RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Izara Aishah Enggan Berlakon Aksi Ranjang

Posted: 19 Jun 2012 11:02 PM PDT

Izara Aishah tidak mahu membawa watak jahat atau aksi ranjang.

PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah enggan menerima sebarang watak melibatkan aksi ranjang terutamanya bersama lelaki sekiranya ditawarkan oleh pihak produksi.

Izara, 20, berkata, dia mempunyai hak untuk memilih peranan yang ditawarkan kepadanya dan akan terus berpegang kepada prinsipnya itu.

"Benar saya sebagai seorang pelakon baru perlu terokai pelbagai watak dalam menjadikan saya seorang pelakon berkaliber tetapi bukan dengan membawa watak sebagai wanita jahat atau aksi ranjang.

"Walaupun saya masih baru, itu tidak bererti saya tidak mempunyai hak untuk menentukan apakah watak yang perlu saya bawa," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Izara, faktor usianya yang masih muda juga jadi penyebab dia enggan menerima watak-watak sedemikian.

Dalam pada itu, Izara menafikan dia semakin besar kepala apabila sudah mula memilih watak yang diberikan kepadanya selepas popular menerusi drama bersiri Vanila Coklat.

Izara menjelaskan keputusannya itu tiada kena mengena dengan populariti sebaliknya lebih kepada prinsip sebagai seorang individu.

"Saya masih baru dalam industri dan rasanya masih banyak peranan lain yang boleh saya terokai.

Izara menafikan sudah besar kepala tetapi keputusannya itu adalah prinsip dirinya.

"Watak wanita jahat dan aksi ranjang mungkin tidak sesuai buat masa ini dan tiada kena mengena dengan populariti yang sedang saya kecapi," ujarnya.

Bagaimanapun kata Izara, prinsipnya itu mungkin berubah suatu hari nanti jika dia sudah bersedia untuk menerima watak sedemikian.

Sementara itu, mengulas mengenai wajahnya sering menghiasi drama-drama sebagai peranan utama, Izara berkata, dia bersyukur dengan kepercayaan pihak produksi dan menganggap ia sebagai rezeki dan hasil usaha kerasnya untuk bergelar pelakon.

Izara memberitahu, dia memang memegang azam untuk cepat dikenali dalam industri hiburan tempatan dan tidak menyangka ia secepat ini.

"Alhamdulillahlah apa yang saya rencanakan berhasil dan mendapat kepercayaan banyak pihak.

"Bagaimanapun tidak bererti saya sentiasa membawa watak utama, saya tidak mahu menerima peranan sampingan," katanya.

8 Jam gigit emosi Yana, Sam

Posted: 19 Jun 2012 11:01 PM PDT

GANDINGAN MANTAP...Yana Samsuddin dan Shaheizy Sam.
GANDINGAN MANTAP...Yana Samsuddin dan Shaheizy Sam.

LAMA berkecimpung di pentas lakonan, Shaheizy Sam jarang dihimpit gosip membabitkan ekspresi cintanya. Selalunya, anak muda bercita-cita tinggi ini lebih terarah menyimpan isi hatinya hanya untuk diri sendiri tanpa berkongsi dengan orang sekeliling terutama peminat.

Namun cukup mengejutkan saat anak bujang aktres Khaty Fauziah ini mendedahkan perasaan cintanya kepada media. Dan individu bertuah yang dimaksudkan oleh Sam ialah Yana Samsuddin. Itu situasi yang peribadinya cukup membahagiakan Sam.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Tanpa segan dan jauh sekali tanpa ragu, dia punya tahap obsesi tinggi melangit terhadap Yana yang dianggap sebagai wanita berhati cekal sehingga tidak mampu setiap saat melupakan sosok itu.

"Obsesi saya terhadap Yana pada wataknya sebagai Julia menerusi filem 8 Jam kerana hidup sebagai budak lorong yang tidak punya dunia lain melainkan seluruh hidupnya diserahkan sepenuh jika buat teman wanita saya itu," ujar Sam ringkas.


Jika 8 Jam arahan Ahmad Idham disebut-sebut sebagai filem aksi terbaik lakonan Sam yang mendedikasi seluruh kudratnya melalui watak Alang Budiman secara total, anak jati Kuala Lumpur itu menyifatkan 8 Jam juga boleh diangkat sebagai cinta agung yang menongkah arus daripada lambakan genre cinta sedia ada.


"60 peratus filem ini memaparkan babak aksi, namun setiap pertarungan yang diharungi Alang lapan jam sebelum ke tali gantung adalah disebabkan cintanya yang mendalam pada Julia.

"Persediaan saya untuk menjayakan babak aksi menerusi 8 Jam, dapatlah saya rumuskan sebagai sebuah filem yang memenatkan, sangat mengerah fizikal, mental dan emosi.

"Saya cedera di mana kedua-dua belah tisu lengan saya koyak. Watak Alang yang sentiasa tertekan turut mempengaruhi emosi saya sepanjang di lokasi penggambaran. Namun, ia sebuah filem yang memberi kepuasan dan saya rasa benar-benar bekerja sebagai pelakon," katanya.

Menjengah panggung pada 5 Julai nanti, 8 Jam terbitan Metrowealth Pictures menerbangkan tenaga produksi Ong Bak dari Bangkok dan Sam sendiri sempat berguru dengan koreografer terkenal filem itu.

"Teknik yang diajar tidak begitu sukar kerana ia lebih kurang dengan seni pertahanan diri yang saya pelajari. Sekiranya wujud masalah pun hanya bahasa jadi jurang pemisah," katanya.

Dalam pada berpuas hati dengan persembahan lakonannya, Sam agak kecewa apabila dimaklumkan babak ke tali gantung yang dijayakan tidak diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF) walhal ia adalah babak penting dan paling sukar untuk Sam menterjemahkan emosinya sepanjang bergelar pelakon.

"Saya sangat sedih babak itu dipotong. Ia adalah babak yang saya buat pada hari terakhir penggambaran.

"Menjayakan babak itu menuntut emosi yang sangat sukar kerana seluruh muka saya ditutup kain hitam. Dalam keadaan sebegitu bagaimana saya hendak memastikan emosi saya itu sampai kepada penonton. Getaran nafas kena betul supaya mereka yang menonton tahu betapa Alang gementar saat berdepan ajal di tali gantung," katanya.

Debar menanti respon penonton, tiga lagi filem Sam yang berbaki di panggung adalah S.A.M bakal memasuki panggung pada 19 Ogos nanti, Adnan Sempit 3 dan Kisah Paling Gangster. Manakala 2 Kalimah dia digandingkan dengan Nora Danish yang sedang menjalani penggambaran.

Beralih fokus kepada Yana yang gembira dengan konsep sesi fotografi yang diadakan baru-baru ini sekitar Balai Berita NSTP, di mana dia tidak perlu bersolek tebal mahupun mengenakan busana mewah, akui gadis berwajah Cina itu dia sedikit cemburu pada Sam.

Menyifatkan lakonannya dibelenggu emosi dan penuh misteri namun, babaknya langsung tidak membabitkan adegan lagak ngeri mahupun aksi sebagaimana Sam.

"Saya harus memberikan kredit kepada Sam yang bekerja keras menjayakan karakter Alang menerusi filem ini. Saya sebenarnya cemburu dengan peluang yang diperoleh Sam.

"Dia lakukan 'stunt' sendiri dan berpeluang menimba pengalaman di bawah pengarah koreografi diimport khas dari Bangkok, Thailand. Tentunya menarik jika saya dapat bekerjasama dengan tenaga kerja dari negara itu yang diiktiraf antara produksi filem aksi terbaik dunia dan 'fantastik' bagi saya.

"Mujurlah ada sedikit adegan mencemaskan saya lakonkan. Selebihnya Julia, gadis penuh emosi dan misteri. Sungguhpun beremosi ia perlu dibawa secara mendatar dan ini payah sebenarnya kerana bagaimana saya ingin membuatkan penonton faham soal isi hati dan perasaan saya.

"Tambahan pula Julia keliru dengan perasaan cintanya terhadap Alang. Pun begitu, saya sukakan jalan ceritanya yang diketengahkan filem ini. Mengisahkan anak yatim piatu yang dibesarkan di rumah kebajikan dan mereka adalah anak-anak lorong Chow Kit.

"Pengalaman paling menarik, dapat melihat kehidupan sebenar di Chow Kit dan bergelandangan dengan manusia sekitarnya," katanya.

Menzahirkan perasaan cinta tragis antara Julia dan Alang, nyata tidak mudah apatah lagi 8 Jam adalah filem pertama Yana bergandingan dengan Sam.

Agak sukar mencari keserasian pada mulanya, kerana berasa dirinya teramat kerdil ketika itu beraksi di samping nama besar seperti Sam.

"Filem ini dibuat sebelum Bini-Biniku Gangster dan Aku Ada Kau Ada, kira-kira dua tahun lepas. Manakala menerusi filem Adnan Sempit pula saya bergandingan dengan Along dan tak pernah ada babak berdua dengan Sam melainkan beramai-ramai.

"Jadi untuk menjayakan babak romantis saya agak segan pada mulanya tambahan pula peranan Sam sebagai Alang terlalu obses dan 'over protective' terhadap Julia.

"Sebagai pelakon yang hebat dan berbakat, terjemahan cinta dan kasih Sam itu dapat dilihat jelas dari mata Alang dan ia mendebarkan perasaan saya. Tetapi terus-terang saya katakan bekerja dengan Sam amat mudah, walaupun pelakon hebat, dia tidak sombong dan tak lokek ilmu bagi merangsang pasangannya untuk memberi mutu lakonan yang setara," katanya yang sudah selesai penggambaran lima filem Strawberi Cinta, Wawa Semput dan Adnan Sempit 3 arahan Ismail Bob Hashim, KITA (Pierre Andre) dan Minyak Dagu (Azahari Zain).

Suami Tidak Campur Adegan Panas Zarina Jamalullail

Posted: 19 Jun 2012 11:00 PM PDT

Zarina dalam imej terbaru, bersama Pekin pada tayangan perdana filem Aku, Kau dan Dia baru-baru ini.

PETALING JAYA: Pelakon baru Zarina Jamalullail, 23, menafikan dakwaan suaminya telah membayar sejumlah wang dengan jumlah yang besar bagi memotong beberapa adegan romantik yang dilakonkannya bersama Pekin Ibrahim dalam filem Aku, Kau dan Dia.

Bagaimanapun, Zarina yang merupakan finalis Dewi Remaja 2010/11 mengakui hanya meminta pihak produksi iaitu Tayangan Unggul untuk memotong sedikit adegan romantik berlebihan, bagi menjaga imejnya yang baru bertudung sejak bergelar isteri pada Disember tahun lalu.

"Diakui memang saya ada minta pihak penerbit untuk memotong sedikit adegan yang saya rasa tidak manis ditonton umum, kerana saya sudah bersuami dan bertudung. Ia telah mendapat persetujuan semua termasuklah pengarahnya, Pierre Andre.

"Tetapi tidaklah sampai suami perlu membayar ratusan ribu ringgit kepada penerbit semata-mata untuk pemotongan adegan tersebut, ia tak masuk akal. Saya kesal dengan hal ini kerana suami tidak ada kaitan langsung.

"Harap-harap kenyataan ini jelas dan difahami semua pihak. Saya tak mahu kerana gosip sebegini, kerjaya suami pula yang terganggu, katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Antara babak Zarina dan Pekin dalam filem Aku, Kau dan Dia.

Tambah Zarina, ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana dia hanya ingin menjaga imejnya apatah lagi selepas berhijrah.

Minggu lalu, beberapa akhbar dan portal hiburan melaporkan terdapat khabar angin yang mengatakan suami Zarina yang dikatakan seorang VVIP sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada pihak produksi agar memotong beberapa adegan romantik membabitkan pelakon wanita itu dengan Pekin.

Pemotongan babak tersebut dikatakan telah menjejaskan perjalanan cerita filem itu yang turut dibarisi pelakon Remy Ishak, Nash, Harun Salim Bachik dan Marissa Yasmin.

"Kalaulah saya tahu akan berkahwin dan berhijrah dalam tempoh masa terdekat, sudah semestinya saya tidak akan mengambil tawaran berkenaan.

"Tetapi pada ketika itu, saya menganggap filem ini sebagai platform untuk meneruskan kerjaya di bidang seni selepas menyertai Dewi Remaja," ujarnya yang kini sedang mengandung enam bulan.

Sementara itu, Zarina telah membuat keputusan untuk tidak berkecimpung dalam dunia lakonan bagi memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga.

"Buat masa ini saya tak mahu berlakon lagi dan ingin mencuba sebagai pengacara agar lebih mudah dalam hal pengurusan masa.

"Bagaimanapun saya tak nak cakap besar, mana tahu, jika ada tawaran yang bersesuaian pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan," tuturnya.

Tatu : Ustaz Puji Taubat Awi Rafael

Posted: 19 Jun 2012 10:59 PM PDT

Awi Rafael

PETALING JAYA: Dosa penyanyi Awi Rafael, 26, yang melukis tatu pada badannya akan diampunkan oleh Allah sekiranya dia benar-benar bertaubat dan menyesali perbuatannya itu.

Pendakwah bebas, Ustaz Zahazan Mohamed berkata, tindakan Awi yang tidak malu untuk mendedahkan rasa kesalnya secara umum adalah satu perbuatan terpuji dan harus dijadikan contoh oleh semua pihak agar tidak meniru perbuatan bertatu tersebut.

"Bukan mudah untuk seseorang yang dikenali ramai seperti Awi mahu mendedahkan perbuatan bertatu itu secara umum dan Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia cepat sedar dan bertaubat.

"Malah sanggup berkongsi kepada peminat-peminatnya agar tidak mengikuti kelakuan buruknya itu.

"Semoga Allah gugurkan segala keburukan silam dan mengangkat kebaikannya," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

Ustaz Zahazan

Zahazan menambah, sesungguhnya Allah amat gembira dengan orang yang bertaubat dan kegembiraan itu digambarkan melebihi seorang penggembala yang kehilangan unta di padang pasir lalu menemui semula untanya itu.

Beliau yang juga penceramah jemputan program agama Al-Kuliyah di TV3 menambah, seseorang yang bertatu lalu mahu bertaubat, diharuskan untuk membuang tatu berkenaan dengan menggunakan teknologi yang sedia ada sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan.

Bagaimanapun jika ia boleh memudaratkan pada diri dan nyawa, maka perbuatan itu boleh dimaafkan.

"Saya berharap apa yang didedahkan Awi dapat menjadi pengajaran kepada semua, termasuklah artis-artis tempatan yang lain.

"Perlu diingat, apabila kita tidak berhubung dengan Allah, maka kehidupan kita juga diibaratkan seperti sebuah kapal terbang yang tiada radar serta terumbang-ambing," tegasnya.

Pada Jumaat lalu, Awi melakukan tindakan berani dengan membuat pengesahan melalui Facebook beberapa foto lelaki bertatu yang tersebar di Internet adalah dirinya.

Bagaimanapun penyanyi lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu berkata, dia sudah bertaubat dan menyesali perbuatan yang dilakukan pada zaman remajanya itu.

"Alhamdulillah, sejak meninggalkan Australia pada awal tahun lalu, saya bertaubat dan benar-benar insaf atas segala perbuatan yang menyalahi hukum dan batasan agama.

"Sebab itu saya pulang ke Malaysia, supaya teman-teman Islam dapat membimbing saya dan pada masa sama dapat mencari rezeki halal," katanya dalam entri Facebook miliknya pada 15 Jun lalu.

Awi turut menjelaskan dia membuat kenyataan itu kerana enggan digelar hipokrit, sebaliknya ingin menjadikan pengalaman tersebut sebagai satu pengajaran agar tidak dicontohi oleh peminat-peminatnya.

Karl Shafek Dituduh Guna Taktik Kotor Jadi Pengacara

Posted: 19 Jun 2012 10:58 PM PDT

Karl Shafek.

PETALING JAYA: Pengacara Karl Shafek (Karl) mengakui terkejut dengan dakwaan yang mengatakan dia menggunakan 'taktik kotor' sebagai jalan pintas bagi memperoleh peluang mengacarakan rancangan Diari On Air di Astro Ria.

Menurut Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafe Ibrahim, 32, tuduhan itu adalah tidak berasas kerana dia mendapat peluang tersebut berdasarkan kelayakan menerusi proses uji bakat.

"Untuk apa saya lakukan taktik kotor sebagai jalan pintas mendapat peluang mengacarakan program? Jika saya mahu menggunakan taktik begitu, tentu sudah lama saya menonjol sebagai pengacara kerana saya menceburi bidang ini sejak 2008.

"Saya mempunyai prinsip dan mahu naik daripada bawah di mana saya dapat belajar semua perkara berkaitan dunia pengacaraan dan penyiaran. Peluang mengacarakan Diari On Air adalah menerusi proses uji bakat dan bukan taktik kotor seperti dakwaan itu," katanya ketika ditemui mStar Online.

Ditanya mengenai dakwaan kononnya dia berkawan rapat dengan Aznil Hj Nawawi untuk mengambil kesempatan bagi memperoleh peluang itu, Karl berkata ia adalah tohmahan daripada pihak yang kurang senang melihat dia muncul dalam program berkenaan.

"Hanya kerana saya rapat dengan Aznil orang tuduh macam-macam pula. Saya menghormati Aznil sebagai pengacara yang berpengalaman. Banyak perkara mengenai selok-belok bidang ini saya pelajari daripadanya.

"Saya ikhlas menimba ilmu untuk peningkatan diri dan tidak ambil kesempatan ke atasnya. Buat apa saya hendak cari masalah dalam kerja kerana ia pasti akan patah balik kepada saya satu hari nanti," jelasnya.

Bercerita mengenai populariti diri, Karl mengakui pembabitan dalam rancangan Diari On Air dan terbaru, MasterChef Selebriti di Astro memberikan impak positif apabila dia semakin dikenali.

"Tidak sangka pula semakin ramai orang mengenali saya. Respons yang saya terima di laman sosial dan ketika di tempat umum sejak terlibat dalam rancangan On Air dan MasterChef Selebriti mengejutkan saya.

"Walaupun populariti saya meningkat secara perlahan, ia adalah perkembangan positif yang membanggakan saya secara peribadi," katanya yang mengidolakan pengacara antarabangsa Ryan Seacrest.

Diari On Air disiarkan pada setiap Rabu hingga Sabtu pukul 10 malam bermula 23 Mei lalu di Astro Ria (saluran 104).

MasterChef Selebriti pula kini disiarkan pada setiap Sabtu hingga Selasa pukul 9 malam juga di saluran yang sama.

'Pelakon Malaysia Kurang Kualiti' – Ahmad Idham

Posted: 19 Jun 2012 10:57 PM PDT

Ahmad Idham

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem Ahmad Idham menyifatkan kekurangan pelakon yang berkualiti di negara ini membuatkan dia kerap menggunakan khidmat pelakon yang sama setiap kali menerbitkan sesebuah filem.

Idham atau nama sebenarnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, walaupun industri lakonan tempatan dipenuhi dengan lambakan pelakon-pelakon baru, namun daripada segi kualiti lakonan, ia masih lagi kurang memberangsangkan.

"Untuk memilih barisan pelakon ke layar perak, ia bukannya mudah dan sebagai seorang penerbit dan pengarah, saya perlu mencari pelakon yang berkualiti dan pada masa sama mempunyai nilai-nilai komersial.

"Sebab itu saya kerap menggunakan khidmat pelakon yang sama dalam filem-filem saya. Cuba beritahu nama pelakon-pelakon yang mempunyai ciri-ciri itu, tidak ramai bukan?" katanya yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Mael Lambong di sini, malam Selasa.

Barisan pelakon filem Mael Lambong iaitu dari kiri, Shenthy Feliziana, Zizan Razak, Juliana Evans dan Taiyuddin.

Tambah Idham, pemilihan pelakon yang sering bekerjasama dengannya membuatkan ia lebih mudah ketika menjalani penggambaran kerana masing-masing tahu akan peranan yang diberi.

Antara pelakon-pelakon yang sering bekerjasama dengannya ialah Zizan Razak, Taiyuddin Bakar (Tai), Kamal Adli, Juliana Evans dan Shaheizy Sam.

Sementara itu, bagi filem terbarunya yang akan ditayangkan pada Khamis (esok), dia bersyukur kerana lakonan barisan pelakonnya iaitu Zizan, Tai dan Juliana cukup berkesan dan bersahaja.

"Dalam filem yang ditonjolkan kali ini, saya ubah sedikit konsep komedinya di mana saya terapkan watak Zizan sebagai Mael Lambong iaitu orang yang serius.

"Dan nampaknya, ia berjaya apabila melihat respons penonton yang terdiri daripada pihak media terhibur dengan lakonan Zizan. Begitu juga dengan Tai, saya ubahkan wataknya sebagai Tiger menjadi lelaki yang sedikit menjengkelkan," tuturnya.

Dalam pada itu, Idham turut menyelitkan unsur-unsur isu semasa dalam plot cerita filem itu sebagai mengikut peredaran zaman.

Beritahu pengarah ini, dia berharap filem Mael Lambong mendapat sambutan daripada penonton memandangkan ia antara filem komedi terbaik yang pernah dihasilkannya.

Mael Lambong mengisahkan tentang Mail Lambong (Zizan), seorang penarik kereta profesional terjebak dengan sebuah komplot apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) secara tidak sengaja.

Sementara itu, antara pelakon-pelakon lain yang membintangi filem tersebut ialah Shenty Feziliana, Shuib (Sepah) dan Sabri Yunus.

Bront Palarae & Cristina Suzanne Sekadar Kawan Biasa

Posted: 19 Jun 2012 10:56 PM PDT

Bront Palare

KUALA LUMPUR: Aktor Bront Palarae menyangkal dakwaan terkini kononnya dia sedang menjalin hubungan cinta dengan aktres baru Cristina Suzanne sejak beberapa bulan lalu.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, berkata gosip itu adalah tidak benar sama sekali kerana mereka hanya berkawan biasa dan belum sampai ke tahap bercinta seperti yang diperkatakan.

"Mungkin cerita ini timbul kerana kami akan berlakon sebagai pasangan suami dan isteri dalam filem terbaru iaitu Jwanita.

"Untuk mencari keserasian itu, kami kerap berkomunikasi di Twitter. Mungkin sebab itu orang tersalah anggap dan menyangka kami bercinta pula.

"Gosip ini tercetus kerana persepsi orang saja. Tiada apa yang serius antara kami pada waktu ini," katanya kepada mStar Online.

Bront berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran filem arahan Osman Ali itu di Paradiso Cafe, Publika, Solaris Dutamas di sini, petang Selasa.

Cristina Suzanne

Ditanya mengenai kemesraan dalam komunikasi mereka di Twitter sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat, Bront berkata apa jua komunikasi di medium itu hanya atas dasar profesional.

"Kami mahu bina keserasian bersama bagi menjayakan watak suami isteri dalam filem itu. Mungkin cara komunikasi di Twitter itu menimbulkan keterujaan kepada orang ramai dan menganggap kami ada hubungan istimewa.

"Saya sedar Cris masih baru dalam industri dan peminat suka untuk memadankan dia dengan aktor lain. Kebetulan pula saya berlakon bersama dia, jadi kami didakwa kononnya menjalin hubungan," katanya.

Mengenai filem Jwanita, Bront memberitahu dia berasa bimbang untuk menjayakan watak Dr Farhan yang kemas dan rapi perwatakannya.

"Pengarahnya Osman Ali minta saya menjadi seorang doktor yang segak, tampan dan kemas tetapi bagaimana hendak saya terjemahkan watak itu?

"Sebelum ini, saya sering bawa watak lelaki yang kasar, bercelaru dan selekeh. Sampai sekarang saya masih terfikir bagaimana hendak terjemahkannya," katanya.

Dalam filem genre suspens dan ngeri itu, Bront bakal bergandingan dengan aktres Maya Karin, Cristina Suzanne dan Marsha Milan Londoh. Ia bakal memulakan penggambaran pada 30 Jun ini di sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu selama 30 hari.

Jwanita diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd dan Ehsan Production Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM1.5 juta.

Kerja Kebajikan Inspirasi Album Jason Mraz

Posted: 19 Jun 2012 10:55 PM PDT

Jason Mraz mengakui kerja-kerja kebajikan yang dilakukan telah membantu dirinya dalam menghasilkan album terbarunya.

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Jason Mraz mengakui kerja-kerja kebajikan yang disertainya menjadi inspirasi untuk beliau menghasilkan album terbarunya berjudul Love Is A Four Letter.

Jason, 33, berkata, peluang menyertai aktiviti kemasyarakatan di seluruh dunia seperti di Afrika Selatan bagi membantu kanak-kanak malang telah membuka matanya sebagai penulis lagu dalam memperluaskan lagi tema cinta yang dipilih melatari album tersebut.

"Sejak awal fokus saya adalah kepada tema cinta kerana ketika menjalani proses pembikinan album itu pada 2010 saya sendiri sedang mengalami masalah dalam perhubungan dan ingin meluahkan rasa terbuku di hati menerusi lagu.

"Bagaimanapun ia tidak menjadi kerana saya seolah-olah tersepit dalam dunia saya sahaja dan mahu album itu dapat diterokai oleh semua pendengar.

"Kerja-kerja kebajikan telah menyedarkan saya bahawa rasa cinta itu sangat luas dan tidak tertumpu kepada hubungan antara lelaki dan wanita sahaja. Itulah mesej yang saya cuba bawa dalam album ini," ujarnya dalam satu sidang media khas di sini pada Selasa.

Jason hadir ke Kuala Lumpur bagi menjayakan konsert keduanya di Stadium Merdeka, dekat sini bersempena dengan konsert jelajahnya iaitu Jason Mraz Tour - Is A Four Letter Word yang berlangsung pada malam Selasa.

Penyanyi yang berasal daripada Mechanicsville, Virginia, Amerika Syarikat ini aktif terlibat dalam beberapa aktiviti kebajikan selain mewujudkan Pertubuhan Jason Mraz pada 2011.

Dalam pada itu, Jason berkata, dia tidak pernah berasa tertekan dalam menghasilkan sesuatu karya walaupun sedar peminat dan pemerhati muzik mengharapkan sesuatu yang luar biasa untuk album Love Is A Four Letter selepas album sebelumnya iaitu We Sing. We Dance. We Steal Things berjaya dijual sebanyak 21 juta salinan di seluruh dunia.

Jason kembali ke Malaysia kali kedua untuk konsert jelajahnya.

Jason berkata, dia tidak pernah melakukan sesuatu untuk mendapatkan pengiktirafan sebaliknya lebih menumpukan kepada bagaimana untuk menyentuh hati para peminat menerusi karya ciptaannya.

"Saya tidak pernah duduk di satu ruang dan cuba mencipta lagu sambil berfikir lagu apakah yang patut ditulis supaya ia dijual dengan banyak dan mendapat anugerah dan idea itu akan datang sendiri tanpa dipaksa.

"Saya mahu sesuatu karya itu dinikmati kerana kejujuran dan keikhlasan saya menciptanya khas untuk para peminat dan pengiktirafan itu akan datang sendiri nanti," katanya.

Sementara itu, Jason menjelaskan dia sentiasa senang dapat membuat persembahan ke Malaysia dan negara-negara lain di Asia dan sentiasa berharap dapat kembali lagi ke negara ini.

Dalam perkembangan lain, Jason yang baru sahaja melancarkan single kedua berjudul Everything Is Sound dari album terbarunya itu yang kini telah pun berada di pasaran.

Perut Megan Fox Cuba Ditutup

Posted: 19 Jun 2012 10:53 PM PDT

Megan dan Brian berjalan bersama di Los Angeles Sabtu lalu.-Foto Dailymail

WALAUPUN sehingga kini berita kehamilan Megan Fox belum disahkan, namun bentuk tubuh badan pelakon itu seperti menjelaskan spekulasi tersebut.

Menurut laporan Dailymail, bintang filem Transformers itu ditemui di sekitar Los Angeles pada Sabtu lalu bersama suaminya, Brian Austin Green.

Ketika itu, perut Megan jelas kelihatan lebih besar daripada biasa dan Brian seperti cuba menutup perut isterinya agar tidak dirakamkan oleh paparazi yang berada di sekeliling.

Dalam pada itu, wanita berusia 26 tahun yang mengenakan gaun pendek berwarna ungu dipadankan dengan kardigan kelabu itu memegang tangan Brian setiap masa.

Sebelum ini, berita kehamilan Megan menjadi spekulasi apabila pelakon seksi itu tidak memberi sebarang pengesahan dan sering mengenakan pakaian yang longgar, seperti ingin menutupi perutnya yang semakin berisi itu.

Tetamu penyangak

Posted: 19 Jun 2012 10:52 PM PDT

LOKASI...Nor Azalilah menunjukkan tempat barang kemas dan beg tangannya dicuri.
LOKASI...Nor Azalilah menunjukkan tempat barang kemas dan beg tangannya dicuri.

PADANG BESAR: "Saya langsung tidak sedarkan diri apabila pengsan akibat diserang sakit jantung sebaik mengetahui tiga tetamu wanita yang tidak diundang, mencuri hantaran serta barangan berharga milik anak perempuan," kata Abdullah Mohd Noor, 60.

Sebelum itu, katanya, majlis perkahwinan anak perempuannya 'diserang' sekumpulan pencuri wanita Geng Gelang yang melarikan barang kemas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM5,000 dalam kejadian di Beseri di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan tiga suspek wanita berbaju kurung berusia antara 40-an hingga 50-an berkenaan turut dipercayai menjadi dalang beberapa kejadian samun dan curi dalam bilik pengantin sejak tahun lalu.

Dalam kejadian jam 2 petang, Nor Fadilah, 28, dan kakak sulungnya, Nor Azalilah, 34, kehilangan barang kemas serta beg tangan berisi wang tunai manakala Abdullah terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk rawatan.

Datuk ugut guna pistol

Posted: 19 Jun 2012 10:51 PM PDT

BUKTI...mangsa menunjukkan perintah mahkamah dan laporan polis yang dibuatnya.
BUKTI...mangsa menunjukkan perintah mahkamah dan laporan polis yang dibuatnya.

KOTA KINABALU: Niat seorang ibu muda mengambil anaknya berusia dua tahun dalam jagaan keluarga mentuanya berstatus VIP sejak Oktober tahun lalu, dibalas dengan sepak terajang manakala bapanya yang cuba membantu, diugut dengan pistol oleh besannya.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Sri, 20-an, berkata, kejadian berlaku di sebuah taska di sini, jam 10.30 pagi Jumaat lalu.

Menurutnya, sebelum kejadian dia bergegas ke taska itu bersama adiknya berusia 17 tahun bagi mengambil anaknya dengan membawa surat perintah penjagaan sementara dikeluarkan mahkamah pada 17 Januari lalu.

Sri berkata, tidak lama kemudian, bapa dan ibu mentuanya bergelar Datuk dan Datin serta abang iparnya tiba di taska itu, sebelum Datin terbabit membawa cucunya berusia dua tahun itu ke dalam kereta.

Tune Talk tembusi 10 negara Asean

Posted: 19 Jun 2012 10:50 PM PDT

LEBIH MUDAH...Lo (dua dari kiri) bersama Ketua Pemasaran PayPal, Klas Hesselman (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran perkhidmatan tambah nilai automatik Tune Talk, semalam.
LEBIH MUDAH...Lo (dua dari kiri) bersama Ketua Pemasaran PayPal, Klas Hesselman (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran perkhidmatan tambah nilai automatik Tune Talk, semalam.

TUNE Talk bercadang memperkenalkan penyelesaian perayauan dengan kadar tetap terendah di dunia iaitu hanya 50 sen seminit ke 10 negara Asean menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jason Lo berkata, ketika ini pihaknya menyediakan perkhidmatan itu ke empat negara iaitu Indonesia, Bangladesh, Sri Lanka dan Kemboja.


"Jika anda pergi ke empat negara ini, anda hanya akan dikenakan caj 50 sen (seminit) untuk membuat atau menerima panggilan tempatan.

"Kami sedang berusaha menyediakan perkhidmatan ini ke 10 negara lain menjelang hujung tahun ini," katanya selepas pelancaran perkhidmatan tambah nilai automatik Tune Talk dengan kerjasama syarikat pembayaran dalam talian global, PayPal di Kuala Lumpur, semalam.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya mengunjurkan untuk menarik sejuta pelanggan aktif menggunakan perkhidmatan Tune Talk.


"Ketika ini kami mempunyai 750,000 pelanggan aktif yang setia," katanya.

Mengulas kerjasama itu, Lo berkata, menerusi perkhidmatan baru itu, pelanggan boleh menggunakan PayPal sebagai dompet digital dan menambah nilai akaun mudah alih prabayar dengan menggunakan perkhidmatan 'Auto Top-Up'. "Dengan hanya mendaftar akaun PayPal dan memautkan kad kredit atau kad debit masing-masing, pelanggan boleh menetapkan arahan tetap bagi nilai untuk ditambah berjumlah dari RM10 hingga RM100 seperti juga yang mereka lakukan melalui transaksi perbankan dalam talian biasa," katanya.

Advertorial: Kanak-kanak segar, sentiasa aktif

Posted: 19 Jun 2012 10:13 PM PDT

pix_middle

JOHNSON and Johnson Sdn Bhd kini tampil dengan rangkaian produk mandian inovatif terbaru , Johnson's baby Cooling Bath, yang membantu memberikan kesan menyegarkan kepada anak anda yang aktif.

Ia dihasilkan dengan ekstrak semula jadi bunga honeysuckle berbau harum dan menyediakan mandian yang menyejukkan, memastikan kulit sentiasa segar serta menghalang kesan haba yang tidak selesa.

Produk baru mandian unik ini juga mempunyai haruman segar sepanjang hari dan dapat membantu kanak-kanak lebih aktif walaupun selepas aktiviti berpanjangan dalam cuaca panas.

Kita semua tahu bahawa kanak-kanak aktif adalah petunjuk kepada tahap kesihatan dan tumbesaran yang baik.


Aktiviti pembelajaran berlaku ketika mereka aktif dan kita tidak mahu mereka berhenti disebabkan keadaan tidak selesa akibat peluh, haba atau badan melekit.


Johnson and Johnson adalah jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka dipercayai ibu bapa dan pengamal kesihatan di seluruh dunia.

Ia sentiasa berada di hadapan dalam membangunkan produk-produk inovatif yang memenuhi keperluan keluarga.

Produk penjagaan ini terbukti tulen, ringan dan lembut pada kulit bayi serta kanak-kanak dan Johnson and Johson adalah syarikat pertama memperkenalkan 'No More Tears' untuk melindungi mata kanak-kanak daripada kemudaratan dan kerengsaan.

Bersempena pelancaran rangkaian produk ini, Johnson and Johnson mengadakan pencarian bintang menari 'Cool Kids Krew' yang akan menyaksikan anak anda menari dalam klip video yang dihasilkan komposer hip hop, Altimet dengan reka tarian diilhamkan pemenang rancangan realiti televisyen, 'So You Think You Can Dance' musim pertama, Alam.

Ibu bapa di Malaysia sentiasa memberitahu bahawa anak mereka berbakat dan inilah peluang yang ditunggu selama ini bagi membuktikannya.

Tiga bersemuka

Posted: 19 Jun 2012 10:06 PM PDT

  • Foto

  • Foto

    NEELOFA bersama Ahmad Hidayat Md Nor pada sidang medianya baru-baru ini.

SENIMAN panggil Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla semuka lerai kemelut

ARTIS muda bersengketa - Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla akan dipanggil menghadiri mesyuarat tertutup Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), tidak lama lagi bagi merungkai pertikaian sekali gus menyelesaikan perbalahan mereka.
Presiden SENAMAN, Zed Zaidi, berkata pihaknya akan mengatur mesyuarat khas tertutup dengan ketiga-tiga artis dipanggil memberi penjelasan di hadapan ahli panel berpengalaman dalam menghadapi krisis anak seni.
Kemelut antara Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla tidak perlu berlarutan hingga jadi kes mahkamah. Saya lihat pendekatan seperti nasihat adalah jalan terbaik menyelesaikan isu tiga artis terbabit secara dalaman. - Zed Zaidi, Presiden SENIMAN
"SENIMAN bertanggungjawab menjadi 'orang tengah' bagi menyelesaikan pertelingkahan Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla kerana mereka adalah ahli persatuan," katanya kepada HIP di sini, semalam.

Zed mengulas isu pertelingkahan tiga artis terbabit yang mencetus kontroversi dunia hiburan sejak beberapa minggu lagi.

Semalam, HIP melaporkan, artis senior dan peminat mahu Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla menghentikan sengketa. Malah peminat menyifatkan kemelut tiga artis terbabit sekadar isu remeh, tidak perlu dibawa ke mahkamah dan boleh diselesaikan cara baik.

Komen peminat itu diterima HIP melalui laman sosial facebook, Anugerah Bintang Popular, kelmarin. Melalui laman sosial itu, HIP meminta pandangan peminat berhubung krisis yang melanda Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla.
Zed berkata, pada mesyuarat tertutup itu, selain beliau, beberapa ahli Biro Aduan, Pemantauan dan Perundingan SENIMAN dijangka hadir termasuk Zahrin Ishak yang juga seorang peguam.

"Kemelut antara Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla tidak perlu berlarutan hingga jadi kes mahkamah. Saya lihat pendekatan seperti nasihat adalah jalan terbaik menyelesaikan isu tiga artis terbabit secara dalaman.

"Tanpa peguam, tanpa ruang perbicaraan, saya yakin, isu sengketa antara ketiga artis ini akan selesai dengan jalan yang terbaik," katanya.

Zed berkata, Anzalna ada bertemu dia meminta pandangan berhubung kes berkenaan, baru-baru ini.

"Anzalna berjumpa saya di sebuah majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dia menceritakan segala-galanya dan saya akan berjumpa Neelofa tidak lama lagi untuk bertanya perkara sama," katanya.

Zed berkata, dunia seni tempatan terlalu 'kecil' untuk isu remeh, tidak memberi manfaat kepada artis dan hanya memberi pandangan negatif terhadap dunia seni.

"Dunia ini kecil saja dan jangan ikut emosi. Pusing sana-sini, mereka akan disatukan juga dalam drama atau filem. Ia juga memberi kesan kepada tawaran berlakon nanti.

"Sebagai ahli SENIMAN, mereka perlu bersatu. Saya sedang mewujudkan garis panduan yang menetapkan artis lebih beretika ketika mengulas mengenai sesuatu perkara dan tahu mengawal media dengan baik.

"Bukan apa, takut mereka tersalah cakap dan ada orang yang mahu menangguk di air yang keruh," katanya.

HIP menghubungi Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla berhubung krisis mereka. Namun, hanya penjelasan dari Anzalna dan Tasha Shilla diperoleh. Usaha HIP mendapatkan komen Neelofa gagal hingga malam tadi walaupun pada awalnya, pelakon itu membalas mesej Blackberry. Ketika itu, Neelofa memberi jawapan 'kejap' - tanda dia mahu mengulas isu berkenaan.

Namun, hanya penjelasan dari Anzalna dan Tasha Shilla diperoleh. Usaha HIP mendapatkan komen Neelofa gagal hingga malam tadi walaupun pada awalnya, pelakon itu membalas mesej Blackberry. Ketika itu, Neelofa memberi jawapan 'kejap' - tanda dia mahu mengulas isu berkenaan.

Namun, beberapa jam kemudian, beberapa mesej yang lain juga tidak dijawab pelakon itu. Malah usaha menghubungi Neelofa juga gagal. Berikut adalah kronologi percubaan HIP menghubungi Neelofa:

  • 11 pagi : Neelofa menjawab panggilan dan memberitahu akan menduduki peperiksaan. Dia meminta HIP menghubungi semula jam 3.30 petang.
  • 3.30 petang : Panggilan dan kiriman SMS tidak dibalas.
  • 4 petang : Panggilan tidak dijawab.
  • 4.30 petang : Masih tidak menjawab panggilan walaupun berulang kali mencuba.
  • 6.30 petang : Mesej BBM dibalas 'sekejap yer.'
  • 7 malam : Telefon bimbit dimatikan
  • 7.35 malam : SMS dikirim namun tidak dibalas
  • 9.30 malam : Usaha menghubungi telefon bimbit Neelofa gagal.

    Tasha Shilla

    "TASHA sudah tak mahu komen lanjut isu ini. Sebagai rakan artis, sepatutnya kita menyokong satu sama lain dan berdamai. Perkara ini tidak membawa kebaikan. Saya nasihatkan Neelofa dan Anzalna menyelesaikan perkara ini secara aman.

    "Tasha tidak menyimpan dendam dalam hati. Bagi Tasha, semuanya sudah lama berakhir dan selesai. Sekarang, Tasha sibuk dengan tawaran berlakon dan tidak ada masa memikirkan perkara remeh.

    "Ini kerana saya bekerja untuk mencari rezeki dan bukannya mahu bertelagah. Perkara seperti ini boleh duduk berbincang dan tidak payahlah berlebih-lebih menggunakan mahkamah.

    "Saya juga bersedia untuk bersemuka dengan SENIMAN termasuk Neelofa dan Anzalna asalkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik."

    Anzalina

    "KALAU Neelofa nak teruskan saman, teruskanlah... Itu hak dia. Anzalna sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi kes ini di mahkamah. Tak kisahlah dia bagi tempoh 14 hari ke, sebulan ke, itu terpulang kerana Anzalna bersedia.
    "Anzalna tidak suka bergaduh atau bermusuh dengan sesiapa. Ini kerana masing-masing sudah matang dan boleh berfikir. Benda sudah terjadi dan Anzalna tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini.

    "Malah, Anzalna sudah bersemuka dengan Zed Zaidi kerana mahu isu ini diselesaikan dengan baik melalui pertolongan SENIMAN. Tetapi tarikh pertemuan masih belum ditentukan dan saya berharap ia dilaksanakan dalam masa terdekat.

    "Anzalna masih baru dalam bidang ini, jadi segala pendapat dan pandangan yang diberi artis senior ada betulnya. Buat apa nak bertelagah dengan benda remeh macam ini. Anzalna tidak pernah bersengketa atau bermusuh dengan orang. Ini kerana sejak sekolah lagi, Anzalna kurang kawan disebabkan keluarga kerap berpindah.

    "Lebih baik tumpukan kepada karier. Orang luar tak faham situasi yang kami tempuhi tetapi mungkin itu pandangan mereka. Anzalna sendiri tidak minta isu begini berlaku kerana akan merosakkan karier sendiri.

    "Bukan nak tujuk siapa kuat, siapa hebat kerana banyak lagi kes besar yang perlu dihadapi pihak mahkamah daripada benda kecil macam ini. Jadi, bagi Anzalna, kalau boleh diselesaikan cara baik seperti yang dicadangkan SENIMAN itu lagi bagus. Masing-masing sudah matang dan boleh berfikir secara rasional.
  • Shahrizal Jaszle bakal berkahwin?

    Posted: 19 Jun 2012 10:01 PM PDT

    Shahrizal Jaszle dan Redzwani Puteri
    Shahrizal Jaszle dan Redzwani Puteri
    Shahrizal Jaszle
    Shahrizal Jaszle

    Biarpun beberapa kali melalui episod kecundang dalam percintaan, ia tidak sedikit pun menjadi noktah buat aktor, Shahrizal Jaszle, 24, mencari teman hidupnya.

    Kini, pencarian itu bagai telah tiba ke penghujungnya, setelah seorang gadis istimewa, yang juga kenalan lamanya telah berjaya menawan, bukan sahaja hatinya, bahkan hati seluruh keluarganya.

    Tidak menunggu lama, Shahrizal secara bersahaja memaklumkan akan merisik buah hatinya, Redzwani Puteri pada 15 Julai ini menerusi laman Instagram miliknya.

    "Insya-Allah, 15 Julai ini, keluarga saya akan berjumpa keluarganya untuk merisik. Setakat ini, itu sahaja perancangan yang telah kami buat.

    "Saya sudah mengenalinya sejak setahun lalu dan hubungan kami hanya sekadar teman biasa. Namun, ketika saya sedang kecewa selepas putus cinta baru-baru ini, hubungan kami menjadi semakin rapat.

    "Istimewanya, dia bukan sahaja berjaya menambat hati saya, malah keluarga saya juga sangat menyukai dia. Keluarga kami merestui hubungan ini dan mereka juga yang cadangkan supaya hubungan kami ini diikatkan," katanya.

    Bagaimanapun, Shahrizal berkata, perancangan selanjutnya masih belum dilakukan memandangkan Redzwani masih lagi belajar.

    "Saya mahu kumpul duit terlebih dahulu. Lagi pun, dia akan tamat pengajian dua tahun lagi. Apa yang pasti, kami tidak ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat," katanya.

    Dalam perkembangan lain, Shahrizal baru sahaja tamat dengan sesi penggambaran drama berjudul Fenomena Cinta arahan Liza Ismail.

    Rugi RM50,000 ditipu skim pelaburan emas

    Posted: 19 Jun 2012 10:00 PM PDT

    Rimaliza Mustafa
    Polis kini mencari seorang wanita, Rimaliza Mustafa, 28, yang beralamat terakhir di Kuantan, Pahang.

    BATU PAHAT – Seorang pembekal bahan binaan kerugian RM50,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan emas yang ditawarkan menerusi laman Internet oleh sebuah syarikat beralamat di Klang, Selangor.

    Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa berusia 38 tahun itu pergi ke pejabat syarikat berkenaan, apabila tertarik dengan tawaran keuntungan 15 peratus yang dijanjikan.

    Menurutnya, selepas melihat sendiri pejabat syarikat berkenaan dan diterangkan keuntungan yang bakal diperoleh, mangsa bersetuju untuk melabur menerusi skim pelaburan emas itu dan mendepositkan RM50,000 ke dalam akaun syarikat berkenaan.

    "Mangsa yakin untuk melabur dalam skim itu berikutan syarikat terbabit turut menyediakan dokumen perjanjian untuk ditandatangani, selain berjanji akan menghantar dokumen perjanjian berkenaan selepas selesai menguruskannya.

    "Bagaimanapun, selepas dua bulan, syarikat terbabit masih gagal menyerahkan dokumen perjanjian itu. Mangsa cuba menghubungi syarikat berkenaan namun tidak berhasil.

    "Malah keuntungan yang dijanjikan selepas sebulan melabur tidak diterimanya. Mangsa yang menge­syaki dirinya ditipu akhirnya membuat laporan polis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat, semalam.

    Din berkata, walaupun mangsa membuat laporan polis pada 31 Januari lalu, pihaknya masih memburu suspek utama kes berkenaan.

    "Polis juga berjaya menangkap dan mendakwa pemilik akaun yang menerima wang RM50,000 yang dideposit mangsa," katanya.

    Beliau berkata, polis kini mencari seorang wanita, Rimaliza Mustafa, 28, yang beralamat terakhir di Kuantan, Pahang, untuk membantu siasatan kes berkenaan.

    "Kita meminta kerjasama orang ramai yang mengenali Rimaliza supaya dapat menghubungi pihak polis," katanya.

    Geng 04, 08 kembali aktif

    Posted: 19 Jun 2012 09:59 PM PDT

    Papan tanda Taman Buntong Ria dan Kampung Muhibbah dipercayai diconteng geng terbabit.
    Papan tanda Taman Buntong Ria dan Kampung Muhibbah dipercayai diconteng geng terbabit.
    Dinding kedai berhampiran turut diconteng geng 04 dan 08.
    Dinding kedai berhampiran turut diconteng geng 04 dan 08.

    IPOH - Geng 04 dan 08 dipercayai bergiat aktif semula dengan menjadikan peniaga di sekitar Buntong, Menglembu dan Taman Pertama (First Garden) sebagai sasaran untuk mengutip wang perlindungan bagi mengelak daripada diganggu kumpulan berkenaan.

    Selain menconteng papan tanda dengan angka 04 dam 08 bagi menunjukkan kawasan 'jajahan' masing-masing, difahamkan geng berkenaan turut mengutip wang perlindungan berjumlah RM2,000 di medan selera, kedai dan kilang di sekitar kawasan terbabit.

    Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kalangan peniaga sekiranya ahli kumpulan berkenaan bertindak ganas jika arahan tidak diikuti.

    Beberapa peniaga turut mendakwa mereka pernah menemui polis untuk meminta bantuan, namun tidak diendahkan, ada dalam kalangan peniaga yang ingin membuat laporan mengenai perkara itu disuruh untuk menyelesaikan masalah itu sendiri tanpa bantuan polis.

    Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias meminta orang awam yang dakwa polis tidak menerima laporan dibuat agar memaklumkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk tindakan lanjut.

    Menurutnya, menjadi satu kesalahan jika anggota polis tidak menerima laporan yang ingin dibuat orang awam.

    "Kami sering menjalankan pemantauan ke atas kumpulan yang dipercayai mempunyai elemen gengster dari semasa ke semasa.

    "Bagaimanapun, tohmahan yang mengatakan polis melindungi gengster adalah satu perkara serius dan orang awam sepatutnya tidak boleh membuat kesimpulan sebaliknya membuat laporan agar siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya.

    Beliau ditemui dalam Program Kepolisan Komuniti (C-Cop) anjuran Balai Polis Kuala Kuang di sini, semalam.

    Sehubungan itu, Azisman berkata, bagi pengadu yang mendakwa laporan mereka tidak dilayan diminta supaya mengambil nombor anggota bertugas, masa, tarikh dan tempat ia berlaku agar pihaknya dapat menjalankan siasatan ke atas perkara itu.

    Duda diperdaya gadis sunti

    Posted: 19 Jun 2012 09:57 PM PDT

    Mohd Adnan menunjukkan laporan polis yang dibuat.
    Mohd Adnan menunjukkan laporan polis yang dibuat.

    REMBAU – Seorang duda nekad membuat laporan polis bagi menuntut ganti rugi terhadap seorang gadis dikenali Fidah berusia 16 tahun setelah menyedari dirinya ditipu dengan janji-janji manis gadis berkenaan yang mahu mengahwininya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).

    Setelah membujang kira-kira 29 tahun, duda berkenaan, Mohd Adnan Hamid, 60, dari Kampung Rendah, di sini, akhirnya terpaut hati kepada gadis yang dikenali Februari lalu di sebuah kedai makan di pekan berkenaan sebagai pekerja kedai makan.

    Menurutnya, dia seolah-olah berasa bertanggungjawab untuk membantu gadis berkenaan dan atas dasar itu, dia menghulurkan bantuan kewangan kepada gadis berkenaan setiap bulan bermula Februari lalu.

    "Malah, apa sahaja yang diingini Fidah saya berikan tetapi dari tempoh perkenalan kami, dia memberikan maklum balas baik termasuk berjanji mahu mengahwini saya melalui jawapannya dihantar melalui SMS dan saya sanggup menunggunya menamatkan alam persekolahan.

    "Bahkan, sepanjang tempoh perkenalan ini iaitu dari awal Februari hingga ke tarikh saya mengetahui dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain iaitu 14 Jun lalu, saya sudah berbelanja kira-kira RM6,000 untuknya termasuk set katil bernilai RM1,700 yang dibeli Mei lalu, belanja buku sekolah, perbelanjaan ke Kedah, dua buah telefon bimbit dan lain-lain lagi," katanya.

    Adnan berkata, dia pada mulanya menyedari perbezaan umur yang terlalu jauh dengan Fidah dan dia dipanggil sebagai 'atok' oleh Fidah, namun dia tidak menyangka Fidah memberikan persetujuan berkahwin dengannya.

    Menurutnya, dari awal perkenalan, dia melihat Fidah sememangnya memerlukan bantuan kewangan kerana terpaksa bekerja bagi memenuhi keperluan perbelanjaan.

    "Namun, pada Mei lalu baru saya yakin 100 peratus perasaan saya terhadap Fidah dan bertanyakan melalui kiriman SMS, Fidah menyatakan persetujuan. Jika dari awal Fidah tidak memberikan janji-janji manis seperti ini, saya tentu tidak akan tertipu dan membantu sekadar yang berpatutan sahaja terutamanya dalam hal perbelanjaan persekolahannya.

    "Oleh itu, saya berasa sangat tertipu dan nekad membuat tuntutan ganti rugi serta janji yang diberikan Fidah. Sekiranya Fidah gagal berbuat demikian, saya tidak teragak-agak membuat satu lagi laporan polis berhubung kes penipuan dan membawa kes ini ke mahkamah serta membuat saman malu," katanya.

    Katanya, dia juga kecewa kerana setelah ditipu, dia dihina dengan kata-kata menyakitkan dan tidak munasabah hingga menjatuhkan maruahnya sendiri, menyebabkan dia buat laporan polis di Balai Polis Chembong.

    Awas minyak kitar semula

    Posted: 19 Jun 2012 09:55 PM PDT

    Husaini menunjukkan sepeket minyak masak yang dipercayai dikitar semula pihak tidak bertanggungjawab
    Husaini menunjukkan sepeket minyak masak yang dipercayai dikitar semula pihak tidak bertanggungjawab.

    KEPALA BATAS - Pengguna dan pengusaha kedai makan di sekitar daerah ini, rasa tertipu apabila membeli minyak masak yang dipercayai dikitar semula.

    Seorang pemilik restoran, Datuk Dr Husaini Yaakob berkata, selama ini mereka yakin bahawa bahan penting masakan itu tulen.

    Namun, menurutnya, mereka mula khuatir dan bimbang setelah mendapati minyak masak itu bertukar warna hitam dan cair selepas hanya sekali digunakan.

    "Saya percaya minyak masak ini sebenarnya telah digunakan sebelum dikitar dan diedar semula kepada pengguna berikutan kandungan kepekatannya tidak menyamai minyak masak berjenama lain.

    "Kita sarankan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) segera berbuat sesuatu bagi mengawal penipuan ini," katanya.

    Husaini, yang juga aktivis masyarakat berkata, penipuan sebegini harus dibendung kerana kesannya lebih banyak dirasai oleh pengguna.

    "Pihak terlibat dalam kegiatan jahat ini hanya pentingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna.

    "Malah, minyak yang dikitar semula ini juga tentunya boleh diragui dari segi halalnya kerana dipercayai turut dikutip dari restoran bukan Islam untuk diproses sebelum diedar di pasaran semula," katanya yang turut mempunyai pengetahuan dalam bidang industri melibatkan kandungan minyak kelapa sawit.

    Sementara itu, seorang pegawai KPDNKK SPU yang dihubungi berkata, penipuan minyak masak yang dikitar semula itu melibatkan minyak yang belum dimasak dan telah digunakan.

    "Kebiasaannya kita akan membuat pemantauan bersama Jabatan Kesihatan selepas menerima maklumat orang awam, namun disebabkan maklumat itu tidak tepat, sehingga kini pihak kita belum lagi dapat menahan pelakunya.

    "Pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, di mana orang perseorangan boleh didenda RM100,000 dan dua tahun penjara, manakala syarikat pula boleh dikenakan denda RM250,000," katanya.

    Menurutnya, pihaknya sentiasa bersedia melakukan siasatan apabila mendapat maklumat demi menjaga kebajikan pengguna dan tidak memandang remeh penipuan itu selama ini.

    Pemuda dipenjara curi coklat RM12.90

    Posted: 19 Jun 2012 09:54 PM PDT

    Pemuda dipenjara curi coklat RM12.90
    Suhaidi dipenjara sehari selepas mengaku mencuri tiga bungkus coklat di kedai 24 jam Jalan Sultan Sulaiman

    KUALA TERENGGANU - Alasan 'terdesak' mendorong seorang penganggur terpaksa melakukan jenayah dengan mencuri tiga bungkus coklat pelbagai jenama di sebuah kedai 24 jam di Jalan Sultan Ismail, di sini, Jumaat lalu.

    Bagaimanapun, walau apa alasan diberikan, tertuduh, Suhaidi Shuhaimi, 37, dari Rumah Awam Kos Rendah, Kuala Telemong, di sini, tetap menerima hukuman iaitu penjara sehari oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

    Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah mencuri tiga bungkus coklat bernilai RM12.90 di kedai terbabit, 15 Jun lalu kira-kira jam 3.20 petang.

    Suhaidi mengaku bersalah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Berdasarkan fakta kes, perbuatan tertuduh telah disedari pengurus kedai, Suriani sebelum memaklumkan kepada pekerjanya yang sedang bertugas, Mohd Hafiz Mohamed, 24.

    Sejurus diberitahu, Mohd Hafiz terus mengekori dan mengejar tertuduh yang melarikan diri sehingga sampai di Stesen Minyak Caltex, Jalan Sultan Ismail, iaitu kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

    Tertuduh berjaya diberkas dan setelah pemeriksaan dibuat pada tubuh badannya, Mohd Hafiz gagal menemui sebarang bukti.

    Bagaimanapun, Mohd Hafiz telah membuat pemeriksaan di tandas stesen minyak berkenaan dan akhirnya berjaya menemui tiga bungkus coklat yang dipercayai
    dicuri tertuduh.

    Seterusnya, tanpa membuang masa Mohd Hafiz menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

    Tujuh keluarga panik, peralatan rosak akibat lebihan voltan

    Posted: 19 Jun 2012 09:51 PM PDT

    Tujuh keluarga panik, lebihan voltan akibatkan peralatan rosak
    Zawiyah terpaksa menanggung kerugian hampir RM4,000 apabila mesin basuh dan televisyen LCD rosak.

    TUMPAT – Kejadian lebihan voltan yang berlaku Ahad lalu di Kampung Pulau Seratus menyebabkan tujuh keluarga terpaksa menanggung kerugian hampir RM20,000 apabila peralatan elektrik mereka rosak.

    Lebihan voltan itu berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika penghuni di tujuh rumah terlibat sedang menggunakan barangan elektrik sehingga menyebabkan mesin basuh, televisyen, kipas dan barangan elektrik lain rosak terbakar.

    Seorang penduduk, Zawiyah Mohd Yaakob, 37, berkata dia menyedari berlakunya lebihan voltan apabila televisyennya tiba-tiba berasap selepas suisnya ditekan.

    "Saya tidak tahu ada kejadian lebihan voltan kerana baru pulang dari berniaga di Kota Bharu.

    "Bila sampai di rumah terus menekan suis televisyen kerana ingin menonton sebuah rancangan, tetapi lain pula jadinya kerana televisyen LCD yang baru dibeli berasap dengan tiba-tiba," katanya.

    Menurutnya, panik dengan apa yang berlaku, dia terus menutup suis utama.

    Katanya, kejadian lebihan voltan itu juga menyebabkan mesin basuhnya rosak, kerugian dianggarkan hampir RM4,000.

    Bagi Norhayati Zakaria, 46, dia juga turut menjadi mangsa kejadian lebihan voltan apabila peralatan elektriknya rosak.

    "Nasib baik tiada kemalangan jiwa berlaku, cuma televisyen dan kipas sahaja yang rosak," katanya.

    Menurutnya, kejadian itu disedari suaminya, Mohd Fauzi Mustapha apabila kipas tiba-tiba berpusing dengan laju.

    "Memang panik seketika dan selepas itu televisyen pula keluar api, cepat-cepat ditutupnya suis utama," katanya.

    Menurutnya, kejadian itu amat menakutkannya dan sanggup bergelap semalaman walaupun bekalan elektrik dibaik pulih oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas itu.

    Norhayati mendakwa dia mengalami kerugian hampir RM1,000.

    Bagi Siti Esah Mamat, 43, berkata, pada mulanya dia menyangka ada gangguan bekalan elektrik kerana skrin televisyennya tiba-tiba menjadi gelap.

    "Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, saya memasang lampu tetapi lain pula jadinya kerana lampu tibatiba meletup.

    "Saya terus tutup suis utama dan menunggu hingga ke malam untuk menggunakan bekalan elektrik semula.

    "Saya mengalami kerugian hampir RM3,000 apabila televisyen yang baru dibeli rosak terbakar," katanya.

    Sementara itu pihak TNB ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan kejadian lebihan voltan itu berlaku bukan disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan bekalan elektrik.

    "Siasatan awal mendapati puncanya disebabkan oleh tiang elektrik di kampung terbabit ditimpa buah kelapa," katanya.

    Penyanyi popular Pakistan ditembak mati

    Posted: 19 Jun 2012 09:49 PM PDT

    Penyanyi Pakistan yang popular, Ghazala Javed ditembak mati.
    Penyanyi Pakistan yang popular, Ghazala Javed ditembak mati

    ISLAMABAD - Penyanyi Pakistan yang popular, Ghazala Javed ditembak mati di wilayah Peshawar lewat kelmarin.

    Ghazala ditembak mati bersama ayahnya.

    Bagaimanapun maklumat-maklumat yang diperoleh memberi maklumat yang berbeza mengenai kes itu.

    Menurut polis, pembunuhan mereka kemungkinan disebabkan pertikaian keluarga.

    Ghazala dari lembah Swat meninggalkan kawasan itu tidak tahun lalu ketika tindakan ketenteraan terhadap Taliban.

    Laporan-laporan dari Pakistan menyebut golongan artis menjadi sasaran kumpulan pemberontak sejak mereka menguasainya pada 2007.

    Kakak Ghazala mendakwa beberapa lelaki bersenjata memasuki rumah Ghazala lalu menembak dia dan bapanya.

    Bagaimapun keterangan lain menunjukkan mereka terbunuh apabila dilepaskan tembakan di jalan.

    Penyanyi itu, anak keluarga muzik, popular di Pakistan dan Afghanistan.

    Penyanyi itu yang berusia dalam pertengahan 20-an telah berkahwin dengan ahli perniagaan tetapi telah bercerai.

    Semua manusia buat silap – Hanez Suraya

    Posted: 19 Jun 2012 09:48 PM PDT

    HANEZ dan keluarganya menerima baik kehadiran Awi. Bagi Hanez, apa yang dilakukan kekasihnya itu adalah kesilapan pada masa lampau.


    Setelah agak lama berteka-teki mengenai status hubungan pelakon Hanez Suraya dengan penyanyi Awi Rafael, akhirnya ia terbongkar jua. Mereka berdua memilih untuk tidak berahsia lagi tentang cinta yang telah bertaut.

    Hanez, 27, yang sebelum ini menafikan status perhubungan mereka yang sudah terjalin selama tiga bulan, akhirnya bertindak terbuka dengan mendedahkan status yang sebenar.

    Perkenalan mereka bermula ketika pengurus Awi menghubunginya untuk mempelawa menjadi model klip video untuk single terbaharunya, Asalkan Aku OK.

    Kosmo! menemu bual Hanez pada majlis makan malam istimewa bersama pelakon 3 Janji di Luna Bar, Pacific Regency Hotel, Kuala Lumpur.

    Selain bercakap tentang hubungan cinta mereka, Hanez turut memberi sedikit kenyataan tentang penyebaran gambar lama kekasihnya itu yang disifatkan agak liar.

    Kosmo!: Kenapa sebelum ini Hanez menafikan mengenai status hubungan ini?

    HANEZ: Sebelum ini saya bukan ingin menyorok mengenai hubungan ini. Saya mahu dia bersuara dahulu kepada rakan media perhubungan ini kerana sebagai wanita, saya rasa biarlah pihak lelaki yang bersuara dahulu.

    Apa sifat Awi yang membuatkan anda menyukainya?

    Pada mulanya, saya tidak menyukai dia kerana saya menyangka dia seorang yang 'poyo'. Saya hanya meminati lagu dendangannya, Bila Aku Jatuh Cinta. Namun bila sudah mula mengenalinya, barulah saya tahu bahawa dia seorang yang suka mengambil berat, menghormati orang lain dan bertanggungjawab. Saya senang bersama dengannya.

    Adakah Awi dapat memahami kerjaya anda sebagai seorang pelakon?

    Buat masa sekarang ini, dia sedang membiasakan diri dengan waktu kerja saya. Kadangkala kami ada berselisih faham mengenai waktu kerja yang berbeza. Walaubagaimanapun, dia sentiasa menyokong kerjaya saya dan saya sentiasa menyokong kerjayanya.

    Anda berdua selalu meluangkan masa bersama?

    Bergantung kepada waktu bekerja, sekiranya ada masa terluang kami akan menghabiskan masa bersama. Keluarga pun mengetahui hubungan kami. Jadi tiada masalah untuk kami keluar bersama.

    Komen sikit mengenai aksi mesra anda dan pelakon sinetron popular Indonesia, Randy Pangalila dalam drama bersiri Dalam Hati Ada Taman. Apa reaksi Awi mengenai itu?

    Babak cium itu sebenarnya hanya lakonan dan dibuat dengan menggunakan teknik lakonan dan kamera. Ianya bukan aksi sebenar. Dia menerimanya dengan hati terbuka dan asalkan itu hanya untuk tuntutan kerja. Dia juga sentiasa pesan supaya saya pandai menjaga diri dan sebagai wanita perlu tahu batas-batas pergaulan.

    Baru-baru ini tersebar gambar Awi yang bertatu dan kehidupan liar dia bersama beberapa wanita. Bagaimana anda melihat isu tersebut?

    Jujurnya, saya dan keluarga menerima dia seadanya. Lagipun itu merupakan gambar dan kehidupan lampau dia. Sebagai manusia kita semua ada membuat kesilapan pada masa lalu.

    Apa perkembangan terbaharu anda?

    Saya telah terbabit drama Suri bermula 11 Jun lalu menerusi slot Azalea di TV3. Dalam drama tersebut saya membawa watak seorang yang sangat daif. Kemudian saya akan memulakan penggambaran drama di bawah produksi Brand Management Group (BMG).

    Emosi Zarina bercelaru

    Posted: 19 Jun 2012 09:47 PM PDT



    ENTAH kenapa ada sesuatu yang pelik dengan tingkah laku pelakon berbakat Zarina Zainoordin ketika menghadiri sesi fotografi bersama Kosmo! berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Dia seolah-olah tidak dapat memfokuskan diri apabila jurufoto Nooradzrene Mohd. Noor cuba merakamkan gambarnya.

    Sikapnya juga tidak keruan seperti mana kebiasaan sebelum ini. Malah, sikap tidak keruan itu boleh dilihat jelas dalam foto-foto yang dirakamkan itu.

    Selesai sahaja sesi fotografi, perkara itu diajukan kepadanya. Apakah punca yang membuat tingkah laku Zarina menjadi sedemikian rupa?

    "Karakter Zila dalam drama, Ameera sangat berat untuk saya pikul. Bayangkan selama dua bulan, saya perlu kekal membawa watak wanita psiko, meroyan dan penuh dengan tekanan perasaan apabila diminta menyerahkan bayi kepada pasangan yang tidak boleh mendapatkan anak.

    "Disebabkan sudah lama menghayati watak tersebut, saya sampai terbawa-bawa ke luar lokasi," luah Zarina memberikan jawapan terhadap persoalan mengenai sikap pelik dirinya itu.

    Bercerita mengenai watak lakonannya itu, kata Zarina, Zila pada asalnya merupakan seorang wanita baik.

    "Dia merupakan gadis kampung yang kemudian dilacurkan oleh kekasihnya dan akhirnya dapat melarikan diri sebelum bertemu dengan Ameera, lakonan Rita Rudaini.

    "Sejak itu, Zila membuat perjanjian dengan Ameera untuk berkahwin dengan suaminya, Ameer dan melahirkan anak untuk pasangan itu sebelum diceraikan dengan upah RM360,000. Namun, setelah mengandung, Zila mulai menyayangi suami Ameera dan juga bayi dalam kandungannya itu.

    "Malangnya suami Ameera tidak membalas cintanya. Disebabkan itu, dia mula berubah menjadi wanita jahat dan psiko sehingga mengugut untuk membunuh kandungan jika Ameer tidak mencintainya. Ada banyak emosi yang berat dalam watak ini membuatkan saya terbawa-bawa hingga ke dalam kehidupan realiti," ujarnya.

    Namun, bukan watak Zila sahaja yang membuatkan diri Zarina dlilanda tekanan. Luah Zarina lagi, dia juga sangat tertekan apabila bapanya, Zainoordin Abd. Rahman diserang penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung.

    Malah, akibat tekanan yang dihadapinya, Zarina juga baru-baru ini terlibat dengan dua kemalangan dalam masa terdekat.

    ZARINA mengakui dirinya telah mengalami pelbagai masalah dalam kehidupan peribadinya.


    "Ayah sepatutnya kena potong kaki sebab kakinya luka akibat terjatuh. Namun, kakak saya minta jangan dipotong sebaliknya sapu ubat. Alhamdulillah, luka ayah semakin sembuh tetapi malang pula apabila dia terjatuh sekali lagi dan menyebabkan kaki yang luka tadi patah.

    "Saya juga mengalami kemalangan jalan raya sebanyak dua kali. Pertama, ketika dalam perjalanan dari Jengka, Pahang ke Kuala Lumpur. Ketika itu saya baru selesai penggambaran drama RTM, Anak Yang Bertuah.

    "Selepas kemalangan itu, tanpa pergi membuat rawatan lanjut saya meneruskan penggambaran drama Ameera pula dan sekali lagi saya terlibat dengan kemalangan. Mungkin terlalu penat atau tertekan dengan segala masalah yang dihadapi, ia sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kehidupan saya," jelasnya yang mengalami penurunan berat badan daripada 47 kilogram kepada 43 kilogram.

    Tidak kejar glamor

    Sudah banyak drama yang dilakonkan Zarina, tetapi malangnya anak saudara kepada penyanyi Salwa Abdul Rahman itu tidak begitu menyerlah.

    Apabila persoalan itu diajukan kepadanya, ujar Zarina, dia bukan artis yang gilakan glamor, sebaliknya figura genit ini lebih mementingkan kualiti.

    Jelasnya lagi, sebagai pelakon dia mahu menyampaikan sesuatu mesej kepada penonton. Bukan sekadar lakonan kosong semata-mata.

    "Buat apa popular kalau sekejap. Saya mahu terus bertahan dalam industri lakonan sampai bila-bila. Saya jadikan pelakon Liza Abdullah sebagai sumber inspirasi yang mana daripada dulu sampai sekarang dia masih lagi mendapat tawaran berlakon dan semua orang mengenalinya. Saya juga mahu lakonan saya memberi impak kepada penonton," tuturnya yang sering membawakan watak antagonis di dalam drama.

    Tidak kecewa dengan watak antagonis yang sering dibawa, ungkap Zarina, dia begitu mengidamkan watak protagonis.

    "Banyak sebenarnya watak idaman yang sudah saya terima. Sebagai contoh, watak psiko dalam drama Saka Jentayu dan Ameera. Cuma, saya belum lagi menerima watak yang betul-betul baik. Kalau adapun watak yang pada mulanya baik, tetapi berubah menjadi jahat kemudiannya," luahnya.

    Biarpun sering dibanjiri tawaran lakonan, kata Zarina, dia tidak pernah terlintas untuk meninggalkan bidang nyanyian.

    DI SEBALIK sibuk dengan jadual lakonannya, Zarina tetap meluangkan masa untuk karier nyanyian.


    Nyanyian tetap menjadi keutamaannya. Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia itu juga akan memastikan setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, dirinya tidak akan terlibat dengan sebarang penggambaran drama. Ini kerana hari tersebut diperuntukkan untuk menerima tawaran nyanyian di majlis-majlis atau program televisyen.

    "Saya mula menyanyi sejak umur 10 tahun. Menyanyi lagi memberi kepuasan kepada saya berbanding bidang lakonan. Lagipun, menyanyi lebih mudah dapat banyak duit. Berlakon pula beri kepuasan apabila lakonan kita orang tengok dan nilai," jelasnya yang berharap dapat mengeluarkan single terbaharunya tahun ini.

    Bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana syarikat rakaman, ujar Zarina, dia lebih selesa mengikut acuannya dan memilih genre apa yang ingin dibawanya.

    Sehingga kini, kata Zarina, dia masih belum memilih genre lagu yang bakal dialunkan tetapi mengakui sangat sukakan muzik yang dibawa oleh Yuna.

    "Saya sedang usahakan untuk menghasilkan single. Buat masa ini, saya tidak tahu lagi jenis lagu bagaimana yang sesuai. Saya tidak suka lagu yang sangat bising. Kalau boleh lagu itu nanti sedap didengar dan mudah untuk pendengar mengingatinya. Seperti lagu-lagu Yuna," tuturnya.

    Kahwin

    Tahun lalu kecoh mengenai cerita Zarina yang dikatakan bakal ke jenjang pelamin pada bulan Disember dengan seorang jejaka tidak menjadi kenyataan. Adakah jejaka yang dimaksudkan adalah pelakon yang dikenalinya menerusi drama Syurgamu Ramadan, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz?

    Ditebak dengan soalan tersebut, akui Zarina, perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada Disember dua tahun lepas bukan dengan pelakon tersebut sebaliknya dengan seorang pemain gitar.

    "Dua tahun lepas memang saya dan pemain gitar itu sudah merancang untuk berkahwin tetapi malangnya tidak jadi. Dia muda dan ada benda yang masih ingin dikejarnya. Kami berpisah secara baik.

    "Saya dan Ungku Ismail cuma bercinta dan tidaklah sampai ingin berkahwin. Hubungan kami juga cuma bertahan selama empat bulan sahaja," jelasnya.

    Tidak hanya dikaitkan dengan dua jejaka tersebut, Zarina juga dikatakan kini sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon Azlee Khairi ketika sama-sama membintangi drama Dingin Lavenda.

    Mengulas mengenai itu, Zarina hanya ketawa dan memberitahu, dia dan Azlee hanya berkawan rapat.

    "Memang kami rapat selepas bersama-sama membintangi drama Dingin Lavenda. Mungkin sebab kami rapat dan keluar sama-sama orang anggap kami bercinta. Umur dia baru 23 tahun dan terlalu muda," jelasnya yang tidak menolak jika dia dan Azlee ditakdirkan berkahwin.

    Bukti Megan Fox hamil

    Posted: 19 Jun 2012 09:46 PM PDT

    GAMBAR bukti Megan Fox yang didakwa kini sedang hamil.


    WALAUPUN hingga kini belum ada sebarang pengesahan tentang kehamilan aktres Megan Fox, namun kemunculan Fox di hadapan khalayak ramai baru-baru ini seperti mengesahkan bahawa wanita itu kini sedang hamil.

    Ini kerana Fox yang pada waktu itu kelihatan baru keluar daripada sebuah restoran bersama suaminya, Brian Austin Green di Los Angeles tampak menggenakan pakaian longgar berwarna ungu dengan sedikit perutnya kelihatan buncit.

    Dia juga dikawal ketat oleh suaminya yang menutup perut Fox agar tidak dilihat oleh khalayak. Malah, Brian dilihat cukup bersikap proaktif sepanjang berjalan kaki dengan isterinya itu.

    Fox yang kini berusia 26 tahun itu juga didakwa berjalan dengan cukup berhati-hati seperti seorang wanita yang memang benar-benar sedang hamil.

    Baik Fox mahupun Brian, mereka masing-masing tidak pernah memberi pengesahan terhadap berita kehamilan tersebut.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan