RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


KENANGAN 2012: Pencapaian Merosot Wajar Diperbaiki

Posted: 29 Dec 2012 07:59 PM PST

PETALING JAYA: Saban tahun, dunia seni tempatan sering diwarnai dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang mampu menjadi kebanggaan.
Namun sepanjang 2012, tidak banyak pencapaian yang benar-benar memberi impak terhadap dunia seni selain daripada penyanyi Shila Amzah yang berjaya meraih pelbagai trofi tidak kira di dalam mahupun luar negara.
Walaupun pencapaian agak merosot, ia haruslah dijadikan panduan agar 2013 mampu memberi sinar baru bagi memulihkan semula segala kelemahan yang telah berlaku.
Berikut adalah antara pencapaian yang harus dibanggakan.
1. Shila Amzah harumkan nama di luar negara
Kejayaan anak kepada penyanyi ND Lala ini sangat luar biasa. Penyanyi berusia 22 tahun itu telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Asian Wave Berlangsung di Shanghai, China, sekali gus menjadi juara menewaskan penyanyi-penyanyi hebat dari pelbagai negara lain yang berlangsung pada 20 September 2012 lalu.
Kemudian, lagu ciptaannya Patah Seribu turut diangkat sebagai Lagu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19) yang berlangsung pada 17 November lalu.
Shila mencipta sejarah untuk dirinya sendiri apabila kali pertama menerima pengiktirafan di negara sendiri selepas menjadi juara dalam Asian Wave 2012.
Selain itu, Shila turut disenaraikan sebagai calon di kategori Artis Wanita Terbaik Dunia (World's Best Female Artist) dan Penghibur Terbaik Dunia untuk Tahun 2012 (World's Best Entertainer Of The Year) di World Music Awards.
Anugerah berprestij yang akan diadakan di Miami, Florida, Amerika Syarikat turut mencalonkan nama-nama besar dunia seperti Adele, Taylor Swift, Madonna, Rihanna dan Kelly Clarkson.
2. M.Nasir ungguli kutipan royalti
Sejak mula diadakan pada tahun 1995, penulis lirik, komposer, dan penyanyi tersohor dalam industri muzik tempatan, Datuk M. Nasir masih lagi mengungguli Anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak, Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) buat kali ke-13 berturut-turut.
Ini memperlihatkan sepanjang 2012, M.Nasir mendapat kutipan royalti tertinggi menerusi karya-karya ciptaannya.
Ternyata lagu-lagu penyanyi yang dipanggil 'Sifu' ini masih lagi menyengat halwa telinga pendengar.
3. Bunohan dicalonkan dalam Academy Awards
Filem arahan Dain Said yang diterajui Faizal Hussein dan Zahiril Adzim ini telah dicalonkan untuk kategori "Best Foreign Language Film" dalam Academy Awards ke 85 yang akan berlangsung pada tahun hadapan.
Bunohan tersenarai bersama 70 buah filem lain dari pelbagai negara seluruh dunia untuk merebut anugerah berprestij tersebut Februari 2013 nanti.
Biarpun belum pasti tentang nasibnya, tetapi pencalonan ini adalah satu kebanggaan terhadap negara.
Filem ini turut meraih kemenangan sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Skrin 2012 (ASK2012).
4. Yuna muncul di stesen TV Amerika Syarikat
Bukan senang untuk artis Malaysia dijemput untuk membuat persembahan di salah satu rancangan paling popular di Amerika Syarikat (AS).
Yuna, penyanyi kelahiran Perak ini telah membuat persembahan pertamanya di stesen televisyen nasional negara itu dalam rancangan Conan O'Brien dengan membawakan lagu single pertamanya Live Your Life pada 2 April lalu.
Antara selebriti yang pernah muncul dalam rancangan kendalian Conan O'Brien ini termasuklah Jeniffer Garner, Shaquille O'Neal, Marisa Miller, Lindsay Lohan dan juga Tom Hanks.
Selain itu, penyanyi itu turut membuat persembahan di rancangan popular AS CBS This Morning: Saturday menerusi lagu Lullabies.
5. Kemenangan berganda Khabir Bhatia
Drama terbitan Filmscape Sdn Bhd berjudul Di Telapak Kaki Bonda, diangkat sebagai Drama Terbaik ASK 2012 pada 9 November lalu.
Diterajui oleh pelakon hebat seperti Diana Danielle, Sherry Merlis, Munif Isa dan Izreen Azmindar, karya arahan Khabir Bhatia itu menewaskan drama lain seperti Ku Petik Dosa, Parut Ashikin, Parit Jawa, Pelarian dan Maharku Untukmu.
Kemenangan berganda turut diraih drama ini apabila Kabir turut menerima trofi Pengarah Terbaik Drama dan dua kategori lain iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi oleh Sherry Merlis dan Lakon TV Terbaik.
6. Salam Muzik buat kejutan AIM19
Penyanyi berkumpulan Salam Musik membuatkan ramai yang terkejut apabila mereka meraih kemenangan bagi Album Terbaik menerusi Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19).
Terpaksa akur apabila lagu-lagu mereka lebih dikenali berbanding anggota kumpulan itu sendiri, kumpulan yang dianggotai seramai sembilan orang itu sebenarnya popular dengan lagu Alamak, Cerita Kedai Kopi dan Alamak.
Kumpulan itu terdiri daripada Tahlal Sahnan, Eyza Bahra, M.Irhas (Payung), Bulya, Firdaus Aziz (Djambul), Ferdaus Nadzir (Ferdy). Ammmar Habir dan Kamal Razali.

Semuanya kerana anak

Posted: 29 Dec 2012 07:58 PM PST

PENGHARGAAN...Erra dan Hatta yang menerima Anugerah Pereka Popular ABPBH 2011 bergambar bersama pembaca bertuah, Pengarah Urusan Rafflesia, The Pearl Centre, Winnie Sin (blaus kuning) dan Pengarang Hiburan Berita Harian, Shamshul Azree Samshir (kemeja kotak).
PENGHARGAAN...Erra dan Hatta yang menerima Anugerah Pereka Popular ABPBH 2011 bergambar bersama pembaca bertuah, Pengarah Urusan Rafflesia, The Pearl Centre, Winnie Sin (blaus kuning) dan Pengarang Hiburan Berita Harian, Shamshul Azree Samshir (kemeja kotak).
DARIPADA segi fizikal jelas kelihatan susuk tubuh dan raut wajah Erra Fazira semakin kurus dan cengkung. Spekulasi timbul adakah dia mengalami tekanan hidup atau sedang berjuang dengan sesuatu yang cuba disembunyikan.
Apabila persoalan ini diajukan pada primadona filem Melayu zaman moden ini, dengan pantas dia menafikan berat badannya berubah dengan ketara. Sebaliknya, Erra memberi alasan mungkin tubuhnya nampak kurus kerana kesibukan kerja dalam bidang pengacaraan, lakonan mahupun nyanyian.
   
  • Foto Erra Fazira
  • Foto
  • Foto
  • Foto
"Betul ke saya nampak kurus? Rasanya tidaklah kerana berat badan saya masih sama seperti dulu. Mungkin sebab saya sibuk dengan kerja dan membesarkan anak saya, Aleesya yang masih kecil dan sangat memerlukan perhatian daripada saya sebagai ibunya.

"Sebagai artis yang pentingkan penampilan, saya memang tidak mahu nampak terlalu kurus di kaca televisyen. Apa yang penting, saya sihat walaupun orang nampak kurus," katanya.

Bijak mengalih topik kepada kerjaya seni, pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek, 38, yang mengikat kontrak sebagai Wajah Eksklusif Astro sehingga Mei 2013 mengakui dia semakin selesa sepanjang terbabit dalam musim pertama program Primadona yang membabitkan sebanyak 13 episod itu.

"Sebagai hos, saya perlu menyesuaikan diri dengan tiga lagi hos lain. Ada masanya saya perlu 'cool down' untuk beri peluang hos lain pula menonjol dalam program ini. Sebagai hos, kita perlu beri laluan dan hormati tetamu lain.

"Sebenarnya, ia bukan sesuatu yang mudah untuk mengacarakan program bersama empat hos sekali gus, tetapi secara perlahan-lahan kami semakin serasi antara satu sama lain. Memang tidak timbul siapa yang lebih hebat dalam program ini kerana setiap hos ada kekuatan, kelebihan dan tarikan tersendiri.

"Apapun, saya bersyukur program ini mendapat sambutan yang baik daripada penonton. Kami juga akan menjayakan musim kedua Primadona pada Januari nanti," katanya.

Bukan saja hebat di pentas lakonan, penampilan julung kalinya sebagai hos dalam Primadona juga tidak menghampakan penonton. Malah, kemunculan aktres jelita ini dalam program bual bicara bertemakan slogan Bila Wanita Bicara itu sentiasa dinantikan peminat di saluran Astro Prima (saluran 105).

Walaupun bergandingan dengan tiga lagi nama besar dalam bidang hiburan tanah air, Rozita Che Wan, Ziela Jalil dan Raja Azura, kemunculan Erra tetap mencuri perhatian penonton apabila muncul di kaca televisyen. Itulah pesona dimiliki aktres hebat ini.

Erra mengakui tertarik mengacarakan Primadona kerana ia bercorak santai, menghiburkan tetapi tetap ada informasi yang disampaikan pada penonton.

"Saya tidak menafikan ada juga kami lari daripada topik yang dibincangkan, tapi kami cepat-cepat kembali semula pada topik asal sebelum penonton menyedarinya. Antara segmen yang menghiburkan ialah ketika bersama tetamu undangan iaitu pelawak AR Badul dan Zizan Raja Lawak.

"Segmen yang menyentuh hati ialah kasih ibu yang turut menyentuh emosi saya sendiri. Segmen 'Shopaholic' pula memberi maklumat mengenai destinasi beli-belah di mana ramai juga yang tidak tahu Malaysia adalah destinasi keempat membeli-belah yang terbaik di dunia," katanya.

Primadona bersiaran setiap Jumaat jam 9 malam mulai 2 November lalu. Ternyata, program Primadona turut memberi impak yang besar pada penonton. Malah, Erra juga banyak menerima tawaran mengacara pelbagai program majlis dan program daripada pelbagai pihak di luar sana.

"Sebenarnya saya seorang yang pemalu. Bagi saya bidang lakonan dan pengacaraan memberi cabaran berbeza. Pada masa sama, pengacaraan adalah karier sampingan saja dan lakonan pula adalah periuk nasi saya," katanya.

Erra ditemui di majlis penyampaian hadiah Pereka Fesyen Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25 (ABPBH) di Rafflesia Pearl Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis ringkas itu, Erra yang tampil dengan rekaan Hatta Dolmat menjadi pilihan peminat untuk kategori Anugerah Pereka Popular ABPBH 2011. Erra dan Hatta turut menerima sebuah trofi dan barang kemas Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM10,000.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengarah Urusan Rafflesia, The Pearl Centre, Winnie Sin dan Pengarang Hiburan Berita Harian, Shamshul Azree Samshir. Tidak ketinggalan, seramai 14 pemenang daripada kategori pembaca yang turut membawa pulang hadiah barang kemas bernilai RM5,000 hingga RM10,000.

Menyentuh karier nyanyiannya pula, kata Erra yang lebih lima tahun tanpa album baru, selepas singlenya Cinta Diam-Diam ciptaan Manusia Putih, dia akan muncul dengan single baru berduet dengan teman baiknya yang juga aktres, Datin Paduka Umie Aida.

"Sayangnya single Cinta Diam-Diam tidak mendapat tempat di stesen radio utama tempatan. Saya kecewa dengan apa yang berlaku, tetapi tetap muncul dengan single kedua yang menceritakan mengenai persahabatan yang judulnya belum ada lagi. Jika nak diikutkan jiwa saya memang rock dan bukannya lagu jiwang yang mendayu-dayu. Namun, saya perlu mengikut cita rasa peminat," katanya.

Bagaimanapun, Erra masih mendapat undangan persembahan majlis makan malam walaupun sudah lama tidak beraksi di pentas sejak berumah tangga.

"Saya akui berasa gementar dan berdepan dengan tekanan apabila beraksi di pentas kerana sudah lama tidak buat persembahan. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan bila buat persembahan iaitu pilihan lagu yang sesuai atau tidak dengan penonton dan pasukan penari pengiring dan sebagainya lagi.

"Bila kita sudah jarang membuat persembahan, 'team' penari yang dulu sudah membawa haluan sendiri," katanya.


Erra tingkatkan prestasi

USAH diungkit lagi cerita rumah tangganya dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang didakwa bergolak, ketika ini. Bagi Erra yang sudah 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, fokusnya buat masa ini untuk meningkatkan lagi prestasinya dalam cabang seni diceburi sama ada bidang lakonan, nyanyian mahupun pengacaraan.

"Sekarang bukan masanya lagi untuk saya kejar anugerah. Perancangan saya pada tahun baru ialah untuk memantapkan ketiga-tiga cabang seni diceburi. Selain itu, saya juga ingin lebih mendekatkan diri dengan Tuhan.

"Kenangan paling manis sepanjang 2012 ialah karier seni berjalan dengan baik dan lancar dan saya masih ada 'demand' dalam industri. Maaflah, saya tidak ingin kongsi cerita pahit pada 2012 dengan peminat," kata pelakon drama Mana Hilangnya Juwita dan Parut Asyikin ini.

Bercerita perkembangan anak sulungnya, Engku Aleesya pula, kata Erra, anak kesayangannya itu akan mencecah usia 4 tahun pada 2013.

"Sebagai ibu, saya ingin mendidik Aleesya sebaik mungkin. Saya akan membimbingnya ke jalan yang lebih baik. Namun, saya akan beri sokongan dan panduan padanya jika bidang seni juga yang dipilihnya apabila dewasa nanti. Emak saya pun ingin saya menjadi doktor dulu, tapi akhirnya saya tetap juga pilih bidang seni," katanya.

Erra berkata, dia juga berasa risau kerana saiz badan Aleesya mempunyai potensi untuk menjadi obesiti jika tidak dikawal pemakanannya.

"Maklumlah, keluarga sebelah bapanya memang bersaiz besar dan tinggi. Aleesya juga mempunyai saiz tubuh yang memang besar untuk kanak-kanak seusianya. Aleesya juga suka makan nasi, tapi saya yang perlu mengawal pemakanannya sejak awal lagi.

"Selain itu, Aleesya juga akan meneruskan pembelajarannya di 'Play School' kerana dia memang seronok belajar di situ," katanya.

16 Artis Berniaga Di Femes Bazaar

Posted: 29 Dec 2012 07:56 PM PST

Seramai 16 artis mengambil kesempatan hari cuti mereka dengan berniaga di Femes Bazaar.
PETALING JAYA: Seramai 16 artis turun padang berniaga menerusi barangan jualan masing-masing di Rasta, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, dekat sini.
Menurut penganjurnya, Yusmarul Ariff, 27, Femes Bazaar akan bermula pada Sabtu dan hari ini dan para pengunjung dapat membeli belah dengan nilai harga yang sangat berpatutan selain dapat beramah mesra dengan selebriti kegemaran masing-masing.
"Ini merupakan penganjuran pertama yang melibatkan ramai selebriti dan ternyata ia benar-benar meriah apabila Rasta dipenuhi dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan muda terutamanya.
"Menarik lagi, seramai 35 daripada mereka merupakan pengusaha blog yang sudah mempunyai nama di laman sosial seperti Facebook dan Twitter juga turun padang untuk mempromosikan produk mereka," katanya ketika ditemui di Rasta bersama 16 peniaga selebriti di Rasta, petang Sabtu.
Sazzy Falak sibuk melayan pengunjung yang hadir ke gerai jualannya.
Antara selebriti yang terlibat ialah Sazzy Falak, Aishah Sinclair, DJ Fuzz, Kilafairy, Mizz Nina, Noh Salleh, Forteen, Karl Shafek, Raja Farah, Intan Ladyana, Kamal Adli dan ramai lagi.
Femese bazaar dibuka dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.
Kebanyakan jualan barangan telah diturunkan kepada harga yang jauh lebih murah berbanding dengan harga asal yang biasa dijual di laman internet mahupun kedai.
Salah seorang selebriti, Kilafairy yang mempromosikan jenama pakaian miliknya iaitu 'Rack' memberitahu, pakaiannya juga dijual dengan potongan harga yang sangat berpatutan.
Kilafairy
"Alhamdulillah, sepanjang seharian berniaga, saya menerima ramai pengunjung dan mereka sangat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan," ujarnya.
Selain itu, gerai tapak Sazzy dan Aishah yang masing masing membawa pakaian jenama mereka iaitu SFbuSazzyFalak dan Bhumi Batik turut menerima kunjungan ramai sehingga memenuhi ruang pejalan kaki.
Sementara itu, gerai makan selebriti Datuk Aziz Satar iaitu Teratak Pak Ajis, menjadi meriah apabila pengunjung yang membeli belah mengambil kesempatan untuk berehat dengan menikmati Mee Rebus yang dijual pelkaon veteran itu.

Qalam Band Hidupkan Nostalgia Pop Rock

Posted: 29 Dec 2012 07:55 PM PST

Qalam Band pertaruhkan single lagu pertama mereka, 'Dilamun Rindu'.
PETALING JAYA: Kumpulan baru yang dibarisi golongan remaja, Qalam Band ingin mengembalikan genre muzik pop rock 90-an menerusi pertaruhan lagu pertama mereka berjudul Dilamun Rindu.
Salah seorang ahlinya, Faizwan Farman Farod Hasfardy, 17, (gitaris) berkata, Dilamun Rindu merupakan nyanyian asal kumpulan Baronbros ciptaan komposer Singapura, Apit dirasakan bakal menarik minat ramai kerana susunan muzik segar yang dibawakan mereka.
"Jika diperhatikan, lagu-lagu berkonsepkan pop rock seperti ini masih lagi boleh 'hidup' dalam industri muzik tempatan walaupun pelbagai genre menjadi fenomena. Ia tetap diterima ramai.
"Pertaruhan muzik 90-an bagi remaja seperti kami juga menunjukkan yang masih ramai lagi golongan seusia kami meminati lagu-lagu sebegini. Apalagi dengan sentuhan muzik urban dan imej pop yang dibawakan," katanya selepas sesi fotografi di Menara Star, di sini.
Selain Faizwan, Qalam Band dianggotai oleh Muhammad Zainol Mohd. Nor, 16, selaku vokalis, Alias Mohd. Esa, 17, sebagai pemain drum, Mohamad Hanif Omar, 18, (pemain keyboard) dan Wan Mukhammad Mukhrizad Wan Mokhtar, 18 (vokalis kedua).
Dari kiri: Hanif, Mukhriz, Zainol, Faizwan dan Alias
Tambah Hanif pula, dia yakin dengan penerimaan peminat lebih-lebih lagi selepas mendapati jumlah tontonan lagu yang dimuatkan dalam laman YouTube telah pun mencecah 59,893 walaupun tanpa klip video.
Sementara itu, penubuhan Qalam Band bermula apabila Alias menyertai sebuah program uji bakat di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ipoh, Perak dan telah bertemu dengan Ketua Bahagian Rancangan Perak FM, Fauzi Ramli, yang memintanya untuk menubuhkan sebuah kumpulan muzik.
"Pada mulanya kumpulan ini ditubuhkan dengan menggunakan nama Ajim Band dan ditukar kepada CNC Band. Bagaimanapun kerana terdapat beberapa masalah sedikit ia ditukar kepada Qalam band.
"Nama itu diberikan oleh seorang komposer Othman Mahmood selepas bernaung sebagai artis rakaman di bawah syarikatnya, Sheikh Qalam Records Sdn. Bhd sekitar Jun lalu," ujar Zainol pula.

Gaya mewah, elegan

Posted: 29 Dec 2012 07:52 PM PST

KAFTAN...rekaan ala kaftan sesuai untuk semua wanita.
KAFTAN...rekaan ala kaftan sesuai untuk semua wanita.
KEINDAHAN persalinan yang disalut cantik pada tubuh wanita bukan saja mempamerkan daya kreativiti pereka, tetapi keberanian dalam melahirkan idea. Ilham ini kemudiannya digarap cantik pada helaian fabrik menjadi busana yang elegan sekali gus menonjolkan keunikan tersendiri.
Terjemahan daya imaginasi pereka dapat dilihat apabila kebanyakan mereka menggunakan flora dan fauna atau hidupan sebagai latar rekaan.
  • Foto RINGKAS...rekaan ringkas padanan jaket bersama kain cetus idea tersendiri.
  • Foto ANGGUN...blaus biru dipadankan dengan skirt tampil berbeza.
  • Foto ELEGAN...gaun elegan inspirasi daripada corak ular.
  • Foto GAUN...gaun labuh dengan ikatan pada pinggang menyerlahkan keunikan si pemakai.
  • Foto RANGGI...blaus longgar dipadankan skirt berjurai untuk wanita berani.
  • Foto MODEN...rekaan kontemporari terserlah pada blaus dan padanan kain.
Bagi pereka muda, Rico Rinaldi, inspirasi daripada unsur alam mampu memperluaskan idea dalam rekaan kerana banyak perkara yang boleh digunakan seperti warna, motif, corak dan lakaran berbeza.

Jika sebelum ini, dia mengambil konsep daripada budaya masyarakat Sarawak, untuk himpunan musim panas dan bunga 2013, Rico mengambil inspirasi daripada keunikan kehidupan ular kerana ingin menyampaikan mesej tersendiri dengan menonjolkan nilai estetika penuh terperinci menerusi corak reptilia paling berbisa di dunia itu.

Koleksi Ratu Berbisa ini bakal menjadi salah satu karya Rico ditujukan kepada penggemar fesyen tempatan mahupun dunia.

Bagi menyerlahkan lagi pemakaian, setiap helaian dilakarkan pada fabrik khas yang direka untuk menonjolkan kesempurnaan. Teknik percetakan silkscreen dan digital digunakan pada fabrik berkualiti seperti sifon, bulu dan kapas.

Menurut Rico, pemilihan fabrik bermutu bukan saja mampu menonjolkan gaya
si pemakai, malah memberikan keanggunan tatkala disalut pada tubuh wanita.

"Saya amat mementingkan kualiti dalam pemilihan fabrik kerana setiap helaian akan memberikan persepsi berbeza pada wanita," katanya.

Tampil dengan 10 rekaan gaun labuh, blaus dan skirt, jaket serta gaun ala kaftan dipadankan dengan perincian manik seperti batu halus dan kristal, ia menjadikan rekaannya lebih kaya dan mewah. Malah, Rico berani menggabungkan unsur tradisi dan moden menjadikan busana tampil kontemporari. Ini dapat dilihat pada jaket dipadankan skirt labuh begitu juga kaftan pendek yang memberikan imej berbeza.

Selain itu, anak muda ini juga bijak memilih rona dengan mengetengahkan coklat, kelabu, putih dan hitam dipadankan dengan warna terang seperti merah, kuning, biru, oren dan hijau bagi memberi perlambangan dramatik dan berbeza.

"Warna pastel memberikan kesan lebih menyerlah serta tampil mewah bagi wanita yang menyukainya manakala rona terang serta ceria sesuai digayakan ke pejabat atau majlis kasual. Rekaan Ratu Berbisa ditujukan kepada mereka yang bukan saja ingin tampil dengan gaya mewah, tetapi elegan dan berada dalam kelas tersendiri," ujarnya.

Jodoh pemuda kudung Iraq

Posted: 29 Dec 2012 07:51 PM PST

KECACATAN fizikal Ali tidak pernah menjadi halangan cinta Ankam terhadapnya.
KECACATAN fizikal Ali tidak pernah menjadi halangan cinta Ankam terhadapnya.
LONDON: Tanpa kedua-dua tangan yang terpaksa dibuang akibat perang Iraq, tuah dialami Ali Abbas memang sangat menggembirakannya.
Dalam serba kekurangan itu, Ali berpeluang mengahwini gadis yang menjadi pujaannya sejak kecil. Kini menetap di Britain, Ali, 21, berkahwin dengan Ankam Hamza, 18, dalam majlis penuh emosi yang dilangsungkan selama dua hari di bumi kelahirannya.

Menceritakan pengalaman itu untuk kali pertama, Ali berkata, dia bukan saja tidak menyangka dapat menikahi Ankam, malah tidak menyangka terselamat dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) di Baghdad sembilan tahun lalu.
  • Foto IMEJ menyayat hati ketika Ali baru diselamatkan dari runtuhan rumahnya pada 2003.
Sebagai seorang daripada mangsa paling parah dalam perang Iraq, Ali tidak diberi banyak harapan untuk hidup bagi meraikan ulang tahun ke-13. Banyak pihak juga tidak menjangkakan Ali berpeluang menjadi seorang suami. Selain kehilangan kedua-dua tangan, Ali juga mengalami kesan melecur pada 60 peratus badannya.

Ali juga kehilangan 16 anggota keluarga, termasuk ibu bapanya. Gambar penderitaan Ali itu tersebar ke seluruh dunia dan dia menjadi wajah ikon bagi konflik berkenaan. Kata Ali, dia tidak sangka diberi peluang untuk terus hidup.

"Saya tak pernah membayangkan dapat mencintai seorang wanita dan yang paling pasti, tidak sangka ada peluang berkahwin," katanya. Menurut Ali, pada hari pernikahan, emosinya bercampur-baur antara sedih dan gembira.
Bagaimanapun, katanya, dia lebih terfikir bahawa dia sangat bertuah kerana dapat bertemu seorang wanita seperti Ankam.

"Memang saya tahu Ankam adalah pilihan tepat kerana dia tidak pernah membiarkan saya terfikir bahawa saya memiliki kekurangan.
"Apabila bersama Ankam, saya berasa seperti lelaki normal," katanya. Menurut Ali, dia sentiasa dibayangi tragedi pada 2003 itu dan ia turut mengubah hidupnya. Katanya, pada ketika tertentu, dia terdengar jeritan ahli keluarganya ketika bumbung dan siling rumah runtuh menimpa mereka akibat peluru berpandu AS. Ali bernasib baik kerana dikesan seorang jiran masih bernafas di bawah runtuhan bangunan berkenaan.

Selepas dikeluarkan, dia dikejarkan ke hospital.

Penderitaan Ali menyentuh perasaan berjuta orang di seluruh dunia apabila anggota perubatan di Iraq merayu supaya dia diterbangkan ke Kuwait bagi menjalani pembedahan menyelamatkan nyawanya. Akhirnya Ali diterbangkan ke Britain dan diberi bantuan tangan palsu di Hospital Ratu Mary di selatan London. Pada Jun 2010, Ali lulus ujian kewarganegaraan dan disahkan sebagai warga Britain. Sejak itu, Ali pulang ke Iraq beberapa kali untuk bertemu saudara-maranya yang terselamat dalam perang. Dalam kesempatan itu Ali diperkenalkan kepada Ankam yang pernah menjadi temannya ketika zaman kanak-kanak.

‘Aku nak ajar hang’

Posted: 29 Dec 2012 07:49 PM PST

ANGKAT...anggota polis membawa keluar jenazah Nor Fatimah Anis dari rumahnya. Gambar kecil, Nor Fatimah Anis, ditemui mati.
ANGKAT...anggota polis membawa keluar jenazah Nor Fatimah Anis dari rumahnya. Gambar kecil, Nor Fatimah Anis, ditemui mati.
ALOR SETAR: "Aku bukan nak bunuh hang (kau), aku nak ajar hang." Itu antara kata-kata yang didengar jiran beberapa jam sebelum seorang isteri muda, Nor Fatimah Anis Md Radzi, 17, ditemui mati di rumahnya di Kampung Alor Gelagah, dekat sini, semalam.
Mangsa yang baru enam bulan berkahwin dipercayai mati akibat hentakan objek tumpul di kepala dan polis menahan suaminya berusia 20-an yang disyaki terbabit kejadian itu. Turut ditahan bagi membantu siasatan, dua lagi lelaki, juga berusia 20-an.
Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menyedari pertengkaran antara mangsa dan suaminya jam 2 pagi selepas terdengar wanita itu menjerit kesakitan dipercayai akibat dipukul.

"Ini bukan kali pertama mereka bergaduh kerana kebelakangan ini saya kerap terdengar mereka bertengkar. Namun selalunya, pertengkaran mereka tidak lama...hanya beberapa minit.

"Tetapi, kali ini (pertengkaran awal pagi semalam) berlainan kerana saya percaya wanita itu dipukul suaminya. Saya dapat mendengar dengan jelas wanita itu merayu suaminya supaya jangan memukulnya.

Buka kereta tanpa bunyi

Posted: 29 Dec 2012 07:43 PM PST

BUKTI...Zainuddin menunjukan peralatan elektronik yang digunakan suspek.
BUKTI...Zainuddin menunjukan peralatan elektronik yang digunakan suspek.
KUALA LUMPUR: Menggunakan sejenis peralatan elektronik buatan Taiwan, seorang lelaki mampu mematikan sistem penggera kereta dengan mudah sebelum menyamun barang berharga dalam kenderaan terbabit.
Alat berkenaan dikatakan mampu memintas frekuensi sistem penggera kenderaan dan suspek dengan mudah masuk ke dalam kenderaan berkenaan selepas sistem penggera dimatikan, membolehkan pintu kereta dibuka tanpa bunyi.

Perkara itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang terbabit dengan jenayah samun kenderaan dalam serbuan di sebuah kondominium di Petaling Jaya, 13 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pemeriksaan di rumah berkenaan menemui empat komputer riba, satu cakera keras mudah alih dan pelbagai dokumen atas nama individu lain dipercayai yang dicuri suspek.

"Modus operandi suspek ialah menunggu dalam kereta di parkir pusat beli-belah dan menggunakan alat berkenaan untuk memintas frekuensi penggera kereta mangsa.

"Sebaik berjaya membuka kereta mangsa, suspek mengambil barang berharga dalam kereta berkenaan sebelum melarikan diri," katanya.
Beliau berkata, mangsa hanya menyedari kenderaan mereka disamun apabila mendapati pintu kereta mereka terbuka atau kenderaan berkenaan tidak berkunci selain keadaan di dalamnya berselerak.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek yang dibebaskan dari penjara awal tahun lalu, mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.
"Siasatan mendapati suspek sudah beberapa kali melakukan jenayah ini dan tidak menolak kemungkinan ada individu lain yang melakukan samun menggunakan taktik sama," katanya.

Dr Faiz harap 2013 lebih bermakna

Posted: 29 Dec 2012 07:42 PM PST


Mejar Dr Faiz Khaleed
Dr Faiz ketika ditemui dalam pelancaran Fear Factor Selebriti Malaysia. 
NAMA Mejar Dr Faiz Khaleed bukan asing lagi dalam negara kita. Selepas diangkat sebagai salah seorang calon angkasawan negara menerusi Program Angkasawan Negara Malaysia pada tahun 2006, Dr Faiz semakin dikenali melalui penglibatannya dalam industri seni.

Mungkin ramai yang tidak berpeluang untuk mengenali jejaka berusia 32 tahun ini dengan lebih dekat. Ikuti temu bual Sinar Harian Online bersama beliau yang diadakan baru-baru ini.


SINAR HARIAN ONLINE: Sebagai permulaan, boleh kongsi sedikit latar belakang seorang Mejar Dr Faiz Khaleed?

DR FAIZ: Saya anak sulung daripada tiga beradik yang berasal dari Kuala Lumpur. Daripada kecil lagi di Kampung Baru, kini sudah menetap di Cheras. Saya bersekolah di St. John peringkat rendah dan menengah. Saya mendapat pendidikan universiti di Universiti Malaya dalam bidang pergigian dan pada tahun 2004 saya memasuki tentera sebagai doktor pergigian angkatan tentera (Angkatan Tentera Malaysia).

Dalam ATM saya banyak menyertai latihan-latihan ketenteraan asas dan juga latihan khusus asas payung terjun. Pada tahun 2006, saya telah memasuki Program Angkasawan dan alhamdulillah, saya terpilih sebagai seorang daripada dua rakyat Malaysia yang dihantar ke Rusia, Pusat Latihan Angkasa Yuri Gagarin. Sekarang ini saya masih lagi dalam tentera yang dipinjamkan daripada Kementerian Pertahanan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Kini, ditempatkan di Yayasan Angkasawan Malaysia.


SINAR HARIAN ONLINE: Daripada seorang doktor gigi bergelar bakal angkasawan dan terbaru menjadi selebriti, boleh Dr Faiz ceritakan sedikit tentang penglibatan tersebut?
DR FAIZ: Pada saya, tawaran seperti program realiti, Fear Factor ataupun MasterChef sebelum ini dan ada beberapa lagi tawaran-tawaran daripada bidang yang amat berbeza daripada latar belakang saya, merupakan satu tawaran yang mencabar, menarik serta berbeza yang saya tak jangka selama ini. Saya tak pernah terfikir tetapi tawaran yang ada jangan terus tolak. Kita kena nilai. Bidang 'showbiz' ini tidak tertumpu pada satu bidang saja.

Ada bidang lasak, masakan, kesihatan dan sebagainya. Banyak bidang dalam satu kategori ini. Saya hanya lihat dan menilai. Apa-apa tawaran yang saya minat saya rasa tak salah untuk saya libatkan diri.

Tawaran yang datang saya rasa merupakan platform untuk kita berkongsi. Sebagai contoh, jika ada sesuatu perkara yang berlatar belakangkan kesihatan... yang saya minat kenapa tidak saya libatkan diri? Kita boleh menggunakan ini sebagai satu ruang untuk kita berkongsi, apa yang kita suka kepada masyarakat. Selagi perkara itu positif, saya rasa bagus, tidak ada masalah.


SINAR HARIAN ONLINE: Dr Faiz gembira atau tidak berada dalam persekitaran dunia 'showbiz'?

DR FAIZ: Maksudnya perbezaan suasana persekitaran saya sebelum ini? Sudah tentu persekitaran itu berbeza, tetapi saya selalu percaya... dari bidang perubatan, saya masuk ke dalam bidang angkasa lepas... persekitaran ini kita tak boleh pilih. Tetapi apa yang kita boleh buat ialah kita tahu objektif kita dan perlu mengadaptasikan diri. Itu lebih penting. Sebagai contoh, kalau kita hendak mencari pekerjaan. Kita suka kerja yang kita nak buat tetapi persekitarannya kita tak boleh kawal. Kita kena kekal fokus pada masa yang sama adaptasikan diri kita pada persekitaran itu.


SINAR HARIAN ONLINE: Susah atau tidak untuk sesuaikan diri dalam dunia seni?

DR FAIZ: Saya rasa tak begitu susah. Saya melihat mereka pakar dalam bidang masing-masing, berkarya. Apabila saya masuk dalam bidang ini, saya dapat lihat cara pemikiran yang berbeza. Saya belajar banyak tentang bidang ini.


SINAR HARIAN ONLINE: Pernah terfikir untuk ceburi bidang lain selain program realiti seperti lakonan atau pengacaraan?

DR FAIZ: Banyak juga orang tanya soalan ini tetapi seperti yang saya kata, tawaran yang datang kita perlu nilai. Kita tak boleh terus cakap tak atau ya. Sebagai contoh, pengacara. Tetapi kalau dalam bidang yang saya minat dan saya rasa saya boleh menyumbang, kenapa tidak.

Saya ambil contoh, kesihatan sekali lagi kerana saya minat tentang bual bicara kesihatan. Kalau diberi tawaran tersebut, sudah tentu saya akan menilai dan kemungkinan besar saya akan mencuba dan memberikan yang terbaik. Tetapi ada juga bidang yang saya rasa saya tidak begitu mahir macam lakonan. Saya kurang berbakat atau fasih dalam bidang tersebut, jadi saya mungkin menilai banyak kali. Seperti yang saya cakap tadi, bidang 'showbiz' ini adalah satu bidang yang luas.

Dalamnya ada banyak bidang yang tertentu. Jadi, kita tak boleh melihat ia pada satu sudut sahaja. Dalam bidang itu sendiri, ada banyak cabang. Yang penting kita kena tahu sama ada kita boleh berbakti dalam bidang itu atau tak. Kalau rasa tak boleh menyumbang, tak payahlah. Misalnya tawaran yang diberikan berkaitan tentang sukan lasak yang saya minat, mungkin saya boleh berkongsi.


SINAR HARIAN ONLINE: Persepsi sebelum dan selepas mengenali dunia seni berubah atau tidak? Mungkin sebelum ini, persepsi begini tetapi apabila sudah terlibat dalam dunia itu sendiri rupa-rupanya begini.

DR FAIZ: Tak juga. Saya selalu nampak bidang ini sebagai sesuatu bidang pekerjaan macam bidang-bidang lain. Saya melihat orang yang berada dalam bidang berbeza mempunyai pemikiran yang berbeza. Cuma mendekati bidang 'showbiz' ini, saya tak pernah lagi sampai sekarang. Sudah tentu ia banyak mengajarlah kerana saya tidak pernah mendekati bidang ini. Saya tak pernah ada satu persepsi terhadap dunia seni. Cuma saya nak tahu bagaimana mereka bekerja. 'Showbiz' ini luas. Dengan jurukamera, penulis skrip dan sebagainya, jadi saya dapat faham bidang tersebut dengan lebih menyeluruh.


SINAR HARIAN ONLINE: Berbalik kepada isu Program Angkasawan yang tertunda, jadi apa sebenarnya status program tersebut?

DR FAIZ: Ramai yang bertanya tentang perkara ini. Informasi itu ada yang sampai ada yang tidak pada segelintir masyarakat. Sebenarnya Program Angkasawan ini daripada segi dasarnya, memang kerajaan ingin meneruskan. Ramai juga yang bertanya, kalau diteruskan kenapa saya tidak sambung latihan, kenapa kita tak dengar apa-apa tentang program ini. Apa yang saya boleh beritahu, apa yang saya tahu daripada peringkat saya, program ini akan diteruskan, kerajaan tidak berniat untuk menghentikan program ini.

Cuma, Agensi Angkasa Negara sudah melakukan 'postmorterm' tentang program pertama dan apa yang boleh diperbaiki dan kita tidak mahu tergesa-gesa. Bermaksud, kita perlu kendalikan perkara ini secara dasar dulu. Tak guna kalau kita nak pergi 'second trip' atau 'third trip' tetapi tidak 'address' kelemahan yang lepas-lepas, jadi itu yang penting. Kedua,  dari segi slot lancaran di Rusia. Buat masa sekarang ini dah penuh. Kita juga tahu Amerika sudah tak ada 'space shuttle', jadi, mereka banyak membeli slot dari Rusia untuk menghantar angkasawan mereka.

Ini menyebabkan slot penuh. Itu pun merupakan satu sebab kenapa kita kena tunggu dulu. Tetapi saya rasa, ia sebab yang bagus kerana kita mempunyai masa sekarang untuk betul-betul lakar objektif dan juga misi yang lebih bermakna pada masa akan datang. Ada juga yang bertanya pada saya, berapa lama lagi dijangka? Itu bergantung pada kekosongan pada pihak Russia. Sekarang, banyak negara yang ingin pergi bersama mereka. Satu lagi, bergantung juga kepada kerajaan kita. Kekuatan ekonomi. Apa yang perlu didahulukan, didahulukan.

Sekarang ini, mungkin banyak lagi perkara-perkara yang perlu kita dahulukan seperti MRT, infrastruktur lain untuk menyediakan negara ke arah negara membangun. Itu penting tetapi sains angkasa lepas, misi ke angkasa lepas kalau kita lihat, negara yang maju tak ketepikan bidang ini. Jadi, saya rasa langkah yang bagus, iaitu kita tidak mengetepikan sains angkasa lepas. Pada masa sama, negara kita fokus pada apa yang perlu dibuat sekarang. Satu hari nanti saya percaya, ia akan mempunyai kesinambungan yang bermakna.


SINAR HARIAN ONLINE: Setelah berada dalam bidang itu, apa yang boleh Dr Faiz sarankan kepada anak muda di luar sana?

DR FAIZ: Saya sebenarnya syorkan kepada anak muda untuk menceburi apa-apa bidang yang baru. Ya, saya faham. Kalau bidang-bidang yang sudah 'establish', sebagai contoh bidang kejuruteraan, kedoktoran, pakar IT. Ini semua bidang yang telah terbukti, yang kita tak boleh nafikan ini merupakan satu bidang yang boleh menjamin daripada segi boleh memberi kita kehidupan yang bagus.

Tetapi, pada masa yang sama, kita juga ada bidang-bidang yang baru kerana negara kita sentiasa mengorak langkah ke tahap yang lebih tinggi. Jadi, wujudnya bidang-bidang baru seperti bidang angkasa lepas, bioteknologi, nanoteknologi dan sebagainya. Kita sebagai rakyat Malaysia, juga perlu mempertimbangkan bidang-bidang baru ini. Walaupun bidang-bidang baru ini, banyak orang cakap betul ke? Boleh ke cari kerja?

Ya, memang itu keburukannya. Tetapi, bayangkan anda yang pertama atau anda yang terawal buat. Jika berjaya, bukankah anda akan menjadi perintis kepada bidang ini? Ini kita dapat lihat sebagai contoh dulu, kita tak ada telekomunikasi, kemudian kita ada. Siapa yang mulakan? Kalau kita rakyat Malaysia tak mahu memasuki bidang baru, sampai sekarang kita tak akan ada bidang telekomunikasi itu. Jadi, apa yang saya syorkan pada generasi muda ialah kalau kita nak selamat, buat seperti saya. Kita ambil bidang-bidang seperti kedoktoran, yang mana dah terbukti, pada masa yang sama, jangan hanya menumpu sangat pada bidang yang dah 'establish' ini.

Saya juga memasuki bidang angkasa lepas di mana bidang baru, pada masa yang sama saya ada kelulusan dalam bidang yang dah terbukti ini. Saya rasa itu lebih selamat. Di mana anda sekarang berada di universiti, ya anda latih kepakaran anda dalam bidang yang terbukti, bagus. Sebagai contoh, peguam, jurutera kimia, cuma apabila sudah bekerja nanti anda jadilah peguam, jurutera tetapi jangan tutup 'mind set' hanya buat itu saja. Kalau nampak peluang lain, yang kita dah nilai dan kita rasa kita pun boleh, kenapa tidak cuba? Itu nasihat saya.


SINAR HARIAN ONLINE: Perjalanan yang Dr Faiz lalui daripada seorang doktor kepada seorang angkasawan merupakan bukan suatu perkara mudah untuk dilalui, jadi, mungkin ada rahsia bagaimana Dr Faiz boleh mencapai apa yang Dr Faiz mahu?

DR FAIZ: Tak mudah. Orang kata melompat bidang apa semua, ramai sebenarnya di Malaysia ini yang lompat bidang tetapi perkara ini kita perlu, pertama, kita tahu diri kita. Kita tahu kelemahan dan kekurangan diri kita. Lepas itu, kita tahu pula bidang yang kita ingin masuk.

Kita dah tahu daripada A sampai Z. Selepas itu, kita muhasabah. Kita rasa kita boleh atau tidak buat bidang itu. Kalau kita rasa boleh, kita yakin, dah buat 'homework', kemudian baru kita bersedia untuk melompat ke bidang itu. Tetapi kalau kita tak buat 'homework', kita nak ikut orang saja, saya rasa tak wajar kerana kita tak tahu apa yang kita ceburi, itu bahaya. Nak ceburi satu bidang baru, kita perlu kaji, pemikiran analitikal mesti ada.

Anda mesti kritikal dan faham. Sebagai contoh, ramai orang nak buat perniagaan. Ada yang kerja jam 8 pagi hingga 5 petang nak berniaga, memang ramai. Kawan masuk, dia pun nak masuk. Kawan dah buat 'homework', mungkin anda tidak buat. Itu tidak boleh. Kalau nak melompat, kita kena faham bidang yang kita nak masuk itu.

Apa yang kita nak buat dan kita tahu kita boleh buat. Itu yang penting dan juga saya rasa kita kena percaya pada diri kita dan bersungguh-sungguh, maksudnya jangan hangat-hangat tahi ayam. Sekarang nak buat, enam bulan selepas itu dah bosan. Kita kena tahu kita minat dan tetap buat walaupun orang kata kita tak boleh. Kita teruskan. Insya-ALLAH dengan kesinambungan yang kita ada itu, semangat yang kita ada, Insya-ALLAH kita akan capai kejayaan. Itu saya rasa formula yang biasa, kebanyakan orang yang berjaya kongsi.


SINAR HARIAN ONLINE: Masa dah berlalu dan sudah sampai ke penghujung tahun, jadi bagaimana Dr Faiz menjalani 2012. Mungkin ada pencapaian yang boleh dibanggakan?

DR FAIZ: Tahun 2012 merupakan suatu tahun yang bagus pada saya. Alhamdulillah walaupun daripada segi ekonomi negara kita sedang pulih. Saya dapat buat banyak berbanding tahun lepas. Sebagai contoh, saya dapat buat program-program kesedaran sains angkasa lepas lebih banyak. Mengimbangkan kawasan luar bandar dengan luar bandar. Pada masa sama, daripada segi pergigian, saya dapat meluangkan masa untuk membuat 'dental practise'. Tawaran-tawaran yang datang dari segi ceramah motivasi dan tawaran 'showbiz' seperti tadi yang dibincangkan. Secara keseluruhan 2012 merupakan tahun yang bagus. Daripada segi perhubungan dengan keluarga dan rakan pula, saya dapat meluangkan lebih banyak masa bersama mereka tidak seperti dulu yang tertumpu pada karier sahaja kan.

Sekarang ini alhamdulillah. Saya harap 2013 akan menjadi lebih baik dan bermakna lagi untuk kita semua.


SINAR HARIAN ONLINE: Ada tak misi yang belum tercapai bagi 2012?

DR FAIZ: Ada juga misi yang belum tercapai. Saya selalu teringin untuk membuka klinik sendiri. Saya rasa belum masanya lagi. Mungkin tahun depan. Itu merupakan salah satu agenda dalam hidup saya. Satu hari nanti saya akan membuka klinik saya sendiri dan tak boleh lambat sangat. Betul tak? Kerana walaupun saya terlibat dalam banyak bidang, tetapi saya masih lagi suka dan membuat bidang pergigian kerana itu memang minat saya. Saya rasa 'enjoy' bila saya buat. Ramai juga kawan yang tanya, kenapa tak buka klinik sendiri? Banyak benda yang perlu dipertimbangkan tetapi itu masih menjadi salah satu daripada 'goal' yang masih belum saya buat lagi. Insya-Allah saya akan buat dalam jangka masa terdekat ini. Insya-ALLAh kita tengok macam mana.


SINAR HARIAN ONLINE: Satu perkataan yang menggambarkan Mejar Dr Faiz Khaleed?

DR FAIZ: Saya suka mencuba benda baru.. 'explore'. Mungkin ramai yang tanya kenapa. Malah sejak di universiti lagi. Awak sudah jadi doktor gigi, kenapa masuk tentera? Saya kata, saya masuk tentera sebab tentera pun ada doktor gigi. Ia merupakan satu bidang yang baru dan saya boleh belajar benda baru. Memang betul, saya masuk tentera, saya dapat belajar tentang senjata, latihan ketenteraan, saya tahu macam mana mereka berfungsi. Saya rasa ini sesuatu yang hebat, negara kita dilindungi organisasi begini.

Selepas itu, ada soalan lain pula. Kenapa masuk Program Angkasawan? Ini suatu benda yang di luar bidang. Pada saya kenapa tidak? Tak salah pun kerana itu bidang sains juga. Sudah tentu saya buat penilaian. Boleh ke saya buat? Saya minat ke benda ini? Tetapi kalau saya rasa benda itu bagus, mencabar, positif, saya masuk ke bidang itu. Sekarang pula orang tanya, kenapa ada masuk MasterChef, Fear Factor, 'showbiz' sikit? Bukan semua tawaran saya ambil. Itu minat saya, saya ambil. Kenapa tidak kita buat sesuatu benda yang kita minat.


SINAR HARIAN ONLINE: Perkembangan terkini Dr Faiz memandangkan sekarang sudah berada di penghujung tahun?

DR FAIZ: Alhamdulillah dari segi kerjalah semua perkara yang perlu diselesaikan pada 2012 sudah sempurna. Cuma sekarang ini tidaklah sesibuk macam awal tahun. Sekarang lebih relaks. Akhir-akhir tahun ini, saya lebih bersama dengan keluarga dan kawan-kawan.

Pos Malaysia umum waktu operasi baru

Posted: 29 Dec 2012 07:40 PM PST


Pos Malaysia
Pos Malaysia
KUALA LUMPUR - Pos Malaysia akan melaksanakan waktu operasi baharu untuk perkhidmatan mel dan kaunter mulai 1 Januari depan bagi Semenanjung Malaysia dan 1 Februari bagi Sabah dan Sarawak.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia Shukrie Salleh berkata, perubahan berkenaan melibatkan pertambahan waktu operasi selama 30 minit pada hari bekerja di kaunter cawangan pos seluruh negara bagi memberi lebih masa kepada pelanggan membuat transaksi serta menghantar mel dan kurier.
  
Pada hari Sabtu pula waktu operasi dikurangkan kepada setengah hari berbanding waktu pejabat sebelum ini dan tiada sebarang operasi mel dilakukan pada hari tersebut, katanya dalam sidang media mengenai pelaksanaan operasi waktu tersebut di sini hari ini.
  
Berikutan perubahan itu, semua cawangan Pos Malaysia di Semenanjung Malaysia akan beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan pada hari Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 1 tengah hari (Ahad hingga Khamis bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu).
  
Bagi Sabah dan Sarawak, cawangan pos akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan pada hari Sabtu dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.
  
"Bagaimanapun terdapat cawangan terpilih yang akan ditutup pada hari Sabtu melibatkan cawangan kecil di kawasan pedalaman.
  
"Manakala cawangan pos yang terdapat di pusat membeli-belah akan beroperasi seperti biasa pada hari Sabtu dan Ahad," katanya.
  
Pusat PosLaju juga akan dibuka seperti biasa pada hari Sabtu untuk penerimaan item kurier bagi tujuan penghantaran.
  
Shukrie berkata pelaksanaan waktu operasi baharu ini merupakan sebahagian inisiatif Pos Malaysia untuk menyelaraskan operasinya berikutan perubahan tabiat penggunaan perkhidmatan mel serta memastikan ia dapat memenuhi kepuasan pelanggan.
  
Ia juga bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di samping menggalakkan keseimbangan hidup kakitangan supaya mereka mempunyai lebih masa bersama keluarga dan sahabat handai.
  
Pos Malaysia kini mempunyai kira-kira 16,500 kakitangan dan separuh daripadanya bekerja di bahagian pengurusan mel.

Lapan warga Indonesia mengaku tak bersalah

Posted: 29 Dec 2012 07:37 PM PST


Lapan warga Indonesia mengaku tak bersalah
Kesemua tertuduh di bawa ke Mahkamah Sesyen semalam.
KOTA TINGGI – Lapan warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan di perairan Tanjung Stapa, Pengerang, awal bulan ini.

Tertuduh, Zainudin, 23; Hasbullah, 35; Ricky, 37; Trim, 36; Jais, 46; Arjadi, 32; Amie, 37 dan Zul, 34 dituduh bersama dua lagi rakan yang masih bebas, melakukan rompakan berkumpulan dengan menggunakan senjata berbahaya ke atas kru kapal tangki MT Merlion Dua, pada jam 1.50 pagi, 11 Disember lalu.

Kesemua lelaki terbabit mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa. Hakim Salawati Djambari menetapkan 29 Januari bagi sebutan kes (pengurusan kes).

Kesemua mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun serta sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Juanita Mohd Said manakala lapan lelaki tersebut tidak diwakili peguam.

Dilema setiap pagi

Posted: 29 Dec 2012 07:27 PM PST


Dilema setiap pagi
Anjing bebas berkeliaran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk di taman ini.
SABAK BERNAM - Penduduk di Taman Sentosa di sini meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil pendekatan lebih proaktif mengatasi peningkatan anjing liar di taman perumahan itu.

Penduduk dikenali sebagai Ila berkata, anjing liar berkenaan mengganggu rutin harian penduduk khususnya pada setiap pagi.

Menurutnya, keadaan itu lama berlaku, namun kebelakangan ini jumlah mamalia berkenaan semakin bertambah.

"Keadaan ini juga turut menakutkan penduduk Islam di taman berkenaan memandangkan haiwan itu bebas berkeliaran seterusnya mengganggu lalu lintas.

Apa yang lebih menyedihkan anjing berkenaan turut dilihat membuang najis di hadapan rumah penduduk keadaan ini menyukarkan penduduk memandangkan mereka perlu mencuci najis berkenaan," katanya.

Menurutnya, dia berharap pihak bertanggungjawab akan segera mengambil tindakan walaupun sehingga kini belum berlaku kes kemalangan disebabkan haiwan berkenaan.

"Pemilik anjing perlu mengawal haiwan peliharaan mereka malah anjing tidak mempunyai pemilik perlu dihapuskan.

"Ini adalah bagi memastikan kesejahteraan penduduk di taman berkenaan serta menggelakkan dari ancaman kemalangan jalan raya," katanya.

Tak sempat curi barang dapur

Posted: 29 Dec 2012 07:26 PM PST


Tak sempat curi barang dapur
Lelaki terbabit ditahan sebelum di bawa ke balai polis.
BALING - Hasrat seorang pemuda untuk mencuri barangan dapur di sebuah restoran tidak kesampaian apabila dia bertembung dengan pemilik kedai itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang di Restoran Sri Tualang di Kampung Tualang di sini, semalam.

Pemuda berusia 20-an itu dikatakan sering memasuki restoran itu sebelum ini untuk mencuri barangan dapur antaranya milo, susu dan sebagainya.

Namun, tindakannya itu tidak bertahan lama setelah dia bertembung dengan pemilik kedai yang secara kebetulan ke restorannya.

Pemilik restoran, Mohd Rasdi Syaari, 52, berkata, dia ternampak sebuah motosikal bersama kunci berada di luar restorannya.

Menurutnya, dia terus mengambil kunci motosikal itu kerana dapat mengagak ada orang yang menceroboh masuk ke dalam restorannya.

"Bila buka restoran, saya nampak suspek berada di dalam. Dia cuba melarikan diri, tetapi saya sempat menahannya.

"Lelaki itu turut memaklumkan terdapat seorang lagi rakannya yang masuk ke restoran saya, tetapi dia sempat melarikan diri," katanya.

Katanya, dia yakin lelaki terbabit merupakan suspek yang sering menceroboh dan mencuri barangan restorannya sebelum ini.

Suspek yang dikatakan dari Kupang itu dihantar kepada polis untuk tindakan seterusnya.

Keunikan terapi keranda

Posted: 29 Dec 2012 07:19 PM PST


SEORANG pesakit wanita baring untuk mencuba pengalaman berada di dalam keranda.


TIDAK ada hidupan yang akan kekal di atas muka bumi ini atau boleh melarikan diri daripada kematian yang telah ditetapkan Tuhan.
Ajal merupakan batas dan penamat muktamad bagi fungsi biologi yang mentakrifkan organisma hidup. Ajal juga dikenali sebagai fana, maut, meninggal dunia, mati, mangkat atau dalam bahasa kasar, mampus.
Pengarang buku Psikologi Kematian, Profesor Emeritus Robert Kastenbaum berkata, hasil kajiannya mendapati berfikir mengenai isu kematian akan menyebabkan seseorang itu berasa cemas, takut dan sedih.
"Ramai orang lebih selesa untuk tidak bercakap mengenai soal kematian kerana isu itu boleh menjejaskan emosi lebih-lebih lagi apabila mereka berada dalam mood gembira" katanya.
Kastenbaum menambah, kebimbangan mengenai kematian merupakan sesuatu yang mengerikan dan ia dikenali sebagai thanatophobia (takut mati) dan necrophobia (ketakutan akan kematian atau mati).
Bagaimanapun, seorang pembuat keranda yang berasal dari Ukraine, Stepan Piryanyk, menemui cara baharu untuk orang ramai menghadapi saat kematian.
Piryanyk mendakwa dia mempunyai formula untuk menjadikan seseorang itu lebih berani dan tenang dalam menempuh kematian.
Lelaki tersebut memperkenalkan terapi keranda yang dikatakan mampu menghilangkan tekanan serta membantu mempersiapkan diri menghadapi saat kematian. Keranda itu dilengkapi dengan kusyen empuk apabila calon si mati berbaring di dalamnya.
Menurut Piryanyk, idea mencipta keranda empuk bermula apabila seorang wanita tua datang kepadanya untuk meminta bantuan menyediakan keranda yang boleh disimpan di rumah pangsa miliknya.
"Sudah menjadi lumrah dan adat oleh nenek moyang kita untuk menyimpan keranda di atas loteng rumah. Tetapi bagi mereka yang tinggal di rumah yang bertingkat seperti flat atau pangsa pasti akan menghadapi kekangan ruang untuk melakukannya.
RM76 untuk 15 minit
"Pada suatu hari, seorang nenek yang tinggal di rumah pangsa meminta saya membina keranda untuknya yang boleh disimpan di dalam rumah yang didiami," cerita Piryanyk.
Dia turut membina sebuah keranda khas yang dilengkapi kusyen lembut supaya wanita itu dapat memanfaatkan sepenuhnya keranda yang dibeli daripada hanya menggunakannya setelah dia mati.
Ujar seorang pelanggan, Anna Petrukhina, ia memberikan mood yang berbeza untuk pulang ke rumah setelah penat bekerja seharian di pejabat.
"Berbaring di dalam keranda ini lebih membuatkan kita berasa tenang dan santai tanpa memikirkan hal-hal di dunia yang memenatkan.
"Saya juga tidak takut untuk menghadapi saat kematian yang telah ditakdirkan kerana saya sudah merasai perasaan apabila berada di dalam keranda," katanya.
Piryanyk menyediakan perkhidmatan itu bagi pelanggannya yang menginginkan ketenangan dan merasai kehidupan di dalam keranda dengan kadar AS$25 (RM76) untuk setiap 15 minit.
"Pelanggan juga boleh meminta untuk berada dalam keadaan terbuka atau tertutup semasa berada di dalam keranda ini," katanya.
Lain pula ceritanya di Klinik Kesihatan Mental Ruoshui yang terletak di Shenyang, China. Konsep yang komersialkan oleh Piryanyk turut diperkenalkan di China sejak tahun 2009.
Apa yang berbeza ialah caj yang dikenakan sebanyak 2,000 yuan (RM982) bagi setiap sesi.
Ia diterajui oleh seorang ahli terapi, Tang Yulong, yang memperkenalkan terapi dalam keranda di kliniknya untuk orang ramai merasai pengalaman dan perasaan saat-saat kematian.

Meraung
Menurut Tang, setiap satu sesi terapi akan memakan masa selama lima jam.
"Semasa upacara sedang berlangsung, pesakit diminta untuk baring di dalam keranda manakala seorang ahli keluarga atau sesiapa yang mempunyai pertalian darah akan di minta untuk membaca 'epitaphs' atau ucapan berdekatannya.
"Pada akhir sesi, pesakit akan diminta untuk menulis komen mengenai perasaan yang mereka rasai ketika berada di dalam keranda," katanya.
Tang mengakui teknik itu merupakan satu kaedah yang ekstrem namun ia berkesan untuk membuat orang ramai menyedari nilai kehidupan mereka.
"Rata-rata pesakit saya akan menangis teresak-esak sebaik mereka keluar daripada keranda ini. Mereka pasti rasa bersyukur kepada Tuhan kerana diberi peluang untuk hidup sehingga ke hari ini," katanya.
Sama juga halnya dalam Islam.
Islam mengajar umatnya bahawa kewujudan mereka di dunia ini adalah seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman tempat asalnya yang kekal abadi.
Pelbagai cara diberikan untuk umat Islam melakukan ibadat kepada Allah.
Namun, Allahyarham Abdul Rahman Uthman atau dikenali dengan panggilan Tok Selehor, anak kelahiran Tumpat, Kelantan mendekatkan dirinya dengan Allah dengan memilih menyendiri di dalam kubur buatan sendiri.
Tok Selehor lebih gemar berpanas dan bergelap di dalam liang lahad sedalam tujuh kaki itu untuk beruzlah meninggalkan keindahan dunia.
Malah, menurut cicitnya, Mohd. Shauki Abd. Majid, Tok Selehor pernah bersendiri di dalam kubur selama 40 hari berturut-turut tanpa berjumpa sesiapa mahupun menukar pakaiannya.
"Moyang saya akan menyendiri untuk tempoh yang tertentu kerana dia ingin menghilangkan perasaan riak di dalam dirinya ekoran disanjung tinggi penduduk di kampung.
"Jika Tok Selehor mengadakan kuliah, kampung itu pasti akan dibanjiri ribuan pengunjung yang datang dari rata-rata tempat bagi mendengar tazkirah yang ingin dikongsikannya," katanya.
Allahyarham ialah pengasas beberapa pondok pengajian di Kelantan dan merupakan salah seorang daripada lima ulama yang terkenal di Kelantan pada masa itu termasuk Tok Kenali dan Tok Kemuning.

Suite mewah bawah laut

Posted: 29 Dec 2012 07:18 PM PST


UTTER IN yang terletak di Västerås, Sweden.


BAYANGKAN hotel dan resort yang anda diami terletak di bawah laut dengan caj penginapan RM100,000 semalam.
Selain tidur, anda berpeluang menatap sendiri kehidupan akuatik selama 24 jam tanpa sebarang bantuan alat pernafasan dan yang paling utama badan anda tidak terkena walaupun setitis air.
Tetapi, itu sudut kreatif manusia yang mampu melakukan perkara luar jangkaan dengan syarat berbekalkan usaha yang tidak pernah surut.
Konsep hotel dan resort bawah laut ini sebenarnya bermula sejak 1986 di Jules Undersea Lodge, Key Largo, Florida, Amerika Syarikat (AS).
Jules Undersea Lodge menawarkan pelanggan merasai sendiri pengalaman tidur sedalam sembilan meter di bawah permukaan laut.
Cuma, mereka harus menyelam terlebih dahulu sebelum sampai di kamar.
Sejarah Jules Undersea Lodge bermula hasil inspirasi novelis Perancis, Jules Verne yang banyak menulis novel fiksyen.
Verne yang mati pada 24 Mac 1905 menulis novel Twenty Thousand Leagues Under the Sea pada 1870. Karya itu mengisahkan Kapten Nemo dan kapal selamnya berdasarkan perspektif Profesor Pierre Aronnax.
Aronnax, seorang bekas doktor perubatan beralih karier sebagai saintis marin dan pensyarah di Muzium Paris.
Bilik mewah
Pengunjung tidak semestinya arif menyelam kerana pihak hotel menyediakan kursus menyelam bagi tetamu yang ingin belajar.
Konsep sama diterapkan oleh Utter In yang terletak di Danau Mälaren, berhampiran Västerås, Sweden.
Projek hasil seni Mikael Genberg itu boleh dikunjungi pelancong melalui sebuah rumah kecil di permukaan air.
Biliknya terletak tiga meter daripada permukaan laut. Bangunan ini mula dibuka pada Jun 2000 dan sehingga kini ia berjaya menggamit ribuan pengunjung setiap tahun.
Bukan hanya di AS dan Sweden, tetapi konsep kediaman bawah laut turut menjadi produk pelancongan di Fiji dan Dubai.
Terletak di sebuah lagun kepulauan peribadi di Fiji, sebuah resort bertaraf lima bintang, Poseidon Resort bakal siap tahun hadapan.
Resort dengan 24 bilik sebesar 50 meter persegi itu terletak 12 meter di bawah paras laut. Kesemua pod bawah laut mempunyai kaca akrilik lutsinar yang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan laut.
Menurut pemiliknya, Bruce Jones, dia sendiri tidak menyangka ciptaannya itu bakal menjadi realiti.
"Walaupun projek bernilai RM367 juta ini belum dirasmikan tetapi kami telah menerima tempahan percutian melalui pakej yang ditawarkan," katanya.
Berdasarkan laman web Poseidon, pakej penginapan selama seminggu itu dijual dengan harga RM52,000 termasuk penginapan dua malam di bilik bawah laut (Undersea Suites) yang merupakan kemuncak percutian di resort itu.

PELANGGAN boleh merasai pengalaman tidur sedalam sembilan meter bawah laut di Jules Undersea Lodge.


Kapal selam
Tempoh selebihnya dihabiskan dengan memilih penginapan di resort permukaan laut.
Tetamu juga tidak perlu khuatir tekanan di bawah permukaan air kerana resort ini dilengkapi teknologi nyah tekanan yang diuruskan secara sistematik.
Selain itu, pelanggan boleh memilih pakej menaiki kapal selam dan pergi lebih jauh ke dasar laut.
Sebanyak empat buah kapal selam Triton disediakan bagi pelancong yang ingin menyahut cabaran kedalaman sehingga 300 meter.
Di Dubai, Hotel Hydropolis Underwater boleh disifatkan salah satu hotel bawah laut paling mewah di dunia.
Struktur hotel mencakupi tiga elemen iaitu stesen darat (tempat menyambut tetamu), terowong penghubung (tetamu diangkut dengan kereta api ke ruangan utama hotel) dan 220 kamar hotel mewah.
Penginapan hotel ini dijangkakan bayaran RM100,000 semalam.
Resort mewah ini dirancang oleh Profesor Roland Dieterle dan menelan belanja RM1 bilion tetapi tidak dapat dipastikan tarikh hotel ini siap sepenuhnya.
Hotel Apeiron Island juga di Dubai masih dalam pembinaan dengan rekaan futuristik di bawah laut.
Apeiron mempunyai galeri seni, spa, 438 kamar suite, dan sebuah hutan buatan untuk spesies kupu-kupu tropika.
Namun anda perlu menaiki helikopter atau kapal pesiaran dan helikopter sebagai pengangkutan untuk ke hotel ini.

Eksperimen taman tanpa tanah

Posted: 29 Dec 2012 07:16 PM PST


MENURUT Faizal, elemen taman tidak semestinya perlu sarat dengan pasu bunga sebaliknya gabungan idea warna dan ornamen sudah cukup untuk membina ilusi taman di dalam rumah.


IDEA untuk menjadikan elemen seni hias landskap sebagai subjek utama gaya penataan hiasan dalaman sememangnya sudah lama diidamkan Faizal Zain, 34.
Selain mencabar kemampuan kreativitinya dalam menata rias kediaman sendiri, bapa kepada dua anak ini mengakui bahawa dia seorang yang suka bereksperimen.
Apa tidaknya, apabila disebut gaya taman moden, pasti ramai menganggap konsep ini hanya sesuai diaplikasikan di rumah yang mempunyai tanah.
Namun, sentuhan lelaki ini menggarap elemen taman di dalam unit pangsapurinya yang hanya memiliki keluasan 244 meter persegi itu ternyata menjadi.
Dalam mencari titik imbang hiasan dalaman di sebalik persekitaran rumah yang terhad, Faizal ternyata cermat dalam memilih warna dan perabot.
"Saya perlu memastikan perabot dan ornamen yang dipilih itu mempunyai gaya ringkas tetapi formula itu harus mampu membangkitkan elemen taman moden," katanya.
Lantaran itu, Faizal memilih perabot hiasan laman yang biasa digunakan untuk gaya eksterior untuk ditempatkan dalam unit pangsapurinya.
Gabungan rona hijau dan putih yang mendominasi keseluruhan kediaman menyerlahkan lagi konsep taman selain menyuntik keselesaan serta mampu merangsang minda serta emosi isi rumah.
"Untuk menaikkan mood taman di ruang pojok, ruang tamu, ruang makan dan langkan, saya pilih untuk gunakan perabot logam berwarna putih susu.
"Tidak sukar untuk saya mendapatkan perabot berwarna putih, namun untuk kemasan sofa dan barangan elektrik berwarna putih, saya terpaksa menempah barangan edisi terhad.
"Bagi membangkitkan kesan lembut, saya gunakan kemasan sofa dan jambangan bunga hiasan dari rona sama. Di bahagian dinding pula, saya memilih foto kanvas berkonsep rimba selain karpet polos rona hijau.
"Bagi kemasan dinding di ruangan terbuka seperti ruang tamu dan ruang makan, saya memilih kertas dinding dengan konsep jalinan daun dan batu bata untuk menimbulkan lagi kesan taman," ujar Faizal.
Melihat keseluruhan ruang tamunya, ternyata jumlah perabot dan ornamen yang minimum serta potongan ringkas menjadikan ruangan ini kelihatan luas, kemas dan santai.
Sistem pengudaraan dan pencahayaan semula jadi pula dialirkan masuk menerusi pintu gelangsar yang menghubungkan ruang tamu dengan langkan ternyata mampu menyuntik elemen segar.

KONSEP kertas dinding batu-bata berjaya menaikkan elemen landskap taman di ruang penjuru pangsapuri ini.


Buaian putih
Sesuai dengan ilham taman moden, unsur hijau, biarpun bukan daripada tumbuhan asli, gaya seni hias di bahagian langkan patut diberi pujian.
Kreativiti Faizal menghias balkoni sebagai ruang santai memang terserlah terutama melalui penggunaan buaian rotan, deretan bunga hiasan dan lampu taman dalam rona putih.
Untuk membawa imej taman tanpa hiasan sarat, Faizal tidak membawa masuk pokok yang besar sebaliknya memilih tumbuhan hiasan renek bersaiz sederhana.
"Selain itu, saya hanya menggunakan tumbuhan hiasan daripada warna hijau dan putih sahaja untuk menaikkan elemen taman moden," katanya.
Gemar dengan rekaan polos, dia turut mengenakan langsir tanpa corak di seluruh bilik sebagai penghadang terik matahari. Hanya pintu gelangsar di ruang tamu dibiar tanpa langsir bagi membenarkan cahaya matahari menembusi rumah pada waktu siang.
Pangsapuri tiga bilik ini pada asalnya mempunyai ruang tamu yang luas namun kerana inginkan ruang yang lebih privasi, Faizal membina dinding sebagai pemisah antara ruang tamu dan ruang makan.
Meninjau ruang makan dan bahagian dapur, Faizal mengenakan hiasan yang cukup ringkas. Begitupun, paduan warna hijau lumut dan putih yang diterapkan di dua ruangan ini mampu menonjolkan konsep taman kegemarannya.
Untuk bilik anak-anaknya, Faiz al-Haikal, 7, dan Binafsha Ahadiya, 6, Faizal memberi kelonggaran kepada si cilik itu untuk memilih sendiri warna kegemaran mereka.

WARNA hijau dan putih mendominasi keseluruhan rumah yang berkonsepkan taman moden ini.


Permintaan
"Faiz memang sukakan warna hijau, jadi saya memilih untuk mengecat dan memasang kertas penghias dinding berwarna hijau di biliknya.
"Corak kertas penghias dinding sengaja dipilih daripada tema berjalur berbanding tema kanak-kanak. Cara ini lebih selamat dan ia boleh digunakan lebih lama. Jika dipasang dengan corak kartun, mungkin ia perlu lebih kerap ditukar, selari dengan perkembangan umur anak-anak.
"Binafsha pula lebih gemarkan gabungan pink terang dan pink lembut. Konsep kertas penghias dinding yang digunakan masih sama, ceria, tapi tidak keanak-anakkan," kata Faizal yang menggunakan enam konsep kertas penghias dinding di kediamannya.
Bagi kamar utama pula, perabot dan hiasan ringkas dari rona hijau dan kuning pastel menjadi pilihannya. Kata Faizal, dia sengaja memilih warna lembut dan terang bagi menonjolkan dimensi luas di kediaman comelnya.
Berpuas hati dengan hasil kreativiti sendiri, sebenarnya ramai rakan-rakan Faizal yang tertarik dengan kebolehan lelaki itu menghias rumah.
"Saya memang minat menghias rumah. Bermula sebagai hobi, saya mula berjinak-jinak memberi khidmat rundingan kepada pelanggan yang ingin mengubah penampilan kediaman.
"Selain bereksperimen di rumah sendiri, saya juga jadikan rumah ini sebagai rumah contoh bagi pelanggan yang ingin mencuba konsep yang sama.
"Sebelum ini, saya memilih gaya hiasan ala spa yang banyak menggunakan rona redup dan gelap. Untuk perancangan masa depan pula, saya sedang mengkaji idea pink maskulin pula," katanya yang turut berkongsi tips menghias dan merapi rumah di zaldeco.blogspot.com.

Gempar akuarium pecah

Posted: 29 Dec 2012 07:15 PM PST


AKUARIUM yang menjadi tatapan mata di pusat beli-belah Shanghai.


SERAMAI 15 pengunjung sebuah pusat beli-belah menjadi mangsa serpihan kaca terbang dan limpahan air apabila cermin tangki akuarium seberat 33 tan yang menempatkan ikan yu tiba-tiba retak.
Kebiasaannya, akuarium itu menjadi penarik serta penghias pusat beli-belah Shanghai Orient di Shanghai, China.
Dalam kejadian pada 19 Disember lalu, mangsa-mangsa yang terlibat terdiri daripada lapan orang pengunjung dan tujuh pekerja pusat beli-belah berkenaan. Kesemua mereka mengalami luka dan lebam di seluruh anggota badan.
Menurut seorang anggota polis, mangsa-mangsa yang terlibat mengalami luka dalam akibat ditoreh serpihan kaca akuarium tersebut.
"Mereka mengalami luka dalam kerana jenis serpihan kaca yang tebang itu adalah sangat tebal.
"Kami sedang menyiasat punca berlakunya insiden ini," katanya.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), turut menjadi korban ialah tiga ekor ikan yu jenis Lemon Shark, berbelas-belas ikan kecil dan penyu yang ditempatkan di dalam akuarium berkenaan.
Keadaan tanpa diduga itu berlaku apabila kesemua mangsa berada berhampiran dengan akuarium.
Semua pengunjung yang terkejut bertempiaran melarikan diri dengan serpihan kaca setebal 15 sentimeter memenuhi jalan utama dan air membanjiri ruang pintu masuk pusat beli-belah berkenaan.
Walaupun punca kejadian masih lagi dalam siasatan, para pengunjung percaya punca berlakunya insiden itu ialah kerana penurunan suhu yang mendadak di Shanghai pada minggu lepas.
Akuarium itu dilaporkan sangat popular pada awal pembukaannya pada Hari Kebangsaan China namun mengalami masalah pada bulan Jun yang lalu apabila ada kebocoran sehingga menyebabkan dua ekor ikan yu mati manakala beberapa penyu terpaksa dikeluarkan.
Pengurus pusat beli-belah, Chen Yongping berkata, selepas kejadian tragik itu tiada lagi akuarium akan ditempatkan di dalam pusat belah-belah itu.

Si penggemar animasi

Posted: 29 Dec 2012 07:14 PM PST


SEBELUM ini, Khatijah pernah mengalami kerugian ratusan ribu ringgit kerana kegagalan perniagaannya.


SIFATNYA agak pemalu tetapi auranya terserlah sebaik sahaja diajak berbicara kerana ada sahaja celotehnya. Malah, pemilik nama Khatijah Abd. Rashid boleh mengukir senyum bangga kerana statusnya kini menjadi pemilik syarikat animasi Khalifa Production Sdn. Bhd. yang semakin dikenali.
Jarang wanita melibatkan diri dalam perniagaan animasi tetapi sentuhan Khatijah menerusi animasi Aqil Story semakin meniti di bibir kanak-kanak kerana ia sarat dengan unsur pengajaran dan Islamik.
Cerita wanita berasal dari Pekan, Pahang ini, minatnya dalam dunia animasi mula berputik sejak di sekolah rendah.
"Semasa di sekolah rendah, pelajar lain sibuk menumpukan perhatian apa yang guru ajarkan di kelas tetapi saya lukis kartun di buku latihan.
"Ibu saya di rumah hairan kerana buku latihan sekolah muka suratnya dipenuhi dengan kartun berbanding kerja sekolah.
"Dinding rumah habis comot saya conteng tetapi itu sebenarnya satu proses pembelajaran yang baik," kata Khatijah sambil tersenyum.
Ujar ibu kepada seorang anak perempuan berumur dua tahun itu, kebiasaan itu dimaksimumkan sebaik dia menyambung pengajian peringkat diploma dalam bidang animasi dan internet di sebuah kolej swasta di ibu negara. Namun, di sebalik kejayaan ada kegagalan yang perlu ditempuhi.
"Saya pernah menghasilkan beberapa siri kartun animasi, dokumentari dan kaedah e-pembelajaran tetapi gagal sehingga mengalami kerugian ratusan ribu ringgit," katanya.
Tutur Khatijah, kegagalan itu disebabkan kesukaran untuk menemui dan bekerjasama dengan individu yang mahir dengan aspek penghasilan kartun-kartun animasi.
Mujur, titik tolak kejayaannya bermula apabila menemui suaminya sehingga cetusan ideanya Aqil Story yang dapat dikomersialkan selain disiarkan di stesen televisyen.
Idea
Khatijah memberitahu, siri kartun animasinya itu mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Mengikut bahasa Arab, Aqil bermaksud bijaksana.
"Malah, jarang siri kartun animasi berbentuk Islamik ditonjolkan. Aqil Story bertujuan memberikan didikan spiritual kanak-kanak di peringkat awal dan bukan berkonsepkan hiburan semata-mata," katanya.
Program 13 episod ini mula disiarkan pada hujung Ogos lalu, setiap Sabtu, pukul 5 petang di stesen televisyen Al-Hijrah.
Tambah Khatijah, siri kartun animasinya banyak menerapkan nilai-nilai kekeluargaan, persahabatan, kasih sayang, akhlak dan pengajaran yang positif diketengahkan.
Mengisahkan ragam seorang kanak-kanak yang menetap di Putrajaya, Aqil Story menggunakan khidmat suara adik Nurul Malisa Izzati, 12.
"Saya memaparkan konflik kehidupan kemudian disusuli dengan kaedah penyelesaian masalah supaya kanak-kanak yang menonton memahami mesej yang disampaikan.
"Jalan penyelesaian yang dipaparkan berdasarkan kisah-kisah tauladan yang terkandung dalam al-Quran dan hadis," jelasnya.
Tutur Khatijah, setiap episod turut diselitkan ulasan dan nasihat oleh penceramah agama, Ustaz Amaluddin Mohd. Napiah.
"Antara amal Anak Adam apabila meninggal dunia kelak ialah ilmu yang bermanfaat," katanya.
Dia juga bersyukur kerana terdapat kanak-kanak yang insaf serta mengikuti suruhan agama Islam selepas menonton kartun ciptaannya.
"Ada kanak-kanak lelaki yang bapanya menelefon saya mengatakan sebelum ini anaknya malas belajar mula rajin dan tekun menunaikan solat selepas menonton Aqil Story. Dia juga bersyukur kerana anaknya yang degil berubah menjadi baik," katanya.
Selain itu, terdapat seorang remaja perempuan yang tidak memakai tudung berubah memakai hijab.
"Didikan bermula sejak anak-anak masih kecil dan salah satu mediumnya ialah kartun," tegas Khatijah.
Wanita yang gemar memakai pakaian jubah ini juga bercadang untuk memperkenalkan maskot Aqil di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
"Kami akan membuat pengisian ceramah dan mengajar cara-cara menunaikan solat," jelasnya.

Endoskopi bantu cegah kanser

Posted: 29 Dec 2012 07:13 PM PST



KAEDAH endoskopi adalah proses rawatan yang mudah, cepat dan selamat. - Gambar hiasan



KEBELAKANGAN ini Azrul Akmal Syahid, 32, sering mengalami pedih hulu hati. Mulanya dia menyangka ia gejala gastrik memandangkan kepedihan itu cepat surut setelah dia memakan ubat gastrik yang dibeli dari farmasi.
Begitu pun, baru-baru ini, keadaan Azrul semakin teruk. Selain perutnya selalu meragam, muntah-muntah dan cirit-birit, dia juga berdepan dengan masalah najis berdarah.
Selepas berjumpa dengan doktor, dia dinasihatkan supaya melakukan prosedur endoskopi, satu kaedah terkini untuk meneropong rongga badan manusia bagi mengenal pasti sebarang kejanggalan pada sistem penghadaman.
Menerusi kaedah ini, doktor boleh melihat bahagian-bahagian tertentu di dalam badan melalui satu tiub yang kecil dan fleksibel. Alat yang turut dilengkapi lampu dan kanta itu membolehkan doktor melihat bahagian dalam esofagus, perut, usus kecil serta usus besar.
Prosedur ini juga membolehkan pengambilan biopsi atau contoh tisu dan mengeluarkan objek asing seperti ketumbuhan yang lebih dikenali sebagai polip.
"Selepas menjalani prosedur endoskopi, doktor berjaya mengeluarkan sejumlah polip dari saluran usus besar. Walaupun ia kecil, namun jika dibiarkan, ketumbuhan tersebut boleh menyebabkan kanser," ujarnya yang mengakui rawatan endoskopi ialah prosedur rawatan yang mudah, cepat dan selamat.
Sementara itu, menurut Perunding Gastroentrologi dan Hepatologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Dennis Khoo Yeap Teng, terdapat dua kaedah endoskopi yang biasa dijalankan iaitu kaedah endoskopi untuk salur penghadaman boleh dilakukan melalui teknik esophagogastroduodenoskopi (OGDS) ataupun kolonoskopi.
"Prosedur OGDS menggunakan tiub yang dimasukkan melalui rongga mulut untuk menyiasat struktur saluran penghadaman seperti esofagus, perut dan sebahagian daripada usus kecil yang dikenali sebagai duodenum.
"Satu lagi teknik dikenali sebagai kolonoskopi. Ia turut menggunakan tiub yang dimasukkan melalui rektum untuk meneliti struktur sistem penghadaman dan sebahagian daripada usus besar.
"Setakat ini, untuk melihat struktur usus kecil pakar akan kaedah enteroskopi, namun kaedah ini jarang dilakukan kerana usus kecil sangat panjang, sekitar 6 hingga 7.5 meter.
"Hanya pakar yang terlatih sahaja yang boleh melakukan prosedur ini tanpa mencederakan usus pesakit. Begitu pun, sudah ada teknologi terbaharu yang boleh menyiasat struktur usus kecil dan mendiagnosis masalah di bahagian tersebut dengan menggunakan kapsul endoskopi, namun kosnya tinggi dan tidak banyak hospital yang menawarkan perkhidmatan ini," jelasnya.
Tidak berdarah
Tambah Dennis, antara penyakit yang boleh didiagnosis melalui kaedah endoskopi ialah ulser, radang perut, gastrik, buasir, ketumbuhan dan kanser.
"Prosedur ini juga membolehkan pakar perubatan menjalankan pembedahan secara langsung sebaik keganjilan pada struktur usus atau saluran penghadaman ditemui," katanya.
Tambah Dennis, kaedah itu menyakitkan, tidak berdarah, tidak meninggalkan parut, rendah risiko dan mengambil masa yang singkat untuk dilakukan.
"Prosedur kolonoskopi mengambil masa lebih panjang berbanding prosedur OGDS. Kolonoskopi mengambil masa sehingga 30 minit berbanding 5 minit jika melakukan OGDS.
"Bagaimanapun, masa yang diambil untuk melakukan endoskopi bergantung kepada keadaan pesakit. Jika pesakit mempunyai polip yang banyak, prosedur akan mengambil masa lebih panjang.
"Untuk membuang polip, gelungan yang berada dihujung tiub endoskopi akan memegang bonjolan pada polip.
"Selepas itu, polip akan dipotong menggunakan wayar kabel halus dengan menggunakan cas elektrik sebelum ia disedut keluar.
"Proses ini hanya memerlukan berapa saat untuk disempurnakan tanpa mengeluarkan darah atau pun meninggalkan sebarang parut," katanya yang melakukan sekitar 60 prosedur endoskopi sebulan.
Menurut Dennis lagi, golongan yang kerap berdepan masalah najis berdarah perlu segera berunding dengan pakar perubatan bagi mengelak risiko sakit yang lebih teruk.
"Ramai mengandaikan najis berdarah sebagai sembelit, hakikatnya, ia adalah gejala yang boleh membawa kepada keadaan yang lebih serius seperti kanser perut dan kanser usus.
"Kanser usus bermula daripada ketumbuhan yang muncul pada mana-mana bahagian usus. Ketumbuhan ini pula biasanya hadir tanpa meninggalkan rasa sakit sehinggalah berlaku keganjilan pada selnya yang merubah ketumbuhan tersebut kepada kanser.
"Ada beberapa jenis ketumbuhan atau polip pada usus yang boleh bertukar menjadi kanser. Oleh itu, jangan ambil mudah masalah najis berdarah kerana ia mungkin gejala kanser.
"Berbincanglah dengan doktor anda dan lakukan prosedur endoskopi untuk memastikan bahawa anda benar-benar bebas daripada sebarang ketumbuhan yang boleh membawa kepada kanser," katanya.
Dennis turut menambah, golongan lelaki yang berusia 50 tahun ke atas sangat disarankan menjalani ujian endoskopi walaupun mereka tidak pernah berdepan dengan masalah najis berdarah, gangguan perut atau sebagainya.
"Apabila umur lelaki melepasi 50 tahun, risiko untuk mendapat ketumbuhan yang berisiko bertukar kepada kanser usus dan kanser prostat lebih tinggi.
"Disebabkan itu, mereka digalakkan mengambil ujian endoskopi bagi memastikan mereka benar-benar tiada masalah kesihatan.
"Prosedur ini bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah ketumbuhan tetapi boleh mencegah kanser pada peringkat awal lagi," katanya.

Sifat panas baran boleh panjangkan umur

Posted: 29 Dec 2012 07:12 PM PST


MELUAHKAN kemarahan didakwa boleh menyihatkan jiwa serta memanjangkan usia.


TIDAK perlu ragu untuk melepaskan kemarahan dan emosi negatif yang bersarang dalam hati anda kerana tabiat tersebut bukan sahaja menyihatkan jiwa malah berupaya memanjangkan umur sehingga dua tahun.
Itu kesimpulan daripada penyelidikan psikologi yang dijalankan di Universiti Jena, Jerman baru-baru ini.
Menurut kaji selidik itu, tabiat orang Itali dan Sepanyol yang mudah marah dikatakan menjadi punca mengapa mereka mempunyai jangka hayat dua tahun lebih panjang berbanding warga Britain yang lebih tenang dan suka memendam.
Penyelidik terbabit, Marcus Mund dan Kristian Mitte mendapati, memendam perasaan dan menahan diri daripada meluahkan kemarahan boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental.
"Selepas mengkaji lebih daripada 6,000 pesakit, kami dapati orang yang memaksa diri untuk tenang sebenarnya akan lebih menderita.
"Jika tabiat ini dibiar berlarutan, keadaan tersebut boleh meningkatkan tekanan darah dan meletakkan diri mereka untuk berdepan dengan risiko penyakit jantung, kanser, gangguan ginjal dan sebagainya," lapor Mund seperti yang dimuatkan dalam Jurnal Kesihatan Psikologi.
Tambahnya, golongan yang dikenali sebagai pemendam ini boleh dibezakan melalui cara mereka menyembunyikan rasa marah dan takut serta perlakuan yang lebih bersikap mempertahankan diri.
"Golongan pemendam perasaan suka menghindari risiko dan mencari kaedah untuk mengendalikan kemampuan diri dalam lingkungan yang boleh menjadikannya selesa.
"Bagaimanapun, cuba bersikap tenang dan bijak mengawal emosi bukanlah suatu tabiat yang buruk secara keseluruhannya. Walaupun golongan ini lebih mudah mendapat penyakit, mereka lebih cepat bangkit dan pulih kerana mempunyai motivasi dan disiplin diri yang tinggi," kata Mund.

Sumpahan mak nyah

Posted: 29 Dec 2012 07:11 PM PST



GOLONGAN hijra akan berkumpul pada bulan April atau Mei pada setiap tahun di Kuil Koothandavar.



PADA masa kini dianggarkan terdapat kira-kira 30,000 orang golongan pondan yang menjadi penduduk di wilayah Tamil Nadu, India berbanding jumlah penduduknya seramai 72 juta orang.
Oleh kerana populasi yang besar itu, pada setiap tahun seluruh mak nyah India dari seluruh dunia akan berkampung selama 15 hari di sebuah daerah dalam wilayah itu untuk sama-sama berpesta.
Selain berpesta, aktiviti yang terbesar dalam perayaan tersebut mereka akan berkahwin dengan dewa Koothandavar untuk tempoh sehari.
Selepas berkahwin, pondan yang dikenali sebagai hijra oleh masyarakat setempat akan meraikan kematian dewa tersebut dengan menari dan memecahkan gelang sebagai tanda kesedihan.
"Apabila bulan Mei atau April tiba, kawasan tersebut akan dipenuhi oleh hijra bagi meraikan festival Koovagam. Pesta itu disambut selama 15 hari semasa bulan Chitrai dalam kalendar Tamil.
"Kuil Koothandavar di daerah Viluppuram, Tamil Nadu akan menjadi tuan rumah kepada perayaan itu setiap tahun. Pasti ramai antara kawan-kawan saya dari seluruh dunia yang datang untuk berpesta dan berdoa," kata seorang hijra, Suman, 24.
Menurut fakta, kuil tersebut dikatakan satu-satunya kuil di India yang direka khas buat golongan mak nyah. Selain aktiviti keagamaan, mereka akan berpesta dan melakukan pelbagai aktiviti seperti pertandingan ratu cantik dan menyanyi.
Menurut laporan oleh The Telegraph, catatan epik Mahabrata turut menjelaskan bahawa dewa Aravan daripada kerajaan Pandavas terpilih untuk dikorbankan dalam peperangan melawan Mauravas. Sebagai permintaan terakhirnya, beliau mahu berkahwin. Namun tiada gadis yang sudi menjadi isterinya.
Jantina ketiga
Turut dijelaskan bahawa dewa Krishna tiba-tiba menjelma sebagai seorang wanita untuk berkahwin dengan dewa tersebut bagi menghargai jasanya.
Pada setiap tahun sempena meraikan pengorbanan Aravan, golongan hijra akan melakukan ritual simbolik perkahwinan sementara dengan dewa itu iaitu pada sebelah malam menjelangnya hari ulang tahun kematian Aravan.
Biarpun terdapat pelbagai versi kitab India purba yang menjelaskan mengenai kewujudan transgender, golongan tersebut tetap dipandang rendah.
Antaranya, hijra dikaitkan dalam sebuah kitab purba, Kamasutra.
Menerusi kitab tentang perlakukan seksual yang ditulis sekitar tahun 300 hingga 400 sebelum Masihi itu, golongan hijra turut dinyatakan secara terperinci di dalamnya. Hijra turut diperakui sebagai jantina ketiga selepas lelaki dan perempuan.
Dalam kepercayaan mitos masyarakat tempatan, golongan tersebut dikatakan mempunyai kuasa sumpahan yang kuat. Ramai yang percaya bahawa mereka harus dihormati dan tidak boleh diperlekehkan.
Hijra dikatakan mempunyai kuasa besar dalam menentukan kejayaan masyarakatnya. Biarpun kebanyakan mereka merupakan golongan berpendapatan rendah, namun tetap mempunyai kepentingan dalam masyarakat.
"Mereka selalunya tidak dijemput ke majlis apabila diadakan keraian. Namun kehadiran golongan itu ke majlis tersebut akan dibayar dengan wang tunai.

GELANG tangan hijra dipecahkan sebagai tanda bercerai dengan dewa Aravan.


Doa mujarab
"Ramai yang percaya dan takut dengan sumpahan hijra. Jika mereka tidak diterima dalam majlis itu, dikhuatiri akan membawa nasib malang dan keluarga menjadi tidak subur.
"Bagaimanapun dengan bayaran yang diberikan itu, hijra akan mendoakan kesejahteraan dan kekayaan kepada kelahiran seterusnya," kata seorang hijra yang hanya dikenali sebagai Ritu.
Terdapat antara golongan tersebut yang menggunakan cara lebih agresif untuk meminta wang. Apabila tuan rumah enggan membayar upah mereka, ada yang cuba menanggalkan pakaian sehinggalah mereka dibayar untuk meninggalkan tempat tersebut.
Bagaimanapun seiring perkembangan dunia, mitos sumpahan golongan tersebut dikatakan semakin tidak berkuasa. Ramai hijra yang tidak boleh menyara hidup dengan 'meminta-minta' di majlis keraian lagi.
"Benar, suatu ketika dahulu golongan hijra akan memeriahkan majlis tradisional dengan menari, menyanyi dan memberikan restu. Mereka tidak boleh lagi menyara hidup dengan cara itu kerana ramai yang mula berubah ke cara moden.
"Pemikiran manusia juga semakin berubah. Mereka semakin meminggirkan golongan hijra. Apabila mereka semakin sukar untuk hidup dalam cara itu, ramai yang membuat keputusan untuk terlibat dalam pekerjaan seks," kata seorang aktivis hijra, Rahul Singh.

KENANGAN 2012: 27 Selebriti Nikah Penuh Kontroversi & Meriah

Posted: 29 Dec 2012 03:39 AM PST

Lisa sah bergelar isteri Yusry pada 23 Februari lalu dengan sekali lafaz.
PETALING JAYA: 2012 mencatat sejarah tersendiri dalam dunia hiburan tanah air apabila 27 majlis perkahwinan selebriti berlangsung sepanjang tahun ini.
Bermula dengan acara ijab kabul pelakon Sherry Merlis dengan penyanyi dan komposer Ash (Gabba Gabba) pada 1 Januari lalu, kemeriahan perkahwinan artis dan selebriti sukan tanah air berlangsung hampir pada setiap bulan pada tahun ini.
Bintang bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek menoktahkan kalender perkahwinan selebriti 2012 pada majlis pernikahannya bersama usahawan Leuniey pada tarikh 28 Disember 2012 di Tumpat, Kelantan.
Majlis perkahwinan 2012 dilalui oleh para selebriti dalam keadaan meriah dan ada juga penuh dengan kontroversi. Contohnya ketika akad nikah hendak dilakukan, pasangan Ella dan Azhar Ghazali mengalami detik cemas apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus.
Mari kita imbas perjalanan perkahwinan selebriti sepanjang 2012.
Sherry Merlis & Ash (Gabba Gabba)
Nikah: 1 Januari 2012
Pasangan yang dinikahkan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur ini mula berkenalan apabila sama-sama terlibat dalam produksi drama Cita dan Cinta arahan Azma Aizal Yusoof.
Sebelum ini Ash pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Dira Abu Zahar dan dikurniakan anak perempuan bernama Tengku Anggun Deandra, 3.
Begitu juga dengan Sherry, 40, yang pernah berumah tangga dengan Esma Daniel dan memiliki dua orang anak iaitu Habib Daniel, 18, dan Harith Daniel, 17.
Hasil perkahwinan terbaru itu, Sherry dan Ash dikurniakan anak perempuan Tengku Kaseh Anaqah, lima bulan.
Ally Iskandar & Nurfarahin Romli
Nikah: 20 Januari 2012
Pengacara popular ini berkenalan dengan isterinya, Nurfarahin Romli atau Farah, 23, menerusi pertemuan yang diaturkan ahli keluarga mereka pada hujung Ogos 2011.
Pasangan itu belum dikurniakan anak kerana Farah masih belajar di Universiti In Ha, Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan mekanikal.
Namun, ujar lelaki berusia 36 tahun itu dia sudah tidak sabar menimang cahaya mata apabila Farah tamat pengajian pada hujung tahun ini.
Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim
Nikah: 23 Februari 2012
Pelakon Lisa Surihani dan pengarah filem Yusry mengambil masa hampir setahun untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum bercinta secara serius.
Yusry mengakui Lisa telah membuka kembali pintu hatinya terhadap wanita selepas kegagalan perkahwinan lalu bersama Erra Fazira.
Hampir setahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu bagaimanapun belum dikurniakan cahaya mata.
Ana memilih pengurus sendiri, Naim sebagai suami.
Ana Raffali & Ahmad Aznaim
Nikah: 25 Februari 2012
Penyanyi dan komposer berusia 26 tahun ini mengadakan majlis perkahwinan dengan pengurus peribadi Ahmad Aznaim Abdullah, 30, dalam keadaan yang cukup ringkas.
Bermula dengan majlis pertunangan mereka pada pukul 11 pagi pada 25 Februari lalu di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, dekat sini, pasangan itu seterusnya bernikah kira-kira satu jam kemudian dengan sekali lafaz.
Majlis resepsi penyanyi Tolong Ingatkan Aku itu diadakan di lokasi yang sama selepas pernikahan mereka.
Amanda Misbun & Hairulzain Fauzi
Nikah: 3 Mac 2012
Pendatang baru dunia lakonan yang juga adik kepada aktres Haliza Misbun ini bernikah di rumah keluarganya di Pantai Hill Park, dekat sini tanpa publisiti meluas.
Hasil perkahwinan dengan lelaki berusia 28 tahun itu, Amanda baru sahaja dikurniakan anak perempuan pada 20 Disember lalu.
Osman Ali & Aishah Sanai
Nikah: 11 Mac 2012
Pengarah filem Ombak Rindu ini memilih jurutera dari Bintulu, Sarawak sebagai isteri selepas tiga tahun berkawan.
Pernikahan 'low profile' itu berlangsung di kampung halaman pengantin perempuan manakala majlis resepsi sebelah keluarga Osman pula diadakan di Pulau Langkawi, Kedah pada 2 Jun lalu.
Malek memilih pakar pediatrik Dr Wan Asma sebagai suri selepas sekian lama membujang.
Datuk Malek Noor & Dr Wan Asma Wan Ismail
Nikah: 12 Mac 2012
Bekas jaguh bina badan negara dan pelakon yang berusia 56 tahun ini mengahwini pakar pediatrik, Dr Wan Asma, 52, selepas sekian lama hidup membujang.
Pasangan tersebut berkenalan selepas berhubung atas urusan perniagaan pada November 2011 sehingga Malek membuat keputusan merisik pada Februari lepas.
Wan Asma yang bergelar ibu tunggal sejak tiga tahun lalu mempunyai tujuh anak dan empat cucu manakala Malek memiliki seorang anak angkat.
Majlis nikah diadakan di kampung sebelah perempuan di Kota Bharu, Kelantan.
Azza (Elite) & Azlan Zulaily
Nikah: 1 April 2012
Jarak usia sembilan tahun tidak menghalang pelakon dan penyanyi Nor Azzarima Zawari, 34, untuk bersuamikan Azlan yang dikenali sejak dua tahun lalu.
Perbezaan umur Azlan yang sembilan tahun lebih muda daripada Azza bukan penghalang dua jiwa ini bersatu.
Ekoran kegagalan rumah tangganya sebelum ini, Azza berharap perkahwinan kali kedua ini berkekalan ke akhir hayat.
Pasangan ini diuji apabila kandungan Azza yang baru berusia enam minggu mengalami keguguran dipercayai berpunca daripada kesibukan jadual kerja wanita itu.
Natasha Hudson & Carleed Khaza
Nikah: 15 April 2012
Natasha yang berhijrah dengan imej bertudung secara tiba-tiba pada April lalu membuat kejutan berganda apabila mengumumkan majlis pernikahannya dengan komposer Carleed Khaza.
Mereka yang bercinta sejak dua tahun lalu selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Perkahwinan ini merupakan kali ketiga buat Tasha dan kini aktres kacukan itu sedang hamil kira-kira lima bulan setengah.
Perkahwinan Fasha dan Jejai menamatkan segala kontroversi mengenai hubungan mereka sebelum ini.
Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai)
Nikah: 27 April 2012
Hubungan aktres Fasha Sandha dengan ahli perniagaan Rizal Ashram dihempas badai kontroversi yang tidak berkesudahan sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Ironinya, segala kekecohan mengenai pasangan ini lenyap selepas mereka sah bergelar suami isteri.
Kini, Fasha sedang sarat mengandung tujuh bulan dan semakin mengurangkan aktiviti seninya buat masa ini demi memberikan tumpuan kepada kandungan dan keluarga.
Scha Al Yahya & Awal Ashaari
Nikah: 4 Mei 2012
Merpati dua sejoli ini disatukan sebagai suami isteri Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya selepas tiga tahun bercinta.
Pasangan yang diijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya itu berbulan madu ke New York selama 10 hari selepas majlis resepsi mereka selesai.
Bagaimanapun, mereka masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata kerana kesibukan jadual seni masing-masing.
Awal dan Scha bersatu sebagai suami isteri selepas tiga tahun bercinta.
Nurul Wahab & Eric Depp
Nikah: 6 Jun 2012
Perkahwinan kedua buat penyanyi berkulit hitam manis ini berlangsung dengan meriah di Duchess Place, Jalan Ampang dekat sini pada tengah hari 6 Jun lalu.
Pasangan itu berkenalan pada September 2010 di sebuah majlis menerusi rakan pelakon Zahida Rafik.
Bagaimanapun, selepas pernikahan mereka, timbul tuduhan yang mempertikaikan kemampuan Nurul untuk membimbing lelaki berbangsa Perancis itu mendalami agama Islam ekoran penampilan seksi wanita tersebut.
Irma Hasmie & Redza Syah
Nikah: 29 Jun 2012
Aktres dan pengacara ini bertemu Redza Syah yang juga ahli perniagaan ketika mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu.
Tempoh perkenalan yang singkat bukan penghalang buat kedua-dua mempelai ini bergelar suami isteri pada satu majlis di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 29 Jun lalu.
Irma menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin tetapi merahsiakan jumlah wang hantaran.
Akma (AF) & Farih Hamshi
Nikah: 30 Jun 2012
Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga ini memilih eksekutif Petronas, Farih Hamshi Mohamad Fatmi, 28, sebagai suami selepas mengenalinya sejak lima tahun lalu.
Akma yang pernah putus tunang sebelum ini dinikahkan bapanya Abdullah Abdul Rahim di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur dengan sekali lafaz.
Pernikahan ratu rock Ella dengan Azhar cukup dinantikan peminat dunia hiburan.
Ella & Azhar Ghazali
Nikah: 7 Julai 2012
Pernikahan ratu rock ini mendapat perhatian seluruh peminat hiburan tanah air kerana ia adalah perkahwinan pertama buat Ella yang kini berusia 46 tahun.
Majlis yang diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang itu diserbu kira-kira 1,000 wakil media dan peminat.
Walaupun diuji dengan insiden bekalan elektrik terputus beberapa jam pada malam pernikahan, Ella sah bergelar isteri kepada juruterbang Firefly, Azhar Ghazali, 32, dengan sekali lafaz.
Izreen Azminda & Muhd Riza Baharudin
Nikah: 30 Ogos 2012
Pernikahan Izreen dengan jurukamera Mohd Riza berlangsung di kampung halaman aktres ini di Jitra, Kedah.
Aktres yang dinikahkan sendiri oleh bapanya itu menerima wang hantaran RM19,001. Izreen kini hamil hampir tiga bulan.
Qazem Nor & Nur Azuriana Amiruddin (Embun)
Nikah: 20 Oktober 2012
Perkahwinan pelakon Qazem Nor turut mengundang kontroversi apabila penajaan majlis resepsi yang sepatutnya berlangsung pada 3 November lalu ditarik pada saat-saat akhir.
Bagaimanapun, upacara pernikahan aktor yang menduda selama lapan tahun ini berjalan lancar pada 20 Oktober lalu.
Bertempat di Masjid As-Sobirin Lembah Keramat, dekat sini, Qazem sah bergelar suami kepada Embun dengan sekali lafaz.
Farid dan Diana ketika majlis pernikahan mereka di Hotel Flamingo by the Lake, Ampang pada 3 November lalu.
Diana Danielle & Farid Kamil
Nikah: 3 November 2012
Pernikahan pasangan ini berlangsung pada awal iaitu kira-kira 9 pada 3 November lalu di kawasan terbuka berhampiran tasik Hotel Flamingo by the Lake, Ampang.
Majlis perkahwinan menjadi bualan dan perhatian dengan pelbagai kontroversi. Ia termasuklah pengumuman mengejut tarikh pernikahan kurang dua bulan selepas bertunang dan kegagalan Diana menemui bapanya Danny Beeson untuk dijadikan wali pernikahan.
Malah lebih daripada itu kedua-dua pasangan tersebut berdiam diri selepas mengumumkan kehamilan Diana dan isu uniform pegawai tentera yang dipakai Farid pada majlis resepsi mereka pada 1 Disember lalu di Taman Ekuestrian Putrajaya.
Betty Benafe & Bruce Dargus
Nikah: 8 Disember 2012
Perkahwinan aktres ini hampir tidak berlaku kerana beberapa konflik sebelum itu.
Bagaimanapun, pada petang 8 Disember lalu, Betty sah bergelar isteri Bruce Dargus dengan sekali lafaz di sebuah villa di Kempas, Johor.
Betty menerima 5 dulang hantaran berbalas tujuh dan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.
Zakiah Anas & Raja Shahrul Azmi
Nikah: 12 Disember 2012
Personaliti televisyen berusia 46 tahun ini selamat dinikahkan dengan suaminya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42, di Masjid Kota Damansara, dekat sini sekitar jam 11.35 pagi.
Menurut Zakiah, dia mula mengenali Azmi ketika mereka menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 21 tahun lalu tetapi tidak sempat bercinta pada waktu itu kerana Azmi menyambung pengajian ke Jepun.
Sudah jodoh namanya, duda dan janda ini bertemu kembali pada tahun lalu dan memilih 12 Disember sebagai tarikh penyatuan mereka.
Suki Low & Jeremy Chong Low
Kahwin: 12 Disember 2012
Juara One In A Million musim pertama ini memilih ahli perniagaan dan eksekutif muzik, Jeremy Chong sebagai suami selepas lima tahun bercinta.
Menurut Suki Low atau nama sebenarnya Low Sook Yee, tarikh 12 Disember menjadi pilihan kerana ia merupakan simbolik kepada sambutan ulang tahun kelahirannya ke-23 tahun
Pada majlis yang berlangsung di Upper Penang Road, Georgetown, Pulau Pinang itu, 120 belon dilepaskan sebagai simbolik meraikan percintaan mereka.
Acong menyunting Marya sebagai isteri selepas 14 tahun terpisah.
Acong (Sweet Child) & Marya Zuraida
Nikah: 15 Disember 2012
Pernikahan duda dan janda ini berlangsung dalam suasana meriah di Masjid Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.
Menariknya, Marya merupakan peminat Acong dan kumpulannya Sweet Child ketika usia remajanya.
Mereka kembali bertemu di Facebook pada 2010 selepas 14 tahun terpisah.
Siti Fazurina & Hykal Zulkifli
Nikah: 20 Disember 2012
Majlis pernikahan pelakon ini mencetuskan kontroversi apabila pemilik nama sebenar Siti Fazurina Mohd Famir, 30, didakwa tidak direstui ibu dan keluarganya.
Difahamkan, Siti Fazurina sudah menghilangkan diri daripada keluarga sebulan sebelum majlis berlangsung.
Pada majlis pernikahannya pada 20 Disember lalu di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang, pengantin diwalikan bapa saudaranya.
Anne bernikah dengan Mohd Sumali tidak sampai tiga bulan selepas hubungan dengan Aliff Aziz berakhir.
Anne Ngasri & Mohd Sumali Reduan
Nikah: 22 Disember 2012
Kurang dua bulan hubungan aktres ini dengan penyanyi Singapura, Aliff Aziz berakhir, Anne mengejutkan dunia hiburan apabila melangsungkan pertunangan dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno Mohd Sumali Reduan pada 11 November lalu di rumah keluarganya di Jalan Ipoh, dekat sini.
Anne selamat diijabkabulkan dengan duda berusia 40 tahun itu pada kira-kira pukul 11 pagi 22 Disember lalu, di rumah keluarga pengantin lelaki di Kampung Sungai Pinang, Pontian, Johor.
Pada perkahwinan kedua pelakon itu, Anne menerima mas kahwin RM22.50 dan wang hantaran RM11,111.11.
Datuk Lee Chong Wei & Wong Mew Choo
Kahwin: 9 November 2012
Majlis perkahwinan dua pemain badminton negara yang mendapat jolokan "Wedding of the Year" ini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, barisan menteri kabinet, Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Nadzmi Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong.
Majlis gilang-gemilang itu dihadiri kira-kira 1,500 tetamu.
Apek dan Leuniey sah bergelar suami isteri pada pagi Jumaat.
Khairul Fahmi Che Mat (Apek) & Leuniey Natasha
Nikah: 28 Disember 2012
Akad nikah penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan ini dengan pasangannya menutup tirai majlis perkahwinan selebriti sukan pada tahun ini.
Ia diadakan di rumah kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan dan diikuti majlis persandingan sebelah perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu dua hari selepas itu dengan konsep Melayu kontemporari.
Manakala resepsi sebelah Apek pula akan berlangsung di kediaman keluarganya di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.
Pasangan tersebut turut memilih 13 Januari 2013 untuk mengadakan majlis resepsi ketiga di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara, di sini.

Cheng Ho wira samudera

Posted: 29 Dec 2012 03:38 AM PST



SEJAK di bangku sekolah menengah, Arina Abdul Ghani, 23, sering mendengar pelbagai kisah mengenai Laksamana Cheng Ho, panglima laut yang tersohor di China.
Melalui pembacaannya dalam buku-buku teks, dia diberitahu Cheng Ho pernah memainkan peranan penting dalam sejarah silam negara.
Namun, jauh di sudut hati, dia tidak pernah teruja untuk mengetahui siapa sebenarnya Cheng Ho. Kepada Arina, Cheng Ho yang disebut Zheng He dalam bahasa Mandarin hanyalah pelayar biasa yang mengembara dari sebuah negara ke sebuah negara lain.
Persepsinya berubah sebaik Arina memasuki alam universiti. Selaku pelajar jurusan politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Arina banyak didedahkan mengenai kehebatan tokoh-tokoh Islam termasuk Cheng Ho.
"Cheng Ho sememangnya sangat dekat dengan masyarakat kita khususnya ketika era Kesultanan Melayu Melaka sekitar kurun ke-15.
"Kejayaan beliau melakukan penjelajahan merentasi beberapa lautan dan benua di sekitar Asia, Asia Barat dan Afrika bersama armadanya serta teknologi navigasi yang digunakan ketika itu cukup luar biasa.
"Malangnya, kisah kehebatan beliau tenggelam berikutan agenda Barat menjaja kehebatan Christopher Columbus, Vasco da Gamma atau Ferdinand Magellan," katanya.
Keinginan memartabatkan wira samudera agung itu mendorong Arina menyertai Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). Ia merupakan sebuah pertubuhan yang dicetuskan bagi meneladani jatuh bangun sesebuah tamadun dunia kira-kira dua tahun lalu.
Di bawah Grup Cheng Ho, dia dan tiga ahli kumpulan yang terdiri daripada Nor Sakinah Ya'cob, 23, Abdul Hakim Shahbuddin, 26, dan Halariyani Kampun, 20, melakukan kajian termasuk mengadakan pelbagai program mengenai Cheng Ho.
Antaranya Kem Bahasa Mandarin dan Jejak Kamus Cina-Melayu Cheng Ho bersama Dr. Yang Quee Yee di Singapura.
Kemuncaknya, kata Arina ialah misi Jejak Laksamana Cheng Ho di China yang diadakan pada 26 Ogos hingga 7 September lalu.
"Matlamat kami ialah untuk menjejaki peninggalan sejarah Cheng Ho di tempat kelahirannya di Kunming, Yunnan di samping melawat masjid-masjid dan madrasah serta melihat perkembangan syiar Islam di negara itu.

REPLIKA armada Cheng Ho ini turut menjadi tarikan pengunjung ke Zheng He Park.


"Biarpun berdepan pelbagai cabaran termasuk berkorban masa, tenaga dan wang ringgit, namun semuanya diketepikan bagi memastikan misi ini berjalan lancar," katanya.
Bercerita mengenai misi itu, rakannya, Nor Sakinah menjelaskan, pengembaraan mereka bermula di Guangzhou sebelum menaiki kereta api ke Kunming yang memakan masa hampir 26 jam.
Layanan mesra
Biarpun melalui perjalanan panjang dan memenatkan, namun ia sedikit terubat apabila mereka diberi layanan mesra oleh kakitangan Konsulat Malaysia yang sedia menanti.
"Disebabkan kebanyakan hotel telah habis ditempah, kami terpaksa menumpang di rumah seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Pak Jam, kakitangan Malaysian Airline System Bhd. (MAS) yang sudah lapan tahun menetap di Kunming.
"Pertemuan itu nyata ada hikmahnya, rupa-rupanya Pak Jam sememangnya rapat dan mengenali keturunan Cheng Ho ke-20 bernama Ma Ni yang juga bekerja di MAS," katanya.
Ma Ni, 20, fasih berbahasa Inggeris. Perwatakannya juga santai dan ceria. Dia merupakan anak perempuan tunggal di dalam keluarganya. Biarpun berasal daripada keturunan tokoh terkenal, Ma Ni tetap merendah diri dan menjalani kehidupan biasa seperti gadis-gadis seusianya.
"Saya tahu Cheng Ho sangat terkenal dan begitu dihormati di Malaysia, malah terdapat sebuah muzium khas yang dibina bagi memperingati jasa dan sumbangannya di sana.
"Sebagai salah seorang keturunannya, saya amat berbesar hati dengan pengiktirafan tersebut," kata Ma Ni yang pernah melawat Malaysia beberapa tahun lalu.
Ma Ni turut mengajak mereka bertemu datuknya, Zheng Ng Liang, 78, yang menetap di Jinning, kira-kira 60 kilometer dari Kunming.

CHENG HO sangat dekat dengan masyarakat kita khususnya ketika era Kesultanan Melayu Melaka sekitar kurun ke-15.


"Sepanjang perjalanan, dia banyak bercerita mengenai kisah Cheng Ho sejak kecil sehingga bergelar pelayar, laksamana, diplomat dan pengembara terkenal pada zamannya.
"Kami diberitahu, sepanjang hidupnya Cheng Ho tidak pernah berkahwin dan mempunyai zuriat.
"Keturunan Cheng Ho yang ada pada hari ini ialah daripada anak angkatnya, Zheng Ng Lai yang juga merupakan anak saudaranya. Selain di China, keturunannya juga dipercayai berada di Thailand," jelasnya.
Ma Ni juga menceritakan bahawa setiap keturunan Cheng Ho diwajibkan menulis semula buku riwayat hidupnya dengan tangan.
Selain menyimpannya sebagai bahan rujukan, dengan cara itu juga kisah Cheng Ho dapat dihayati dengan lebih mendalam di samping dapat disebarkan daripada satu generasi ke generasi lain.
Seperti dijanjikan, Ng Liang, yang merupakan keturunan Cheng Ho ke-18 sudah siap sedia menanti di Jinning.
Bersama Ma Ni yang bertindak sebagai penterjemah, mereka dibawa ke Zheng He Park, taman peringatan Cheng Ho seluas 250 hektar terletak tidak jauh dari situ.
"Itulah Cheng Ho. Di sinilah beliau dilahirkan dan dibesarkan suatu ketika dahulu," kata Ng Liang, sambil menunjukkan sebuah replika patung lelaki gergasi yang berdiri megah di hadapan pintu masuk ke taman itu.
Dibina pada tahun 1980, sempena meraikan sambutan ulang tahun pelayaran Cheng Ho ke-580, Ng Liang berkata, taman peringatan itu turut menempatkan muzium, replika kapal, replika sauh, makam dan arca yang menceritakan kisahnya daripada kecil sehingga bergelar laksamana.
Kisah kehidupan
"Kini ia merupakan antara tarikan pelancongan utama di Jinning. Pada 11 Julai setiap tahun iaitu sempena Hari Peringatan Cheng Ho, kawasan sekitarnya meriah dengan karnival jualan, acara hiburan dan bermacam-macam lagi," cerita pesara kerajaan itu.
Tambah Nor Sakinah, tarikan utama di situ ialah Muzium Cheng Ho yang menempatkan pelbagai senjata, pakaian, peta pelayaran dan dokumen yang menceritakan kisah kehidupan dan pelayarannya satu ketika dahulu.

QUEE YEE menyatakan penjelajahan Cheng Ho turut mengembangkan kosa kata Cina-Melayu ke rantau ini.


"Kami diberitahu kebanyakan bahan-bahan bersejarah yang tersimpan di situ disumbangkan oleh waris-waris keturunan Cheng Ho termasuk Ng Liang," katanya.
Sementara itu, Arina pula memberitahu, selain berpeluang bertemu waris keturunan Cheng Ho, mereka juga sempat melihat dan meninjau kehidupan masyarakat Islam di sekitar Guangzhou dan Yunnan.
"Di Guangzhou misalnya, Islam sangat subur dengan kehadiran banyak masjid yang bukan sekadar menjadi tempat ibadat semata-mata, malah punca rezeki kepada peniaga-peniaga kecil.
"Kami juga sempat menemui beberapa imam masjid di sana di samping melawat makam salah seorang sahabat Rasulullah SAW, Sa'ad ibn Abi Waqqas," katanya.
Sa'ad merupakan bapa saudara Nabi Muhammad di sebelah ibunya iaitu Aminah Wahab, suku kaum Bani Zuhrah dan berasal dari kota Mekah. Sa'ad memeluk agama Islam ketika berumur 17 tahun.
Ketika pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ketiga, Uthman bin Affan, Sa'ad dilantik mengetuai rombongan umat Islam ke tanah besar China untuk menyebarkan agama Islam. Sa'ad dikenali sebagai perintis kepada tamadun Islam di China.

Mahu keluar dari kepompong isu

Posted: 29 Dec 2012 03:37 AM PST



KONTROVERSI demi kontroversi. Daripada awal pembabitannya dalam industri seni tempatan sejak dua tahun lalu, gadis jelita berusia 23 tahun ini seperti tidak pernah lekang daripada kontroversi yang sentiasa melanda dirinya. Noor Neelofa Mohd. Noor atau nama komersialnya, Neelofa sendiri mengakui akan perkara tersebut ketika ditemuramah.
Namun kerana minat terhadap dunia seni, segalanya dianggap cabaran dan lumrah kehidupan menjadi seorang selebriti yang mengharuskan sesiapa juga melalui perkara yang hampir serupa.
"Memang tidak dinafikan sejak awal terlibat dalam industri seni hiburan tanah air, kontroversi tentang saya kelihatan seperti tidak putus-putus. Ada sahaja cerita yang akan keluar tentang diri saya dan kebanyakannya cerita daripada pihak ketiga.
"Bagaimanapun, kontroversi yang selalu melanda diri saya ini bukannya daripada diri sendiri, namun ia tentang ramai orang yang bercerita tentang itu dan ini. Saya perlu katakan, perkara ini bukan diminta tetapi ia hadir secara tidak disangka," jelas Neelofa yang mesra disapa Lofa ini.
Bagaimanapun, di sebalik kontroversi yang berlegar laju dalam ruang industri hiburan tanah air tentang Lofa, dia percaya selagi wujud isu yang ingin diceritakan tentang dirinya, bermakna dia masih lagi berada di depan mata dan belum dilupakan. Jadi, tutur wanita berwajah cantik dan bertubuh genit ini, mahu atau tidak dia perlu terima segalanya.
Geram
Bercerita tentang tekanan yang dihadapinya, ujar Lofa, mungkin pada mulanya, dia tertekan dengan apa yang diceritakan oleh masyarakat sekeliling tentang dirinya. Namun, lama-kelamaan, dia mula membuat kesimpulan sendiri.
"Kini apabila ada terbaca tentang diri sendiri dalam akhbar dan sebagainya, memang geram pada mulanya. Namun setelah itu saya fikir jika mereka suka saya, memuja saya ataupun membenci saya, ia adalah hak mereka.

NEELOFA sudah dua tahun berada dalam dunia seni tempatan.


"Ini kerana jika Allah sudah tetapkan rezeki saya, ia tetap ada dan sama sahaja. Melainkan saya sendiri yang buat perangai, itu memang seperti mencari nahas sendiri. Namun, mungkin dari segi karier tidak begitu memberi kesan. Bagaimanapun dari segi persepsi orang terhadap saya, memang mereka akan punya tanggapan serong terhadap diri," jelas Lofa panjang lebar tentang tempias kontroversi terhadap karier dan diri.
Ketika ditanya adakah dia risau peminat akan bosan kerana sering dilanda kontroversi, jawab Lofa, walau apa pun kontroversi yang melanda, jika seseorang artis itu punya produk yang bagus yang mampu menaikkan mereka, maka mereka tetap akan berjaya.
"Jadi bagi saya, lagi banyak saya terkena tempias kontroversi seperti ini, lagi kuat saya perlu bekerja untuk keluar dari kepompong isu tersebut. Saya perlu rajin untuk tonjolkan bakat yang saya ada selain dari terlibat dengan kontroversi sahaja.
"Jika mengikut andaian yang mudah, memang lumrah manusia pasti akan terasa jika melihat sesiapa yang mereka kenali berada di atas atau mencapai kejayaan. Bagi saya, jika seseorang itu berjaya mahupun gagal dalam apa bidang sekalipun, orang tetap akan kritik kita. Mereka tetap akan lihat keburukan dari kebaikan kita," tutur Lofa memberi pendapat tentang kemungkinan ada yang ingin menjatuhkan namanya.
Rezeki
Mungkin sepanjang tahun pertama pembabitkan dalam dunia seni, peminat Neelofa sendiri dapat melihat wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini banyak tampil di kaca televisyen dan layar perak. Namun, masuk tahun kedua, Lofa kini dilihat banyak tampil dalam program hiburan dan menjadi pengacara.
"Semasa mula-mula terlibat dengan pertandingan Dewi Remaja (pada tahun 2010), saya sememangnya tiada niat untuk ke bidang lakonan. Memang Lofa minat dengan bidang pengacaraan dan menyimpan hasrat untuk terjun ke bidang tersebut.



"Jadi, selepas (menjuarai) Dewi Remaja tersebut, saya terus dapat tawaran lakonan terlebih dahulu. Jadi tidak salah rasanya Lofa mencuba untuk berlakon. Namun kerana saya juga masih lagi hijau (baharu), pengalaman pun baru masuk dua tahun, maka saya tidak mahu mengehadkan diri saya dan ingin cuba pelbagai bidang," ujarnya.
Tambah Lofa, walaupun sibuk dengan bidang pengacaraan, namun tawaran lakonan masih akan diterimanya. Bagaimanapun kata Lofa, dia tidak mahu terlalu banyak ambil tawaran drama, ini kerana dia mahu beri fokus terhadap filem dan telemovie.
"Buat masa ini, saya masih ada banyak masa terluang sebelum bisnes berkembang. Saya rasa ini masanya saya mencuba untuk bekerjasama dengan ramai pengarah dan membawa karakter yang berlainan dalam lakonan.
"Mungkin dalam masa dua tahun, jika bisnes saya telah berkembang, saya perlu berikan tumpuan kepada bisnes pula, jadi inilah masanya untuk saya cuba. Saya juga tidak mahu memilih sangat, jika ada rezeki ke arah lakonan, akan saya pertimbangkan dan ikut sahaja apa yang diberi," jelas Lofa.

Apek, Leuniey bernikah

Posted: 29 Dec 2012 03:36 AM PST


Shahril Azman Zain DETIK mesra Khairul Fahmi dan Leuniey selepas menjadi suami isteri.


TUMPAT – Penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menamatkan zaman bujangnya semalam apabila selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar atau Leuniey di Pasir Pekan di sini.
Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali sebagai Apek dan Leuniey, 21, dinikahkan oleh Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib dengan disaksikan oleh kira-kira 2,000 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua mempelai serta para peminat di rumah keluarga pengantin perempuan.
Apek menyerahkan wang hantaran berserta mas kahwin berjumlah RM19,000 sempena nombor jersi 19 yang dipakai dalam skuad Harimau Malaya bersama tujuh dulang hantaran berbalas tujuh.
"Saya memilih Leuniey kerana dia sangat memahami karier saya yang terlalu sibuk. Buktinya dia faham dengan keadaan walaupun saya pulang untuk membuat persediaan hanya sehari sebelum majlis berlangsung," katanya.
Mengenai anak, Khairul Fahmi berharap akan menimang sekurang-kurangnya empat orang cahaya mata.
Majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan esok di Hotel Renaissance, Kota Bharu manakala pengantin lelaki pula di rumah keluarga Khairul Fahmi di Cherang dekat sini pada 5 Januari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan