Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Darah seni P. Ramlee dalam diri Najua
- ‘Ampunkan saya’
- Muaz Mohamed Sahkan Bakal Nikahi Kekasih 7 Tahun
- 69 Penerbit Drama Terima Insentif RM4.5j
- Diari Krismas 3 jelitawan
- Air naik 1.5m
- Beban dosa lampau
- ‘Bukan tubuhku’
- Derma menerusi pendidikan
- Cinta antara 2 ‘darjat’
- Fazurina nafi bernikah di Siam
- Memori Krismas Megan, Ryan
- Uchop, Mar berentap
- Vishwaroobam bernilai RM53juta
- 8 lanun didakwa cuba merompak
- Malaysia jadi markas Macau Scam
- Banjir semakin merebak
- Rugi RM6 juta, Salamku terbakar
- Pelajar Politeknik terbitkan Dapur Kampus
- Kelibat buaya dalam parit disangka batang pokok
- 60 maut semasa beratur beli roti
- Banjir landa Indonesia, Britain
- NASA rancang asteroid jadi stesen angkasa lepas
- Majlis temu janji di Korea Selatan
- Keikhlasan Santa gembirakan si kecil
| Darah seni P. Ramlee dalam diri Najua Posted: 24 Dec 2012 04:33 PM PST Najua antara artis menjayakan pementasan pertama teater Muzikal Ali Baba. Najua P. Ramlee atau nama sebenarnya Najua Nasir, 26, pernah berlakon dalam beberapa teater yang hebat seperti Puteri Gunung Ledang dan Gerimis Mengundang. Darah seni terus mengalir dalam keluarga pelakon ini. "Datuk, ayah, ibu dan adik-adik saya semua terlibat dalam industri seni. Jadi, memang turun temurun dan kami akan teruskan legasi ini," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas pementasan pertama teater Muzikal Ali Baba. Karya arahan P. Ramlee, Ali Baba dan 40 Penyamun yang tidak lapuk ditelan zaman ini diangkat oleh Lokman Ghani dalam teater Muzikal Ali Baba yang sudah memulakan pementasan di Istana Budaya minggu lalu. Dalam pada itu, mungkin perasaan Najua berlainan dengan pelakon lain apabila melakonkan karya datuknya sendiri, namun Najua menafikan perkara tersebut. "Perasaan saya sama saja macam orang lain yang mengkagumi P. Ramlee walaupun saya cucu beliau. "Hakikatnya, saya tak berkesempatan bertemu dia. Jadi, bagaimana orang lain rasa minat beliau, sebenarnya, itulah yang saya rasa," jelasnya. Anak kepada pelakon, Rashidah Jaafar ini sempat melahirkan kegembiraan apabila diberi kepercayaan untuk memegang watak isteri kepada Kassim Baba, Aloyah. "Alhamdulillah saya diberi kepercayaan untuk membawa watak Aloya dalam teater muzikal Ali Baba ini. "Sebenarnya, agak susah juga untuk saya bawakan watak Aloyah," katanya yang hanya mempuyai tiga minggu untuk menjiwai watak tersebut. Bekerja di samping pelakon yang terkenal dengan humornya yang tinggi seperti Ebby Yus dan Aznil, Najua akui ia memberi ruang untuknya berfikir lebih kreatif dan cepat. "Saya kena fikir cepat untuk 'kejar' mereka. Ia perkara yang sangat positif. "Saya perlu cari keserasian dengan watak suami, Kassim Baba, bukan Ebby Yus dan kami belajar bersungguh-sungguh untuk menghidupkan karakter masing-masing," katanya. Najua juga memberitahu, bekerjasama dengan Ebby Yus membuatkan krew 'pecah perut' setiap kali latihan. "Sepanjang kami latihan, memang kami ketawa tidak henti-henti. Ada saja yang keluar dari mulut dia," katanya yang menganggap itu sebagai hiburan di waktu tubuh kepenatan menjalani latihan. Teater Muzikal Ali Baba akan berlangsung sehingga 29 Disember ini. | |||
| Posted: 24 Dec 2012 04:30 PM PST BERLALU PERGI...ahli keluarga lain membawa ibu Siti Fazurina keluar dari hotel. Ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 60, hadir pada sidang media itu bersama abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta adik-beradiknya yang lain, Mohd Fauzi Mohd Famir, 24, dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22. Bagaimanapun, mereka hanya berdiri berhampiran kumpulan media dan hanya mendengar sidang media tanpa berkata apa-apa. Bagaimanapun, dia hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sambil meminta ampun manakala Zubaidah didengar meluahkan kekesalannya dengan tindakan Siti Fazurina (berkahwin secara senyap) sebelum dia ditarik adik-beradiknya meninggalkan tempat itu. Usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan Zubaidah mengenai perkahwinan anaknya itu gagal kerana dia enggan ditemu ramah media, termasuk ketika dihubungi melalui telefon, malam tadi. | |||
| Muaz Mohamed Sahkan Bakal Nikahi Kekasih 7 Tahun Posted: 24 Dec 2012 04:28 PM PST Muaz mengambil keputusan untuk berkahwin pada Februari 2013 selepas tujuh tahun menjalin hubungan dengan kekasihnya.Pemilik nama penuh Muazanazzudin Mohamed, 28, itu berkata, dia mengambil keputusan untuk memperisterikan Ediana yang bekerja dalam bidang pemasaran selepas mengukuhkan kewangan dan kerjaya masing-masing. "Kami sudah berkawan sejak belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) lagi. Kami ada keserasian dan berkongsi susah dan senang bersama. "Saya ambil masa selama tujuh tahun untuk melamar Ediana kerana ingin mengukuhkan kewangan dan kerjaya dahulu. Kini kami sudah bersedia," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Bagaimanapun, pengacara program Diva @1 (TV1) ini enggan mendedahkan butiran persiapan perkahwinan itu kerana dia belum bersedia untuk berbuat demikian. "Apa yang saya boleh katakan buat masa ini, kami akan bernikah pada Februari depan. "Tetapi saya belum bersedia untuk berkongsi butiran majlis secara terperinci kerana ia masih dalam persiapan," jelasnya yang mengikat tali pertunangan pada April lalu. Muaz ketika mengacarakan program Generasi Y untuk siaran TV1."Saya bukannya dikenali sangat. Segan pula hendak kecoh-kecoh mengenai majlis ini. "Tunggulah apabila tiba masanya, saya akan maklumkan kepada kenalan media terdekat yang banyak membantu kerjaya selama ini," kongsinya. Selain tugasan penyampai di Nasional FM, Muaz juga mengacarakan program Generasi Y di TV1. | |||
| 69 Penerbit Drama Terima Insentif RM4.5j Posted: 24 Dec 2012 04:28 PM PST Sebahagian daripada 69 wakil syarikat produksi yang menerima cek insentif Dana Industri Kreatif Negara (Program RTM) berjumlah RM4.5 juta di Wisma Radio, Angkasapuri di sini, petang Isnin. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf (berdiri, empat kanan).Ketua Setiausaha (KSU) Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, pemberian insentif itu diharap dapat digunakan secara bertanggungjawab oleh para penerbit dengan menghasilkan produk yang dapat dipasarkan ke luar. "Pengagihan insentif di bawah DIKN ini diharap dapat meningkatkan kualiti penerbitan produk TV agar dapat dipasarkan ke luar pada masa akan datang. "Ia juga adalah tanda penghargaan kerajaan kepada para penerbit yang bertungkus-lumus meningkatkan mutu produk mereka untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Cek Insentif DIKN (Program TV RTM) di Wisma Radio, Angkasapuri di sini, petang Isnin. Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan KSU Datuk Dr Rothiah Omar, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhyati Ismail dan wakil-wakil syarikat produksi. Kamaruddin di samping Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Norhyati Ismail (kiri) dan Timbalan KSU selaku Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Insentif DIKN, Datuk Dr Rothiah Omar ketika sesi sidang media."Saya percaya para pelaku (penerbit) tahu memanfaatkan insentif ini secara bertanggungjawab untuk peningkatan mutu produk mereka dan bukan kepentingan peribadi. "Bagaimanapun, kementerian akan memantau sejauh mana pemberian ini akan meningkatkan kualiti produk mereka pada masa akan datang," katanya. Kamaruddin berkata, seiring dengan matlamat RTM menuju ke era digital pada 2016, pihaknya berharap penerbit akan memanfaatkan insentif tersebut untuk menghasilkan kandungan yang bermutu tinggi menggunakan fasiliti dan teknologi terkini. Pelakon dan Pengarah Urusan Suhan Movies & Trading, Rosyam Nor menerima cek insentif DIKN daripada Kamaruddin."Aspek ini perlu jika kita hendak memasarkan produk TV ke luar sama ada ke sekitar rantau ini, Amerika Selatan atau Timur Tengah sekali pun," katanya. Antara syarikat produksi yang menerima insentif adalah Suhan Movies & Trading, Excellent Pictures, Rumah Karya Citra, Saujana Media dan Bright Networks Sdn Bhd. Pemberian insentif berkenaan merupakan agihan kali kedua untuk tahun ini, di mana sebanyak 23 syarikat produksi menerima sumbangan sebanyak RM1 juta pada 18 September lalu. Penerima insentif tahun ini dipilih berdasarkan kualiti serta kadar populariti program berdasarkan jumlah tontonan ketika disiarkan di RTM pada tahun ini. Insentif itu akan diteruskan dengan peruntukan yang sama pada 2013. | |||
| Posted: 24 Dec 2012 04:26 PM PST Sekadar bermula sebagai pengurus kepada adiknya iaitu Vince Chong, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Vanessa misalnya tidak pernah menoleh ke belakang lagi selepas popular sebaik menjuarai rancangan realiti berpengaruh, Amazing Race Asia. Sedari bakatnya cukup tertumpu pada bidang pengacaraan, suri kepada DJ terkemuka, Moots itu melangkah yakin berbekalkan kepetahannya berkata-kata menelusuri dunia itu sehinggalah beroleh ruang di program bual bicara wanita, Bella. Petang itu, sekali dia membuka mulutnya, banyak yang diceritakan mengenai kerjayanya dan ternyata pengacaraan cukup dekat di hatinya. "Semakin saya menerima banyak tawaran pengacaraan, semakin dalam kecintaan saya pada bidang ini. Namun, saya paling berterima kasih terpilih menjadi hos Bella kerana menerusi rancangan ini, saya dapat melihat perubahan ketara pada diri saya. "Mengendalikan rancangan sebegini ada cabarannya tersendiri kerana skop topik terlalu luas daripada yang senang hinggalah isu-isu sensitif dan serius. Paling utama, saya mempelajari banyak benda baru. "Cara beginilah yang saya amat gemari kerana bukan saja saya kena bercakap secara langsung dan bertanya soalan semata-mata kepada tetamu jemputan namun harus meneliti serta membuat kajian menyeluruh terlebih dulu. Apatah lagi jika topik berkenaan menyentuh mengenai isu berat, kena betul-betul ada ilmu yang kuat sebelum membincangkannya," katanya yang kini lebat menerima tawaran mengacarakan pelbagai majlis korporat. Pernah membabitkan diri dalam pentas lakonan, Vanessa yang berlakon dalam Cinta Lelong, 30 Hari Mencari Cinta, filem Talentime dan bakal muncul dalam filem Darah Panas tahun depan kini mengintai pula peluang berlakon muzikal. "Saya sangat sukakan muzikal dan itu antara impian saya selama ini. Belum pernah ditawarkan membintangi mana-mana karya sebegitu, saya mengidamkan untuk melakukan sebuah cerita komedi muzikal. "Seronok rasanya dapat menyanyi dan berlakon pada masa sama meskipun saya bukanlah seorang penyanyi yang hebat. Namun, unsur muzik itu sendiri cukup menguatkan lagi cita-cita saya membabitkan diri tidak kisah teater, drama ataupun filem. Saya sukakannya!" katanya. Teruja berbicara mengenai sambutan Krismas, perkara wajib yang akan dilakukannya setiap kali menjelang perayaan itu adalah menghambakan dirinya di dapur. Siapa sangka wanita berusia 33 tahun itu pakar memasak. "Itulah rutin wajib setiap kali Krismas. Seperti biasa, malam sebelumnya, kami akan mengadakan makan malam bersama seisi keluarga dan di situlah peranan saya sebagai tukang masak bermula. "Saban tahun, saya akan memasak juadah wajib iaitu German Shepherd Pie yang mana seharian jugalah saya terperuk dalam dapur. Bukan itu saja, terdapat beberapa lagi menu wajib akan saya masak, biarpun letih, saya seronok melakukannya. Saya terbayang wajah kegembiraan ahli keluarga menikmati hidangan itu di meja makan nanti," katanya. Bagi pengacara Quickie 8TV, Julie, 28, sambutannya kali ini ternyata berbeza kerana tanpa kehadiran bapa tercinta malah dia meraikannya di kota London. Buat pertama kali tidak menyambut di negara sendiri, biarpun hanya bersama abang dan ibunya, Julie masih lagi merasakan keseronokan untuk menikmati perayaan itu. Malah, dia juga sudah ada perancangan sendiri setibanya di ibu kota England itu. "Agak sedih juga kerana sambutan kali ini tidak lengkap tanpa bapa. Tapi saya memahami kesibukannya yang terikat dengan komitmen kerja di sini. Apapun, saya amat teruja untuk berjumpa dengan ahli baru keluarga kami, anak buah saya buat pertama kali. "Selepas abang berhijrah ke London, kami belum berpeluang lagi bertemu sendiri bayi lelakinya yang berusia 11 bulan. Selain itu, teman-teman saya juga ramai di sana dan mahu mengambil kesempatan untuk keluar bersama mereka," kata pelakon siri Blogger Boy itu. Meskipun sibuk mengacarakan Petronas Motorsports (Astro) dan Quickie 8TV, Julie juga sudah terfikir untuk merancang sebuah perniagaan hasil perbincangan bersama ibunya. Mengakui ia satu projek yang penting demi jaminan pendapatan jangka masa panjang, dia tidak menolak suatu hari nanti dia akan beralih bidang pula. "Bukan bosan mengacara namun saya mahu mencuba cabaran baru menerusi bisnes pula. Sedari jaminan dalam bidang hiburan tidak tentu, disebabkan itu saya terfikir lebih baik membuat sesuatu yang boleh berpanjangan memberi pulangan buat keluarga saya. "Perniagaan yang saya maksudkan adalah pengurusan hotel. Saya dan ibu sudah mengenal pasti satu kawasan bangunan lama di sekitar Melaka dan bercadang untuk menjadikannya sebuah hotel. Paling awal pun kami laksanakan projek ini adalah penghujung tahun depan," katanya. Manakala pengacara serta DJ Fly FM, Zher pula tidak teruja sangat dengan sambutan Krismas seperti yang lain. Bekerja di konti hari ini, gadis bertubuh kecil berusia 26 tahun ini memilih untuk bersederhana saja kerana hakikatnya dia sudah tidak menyambut perayaan itu. "Seingat saya, kali terakhir merasai kemeriahan Natal adalah sewaktu berusia 11 tahun. Seperti biasa, menjelang perayaan itu, paling seronok adalah apabila sudah berkumpul ramai-ramai dan seorang ibu saudara saya memasak pelbagai juadah lazat. "Apapun, saya mengambil keputusan untuk memilih haluan kepercayaan sendiri namun saya tetap menemani ibu bapa membeli-belah kerana mereka masih menyambutnya. Walaupun bekerja di hari Krismas, saya masih akan mengambil kesempatan meluangkan masa pulang untuk makan malam nanti," kata wanita berusia 27 tahun itu. Empat tahun berlalu, Zher sangat bersyukur diberikan tempat dalam program Quickie 8TV. Ternyata perubahan terbesar yang berlaku padanya adalah keyakinan untuk berada biar di depan kamera mahupun di luar sekalipun. "Saya memang suka bercakap depan kamera namun seperkara yang menjadi penghalang buat saya menyerlah di awal-awal dulu adalah tahap keyakinan itu sendiri. Bagaimanapun, semakin lama terbabit dalam program secara langsung sebegini, saya semakin yakin dan perkara itu juga terbawa sehingga ke luar set. "Bukan saja pengalaman itu mengajar saya untuk mengendalikan program itu dengan bagus, kini apabila berjumpa dengan kenalan baru, saya sudah ada keyakinan berbual bersama mereka," katanya yang akan tampil pula mengacarakan rancangan mengenai wanita, G-Thong di 8TV pada tahun hadapan. | |||
| Posted: 24 Dec 2012 04:25 PM PST TENGGELAM...keadaan bandar Kuantan yang dinaiki air, semalam. Antara jalan ditenggelami air ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih dan Jalan Pasar. Difahamkan, banjir kilat itu berlaku jam 11 pagi semalam menyebabkan banyak kenderaan terkandas di jalan raya selain beberapa premis perniagaan ditutup kerana dinaiki air. Walaupun daerah ini mula hujan sejak malam kelmarin, hujan lebat selama tiga jam bermula jam 8 pagi semalam menyebabkan berlaku banjir kilat. Keadaan itu menyebabkan kebanyakan pemilik kenderaan panik dan menyelamatkan diri dengan meredah jalan yang ditenggelami air. Tinjauan Harian Metro di sekitar Jalan Tun Ismail, di sini, mendapati 10 kenderaan terkandas dan orang ramai membantu mengalihkan kenderaan mereka. Tinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters, Taman Teratai dan Semambu turut ditenggelami air antara 0.1 meter hingga satu meter. Sementara itu, jurucakap pusat pemindahan banjir negeri berkata, seramai 787 mangsa banjir membabitkan 179 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan di sekitar daerah ini, Pekan dan Rompin. Antara kampung terbabit di daerah ini adalah Kampung Galing, Taman Seri Kuantan, Kampung Cenderawasih, Kampung Tengah, Kampung Tanjung Lumpur dan beberapa buah kampung di sekitar Pandan. Manakala mangsa di Pekan adalah di Kampung Sungai Miang serta Kampung Cenderawasih dan di Rompin adalah Kampung Perpat. Mangsa ditempatkan sementara di pusat pemindahan di bandar ini adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Galing seramai 362 mangsa membabitkan 64 keluarga, SK Cenderawasih seramai 200 mangsa membabitkan 52 keluarga ,Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan seramai 93 mangsa membabitkan 41 keluarga dan Balai Raya Tanjung Lumpur seramai 21 mangsa membabitkan empat keluarga. Manakala di Pekan pusat pemindahan adalah di SK Sinar Mutiara, Sungai Miang menempatkan 60 mangsa daripada 10 keluarga dan Masjid Kampung Perpat di Rompin menempatkan 51 mangsa membabitkan lapan keluarga. Sebelum ini, sebanyak lapan laluan utama terpaksa ditutup dan dibuka semula selepas surut namun jalan di Jambatan Sungai Caru, Jalan Sungai Lembing, di sini, masih ditutup berikutan air naik sehingga ke paras 10 meter. | |||
| Posted: 24 Dec 2012 04:25 PM PST BINGUNG...Wani bersama anak-anaknya. "Setelah melahirkan tujuh anak dan bakal melahirkan anak kelapan pada Januari depan, suami pula menceraikan saya pada Mei lalu," kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wani, 30. Menurut Wani, dia kini bingung memikirkan masa depan tujuh anaknya walaupun suaminya masih tinggal bersama dan berjanji akan rujuk semula selepas melahirkan anak perempuan dalam kandungannya itu. "Suami pernah hanya memberikan saya RM2 sehari untuk perbelanjaan makan minum kami lapan beranak walaupun sebelum ini ada juga dia beri RM50 atau RM100 seminggu. "Saya faham dengan kerjanya yang cuma bergaji antara RM500 dan RM700 sebulan, tetapi apa dikesalkan, saya diceraikan kerana perempuan lain," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. | |||
| Posted: 24 Dec 2012 04:24 PM PST BUKAN SAYA...Tan menunjukkan gambar ghairah daripada laman sosial terbabit yang menggunakan wajahnya. Bukan itu saja, gambar mukanya itu turut diubah suai menggunakan teknik 'super imposed' bersama gambar tubuh badan yang mengghairahkan. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 20, mengetahui mengenai laman sosial terbabit sejak Mei tahun lalu, namun tidak menyangka ia berlarutan. "Saya diberitahu rakan mengenai laman sosial terbabit yang menggunakan gambar muka saya dan melaporkannya kepada pengurusan laman sosial itu. "Selepas itu, saya tidak lagi dapat melihat profil berkenaan yang menggunakan nama 'Jessy Srikembangan' dan menganggap ia sudah dikenakan tindakan oleh pengurusan laman sosial terbabit," katanya ketika sidang media di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, di Jalan Ampang, di sini, semalam. Tetapi, dia sekali lagi dihubungi rakannya pada Ogos lalu dan bertanya sama ada dia terdesak memerlukan wang kerana terjumpa laman sosial menawarkan perkhidmatan seks menggunakan gambarnya. "Saya menghubungi nombor telefon yang disertakan di satu daripada profil berkenaan menggunakan SMS dan mereka memberikan nombor akaun bank atas nama 'Jessy Ling Kok Diong' sebelum meminta saya memasukkan wang ke akaun itu. Wanita berasal dari Shah Alam itu membuat laporan di Balai Polis Shah Alam sebelum mendapatkan bantuan Biro Pengaduan Awam MCA bagi membersihkan namanya. Sementara itu, Pengerusi Biro, Datuk Seri Michael Chong berkata, ini kes pertama diterima pihaknya menggunakan modus operandi berkenaan. "Ini cara penipuan baru digunakan sindiket untuk mengaut keuntungan segera dengan menggunakan maklumat peribadi serta gambar individu lain. "Kami serahkan pada polis menyiasat perkara ini supaya tindakan lanjut boleh diambil," katanya. | |||
| Posted: 24 Dec 2012 04:23 PM PST Pertama, ketika anda sedang enak menjamu selera di kedai, warung mahupun restoran, tiba-tiba datang individu meminta sedekah menghampiri meja makan anda. Bukan berseorangan, dia ditemani seorang lagi teman yang memimpin tangannya untuk menunjuk kedudukan dan arah jalan. Sambil berkata 'cik, derma cik' tangannya turut menggenggam bungkusan kecil tisu. Kedua, lelaki atau wanita seusia ibu bapa kita itu seorang yang cacat penglihatan sebab itu dia dipimpin. Selain mereka, situasi yang sering dilihat juga ramai kanak-kanak atau remaja meminta di sedekah di tepi jalan, stesen minyak dan pelbagai lokasi lain. Apa perasaan anda? Sedih, kasihan atau malu? Jujurnya, ramai antara kita yang memang berhati mulia kerana mudah membantu, bersedekah dan menderma. Tidak kiralah berapa jumlahnya dan dalam bentuk apa sumbangan itu, sekurang-kurangnya kita berbuat sesuatu dengan tujuan menolong orang kurang berkemampuan. Namun, tiba-tiba satu persoalan muncul di kepala, adakah anda tidak takut ditipu? Jawapan yang ringkas, tetapi mendalam maknanya serta-merta menitip di bibir, 'niat kita murni, jika mereka mahu menipu itu terpulang, ia urusan dia dan Tuhan'. Sikap suka menderma juga sering dilihat apabila tiba Ramadan. Ramai orang persendirian mahupun organisasi korporat berlumba-lumba menghulurkan bantuan kepada rumah kebajikan, anak yatim, golongan fakir miskin serta ibu tunggal. Adakah apabila muncul bulan puasa baru anda mahu menderma? Kenapa tidak melakukannya pada setiap hari ataupun setiap bulan? Alasan yang selalu diberi, sekiranya kita menderma pada bulan penuh berkat itu, pahala yang dikutip berkali ganda jumlahnya. Namun, jika kita menderma pada bulan selain Ramadan, adakah pahala semakin berkurangan? Tepuk dada, fikir dan tanyalah diri sendiri. Tidak terhenti pada Ramadan saja kerana apabila musim perayaan utama lain seperti sambutan Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal, senario yang sama turut berlaku. Ini kerana, setiap orang tanpa mengira bangsa mahupun agama dididik untuk bersikap pemurah dan saling memberi sejak kecil lagi oleh ibu bapa. Berbicara mengenai perihal ini, terdapat pelbagai cara boleh menderma contohnya menerusi sumbangan wang tunai, pakaian terpakai, barangan keperluan asas seperti makanan serta pendidikan. Bukan bertujuan mahu menunjuk-nunjuk atau riak, kenyataan, pandangan dan pengalaman yang dinyatakan dua individu berikut sekadar mahu berkongsi rasa, memberi kesedaran serta mendidik sesama kita. Suri rumah, Fazlinna Abd Hazis, 30, berkata, dia terbiasa dengan tabiat menderma sejak kecil kerana bapanya sering mengingatkan dan mengajar mereka lima beradik mengenai kepentingan beramal dengan melakukan amal jariah. Tidak memilih siapa individu yang mahu dibantu, asalkan nampak tabung atau orang susah di jalanan meminta bantuan, sedikit sumbangan pasti dihulurkan. Selain itu, Fazlinna juga kerap menderma kepada rumah kebajikan, anak yatim dan seumpamanya. Malah, sumbangan itu bukan datangnya daripada wang tunai semata-mata, dia turut mengumpul barangan terpakai, buku, kitab, telekung dan alat tulis untuk diberikan kepada golongan kurang bernasib baik. "Melalui didikan ayah, saya selalu beringat mengenai kesusahan orang lain yang tidak senasib dengan kita. Mereka ditakdirkan dengan jalan sebegitu, justeru saya berfikir apa salahnya kita yang lebih berkemampuan membantu mereka. "Selain melakukan kebaikan, semoga pemberian tidak seberapa itu dapat meringankan beban mereka terutama golongan tua dan orang kelainan upaya. "Apa yang pasti, saya tak boleh tengok orang susah, lepas itu mulalah hati ini sayu dan kasihan, sebab itulah saya hulurkan sumbangan yang termampu. "Saya juga aktif mengikuti beberapa aktiviti atau kempen yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan kebajikan dan pengalaman yang diperoleh cukup memberi pengajaran serta keinsafan kepada diri saya," katanya yang mula serius dengan aktiviti sedemikian sejak 10 tahun lalu. Padanya, melihat kekurangan insan lain mengajarnya bersyukur dengan kurniaan Tuhan terhadap diri dan keluarganya. Selain itu, sebagai umat Islam, ilmu agama yang dipelajari mengenai hal ini turut memberikannya kesedaran serta berfikiran positif. Sementara itu, pengasas program Teach For The Needs (TFTN), Zul Fikri Zamir Mohamad Munir berkata, program berkenaan berasaskan komuniti dalam talian menerusi laman sosial facebook. Sukarelawan yang terdiri daripada guru muda dan bidang profesion lain yang prihatin terhadap nasib anak-anak daripada golongan fakir miskin serta anak yatim adalah individu yang membantu mereka. Menariknya, mereka membantu golongan ini melalui cara pendidikan yang mana kelas tuisyen secara percuma akan dijalankan dengan berkunjung sendiri ke rumah kebajikan berkenaan. "Idea TFTN ini tercetus apabila saya dan rakan (guru seramai lima orang) sepakat mengadakan kelas tuisyen percuma selepas waktu sekolah untuk murid di kelas corot, anak orang miskin dan yatim. "Jika ditanya mengapa pendidikan yang kami pilih sebagai salah satu cara menghulurkan derma, contoh ini mungkin boleh dijadikan panduan. Sekiranya dilihat di rumah anak-anak yatim, bekalan makanan dan pakaian selalunya berlebihan kerana sumbangan awam. "TFTN menyediakan landasan kepada sukarelawan untuk terbabit dan mengajar anak-anak ini pada hujung minggu dengan tempoh minimum program selama setahun. "Ini memberi peluang kepada anak-anak berkenaan mendapat perhatian, kasih sayang dan tunjuk ajar terutama daripada bidang akademik dalam jangka masa lebih panjang dan bukan bersifat sekali saja," jelasnya yang turut dibantu empat tulang belakang utama TFTN lain iaitu Asmidar Alias, Anas Alam Faizli, Norziati Rosman dan Shafizan Johari. Tidak hanya dijalankan di sekitar Semenanjung Malaysia, programnya ini turut mendapat perhatian daripada guru di Sabah dan Sarawak. Sehingga Oktober 2012, TFTN mempunyai 19 duta (guru berdaftar seluruh Malaysia termasuk enam di Sabah dan Sarawak). Program pengembangan membabitkan sukarelawan bukan guru turut diadakan dan antara projek yang dilakukan ialah projek Dahikmah di Gopeng, Perak; Baitul Husna, Kuantan, Pahang; dan terbaru projek Khairiah di Klang, Selangor dengan jumlah anak-anak yang mendapat manfaat daripada program ini sekitar 230 orang di seluruh Malaysia. Projek ini bebas dilaksanakan di kawasan masing-masing manakala TFTN bertanggungjawab menyediakan khidmat perundingan, bahan mengajar, buku, kamus dan keperluan lain. Selain mengajar, sukarelawan TFTN turut bertanggungjawab sebagai abang dan kakak kepada anak-anak memerlukan ini. "Sistem sokongan seperti ini sukar dilihat atau seakan tidak wujud lagi dalam program bersifat sementara yang lain. Sebab itu dalam TFTN, jangka masa program haruslah tidak kurang daripada setahun. "Justeru, saya mengajak orang ramai supaya mengamalkan sikap suka menderma atau bersedekah dalam apa jua cara yang dibenarkan di negara ini. Sekiranya berminat, anda boleh menyertai TFTN. "Ini kerana isu pendidikan membabitkan golongan tertentu seperti murid kelas corot, anak miskin dan anak yatim tidak boleh diletakkan tanggungjawabnya ke atas kerajaan semata-mata. "Sebagai ahli komuniti setempat, lebih banyak yang dapat dilakukan jika kita sanggup turun ke bawah dan menyelesaikan sendiri masalah ini. Ruang untuk terbabit dengan aktiviti sukarela dan kerja amal kebajikan sebenarnya lebih terbuka kepada anak muda seperti pelajar universiti. "Saya tertarik untuk melihat bakal pemimpin negara ini turun padang dan melihat sendiri masalah masyarakat pada seawal usia yang mungkin," katanya. | |||
| Posted: 24 Dec 2012 04:22 PM PST ELISANY bersama kekasihnya, Carvalho bercanda di tepi pantai di Salinopolis, Brazil. Elisany, 17, ketika ini diiktiraf sebagai remaja perempuan tertinggi di dunia dengan ketinggian 2.07 meter, manakala teman lelakinya 40.6 sentimeter lebih rendah. Apabila perlu, Elisany terpaksa membongkok untuk mencium kekasihnya, Francinaldo da Silva Carvalho, 22. Berasal dari Salinopolis, ketinggian Elisany meningkat ketara akibat ketumbuhan pada kelenjar pituitari yang mengawal tumbesaran. Ketumbuhan itu telah dibuang melalui pembedahan sebelum ini. Menurut Elisany, dia terpikat kepada Carvalho kerana pemuda itu memiliki personaliti yang menyenangkan. Katanya, Carvalho bijak berinteraksi, sama ada dengan orang lain atau dirinya sendiri. "Apabila kami keluar berpegangan tangan, Carvalho kelihatan seolah-olah adik atau anak saya," katanya. Kata pekerja pembinaan itu, ia tidak menjadi halangan kerana setiap masalah ada penyelesaian. "Elisany seorang yang jelita walaupun ketinggiannya sangat ketara. "Saya tiada masalah memiliki kekasih yang sangat tinggi," katanya. Sementara itu, Elisany berkata, selain bermasalah untuk menaiki bas sekolah, dia berhenti belajar apabila ketinggiannya menjadi bahan ejekan rakan sekelas. Di rumah pula, Elisany mengaku berdepan banyak masalah apabila sering terhantuk kayu siling. | |||
| Fazurina nafi bernikah di Siam Posted: 24 Dec 2012 04:20 PM PST ![]() FAZURINA dan Muhammad Hykal menunjukkan surat akuan pernikahan mereka di Pulau Pinang semalam. GEORGE TOWN - Pelakon drama, Siti Fazurina Mohd. Famir yang lebih dikenali sebagai Nina menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan dia 'kahwin lari' di Thailand dengan Muhammad Hykal Zulkifli setelah tidak mendapat restu keluarga. Menurut Nina, 30, dia dan suaminya, Muhammad Hykal, 31, sebenarnya selamat melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Jamek Sungai Pinang di sini pada 20 Disember lalu dan bukannya di negara jiran seperti yang digembar-gemburkan. "Majlis pernikahan saya berlangsung secara sah dan saya tak sangka perkara ini boleh timbul apatah lagi membabitkan ahli keluarga saya sendiri. "Saya sebenarnya banyak berkecil hati. Mereka tidak pernah merasai apa yang saya rasa. Kalau ahli keluarga saya dapat menerima Hykal perkara sebegini akan selesai. "Kami berdua sudah lama merancang untuk berkahwin dan kali ini Tuhan telah memakbulkan doa kami. Hykal adalah pilihan terbaik untuk saya," katanya pada satu sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam. | |||
| Posted: 24 Dec 2012 04:19 PM PST
PENGACARA rancangan Quickie di 8TV, Megan Tan dan Ryan Matjeraie ternyata mempunyai definisi yang sama tentang sambutan Krismas. Dua selebriti ini menganggap Krismas sebagai hari cuti yang mana ia memberi peluang kepada mereka untuk berkumpul bersama keluarga serta bertemu dengan teman-teman yang sudah lama tidak bertemu. Baik Megan, 24, mahupun Ryan, 27, kedua-duanya mempunyai memori nakal, gembira dan sedih sambutan Krismas yang masih terpahat kukuh sehingga ke hari ini. Megan dan Ryan juga teruja berkongsi cerita mengenai sambutan Krismas mereka pada tahun ini. Hadiah stoking Ryan Berbual dengan Ryan, jejaka kacukan Irish, Cina dan Iban ini ternyata mengubah persepsi awal mengatakan dia sombong. Seorang yang mudah mesra, Ryan juga mempunyai sisi kelakar yang membuatkan perkenalan baharu menjadi seperti sudah bertahun lamanya. Lahir di Ireland dan kemudiannya membesar di Sarawak, luah Ryan, tahun ini dia tidak dapat cuti Krismas disebabkan tuntutan kerja namun tidak bermakna dia tidak menyambutnya. "Saya kerja pada hari Krismas. Saya tidak dapat cuti, tetapi saya tetap menyambutnya bersama keluarga di Kuala Lumpur selepas habis bekerja," ujarnya. Berada di Australia selama lapan tahun tanpa keluarga membuatkan Ryan sedar akan kenikmatan sambutan raya bersama keluarga. Ceritanya, walaupun menyambut Krismas bersama teman-teman ketika belajar di Australia ia tetap disambut dengan meriah. "Sambut Krismas bersama keluarga dan teman-teman adalah sangat berbeza. Jika bersama teman-teman, kami hanya makan di luar atau mengadakan barbeku, sebaliknya Krismas bersama keluarga, kami akan makan bersama dan bertukar hadiah. "Namun, walaupun di mana saya berada dan dengan siapa saya menyambut Krismas, saya akan pastikan ia sangat istimewa buat saya," ungkapnya. Sebagai seorang anak lelaki, Ryan mengakui, tidak pernah membantu ibunya menghias pokok Krismas. Jujur, kata Ryan, pokok pain itu bukan akan menjadi cantik sebaliknya akan musnah di tangannya. "Saya memang tidak pandai hias pokok Krismas. Sebelum pokok itu dimusnahkan oleh saya, baik ia dihias oleh ibu. Biasanya ibu yang menghias pokok Krismas kami setiap tahun," jelas anak kedua daripada tiga beradik itu. Mempunyai keluarga besar yang setengah daripadanya tinggal di Ireland dan Sarawak, tutur Ryan, hanya beberapa kali dia dan sanak saudara dapat berkumpul dan selebihnya dia hanya merayakan Krismas bersama keluarga. Tidak mengingati perayaan Krismas pada tahun bilakah ia berlaku, dedah Ryan, dia pernah menghadiahkan saudaranya sepasang stoking, "Tidak hanya memberi hadiah di dalam kotak, hadiah Krismas juga boleh diberi dengan meletakkannya di dalam stoking. Saya pernah meletakkan beberapa helai stoking di dalam stoking besar yang tergantung untuk dihadiahkan kepada saudara saya," jelasnya sambil ketawa apabila teringat perbuatan nakalnya terhadap saudaranya itu. Ditebak soalan sama ada dia pernah percaya dengan kewujudan Santa Claus, dedah Ryan, dia pernah percaya akan kewujudan lelaki bertubuh besar dan mempunyai janggut putih yang panjang dengan memakai pakaian berwarna merah itu ketika dia masih kecil. "Kenapa saya percaya Santa itu wujud ketika itu, sebabnya ketika bangun pagi saya lihat susu dan biskut yang diletakkan ibu pada waktu malam sudah habis diminum dan dimakan Santa. "Malah, terdapat satu nota dengan ucapan 'terima kasih Ryan, daripada Santa Claus', yang sebenarnya ia adalah perbuatan ibu saya!," katanya yang mengakui ketika kecil dia merupakan kanak-kanak yang suka memberontak. Berkongsi momen Krismasnya lagi, semasa umur enam tahun, dia pernah menyatakan hasrat kepada neneknya untuk memiliki baju adi wira Batman tetapi neneknya mengatakan tidak. Akibatnya, Ryan memberontak dan menangis sepanjang hari. "Sebenarnya nenek sudah beli dan akhirnya membuat kejutan dengan memberi baju Batman itu kepada saya ketika Krismas. Saya sangat gembira dan berharap kalau boleh mempunyai baju Batman untuk Krismas tahun ini pula," ceritanya lagi.
Boxing Day bersama teman Bagi Megan, walaupun tidak menyambut perayaan Krismas tetapi dia tetap meraikannya bersama teman-teman pada setiap tahun. Begitupun, sambutan Krismas wanita beragama Buddha itu bersama teman-teman bukan pada 25 Disember sebaliknya pada 26 Disember. "Pada 26 Disember itu bukan lagi digelar hari Krismas sebaliknya ia digelar hari Boxing Day. Masa itulah semua orang membuka hadiah yang mereka dapat ketika Krismas. Sebab itu hari itu digelar Boxing Day. "Saya mempunyai ramai kawan yang menyambut Krismas. Jadi, setiap tahun mereka akan adakan pesta atau potluck. Masa itulah saya dan teman-teman dapat berkumpul dan saling bertukar hadiah. "Biasanya kami buat 26 Disember kerana pada hari Krismas masing-masing menyambutnya bersama keluarga," jelasnya mengenai aktiviti yang dilakukannya sejak berusia 16 tahun lagi. Tidak hanya makan dan bertukar hadiah, menurut Megan, pertemuan semula bersama teman-temannya itu turut disertai dengan pelbagai permainan yang diatur seperti charades dan taboo. Berkongsi pengalaman pahitnya menyambut Krismas, luah Megan, dia belum lagi merasai pengalaman bermain salji ketika bercuti di luar negara. Begitupun, bagi Megan, kebanyakan memori Krismas yang dilaluinya bersama teman-teman adalah menyeronokkan. Ujarnya, ketika itu dia dapat bertemu semula teman-teman yang sudah lama terpisah sama ada sejak di bangku sekolah mahupun di universiti. Mengulas mengenai pengalamannya menyambut Krismas bersama teman-teman, jelas Megan, setiap tahun dia pasti mengambil bahagian menghias pokok Krismas teman-teman beragama Kristiannya malah dia berharap suatu hari nanti dapat menghiasi pokok Krismas sendiri dan meletakkannya di dalam rumahnya. Ditanya mengenai makanan ketika sambutan hari Krismas yang paling disukainya, kata Megan, dia suka makan ayam belanda panggang, tetapi ia sukar diperoleh dan kebanyakan teman-temannya akan menghidangkan ayam panggang di rumah mereka. | |||
| Posted: 24 Dec 2012 04:19 PM PST ![]() DARI kiri: Ucop, Mar, Nadeera dan Yus telah memberi persembahan terbaik pada peringkat semi final minggu lalu. Namun hanya Ucop dan Mar yang layak ke final pada 26 Disember ini. KEHANGATAN bahang pentas akhir konsert Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua kini semakin terasa apabila persoalan peserta yang bakal berentap pada pentas final kini sudah terjawab. Ternyata pemilihan finalis menepati ramalan ramai apabila Mohmad Yusof Ahmad (Ucop) dan Marlleynney Fane J.L Paul (Mar) diumumkan sebagai peserta yang layak memasuki peringkat akhir. Ia sekali gus melenyapkan impian dua lagi peserta, iaitu Yusoff Md. Shah (Yus) dan Farah Nadeera Zaini (Nadeera) untuk melangkah ke final. Uchop yang memulakan saingan pentas separuh akhir mempertaruhkan lagu yang dipopularkan Jamal Abdillah, iaitu Seroja dengan vokal yang mantap dan bertenaga. Bagaimanapun, Azmeer yang merupakan tenaga pengajar program itu berpendapat Uchop kelihatan sedikit gementar sehingga mengganggu nyanyiannya. Ternyata, anak muda yang berasal dari Kuala Lumpur ini mendapat sokongan yang kuat daripada penyokongnya apabila dia berjaya mendahului peratusan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) pada peringkat awal iaitu sebanyak 86 peratus, sekali gus memastikan tempat di final menjadi miliknya apabila juri tetap turut bersepakat untuk memilihnya sebagai salah seorang finalis. "Saya akui sedikit gementar sebentar tadi, namun saya akan cuba buat yang terbaik semasa peringkat akhir nanti. "Sejujurnya, sudah tentu saya ingin menang, jadi saya akan memilih lagu yang bersesuaian dengan vokal saya dan memasang strategi bagi memenangi hati juri dan penonton," ujarnya yang meminati dan ingin menghidupkan kembali muzik 'rock kapak'. Sementara itu, Mar yang sering mendapat peratusan undian tertinggi pada minggu-minggu sebelum ini berjaya memukau penonton apabila menyampaikan lagu nyanyian Agnes Monica, Karena Ku Sanggup dengan penuh penghayatan. Lontaran vokal yang jelas dan yakin diberikannya mendapat pujian daripada juri tetap, iaitu Datuk Hattan yang menyifatkan Mar sebagai seorang peserta yang mempunyai roh dalam nyanyiannya. Bagi Mar pula, dia sama sekali tidak menyangka akan berpeluang untuk ke pentas akhir memandangkan saingan terdekatnya, Nadeera, telah memberikan persembahan yang terbaik pada malam tersebut. "Saya menganggap pada malam ini rezeki lebih memihak kepada saya. Saya akan cuba untuk membuat yang terbaik pada malam final nanti," ujar gadis berusia 25 tahun yang berasal dari Sabah ini. Selaku juri profesional, Ziana Zain pula menegaskan bahawa dia berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh keempat-empat peserta pada malam itu dan menganggap kesemua peserta telah memberikan persembahan yang terbaik. "Namun, adat pertandingan ada yang akan mara ke peringkat seterusnya dan ada yang tersingkir, jadi kepada yang layak ke final saya harapkan mereka ini akan memilih lagu yang bersesuaian dengan vokal mereka. "Selain itu, mereka juga perlu menitik-beratkan aspek-aspek lain seperti kesihatan, tidur yang cukup serta dari segi pemakaian dan imej perlu diambil kira jika ingin menjadi seorang penyanyi yang disukai ramai," ujarnya. Program realiti yang dihoskan oleh pengacara terkenal, Faizal Ismail ini turut menampilkan penyanyi Mas Idayu dan komposer terkenal, Azmeer sebagai penasihat vokal. Ia masih mengekalkan format pemarkahan kepada dua bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional dan 50 peratus lagi undian penonton. Juara akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100,000, manakala naib juara pula akan menerima wang tunai bernilai RM30,000. Peringkat akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa akan berlangsung pada 26 Disember ini (Rabu), pukul 9 malam di TV3. | |||
| Vishwaroobam bernilai RM53juta Posted: 24 Dec 2012 04:18 PM PST
KEDATANGAN pelakon versatil dan hero antarabangsa, atau dikenali 'ulaga nayagan' dalam bahasa Tamil ke Malaysia baru-baru ini mendapat liputan meluas dalam kalangan media. Ini berikutan objektif serampang dua mata, iaitu selaku tetamu khas bagi Konsert Yuvan @ Muzik Antarabangsa India Kuala Lumpur (KLIMF) dan mempromosi filem bajet tertinggi dalam sejarah pembikinan filemnya, Vishwaroobam atau alih bahasa dalam Hindi, Vishwaroop. Kamal Hassan, 58, turut ditemani salah seorang daripada heroin filem tersebut, pertama kali diperkenal di skrin besar, diimport khas dari Amerika Syarikat, iaitu Pooja Kumar, 35. Menjalani uji bakat filem menerusi laman sosial Skype dan dipilih kerana kredibiliti beliau yang sebelum ini terlibat dalam dunia lakonan teater, peragaan dan pengacaraan, Pooja Kumar menganggap dirinya sangat bertuah. Gauthami (rakan Kamal Hassan yang juga pereka pakaian filem itu) memilih Pooja sebelum Kamal sendiri mengenali beliau. "Saya berasa amat bertuah kerana ramai di luar sana menunggu peluang bertahun-tahun lamanya untuk bergandingan dengan Kamal Hassan," kata Pooja yang hanya mampu berbahasa Inggeris. Namun, pelakon itu mendapat peluang membelakangkan beberapa pelakon lima bintang yang lain termasuk Sonam Kapoor dan Anuskha Sharma. Ditanya kepada Kamal sendiri, beliau berkata: "Kami tidak memilih heroin untuk filem ini semata-mata, tetapi satu watak yang mampu membawa karakter Nirupama, watak utama Vishwaroobam," ujar pelakon yang pernah memenangi Anugerah Kebangsaan India sebanyak empat kali itu. Melihatkan Pooja seorang warga Amerika dan watak Nirupama juga membawa latar yang sama, Kamal memutuskan Pooja sebagai heroin selain kredibiliti lain milik wanita tinggi lampai itu. Nirupama, watak yang dibawa Pooja mengenai seorang warga India yang berkahwin dengan lelaki warga Amerika Syarikat semata-mata untuk mendapatkan kad hijau (green card). Nirupama juga mempunyai ijazah kedoktoran dalam onkologi nuklear. Dalam pada itu, hero, Kamal pula dipercayai membawa watak seorang penari Khatak dan sebuah lagi watak yang tidak didedahkan. Bagi mendalami watak penari Khatak, Kamal yang merupakan seorang penari Bharatanatyam mempelajari seni tari baru itu dalam masa hanya sebulan. Dirakam di beberapa lokasi termasuk pusat penceritaan itu sendiri iaitu di Amerika Syarikat, Kamal memberitahu latar Afghanistan, satu lagi lokasi pusat penceritaan utama dirakam di Jerman dan Jordan. Enggan mengulas lanjut mengenai jalan cerita, Kamal mengakui ia sebagai filem bajet tertinggi olehnya, iaitu melibatkan kos lebih RM53 juta. Kisah ini membawa genre suspen dan berlatar keganasan dengan harapan ia mampu memikat selera penonton antarabangsa. "Pelbagai spekulasi dan kritikan yang kami lalui sepanjang dan selepas filem ini siap. Kami minta anda sebagai penonton melihat sendiri sebelum membuat apa-apa penilaian yang mungkin boleh menggugat keamanan," katanya merujuk kepada spekulasi filem tersebut menyentuh sensitiviti Islam. "Anda tahu, saya buat filem untuk semua, penonton antarabangsa dan tidak akan sama sekali menyerang sesiapa. Filem saya sebelum ini yang menjadi mangsa spekulasi akhirnya diterima baik," ujar Kamal Hassan yang turut diberi anugerah tertinggi kerajaan India, Padma Shree. Dijadual akan ditayang secara serentak pada 11 Januari 2013, Viswaroobam juga merupakan filem Tamil pertama dan terawal dalam arena antarabangsa yang dirakam menggunakan format audio terkini, Auro 3D serta menggunakan rakaman digital sepenuhnya. Bukan sahaja membawa watak utama, Kamal Hassan turut memegang tanggungjawab selaku pengarah, penerbit dan penulis skrip filem. Selain Kamal dan Pooja, turut membintangi Vishwaroobam (Tamil) dan Vishwaroop (Hindi) ialah Andrea Jeremiah, Rahul Bose, Jaideep Ahlawat, Samrat Chakrabarti, Zarina Wahab, Nassar, Shekhar Kapur (watak khas), Miles Anderson, James Babson, Jude S. Walko dan Chris Kotcher. Kamal turut berkongsi pengalaman bersama rakan baiknya, juga penerbit Lord of The Rings, Barrie Osborne yang berkali-kali menonton tayangan khas Viswaroobam kerana amat menyukai jalan ceritanya. "Ia satu pengiktirafan. Terdahulu, saya fikir beliau menontonnya kerana mahu mencari kesilapan. Bagaimanapun beliau menonton kerana sukakan cara cerita itu," katanya sambil tersenyum sebelum berangkat ke konsert Yuvan @ KLIMF pada malam tersebut. | |||
| Posted: 24 Dec 2012 04:17 PM PST ![]() LAPAN lanun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi semalam atas tuduhan cuba merompak kapal MT Merlion 2. KOTA TINGGI - Lapan lanun Indonesia yang terbabit dalam cubaan merompak sebuah kapal di Tanjung Stapa, Pengerang dua minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada lapan lanun terbabit yang masing-masing hanya dikenali sebagai Dane, 23; Hasbullah, 35; Ricky, 37; Trim, 36; Jais, 46; Arjadi, 32; Amie, 37; dan Zul, 34, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshahid Abdul Malik. Kesemua tertuduh bersama dua individu yang masih bebas didakwa cuba merompak secara berkumpulan menggunakan senjata berbahaya ke atas krew kapal MT Merlion 2 yang berlabuh di perairan Tanjung Stapa pada pukul 2.30 pagi 11 Disember lepas. Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. | |||
| Malaysia jadi markas Macau Scam Posted: 24 Dec 2012 04:16 PM PST ![]() SEBAHAGIAN warga asing yang terlibat dalam sindiket Macau Scam yang ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah banglo di Petaling Jaya semalam. PETALING JAYA – Kegiatan jenayah Macau Scam yang sebelum ini menggunakan khidmat warga tempatan untuk mengendalikan penipuan tersebut mengambil pendekatan baharu dengan menggunakan khidmat warga asing sepenuhnya bagi mengaburi mata pihak berkuasa negara ini. Taktik tersebut bagaimanapun dapat dihidu polis serterusnya membawa kepada penahanan 50 warga asing yang terdiri daripada 46 warga Taiwan dan empat warga China dalam serbuan di dua buah rumah banglo masing-masing di Seksyen 12, Petaling Jaya dan Bukit Damansara di sini. Kesemua warga asing termasuk enam wanita itu dipercayai bertindak sebagai pekerja kepada sindiket tersebut yang menjalankan aktiviti penipuan internet atau spoofing. Pekerja-pekerja tersebut dipercayai dibawa masuk ke negara ini dan dikawal oleh seorang penyelia yang juga merupakan warga asing. Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah kepada sindiket itu. Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md. Din berkata, sebelum ini, sindiket yang didalangi oleh warga Taiwan dan China itu menggaji warga tempatan sebagai pekerja untuk menghubungi mangsa-mangsa yang mahu ditipu. | |||
| Posted: 24 Dec 2012 04:14 PM PST ![]() MANGSA banjir dibawa menaiki bot untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara di Kampung Buluh, Setiu semalam. KUALA TERENGGANU – Keadaan banjir di Pantai Timur semakin teruk apabila jumlah mangsa banjir di Terengganu bertambah manakala penduduk di Kelantan dan Pahang mula berpindah semalam. Sehingga pukul 9 malam tadi, dilaporkan sebanyak 2,921 orang dipindahkan di ketiga-tiga negeri tersebut. Di Terengganu, hujan yang berterusan menyebabkan banyak 1,301 orang daripada 361 keluarga di tujuh daerah dipindahkan ke 18 pusat pemindahan sehingga pukul 11 malam tadi. Jumlah tersebut bertambah berbanding 144 orang daripada 26 keluarga yang dipindahkan di Dungun kelmarin. Kenyataan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu dalam laman web etindakan.terengganu.gov.my menyebut Setiu mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 461 mangsa daripada 128 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan. Jumlah itu diikuti Dungun dengan 317 mangsa daripada 80 keluarga dan Marang dengan 171 mangsa daripada 41 keluarga. Di Besut, seramai 101 mangsa daripada 26 keluarga turut berpindah ke dua pusat pemindahan diikuti sebanyak 91 mangsa daripada 25 keluarga di daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu melibatkan seramai 154 mangsa daripada 61 keluarga dan di Kemaman dengan enam mangsa daripada dua keluarga. | |||
| Rugi RM6 juta, Salamku terbakar Posted: 24 Dec 2012 04:13 PM PST ![]() KEADAAN pasar raya Salamku yang musnah dalam kebakaran di Pasir Pekan, Tumpat semalam. TUMPAT - Pasar raya Salamku yang popular dengan pelbagai jenis barangan kelengkapan rumah di Pasir Pekan dekat sini musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian hampir RM6 juta. Kebakaran yang berlaku pada pukul 4 pagi itu, memusnahkan keseluruhan bangunan berkenaan yang dipercayai berpunca daripada litar pintas. Berikutan kejadian itu, seramai 70 pekerja di pasar raya tersebut hilang punca pendapatan bulanan. Pengurus pasar raya tersebut, Philip Chew Ee Suan, 51, berkata, dia dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut oleh seorang pekerjanya sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumahnya. Menurut beliau, ketika tiba di pasar raya, dia melihat api sudah marak dengan sebahagian besar bangunannya sudah hangus. | |||
| Pelajar Politeknik terbitkan Dapur Kampus Posted: 24 Dec 2012 04:12 PM PST ![]() MOHLIS (tengah) beramah mesra dengan pelajar-pelajar Politeknik yang mengambil bahagian dalam rancangan Dapur Kampus Bersama Polycuisine di Angkasapuri, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Para peminat rancangan berkonsepkan seni kulinari kini berpeluang mempelajari pelbagai resipi menarik menerusi program televisyen baharu iaitu Dapur Kampus Bersama PolyCuisine yang bakal ditayangkan di saluran RTM1 mulai Januari ini. Program tersebut agak unik kerana ia merupakan rancangan terbitan pertama Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengetengahkan kebolehan pelajarnya mengasah kemahiran, inovasi dan keusahawanan dalam bidang masakan. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPP, Datuk Mohlis Jaafar berkata, program tersebut disasar untuk menjadi salah satu rancangan berimpak tinggi yang menumpukan kepada kemahiran terutamanya pelajar tahun akhir bagi membuktikan mereka memiliki kebolehpasaran tinggi. "Secara tidak langsung ia membuktikan bahawa JPP tergolong dalam institusi peneraju bidang pendidikan teknik dan vokasional nombor satu di Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri di sini semalam. | |||
| Kelibat buaya dalam parit disangka batang pokok Posted: 24 Dec 2012 04:11 PM PST ![]() DUA kakitangan Jabatan Hidupan Liar memasang perangkap buaya di Jalan Penampang, Kota Kinabalu semalam. KOTA KINABALU - Para pelatih jururawat di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) gempar apabila melihat kelibat seekor buaya yang disangka batang pokok buruk di tepi parit besar di Jalan Penampang, berhampiran Muzium Sabah di sini pagi semalam. Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu berlaku ketika beberapa pelatih sedang menunggu bas sebelum melihat seekor buaya di tepi parit. Seorang pelatih, Joanne Lagusitine, 21 berkata, dia hanya menyedari mengenai kehadiran reptilia itu selepas terlihat satu objek seakan-akan sebatang kayu sedang bergerak-gerak. "Apabila diamati, objek itu rupa-rupanya adalah seekor buaya tetapi beberapa saat kemudian, buaya itu terus hilang. "Kemungkinan terdapat dua ekor buaya di sungai berkenaan kerana seminggu yang lalu, saya difahamkan ada orang lain pernah ternampak kelibat buaya di kawasan parit di situ," katanya di sini semalam. | |||
| 60 maut semasa beratur beli roti Posted: 24 Dec 2012 04:09 PM PST ![]() KLIP video dari Rangkaian Berita Shaam menunjukkan mayat-mayat bergelimpangan dan sejumlah orang cedera dalam serangan udara di sebuah kedai roti di Halfaya, Syria kelmarin. DAMSYIK - Seramai 60 orang awam yang sedang beratur untuk membeli roti di bandar Halfaya terbunuh kelmarin dalam satu serangan udara yang didakwa pihak penentang dilakukan pesawat tentera Syria, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Untuk Syria. Pihak Jawatankuasa Penyelaras Penduduk Tempatan (LCC) bertindak mengecam pembunuhan beramai-ramai oleh tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad itu. Pihak LCC berkata, ketika kejadian, berpuluh-puluh orang awam sedang beratur di luar sebuah kedai roti. Bagaimanapun, agensi berita milik pemerintah Syria, SANA semalam melaporkan, kejadian itu didalangi kumpulan pejuang penentang Bashar. Ia menafikan kejadian pembunuhan beramai-ramai itu berpunca daripada serangan udara tentera rejim. "Satu kumpulan pengganas bersenjata menyerang bandar Halfaya, membunuh ramai wanita dan kanak-kanak," kata agensi berita itu. Ia melaporkan tentera Syria kemudian campur tangan ketika serangan berlaku dan berjaya membunuh serta mencederakan ramai penentang. Bagaimanapun, perikatan yang mewakili kumpulan penentang Bashar, Majlis Kebangsaan Syria menyalahkan rejim Presiden itu melakukan jenayah menentang kemanusiaan. Sementara itu, para aktivis penentang Bashar menyatakan, enam orang yang berjuang menentang tentera Bashar mati kelmarin akibat terhidu bau gas dan asap putih di Homs. Menurut para aktivis, tentera Bashar mungkin menggunakan bom yang mengandungi gas pembunuh. Jet-jet tentera turut melakukan serangan di kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di Ghouta Timur dekat Damsyik. Sementara itu, Utusan Damai Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Lakhdar Brahimi menyatakan kebimbangan tentang keadaan di Syria semasa mengadakan mesyuarat dengan Bashar di Damsyik semalam. "Bashar menyuarakan pandangannya tentang situasi itu dan saya memberitahunya mengenai mesyuarat saya dengan para pemimpin dan rantau ini dan di luar negera (berhubung isu Syria," katanya. Menurut stesen televisyen pemerintah Syria, Bashar menganggap pertemuan sebagai mesra dan membina. "Pihak pemerintah komited untuk memastikan kejayaan semua usaha dengan bermatlamatkan untuk melindungi kedaulatan dan kebebasan negara ini," kata Bashar. Dalam perkembangan berkaitan, lebih 700 penduduk Palestin mati di Syria sejak konflik di negara tersebut berlaku pada Mac tahun lalu. Maklumat itu didedahkan oleh seorang pegawai pelarian Pertubuhan Pembebasan Palestin, Zacharia al-Agha. Lebih 43,000 orang terbunuh sejak kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan bertempur dengan tentera Bashar. Sebahagian besar penduduk tempatan mahu Bashar dugulingkan ekoran kegagalannya membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan bersuara di negara ini. | |||
| Banjir landa Indonesia, Britain Posted: 24 Dec 2012 04:08 PM PST
JAKARTA - Banjir melanda bandar raya ini semalam dengan air naik setinggi 2.5 meter di beberapa kawasan, lapor akhbar Jakarta Post semalam. Antara kawasan yang dinaiki air akibat hujan lebat itu ialah Kampung Pulo dan Kampung Melayu di Jakarta Timur. Menurut beberapa penduduk, banjir tersebut berlaku dipercayai akibat hujan lebat di Bogor, Jawa Barat. Beberapa jalan raya turut dilanda banjir manakala sejumlah rumah ditenggelami air di Pos Pengumben, Kebon Jeruk. Menurut seorang penduduk di kawasan tersebut, Sri Rejeki, dia tidak menyangka banjir akan berlaku. "Pada pukul 2 pagi, paras air naik setinggi para paha," katanya. Menurut polis, paras air di beberapa kawasan naik setinggi 15 hingga 50 sentimeter. Kawasan lain yang turut dilanda banjir ialah di Ciracas, Jakarta Timur. Kawasan Bukit Duri di Jakarta Selatan juga dinaiki air. Beberapa kawasan di Bandung, Jawa Barat tidak terkecuali daripada dilanda banjir. Sementara itu, di Britain, hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir menjelang sambutan Krismas. Banjir itu menyebabkan rel kereta api dan jalan raya ditenggelami air sekali gus menjejaskan perjalanan penduduk. Penduduk di Braunton, selatan England mendapati kampung mereka ditenggelami air ekoran paras Sungai Caen meningkat. Di Kampung Umberleigh berdekatan Braunton, seorang wanita diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia berpaut pada dahan sebatang pokok selama hampir sejam. Agensi Alam Sekitar mengeluarkan 150 amaran banjir kelmarin, kebanyakannya di barat daya dan tengah England. | |||
| NASA rancang asteroid jadi stesen angkasa lepas Posted: 24 Dec 2012 04:06 PM PST
WASHINGTON - Saintis Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merancang menjadikan sebuah asteroid seberat 500 tan sebagai stesen angkasa lepas untuk angkasawan-angkasawan yang dalam perjalanan ke planet Marikh. Akhbar dalam talian MailOnline melaporkan kelmarin bahawa projek melibatkan kos sebanyak AS$2.5 bilion (RM7.9 bilion) itu kini sedang dipertimbangkan oleh Pejabat Sains Dan Teknologi White House, Amerika Syarikat. Jika projek tersebut diluluskan, asteroid sebesar dua buah bas dua tingkat itu bakal menjadi objek angkasa lepas pertama yang dijadikan stesen angkasa lepas. Menurut satu laporan oleh saintis-saintis NASA dan Institut Teknologi California, sebuah kapsul penangkap asteroid akan disambungkan pada roket Atlas yang menuju ke arah asteroid tersebut yang terletak antara Bumi dan Bulan. Sebaik sahaja menghampiri asteroid berkenaan, sebuah sarung berdiameter sekitar 15 meter akan dikeluarkan daripada kapsul tersebut. Sarung yang disambung dengan menggunakan kabel itu digunakan bagi membalut asteroid tersebut. Kapsul berkenaan akan menggunakan enjin berisi 300 kilogram bahan api untuk menghentikan putaran asteroid itu dan menarik objek itu ke lokasi tanpa graviti. Asteroid tersebut yang berada dalam keadaan pegun akan digunakan sebagai pangkalan masa depan untuk misi-misi meneroka angkasa raya. "Idea mengeksploitasi sumber semula jadi asteroid telah dikemukakan sejak lebih seratus tahun dahulu tetapi hanya baru sekarang, manusia memiliki teknologi untuk menjadikannya sebagai satu realiti," kata laporan NASA. | |||
| Majlis temu janji di Korea Selatan Posted: 24 Dec 2012 04:04 PM PST ![]() SEORANG lelaki meminta seorang wanita keluar dengannya dalam majlis temu janji di sebuah taman di daerah perniagaan Yeouido, Seoul semalam. SEOUL - Ribuan lelaki memenuhi sebuah taman di sini semalam untuk mencari pasangan yang sesuai dalam majlis temu janji anjuran pengguna-pengguna laman Facebook. Bagaimanapun, hanya sejumlah kecil wanita yang datang untuk menghadiri majlis tersebut, lapor agensi berita AFP semalam. Idea untuk menganjurkan majlis itu bermula pada bulan lalu selepas dua lelaki muda bergurau di laman berkenaan namun ia kemudian diminati lebih 36,000 pengguna Facebook. Namun, hanya 3.500 orang yang datang pada majlis tersebut kebanyakannya lelaki yang berumur 20-an dan 30-an. Kebanyakan wanita yang hadir pula membawa teman lelaki untuk menyaksikan majlis tersebut. Wanita-wanita diminta datang dengan memakai pakaian berwarna merah manakala lelaki diminta berpakaian berwarna putih apabila mereka bertemu di sebuah taman di daerah perniagaan Yeouido di sini. Kumpulan lelaki dan wanita diminta untuk berdiri menghadap antara satu sama lain sehingga majlis tersebut bermula pada pukul 3 petang dalam cuaca sejuk. Mereka kemudian diminta berjalan mencari pasangan yang sesuai dan memegang tangan kekasih baharu yang ditemui dalam majlis berkenaan. Bagaimanapun, bilangan wanita tidak sama dengan jumlah lelaki yang hadir. "Di mana perginya semua wanita. Saya tidak dapat untuk mencari (pasangan yang sesuai)," kata seorang pemuda, Kim Sung-sik yang merupakan pelajar kolej berusia 23 tahun. Dia menganggap majlis tersebut mengecewakan kerana kekurangan bilangan wanita. "Ia sungguh dahsyat. Saya tidak datang ke sini hanya untuk mencium bauk badan lelaki," kata seorang lagi pemuda. Bagaimanapun, ada sebahagian pemuda yang berjaya mengajak wanita untuk menjadi pasangan mereka dalam majlis tersebut. Korea Selatan mempunyai hampir 20 juta pengguna Facebook dan Twitter. Sebanyak 31 juta daripada 50 juta penduduk negara ini merupakan pengguna telefon bimbit. | |||
| Keikhlasan Santa gembirakan si kecil Posted: 24 Dec 2012 04:02 PM PST
TIDAK pernah terlintas di dalam fikiran lelaki yang berasal dari Tanjung Bungah, Pulau Pinang itu akan menjadi Santa Claus suatu hari nanti. Segala-galanya bermula pada tahun 1998 apabila ibunya merayu-rayu kepadanya menjadi Santa Claus di sebuah majlis untuk meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Krismas di Tanjung Bungah. Anak sulung daripada tiga adik-beradik itu daripada kaca mata ibunya merupakan calon terbaik kerana mempunyai ketinggian dan berat badan seolah-olah seorang Santa Claus. Lelaki berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Raymond memberitahu, buat permulaan dia mengakui berat hati untuk menerima tawaran tersebut kerana menyedari dia tidak mempunyai kemahiran sebagai seorang Santa. Setelah dipujuk beberapa kali, akhirnya dia bersetuju untuk mengembirakan kanak-kanak pada majlis berkenaan tetapi hanya untuk sekali. Tanpa membuat sebarang persediaan, Raymond mengenakan pakaian Santa yang berwarna merah, tali pinggang nipis, kasut berwarna hitam dan membawa loceng aiskrim. Sebaik tiba di pekarangan majlis tersebut, dia mula berasa gementar. Sebaik melangkah masuk ke majlis itu, keadaan bertukar menjadi riuh-rendah apabila kanak-kanak teruja dengan kehadirannya. "Senyuman kanak-kanak pada majlis tersebut begitu menyentuh hati saya. Saat itu baru saya sedar menjadi Santa Claus tidak hanya memberi hadiah tetapi ia soal memberi kegembiraan kepada orang lain," katanya ketika ditemui di pusat beli-belah Pavillion baru-baru ini. Sepanjang sesi temuramah berlangsung di sekitar ruang legar pusat beli-belah itu, Raymond yang lengkap dengan pakaian Santa Claus itu menjadi perhatian umum. Selain kanak-kanak, golongan dewasa juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengannya seolah-olah dia figura terkenal dunia. "Maaf ya, tempat seperti ini membuatkan orang ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar dengan Santa Claus," katanya sambil mendukung dua kanak-kanak perempuan. Menceritakan pengalamannya, lelaki yang berketurunan Serani itu mengakui sambutan menggalakkan daripada majlis yang disertainya membuahkan minat kepada Raymond untuk menjadi Santa Claus. Walau bagaimanapun, tugas yang perlu digalas bukan satu perkara yang mudah biarpun kehadiran Santa Claus hanya dirai setahun sekali. ![]() HAMPIR setengah juta penduduk dari seluruh dunia akan mengunjungi Finland. Menurut Raymond, menjadi seorang Santa bukan sekadar menyarung sut merah dan menghulurkan gula-gula kepada kanak-kanak sebaliknya ia perlu datang daripada hati yang suci. Dia yang mula menjadi Santa Claus di pusat beli-belah sejak tahun 1999 untuk Hari Krismas memberitahu, kerjaya itu tidak boleh diukur dengan wang ringgit tetapi ia perlu datang daripada hati yang tulus. Berbekalkan pengalaman hampir 14 tahun, dia memberitahu, tanpa keikhlasan, tugas tersebut tidak dapat disempurnakan kerana dia perlu menghiburkan hati kanak-kanak. Sepanjang tempoh tersebut, Raymond mengakui menempuhi pelbagai pengalaman pahit manis. Bahkan ada masa-masanya pengalaman yang dilaluinya cukup menyentuh perasaan. Dia masih ingat lagi apabila seorang pengawal keselamatan pernah menghalang seorang kanak-kanak spastik bertemu dengannya. Keadaan itu membuatkan dia terpaksa bangun dari tempat duduknya untuk mendapatkan kanak-kanak itu semula. "Menggembirakan kanak-kanak adalah tugas utama seorang Santa," ungkapnya yang kini mempunyai lapan helai kostum Santa Claus dan 14 set jambang yang diperoleh di sekitar Tanjung Bungah. Santa sebenar Cerita Raymond, kanak-kanak juga gemar 'membuli' dirinya tetapi keadaan perkara tersebut bukan satu masalah. Mereka seringkali memasukkan tangan ke dalam karung gula-gula, menarik janggut selain mengutarakan soalan sama ada dia seorang Santa Claus sebenar atau tidak? Dia juga sering dilontarkan soalan yang sama sepanjang masa. Saya melihat mata mereka dan bertanya kepada mereka: Adakah anda sebenar? "Jawapannya ialah sentiasa membanggakan 'ya' dan kemudian saya memberitahu mereka jika mereka adalah nyata, maka saya juga Santa sebenar," jelas Raymond yang akan menunjukkan kad identiti Santa Claus kepada kanak-kanak yang meragui statusnya. Raymond menjelaskan, telatah dan kerenah kanak-kanak juga umpama penawar paling mujarab. Selain di kompleks beli-belah, dia juga terpaksa mengawal perasaan ketika melawat wad kanak-kanak di hospital. ![]() SEBAGAI Santa Claus mereka terpaksa menahan perasaan sedih ketika bertemu dengan kanak-kanak yang sakit. Keadaan itu agak sukar tatkala melihat wajah kanak-kanak yang bertarung dengan pelbagai penyakit. "Perasaan sebak meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendekati dan melihat sendiri keadaan fizikal kanak-kanak yang dihidapi penyakit seperti kanser, leukemia serta masalah pernafasan," katanya. Begitupun, sebagai Santa Claus dia tidak menjadikan ia sebagai satu halangan untuk menggembirakan golongan berkenaan. "Sebagai Santa, saya tidak boleh berasa sedih sebaliknya perlu mencari jalan untuk memastikan senyuman terukir pada wajah mereka," katanya yang memiliki berat badan sebanyak 120 kilogram (kg). Ketika ditanya sama ada seseorang yang mahu menjadi Santa Claus wajib mempunyai keadaan fizikal yang gemuk, dia memberitahu, lazimnya seorang Santa Claus sememangnya sinonim dengan bentuk tubuh yang gemuk. Sehubungan itu, dua bulan sebelum sambutan Hari Krismas, dia akan menambahkan berat badan dengan makan aiskrim. "Daripada 80 kilogram, saya boleh menambahkan berat badan sehingga 100 kg lebih semata-mata mahu menjadi Santa Claus. Mujur dengan makan aiskrim, saya boleh gemuk,"ujarnya. Walau bagaimanapun, selepas musim Hari Krismas berlalu, dia akan mula menjaga pemakanan supaya lebihan berat badan tidak menjejaskan kesihatan. Menghiburkan orang Sementara itu, seorang Santa Claus yang hanya mahu dikenali sebagai George baru sahaja berkecimpung dalam bidang itu pada tahun 2012. Sebelum menjadi Santa dia beranggapan, tugas sebagai ikon Hari Krismas itu sekadar memberi hadiah dan menghiburkan orang lain. Namun, selepas menjadi Santa barulah dia menyedari kesukaran tersebut. Dalam pada itu, dia kini mendapatkan khidmat nasihat daripada golongan Santa yang berpengalaman luas dalam bidang berkenaan bagi memastikan segalanya lengkap ketika mengunjungi sambutan Hari Krismas. ![]() WARGA emas juga mendapat layanan daripada Santa Claus. "Apa yang penting, saya sentiasa mencari bahan yang sesuai dan bertanya mengenai perkara yang tidak diketahui dalam kerjaya ini,"katanya lagi. Bagi seorang kanak-kanak, Lee Ai Chun, 8, dia sangat teruja melihat kehadiran Santa Claus di pusat beli-belah Pavillion. "Dia (Santa) seolah-olah dalam sebuah filem. Saya tidak sangka dapat bertemu dan memegang misainya. Hari ini, saya dapat melihat seorang Santa Claus sebenar,"katanya sambil memberitahu dia menerima lima biji gula-gula. Menurut kanak-kanak yang ditemani ibu bapanya lagi, dia juga sempat melihat apa yang dikeluarkan daripada bunjut merah yang dipegangnya. "Sebelum ini, saya melihat dalam televisyen Santa Claus membawa karung besar tetapi lain pula hari ini kerana dia hanya memegang bunjut kecil tetapi boleh mengeluarkan gula-gula yang banyak,"tuturnya dengan penuh hairan. Selain Ai Chun, seorang kakitangan swasta, Glory Martina Kumar, 23, memberitahu, dia tidak akan ketinggalan mengambil gambar dengan Santa Claus. Menurutnya, walaupun telah dewasa, ia tidak menghalang untuk berbuat demikian. Saya tidak malu bergambar dengan Santa Claus biarpun terpaksa berbaris dengan kanak-kanak di pusat beli-belah,"ujarnya. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


























0 ulasan:
Catat Ulasan