Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Diana Danielle Kelam-Kabut Menjelang Majlis Nikah
- Almy Nadia Hilang Keyakinan Kerana Tiada Tawaran Lakonan
- ‘Saya memang suka menyanyi’
- Biar anak lapar
- Gadis bermisai, berjambang
- Faktor Usia Punca Aznil Kurang Mengacara Program Hiburan
- Usah bebankan guru, pelajar
- Perkahwinan Adalah Perkara Hebat - Justin Timberlake
- Mariah Carey & Suami Bina Bilik Berkonsepkan Gula-Gula
- Abu al-Quran dilupus ke laut
- Mimpi jadi nyata
- Kemanisan iman
- Korban perceraian
- Waspada pesona harta
- Hayati ciptaan Allah
- Pengiktirafan kepada pendidikan tahfiz
- Konsisten menjaga kualiti ibadah
- Derma organ demi sebuah kehidupan
- Jangan sampai jadi hamba
- Resipi asli Bumi Kenyalang
- Jurang usia bukan halangan bahagia
- Indahnya bercinta selepas berkahwin
- Nikmati dim sum halal tanpa was-was
- Keindahan seni pastri
- Guacamole dari Mexico
Diana Danielle Kelam-Kabut Menjelang Majlis Nikah Posted: 21 Oct 2012 06:45 PM PDT ![]() Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21, berkata, pelbagai persiapan rapi untuk majlis akad nikah yang bakal berlangsung di Hotel Flamingo, Ampang dekat sini, membuatkan dia tidak menang tangan hingga menjejaskan keadaan kesihatan. "Saya masih kelam-kabut dalam membuat persiapan menjelang hari pernikahan kami pada 3 November depan. Ini kerana, semua persiapan untuk majlis itu saya dan keluarga lakukan sendiri. "Alhamdulillah, walaupun keadaan agak berserabut dan beberapa kali saya hampir terkena migrain, semua persiapan berjalan dengan baik. "Cuma, kini kami sedang sibuk dengan urusan mengedarkan kad jemputan pula," katanya ketika ditemui mStar Online, petang Ahad. Farid membuat kejutan apabila mengumumkan berita pernikahan mereka pada majlis tayangan filem arahannya berjudul Pe3 di Sunway Pyramid, pada 15 Oktober lalu. Sebelum ini, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 2 September lalu selepas tiga tahun bercinta. Ditanya mengenai perasaannya menjelang hari bahagia itu, Diana berkata, pada waktu ini dia tidak mahu memikirkan apa-apa perkara selain berharap agar majlis itu berjalan dengan lancar kelak. "Saya tidak berdebar dan tidak rasa apa-apa sekarang. Saya tidak mahu memikirkan apa-apa selain berharap agar semuanya berjalan lancar nanti," katanya. Diana berkata, majlis pernikahan itu nanti akan diadakan secara ringkas dan sederhana berkonsepkan pernikahan dalam taman. "Saya tidak boleh bercerita lanjut mengenai majlis itu nanti. Yang pasti, ia akan diadakan dalam suasana seringkas yang mungkin. "Ada sebahagian barangan dan keperluan majlis ditaja manakala sebahagian lagi kami beli sendiri," katanya. Majlis resepsi sebelah keluarga perempuan akan diadakan pada 21 November depan bersempena ulang tahun kelahiran Diana yang ke 21 pada tarikh itu. Majlis sambut menantu di rumah keluarga Farid di Alor Setar, Kedah pula pada Disember depan. |
Almy Nadia Hilang Keyakinan Kerana Tiada Tawaran Lakonan Posted: 21 Oct 2012 06:44 PM PDT ![]() Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 26, berkata, tahun ini merupakan tempoh paling perit dan tidak stabil dalam kerjayanya apabila dia sudah tidak menerima tawaran lakonan sejak tiga bulan lalu. "Tahun ini adalah tempoh paling perit dalam kerjaya saya. Kebetulan saya mengalami masalah kesihatan yang tidak menentu dan ada beberapa masalah peribadi yang timbul sejak awal tahun ini. "Sejujurnya, saya sudah tidak menerima tawaran lakonan sejak tiga bulan lalu sehingga hari ini. Keadaan itu menyebabkan saya menjadi pemalu, rendah diri dan hilang keyakinan untuk muncul di khalayak," katanya. Almy berkata demikian ketika ditemui pada program Jelajah Anugerah Skrin (ASK) 2012 di pusat beli-belah e @ Curve, Mutiara Damansara di sini, petang Ahad. Katanya, keadaan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengintai peluang lakonan walaupun terpaksa bersaing dengan muka-muka baru. "Mungkin ada silapnya pada diri saya sendiri yang selama ini kurang mesra atau tidak pandai menjaga hubungan dengan orang-orang berpengaruh dalam industri ini. "Dalam kes ini, saya tidak boleh cakap banyak atau menuding jari pada mana-mana pihak kerana persaingan semakin sengit dengan kehadiran bakat-bakat baru. "Saya tidak mahu mengalah dengan keadaan ini. Malah, saya sematkan dalam diri untuk sentiasa berfikiran positif dan menerima dugaan ini dengan hati terbuka," katanya. Bagaimanapun, ujar Almy, dia bersyukur kerana mempunyai teman-teman rapat yang sering memberikan tawaran pengacaraan pada majlis-majlis korporat dan acara hiburan. "Sekarang saya hidup daripada pendapatan bagi kemunculan pada acara-acara dan pengacaraan majlis korporat dan program televisyen. "Saya bersyukur kerana rakan-rakan rapat yang terdiri daripada orang-orang industri banyak memberikan peluang kepada saya," katanya. Ditanya mengenai hubungannya dengan aktor Fizz Fairuz, Almy berkata, dia enggan bercerita mengenai perkara itu kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsikan selepas pelbagai kontroversi tercetus sebelum ini. Pada siri kedua program Jejalah ASK 2012 itu, sekitar 3,000 orang awam dianggarkan membanjiri ruang legar pusat beli-belah berkenaan bagi menyaksikan artis-artis kegemaran mereka. Antara barisan artis yang turut hadir adalah Zamarul Hisham, Adi Putra, Diana Danielle, Fida Ibrahim, Izreen Azminda, Nad Zainal, Diana Amir dan pasangan pengacara ASK 2012 iaitu Awal Ashaari dan Neelofa. Pemenang pertandingan Pencarian Hos Pantene ASK musim kedua iaitu Muhammad Ahmad Shukor, 22, turut diumumkan pada acara itu. Dengan kemenangan itu, Muhammad Fadzil bakal mengacarakan karpet merah ASK 2012 pada 9 November depan di samping Karl Shafek dan Dynas. Siri pertama Jelajah ASK 2012 berlangsung di Plaza Gurney, Pulau Pinang pada 14 Oktober lalu. |
Posted: 21 Oct 2012 06:43 PM PDT Sharifah Zarina Wan Hasan Untuk mendapatkan lagu daripada komposer terkenal itu, Zarina terpaksa membeli dua lagu daripadanya sekali gus yang menelan belanja agak tinggi. Bagaimanapun, kerana keterujaan untuk menyanyikan lagu ciptaan Ajai, Zarina yang menggerakkan kerja seninya atas perbelanjaan sendiri terpaksa menjimatkan kos untuk mempromosikan lagu itu di mana dia sendiri berusaha membawa lagu itu kepada stesen radio agar ia diputarkan. "Saya tiada bajet untuk mengambil khidmat PR ataupun pengurus kerana sudah banyak duit dilaburkan kepada lagu itu dengan harapan ia dapat meletakkan nama saya kembali di persada nyanyian tanah air. Saya ingat boleh melakukannya sendiri tetapi gagal kerana selepas saya menghantar lagu itu ke stesen radio, saya tidak 'follow-up' semula dan akhirnya lagu itu terbiar begitu saja, jarang sekali atau tidak langsung diputarkan di radio. "Dua lagu Ajai yang menjadi taruhan saya, satu lagu perlahan yang berjudul Suratan Yang Menyakitkan dan satu lagi lagu rancak, Dalam Dakapan. Kedua-dua lagu itu bagus dan tiada cacat celanya cuma kerana kekurangan promosi, tiada siapa yang tahu kemunculan kedua-dua lagu itu."Barangkali juga strategi saya salah kerana pada waktu sama, lagu nyanyian Alyah, Tak Mungkin Kerna Sayang yang juga ciptaan Ajai dan lirik oleh Habsah Hassan sangat popular ketika itu menyebabkan perhatian stesen radio dan juga pendengar memberikan lebih tumpuan kepada lagu berkenaan. "Oleh kerana tertarik dengan lagu itulah maka saya berminat untuk bekerjasama dengan Ajai tetapi nampaknya bukan rezeki saya. Untuk melakukan kerja publisiti dan promosi, saya tidak boleh melakukannya sendiri. Walaupun nama saya masih dikenali dalam industri tetapi saya tetap memerlukan bantuan orang lain untuk melancarkan perjalanan kerjaya seni saya. "Semua itu adalah pengalaman dan sekarang saya tahu apa yang patut saya lakukan. Oleh kerana saya masih menggunakan bajet sendiri, saya tidak mahu lagi membeli dua atau tiga lagu sekali gus kerana ia merenjatkan perancangan saya yang lain. "Saya tak mampu membuat perkara seperti itu lagi kerana penghasilan lagu bukannya terus selesai selepas kita membeli lagu tetapi saya perlu fikirkan juga soal rakaman dan proses lain selepas lagu itu siap terutama aspek promosi dan pemasaran," katanya. Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu mahu terus menyanyi sementelah lagi suaminya, Buswani Abdullah sangat mendorong minatnya itu dan sanggup mengeluarkan duitnya sendiri bagai merealisasikan impian si isteri. Menurut Zarina, lagu Suratan Yang Menyakitkan pernah diangkat menjadi lagu tema drama Si Juntai yang disiarkan di TV3. "Orang dengar juga lagu itu kerana apabila saya lihat jualan nada dering pada setiap hujung bulan, ada permintaan terhadap lagu itu. Kalau lagu itu diputarkan di radio, saya yakin pendengar akan menyukainya. Kekuatan sesuatu lagu itu adalah apabila ia sering dimainkan di radio. "Percubaan saya untuk menyanyikan lagu rancak, Dalam Dakapan, memang tidak menjadi kerana lagu genre begitu bukan jiwa saya. Apabila saya mendengarnya berulang kali, saya teringatkan perbualan saya dengan Anuar Zain. Katanya pada saya, kalau saya adalah penyanyi lagu balada, buat saja balada dan jangan cuba melakukan transformasi. "Kata-kata Anuar itu kini menjadi kenyataan, namun saya tidak menyesal kerana kalau saya tidak cuba menyanyikan lagu rancak, saya tak tahu sama ada pendapat Anuar itu betul atau salah. Selepas tahu 'jawapan' kepada percubaan itu, lain kali tak perlu lagi saya nak melakukan eksperimen terhadap diri sendiri," katanya. Rasa cinta yang tidak pernah padam terhadap dunia nyanyian, terbaru sekali lagi ibu kepada tiga cahaya mata berusia 3 hingga 9 tahun itu hadir dengan lagu terbarunya, Memandang Awan ciptaan Acap dan lirik oleh Roy. "Kali ini saya keluarkan satu lagu saja kerana tak mahu pisang berbuah dua kali. Alhamdulillah, lagu itu sering dimainkan di radio dan pendengar sudah tahu itu lagu terbaru saya. Dengan bajet yang ada, saya juga mampu mengambil PR untuk membantu saya mempromosikan lagu itu dan juga membawa saya bertemu media. "Lega rasanya kerana usaha kali ini membuahkan hasil. Sebenarnya walaupun menggunakan bajet sendiri, setiap tahun saya merakamkan lagu baru. Ada lagu yang mampu 'meletupkan' nama saya dan ada juga yang suam-suam kuku, itu semua terpulang pada rezeki tetapi dengan populariti lagu Memandang Awan ini, ia menggembirakan saya," katanya. Sebelum rakaman Memandang Awan, Zarina terlebih dulu merakamkan lagu duet dengan Zamani Slam, Tidak Keruan dan lagu itu juga mendapat sambutan yang sangat baik. Populariti lagu Memandang Awan 'membuka mata' pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadapnya apabila dia diminta menyanyikan lagu tema agensi itu bersama Datuk M Nasir. "Mara ada lagu tema mereka sendiri di mana lagu tema terakhir dibuat 30 tahun lalu dan tahun ini mereka buat lagu baru. Selepas bekerjasama dengan mereka, dalam kebanyakan majlis anjuran agensi itu, mereka menjemput saya untuk menyanyikan lagu tema berkenaan di samping mempersembahkan lagu saya sendiri. "Saya masih dibayangi lagu yang pernah mengangkat saya ke puncak kejayaan iaitu Langit Ketujuh. Lagu apapun yang saya nyanyikan, akhirnya penonton mesti minta saya menyanyikan lagu itu. "Beradanya saya dalam industri ini bukan mahu bersaing dengan sesiapa kerana manalah saya mampu menyaingi kehebatan dan populariti penyanyi muda. Saya suka menyanyi dan apabila saya tidak merakamkan lagu, saya akan rasa bosan sepanjang hari duduk di rumah. Apabila saya menyanyi, ada juga kerja saya nak buat. "Tak mahulah jadi suri rumah tangga yang terperap di rumah. Apabila menyanyi, saya terdedah juga kepada dunia luar dan tahu juga perkembangan semasa. Show pun biasa-biasa saja tanpa meletakkan harga yang tinggi. "Anak-anak semakin membesar dan saya ada 'team' yang bagus iaitu suami saya yang sangat memahami diri saya dan pembantu rumah yang menjaga anak saya dengan baik. Buswani sangat baik dan tiada istilah cemburu dalam dirinya. Kami sudah berkahwin 10 tahun dan sebelum berkahwin, kami sudah berkenalan selama beberapa tahun. "Saya tidak pernah berubah, baik ketika zaman gadis, selepas menjadi isteri dan ibu kepada tiga anaknya serta bergelar penyanyi, 'itulah' saya. Sama ada nama saya di puncak dan kini biasa-biasa saja, saya adalah isterinya yang tidak pernah berubah hati dan laku. Dia percayakan saya dan dia tahu saya orang yang macam mana. Buswani boleh baca gerak hati saya. "Oleh itu dia sentiasa memberi sokongan kerana dia tahu saya sangat suka menyanyi," katanya. Dalam bidang lakonan, Zarina pernah berlakon dalam drama 6 Sharifah untuk siaran radio. Waktu itu dia sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan baru dua tiga bulan. "Saya beritahu kepada produksi yang saya tak boleh berlakon tetapi kerana mahukan pelakon yang berketurunan Sharifah, maka mereka ambil juga saya berlakon. Lakonan saya kaku dan saya tahulah sama ada saya akan berlakon lagi. Pun begitu menyanyi lebih selesa daripada berlakon kerana masa persembahan tidak lama," katanya. Menceritakan diarinya sebagai isteri dan ibu kepada anak yang masih kecil, dia memerlukan kekuatan mental dan fizikal. "Nak berlatih menyanyi, anak pula menangis dan meraung. Kena tidurkan dia dulu. Pernah sekali tiada pembantu rumah, saya tetap curi masa menyanyi. "Jiran tetangga pun dah tahu jadual kerja saya. Selalunya saya akan berlatih menyanyi sebelah petang kerana ketika itu semua kerja rumah sudah beres. Anak kecil pun dah bangun tidur. Kalau jiran terdengar lagu di rumah saya, mereka tahu yang saya sedang berlatih menyanyi untuk show keesokan harinya. "Saya hafal lagu sebelah malam apabila anak-anak sudah tidur. Kalau saya terpaksa 'out station' sehari dua, Buswani boleh masak sendiri," katanya yang sudah lapan tahun menyanyi. |
Posted: 21 Oct 2012 06:39 PM PDT KETAGIH...Sara (duduk) bermain permainan komputer membiarkan anaknya tertidur di sebuah pusat siber di Pasir Gudang. Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu. Lebih malang, wanita terbabit tidak memberikan anaknya makan hingga kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing. Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya. Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya suri rumah dan dipercayai tidak bekerja serta meluangkan masa dari pagi hingga petang di pusat siber itu kerana ketagih bermain permainan komputer. |
Posted: 21 Oct 2012 06:32 PM PDT Tetapi tidak bagi Nana, 16, yang baru-baru ini ditumbuhi bulu lebat pada muka dan tubuhnya selepas menjalani rawatan untuk menyelamatkan nyawa. Dia kini lebih rela menghabiskan masa bersendirian, berkurung di dalam bilik. Gadis warga China itu, yang hanya mahu dikenali dengan nama pertamanya, menunjukkan janggut dan misai lebat yang tumbuh kerana menghidap penyakit ganjil, hirsuitism, selepas menjalani rawatan."Doktor berkata, penyakitnya amat serius dan dia boleh mati jika tidak dirawat," kata ibu gadis itu kepada agensi berita China, Zinhua. Nana terpaksa dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap 'aplastic anemia' pada 2010, penyakit yang menyebabkan tulang sumsum Nana tidak menghasilkan sel darah baru secukupnya. Kesihatannya semakin pulih selepas menjalani rawatan dengan memakan ubat. Bagaimanapun, keadaan fizikalnya mula berubah. "Selepas memakan ubat itu, jambang lebat tumbuh pada muka sementara ketiak dan kakinya dilitupi bulu yang juga lebat," menurut laporan Liao Shen Evening News. "Setiap hari dia menangis, ingin ke sekolah," kata ibunya. Gadis itu berhenti sekolah pada 2010 kerana keadaannya itu. Si ibu menyifatkan anaknya sebelum ini sebagai periang tetapi sejak menghadapi masalah itu, dia mula memencilkan diri dan memakai topeng kertas untuk melindungi mukanya dan kemeja lengan panjang setiap kali keluar rumah. "Dia kini tidak mahu bercakap walaupun sepatah dan lebih banyak menghabiskan masa di bilik, membaca buku," lapor Zinhua. |
Faktor Usia Punca Aznil Kurang Mengacara Program Hiburan Posted: 21 Oct 2012 06:30 PM PDT ![]() Sebaliknya, Aznil, 50, berkata, ia adalah proses normal seiring dengan kematangan usia selepas 22 tahun berkecimpung dalam dunia penyiaran televisyen. "Saya cenderung kepada program berbentuk ilmiah kebelakangan ini seiring dengan kematangan usia. "Selepas 22 tahun dalam bidang ini, tiba masanya untuk saya berkembang kepada pengacaraan yang lebih serius dan bersesuaian dengan kepentingan negara dan tanggungjawab sosial. "Saya tidak berkecil hati jika ada yang anggap saya sudah tidak relevan dengan dunia pengacaraan hiburan kerana saya sudah buktikan semuanya selama ini baik dari segi populariti mahu pun pencapaian," katanya. Bagaimanapun, Aznil berkata, peralihan itu tidak bermaksud dia tidak terlibat langsung dalam program hiburan cuma lebih mengutamakan program yang mempunyai pengisian dan konsep lebih ilmiah dan serius. "Bukanlah bermakna saya tidak buat program hiburan langsung cuma saya pilih mengikut kesesuaian. Saya masih buat program hiburan jika ia mempunyai pengisian lebih ilmiah dan serius. "Peralihan ini sekaligus membuka peluang kepada muka-muka baru dalam bidang pengacaraan program hiburan untuk menimba pengalaman mereka," katanya. Hos program On Air itu berkata, keutamaannya kini juga tertumpu pada pembentukan pengacara pelapis tanah air, selain projek-projek tanggungjawab sosial membabitkan sektor kerajaan dan swasta. "Sejak dilantik sebagai Timbalan Presiden Personaliti Astro Bahagian Perniagaan Melayu pada Mei lalu, tumpuan saya kini adalah pada proses pembentukan pengacara-pengacara pelapis tanah air. "Ilmu dan pengalaman yang ada wajar saya curahkan pada anak bangsa saya sendiri. Kini adalah masanya untuk saya menyumbang semula kepada bidang ini," kata duta Sihat 1Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia ini. |
Posted: 21 Oct 2012 06:29 PM PDT TANYA PENDAPAT...pengenalan sistem penilaian baru memerlukan penerangan mendalam supaya pihak terbabit tidak akan menjadi mangsa keadaan. - Gambar hiasan Pemansuhan itu satu mekanisme baru bagi menyaingi proses pembelajaran peringkat global, sekali gus mencapai matlamat melahirkan pelajar berprofil tinggi. Bagaimanapun, ada pihak beranggapan pemansuhan itu akan gagal jika pengenalan baru menerusi Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) yang akan menggantikan PMR tidak mampu dilaksanakan dengan baik. Persoalannya, mampukah SBA memberi impak lebih baik berbanding PMR? Pengarah Makmal Penyelidikan Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Mohd Sahandri Gani Hamzah berkata, pemansuhan atau pengenalan dua sistem penilaian tidak perlu dipertikaikan, namun kemampuan kedua-duanya memberi impak terbaik kepada sistem pendidikan negara. Beliau berkata, setiap sistem penilaian perlu mengambil kira pelbagai aspek dan wajar dilaksanakan apabila sudah bersedia kerana implikasinya besar kepada sekolah, pelajar, tenaga pelaksana, masyarakat dan masa depan. "Persediaan penting kerana kita tidak mahu apabila sistem penilaian baru diperkenalkan, impaknya tersasar sehingga menjadi uji kaji semata-mata. "Kita juga tidak mahu apabila sistem lama dimansuhkan, ada pihak tidak berpuas hati dan mula mempersoalkannya. Ini boleh menggugat proses dan keharmonian sistem pendidikan negara. "Yang penting, sistem penilaian yang digunakan itu mampu memberi impak terbaik dan lebih baik daripada sistem sedia ada, barulah pemansuhan itu berbaloi," katanya. PMR yang diperkenalkan pada 1993 bagi menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) akan dimansuhkan pada 2014 bertujuan mengelak sistem pendidikan negara daripada terus berorientasikan peperiksaan. Menerusi SBA, pihak sekolah sebagai pengendali tetapi masih di bawah pengawasan Lembaga Peperiksaan untuk memastikan soalan yang disediakan berkualiti, setara dan mampu mengukur prestasi pelajar. Katanya, tidak salah jika mahu memperkenalkan sistem penilaian baru, namun kajian mendalam perlu dilaksanakan bagi memastikan ia mencapai matlamat. Selain itu, katanya, sistem diperkenalkan itu perlu telus dan tidak menambah beban fizikal dan mental guru sebagai mekanisme pelaksana. "Sebab itu, sebelum melaksanakannya, kajian mendalam perlu dilakukan kerana tidak mahu timbul masalah yang akhirnya akan menjadikan pelajar, guru dan sekolah sebagai mangsa keadaan. "Memang benar, banyak negara maju melaksanakannya, namun di negara kita masih banyak aspek perlu diambil kira. Contohnya, kesediaan guru sebagai mekanisme pelaksana juga penerangan jelas agar lebih memahami. "Jika tidak, saya percaya pengenalan sistem penilaian baru itu pasti rumit, sekali gus menambah beban dan tekanan sedia ada. Yang menjadi mangsa ialah pelajar dan guru," katanya mengakui tempoh kajian yang tinggal kira-kira dua tahun sebelum pelaksanaan sudah memadai. "Panel yang bertanggungjawab dalam sistem ini perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak sama ada kementerian, sekolah, guru, pakar akademik atau badan bukan kerajaan. "Pendapat mereka juga boleh membantu memberikan input terbaik selain penerangan kepada masyarakat khususnya ibu bapa yang selama ini sudah serasi dengan sistem penilaian lama," katanya. Antara persoalan yang perlu dititikberatkan ialah bagaimana mahu mengklasifikasikan kedudukan pelajar mengikut aliran ketika di tingkatan empat. "Menerusi PMR, kita boleh mengklasifikasikan mereka berdasarkan keputusan. Bagi yang cemerlang akan memasuki aliran sains, yang lain sastera atau vokasional. "Apabila SBA diperkenalkan, apakah kriteria yang akan digunakan, bagaimanakah kita mampu menilai pelajar berkenaan? "Semua ini memerlukan jawapan dan penyelesaian. Sebab itu penting perbincangan bersama untuk mengetahui persediaan dan tahap kemampuan kita memperkenalkan sistem penilaian baru," katanya. Mengakui pemansuhan PMR sebagai langkah berani melahirkan pelajar serba boleh dan kompeten selari kehendak semasa, selain mahu menyamai sistem penilaian diguna pakai di negara maju. Bagaimanapun, ia tidak boleh dilakukan secara drastik dan perlu melalui frasa demi frasa supaya sistem penilaian itu selari dengan standard yang ingin dicapai. "Kita tidak boleh menafikan, bidang pendidikan juga perlu melalui anjakan perubahan supaya selari dengan negara maju, namun biarlah ia dilaksanakan secara konsisten, bukan tergesa-gesa. "Mencapai standard seperti negara maju memerlukan masa, komitmen, perancangan dan persediaan. Bagaimanapun, usaha ini wajar diberi pujian dan sokongan kerana kita berani berubah. "Bagaimanapun, ia juga perlu diseimbangkan dengan perubahan pemikiran. Jika mahu lakukan perubahan sistem, cara berfikir, menerima dan membuat tindakan juga perlu berubah. "Andai sistem saja yang berubah tetapi pemikiran tetap di takuk lama, sistem ini akan gagal," katanya. Beliau juga berharap masyarakat diberi penerangan jelas supaya mereka lebih memahami dan bersedia menerima perubahan sistem penilaian lama kepada baru. "Penerangan jelas kepada masyarakat pasti memberi kelegaan dan membuatkan mereka faham. Kita tidak mahu, hanya sebelah pihak saja beria-ia melakukannya tetapi yang lain tidak menyokong. "Gunakan medium seperti media massa dan elektronik untuk menerangkan mengapa perubahan mesti dibuat terutama kepada masyarakat kelas sederhana dan bawah. "Perubahan ini bakal memberi impak kepada semua, justeru, penting bagi pihak terbabit mengetahuinya dengan jelas supaya tidak akan timbul kekeliruan," katanya. |
Perkahwinan Adalah Perkara Hebat - Justin Timberlake Posted: 21 Oct 2012 06:27 PM PDT ![]() "Majlis (perkahwinan) itu begitu indah dan istimewa untuk diraikan bersama keluarga dan rakan-rakan kami," katanya kepada akhbar Mirror seperti dipetik majalah People. Upacara itu dihadiri rakan mereka antaranya pelawak Andy Samberg dan bekas anggota kumpulan 'N Sync iaitu Lance Bass, Joey Fatone, Chris Kirkpatrick dan JC Chasez. Difahamkan, penyanyi berusia 31 tahun itu menerbangkan kesemua tetamu dan dekorasi majlis itu ke Jerman terlebih dahulu, sebelum ke Itali bagi menjaga rahsia acara itu daripada diketahui umum. |
Mariah Carey & Suami Bina Bilik Berkonsepkan Gula-Gula Posted: 21 Oct 2012 06:27 PM PDT ![]() Cannon yang juga pengacara The America's Got Talent mengakui dia ketagih terhadap makanan manis dan gemar menghabiskan masa di sebuah ruang dalam rumahnya yang dinamakan 'Cannon Land' bagi menikmati makanan tersebut sepanjang hari. Dia berkata kepada majalah US Weekly: "Saya selalu menanam impian untuk mempunyai sebuah bilik yang berkonsepkan gula-gula dan boleh menempatkan manisan itu di dalamnya." Ruang bilik yang berwarna-warni itu menempatkan bekas-bekas manisan dan gula-gula kegemaran Cannon serta isterinya. Cannon berkata, anak kembar mereka Monroe dan Moroccan juga mula menunjukkan kecenderungan mereka pada gula-gula sepertinya. "Mereka (anak kembar) mula 'menggilai' gula-gula lolipop," katanya. |
Posted: 21 Oct 2012 06:23 PM PDT ![]() Sebanyak tiga tan abu al-Quran dilupuskan ke dalam laut kira-kira tujuh batu nautika dari pangkalan TLDM, Tajung Gelang menggunakan kapal jenis Peronda Generasi Baru milik TLDM, KD Pahang, baru-baru ini. Jika jasad manusia yang telah meninggal dunia perlu dimandikan sebelum dikebumi di kawasan perkuburan dengan baik, begitu juga dengan naskhah al-Quran yang mengandungi kalam Allah SWT itu. Kitab al-Quran yang dijamin oleh Allah SWT akan berkekalan dan terpelihara sehingga hari kiamat perlu dilupuskan dengan kaedah khas bagi memuliakan kesuciannya daripada dicemari. Proses pelupusan helaian al-Quran tidaklah semudah untuk melupuskan buku atau majalah ilmiah yang lain, tetapi harus melalui beberapa proses. Antaranya dibakar sehingga menjadi debu. Pembakaran helaian dan ayat suci al-Quran pula perlu dilakukan dengan sempurna sehingga ayat dan kalimah tersebut tidak lagi kelihatan sebelum dihancurkan dan diproses menjadi debu dan dilupuskan ke dalam laut. Oleh itu, salah faham sesetengah pihak yang mendakwa proses pembakaran al-Quran bagi tujuan pelupusan adalah seperti menghina dan menjatuhkan martabat kitab suci umat Islam itu adalah tidak benar. Tanggapan tidak berasas itu perlu diperbetulkan bagi mengelak penyelewengan akidah dan berlakunya penyebaran fitnah terhadap umat Islam yang menjadikan kitab al-Quran sebagai panduan hidup. Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, tidak wujud istilah berniat buruk seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak dalam proses pelupusan al-Quran. Menurutnya, pelupusan al-Quran menggunakan kaedah pembakaran bukanlah perkara baru yang diamalkan di negara ini tetapi dilakukan sejak zaman pemerintahan khalifah Saidina Uthman Ibnu Affan. "Sejarah pembakaran al-Quran bermula sejak daripada zaman Saidina Uthman, apabila Rasulullah meminta beliau mengumpulkan cebisan ayat-ayat al-Quran yang ditulis oleh para sahabat pada sesuatu objek seperti batu, kulit binatang dan kayu. "Pengumpulan itu dibuat kerana didapati terdapat banyak kesalahan ayat al-Quran dalam tulisan yang pelbagai versi itu. Oleh itu, kesemua objek yang ada ada ayat al-Quran itu dikumpulkan dan dihapuskan dengan kaedah pembakaran. "Saidina Uthman kemudian menyatukan ayat al-Quran dan membukukan dalam satu mashaf yang dikenali resm Uthmani. "Ini membuktikan bahawa pembakaran al-Quran untuk dilupuskan bukanlah perkara baru dilaksanakan di negara ini atau mempunyai niat buruk untuk memperkecilkan al-Quran," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan program pelupusan abu al-Quran peringkat Negeri Pahang di Tambatan Pangkalan Kuantan, Pahang, baru-baru ini. Program anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang (JMNP) dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Cawangan Negeri Pahang itu bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesucian al-Quran. Seramai 150 kakitangan yang terdiri daripada anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, Jabatan Laut Wilayah Timur, Majlis Perbandaran Kuantan dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyertai program tersebut. Hadir sama pada program itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan Kira-kira tiga tan abu al-Quran dilupuskan pada program itu pada jarak kira-kira tujuh batu nautika dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tajung Gelang menggunakan kapal Peronda Generasi Baru milik TLDM, KD Pahang. Program pelupusan abu al-Quran itu merupakan pelupusan pertama yang dilakukan di negeri itu. Abu al-Quran tersebut dikumpulkan dari seluruh negara oleh Syarikat Percetakan Saufi yang beroperasi di Batu 10, Cheras, Kuala Lumpur. Menurut Abdul Rahman, kriteria ayat al-Quran yang perlu dilupuskan adalah naskhah atau cebisan ayat al-Quran yang mempunyai kesalahan, sudah terlalu lama sehingga sukar untuk dibaca, dan potongan ayat al-Quran yang diselewengkan. Ia sebagaimana yang telah digubal dalam Akta Percetakan Teks al-Quran 1986 yang melindungi percetakan al-Quran daripada sebarang kesalahan, kesilapan serta ketidakpatuhan terhadap prosedur pelupusan sisa atau bahan yang mengandungi ayat al-Quran. Pusat pelupusan Dalam pada itu, Abdul Rahman menyarankan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) perlu memikirkan usaha menubuhkan pusat pelupusan al-Quran sendiri di peringkat negeri masing-masing. Ini memandangkan pusat pelupusan yang sedia ada dilihat tidak mampu menampung keratan ayat al-Quran daripada seluruh negara yang ingin dilupuskan. "Buat masa ini, Syarikat Percetakan Saufi merupakan satu-satunya syarikat yang mengusahakan proses pelupusan al-Quran yang mendapat kelulusan daripada kerajaan. "Ini dijangkakan tidak akan mampu menampung keseluruhan naskhah al-Quran yang ingin dihapuskan jika dikumpul dan dihantar dari seluruh negara hanya kepada Syarikat Percetakan Saufi. "Oleh itu, MAIN perlu memikirkan keadaan ini dan mempunyai usaha untuk menubuhkan pusat pelupusan al-Quran sendiri. Tidak dinafikan proses pelupusan ini memerlukan belanja yang besar, namun sekiranya bersesuaian kita perlu pertimbangkan untuk mewujudkan di setiap negeri," ujarnya. Bagaimanapun beliau menasihatkan individu yang menjalankan perniagaan pusat pelupusan al-Quran sendiri hendaklah memohon kebenaran dari MAIN atau kerajaan agar diyakini dikendalikan mengikut kaedah yang sempurna. |
Posted: 21 Oct 2012 06:21 PM PDT ![]() Ahmad Safari Tauran dan Zurida Hashim berhasrat menjadikan taska mereka model yang mengamalkan konsep pemakanan sihat dalam penjagaan anak-anak. Demikianlah, maka manusia walaupun seorang lelaki, tetap sering mendambakan anak-anak sebagai penyeri. Allah SWT berfirman yang maksudnya: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingininya, iaitu wanita, anak-anak dan harta-benda yang banyak. (ali Imran: 14) Saya lalu menebak rasa kecintaan itu pada sosok seorang lelaki. Pada dirinya yang juga merupakan bapa kepada tiga orang anak, subur dengan rasa kasih sesama anak kecil yang lain. Tidak siapa menyangka, beliau yang merupakan seorang lulusan universiti, punya pengalaman kerja yang agak lama, akhirnya meladeni hidup dengan anak-anak kecil, sekali gus menjadi sumber rezekinya. Ayuh kita semak kisah bagaimana Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu perjalanan dan tatih kehidupan Ahmad Safari Tauran, 39, bersama pasangannya, Zurida Hashim, 28, dalam mewarnai sebuah pendidikan awal kanak-kanak di Tadika Bestari Ceria, Bandar Baru Bangi, Selangor. "Saya dahulu bekerja di sebuah syarikat televisyen swasta terkenal di Malaysia. Memegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), siapa sangka saya akan menempuh kehidupan seperti hari ini. "Tamat sahaja belajar pada 2000, saya langsung diterima bekerja di stesen televisyen berkenaan. Sehinggalah pada 2008, saya ditimpa kecelakaan jalan raya. Sebuah kenderaan melanggar saya semasa pulang ke rumah di Batu Caves, Selangor. Kemalangan itulah yang merubah segala-galanya," kata Safari meluahkan serelung memori silam yang kelihatannya bergulung-gulung menanti masa dilepaskan. Tambah Safari, sejak kemalangan itu, dia tidak lagi boleh bekerja. Namun begitu, dia bersyukur kerana syarikat tempatnya bekerja masih memberikan gaji selama setahun, walaupun tanpa kehadirannya ke pejabat. Selepas 2009, statusnya masih seorang kakitangan, tetapi Safari perlu memohon kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kerana pihak majikan tidak dapat menanggung gajinya. Safari memberitahu, dia perlu menunggu agak lama di samping perlu menyediakan pelbagai dokumen perubatan. Hampir lapan bulan, barulah dia menerima bayaran dari Perkeso secara bulanan. "Satu hari, saya dan isteri mengunjungi seorang kenalan yang terlantar sakit di Hospital Selayang. Semasa itulah saya berjumpa dengan seorang kenalan lain dan beliau menyarankan agar saya cuba memohon bantuan zakat. Ceritanya, saya perlu melalui suatu pembedahan yang menelan belanja agak besar, iaitu RM6,500. Manalah saya ada duit, jadi apabila disarankan berjumpa LZS, saya percaya LZS mampu membantu saya. "Saya harus menjalani empat kali pembedahan, khususnya di kaki ini yang masih tidak mampu diluruskan. Ternyata telahan saya tepat, LZS bukan sekadar membantu kos pembedahan bahkan turut menilai lain-lain keperluan. Saya turut menerima bantuan wang selama enam bulan pertama," akui Safari. Melihat kepada keadaan taska yang tersusun rapi, kemas tetapi tetap ceria dengan wajah mulus anak-anak, saya cuba mengorek rahsia, bagaimana idea memulakan taska tercipta, apatah lagi beliau seorang pria? "Isteri saya memang seorang yang berpengalaman luas dalam dunia pendidikan kanak-kanak. Sebelum ini, semasa kami tinggal di Batu Caves, Selangor isteri saya adalah penyelia taska. Apabila saya sendiri sudah tidak mampu bekerja, maka saya mencadangkan kepada isteri agar cuba membuka taska sendiri. "Lagi pula, berdasarkan pengalaman berurusan dengan LZS, maka saya yakin yang LZS pasti akan mempertimbangkan permohonan kami," kata Safari. Ternyata tepat sekali tekaan Safari, LZS telah menyalurkan dana permulaan sebanyak RM19,000.00 pada 2011 bagi memulakan taska di Bandar Baru Bangi, Selangor. |
Posted: 21 Oct 2012 06:20 PM PDT ![]() Rancangan Selami Jiwa bertajuk Mengetuk Pintu Taubat bersama Jamal Abdillah dan Sham Kamekazi akan disiarkan di Astro Oasis sempena Hari Raya Aidiladha ini. Malah, ada dalam kalangan mereka yang dahulunya tidak tahu menahu mengenai ajaran agama, tetapi kini mampu memberikan nasihat dan berkongsikan pandangan mengenai Islam. Pastinya setiap daripada mereka mempunyai kisah dan alasan tersendiri untuk berubah. Jelas seperti firman Allah SWT menerusi ayat di atas membuktikan bahawa tiada siapa yang mampu mengubah seseorang itu, walaupun dengan apa juga cara melainkan mendapat hidayah daripada Allah SWT. Berita perubahan artis itu bukan sahaja mempengaruhi industri seni tanah air, malah khabar gembira para pendakwah dan agensi dakwah Islamiah. Agama Islam yang merupakan agama persekutuan di negara ini juga terkesan daripada perubahan tersebut menjadi Islam semakin baik diamalkan dan berkembang melalui pelbagai medium. Pengaruh daripada artis tersebut yang mempunyai peminat tertentu berpotensi mengajak peminat untuk berubah apabila melihat perwatakan baru artis pujaan mereka. Walau bagaimanapun, dugaan untuk berubah bukanlah semudah yang disangka, tetapi perlu dihadapi dengan semangat dan usaha yang kuat untuk berubah. Luaskan rezeki Penyanyi terkenal negara, Jamal Abdillah berkata, terkilan melihat keadaan hidup kumpulan bermasalah yang sama sepertinya satu masa lalu membuatkan hatinya terdetik untuk berubah. Beliau yang pada masa itu hanyut dengan keseronokan dunia mula menyedari akan kesilapannya selepas dimasukkan ke dalam pusat pemulihan dan bergaul bersama golongan yang mempunyai masalah sepertinya. "Saya melihat golongan yang mempunyai masalah seperti saya, lalu saya tertanya-tanya kepada diri sendiri, ke manakah hala tuju dan arah masa depan saya jika terus begini? Beginikah hidup yang saya inginkan? "Oleh itu saya mula berfikir untuk berhenti daripada melakukan perbuatan lalu. Caranya adalah dengan menginsafi kesalahan silam melalui berguru daripada pengalaman lalu untuk cuba memperbaiki diri. "Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan hidayah yang Allah SWT kurniakan ini pada saat yang saya benar-benar memerlukan, saya dapat berubah secara perlahan-lahan," katanya ketika ditemui selepas rakaman rancangan Selami Jiwa Astro Oasis, baru-baru ini. Rancangan Selami Jiwa yang dihoskan oleh Datuk Dr. Fadzilah Kamsah akan ditayangkan pada setiap Isnin pukul 7.30 malam. Jamal tidak menafikan, walaupun agak sukar sepanjang melalui proses untuk berubah, namun tertanya kesukaran tersebut mempunyai hikmah tersendiri yang beliau sendiri tidak disangka-sangka. "Proses kehidupan setiap insan adalah berbeza. Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk mendapatkan erti kehidupan sebenar. Cabaran yang paling sukar untuk berubah adalah untuk mengikis memori silam daripada kembali menurut nafsu dan kehendak diri daripada mengulangi kesilapan lalu. "Namun apabila saya cuba berusaha dan berjaya berubah, banyak perbezaan yang dirasakan. Antaranya, pencapaian yang selama ini diimpikan tercapai selepas bertaubat. "Selain bernyanyi, saya juga mempunyai perusahaan beberapa perniagaan menternak ikan dan mengurus kilang sarung tangan. Tidak disangka, banyak projek masuk daripada perniagaan tersebut setelah saya bertaubat. Rezeki yang selama ini hanya cukup-cukup makan juga menjadi melimpah ruah," jelasnya. Ketika ditanya hasratnya untuk menyebarkan dakwah, Jamal berkata, beliau belum merancang untuk melakukan usaha tersebut tetapi akan disampai mengikut cara yang tersendiri. "Buat masa ini, saya tidak merancang untuk mengajak secara terus golongan seperti saya dahulu untuk bertaubat, tetapi akan disampaikan melalui nyanyian. Lirik lagu yang mempunyai mesej positif mungkin dapat menyentuh perasaan dan membuka hati golongan ini untuk berubah. "Setakat ini juga saya tidak terlibat dengan sebarang pertubuhan atau gerakan dakwah secara langsung tetapi saya akan cuba menunjukkan sifat yang baik supaya dapat dicontohi oleh orang ramai," ujarnya. |
Posted: 21 Oct 2012 06:19 PM PDT KADANG-KADANG perceraian merupakan jalan bagi pasangan suami atau isteri untuk dapat terus menjalani kehidupan sesuai dengan apa yang mereka inginkan. Tetapi, perceraian selalu menimbulkan akibat buruk pada anak-anak. Dalam keadaan tertentu pula, ia dianggap alternatif terbaik daripada membiarkan anak tinggal dalam keluarga dengan kehidupan pernikahan yang buruk. Umumnya, orang dewasa lebih bersiap sedia menghadapi perceraian, jika dibandingkan dengan anak-anak. Sebelum perceraian, mereka didahului dengan proses berfikir dan pertimbangan yang panjang, sehingga lahirnya suatu persiapan mental dan fizikal. Kedua-dua ibu bapa harus membantu anak-anak mereka untuk menyesuaikan diri dengan keadaan setelah berlaku perceraian. Kesampingkanlah ego dan perselisihan demi anak. Tidak demikian halnya dengan anak-anak. Mereka tiba-tiba saja harus menerima keputusan yang telah dibuat oleh orang tua, tanpa mempunyai idea atau bayangan bahawa hidup mereka akan berubah. Sedar-sedar, ayah tidak lagi pulang ke rumah atau ibu pergi dari rumah atau tiba-tiba pindah bersama ibu atau ayah ke rumah baru. Pada masa ini, anak juga harus memulakan penyesuaian dengan perubahan hidup yang baharu. Hal-hal yang biasa dirasakan oleh anak ketika ibu bapa mereka bercerai adalah tidak aman, tidak diingini atau ditolak oleh ibu atau bapa mereka yang pergi, sedih dan kesepian, marah, kehilangan, merasa bersalah, menyalahkan diri sendiri sebagai penyebab ibu bapa bercerai dan sebagainya. Perasaan anak ini terjelma dalam bentuk perilaku beragam seperti suka mengamuk, menjadi kasar, dan tindakan agresif lainnya. Ada juga anak yang berubah secara mendadak menjadi pendiam, tidak ceria, tidak suka bergaul, menyendiri, sukar memberi tumpuan dan tidak berminat pada tugas sekolah sehingga prestasi di sekolah cenderung menurun. Ibu bapa dan anak-anak perlu mempunyai komunikasi yang baik mengenai situasi itu. Kadang-kadang mereka menganggap anak masih terlalu kecil untuk memahami perceraian, padahal perasaan anak yang sensitif tetap sahaja merasakan perubahan tersebut. Meskipun anak mengalami perpisahan ketika masih kecil namun memori tersebut dapat bertahan hingga ia tumbuh dewasa. Apatah lagi, jika anak telah mengerti mengenai erti sebuah keluarga. Dia semakin akan merasa kecewa seiring bertambah usianya. Akibat daripada situasi ini, anak nantinya akan tumbuh menjadi peribadi yang pemarah, agresif, penakut dan sebagainya. Bahkan, ekstremnya keadaan ini menyebabkan anak tersebut tidak akan mahu berkeluarga kerana trauma. Ibu bapa harus mendahului berkomunikasi dengan anak-anak untuk membantunya menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru ini. Jangan sampai anak merasa kesepian dan kebingungan tanpa bimbingan, terutama tanpa perhatian dan kasih sayang ayah dan ibunya. |
Posted: 21 Oct 2012 06:17 PM PDT ![]() berhati-hatilah dengan harta kerana ia dapat melalaikan mereka daripada peringatan Allah SWT. - Gambar hiasan Walaupun harta tersebut berada dalam pemilikan kita, namun ia bukanlah bermakna harta tersebut boleh digunakan dan dibelanjakan sewenang-wenangnya. Ia bukanlah milik mutlak yang mendatangkan kebebasan kepada kita untuk mendapatkannya dan membelanjakannya mengikut kehendak hati tanpa adanya pertimbangan dustur Ilahi. Mengetahui sifat manusia yang sangat cintakan harta, maka Allah SWT membenarkan aktiviti atau kegiatan perolehan harta dan perbelanjaannya. Akan tetapi, ia tidak terhenti setakat itu sahaja. Di samping kebenaran memanfaatkan harta, Allah SWT mendatangkan beberapa sekatan dan batasan agar manusia dapat menggunakan harta tanpa membinasakan dirinya dan tidak mendatangkan kerosakan kepada manusia yang lain. Oleh yang demikian, dalam kita mencari dan membelanjakan harta, kita tidak harus sama sekali membelakangi wahyu Allah SWT yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah. (rujuk al-Munafiqun: 9) Dalam ayat tersebut, Allah SWT telah memberikan amaran kepada orang-orang yang beriman supaya berhati-hati dengan harta kerana ia dapat melalaikan mereka daripada peringatan Allah SWT. Jelas di sini menunjukkan bahawa Allah SWT memberikan keizinan kepada manusia untuk berusaha memperoleh harta. Namun mereka perlu mengawasi diri mereka daripada terlalai dan terleka. Golongan yang dilalaikan dengan harta boleh dilihat daripada beberapa sudut. Golongan pertama, harta boleh melalaikan manusia dalam konteks hubungan dengan Allah SWT. Golongan yang pertama ini biasanya terdiri daripada orang-orang yang telah menyibukkan dirinya mengejar harta sehingga tidak sempat untuk menunaikan kewajipan kepada Allah SWT. Ada di kalangan mereka yang meremeh-temehkan solat sehingga sanggup mengerjakannya di akhir waktu dengan alasan perlu mendahulukan janji temu dengan pelanggan dan sebagainya. Sebahagiannya terlepas waktu solat kerana asyik bermesyuarat atau sibuk melayan pelanggan sehingga luput waktu solat. Sebahagiannya pula ada yang pulang ke rumah pada lewat malam kerana meraikan hari jadi pelanggan di kelab-kelab sehingga terlepas solat Subuh kerana badan yang terlalu letih. Ada pula yang asyik menangguhkan amalan fardu haji walaupun dirinya sudah lama memenuhi syarat wajib melakukan haji. Namun, berkali-kali haji ditangguhkan kerana memikirkan keuntungan perniagaan yang akan terlepas sekiranya pergi menunaikan haji. Apabila mereka sudah lalai daripada mengingati Allah SWT, maka bukan sahaja hati mereka tidak tenteram, bahkan rumah-rumah mereka tidak damai dan harmoni kerana sunyi daripada ingatan dan zikir kepada Allah SWT. (rujuk an-Nur: 37) Golongan kedua yang dilalaikan dengan harta ialah dalam konteks hubungan dengan manusia. Golongan ini sanggup untuk menganiaya orang lain dengan melakukan penipuan dan pengkhianatan semata-mata untuk mengejar keuntungan duniawi. Sedangkan Allah SWT memerintahkan manusia menjaga harta orang lain sebagaimana dia menjaga dan memelihara hartanya sendiri. Sekiranya dia tidak rela dan tidak sanggup hartanya diambil secara zalim, begitu juga seharusnya perasaannya kepada harta orang lain. Nabi SAW bersabda: Setiap orang Muslim ke atas Muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya. (riwayat Muslim) Golongan ini juga melupakan tanggungjawab terhadap manusia yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Lalu mereka enggan untuk membayar zakat dan memberi sumbangan kepada fakir miskin kerana ia dianggap sebagai kerugian besar. Sedangkan Nabi SAW telah memberikan jaminan bahawa harta yang disedekahkan dan didermakan akan mendatangkan keberkatan kepada kehidupan si pemberi. Sabda Rasulullah SAW: Tidak akan dikurangkan harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya. (riwayat Muslim) Orang-orang yang sanggup untuk memberikan sumbangan hartanya pada jalan Allah SWT sebenarnya telah berjaya melalui satu ujian dalam kehidupannya. Hakikatnya, Allah SWT menjadikan kemiskinan untuk menguji si miskin, sama ada reda dan sabar dengan ketentuan-Nya itu. Si miskin juga akan diuji, sama ada dia sanggup mencari pendapatan yang haram untuk mengatasi kemiskinannya. Allah SWT juga mencipta kekayaan kerana ingin menguji si kaya adakah dia bersyukur dan membantu si miskin. Lantaran itu, Allah SWT berfirman: Sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (al-Taghabun: 16) Golongan ketiga yang dilalaikan oleh harta ialah dalam konteks dirinya sendiri. Mereka gagal mengawal diri mereka daripada penyakit hati seperti tamak, hasad dengki, dendam dan sebagainya. Bahkan, mereka menjadi sombong dan ego sehingga menganggap dirinya melebihi orang lain daripada segala sudut. Lalu mereka bermegah-megah dengan hartanya sehingga membelanjakan hartanya bukan untuk keperluan, sebaliknya ia adalah untuk menunjuk-nunjuk akan status dan kekayaan mereka. (rujuk al-Taghabun: 16) Kesimpulannya, terdapat tiga ancaman harta kepada kita iaitu dalam konteks hubungan dengan Allah SWT, hubungan dengan manusia yang lain dan terhadap diri sendiri. Marilah sama-sama kita menjaga diri agar tidak termasuk dalam mana-mana kelompok ini. Berwaspada agar diri tidak terlalu terpesona dengan harta sehingga kelalaian itu makin meningkat dan akhirnya menyesal apabila maut menjelang tiba. |
Posted: 21 Oct 2012 06:16 PM PDT ![]() Peserta berdoa sebelum dilepaskan pada Explorace: Kembara Menghayati Ciptaan Allah bertempat di Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini Penyelaras Program, Muhammad Farhan Tee Abdullah berkata, program itu diadakan untuk melahirkan rasa kesyukuran dalam setiap diri peserta terhadap ciptaan Allah SWT, di samping mengeratkan ukhuwah sesama mereka. "Selain itu, program itu mencorakkan konsep 'Islam Itu Persaudaraan' dengan melibatkan peserta daripada pelbagai kaum dan negara. Pertandingan itu berkonsepkan penjelajahan atau lebih dikenali sebagai explorace, di mana setiap peserta kumpulan perlu menjawab soalan berkaitan agama dan melengkapkannya di keseluruhan hentian. "Seramai 90 peserta menyertai program itu terdiri daripada Saudara Muslim tempatan dan luar negara serta masyarakat setempat," ulas Farhan. Hentian Beliau yang juga Pegawai Dakwah dan Penyelidikan Perkim berkata, setiap kumpulan diwakili seramai lima orang ahli yang perlu melalui sepuluh hentian, di mana setiap hentian dibekalkan soalan fardu ain, fiqh, tauhid, sirah, akhlak dan sebagainya. Peserta juga dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Saudara Muslim dan kategori umum. Katanya lagi, peserta memerlukan kekuatan tenaga fizikal dan kecerdasan mental untuk menjelajah ke semua hentian yang jaraknya empat kilometer. Pengarah Dakwah Perkim Kebangsaan, Abdul Hanif Harun sempat memberikan ucapan selepas sesi bergambar sebagai tanda penghargaan kepada peserta yang terlibat. Selain itu, beliau turut melahirkan rasa bersyukur melalui kerjasama antara pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program itu dan ia diadakan untuk manfaat semua pihak semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Peserta menjawab soalan sambil menikmati keindahan alam semula jadi di sekitar Bukit Damansara yang menghijau dan permai. Ada di antara mereka berkesempatan mengambil gambar di kawasan yang cantik dan menarik serta keunikan kediaman yang tersergam indah. ![]() Peserta Explorace: Kembara Menghayati Ciptaan Allah merakamkan gambar kenangan pada akhir program. Peserta kemudiannya diberi santapan rohani disampaikan oleh peserta akhir Imam Muda, Ustaz Khairul Azhar Ghazali setelah mereka menyelesaikan tugasan di semua hentian. Khairul Azhar dalam ceramahnya berasa gembira kerana diberi peluang menyertai bersama Saudara Muslim, mahasiswa dan masyarakat setempat dalam penjelajahan kembara tersebut. Ujarnya, peserta haruslah tingkatkan ilmu tauhid dan jihad serta memperkasakan dengan melaksanakan sebagaimana disyariatkan, agar Islam tidak dihina dan ditindas oleh musuh-musuh Islam menerusi karikatur, gambar, blog serta filem. "Kebenaran al-Quran membuktikan bahawa terdapat 11 planet di sistem solar angkasa lepas tetapi musuh-musuh Islam masih menyangkal dan tidak mempercayainya sehingga penemuan planet ke-10 pada 2001. "Abu Hurairah r.a mengkhabarkan kepada Miqdad bahawa Rasulullah SAW memberitahu, sesiapa yang berfikir satu saat maka itu lebih baik daripada beribadat setahun. Ibnu Abbas pula mengkhabarkan kepada Miqdad bahawa Rasulullah SAW memberitahu sesiapa yang berfikir satu saat maka ia terlebih baik daripada beribadat 70 tahun. "Perkhabaran dua sahabat tersebut mengelirukan Miqdad lantas beliau menemui Rasulullah SAW dan meminta Abu Hurairah dan Ibnu Abbas memberi penjelasan. Abu Hurairah memikirkan tentang kejadian tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, manakala Ibnu Abbas memikirkan tentang kematian," sambung Khairul Azhar. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah berbentuk hamper dan pingat kepada para pemenang oleh Pengerusi Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara, Tan Sri Dr. Zainol Arif. Konsep muka Juara kategori Saudara Muslim dimenangi oleh Nor Azlin Abdullah daripada kumpulan Mutiara manakala juara kategori umum diraih oleh Jamil Omar daripada kumpulan al-Hijrah. Dr. Zainol dalam ucapan perasmiannya menyeru peserta menuntut ilmu pengetahuan serta meningkatkan iman dan amal. Beliau mengajak peserta memotivasikan diri dengan menggunakan tiga konsep muka iaitu muka penutur, muka jam dan muka pintu manakala konsep PIE iaitu merancang, melaksana dan muhasabah serta bersyukur dengan deria anugerah ciptaan-Nya iaitu deria dengar, lihat, hidu, sentuh dan rasa. Peserta dijamu makan tengahari dan menunaikan solat Zuhur berjemaah selepas tamatnya program. |
Pengiktirafan kepada pendidikan tahfiz Posted: 21 Oct 2012 06:15 PM PDT ![]() Jamil Khir Baharom (tiga dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian penerima pembiayaan selepas Majlis Penyampaian Skim Pembiayaan Hafiz anjuran Jakim di Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Yang turut hadir, Othman Mustapha (kanan) dan Paimuzi Yahya (dua dari kanan). Sebanyak 97 bekas pelajar tahfiz dari Institut Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti telah menerima skim tersebut yang keseluruhannya bernilai RM450,000 (RM20,000 - RM30,000 setiap seorang), baru-baru ini. Ini menjadikan mereka sebagai kumpulan pelajar pertama menerima skim daripada kerajaan bagi membantu menampung kos pengajian mereka sehingga mendapat ijazah. Majlis penyerahan surat tawaran SPH telah dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di bangunan Perkim, Kuala Lumpur yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dan Pengarah Institut Darul Quran, Paimuzi Yahya. Penerima SPH itu terdiri daripada 73 pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di beberapa buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terutamanya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebanyak 24 orang pelajar lagi merupakan mereka yang akan melanjutkan pengajian di beberapa buah universiti di Jordan. Dalam ucapan perasmiannya, Jamil Khir berkata, skim itu telah dicadangkan oleh Jakim kepada mesyuarat Majlis Kebangsaan Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut dihadiri oleh menteri-menteri dan menteri-menteri Besar. "Mereka akhirnya setuju untuk melaksanakan SPH sebagai salah satu pengiktirafan kerajaan dan penduduk Malaysia terhadap pendidikan tahfiz di negara ini dan sebagai satu faktor galakan supaya lebih ramai lagi anak-anak muda kita mencintai al-Quran dan menjadi Ahlul Quran," katanya. Jamil Khir berharap para penerima SPH tidak sahaja mensyukuri pemberian itu sebagai satu nikmat dari Allah, tetapi memanfaatkan sebaik-baiknya. Katanya, mereka juga hendaklah menjadi pelajar contoh dengan mengekalkan ketinggian akhlak, sahsiah dan keperibadian sesuai sebagai pelajar yang mempunyai kelebihan dalam pengajian dan menghafaz al-Quran. "Kita tidak bercadang menjadikan kumpulan pelajar ini sebagai satu bahan uji kaji bagi memastikan SPH benar-benar mencapai maksud dan matlamatnya, tetapi jika itu yang berlaku kita khuatir tidak ada selepas ini pelajar yang akan menerima skim ini lagi. "Akibat tidak amanah dengan pemberian yang ditawarkan pada hari ini menyebabkan pelajar lain akan tersekat peluang untuk memiliki skim ini pada masa akan datang," tegas beliau. Sebanyak 287 permohonan diterima dan akhirnya 97 pelajar terpilih, berdasarkan pencapaian tinggi dalam keputusan peperiksaan, latar belakang keluarga dan penglibatan aktif dalam persatuan dan gerak aktiviti pelajar sepanjang berada di Institut Darul Quran yang terletak di Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor. Melalui SPH, para pelajar akan menerima bayaran RM700 hingga RM800 setiap bulan sehingga tamat tempoh pengajian di universiti dan keutamaan diberikan kepada mereka yang melanjutkan pengajian di bidang agama dan al-Quran. "Di masa akan datang kita bercadang meluaskan pemberian skim ini kepada mereka yang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana mahupun Ijazah kedoktoran dan mereka yang mengambil pengajian di pelbagai bidang akademik lain selain agama," kata Jamil Khir. Para penerima tidak perlu lagi membuat permohonan untuk mendapatkan pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPN) bagi menampung kos pengajian malah mereka juga tidak perlu membayar semula atau terikat dengan syarat untuk berkhidmat dengan mana-mana pihak selepas tamat pengajian. Namun difahamkan rekod pengajian mereka akan sentiasa dipantau sepanjang tempoh pengajian bagi memastikan skim ini benar-benar melahirkan para pelajar terbaik di universiti. |
Konsisten menjaga kualiti ibadah Posted: 21 Oct 2012 06:14 PM PDT ![]() segala perbuatan kita di atas muka bumi ini akan disoal oleh Allah SWT. - Gambar hiasan Sebenarnya hidup ini adalah penantian. Penantian giliran bila kita akan kembali ke hadrat Ilahi Rabbi. Penantian panjang menuju hari akhirat memerlukan bekalan dengan sungguh-sungguh, tidak sekadar satu permainan. Yang demikian, sesiapa yang menjadikan hidup ini sebagai perkara yang main-main, tanpa bekalan maka Allah pun akan melupakannya di hari yang sangat berat tanggungannya bagi seluruh makhluk. Firman Allah yang bermaksud: Iaitu orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai hiburan dan permainan dan kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada hari (Kiamat), Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami. (al-A'raf: 51) Pada hari Kiamat nanti, kita akan bertemu dengan Allah dalam keadaan yang berbeza-beza sesuai dengan amal ibadah kita. Ada yang wajahnya putih bersinar, ada pula yang wajahnya hitam legam. Selain itu, Allah Taala juga akan berhujah kepada beberapa golongan manusia. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti Allah SWT akan berhujah dengan empat orang terhadap empat golongan manusia yang lain, iaitu : Pertama, Allah berhujah kepada orang-orang kaya dengan Sulaiman bin Daud. Kedua, Allah berhujah kepada para hamba sahaya dengan Nabi Yusuf as. Ketiga, Allah berhujah kepada orang-orang sakit dengan Nabi Ayub as. Keempat, Allah berhujah kepada orang-orang fakir dengan Nabi Isa as." Maksud hadis di atas, menurut Syeikh Nawawi dalam kitab Nashaih Ibad, bahawa Allah SWT akan bertanya kepada orang-orang kaya yang terlena dengan kekayaannya dan enggan beribadah: "Mengapa kamu tidak beribadah?" Jika mereka menjawab: "Kerana kami sibuk mengurus harta benda kami." Maka Allah berfirman: "Siapakah yang lebih besar kerajaannya dan siapakah yang lebih banyak kekayaannya daripada Sulaiman as? Tapi mengapa ia tetap tekun beribadah?" Manakala kepada para hamba sahaya, Allah akan bertanya: "Mengapa kamu tidak beribadah?" Jika mereka menjawab: "Kerana kami sibuk melayani majikan-majikan kami." Maka Allah pun berfirman: "Hamba-Ku Yusuf, adalah seorang hamba di bawah perintah raja Mesir dan isterinya, tapi mengapa ia tetap tekun beribadah?" Kepada mereka yang diuji dengan sakit, Allah akan bertanya: "Mengapa kamu tidak beribadah?" Jika mereka menjawab: "Kerana kami tertimpa sakit." Maka Allah berfirman: Hamba-Ku Ayub, adalah orang yang menderita sakit parah, tetapi mengapa ia tetap tekun beribadah?" Sementara pertanyaan Allah kepada mereka yang diuji dengan kefakiran, Allah berfirman: "Mengapa kamu tidak beribadah?" Jika mereka menjawab: "Kerana kami sibuk mencari sesuap nasi." Maka Allah berfirman: "Hamba-Ku Isa, adalah orang yang terfakir di dunia, dia tidak memiliki kekayaan dunia sedikit pun. Dia tidak memiliki rumah, harta, mahupun isteri. Tapi mengapa ia tetap tekun beribadah?" |
Derma organ demi sebuah kehidupan Posted: 21 Oct 2012 06:11 PM PDT ![]() MUSTAPHA bersama isteri dan anak-anaknya hadir pada Sambutan Minggu Kesedaran Penderma Organ dan Program Bicara Hati di IJN baru-baru ini. Pada majlis itu, Mustapha turut menerima sijil penghargaan ekoran keputusannya menderma organ anaknya Allahyarham Muhammad Shafiq. Mustapha mendermakan organ Muhammad Shafiq yang meninggal dunia pada usia 16 tahun selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal Disember tahun lalu. Walaupun masih ada yang menganggap langkah menderma organ satu amalan sia-sia, pandangan itu tidak diterima Mustapha. "Sebelum ini saya tidak terfikir pun untuk terlibat dalam aktiviti menderma organ tetapi hati kecil saya terpanggil untuk mendermakan organ anak saya itu. "Saya banyak membaca penderitaan mereka yang menanti organ baru. Jadi, terdetik di hati saya untuk mendermakan organ anak saya kepada Pusat Transplan Negara," katanya yang ditemui ketika majlis Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini. Tambahnya, dia sentiasa mengikuti kisah penderitaan pesakit di akhbar sampai timbul semangat untuk membantu orang lain. Mustapha yang menetap di Kuala Lumpur bersyukur kerana isteri, Halimah Hassan dan anak-anak turut menyokong keputusannya itu. "Pada mulanya mereka tidak bersetuju namun setelah saya memberi penerangan mengenai pentingnya menderma organ, mereka bersetuju. Mungkin ada yang beranggapan rancangan saya mendermakan organ arwah Shafiq sesuatu yang tidak masuk akal. Namun, saya jelaskan bahawa inilah cara saya melakukan amal jariah bagi pihak anak saya. Apa-apa pun yang berlaku di akhirat kelak kita tidak pasti lagi dan biarlah Tuhan sahaja yang menilai. Mereka akhirnya akur dan reda," jelasnya yang bekerja sebagai kerani. Seiring dengan keputusannya itu, Mustapha turut bertekad mengajak rakan-rakan serta ahli keluarganya sendiri menderma organ . "Kesedaran masyarakat masih kurang, jika bukan kita sendiri menjadi penggerak kepada amalan menderma organ, siapa lagi, " katanya. |
Posted: 21 Oct 2012 06:10 PM PDT SUDAH lama saya ingin meluahkan isi hati, tetapi belum ada kekuatan sehinggalah saya hilang kerja akibat tindakan syarikat memberhentikan pekerja secara beramai-ramai tahun lalu,'' ujar Farahida membuka bicara dalam e-melnya. ''Saya sudah berkahwin lebih 30 tahun. Lama berkahwin bukan bermakna saya bahagia, rukun damai, sebaliknya saya banyak makan hati dengan kerenah suami, Zaid yang lebih pentingkan adik-beradik dan kawan daripada anak isteri sendiri. ''Suami saya pesara kerajaan, tetapi sejak mula kahwin, dia terlalu berkira dengan anak isteri. Demi menjaga keharmonian rumah tangga dan maruah suami, saya bersabar dan tutup mulut merahsiakan kelakuan Zaid yang sebenar daripada pengetahuan keluarga. Dipendekkan cerita, saya terpaksa mengeluarkan duit gaji sendiri untuk tanggung keluarga. Cukup atau tidak, pandai-pandai sayalah menguruskannya. ''Dengan wang pampasan yang diberi syarikat, saya terus mendaftar dengan Tabung Haji. ''Saya minta izin suami menunaikan haji, dia benarkan tapi jangan minta duit, satu sen pun dia tak beri, sebab dia tahu saya ada duit. Saya ajak suami pergi bersama tapi banyak sangat alasannya. Dengan baki simpanan, saya besarkan rumah untuk keselesaan anak cucu. ''Setelah selesai kerja baik pulih rumah, sedihnya bukan suami suka tetapi dia beritahu adik-beradiknya saya kedekut tak belanja dia pun. Sakitnya hati. Saya baiki rumah untuk keselesaan dia juga bukan untuk saya seorang. Rupanya dia mahu saya serahkan duit saya pada dia. ''Apabila PM umum imbuhan untuk pesara kerajaan dalam Bajet 2013 baru-baru ini, saya yang sakit hati. Sebabnya, suami tak akan bagi sedikit pun kerana kata dia itu haknya. Itu hasil susah payah dia bekerja dalam kerajaan dulu. ''Dia memang ego, angkuh dan bodoh sombong! Sepatutnya rezeki yang dia dapat itu untuk anak isteri juga. Selama 30 tahun jadi isterinya, dia tak pernah beri nafkah zahir dari segi wang kepada saya. ''Mujur dia beli rumah dengan pinjaman kerajaan semasa masih berkhidmat dulu, itupun selepas puas saya pujuk. Kalau ikut dia, dia nak balik kampung saja. ''Dia tak pernah fikir untuk bayar bil, beli pakaian untuk anak isteri, belanja sekolah anak-anak dan keperluan dapur. Dari mula kahwin sampai sudah bercucu, saya tak tahu berapa gaji dan pencennya. Dia sangat berahsia dan sentiasa mengelak bila saya tanya. ''Tapi kalau dia tahu saya dapat bonus atau kenaikan gaji, awal-awal lagi suruh saya belanja makan. Dia tak dengar nasihat ustaz bahawa duit isteri 100% milik isteri dan suami tak berhak minta dan guna tanpa izin dan keredaan isteri. Tapi macam mana nak dapat ilmu kalau dia tak pernah tengok program agama. Dia cuma tonton program hiburan macam anak-anak muda. ''Puas saya pujuk supaya dia solat dan ganti puasa yang ditinggalkan dengan sengaja dulu, tapi tidak diendahkan. Saya kejutkan dia untuk solat subuh setiap pagi macam anak kecil, tapi dia terus tidur. Padahal Allah bagi dia sihat tubuh badan untuk bangun. ''Saya hanya berdoa setiap hari supaya Allah SWT bukakan pintu hatinya diambil nyawanya. ''Saya sering ingatkan dia bahawa Allah akan tanya dia tentang rezeki yang dapat dan untuk apa dia belanjakan. Tapi jawabnya; ''Saya jaga kubur saya dan awak jaga kubur awak! Awak dah banyak sangat menonton program agama di TV dan pergi ke majlis ilmu, sekarang awak bawa balik ilmu sesat nak mengajar saya?'' Itulah jawapan dia setiap kali saya cuba nasihatkannya. ''Perangai buruknya kalau kawan nak pinjam cepat dia keluar pergi jumpa kawan bagi pinjam. Tapi bila nak minta balik dia malu. Tetapi kalau saya minta RM10 untuk beli keperluan saya, segera dia minta bayar balik. ''Dia pernah berkali-kali ditipu orang pasal pinjam duit. Barang peribadinya pun pernah dicuri. Motor dan keretanya juga selalu saja rosak, dah beribu duitnya habis untuk baiki. Saya pernah tanya dengan beberapa ustaz tentang masalah ini, adakah kerana wang suami tak berkat maka Allah tarik balik sedikit demi sedikit. ''Semua ustaz mengatakan itulah tanda dan kesan daripada sikap suami yang tidak menunaikan tanggungjawab terhadap Allah dan tidak memberi nafkah kepada isteri. Itu baru balasan di dunia belum lagi di akhirat. ''Tapi egonya mengatasi segala-segalanya, dia tak percaya cakap ustaz. Sepatutnya dia bersyukur Allah panjangkan umurnya sampai sekarang tapi dia tak gunakan untuk bertaubat. Surau yang dekat dengan rumah pun dia tak pernah pergi. Katanya bukan haram dia solat di rumah, asalkan solat sudahlah. ''Saya yakin apa saja yang terjadi ini adalah balasan terhadap sikap suami yang tidak menitikberatkan hukum Allah, pernah curang, menipu saya, suka ambil hak syarikat bawa balik ke rumah dan banyak lagi dosa yang dia lakukan. ''Sudah puas saya nasihatkan dia supaya berubah tapi dia tak suka. Umurnya dah 60 tahun tapi masih tak berubah. Kini saya hanya berserah pada Allah. Hanya Dialah yang berhak menentukan siapa akan diberikan taufiq dan hidayah, saya hanya mampu berdoa dan takawal. ''Masalahnya sekarang saya benar-benar buntu, wang simpanan semakin berkurangan sedangkan saya perlu bayar segala bil dan keperluan lain. Lebih penting makan minum kami anak-beranak. Malangnya Zaid awal-awal lagi kata dia tidak tak ada duit walaupun terima pencen. ''Saya dah berhenti kerja mana ada sumber pendapatan. Simpanan sebanyak mana pun, kalau dikorek setiap hari akan habis juga. Saya betul-betul rungsing. ''Inilah masalahnya jika dari mula kahwin lagi suami sering dibantu, sampai bila-bila pun dia tak akan tahu berdikari. Akhirnya yang bermasalah isteri juga. "Nasihat saya kepada isteri-isteri di luar sana, kalau nak bantu suami pun biarlah berpada-pada, jangan sampai jadi hamba.'' ujar Farahida menutup ceritanya. |
Posted: 21 Oct 2012 06:08 PM PDT ![]() TERUBUK MASIN Rasa kuahnya yang sedikit manis, pedas serta berlemak dilapisi dengan udang, ayam dan telur pada laksa nipis atau mihun ternyata mengimbau memori ketika di rumah bersama keluarga. Ditambah pula layanan oleh pekerja-pekerja restoran yang semuanya juga orang Sarawak, Restoran Pucuk Ubi yang terletak di Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya ini mampu membuatkan mereka berasa bagai telah terbang ke kampung halaman. Hakikatnya, mereka masih berada hampir 1,000 kilometer merentasi Laut China Selatan dari Sarawak dan yang diterbangkan adalah bahan-bahan asli untuk masakan tradisi yang sukar diperolehi di Semenanjung Malaysia. Ulat saguMenurut pengurus restoran, Addly Gerem, hampir kesemua ramuan utama masakan Sarawak di restorannya dibawa dari negeri itu bagi mengekalkan keaslian resipi turun-temurun tersebut. "Pes laksa Sarawak dan mi kolok antara bahan yang diterbangkan khas bagi mengekalkan keaslian rasa resipi tersebut. "Selain itu, terung Sarawak yang berbentuk bulat serta berwarna jingga bagi hidangan terung asam dayak dan pucuk midin yang seakan-akan pucuk paku berwarna merah turut dibawa dari Sarawak kerana ia sukar ditemui di pasar-pasar di sini," ujarnya yang menguruskan restoran tersebut sejak 2008 di Petaling Jaya. Turut dibawa ke sini buah dabai yang diletakkan di dalam nasi aruk dabai. Buah bermusim itu hanya boleh didapati di sana dan ia dijeruk membuatkan rasanya berbeza dengan nasi goreng biasa. Jangan lupa menikmati umai ikan mahupun udang. Hidangan ala kerabu lengkap dengan ramuan seperti limau, cili padi, bawang merah, halia dan belacan itu sungguh menyelerakan, tambahan apabila menjamahnya bersama nasi panas. Paling istimewa, ulat mulung yang lebih dikenali sebagai ulat sagu turut berada di dalam menu dalam bentuk masak lada hitam atau halia. Cerita Addly, ulat sagu yang rasanya berlemak ini biasanya dimakan mentah-mentah tetapi ia diubah suai memandangkan proses membawanya ke sini memerlukannya disejukbeku. "Ia berkhasiat dan menyihatkan kulit. Bila lagi mahu mencuba ulat sagu tanpa perlu terbang jauh," ujarnya. |
Jurang usia bukan halangan bahagia Posted: 21 Oct 2012 06:07 PM PDT JODOH adalah ketentuan daripada Allah, namun kita juga perlu berusaha untuk mencari yang serasi agar hidup kekal bahagia sepanjang hayat. Tidak mudah untuk memiliki yang berkenan di hati kerana cita rasa manusia boleh berubah mengikut mood dan masa. Jika ada yang bertahan, itu sesuatu yang membahagiakan dan yang patah di tengah jalan, anggaplah itu sebagai takdir dan tiada jodoh lagi untuk terus bersama. Itu juga ketentuan Allah. Dalam mencari calon suami atau isteri, banyak dugaan yang dilalui termasuk daripada keluarga, kawan-kawan dan suasana keliling. Kepada saya, lelaki ini yang menamakan dirinya Majid (bukan nama sebenar) berkongsi cerita tentang pengalamannya mencari calon isteri. Apa yang terjadi kepada Majid, kita ikuti kisahnya. "Ketika itu, saya berusia awal 20-an dan merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi terkenal di ibu kota. Sebagai lelaki, saya merasakan tidak mudah untuk mencari calon isteri. Jika tersalah pilih, yang dirancang tidak menjadi. "Begitulah permulaan kisah yang ingin saya kongsi dengan anda minggu ini. Kisah tentang jodoh saya. "Keluarga memberi sepenuh kepercayaan kepada saya memilih calon isteri. Jika saya tiada pilihan, mereka akan menolong untuk mencari calon yang sesuai. Doa adalah senjata yang paling mustajab untuk kita mendapatkan yang terbaik. Ini kerana setiap insan dijadikan berpasangan, itu janji Allah dan setiap kali bersolat, saya bermohon semoga diperkenankan hajat ini. "Maka takdir telah mempertemukan saya dengan seorang gadis yang lebih berusia daripada saya. Saya senang berkawan dengannya walaupun mendapat tentangan yang cukup hebat daripada kawan-kawan yang kebanyakannya adalah wanita. "Pelbagai cerita negatif yang saya dengar mengenai gadis pilihan saya itu yang saya kenalkan sebagai Zati (bukan nama sebenar), tetapi saya diamkan sahaja kerana tiada bukti kukuh yang boleh saya percaya kata-kata mereka. "Saya membuat andaian mereka cemburu dengan saya atau iri hati. Mungkin juga mereka merancang sesuatu. Tetapi mereka harus ingat, ini soal hati dan perasaan. "Berdiri biar sama tinggi dan duduk biarlah sama rendah, itu yang sepatutnya terjadi supaya serasi dan sedap mata memandang. Itu antara nasihat yang dilontarkan kepada saya ketika sedang minum petang dengan kakak-kakak di pejabat. "Kakak ingin melihat Majid bahagia dan carilah calon isteri yang sepadan dan muda kerana perempuan akan kelihatan cepat tua.'' "Saya hanya tersenyum dan faham maksudnya, tidak salah untuk kita mendengar nasihat daripada seorang yang lebih berpengalaman. "Hampir bertahun juga saya cuba untuk menghampiri Zati dengan harapan yang satu, untuk dijadikan calon isteri. Tidak semudah yang disangka kerana pelbagai 'ujian' yang saya hadapi termasuk tekanan daripada kawan-kawan sekeliling yang kesemuanya tidak setuju dengan pilihan saya. "Mereka kebanyakannya menentang. Kata mereka kami tidak sekufu dan masih ramai lagi yang sesuai untuk disunting. Bagi saya, amat tidak adil jika Zati dihukum kerana saya. Mengapa harus bersandarkan kepada pendapat orang lain jika itu yang terbaik dan diciptakan untuk saya. "Usia bukan penentu kebahagiaan seseorang dan kekayaan juga bukan tiket untuk mudah mendapat segala yang dihajati, kerana ketentuan itu milik Allah. "Saya nasihatkan Zati supaya jangan terlalu memikirkan apa yang diperkatakan oleh orang sekeliling. Pedulikan mereka kerana jika dilayan akan bertambah kecoh dan tiada kesudahan. "Dengan izin Allah segalanya berjalan lancar dan kami akhirnya bertunang dalam suatu majlis yang sederhana. Pelbagai cerita timbul, di samping heboh cerita saya bertunang dengan andartu. "Itulah hakikatnya. Amat sukar untuk membahagiakan hati orang kerana kebahagiaan itu milik kita dan pemberian daripada Allah yang harus disyukuri. "Yang paling saya gembira adalah kerana pertunangan kami dipersetujui keluarga dan mendapat restu daripada kedua ibu bapa dan keluarga pada hari pernikahan kami. "Itu kisah 30 tahun yang lalu. Waktu itu kami dihimpit pelbagai kontroversi untuk hidup bersama. Kini kami bahagia dengan cara kami. Saya dan Zati tidak pernah menyesal dengan keputusan kami untuk hidup bersama walaupun usia kami berbeza 15 tahun. "Sebagai lelaki, saya juga menerima hakikat yang Zaty tidak boleh melahirkan anak, tapi kami membuat keputusan cepat dengan mengambil anak angkat. Kesemuanya lima orang. Mereka kami ambil dari rumah kebajikan mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan. "Alhamdulillah anak-anak ini juga gembira hidup dengan kami. Zati dan saya memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak ini. Mereka dilayan seperti anak sendiri, diberi apa sahaja yang mereka mahu terutama pendidikan agama dan akademik. "Untuk seketika, saya merasa inilah hikmahnya yang Allah berikan kepada saya kerana menerima Zati dahulu. Walaupun kawan-kawan ramai yang mencemuh kerana melihat saya berganding dengan Zati dulu, sekarang mereka melihat kami dengan muka ditundukkan ke bawah, ertinya mereka dulu tidak menjamin kami akan bahagia. "Kini semua anak-anak angkat saya telah mencecah usia remaja dan kami bahagia walaupun tidak dikurniakan zuriat sendiri. Kasih sayang kami kepada mereka tidak berbelah bahagi. Mereka juga anak-anak yang perlukan perhatian dan kasih sejati dari ibu bapa. "Takdir telah menentukan anak-anak ini di bawah jagaan kami dan kami terima dengan reda. Jauh di sudut hati anak-anak ini mungkin ingin bertemu dengan ibu dan ayah kandung yang telah lebih awal dijemput Ilahi. "Saya dan Zati mengambil peranan itu untuk mengembalikan keseronokan mereka sama seperti anak-anak yang punya ibu bapa. Saya merasakan Allah telah memberikan saya isteri yang baik dan taat. Dia sanggup bersusah senang dengan saya dan menerima kata-kata kesat orang dahulu kerana sayangkan saya. "Sebagai suami, saya berterima kasih kepada Zati kerana sanggup berkorban untuk saya. Dia tidak pernah menyakitkan hati saya dan selalu ada bila saya memerlukannya. Dalam usia yang semakin meningkat, tentu Zati juga semakin faham akan erti hidup yang sebenarnya. "Kepada anak-anak angkat kami, usah bersedih dengan suratan takdir ini, tetapi bangunlah dengan semangat yang cekal dan tabah demi masa hadapan yang sukar untuk diduga. "Saya telah memberi mereka pelajaran dunia dan akhirat dan selalu mendoakan agar mereka berjaya dalam hidup. Saya mahu mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat. "Saya percaya apa yang Allah berikan kepada kita adalah untuk kita hargai dan sayangi. Pemberian Allah adalah tanggungjawab dan amanah. Tidak boleh dibuat main-main. Saya akui kata-kata itu. Zati juga sama. Malah kami berjanji akan melakukan apa sahaja demi masa depan anak-anak kami ini. "Biarpun masih ada orang yang sengaja mencari kontroversi dalam rumah tangga saya dan Zati, tapi saya yakin, ia tidak akan menjejaskan masa depan kami. Malah akan terus menguatkan cinta dan kasih sayang kami. "Biarlah orang akan kata apa sahaja. Katalah saya dan Zati macam anak dengan ibu, tidak mengapa saya terima sebab kami tahu siapa kami. Semoga Allah terus memberi perlindungan untuk saya, Zati dan anak-anak,'' Majid menutup cerita . Saya amat gembira membaca kisah Majid dan Zati. Kisah mereka adalah satu di antara seribu yang sering mengundang ujian dalam hidup berumah tangga. Saya nampak kematangan mereka di awal cerita dan akhirnya tentulah membawa bahagia. Inilah kisah yang boleh dijadikan teladan oleh pasangan suami isteri dalam mencari persefahaman dan tolak ansur dalam rumah tangga. Menutup catatan, pesanan saya, seorang isteri harus selalu berdoa untuk kesejahteraan hidup suaminya kerana di dalam hati seorang suami sebenarnya hanya ada seorang wanita yang dipanggil isteri. Salam |
Indahnya bercinta selepas berkahwin Posted: 21 Oct 2012 06:06 PM PDT ![]() Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz (berdiri, tiga dari kiri) dan Suriana Mohd. Zainal Abidin (dua dari kiri) bergambar bersama keluarga Suraini pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Pemilik nama Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz, 36, ketika itu cukup terpaku apabila kali pertama terpandang wajah Suriana Mohd. Zainal Abidin, 35, yang kini menjadi suri hidupnya. Beliau yang kini merupakan Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang ketika diminta mengimbau kembali detik-detik perkenalan mereka menyifatkan segalanya berlaku secara semula jadi. "Kami tidak bercinta tetapi hanya bercinta selepas berkahwin. "Kali pertama bersua pada penghujung 2001, saya bersama rakan berkunjung ke rumah isteri di Kampung Alor Pasir, Pasir Putih, Kelantan untuk berhari raya Aidilfitri. "Sememangnya saya tidak mengenalinya kerana dia rakan kepada rakan saya, tetapi pandangan pertama membuatkan saya terpikat dan ingin terus mengenalinya," katanya kepada S2 di Kuantan baru-baru ini. Bagi Mohd. Aruwan, beliau menyuarakan hasrat hati kepada rakan-rakan dan mereka juga menjadi penggerak kepada usahanya sehingga anak kelahiran Wakaf Che Yeh, Kelantan itu berjaya menyampaikan hasrat hati. "Saya cukup bertuah kerana bakal bapa mertua merestui hajat saya. "Kami tidak mengambil masa yang lama untuk mengenali dan terus memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2003," jelasnya yang kini mempunyai seorang putera, Muhammad Elham Faiz, 8. Bagi Mohd. Aruwan, tiada yang terindah dalam hidupnya apabila dapat hidup bersama insan yang dicintainya dan sanggup bersama di kala susah dan senang. "Bagi saya, isteri adalah wanita Melayu terakhir dan dia cukup sempurna di mata saya. "Sikap keibuan yang saya lihat padanya sewaktu kali pertama bersua cukup membuatkan saya teruja dan terserlah sebaik sahaja kami berkahwin," jelasnya. Sementara itu, bagi Suriana yang merupakan seorang jururawat di Klinik Kesihatan Beserah, Kuantan menyifatkan suaminya sebagai seorang yang romantik dan gemar melakukan kejutan. "Sikapnya yang pandai mengambil hati, baik dan pemurah cukup membuatkan saya tertarik dan menyenanginya. "Tetapi satu perkara yang membuatkan saya terharu adalah dia suka membuat kejutan. Pernah dahulu semasa saya bertugas di Johor dan dia pula bertugas di Putrajaya, tiba-tiba dia datang ke Johor dengan membawa hadiah. "Saya cukup terharu dan bertuah menjadi isterinya," jelas wanita cantik manis ini dengan wajah kemerah-merahan menahan malu. Ketika ditanya apakah harapan perkahwinannya, sama seperti pasangan lain, Mohd. Aruwan berkata beliau mengharapkan mahligai yang dibina terus dirahmati dan kekal bahagia di dunia serta akhirat. "Saya harap kami bersama selama-lamanya, bak kata orang sehidup dan semati," jelasnya. Suriana pula mengharapkan kesejahteraan bahtera rumah tangga mereka terus berkekalan dengan dianugerahkan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki. Dalam pada itu, Mohd. Aruwan turut berkongsi rahsia kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga iaitu setiap pasangan perlu saling faham memahami dan meletakkan agama sebagai keutamaan untuk dijadikan panduan dalam kehidupan. "Senario pekerjaan pada masa kini memerlukan setiap pasangan memahami dengan jelas peranan masing-masing. "Bagi saya, apa jua peranan kita, keluarga adalah keutamaan dan setiap pasangan mempunyai cara tersendiri bagi menjalankan tanggungjawab terutama terhadap anak dan isteri," ujarnya. |
Nikmati dim sum halal tanpa was-was Posted: 21 Oct 2012 06:04 PM PDT ![]() CHEF Pang Yoke Beng (tiga dari kiri) dan staf Restoran Chao Yuan menunjukkan tanda bagus untuk semua sajian yang dihidangkan di restoran itu di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan. Mereka menghidangkan dim sum dalam bentuk kecil untuk tujuan minum petang. Dengan menggunakan adunan rempah ratus bersama makanan laut dan pelbagai jenis daging dan ayam, dim sum menjadi menu yang menyelerakan kepada penggemarnya. Keenakannya turut menjadikan dim sum antara menu pilihan ramai rakyat Malaysia. Namun, bagi penganut agama Islam, hasrat untuk menikmati dim sum selalunya tersekat kerana kesukaran mendapatkan dim sum halal di restoran yang memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Menyedari hidangan berkenaan tidak sepatutnya terhad kepada satu kaum sahaja, maka Restoran Chao Yuan di Hotel Grand Riverview (GRV) di Kota Bharu, Kelantan menyediakan pelbagai jenis dim sum kepada pelanggannya tanpa batasan agama. Bertemakan 'Makan Tanpa Was-Was' dan disokong oleh persijilan halal yang diluluskan pihak berkuasa agama, restoran itu merupakan satu-satunya yang ada logo halal untuk sajian dim sum di Kota Bharu. Berbekalkan pengalaman memasak dim sum selama 30 tahun termasuk di Singapura dan Hong Kong, hasil kerja tangan Chef Pang Yoke Beng, 47, dan beberapa pembantunya yang beragama Islam tidak kurang hebatnya. Restoran tersebut menyediakan lebih daripada 30 jenis hidangan dim sum dengan tawaran harga yang murah. Bagi setiap hari Jumaat dan Sabtu serta cuti umum, restoran itu menyediakan hidangan bufet bermula dari pukul 8 pagi hingga 2 petang dengan harga minimum RM19.80 setiap seorang. Sementara itu, pada hari biasa, operasi bermula dari pukul 11 pagi hingga 2.30 petang dengan hidangan ala carte berdasarkan menu disediakan. Setiap hidangan dijual antara harga RM3 hingga RM6. Antara dim sum popular di restoran itu adalah Hang Chew Tow Sa Kaw (pisang goreng berinti kacang merah), Har Cheong Fahn (udang dan ikan), Chou Loh Pak Kow, Lor Mai Kai (pulut), Siew Kow (ikan dan cendawan), terung bakar serta kaki ayam. Pengurus Besar GRV, Vincent Chua berkata, GRV sentiasa mempromosikan restoran tersebut kepada masyarakat Islam bagi memberitahu mereka bahawa hidangan dim sum boleh dinikmati sesiapa sahaja. "Memang diakui tidak banyak restoran yang menjual dim sum di negara ini, apa lagi di Kelantan. Kalau ada pun, selalunya sajian dim sum hanya untuk orang bukan Islam. "Sebab itulah, kami menyediakan dim sum yang disahkan halal dan semua pembantu chef kami juga adalah penduduk tempatan beragama Islam," katanya. Menurut beliau, ketika mula-mula beroperasi beberapa tahun lalu, restoran berkenaan hanya dikunjungi pelanggan bukan Islam, namun sejak akhir-akhir ini semakin ramai orang Islam mengunjunginya. Antara kelebihan restoran berkenaan adalah kesemua hidangannya dihasilkan melalui bahan-bahan segar termasuk makanan laut, ayam atau daging. "Sekarang ini, banyak dim sum segera yang disejuk bekukan dijual di pasar raya untuk hidangan di rumah dan restoran. Tetapi di sini, semuanya segar dan asli yang dihasilkan dari dapur restoran," ujarnya. Sementara itu, sejajar dengan statusnya sebagai antara hotel terkemuka di negeri ini, beberapa hidangan menarik dan menyelerakan turut disediakan untuk pilihan pelanggan. Antaranya itik masak lada hitam, terung bersalut telur masin, ikan goreng Ying Yong dan udang masak halia berserta telur. Seorang pelanggan, Hayatul Ghazali, 23, berkata, dia mengunjungi restoran berkenaan sejak tahun lalu kerana hidangan dim sum yang disediakan sangat sedap. "Pertama kali saya makan dim sum semasa saya berada di Kuala Lumpur. Setelah mengetahui Restoran Chao Yuan ada menyajikannya, saya datang ke sini. "Dim sum memang sedap dan walaupun bukan masakan Melayu, namun keenakannya menepati selera sesiapa sahaja," katanya. Seorang lagi pelanggan, Nor Shafika Hanis Abd. Rahman, 23, turut mengagumi keenakan rasa dim sum di restoran itu yang mampu menyaingi tempat lain. "Sejak kecil, saya sudah biasa makan dim sum yang disediakan oleh ibu saya. Tetapi dim sum di rumah adalah dim sum segera yang dibeli di pasar raya. "Bila dapat tahu dim sum di sini halal, saya tidak melepaskan peluang untuk menikmatinya. Malah kadang-kadang saya datang bersama ahli keluarga," ujarnya. |
Posted: 21 Oct 2012 06:03 PM PDT ![]() Tat dan pastri digubah menjadi hamper untuk dihadiahkan kepada rakan atau saudara mara. Jika sebelum ini sekadar berniaga coklat secara dalam talian, tetapi dalam usaha mengembangkan serta mempelbagaikan lagi produk perniagaannya, beliau sanggup mengikuti kelas membuat tat berbentuk buah dan bakul pastri. Mengakui tidak mempunyai kemahiran menghasilkan dua produk baru itu, Siti Zahrah atau lebih mesra disapa Arah tetap berpuas hati apabila apa yang dipelajari mampu dihasilkan seterusnya menerima tempahan daripada pelanggan. "Jika dilihat sebelum ini pun penglibatan saya dalam pembuatan coklat juga bermula daripada kosong. "Disebabkan keinginan untuk belajar begitu tinggi seterusnya merancang untuk mengusahakan perniagaan sendiri, saya sanggup menghadiri kelas-kelas membuat coklat. "Begitu juga dengan bakul pastri dan tat nanas berbentuk buah di mana saya tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk membuat kedua-dua produk ini, tetapi disebabkan ingin memberikan sesuatu yang baharu buat pelanggan, saya berusaha mempelajarinya," ujarnya ketika ditemui di kediamannya yang juga merupakan premis perniagaannya di Bukit Jalil. Hari ini, sekiranya melayari blog Siti Zaharah, anda dapat melihat sendiri pelbagai reka bentuk tat nanas berbentuk buah selain bakul pastri buatannya yang cukup menarik. Antara tat nanas berbentuk buah yang ditampilkan ialah lemon, strawberi, limau, pear, epal dan manggis. Tambah menarik, tat nanas berbentuk buah itu turut dihasilkan dengan pelbagai warna-warna yang menarik dalam usaha 'menghidupkan' tat tersebut. Bahagian pastri pula, menurut Arah setakat ini beliau hanya mempelajari membuat bakul tetapi sebenarnya ada bentuk lain iaitu udang kara dan sebagainya. Begitupun ulas Arah untuk menghasilkan bentuk udang kara bukan mudah. Mengulas lanjut mengenai produk bakul pastrinya itu, Arah memberitahu bahawa bakul pastri yang dihasilkan boleh tanpa tangkai ataupun bertangkai. Setelah adunan dibancuh seterusnya dianyam mengikut acuan menjadi bakul, ia kemudiannya perlu dibakar antara dua hingga tiga jam bagi menghasilkan bakul yang betul-betul keras. Bakul-bakul pastri itu boleh dihiasi dengan biskut, gula-gula, buah-buahan dan pelbagai lagi mengikut cita rasa tersendiri manakala yang berbentuk udang kara lazimnya berintikan serunding. Begitu juga dengan tat nanas berbentuk buah. Walaupun pada dasarnya ia mudah tetapi untuk menjadikan adunan seperti buah-buahan sebenarnya memerlukan kesabaran dan kemahiran tetapi hasilnya amat memuaskan hati. Tat nanas berbentuk buah ini selain boleh dijadikan hidangan pada apa jua majlis, kedua-dua produk ini juga boleh dijadikan hantaran pertunangan mahupun perkahwinan. Tambah Arah, pembuatan biskut, coklat dan pastri hari ini juga tidak terkecuali daripada mengikut trend terkini kerana selain memerlukan kreativiti dalam menghasilkannya, ia juga tidak lari daripada perkembangan teknologi semasa. Hari ini kesemua produk Arah dipasarkan di bawah Arahchocolate & Bakery melalui blognya arahchocolate.blogspot.com Bagi mereka yang berminat sama ada untuk menempah bakul pastri, tat nanas berbentuk buah ataupun coklat mahupun menghadiri kelas yang dianjurkan Arah, anda boleh layari blognya atau hubunginya di talian 013-3692824. |
Posted: 21 Oct 2012 06:02 PM PDT ![]() Pada mereka yang tidak pernah mendengar atau belum pernah menikmati guacamole anda akan ketahui makanan ini dalam tulisan saya kali ini kerana saya akan berkongsi dengan anda apa sebenarnya guacamole. Makanan ini merupakan sejenis pencicah yang diperbuat daripada buah avokado dan berasal dari Mexico tetapi telah popular di negara luar. Selain sebagai pencicah, guacamole dimakan sebagai sapuan atau asas sos dalam makanan-makanan yang bersesuaian. Guacamole juga ada digunakan sebagai makanan sampingan dan dijadikan bahan dalam campuran salad. Tip paling penting untuk membuat guacamole adalah kita perlu menggunakan buah avokado yang elok dan telah masak. Cara untuk mengetahui buah avocado itu telah masak ataupun tidak sungguh mudah. Anda hanya perlu menekan dengan lembut buah avokado, jika berasa lembik maka buah tersebut sesuai untuk dibuat guacamole. Buah avokado yang telah masak akan memberikan rasa lemak dan rasa ini akan memberikan keenakan guacamole yang dihasilkan nanti. Buah avokado yang masih belum masak akan berasa keras apabila ditekan. Tidak mengapa peram sahaja buah yang tidak masak selama 2-3 hari saya pasti buah akan masak juga nanti. Bahan yang paling utama dalam membuat guacamole adalah avokado dan garam. Buah yang masak perlu dikupas dan dibuang bijinya. Kemudian ia akan dihancurkan atau dilenyek menggunakan lesung atau garpu. Avokado tidak perlu dilenyek terlalu halus. Biarkan ia sedikit kasar. Kemudian setelah dilenyekkan dicampurkan bersama bahan lain seperti tomato, daun ketumbar, lada benggala, krim atau yogurt. Bahan-bahan seperti tomato, daun ketumbar dan lada benggala perlu dicincang kecil dan barulah digaulkan bersama avokado dan bahan lain. Inilah resipi asli guacamole. Bagaimanapun terdapat pelbagai resipi menyediakan makanan ini. Tapi jika anda mahu menyediakan guacamole yang lebih mudah dan lebih cepat anda hanya perlu campurkan sahaja avokado bersama sedikit garam. Orang kata jangan jadikan kekurangan bahan-bahan di dapur sebagai alasan untuk anda tidak membuat guacamole. Dengan hanya mencampurkan avokado yang dilenyek bersama garam sahaja sudah memadai. Ia tetap menyelerakan. Terdapat beberapa jenis guacamole yang terdapat di luar Mexico seperti guasacaca yang berasal dari Venezuala. Rasa guasacaca agak nipis dan lebih masam. Resipinya menggunakan cuka dan bukannya limau nipis atau lemon. Ia disajikan bersama makanan yang digril. Kebiasaannya Guasacaca diperbuat dengan mencampurkan lada benggala merah dan tidak mencampurkan tomato jalapeno dan dimakan sebagai sos merah. Mantequilla de pobre pula adalah guacamole yang diperbuat daripada campuran avokado, tomato dan minyak dan jus sitrus. Untuk menambahkan kelazatan guacamole anda juga boleh menambahkan bahan-bahan lain seperti bacon cincang dan keju di dalamnya. Saya jamin rasanya sungguh sedap. Sebelum saya mengakhiri artikel adalah perlu untuk kita mengetahui maklumat kesihatan buah avokado. Buah ini banyak khasiat antaranya membekalkan 18 jenis amino asid yang diperlukan oleh badan untuk membentuk protein lengkap. Mengandungi lemak yang dikenali sebagai HDL iaitu kolesterol baik yang boleh menghalang serangan radikal bebas, mengandungi fitonutrient seperti neoxanthin, carotinoid dan neochrome yang baik untuk sistem imunisasi badan dan juga kaya dengan omega 3, vitamin C dan E. Disebabkan khasiatnya maka pada minggu ini saya telah berkongsi resipi udang goreng salut serbuk roti cicah avokado. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan