Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Pelakon Siti Fazurina Kahwin Lari Tanpa Restu Ibu Posted: 20 Dec 2012 06:41 PM PST Terkejut Budiey bila baca berita di Portal Mstar pada pagi tadi, tak sangka pula pelakon bernama Siti Fazurina kahwin lari dengan kekasihnya, Haikal. Paling Budiey rasa kasihan apabila Fazurina tidak bertemu langsung dengan ibunya untuk mendapat restu. Sekaligus berita ini mengingatkan Budiey dengan tragedi yang sama berlaku kepada keluarga pelakon Rita Rudaini semasa beliau berkahwin dengan pemain bola sepak terkenal beberapa tahun sudah. Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta ini dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal, 30-an tanpa pengetahuan keluarganya. Paling Budiey rasa kasihan apabila Fazurina tidak bertemu langsung dengan ibunya untuk mendapat restu.Sumber terdekat keluarganya mendedahkan, Fazurina atau nama sebenarnya Siti Fazurina Mohd Famir, 30, pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya.
Dalam pada itu, sumber memberitahu, pihak keluarga perempuan ada menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu yang menjadi saksi pernikahan bagi memaklumkan majlis berkenaan. Malah dalam SMS tersebut, individu itu meminta supaya ibu Fazurina bersabar dan reda dengan perkahwinan yang dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarga itu.
Sementara itu, usaha mStar Online untuk menghubungi Fazurina bagi mendapatkan penjelasan gagal kerana dia mungkin masih mahu merahsiakan majlis itu. Gambar di atas ini bukan gambar Fazurina dengan suaminya. Ini adalah gambar semasa Siti Fazurina berlakon bersama pelakon Rusdi Ramli dalam sebuah drama. Komen via Facebook |
| 5 Tips Mudah Membeli Kereta PROTON SAGA FLX Posted: 20 Dec 2012 06:12 PM PST 5 TIPS MUDAH MEMBELI KERETA PROTON SAGA FLX Tup tap tup tap, kita dah pun sampai di garisan penamat 2012. Kalaulah Budiey cakap, "Fuh! Cepat betul masa berlalu.", pasti korang akan cakap, ayat ni dah klise sangat. Mungkin sebab tu la kot, orang kata, masa itu emas! Tapi hakikatnya, masa memang sentiasa cemburu dengan kita. Cepat je jarum jam tu berputar. Namun apa yang seronok, ada setengah dari kita sekarang ni tengah senyum meleret sampai ke telinga sebab dapat bonus hujung tahun. Masyyuuk! Hashtag #Untunglah.Dalam kepala masing-masing, macam-macam benda la tengah berkira nak beli. Itu..ini. Kalau tanya Budiey, nak buat apa dengan duit bonus tahun ni, Budiey berkira mahu beli sebuah kereta baru. Amacam? Pilihan pertama Budiey ialah Proton Saga FLX! Whats say you all? Okay tak? Cun apa kereta ni! Tak caya cuba lihat gambar kat bawah ni: Merah menyala berkilat penuh gaya glamor dan menawan! Tawaran hebat dari Proton sekarang ini! Eksklusif untuk pembelian kereta pertama!Dua hari lepas, Budiey menerima khabar, ada tawaran hebat dari Proton sekarang ini! Katanya, eksklusif untuk pembelian kereta pertama atau dalam kata lain, untuk anda yang baru kali pertama membeli kereta atau para graduan yang baru sahaja bekerja… ibarat kata, akan mendapat kereta ini secara percuma! Wah! Mesti ramai yang tak percaya kan? Okay, kalau tak percaya teruskan pembacaan anda untuk entri ini sampai habis sebab Budiey juga akan senaraikan 5 tips atau kriteria yang anda perlu buat sebelum membeli sebuah kereta. Budiey terangkan satu persatu supaya korang senang nak faham. Mudah-mudahan entri ini boleh dijadikan panduan buat semua pembaca. Haa, inilah promosi jualan hujung tahun, dari Proton untuk Proton Saga FLX 1.3 dan 1.6! Tawaran promosi datang sekali seumur hidup khas untuk anda pemilik kereta pertama. Inilah baru yang dinamakan Kempen Pembeli Kereta Pertama Proton!Mesti korang tengah meneka apa tawaran untuk kempen ni, kan? Ramai yang meneka akan dapat rebate sehingga RM2,000 atau Zero caj servis percuma untuk satu tahun, kan? Oh yes! Jawapan anda betul. Itulah tawarannya yang dinantikan oleh semua. Bukan itu sahaja yang ditawarkan. Dapat pulak zero bayaran road tax untuk 2 tahun atau dan zero pembaharuan bayaran Lesen Memandu RM150 untuk 5 tahun. Haa, sape tak nak, wei! Tawarannya lebih dari itu sebenarnya dan ia tak pernah terduga oleh pembeli kereta pertama pun! Untuk info lanjut: www.epicsaga.com.my Dalam pada kita bercakap tentang sesuatu yang lebih berharga ni, kempen pembelian ini juga adalah satu komoditi yang sangat berharga di mana Budiey kira tiada pembeli khususnya untuk pembeli kereta pertama akan menolak peluang keemasan ini. Jika ada peluang dan rasa berbaloi untuk beli kereta, inilah masa yang sesuai untuk rebut peluang ini. Kata orang, bila dah ada kereta ni, ibarat ada kaki kedua yang boleh membawa kita ke mana sahaja dan membuatkan kehidupan kita juga lebih lancar dan sempurna. Jadi, sebelum anda beli kereta pertama tu, apa kata baca dulu lima tips berguna ni. Budiey dah senaraikan secara ringkaslah panduan untuk anda yang mahu membeli kereta khususnya kereta Proton Saga FLX ni. Semoga ia bermanfaat dan menjadikan kita selalu beringat-ingat. 1. Tepuk Dada Tanya Selera Segala pilihan di tangan anda, samada nak beli yang terpakai (secondhand) atau yang masih baru berkilat & steady! Kedua, tengok pada bajet anda jugaklah. Kalau bajet sangat terhad, sudah tentu kita akan pilih kereta yang terpakai, lagi murah dan jimat. Jika anda tak tahu nak pilih kereta yang mana satu, jangan bazirkan masa, nanti anda sendiri yang rugi masa. Nanti ada pulak yang habiskan masa di bengkel dari habiskan masa di jalan raya. Gigit jari nanti. Melihat pada harga Proton Saga FLX yang sangat berpatutan ini, Budiey gerenti mana-mana graduan yang baru bekerja mampu memilikinya. 2. Selamat tinggal pada kebebasan dan selamat tinggal juga pada bajet! Seperti mana Proton Saga FLX yang didatangkan juga dengan tempat duduk beralaskan leather yang selesa, nampak ruang duduknya pun sangat luas mewah lagi klasik dan tak lupa berenjinkan pulak Lotus.Pergh! Sangat berbaloi untuk dimiliki. 3. Mengambil Kira Kos Tersembunyi Sebagai tambahan, kita juga kena pastikan tidak terlepas untuk membayar cukai jalan (road tax), yuran lesen kereta dan pastinya kita tak terlepas untuk tanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan insuran. Ini semua berkaitan dengan undang-undang, nak tak nak kena selesaikan hal-hal yang berkaitan. Kalau kita tak settle siap la kan kena saman nanti. Jadi, dengan tawaran kempen pembelian kereta pertama dari Proton, kita dah berjimat kerana tidak perlu fikir bayar road tax, lesen memandu dan sebagainya. Dari situ, kita dah dapat menanggung kos yang Budiey anggap kos tersembunyi tadi. 4. Cuba dulu baru tau, Jadi, kenalah pandu uji (Test Drive) Tak kiralah macamana sempurna rupa kereta tu, kita tak tahu sejauh mana kehebatannya sehingga kita sendiri memegang stering dan memandunya. Selain itu, inilah masa yang sesuai untuk kita bertanya tentang kemusykilan atau kita mahu tahu lebih lanjut tentang kereta yang kita nak beli tu. Contohnya, sebelum kita beli Proton Saga FLX, kenalah tanya tentang ciri-ciri hebat yang sekarang ini heboh diperkatakan tu. Anda bebas bertanya tentang apa sahaja. Mungkin tentang enjin CVT, betul atau tak ia dapat melancarkan pergerakan kereta dengan lancar. 5. Miliki Kereta Idaman Anda Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |














0 ulasan:
Catat Ulasan