Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Nokia Lumia 610 telefon pintar mampu milik
- Dafi Sudah Sedia Terima Kontroversi Media Indonesia
- Aaron Aziz Sudah Sedia Tunaikan Haji
- Lan (Kristal) Dapat Anak Perempuan
- Risau Ayu Hilang Selepas Nurul Jadi Isteri
- Nelly Furtado Dedah Pengalaman Curi Gula-Gula
- Sheryl Crow Disahkan Hidap Tumor Otak
- Rahsia bibir besar, mungil
- Jac pikat orang Indonesia
- Anzalna mula mengorak langkah
- Versus milik Hujan
- Fenomena transit Zuhrah muncul semula 2117
- Rantai leher penyanyi Guns N' Roses dicuri
- Lebih ramai calon perempuan duduki peperiksaan di Tunisia
- Ternak lebah madu atas bumbung hotel
- Lelaki tunggang basikal setinggi rumah
- Tanggung rugi angkara khianat
- Tadah badan sambut peluru
- 4 pekerja lombong emas dicari
- Lady Gaga diharam kerana fesyen pelik
- Fesyen identiti diri
- Suara media kiri Korea Utara
- Proses sendiri sisa organik anda
- Ahli Kelab Leo pelihara bumi
- Ancaman kartun jahat Darktoons
| Nokia Lumia 610 telefon pintar mampu milik Posted: 07 Jun 2012 08:39 AM PDT KOMPAK...Nokia Lumia 610 yang menggunakan platfrom Microsoft Windows. NOKIA optimis dengan pengenalan Lumia 610 yang dijangka terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai disebabkan beberapa faktor penarik selain beroperasi di atas platform Microsoft Windows. Antaranya termasuk harga yang mampu dimiliki (RM699), lebih mesra pengguna, mudah dikendalikan menggunakan skrin peka sentuhan, reka bentuk dan pilihan warna menarik.
"Kami menyasarkannya kepada pengguna yang baru hendak beralih ke telefon pintar dan ibu bapa yang hendak membelikan telefon pintar untuk kegunaan anak mereka," katanya di Kuala Lumpur, semalam.
"Misalnya People Hub yang tentunya berkaitan dengan aplikasi rangkaian sosial seperti facebook, twitter, LinkedIn dan sebagainya yang boleh digunakan hanya dengan sekali log masuk. Begitu juga beberapa hab lain termasuk gambar, video dan lebih 80,000 aplikasi sedia dipindah turun," katanya. | |||||||
| Dafi Sudah Sedia Terima Kontroversi Media Indonesia Posted: 07 Jun 2012 08:38 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR: Penyanyi Dafi, 24, sudah bersedia untuk berhadapan dengan kontroversi daripada media Indonesia sejak mengembangkan karier seninya pada awal Januari lalu di negara itu. Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata, walaupun bimbang dengan sikap media Indonesia yang lebih ekstrem dalam mencari bahan-bahan gosip, dia menerimanya dengan hati terbuka. "Setakat ini saya buat kerja macam biasa, cuma mental saya perlu bersedia dengan lebih awal sebelum menerima tempias gosip daripada media Indonesia. "Difahamkan mereka lebih ekstrem dalam mencari bahan berita, tidak seperti di sini (Malaysia). "Apa-apa pun saya menerimanya dengan hati terbuka kerana kerjaya seorang anak seni dan kontroversi merupakan satu gabungan pakej yang perlu diambil sebelum ingin meneruskan karier seperti ini," katanya. Bagaimanapun, tambah Dafi, dia bersyukur kerana pihak media di sana menerimanya sebagai pendatang baru yang sedang membina tapak di industri hiburan negara tersebut. Dalam pada itu, Dafi turut mengakui bahawa dia sedang cuba untuk meningkatkan taraf kualitinya dalam nyanyian dan pada masa sama mengasah bakat sebagai seorang pengacara dan pelakon yang baru diceburinya itu. "Saya percaya, untuk menjadi seorang artis yang mampu bertahan lama, kita perlu meningkatkan kualiti kerja yang diceburi kerana jika tidak, lama-lama peminat akan bosan. "Begitu juga dengan saya di mana perlu meningkatkan kualiti nyanyian dan bidang- bidang lain agar peminat semakin bertambah dan kalau boleh saya mahu bertahan dalam industri hiburan ini sehingga akhir hayat, Insya-Allah," ujarnya yang bakal muncul dengan sebuah single lagu baru berjudul Bila cinta Tiada Lagi. Dafi mengikat kontrak selama setahun sebagai artis eksklusif stesen televisyen Trans Corp dan merupakan hos rancangan Selebritas Siang di Indonesia. | |||||||
| Aaron Aziz Sudah Sedia Tunaikan Haji Posted: 07 Jun 2012 08:37 AM PDT Aaron AzizPETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz sedang membuat persiapan untuk menunaikan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan ibadah Haji pada bila-bila masa sahaja selepas melalui pengalaman mengerjakan Umrah. Aaron berkata, dia sudah bersedia untuk menunaikan tanggungjawabnya itu sebagai seorang Islam namun kekangan waktu kerana jadual kerja yang padat membuatkan dia terpaksa menangguhkan perancangan itu. "Alhamdulillah saya sudah bersedia untuk melaksanakan ibadah Haji, cuma kalau boleh sebelum pergi, biarlah saya bercuti daripada kerja-kerja lakonan selama sebulan sebagai persiapan diri. "Bagaimanapun perancangan itu tidak dibuat dalam tahun ini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini Rabu. Tambah Aaron, dia merancang untuk membawa kesemua anaknya iaitu Danish Anaqi, 8, Dwi Arinna, 6, dan Dahlia Arissa, 2, serta isteri, Diyana Halik menunaikan Umrah pada awal tahun depan. "Saya baru sahaja pulang daripada menunaikan Umrah di Mekah pada 30 Mei lalu bersama isteri selama dua minggu. Aaron bersama isteri ketika mengerjakan umrah Mei lalu."Apabila pulang ke tanah air saya memeluk ketiga-tiga anak dengan erat melepaskan rindu, begitu juga dengan mereka. "Malah saya berjanji kepada anak-anak akan membawa bersama-sama menunaikan Umrah pada tahun depan, dan tak sangka mereka sangat teruja," ujarnya. Bercerita tentang pengalaman Aaron sepanjang pemergiannya menunaikan Umrah buat kali kedua, katanya dia begitu tenang dan langsung tidak memikirkan apa-apa termasuklah hal-hal kerja. "Sepanjang berada di Mekah, fikiran saya sangat tenang dan tak fikirkan apa-apa pun termasuklah anak-anak. Biasanya kalau bekerja di luar Kuala Lumpur lebih daripada seminggu sahaja, rasa rindu terhadap mereka membuak-buak. "Dalam pada itu, pengalaman yang dilaluinya juga begitu berbeza berbanding kali pertama saya tunaikan Umrah pada Julai tahun lalu. "Antaranya ialah cuacanya lebih panas berbanding tahun lepas iaitu di antara 40 hingga 50 darjah Celsius, dan Alhamdulillah ia tidak menyukarkan saya dan isteri melakukan ibadah. "Paling bermakna lagi, saya dapat mencium Hajar Aswad walaupun beribu-ribu orang berebut untuk melakukannya," tutur Aaron. Mengenai perkembangan terbaru, anak kelahiran Singapura ini masih lagi sibuk dengan penggambaran drama "Adam dan Hawa" (siaran Astro) dan kemudian, persediaan untuk filem aksi "Dampak" yang bakal memulakan penggambaran pertengahan Jun ini. | |||||||
| Lan (Kristal) Dapat Anak Perempuan Posted: 07 Jun 2012 08:37 AM PDT Shella dan Lan bahagia dengan kehadiran anak kedua mereka. Foto daripada ohartis.comPETALING JAYA: Vokalis kumpulan Kristal, Lan mendapat anak perempuan selepas isterinya, Nur Sheila Hassim, selamat bersalin di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju, dekat sini kira-kira pukul 5.29 petang, Rabu. Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof berkata, anak keduanya yang diberikan nama Nur Amna Qeesyara itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram. "Walaupun ia adalah anak kedua saya, perasaan berdebar tetap ada lebih-lebih lagi dua minggu sebelum bersalin kandungan isteri menjadi songsang. "Saya risau apabila doktor kata Sheila mungkin perlu dibedah, bagaimanapun dia diberi rehat secukupnya dua hari sebelum bersalin dan syukurlah kandungannya normal," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu. Nur Amna QeesyaraTambah Lan, dia mungkin akan mengadakan kenduri doa selamat, namun perancangan itu masih lagi belum dibincangkan dengan isteri dan keluarga. "Saya belum fikir apa-apa lagi, cuma yang penting isteri dan anak selamat. "Isteri saya juga akan menjalani proses berpantang mengikut cara tradisional di rumah kami di Puchong dengan bantuan ibunya," ujar Lan. Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2009 dan memiliki seorang anak perempuan bernama Nur Amna Qaleesya yang kini berusia setahun 10 bulan. | |||||||
| Risau Ayu Hilang Selepas Nurul Jadi Isteri Posted: 07 Jun 2012 08:36 AM PDT Ayu Nazirah (tengah) di samping ibunya penyanyi Nurul Wahab dan bapa tiri Eric Depp pada majlis pernikahan mereka di Duchess Place di sini, Rabu.KUALA LUMPUR: Anak tunggal kepada penyanyi Nurul Wahab iaitu Ayu Nazirah melahirkan perasaan gembira terhadap perkahwinan kedua ibunya dengan lelaki berbangsa Perancis, Eric Daniel Depp yang berlangsung pada Rabu. Menurut remaja berusia 14 tahun ini, dia berasa teruja dan bersyukur apabila mendapat tahu hasrat ibunya untuk berumah tangga semula kerana ia tidak membuatkan ibunya berasa sunyi. "Saya langsung tidak risau jika mama berkahwin lain. Malah, saya sangat teruja dan gembira sehingga sukar diungkapkan dengan kata-kata. "Saya bersekolah di asrama penuh jadi saya risau setiap kali berjauhan dengan ibu dia akan berseorangan. Kini saya berasa senang untuk lepaskan mama kepada lelaki yang saya percayai," katanya ketika ditemui mStar Online di sini, Rabu. Ditanya mengenai bapa tirinya itu, Ayu berkata sikap penyayang duda berusia 47 tahun itu membuatkan mereka mudah serasi. "Saya sudah anggap daddy seperti bapa sendiri dan tidak rasa seperti bapa tiri. Dia seorang yang penyayang dan bijak mengimbangi kasihnya kepada mama dan saya," katanya yang sedang giat mempelajari kursus bahasa Perancis sebagai bahasa ketiganya. Ketika diusik adakah dia akan mengikuti ibu bapanya itu sekiranya mereka berhasrat untuk berpindah ke Bali, Indonesia kelak seperti yang diumumkan dalam ucapan perkahwinan tersebut, Ayu tidak keberatan untuk turut serta. "Saya tiada masalah jika mereka (ibu bapa) berpindah ke Bali, Indonesia. Malah, saya memang memasang impian untuk mengembara dan belajar perkara-perkara baru dalam kehidupan," kata pelajar Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor ini. Ayu adalah anak tunggal hasil perkahwinan Nurul dan bekas suami iaitu komposer Mohd Faizal Maas (Ajai). Pasangan yang berkahwin pada 25 Disember 1996 itu bercerai selepas 11 tahun hidup bersama. | |||||||
| Nelly Furtado Dedah Pengalaman Curi Gula-Gula Posted: 07 Jun 2012 08:35 AM PDT Nelly Furtado. PENYANYI Nelly Furtado mendedahkan dirinya gemar mencuri gula-gula semasa zaman remaja bersama teman-teman yaNg nakal ketika itu. Nelly berkata, perbuatan itu dilakukan hampir setiap hari selepas waktu sekolah di kawasan rumahnya di Victoria, British Columbia, Kanada. "Mendengar lagu "Parking Lot" benar-benar mengingatkan saya mengenai masa lalu iaitu ketika berusia 14 tahun kami sering berkumpul di sebuah kedai untuk mencuri gula-gula. "Apabila dikenangkan kembali perbuatan itu sangat menyedihkan," ujarnya. Bagaimanapun kata Nelly, dia tidak pernah terlibat dalam jenayah yang berat semasa zaman remajanya dan hanya berani mencuri gula-gula sahaja. | |||||||
| Sheryl Crow Disahkan Hidap Tumor Otak Posted: 07 Jun 2012 08:34 AM PDT Shreyl Crow menghidap tumor otak peringkat awal. PENYANYI Sheryl Crow baru-baru ini telah membuatkan para peminatnya tercengang kerana gagal menghafal lirik lagunya sendiri. Risau dengan keadaan tersebut, Crow telah menjalani pemeriksaan dan memberitahu doktor mengesahkan dirinya menderita sejenis tumor otak yang dipanggil Meningioma. Crow membuat pendedahan itu pada Isnin lalu. "Saya bimbang dengan kelemahan memori saya sejak akhir-akhir ini dan selepas membuat pemeriksaan doktor mendapati saya mengalami tumor otak. "Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan diri saya dan benar apa yang saya fikirkan," katanya. Bagaimanapun kata Crow, dia bernasib baik kerana tumor itu masih di peringkat awal dan boleh dirawat. | |||||||
| Posted: 07 Jun 2012 08:32 AM PDT WAJAH BERTENAGA...dari kiri, Ping, Elfira dan Christina pada majlis memperkenalkan duta jenama terbabit baru-baru ini. KUASA solekan dapat mengubah wajah seseorang daripada pucat dan tidak sekata kepada penampilan bertenaga serta meyakinkan. Malah jika bijak menggunakan kemahiran dan gabungan warna mengikut jenis kulit yang betul, wajah juga bertukar menjadi lebih sempurna. Menurut jurusolek artis, Stevensunny, solekan harus dimulakan pada bahagian wajah menggunakan bedak asas bagi meratakan ton kulit di kawasan itu.
Bagi menambah kecantikan, solekan di bahagian mata penting untuk memastikan komunikasi yang baik melalui pandangan. Solekan pada mata boleh digabung dengan penggaris mata pensel dan gel bagi memastikan ia kekal lebih lama serta kalis air. Jika inginkan mata kelihatan tajam dan menampilkan kesan tiga dimensi (3D), gunakan penggaris mata berwarna putih. Caranya, hanya calit sedikit di bahagian garisan bawah mata selepas sapuan penggaris mata berwarna hitam selesai dilakukan. Jelasnya, bagi memastikan solekan pada garisan mata tahan lebih lama atau diperkemas semula, calit sedikit pembayang mata warna sama dengan celak menggunakan putik kapas. Selain itu, untuk mata tampak lebih tajam dan menimbulkan kesan 3D di kawasan itu, berikan tumpuan pada hujung mata dengan sapuan ke atas menggunakan pembayang mata berwarna putih. Tidak hanya memberi tumpuan pada mata, solekan bibir juga harus diambil perhatian untuk mereka yang gemarkan wajah tampil semula jadi. "Solekan pada bibir memainkan peranan penting bagi menyerlahkan penampilan. Jika dulu, ramai yang gemar menggunakan pengilat bibir terlebih dulu dan selepas itu mengenakan gincu. "Namun, cara terbaru adalah dengan mencalit gincu terlebih dulu, kemudian barulah gunakan pengilat bibir bagi menimbulkan kesan lebih menarik. "Bagi mereka yang inginkan bibir tampak besar dan mungil, setelah mengenakan gincu, sapu pengilat bibir di bahagian garisan saja bukan keseluruhan bibir untuk memberi impak seperti diinginkan," katanya yang menggunakan barangan terbaru daripada jenama Maybelline New York untuk disapu pada wajah manis pelakon remaja, Elfira Loy. Walaupun tangannya pantas melengkapkan solekan terakhir, Stevensunny sempat memberikan tip kepada pembaca termasuk fungsi lain bedak asas sebagai penanggal kotoran. Jelasnya, bedak asas jenis cecair boleh digunakan untuk menanggalkan kekotoran pada wajah ketika menyiapkan solekan, maskara atau penggaris mata bersifat gel yang terkena pada pipi, hidung dan dagu. Caranya, hanya sapu sedikit bedak asas pada bahagian comot dan ratakan menggunakan span bersesuaian bagi membersihkan kotoran. Bagi mereka yang ingin mencuba solekan untuk menampilkan wajah semula jadi, ikuti langkah mudah ditunjukkan oleh Stevensunny. Baru-baru ini, Elfira dipilih sebagai jurucakap jenama terkini Maybelline New York. Hadir sama pada majlis pelantikan berkenaan, Pengurus Produk Kumpulan Maybelline New York, Ping Fong dan Pengarah Pemasaran Maybelline New York, Christina Low. | |||||||
| Posted: 07 Jun 2012 08:31 AM PDT Jac BUKAN pertama kali Jaclyn Victor diundang ke Indonesian Idol, namun kemunculan pada program realiti di negara jiran buat kali kedua 25 Mei lalu mengundang reaksi 'wow' peminat seberang yang terpegun menyaksikan kehebatannya beraksi. Biar pujian melambung dihadiahkan, belum ditambah populariti mendadak diraih terutama melihatkan pertambahan bilangan pengikutnya di Twitter, juara Malaysian Idol pertama itu tetap merendah diri selain mengakui segala-galanya disebabkan kepercayaan yang diberikan Ahmad Dhani. "Saya anggap ini sebagai permulaan untuk menembusi Indonesia. Mungkin kedatangan pada 2008 dulu penonton di sana kurang perasan kerana saya masih baru, tetapi kali ini saya sudah bersedia mental dan fizikal sebaik ditawarkan menjadi juri menggantikan Agnes Monica serta mengadakan persembahan, dua bulan lalu. "Terima kasih kepada Ahmad Dhani yang melihat kemampuan saya sejak Mania lagi, begitu juga pengikut muzik di sana yang menerima persembahan ini. Sokongan mereka menjadi pembakar semangat. "Maknanya saya tidak boleh sekadar berpeluk tubuh atau mengharapkan keajaiban berlaku kerana semuanya bertitik tolak daripada diri sendiri," katanya yang pulang ke Kuala Lumpur pada 27 Mei, selepas lima hari di Jakarta. Lebih manis, Jaclyn atau mesra disapa Jac turut dijemput komposer dan pengasas kumpulan Dewa itu menyertai program Love, Life & Music - Ahmad Dhani membawakan dua lagu secara langsung di depan penonton. Istimewanya, pada tarikh sama, vokalis Dewa itu meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya bersama peminat serta dua puteranya yang dirakamkan untuk program bual bicara berkenaan. "Saya bertuah dan bersyukur dapat peluang sebegini. Sebenarnya di sana kami juga dijemput singgah ke kediamannya. Banyak yang dikongsi malah dari situ saya melihat sisi lain Ahmad Dhani yang selama ini kita nampak kekar dengan imej rock dan keras. "Secara lahiriah dia seorang yang cukup berpengetahuan dalam bidang muzik dan di sebalik imej rock, dia penggemar jazz tegar selain sempat memperdengarkan lagu kegemarannya kepada kami. "Sepanjang lima hari di Jakarta jadual saya cukup padat tetapi saya sangat seronok. Macam persembahan untuk Indonesian Idol, hanya selepas sampai baru saya berlatih dengan Afgan, begitu juga penampilan di Love, Life & Music di mana saya menyampaikan Granade," katanya lagi yang begitu teruja berkongsi pengalaman. Menyentuh mengenai perancangan Ahmad Dhani ingin melamarnya bagi projek album nyanyian duet bersama penyanyi Indonesia dan Malaysia, yang turut menyaksikan pembabitan Stacy, Hafiz serta Shila Amzah, akui Jac perkara itu masih dalam perbincangan. Katanya, lebih manis jika perkara berhubung pembabitannya dalam projek itu diserahkan kepada wakil syarikat pengurusannya memandangkan ia masih pada peringkat awal. Antara lain, Jac turut terbabit dalam penerbitan lagu tema filem terbitan KRU Studios, 29 Februari berjudul Jagalah Diri ciptaan Edry Abdul Halim. | |||||||
| Posted: 07 Jun 2012 08:30 AM PDT
SEBAGAI pendatang baharu dalam dunia lakonan tempatan, tidak sukar buat pelakon Anzalna Nasir untuk menerima banyak tawaran lakonan. Apatah lagi dengan memiliki raut wajah yang jelita, pastinya dia mampu menjadi rebutan penerbit atau pengarah untuk memegang peranan utama dalam sesebuah drama. Bagaimanapun, pelakon tersebut seakan-akan tenggelam dan kerap kali dibayangi rakan seangkatan yang lain dalam bidang seni seperti Neelofa dan Izara Aishah. Bermula pada tahun ini, barulah kehadiran pelakon itu mula disedari ramai. Mengakui namanya agak kurang dikenali sebelum ini, Anzalna menafikan ia berlaku kerana dibayangi kedua-dua orang rakannya itu yang terlebih dahulu dikenali ramai. Sebaliknya, ia berpunca daripada watak yang selalu dibawanya dalam beberapa drama lakonannya sebelum ini. "Saya akui selama ini saya jarang mengambil tawaran berlakon yang memerlukan saya membawakan watak utama, biarpun tawaran sebegitu memang banyak saya terima. Ketika awal kemunculan saya dahulu dalam bidang ini, saya lebih gemar membawakan watak pembantu atau antagonis. "Mungkin itu yang menyebabkan penglibatan saya dalam dunia lakonan kurang disedari ramai. Namun, dengan segala pengalaman yang diperoleh sepanjang hampir setahun bergelar pelakon, kini saya sudah bersedia sekiranya ditawarkan memegang watak utama," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Indera Joned baru-baru ini. Ketika ditanya apa yang menyebabkan dia bersedia untuk memegang watak utama, pelakon yang berasal dari Kuala Lumpur itu menjelaskan kini dia sudah mempunyai keyakinan yang cukup tinggi berbanding ketika mula-mula bergelar pelakon dahulu. Ujarnya, sebelum ini dia tidak mempunyai tahap keyakinan yang cukup tinggi dan pengalaman yang cukup luas untuk menerima tawaran memegang watak utama serta tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak terutama sekali penerbit atau pengarah. "Saya percaya tanpa adanya keyakinan pasti saya tidak mampu untuk memberikan yang terbaik. Jadi, langkah paling tepat yang saya lakukan adalah dengan menerima watak pembantu sahaja terlebih dahulu bagi menimba seberapa banyak pengalaman dalam bidang ini. "Berbekalkan pengalaman yang diperoleh sepanjang bergelar pelakon selama hampir setahun, kini saya mula mendapat keyakinan dan sudah tiba masanya untuk berhadapan dengan cabaran yang lebih besar lagi agar kerjaya lakonan saya semakin berkembang," ujarnya. Sebagai langkah permulaan, pelakon berkenaan berkata dia bersetuju menerima tawaran untuk memegang watak utama dalam drama bersiri Indera Joned yang sudah mula bersiaran sejak 21 Mei lalu pada pukul 9 malam setiap hari Isnin di TV3.
Menurut Anzalna, dalam drama tersebut dia memegang watak utama sebagai Dr. Sara, seorang pensyarah yang sering melakukan kajian terhadap artifak lama dan mengakui watak yang dibawakan itu agak berbeza dengan drama lakonannya sebelum ini. "Pada mulanya saya agak berbelah bahagi sama ada mahu menerima atau menolak tawaran untuk berlakon dalam drama ini, tetapi apabila difikirkan kembali sampai bila saya perlu tolak setiap tawaran yang menawarkan saya memegang watak utama. "Bagaimanapun, saya tetap bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan oleh pengarah, Fairuz Loy untuk membawakan peranan sebagai Dr. Sara. Sekarang ini perasaan saya memang cukup berdebar untuk menunggu reaksi daripada penonton terhadap drama ini," ujarnya. Selain Anzalna, drama pengembaraan 'Indiana Jones' versi komedi itu menampilkan pelakon-pelakon seperti Aiman Hakim Redza (Epul), Puteri Sarah (Rina), Hairul Azreen (Aiman), Syazwan Zulkifli (Izzi), Qushairi Razali (Jaafar Ringgo) dan Idris Md. Diah (Prof. Dr. Azli). Drama bersiri 13 episod terbitan Grand Brilliance itu mengisahkan tentang Epul yang mendapat kuasa aneh apabila terjumpa gelang kepunyaan Indera Joned, seorang legenda yang cukup terkenal kerana mempertahankan harta berharga daripada dirampas oleh Bintara Hitam dan rakan-rakannya. Tayang kekasih Ketika ini pastinya sudah ramai peminat yang tahu bahawa hati Anzalna kini sudah menjadi milik seorang jejaka yang dikenali sebagai Mohamad Hanif Mohamad Zaki. Hampir setahun bercinta, pelakon berkenaan mengakui sedang melalui fasa bahagia bersama kekasihnya. Namun begitu, tindakannya yang gemar menayangkan kekasihnya sama ada melalui laman sosial Twitter miliknya, tampil bersama dalam majlis-majlis tertentu dan terbaharu menerusi majalah Mangga edisi Mac lalu ternyata telah menimbulkan persepsi negatif segelintir pihak. "Apa salahnya kalau saya bertindak menayangkan kekasih kepada khalayak, sekurang-kurangnya saya tidak perlu berselindung atau menyembunyikan status diri. Lagipun apa yang saya lakukan ini tidak menyakiti hati mana-mana pihak. ![]() BARISAN pelakon drama bersiri Indera Joned (dari kiri) Hairul Azreen, Anzalna, Aiman Hakim, Syazwan Zulkifli, Puteri Sarah dan Qi Razali. "Sejujurnya, saya bukan individu yang memiliki ramai kawan dan Hanif juga merupakan teman saya yang paling rapat. Jadi, dia yang kerap berada di sisi saya ke mana-mana sahaja termasuk menemani saya apabila diundang ke sesebuah majlis," jelasnya. Tegas pelakon yang semakin dikenali ramai menerusi drama Mahabbah itu lagi, perkara mengenai menayang kekasih sewajarnya tidak menjadi isu yang terlalu besar, asalkan dia dan kekasihnya tidak membuat sebarang kesalahan atau melanggar batas. "Tidak semestinya setiap masa dia perlu bersama saya kerana kalau ada masa terluang saya juga akan berkumpul bersama ahli keluarga," ujarnya lagi. Biarpun kekasihnya itu masih berasa selesa menjalinkan hubungan cinta dengan artis seperti dirinya, tetapi Anzalna memberitahu kekasihnya tetap risau apabila ada cakap-cakap belakang yang mengatakan dia sekadar mahu menumpang populariti apabila bercinta dengan seorang pelakon. "Mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga pula, kami belum pernah berbincang hal itu. Saya memang meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 26 tahun, namun itu semua bergantung kepada keadaan dan Hanif sendiri pun tidak kisah," jelasnya. | |||||||
| Posted: 07 Jun 2012 08:29 AM PDT ![]() MENJADI juara sulung Versus, Hujan membawa pulang RM200,000 dan mereka mahu menggunakan duit tersebut untuk melebarkan bisnes Hujan. HUJAN menjadi juara sulung program realiti Versus. Ia bukan satu kejutan, malah satu keputusan yang tepat telah dibuat oleh para pengundi untuk menobatkan band tersebut sebagai juara. Program tersebut sekali gus menjadi kayu ukur buat populariti Hujan yang pernah dibenci oleh segelintir peminat pada awal kemunculan mereka, dan kredibiliti sebuah band tempatan yang bukan picisan. Seperti mana yang diberitahu oleh mereka saban minggu bahawa Hujan mahu khalayak melihat sisi lain dan keupayaan mereka bermain dengan kreativiti, disiplin dan memahami dengan baik konsep pertempuran Versus. Bukan ingin menafikan kredibiliti empat band lain. Siapa yang boleh menyangkal tentang betapa maju dan kreatif karya hasil band Go Gerila! atau Black & Parallax yang memang memberi persembahan luar biasa setiap minggu. Begitu juga 6itxh Sense dan Sofazr yang tidak gentar bersaing menghasilkan karya terbaik pada setiap minggu. ![]() BLACK & PARALLAX disarankan agar membentuk terus band tersebut kerana mereka mempunyai kualiti yang baik untuk dihidangkan kepada peminat muzik tempatan. Namun untuk Hujan, sejak minggu pertama pertempuran, mereka telah melanggar semua kubu pertahanan empat band lain dengan rakus. Setiap minggu, karya yang dihasilkan tidak pernah sama, namun jauh sekali meninggalkan identiti Hujan sendiri. Mereka terbang bebas dengan kreativiti yang tidak bersempadan. Malah pada malam final, menerusi sedutan temu bual yang dipaparkan, Noh dan teman band lain tidak berhenti menyeru peminat mereka yang digelar sebagai Raingers agak tidak lalai dan terus mengundi mereka untuk muncul juara. Di atas pentas setiap kali selepas membuat persembahan juga, Noh tidak segan silu menyuruh Raingers mengundi mereka. Mereka tampak benar-benar ingin menang. "Kami memang ingin menang dan tak sangka kami betul-betul menang," ujar Noh dalam sidang akhbar yang diadakan sejurus tamat final Versus yang berlangsung di U8, Shah Alam, Selangor. Hujan membawa pulang RM200,000 hasil persembahan mantap serta kreatif mereka untuk lagu Dan Bila Esok dan Lamunan Terhenti (pusingan medley mash-up), sebuah lagu baharu Ke Arah Selatan dan lagu battle, Pawana. ![]() 6IXTH SENSE turut memberi saingan dengan membuat persembahan terbaik mereka. Dengan duit kemenangan tersebut, mereka mahu gunakan ia untuk melebarkan bisnes, memperkemas studio rakaman dan memberi sama rata kepada setiap ahli yang telah bertungkus-lumus memerah otak untuk menjadikan impian mereka muncul juara terlaksana. Sementara itu, pada malam final tersebut, Black & Parallax membawa lagu Merisik Khabar dan Sekadar Di Pinggiran, serta sebuah lagu baharu berjudul Aku Versus Kamu, Go Gerila! dengan lagu Biso Bonar dan Curiga serta lagu baharu yang diberi judul Hadiah, Sofazr mempertaruhkan Basikal dan Inilah Nasibku bersama lagu baharu mereka, Berakhir dan 6ixth Sense dengan lagu Warisan dan Fiona serta lagu baharu berjudul Hossi. Lima buah band yang bertanding telah menunjukkan keupayaan mereka, malah dalam masa sama, sewaktu bertempur, semua 'senjata' telah dikeluarkan demi membuktikan kredibiliti. Biar tewas, namun secara tidak langsung, setiap band telah berjaya mengutip banyak pelajaran untuk memantapkan kualiti mereka sebagai sebuah band yang padu. | |||||||
| Fenomena transit Zuhrah muncul semula 2117 Posted: 07 Jun 2012 08:29 AM PDT
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Penduduk di seluruh dunia memandang ke langit pada waktu siang kelmarin dan awal petang semalam di Asia untuk melihat transit Zuhrah. Keajaiban alam tersebut berikutnya hanya akan berlaku dalam tempoh 105 tahun akan datang. Transit Zuhrah terjadi apabila planet berkenaan melintasi di antara Bumi dan Matahari. Penduduk Bumi dapat melihat planet berkenaan sebagai satu bintik hitam kecil pada permukaan matahari. "Jika anda dapat melihat tahi lalat pada wajah model antarabangsa Cindy Crawford, anda pasti akan dapat melihat transit Zuhrah," kata seorang ahli Persatuan Astronomi Los Angeles, Van Webster. Transit berkenaan berlaku selama 6 jam 40 minit bermula selepas pukul 6 petang di AS. Mereka yang berada di Amerika Utara dan Tengah akan dapat melihat keseluruhan fenomena itu manakala penduduk di barat Asia, timur Afrika dan sebahagian besar Eropah pula akan dapat menyaksikan penghujung transit Zuhrah apabila matahari terbit. Di Hawaii, Alaska, timur Australia dan Asia termasuk Jepun, Semenanjung Korea dan timur China, orang ramai dapat memerhatikan keseluruhan transit Zuhrah kerana fenomena itu berlaku pada siang hari. Mereka yang tidak memiliki teleskop bersama penapis khas memilih untuk menyaksikan fenomena itu di laman web Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA). Laman web tersebut mencatat hampir 2 juta penonton kelmarin dengan sekitar 90,000 orang melayarinya pada sesuatu masa. Di bandar raya ini, kali terakhir transit Zuhrah berlaku adalah 130 tahun lalu pada 1882. "Saya berasa sangat seronok. Ini satu pengalaman yang kami tidak akan lupakan seumur hidup kami," kata seorang jurutera perisian berusia 32 tahun, Bo Tan. Dia dan beberapa rakan sekerjanya mengambil cuti separuh hari untuk memerhatikan keganjilan alam tersebut. Namun, orang awam yang mahu melihat transit Zuhrah dinasihatkan supaya memakai kaca mata khas atau teleskop dilengkapi penapis cahaya. Ini kerana perbuatan memandang pada tempoh yang lama ke arah matahari akan merosakkan retina mata. Ketika gerhana matahari berlaku pada 1970, sebanyak 145 kes retina rosak dilaporkan di AS akibat perbuatan memandang ke arah bintang tersebut tanpa sebarang peralatan keselamatan. Transit Zuhrah berikutnya hanya akan berlaku pada tahun 2117. | |||||||
| Rantai leher penyanyi Guns N' Roses dicuri Posted: 07 Jun 2012 08:28 AM PDT ![]() PENYANYI kumpulan rock Guns N' Roses, Axl Rose (kanan) beraksi pada konsert di Rotterdam pada Isnin lalu. PARIS - Sekumpulan pencuri melarikan seutas rantai emas dan berlian milik penyanyi kumpulan rock legenda Guns N' Roses, Axl Rose yang bernilai AS$200,000 (RM639,700). Seorang jurucakap polis memberitahu semalam bahawa kejadian tersebut berlaku ketika Rose mengadakan konsert peribadi di sini. Kecurian pada malam kelmarin mencetuskan kemarahan penyanyi berusia 50 tahun dengan polis terpaksa dipanggil untuk menenangkan keadaan. Rose mengadakan persembahan peribadi yang dihadiri kira-kira 100 penonton selepas beraksi di sebuah konsert di Stadium Bercy. Dia merupakan satu-satunya anggota asal kumpulan rock tersebut yang diasaskan di Los Angeles pada 1985. Guns N' Roses terkenal dengan beberapa lagu seperti November Rain, Patience dan Sweet Child o' Mine. | |||||||
| Lebih ramai calon perempuan duduki peperiksaan di Tunisia Posted: 07 Jun 2012 08:28 AM PDT ![]() PELAJAR Tunisia menduduki peperiksaan lulusan sekolah tinggi di Tunis kelmarin. TUNIS - Sekitar 129 000, 181 pelajar menduduki peperiksaan sekolah tinggi atau baccalaureat di Tunisia kelmarin. Pelajar cemerlang dalam peperiksaan tersebut akan mendapat tempat di universiti awam di negara berkenaan. Pada tahun ini, bilangan calon perempuan yang menduduki peperiksaan penting tersebut adalah 57.06 peratus berbanding 42 peratus pelajar lelaki. Peperiksaan kali ini turut menyaksikan permohonan oleh seorang calon warga emas berusia 64 tahun dan lima pelajar yang sedang menjalani hukuman penjara. Peperiksaan akhir itu akan tamat pada 13 Jun ini manakala keputusan akan diumumkan 10 hari kemudian. | |||||||
| Ternak lebah madu atas bumbung hotel Posted: 07 Jun 2012 08:27 AM PDT ![]() CHEF Waldorf Astoria, Josh Bierman memeriksa lebah madu yang diternak di atas bumbung hotel berkenaan kelmarin. NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah hotel mewah menternak lebih 20,000 ekor lebah madu di atas bumbung bangunan berkenaan di sini. Waldorf-Astoria yang merupakan hotel pilihan pemimpin AS dan luar negara, merancang untuk menghasilkan madu lebah sendiri di samping membantu mendebungakan pokok di sekitar kota metropolitan tersebut. "Lebah ini terbang ke arah taman awam Central Park di sini," kata kakitangan Waldorf yang ditugaskan menjaga ternakan lebah tersebut, Andrew Cote. "Serangga ini membawa pulang nektar, air dan debunga ke sarang di tingkat atas bangunan ini," tambahnya. Menurut Cote, inisiatif tersebut dapat membantu rancangan pihak dewan bandar raya di sini untuk menanam 1 juta pokok menjelang 2022. Bilangan lebah yang diternak di atas bumbung hotel 20 tingkat itu dijangka bertambah hingga 300,000 ekor pada musim panas tahun ini. | |||||||
| Lelaki tunggang basikal setinggi rumah Posted: 07 Jun 2012 08:26 AM PDT ![]() FELIX GUIROLA melambai tangan semasa menunggang basikal setinggi 3.45 meter di Havana pada 18 Mei lalu. HAVANA, Cuba - Seorang lelaki, Felix Guirola menarik perhatian orang ramai setiap kali dia menunggang basikalnya di jalan raya di sini. Guirola menunggang sebuah basikal setinggi 4 meter yang lebih tinggi daripada kebanyakan kenderaan lain termasuk lori dan bas. Dia menunggang basikal buatan sendiri yang hampir menyamai ketinggian rumah dua tingkat itu tanpa memakai topi keledar. "Saya berasa seronok berada di tempat tinggi. Saya tidak mual atau pening," kata lelaki berusia 48 tahun itu. "Kedudukan tinggi membolehkan saya melihat pemandangan dengan lebih baik. Saya juga berasa lebih relaks," tambahnya. Guirola menunggang basikal tinggi sejak 1983. Menurutnya, basikal tinggi pertama yang dibina olehnya memiliki ketinggian 1.6 meter (m) dengan dia pernah menunggang sebuah basikal setinggi 5.5 m. Seorang wakil Guinness World Records memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa badan tersebut mengiktiraf sebuah basikal setinggi in 5.55 m sebagai basikal boleh tunggang tertinggi di dunia. Kenderaan dua roda tersebut ditunggang oleh warga Kanada, Terry Goertzen pada 2004. | |||||||
| Posted: 07 Jun 2012 08:26 AM PDT ![]() BEBERAPA penduduk melihat enam motosikal yang hangus disyaki angkara khianat dalam kejadian di Desa Petaling, Cheras, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Belum dapat dipastikan puncanya tetapi beberapa penduduk di Apartmen Seri Puteri di Desa Petaling, Cheras di sini percaya mereka menjadi mangsa khianat apabila mengalami kerugian teruk selepas enam buah motosikal yang diletakkan di tempat letak kereta premis itu hangus semalam. Rata-rata mereka yang masih tidur ketika kejadian pukul 3.30 pagi itu berlaku mengaku terkejut dan geram dengan insiden tersebut. Mereka percaya kesemua motosikal terbabit tidak terbakar dengan sendirinya tetapi angkara perbuatan khianat pihak tertentu. Dakwaan tersebut nyata berasas apabila terdapat sebuah kereta jenis Proton Wira turut mengalami kerosakan kecil akibat terkena tempias api, manakala keempat-empat tayar sebuah teksi yang diletakkan di kawasan sama pula ditoreh. | |||||||
| Posted: 07 Jun 2012 08:25 AM PDT ![]() PAUL yang cedera selepas terkena lima das tembakan dikejarkan ke hospital dalam rompakan didalangi lelaki bertopeng di Johor Bahru kelmarin. JOHOR BAHRU – Ibarat lilin yang membakar diri untuk kesenangan orang lain, seorang pengawal keselamatan lebih rela membiarkan dirinya ditembak sebanyak lima das oleh perompak daripada dia membalas tembakan menggunakan selaras pump gun yang mungkin membahayakan nyawa orang ramai. Keberanian dan kemurnian hati R. Paul, 50, berbaloi apabila dia hanya cedera walaupun terkena tembakan di perut, belakang leher, tangan kiri, paha kanan dan pinggang dalam kejadian pukul 8 malam di hadapan kompleks beli-belah Holiday Plaza di sini kelmarin. Mengimbau semula kejadian itu, Paul yang masih boleh berbicara walaupun cedera ditembak memberitahu, rompakan tersebut berlaku sangat pantas ketika dia yang sedang mengiringi seorang pemilik kedai pengurup wang ke keretanya, didatangi tiga perompak bertopeng dan bersenjatakan pistol. Katanya, sebelum ditembak, dia menyedari kedatangan perompak terbabit tetapi tidak sanggup untuk melepaskan tembakan dari pump gun yang dibawa kerana bimbang pelurunya akan mengenai orang ramai. Peluru senjata sebesar ibu jari kaki lelaki dewasa itu akan bertaburan jika dibedil. "Ketika itu terdapat seorang wanita dan kanak-kanak yang berada kira-kira 50 meter dari saya. Saya bimbang mereka akan ditimpa bahaya jika saya menarik picu pump gun. "Saya lari ke arah wanita tersebut dan menjerit agar mereka lari menyelamatkan diri tetapi tanpa saya sedari, saya terkena satu das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter," ceritanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah di sini semalam. | |||||||
| Posted: 07 Jun 2012 08:23 AM PDT ![]() KUANTAN – Polis mencari empat lelaki bagi membantu siasatan kecurian emas di sebuah syarikat lombong emas di Kuala Lipis pada Mac lalu. Keempat-empat lelaki yang merupakan kakitangan syarikat berkenaan ialah Arman Shah Mohammad Yusof, 44, Abd. Mutalib Ahmad, 49, Mohamed Esan Latiff, 37, dan Zahari Ahmad, 51. Pegawai Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, pengurus syarikat itu membuat laporan polis mengenai kecurian tersebut pada 15 Mac lalu dan berikutan itu tujuh suspek telah ditahan. "Kesemua 11 suspek dikatakan mencuri emas itu sejak November 2010 dan hanya disedari pada bulan Mac tahun ini. "Mereka dipercayai mencurinya sedikit-sedikit sehingga sukar untuk dikesan," katanya kepada pemberita di sini semalam. | |||||||
| Lady Gaga diharam kerana fesyen pelik Posted: 07 Jun 2012 08:23 AM PDT
LADY GAGA nama yang tidak perlu diperkenalkan bukan sahaja di Amerika Syarikat, namun di seluruh pelusuk dunia. Pada awal kemunculannya, nama Lady Gaga sepantas kilat terus menjadi fenomena dan sebutan dalam kalangan peminat muzik global. Sejak mula menjelmakan diri dalam persada seni, Lady Gaga atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Angelina Germanotta sudah pun menampilkan fesyen yang sangat provokatif dan eksentrik. Dalam bahasa fesyen, istilah eksentrik merujuk kepada konsep pelik dan unik. Walaupun baru berusia 26 tahun, Gaga dilihat sangat berani menggayakan fesyen yang sememangnya tidak dipakai oleh selebriti lain apatah lagi masyarakat biasa. Bukan kerana faktor harganya yang sangat mahal, namun rekaan fesyen itu sendiri cukup untuk membuatkan orang yang melihatnya berkerut dahi. Setiap kali tampil di atas pentas mahupun sebarang acara lain, dia pasti akan tampil dengan fesyen baharu dan yang tidak pernah terlintas dalam jangkauan minda manusia. Meskipun begitu, Gaga dilihat sangat selesa dengan penampilan eksentriknya itu. Walaupun tidak dinafikan pelbagai tohmahan dan kritikan dilemparkan kepadanya, namun dia tetap menjadi dirinya yang unik. Lihat sahaja keberaniannya menggayakan rambut dan aksesori pelik serta kasut bertumit tinggi yang mencecah 25 sentimeter (10 inci)! Buktinya, beberapa fesyen pelik dan jelik Gaga adalah seperti baju yang diperbuat dari daging mentah rekaan pereka fesyen Franc Fernandez. Bukan itu sahaja, pernah juga pelantun lagu Born This Way itu tampil dalam acara dengan mengenakan sepasang busana yang diperbuat daripada rambut asli. Fesyen tersebut juga dilengkapi topi yang juga menggunakan bahan yang sama serta rambut yang diwarnakan hijau. "Setiap kali saya menulis lagu, saya memikirkan sekali pakaian yang akan saya gayakan. Pakaian dan karya saya adalah satu. Saya beranggapan 'cerita' yang saya bawakan lebih mantap apabila ia bergabung antara fesyen dengan seni," ujar Gaga mengenai penampilan eksentriknya itu.
Mother Monster Oleh kerana dia seorang yang sangat eksentrik dan boleh dikatakan seorang terlalu obses dengan fesyen pelik, Gaga mendapat gelaran Mother Monster atau ibu raksasa oleh masyarakat. Mungkin pada mulanya, fesyen jeliknya itu dikritik hebat, namun lama- kelamaan, kerana dianggap unik, ada juga peminat Gaga yang menggelar diri mereka Little Monster yang mengikuti serta meniru arus fesyen yang direka oleh Mother Monster mereka itu. Mungkin tidak seperti mana Gaga, namun ia menjadi ikutan para remaja khususnya untuk berani mengekspresi diri melalui fesyen unik Lady Gaga ini. Apa yang pasti, setiap kali acara atau majlis gah berlangsung, pasti ramai yang menunggu fesyen apa pula yang dipakai oleh Gaga. Ada yang mengagungkan penyanyi itu, dan tidak kurang juga yang memboikot mahupun tidak menyukai fesyen yang ditampilkan ini. Ini kerana, bagi mereka, fesyen Mother Monster terlalu pelik sehingga ia sukar untuk diterima kerana terlalu seksi. Pernah Gaga tampil kelihatan seolah-olah berbogel dan hanya melekatkan pita hitam pada bahagian payudaranya atau menggunakan kain jarang seperti jala menutupi badannya. Ternyata busana seperti itu amat tidak bersesuaian dengan golongan remaja yang baru ingin mengenali dunia fesyen. Bukan itu sahaja, malah setiap kali membuat persembahan di atas pentas, aksi ghairah, seksi dan pelik seperti sudah sinonim dengan nama Lady Gaga. Haram Mungkin dahulu, kita kerap mendengar lagu-lagu nyanyian Lady Gaga yang diputarkan di corong-corong radio. Namun, kini, setelah dinilai semula tentang liriknya, ada beberapa negara terutamanya negara Islam memboikot wanita ini kerana menganggap ia tidak bersesuaian. Gaga juga dikenali sebagai salah seorang artis yang lantang bersuara. Tidak kiralah pada majlis anugerah, semasa ditemu ramah malah dalam lirik lagunya sendiri yang menyatakan pendiriannya memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual.
Dianggap akan merosakkan akhlak pemuda dan pemudi, beberapa negara termasuk Malaysia dan Indonesia, bertindak mengharamkan bagi mengadakan konsert jelajah Lady Gaga, The Born This Way Ball. Cita rasa pelik Bukan sahaja Gaga yang sinonim dengan fesyen yang dianggap pelik, namun ada sesetengah nama popular yang boleh dianggap gemar berpenampilan pelik ketika muncul di khalayak ramai. Sebelum Gaga muncul dengan idea eksentriknya, penyanyi kelahiran Iceland, Bjork telah lama memegang takhta penyanyi wanita dengan fesyen paling eksentrik dan kerap menerima kritikan kerana ketidakseragaman fesyen yang digayakan. Penyanyi yang kini berusia 46 tahun itu cukup terkenal dengan fesyen gaun 'angsa' yang mendapat kritikan cukup hebat sewaktu dia muncul dalam sebuah acara karpet merah majlis Anugerah Academy ke-73 pada 25 Mac, 2001. Namun Bjork tidak pernah menghiraukan soal kritikan terhadap penampilannya kerana beranggapan ia sebagai identiti dirinya. Marilyn Manson juga antara artis yang sangat terkenal dengan imej peliknya selain muzik yang disampaikannya. Jika melihat gambar-gambar Marilyn, pasti ada yang ngeri dengan penampilan seram dengan solekan yang dikenakan. Sering bergincu merah, bercelak hitam dan solekan tebal serta tidak kurang juga fesyen pelik yang menampilkan dirinya sebagai penyanyi heavy metal dan rock ekstrem, itulah gaya yang mewakili ketrampilan pemilik nama sebenar Brian Hugh Warner ini. Nicki Minaj seorang penyanyi hip hop dari Amerika Syarikat ini juga tidak lari dari mendapat kritikan fesyen dari segelintir masyarakat. Putih, hijau, kuning, merah jambu, merah, hitam namakan sahaja warna yang ada, pasti salah satu warna tersebut pernah digunakan wanita ini untuk mewarnakan rambutnya dengan fesyen kostum, potongan dan dandanan pelik. Nikki yang juga lebih gemar berimej seksi juga memilih untuk tampil dengan fesyen pelik dan berbeza dari apa yang pernah digayakan oleh selebriti lain termasuk Lady Gaga. Pada hakikatnya, artis-artis yang memakai fesyen jelik dan pelik ini lebih pantas mendapat perhatian berbanding yang sebaliknya. Namun, kesemua mereka ini bukan sahaja pelik tapi juga mempunyai bakat besar dalam industri seni.
Berbanding fesyen yang digayakan Gaga, Bjork, Marilyn Manson dan Nicki Minaj, satu-satunya fesyen eksentrik yang menjadi ikutan di seluruh dunia adalah fesyen yang digayakan oleh aktor Johnny Depp. Terbukti melalui beberapa filem lakonannya sebelum ini seperti Edward Scissorhands (1990), Charlie and the Chocolate Factory (2005), siri filem Pirates of the Caribbean, Alice in Wonderland (2010) dan baru-baru ini Dark Shadow. Pelakon itu sentiasa membawa nama-nama pereka fesyen terkenal dan selalunya menyerlahkan personalitinya hanya melalui berpakaian. Depp adakalanya meminjam elemen fesyen daripada anggota kumpulan Rolling Stone, Keith Richards dan gothic rocker seperti Marylin Manson. Dia juga turut menampilkan dirinya sebagai ikon Edwardian, bintang rock, lanun, koboi, gengster Perancis bersama aksesori yang meniru karakter dalam filem lakonannya. Aksesori kegemarannya pula biasanya terdiri daripada cermin mata hitam warna ungu dari butik Retrospecs, skarf, topi fedora, topi koboi, gelang belulang, rantai, cincin tengkorak, vest dan suspender. Biasanya pakaian dan kasutnya kelihatan lusuh dan gaya bohemian itu menjadi kegemarannya sejak awal pembabitannya dalam dunia seni lagi. | |||||||
| Posted: 07 Jun 2012 08:22 AM PDT ![]() AMY SEARCH BERBICARA tentang fesyen, sebenarnya ia merupakan perkara yang sangat subjektif. Fesyen merupakan sesuatu yang tidak dapat diseragamkan kepada satu jenis sahaja. Fesyen itu sendiri terdiri daripada warna, jenis fabrik dan rupa bentuk pakaian yang dipengaruhi oleh peristiwa serta peredaran zaman. Fesyen juga boleh dianggap sebagai lambang personaliti seseorang itu. Jika ingin bercakap tentang jenis fesyen pula, ia tidak terhad dan sangat luas serta seluruh dunia punya idea fesyen yang tersendiri. Golongan selebriti merupakan antara kumpulan yang sering menjadi perhatian oleh masyarakat dalam menggayakan fesyen. Ini kerana, mereka merupakan antara orang yang boleh dikatakan berpengaruh dan sering menjadi ikon bagi masyarakat di luar sana. Berikut beberapa artis Malaysia dan Indonesia yang sering mendapat perhatian kerana fesyen mereka. Didie Alias Jika di Amerika Syarikat, mereka ada Lagy Gaga, di Malaysia juga punya seorang artis wanita yang digelar Lady Gaga Malaysia iaitu Didie Alias. Sejak beberapa tahun tahun lalu, Didie dilihat semakin menonjol dengan fesyen esentrik yang hampir serupa dengan Lady Gaga. Namun, pada awal penampilannya pada tahun 1988, pemilik nama sebenar Fadzilah Mohd Ali ini hanya muncul dengan fesyen seperti biasa. Namun, keberaniannya berfesyen pelik menyebabkan dirinya dikritik hebat. Didie mengakui tidak pernah mengambil peduli tanggapan segelintir masyarakat terhadap imej dan penampilannya. Dia juga menjelaskan, fesyen yang dilihat ini adalah dari dirinya sendiri dan bukan ikut-ikutan. Selain itu, Didie pernah memberi kenyataan bahawa dia mahu menjadi ikon fesyen. Baginya tidak salah jika ingin bergaya bagi memberi pembaharuan kepada industri hiburan tanah air. Amy Search Vokalis grup legenda, Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Rahman memang dikenali sebagai artis lelaki yang dilabelkan sebagai ikon fesyen. Dari dahulu sehingga kini, Amy tidak pernah ketinggalan jika dilihat dari segi berfesyen. Mengikut peredaran zaman, sebagai grup yang membawa genre rock, cara fesyen Amy memang sentiasa selari dengan umur dan cara berfesyen ketika itu. Memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada zaman 1980-an, berambut panjang dan berseluar kulit ketat merupakan fesyen yang menjadi ikutan ketika itu. Tutur Amy, artis perlu berfesyen kerana ia selari dengan profesion mereka. "Perlu berfesyen dan tidak boleh selekeh. Fesyen itu dapat membawa diri mereka sebagai artis yang dikenali. Dan untuk saya, saya gemarkan fesyen yang funky," jelas Amy mengenai fesyen.
Giring (Nidji) Bagi penyanyi Indonesia, Giring yang juga merupakan vokalis kumpulan Nidji, berfesyen merupakan perkara yang sangat menjadi perhatiannya. Bagi penyanyi yang bernama lengkap Giring Ganesha ini, dia akan memerhati penampilan fesyen dirinya dari hujang kepala ke hujung kaki untuk memastikan ia sempurna dan selesa. Oleh kerana fesyennya yang sering menjadi perhatian para remaja, Giring pernah dilantik menjadi ikon butik pakaian jenama Motion. Gemar berfesyen, bagi pemuda berusia 29 tahun ini, dia bijak mengenakan fesyen. Selain itu juga, Giring merupakan seorang lelaki yang sememangnya mengikuti peredaran fesyen. Dan sebagai seorang selebriti, Giring merupakan orang yang berani bereksperimental dengan fesyen terkini yang dirasakan sesuai digayakan olehnya. Mulan Jameela Demi tampil berbeza, penyanyi yang berasal dari Jawa Barat ini sering mereka sendiri kostumnya ketika ingin ke sebarang acara mahupun persembahan. Mulan Jameela, mungkin seorang lagi artis yang gemar meniru fesyen esentrik artis dari Barat. Dia juga pernah mengaku kerap meniru gaya berfesyen Lagy Gaga. Tambahnya, selain itu juga, ada antara artis yang menjadi rujukan fesyen bagi diri ialah Katy Perry, Ashlee Simpson dan lain-lain.
Mulan yang gemarkan fesyen yang menampilkan dirinya lain dari yang lain itu mengaku tidak pernah kehabisan idea dalam merancang fesyen yang ingin dipakainya kelak. Wanita ini juga dilihat gemar untuk menukar warna rambutnya. Ujar Mulan, walaupun fesyen yang dipakainya kadang kala membuat orang yang melihat jelik, namun dia tetap selesa dan sentiasa yakin yag fesyen tersebut sesuai dengan empunya diri. Alyah Seorang lagi penyanyi wanita yang bersuara lunak, Nor Hasliah Abu Hassan atau nama pentasnya, Alyah juga seorang yang gemar bereksperimental dengan fesyen. Jika pada mulanya, wanita ini dilihat ingin meniru gaya fesyen Lady Gaga. Akui wanita kelahiran Johor ini, jika di awal penampilannya dahulu dia memang seorang yang berpakaian asal boleh. Namun, kini telah menjadi rutin hariannya untuk memastikan fesyen yang dikenakan tampak menarik. Selain itu, rambutnya yang dahulu panjang telah dipotong pendek yang lagi membuatkan diri kelihatan ranggi tapi kemas. Katanya, antara sumber inspirasi bagi diri untuk mempelajari fesyen ialah melalui majalah-majalah fesyen dan menjadikan program America's Next Top Model sebagai panduan untuk bergaya dan beraksi depan kamera. | |||||||
| Posted: 07 Jun 2012 08:21 AM PDT ![]() SEHINGGA ke hari ini Korea Utara kekal sebagai sebuah negara yang penuh misteri dan rahsia apabila kerajaannya sekuat mungkin menghalang rakyatnya daripada berhubung dengan dunia luar. DARI ruang pejabat yang kecil dan sesak terletak di sebatang jalan kecil di Seoul, Park In-ho tekun menulis mengenai sebuah negara yang paling tertutup dan misteri di dunia. Akhbar dalam talian miliknya, Daily NK merupakan antara sedozen organisasi di Korea Selatan yang mengumpul pelbagai berita dari Korea Utara berdasarkan sumber-sumber dalaman di negara komunis itu atau melalui orang hubungan dan kakitangannya di negara jiran, China. Ditubuhkan pada tahun 2004, Daily NK merupakan salah satu portal aktif yang melaporkan berita mengenai keadaan pelarian-pelarian yang kini bersembunyi di China sebelum menyalurkannya kepada pembaca. "Kami mahu rakyat di seluruh dunia tahu bagaimana rakyat di Korea Utara hidup dan berfikir, mengenai beberapa subjek yang lazimnya sering diabaikan oleh media," kata Park, 40, penerbit Daily NK kepada AFP. Ketika ini, portal itu menawarkan bahan berita semasa dalam empat bahasa iaitu Korea, bahasa Inggeris, Cina dan Jepun. Sejak beroperasi, ia kini mempunyai 40 kakitangan termasuk lima rakyat Korea Utara yang merupakan bekas pelarian serta sembilan pekerja asing. Sementara itu, tiga wartawan lain berpangkalan di China. Sebelum menerbitkan portal itu, Park merupakan seorang aktivis yang sering membantu pelarian-pelarian Korea Utara di China. Pelarian itu kemungkinan besar terpaksa dihantar pulang atau menjalani hukuman tegas sekiranya ditangkap di China. Bagi Park pelarian itu merupakan aset paling bernilai untuk Daliy NK kerana saudara-mara dan rakan-rakan mereka di tanah air menjadi sumber utama. Bagaimanapun, Park enggan membincangkan bagaimana operasi portal itu melindungi sumber-sumbernya selama ini. "Operasi kami ini sangat berisiko," katanya. Ujar Park, beberapa kakitangannya di China turut menerima ancaman berterusan dari Pyongyang yang termasuk kebimbangan dihantar pulang oleh Beijing. Ejen pengintip Di Korea Utara kata Park: "Pyongyang menganggap sumber dalaman kami dan portal ini sebagai ejen pengintip. Disebabkan itu, kami terdesak untuk merahsiakan identiti mereka." Tambah Park, negara itu juga kini sedang mengawasi operasi Daily NK dan menggelar kakitangan portal itu sebagai 'pengkhianat'. Antara laporan yang paling menarik perhatian termasuklah mengenai revolusi kewangan di negara itu pada akhir tahun 2009. Laporan itu nyata membongkar mengenai duit simpanan kerajaan yang makin lenyap dan berlakunya krisis makanan sehingga mencetuskan huru-hara dalam masyarakat. Jelas Park, ia merupakan laporan berita terbaik yang pernah dilaporkan oleh portal itu. ![]() DAILY NK yang memaparkan maklumat terkini mengenai Korea Utara hanya boleh dilayari menerusi internet. Lelaki tersebut memberitahu, dia mula menggunakan internet untuk menyampaikan kisah-kisah mengenai rakyat di Korea Utara kerana dia tidak mempunyai wang untuk membuka sebuah pejabat. Laman web portal itu, www.dailynk.com kini dikunjungi lebih 100,000 pengunjung sehari terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, golongan akademik dan wartawan. Di samping mendapat perolehan daripada pengiklanan, portal itu juga mendapat sumbangan daripada National Endowment for Democracy (NED), sebuah yayasan bukan berpaksikan keuntungan yang ditaja oleh Kongres Amerika Syarikat. Ia menyalur dana sebanyak 30 peratus bagi operasinya. Sejak bertahun-tahun lalu, Pyongyang mengamalkan cengkaman kuku besi bagi menghalang penyebaran maklumat di negara itu termasuk menguasai stesen radio dan televisyen serta mengharamkan penggunaan telefon bimbit. "Kempen-kempen bagi menentang penyaluran maklumat dari luar dianggap tidak berjaya kerana terdapat permintaan dalam kalangan rakyat di negara itu yang mahu mendapatkan berita-berita dari dunia luar," kata Setiausaha Open Radio, Kim Ik-hwan. "Kesetiaan rakyat terhadap rejim semakin berkurangan dan penyalahgunaan wang semakin tinggi disebabkan rasuah," dakwanya lagi. Merentas sempadan Organisasinya yang mempunyai kira-kira 20 kakitangan termasuk lima pengarah, bergantung kepada sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan NED untuk membolehkan ia beroperasi selama lima jam sehari bermula pukul 10 malam. Siaran radio itu juga kini boleh didengar di laman web http://english.nkradio.org. Sementara itu, Good Friends, yang ditubuhkan pada tahun 2003 oleh kumpulan NGO Buddhist, menerbitkan berita dalam talian dengan tujuan untuk menghubungkan rakyat Korea Utara kepada masyarakat dunia. "Tidak seperti kumpulan-kumpulan lain yang hanya pandai memberi tekanan dan mengkritik, Good Friends pula menyokong kerjasama dan pertukaran idea merentas sempadan," kata Park Sun-Song, seorang Ahli Lembaga Pengarah Good Friends. Organisasi itu yang dibiayai lebih 4,000 penderma di seluruh dunia, memainkan peranan untuk mengukuhkan hubungan di antara kedua-dua buah negara. Park bertegas, Daily NK berazam untuk membawa perubahan sikap dari dalam dan luar di Korea Utara. "Saya akan meneruskan perniagaan ini sehingga Korea Utara menjadi sebuah negara bebas dan mempunyai masyarakat yang terbuka," ujarnya. | |||||||
| Proses sendiri sisa organik anda Posted: 07 Jun 2012 08:21 AM PDT
SELAMA ini, Abdullah Hassan yang bekerja sebagai chef di Kelab Danau Golf, Bangi, Selangor perlu menyimpan sisa makanan sehingga menjangkau dua hari sebelum pihak berwajib datang untuk mengutip sampah tersebut. Hasilnya, bau yang tidak menyenangkan daripada makanan yang bertindak balas dengan persekitaran mula menusuk hidung. Makhluk perosak seperti semut dan tikus berkeliaran umpama berpesta makanan. Masalah boleh menjadi lebih parah apabila tiba musim cuti umum atau hari perayaan. Kehadiran ahli kelab yang ramai dan kontraktor mengutip sampah yang bercuti menyumbang masalah tersebut menjadi lebih kritikal. Namun, itu semua sudah berlalu. Hal ini kerana setiap malam makanan yang dikumpul akan diproses dalam sebuah mesin menjadikan kuantiti sampah menjadi lebih sedikit, manakala bau busuk dan kotor sudah tiada lagi. Selepas kerja pembersihan dapur dilakukan, saki-baki makanan yang dikumpul dibuang ke dalam sebuah kotak besi berukuran panjang 1.2 meter, kelebaran satu meter dan mempunyai ketinggian 1.1 meter. "Cara menggunakannya mudah, hanya memerlukan empat langkah iaitu masukkan sampah, tekan butang mula, tunggu dan apabila siap, hasilnya dikeluarkan," kata Abdullah yang bertanggungjawab menguruskan kotak besi itu. Baru tiga bulan diperkenalkan di kelab golf itu, kotak besi yang dikenali sebagai Mawes-PL menggunakan teknologi dari Korea Selatan dalam memproses sisa makanan menjadi sejenis bahan yang boleh dijadikan baja atau makanan ikan. Cara penggunaannya berdasarkan konsep 'plug dan pergi' iaitu pengguna hanya perlu menekan suis untuk memulakan proses dan ia dibiarkan sahaja sehingga selesai. Bahan yang terhasil adalah dalam bentuk seakan-akan hampas kayu lembap berwarna hitam atau hitam kemerahan. Baunya pula seperti makanan proses yang baru lepas dimasak. Bahan hasil tersebut digunakan oleh pihak kelab Danau-Golf menjadi baja organik di persekitaran padang golf tersebut. Mesin tersebut telah dapat menjimatkan kos pengambilan sampah dan kos membeli baja untuk pokok hiasan sekali gus menyelesaikan masalah sampah makanan berlonggok tidak dikutip. Kata Pengarah Eksekutif Waste Engineering Solutions (Mawes), Noor Asmaraini Megat Hussain, Mawe-PL menggunakan konsep Rapid Heating (sistem pemanasan pantas) dalam proses kitar semula sisa makanan itu. ![]() ASMARAINI menjelaskan Mawes-PL tidak melepaskan karbon, menjimatkan ruang penyimpanan dan sisa makanan boleh dijadikan baja. Saki-baki makanan yang dimasukkan ke dalam mesin tersebut akan diproses dengan kaedah putaran bagi menyamarata bahan sambil dipanaskan sehingga suhu 100 darjah celsius. Proses mengitar semula akan berhenti secara automatik apabila kuantiti air pada bahan buangan mencapai bacaan isipadu lima peratus atau mengikut masa yang ditetapkan pada jumlah masa tertentu. Jika hasil bahan kitar semula tersebut mahu dijadikan makanan penternakan, ia sudah tentu tidak akan mendatangkan bahaya kepada haiwan kerana ia diproses pada suhu yang diperlukan supaya kuman dan bakteria jahat mati. "Disebabkan menggunakan kaedah pemanasan, jika pengguna rajin mengasingkan saki-baki makanan pepejal dengan membuang bahan cecair, bahan boleh terhasil dengan lebih cepat," terang wanita berusia 37 tahun itu. Bahan hasil kitar semula makanan boleh disimpan antara dua hingga tiga bulan. Julat hasil terbahagi pada dua bahagian iaitu berkualiti tinggi dan rendah. Kualiti tinggi adalah untuk dijadikan makanan penternakan seperti ikan, manakala bahan yang dikategori sebagai kualiti rendah boleh dibuat baja atau dibuang begitu sahaja. Ia bergantung kepada sisa makanan yang dibuang ke dalam Mawes-PL kerana untuk menjadikan makanan ikan, hanya produk makanan sahaja boleh dibuang tanpa dicampur dengan produk bukan organik bersama-sama. "Setakat ini tiada masalah dijadikan baja tetapi untuk makanan ikan perlu mendapatkan pengesahan halal dan kandungan nutrien daripada pihak berwajib," ujar Asmaraini lagi. Berbanding proses membuat kompos secara tradisional yang menurut Asmaraini mengeluarkan gas karbon dioksida, Mawes-PL tidak membebaskan sebarang gas dan tidak menggunakan mikroorganisma.
Bahan buangan yang terhasil bagi setiap 100 kilogram yang diproses adalah air jernih dengan isipadu lebih kurang 500 mililiter atau sebotol air mineral berharga RM1. Menariknya, hasil kitar semula makanan akan berkurangan sehingga 90 peratus berbanding kuantiti asal ketika dimasukkan ke dalam Mawes-PL. Jika Mawes-PL yang berkapasiti 100 kilogram diproses pada kuantiti maksimum, hampas yang terhasil akan seberat lebih kurang 10 kilogram. Jadi, ruang penyimpanan sampah sebelum ini luas boleh dikecilkan dan kawasan pembuangan sampah yang boleh bertahan 20 tahun turut dapat dimanfaat pada tujuan lain. Hasil yang diproses oleh Kelab Danau Golf digunakan sebagai baja organik untuk tanaman sekitar kelab golf itu. Asmaraini menyifatkan mesin Mawes-PL ringkas dan kurang bermasalah jika kerja-kerja penyelenggaraan dibuat secara berkala. Terdapat tiga peringkat penyelenggaraan iaitu pemeriksaan bulanan, setiap enam bulan dan setahun sekali. Setiap bulan, pemeriksaan sistem supaya berjalan dengan lancar dibuat. "Bahagian yang kerap rosak ialah spring apabila pengguna tidak mengasingkan bahan kitar semula dengan memasukkan semua jenis sampah," kata Asmaraini menjelaskan kesan tidak mengagihkan bahan buangan. Setiap enam bulan sekali mekanisme dan alat ganti diteliti manakala setahun sekali, minyak termo perlu ditambah kerana kebiasaannya kuantiti akan berkurangan. Ia tersejat akibat proses pemanasan. Selain itu, Mawes-PL mempunyai sistem komputer dalaman yang merakam setiap proses dan bahan yang dilakukan mesin tersebut, Data yang dirakam digunakan untuk mendiagnosis punca masalah ketika ia berlaku sebarang masalah jadi, kerja-kerja membaiki yang tepat dan efisien boleh dibuat. Pasaran mesin Mawes-PL menyasarkan tempat-tempat seperti kondominium, pasar raya besar, hotel dan medan-medan selera. Lokasi tersebut terkenal sebagai antara kawasan yang menghasilkan banyak sisa makanan. Hampir 60 peratus sampah yang dibuang oleh seluruh rakyat Malaysia terdiri daripada saki-baki makanan dan sebahagian kecil sahaja dikitar semula. Selain itu, ia dibuang secara terus ke kawasan lapangan sampah. Pembuangan secara terbuka boleh memberi kesan rumah hijau dan merosakkan sistem pembentungan. Sampah makanan juga boleh menggalakkan pembiakan makhluk perosak, menimbulkan bau busuk dan menyakitkan mata yang melihat. | |||||||
| Posted: 07 Jun 2012 08:20 AM PDT
KERIANGAN jelas tergambar pada riak wajah sekumpulan kanak-kanak tatkala melihat maskot seekor singa bernama Leo muncul di pentas utama. Masing-masing menjerit sambil melambai-lambaikan tangan. Sebaik turun menghampiri kanak-kanak tersebut, mereka berebut-rebut untuk berjabat tangan dengannya. Ternyata kehadiran maskot itu bertindak sebagai penyuntik semangat kepada ahli kelab Leo yang mengikuti program Go Green with Leo: Be Brave to Save the Environment. Kempen Go Green with Leo diadakan buat tahun keempat oleh pusat beli-belah Sunway Pyramid sempena cuti pertengahan penggal sekolah. Ia bertujuan untuk mendidik kanak-kanak mengenai alam sekitar dan apa yang perlu dilakukan dalam usaha menghijaukan bumi demi generasi akan datang. Tahun ini, pelbagai aktiviti diadakan seperti menanam pokok dan sesi interaktif belajar bagaimana untuk mengurangkan pengeluaran karbon melalui tiga cara iaitu 3R - Reduce, Reuse & Recycle. Selepas kanak-kanak memahami bagaimana keadaan bumi ketika ini dan mengapa ia memerlukan mereka untuk membantu, mereka berikrar akan menyayangi segala yang ada di bumi seperti tanah, udara, air dan semua hidupan. Menurut Pengarah Pemasaran Sunway Pyramid, Phang Sau Lian, dunia memerlukan kanak-kanak yang berani bertindak berdasarkan apa yang mereka percaya. "Oleh itu, aktiviti sebegini diharap dapat memupuk semangat keperwiraan untuk bekalan mereka berjuang menjaga alam sekitar nanti. "Hakikatnya, ia hanya memerlukan satu tindakan kecil untuk membuat perubahan besar kepada dunia di sekitar anda. Bahkan, semuanya bermula dengan diri kita sendiri," ujar Sau Lian. ![]() SI kecil turut didedahkan tentang manfaat kitar semula dalam sesi interaktif yang berjaya menarik perhatian mereka. Aktiviti menyeronokkan Sebelum itu, kanak-kanak turut diajar tentang cara-cara memasang khemah, mengikat tali dan membuat unggun api oleh anggota pengakap yang terlibat. Salah seorang peserta, Auzaja Rizvi, 12, berkata, program tersebut memberi banyak manfaat kepada kanak-kanak yang menyertainya. "Di sini, kami mempelajari banyak perkara dalam kehidupan termasuk mendapat pengetahuan tentang keadaan alam sekitar yang semakin dibelenggu pencemaran. "Oleh itu, saya berjanji untuk menjadi penyelamat bumi terutama berusaha mempraktikkan amalan gaya hidup sihat seperti kitar semula dan mengelakkan pembaziran," tutur pelajar Sekolah Antarabangsa Sayfol, Kuala Lumpur yang berasal dari Pakistan itu. Secara keseluruhan seramai 32 kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun telah menyertai program tersebut. Selain ahli Kelab Leo, ada juga yang hadir terdiri daripada pengunjung yang datang ke Sunway Pyramid bersama ibu bapa dan terus mendaftarkan diri. Bagi Munirah Mansor, 35, kehadirannya bersama tiga anak yang berusia dua, empat dan lapan tahun kerana dijemput oleh Kelab Leo. Justeru, kesempatan tersebut tidak mahu dilepaskan kerana dapat memberi didikan kepada anak-anak tentang alam sekitar. "Program ini bagus dalam merangsang minda kanak-kanak untuk berfikir. Anak sulung saya mungkin memahaminya, tetapi bagi yang masih kecil, ia dianggap sebagai pendedahan awal kepada mereka," katanya yang memuji inisiatif yang dilakukan Sunway Pyramid melalui program sedemikian. Untuk memeriahkan program, terdapat juga beberapa organisasi yang mengambil bahagian seperti Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia yang mengajak pengunjung menanam benih di dalam bekas khas untuk dibawa pulang dan dijaga hingga ia tumbuh. ![]() PENGAKAP Sekolah Menengah Bandar Sunway, Muhammad Mahfeez Umar Mohammad Razif (kiri) menunjukkan cara-cara membuat unggun api dengan betul. Wakil WWF Malaysia, Kanapathi Pandian, 22, memberitahu sebanyak 420 bekas anak benih pokok berjaya diagihkan kepada kanak-kanak, ibu bapa serta pengunjung pusat beli-belah tersebut. "Selain memupuk semangat memelihara hidupan liar, aktiviti ini juga bertujuan untuk mengumpul dana melalui penjualan kemeja-T dan rantai kunci bagi projek yang dilaksanakan oleh WWF Malaysia," jelasnya yang masih bergelar pelajar. | |||||||
| Ancaman kartun jahat Darktoons Posted: 07 Jun 2012 08:20 AM PDT ![]() PERMAINAN terbaharu Rayman lebih mencabar dan menyeronokkan. BERBALIK pada awal tahun 90-an, kebanyakan gamers pasti teringat permainan video Rayman. Rayman pada zaman itu merupakan sebuah permainan video untuk platform Microsoft Windows yang hanya memfokuskan kepada permainan berlandaskan pembelajaran untuk kanak-kanak. Justeru, boleh dikatakan ia satu permainan yang kurang mencabar. Namun, semua itu berubah apabila pada penghujung tahun 2011, Ubisoft Montpellier melancarkan siri terbaharu Rayman iaitu Rayman Origins yang menjanjikan lebih cabaran daripada siri yang sebelumnya. Rayman Origins dilancarkan di pasaran seluruh dunia pada 15 November 2011 dan boleh didapati pada platform PlayStation 3, Wii, XBOX360, PlayStation Vita, Microsoft Windows dan juga Nintendo 3DS. Plot Dalam Rayman Origins, pemain akan dapati diri mereka berada dalam sebuah dunia bernama Glade of Dreams iaitu sebuah dunia yang dicipta oleh Rayman sendiri, Bubble Dreamer dan juga Globox. Semasa sedang berehat beramai-ramai di bawah sepohon pokok yang bernama the Snoring Tree, protagonis utama dari Land of Livid Dead telah melancarkan serangan ke atas dunia Glade of Dreams. Akibatnya dunia ciptaan mereka kini dipenuhi dengan pelbagai musuh yang dinamakan Darktoons. Malah, penghuni Glade of Dreams iaitu Electoons juga ditangkap dan dipenjarakan. Rentetan daripada itu, dunia Glade of Dreams jatuh pada tangan pihak musuh dan menjadi porak-peranda. Mujurlah, watak utama, Rayman dan rakan-rakannya berjaya melarikan diri daripada tangkapan Darktoons dan kemudiannya ditugaskan untuk menyelamatkan dunia Glade of Dreams. ![]() PEMAIN boleh bermain empat watak untuk melawan Darktoons. Mekanisme permainan Pada awal permainan, pemain akan diberi pilihan antara empat orang watak iaitu Rayman, Globox dan dua watak sampingan, Teensies. Memandangkan Rayman Origins merupakan sebuah permainan video yang membolehkan sehingga empat pemain, keempat-empat watak itu boleh digunakan secara serentak dalam satu-satu masa. Walaubagaimanapun, pemain akan mempunyai lebih banyak pilihan watak lagi sebaik sahaja mereka meneruskan perjalanan mereka. Sepanjang perjalanan, pemain akan bertempur dengan pihak musuh dan juga Electoons yang dipenjarakan. Pemain akan diberikan markah lebih jika berjaya menyelamatkan Electoons. Ini kerana kebanyakan Electoons dipenjarakan pada satu tempat yang tersembunyi dan sukar untuk ditemui. Kebanyakan kemahiran, seperti memanjat dinding atau gliding hanya boleh didapati sekiranya pemain meneruskan perjalanan mereka. Sekiranya pemain bersentuhan dengan pihak musuh ataupun halangan, watak pemain akan menjadi seolah-seolah seperti belon. Sekiranya pemain bermain bersama rakan-rakan mereka, pemain boleh diselamatkan dengan meletupkan belon tersebut agar pemain dapat bermain kembali. Tetapi, pemain harus berhati-hati kerana jika semua pemain hilang nyawa serentak, kesemua mereka akan dikembalikan ke checkpoint yang berdekatan. ![]() PEMAIN perlu berjuang untuk menyelamatkan kembali dunia animasi Glade of Dreams. Grafik dan Audio Rayman Origins mempunyai grafik yang menggunakan teknik kartun. Ia membolehkan kesemua grafik nampak sangat ceria dan berjaya menetapkan suasana yang kreatif. Grafik Rayman Origins adalah sangat sesuai untuk golongan muda mahupun gamers yang kental dalam segi grafik. Audio dan efek bunyi yang ditawarkan juga sangat merangsang minda dan adakalanya sedikit seram mengikut keadaan. Secara keseluruhannya, Ubisoft berjaya melancarkan satu lagi siri Rayman yang membolehkan pemain meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan-rakan menyelamatkan dunia Glade of Dreams daripada cengkaman Darktoons. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








































0 ulasan:
Catat Ulasan