RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Pelakon Seksi Filem Anak Pontianak Ditahan Polis Miliki Dadah

Posted: 31 Dec 2012 06:14 PM PST

Hari ini adalah hari pertama kita bernafas di tahun 2013. Selamat tahun baru buat semua pembaca budiey.com. Apa azam tahun baru anda?

Tahun 2013 ini, beberapa event besar berskala mega menanti Budiey. Selain akan menganjurkan Party Ulangtahun Budiey.com yang ke-6 pada bulan ini, Budiey turut terlibat dalam mempromosikan dua event besar sebagai Official Blogger untuk Anugerah & Festival Filem Asia Antarabangsa 2013 #AIFFA2013 pada 28 – 30 Mac 2013 dan juga Official Blogger untuk Konsert Anuar Zain 3 Dekad pada 16 Februari 2013.

Satu permulaan yang baik untuk tahun 2013 ini dan Budiey berazam akan lakukan sehabis baik. Wish me good luck ya. Hari ini, berita hiburan Malaysia dihangatkan dengan penangkapan seorang artis wanita berimej seksi bersama teman lelakinya yang dikatakan positif dadah. Menurut Harian Metro, pelakon filem Anak Pontianak yang juga berkarier sebagai model berusia 26 tahun yang terkenal dengan pelbagai kontroversi ini ditahan polis selepas didapati memiliki dadah di sebuah kondominium mewah di Damansara Damai jam 5.30 petang kelmarin.

Budiey kira, melalui klu atau petunjuk yang diberikan, korang dah boleh agak siapa pelakon yang terlibat dengan kes ini. Apa-apa pun, biarlah pihak berkuasa dan undang-undang menyoal siasat tentang kes ini.

Pelakon kontroversi langsing ini ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bersama kekasihnya, seorang pengganggur yang juga berusia 26 tahun, kerana memiliki dua pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram.

Menurut sumber, pasukan polis menyerbu rumah pelakon ini selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan kegiatan penyalahgunaan dadah. Pada mulanya, mereka enggan bekerjasama apabila tidak mahu buka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri. Selepas pegawai polis mengetuk pintu, pelakon ini membuka pintu tapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.

Selepas beberapa lama menunggu, polis terpaksa memecah masuk melalui pintu depan dan melakukan pemeriksaan. Polis menemui seorang lelaki dalam bilik tidur, manakala pelakon wanita terbabit bersembunyi dalam bilik lain.

Semasa memeriksa pada bahagian badan, polis tak menemui apa-apa. Namun, selepas menggeledah rumah itu, polis menemui dua pil dalam bungkusan aluminium.

Pasangan ini menjalani ujian saringan awal dan air kencing mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.

Sebelum ini, pelakon wanita ini pernah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalami ujian saringan air kencing dalam satu sekatan jalan raya beberapa tahun lalu.

Pelakon seksi ini juga telah mencetuskan kontroversi ditahan bersama rakannya dan mengaku mengambil dadah jenis syabu dalam operasi yang disertai anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mereka direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Semoga berita ini dijadikan pengajaran buat selebriti lain dan kita semua agar menjauhi dadah. Bila dah terkena, barulah menyesal. Tapi Budiey lihat, pelakon ni memang tak serik-serik. Apa nak jadi daa…

Sekali lagi selamat tahun baru 2013 untuk pembaca sekalian.

Komen via Facebook

Komen

Maxis Buka Tirai 2013 Lancar Servis 4G LTE Pertama di Malaysia

Posted: 31 Dec 2012 08:41 AM PST

MAXIS YANG PERTAMA MELANCARKAN PERKHIDMATAN 4G LTE

Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, membuka tirai tahun 2013 dengan satu lagi pencapaian yang membanggakan dengan pelancaran perkhidmatan 4G LTE. Maxis, syarikat telekomunikasi pertama menyambungkan pelanggannya untuk perkhidmatan 4G LTE

Sentiasa di hadapan dengan teknologi terbaru, Maxis dengan sukacitanya mengumumkan bahawa perkhidmatan 4G LTE, yang disalurkan melalui rangkaian 4G "sebenar" pertama di Malaysia, kini boleh didapati di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Desa Sri Hartamas, Bandar Puchong Jaya, Bandar Sunway dan Cyberjaya berikutan pelancaran tengah malam pada 1 Januari 2013.

Pelanggan bakal menikmati kelajuan sehingga 75Mbps, dengan kelajuan biasa purata 10 hingga 30Mbps dengan rangkaian 4G LTE Maxis. Perkhidmatan 4G LTE Maxis ini akan disediakan di kawasan-kawasan lain tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das, berkata,

"Ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Maxis sebagai penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu. 4G LTE beroperasi pada kelajuan muat turun 5 hingga 10 kali lebih cepat daripada 3G dan akan membolehkan serta mengekalkan satu pengalaman yang lancar bagi kandungan yang kaya merentasi kedua-dua platform rangkaian tetap dan wayarles berkelajuan tinggi kami di negara ini.

Dengan 4G LTE Maxis, pelanggan akan mengalami pengalaman internet yang kaya dengan kelajuan muat turun yang lebih besar, aliran video HD licin, permainan tanpa lag serta kepuasan dalam talian yang lebih baik. Khususnya untuk kediaman dan perniagaan, 4G LTE Maxis akan memberikan akses internet paling pantas di luar liputan jalur lebar gentian. Bagaimanapun, ini bukan tentang kelajuan semata-mata.

Maxis, dengan perkongsian teguh kami dengan pengilang peranti utama dan pemain kandungan, mempunyai kedudukan yang baik untuk menyediakan pelanggan faedah sebenar keupayaan 4G LTE. Sebagai sebuah syarikat yang telah banyak kali menjadi membawa perkhidmatan telekomunikasi pertama, Maxis akan membawa pelanggan-pelanggan kami perkhidmatan 4G LTE terbaru dan paling inovatif.

Malah, Maxis sudah pun mempunyai ekosistem di luar perkhidmatan telekom yang kaya, dari gerbang pembayaran, sistem bil, hiburan dan pendidikan yang akan berkembang untuk memanfaatkan teknologi 4G LTE, menyambut keperluan untuk sejumlah besar maklumat untuk bergerak merentasi ruang dalam masa begitu singkat, justeru mewujudkan kerjasama jenis baru dan nilai pelanggan."

Pelanggan di kawasan liputan 4G LTE yang mahu menjadi antara yang pertama untuk mengalami perkhidmatan 4G LTE kini boleh berjalan masuk ke Maxis Pusat di KLCC dan Taman Tun Dr Ismail semasa waktu operasi biasa untuk mendaftar untuk perkhidmatan ini. Pelanggan boleh melanggan kepada mana-mana pakej jalur lebar bulanan Wireless dari RM88. Tidak lama lagi, peranti lain, termasuk telefon pintar dan tablet juga akan dapat manfaat daripada kelajuan yang ditawarkan oleh rangkaian 4G LTE.

Pelanggan bakal menikmati kelajuan internet yang tinggi sehingga kepada 75 Mbps, dengan kelajuan biasa purata 10 hingga 30 Mbps

Maxis adalah telco yang pertama di Malaysia yang menyempurnakan ujian yang meluas untuk 4G LTE. Syarikat telah mengadakan ujian 4G LTE selama 2 tahun dan menjalankan kerjasama ujian 4G LTE yang meluas dalam persekitaran rangkaian langsung menggunakan peranti komersil, lantas mendapat pembelajaran yang besar dalam perancangan reka bentuk, dan pengoptimuman rangkaian 4G LTE. Pengalaman yang diperolehi daripada ujian bidang yang luas ini pasti menyumbang ke arah memastikan bahawa pelanggan boleh menikmati pengalaman jalur lebar yang lancar dipacu oleh rangkaian terluas dan terpantas di Malaysia di mana sahaja mereka berada.

Perkhidmatan 4G LTE Maxis kini boleh didapati di Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Desa Sri Hartamas, Bandar Puchong Jaya, Bandar Sunway dan Cyberjaya

Evolusi Jangka Panjang (Long Term Evolution – LTE), juga dikenali sebagai 4G LTE, adalah satu standard untuk komunikasi wayarles data kelajuan tinggi. LTE adalah rangkaian generasi akan datang di luar 3G, dengan kapasiti yang lebih tinggi dan kelajuan wayarles untuk memenuhi permintaan untuk sambungan kelajuan tinggi, dan keupayaan untuk memuat naik dan memuat turun fail-fail data yang besar. LTE adalah yang paling cepat, dan lebih penting lagi, satu-satunya standard 4G global yang memastikan bahawa ekosistem yang kaya jalur lebar, mudah alih dan peranti tablet boleh didapati.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan