RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Mana bukti?

Posted: 13 Jun 2012 11:08 PM PDT

pix_gal0
Anzalna diberi tempoh seminggu perjelas isu tohmahan

NEELOFA memberi tempoh seminggu kepada pelakon, Anzalna Nasir, untuk memberikan penjelasan dan bukti atas segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya seperti diluahkan dalam akhbar sisipan Berita Minggu, B*Pop, 10 Jun lalu, yang dilihat menjejaskan imej serta periuk nasinya sebagai artis.

Dalam laporan itu, Anzalna mendakwa dia juga menerima nasib sama seperti dialami Tasha Shilla akibat sikap Neelofa. Malah dia terlebih dulu menjadi mangsa ketidakpuasan hati pelakon dan pengacara itu ketika mereka samasama bergelar finalis pertandingan Dewi Remaja.
Anzalna turut mendakwa, Neelofa mencipta akaun Facebook Kami Benci Anzalna selain menghina keluarganya menerusi lama sosial keluarganya.
Neelofa, pada sidang media tergempar di Bandar Utama, semalam, selain menafikan sekeraskerasnya dakwaan berkenaan sambil menganggap kenyataan Anzalna itu sebagai kasar dan lantang.

Kata pelakon berusia 24 tahun itu, setelah melalui perbincangan bersama dua peguamnya, Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak Ahad lalu, dia mengambil keputusan untuk mengambil tindakan terhadap Anzalna melalui saluran yang difikirkannya tepat.

Saya perlu mengambil tindakan dengan menghantar notis tuntutan meminta dia membuktikan semua dakwaannya itu. Walaupun dalam artikel yang dikeluarkan itu banyak memfitnah diri saya, tetapi saya cuma mahu dua perkara itu saja daripadanya.

Ini kerana segala tuduhan yang dibuat adalah 100 peratus tidak benar. Saya juga ada meminta pandangan ahli keluarga. Ayah menasihatkan saya mengambil tindakan dan memberitahu, saya tidak boleh berdiam diri lagi, katanya.
Neelofa turut menjelaskan kenapa menggunakan saluran undang-undang, sedangkan sebelum ini hanya berdiam diri dengan kenyataan dikeluarkan daripada artis lain terhadapnya.

Sebelum ini memang saya banyak terkena dengan artis lain.

Tetapi, kali ini saya melihat kenyataan Anzalna kasar dan mengejutkan saya. Oleh itu, daripada saya menggunakan media seperti televisyen mahupun akhbar, lebih baik saya mengambil tindakan dengan cara yang bijak dan matang.

Selepas notis tuntutan itu dikeluarkan, ia bergantung kepada dia untuk tindakan seterusnya.

Saya minta dia membalas notis tuntutan itu nanti. Setakat ini, saya hanya memerlukan dia melakukan dua perkara yang saya tuntut daripadanya. Selepas itu baru boleh memikirkan tindakan seterusnya.

Saya mahu penjelasan berhubung kenyataannya yang mendakwa saya mencipta facebook untuk menghina keluarganya dan saya mahu lihat bukti itu dan apa penjelasannya berkenaan kenyataan kononnya saya menghina keluarganya, katanya.

Mengakui tidak rapat dengan Anzalna, Neelofa tidak menafikan dia pernah berselisih faham dengan artis itu tetapi menganggap ia sebagai perkara biasa.

Biasalah untuk mana-mana program realiti, pastinya ada persengketaan yang wujud antara peserta.

Tetapi bukan saya dengannya saja, yang lain juga melalui perkara yang sama. Saya pula anggap perkara itu habis setakat itu saja kerana ia hanyalah persaingan sesama peserta.

Selepas menang pertandingan itu, dia dan keluarganya mengatakan saya tidak layak untuk menang dan bermulalah pergaduhan antara peminat saya dan peminatnya.

Jadi, mungkin itu sebabnya dia ingat saya yang mencipta akaun itu, katanya yang memberi pandangan pergaduhan antara artis hanya menjatuhkan martabat golongan itu saja.

Tidak Yakin Jadi Artis Kilafairy Buka Butik 'Rack'

Posted: 13 Jun 2012 11:06 PM PDT

Kilafairy menunjukkan koleksi pakaian di butiknya.

SUBANG JAYA: Pelakon dan penyanyi, Kilafairy menjelaskan pembukaan butik 'Rack' yang dimiliki bersama kakaknya iaitu, Shakira Idora adalah sebagai satu permulaan agar masa depan hidupnya lebih terjamin.

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan berkata, nasib dirinya sebagai pelakon dan penyanyi masih belum menentu dan sebagai persediaan dia perlu bermula daripada sekarang untuk merancang masa depannya dengan berniaga.

"Akan sampai satu tahap nanti mungkin saya tidak diperlukan lagi dalam industri seni dan saya perlu bersedia untuk itu. Perniagaan butik pakaian adalah yang paling saya minati dan kebetulan bidang yang saya ambil semasa di universiti adalah pemasaran fesyen.

"Segala apa yang saya pelajari sebelum ini telah dicurahkan untuk butik Rack dan berharap ia akan mendapat sambutan," ujarnya selepas ditemui pada majlis pelancaran butik tersebut di sini, Rabu.

Butik Rack terletak di The USJ City Mall, Subang Jaya yang antara lain turut menyediakan pelbagai pakaian, kasut dan aksesori wanita.

Dalam pada itu Kilafairy berkata, keistimewaan produk di butiknya apabila rekaan yang ditampilkan adalah berlainan serta berbeza di antara satu sama lain.

Melayan pelanggan dengan berhemah.

Dia juga turut menghasilkan kasut khusus untuk pelanggan yang gemarkan tapak tinggi.

"Susah sebelum ini nak cari kasut yang bertumit lebih daripada lima inci. Ia telah memberi idea untuk saya mereka sendiri kasut sebagai salah satu jenama asli Rack," ujarnya.

Sementara itu, Kilafairy memasang azam untuk membuka beberapa lagi cawangan termasuk butik khas untuk lelaki.

Malah dia berharap Rack akan dapat menembusi pasaran antarabangsa dan dapat memperkenalkan produk itu di luar negara.

Dalam perkembangan lain, Kilafairy bakal berangkat ke Melbourne, Australia awal Julai depan selama sebulan kerana mahu menghantar kakaknya yang melanjutkan pelajaran sambil mengambil kesempatan bercuti di negara itu.

"Sambil bercuti boleh juga mengintai peluang atau mencari idea bagi mempelbagaikan produk Rack," ujarnya.

Gambit Tiada Niat Cari Duit Melalui Judi

Posted: 13 Jun 2012 11:05 PM PDT

Gambit

PETALING JAYA: Tindakan pelakon Gambit bermain daun terup di sebuah lokasi hiburan di Australia baru-baru ini adalah bertujuan untuk mengasah minda psikologi melalui permainan itu.

Gambit atau nama sebenarnya Gambit Saifullah Rosli, 27, berkata, permainan daun terup yang disertainya itu hanyalah secara kebetulan bagi memenuhi masa terluang sewaktu bercuti dan bukannya semata-mata atas tujuan berjudi.

"Saya menyertai permainan itu sebenarnya secara kebetulan sahaja dan menganggap ia satu permainan psikologi.

"Biarlah orang nak buat macam-macam tuduhan terhadap saya kerana saya bermain daun terup bukan kerana mahu mendapatkan duit, tetapi sekadar ingin menguji pengetahuan.

"Cakap pun tak guna, kerana orang akan tetap mengkritik. Asalkan saya dan Tuhan tahu niat sebenar, itu sudah cukup," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Gambit baru-baru ini telah menulis mesej melalui Twitter miliknya yang mengharapkan tuah dalam permainan daun terup yang disertainya pada 5 Jun lalu.

Gara-gara mesej tersebut, pengikut laman sosial milik Gambit turut menghantar kritikan selain menganggap pelakon itu tidak peka tentang halal dan haram menyertai permainan tersebut.

Bagaimanapun, pelakon Karipap-Karipap Cinta itu terkilan apabila kebanyakan masyarakat tempatan terlalu cepat membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat dengan membuat tuduhan yang tidak benar selepas membaca entri berkenaan.

Wan Akashah Wan Abdul Hamid. Foto daripada blog hazirinbudiman

"Saya seorang yang sangat sayangkan Malaysia, bangsa dan agama, tetapi kenapa kebanyakan masyarakat kita mempunyai mentaliti iaitu terlalu cepat menilai keburukan seseorang individu itu?

"Diakui, salah saya juga meletakkan entri yang boleh menimbulkan persoalan kepada semua tetapi dengan menyebarkan maklumat dan membuat spekulasi sendiri, tidakkah ia berbau fitnah? Dan bukankah fitnah itu haram?

"Sebelum mengata tentang orang, cerminlah diri sendiri," tegasnya.

Sementara itu pendakwah dan pengacara program Semanis Kurma, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, pemahaman seseorang yang ingin menimba pengetahuan daripada permainan daun terup adalah salah mengikut syariat Islam.

Menurutnya, seseorang itu tidak sepatutnya menyertai permainan daun terup atau apa-apa juga aktiviti seumpamanya kerana ia boleh mempengaruhi mereka untuk berjudi.

"Saya tidak setuju dengan pendapat individu yang terlibat dengan judi semata-mata atas alasan untuk memahami permainan itu.

"Daripada segi hukum, ia sudah pun dikira haram kerana di dalam Al-Quran ada menyebut Allah melarang umat Islam menghampiri perkara-perkara yang haram.

"Contohnya, Allah berfirman jangan sesekali menghampiri zina iaitu seperti pergaulan bebas atau majlis tari menari. Sama juga dengan isu perjudian.

"Banyak lagi cara lain untuk mendapatkan pengetahuan. Matlamat baik tapi caranya itu sebenarnya salah," tegasnya.

Sharnaaz Tidak Terganggu Ditemani Ibu Shila Ketika Berdating

Posted: 13 Jun 2012 11:04 PM PDT

Sharnaaz Ahmad.

SUBANG JAYA: Tindakan Fauziah Sarman atau Kak Zie iaitu ibu kepada penyanyi Shila Amzah yang sering menemani anaknya untuk bertemu dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sedikit pun tidak menggagu hubungan pasangan tersebut.

Sharnaaz berkata, dia berasa selesa apabila setiap kali bertemu dengan Shila, ibu wanita berkenaan sering bersama yang secara tidak langsung dapat meningkatkan kepercayaan keluarga terhadap hubungan tersebut.

"Saya tidak pernah rasa terganggu ditemani oleh ibu Shila setiap kali kami ingin keluar malah menganggap kehadiran ibunya cukup menyenangkan.

"Tambahan pula elok juga ada orang yang lebih berusia menemani kami dan sedikit sebanyak ibunya boleh bagi nasihat jika ada benda-benda yang tak manis berlaku semasa kami keluar bersama.

"Macam pernah sekali, saya tanpa sedar telah memegang tangan Shila dan ibunya menegur perbuatan itu dan ia adalah sesuatu yang baik," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Sharnaaz, dia tidak faham mengapa ada segelintir pihak yang sentiasa memandang serong apabila Shila membawa ibunya ketika bertemu saya.

Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu setakat ini dia belum pernah meminta izin daripada ibu Shila untuk keluar berdua-duaan dengan kekasihnya itu dan juga tidak pernah terfikir mengenainya.

Ia disebabkan dia cukup selesa dengan situasi tersebut serta berasa selesa dengan kehadiran orang yang lebih dewasa dalam hubungan mereka.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia memang memasang impian untuk memperisterikan Shila dan membina keluarga dengannya suatu hari nanti.

Bagaimanapun perkara itu mungkin akan terjadi dalam masa dua hingga tiga tahun selepas kedudukan kewangannya benar-benar stabil.

"Kahwin bukan perkara mudah dan sebagai lelaki yang akan bertanggungjawab terhadap seorang wanita, saya perlu memastikan semua perkara tersedia untuk kesenangan bersama nanti.

"Tetapi Shila adalah pilihan saya untuk hidup bersama dan membina keluarga dengannya nanti," ujarnya.

Johan hanya teman baik

Posted: 13 Jun 2012 11:03 PM PDT

PERMATA HATI...Nabila bersama Keisha.
PERMATA HATI...Nabila bersama Keisha.

CINTA menyempurnakan kehidupan manusia, itu diakuinya. Namun untuk mempunyai rasa itu buat masa sekarang, jujur dia belum bersedia.

Bukan serik atau tawar hati untuk kembali menjalani kehidupan berumah tangga selepas perkahwinan pertamanya kecundang. Sebaliknya pelakon serba-boleh berwajah eksotik, Nabila Huda Suhaimi, 28, mahu mendahulukan rasa cinta itu buat permaisuri hatinya, Keisha Laila, 2.

"Seluruh kehidupan sekarang, saya dedikasi buat Keisha. Dia adalah keutamaan saya dalam segala hal. Sejak bercerai, saya tak pernah merasa sunyi kerana saya ada Keisha yang menjadi pengubat hati kala duka mahupun saat lelah pulang bekerja.

"Dia adalah kekuatan saya selama ini. Kalau ditanya, cinta saya buat siapa, Keisha adalah insan selayaknya menerima kasih sayang yang abadi daripada saya.

Tidak menafikan penting kehadiran seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita, tetapi buat masa ini saya belum bersedia.

"Lagipun sejak zaman remaja lagi saya sudah berdikari dan menjadi rezeki sendiri tanpa bergantung pada sesiapa. Jadi, bukan masalah buat saya menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa sekali gus.

"Kalau satu hari ditakdirkan bertemu jodoh pun, saya impikan lelaki yang boleh menyayangi Keisha dan bukan hanya inginkan saya seorang. Dia juga haruslah bertanggungjawab sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga," katanya.

Ketegasan nadanya berbicara, jelas menyatakan bahawa hati Nabila mesra disapa Abil ini belum dimiliki sesiapa meskipun berlegar gosip sejak beberapa bulan yang lalu dirinya begitu dekat dengan pemenang anugerah Artis Lelaki Baru Popular, Johan As'ari.

Malah, Johan pernah menuruti wanita yang dilahirkan pada tanggal 2 Disember itu bercuti ke Jepun bersama keluarga, namun itu juga bukan bererti mereka bercinta.
Sebaliknya, undangan itu tidak lebih daripada jemputan teman baik terhadap teman baiknya.

"Dia adalah sahabat paling rapat dan kawan paling baik pernah saya jumpa. Kami memang berkawan baik, tetapi tidak bermakna kami bercinta.

"Kalau ditakdirkan kami bercinta suatu hari, itu saya anggap kerja Yang Maha Esa. Apa yang saya tahu, saya tidak mahu mencemari persahabatan kami dengan perasaan yang lebih daripada sebuah persahabatan.

"Bagi mereka yang mengenali diri saya, mereka akan tahu saya bukan jenis hipokrit. Saya tidak pernah merahsiakan dengan siapa saya bercinta kerana menyembunyikan hal sebenar akan memberi masalah di kemudian hari.

"Peminat tidak suka ditipu, begitu juga wartawan. Malah, saya sendiri juga tidak suka hidup dalam ketakutan gara-gara penafian yang dilakukan. Cinta perkara yang harus diraikan, jadi tidak salah jika orang tahu bahawa kita sedang bersama seseorang," katanya.

Nabila pernah bernikah dengan Zaidy Zailani pada 6 Disember 2008 dan dikurniakan cahaya mata sulung mereka pada 11 Mei 2010 iaitu Keisha Laila. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan berpisah.

Memastikan Keisha memperoleh kasih sayang seadilnya daripada kedua-dua belah pihak, Nabila dan bekas suami sepakat untuk menjaga Keisha, selang seminggu.

Beralih topik kerjaya, filem lakonannya Jalan Kembali Bohsia 2 yang sedang hangat ditayangkan kini memperoleh kutipan cukup memberangsangkan iaitu RM3 juta dalam tempoh empat hari.

Diarahkan oleh pengarah muda jutawan terkenal, Syamsul Yusof, filem berkenaan turut dibintangi oleh Salina Saibi, Sofi Jikan, Zizan Raja Lawak, Harun Salim Bachik, Azad Jazmin dan Hetty Serlene.

Kembali menjayakan watak Tasha sebagaimana di dalam Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Abil berkata, dia dibebani perasaan bersalah untuk melakonkan watak itu yang tidak lagi sesuai dengan statusnya sebagai ibu.

"Semasa penggambaran filem ini dilakukan, saya baru saja habis pantang. Emosi dan fikiran yang sering tertinggal di rumah memikirkan anak membuatkan saya selalu rasa tidak tenteram di set penggambaran.

"Sekali-sekala, saya resah memikirkan impak watak Tasha kepada diri saya yang sudah bergelar ibu. Apatah lagi, dua tahun saya meninggalkan watak itu sebelum memasuki semula penggambaran Jalan Kembali Bohsia 2 dilakukan.

"Justeru, saya terpaksa buat semula 'homework' termasuk menonton filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. Namun, mengenang kerjaya sebagai pelakon tidak boleh banyak beralasan dan kepuasan penonton itu yang utama, saya nekad memberi yang terbaik dan berharap penonton terbuka menerima bahawa apa yang dipersembahkan itu lakonan semata-mata," katanya.

Baru saja menamatkan sesi penggambaran drama Nikalaya yang dirakam di Thailand dan Kedah, Abil bersyukur kerjaya lakonannya semakin diiktiraf penonton yang dulu menebal pandangan negatif terhadapnya.

Tawaran diberikan produser serta pengarah juga semakin pelbagai, jika dulu dilambakkan watak liar, kini ramai sudi memberi peluang kepadanya melakukan transformasi watak baik untuknya.

"Saya anggap itu satu perkembangan positif sekurang-kurangnya orang tahu, tidak semestinya kebolehan saya hanya pada watak jahat saja tetapi juga watak baik.
Kepercayaan itu penting sebenarnya untuk membentuk lakonan yang versatil," katanya.

Anzalna Belum Terima Notis Tuntutan, Sedia Bersemuka Neelofa

Posted: 13 Jun 2012 11:01 PM PDT

Anzalna

PETALING JAYA: Pelakon Nur Anzalna Nasir akan memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan kontroversi antara dia dan aktres Neelofa dalam tempoh tujuh hari.

Bagaimanapun, menuruit laporan akhbar Utusan Malaysia pada Khamis, Anzalna berkata dia masih belum menerima sebarang notis tuntutan daripada pihak Neelofa.

Anzalna yang mengakui tidak takut dengan sebarang tindakan yang bakal diambil terhadapnya turut menegaskan dia bersedia unbtuk bersemuka dengan pelakon dan pengacara program Nona itu.

"Benda ini perkara kecil saja. boleh dibawa berbincang. Tak perlulah nak saman menyaman.

"Saya hairan juga kenapa saya seorang yang ingin disaman. Kenapa tak saman akhbar yang terbitkan cerita itu sekali?" katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Neelofa

Neelofa pada Rabu memberikan tempoh tujuh hari kepada Anzalna untuk tampil dengan penjelasan dan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya dalam akhbar Berita Minggu bertarikh 10 Jun lalu.

Anzalna berkata, biarpun dia mempunyai bukti bahawa Neelofa memfitnahnya dia enggan memanjangkan perbalahan itu dan sanggup meminta maaf kepada aktres itu.

"Industri ini tidak besar mana pun. Saya tidak kisah untuk bersemuka dengan Lofa, memberi penjelasan dan meminta maaf untuk tidak memanjangkan cerita.

"Saya terima dengan hati terbuka untuk berbincang secara baik," katanya yang mengakui tidak tertekan dengan kontroversi tersebut.

Penculik minta RM1.9j

Posted: 13 Jun 2012 10:59 PM PDT

CEDERA...mangsa menerima rawatan akibat dibelasah penculik selama 12 jam.
CEDERA...mangsa menerima rawatan akibat dibelasah penculik selama 12 jam.

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri mendakwa dibelasah di seluruh badan selain kepala diketuk dengan batu selepas diculik sekumpulan lebih 10 lelaki bersenjatakan pisau dan parang dalam kejadian di Kampung Baru, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, pasangan berusia 40-an itu dikatakan ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari restoran milik mereka sebelum diperlakukan sedemikian kira-kira 12 jam menjadi tawanan kumpulan penjenayah itu.

Difahamkan, kumpulan terbabit sudah mengekori mangsa sejak tiga bulan lalu selepas mendapat maklumat konon mangsa dan isteri mempunyai wang simpanan sebanyak RM1.9 juta.

Bagaimanapun mangsa bertegas mengatakan tidak mempunyai wang sebanyak itu sebelum akhirnya dibebaskan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, di sini, jam 4 petang selepas kumpulan itu merampas wang tunai RM24,000 dan kereta jenis Toyota Camry milik mangsa.

Hazami Terbit Album Penuh Untuk Lebih Jimat

Posted: 13 Jun 2012 10:58 PM PDT

Hazami.

PETALING JAYA: Penyanyi Hazami tidak mahu meniru segelintir artis yang kerap mengeluarkan single sebaliknya mengambil pendekatan menerbitkan sebuah album penuh untuk para peminatnya.

Hazami berkata, cara itu lebih menjimatkan berbanding menerbitkan album single yang hanya mempunyai sebuah lagu kerana ia menelan kos lebih tinggi.

"Sebagai seorang yang mengeluarkan wang sendiri untuk kos penerbitan album, saya melihat penerbitan album single memerlukan kos yang agak tinggi berbanding menerbitkan album penuh.

"Bayangkan kos album single kira-kira RM20,000 dan jika seseorang artis itu mengeluarkan empat single dalam masa setahun ia sudah mencecah hampir RM100,000 tidak termasuk kos-kos lain.

"Bagi saya, mengeluarkan album penuh adalah lebih baik selain dapat memberikan kepuasan kepada peminat kerana ia tidak tertumpu kepada satu lagu sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Hazami, dia bukan mahu berkira dalam memberikan 'buah tangan' kepada para peminatnya tetapi memikirkan dari segi realiti industri hiburan yang agak lembap buat masa ini.

Dalam pada itu, Hazami berkata, dia bakal muncul dengan dua buah album selewat-lewatnya selepas Hari Raya Aidilfitri ini dan memberitahu cukup teruja dengan projek terbarunya itu.

Katanya, album terbaru berjudul ILUVU itu bakal menampilkan lapan buah lagu yang dicipta olehnya dengan kerjasama seorang komposer baru. Ia masih dalam proses akhir rakaman.

"Sebetulnya saya telah memulakan proses untuk album ini hampir lapan bulan yang lalu tetapi asyik tertangguh kerana tidak berpuas hati dengan hasilnya.

"Saya ingin memberikan yang terbaik buat para peminat supaya mereka tidak kecewa dengan hasilnya," kata Hazami.

Antara lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut adalah Malam, Cinta Milik kita, Sonata Rindu, 24, Reach For Your Dream dan For Real.

Sementara itu, Hazami memberitahu dia juga dalam proses menyiapkan sebuah lagi album kerjasama dengan sebuah syarikat.

"Saya tidak boleh dedahkan mengenai album kerjasama itu tetapi ia bakal menjadi sebuah karya yang cukup istimewa dan berkemungkinan ia akan dilancarkan sekali gus dengan album ILUVU nanti," katanya.

Tertidur 2 bulan

Posted: 13 Jun 2012 10:57 PM PDT

STACEY bersama ibunya terpaksa berdepan banyak masalah, termasuk tanggapan serong orang ramai.
STACEY bersama ibunya terpaksa berdepan banyak masalah, termasuk tanggapan serong orang ramai.

LONDON: Gara-gara menghidap penyakit gangguan saraf, seorang pelajar tercicir daripada peperiksaan selepas tertidur pada April lalu dan hanya terjaga minggu lalu.

Disebabkan masalah itu, Stacey Comerford, 15, terlepas sembilan peperiksaan walaupun dia dijangka memperoleh markah A dalam setiap subjek diambilnya.


Insiden itu juga mencatat rekod tidur paling lama untuk Stacey.

Berasal dari Telford, Shropshire, Stacey menjadi seorang daripada kira-kira 1,000 penghidap Sindrom Kleine Levin atau turut dikenali sebagai Sindrom Sleeping Beauty.


Media semalam melaporkan, Stacey berharap dia dapat mengulang pembelajarannya secara sambilan dan kesal dengan kejadian menimpanya.


Bagaimanapun, kata Stacey, dia bersyukur di sebalik insiden itu kerana semakin ramai memahami masalah dihadapinya.

"Sebelum ini, orang tidak percaya pada apa yang saya alami dan ramai menyangka saya berdalih jika di sekolah, saya tiba-tiba minta izin untuk pulang kerana kepenatan," katanya.


Sebelum ini, Stacey pernah tidur selama 20 jam sehari dan hanya bangun untuk menghirup sedikit minuman atau pergi ke tandas.

Ibunya, Bernie Richards, terpaksa menyuap sedikit makanan di antara waktu tidur itu bagi memastikan dia sihat sebelum kembali tidur.


Tidur melampau Stacey juga menyebabkan dia hilang berat badan hampir 13 kilogram.


Menurut Bernie, 53, apabila Stacey tertidur, tiada sebarang amaran atau tanda, sebaliknya berlaku secara tiba-tiba.


"Saya pernah terjumpa Stacey tertidur di lantai dapur," katanya.


Apabila terjaga, kata Bernie, Stacey menyangka dia hanya tidur semalaman dan tiada sebarang ingatan mengenainya.


Menurut Bernie, Stacey mula mengalami simptom itu kira-kira setahun lalu tetapi hanya disahkan menghidap penyakit berkenaan pada Mac.


Pada peringkat awal, katanya, doktor menyangka perubahan emosi Stacey cuma disebabkan faktor usia seperti remaja lain.


"Doktor juga pernah mengesyaki Stacey mengalami ketumbuhan otak, tetapi nasib baik ujian dijalankan menunjukkan sebaliknya," katanya.


Pengesahan mengenai Sindrom Kleine Levin diperoleh ketika Stacey dirawat pakar saraf di Hospital Kanak-kanak Birmingham.

Gambaran kuasa wanita

Posted: 13 Jun 2012 10:56 PM PDT

SENTUHAN...pendandan Winnie dan Faevien memberi sentuhan terkini kepada empat model.
SENTUHAN...pendandan Winnie dan Faevien memberi sentuhan terkini kepada empat model.

GAYA dandanan rambut mencipta kekaguman tersendiri. Bermula era 20-an sehingga 40-an, kemudian ditambah elemen moden dan fantastik menjelang era millenium menjadikan penghasilan dandanan semakin menyerlah dan sukar digambarkan.

Pendandan pula sentiasa berusaha memerah idea dan kreativiti menjadikan ilham mereka diterima bukan sekadar menghiasi pentas peragaan tetapi pilihan ramai. Sedar atau tidak penonjolan gaya lama terutama pada awal tahun 20-an sehingga 40-an masih berkesan dan berbekas di hati.

  • Foto

    UNIK...rambut beralun diberi sentuhan moden.

  • Foto

    ERA LAMA...gaya sanggul tinggi dengan rambut didandan pada bahagian depan memberi inspirasi pada gaya dandanan moden.

  • Foto

    FUNKY...sentuhan funky menyerlah sesuai untuk wanita yang inginkan gaya bebas.

  • Foto

    MENAWAN...gaya lama terserlah menerusi potongan serta teknik dandanan rambut.

Jika tidak, mana mungkin potongan rambut Marilyn Monroe, Grace Kelly mahupun Elizabeth Taylor masih diingati generasi kini. Malah bukan saja daripada segi dandanan rambut, tetapi penggayaan fesyen dan solekan sentiasa ditiru peminat mereka di seluruh dunia.

Mengambil inspirasi serta pesona bintang tersohor dan tiga legenda dunia ini, pendandan A Cut Above, Winnie Loo dibantu Faevien Yee mencipta potongan rambut ilham daripada filem epik hitam putih serta sejarah pada zaman itu disesuaikan dengan zaman teknologi kini.


Menamakan koleksi dandanan sebagai surrealisme iaitu peralihan masa, menurut Winnie, ia sebagai penghormatan kepada beberapa bintang yang pernah mencetuskan kegilaan ramai pada zaman masing-masing. Koleksi ini memberi gambaran kepada kuasa kewanitaan menerusi dandanan rapi dan coiffed sehingga mencipta raut wajah yang lebih bebas dan mempunyai tenaga tersendiri.


Winnie dan Faevien menggunakan gaya bertocang untuk rambut panjang serta memberi alunan, dandanan dan gulungan yang memberikan nilai tersendiri kepada wanita. Apa yang nyata, setiap potongan mengambil ilham tradisi lama serta diberi sentuhan baru dengan perapian berbeza.

"Gaya diketengahkan ini dulunya menjadi pilihan ramai dalam banyak majlis anugerah terutama anugerah Oscar dan menjadi pilihan selebriti kala berjalan di karpet merah," kata Winnie.

Bertemakan sentuhan elegan terus kekal di sini, kedua-dua pendandan menjadikan bintang lama sebagai inspirasi yang diubah suai mengikut putaran masa. Ia mengambil sentuhan moden memikat menerusi teknik potongan, alunan dan ikatan rambut. Malah wanita hari ini sentiasa merujuk dandanan terdahulu kerana unik dan mempunyai nilai estetika tersendiri.

Jelas walaupun tampil dengan konsep dan tema moden, gaya klasik masih menjadi panduan dalam menghasilkan rekaan gaya rambut. Ini kerana kreativiti terhasil adalah paduan unsur lama dan moden kemudian diperbaharui bersesuaian dengan zaman.

Kehadiran juru mekap Vickie Lee, Hazel Teo dan Clement dari Akademi A Cut Above yang menggunakan konsep solekan gothic menambahkan unsur sejarah tersendiri. Warna yang tenggelam, rona bibir kemerahan serta elemen rambut memberikan pelengkap kepada inspirasi peralihan zaman yang diciptakan dua pendandan terkenal ini.

Charlize Theron Botakkan Kepala

Posted: 13 Jun 2012 10:55 PM PDT

PELAKON jelita, Charlize Theron mengambil keputusan untuk memotong rambut panjangnya sehingga botak semata-mata memenuhi watak dalam filem terbarunya iaitu Mad Max 4: Fury Road.

Charlize dilihat dengan imej terbaru itu semasa membawa anak angkatnya iaitu Jackson bersiar-siar di kawasan kediamannya di Beverly Hills, Amerika Syarikat pada Isnin lalu.

"Pada awalnya semua paparazi hampir tidak mengenali dirinya kerana dia menutup kepalan dengan topi namun setelah melihat dia mengendong Jackson baru kami sedar itu adalah Charlize," ujar paparazi yang mengekorinya.

Charlize bukan artis pertama yang mengubah gaya rambut mereka untuk filem kerana baru-baru ini pelakon Anne Hathaway turut memotong rambutnya untuk peranan dalam sebuah filem.

Denise Richards & Richie Sambora Berpisah

Posted: 13 Jun 2012 10:10 PM PDT

Hubungan Denise Richards dan Richie Sambora telah pun berakhir minggu lalu.

NAMPAKNYA percintaan antara aktres Denise Richards dan Richie Sambora dapat bertahan untuk sementara waktu sahaja apabila mereka dilaporkan berpisah.

Pasangan itu sebenarnya pernah berpisah untuk sementara waktu dan kembali bersama pada tahun lalu.

Mereka mengumumkan percintaan semula itu pada acara karpet merah Anugerah Golden Heart Awards ke-12 yang berlangsung pada bulan lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun laporan dailystar.co.uk memberitahu, hubungan pasangan itu kembali retak pada minggu lalu.

"Percintaan mereka sudah berakhir. Mereka telah bertengkar dan Denise memberitahu Ritchie bahawa hubungan itu tidak dapat diteruskan lagi," kata sumber.

Penyanyi berusia 52 tahun itu mula menjalinkan hubungan cinta dengan Denise pada tahun 2006, beberapa bulan selepas penceraiannya dengan Heather Locklear.

Denise, 41, pula pernah berkahwin dan bercerai dengan bekas suaminya, Charlie Sheen pada tahun 2005.

Bersara 60 tahun mula 2013

Posted: 13 Jun 2012 10:09 PM PDT

Undang-Undang Persaraan Minimum pekerja swasta dibentang di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Umur persaraan minimum pekerja swasta dilanjutkan sehingga 60 tahun berkuat kuasa Januari tahun depan berbanding 55 tahun sekarang.

Mengikut Rang Undang-Undang Persaraan Minimum 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam, majikan tidak boleh memaksa pekerja bersara sebelum mencapai umur 60 tahun dan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 jika berbuat demikian.
Bagaimanapun, pekerja boleh membuat pilihan untuk bersara lebih awal menerusi persetujuan dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif (CA) dengan majikan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, ketika membentangkan rang undang-undang itu juga berkata, apabila berkuat kuasa kelak, semua kontrak perkhidmatan umur persaraan kurang daripada 60 tahun akan terbatal.

"Umur persaraan dalam kontrak yang dibuat sebelum, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa akta ini yang lebih rendah daripada umur persaraan minimum 60 tahun, terbatal dan digantikan dengan umur persaraan baru. Mana-mana terma dalam kontrak perkhidmatan berhubung umur persaraan juga terbatal jika bercanggah dengan akta itu," katanya.

Akta itu juga membenarkan pekerja yang dibersarakan lebih awal mengadu secara bertulis kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja dalam tempoh 60 hari daripada tarikh persaraan.

Jika Ketua Pengarah berpuas hati aduan itu berasas, arahan boleh dikeluarkan kepada majikan untuk mengembalikan pekerja pada pekerjaan asal dan membayar semula tunggakan gaji bermula tarikh dibersarakan sehingga tarikh pengembalian semula.
Sebagai pilihan, Ketua Pengarah boleh mengarahkan majikan membayar pampasan kepada pekerja itu tidak lebih daripada jumlah keseluruhan gaji yang sepatutnya diterima dari tarikh dibersarakan sehingga tarikh pekerja mencapai umur persaraan wajib.

Sementara itu, rang undang-undang itu tidak terpakai bagi pekerja yang diambil secara tetap, sementara atau kontrak dan menerima emolumen kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.

Ia juga tidak terpakai bagi pekerja dalam tempoh percubaan, bukan warga Malaysia, perkhidmatan domestik, pekerja yang tempoh kerjanya kurang daripada 70 peratus waktu bekerja biasa pekerja sepenuh masa dan pelajar yang bekerja secara kontrak untuk tempoh sementara.

Pekerja yang bersara pada umur 55 tahun atau lebih sebelum penguatkuasaan rang undang-undang ini dan kembali bekerja selepas itu juga tidak tertakluk kepada akta itu.

Persandingan sang juara

Posted: 13 Jun 2012 10:07 PM PDT

Pasangan pengantin baru bersama bersama kereta Proton Saga yang merupakan sebahagian hadiah hasil menjuarai Peraduan Gerbang Cinta Musim ke-3.

Riuh dan kecoh tapi meriah. Itulah yang berlaku pada majlis persandingan juara Gerbang Cinta Mega-Utusan Musim ke-3, Nor Syafiqah Syahirah Mohamed, 25 dan Mohd. Firdaus Mohd. Fauzi, 27, apabila lebih 300 ahli keluarga pengantin perempuan terdiri daripada adik beradik, ibu dan bapa saudara, sepupu-sepupu dan sanak saudara lain berkumpul.

Sememangnya Nor Syafiqah beruntung dikelilingi oleh ahli yang ramai memandangkan ibunya, Nor Reha Rosman, mempunyai 20 adik beradik.

Tidak ketinggalan ahli keluarga sebelah bapanya, Mohamed Syed Alwee yang turut hadir meraikan anak sulong daripada tiga beradik itu.

Bibit kemeriahan sudah dirasai sejak malam pernikahan lagi apabila pasangan itu sah sebagai suami isteri dengan hanya sekali lafaz disaksikan oleh ahli keluarga terdekat.

Nor Syafiqah dan Mohd. Firdaus yang menyulam cinta selama enam tahun diijabkabulkan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Masjid merangkap Ketua Nikah Mukim 10, Arbain Idris.

Rombongan kira-kira 50 ahli keluarga Mohd. Firdaus diketuai oleh ibu dan bapanya, Mohd Fauzi Abdullah dan Anita Aris, yang datang jauh dari Perlis membawa bersama sembilan dulang hantaran termasuk wang hantaran sebanyak RM10,620.12,

Ia kemudian dibalas dengan sebelas dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Kemeriahan berlarutan hingga ke majlis persandingan keesokan harinya. Tujuh khemah putih bersih berbumbung ala-Arab dengan hiasan lampu candelier tersergam megah memenuhi sebahagian halaman rumah pengantin yang terletak di Kampung Parit Kemang Tengah, Senggarang, Batu Pahat, Johor.

Sebagai penaja jamuan dan khemah, Mastar Catering ternyata bersungguh-sungguh mahu menampilkan yang terbaik.

Malah menurut pemiliknya, Mastar Muni, khemah tersebut baru pertama kali digunakan dan ia dibeli khusus untuk perkahwinan pasangan juara itu.

Dalam pada itu seawal 11 pagi tetamu sudah mula bertali arus menjamu selera dengan hidangan nasi minyak, rendang daging, ayam goreng berempah, acar buah dan banyak lagi hasil 'air tangan' Mastar.

Sesekali kedengaran dari corong pembesar suara, celoteh Wan DJ yang bertindak sebagai pengacara dan 'menghidupkan' majlis pada petang itu dengan pelbagai pantun yang menghiburkan.

Tepat jam 2 petang pengantin lelaki diarak ke perkarangan rumah pengantin perempuan sambil diiringi paluan kompang dan pembawa bunga manggar.

Langkahan Mohd. Firdaus nampak segak dan bergaya dengan persalinan baju Melayu berhias berlian di bahu, bertanjak dan bersamping sambil keris terselit di pinggang.

Sementara di anjung rumah, Nor Shafiqah yang tampil bagai seorang puteri, menyambut kedatangan sang putera dengan penuh debar.

Solekan hasil sentuhan Afidah Khamis dari Afidah Khamis Make Up and Stuff nyata menaikkan lagi seri dan kelembutan wajah pengantin.

Ditambah dengan persalinan gaun panjang rona putih gading yang ditaburi dengan butiran mutiara dan kilauan berlian menyerlahkan lagi keanggunan sekali gus memenuhi tema impian persandingan dalam taman.

Rekaan pakaian ala Inggeris tetapi masih mengekalkan ciri-ciri muslimah rekaan Dios Astana Bridal, membuatkan Nor Syafiqah kelihatan ayu dan elegan pada hari tersebut.

Dalam pada itu tidak sempurna ketibaan mempelai tanpa disambut dengan langkah silat sebagai mengalu-alukan permulaan kehidupan baru mereka.

Biarpun cuaca agak panas terik, pasangan pengantin tetap menguntum senyum sambil menyambut salam dihulur oleh ahli pencak silat.

Langkah kemudian diteruskan menuju singgahsana pelamin yang tersergam indah di dalam rumah sambil diiringi gadis-gadis cilik pembawa bunga.

Apa pun Mohd. Firdaus bernasib baik kerana tidak perlu 'keluar duit dan berpeluh melepasi halangan 'tol' kerana keluarga Nor Syafiqah mengecualikan adat yang biasa dilakukan pada majlis perkahwinan di Johor.

Duduk bersanding bagai pinang di belah dua, warna dan tema baju mempelai nyata cukup serasi dengan rekaan pelamin yang berkonsep taman kontemporari.

Rekaan dan sentuhan pelamin oleh Precious Moments yang menggunakan warna putih dan hijau, selain bunga-bunga segar ternyata memberi keselesaan dan kesegaran kepada pasangan raja sehari itu.

Apa yang pasti impian mereka untuk bersanding konsep ala taman terlaksana dengan penggunaan bunga-bungaan segar di sekitar pelamin pada hari itu.

Pastinya rakaman momen indah persandingan mereka akan sentiasa diingati dengan sentuhan khidmat fotografi dari D'Sayang Entertainment.

Upacara persandingan kemudian diteruskan dengan acara merenjis yang didahului oleh tetamu kehormat iaitu Ahli Parlimen Batu Pahat yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkarshi dan dan Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri Johor, Jalaludin Abd. Aziz mewakili penaja utama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Ia kemudian diikuti Penolong Ketua Pengarang II Utusan, Ahmad Abd. Hamid dan Pengarang Mega, Aznan Bakar serta ibu bapa dan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pengantin.

Selesai merenjis kedua mempelai dibawa ke meja makan beradab yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Jaaffar Hashim dan isteri.

Sementara masing-masing menjamu selera, mereka dihiburkan dengan tarian zapin oleh penari-penari cilik kumpulan Zapin Sanggar Budaya Batu Pahat Johor dan tarian kuda kepang.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan acara memotong kek dan kemuncak penyerahan kereta Proton Saga SE , salah satu hadiah juara Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Ke-3, selain tajaan pakej perkahwinan bernilai RM100,000, wang tunai RM5,000, barang kemas, barang elektrik, set sofa dan rawatan spa.

Peraduan ini menyaksikan penyertaan KPWKM sebagai penaja utama, manakala penaja-penaja lain termasuk Mastar Catering (jamuan dan kelengkapan khemah), Kampung Pengantin (lokasi dan jamuan) dan Precious Moments (pelamin).

Turut menaja adalah D'sayang Entertainment (sistem bunyi dan fotografi), Dios Astana Bridal, (busana pengantin), Afidah Khamis Makeup and Stuff (jurusolek), Sri Sutra Travel (pakej bulan madu), CJ print (kad perkahwinan), Suri Permai Spa (rawatan spa) dan Utusan Online (laman sesawang rasmi peraduan).

Taman dalam rumah

Posted: 13 Jun 2012 10:07 PM PDT

Pelamin rekaan Izzuddin Karso sinonim dengan penggunaan bunga dan daun segar.

Apabila menghadiri sesuatu majlis perkahwinan antara yang bakal bermain di minda dan perhatian tetamu mestilah mengenai hidangan yang disediakan, busana persalinan, bahkan barangan sekecil bunga telur juga menjadi bualan.

Begitu juga pelamin yang memang sinonim dengan masyarakat Malaysia bila tibanya majlis perkahwinan.

Orang ramai tatkala berkunjung di rumah kenduri mereka akan perhatikan konsep pelamin yang dihasilkan oleh tuan rumah.

Bagi Izzuddin Karso, 44, perunding perkahwinan dan pemilik Precious Moments Collections yang juga merupakan penaja pelamin dan hiasan untuk pemenang Peraduan Gerbang Cinta Musim Mega -Utusan Malaysia Musim Ke-3, sentiasa berusaha mengetengahkan konsep hiasan pelamin lain daripada yang lain.

Sebagai contoh dalam majlis persandingan bagi pasangan juara peraduan, Nor Syafiqah Syahirah Mohamed, 25 dan pasangannya Mohd. Firdaus Mohd. Fauzi, 27, pada hujung minggu lalu, beliau menghasilkan pelamin berkonsepkan taman kontemporari.

Pelamin berukuran kira-kira 20 kaki lebar yang terletak di bahagian ruang tamu rumah ibu bapa Nor Syafiqah itu diperindah dengan bunga hidup dan digabungkan dengan hiasan kristal.

"Melalui konsep taman ini, saya menghiasinya dengan menggunakan bunga-bunga segar iaitu bunga ros dan kekwa. Kombinasi warna merah jambu, ungu dan putih bagi menaikkan seri pelamin.

"Sebelum penyediaan, seperti biasa sebagai perunding perkahwinan saya akan memberi idea dahulu kepada pasangan, kemudian jika mereka bersetuju kita akan berbincang jika perlu penambahan lain.

"Begitu juga pasangan juara ini, mereka tidak cerewet dan mempersetujui idea untuk konsep 'taman kontemporari' ini," jelasnya yang telah 11 tahun berkecimpung dalam dunia rekaan dan hiasan.

Selain itu, Izzuddin juga menjelaskan bahawa istimewanya pelamin rekaannya itu menggunakan 100 peratus bunga hidup dan warna bunga akan disesuaikan dengan warna baju pengantin.

Kesemua bunga yang digunakan diambil dari pembekal yang mengimportnya dari China.

Bukan menidakkan keindahan bunga-bunga tempatan, tapi kata Izzuddin, bunga import kuntuman lebih besar dan tahan lama.

"Bunga-bunga ini boleh tahan sehingga seminggu jika mendapat air yang cukup. Biasanya apa yang saya buat saya akan rendam span yang jadi tapak mencucuk bunga dengan secukupnya," katanya ditemui di rumah pengantin di Kampung Parit Kemang Tengah, Senggarang, Batu Pahat, Johor.

Pelamin hasil kreativiti Izzuddin bersama enam orang kakitangannya itu atas dasar ingin mencari kelainan.

Selain banyak bermain dengan daun-daun dan bunga-bunga segar, beliau turut menghiasinya dengan aksesori kristal yang berjuntaian di tengah bulatan.

"Saya ingin mengekalkan nilai-nilai eksklusif dalam setiap rekaan, jadi saya cuba dengan rekaan bulatan yang berada di tengah pelamin yang dililit dengan daun-daun bunga jasmin yang segar.

"Sebenarnya rekaan itu seringkali digunakan dalam majlis perkahwinan kaum Cina akan tetapi saya mengubah sedikit rekaan tersebut, mengikut cita rasa yang diinginkan.

"Walaupun pelamin ini adalah tajaan, akan tetapi kami akan membuat yang terbaik, dan segala kelengkapan yang dibawa mencukupi dalam menyiapkannya.

"Paling utama, perbincangan secara dua hala dengan pihak keluarga mempelai, dan kami tiada masalah dan amatlah dihargai kerana mereka memberikan sepenuh kerjasama," ujarnya yang mengambil masa empat jam untuk menyiapkan pelamin tersebut.

Walau bagaimanapun, katanya, dalam mencipta dan mereka hias pelamin yang unik serta lain daripada yang lain bukan kerja mudah serta memerlukan idea kreatif dan daya imaginasi tinggi.

Dalam pada itu, pemilihan warna kontras akan menaikkan seri wajah, sekali gus membuatkan pandangan mata tetamu lebih tertumpu kepada keindahan sang mempelai.

"Warna baju tidak seharusnya sewarna dengan pelamin kerana ia akan menenggelamkan keserian mempelai.

"Nor Syafiqah dan Mohd. Firdaus menggayakan busana putih, jadi ia menaikkan seri dan tidak menenggelamkan pengantin apabila berada di atas pelamin," katanya.

Izzuddin juga merupakan penaja pelamin dan hiasan untuk empat lagi pemenang Peraduan Gerbang Cinta Musim Ke-3 yang kesemuanya bakal berlangsung bulan ini.

Syarikatnya yang beroperasi di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor, Precious Moments Collection boleh dihubungi melalui talian 012-3101950.

Jual tudung uji kemahiran

Posted: 13 Jun 2012 10:06 PM PDT

Muhammad Imaduddin Aminuddin (kiri) tidak kekok menerangkan mengenai produk tudungnya kepada pelanggan.

TIDAK memiliki kemahiran mahupun pengalaman dalam bidang perniagaan bukan alasan untuk tidak meneruskan apa yang diimpikan.

Ini kerana ilmu boleh dipelajari, manakala pengalaman boleh diperoleh apabila berhadapan dengan situasi sebenar.

Berbekalkan semangat itulah Muhammad Imaduddin Aminuddin, 28, tidak menjadikan kekurangan tersebut sebagai penghalang untuk mencapai apa yang dicita-citakan.

Bagi bapa kepada seorang cahaya mata itu, yang penting semangat untuk memulakan perniagaan kemudian disusuli dengan usaha, pasti berjaya.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu sebenarnya meminati bidang tekstil sejak dahulu lagi.

Bagaimanapun dia tidak meneruskan pengajian dalam bidang tersebut kerana berpendapat ia boleh dipelajari pada bila-bila masa dan di mana jua.

Justeru, mata pelajaran perakaunan menjadi pilihan kerana ingin mengetahui selok belok bagaimana mengendalikan akaun apabila berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Ternyata apa yang diimpikan menjadi kenyataan apabila awal Ogos tahun lalu MCM Factory Outlet telah dibuka.

Tidak sekadar menjadikan impian satu angan-angan, kesungguhan Muhammad Imaduddin atau lebih mesra disapa Imad begitu jelas apabila dia turut membuka satu lagi cawangan MCM Factory Outlet di Pekan Jitra 3, Jitra, Kedah.

Membekalkan pelbagai jenis tudung kepada wanita-wanita Muslim, yang pasti MCM memberikan yang terbaik buat pelanggannya.

Apabila ditanya mengapa tudung menjadi pilihan, jelas Imad, selain berkait rapat dengan dunia tekstil, tudung merupakan barang keperluan wanita selain ia merupakan satu produk yang ringkas dan mudah jika hendak dibandingkan dengan baju mahupun produk-produk tekstil lain.

"Sebelum membuat keputusan untuk menjual tudung, saya terlebih dahulu membuat kajian apakah produk yang permintaannya tinggi dan sentiasa ada di pasaran.

"Dalam masa yang sama saya turut menyenaraikan jenis-jenis produk yang berkaitan dengan tekstil untuk diniagakan. Akhirnya tudung menjadi pilihan kerana permintaannya sentiasa ada.

"Selain itu saya perlu mempersiapkan diri dalam dunia baru ini memandangkan saya seorang lelaki dan mungkin golongan wanita-wanita kurang berkeyakinan orang lelaki mampu menjual tudung," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya yang terletak di 13, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, tudung, selain sentiasa ada permintaan, ia juga bukanlah satu produk yang bermusim dan senang untuk dipasarkan.

Berpegang kepada pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan, bagi anak sulung daripada enam beradik ini tiada apa yang mustahil selagi keinginan untuk berjaya sentiasa tersemat di hati.

Selain menambah ilmu melalui Internet dan bacaan, Imad juga merupakan orang yang bertanggungjawab dalam pemilihan fabrik.

Selain memberi kepuasan kepada diri sendiri, Imad juga ingin memastikan fabrik yang dipilih adalah yang terkini untuk digayakan.

Jika dilihat akan kesungguhan yang ditunjukkan Imad, anda mungkin tidak menyangka seorang lelaki begitu komited dalam perniagaan tudung.

Ini kerana jarang kita lelaki menjual tudung jika hendak dibandingkan dengan produk-produk tekstil yang lain.

Bagaimanapun, bagi anak kelahiran Taiping, Perak itu, dia berpendapat tiada apa yang membataskan asalkan keberanian untuk mencuba itu ada.

Mensasarkan produknya untuk golongan pertengahan dan juga atasan, Imad kini dalam perancangan untuk membuka satu lagi cawangan di sekitar Shah Alam.

Berbicara lanjut mengenai tudung keluaran syarikatnya, tutur Imad, dia memasarkan lebih daripada 200 reka bentuk dengan pelbagai pilihan warna dan juga kain.

Sudah pasti apa yang dijual adalah terkini dan untuk itu tidak hairanlah sekiranya hari ini pelanggannya bukan sahaja terdiri daripada masyarakat tempatan malah ia juga terdiri dari negara-negara luar seperti Brunei, Selatan Thailand dan Maldives.

Dibomoh saudara sendiri

Posted: 13 Jun 2012 10:05 PM PDT

AMALAN menggunakan sihir atau ilmu hitam kepada seseorang kerana tidak berpuas hati melihat kebahagiaan mereka sering terjadi di kalangan masyarakat Melayu.

Antara tujuan sihir dilakukan adalah untuk memisahkan hubungan suami isteri dengan menimbulkan perasaan marah dan benci antara kedua-duanya.

Suryani (bukan nama sebenar), 45, tidak pernah berdendam mahupun bergaduh dengan jiran dan saudaranya, tetapi kerana terdapat manusia yang iri hati melihat kebahagiaan yang dimilikinya, mereka sekeluarga telah dibomohkan sehingga hari ini.

Sihir yang dikenakan kepadanya dan keluarga tidak langsung melemahkan diri malah menguatkan lagi hubungannya dengan sang pencipta.

Walaupun mereka sekeluarga dibomohkan, tetapi hidup mereka bahagia dan menerima dugaan itu sebagai ketentuan daripada Ilahi.

Bercerita lanjut pengalamannya dibomohkan, mereka sekeluarga terkena sihir sejak 10 tahun lalu. Akibat perbuatan itu menyebabkan perkahwinan anak perempuannya musnah dan tidak dapat diselamatkan.

"Hasil perkahwinan anak saya selama enam tahun telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang comel.

"Ilmu sihir yang digunakan itu terlalu kuat, mereka telah bercerai dan berpisah kerana masing-masing tidak lagi mempunyai persefahaman dan sukar untuk meneruskan hubungan tersebut.

"Apabila mereka bersua muka akan berlaku pergaduhan dan menyebabkan kedua-duanya bermasam muka walaupun hanya disebabkan perkara kecil," katanya.

Ujarnya, kerana masing-masing tidak lagi mempunyai persefahaman, mereka telah mengambil keputusan untuk berpisah selain faktor percaya bahawa perpisahan yang berlaku adalah ketentuan dari Allah.

Jelas beliau, bukan anaknya sahaja yang terkena sihir, malah dia juga tidak menyedari sihir itu juga telah meresap ke dalam dirinya.

"Saya mula menyedarinya apabila mendapat petanda mimpi didatangi dua orang perempuan yang tidak dikenali ke rumah. Dalam mimpi itu, mereka telah meniup muka saya dan memberi dua biji batu.

"Sebulan selepas itu, sebahagian badan dan muka terasa gatal dan bengkak. Setelah berjumpa doktor saya didapati tidak sakit dan doktor menyarankan supaya saya berubat secara tradisional," katanya.

Ujarnya, setelah berubat secara tradisional dengan seorang ustaz, beliau diberitahu telah dibomohkan oleh saudara terdekatnya.

"Selain sakit pada badan, ustaz juga memberitahu bahawa sihir itu dilakukan melalui calitan minyak 'pelesit' yang diletakkan pada bahagian dinding dan bilik di rumah mereka.

"Pada permulaan, saya tidak percaya dan sukar untuk menerima berita bahawa saya di sihir. Ditakuti kalau mempercayai perkara sebegitu akan berlaku syirik kepada Allah dan hukumnya berdosa besar," katanya.

Katanya, ketika terkena sihir tersebut, berlaku sedikit ketegangan hubungan antara beliau dan suami. Jika bertemu mereka terasa ingin bergaduh sahaja.

"Kerana tahu saya telah disihir, kami sentiasa berusaha mengingati Allah dan mengamalkan zikir dan ayat-ayat suci bertujuan melemahkan sihir yang meresap dalam badan," katanya.

Ujarnya lagi, dia sedikit terkilan kerana orang yang melakukan sihir kepada mereka sekeluarga adalah di kalangan saudara terdekat.

"Saya tidak rasa saudara itu saya menaruh perasaan dengki kepada kami kerana setiap kali berjumpa dia nampak mesra dan sentiasa berkunjung ke rumah.

"Setelah diselidiki mendapati tujuan dia melakukan sihir kepada kami adalah kerana cemburu melihat kejayaan anak-anak dan keluarga kami yang bahagia," katanya.

Tambahnya, beliau tidak sepatutnya cemburu melihat semua empat orang anak saya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti awam dan mendapat pekerjaan yang baik kerana itu adalah rezeki dari Allah.

"Selain itu, dia juga tidak dapat melihat kemesraan yang terjalin antara bapa mertua dengan saya dan anak-anak," katanya.

Katanya, sehingga hari ini mereka masih meneruskan rawatan tradisional dan berjumpa dengan ustaz yang berkebolehan untuk mencegah daripada terus berulang lagi.

Kesan dari pengalaman tersebut, Suryani hanya mampu berdoa semoga orang yang menyihir mereka sekeluarga menyedari kesilapan itu dan kembali bertaubat atas perbuatan yang dilakukan.

Rawatan bekam di spa

Posted: 13 Jun 2012 10:04 PM PDT

Rawatan bekam dikatakan dapat mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit.

Kebanyakan rawatan di spa hari ini banyak tertumpu kepada wanita sahaja. Namun berlainan pula dengan Farisa Spa Buluh Perindu.

Menyedari tempat yang disediakan untuk golongan lelaki melakukan rawatan adalah terhad, pemiliknya Yom Rafidah Sharip, 43, mengambil langkah menawarkan khidmat untuk lelaki di spanya.

"Kebanyakan lelaki juga ingin membuat rawatan seperti urutan dan sebagainya tetapi mereka tidak mempunyai tempat yang khusus untuk dituju.

"Pelanggan yang berkunjung ke sini tidak perlu risau kerana kami mempunyai pekerja lelaki dan perempuan yang akan membuat rawatan kepada mereka," katanya.

Katanya, setiap rawatan lelaki hanya akan dirawat oleh pekerja lelaki sahaja dengan tempat sesuai yang disediakan dan begitu juga dengan wanita.

"Tetapi bukan semua pakej untuk wanita ditawarkan kepada lelaki. Ia juga bergantung kepada permintaan daripada pelanggan,' katanya.

Ujar Yom Rafidah, antara rawatan yang ditawarkan di spanya adalah urutan tradisional, rawatan badan dan rawatan bekam.

"Bagi rawatan urutan merangkumi urutan badan tradisional, urutan elektronik, urutan bahu, refleksologi dan rendaman kaki.

"Bagi rawatan badan pula terdiri dari sauna Aromaterapi, sauna rempah, sauna biasa, lulur, mandi rempah serta mandi susu dan bunga.

"Terdapat dua rawatan bekam iaitu bekam angin dan bekam darah yang dapat mencegah dan merawat 72 jenis penyakit secara berkesan.

"Bekam kering atau bekam angin bertujuan menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. ia dilakukan untuk mereka yang tidak tahan dengan suntikan jarum atau takut melihat darah.

'Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

"Sementara bekam basah dilakukan dengan melukakan permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat berbekam.

'Proses mengeluarkan darah adalah antara 4 hingga 5 minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih," katanya.

Jelasnya, bekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan kerana ketika ini darah toksik sedang berhimpun.

"Bagaimanapun berbekam boleh dilakukan bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit. Mereka yang hendak berbekam selalunya dinasihat tidak memakan makanan berat antara dua hingga tiga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa," katanya.

Katanya antara kelebihan melakukan bekam adalah membantu menghilangkan pening dan migrain, membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, mengeluarkan darah toksik dan melancarkan perdedaran darah yang tersumbat.

Beliau berkata, harga bagi rawatan di sini adalah serendah RM 15 hingga mencecah RM 300 untuk pakej kahwin.

"Bagi pakej kahwin termasuk sauna aromaterapi, lulur dan scrub, mandi bunga dan susu, rawatan muka, rawatan pemutihan dan percuma satu rawatan mata.

"Harga bagi bekam angin dengan menggunakan 14 pot adalah RM15. Manakala bekam darah dengan 1 pot berharga RM20.

"Untuk harga bekam darah pakej satu badan pula berharga RM 260 termasuk percuma urutan badan atau terapi," katanya.

Ujarnya lagi, selain spa ini beroperasi di No 8, jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, mereka juga menyediakan khidmat rawatan di Down town Cheras serta Uptown Danau Kota.

"Waktu operasi di spa bermula jam 10.30 pagi hingga 9 malam, sementara di kedua -dua tempat tersebut dari pukul 9 malam hingga 4 pagi.

"Rawatan urutan, bekam dan refleksologi ada disediakan di kedua-dua tempat tersebut, tetapi harga yang ditawarkan adalah berbeza," katanya.

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh hubungi 012-3102455/012-6499650 atau lawati laman web www.farisabuluhperindu.com.my.

Ikat perut beli Transformers

Posted: 13 Jun 2012 10:03 PM PDT

RAZLAN turut memiliki pelbagai patung dan barangan watak adiwira lain seperti sarung tangan Ironman yang dipakainya itu.

MASIH kuat di ingatan jejaka berusia 22 tahun ini sewaktu kecil dia sering menghabiskan hari minggu menonton siri kartun kegemaran di peti televisyen dan tabiat itu dibawa hingga besar dengan menontonnya bersama anak-anak saudara.

Tidak cukup dengan pelbagai siri animasi yang dihidangkan stesen televisyen, jejaka ini turut menyambung kegilaannya dengan membaca komik-komik yang terdapat di pasaran.

Imbas pemilik nama Mohd. Zeira Radzlian Abu Bakar, dek kerana kegilaannya terhadap siri kartun terutamanya Transformers, dia sanggup mengikat perut mengumpul duit belanja harian ke sekolah dicampur dengan duit raya bagi memiliki mainan idamannya.

Patung pertama dibeli pada tahun 2005 yang masih disimpannya sehingga sekarang ialah Long Rack, salah satu watak dari drama animasi Transformers Cybertron.

Minat yang mendalam terhadap animasi yang berasal dari Jepun iaitu Transformer membuatkan dia memilih untuk bekerja di sebuah kedai barangan mainan di Putrajaya sebaik saja habis persekolahan.

Di sana, Radzlian yang selesa dipanggil Razlan benar-benar menikmati kerjayanya memandangkan dia bekerja di 'syurga' untuk peminat tegar patung-patung serta barang mainan Transformers.

"Seronok bekerja di sana kerana saya dapat berkenalan dengan ramai orang yang memiliki minat yang sama seperti saya, membuktikan saya tidak berseorangan.

"Selama tiga tahun di sana, saya dapat berkongsi minat serta pengetahuan dengan pelanggan malah ada patung Transformers yang dapat saya miliki terlebih dahulu kerana kami yang akan membuat tempahan dari luar negara," imbasnya yang kini bekerja di sebuah panggung wayang di Brem Mall, Kepong.

Akui Razlan, hobinya ini bukannya murah. Sudah beribu-ribu Ringgit Malaysia telah dihabiskan walaupun tabiat mengumpul patung mainan ini secara agresif baru beberapa tahun saja dimulakan sejak mula memegang duit sendiri.

Setiap bulan, Razlan akan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM300 khas untuk hobinya itu dan tidak lengkap hidupnya andai tidak membawa pulang sekotak dua patung mainan ke rumah sebaik saja gaji masuk.

Paling disayangi dan mahal menjadi hartanya setakat ini ialah patung Ultimate Optimus Prime dari filem Transformer 2, the Fallen pada tahun 2009 yang dibelinya dari Jepun menerusi belian Internet.

"Tidak dinafikan hobi sebegini membazir bagi pandangan umum, tetapi bagi peminat seperti saya, ia adalah kepuasan bila dapat memenuhi tuntutan hati.

"Apa yang penting, duit untuk hidup perlu ada dan selebihnya terpulang kepada kita bagaimana hendak menghabiskannya asalkan tidak mengganggu orang lain," ujarnya yang pernah menjual sekali saja patungnya kerana mahu mendapatkan patung mainan yang lebih baru idamannya.

Selain Transformers, Razlan turut mengumpul pelbagai patung watak animasi lain seperti Superman, Hulk, Iron Man, Thor dan Gundam.

Emillie Cafe bukan sekadar makanan

Posted: 13 Jun 2012 10:01 PM PDT

Hiasan dalaman di Emillie Cafe mampu membuatkan pengunjung terpukau dengan keunikannya.

EMILLIE Cafe baharu dua tahun beroperasi di lokasi yang agak tersorok dalam sebuah kawasan perumahan di Laruh Skim, Kuching, Sarawak.

Namun ia tetap menjadi tumpuan pengunjung untuk menjamu selera.

Rahsia kejayaannya terletak pada konsep 3R iaitu rehat, rekreasi dan riadah yang diketengahkan pemiliknya, Ahmed Ezi Firhan.

Pemikiran di luar kotak usahawan muda yang baharu menginjak usia 20 tahun itu menyaksikan bagaimana takrifan sebuah kafe diperluas menjadi sebuah pusat sehenti.

Selain peranan utamanya sebagai tempat makan, Emillie Cafe turut menyediakan kemudahan gimnasium dan spa kecantikan sekaligus meletakkannya dalam kelas tersendiri.

Turut diberi tumpuan ialah usaha mewujudkan suasana yang kondusif dan terkini di premis berkenaan sesuai dengan cita rasa semua lapisan umur.

MerangsangLantaran itu, premis Emillie Cafe dipecahkan kepada beberapa zon seperti ruangan terbuka, bilik VIP, bar dan bahagian gua tiruan yang dilengkapi kolam ikan hiasan.

"Prinsip kami di Emillie Cafe ialah makanan perlu dinikmati dalam erti kata sebenar dengan gabungan suasana yang merangsang selera.

"Rangsangan selera itu kemudiannya dilengkapkan dengan makanan terbaik dan kerana itu kita tidak sesekali berkompromi dengan aspek kualiti," katanya.

Demi memenuhi ragam cita rasa pelanggan, sebanyak 12 gerai jualan disediakan di Emillie Cafe yang merangkumi masakan panas dan makanan tempatan, Semenanjung serta Barat.

Chilli HOT Dog

Bagi yang mahu menikmati makanan tempatan, mereka boleh mencuba mee kolok, laksa Sarawak mahupun sup tendon.

Untuk menghilangkan kerinduan perantau dari Semenanjung pula, Emillie Cafe menawarkan laksa Penang, laksa utara, mee hoon sup utara, mee hoon sup Johor atau mee rebus Tok Mat.

Tidak ketinggalan ialah seleksi makanan barat umpamanya lamb chop, spagheti, lamb bite dan chicken chop.

Menjadi pelengkap ialah pelbagai jenis minuman dan sebagaimana kedai-kedai makan lain di Sarawak, nama-namanya cukup unik dan kerap membuatkan dahi berkerut.

Antaranya ialah air teh ular, holo, limau mantak dan kalamansi. Untuk mengetahui apa rasanya, cubalah sendiri kerana ia pasti tidak dapat diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan.

Selain menerima pelanggan harian biasa, Emillie Cafe turut menerima tempahan untuk majlis makan malam istimewa dengan menu berdasarkan permintaan pelanggan.

"Antara yang biasa diminta ialah makanan laut dan juga ikan terubuk segar yang cukup sinonim dengan Sarawak," kata Ahmed Ezi.

Tip ukiran buah dan sayur

Posted: 13 Jun 2012 10:00 PM PDT

UKIRAN artistik Chef Sukor Rahim dilakukan dengan penuh tumpuan dan kesabaran.

OLEH yang demikian, sentuhan hiasan seni ukiran buah-buahan dan sayur mendapat sambutan yang menggalakkan.

Rekaan berbentuk bunga, tulisan atapun objek tertentu yang diukir pada buah dan sayur membuatkan makanan kelihatan lebih menarik dipandang.

Jika dahulu, perhiasan hanya terhad kepada bunga kini ukiran atau lebih dikenali dengan nama carving menjadi amat popular.

Seni ini seolah-olah merentasi dunia dengan sendirinya apabila ia mudah di lihat dalam restoran eksklusif, dewan bankuet bertaraf hotel lima bintang, majlis perkahwinan dan juga dalam kelas-kelas masakan yang banyak menyediakan perkhidmatan mengajar cara-cara mengukir buah dan sayur.

Kebolehan mengukir diperlukan untuk menghasilkan sebuah ukiran kreatif maka minggu ini S3 membawa pembaca bertemu dengan Chef Sukor Rahim yang merupakan antara tokoh seni ukiran buah dan sayur terkenal.

Kerja seninya itu kini ditempah laris bak pisang goreng. Setiap hiasan yang dihasilkannya dibuat dengan penuh teliti.

Baginya kerja-kerja mengukir boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk yang diingini dan asasnya hanya bermatlamat untuk menarik perhatian ramai.

"Contohnya apabila kita melihat buah labu, pelbagai rekaan boleh dilakukan menggunakan buah ini.

"Gunakan imaginasi anda. Saya percaya semua individu memiliki daya kreatif dalam diri masing-masing," jelasnya.

Chef Sukor berkata, seni ini amat mudah dipelajari dan ukiran yang artistik memerlukan tumpuan dan kesabaran.

"Untuk menghasilkan sesuatu hiasan, kita hanya perlu mengukir sedikit demi sedikit di atas permukaan kulit buah dan sayur menggunakan pisau bersaiz kecil.

"Istimewanya seni ini mempunyai kehalusan yang tersendiri lebih-lebih lagi apabila ia diletakkan di sebelah meja yang dihiasi dengan gubahan yang menarik tentunya menghasilkan suasana seronok untuk semua yang hadir," katanya.

Bagi mendapatkan tona warna yang lebih menarik, Chef Sukor berkata, pemilihan buah dan sayur yang berlainan warna akan menampilkan tona yang lebih menarik.

"Buah-buahan dan sayur-sayuran amat unik. Ia berwarna-warni dan mempunyai pelbagai bentuk.

"Gabungan warna buah dan sayur-sayuran yang berwarna-warni pastinya lebih menarik," katanya.

Menurutnya, antara buah dan sayur-sayuran yang boleh digunakan untuk kerja-kerja mengukir ialah seperti tembikai, tembikai susu, lobak putih dan merah, betik, epal, pear, nenas, pisang, mangga dan lain-lain.

"Buah dan sayur keras lebih mudah diukir dan buah yang lebih lembut memerlukan kebolehan tertentu dan latihan untuk memahirkan proses ukiran.

"Bagi memudahkan proses mengukir, peralatan yang digunakan perlu diasah tajam bagi mendapatkan permukaan yang lebih terperinci," katanya.

Demi cinta rela kahwini wanita HIV

Posted: 13 Jun 2012 09:59 PM PDT

Aris dan Izzah kini telah tujuh tahun berumah tangga dan mempunyai anak yang bebas-HIV.

"SAYA sanggup mengambil risiko walaupun tahu dia HIV-positif kerana mencintainya," kata Aris (bukan nama sebenar), seorang yang bebas HIV dan berkahwin dengan wanita disahkan HIV-positif sejak tujuh tahun lalu.

Aris, 45, berkata, dia mengenali Izzah, 34, (bukan nama sebenar) ketika wanita itu datang mendapatkan bantuan kaunseling ketika dia bertugas di sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan HIV/AIDS pada 2008.

"Apabila disebut HIV atau AIDS, semua orang akan berfikiran negatif dan hanya fikirkan mati tetapi saya anggap ia sama dengan penyakit lain seperti diabetes, asalkan mereka menjalani kehidupan yang selamat, memeriksa kesihatan mengikut jadual serta sihat fizikal serta emosi, tidak ada mempunyai sebarang masalah," katanya.

Menurutnya, dia mengenali Izzah pada awal 2008 ketika isterinya itu sudah empat tahun disahkan HIV -positif dan tidak teragak-agak melamarnya walaupun pada mulanya wanita itu seperti tidak percaya akan hasratnya.

Perhubungan mereka mendapat sokongan daripada rakan-rakan lain yang tahu akan kisah dan niat murni mereka untuk melayari bahtera rumahtangga yang bahagia.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata berusia setahun dua bulan yang disahkan bebas daripada HIV selepas mengikuti prosedur pencegahan jangkitan HIV daripada ibu hamil ke kandungan yang disyorkan oleh pihak doktor.

Aris juga bebas daripada virus itu.

Aris berkata, dalam tempoh itu dia dan isteri harus melalui pelbagai prosedur yang diperlukan atas nasihat doktor.

''Mungkin agak berlainan daripada prosedur pemeriksaan dan rawatan untuk wanita biasa yang mengandung, namun semua itu kami lalui dalam usaha untuk mendapatkan zuriat kami sendiri.

''Apatah lagi kami berazam bukan sekadar zuriat tapi mestilah anak yang dikandung isteri saya itu sihat," katanya yang bersyukur kerana hasratnya dimakbulkan Tuhan dengan kelahiran anaknya itu.

Namun begitu, Aris sehingga kini belum bersedia berkongsi perkara itu dengan keluarganya serta sanak-saudaranya kerana berpendapat pendedahan mereka terhadap penyakit berkenaan masih rendah.

"Tetapi saya sedar adik-beradik saya mungkin syak sesuatu kerana di rumah saya banyak ubat. Apabila setiap kali mereka menziarahi kami, masakan daripada air tangan isteri saya tidak disentuh sebaliknya mereka akan masak sendiri juadah yang hendak dimakan.

"Memang saya rasa terkilan tetapi kita perlu hormat orang dulu sebelum orang lain menghormati kita, namun saya cuba dengan cara sedikit demi sedikit dalam memberi kesedaran kepada mereka sehingga benar-benar faham mengenai HIV," katanya.

Menurutnya, persepsi negatif, stigma dan diskriminasi daripada kebanyakan anggota masyarakat dan daripada ahli keluarga sendiri menyebabkan orang yang hidup dengan HIV hidup terpinggir, disisih dan ditakuti sehinggakan pernah suatu ketika dulu, jenazah mereka dilapik plastik ketika mahu dimandikan dan sebelum jenazah mereka dikebumikan.

"Malah kadang-kadang drama di televisyen juga menggambarkan mereka yang yang hidup dengan HIV ini sangat teruk umpamanya berkudis di seluruh badan sedangkan ia tidak akan berlaku selagi mereka menjalani kehidupan yang positif dan sihat.

"Paling penting emosi mereka mesti dijaga kerana tekanan dan sistem imunisasi badan yang rendah akan membuatkan jangkitan penyakit itu semakin teruk," katanya.

Aris berkata, terdapat beberapa perkara perlu dilakukan bagi mengelak penyakit itu berjangkit kepada anak umpamanya kelahiran perlu dilakukan melalui pembedahan caesarean selain tidak boleh menyusu badan.

"Kita perlu ada ilmu dan lengkapkan diri dengan maklumat yang tepat mengenai perkara ini terutamanya penjagaan dan rawatan bagi mengelak timbulnya ketakutan yang bukan-bukan terhadap orang yang hidup dengan HIV," katanya yang tidak mahu mengulas bagaimana isterinya mendapat virus berkenaan.

Sementara itu, Izzah berkata, apabila disahkan menghidap HIV pada 2004, doktor yang merawatnya meramalkan hayatnya hanya bertahan selama empat tahun saja.

"Hati siapa yang tidak remuk apabila diberitahu sedemikian, kehidupan saya gelap dan kosong malah sampai satu tahap, saya rasa hidup saya tidak mempunyai erti lagi dan dunia amat gelap dan seolah-olah lumpuh.

"Mujurlah saya mempunyai keluarga yang tetap menerima saya dan menyokong. Mereka yang memujuk saya mendapatkan khidmat nasihat daripada NGO dan siapa sangka, pada 2008 iaitu waktu saya diramalkan meninggal dunia bertukar sebaliknya apabila saya dapat memulakan hidup baru apabila bertemu jodoh," katanya.

Mengiktiraf chef cilik

Posted: 13 Jun 2012 09:58 PM PDT

Juara Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah Menengah Maggi peringkat daerah berpeluang meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya.

TIADA yang boleh menandingi masakan ibu di rumah yang lazimnya dinikmati bersama seisi keluarga.

Bagaimanapun kehidupan yang sentiasa sibuk mengejar masa membuatkan kini ramai yang memilih cara mudah sama ada makan di luar, membungkus atau memesan makanan segera yang dihantar ke pintu rumah.

Sebenarnya memasak di rumah tidak semestinya menjadi satu rutin yang membebankan.

Sebaliknya memasak boleh menjadi aktiviti sekeluarga yang menyeronokkan bagi sekeluarga di mana ibu bapa menurunkan kemahiran-kemahiran memasak kepada anak-anak sambil mendidik mereka mengenai nutrisi yang betul, pemakanan yang seimbang dan makanan yang lebih sihat.

Falsafah sama cuba diterjemahkan melalui Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah Menengah Maggi, melalui sokongan Kementerian Pelajaran.

Pertandingan yang diperkenalkan sejak 1997 ini dengan harapan dapat memupuk minat dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk memasak.

Sementara itu, pertandingan tahun ini bermula di peringkat daerah dan negeri di mana mereka menyediakan hidangan-hidangan yang sihat berdasarkan tema 'Majlis Hari Jadi'.

Ini diikuti Cabaran Chef Kreatif Muda Maggi pada peringkat seterusnya, dengan menggunakan ramuan-ramuan yang dibekalkan oleh jenama tersebut sepanjang perjalanan acara tersebut.

Lebih daripada 1,600 'chef' berumur antara 13 hingga 15 tahun dari seluruh negara akan diuji kemahiran memasak mereka sepanjang pertandingan tersebut.

Mereka akan berusaha untuk memperoleh pungutan mata antara lain dari segi rasa, kemahiran memasak, daya kreatif, pilihan makanan dan nilai nutrisi.

Peserta-peserta yang dinobat sebagai juara negeri akan berentap di peringkat akhir yang akan berlangsung pada 20 Oktober di Hotel Merdeka Palace Kuching, Sarawak.

Pengarah Eksekutif Perniagaan, Makanan Malaysia dan Singapura Nestle Products Sdn. Bhd., Rosalyn Simba, berkata, memasak merupakan suatu pengalaman pembelajaran yang memberikan pengetahuan dan kemahiran yang akan kekal sepanjang hayat.

Katanya, golongan muda boleh mempelajari kemahiran bersosial, gaya penyediaan dan pemasakan, serta mengenali budaya melalui memasak.

"Mereka belajar menyukat, menyelesaikan masalah, menambah-baik, dan bekerjasama dengan peserta-peserta yang lain semasa menyediakan hidangan dan tiada apa-apa yang setanding dengan kepuasan diri yang dicapai apabila dapat meneliti suatu hidangan dari mula hingga siap penyediaannya," katanya .

Menurut Simba lagi, golongan muda juga boleh memahami lebih mengenai nutrisi dengan meneliti bahan-bahan dalam sesuatu resipi yang sekali gus membantu mereka mempelajari lebih mengenai makanan yang dimakan.

"Kami percaya bahawa memasak di rumah membantu dalam menyatukan keluarga dan komuniti dan dengan itu ingin menyarankan golongan muda supaya memupuk dan mengalami kegembiraan memasak," tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah Menengah Maggi, sila layari www.maggi.com.my atau www.facebook.com/MaggiMalaysia.

Kelab Smales untuk kanak-kanak

Posted: 13 Jun 2012 09:57 PM PDT

Sebahagian daripada kanak-kanak yang turut serta dalam pelancaran Kelab Smales di iKEA di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

BARU-baru ini bertempat di IKEA Mutiara Damansara, IKEA Malaysia telah melancarkan Kelab Smales bagi kanak-kanak berusia antara empat hingga 10 tahun.

Pelancaran kelab tersebut adalah seiring dengan keyakinan IKEA bahawa kanak-kanak adalah orang paling penting di dunia.

Penyertaan Kelab Smales secara percuma ini diwujudkan untuk memberi pengalaman menyeronokkan bagi kanak-kanak setiap kali mereka melawat gedung IKEA.

Sebagai ahli Kelab smales, kanak-kanak ini akan menjadi warga alam rekaan 'Quingdom' yang dikenali sebagai Smaland.

Sebagai rakyat Smaland, kanak-kanak ini akan memiliki pasport mereka sendiri dan memperoleh mata wang Smalish iaitu dallars setiap kali mereka datang untuk menebus barangan istimewa selain menyertai aktiviti, acara dan sebagainya yang telah disediakan.

Dan sebagai ahli, kanak-kanak ini juga akan menerima risalah Bug News yang diterbitkan tiga bulan sekali.

Selain itu, keistimewaan lain yang boleh diperoleh ialah penebusan minuman secara percuma dan menikmati hidangan kanak-kanak pada kadar diskaun.

Ahli-ahli Smales juga boleh mengumpul kredit hijau untuk ditukar dengan dallars dengan membawa akhbar lama untuk dikitar semula.

Akhbar-akhbar itu kemudian akan digunakan semula di pusat membungkus di gedung IKEA.

Bagi mereka yang membawa akhbar lama untuk dikitar semula dari 9 Mei hingga 10 Julai ini, ahli Smales boleh meraih tiga kredit hijau berbanding satu bagi setiap lima kilogram (kg).

Di samping aktiviti-aktiviti yang menarik seperti pertandingan dan bazar, ahli-ahli Kelab Smales juga boleh menyertai acara-acara dan kempen komuniti yang membolehkan mereka belajar dan menikmati keseronokan bersama.

Ini secara tidak langsung menjadikan matlamat utama di sebalik penubuhan kelab tersebut adalah menyediakan hari menyeronokkan untuk kanak-kanak di gedung IKEA.

Dengan pelbagai aktiviti yang disediakan secara tidak langsung membuatkan kanak-kanak ini rasa dihargai di IKEA.

Kelab Smales juga adalah lebih daripada sekadar inisiatif untuk memastikan anak-anak menikmati keseronokan di gedung IKEA.

Ia juga direka untuk mendidik kanak-kanak mengenai isu-isu sebenar dunia seperti nilai wang dan pemeliharaan serta nilai penyayang kepada masyarakat dan alam sekitar.

Dengan tertubuhnya kelab tersebut, Malaysia adalah negara ketiga di rantau ini selepas Singapura dan Thailand untuk memiliki Kelab Smales.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kelab Smales di Malaysia, anda boleh lawati laman web www.IKEA.com.my/smales.

Smart Mind rangsang kesihatan minda

Posted: 13 Jun 2012 09:48 PM PDT

Mohd. Fauzan Zuhairi Ismail menunjukkan produk makanan tambahan Smart Minda.

INTELLIGENCE Quotient (IQ) atau darjah kecerdasan otak adalah berbeza bagi seseorang kerana ia dipengaruhi faktor bangsa, budaya, pengaruh persekitaran, pendidikan, genetik dan lain-lain.

Namun, tahap IQ yang tinggi belum tentu menjadi tanda pengukur bagi individu untuk mencapai kejayaan sepenuhnya. Ini bermakna, selain IQ, individu juga perlu mempunyai gabungan kecerdasan emosi (EQ) tinggi.

Menyedari akan hakikat tersebut dan dalam masa yang sama tidak mahu golongan cerdik pandai ini tercicir dan terabai, mereka perlu diambil berat dan diberi perhatian supaya intelek dan psikologi individu berbakat itu boleh dikembangkan sepenuhnya.

Sehubungan itu, sebuah syarikat bumiputera, Harmonic Motion Enterprise yang berpangkalan di Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah, mengambil inisiatif memperkenalkan produk makanan tambahan Smart Mind untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan minda dan emosi.

Pengurus Jualannya, Mohd. Fauzan Zuhairi Ismail berkata, produk Smart Mind yang didatangkan dalam bentuk kapsul dihasilkan melalui kaedah homoepati.

"Smart Mind dicipta dengan menggunakan kaedah homoepati dengan gabungan gelombang dan kod-kod tenaga serta bahan-bahan yang mampu memulihkan kesihatan minda.

"Antara bahan utama penghasilan kapsul ini ialah Ac Phos, Kali Phos, Tr Gelsemium, Arg Nit dan Tr Anacardium," katanya.

Mohd. Fauzan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Fauzan memberitahu, produk Smart Mind berkenaan telah diuji menerusi kaedah saintifik dan terbukti mampu meningkatkan daya ingatan dan tumpuan serta merangsang kecerdasan minda.

"Produk ini amat sesuai diambil golongan pelajar kerana ia boleh meningkatkan minat untuk belajar dan pada masa sama ia berupaya merangsangkan kesihatan emosi dan membekal oksigen ke otak," katanya.

Katanya, sejak berada di pasaran pada Jun 2006, ramai ibu bapa dan pelajar yang mengambil Smart Mind mengakui produk itu boleh meningkatkan daya ingatan dan memastikan tahap emosi yang stabil.

"Ia amat sesuai untuk pelajar dan sesiapa sahaja yang banyak melibatkan mental dan emosi dalam kehidupan seharian. Smart Minda benar-benar bebas daripada sebarang jenis dadah dan unsur kimia yang berbahaya," katanya.

Tambahnya, produk Smart Mind juga disarankan kepada individu yang menghadapi masalah lemah ingatan, pelupa, payah belajar, pemalu, penakut atau sentiasa cemas

Beliau memberitahu, perkara tersebut diakui oleh salah seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 iaitu Adli Azlan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Yan, Kedah.

"Adli mengamalkan Smart Mind sejak awal tahun 2007 untuk memastikannya memberi tumpuan kepada pelajaran. Hasilnya, beliau telah memperoleh keputusan cemerlang 21A dalam SPM 2007," katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Fauzan berkata, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan produk tersebut boleh menghubungi pihaknya di talian 019-5000323 dan 019-5000554 atau menerusi pengedar sah seluruh negara.

Maklumat lanjut mengenai Smart Mind boleh didapati di laman web www.smartmind.my atau Facebook/Harmonic.Motion.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Truly no matter if someone doesn't be aware of after that its up to other visitors that they will assist, so here it happens.

Feel free to visit my weblog male sexual health

Tanpa Nama berkata...

Have you ever thought about including a little bit more than
just your articles? I mean, what you say is fundamental and all.
Nevertheless imagine if you added some great images
or videos to give your posts more, "pop"! Your content is excellent but with
images and videos, this website could definitely be one of
the greatest in its field. Awesome blog!

My weblog - rinatamiai.com

Tanpa Nama berkata...

Wonderful work! That is the kind of info that are supposed to
be shared around the net. Shame on Google for now not
positioning this publish higher! Come on over and
talk over with my website . Thank you =)

Review my webpage http://wonderfulvegastour.com/

Tanpa Nama berkata...

Ahaa, its fastidious discussion about this article at this place at this
web site, I have read all that, so at this time me also commenting here.


my site - genf20 plus

Tanpa Nama berkata...

I am really enjoying the theme/design of your blog. Do you
ever run into any internet browser compatibility issues?
A small number of my blog visitors have complained about my website
not operating correctly in Explorer but looks
great in Opera. Do you have any advice to help
fix this problem?

my blog: nyo.org.uk

Tanpa Nama berkata...

bookmarked!!, I like your website!

Feel free to surf to my page how can i increase seminal fluid

Tanpa Nama berkata...

Thanks for sharing your thoughts about what is the best natural male
enhancement. Regards

Here is my homepage ... Herbal male

Tanpa Nama berkata...

magnificent points altogether, you simply gained a new reader.
What might you recommend in regards to your put up that
you simply made some days ago? Any positive?



Review my homepage: pumps for male enhancer

Tanpa Nama berkata...

Fantastic goods from you, man. I have understand your stuff previous to and you are just extremely wonderful.
I actually like what you've acquired here, certainly like what you're stating and
the way in which you say it. You make it enjoyable and you still take care of
to keep it wise. I can't wait to read much more from you. This is actually a great web site.

my site: natural muscle builder

Tanpa Nama berkata...

Hello there, just became alert to your blog through Google, and found that it is really informative.
I'm going to watch out for brussels. I'll be grateful if you continue this in
future. A lot of people will be benefited from
your writing. Cheers!

My webpage ... buy alta white

Tanpa Nama berkata...

What i don't realize is if truth be told how you're now not really a lot more neatly-liked than you might be
now. You are very intelligent. You recognize thus considerably when it comes to this subject, produced
me individually believe it from a lot of numerous angles.
Its like women and men are not interested except it's something to do with Woman gaga! Your personal stuffs outstanding. At all times handle it up!

Feel free to visit my page; buy total curve

Tanpa Nama berkata...

Saved as a favorite, I like your blog!

Feel free to visit my blog post - thyromine

Tanpa Nama berkata...

Another thing to consider is purchasing original Vig - RX Plus enhancement pills.
Penis enlargement methods have already had
some positive results. The best place to buy Vigrx Plus
still remains its official online store.

Here is my page vigrx plus gnc

Tanpa Nama berkata...

Although these pills are over-the-counter
pills and do not require your doctor's permission but to be on the safety side there is no harm is consulting him to know about proper dosage and suitability to your body. It works by driving more blood to the penis which in turns leading to a bigger and stronger erections. This problem occurs due to malfunction of body parts or activities, some ailments, with growing age etc.

Here is my blog post: vigrx plus made china

Tanpa Nama berkata...

My partner and I stumbled over here by a different web address and thought I may as well check things out.
I like what I see so i am just following you.
Look forward to exploring your web page repeatedly.


Also visit my weblog - http://virilityex.herbalcurenow.com

Tanpa Nama berkata...

Thanks for one's marvelous posting! I genuinely enjoyed reading it, you're a great author.
I will make certain to bookmark your blog and may come back at some point.
I want to encourage you to continue your great writing,
have a nice afternoon!

Here is my site :: virility ex affiliate program

Tanpa Nama berkata...

Hello! Do you know if they make any plugins to help with SEO?
I'm trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I'm not seeing very good success.
If you know of any please share. Many thanks!

My site revitol review

Tanpa Nama berkata...

you're truly a excellent webmaster. The site loading speed is incredible. It kind of feels that you are doing any distinctive trick. In addition, The contents are masterpiece. you've done a
great task on this subject!

Feel free to visit my webpage - snorezip.herbalcurenow.com

Tanpa Nama berkata...

Fantastic beat ! I would like to apprentice whilst you amend your
web site, how could i subscribe for a blog web site?
The account aided me a applicable deal. I have been
tiny bit acquainted of this your broadcast offered brilliant clear idea

Feel free to visit my web site: natural products

Tanpa Nama berkata...

Great blog! Do you have any helpful hints for aspiring writers?
I'm planning to start my own blog soon but I'm a little lost on everything.
Would you advise starting with a free platform like Wordpress or go for a
paid option? There are so many options out there that I'm completely overwhelmed .. Any tips? Appreciate it!

My website vigrx plus

Tanpa Nama berkata...

Thanks for the auspicious writeup. It actually was once a amusement account it.
Glance complex to far introduced agreeable from you!

However, how could we keep in touch?

Here is my web blog ... genf20 hgh spray

Tanpa Nama berkata...

Really no matter if someone doesn't understand afterward its up to other users that they will help, so here it happens.

Have a look at my page http://asthmamist.herbalcurenow.com

Tanpa Nama berkata...

This piece of writing will help the internet users for building up new web
site or even a blog from start to end.

Check out my blog post; virility ex

Tanpa Nama berkata...

I visit day-to-day a few blogs and blogs to read articles, however this website gives
quality based content.

Here is my web page :: buy virility ex

Tanpa Nama berkata...

Very good blog! Do you have any helpful hints for aspiring writers?

I'm hoping to start my own website soon but I'm a little lost on everything.

Would you recommend starting with a free platform like Wordpress or go
for a paid option? There are so many choices out there that I'm completely overwhelmed .. Any ideas? Thank you!

my blog post virility ex

Catat Ulasan