Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Siti Fazurina Tidak Kahwin di Siam Keluarga Tidak Izin Bertemu Ibu Posted: 24 Dec 2012 06:50 PM PST
Namun, apa yang berlaku sebaliknya selepas ahli keluarga Fazurina seolah-olah tidak membenarkan pelakon ini bertemu dengan ibunya. Namun, Fazurina hanya sempat memohon ampun dan maaf daripada ibunya. "Maafkan saya, Ampunkan saya" – Siti FazurinaPelakon drama bersiri Trilogi Cinta, Siti Fazurina hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sebelum ibunya itu ditarik ahli keluarganya yang lain meninggalkan sidang media. Ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 60, hadir pada sidang media itu bersama abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta adik-beradiknya yang lain, Mohd Fauzi Mohd Famir, 24, dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22. Bagaimanapun, mereka hanya berdiri berhampiran kumpulan media dan hanya mendengar sidang media tanpa berkata apa-apa. Siti Fazurina atau lebih mesra dipanggil Nina kelihatan tersentak dan menangis apabila ibunya mengikut saudara-maranya yang lain selepas dia berkejar mendapatkan Zubaidah berhampiran tangga selepas ibunya bergegas meninggalkan sidang akhbarnya. BERLALU PERGI…ahli keluarga lain membawa ibu Siti Fazurina keluar dari hotel. Bagaimanapun, dia hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sambil meminta ampun manakala Zubaidah didengar meluahkan kekesalannya dengan tindakan Siti Fazurina (berkahwin secara senyap) sebelum dia ditarik adik-beradiknya meninggalkan tempat itu. Usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan Zubaidah mengenai perkahwinan anaknya itu gagal kerana dia enggan ditemu ramah media, termasuk ketika dihubungi melalui telefon, malam tadi. Siti Fazurina hanya sempat memeluk ibunya di luar sidang media.Semasa sidang media itu, Fazurina menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan dia 'kahwin lari' di Thailand dengan Muhammad Hykal Zulkifli setelah tidak mendapat restu keluarga. Menurut Nina, 30, dia dan suaminya, Muhammad Hykal, 31, sebenarnya selamat melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Jamek Sungai Pinang di sini pada 20 Disember lalu dan bukannya di negara jiran seperti yang digembar-gemburkan.
Siti Fazurina Mohd Famir bersama suaminya Muhammad Hykal Zulkifli menunjukkan surat akuan pernikahan mereka bagi menjawab kontroversi di mana mereka kahwin lari. Budiey pun tidak faham kenapa Fazurina kena buat majlis sidang media ini sedangkan apa salahnya jika beliau bertemu sendiri dengan ibu dan ahli keluarganya yang lain secara personal di rumah ibunya? Sebelum ini, Budiey ada siarkan tentang berita Siti Fazurina telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal, 30-an tanpa pengetahuan keluarganya. Sumber terdekat keluarganya mendedahkan, Fazurina atau nama sebenarnya Siti Fazurina Mohd Famir, 30, pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya. Paling Budiey rasa kasihan apabila Fazurina tidak bertemu langsung dengan ibunya untuk mendapat restu. Fazurina pastinya ada alasan sendiri mengapa ini berlaku. Namun, apa-apa pun, segala apa yang kita buat perlu mendapatkan restu dari ibu terlebih dahulu. Bukankah syurga itu di bawah telapak kaki ibu? Komen via Facebook |
| Drama Salji Untuk Mabel Lakonan Zul Huzaimy Posted: 24 Dec 2012 08:36 AM PST Salji Untuk Mabel, drama sempena hari Krismas berbahasa Melayu arahan pelakon Zul Huzaimiy akan disiarkan di TV1 RTM, Selasa, 25 Disember jam 3 petang ini. Pada siapa yang merindui pelakon Janet Khoo dan Kenji Sawahi jangan lepaskan peluang menonton mereka sebagai ibu bapa gadis cacat bernama Mabel. Kisah mengenai kegigihan Mabel mahu belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-citanya mahu bermain salji di negara empat musim. Dia juga berhasrat menyatukan abangnya yang berselisih faham dengan bapanya di hari Krismas. Saksikan lakonan hebat Ixora Chern dan Eva Emmanyna sebagai dua remaja bersahabat baik yang cuba menggapai impian. Drama Aquila Emas ini diterbitkan oleh Syarizan Md Isa disamping Penerbit Eksekutifnya Zizan Nin. Cerita asal olehSyrizan dan Areed Razman manakala penulis skrip oleh Marini Mat Zain. Jangan lupa temujanji anda di TV1. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Bagaikan kisah dalam sebuah drama pulak rasanya apabila Budiey membaca berita yang disiarkan di 










0 ulasan:
Catat Ulasan