OHBULAN! |
| Super Junior K.R.Y. Lancar Single Terbaru Januari Depan Posted: 25 Dec 2012 10:50 PM PST Super Junior K.R.Y. terdiri dari Kyuhyun, Ryeowook, dan Yesung, bakal melancarkan single terbaru yang bertajuk "Promise You" tahun hadapan sempena melangkah ke tahun baru yang serba mencabar. Lagu terbaru mereka "Promise You" ini berkonsepkan R&B dan dikatakan bakal mengalahkan lagu Hitoto Yo berjudul "Hanamizuki" yang popular sebelum ini. Sempena pelancaran 'single' album terbaru mereka 23 Januari 2013 ini, satu klip video pendek bertajuk "Promise You" telah dikeluarkan di Youtube bagi memberi sedikit elemen kejutan bagi menunjukkan kelainan yang bakal ditampilkan oleh Super Junior K.R.Y. Mari kita saksikan 'Short PV' untuk "Promise You" dari kumpulan Super Junior K.R.Y. ini. |
| Foto Diana Danielle & Farid Kamil Berbulan Madu Di Sydney Posted: 25 Dec 2012 08:25 PM PST
Pasangan yang baru saja melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 November yang lepas ini kelihatan sangat gembira menjalani percutian bulan madu mereka. Walaupun beberapa kontroversi telah timbul selepas majlis pernikahan dan persandingan mereka, itu tidak menghalang dari Diana Danielle & Farid Kamil untuk bercuti ke Sydney. Melalui foto dibawah, wajah Diana yang cantik kelihatan sedikit pucat mungkin kerana cuaca yang berbeza disamping dirinya yang sedang mengandungkan anak pertama. Tapi, apa yang lebih menarik, seorang peminat bertuah yang menetap di Sydney telah mendapat peluang makan malam bersama Farid & Diana apabila dia menegur Farid Kamil di laman Instagram.
Mari lihat beberapa keping foto bulan madu Farid Kamil & Diana Danielle selepas ini ya. |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









0 ulasan:
Catat Ulasan