Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Kecoh aksi cium Syahrini
- Karaoke dan menang wang tunai!
- Peragut terima padah
- Pekerja kilang tanggung hutang
- Dua lelaki dicari kes guru koma
- Kisah cinta sumber inspirasi
- Norman kembali ke pentas konsert
- Olivia Jensen letak syarat
- Guru rogol murid dipenjara 28 bulan
- Juara American Idol semakin pulih
- Telan ikan hidup untuk ubati asma
- Pilih kandungan tepat untuk anak
- Bin selamatkan 24 nyawa
- Toyota 86 Semangat Hachi-roku
- Peugeot 408
- Terhad 30 unit di UK sahaja!
- Honda Gold Wing 2012 kini sedia dimiliki
- 3 model off-road baharu Honda
- Pementasan riang berlatar kota London
- Kembalinya Teluk Mexico
- Gaya kontemporari Hotel MH Ipoh
- Tawaran Doubletree by Hilton
- Debaran peserta Daisy 2012
| Posted: 09 Jun 2012 05:26 AM PDT Belum selesai peminat berteka-teki mengenai identiti kekasihnya, malah sempat kedamaian Syahrini digugat dengan isu kekasih bayaran lantaran keengganannya mendedahkan jejaka yang bertakhta di hatinya itu, Isnin lalu dia sekali lagi diuji. "Kami tiada masalah dengan foto itu, cuma agak keberatan apabila diletakkan dengan tajuk 'another Bubu'. Ia hanya foto biasa, tiada masalah cuma judulnya seolah-olah mempersendakan Syahrini," kata Reindhy yang ditemui media di Mampang, Jakarta Selatan, Isnin lalu. Daripada dua foto yang dipercayai dirakamkan di lokasi sama, foto pertama menonjolkan Syahrini yang mengenakan pakaian serba putih bersandar mesra di dada jejaka itu. Lebih menimbulkan persoalan, apabila dada Syahrini menyentuh dada si jejaka yang mengenakan kemeja kelabu, manakala foto kedua memperlihatkan penyanyi lagu Bohong itu mencium mesra pipi lelaki itu sambil memeluk mesra pinggulnya. Enggan perkara itu berlarutan, Syahrini selesa bungkam malah membiarkan hanya pengurusnya yang berurusan dengan pihak media massa yang ingin mendapatkan penjelasannya. Skandal foto mesra Syahrini dengan beberapa jejaka bukan pertama kali muncul kerana sebelum ini bekas pasangan duet Anang Hermansyah ini pernah menggemparkan seluruh peminat muzik Indonesia apabila rakaman aksi panas yang menjadi koleksi peribadinya tersebar. "Ia tidak benar kerana masih banyak lagi foto lain yang diambil pada pertemuan itu. Rasanya pihak media massa sendiri sudah maklum mengenainya, cuma yang menjadi persoalan mengapa hanya foto mereka berdua saja yang disebarkan? "Mengapa foto lain tidak dikeluarkan?," soal Reindhy, mewakili Syahrini yang ketika isu itu hangat diperkatakan berada di Samarinda, Kalimantan Timur kerana menjayakan persembahan di sana. Reindhy menegaskan jejaka yang dimaksudkan itu ialah Iwan Winarto, sahabat Syahrini yang sudah lama dikenali penyanyi itu dan mempertahankan mereka tiada hubungan istimewa. "Dia mengenali Iwan sejak 2007, malah lelaki itu juga rapat dengan pereka busana Syahrini, Satriyadi. Mereka sudah lama saling bekerjasama dan untuk pengetahuan, foto yang diedarkan itu juga adalah gambar lama. "Tidak silap ia diambil pada 2007. Foto itu sudah dimuat naik di laman Facebook Syahrini sejak 2007. Mengapa baru sekarang ia diperkatakan," katanya. Iwan yang kebetulan turut berada di situ menegaskan, foto yang dirakamkan adalah untuk simpanan peribadi dan bukan bertujuan diedarkan kepada khalayak. "Ia bukan foto tidak senonoh, sebaliknya diambil untuk suka-suka. Foto itu dirakamkan ketika saya menemani Syahrini ke studio rakaman. "Ada juga gambar yang dipotretkan di Plaza Indonesia, selain beberapa foto ketika sambutan tahun baru," kata Iwan menjelaskan perkara sebenar. Pada pertemuan itu, Reindhy berkata, dia sempat menghubungi Syahrini bertanyakan reaksinya mengenai gosip yang diperkatakan. "Dia biasa saja. Syahrini sempat bertanya, apakah salah dia dan temannya mengambil gambar begitu? Maaf kerana Syahrini tidak dapat bersama kerana dia ada persembahan di Samarinda. "Kami segera mengambil langkah ini kerana tidak mahu ia menjadi isu panas yang akhirnya tidak dapat dikawal. Kami juga tidak mahu dipersenda dengan isu remeh dan sensasi murahan. "Ada pihak tertentu yang cuba meraih keuntungan daripada foto berkenaan. Mungkin ada hikmahnya supaya Syahrini lebih berhati-hati jika mahu maju," katanya. Rayu diberi ruang privasi SYAHRINI yang sebelum ini tegas dengan pendirian untuk tidak mengheret kisah peribadi dalam kariernya, baru-baru ini terpaksa mengalah apabila pelbagai fitnah terbit selepas membuat pengakuan menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka Malaysia. "Dari awal saya tidak pernah berniat untuk menggembar-gemburkan hal peribadi. Saya tidak pernah berniat menjaja cerita mengenai kekasih, bukan itu yang saya mahu. "Kalau sudah pasti dan memang benar antara kami ada ikatan yang sah, baru saya sedia memperkenalkan siapa pasangan saya," kata Syahrini. Memohon supaya ruang privasi dirinya dihormati, Syahrini terkilan apabila dia dilaporkan 'menyewa' seorang jejaka untuk dipertontonkan kepada umum pada majlis perkahwinan adiknya, baru-baru ini. "Saya selesai mendiamkan saja perkara ini. Saya tidak mahu takbur, bimbang nanti jika dia bukan jodoh saya impaknya nanti akan berbalik kepada saya dan keluarga. "Disebabkan itu, saya tidak mahu mendedahkan identiti teman lelaki saya. Saya mahukan sedikit privasi, tolong hargai dan hormatinya. Bila sudah pasti, baru saya akan jelaskan," katanya. | |||
| Karaoke dan menang wang tunai! Posted: 09 Jun 2012 05:23 AM PDT Antara pemenang-pemenang yang bertuah. Suria FM meneruskan misi mengajak rakyat Malaysia berkaraoke dan memenangi hadiah berupa wang tunai. Bekerjasama dengan pasar raya Tesco, hiburan berbentuk kekeluargaan, 'Duetoke Tesco Bersama Suria FM' ini berjaya mendapat tempat di hati masyarakat. | |||
| Posted: 09 Jun 2012 05:19 AM PDT Peragut itu dibawa ke HRPB untuk pemeriksaan lanjut sebelum ditahan polis untuk siasatan. IPOH - Kerakusan seorang peragut berakhir apabila terbabit dalam kemalangan melibatkan motosikal yang ditungganginya dengan sebuah kereta sejurus selepas meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Bendahara, semalam. | |||
| Pekerja kilang tanggung hutang Posted: 09 Jun 2012 05:17 AM PDT
KUALA LUMPUR - Seorang operator kilang kini bingung memikirkan nasibnya apabila diburu beberapa bank tempatan selepas kad pengenalannya yang hilang 18 tahun lalu, didakwa telah digunakan oleh individu lain untuk membuat empat pinjaman perumahan dan empat kad kredit berjumlah RM250,000. Mangsa, Noor Lela Nazri, 40, berkata, kad pengenalan tersebut hilang selepas beg tangannya diragut pada tahun 1994 di Taman Melewar, Gombak. Ceritanya, dia mula menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan selepas menerima surat mengenai tunggakan hutang kad kredit daripada sebuah bank berjumlah RM22,500 pada tahun 2004. Menurut ibu kepada seorang anak itu, dia kemudian membuat laporan polis mengenai perkara itu. "Pada awalnya, saya sangka masalah itu akan selesai tetapi sekali lagi saya mendapat surat daripada sebuah lagi bank menyatakan saya mempunyai satu pinjaman perumahan berjumlah RM80,705 pada 29 Jun 2006," katanya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan Awam MCA di sini semalam. Bimbang masalah tersebut semakin serius, Noor Lela lantas mengajak suaminya, Mat Saad Karim, 41, pergi ke Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat aduan pada tahun 2009. | |||
| Dua lelaki dicari kes guru koma Posted: 09 Jun 2012 05:16 AM PDT
KUALA LUMPUR - Polis menyiarkan gambar dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang guru wanita dalam keadaan koma selepas disamun di sebuah ladang kelapa sawit di kawasan Kuala Selangor dekat sini kelmarin. Gambar kedua-dua lelaki tersebut yang dipercayai berusia lingkungan 30-an dirakam menerusi kamera litar tertutup di sebuah bank tempat suspek mengeluarkan wang di Taman Kinrara, Puchong pagi kelmarin. Imej rakaman itu mempamerkan dua lelaki berkulit gelap dan berbadan sederhana dengan seorang daripadanya memakai baju berwarna putih, jaket hitam dan berseluar jean. Imej seorang lagi lelaki dilihat memakai baju-T jenama Polo berwarna gelap dengan belang merah, berseluar gelap dan juga mempunyai kumis. Teoh Soo Kim, 51, ditemui oleh orang awam pada pukul 11.30 pagi kelmarin di sebuah ladang kelapa sawit selepas dipercayai dilarikan empat lelaki ketika keluar dari rumahnya pada pukul 7.30 pagi di Taman Kinrara, Rabu lalu. | |||
| Posted: 09 Jun 2012 05:15 AM PDT
DIKECEWAKAN cinta, gagal dalam kehidupan, putus asa dan akhirnya menterjemahkan emosi ke dalam lirik lagu bersaksikan melodi indah barangkali eskapisme klise sesetengah artis. Namun bagi Christina Perri atau nama sebenarnya Christina Judith Perri, 25, konsep cerita yang dilaluinya dalam hidup memaksa dia untuk menjadi lebih berani dan matang. "Setiap lagu yang saya hasilkan berdasarkan pengalaman yang saya tempuhi sebelum ini, sama ada berkisar tentang cinta atau kehilangan. "Sudah pasti perkara ini bunyinya sangat personal tapi matlamat saya mahu menyuntik semangat dan kekuatan lagu itu untuk tidak mudah menyerah dan wanita harus dilayan dengan berhemat," tegasnya pada sesi ramah mesra di Hotel KL Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini sebelum konsert bermula. Prinsip yang kuat menggambarkan perjuangan ke arah membela nasib wanita akibat sebuah kehidupan yang musnah dan wanita kelahiran Philadelphia, Amerika Syarikat itu. Tambahnya, setiap individu mempunyai kisah peribadi tersendiri dan perjalanan yang berbeza itu membikin keunikan dalam diri masing-masing. "Apabila saya mengatakan tidak bermakna saya benar-benar maksudkan!, tegas Perri tentang prinsip hidupnya." Perri sebelum ini pernah mengembara ke Los Angeles pada tahun 2009 ketika berusia 21 tahun untuk berkarier dan membina kehidupan bersama seorang jejaka yang istimewa di hatinya, namun rumah tangganya itu musnah selepas 18 bulan.
Selepas peristiwa itu, dia kembali ke Philadelphia dan mula mencipta lagu hasil kebolehannya bermain piano. Sejak itu lagu pertamanya, Jar Of Hearts mula tercetus dan dia kembali semula ke Los Angeles bersama impian baharu. 300 lagu Perri menyingkap kecenderungannya dalam muzik klasik yang banyak memandu arahnya dalam menghasilkan lagu terutama yang dinyanyikan Tony Francis. Malah katanya, kebanyakan lagu-lagu cinta klasik banyak memberikannya ispirasi berkarya. "Saya memiliki lebih 300 buah lagu dalam koleksi sekarang dan kisah cinta benar-benar menyuntik inspirasi kepada saya," ujarnya. Ditanya mengenai keistimewaan lagu A Thousand Years, katanya judul itu sudah jelas mencerminkan keagungan kuasa cinta. "Lagu itu bukan berkenaan diri saya tapi ia menceritakan perasaan kasih dan cinta akan seseorang selama-lamanya," jelas Perri. Jason Mraz Perri sebelum ini pernah merakamkan sebuah lagu duet bersama penyanyi idolanya, Jason Mraz berjudul Distance benar-benar teruja saat ditanya mengenai kolaborasinya dengan penyanyi lagu I'm Yours itu. ![]() CHRISTINA menjadikan abangnya, Nick sebagai sumber kekuatan dirinya. "Saya meminatinya sejak berusia 17 tahun lagi dan apabila dapat bekerjasama dengan beliau saya mula-mulanya takut! "Akhirnya impian saya menjadi realiti, dia seorang lelaki yang merendah diri dan tidak lokek berkongsi ilmu," tambahnya yang tidak menolak sekiranya digandingkan sekali lagi dengan Jason Mraz. Kini Perri telah muncul dengan album pertamanya berjudul Lovestrong yang memuatkan 16 buah lagu termasuk A Thousand Years dan Jar Of Hearts. Katanya, setiap lagu dalam album itu berkisar perhubungan sesama manusia yang mempunyai pelbagai peringkat, perasaan dan pengalaman. ![]() PELANTUN hit Jar Of Hearts ini memiliki lebih 300 buah lagu dalam koleksi ciptaannya sekarang ini. Dalam perkembangan lain, Perri mendedahkan dia kini dalam rangka menyiapkan album keduanya yang dijangka diedarkan pada penghujung tahun ini. Abang Perri pasti tidak akan berenggang daripada abangnya, Nick Perri setiap kali beraksi mahupun merakam lagu kerana baginya abangnya itu merupakan sumber kekuatannya. "Kami membesar bersama-sama dan bangga melihat dia meminati bidang yang sama seperti saya. "Nick banyak memberikan inspirasi, menyokong serta sumber kekuatan bagi saya. Dia banyak mendengar keluhan saya dan memberikan nasihat yang sewajarnya sebagai seorang abang," cerita Perri lagi. | |||
| Norman kembali ke pentas konsert Posted: 09 Jun 2012 05:15 AM PDT ![]() NORMAN (kiri) bersama Dr. Mahathir serta barisan tulang belakang Akademi KRU pada majlis pelancaran akademi tersebut di Cyberjaya. SETELAH 20 tahun menjadi salah sebuah syarikat peneraju dalam industri media dan hiburan tanah air dengan menghasilkan filem cereka, animasi, rancangan televisyen dan muzik, kini Kumpulan Syarikat KRU yang diterajui oleh tiga adik-beradik Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim melangkah setapak lagi dengan menubuhkan pusat pengajian yang diberi nama Akademi KRU. Menariknya, Akademi KRU yang telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di K-Workers Development Center, Cyberjaya, baru-baru ini dijangka dapat memenuhi tenaga kerja dalam industri kreatif di negara ini menjelang 2015! Malah, Dr. Mahathir dalam ucapannya juga mengakui, pendekatan yang digunakan oleh Akademi KRU itu sangat sesuai dan ia boleh dijadikan contoh bagi penguasaan ilmu kerana ia lebih menekankan aspek praktikal berbanding teori. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Norman, 40, selanjutnya. Kosmo!: Bilakah Akademi KRU bakal memulakan sesi pengajian? NORMAN: Sesi pertama pengajian akan bermula pada 2 Julai ini dan Akademi KRU akan memperkenalkan tiga program Sijil Kemahiran Malaysia yang memenuhi sepenuhnya keperluan National Occupational Skills Standard oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Sumber Manusia. Apakah bidang-bidang yang ditawarkan? Buat permulaan Akademi KRU memperkenalkan tiga program sijil iaitu Kemahiran Kesan Khas Visual, Animasi 3D dan Animasi 2D. Selain itu, kami juga menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman dan juga menyediakan perisian komputer yang terkini untuk menghasilkan kandungan kreatif yang bertaraf antarabangsa. Malah, kesemua kursus adalah direka khas oleh pakar-pakar industri kreatif berteraskan konsep latihan praktikal. Siapakah pakar-pakar yang terlibat dalam Akademi KRU? Kami telah melantik enam panel penasihat yang terdiri daripada pakar dari dalam dan luar negara. Antaranya adalah Presiden Motion Pictures Association Asia Pasifik, Michael C. Ellis; Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Datin Paduka Shuhaimi Baba; Ketua Pegawai Operasi Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dan Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh. Selain penasihat, penuntut akan mendapat bimbingan daripada lebih lapan orang tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkaliber. Berapa lamakah pengajian untuk ketiga-tiga kursus itu berlangsung dan berapakah kos pengajian? Pengajian akan berlangsung selama enam bulan yang mana ia berjumlah RM8,000 untuk setiap bidang. Kursus sijil kemahiran ini juga dibuka kepada semua tanpa kelayakan minimum malah pemegang ijazah boleh memohon. Bilakah sesi pengajian bermula dan berapakah jumlah pelajar yang diperuntukkan Akademi KRU? Terdapat sebanyak empat pengambilan pelajar dalam setahun iaitu pada bulan Julai 2012, Oktober 2012, Januari 2013 dan April 2013. Bagi setiap sesi pengambilan pula kami hanya memperuntukkan seramai 30 hingga 60 orang pelajar sahaja dan kelas akan diadakan di K-Workers Development. Untuk sesi seterusnya kita akan menambah bilangan penuntut dan merancang untuk membuka kursus ini kepada pelajar asing. Bagaimanakah kursus yang ditawarkan Akademi KRU dapat melahirkan pakar-pakar kreatif seterusnya dapat membangunkan ekonomi negara? Kewujudan Akademi KRU akan memberi satu dimensi baharu kepada ekosistem industri media dan hiburan negara dengan menyediakan keperluan tenaga kerja yang terlatih, berkaliber serta kreatif. Keperluan pakar-pakar dalam bidang animasi ini bukan sahaja bagi memenuhi keperluan Kumpulan Syarikat KRU tetapi juga untuk majikan-majikan lain dalam industri media dan hiburan di Malaysia. Industri media dan hiburan tempatan kini sedang rancak berkembang pada peringkat tempatan dan bergerak ke arah penerokaan pasaran global. Bagaimanakah caranya untuk memohon pengajian yang ditawarkan oleh Akademi KRU? Kepada yang berminat, boleh memohon secara talian terus melalui www.kruacademy.com atau e-mel kepada syela.jaa far@kruacademy.com sebelum 30 Jun 2012. Khabarnya Norman, Yusry dan Edry akan kembali membuat persembahan sebagai KRU pada konsert ulang tahun KRU ke-20 pada 10 Jun ini? Jika dulu saya pernah membuat kenyataan KRU sudah bersara membuat persembahan pentas tetapi untuk konsert ulang tahun ke-20 KRU ini pengecualian terpaksa dibuat demi peminat-peminat KRU. Jadi, anda bertiga akan menyanyi dan menari semula di atas pentas? Ya. Kami tidak mahu menghampakan peminat. KRU akan menyampaikan lagu-lagu popular kami dulu seperti Fanatik, Apa Saja, Awas, Mengerti dan banyak lagi. Anda tidak berasa kekok selepas sekian lama tidak beraksi? Sudah tentu rasa lain bila buat persembahan pentas nanti. Dengan umur sekarang, saya tidak tahu sama ada boleh lagi menari macam dulu atau tidak. Saya harap pihak media faham dan tidak menghentam kami selepas persembahan itu nanti. | |||
| Posted: 09 Jun 2012 05:14 AM PDT
PENDUKUNG watak Mikha dalam filem Gerimis Mengundang arahan Ahmad Idham, Olivia Lubis Jensen, 19, telah meletakkan syarat andai ingin disunting lagi oleh produksi luar Indonesia. Katanya, dia cerewet tentang karakter yang ditawarkan kepadanya dan enggan menerima watak yang lebih berusia daripada umur sebenar dirinya sekarang. "Watak perlu sesuai dengan usia saya yang masih muda. Saya tidak mahu menerima karakter yang lebih tua kerana saya perlu menjaga imej saya. "Kalau dikatakan syarat ini mengehadkan tawaran yang datang, saya akui tapi rasanya ketika kita muda sesuai membawa peranan muda. Kelak menyesal!" tegasnya. Olivia yang sudah terbiasa dididik dengan disiplin yang tegas apabila berada di set penggambaran bagaimanapun tidak berasa kekok membintangi naskhah produksi dari Malaysia. "Saya senang sekali bekerja dengan produksi Gerimis Mengundang dan banyak juga belajar. Saya perlu lebih pantas kerana tidak banyak masa yang diberikan untuk saya berlengah-lengah," ujarnya yang ditemui ketika majlis pratonton filem Gerimis Mengundang baru-baru ini. Keterbatasan masa Kata Olivia, dia mendapat skrip filem gandingan bersama Kamal Adli itu sebulan sebelum memulakan penggambaran pada tahun lalu. "Masa terbatas tapi saya sudah berusaha sebaik mungkin, banyak benda yang saya tak faham dan menjejaskan persepsi saya. "Saya sudah mengesahkan penglibatan saya dalam Gerimis Mengundang sebulan sebelum tarikh penggambaran dan saya ada meminta pihak produksi untuk membuat persiapan awal tetapi mereka berdepan dengan masalah lain menyebabkan saya tidak cukup masa untuk membuat latihan lakonan. "Jadi saya perlu tanggung akibatnya kerana kurang waktu berlatih dari segi teknik lakonan dan hubungan kimia antara karakter," jelasnya mengenai dakwaan kurang wujud keserasian antaranya dan Kamal Adli dalam filem itu. Menyifatkan dia seorang yang mahukan kesempurnaan ketika berkarya, Olivia akur dia perlu mencari penyelesaian untuk kekangan waktu yang tercetus. Dalam pada itu, Olivia mendedahkan bahawa setiap bait-bait dialog yang dituturkan dalam Gerimis Mengundang diterjemahkannya sendiri ke dalam bahasa Indonesia. "Saya mendapat skrip dalam bahasa Malaysia dan perlu menukarkan ke bahasa Indonesia sendiri, skrip itu saya dapat seminggu sebelum mula penggambaran. "Bayangkan saya kurang mengerti akan dialog itu tapi perlu ditukarkan sendiri, adakalanya saya dibantu oleh pengurus saya yang sedikit mahir. "Amat sukar untuk saya mencari individu profesional bagi membantu saya, lagipun itu bukan kerja saya," getusnya yang baru usai penggambaran filem komedi aksi Potong Bebek Angsa. Namun, pelakon kacukan Indonesia-Denmark itu memuji produksi Malaysia yang sentiasa menjaga kebajikannya sepanjang berada di Malaysia dan tempoh promosi. Malah dia turut senang beraksi bersama Kamal Adli yang disifatkannya kelakar dan aktif. Dalam perkembangan lain, Olivia juga turut sibuk dengan kempen kesedaran kanser serviks dengan memberikan seminar sekitar Jakarta, Indonesia. Pelakon sinetron Hafizah itu juga akan memulakan perniagaan dalam taliannya pada tahun hadapan selain akan kembali menuntut ilmu dalam bidang rekaan fesyen tidak lama lagi. | |||
| Guru rogol murid dipenjara 28 bulan Posted: 09 Jun 2012 05:13 AM PDT ![]() REAKSI Tone Pulou selepas dijatuhkan hukuman penjara di Samoa Amerika. PAGO PAGO, Samoa Amerika - Seorang bekas guru di sini dijatuhkan hukuman penjara 28 bulan kerana merogol murid berumur 13 tahun sehingga menyebabkannya mengandung. Tertuduh, Tone Pulou dijatuhi hukuman kelmarin oleh sebuah mahkamah tinggi di Samoa Amerika. Dia mengaku bersalah atas kesalahan merogol. Hakim Lyle Richmond berkata, Pulou boleh memohon pelepasan untuk bekerja pada bila-bila masa dalam tempoh dia dipenjarakan. Sebaik sahaja bekerja, Pulou diarah membayar AS$100 (RM318) sebulan sebagai nafkah kepada anaknya itu. Dia juga diarah supaya tidak berhubung dengan mangsa dan keluarganya. Pulou juga perlu mendaftar sebagai pesalah seks, mengambil ujian HIV dan membayar balik kepada kerajaan wilayah sebanyak AS$5,600 (RM17,861) sebagai kos ekstradisi. Dia ditangkap di Honolulu pada Oktober tahun lalu selepas dikehendaki oleh pihak berkuasa sejak Ogos 2010. | |||
| Juara American Idol semakin pulih Posted: 09 Jun 2012 05:12 AM PDT ![]() FINALIS American Idol, Phillip Phillips (kiri) dan Jessica Sanchez muncul di pentas pertandingan pada 23 Mei 2012 di Los Angeles. LOS ANGELES - Juara American Idol musim ke-11, Phillip Phillips yang mengalami masalah buah pinggang serius sepanjang terlibat dalam pertandingan nyanyian itu kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan. Seorang jurucakap daripada penerbit 19 Entertainment, Leslie Fradkin memberitahu pembeda-han ke atas penyanyi berusia 21 tahun itu berjalan lancar. Menurut Leslie, Phillips yang berasal dari Georgia, Amerika Syarikat (AS) sudah bersedia untuk menyertai konsert jelajah American Idol bermula pada 16 Julai depan. Pada pertandingan akhir American Idol yang lalu, Phillips mengalahkan seorang lagi finalis, Jessica Sanchez, 16, untuk muncul juara dalam pertandingan bakat nyanyian terbitan stesen televisyen Fox itu. | |||
| Telan ikan hidup untuk ubati asma Posted: 09 Jun 2012 05:11 AM PDT ![]() SEORANG ahli keluarga Bathini Goud, Harinath Goud memasukkan ikan hidup ke dalam mulut pesakit asma di Hyderabad semalam. HYDERABAD - Puluhan ribu penghidap asma menyerbu sebuah stadium di sini, selatan India semalam untuk menelan ikan sardin hidup yang dilumur ubat herba bagi mengubati masalah pernafasan mereka. Laman berita Newser melaporkan, kaedah perubatan ganjil itu yang diasaskan oleh keluarga Bathini Goud, dikritik oleh kalangan doktor perubatan moden. Namun, kritikan mereka gagal menghalang orang ramai daripada mengunjungi keluarga berkenaan pada setiap tahun selepas ramai pesakit mendakwa sembuh selepas mendapat rawatan tersebut. Keluarga Goud mendakwa mereka menerima resipi ubat asma tersebut daripada seorang pendita Hindu sekitar 170 tahun dahulu. Mereka memberikan ubat unik tersebut kepada pesakit secara percuma pada setiap tahun tetapi enggan mendedahkan ramuannya. Menurut seorang ahli keluarga Goud, pendita tersebut memberi amaran bahawa ubat itu tidak berkesan jika dikomersialkan. | |||
| Pilih kandungan tepat untuk anak Posted: 09 Jun 2012 05:10 AM PDT
BERDASARKAN perhatian sempena berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) baru-baru ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, kanak-kanak dilihat lebih suka memilih buku cerita atau novel. Kecenderungan bagi kanak-kanak lelaki pula lebih tertumpu pada komik selain buku pembelajaran sekolah. Selain bahan bacaan pelbagai genre, peralatan menulis, bahan bantuan pembelajaran dan kelengkapan persekolahan lain turut dilihat sebagai pelaris pesta buku tersebut. "Sebagai bapa, saya akan pastikan anak saya memilih buku mengikut sukatan pembelajaran atau yang mempunyai kaitan dengan pelajaran. Lazimnya, buku-buku yang dijual di sini (PBAKL) semuanya selamat untuk pembacaan," kata Sopian Hassan, 36, dari Bangi. Arissa Sofea, 6, Amzar, 5, dan Ameera Sorfina, 8, ialah tiga daripada empat orang anak Sopian yang dilihat sibuk memilih beberapa buku cerita di gerai buku Ana Muslim. "Dalam usia yang muda, mereka sudah menunjukkan minat membaca yang mendalam. Namun, sememangnya menjadi tanggungjawab saya dan isteri untuk mengawasi buku-buku yang dipilih. Setakat ini, kami tidak pernah berhadapan dengan mana-mana pilihan yang salah," ujar Sopian lagi. Bagi pasangan Yuslina Sidek, 30, dan suaminya, Mohd. Zaidin Zainal Abidin, 30, dari Kajang, penganjuran pesta buku seperti itu memang dinanti-nantikan bersama anak-anak mereka, Intisa, 6, dan Iftika, 4. Lazimnya, pemilihan jenis buku untuk bacaan anak-anak ditentukan oleh mereka sendiri. Ketelitian itu penting kerana bahan bacaan yang dipilih mengikut kesesuaian umur boleh mengelakkan anak-anak mereka daripada menerima mesej yang tidak jelas. "Ada buku-buku yang subjek kandungannya matang dan lebih serius berbanding usia mereka. Itulah perkara yang perlu diberi perhatian ketika membuat pilihan," kata Yuslina yang menyasarkan untuk membelanja kira-kira RM100 membeli buku di PBAKL. Rata-rata ibu bapa yang ditemui yakin bahawa kebanyakan buku yang dijual dalam pesta buku, khususnya di bahagian kanak-kanak, selamat untuk pembacaan si cilik. Mereka selalunya gemar berbelanja pada musim pesta buku kerana faktor harga yang murah dan pilihan yang banyak. Kosmo! juga menemui beberapa orang penulis novel kanak-kanak termasuk seorang penulis yang berpengalaman luas dalam bidang penulisan, Ahmad Fadzilah Muhammad, 56.
Dikenali dengan karya-karya penulisan sastera, cerpen dan puisi, Ahmad Fadzilah merupakan seorang pengarang di syarikat Aras Mega Sdn. Bhd. yang beroperasi di Kajang, Selangor. "Saya terpanggil untuk menulis kisah kanak-kanak selepas banyak membuat pemantauan dan pemerhatian. Sebagai contoh, apabila melihat pendekatan sebuah sekolah yang memaparkan wajah-wajah pelajar yang datang lewat ke sekolah pada skrin besar di kawasan perhimpunan. "Hal-hal seperti itu menarik perhatian saya lalu terus dijadikan tajuk cerpen," kata Fadzilah mengenai buku beliau, Wajah Pada Skrin. Buku setebal 124 muka surat itu menghimpunkan 25 buah cerita pendek yang menceritakan kisah kanak-kanak di sekolah, rumah, bersama guru dan rakan-rakan. "Semua kisah ini mengambil kira elemen penyelesaian dan mesej pada akhir penceritaan. Tidak kira bagaimana ia bermula, setiap kisah itu perlu ditamatkan dengan baik, positif dan ada penyelesaian atau mesej keinsafan," jelasnya yang menulis sejak 1970-an. Mempengaruhi watak Bagi seorang lagi penulis dari Aras Mega yang ditemui sempena PBAKL ialah Fauziah Baharudin, 26, beliau yakin bahawa mesej dan intipati sesebuah buku cerita bukan sekadar bahan bacaan masa lapang. Lebih daripada itu, kanak-kanak cenderung dipengaruhi watak dan mesej yang disampaikan. Selaku seorang penulis yang masih muda, Fauziah berkata, beliau bernasib baik kerana dapat mengenali isi hati kanak-kanak dan isu yang dihadapi mereka melalui adiknya serta rakan-rakan adiknya yang lain. "Saya juga menyelitkan pengalaman dan kisah peribadi yang boleh diceritakan semula supaya ia memanfaatkan kanak-kanak, " terangnya.
Tambah anak kepada penjual sate ini, novel Sate Singgah Sana misalnya, ditulis hasil pengawasan, pembacaan dan pengalaman sendiri. "Novel saya bukan sahaja mempunyai mesej umum malah ia banyak memberi penekanan tentang disiplin. Namun, ia disentuh secara berhati-hati menggunakan pendekatan psikologi kanak-kanak supaya mesej dan tuntutan sampai dengan baik kepada kanak-kanak yang membaca novel ini," ujar Fauziah. Bagi pembekal buku kanak-kanak dalam talian, Alimkids.com, Dayang Lily turut mengakui bahawa dirinya sangat berhati-hati dalam memilih dan menjual buku kanak-kanak. Pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang jualan bukan sahaja memahirkan beliau dalam perniagaan malah berkenaan seleksi buku-buku yang sesuai mengikut usia dan keperluan kanak-kanak. Kata Lily, Alimkids.com menyenaraikan pilihan buku mengikut kategori umur. Oleh itu, ibu bapa dapat dibimbing untuk mendapatkan jenis buku yang sesuai. Bagi pembelian bukan talian pula, Lily sendiri akan menasihati dan membantu ibu bapa membuat pilihan. "Bagi kanak-kanak kecil, mereka perlu didedah dengan buku berkulit tebal, banyak warna dan gambar dan perkataan yang minimum. "Ia berubah secara berperingkat apabila kanak-kanak itu membesar dan pada usia lapan tahun ke atas, ibu bapa boleh mendekatkan mereka dengan novel kanak-kanak atau pra remaja," katanya. Buku luar negara ![]() DAYANG LILY akui pengaruh buku kanak-kanak sangat mendalam dan oleh itu, Alimkids.com sentiasa memastikan membekal hanya yang terbaik kepada pelanggan. Menjual buku pasaran khusus dengan kebanyakannya berunsur keislaman, Lily mengakui terdapat kekurangan pada buku keluaran tempatan. "Apabila melihat buku keluaran tempatan dan luar negara seperti Eropah, banyak bezanya. Kemajuan inovasi, kreativiti dan persembahan kandungan dalam buku terbitan luar negara membuatkan ibu bapa lebih suka memilih buku luar negara," kata Lily. Lily menunjukkan contoh sebuah buku tebal dari penerbit Eropah yang bukan sahaja menceritakan tentang kehidupan yang dicipta oleh Allah, bahkan memasukkan unsur warna, reka bentuk, kreativiti dan mesej tambahan. "Ia akan menarik minat kanak-kanak mahupun ibu bapa yang membeli dan ia berbaloi dengan harga," ungkap Lily. Namun, beliau menjelaskan, kebiasaannya pihak penerbit, pencetak dan penulis adalah entiti yang berbeza di Malaysia. Ia mungkin mengehadkan kreativiti penulis selain menjaga kepentingan pencetak untuk menghasilkan sesuatu dalam kos yang rendah. | |||
| Posted: 09 Jun 2012 05:09 AM PDT
SUASANA sedih menyelubungi Rumah Pengebumian di Hangzhou, China. Penduduk tempatan tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur menangis teresak-esak meratapi kematian Wu Bin yang berusia 48 tahun. Kesedihan semakin dirasai apabila persekitaran dewan dipenuhi jambangan bunga, kain rentang dan kepingan kad ucapan yang tertera luahan ringkas seperti, 'Anda pemandu hebat' dan 'Anda akan kekal di hati saya'. Pemergian Bin, pada Jumaat lalu benar-benar membawa seribu satu kepahitan dan kisah pilu di hati warga China. Selepas koma dan terlantar di hospital selama tiga hari, pemuda kelahiran Hangzhou, Zhejiang itu menghembuskan nafas terakhirnya. Salah seorang doktor mengesahkan bahawa Bin mengalami kecederaan serius di hati sementara tiga tulang rusuknya patah. Kecederaan yang dialami Bin disebabkan dadanya tertusuk serpihan logam tajam yang menembusi cermin depan bas yang dipandunya pada 29 Mei lalu. Pada masa itu, Bin, bapa kepada seorang cahaya mata sedang memandu bas antara bandar Wuxi dan Hangzhou di lebuh raya Wuxi, wilayah Jiangsu. Meskipun cedera parah di dada kanan, Bin masih mampu mengawal kelajuan bas agar tidak tersasar. Bagi memastikan keselamatan 24 orang penumpang di dalam bas, Bin menekan brek, menukar gear dan menenangkan penumpang. Selepas beralih ke tempat pemandu, Bin meminta penumpang menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan. "Pada mulanya saya tidak sedar apa yang berlaku kerana Bin tidak menjerit. Saya fikir, bunyi bising tersebut mungkin melibatkan pelanggaran kenderaan lain. "Sebaik saja dia ke belakang dan duduk di tempat penumpang, barulah saya sedar bahawa Bin mengerang kesakitan sambil memegang dada. Dalam beberapa minit kemudian dia pengsan," terang Han Weichun, seorang penumpang yang duduk betul-betul di belakang Bin. Pemandu yang cermat Hasil siasatan pihak polis mendapati, serpihan logam seberat 3.5 kilogram melayang dari sebuah kereta yang bertentangan lalu menusuk ke dada Bin. Justeru, tindakan Bin yang mengutamakan para penumpangnya dan mengabaikan kesakitan yang dialaminya telah mendorong orang ramai menjulangnya sebagai wira. Menurut rakan sekerja Bin, Chen Yibo, sejak berkhidmat sembilan tahun lalu, rekod kerja Bin sentiasa cemerlang. Dia sudah memandu sejauh sejuta kilometer (km) tanpa terlibat dalam sebarang kemalangan. ![]() ORANG ramai membanjiri Rumah Pengebumian Hangzhou untuk memberi penghormatan terakhir kepada Bin. "Dia juga tidak pernah disaman kerana selalu memandu mengikut kelajuan dan peraturan jalan raya yang ditetapkan. Para penumpang cukup berpuas hati dengan cara pemanduan dan servis Wu Bin," katanya yang sedih dengan kehilangan rakan sekerja yang dedikasi. Di sebalik tragedi itu, Bin dijulang sebagai wira oleh penduduk di tempat kelahirannya, Hangzhou yang terletak di China timur. Mereka berkali-kali mengungkapkan bahawa Bin merupakan individu dan pekerja terbaik yang perlu dicontohi. Sewaktu berlangsungnya upacara pengebumian Bin di Rumah Pengebumian Hangzhou, penduduk tempatan bertali arus semata-mata untuk memberikan penghormatan terakhir kepadanya. Sehinggakan, pihak polis terpaksa mengawal lalu lintas. Esakan dan tangisan pula memenuhi dewan. Ternyata, kehilangan pemuda yang disifatkan murah dengan senyuman itu cukup berkesan di hati keluarga, jiran, sahabat handai dan penduduk tempatan. Upacara pengebumian Bin turut dihadiri selebriti, golongan kenamaan dan para pemimpin negeri seperti Timbalan Menteri Pengangkutan, Feng Zhenglin, Timbalan Gabenor Wilayah Zhejiang, Wang Jianman dan Datuk Bandar Hangzhou, Zhang Jianting. Pekerja contoh Kerajaan wilayah Zhejiang menyifatkan Bin mati secara terhormat kerana tidak mementingkan diri sendiri manakala Kementerian Pengangkutan mengangkatnya sebagai pekerja contoh. "Saya selalu menaiki bas yang dipandu Bin dari Wuxi dan Hangzhou. Dia seorang pemandu yang baik dan berhati-hati. Jadi, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Bin berusaha menyelamatkan nyawa penumpang meskipun dia sedang bergelut dengan kecederaan serius," luah Wu Yao yang juga jiran dengan Bin selama tiga dekad. Dalam pada itu sahabat baik Bin, Feng Li menyatakan: "Tindakan Bin jelas menunjukkan dia seorang pemandu dan pekerja yang berwibawa. Barangkali, keperibadian Bin yang penyayang, mudah mesra dan mengambil berat tentang orang sekeliling mendorongnya bertindak seperti itu." Sebagai memperingati jasa baik Bin, para pemimpin negara China termasuk ketua parti wilayah Zhao Hongzhu, telah menghulurkan sumbangan wang tunai sebanyak 500,000 yuan (RM249,500) kepada keluarga Bin. Sementara itu, majikan syarikat Bin berkhidmat pula menghadiahkan sebuah pangsapuri yang terletak di pusat bandar. Tolak sumbangan Lebih menyentuh perasaan apabila orang ramai dan pelbagai pihak turut menderma wang tunai meskipun menyedari hadiah tersebut tidak ternilai dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Bin. Namun begitu, keluarga Bin menolak secara baik segala bentuk sumbangan dalam bentuk wang tunai mahupun barangan. Mereka cuma mengharapkan agar masyarakat terus mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka sekeluarga dalam menempuhi kehidupan tanpa Bin. Sebelum ini, Bin yang menetap bersama kedua-dua ibu bapanya, meninggalkan seorang balu dan seorang anak. Dalam surat terbuka luahan hati keluarga Bin, mereka bersyukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti menunjukkan kasih sayang serta bersimpati atas pemergian Wu. ![]() GAMBARAN klip video CCTV yang menunjukkan detik Wu BIn sewaktu tertusuk serpihan logam yang menembusi cermin depan bas. "Kami tidak memerlukan sebarang bentuk bantuan daripada orang perseorangan kerana kami akan berusaha sendiri dan bekerja keras untuk kehidupan. Bagi kami, bantuan yang diterima daripada pihak kerajaan dan majikan Bin sudah memadai," tutur kakak Bin, Wu Bingxin. Bingxin turut menyatakan mereka sekeluarga sudah biasa hidup secara sederhana. Dalam pada itu, isteri Bin, Wang Lizhen, memberitahu, pagi Selasa minggu lalu merupakan detik akhir dia bertemu mendiang suaminya. Bin mengucapkan selamat tinggal kepadanya sebelum keluar bekerja. "Saya dapat merasakan dia belum bersedia untuk 'pergi' meninggalkan kami. Ketika Bin berada dalam keadaan tidak sedar, saya mengusap dahinya dan tangannya bergerak memberi reaksi. "Bin seolah-olah mahu meluahkan sesuatu kepada saya. Dia bagaikan berjuang untuk terus hidup. Namun apakan daya, tuhan lebih menyayanginya," jelas Lizhen dalam nada getar menahan sebak kerana kehilangan suami yang dikahwininya sejak 18 tahun lalu. Tindakan Bin menyelamatkan 24 penumpang di dalam bas meskipun sedang bertarung dengan kesakitan akibat tusukan besi tajam, harus dicontohi oleh kumpulan pemandu pengangkutan awam di seluruh dunia. "Sejak beberapa hari lalu, saya sentiasa menangis kerana sebak dengan keprihatinan Bin terhadap para penumpangnya. Semoga semangat Bin menjadi ikutan setiap lapisan masyarakat," tutur Shen Wei, guru sekolah menengah yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Bin bersama empat orang pelajarnya. | |||
| Posted: 09 Jun 2012 05:08 AM PDT
PARA peminat kereta sport sebenar perlu berterima kasih kepada Akio Toyoda. Ini kerana Presiden Toyota Motor Corporation itulah yang bertanggungjawab memperkenalkan kembali DNA "Fun to Drive" ke dalam produk Toyota. Toyota sebelum ini cukup terkenal sebagai pengeluar kereta sport mampu milik dan berbeza dengan jentera sport Eropah. Keunikan dan kemampuan yang ada padanya membuatkan kereta sport keluaran Toyota pantas mencetus fenomena serta terus diingati hingga ke hari ini. Namun, macam biasa detik-detik indah itu tidak kekal lama. Sedia maklum bahawa demi mendapatkan skala ekonomi dalam penghasilan sesebuah model, banyak aspek yang perlu diambil kira. Model untuk massa dan boleh dijual dalam volum yang tinggi diberi perhatian. Sementara produk untuk segelintir peminat pasti mudah dilupakan. Jadi tidak hairanlah jika Toyota sudah lama tidak membina kereta-kereta sport murah seperti Celica, Supra atau Levin sebagaimana yang pernah dilakukannya pada tahun 1980-an. Segmen itu dibiarkan vakum begitu lama tanpa diisi oleh mana-mana produk yang mampu merangsang selera peminat sebenar kereta untuk membeli sebuah Toyota. Initial D Mujurlah sejak cucu kepada pengasas Toyota itu mengambil-alih syarikat, hala tujunya sudah berubah. Model-model konsep yang kembali memberi perhatian kepada aspek keseronokan dan dinamik pemanduan kembali dibina. Perubahan itu nyata berjaya membuatkan dunia kembali memandang ke arah Toyota. Contoh paling ketara pastinya model konsep Toyota FT86 yang membuat debut pada Tokyo Motor Show 2009. Sejak itu, peminat sudah seakan-akan tidak sabar lagi hendak menunggu produk akhirnya. Penantian itu terjawab apabila Toyota memperkenalkan Toyota 86 secara rasmi pada Tokyo Motor Show 2011. Untuk membina 86 yang juga dikenali sebagai hachi-roku dalam bahasa Jepun itu, tiga model sport Toyota sebelum ini dijadikan rujukan. 86 sebenarnya diinspirasikan daripada legasi kejayaan model Toyota AE86 Levin/Trueno yang dibina pada tahun 1980-an. Kemasyuran AE86 banyak dibantu oleh siri komik, animasi dan filem Initial-D. Jadi, permintaan terhadap jentera itu bukan main-main. Jangan terkejut kalau anda terpaksa mengeluarkan wang mencecah RM40,000 untuk kereta tahun 1980-an. Itulah harga untuk sebuah kereta yang sudah sampai ke tahap legenda.
Selain AE86, DNA 86 turut mengadun karakteristik dua lagi model sport ikonik Toyota iaitu Toyota Sports 800 dan Toyota 2000GT. Daripada Toyota Sports 800, dinamik pemanduan formula FR (enjin hadapan-pacuan roda belakang) dan enjin Boxer diaplikasikan kepada 86. Sementara Toyota 2000GT pula lebih kepada aspek penggayaan, terutama profail tingkap dan reka bentuk sebuah coupe. Pembangunan 86 merupakan hasil kolaborasi Toyota dengan Subaru (satu divisyen Fuji Heavy Industries, FHI) yang memang mahir dalam penghasilan sedan sport berprestasi tinggi. Versi 86 untuk Subaru ialah BRZ. Antara perbezaan di antara kedua-duanya ialah suspensi hadapan BRZ dikatakan lebih keras berbanding 86. Bagi memastikan pengendalian 86 benar-benar bagus, ujian-ujian ekstensif telah dijalankan di Jepun, Eropah dan Amerika Utara. Malah, bukan sedikit masa yang dihabiskan oleh pasukan jurutera Toyota di litar Nurburgring, Jerman bagi memastikan jentera tersebut menawarkan kualiti pemanduan dan pengendalian gred A. 86 dibina di atas platform baharu yang rendah dan aerodinamik. Ia menggunakan konsep aerodinamik yang dipanggil "Konsep Sandwich". Maksudnya, kereta itu ditekan ke atas jalan raya dari arah atas, bawah dan sisinya. Ini sekali gus memberikan 86 tahap kestabilan yang cukup tinggi. Kerjasama di antara Toyota dan Subaru juga dipanjangkan ke dalam pembinaan enjin untuk 86. Enjin Boxer aspirasi biasa (Naturally Aspirated) itu adalah hasil daripada pengetahuan Toyota dan Subaru dalam penghasilan kereta sport. Kali terakhir kereta Toyota menggunakan enjin Boxer dengan reka bentuk flat four itu ialah pada model Toyota Sports 800. Enjin Boxer dipilih kerana ia mampu menawarkan kuasa low end torque yang kuat dan janaan kuasa lebih linear. Kedudukan enjin Boxer juga rendah. Ia sekali gus menyumbang kepada titik graviti yang rendah, faktor penting untuk pengendalian dan kestabilan. Saya sempat menguji jentara idaman ramai itu untuk tiga pusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sehari sebelum pelancaran rasminya diadakan. Tayar mesra alam Apa yang boleh saya beritahu, 86 boleh membuatkan anda tidak kisah untuk memecut di litar sehari suntuk. Kuasa enjin dan dinamik pengendaliannya betul-betul boleh menjadikan sesiapa sahaja ketagih untuk meneroka setiap selekoh yang ada di SIC. ![]() DINAMIK pemanduan 86 membuatkan pengalaman memandu di litar amat mengasyikkan. Apa yang menarik tentang 86 ialah jentera tersebut tidak memerlukan tayar berprestasi tinggi untuk menyerlahkan prestasinya. Malah, tugas itu boleh diserahkan kepada tayar mesra alam bersaiz 215/45R17 tanpa sebarang masalah. Bagi memenuhi kehendak bakal pembeli yang berbeza, UMW Toyota Motor menawarkan 86 dengan varian manual dan automatik enam kelajuan. 86 tidak berkompromi dengan tahap keselamatan. Secara pasifnya, pemandu dan penumpang 86 dilindungi oleh tujuh beg udara. Tidak cukup dengan itu, kolum stereng dan pedalnya juga akan 'terlipat' sekiranya berlaku kemalangan. 86 juga dipasang dengan pelbagai sistem keselamatan kenderaan terkini termasuklah ABS pada keempat-empat roda, selain Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Traction Control (TRC) dan Vehicle Stability Control (VSC). Mode VSC boleh diubah mengikut kemahuan pemandu dan kondisi pemanduan. Jurutera Toyota cuba sedaya upaya untuk menjadikan kabin 86 sebagai sebuah kokpit kereta sport yang sebenar. Bentuk dan kedudukan semua butang kawalannya mengutamakan fungsi serta mudah digunakan. Pendek kata, di dalam kabin sporty berwarna hitam tersebut, jentera dan pemandunya bersatu. 86 mengetengahkan konfigurasi tempat duduk 2+2. Pemandu dan penumpang hadapan dialu-alukan oleh sepasang tempat duduk jenis semi-bucket yang menyokong tubuh dengan selesa apabila kenderaan itu meluncur di atas jalan raya. Anda juga tidak akan terlupa sedang memandu sebuah 86 kerana logo nombor 86 yang ditempa di atas dua omboh itu ada di mana-mana. Ia ada di tengah-tengah stereng, corong pendingin hawa, jahitan pada tempat duduk dan gelung meter. ![]() ENJIN Boxer dengan sistem D-4S yang berupaya menghamburkan kuasa sehingga 200PS. Pada harga RM243,000 (automatik) dan RM249,000 untuk transmisi manual, 86 bukan untuk semua orang sebagaimana sepatutnya. Malah, tidak kurang yang berpendapat bahawa model itu sebenarnya overprice. Biarpun begitu, 30 unit 86 sudah ada pemiliknya. UMW Toyota Motor meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 140 unit 86 bagi tempoh suku kedua tahun ini. Saya tidak nampak itu satu masalah yang besar pun. Silap-silap, angka itu boleh dicapai dalam masa yang singkat. Bagi mereka yang tidak mampu membelinya sekarang, jangan sedih dahulu. Sebabnya, Ketua Jurutera projek Toyota 86, Tetsuya Tada memberitahu 86 ialah kereta sport pertengahan. Maksudnya, akan ada kereta sport entry level dan premium daripada Toyota. Malangnya, bilakah masa itu akan tiba, tiada siapa yang tahu. Jadi, banyak-banyakkan berdoa. | |||
| Posted: 09 Jun 2012 05:07 AM PDT ![]() DALAM iklim perniagaan yang kian mencabar, peniaga perlu bertindak agresif. Jika lembik, lambat atau bersikap sambil lewa sahaja, memang mudah para pesaing untuk mengatasi anda walaupun mereka mungkin baru setahun dua bertapak dalam perniagaan. Dalam dunia automotif, sifat agresif boleh dilihat menerusi kekerapan produk ditawarkan. Peugeot merupakan salah satu jenama yang agresif. Selepas terkenal menerusi model 308 Turbo dan VTi, Peugeot tidak berhenti menawarkan produk-produk terbaiknya. Malah, kalau diteliti kenderaan jenama dari Perancis itu ada dalam hampir semua segmen pasaran. Hendak sedan segmen B, ada 207. Kalau mahu MPV pula, anda boleh memilih 5008. Itu belum lagi dikira model hatchback 308, 3008 (crossover kompak), 508 (sedan eksekutif) dan jentera sport yang memang menawan hati, RCZ. Kini, Peugeot memasuki pula pasaran sedan segmen C menerusi model 408. Jika anda rajin membaca blog permotoran tempatan, gambar-gambar curi model itu sudah tersiar di internet sejak beberapa bulan lalu. Harga kompetitif Akhirnya, pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) memperkenalkan kepada umum 408 pada pertengahan Mei lalu. Lebih menarik lagi, pelancaran tersebut dibuat di fasiliti terbaharu Peugeot yang pelaburannya sahaja mencecah RM15 juta. Terletak di Glenmarie, Shah Alam Selangor, ia merupakan pusat servis Peugeot paling besar di Malaysia. Ia mampu menyelenggara sebanyak 66 buah kereta sehari. Kalau dilihat kepada harga yang ditawarkan, 408 memang kompetitif. Terdapat dua varian iaitu 408 Turbo dan 408 dengan enjin aspirasi biasa (Naturally Aspirated, NA). Harganya ialah RM125,888 (Turbo) dan RM109,888 bagi varian 2.0 liter. Kedua-dua harga tersebut meliputi kos di atas jalan dan insurans. Seminggu selepas pelancaran, sekumpulan wartawan diberi peluang oleh Nasim untuk memandu kedua-dua varian tersebut. Untuk kolum pandu uji kali ini, saya akan jelaskan mengenai pemanduan model tanpa turbo dahulu. Pandu uji versi Turbo akan saya tulis selepas mendapat kenderaan tersebut tidak lama lagi. Perjalanan dari Subang, Selangor pada pagi itu dimulakan dengan varian 408 dengan enjin 2.0 liter. Masuk ke dalam kabin, perlu diakui bahawa 408 memang menawarkan ruang yang luas. Memang selesa untuk membawa lima orang dewasa sama ada bersaiz besar atau sederhana. 408 nampak eksklusif dengan penggunaan warna hitam pada sebahagian besar kabinnya. Papan pemukanya menampilkan rekaan yang tipikal Peugeot, ringkas dan tidak banyak butang. Beberapa bahagian seperti perumah tuil gear, corong pendingin hawa dan meter dikelilingi oleh kemasan krom. Kontras yang menarik. Walau bagaimanapun, secara peribadinya saya berpendapat rekaan papan pemuka itu sudah lama. Kurang menarik perhatian walaupun ia mudah dicapai dan dioperasi. Sterengnya juga kosong tanpa sebarang butang kawalan audio atau sebagainya. Duduk di belakang, anda boleh melunjurkan kaki dengan selesa. 408 memang menyediakan ruang yang luas bagi membolehkan penumpang duduk dengan selesa biarpun untuk perjalanan jauh. ![]() RUANG kabin dan papan pemuka 408 menggunakan rekaan yang hampir sama dengan model-model Peugeot lain. Kusyennya yang lembut dan tidak terlalu menegak pasti disenangi oleh mana-mana penumpang pun. Tambahan pula, terdapat corong pendingin hawa pada konsol tengah bagi membolehkan kabin disejukkan dalam tempoh masa lebih pantas. Versi itu dikuasakan oleh enjin tanpa turbo bersesaran 2.0 liter. Kuasa yang mampu dijana oleh enjin empat silinder itu adalah 145hp @ 6,000 rpm. Sementara tork maksimum pula 200Nm @ 4,000rpm. Enjin itu dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan. Ia turut hadir bersama torque converter baharu serta ciri Triptronic dan sport mode. Untuk gabungan itu, 408 masih berupaya memberikan maklum balas yang responsif. Tubuh kenderaan tidak terasa terlalu berat walaupun ngauman enjin boleh didengar dan dirasa agak jelas jika pedal minyak ditekan keras. Jika mahukan kuasa dengan lebih pantas, tukar kedudukan gear secara manual. Walaupun tujahan kuasanya tidaklah sekuat dan sepantas varian Turbo, namun ia tetap memuaskan. Saya kurang senang dengan rasa sterengnya yang ringan. Apabila kelajuan bertambah, sterengnya rasa sedikit berat. Tetapi ia belum mampu untuk meyakinkan saya untuk memandu laju ketika mengambil selekoh. Melihat kepada penampilan luarannya pula, sesiapa sahaja tidak akan tersilap bahawa sedan itu adalah keluaran Peugeot. Lambang singa bersaiz besar dan berwarna krom itu menyerlahkan bahagian hadapan 408 yang dinamik. Emblem tersebut dipadankan dengan sepasang lampu utama halogen yang tirus ke belakang. Pada bahagian bawah bamparnya, terselit juga sepasang lampu kabus untuk perjalanan lebih selamat pada waktu malam. Lampu bahagian belakang diintegrasikan dengan but. Ia nyata kelihatan ringkas dan kemas. Untuk varian ini, keempat-empat tayarnya dipasang pada rim aloi Rinjani bersaiz 17 inci. Dengan tawaran jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had, anda mungkin boleh menimbang untuk memiliki sebuah 408 sekiranya anda mahukan gaya dan kualiti pemanduan jentera Eropah. | |||
| Posted: 09 Jun 2012 05:07 AM PDT ![]() M5 M Performance Edition menggunakan enjin terbaharu buatan BMW iaitu TwinPower Turbo V8 berkuasa 560hp. DUA model eksklusif M Performance Edition untuk BMW M3 dan M5 kini sedang dalam proses pembikinan oleh BMW M GmbH. Dukacita dimaklumkan, model-model itu hanya untuk pasaran United Kingdom (UK) sahaja. Lebih mendukacitakan peminat tegar dan mereka yang berduit, hanya 30 unit sahaja yang akan dibina. Jadi, nampaknya harapan untuk model itu dibawa masuk ke dalam negara oleh pengimport kenderaan memang tipis, walaupun tidak mustahil. Mempamerkan varian BMW Individual, kesemua model M Performance Edition itu diberi opsyen warna-warna Frozen seperti BMW Individual Japan Red (merah) dengan Frozen Red wrap, BMW Individual Frozen White (putih) dan BMW Individual Frozen Blue (biru). Mengimbangi warna luaran yang menyerlah, semua bahagian dalaman model M5 M Performance Editions didatangkan dengan balutan kulit berwarna hitam Full Black Merino. Ruang kabin M3 M Performance Editions pula dibalut oleh kulit hitam, Black Novillo. Balutan tersebut disulami dengan warna kontra Mugello Red (merah), Lotus White (putih) atau Tobago Blue (biru). Stereng pula dibalut dengan Alcantara. Sementara kemasan dalaman terdiri daripada BMW Individual Piano Black, perehat kepala dengan logo M dan pelapik ambang pintu (door sill). BMW M3 M Performance Edition dijana oleh unit enjin V8 berprestasi dengan kuasa 420hp. 'Nafsu' besar tersebut dialihkan ke atas jalan raya menerusi transmisi tujuh kelajuan M DCT dan differential M. Model M3 itu turut didatangkan dengan Competition Package sebagai ciri standard. Peralatannya terdiri daripada suspensi yang direndahkan sebanyak 10 milimeter (mm), Electronic Damper Control dengan mode Sport dan sistem DSC+ yang disemak semula. Sebagai tambahan, semua model M3 dilambakkan dengan peralatan standard. Antaranya ialah rim aloi 19 inci M Y-spoke berwarna Matt Black, ekzos Dark Chrome, corong bonet jet black, splitter gentian kaca dan cermin pelindung matahari. Aksesori standard tidak terhenti setakat itu sahaja. Turut dipasang ialah lampu utama boleh suai (adaptive headlights), radio digital DAB, sistem Harman/Kardon dengan 13 unit pembesar suara, BMW Professional Package, telephone USB audio interface dan internet untuk kegunaan pemandu serta penumpang kereta. ![]() RUANG kabin berwarna hitam dengan balutan kulit mewah serta sulaman lambang M pada perehat kepala tempat duduk. Perehat lengan boleh gelongsor, kerusi dengan pemanas dan sistem undur Park Distance Control melengkapkan model M3 istimewa itu. Senarai peralatan eksklusif itu berharga lebih RM48,167 dan dipakejkan sekali dengan harga kereta. Sementara itu, BMW M5 M Performance Edition dikuasakan oleh enjin terbaharu BMW iaitu TwinPower Turbo V8 berkuasa 560hp. Model itu turut didatangkan dengan teknologi kerangka yang dibangunkan daripada perlumbaan serta Active M differential dan Electronic Damping Control. Menggabungkan dinamik kereta perlumbaan dan keselesaan kereta penumpang, BMW M5 didatangkan dengan aksesori bernilai RM108,722 yang semuanya didatangkan sebagai peralatan standard. Antaranya ialah rim aloi 20 inci M Double-spoke berwarna Matt Black, ekzos Dark Chrome, kerusi pelbagai fungsi M Sport dengan sokongan lumbar (belakang), bonet automatik, cermin pelindung matahari, kerusi belakang yang boleh dipisahkan dan pintu soft close. Peralatan standard lain ialah kamera undur, sambungan internet, sistem BMW Professional bersama 12 unit pembesar suara dan paparan had kelajuan. Di Malaysia, model yang mahal macam mana sekalipun pernah dibawa masuk. Sebagai contoh, Pagani Zonda dan Bugatti Veyron. Apalah sangat jika dibandingkan dengan BMW M3 Performance Edition yang berharga kira-kira RM365,000 atau BMW M5 M Performance Edition (RM468,000). Harga tersebut tidak termasuk cukai yang dikenakan untuk dipandu di atas jalan awam. | |||
| Honda Gold Wing 2012 kini sedia dimiliki Posted: 09 Jun 2012 05:06 AM PDT ![]() PADANAN komponen krom pada bahagian tertentu motosikal ini menyerlahkan lagi kemewahannya. BAGI peminat motosikal jenis tourer mewah, ada berita baik untuk anda. Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) kini menawarkan model Gold Wing 2012 ke pasaran Malaysia. Jentera yang diperkenalkan ketika MotoXpo Show & Conference Kuala Lumpur 2012 (MotoXpo KL 2012) di ibu negara pada Februari lalu boleh ditempah menerusi kedai Impian Honda di seluruh negara. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada berkata, model itu menawarkan kelancaran, kecekapan dan keselesaan tunggangan untuk aktiviti kembara. "Honda Gold Wing 2012 mendapat perhatian meluas sewaktu diperkenalkan pada MotoXpo 2012. Ia mencipta kejutan dalam kalangan komuniti penunggang motosikal dengan penampilan luaran yang bergaya dan prestasi termaju," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. Honda Gold Wing 2012 dilengkapi unit enjin enam silinder bersesaran 1,832cc dengan sistem sejukan cecair. Kotak gear lima kelajuan diberi padanan. Kelancaran tunggangan dibantu menerusi adunan teknologi PGM-FI yang melibatkan pendikit minyak dan pembebasan emisi gas rendah melalui ekzos. ![]() RUANG penyimpanan 150 liter pasti melegakan penungangnya. Kapasiti simpanan barangan seluas 150 liter pastinya satu kelegaan buat penggemar aktiviti kembara. Sebagai hiburan sewaktu tunggangan, sistem audio yang menyokong pelbagai format seperti MP3, WMA dan ACC turut dipasang. Pemilik boleh menyambung peranti iPod, telefon pintar iPhone dan USB pada pemain audio berkenaan. Didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih, Honda Gold Wing 2012 ditawarkan pada harga atas jalan RM174,900 seunit. | |||
| Posted: 09 Jun 2012 05:05 AM PDT ![]() TIGA jentera ini boleh memenuhi keperluan penunggang yang berbeza. HONDA memperkenalkan tiga model baharu dalam keluarga motosikal off-road bagi memenuhi keperluan penunggang yang memiliki tahap kemahiran berbeza. Model CRF450R dibina hasil pengetahuan pasukan Honda Racing (HRC) dalam Kejohanan Motocross Seluruh Jepun. Ia menggunakan kerangka baharu dan penyerap hentak KYB pada roda hadapannya. Enjin CRF450R telah ditala semua untuk mendapatkan kuasa pada putaran enjin rendah dan lebih mudah dikendalikan. Model CRF250R pula ditambah baik dari segi prestasi enjin dan suspensinya. Kuasa enjin model itu didakwa memberi maklum balas yang lebih pantas. Sementara CRF110F ialah motosikal baharu yang disasarkan kepada pengguna berusia di antara lapan hingga 11 tahun. Ia menampilkan enjin baharu, penghidup elektrik dan menjadi model terbaik buat pelumba muda untuk memahirkan diri sebelum menyertai pertandingan motocross yang lebih serius. | |||
| Pementasan riang berlatar kota London Posted: 09 Jun 2012 05:01 AM PDT
BIASANYA, tepat pukul 6 petang, taman tema Sunway Lagoon di Petaling Jaya, Selangor mulai kosong memandangkan waktu operasinya yang berakhir. Namun kini, kunjungan ke taman tema di pusat beli-belah Sunway Pyramid itu akan lebih menyeronokkan dengan adanya persembahan London The Summer Musical di Amphitheater, Sunway Lagoon. Ditayangkan pada pukul 8 malam bermula awal bulan ini hingga 8 Julai depan, pengunjung pastinya mempunyai masa untuk menikmati makan malam terlebih dahulu selepas puas bermain seharian di taman tema. London The Summer Musical merupakan sebuah teater muzikal berlatarbelakangkan suasana di tengah kota London. Para penonton dapat menyaksikan paparan monumen-monumen penting bandar raya itu yang menjadi latar kisah cinta. Para pelakonnya bukan sahaja dibawa khas dari United Kingdom (UK), malah penonton dapat menyaksikan gabungan bakat-bakat dari Filipina, Malaysia, Thailand dan Indonesia berdansa di pentas teater terbuka itu.. Muzikal yang membawa penonton ke zaman 70-an, 80-an, 90-an dan sekitar tahun 2000 itu menceritakan mengenai tiga orang pramugari Amerika Syarikat (AS) bernama Cindy, Crystal dan Penny. Mereka mahu mengejar cita-cita untuk menjadi penyanyi di tengah-tengah kesibukan kota metropolis itu. Dalam pencarian tersebut, mereka menemui cinta dan menemui diri sendiri terutamanya selepas bertemu dengan tiga jejaka British iaitu Tom, Eddie dan William. Bawa identiti Menurut pengarah muzikal berkenaan, Chris Colby, watak-watak utama yang menjayakan pementasan itu adalah pilihan tepat untuk menggambarkan identiti kebudayaan London dan atmosfera musim panas berangin di kota itu. ![]() PERSEMBAHAN penuh warna-warni London The Summer Musical menampilkan latar belakang West End, London yang terkenal dengan keunikan monumen dan kesibukan kotanya. "Selain itu, bagi menepati tradisi pementasan di Sunway Lagoon, London The Summer Musical juga akan menampilkan set pentas yang hebat yang pasti menjanjikan perjalanan teater muzikal yang unik kepada penonton. "Persekitaran seperti Big Ben di London, Westminster, pondok telefon merah dan pengawal diraja British ibarat set nyata di Amphitheater," katanya selepas tayangan perdana London The Summer Musical Khamis lalu. Selain memaparkan persekitaran London, katanya, teater tersebut turut akan memaparkan mercu tanda yang terkenal di serata dunia seperti Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, New York; Picadilly Circus dan Regents Park. "Pengunjung bakal dihiburkan dengan pilihan lagu-lagu yang dipopularkan oleh drama bersiri seperti Glee, Footloose, Moulin Rouge dan Lion King," katanya lagi. Dekat dengan alam Sementara itu, Penerbit Eksekutif London The Summer Musical, Adron Leow berkata, mereka memilih Amphitheater Sunway Lagoon kerana ia adalah teater terbuka dan dekat dengan alam semula jadi. "Kami dikenali sebagai produksi yang menganjurkan acara-acara besar bertaraf dunia di Malaysia. "Dengan produksi West End seperti London The Summer Musical, kami menjadikan teater muzikal lebih dekat dengan para pencinta muzik di setiap lapisan masyarakat," jelasnya. Muzikal yang menelan belanja sebanyak RM3.8 juta itu turut mendapat tajaan Maybank, Magnum Corporation, Tourism Selangor, Malaysia Airlines dan akhbar The Sun serta ntv7 dan 8TV sebagai rakan media. Dalam pada itu, pelakon Beth Humhreys yang membawakan watak wanita utama iaitu Penny, memberitahu, cuaca panas dan lembap di Malaysia amat sesuai untuk 'memanaskan' suara dan menyanyi dengan baik. ![]() PARA pelakon utama menampilkan persembahan menghiburkan selama dua jam. "Watak yang saya bawakan adalah seorang gadis yang naif dan bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi terkenal. "Selain itu, Penny adalah seorang gadis yang suka mengembara dan melihat dunia," katanya ketika menceritakan serba sedikit tentang watak yang dibawanya. Pelakon berpengalaman Beth ialah graduan London School of Musical Theater di West End dan pernah menjayakan teater muzikal Les Miserables dengan menjayakan watak utama iaitu Cosette dan Eponine di Palace Theater, West End. Sementara itu, Sam Hallion yang membawa watak William dalam teater muzikal itu, memberitahu, personaliti wataknya ialah seorang lelaki yang berkarisma, berfikiran positif dan sentiasa gembira. "William kehilangan cintanya akibat perkara yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya, dia bertemu semula dengan Penny yang secara kebetulan terbang ke kota London ketika bertugas sebagai pramugari," ceritanya. Sam mendapat latihan di Musical Theater Academy (MTA) dan semasa latihannya tahun lalu, dia terbabit dengan Great British Musical in Concert di Criterion Theater dan menjadi suara latar untuk persembahan Julie Atherton in Concert di Apollo Theater, London. Teater muzikal London The Summer Musical ditayangkan setiap hari kecuali hari Selasa. Harga tiket adalah RM150, RM100 dan RM80 dan boleh dibeli di kaunter tiket Sunway Lagoon atau melalui AirAsiaRedTix. Untuk maklumat lanjut hubungi 03-5639 0182/0000 atau layari laman web www.sunwaylagoon.com, Facebook di www.facebook.com/sunwaylagoonMalaysia atau melalui Twitter di www.twitter.com/sunwaylagoon1. | |||
| Posted: 09 Jun 2012 05:00 AM PDT ![]() TARIKAN sejarah maritimnya dan keunikan bangunan-bangunannya menjadikan Apalachicola antara destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi oleh pelancong. SEKIRANYA anda membuka siaran televisyen di Amerika Syarikat (AS) sejak kebelakangan ini, kemungkinan besar anda akan melihat pelbagai iklan mengenai keindahan pantai, keenakan makanan laut dan wajah-wajah ceria yang bercerita mengenai Teluk Mexico. Namun, sedar atau tidak di sebalik iklan-iklan yang dilihat terselit lambang hijau milik syarikat petroleum terkemuka, BP. Pembiayaan terhadap kesemua iklan itu membuktikan kesungguhan BP untuk memulihkan semula industri pelancongan di Teluk Mexico selepas kejadian kebocoran minyak yang disifatkan terbesar dalam sejarah AS atau Deepwater Horizon 2010. Itu cerita dua tahun lalu, kini kisah tumpahan minyak telah pun berakhir, malah aktiviti pelancongan di teluk itu juga semakin rancak. Tidak dapat dipastikan berapa ramai pelancong yang teruja melihat iklan berkenaan yang dipancarkan di seluruh negara dengan tajuknya, Voices of the Gulf. Namun apa yang pasti, Teluk Mexico kembali menjadi sebutan dan destinasi pelancongan utama di AS pada tahun 2011. Seperti warga kota New York yang lain, saya pernah melawat beberapa tempat di Florida dan Orlando yang terkenal dengan tarikan taman temanya, Fort Lauderdale, South Beach serta melihat keindahan alam semula jadi di Everglades. Bagaimanapun, nama Teluk Mexico tidak pernah terlintas di minda saya, apatah lagi menjadikannya sebagai destinasi percutian. Selepas melihat iklan yang disiarkan juga saya masih ragu-ragu untuk melawat bandar yang terletak di utara Florida itu. Akhirnya ke Teluk Mexico Terkenal dengan sejarah, pesisir pantai yang memanjang sehingga ke Alabama, Teluk Mexico merupakan destinasi percutian musim panas dan musim sejuk bagi penduduk di bahagian selatan dan barat. Bagaimanapun, pengaruh iklan itu menyebabkan warga New York mula mengunjungi Redneck Riviera, yang dianggap syurga bagi peminat-peminat aktiviti pantai di AS. Saya bersama kakak akhirnya merancang percutian ke Teluk Mexico. Kami menikmati tiram segar, melihat burung, melawat tempat-tempat bersejarah dan berjemur di atas pantainya yang memutih. ![]() PELBAGAI usaha yang dilakukan dilihat telah berjaya menarik kehadiran pelancong ke Teluk Mexico. Kami melawat St. Petersburg, dan tiba di Sunshine Skyway Bridge, jambatan kabel sepanjang 6.4 kilometer yang merentangi Teluk Tampa. Di sana kami sempat melawat Dali Museum yang menyimpan pelbagai karya seni dan arca unik milik artis yang terkenal dengan keunikan misalnya, Salvador Dali. Seterusnya kami ke Tampa Ybor City, sebuah daerah kecil bersejarah yang terkenal dengan perusahaan cerut. Di sana kami menginap di 1895 Don Vicente Inn dengan kadar harga sekitar AS$139 (RM417) semalam. Dilatari seni bina bangunan lama yang memukau, hotel itu menjanjikan keselesaan dengan tilam yang empuk dan pelbagai kemudahan moden seperti akses jalur lebar internet. Dalam penjelajahan itu juga kami sempat singgah ke Apalachicola dan berkunjung ke Indian Mounds di Crystal River State Archaeological Siteke. Lokasi di kawasan berbukit yang diliputi rumput hijau itu merupakan tapak yang menyimpan pelbagai sejarah dan mitos masyarakat Indian di AS. Apalachicola juga tidak kurang menariknya. Di situ pengunjung berpeluang melawat bandar pelabuhan lama yang merupakan pelabuhan ketiga terbesar di Teluk Mexico. Terkenal dengan sejarah maritimnya dan keunikan bangunan-bangunan bersejarah, Apalachicola antara destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi oleh pelancong. Berjemur di pantai Kami menginap di Gibson Inn, sebuah hotel yang dibina pada tahun 1907 di National Register of Historic Places pada kadar AS$115 (RM345) semalam. Sepanjang berada di situ, kami berpeluang menikmati sajian terbaik seperti tiram di Indian Pass Raw Bar serta hidangan makan malam. Saya dan kakak turut membeli tiram mentah dan berpeluang memasaknya sendiri. Sedozen tiram dengan harga AS$6 atau AS$7 (RM18 hingga RM21) nyata cukup berbaloi dengan keenakan yang ditawarkan. Keterujaan untuk menerokai keindahan pantai membawa kami ke St. Andrews State Park. Berjemur di bawah cahaya matahari sambil menikmati alunan ombak di pantai yang dilatari pasir yang memutih nyata sukar diungkapkan dengan kata-kata. Kami meneruskan pengembaraan ke Pensacola, sebuah bandar pelabuhan kecil di Teluk Pensacola yang bersambung dengan Teluk Mexico. Selepas menikmati sarapan pagi di salah sebuah rangkaian restoran terkenal, Waffle House lokasi pertama yang dituju ialah Historic Pensacola Village. Mengandungi 22 bangunan bersejarah dan muzium yang dimiliki dan dikendalikan oleh University of West Florida, kunjungan ke sini membuatkan pengunjung seolah-olah kembali ke zaman silam. ![]() JIKA berkesempatan jangan lupa melawat Dali Museum yang menyimpan pelbagai karya dan arca seni milik artis terkenal, Salvador Dali. Dibuka bermula dari Selasa hingga Sabtu, pengunjung perlu membayar sebanyak AS$6 (RM18) sebelum berpeluang melawatnya. Saya diberitahu, Pensacola mempunyai sejarah panjang berusia 450 tahun bermula dari era penjajahan Sepanyol, Perancis, British dan sebelum kewujudan AS. Cuaca cerah menyambut kami sebaik tiba di Florida. Ia terkenal dengan keindahan pantai yang memukau iaitu Perdido Key State Park. Di situ, kami sempat meneroka di sekitar Gulf State Park berhampiran pelabuhan untuk melihat sekumpulan pemancing melakukan aktiviti mereka. Tidak cukup dengan itu, keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami telah menyertai sekumpulan peminat burung di Fort Morgan State Historic Site. Ia merupakan lokasi untuk melihat burung-burung yang berhijrah dari Amerika Selatan. Saya perhatikan, beberapa sukarelawan tekun menangkap burung-burung yang hinggap di atas dahan pokok, menimbang berat, mengukur sebelum melepaskannya semula. Aktiviti yang sama turut boleh dilihat pada 4 hingga 6 Oktober di bandar Fairhope, Alabama apabila ribuan burung mula berhijrah ke bahagian selatan menjelang musim sejuk nanti. Kami kemudiannya menaiki feri meninggalkan Fort Morgan merentasi Mobile Bay menuju ke Dauphin Island. Seterusnya kami menuju ke Dauphin Street, menikmati panorama di sekitar Bienville Square yang terkenal dengan reka bentuk bangunan-bangunan bersejarah dan terus menjadi identiti utama bandar itu. Jika perut berasa lapar, usah risau terdapat beberapa seleksi restoran makanan Jepun dan Itali yang boleh dikunjungi di sekitar Bicycle Shop, 651 Dauphin. Pada hari-hari terakhir lawatan, kami sempat melawat ke Bellingrath Gardens. Biarpun musim bunga camellia dan azalea telah pun berakhir, namun terdapat tarikan lain yang boleh diteroka di sekitarnya. Misalnya lawatan ke rumah agam Bellingrath yang kaya dengan pelbagai khazanah antik serta bersantai sambil menaiki bot. Kami sempat menikmati hidangan di Sonny's Real Pit Bar-B-Q yang terletak di 770 Schillinger Road South sebelum meneruskan pengembaraan melihat pelbagai bangunan kerajaan yang bersejarah di Mobile Historic Development Commission. Kakak saya meneruskan pengembaraannya ke Louisiana, Mississippi dan beberapa negeri lain. Saya pula mengambil keputusan pulang ke New York. Sesungguhnya, saya berpuas hati dan kagum dengan keindahan pantai, makanan laut dan layanan mesra sepanjang lawatan Teluk Mexico seperti yang dilihat di kaca televisyen sebelum ini. | |||
| Gaya kontemporari Hotel MH Ipoh Posted: 09 Jun 2012 04:59 AM PDT ![]() CITA rasa moden kontemporari yang diterapkan dalam rekaan dalaman dan dekorasi menjadikan Hotel MH yang terletak di tengah-tengah bandar raya Ipoh sebagai lokasi persinggahan yang tepat bagi mereka yang ingin bercuti di bandar raya bersejarah itu. Berusia tidak sampai setahun sejak pelancarannya pada akhir tahun lalu, hotel tersebut menawarkan suite istimewa seperti suite kelab kontemporari, bilik tema wanita dan bilik tema rekaan industri. MH Hotels Sdn. Bhd. sebagai syarikat pengendali, sememangnya berusaha menjadikan hotel berkenaan sebagai hotel butik korporat yang ceria, bersahaja dan fleksibel. Tetamu boleh memilih bilik yang sesuai dengan kapasiti dan bajet masing-masing. Bilik asas dalam saiz 37.2 meter persegi hingga 92.9 meter persegi dilengkapi dengan kemudahan televisyen LCD, perkhidmatan WiFi, kemudahan membuat teh dan kopi, dobi dan peti ais. Bilik keluarga amat sesuai bagi mereka yang ingin berehat bersama keluarga di Hotel MH. Bilik itu mampu menampung dua orang dewasa dan dua kanak-kanak berusia lebih 12 tahun. Suite eksekutif pula direka dengan rekaan kontemporari dengan pemandangan panorama Ipoh. Ia dilengkapi dengan bufet sarapan yang berakhir pukul 10.30 pagi. ![]() RUANG kamar yang selesa untuk seisi keluarga. Suite presiden Hotel MH, menawarkan kemewahan dan keselesaan untuk penginapan yang pastinya tidak dapat dilupakan tetamu. Lebih-lebih lagi dengan kemudahan limousin yang disediakan atas permintaan. Pengunjung pasti menyukai pelbagai rekaan dalaman atau dekorasi bilik yang pelbagai antaranya bingkai gambar bermotif bunga-bungaan atau pinggiran pantai yang menimbulkan mood kedamaian, lantai kayu berkarpet dan penataan warna dinding. Makanan laut Untuk menikmati pilihan hiburan yang ada, Hotel MH terletak dalam lingkungan 5 hingga 10 minit perjalanan sahaja untuk ke kelab-kelab atau bar di sekitar hotel. Bagi mereka yang ingin mengadakan sebarang majlis pula, grand ballroom yang terletak di tingkat lima atau bilik seminar di tingkat enam menyediakan kemudahan terkini termasuk televisyen LED terbina dalam. Sky Lounge yang terletak di aras tujuh menawarkan pelbagai minuman sejuk di samping menawarkan pemandangan langit yang indah terutamanya ketika matahari terbenam dan kehijauan kawasan pergunungan. ![]() DEKORASI moden menjadi pilihan Hotel MH. Ia adalah lokasi bersantai yang wajib dikunjungi tetamu hotel terutamanya bagi menghabiskan masa dengan teman-teman. Hotel MH sedang dalam usaha menambah pelbagai menu di Sky Lounge seperti makanan Jepun bagi memenuhi permintaan tetamu. Sarapan Inggeris penuh disediakan, malah perkhidmatan bankuet turut disajikan untuk acara seminar dan makan malam korporat. Di Unique Seafood Ipoh yang terletak di aras bawah, pengunjung boleh memilih lebih daripada 100 jenis masakan laut yang akan dimasak oleh master chef mengikut pilihan anda. Di samping itu, anda boleh mencuba pelbagai menu baharu yang mungkin belum pernah dinikmati sebelum ini. Makanan laut berkenaan diimport dari serata dunia dan dijamin segar antaranya ketam salji dan lobster dari Australia, ikan soh mei dari Sabah, geoduck dari Mexico dan sturgeon dari Rusia. | |||
| Posted: 09 Jun 2012 04:58 AM PDT
NAMA Hotel Doubletree by Hilton sememangnya tidak perlu lagi diperkenalkan kepada umum. Terletak di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang, Kuala Lumpur, hotel itu sememangnya strategik bagi pengembara bisnes dan pelancong yang mahu menikmati suasana percutian santai di tengah-tengah kota. Dibina sebagai sebahagian daripada pusat komersial bertaraf dunia, The Intermark, hotel setinggi 34 tingkat itu menyediakan 540 bilik dan suite pelbagai pilihan kepada pengunjung. Berpegang kepada prinsip memahami dan memenuhi keperluan pelanggan, hotel itu komited dalam menyediakan pelbagai produk serta perkhidmatan yang komprehensif bertaraf dunia. Sebagai salah satu daripada jenama hotel mewah dalam rangkaian Hotel Hilton di seluruh dunia, Doubletree by Hilton terkenal dengan signatur biskut cip coklat buatan tangan ketika mengalu-alukan kehadiran tetamu. Mengetengahkan konsep moden kontemporari dalam rekaan perabot dan hiasan dalamannya, hotel yang memulakan operasinya pada Ogos 2010 itu terus gah mencipta namanya sehingga terpilih sebagai pemenang anugerah Trip Advisor 2012 Travellers Choice untuk 25 hotel mewah dan terkemuka di Malaysia. Penginapan di hotel itu juga tidak lengkap sekiranya tidak mencuba pelbagai seleksi hidangan bercita rasa tempatan sehinggalah hidangan antarabangsa yang disediakan. Penggemar hidangan-hidangan popular Melayu, Cina, India, Nyonya, Kristang (Portugis Melaka) dan Iban boleh mencubanya tatkala berkunjung di Makan Kitchen yang terletak di aras 11. ![]() PELBAGAI pilihan gastronomi Malaysia menanti pengunjung di Makan Kitchen. Sementara itu, Tosca pula menawarkan hidangan tradisional Itali dan Mediterranean yang pastinya memukau selera. Sementara itu, Doubletree by Hilton baru-baru ini turut mengadakan promosi istimewa dikenali sebagai Great Getaway. Melalui promosi itu, orang ramai berpeluang menikmati diskaun bilik sebanyak 33 peratus sekiranya membuat tempahan bermula pada hari ini sehingga 23 Julai nanti. Tempahan juga boleh dilakukan dengan melayari www.kl.doubletreebyhilton.com/specials sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal sebelum tarikh penginapan. Promosi itu bagaimanapun hanya sah bagi mereka yang menginap di hotel itu bermula 20 Mei hingga 30 September tahun ini. Bagi pemegang program kesetiaan Hilton Honors, mereka berpeluang memperoleh mata dan ganjaran yang ditawarkan. Maklumat lanjut boleh layari www.doubletree.com. | |||
| Posted: 09 Jun 2012 04:56 AM PDT
SERAMAI 15 blogger masakan tempatan termasuk wakil Kosmo! diberi peluang menyediakan kek gulung Daisy dan biskut Daisy yang diadakan di Akademi Chef Liza Zainol, Batu 5, Jalan Ipoh Kuala Lumpur baru-baru ini. Sepanjang bengkel tersebut, pelbagai aksi menarik dan mencuit hati berlaku memandangkan ada dalam kalangan mereka baru pertama kali belajar membuat kek dan biskut. Begitupun, bengkel tersebut bukan sekadar untuk bersuka ria kerana Chef Liza mendedahkan peserta dengan pelbagai teknik dan petua untuk menghasilkan kek dan biskut dengan kaedah yang betul. Bengkel untuk blogger dan wakil media itu hanyalah untuk mengutip secebis pengalaman daripada debaran sebenar yang bakal dilalui oleh 120 orang peserta pada pertandingan Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012. Pertandingan yang mendapat kerjasama Kosmo!, minyak jagung Daisy keluaran Lam Soon dan Corningware serta Corelle yang bertindak sebagai rakan strategik kembali lagi pada tahun ini selepas mendapat sambutan hangat. Hadiah lumayan Menyentuh mengenai pertandingan kali ini, Chef Liza berkata, keseluruhan hadiah dan wang tunai yang ditawarkan pada cabaran ini bernilai RM65,000.
Bagi setiap kategori kek dan biskut, juara akan memenangi wang tunai RM5,000 berserta barangan Corningware dan Corelle yang bernilai RM5,000. Naib juara pula akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan barangan Corningware dan Corelle bernilai RM3,000, manakala pemenang tempat ketiga menerima wang tunai RM2,000 dan barangan Corningware dan Corelle bernilai RM2,000. Dalam pada itu, tiga penerima sagu hati akan mendapat wang tunai RM500 dan hadiah barangan Corningware serta Corelle bernilai RM500. Bagi Pengurus Besar Perwira Nadi Training Sdn. Bhd., Pang Tieh Yee, barangan yang ditaja pihaknya merupakan barangan yang bermutu tinggi malah menawarkan jaminan selama 10 tahun. ![]() Pengurus Pengiklanan Kosmo!, Stella Abdullah, wakil penaja Perwira Nadi Trading, Pang Tieh Yee, Chef Liza, Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin dan wakil penaja Lam Soon Edible Oils, Lo Wye Kan pada majlis pelancaran Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 di Kuala Lumpur. "Produk CorningWare buatan Amerika Syarikat dan ia tahan lasak, tidak mudah pecah dan boleh diguna sehingga bertahun-tahun lamanya," jelasnya lagi. Tambahnya, pemilik akan berasa bangga dengan memiliki produk set meja makan yang berjenama terkenal antarabangsa seperti CorningWare, Pyrex, Corelle dan Visions itu. Dalam pada itu, beliau berharap menerusi pertandingan itu, orang ramai dapat mengenali produk berkenaan. Bengkel peserta akhir Sama seperti tahun lalu, bengkel bersama mentor Chef Liza dengan 12 peserta yang layak ke peringkat akhir akan diadakan di Akademi Chef Liza Zainol, Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pertandingan peringkat akhir pula akan diadakan di pusat beli-belah AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 1 Julai depan. Sementara itu, Pengurus Produk Bahagian Makanan Lam Soon, Cecilia Lee berkata, pihaknya telah mencipta satu blog khas iaitu www.daisysehebatchef.my bagi memastikan para peserta mendapat maklumat terkini mengenai pertandingan berkenaan. Blog tersebut akan sentiasa dikemaskini berhubung perkembangan sehingga peringkat awal dan akhir pertandingan itu. Menurutnya, blog tersebut memberi peluang kepada pembaca blog untuk belajar resipi kek dan biskut yang terbaharu pada setiap minggu malah mereka boleh muat turun buku resipi Daisy Sehebat Chef siri satu hingga empat secara percuma. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


































0 ulasan:
Catat Ulasan