RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Sara Ali Terpaksa Jadi Pelakon Stereotaip

Posted: 13 Nov 2012 04:51 PM PST

Sara Ali
KUALA LUMPUR: Pelakon Sara Ali bersetuju dengan persepsi segelintir pihak yang menyifatkan lakonannya sebagai stereotaip selepas dua tahun berkecimpung dalam bidang seni.
Sara, 22, berkata, dia menyedari perkara itu tetapi tidak mengamalkan sikap memilih tawaran yang diterima kerana masih baru dalam bidang lakonan.
"Saya akur dan terima pandangan itu. Malah, saya sendiri bersetuju kalau orang mula melihat gaya lakonan saya hampir sama pada tawaran-tawaran yang diterima.
"Saya percaya hal ini terjadi kerana saya menerima karakter yang lebih kurang sama tetapi sebagai orang baru apa yang dapat saya lakukan?
"Takkan pula saya hendak jadi seorang yang memilih watak sehingga boleh menjejaskan reputasi dan pendapatan?" katanya ketika ditemui mStar Online, baru -baru ini.
Aktres filem Songlap ini berkata, senario penghasilan skrip dan watak drama televisyen dan filem yang terhad dan kurang variasi di negara ini menjadi punca utama dia terpaksa melakonkan watak yang lebih kurang sama berulang-kali.
"Tiada lagi karakter yang saya jayakan sehingga kini berbeza dan unik selepas filem Songlap.
"Jika pengarah berpuas hati dengan apa yang saya berikan dalam lakonan, apa lagi yang boleh saya buat? Tetapi itu tidak bermakna saya selesa dengan tahap lakonan sekarang," katanya.
Justeru itu, Sara berkata, dia mengambil pendekatan untuk berehat seketika sehingga menerima tawaran yang unik dan belum pernah dijayakan.
"Saya tidak mahu terus 'melekat' dengan watak yang sama sahaja sehingga menimbulkan persepsi sedemikian (stereotaip).
"Buat masa ini biarlah saya berehat seketika sehingga menerima tawaran watak yang berlainan dan menonjolkan lakonan berbeza daripada saya," katanya.

Syiling 20 sen pencetus minat

Posted: 13 Nov 2012 04:50 PM PST


Syiling 20 sen pencetus minat
Omar menunjukkan syiling lama yang dipercayai berusia hampir 200 tahun.
Syiling 20 sen pencetus minat
Koleksi duit syiling milik Omar
PONTIAN – "Jika saya menjualnya, sudah pasti saya menjadi seorang jutawan, tapi saya sayang koleksi yang telah dikumpul hampir 50 tahun lalu ini," demikian luahan Omar Pileh, 65, yang memiliki ratusan keping syiling lama pelbagai saiz dan nilai dari beberapa negara.

Omar yang tinggal di Kampung Tampok Laut, Benut, dekat sini mendakwa memiliki wang lama yang berusia 300 tahun dan dipercayai mempunyai nilai yang cukup tinggi.

Menurutnya, dia memiliki syiling lama lima sen yang tertera perkataan 'Celria' yang didakwa berasal dari Sepanyol selain koleksi syiling berusia lebih 200 tahun yang tertera perkataan 'United State Of Amerika dan 'Liberty'.

Katanya, terdapat banyak lagi syiling lama yang disimpan termasuk satu syiling dari Palestin pada 1937.

"Walaupun tidak dapat memastikan nilai syiling tersebut, tetapi dia percaya ia mempunyai nilai tersendiri dan merupakan barangan antik yang sukar untuk ditemui," katanya.

Tertarik dengan syiling lama

Omar berkata, dia mula tertarik untuk menyimpan syiling lama sebagai koleksi peribadinya selepas mendapat syiling pertama ketika berusia 10 tahun.
"Saya masih ingat ketika itu di zaman sekolah, saya dan rakan-rakan menziarahi kematian seorang penduduk kampung di sini, ada seorang penduduk yang memberikan kepada kami syiling 20 sen.

"Itulah pertama kali saya memegang wang syiling, bukan main seronok ketika itu, kerana pada zaman itu bukan mudah untuk jumpa wang," katanya sambil tersenyum.

Katanya, sejak dari itu, dia mula jatuh hati kepada wang syiling kerana mempunyai ukiran nombor dan gambar yang begitu menarik di atasnya.

Koleksi dari pelbagai negara

Sebut sahaja nama negara, Australia, Afrika, Eropah dan Belanda, Omar pasti memiliki syiling lama dari negara tersebut.
Ketika ditanya dari mana dia mendapatkan syiling itu katanya, kerjaya sebagai tukang paip di Johor Bahru pada awal 80an ketika muda memudahkan dia memperoleh syiling lama tersebut.
"Perkenalan dengan anak-anak kapal yang berlabuh di Singapura ketika itu membolehkan saya mendapatkan wang syiling dari serata pelosok dunia," katanya.
Katanya, minat yang begitu mendalam terhadap syiling lama membuatkannya sanggup mengeluarkan belanja yang agak besar untuk memiliki syiling-syiling tersebut .

"Alhamdulillah, keluarga amat memahami minat saya, malah adik saya turut berkongsi minat bersama mengumpul syiling lama ini.
"Saya juga ada simpan wang kertas lama sebagai koleksi sampingan," katanya.

Omar berkata, dia amat mengalu-alukan kehadiran pihak berkaitan seperti Jabatan Kesenian Warisan bagi mengkaji nilai wang tersebut kini.

"Saya ada lihat di Internet mengenai syiling lama ini, dan harganya mencecah hampir jutaan ringgit," katanya.

Hobi membawa hasil

Posted: 13 Nov 2012 04:49 PM PST

MINAT...Latifah Amzah (tengah) mengendalikan kelas bonsai di bengkel Kelab Keluarga Daya Budi.
MINAT...Latifah Amzah (tengah) mengendalikan kelas bonsai di bengkel Kelab Keluarga Daya Budi.
PERTAMA kali melihat bonsai manik dan kristal yang berwarna-warni dalam pasu yang dihias cantik, hati tertanya-tanya, apakah semudah itu ia dihasilkan?
Belitan dawainya saja sudah menampakkan betapa terseksanya jari-jemari tuan punya badan memulas dawai menjadi ranting dan pohon, menyulam manik sebagai kelopak, kuntuman bunga dan juraian daun.
  • Foto NOR AZLINA...cari ilmu terlebih dulu.
  • Foto KERJASAMA...bersama-sama mencipta bonsai manik dan kristal untuk tambah pendapatan keluarga.
Bukan calang-calang orang yang sanggup 'mengulit dan menyulam' manik halus itu dengan begitu kreatif sekali sehingga mampu menggoda banyak pihak terutama wanita memilikinya untuk dijadikan hiasan kediaman.

Begitupun kerana minat, semua kesakitan ditolak tepi malah luka di jari yang kekal berbekas meninggalkan kenangan manis apabila bonsai manik yang dihasilkan dibeli kenalan.

Mendekati sekumpulan isteri kakitangan dan pekerja Kilang Sawit Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang, penulis terharu dan teruja melihat ketekunan mereka menyusun manik, melilit wayar dan membentuk pelbagai bonsai manik warna-warni yang sungguh menarik.

Berkat kesungguhan mereka, produk yang mulanya dihasilkan untuk menghiasi ruang tamu kediaman kini sudah bertukar kepada bisnes kecil-kecilan yang mula mendapat sambutan ramai kalangan kenalan dan ahli keluarga.

"Seronok membuat bonsai ini kerana kita boleh menggubahnya mengikut kreativiti dan cita rasa sendiri tanpa dipengaruhi rakan lain," begitu jawapan jujur Sabariah Omar, 43.

Dia ditemui sewaktu menghadiri kelas Seni Kraftangan di Kelab Keluarga Daya Budi (KKD) di tanah rancangan berkenaan, baru-baru ini.

Menurutnya, minat mendalam terhadap seni kraftangan bonsai manik itu memberi peluang kepadanya memperoleh pendapatan sendiri.

"Daripada hobi, ia bertukar kepada menjana pendapatan sampingan. Saya bersyukur kerana berkesempatan mempelajari seni kreatif ini daripada tenaga pengajar Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) serta buku rujukan dan hasilnya dibeli kenalan dan ahli keluarga.

"Alhamdulillah, pada Hari Raya lalu, saya memperoleh hampir RM500 apabila ramai kenalan dan ahli keluarga membelinya," katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, suaminya, Baharom Mustaffa, 50, memberi galakan kepadanya untuk mengusahakan kraftangan itu dengan lebih serius.

"Suami tidak menghalang kerana hasilnya memang cantik dan berseni serta boleh dijual bagi membantu menambah pendapatan keluarga," katanya yang sudah menghasilkan lebih 200 produk bonsai manik.

Nor Azizah Wan Hamzah, 40, pula berkata membuat bonsai memerlukan tahap kesabaran yang cukup tinggi dan kreativiti yang bagus.

"Ia bukan sekadar hobi semata-mata tetapi boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan jika diusahakan secara lebih serius," katanya.

Nor Azizah berkata, pada peringkat awal mengikuti kelas kraftangan itu, dia hampir berputus asa kerana sukar untuk menghasilkan bonsai yang cantik gara-gara tidak mahir melilit dawai dan mencantum manik.

"Ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan dengan sokongan rakan, akhirnya saya berjaya membentuk bonsai manik bentuk tanaman bunga," kata ibu kepada empat cahaya mata ini.

Projek penambahan pendapatan keluarga yang diselia Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) itu wajar diteruskan kerana ia secara tidak langsung membentuk budaya sihat dalam membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung suami masing-masing.

"Suri rumah sepenuh masa elok mempelajari seni kraftangan ini kerana ia sebenarnya mempunyai pasaran yang baik.

"Apabila kami membawa ke ekspo pameran dan jualan anjuran Felda atau program komuniti, ramai yang berminat membelinya," katanya.

Ibu kepada empat anak, Nor Azlina Roslan, 32, berkata seni kraftangan bonsai adalah sesuatu yang unik kerana mudah menghasilkannya.

"Minat dan mempunyai idea kreatif menjadikan penghasilannya lebih mudah. Jika tiada kesinambungan antara kedua-dua elemen itu, sudah pasti hasilnya tidak menjadi sebagaimana yang diharapkan.

"Justeru, jika sudah berminat tetapi tidak mempunyai pengetahuan mendalam untuk mencorakkannya, bergurulah terlebih dulu dengan sesiapa yang mempunyai kemahiran ini," katanya.

Baginya, kelas seni kraftangan yang dihadirinya itu memberi manfaat kerana dapat bertukar fikiran dan mencari idea baru untuk menambah baik penghasilan bonsai.

"Bonsai manik kalau dilihat pada pandangan mata kasar seperti tiada nilai sama seperti 'pokok palsu' yang lain tetapi seni menghasilkannya daripada segi gabungan warna dan bentuknya itu yang bernilai.

"Bukan senang hendak membentuk dan melilit dawai jika tiada kesungguhan dan sanggup menahan sakit kerana luka di jari selain jemu membuatnya," katanya yang turut menjual produk kepada kenalan.

Hasnah Aksah, 42, pula berpendapat seni kraftangan bonsai itu sangat unik dan mempunyai nilai tersendiri.

"Hanya orang yang berminat saja boleh menghasilkan bonsai manik yang cantik dan berseni tetapi mereka yang tidak berminat tidak perlu mencubanya.

"Saya sendiri ketika mula-mula diajak rakan untuk menghadiri kelas ini tidak yakin dapat menghasilkan produk yang berkualiti.

"Bagaimanapun selepas beberapa kali mencuba, minat itu datang sendiri dan lebih seronok apabila rakan memuji malah saudara-mara yang bertandang ke rumah turut meminatinya dan membeli bonsai yang dihasilkan," katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, pada pandangan mata kasar bonsai manik nampak mudah dibuat tetapi sebenarnya memerlukan ketelitian dan tumpuan sepenuhnya.

"Kreativiti perlu ada untuk menampakkan hasil berbeza. Gabungan bentuk manik dan pemilihan warna memainkan peranan penting dan perlu sesuai dengan jenis bonsai yang hendak dibuat.

"Bonsai manik juga perlu penjagaan rapi kerana jika dibiarkan dan terdedah, habuk akan melekat dan menjadikannya kotor dan berdebu. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, lebih baik ia disimpan di dalam almari," katanya.

Impian Alyah

Posted: 13 Nov 2012 04:48 PM PST

IDOLA...Alyah sedia membimbing peserta Idola Kecil.
IDOLA...Alyah sedia membimbing peserta Idola Kecil.
KETIKA hadir untuk sesi fotografi di Balai Berita bagi mempromosikan program realiti nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil musim kelima (IK5), selaku juri tetap, Alyah kelihatan kepenatan dan wajahnya tampak lesu kerana katanya kebelakangan ini dia sangat sibuk namun digagahinya juga kerana dia ada tanggungjawab untuk dilangsaikan.
Dia juga baru sembuh daripada sakit tulang belakang akibat ditimpa lampu spot light pada satu acara anjuran Hot FM. Bagaimanapun kata Alyah kesannya masih terasa kerana empat tahun lalu dia pernah ditimpa kemalangan di tempat sama.
Oleh itu kemalangan yang baru dialaminya menambahkan lagi kesan kesakitan sedia ada.
   
  • Foto IDOLA...Alyah sedia membimbing peserta Idola Kecil.
  • Foto
  • Foto LAHIRKAN INSAN SENI...(dari kiri) cikgu Delly, Alyah, Alfa dan Boojae.

Sekarang katanya dia tak boleh minum minuman sejuk kerana pada sebelah malam tulang belakangnya terasa nyilu. Dia juga terpaksa menggantikan tilam yang digunakannya selama ini dengan tilam khas untuk mengurangkan sakit belakang.
"Sebelum ini saya jarang minum minuman sejuk hanya sesekali saja apabila rasa teringin tetapi sejak kejadian baru-baru ini, langsung saya tak boleh minum.
Terasa berbisa. Makan pun terpaksa memilih, yang mana sayuran 'sejuk' akan saya elakkan. Tilam juga terpaksa beli baru, kalau tidak saya tak boleh tidur.

"Tidur malam juga saya terpaksa memakai stokin kerana tapak kaki akan terasa sejuk. Allah SWT sudah mengambil sedikit nikmat daripada saya. Pun begitu saya bersyukur kerana masih boleh bekerja seperti biasa," katanya.

Alyah juga baru menceburi perniagaan online menjual turban dan shawl.
Perniagaan yang dikongsi bersama dua rakan karibnya itu dinamakan Gaya Alyah.

"Sejak tahun lagi saya bercadang untuk membuka perniagaan ini tetapi kesuntukan masa. Setiap minggu ada show. Untuk memastikan perniagaan berjalan lancar, saya mesti memberikan komitmen. Mujur rakan saya itu bersetuju memberi sepenuh tumpuan barulah saya boleh memulakannya.

"Sebagai permulaan Gaya Alyah menumpukan kepada keperluan Muslimah dan selepas itu barulah akan saya perluaskan untuk pakaian biasa yang mana peminat selalu bertanya di mana saya beli baju. Selalunya mereka berasa hampa kerana tiada ukuran baju yang sesuai untuk mereka.

"Peminat teringin nak pakai apa yang saya pakai tetapi masalah sukar mencari saiz. Saya akan mencari baju yang sama seperti saya pakai tetapi dalam pelbagai saiz. Semua baju itu saya akan pilih sendiri.

"Perniagaan ini beroperasi menerusi online dan edaran katalog. Saya akan mencari butik di seluruh negara menjadi ejen Gaya Alyah. Dengan cara itu mudah untuk peminat saya walau di mana mereka berada mendapatkan produk yang saya jual. Ramai pemilik butik berminat bekerjasama tetapi saya belum berkesempatan bertemu mereka.

"Sebelum usaha sama dibuat, saya perlu melihat butik mereka dan mengenali pemiliknya dengan lebih rapat. Saya akan pastikan di setiap negeri ada wakil dan peminat boleh beli terus daripada mereka. Selepas itu saya sendiri akan pergi ke setiap butik untuk membantu mereka mempromosikannya," katanya.

Alyah belum bersedia membuka butik sendiri kerana kos yang tinggi.

"Biar saya berniaga dengan cara begini dulu. Kalau saya nak buka butik sendiri, saya mahukan konsep berbeza dan paling penting memberi keselesaan kepada pelanggan. Impian saya untuk memiliki butik seperti itu memerlukan kos yang besar dan buat masa sekarang belum berkemampuan.

"Kalau buka butik tanpa dapat memberikan komitmen tak boleh juga. Sebagaimana kerjaya seni saya naik dengan perlahan-lahan, saya mahu proses perniagaan ini begitu juga. Tak mahu terlalu drastik, saya mahu membuat persediaan rapi sebelum bergelar pemilik butik," katanya.

Dia yang sudah lama tidak ada album baru penuh akan mula memasuki studio pada Januari depan bekerjasama dengan Warner Music.

"Saya akan mengurangkan persembahan pentas untuk memastikan album itu siap pada masanya. Kalau saya terus menerima undangan pada setiap minggu, nescaya album itu akan tertangguh. Sudah lima tahun saya tidak menghasilkan album penuh dan memang teringin sangat nak buat.

Perkembangan lain, pada Anugerah Planet Muzik yang akan berlangsung pada Disember ini di Singapura, dia antara artis yang menerima banyak pencalonan iaitu Artis Serantau Popular, Lagu Serantau Popular, Artis Wanita Terbaik, Lagu Terbaik dan Ikon Media Baru.

Bercerita mengenai penampilannya dalam IK5, dia dilantik sebagai juri tetap setiap minggu yang berlangsung selama lapan minggu.

"Tahun lalu kawan baik saya, Atilia menjadi juri tetap IK4. Sebagai juri saya akan berkongsi pengalaman saya yang tidak seberapa ini dengan peserta cilik itu. Setiap minggu saya akan mengikuti aktiviti dan kelas yang mereka sertai dan saya juga melihat rakaman IK4.

"Walaupun pesertanya kanak-kanak suara mereka sangat bagus. Apa yang saya lakukan lebih kepada perkongsian ilmu. Untuk melihat bagaimana juri melontarkan pandangan mereka, saya menonton The Voice, American Idol dan melihat Ziana Zain yang kini juri tetap program Vokal.

"Orang sekarang senang jadi penyanyi, tidak seperti saya dulu yang belajar menyanyi dengan pak cik dan orang di sekeliling saya. Kalau mereka belajar menyanyi macam orang dulu-dulu (belajar), saya yakin mereka tak akan tahan.
Cara pembelajaran orang dulu sangat 'keras'," katanya.

Konsert minggu pertama IK5 sudah pun bermula pada 10 November lalu, setiap Sabtu, jam 8.30 malam di TV9.

Fizo Omar Habis Ribuan Ringgit Di Kota Bangkok

Posted: 13 Nov 2012 04:47 PM PST

Inilah beg besar Fizo yang hanya memuatkan pakaian baru yang dibelinya di Bangkok.
BANGKOK: Pelakon Fizo Omar menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli pakaian yang bakal digunakan bagi tujuan sesi fotografi dan juga penggambaran drama serta filem ketika berada selama empat hari di Bangkok, Thailand di sini.
Fizo, 27, berkata, sebagai artis, seseorang itu perlu mempunyai koleksi pakaian yang banyak memandangkan syarikat produksi tempatan tidak menyediakan kostum untuk watak-watak tertentu dalam sesebuah karya yang dibintanginya.
"Saya mengaku, terdapat beratus-ratus helai koleksi pakaian yang saya simpan. Semuanya saya beli untuk digunakan bagi tujuan sesi fotografi dan juga penggambaran," katanya.
Fizo ditemui mStar Online pada Isnin ketika menyertai percutian bersama media tajaan AirAsia selama empat hari di kota Bangkok bermula Jumaat lalu.
Turut sama para pegawai syarikat penerbangan itu termasuklah Pembantu Khas kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Edd Razhe.
Fizo (tiga dari kanan) bersama para pegawai AirAsia iaitu Fairuz (dari kiri), Aziz, Edd Razhe, Qasturi dan Junne.
Para rombongan turut dibawa melawat lapangan terbang Dong Mueang yang telah diubahsuai menjadi pusat pendaratan pesawat tambang rendah yang mula beroperasi sejak 1 Oktober lalu.
Sebelum ini semua pesawat domestik dan antarabangsa mendarat di lapangan terbang Suvarnabhumi di sini.
Fizo berkata, dia tidak mementingkan jenama tetapi memadailah pakaian yang dibelinya itu sedap dipakai selain bersesuaian dengan bentuk tubuhnya.
Kata Fizo, sepanjang empat hari berada di Bangkok, dia telah membeli berpuluh-puluh helai pakaian yang dijual secara pukal di pusat belai belah Platinum Mall di sini.
Katanya, keistimewaan Bangkok kerana ia merupakan destinasi pilihan tepat bagi mereka yang benar-benar suka berfesyen kerana terdapat banyak koleksi terkini pakaian yang dijual dengan harga yang murah.
Fizo merasai kaedah urutan aromaterapi di hotel Sofitel So yang bertaraf lima bintang.
Fizo berkata, dia turut membeli baju T yang dijual dengan harga kira-kira RM30 sehelai serta kasut dengan corak menarik yang diperolehnya dengan harga RM150.
"Saya tidak malu untuk memberitahu yang saya juga memakai baju T berharga RM30. Saya sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk membeli pakaian yang sememangnya saya akan gunakan untuk tujuan kerjaya saya.
"Yalah... bila kita berlakon, orang bukan tahu pun harga baju yang kita pakai itu," katanya.
Jelas Fizo, dia amat teruja berada di kota Bangkok selepas kali pertama mengunjunginya kira-kira 10 tahun lalu bagi menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan di antara pasukan Thailand dengan Real Madrid.
Bercerita mengenai percutiannya itu Fizo berkata, ia merupakan peluang yang menarik kerana sebelum ini dia sering bercuti ke Bandung, Indonesia dan Phuket, Thailand.
Menaiki Tut Tut adalah kemestian kalau berkunjung ke Thailand.
Sebagai seorang artis, Bangkok benar-benar memberi kepuasan khususnya bagi mereka yang gemar untuk membeli pakaian bagi tujuan bergaya.
Malah lebih menarik lagi Fizo turut berpeluang menginap di hotel lima bintang iaitu Sofitel So yang turut menyediakan kemudahan kelas pertama yang harganya kira-kira RM800 semalam.
Pihak hotel juga menaja Fizo untuk merasi pengalaman pakej urutan aromaterapi yang disediakan bagi menghilangkan stres kerana bekerja.
"Terus terang saya katakan, fikiran saya menjadi lebih relaks dan segala stres bekerja dapat dikurangkan selepas melalui urutan aromaterapi oleh tukang urut terlatih yang disediakan oleh pihak hotel kepada saya," katanya.
Sementara itu Edd Razhe berkata, sebagai sebuah syarikat penerbangan yang mementingkan dunia hiburan, AirAsia sentiasa memberi peluang kepada golongan artis di negara ini merasai percutian yang ditaja pihak mereka secara percuma.
Tidak sukar mencari restoran Muslim di Bangkok.
Katanya, golongan selebriti adalah aset yang berjaya mempopularkan syarikat itu yang seterusnya menyediakan peluang kepada golongan berkenaan menyertai pelbagai aktiviti yang mereka rancang.
Antara lain kata Edd, mereka di undang menjadi pengacara bersama dalam program Travelodge yang telah pun disiarkan sebelum ini, Destinasi Cinta Bersama AirAsia serta beberapa rancangan lain.
"Sejak AirAsia diperkenalkan, lebih 30 artis telah bekerjasama dengan kami melibatkan aktiviti yang berkaitan seperti pelancaran produk, menjadi pengacara bersama serta pengenalan destinasi baru," katanya.

Asam pedas Batu Pahat unik

Posted: 13 Nov 2012 04:43 PM PST


Asam pedas Batu Pahat unik
Asam Pedas Ikan Pari
Asam pedas Batu Pahat unik
Yana (kiri) mahu berkongsi kesedapan resepi turun temurun keluarganya dengan penduduk Batu Pahat
APABILA sebut sahaja makanan di daerah Batu Pahat, sudah pasti ramai yang bercerita mengenai keenakan Nasi Beriani di Medan Selera Benteng dan juga keunikan sejenis mi yang dikenali sebagai Mi Racun.
Namun, bagi penggemar asam pedas mereka boleh turut merasai keenakan juadah itu yang pelbagai jenis dan jenama dari puluhan kedai makan di daerah ini dengan pelbagai citarasa tersendiri .
Bagi menarik pelanggan, pemilik kedai makan telah meletakkan pelbagai nama bagi menu asam pedas seperti Asam Pedas Melaka, Asam Pedas Muar dan Asam Pedas Parit Jawa.

Salah seorang peniaga asam pedas, Comel@Ayu Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Ibu berkata, tidak dinafikan asam pedas adalah salah satu makanan yang agak popular di Batu Pahat.

Katanya, mereka yang datang ke daerah ini sudah pasti akan mencari kedai makan yang menjual makanan istimewa terbabit, malah ada  yang datang ke sini semata-mata untuk merasai keistimewaan menu itu.

"Pernah satu ketika, saya bertanyakan kepada salah seorang pelanggan yang datang ke kedai makan saya bersama keluarganya dan dia menyatakan dari utara tanah air.

"Saya kagum dengan kesanggupan mereka sekeluarga datang ke Batu Pahat ini hanya untuk menikmati keenakan asam pedas saya yang dikatakan popular sehingga seluruh Semenanjung Malaysia," katanya kepada Sinar Harian.
Pemilik kedai makan sedia 100 kilogram ikan setiap hari

Walaupun banyak pilihan kedai asam pedas yang dianggap seperti cendawan tumbuh selepas hujan, setiap kedai makan yang wujud di daerah ini mempunyai pelanggan tetap mereka sendiri, malah mereka perlu menyediakan lebih 100 kilogram ikan pelbagai jenis setiap hari.

Menurut seorang lagi peniaga, Siti Azliyana Mohd Abd Aziz, sejak membuka restoran pada bulan Februari 2011 sambutan yang diterima memang menggalakkan.

"Tujuan asal saya membuka kedai makan ini adalah untuk berkongsi keenakan asam pedas hasil air tangan sendiri yang merupakan resepi 'turun-temurun' keluarga dengan orang ramai.

"Dalam masakan yang diwarisi itu, rahsia utama yang diletakkan ialah daun kesum, di mana aroma daun tersebut membuatkan asampedas itu sedap atau sebaliknya," katanya.

Menurutnya lagi, daun kesum terbabit juga mempunyai daya penarik yang boleh membuka selera setiap orang selain menambah keaslian resepi yang dihidangkan kepada pelanggan.

"Di restoran saya, antara asam pedas yang cukup digemari pelanggan dan sering menjadi pilihan ialah kepala ikan merah, ikan pari, ikan sembilang, ikan kembung dan beberapa jenis lagi.

"Bagi menampung keperluan dan juga kehendak pelanggan, setiap hari saya akan memasak sekitar 100 kilogram ikan terdiri dari pelbagai jenis untuk memenuhi kehendak pelanggan.

"Bagi pelanggan tetap yang mengunjungi restoran saya ini, mereka sudah mengetahui yang saya membukanya seawal jam 8 pagi sehinggalah 6 petang setiap hari dan hari Jumaat restoran ini tidak dibuka," katanya.

Katanya lagi, dengan adanya gerai atau kedai makan yang menjual asam pedas ini membuatkan industri pelancongan di daerah ini semakin rancak dan berkembang maju sehingga ada yang menggelar daerah Batu Pahat sebagai 'bandar makanan'.

Penyewa unit PPR sewakan rumah pada warga asing dengan harga tinggi

Posted: 13 Nov 2012 04:39 PM PST


Penyewa unit PPR sewakan rumah pada warga asing dengan harga tinggi
Warga Myanmar bekerja sebagai pencuci kereta
Penyewa unit PPR sewakan rumah pada warga asing dengan harga tinggi
Salah satu unit PPR dijadikan stor alatan pembinaan.
PETALING JAYA – Cukup melampau apabila ada penyewa menyalahgunakan unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang diterima untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menyewakannya kepada warga asing.
Tidak kurang juga, ada sindiket didalangi rakyat tempatan menyewakan unit PPR kosong sebagai jalan untuk memperoleh wang mudah setiap bulan.
Malah ada pula majikan menjadikan PPR sebagai rumah kongsi pekerja dan menjadikan unit rumah mereka sebagai stor peralatan tapak projek.
Tinjauan pada malam hari sehingga awal pagi di kawasan PPR Taman Putra Damai, Lembah Subang baru-baru ini mendapati, terdapat banyak unit rumah di situ dihuni oleh warga asing.
Fenomena memeranjatkan itu terbongkar selepas wartawan Sinar Harian dibawa sendiri melihat unit rumah yang didiami warga asing dari Myanmar, India, Bangladesh dan Indonesia.
Penyewa, majikan ambil kesempatan
Rumah pertama yang dikunjungi di tingkat 12 blok C ini didiami lapan warga Bangladesh yang bekerja di sebuah tapak projek di kawasan berhampiran.

Menurutnya, ketua rumah itu yang mahu dikenali Sattar, 40, berkata, dia dan rakan baru dua bulan menetap di rumah yang disediakan majikannya.

Apa yang pasti, unit rumah yang didiami warga asing itu tidak ubah seperti rumah kongsi apabila keadaan tidak terurus dan kotor.

Sebuah rumah lagi di blok sama di tingkat dua pula dijadikan stor penyimpanan barang untuk projek perumahan didiami dua warga India.

Seorang penghuninya dikenali sebagai Dharmaraj, 30, mengaku tinggal bersama seorang lagi rakannya dan mula menetap di situ sejak tiga bulan lalu dan memberitahu rumah yang didiami itu disediakan majikan.

Dua rumah lagi di blok A dan blok E turut dijadikan rumah kongsi apabila terdapat tujuh hingga 10 warga Myanmar yang bekerja sebagai pencuci kereta dan tapak pembinaan sanggup tinggal bersesak-sesak.

Alasan sama turut diberikan iaitu rumah disediakan oleh majikan dan mereka hanya diarah tinggal di situ sahaja manakala sebuah lagi rumah yang didiami sekeluarga warga India  mengaku membayar sewa kepada penyewa asal yang merupakan warga tempatan dengan kadar bayaran RM350, jauh lebih tinggi daripada harga sewa asal yang perlu dibayar kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) iaitu RM124 sebulan.

Manakala dua rumah didiami warga Indonesia gagal dimasuki kerana penghuninya enggan membuka pintu.

Gagal tunjuk permit

Hampir ke semua warga asing yang tinggal unit PPR berkenaan gagal menunjukkan permit kerja sebaliknya menunjukkan salinannya pasport.

Dianggarkan puluhan unit rumah di situ didiami warga asing menggunakan cara yang sama malah ada rumah disewa sehingga mencecah RM700 sebulan.
Tiada tindakan diambil
Pengerusi Surau Al-Ihsaniah, Mohd Nasair Sharif berkata, aduan mengenai perkara berkenaan sudah dibuat kepada MBPJ beberapa kali namun tiada tindakan diambil.
"Masalah pertambahan warga asing ini cukup ketara selepas MBPJ mengambil alih pengurusan lapan blok di kawasan ini tiga bulan lalu," katanya

Menurutnya, MBPJ perlu melakukan pemeriksaan dan menyemak semula status penyewa di kawasan perumahan itu dan jika didapati pemiliknya menyewakan kepada warga asing tindakan tegas perlu diambil.
Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MBPJ, Aziz Hashim berkata, tujuan asal diwujudkan PPR adalah untuk rakyat tempatan atau keluarga kurang berkemampuan, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) selain turut menjadi transit sementara untuk penghuni setinggan.

"Sekarang PPR di sini sudah jadi tempat warga asing, yang merananya nanti rakyat kita juga kerana terpaksa tinggal berjiran dengan warga asing yang pengotor malah keselamatan penduduk juga tidak terjamin dengan kehadiran mereka," katanya.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk, Mohd Faizal Azmi berpendapat, sudah tiba masanya MBPJ melakukan bancian dan pemeriksaan semula penyewa di situ.

"Apa yang saya tahu ada yang sudah berpindah, kemudian sewakan rumah kepada warga asing atau pihak lain dan kaut untung atas angin," katanya.
MBPJ bakal usir penyewa  

MBPJ akan mengusir mana-mana penyewa dan mengambil semula kediaman yang disewakan kepada warga asing.
Pengarah Unit Perhubungan Awamnya, Haniza Abdul Hamid memberitahu, setakat ini sebanyak 80 kediaman dikosongkan kerana penyewanya melakukan kesalahan itu.

"Majlis akan menawarkan unit-unit pendatang asing yang dikosongkan oleh pendatang asing tersebut kepada pemohon yang berada dalam senarai menunggu majlis manakala penyewa asal yang terlibat dalam memberikan sewa kepada pendatang asing akan disenaraihitamkan daripada memohon dan menyewa di PPR di bawah kendalian majlis," katanya.

Lepas pantang, kembali aktif mencuri

Posted: 13 Nov 2012 04:38 PM PST


Lepas pantang, kembali aktif mencuri
Norazlina mengaku bersalah melakukan pencerobohan kedai runcit dan mencuri pelbagai barangan kosmetik di Mahkamah Majistret, di sini, semalam
KUALA TERENGGANU - Walaupun baru sahaja lepas berpantang melahirkan anak keempat, seorang pembantu kedai makan terus aktif menjalankan jenayah mencuri.
Dia yang memiliki rekod jenayah lampau dilihat seolah-olah tidak pernah serik apabila sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas dua pertuduhan iaitu melakukan pencerobohan ke atas sebuah kedai runcit di Jalan Sultan Sulaiman, dan mencuri barangan kosmetik di sebuah kios kecantikan di Pasar raya Mydin Mall.

Tertuduh, Norazlina Mamat, 35, dari Jalan Banggol Kampung Paya Keladi, dengan selamba mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Noradila Ab Latiff.
Bagi pertuduhan pertama, Norazlina mengaku melakukan pencerobohan ke atas kedai Nine Enterprise di Jalan Sultan Sulaiman, di sini, milik Dzulkarnaim Othman, 29, pada jam 4 hingga 5 pagi, 9 November lalu.
Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Norazlina turut mengaku bagi pertuduhan kedua mencuri pelbagai barangan kosmetik bernilai RM400 di kios Butik EllyNoor di Pasar raya Mydin Mall, Jalan Sultan Mohamad, milik Norrizam Muda, 44, pada 14 Ogos lalu, kira-kira jam 11.40 malam.
Norazlina mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda manakala Norazlina tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan bersalah bagi kedua-dua pertuduhan direkodkan, Noradila menetapkan 20 November depan sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan dia diikat jamin RM6,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Restoran hidang menu anjing

Posted: 13 Nov 2012 04:32 PM PST


Pub yang menjadi tumpuan warga Myanmar.
Pub yang menjadi tumpuan warga Myanmar.
Minuman keras yang dijual tanpa permit turut dirampas.
Minuman keras yang dijual tanpa permit turut dirampas.
PETALING JAYA – Sebuah restoran dan pub yang menjadikan anjing sebagai makanan utamanya disita dalam serbuan anggota Balai Polis Damansara Utama dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, awal pagi semalam.

Serbuan yang diketuai, Ketua Balai Cif Inpektor Mohd Zul Azri Abdul Rashid itu berjaya menahan tujuh warga Myanmar yang sedang leka menikmati minuman keras di premis tidak berlesen itu yang beroperasi di tingkat dua bangunan rumah kedai di Jalan SS 21/56 B, Damansara Utama, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, serbuan dilakukan berikutan aduan daripada penduduk setempat yang kurang senang dengan sikap pengunjung restoran itu yang mabuk dan membuat bising pada pada awal pagi.

"Tindakan pernah diambil setahun lalu namun premis terbabit masih berdegil menyebabkan  tindakan diambil sekali lagi," katanya.

Ke semua warga asing ditahan akan diperiksa, manakala yang tiada dokumen pengenalan diri akan diserahkan kepada Imigresen untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, pub itu popular dalam kalangan warga Myanmar apabila ada di antaranya yang datang dari jauh semat-mata mahu menikmati hiburan di situ.

Siasatan lanjut mendapati premis tidak mempunyai lesen untuk menjual minuman keras  yang kebanyakannya diimport.

"Kesemua minuman keras yang dijual dirampas dan akan diserahkan kepada Kastam untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, pihak MBPJ menjalankan sitaan ke atas beberapa barangan termasuk pembesar suara dan set televisyen mengikut Enakmen Pusat Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen.

Gomez tinggalkan Bieber

Posted: 13 Nov 2012 04:31 PM PST


SELENA GOMEZ dikatakan sudah tidak mempercayai Bieber.


KINI ia bukan sekadar gosip, namun memang sebuah kenyataan bahawa hubungan cinta pasangan selebriti remaja Justin Bieber dengan Selena Gomez telah benar-benar berakhir.
Ia merupakan berita yang agak mengejutkan kerana mereka sebelum ini dilihat semakin serius terhadap hubungan cinta yang dibina sehingga membeli aset yang berupa kediaman bersama, selain Bieber mengaku dia jatuh cinta dengan Gomez.
Banyak spekulasi yang timbul tentang perpisahan pasangan tersebut selepas dua tahun mereka bercinta.
Antaranya, dakwaan yang mengatakan Bieber, 18, curang terhadap Gomez, 19. Maka Gomez telah mengambil keputusan untuk berpisah walaupun ia menyakitkan dirinya sendiri.
"Gomez mengambil keputusan untuk berpisah dengan Bieber pada minggu lalu. Ini kerana dia sudah semakin sukar untuk mempercayai Bieber, jadi dia minta untuk berpisah," ujar satu sumber kepada majalah People.
Bieber didakwa curang apabila gambarnya keluar berpesta dengan model Barbara Palvin tersebar. Malah, mereka turut dilihat keluar menonton teater muzikal The Lion King bersama.
Selain isu curang, faktor lain yang dikatakan menjadi punca perpisahan mereka ialah jadual kerja kedua-duanya yang terlalu sibuk.
Sebelum ini, pada awal perhubungan cinta mereka dihidu media, Gomez menyifatkan Bieber yang muda setahun tidak ubah seperti seorang adik baginya.
"Dia macam adik lelaki buat saya," katanya. Malah pada awal tahun 2011, mereka masih menafikan hubungan yang terjalin.
Namun Gomez akhirnya harus akur bahawa dia telah jatuh cinta dengan Bieber.
Dalam satu temu bual pada awal tahun ini, Gomez memberitahu: "Kehidupan saya sangat bahagia dengan kehadiran orang yang menyayangi saya."

Tempoh rehat Syafie tamat

Posted: 13 Nov 2012 04:30 PM PST



MENGENALI aktor Syafie Naswip sejak berusia 14 tahun dan kini telah berusia 20 tahun, orangnya tidak pernah berubah.
Apa yang berubah hanya ketinggian dan kematangan dirinya. Selebihnya Syafie masih kekal seorang anak muda yang pemalu, pendiam dan cukup berbakat sebagai aktor.
Syafie yang dihubungi Kosmo! sehari selepas dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2012 menewaskan aktor yang lebih senior seperti Zahiril Adzim, Zaidi Omar, Bront Palarae dan Soffi Jikan, cukup ramah ketika sesi temu bual berlangsung.
Ucapan tahniah dilayangkan kepadanya disambut dengan ucapan terima kasih. Rasanya sudah berbakul ucapan tahniah diterima selepas majlis ASK 2012 berakhir.
Namun, segala ucapan itu tiada tandingannya dengan ucapan tahniah daripada dua insan kesayangannya, ibu dan ayah yang setia menonton detik kemenangannya di depan kaca televisyen.
"Saya sedikit sebak ketika menerima anugerah sebab ibu saya teringin datang ke majlis ASK 2012. Sebelum ini, ibu langsung tidak pernah datang ke mana-mana majlis hiburan.
"Namun, saya hanya ada dua tiket sahaja. Jadi, ibu terpaksa menonton dari rumah. Itu yang membuatkan saya sedikit sedih. Keesokan harinya, ibu membelek-belek anugerah yang saya dapat sambil mengucapkan tahniah," kata Syafie yang merupakan anak tunggal kepada pasangaan Norsiah Ahmad, 47, dan Naswip Abu Nawas, 50.
Sebelum berlakon dalam filem Songlap pada tahun lalu, semangat lakonannya hilang selama dua tahun selepas pemergian pengarah dan gurunya, arwah Yasmin Ahmad.
Kemudian, selepas filem Songlap, Syafie berehat selama setahun daripada lakonan untuk memberi tumpuan kepada peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang diambilnya pada tahun lalu.
Ruang kosong yang ditinggalkan Syafie terlalu lama, sehingga ada yang lupa kewujudannya dalam industri lakonan.
"Mungkin lama sangat saya tidak muncul dalam mana-mana majlis hiburan, sampai ada orang yang sudah lupakan saya.
"Sebenarnya saya jarang datang ke majlis besar bukan tidak mahu, tetapi saya tidak tahu nak buat apa dan bawa diri," katanya tanpa berselindung.
Disoal apakah yang dilakukan dalam tempoh rehat yang terlalu panjang kerana jarang sungguh wajahnya muncul di kaca televisyen, Syafie memberitahu dia melakukan banyak perkara di luar bidang seni.

SYAFIE NASWIP memberitahu dia kini sudah bersedia untuk memberi komitmen sepenuh masa terhadap dunia lakonan.


"Filem terakhir lakonan saya adalah Juvana. Selepas itu belum ada sebarang tawaran lagi. Jadi, masa yang kosong itu saya isi dengan bantu kawan berniaga burger dan baju Melayu selain bekerja di kedai makan," ceritanya penuh jujur.
Meskipun jarang muncul dan kini kurang menerima tawaran lakonan, hasil wang yang diterima daripada kerja lakonan sebelum ini disimpan dengan baik.
Kebanyakan wang yang diterima digunakan untuk keperluan keluarga, memandangkan ibunya hanya seorang suri rumah dan bapanya bekerja sebagai seorang buruh kasar.
"Saya banyak habiskan wang untuk keluarga dan saya bukannya jenis yang suka menghabiskan wang untuk perkara yang bukan-bukan.
"Sekarang saya dalam proses mengambil lesen kereta dan selepas itu bolehlah saya beli kereta. Mudah untuk saya ke lokasi penggambaran dan juga bawa ibu bapa ke mana-mana.
"Kalau boleh saya ingin beli kereta yang selesa dan tahan lama. Biar tahan sampai saya berkeluarga kelak. Buat masa ini, untuk ke mana-mana saya hanya menggunakan teksi atau naik motosikal sahaja," tuturnya.
Enggan menangis lagi
Berehat daripada dunia lakonan dalam tempoh yang lama mewujudkan tanda tanya dalam dirinya apakah dia sesuai untuk bidang lakonan?
"Sebelum ini saya sendiri was-was dengan pilihan saya sama ada berlakon atau menceburi bidang yang lain.
"Tempoh berehat itu telah membuatkan saya sedar. Belajar sesuatu yang teori tidak kena dengan jiwa saya sebaliknya saya perlukan sesuatu yang praktikal seperti lakonan. Jadi, tahun ini saya ingin kembali aktif berlakon," beritahunya penuh semangat.
Sungguhpun dia dikurniakan bakat lakonan, tegas Syafie, dia mahu menjadi seperti arwah Yasmin Ahmad dan idolanya, Faizal Hussein yang jarang-jarang muncul dengan filem atau drama, tetapi sesekali kemunculannya bakal memberi impak yang besar.
"Saya terlibat dalam lakonan secara tidak sengaja dan saya berlakon kerana arwah Yasmin. Arwah pernah kata gunakan bakat yang ada pada saya, tetapi jangan keterlaluan.

DISEBABKAN tiada tawaran berlakon, Syafiq pernah membantu rakannya menjual burger.


"Maksudnya, saya ingin jadi sepertinya. Saya tidak mahu terlalu banyak sangat berlakon dan cepat naik sehingga sampai satu tahap saya sendiri tidak tahu apa lagi yang ingin diberi ketika berlakon," katanya.
Akuinya, kebanyakan watak yang diterima semuanya sama. Selalunya, Syafie diberi watak air mata dan orang susah sedangkan dia ingin sesuatu yang lebih daripada itu.
"Memang saya tidak suka dan agak kecewa apabila orang kata, watak air mata dan orang susah hanya sesuai untuk saya. Lama-lama saya juga bosan.
"Saya sendiri harus berusaha untuk pelbagaikan karakter. Setakat hari ini, saya tidak memilih watak asalkan watak yang diberi saya mampu bawa dan sesuatu yang baharu. Mungkin belum rezeki saya untuk terlibat dalam naskhah yang berbeza dan lebih mencabar," ungkapnya.
Hakikat kehidupan yang harus diterima Syafie, demi kelangsungan hidup, ada kalanya dia terima sahaja tawaran lakonan.
"Kalau nak tahu, itulah dilema yang dihadapi oleh kami yang bergelar pelakon. Jika di Hollywood, pelakon mereka boleh pilih watak dan muncul setahun sebuah filem sahaja sebab bayaran tinggi dan pasaran filem mereka cukup luas.
"Pelakon Malaysia tidak ada semua itu. Minggu ini terima skrip, minggu depan sudah penggambaran. Tidak ada masa untuk mengkaji watak dengan sepenuhnya, tetapi harus terima juga demi cari makan. Sebulan empat drama, itu perkara biasa buat pelakon Malaysia.
"Jadi, saya pun tidak boleh terlalu memilih. Ada kalanya, saya ambil sahaja tawaran walaupun tidak puas berlakon hanya kerana itu sahaja sumber pendapatan saya sekarang," jelasnya penuh serius.

Lana kisah jika kena bogel

Posted: 13 Nov 2012 04:29 PM PST



BABAK dalam filem Pontianak vs Orang Minyak yang memerlukan Lana mendedahkan lurah payudaranya kerana mengikut kehendak jalan cerita tersebut.



PELAKON kontroversi, Lana Nodin yang pernah mendapat jolokan Pamelan Anderaon Malaysia dan pernah didakwa menjalani pembedahan membesarkan payudara, nampaknya tidak habis-habis lagi dengan isu seumpama itu.
Terbaharu, Lana dikatakan tidak kisah membawa watak yang dikatakan mengeksploitasi tubuh badannya apabila payudaranya dijadikan bahan jenaka dan memakai baju yang menampakkan lurah dada dalam filem terbaharu arahan Afdlin Shauki bertajuk Pontianak vs Orang Minyak yang bakal ditayangkan hujung bulan ini.
Namun, dia mendakwa kenyatannya berhubung perkara itu telah disalah ertikan oleh sebuah portal hiburan tempatan dengan menyatakan dia tidak kisah tubuh badannya dieksploitasi.
Pelakon yang dikenali menerusi drama Gol dan Gincu tersebut menerangkan perkara sebenar yang diperkatakan olehnya ketika terlibat dalam filem itu selepas ditemui pada majlis Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC), Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Lana turut menjelaskan hubungannya dengan seorang model lelaki kelahiran Republik Czech seperti yang pernah tersiar dalam kolum gosip baru-baru ini.
Kosmo!: Adakah benar Lana rela menjadikan payudara anda sebagai 'bahan pelaris' dan tontonan umum dalam filem Pontianak vs Orang Minyak yang bakal ditayangkan hujung bulan ini?
LANA: Saya rasa isu ini tidak timbul sebab Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) benarkan semua babak yang melibatkan saya, jadi tiada apa-apa masalah.
Apakah yang ingin anda jelaskan soal isu ini?
Sebenarnya kostum watak saya dipilih Afdlin setelah perbincangan dibuat. Saya setuju ia dipilih oleh beliau memandangkan Afdlin orang lama dalam bidang ini dan berpengalaman.
Bagaimanakah pula dengan laporan anda rela dieksploitasi terutama untuk mendedahkan payudara asalkan dapat terbabit dalam filem tersebut?
Bukan saya tidak kisah atau rela perkara itu berlaku. Sebenarnya, apa yang saya cakap telah disalah erti oleh penulis. Tajuk berita itu tidak kena dengan apa yang saya cakap. Gambarannya seperti saya kalau dapat watak bogel pun saya okey. Realitinya, itu tidak betul.
Jadi apakah sebenarnya yang anda cakap? Jika anda tak cakap, bagaimana laporan tersebut boleh ditulis sedemikian?
Saya cakap saya bukan tidak kisah, tetapi sebagai seorang pelakon saya kena jiwai watak. Jadi untuk filem tersebut, soal pakaian saya serahkan kepada pengarah dan produksi sebab saya percaya mereka.
Kenapakah anda terima watak itu?
Saya tak pernah dapat watak komedi, sebagai seorang pelakon saya kena cuba macam-macam watak yang ditawarkan.
Bagaimanakah pula mengenai hubungan anda dengan seorang model luar negara seperti yang tersiar dalam blog dan ruangan gosip baru-baru ini?
Kami tengah mengenali hati budi masing-masing, dia bukan Islam, jadi saya bagi masa dia kenal Islam dan Melayu. Saya tidak paksa dia apa-apa.
Adakah itu bermakna lelaki itu teman lelaki anda?
Entah, rahsia. Selagi saya tidak tanda tangan surat jadi suami isteri, saya masih berstatus solo.

Dinda sanggup botak demi Keke

Posted: 13 Nov 2012 04:27 PM PST


DARI kiri: Pelakon Alex Komang, pengarah Harris Nizam dan Dinda Hauw pada sidang media filem Surat Kecil baru-baru ini.


FILEM Surat Kecil Untuk Tuhan yang ditayangkan pada tahun lalu berjaya menduduki carta filem paling hit di Indonesia.
Bagaimanapun, filem adaptasi daripada novel yang ditulis berdasarkan kisah benar Gita Sesa Wanda Cantika atau Keke, gadis berusia 13 tahun yang berjuang melawan penyakit barah tisu lembut telah ditukar judul ke Surat Kecil oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).
Bakal ditayangkan buat kali pertama di Malaysia menerusi saluran Pelangi Astro (142) pada 25 November ini pukul 2 petang, pengarah filem itu Harris Nizam mengakui sedikit kecewa apabila judul filem itu ditukar.
"Saya akui kecewa dan sedikit sedih kerana filem ini berdasarkan kisah benar dan merupakan nukilan terakhir daripada Keke. Namun, saya sedar setiap negara mempunyai peraturan dan prinsip yang harus dipatuhi. Saya akur, asalkan filem ini dapat ditayangkan di Malaysia," katanya.
Menurut Harris, filem itu merupakan filem pertama arahannya dan tidak disangka ia mendapat penerimaan positif daripada penonton.
"Sebenarnya saya bermula sebagai pengkaji untuk filem ini tetapi akhirnya saya diberi kepercayaan oleh penerbit untuk menjadi pengarah.
"Filem ini cukup besar ertinya buat saya kerana filem ini kisah benar perjuangan hidup Keke. Saya berharap filem ini dapat memberi inspirasi positif kepada penonton," balasnya yang mengambil masa setahun untuk proses kajian sebelum melakukan penggambaran.
Alex, Dinda sejiwa
Pemegang watak Keke, Dinda Hauw dipilih selepas menjalani sesi uji bakat yang diadakan di seluruh Indonesia melibatkan 6,500 orang.
Jelas pengarahnya, dia mencari wajah yang sama seperti orang yang asal dan Dinda menepati semua keperluan watak Keke.
"Filem ini merupakan filem pertama saya. Sebelum penggambaran bermula saya bertemu sendiri dengan keluarga Keke untuk memahami karakternya dengan lebih jelas.
"Ternyata, antara Keke dan saya tidak banyak bezanya. Keke anak perempuan tunggal dan bongsu dalam keluarga, begitu juga saya. Keke mempunyai dua orang abang, saya pula mempunyai tiga orang abang.
"Karakter kami juga lebih kurang sama, ketika berlakon filem ini umur saya 14 tahun. Saat pertama kali saya bertemu dengan ibu Keke, saya menangis seperti tidak mahu berpisah seperti ada tarikan antara kami," beritahu Dinda.
Disoal mengenai cabarannya, kata Dinda yang telah berlakon empat buah filem itu, dia harus membotakkan rambutnya seperti pesakit kanser.
"Membotakkan rambut merupakan keperluan dalam filem ini kerana watak Keke yang sakit kanser. Ibu saya melarang keras tetapi kerana saya degil dan mahu melakonkan watak Keke dengan berkesan saya tidak kisah rambut botak.
"Selain itu, solekan untuk efek wajah mengambil masa selama dua jam dan saya juga harus menurunkan berat badan dalam masa yang singkat untuk buat penonton benar-benar percaya yang watak Keke itu sedang sakit tenat," luahnya.
Pertama kali berlakon filem, Dinda sudah digandingkan dengan aktor terkenal, Alex Komang sebagai bapanya.
Meskipun gementar, ujar Dinda, Alex sehingga hari ini benar-benar menjadi bapanya walaupun di luar lokasi penggambaran.
"Sehingga hari ini hubungan kru dan pelakon filem ini sangat rapat. Kami masih berhubungan antara satu sama lain, begitu juga dengan Alex yang saya anggap seperti bapa sendiri," kata Dinda.
Alex yang pertama kali ditawarkan watak sebagai bapa Keke pada mulanya kurang yakin dengan kemampuan Harris sebagai pengarah.
"Mulanya saya tanya penerbit, siapa pengarahnya. Saya harus jumpa dengan pengarahnya dahulu. Selepas membaca skrip, saya sendiri yang hubungi Harris dan minta supaya filem ini perlu dibikin segera.
"Bukan mudah untuk berlakon kerana saya melakonkan watak bapa Keke yang masih hidup. Saya tidak boleh tiru seratus peratus dirinya yang asli, tetapi perasaan bapanya boleh dihayati kerana saya juga seorang bapa," katanya.
Akui Alex, selepas berlakon filem Surat Kecil, banyak perubahan yang berlaku kepada dirinya.
"Filem ini banyak mengajar saya secara automatik untuk lebih menghargai keluarga dan orang sekeliling," ujarnya yang turut berlakon dalam filem Hanyut.
Selepas filem Surat Kecil, kata Harris, dia akan muncul dengan filem Surat kecil Untukmu Sahabat. Filem itu diangkat daripada surat yang ditinggalkan oleh Keke yang sebenar kepada abangnya untuk diserahkan kepada enam sahabatnya hanya selepas setahun kematiannya.

Empat maut banglo terbakar

Posted: 13 Nov 2012 04:23 PM PST


ANGGOTA bomba menjalankan siasatan selepas api dapat dipadamkan sepenuhnya.


TAIPING - Jeritan seorang kanak-kanak sebaik ternampak api berjaya menyelamatkan nyawa lima ahli keluarganya namun pada masa sama terpaksa menerima hakikat bahawa empat yang lain terkorban dalam kebakaran sebuah banglo di Taman Pegawai Kanan, Assam Kumbang dekat sini semalam.
Kejadian pukul 12.24 tengah malam itu mengakibatkan akauntan Royal Bank of Scotland di Kuala Lumpur, Mohd. Hakimi Zubair, 40; isterinya, seorang pakar IT, Leila Sahak, 40; anak bongsu mereka, Ahmad Faris, 3, serta pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Rizki, warga Indonesia, lemas akibat terhidu banyak asap.
Mayat Mohd. Hakimi ditemui di pintu keluar ke balkoni manakala tiga mangsa lain ditemui di bilik tidur utama dalam keadaan berpelukan. Kesemua mangsa tidur di tingkat atas banglo berkenaan.
Mohd. Hakimi dan Leila yang masing-masing merupakan graduan dari University of Liverpool dan University of Manchester, United Kingdom sepatutnya pulang ke ibu negara petang kelmarin. Mereka berada di Taiping kerana bercuti.
Leila berasal dari Jambatan Duyong, Melaka.

Tarik, seret, pijak warga emas

Posted: 13 Nov 2012 04:23 PM PST


ANGGOTA polis memeriksa dua tong gas Oxy Acetelyne yang ditinggalkan penjenayah.


PUCHONG - Seorang pekerja sebuah stesen minyak tidak menyangka tindakannya pergi kerja seawal pukul 6 pagi dapat menyelamatkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dalam premis itu daripada disamun empat lelaki walaupun dia sendiri cedera ringan akibat dipijak semalam.
Kejadian di Batu 13, Jalan Klang-Puchong di sini itu berlaku apabila mangsa yang berusia 60 tahun terdengar orang berbual dari dalam premis sebaik dia sampai di stesen minyak itu.
Dia kemudian menjengah melalui cermin pintu sebelum ternampak percikan api berdekatan ATM.
Namun, tidak sempat dia hendak membuat pemeriksaan lanjut, dua lelaki bersenjatakan batang besi yang sedang berkawal di luar premis telah menarik dan mengheret mangsa ke belakang kedai sebelum memijak badannya. Suspek ketika itu memakai topi keledar.
Ketika dipijak, mangsa ternampak dua lagi lelaki yang juga memakai topi keledar bergegas keluar melalui pintu belakang premis sebelum keempat-empat penjenayah melarikan diri dengan menunggang dua buah motosikal. Dia kemudian menghubungi polis.

Setia Awan jadi perintis projek

Posted: 13 Nov 2012 04:19 PM PST


SALAH sebuah rumah mewah yang dibangunkan Setia Awan dan memiliki ciri-ciri keselamatan yang lebih ketat di Sitiawan, Perak.


KUALA LUMPUR - Projek perumahan mewah, Setia Residence milik pemaju hartanah terkenal, Setia Awan Properties Sdn. Bhd. (Setia Awan) bakal menjadi perintis bagi projek pembinaan perumahan berkawalan sepenuh masa di Sitiawan, Perak dengan melibatkan nilai pelaburan RM70 juta.
Projek yang dibina di atas tanah berkeluasan 22.6 hektar itu membabitkan pembinaan 436 unit rumah yang dibahagikan kepada dua fasa.
Pengarah Eksekutif Setia Awan, Jimmy Doh berkata, taman perumahan berkawalan penuh itu bakal menjamin keselamatan pengguna dan ia juga semakin dipraktikkan oleh syarikat pemaju lain.
"Kami harapkan projek ini bakal membuka mata pembeli untuk terus yakin terhadap perumahan yang dibangunkan oleh syarikat ini di masa depan.
"Pelbagai fasiliti yang lengkap dan sistem keselamatan yang terbaik dapat dimiliki pembeli yang inginkan rumah yang berbaloi dengan harga," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas lawatan media ke rumah contoh Setia Residence di Sitiawan, Perak baru-baru ini.

Majlis Kebangsaan Syria minta diiktiraf Barat

Posted: 13 Nov 2012 04:17 PM PST

BEBERAPA orang berlari apabila sebuah jet tentera Syria melancarkan serangan di bandar Ras al-Ain di sempadan Turki semalam.


KAHERAH - Ketua sebuah perikatan yang menentang Presiden Bashar Al-Assad mendesak supaya negara-negara Eropah mengiktiraf Majlis Kebangsaan Syria sebagai pemerintah yang sah.
Ketua perikatan itu, Mouaz Al-Khatib juga meminta dana untuk membeli senjata bagi membolehkan rejim Bashar ditumbangkan.
"Apabila kami memperoleh pengiktirafan, ia akan menyebabkan perikatan tersebut bertindak sebagai pemerintah dan memperoleh senjata sekali gus akan menyelesaikan masalah kami," katanya.
Majlis Kerjasama Teluk yang mempunyai enam anggota telah mengiktiraf Majlis Kebangsaan Syria bagi mewakili penduduk negara itu.
Liga Arab turut memberi sokongan terhadap majlis tersebut.
Keluarga Bashar telah memerintah Syria selama 42 tahun.
Seramai 38,000 orang dilaporkan terbunuh selepas kebangkitan rakyat menentang Bashar bermula pada Mac tahun lalu.
Para penentang Bashar mewujudkan sejumlah kumpulan di bandar-bandar bagi menentang tentera presiden.
Kumpulan tersebut mahu Bashar digulingkan selepas beliau gagal membawa pembaharuan pentadbiran dan kebebasan bersuara.
Jet-jet tentera Syria turut melancarkan serangan di bandar sempadan dengan Turki, Ceylanpinar semalam.
Beberapa buah jet pejuang tentera juga membedil rumah-rumah di Ras al-Ain dekat sempadan Turki.

Kerja-kerja gali kubur Arafat bermula

Posted: 13 Nov 2012 04:16 PM PST


GAMBAR fail menunjukkan kubur Arafat di Ramallah, Palestin pada 29 Januari 2009.


RAMALLAH - Kerja-kerja untuk menggali kubur bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat (gambar kecil) bermula di sini semalam yang akan berakhir selama lebih dua minggu.
Kubur Arafat digali bagi tujuan melakukan siasatan bagi mengetahui punca kematian sebenar bekas pemimpin tersebut.
Arafat meninggal dunia pada 11 November 2004 di sebuah hospital tentera di Paris, Perancis.
Rekod-rekod perubatan menunjukkan beliau meninggal dunia akibat pendarahan otak.
Bagaimanapun, pihak pendakwa raya Perancis membuka siasatan kematian Arafat pada Ogos lalu selepas stesen televisyen Al-Jazeera menyiarkan kenyataan pakar-pakar Switzerland bahawa bahan radioaktif polonium ditemui pada barang milik bekas pemimpin tersebut.
"Mereka (para pekerja) mula memindahkan konkrit dan batu dari bangunan kubur Arafat dan kerja-kerja akan berakhir selama hampir 15 hari," kata satu sumber Palestin.
Menurutnya, kerja-kerja penggalian akan dihentikan apabila bahagian yang hampir dengan tempat mayat Arafat ditanam ditemui.
Mayat Arafat itu tidak akan dialihkan sehingga ketibaan anggota pendakwa raya Perancis, pakar-pakar Switzerland dan para penyiasat Rusia.
Perancis telah menamakan satu panel hakim untuk melancarkan siasatan terhadap kematian Arafat.
Hakim-hakim tersebut akan melawat bangunan kubur bekas pemimpin Palestin itu.

Syarikat fesyen minta maaf isu perhiasan kepala

Posted: 13 Nov 2012 04:14 PM PST


KLOSS memakai perhiasaan kepala mirip yang dipakai penduduk pribumi pada pertunjukan fesyen Victoria's Secret di New York pada 7 November lalu.


FLAGSTAFF - Syarikat fesyen Victoria's Secret meminta maaf ekoran seorang modelnya, Karlie Kloss memakai satu perhiasan kepala seperti yang dipakai ketua perang penduduk pribumi Amerika Syarikat.
Permohonan maaf itu dibuat selepas perhiasan tersebut dikritik kerana ia dianggap tidak menghormati kebudayaan dan sejarah penduduk pribumi.
"Kami dengan ikhlas meminta maaf kerana kami tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan sesiapa," kata syarikat berkenaan.
Perhiasan kepala yang mempunyai sejumlah pelepah bulu haiwan itu merupakan simbol penghormatan untuk ketua-ketua perang dan pahlawan penduduk pribumi.
Pada 7 November lalu, Kloss memakai perhiasan kepala mirip yang dipakai penduduk pribumi pada satu pertunjukan fesyen syarikat berkenaan di New York.
Model itu memakai perhiasan tersebut ketika dia hanya memakai coli dan seluar dalam.
Bagaimanapun, Kloss meminta maaf menerusi laman Twitter jika pemakaian perhiasan kepala itu telah mengaibkan pihak-pihak tertentu.

Pertandingan janggut di Las Vegas

Posted: 13 Nov 2012 04:13 PM PST




LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Seorang peserta Austria, Fritz Sendlhofer memenangi pingat emas pada pertandingan janggut kategori Gerabaldi di sini pada Ahad lalu.
Dia turut memenangi Anugerah Pilihan Orang Ramai dan bonus sebanyak AS$1,000 (RM3,066).
Seorang peserta Jerman, Hans-Peter Weis memenangi pingat emas bagi kategori janggut gaya bebas.

Relevan kewujudan anugerah

Posted: 13 Nov 2012 04:12 PM PST



BULAN November ini merupakan bulan yang paling sibuk buat artis dan selebriti negara ini apabila hampir setiap minggu mereka terpaksa mencari busana untuk diperaga pada majlis anugerah.
Jumaat lepas, Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) telah melabuhkan tirainya. Sabtu ini pula akan berlangsung Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM) di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor dan minggu berikutnya iaitu 23 November, Shout! Awards 2012 bakal mengambil tempat di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor.
Ini tidak termasuk lagi dengan Anugerah Blokbuster yang julung kali diadakan pada 6 Oktober lalu di Stadium Malawati yang dianjurkan oleh Penerbit Filem Malaysia (PFM).
Anugerah di negara ini tidak habis begitu sahaja kerana sebelum hujung tahun ini, Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25) akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 30 Disember pula.
Lambakan anugerah yang menanti giliran untuk dianjurkan menyaksikan betapa banyak usaha beberapa pihak yang prihatin mencari jalan untuk mengiktiraf karyawan seni tempatan. Namun, ada juga anugerah yang sekadar bersifat hiburan.
Malah bagi artis yang memenangi mana-mana anugerah dalam majlis terbabit, ada yang begitu menonjol selepas itu sehingga boleh menaikkan harga jika ditawarkan menyanyi atau berlakon.
Ada juga artis yang terus 'lenyap' namanya selepas memenangi sesebuah anugerah. Ia bergantung kepada faktor nasib.
Bagaimanapun, tidak kurang juga ada artis yang memonopoli sesuatu anugerah sehingga memerlukan tuan punya badan sendiri menarik diri bagi memberi peluang kepada bakat seni lain pula.
Individu tersebut ialah Datuk Siti Nurhaliza. Dalam sejarah penganjuran majlis anugerah di negara ini, penyanyi tersohor negara tersebut merupakan artis paling banyak diumumkan sebagai pemenang.

MIZZNINA (kiri) dan Yuna menjadi pilihan peminat untuk memenangi anugerah Shout! Awards dalam penganjuran sulungnya.


Ia membuatkan namanya telah tercatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai Anugerah Terbanyak Dimenangi Seorang Penghibur.
Contohnya, dalam Anugerah Bintang Popular sahaja, Siti telah berjaya menggondol Anugerah Bintang Paling Popular sejak 1996 hingga 2009, sehingga dia menarik diri daripada anugerah tersebut, tetapi tetap menenangi Anugerah Seri Perak dalam kategori khas pada tahun lepas.
Kemenangan Siti dan memonopoli anugerah bukan sahaja dalam acara di negara ini, tetapi di luar negara juga seperti Anugerah MTV Asia apabila memenangi Anugerah Artis Malaysia sejak tahun 2002 hingga 2005 dan juga Anugerah Muzik Indonesia.
Siti juga merupakan satu-satunya contoh artis yang konsisten apabila kerjaya seninya berkembang seiring dengan kemenangan.
Dari segi penganjuran anugerah pula, anugerah berprestij AIM paling banyak menimbulkan kontroversi, termasuk yang paling teruk pada tahun lalu apabila penyanyi Yuna yang diumumkan sebagai penerima Anugerah Lagu Terbaik menerusi lagu Penakut terpaksa memberikan anugerah itu kepada penyanyi Anuar Zain disebabkan kesilapan audit beberapa hari selepas majlis itu.
Persoalannya sekarang, adakah penganjuran anugerah yang begitu banyak pada akhir-akhir tahun ini dapat memartabatkan karya seni atau nilai artis itu sendiri? Atau ia juga hanya menjadi medan kebanyakan anak seni memperaga fesyen serta sekadar pelengkap diari tahunan dunia seni tempatan.
Kemenangan adalah bonus
Bagi pemenang Aktres Terbaik Festival Filem ke-49 di Fukuoka, Jepun pada 2004, Maya Karin, 33, menganggap ada sesetengah anugerah di negara ini tiada hala tuju dan hanya mengacau industri.
Tanpa menyebut anugerah tersebut, dia mengambil pendekatan memilih untuk hadir ke majlis anugerah yang dirasakan bersesuaian jika dijemput.
"Banyak anugerah baharu yang muncul akhir-akhir ini dan tak nampak hala tuju, siapa yang ingin diangkat serta tiada fokus penganjurannya itu perkara yang tidak patut berlaku," ujarnya yang baru sahaja memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik dalam ASK 2012 kepada Kosmo!.
Tambah Maya yang banyak memenangi anugerah menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam dan terbaharu, Ombak Rindu, baginya tidak perlu terlalu banyak majlis anugerah dan cukup beberapa anugerah prestij untuk menaikkan nama anak seni.

DATUK SITI NURHALIZA mencipta sejarah industri seni tempatan apabila memonopoli semua anugerah baik daripada segi popular mahupun berkaliber.


Lagipun, ujar pelakon filem Anak Halal ini, penggiat seni dan industri dalam negara ini tidak terlalu besar dan tidak perlu terlalu banyak anugerah.
Bercerita mengenai dirinya pula apabila menjadi antara artis yang banyak memenangi anugerah sejak akhir-akhir ini menerusi watak Izzah dalam filem Ombak Rindu, dia berkata: "Saya ada prinsip. Jangan terlalu sedih bila kalah dan jangan gembira sangat bila menang. Bagi saya kemenangan adalah bonus, saya perlu meningkatkan mutu kerja dan bekerja keras walaupun tiada anugerah," ujarnya.
Jelasnya lagi, sikap sesetengah artis yang menaikkan harga setelah memenangi sesuatu anugerah adalah disebabkan mengagung-agungkan anugerah yang diterima.
"Apabila artis anggap dia yang paling hebat selepas menang anugerah dan menaikkan harga, itu sikap yang tidak patut ada bagi anak seni yang ingin bertapak lama," katanya yang tetap kekal dengan sikap merendah diri sejak mula dikenali pada 2001.
Hanya acara hiburan
Pengarah terkenal Michael Ang pula berpendapat, dalam industri ini ada beberapa anugerah yang sekadar hiburan sahaja bagi merancakkan industri dalam negara ini.
"Bagi saya majlis anugerah yang ada sudah cukup memadai untuk industri ini dan tidak perlu ditambah lagi pada masa hadapan," kata pengarah filem Qada yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Tambah pengarah drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ini juga, anugerah yang sedia ada sudah cukup untuk mengangkat karya seni dan seniman dalam bidang masing-masing.
"Kita sudah ada anugerah drama, penyanyi, pelakon dan penulis lagu, itu sudah cukup, kalau ada anugerah baharu pula nanti akan sebabkan ia jadi merepek pula," jelasnya.
Pendapat yang sama turut diberikan oleh orang kuat Metrowealth iaitu David Teo, dia beranggapan penganjuran anugerah dalam negara ini adalah seperti satu pesta yang mengumpulkan anak seni.

SETIAP majlis anugerah akan diisi dengan persembahan daripada barisan artis untuk mengisi slot anugerah yang dipertontonkan kepada umum.


"Anugerah di negara ini tidak sama di luar negara, di sini lebih kepada berjumpa kawan lama dan berpesta, ia untuk merapatkan hubungan sesama karyawan seni selepas penat berada di lokasi," ujarnya.
Wakil penggiat seni
Walaupun banyak anugerah di negara ini, penggiat seni yang pernah mengemudi AIM selama beberapa tahun, Jennifer Thompson beranggapan ia sebagai simbol untuk mewakili anak seni yang telah bertungkus-lumus dalam industri.
Misalnya, Anugerah Juara Lagu diadakan bagi mengangkat komposer dan penulis lirik, Shout! Award pula mengetengahkan artis muda yang jarang dikenali manakala Bintang Popular atas pilihan peminat.
"Semua anugerah itu perlu ada bagi mewakili penggiat seni, bukan hanya penyanyi tetapi pihak di sebalik tabir juga perlu diiktiraf.
"Setiap anugerah ada kelainan, tetapi penampilannya tidak nampak sama," jelasnya yang menyokong Shout! Awards diadakan kerana ia lebih segar dan santai untuk anak muda.
Jennifer yang juga juri Shout! Award kali ini berkata, tidak timbul isu sama ada banyak anugerah dalam industri ini kerana selagi ia disokong dan diiktiraf oleh penggiat seni, ia akan kekal relevan untuk dianjurkan.

Prestij dan santai warnai anugerah

Posted: 13 Nov 2012 04:11 PM PST


ANUGERAH Academy Awards telah diwujudkan sejak tahun 1929.


MAJLIS anugerah hiburan di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat (AS) sebenarnya tidak banyak beza dengan majlis anugerah di negara kita.
Realitinya, penganjuran majlis anugerah hiburan di mana-mana negara sekali pun, akan ada acara berbentuk formal atau berprestij dan ada juga hanya untuk memeriahkan industri di negara berkenaan.
Seperti Academy Awards di AS atau Festival Filem Cannes di Perancis ia lebih untuk mengangkat sesuatu karya dan anak seni setelah dinilai oleh juri profesional.
Berlainan dengan anugerah yang hanya untuk memenuhkan acara pada kalendar dan bagi menghargai peminat seperti Kids'Choice Awards yang lebih santai atau 'gila-gila'.
Academy Awards boleh dikatakan ada persamaan dengan Festival Filem Malaysia, manakala Anugerah Grammy yang mengangkat karya komposer atau individu belakang tabir yang berkaitan muzik pula seperti Anugerah Industri Muzik (AIM) di negara ini.
Bagi karya muzik dan persembahan penyanyi pula, MTV Video Music Awards mempunyai francais di seluruh negara turut memberi pengiktirafan terhadap pembikinan lagu dan muzik video.
Manakala Shout! Award pula seperti Kids'Choice Awards yang berlangsung di AS dalam suasana santai dan penontonnya merupakan kalangan anak muda dan kanak-kanak, selain persembahan yang lebih urban.
Academy Awards yang pertama kali diadakan di AS pada tahun 1929 telah berjaya mengangkat nama besar Hollywood seperti pelakon Denzel Washington, Angelina Jolie, Hilary Swank, Halle Berry dan Morgan Freeman.
Ketika majlis itu diadakan, ia akan mencuri perhatian di seluruh dunia termasuk di negara ini yang turut mengadakan siaran langsung bermula dari acara karpet merah hingga ke penganugerahan pemenang.
Kategori pelakon wanita dan lelaki terbaik yang akan memenangi anugerah Oscar itu akan mendapat perhatian berbulan lamanya selepas majlis itu berlangsung dan menjadi perhatian lebih banyak walaupun mereka telah terkenal sebelum ini.

PENYANYI Adele hanya memerlukan sebuah sahaja album yang berisi lagu-lagu hebat untuk menerima pengiktirafan dalam Anugerah Grammy pada tahun lalu.


Bagi Anugerah Grammy dan Anugerah MTV pula yang mengangkat penyanyi dan karyawan dalam bidang muzik penganjurannya tidak kurang hebat dengan Academy Awards.
Di negara ini turut mengadakan siaran langsung dan kadang kala turut diadakan majlis yang dihadiri oleh artis tempatan untuk menyaksikan acara itu secara langsung.
Berlainan dengan Kids'Choice Awards yang sinonim dengan tradisinya menyimbah cecair hijau kepada selebriti terpilih ia disebabkan acara itu lebih ranggi dan urban serta pemenangnya adalah pilihan peminat dan bukan daripada juri profesional.
Acara ini telah mengangkat dan mengiktiraf nama-nama besar antaranya Taylor Swift, Justin Bieber, Selena Gomez, Taylor Lautner dan beberapa watak kartun seperti SpongeBob SquarePants dan Alvin and the Chipmunks.
Secara amnya, walaupun setiap negara itu mempunyai pelbagai jenis corak anugerah dan bentuk pengiktirafan, ia tetap menjadi perhatian dalam kalangan peminat seni kerana telah dianggap sebagai acara tahunan industri hiburan.
Bagi penggiat seni pula, apabila mereka memenangi anugerah, ia satu pengiktirafan terhadap mereka setelah penat menyanyi dan berlakon.

Kuasa dan fungsi menyerlah

Posted: 13 Nov 2012 04:11 PM PST

ATIV Smart PC Pro


PENGELUAR teknologi digital dunia, Samsung Malaysia Electronics (Samsung) melancarkan siri komputer pintar (ATIV Smart PC) terbaharu yang merangkumi semua rangkaian perkomputeran seperti komputer riba, peribadi dan tablet di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Paling menarik ialah Samsung ATIV Smart PC menepati ramalan pasaran komputer riba, ultrabook kerana ia mempunyai fizikal yang kecil dan nipis.
Papan kekunci ATIV Smart PC boleh ditanggalkan dengan senang daripada sambungan clamshell menjadi sebuah tablet.
Jadi, pengguna dapat bekerja di meja dan boleh berubah menjadi peranti tablet ketika sedang dalam perjalanan dengan sifat mobilnya.
Dilengkapi teknologi S Pen, ATIV Smart PC menawarkan pengalaman mengagumkan untuk menulis dan melukis.
Menggunakan sistem operasi (OS) Windows 8, pengalaman dunia perkomputeran menjadi lebih menarik dengan ciri-ciri yang terdapat dalam OS baharu itu.
Selain itu, skrin sesentuh dengan kepekaan sehingga 10 jari dengan tahap sensitiviti yang ditingkat sekali gus memudahkan untuk kerja zoom dan menata untuk keseluruhan laman web.
"Bersama-sama kepakaran Samsung dalam rekaan dan teknologi dengan Microsoft dalam pembangunan sistem operasi, kami boleh memberikan para pelanggan pengalaman perkomputeran yang ditingkatkan serta diperhalusi," kata pengarah pemasaran Samsung, Kwon Jae Hoon pada pelancaran rangkaian Smart PC lalu.
ATIV merupakan susunan terbalik bagi perkataan Vita yang membawa maksud kehidupan dalam bahasa Latin. Ia memberikan inspirasi kepada Samsung bagi mereka sebuah komputer yang dapat memberikan pengalaman menarik kepada pengguna.
Dalam majlis yang sama, komputer riba siri 5 ULTRA Touch ATIV dan komputer peribadi (PC) semua dalam satu (AIO), Siri 7 Samsung AIO PC turut dilancarkan, ketiga-tiga jenis produk telah berada di pasaran sejak November 2012.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan