Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Gambar Sekitar Pelancaran Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 Posted: 28 Dec 2012 07:55 PM PST Salam Sabtu semua, Budiey percaya ramai di antara kalian yang tengah seronok bercuti. Namun, tak kurang, ada yang tengah bekerja. Namun, apa sahaja yang dilakukan, semoga anda semua sihat dan bahagia. Selain Majlis Nikah Apex & Leuniey, jam 10 pagi semalam juga telah berlangsung Majlis Pelancaran Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 atau AIFFA2013 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.Budiey lihat ramai juga penggiat seni dan selebriti yang hadir, antaranya, Sofea Jane, Zed Zaidi, Kismah Johar, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, pengarah U-Wei Hj Saari, penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman dan ramai lagi. Pelancaran AIFFA2013 disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.Budiey kira, penganjuran festival dan anugerah ini adalah antara festival filem yang terbesar kerana AIFFA2013 bakal mengiktiraf filem-filem cereka dan pendek karya para penggiat seni 10 negara Asean iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos dan Vietnam. Satu kebanggan bagi Malaysia kerana dapat menjadi tuan rumah untuk AIFFA kali ini. Selain artis, majlis ini dihadiri oleh para VIP antaranya, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang, Ketua Pengarah Finas Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dan Setiausaha Kementerian Pelancongan Sarawak Datuk Ik Pahon Joyik. Budiey selaku penulis blog rasmi (Official Blogger) untuk AIFFA2013 turut menjemput beberapa rakan media dan blogger yang lain ke majlis ini. Terima kasih kepada semua yang hadir. Secara ringkasnya, Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 atau AIFFA2013 ini akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 28 hingga 30 Mac 2013. AIFFA2013 mengalu-alukan sokongan penggiat filem tempatan untuk menghantar seberapa banyak pencalonan yang dihasilkan atau ditayangkan bagi tempoh antara 1 Januari 2012 hingga 1 Februari 2013. Untuk keterangan lanjut, sila layari: www.aseanfilmfest.com Antara gambar-gambar menarik sepanjang majlis pelancaran yang diadakan semalam: Komen via Facebook |
| Gambar Pelakon Debunga Lalang di Majlis Ramah Mesra Bersama Media Posted: 28 Dec 2012 06:27 PM PST Pada 27 Disember yang lalu, satu majlis ramah mesra media bersama para pelakon yang membintangi drama terbaru TV3 iaitu Debunga Lalang telah diadakan di Sri Pentas. Ramai juga pelakon yang hadir untuk memeriahkan acara. Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Noorkhiriah, Zul Ariffin, Ku Fridah, Wan Sharmila, Tunku Hanis, Esliza Loy, Faralyna Idris, Ungku Ismail, Delimawati, Maizatul Rafika, Dzreena Delaila dan Hanafi Rahmat.Drama Debunga Lalang yang akan disiarkan di Slot Azalea ini dihasilkan oleh sutradara Azma Aizal Yusoof dan nukilan skrip oleh Nieza Nahar. Kepada peminat drama Malaysia, jangan lupa tonton drama ini mulai 2 Januari 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di slot Azalea, TV3. Untuk membaca sinopsis, sila layari: Sinopsis Drama Bersiri Debunga Lalang Berikut kat bawah ni, adalah dua tiga keping Gambar Pelakon Debunga Lalang di Majlis Ramah Mesra Bersama Media. Korang layannnzzzz. Wan Sharmila meletop kot dalam citer ni. Wan Sharmila memegang watak Antagonis Khatijah Zul Ariffin sebagai Halim di sisi Khatijah, seorang yang jahat. Barisan Pelakon Utama Barisan Pelakon bersama Pengarah & Penulis Skrip Halim yang sentiasa menemani isterinya, Aishah Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



































0 ulasan:
Catat Ulasan