusnya protes aman sebelum bertukar kepada penentangan bersenjata. Sebahagian daripada ribuan penduduk yang kehilangan rumah ekoran pertempuran itu telah berpindah ke Bandar Mati Syria iaitu kawasan penempatan lama era Byzantine, katanya. Misi bantuan "Mereka terpaksa menggunakan plastik dan surat khabar untuk menutup bahagian tingkap bangunan berkenaan serta tinggal di dalamnya biarpun menyedari ia sangat berbahaya terutama dalam keadaan ribut seperti sekarang ini. "Ramai yang tidak mempunyai apa-apa untuk memanaskan badan, hanya segelintir yang bernasib baik," katanya. Seorang aktivis dari Republik Chech, Michal Przedalcki daripada pertubuhan People In Need yang menjalankan misi bantuan di utara Syria, menjangkakan ramai pelarian tidak mampu bertahan dalam situasi berkenaan. ![]() SALJI tebal menyelimuti Istanbul, Turki sekali gus menjejaskan 15 juta orang penduduk, melumpuhkan rutin harian dan trafik udara serta di darat. "Kekurangan makanan sejak beberapa bulan lalu mendedahkan mereka terhadap penyakit, lebih-lebih lagi dalam cuaca sejuk yang ekstrem." Di Lembah Bekaa, kem sementara yang menempatkan lebih 400 pelarian di Lebanon musnah selepas banjir dan ribut yang melanda kawasan itu. "Ribut dan hujan sebelum ini menyebabkan banyak khemah rosak, kini salji tebal mula melanda Bekaa menyebabkan penduduk dan pelarian di sini sangat memerlukan bantuan," kata pegawai perhubungan luar Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) Cecile Fradot. Penempatan baharu Menurut Fradot, agensi bantuan itu kini giat memindahkan pelarian ke penempatan baharu. "Kami akan memindahkan setiap keluarga yang terjejas selepas khemah mereka dilanda banjir di utara. Situasi semakin buruk, ia merupakan permulaan musim sejuk di rantau ini," katanya. Keadaan sama turut berlaku di kem Zaatari di Jordan, yang menempatkan lebih 30,000 pelarian Syria apabila mereka terpaksa menjadikan bangunan sekolah karavan pasang siap sebagai penempatan sementara. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan terdapat lebih 600,000 pelarian memerlukan bantuan termasuk makanan, selimut dan pakaian. Sekurang-kurangnya sebanyak AS$1.5 bilion dolar (RM4.5 bilion) diperlukan dalam tempoh enam bulan lagi bagi tujuan itu, menurut PBB. Ribut salji turut menjejaskan seluruh Asia Barat. Beberapa bandar seperti Baitulmuqaddis, Ramallah, Amman dan Damsyik kini diselaputi salji tebal. Ekoran itu, kebanyakan negara kini telah menghentikan sistem pengangkutan awam dan menutup sekolah-sekolah. Banyak perniagaan terpaksa ditutup kerana pekerja tidak boleh keluar bekerja. "Kawasan pusat bandar kini kelihatan seperti hamparan permaidani putih," kata jurucakap bagi pihak berkuasa Baitulmuqaddis, Elisha Peleg kepada Jurusalem Post. "Golongan warga emas di sini juga tidak mampu mengingati bila kali terakhir mereka berdepan dengan ribut salji," jelasnya. Lebuh raya utama di Israel di luar Baitulmuqaddis telah ditutup, begitu juga kebanyakan laluan ke arah utara negara itu dan Bukit Golan. Pihak berkuasa Palestin di Ramallah, Tebing Barat turut mengumumkan situasi darurat di seluruh negara. Di Semenanjung Gaza, beberapa terowong yang menghubungkan wilayah itu dan Mesir ditutup akibat banjir. Ketua pasukan bantuan di bandar Nablus, utara Tebing Barat, Ghassan Hamdan berkata, penduduk di wilayah itu bakal terjejas disebabkan kekurangan infrastruktur. "Mereka tidak mampu berhadapan dengan cuaca ekstrem seperti ini. Banjir dan ribut menyebabkan banyak kemusnahan," katanya. Dianggarkan sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terbunuh akibat fenomena itu sehingga kini. Di Lebanon, Pertubuhan Palang Merah melaporkan enam orang terbunuh akibat kemalangan jalan raya manakala beberapa orang lagi dipercayai lemas dihanyutkan banjir. Seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan maut di Taalabaya, wilayah Bekaa, selepas kenderaanya terperangkap di dalam salji tebal. Sementara itu, di Ramallah pihak berkuasa Palestin melaporkan dua wanita mati lemas dihanyutkan arus deras. Mangsa dikenali sebagai Samah Kanan, 36, dan Hana Al Sarawi, 24, berasal dari Nablus. Timbalan gabenor Ramallah, Annan Atirah berkata, air yang melimpah di atas jalan raya menyebabkan mangsa terperangkap di dalam kenderaan sebelum dihanyutkan air ketika cuba menyelamatkan diri. Seorang lagi mangsa, yang juga pemandu kenderaan berjaya diselamatkan, namun keadaannya kritikal. Di Mesir pula, usaha sedang dilakukan untuk mencari 10 nelayan yang dilaporkan hilang di Marsa Matruh selepas bot mereka dibadai ribut. ![]() SALJI tebal tidak menghalang remaja ini untuk melakukan aktiviti di luar. Agensi berita negara itu, Mena melaporkan jarak penglihatan yang terhad, angin kencang dan hujan lebat menyebabkan pihak berkuasa menutup beberapa pelabuhan termasuk di Alexandria dan Dakhila di mana ia turut menjejaskan operasi di Terusan Suez. Sementara itu, di Turki, syarikat penerbangan Turki Arlines turut membatalkan ratusan penerbangan. Banyak sekolah ditutup khususnya di bahagian utara negara itu termasuk Istanbul, selepas sebuah bas tergelincir di atas jalan raya licin yang mencederakan 30 penumpang. Biarpun ia mengundang pelbagai bencana di sesetengah kawasan di Asia Barat, namun ada juga penduduk yang menganggap ribut salji sebagai satu peristiwa yang jarang berlaku dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk bermain bola salji dan membina orang salji. | |||
| Potensi anak menerusi cap jari Posted: 17 Jan 2013 11:10 PM PST
SETIAP kanak-kanak dikurniakan bakat semula jadi sejak kecil lagi. Hakikatnya, tidak ramai golongan ibu bapa menyedari potensi anak-anak mereka. Perkara itu turut diakui seorang bapa, Muhammad Kamarul Md. Zin, 34, yang tidak menyedari bakat anak lelakinya, Muhammad Zafri, yang berusia enam tahun. "Saya hairan dia begitu berani setiap kali membuat persembahan di khalayak ramai berbanding dengan rakan yang seusia dengannya," ujarnya ketika ditemui pada kempen Kenali Potensi Si Manja di Damansara, Selangor. Menurutnya, keberanian yang ditonjolkan oleh anaknya itu tidak dilihat beliau secara serius, namun selepas melalui analisis cap jari, dia diberitahu anaknya itu lebih menggunakan otak kiri daripada otak kanan. "Saya agak terkejut dengan keputusan itu memandangkan saya melihat dirinya menunjukkan minat dalam subjek bahasa dan tidak sangka dia mempunyai kecenderungan dalam bidang Sains dan Matematik. "Mujur, saya tergerak hati membawanya untuk menjalani ujian tersebut sekurang-kurangnya boleh mengetahui di mana letaknya potensi Zafri," jelasnya lagi. Sementara itu, Ketua Pembangunan Bahagian Psikologi Universiti Maranatha Christian, Indonesia, Efnie Indrianie berkata, analisis cap jari merupakan satu kaedah inovatif yang merekod kesemua 10 cap jari kanak-kanak untuk mengenal pasti potensi bakat dan cara pembelajaran mereka. Kaedah tersebut boleh membantu ibu bapa untuk mengetahui bakat yang ada pada anak mereka sekali gus boleh membimbing mereka mengikut rentak gaya anak tersebut. Analisis itu menggambarkan corak otak yang telah terbina bagi seorang kanak-kanak sejak dalam kandungan. Potensi kanak-kanak boleh dikesan dengan menganalisis setiap jari dengan menggunakan alat pengimbas dan ia akan memaparkan bentuk cap jari di dalam komputer yang menggunakan perisian khas untuk mengesan cap jari. ![]() SEORANG kanak-kanak melakukan ujian cap jari yang dijalankan semasa kempen Kenali Potensi Si Manja oleh Ducth Lady. Bertutur lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, langkah pemeriksaan itu akan dilakukan dengan mengambil cap ibu jari kiri ke kelingking kiri dan seterusnya pada sebelah kanan pula. Kemudian, apabila cap jari diambil ia akan memaparkan bentuk iaitu lengkungan, simpulan dan lingkaran di monitor komputer. Seterusnya, kesemua data cap jari yang diperoleh akan dimasukkan dalam sistem khas. Proses pengiraan akan dijalankan menerusi sistem itu. "Proses yang mengambil masa sekitar 30 minit itu mampu mengenali perbezaan corak cap jari. Corak ini akan dapat dipadankan dengan susunan formasi saraf-saraf otak. "Ia dapat mengenal pasti potensi seseorang kanak-kanak. Ini satu teknologi yang amat menarik kerana penemuan daripada kajian biometrik sebagai petunjuk sifat-sifat mental," jelasnya lagi. Begitupun, beliau menyarankan kepada golongan ibu bapa selepas mengetahui potensi anak-anak, mereka tidak membandingkan seorang anak dengan anak yang lain kerana setiap individu berbeza. Sebaliknya, ibu bapa harus memberi sokongan moral agar mereka dapat mengembangkan potensi anak-anak serta mengatasi kelemahannya. Ujian cap jari merupakan satu analisis saintifik dengan mengukur biometrik menerusi cap jari untuk mengenal pasti potensi seseorang individu. Menyentuh mengenai ketepatan keputusan potensi itu, beliau memberitahu, kajian telah menunjukkan bahawa teknologi berkenaan mempunyai tahap ketepatan yang tinggi. Terdahulu, satu tinjauan penelitian yang dijalankan di Indonesia oleh Makmal Psychobiometric (Spectrum Synergy Biometric) mendapati hampir 75 peratus kanak-kanak biasanya menunjukkan sifat-sifat yang selari dengan keputusan analisis cap jari. ![]() MINAT dan kebolehan anak-anak dalam bidang Matematik dan Sains juga dapat dikenal pasti melalui ujian cap jari. Sementara itu, 25 peratus lebih cenderung kepada pengaruh dan pendidikan dari alam sekitar dan budaya. Pensyarah daripada Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr. Mastura Badzis berkata, pada minggu ke-13 kehamilan, cap jari mula terbentuk pada janin. Pada minggu ke-19, kedutan terbentuk di dalam otak dan dapat dilihat pada setiap 10 cap jari mewakili bahagian berbeza pada otak kanak-kanak. Tambah beliau, susunan saraf-saraf pada bahagian-bahagian otak itu dianggap mempunyai simetri dengan corak dan bentuk cap jari pada setiap jari. "Jadi, ia boleh mengenali pola kebolehan dalam otak manusia berdasarkan pertumbuhan saraf dalam bahagian otak tersebut," katanya. | |||
| Monumen daripada pen Kilometrico Posted: 17 Jan 2013 11:10 PM PST
PARA pelajar dari beberapa buah sekolah rendah dan menengah dilihat memenuhi ruang tingkat satu The Apartment, Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) pada 13 Disember lalu. Mereka begitu tekun menggunakan pen, tetapi mereka bukannya sedang khusyuk menulis atau menjawab soalan peperiksaan. Sebaliknya, tangan masing-masing ligat menyusun lambakan pen jenama Kilometrico agar mengikut pelan reka bentuk yang dipersetujui bersama rakan sepasukan. Hari itu, mereka tidak ubah seperti arkitek yang bertanggungjawab melaksanakan binaan monumen-monumen kebanggaan negara yang diperbuat daripada ribuan batang pen sempena sambutan meraikan ulang tahun Kilometrico yang ke-40. Seramai 60 pelajar mewakili 10 buah sekolah iaitu lima sekolah menengah dan lima sekolah rendah sekitar Lembah Klang mengambil bahagian untuk membina monumen-monumen ikonik dengan menggunakan 10,000 batang pen Kilometrico. Para pelajar dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian perlu melaksanakan tugasan membina salah satu monumen yang diberikan iaitu Jambatan Pulau Pinang, Muzium Negara dan KLCC. Setiap sekolah diberikan 1,000 batang pen untuk membina monumen-monumen tersebut dan mereka akan dinilai mengikut kategori iaitu kategori sekolah menengah dan sekolah rendah. Masa dua jam yang diberikan penganjur digunakan sepenuhnya menyiapkan monumen tersebut sehingga mereka diminta menghentikan pembinaan tepat pukul 12 tengah hari. "Sempena sambutan ulang tahun Kilometrico ke-40, kami mahu meraikan bersama golongan yang sinonim dengan pen Kilometrico iaitu para pelajar sekolah. "Mereka kelihatan teruja dan begitu bersemangat membina monumen-monumen negara dengan kreatif," kata Pengurus Besar Newell Rubbermaid Asia Tenggara, Danny Yong. Tambahnya, dengan slogan, The Power Of Pen, pihaknya mahu menunjukkan kebenaran pepatah lama, mata pena lebih tajam daripada pedang, kepada generasi baharu yang mungkin tidak tahu makna di sebalik pepatah tersebut. "Kilometrico telah bertapak di Malaysia selama empat dekad dan sudah ramai generasi dalam masyarakat Malaysia membesar dengan jenama ini. "Sehubungan itu, sebanyak satu juta pen Kilometrico edisi khas dijual sejak bulan Oktober lalu dengan menampilkan cetakan emas pada batang pen," ujarnya sambil memberitahu RM50,000 berjaya dikumpulkan hasil jualan pen edisi terhad tersebut. Setiap daripada 10 buah sekolah terpilih yang mengambil bahagian akan mendapat sumbangan RM5,000 untuk membantu sekolah-sekolah berkenaan membina prasarana mahupun menggunakannya bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang memberikan manfaat kepada para pelajarnya. Idea kreatif ![]() INILAH hasil imaginasi pelajar SJK (T) Ladang Semenyih yang membina Jambatan Pulau Pinang. Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK (T)), Telok Panglima Garang, Banting; SJK (T) Dengkil; SJK (T) Ladang Semenyih; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK (C)) Han Ming, Puchong; SJK (C) Mun Choong, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Jaya, Cheras; SMK Bandar Baru Sentul; SMK Perempuan Methodist, Klang; SMK Pendamaran Jaya, Klang dan SMK Cina Katholik, Petaling Jaya. Setiap sekolah menampilkan hasil yang sangat menarik dan kreatif sehingga para juri sukar untuk membuat keputusan. Akhirnya, para juri sebulat suara menobatkan pasukan dari SMK Pendamaran Jaya, Klang yang mencipta monumen Menara Berkembar Petronas sebagai juara bagi kategori sekolah menengah dan SJK (T) Dengkil untuk kategori sekolah rendah dengan binaan Muzium Negara. Menurut seorang guru daripada SMK Pendamaran Jaya, Sabariah Baki, pihak sekolah amat bangga dengan usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh para pelajarnya sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah. "Walaupun diadakan dalam cuti sekolah, mereka sanggup datang dan memberikan yang terbaik untuk pertandingan membina monumen ini," katanya. Dalam pada itu, pelajar tahun enam SJK (T) Dengkil, G. Tharanneetharan memberitahu, selaku salah seorang daripada ahli pasukan, dirinya sangat bangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh rakan seperjuangan yang lain. "Diharapkan aktiviti sebegini diteruskan pada masa akan datang kerana ia dapat memberikan pengalaman kepada para pelajar untuk jadi lebih kreatif," ujarnya yang membina monumen bersama lima rakan lain iaitu G. Thineshvar, S. Jegathesan, C. C.A Vinitha, S. Sivagamy dan A. Kirushantar. | |||
| Posted: 17 Jan 2013 11:09 PM PST ![]() KHUSYUK adalah kerja hati kerana hati menjadi tempat pandangan Allah atas hambanya. APAKAH yang perlu dilakukan oleh seseorang itu untuk khusyuk dalam solat? JAWAPAN: Rasulullah SAW bersabda: "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperoleh hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Firman Allah yang bermaksud: "Maka kecelakaanlah bagi orang solat, (iaitu) orang yang lalai daripada solatnya" [Surah al-Ma'un : ayat 4-5]. Semua dalil dan nas tersebut adalah berkaitan khusyuk dalam solat, maka soalan tentang khusyuk ini amat panjang lebar. Cukuplah kita huraikan serba ringkas sekurang-kurangnya kita dapat mencapai khusyuk dalam solat kita insya-Allah. Perkara yang paling penting tentang khusyuk ini ialah kita memahami apakah maksudnya terlebih dahulu. Adapun maksud khusyuk itu adalah takut iaitu takut kita akan Allah dalam segala hal yang kita lakukan kerana Allah melihat segala perbuatan dan pergerakan. Khusyuk itu juga hasil daripada sifat ihsan iaitu menyembah Allah dalam hal kita melihat Allah, jika tidak mampu kita melihat Allah maka ingatlah yang Allah melihat akan kita. Inilah maksud bagi ihsan itu. Apabila hati sudah mencapai ihsan maka timbul takut untuk melakukan segala salah sama ada dalam solat mahupun di luar solat. Khusyuk itu kerja hati kerana hati menjadi tempat pandangan Allah atas hambanya, apabila khusyuk hati maka khusyuklah seluruh anggota. Pembahagian khusyuk itu ialah: * Khusyuk zahir: Mata, anggota dan seluruh anggota badan. * Khusyuk batin: Tenang dan hadir hati serta faham makna bacaan dalam solat. | |||
| Mahu galakkan anak muda berjubah Posted: 17 Jan 2013 11:08 PM PST
PESONA wanita yang mengenakan persalinan jubah berwarna merah jambu berserta hiasan sulaman menarik dengan hijab coklat keemasan ternyata mencuri perhatian. Pemilik butik Jumana dan butik maya, JubahOnline.com, itu kelihatan sangat bergaya walaupun hanya mengenakan jubah. Menyingkap pembabitannya dalam perniagaan busana muslimah, Yuslidawaty Abdul Khalid, 37, memberitahu segalanya bermula apabila dia mengikut suaminya menetap di Kaherah, Mesir selama empat tahun atas urusan kerja. "Saya gemar membeli-belah dan suka mengenakan jubah. Apabila berada di sana, saya begitu teruja dan rambang mata melihat pilihan jubah dengan pelbagai fabrik dengan warna-warna ceria kerana sebelum ini kita sedia maklum bahawa rona hitam sinonim dengan jubah. "Gemar dengan reka corak dan warnanya, saya mula berkongsi dengan rakan-rakan melalui internet dan mereka mula membuat pesanan," kata ibu kepada tiga orang anak ini. Ujarnya, ketika menetap di sana, dia dan keluarga akan pulang ke Malaysia setahun sekali membawa bersama beg-beg yang sarat dengan jubah yang dipesan rakan-rakan dan ahli keluarga. Melihatkan jualan jubah dari Kaherah yang dijualnya laku bak goreng pisang panas, walaupun dijual dalam kalangan keluarga dan sahabat handai, membuatkan Yuslidawaty cuba untuk berjinak-jinak meluaskan pasaran dengan menjualnya secara dalam talian atas saranan rakan-rakan. Mula menemui pelanggan secara dalam talian pada tahun 2008, Yuslidawaty yang merupakan pengurus bersama Jumana Couture Sdn. Bhd., mengambil risiko membeli stok jubah untuk dihantar ke Malaysia.
"Kos penghantaran dari Malaysia lebih murah berbanding saya terus membuat penghantaran dari Mesir kepada pelanggan. Saya tidak mahu pelanggan terbeban dengan kos. "Segala stok jubah saya tinggalkan kepada kakak ipar dan saya akan maklumkan pesanan kepadanya dari Kaherah sebelum dia menguruskan penghantaran pos kepada pelanggan," jelasnya. Bina keyakinan Anak kelahiran Alor Setar yang dibesarkan di Kuala Lumpur itu pulang ke tanah air pada 2009 dan pada ketika itu dirinya langsung tidak berniat untuk membuka premis menjual busana Muslimah. Namun, bagi membina keyakinan para pelanggan terhadap produknya, Yuslidawaty yang ketika itu menetap di Sungai Petani, Kedah mengambil risiko untuk berbuat demikian. Yakin dengan produk jualannya yang unik dan lain daripada yang lain, Yuslidawaty membuka premis pertamanya iaitu Jumana by JubahOnline.com pada bulan Disember 2010 di Sungai Petani. "Penerimaan pelanggan pada ketika itu sangat bagus kerana pada 2010, pemakaian jubah sudah menjadi satu trend. "Selepas dibuka selama dua minggu di Sungai Petani, saya berpindah ke Kuala Lumpur kerana mengikut suami yang bekerja di sana," katanya yang membuka butik kedua di Kota Damansara, Petaling Jaya selepas lima bulan membuka butik sulungnya. Keputusan membuka premis di Kuala Lumpur dilakukan memandangkan ramai pelanggannya datang dari Lembah Klang. Menyifatkan pemilihan lokasi di Kota Damansara sebagai strategik, Yuslidawaty menjual jubah bukan kerana keuntungan semata-mata. Lebih daripada itu, dia mahu menggalakkan para wanita memakai busana tersebut. Dengan koleksi jubah Jumana, tiada lagi istilah jubah sebagai busana ketinggalan zaman kerana ia menawarkan pelbagai warna dengan potongan dan reka corak yang lebih segar. Jubah-jubah Jumana dijual dari harga RM99 hingga RM899 sehelai dan ia didatangkan dalam material fabrik 100 peratus kapas, kapas campuran, satin kapas, krep dan sutera satin dengan menawarkan lebih 50 jenis reka corak. Koleksi kanak-kanak "Kami letakkan harga yang berpatutan supaya anak-anak muda mampu memiliki jubah jenama Jumana dalam masa yang sama mempromosikan cara yang betul memakai jubah dan tudung mengikut syariat. "Saiz jubah yang dijual di sini besar sedikit daripada saiz standard Malaysia iaitu bermula daripada saiz S hingga saiz XXXL. Saiz XXXXL juga ada tetapi bilangannya tidak banyak," ujarnya sambil memberitahu sasaran pasaran dalam kalangan wanita berusia 20 hingga 50 tahun ke atas. Menurutnya, satu-satu reka corak jubah tidak dijual dengan kuantiti yang banyak. Oleh yang demikian, dia menyarankan para pelangga agar berkunjung ke butiknya dua bulan sekali untuk melihat reka corak yang baharu. Selain menawarkan jubah untuk wanita, butik Jumana juga menjual jubah kanak-kanak, blaus panjang, pakaian umrah, stokin lengan, tudung dan jubah lelaki selain menyediakan perkhidmatan penyewaan busana pengantin Arab. Cabaran berniaga Banyak cabaran yang ditempuh oleh wanita ini lebih-lebih lagi apabila berurus niaga dengan 'Pak Arab' yang banyak fiilnya. Ceritanya, dia pernah bertegang urat dengan pembekal dari tengah hari hingga ke petang gara-gara tidak berpuas hati dengan kualiti barangan. "Pembekal tersebut memberitahu bahawa dia tidak pernah jumpa orang macam saya yang sanggup memeriksa ratusan helai jubah satu persatu. "Pengalaman tersebut membuatkan pembekal-pembekal di sana lebih berhati-hati apabila berurusan dengan saya yang cerewet apabila menyentuh bab kualiti," katanya yang berkunjung ke Mesir dua hingga tiga kali setahun untuk memilih reka corak dan fabrik. Kejayaannya hari ini hingga tersergamnya dua buah butik, bukanlah usaha sehari dua. Baginya, tanpa sokongan suami dan ibunya, Norhayatte Mustaffa, 59, tidak mungkin ia menjadi realiti. ![]() BUTIK Jumana menawarkan pelbagai jenis jubah pada harga yang berpatutan. Baginya, seseorang yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan bukan sahaja memerlukan modal yang besar, malah pengetahuan luas juga penting selain mempunyai ketahanan mental dan fizikal. Bermula dengan modal RM100,000 untuk pembukaan butik, dekorasi hiasan dalaman dan segala urusan perniagaan dilakukannya sendiri dengan dibantu oleh ibu dan suaminya. Ternyata usahanya berbaloi kerana ada pelanggannya yang sanggup memandu jauh dari Singapura semata-mata untuk mengunjungi butiknya selain mendapat permintaan daripada rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara seperti di United Kingdom, Australia, Jepun dan sebagainya. "Pelanggan dari Sabah dan Sarawak juga akan ke butik jika ada urusan di Semenanjung. "Hasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka cawangan butik di beberapa buah negeri memang ada, tetapi saya berhadapan dengan isu kekangan tenaga kerja," katanya yang mahu membuka butik di Pantai Timur, Selatan tanah air, Sabah dan Sarawak dalam masa setahun dua. Sungguhpun begitu, sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen jualan amat dialu-alukan, namun mereka yang berminat perlu memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan. | |||
| Posted: 17 Jan 2013 11:08 PM PST ![]() SEORANG kanak-kanak kelihatan teruja dengan kehadiran maskot KRR. KEHADIRAN Ratu Cantik Malaysia 2013, Carey Ng, 23, dan kakitangan restoran makanan segera, Kenny Rogers Roasters (KRR) sempena kempen Wishing Tree ternyata menggembirakan penghuni Rumah Anak Yatim Maahad Tahfis Baitul Ummah, Kuala Lumpur. Program itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) KRR dalam usaha mendekati dan membantu masyarakat yang memerlukan. Dalam program itu, kanak-kanak dari rumah tersebut bukan sahaja diberi peluang beramah dan berbual mesra bersama Carey, bahkan menyertai pertandingan meniup belon. Lebih menarik, Carey juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut untuk memberi semangat kepada penghuni rumah berkenaan. Kepenatan bermain permainan itu dihargai KRR dengan pemberian hadiah cenderamata untuk mereka yang menjadi pemenang. Menjelang tengah hari, maka tiba masanya untuk mengisi perut yang lapar dengan sajian lazat dibawa khas dari dapur KRR. Setiap kanak-kanak dilayani dengan set Kenny's Quarter yang merangkumi nasi aromatik, ayam panggang, salad, kentang putar, mufin dan minuman tropical freeze yang begitu menyelerakan. Menambahkan lagi kegirangan kanak-kanak itu apabila KRR turut membawa maskot ayam mereka untuk meluangkan masa bersama penghuni rumah anak yatim berkenaan. ![]() KAKITANGAN KRR turut membantu kanak-kanak itu bermain belon dan menyampaikan sumbangan alat tulis. Kegirangan jelas terpancar pada wajah kanak-kanak tersebut yang teruja bersalam dan mengambil gambar bersama maskot KRR. Bagi Nurul Balqis Muhammad Firdaus, 12, dia mengakui begitu bertuah kerana berpeluang bertemu dengan seorang ratu cantik yang begitu merendah diri apabila sudi berbual mesra dan mengikuti pelbagai aktiviti bersama mereka. Menurutnya, selama ini dia hanya mampu melihat ratu-ratu cantik menerusi kaca televisyen. "Saya tidak sangka akhirnya dapat bertemu dengan salah seorang ratu cantik Malaysia. Lagipun, saya sempat bertanya beberapa soalan kepadanya tentang penglibatannya dalam dunia kecantikan," kata Nurul Balqis sambil memuji kecantikan Carey. Hulur bantuan Seorang lagi kanak-kanak, Muhammad Firdaus Muhammad, 11, berkata, dia juga gembira kerana menerima kunjungan daripada pihak KRR. "Kami semua dihiburkan dengan acara yang telah disusun selain dapat menjamu selera dengan hidangan yang lazat. Ia satu aktiviti yang sangat menyeronokkan," jelasnya. Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd, Esther Woo berkata, program tanggungjawab sosial seperti itu sebenarnya sudah dirintis oleh pengurusan restoran berkenaan sejak lapan tahun lalu. ![]() SALAH satu pertandingan meniup belon turut diadakan semasa kunjungan KRR. "Kempen ini mengingatkan kita supaya menghargai kanak-kanak kurang bernasib baik dengan menghulurkan bantuan kepada mereka. "Lagipun, dengan adanya program seumpama ini, ia secara tidak langsung dapat menceriakan golongan tersebut," katanya ketika ditemui di Rumah Anak Yatim Maahad Tahfis. Terdahulu, pihak KRR turut menyampaikan sumbangan berbentuk alat tulis kepada kesemua kanak-kanak itu bagi memulakan sesi persekolahan yang baru dibuka awal Januari lalu. Bagi Carey pula, beliau terharu dengan pelawaan pihak penganjur ke program tersebut. "Saya berasa gembira kerana dapat bertemu dengan mereka. Kunjungan kami sekurang-kurangnya menghiburkan anak-anak ini," tuturnya lagi. | |||
| Sukarelawan polis bantu perangi jenayah Posted: 17 Jan 2013 11:06 PM PST
HONG HON KEONG, 36, pada siang hari bertugas sebagai pengatur cara komputer di Cheras, Kuala Lumpur sementara S. Kugan, 20, bekerja sebagai pelayan pusat hiburan. Namun pada sebelah malam, kedua-dua orang awam itu mempunyai misi yang sama iaitu membantu polis memerangi jenayah. Sebagai Sukarelawan Simpanan Polis (SSP), mereka sebagai mata dan telinga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Walaupun memakai pakaian seragam, peranan sukarelawan ini dilihat agak kurang menonjol sehinggalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan bajet 2013 pada 28 September lalu. Sejak itu singkatan SSP atau The Police Volunteer Reserve (PVR) dalam bahasa Inggeris mula kedengaran. Usaha memperkasakannya kini giat dijalankan dengan penambahan anggota baharu sehingga 10,000 orang. Walaupun hanya anggota sukarelawan polis, namun mereka berganding bahu membantu menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Masyarakat berdisiplin Mereka melakukan rondaan di kawasan perumahan yang berisiko tinggi berlaku jenayah selain membantu operasi polis di daerah masing-masing. Berkongsi pengalaman dengan Komandan SSP Kontinjen Kedah Supritendan Rozali Abd. Ghani, yang telah tiga dekad menyertai SSP, usaha memperkasakan SSP sudah lama dinantinya. "Mungkin sebelum ini, peranan SSP tidak dilihat secara serius. Setelah Perdana Menteri umumkan untuk menambah keanggotaan, sudah mula nampak gelombang baharu dalam SSP sejak lima bulan kebelakangan ini. "Ia sesuatu yang positif kerana SSP mampu membentuk masyarakat yang berdisiplin dan memahami serta menghormati undang-undang di negara ini," katanya yang kini bertugas di Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah. Mula berkhidmat sebagai konstabel dalam SSP pada tahun 1982, Rozali menjelaskan penambahan keanggotaan SSP membantu meningkatkan kehadiran berterusan polis terutamanya di lokasi-lokasi panas. Di Kedah, terdapat 325 anggota dan pegawai SSP yang digerakkan di setiap daerah dan balai untuk membantu melakukan tugas rondaan, mengawal bit atau membuat sekatan jalan raya serta operasi trafik pada malam minggu. Namun, jumlah itu masih belum mencukupi untuk mengoptimum peranan yang dimainkan oleh anggota dan pegawai SSP di setiap daerah serta balai yang mereka ditempatkan. Dengan penambahan 10,000 anggota yang diumumkan baru-baru ini, terdapat 750 kekosongan dibuka untuk Kontinjen Kedah. "Ini menunjukkan ramai golongan belia yang mahu membantu polis menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat sekali gus menurunkan kadar jenayah," katanya yang meminati kerjaya polis sejak kecil. Berkongsi pandangan yang sama, Komandan Kontinjen Johor, Supritendan Ahmad Mustafa. Menurut beliau, penambahan keanggotaan membolehkan lebih banyak tugasan dilakukan selain membantu menampung kekurangan anggota tersebut. Menurutnya, rondaan yang lebih kerap dapat mencegah jenayah selain mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah. Mencari maklumat dan menjadi mata dan telinga polis antara tanggungjawab yang turut dipikul anggota SSP. Jadi maklumat itu boleh disalurkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya bagi menjaga keselamatan awam. "Dengan cara ini tindakan pencegahan seperti menempatkan lebih ramai anggota di lokasi-lokasi yang sering berlaku jenayah dapat mengurangkan jenayah," katanya dan menambah Johor kini mempunyai seramai 550 anggota SSP. Elaun kerja Elaun seorang pegawai ialah RM7.80 sejam dan bagi anggota pula sebanyak RM6 sejam. Mereka hanya boleh menuntut elaun kerja maksimum 96 jam setiap bulan meskipun kebanyakan anggota yang bertugas lebih daripada masa yang dihadkan. Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur baru-baru ini menerima 165 anggota baharu SSP bagi Kontinjen Kuala Lumpur. Ia merupakan pengambilan siri kelima dan mereka menjalani latihan sesi pengenalan dan asas undang-undang selama tujuh hari. Selepas seminggu latihan, mereka akan diserahkan ke kontinjen sebelum diagihkan ke Ibu Pejabat Daerah P olis yang berdekatan dengan kediaman masing-masing bagi memulakan latihan sambil kerja. Bagi Hon Keong penyertaannya dalam SSP adalah untuk merealisasikan impian menjadi seorang anggota polis. Lelaki yang mempunyai seorang cahaya mata itu mahu mengubah persepsi kaum Cina yang memandang serong kerjaya polis. "Dengan cara ini juga mungkin saya boleh perbetulkan pandangan anggota masyarakat terutama mereka yang rapat dengan saya selain misi utama untuk membantu menjaga keselamatan di kawasan rumah saya yang sering berlaku kes pecah rumah," katanya yang tinggal di Taman Len Seng, Cheras. Sementara itu seorang anggota SSP yang hanya mahu dikenali sebagai Kugan berharap pengalaman dalam SSP akan membuka jalan kepada beliau menyertai pasukan polis sebagai anggota tetap suatu hari nanti. "Saya seorang yang agak nakal hingga sering menimbulkan kebimbangan keluarga, saya berharap disiplin yang diterapkan dalam SSP akan mengubah diri saya menjadi pemuda yang lebih baik. "Saya mahu menyumbang sesuatu kepada negara dan menjadi kebanggaan keluarga," kata anak sulung dua beradik yang kini menetap di Selayang, Batu Caves, Selangor. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







































0 ulasan:
Catat Ulasan