RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Akui Keluar Bersama, Remy & Maya Hanya Teman Biasa

Posted: 19 Oct 2012 04:25 AM PDT

Remy berkata perkara itu tidak patut diperkatakan dan menjadi isu kerana pada hakikatnya dia dan Maya berjumpa sebagai rakan sahaja.
PETALING JAYA: Pelakon kontroversi Remy Ishak mengakui terkejut dan tidak menyangka tindakannya menikmati makan malam bersama aktres Maya Karin pada malam Rabu lalu menjadi perhatian sehingga mencetuskan spekulasi.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 30, berkata, perkara itu tidak patut diperkatakan dan menjadi isu kerana pada hakikatnya dia dan Maya berjumpa sebagai rakan sahaja.
"Saya tak sangka pula perkara (keluar makan) ini jadi perhatian. Padahal, tiada apa-apa yang berlaku. Saya dan Maya hanya keluar makan seperti mana saya keluar dengan kawan-kawan lain.
"Rasanya, soal kami keluar bersama tidak perlu diperkatakan sebab ia bukan satu isu pun," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Khamis.
Gosip terbaru itu tercetus apabila Remy yang baru putus cinta dengan aktres Tiz Zaqyah dikatakan keluar makan bersama Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 33.
Maya pernah dikaitkan mempnyai hubungan dengan Remy sebelum ini.
Mereka dilihat di sebuah restoran makanan Jepun, pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara di sini pada malam Rabu lalu.
Difahamkan, kemesraan dua pelakon itu ketika menjamu selera menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka yang pernah diperkatakan sebelum ini kembali bertaut.
Ditanya sejauh mana hubungannya dengan aktres berdarah kacukan itu, Remy berkata, pada waktu ini dia dan Maya hanya berkawan biasa dan menolak persepsi yang mengatakan mereka mula bercinta.
"Kami hanya berkawan seperti saya berkawan dengan orang-orang lain. Terus-terang memang tiada apa yang serius pada masa ini.
"Saya senang dengan Maya kerana kami sudah kenal lama tetapi tidak bercinta seperti yang didakwa," katanya dengan nada ceria.
Ketika diajukan pertanyaan mengenai mesej Twitter yang berbaur sindiran ditujukan kepada penyanyi dan pelakon Aqasha pada Isnin lalu, Remy berkata, dia enggan memberikan sebarang komen dan meminta agar isu itu tidak dibangkitkan.
Mengenai kerjaya, Remy akan terbang ke kota London, United Kingdom dan Paris, Perancis pada malam Khamis (malam semalam) bagi memulakan penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Cinta Jangan Pergi arahan Kabir Bhatia selama dua minggu.

'Demi Allah Saya Tak Curang' - Ana Dahlia

Posted: 19 Oct 2012 04:24 AM PDT

Ana berkata dia tidak perlu melenting atau terkejut dengan gosip melanda dirinya kerana perkara itu memang tidak berlaku kerana dia sibuk bekerja hampir pada setiap hari.
PETALING JAYA: Pelakon Ana Dahlia menganggap tuduhan yang mengatakan dia berlaku curang sehingga menyebabkan konflik dalam rumah tangganya bersama Chef Riz sebagai kontroversi yang tidak dapat dielak dalam dunia hiburan.
Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, berkata, dia tidak perlu melenting atau terkejut kerana tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana dia sibuk bekerja hampir setiap hari.
"Saya tidak terkejut pun dengan tuduhan ini kerana ia tidak berlaku. Demi Allah, saya tidak pernah curang kerana hampir setiap hari saya sibuk bekerja.
"Saya percaya isu ini timbul kerana perasaan dengki dan cemburu pihak tertentu terhadap rumah tangga kami.
"Ia adalah perkara normal dalam dunia hiburan," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Ana dan suaminya, Chef Riz hampir setahun berkahwin.
Gosip terbaru mengenai perkahwinan Ana dengan anak lelaki chef tersohor, Chef Wan ini kembali diperkatakan apabila Ana didakwa kerap keluar bersama bekas teman lelakinya.
Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 31, pada 11 Disember 2011.
Ditanya mengenai tuduhan tersebut, bekas pramugari AirAsia ini memberitahu dia dan bekas teman lelakinya sudah terputus hubungan dan membawa haluan hidup masing-masing.
"Bagi saya, kisah dengan bekas kekasih adalah perkara lepas dan ia sudah lama berakhir.
"Saya tidak pernah berhubung dengan dia, apatah lagi untuk keluar bersama atau menjalin hubungan semula.
"Saya pun tidak tahu di mana dia dan mungkin juga sudah berkahwin. Kalau betul saya keluar dengan bekas kekasih, pernah ke ada pihak yang nampak atau jumpa kami?" soalnya.
Kata bekas peserta rancangan Pilih Kasih musim pertama ini, dia enggan mengambil peduli mengenai gosip itu kerana kebenaran sesuatu perkara terletak hanya diketahui oleh Allah.
"Tuhan maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Tidak perlulah saya bersusah-payah hendak menafikan atau sembunyikan kisah ini jika benar saya berlaku curang.
"Kalau ia benar-benar berlaku, lambat-laun orang pasti tahu juga," katanya yang mengakui pelbagai dugaan hidup yang berlaku menjadikannya semakin kuat dan tabah.
Dalam perkembangan lain Ana berkata, dia mengalami demam dan sakit tekak kerana kurang rehat ekoran komitmen pada penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Cinta Itu Bukan Milikku arahan Emi Suffian Sabhe yang pernah mengarahkan Vanila Coklat sebelum ini.
"Saya tidak sihat dan hilang suara sekarang. Mungkin kerana saya kurang rehat dan banyak menjerit untuk babak-babak saya diserang histeria dalam drama terbaru Cinta Itu Bukan Milikku.
"Penggambaran drama ini masih berlangsung sehingga hujung bulan hadapan. Insya-Allah ia akan ditayangkan untuk slot Akasia di TV3 pada awal November nanti," katanya.

Reputasi Scha & Awal Terjejas Dituduh Jadi Pencuri

Posted: 19 Oct 2012 04:23 AM PDT

Scha Al Yahya
PETALING JAYA: Pelakon Scha Al Yahya tertekan apabila namanya dan suami, Awal Ashaari menjadi bualan selepas dituduh mencuri pakaian yang bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian jenama terkenal.
Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, berkata, hal tersebut benar-benar menjejaskan reputasinya dan Awal walaupun mereka tidak melakukan perkara terkutuk itu.
"Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu.
"Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin.
"Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar," katanya.
Scha ditemui pada majlis pelancaran treler filem Awan Dania The Movie di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, Khamis.
Pada September lalu, timbul gosip mengenai seorang pelakon terkenal yang dijemput menghadiri majlis pembukaan sebuah gedung pakaian telah mencuri beberapa helai pakaian yang bernilai RM2,000.
Selepas pelbagai spekulasi timbul, pasangan suami isteri itu dituduh mempunyai kaitan dengan gosip tersebut. Mereka dikatakan telah menjual semula pakaian tersebut di kedai milik mereka.
Tambah Scha dia telah berjumpa dengan pengurusan gedung pakaian itu dan meminta pihak terbabit untuk membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan situasi sebenar.
"Saya siap tanya kepada mereka adakah benar kes kecurian itu berlaku? Tetapi mereka kata, tidak ada.
"Kemudian saya meminta pihak gedung berkenaan untuk melakukan sesuatu kerana nama kami sudah tercalar, namun mereka enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab untuk mereka berbuat demikian.
"Nak buat macam mana, saya hormat keputusan mereka," tuturnya.

Elly Mazlein Tidak Akan Sorok Kalau Putus Tunang

Posted: 19 Oct 2012 04:23 AM PDT

Elly Mazlein dan Azmi Hata
PETALING JAYA: Penyanyi Elly Mazlein tidak akan menyembunyikan status hubungannya dengan pengarah filem Azmi Hata sama ada ia sudah putus ataupun masih lagi berlangsung.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 32, berkata, dia akan membuat kenyataan rasmi sekiranya statusnya sudah disahkan oleh kedua-dua belah pihak keluarga dan enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu buat sementara waktu ini.
"Harap semua faham, saya tidak akan memberikan sebarang komen tentang perkara itu selagi ia tidak disahkan betul-betul.
"Lagipun, menjadi sesuatu yang normal, tidak semestinya sebuah pertunangan akan diakhiri dengan perkahwinan. Sedangkan orang yang dah kahwin pun boleh bercerai bukan," katanya berkias.
Elly ditemui pada majlis pelancaran treler filem Awan Dania The Movie di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, pada Khamis.
Elly dan Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei tahun lalu di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini.
Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang.
Tambah Elly, mujurlah keluarga memahami keadaannya dan tidak mendesak penyanyi itu untuk berkahwin secepat mungkin.
Ditanya, adakah dia sudah membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, Elly cuba menukar topik soalan yang ditanya pihak media itu dan berkata, dia kini sedang sibuk dengan persiapan kemunculan lagu terbarunya, Sabarlah Hati, yang dijangka keluar pada November ini.
"Fokus saya sekarang ialah single lagu Sabarlah Hati yang dicipta sepenuhnya oleh Manusia Putih dan bakal dilancarkan pada November ini.
"Ia juga merupakan tanda kemunculan saya di bidang nyanyian pula," katanya.
Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, Elly sekali lagi disoal, adakah lagu tersebut mempunyai kaitan dengan status hubungannya dengan Azmi, katanya:
"Adakalanya, kita berkongsi masalah peribadi menerusi lagu yang disampaikan tanpa orang sedar," ujarnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan