RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Nurul Wahab Sah Jadi Isteri Eric Depp

Posted: 06 Jun 2012 03:17 AM PDT

Eric menyarungkan cincin di jari manis Nurul selepas majlis akad nikah mereka di Duchess Place, Jalan Ampang di sini, Rabu. Turut kelihatan anak Nurul, Ayu Nazirah (tengah).

KUALA LUMPUR: Penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab, 35, (Nurul) sah bergelar isteri kepada perunding kesihatan warganegara Perancis, Eric Daniel Depp, 47, dengan sekali lafaz di Duchess Place di sini, Rabu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman kira-kira pada pukul 12.20 tengah hari bersaksikan abang Nurul, Mohamad Rizal Abdul Wahab.

Lafaz akad nikah dilakukan dalam Bahasa Inggeris.

Nurul ditemani anak perempuannya Ayu Nazirah, 14, manakala Eric hadir bersama kedua ibu bapanya Roland dan Germaine Depp.

Majlis itu dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Nurul yang menggalas status ibu tunggal selama lima tahun menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran EURO 5,000 (RM20,000).

Nurul memperagakan gaun putih rekaan Rizman Ruzaini manakala Eric segak dengan sut Bon Zainal.

Nurul yang ditemui berkata dia agak beremosi ketika membuat ucapan perkahwinan kerana terharu dengan kelancaran majlis tersebut.

"Tidak mudah untuk melaksanakan majlis ini. Banyak cabaran dan kesulitan yang perlu saya hadapi sebelum ini.

"Saya menjadi sebak apabila dapat menghimpunkan teman-teman rapat dan keluarga dalam sebuah majlis yang lancar pada hari ini," katanya.

Suaminya Eric pula berkata dia berasa teruja dengan majlis perkahwinan itu dan menyifatkan ia sebagai hari terbaik di dalam hidupnya setakat ini.

"Ini adalah hari yang indah dan terbaik di dalam hidup saya setakat ini. Saya teruja untuk hidup bersama dengan Nurul.

"Kita dapat lihat kegembiraan dan emosi di kalangan ibu bapa saya, keluarga dan isteri saya sendiri," katanya.

Nurul menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang antaranya berupa produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara.

Nurul dan Eric memotong kek perkahwinan mereka.

Pihak perempuan membalas tujuh dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Pedro, senaskhah Al Quran, sehelai songket, produk kecantikan dan manisan.

Pada majlis berkenaan, Nurul tampil anggun mengenakan gaun berona putih rekaan Rizman Ruzaini dan Eric pula segak mengenakan sut rekaan Bon Zainal. Kedua-dua mempelai dirias jurusolek Deq Sha.

Antara selebriti yang menyerikan majlis adalah Zahida Rafik, Ning Baizura, Amy Mastura dan suami, guru vokal Siti Hajar dan pelakon Jehan Miskin.

Majlis diacarakan oleh pelawak dan penyanyi Eida Moin dan penulis lirik Shah Shamshiri.

Pasangan ini bertemu buat pertama kali pada September 2010 di dalam satu majlis di mana perkenalan mereka diaturkan oleh aktres Zahida Rafik yang juga teman rapat Nurul.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat pasangan ini.

Sebelum ini, Nurul pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Mohd Faizal Maas (Ajai) pada 25 Disember 1996.

Hasil perkahwinan selama 11 tahun, mereka dikurniakan Ayu Nazirah.

‘Mereka nak jual’

Posted: 06 Jun 2012 03:16 AM PDT

TRAUMA...Najwa menceritakan kejadian dia diculik.
TRAUMA...Najwa menceritakan kejadian dia diculik.

BUTTERWORTH: "Hati saya berdebar apabila terdengar perbualan tiga penculik itu yang mahu menjual kami berlima." Itu kata wanita berusia 28 tahun yang berjaya melarikan diri selepas diculik lima jam di ibu negara, kelmarin.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa mendakwa diculik di kawasan rumah sewanya di Wangsa Maju jam 3 petang, namun berjaya melarikan diri ketika van membawanya berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran Simpang Pulai, Perak.

Najwa yang juga kakitangan sebuah bank di Kuala Lumpur berkata, sebaik dipaksa masuk dalam sebuah van oleh tiga lelaki yang menculiknya, dia mendapati ada empat lagi wanita yang juga mangsa culik dalam van berkenaan.

"Ketika itu, saya hanya teringatkan keluarga dan bertambah sedih apabila mendengar tangisan empat lagi wanita dalam van itu," katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di sini, malam tadi.


Menceritakan kejadian itu, Najwa berkata, dia mengambil cuti sakit dan keluar rumah untuk membeli nasi di gerai berhampiran rumah sewanya.

KRU Kembali Menyanyi, Beraksi Di Pentas

Posted: 06 Jun 2012 03:15 AM PDT

KRU kembali beraksi di pentas selepas mengumumkan untuk bersara dari dunia nyanyian tahun lalu.

CYBERJAYA: Selepas membuat keputusan untuk "bersara" sebagai penyanyi serta berkasi lincah di pentas kerana ingin memberi laluan kepada muka baru, trio adik beradik KRU akan membuat kemunculan khas sempena 20 tahun penglibatan mereka dalam dunia hiburan.

Norman berkata, persetujuan itu dibuat selepas adiknya, Edry Abdul Halim memujuk untuk kembali ke pentas demi peminat mereka.

"Saya pada awalnya tidak berapa yakin kerana dah lama tidak membuat persembahan tetapi Edry paling beria-ria dengan majlis itu dan akhirnya akur dengan permintaannya. Yusry juga bersetuju," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Norman, mereka bakal mempersembahkan empat buah lagu selain menyelitkan beberapa medley khas buat peminat.

"Lagu-lagu popular kami akan dipersembahkan pada malam itu dan berharap ia akan menggembirakan dan dapat mengubat rindu mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, Norman berkata, persembahan itu nanti tidak bermakna mereka akan kembali ke dunia nyanyian seperti sebelumnya.

Sebaliknya, ia adalah sebagai salah satu cara untuk menghargai peminat sempena majlis ulang tahun itu nanti.

"Mungkin selepas ini kalau nak tengok KRU menyanyi kena tunggu sambutan ulang tahun," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Norman berkata, majlis yang bakal diadakan pada 10 Jun ini bertempat di Orange Club, Kuala Lumpur turut menghimpunkan barisan artis dibawah naungan label KRU dan yang pernah bekerjasama dengan mereka selain aktiviti menarik buat peminat.

Nyawa Almy Nadia Nyaris Melayang Gara-Gara Apendiks

Posted: 06 Jun 2012 03:15 AM PDT

Almy Nadia

PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia amat bernasib baik kerana nyawanya terselamat apabila sempat menjalani pembedahan bagi membuang apendiks yang sudah berada pada tahap kritikal.

Almy berkata, penyakit apendiksnya itu sudah bernanah dan jika tidak dirawat dalam masa yang cepat, ia akan menyebabkan jangkitan dan berkemungkinan besar boleh membawa maut.

Menceritakan pengalaman ngeri itu, Almy berkata dia mengalami kesakitan pada bahagian perut secara tiba-tiba pada tengah malam 23 Mei lalu sehingga menyebabkan dia ditahan di wad Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) di sini, untuk pembedahan segera.

"Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Pada malam 23 Mei lalu saya alami sakit perut yang teruk sehingga memaksa saya mendapatkan rawatan di KJMC. Tak sangka pula selepas pemeriksaan, doktor kata apendiks saya sudah bernanah teruk.

"Saya juga sudah berada di ambang maut kerana apendiks itu hampir pecah jika saya lewat sehari ke hospital. Mujurlah semuanya sudah selamat dan kini keadaan beransur sembuh selepas hampir dua minggu pembedahan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

Bercerita lanjut, Almy yang sedang menjalani proses berpantang untuk tempoh tiga minggu berkata, selain menekankan aspek pemakanan dia juga perlu berhati-hati dalam pergerakannya.

"Doktor kata saya kena berpantang selama tiga minggu kerana luka pembedahan itu agak teruk. Tetapi ibu nasihatkan agar saya berpantang selama tiga bulan bagi memastikan luka dalam perut sembuh sepenuhnya.

"Sekarang, saya sangat menekankan pengambilan makanan yang tidak pedas selain memilih makanan berkhasiat. Paling penting saya kena kawal pergerakan agar tidak lasak sebab maklumlah saya ini tidak boleh duduk diam.

"Saya sangat trauma dan sakit akibat pembedahan itu tetapi keadaan beransur pulih. Walau sakit dan sukar mana sekalipun pergerakan saya, kerja kena diteruskan kerana saya anak sulung yang perlu menyara keluarga di kampung," katanya.

Ditanya mengenai satu demi satu musibah yang menimpa dirinya sejak tahun lalu antaranya sakit misteri, patah jari kaki, dugaan dalam percintaan dan apendiks, Almy menganggapnya sebagai dugaan Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kecilnya selama ini.

"Saya percaya segala musibah yang datang kepada saya adalah dugaan daripada Allah untuk menghapuskan pelbagai dosa yang pernah saya lakukan," jelasnya.

Terbaru, Almy kini kembali bekerja dan baru saja memulakan penggambaran telefilem Hari Raya berjudul Sebelum Raya arahan Zulkifli M Said untuk tayangan di sebuah saluran televisyen.

Harga Bayaran Persembahan Shila Amzah Sudah Naik

Posted: 06 Jun 2012 03:14 AM PDT

Shila Amzah

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah mengakui mula menaikkan harga bayaran untuk dia mengadakan persembahan bermula Februari lalu kerana merasakan sudah tiba masanya dia berbuat demikian.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata hal tersebut merupakan perkara biasa bagi seseorang penyanyi di mana harga yang ditetapkan dalam sesebuah persembahan haruslah mengikut pencapaian dalam karier seni masing-masing.

"Memang harga bayaran untuk saya mengadakan sesebuah persembahan dah naik sejak penyertaan saya dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang berlangsung pada Februari lalu lagi.

"Dan ia merupakan perkara normal bagi setiap penyanyi yang menaikkan harga mereka. Harga petrol pun naik setiap tahun, takkan kami (penyanyi) tidak boleh naikkan harga sedikit?" katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Tambah Shila, dia kecewa apabila ada segelintir pihak menganggap dia tidak boleh berunding dengan harga bayaran yang diberi sedangkan dia sangat terbuka bergantung kepada kemampuan sesebuah syarikat yang ingin menjemputnya mengadakan persembahan.

Malah anak sulung penyanyi ND Lala ini juga sangat fleksibel apabila pihak stesen televisyen, majalah, akhbar atau mana-mana yang membabitkan penganjuran media mengundangnya untuk memenuhi acara yang diaturkan.

"Jika ada orang kata saya naikkan harga bagi acara-acara yang membabitkan stesen televisyen atau media-media lain, ia tidak benar sekali kerana saya terima sahaja apa-apa bayaran yang diberi.

"Dan ada juga persembahan yang saya buat percuma. Harga bayaran bukanlah satu isu, lebih-lebih lagi yang membabitkan untuk kebajikan amal. Saya harap dengan penjelasan ini, semua akan faham," ujarnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Patah Seribu itu risau apabila banyak syarikat besar 'menjual' nama media bagi tujuan untuk mendapatkan harga murah daripada penyanyi-penyanyi yang diinginkan, termasuklah dirinya sendiri.

Sementara itu, mengenai perkembangan terbaru, dia bersyukur kerana sejak menyertai pertandingan Mania (saluran Astro), peminat-peminatnya semakin bertambah termasuklah daripada negara Indonesia.

"Walaupun tidak sampai ke peringkat akhir, saya bersyukur Mania telah memberi peluang besar untuk saya lebih-lebih lagi apabila Ahmad Dhani turut terbabit dalam pertandingan ini.

"Dia (Dhani) telah memberikan platform kepada saya untuk mengembangkan karier nyanyian di Indonesia dan setakat ini kami masih lagi dalam perbincangan sama ada saya akan menjadi artis di bawah naungannya iaitu, Republik Cinta Management (RCM) atau tidak," tuturnya.

Tiupan Seruling Mohram Iringi Konsert Sami Yusuf

Posted: 06 Jun 2012 03:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiupan seruling dan beberapa instrumen lain sentuhan Mohram dijangka mampu memberi kelainan dalam konsert Salaam Sami Yusuf yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, dekat sini pada 4 Julai depan.

Salah seorang anggota Mohram iaitu Ramli berkata, elemen tempatan akan disuntik sebagai muzik latar konsert berkenaan bagi memenuhi permintaan Sami.

"Sami seorang yang suka kepada budaya dan muzik tempatan terutama di lokasi yang dia lakukan persembahan. Sebab itulah kami akan pastikan ciri-ciri tempatan ini diberi keutamaan dalam konsertnya nanti," katanya kepada mStar Online.

Selain Ramli, Mohram yang turut dianggotai oleh Mohar ini sebenarnya mempunyai pengalaman luas mengiringi persembahan penyanyi tersebut termasuklah di beberapa negara Timur Tengah dan Eropah.

Kata Ramli, atas faktor itu mereka yakin tidak berhadapan dengan masalah untuk melakukan kolaborasi dengan penyanyi tersebut.

"Sami adalah seorang yang benar-benar merendah diri dan amat mencintai muzik. Albumnya di Turki dan Mesir telah terjual melebihi 3 juta unit.

Sami Yusuf (kanan) bersama Ramli (Mohram).

"Dia memang menjadi kebanggaan masyarakat Islam di negara itu dan tentu sekali kedatangannya ke Malaysia mampu menarik perhatian peminat lagu-lagu beliau," katanya.

Sementara itu, wakil agensi pengiklanan dan promosi Shu Ellis Communications, Shuhainie Shamsudin berkata, Sami tidak hanya akan membuat persembahan di negara ini sebaliknya terlebih dahulu akan menghiburkan peminatnya di Singapura.

Ia akan diadakan pada 8 Julai depan di Singapore Indoor Stadium.

Katanya, untuk kedua-dua konsert berkenaan, Sami akan turut bergandingan dengan Datuk Siti Nurhaliza bagi mempopularkan lagu duet mereka iaitu "You Come To Me."

"Ramai yang beranggapan Sami Yusuf mungkin ada persamaan dengan Maher Zain tetapi sebenarnya muzik yang bakal beliau bawa adalah berbeza," jelasnya.

Tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan dijual serendah RM55 sehingga RM295 dan boleh dibeli dengan melayari www.airasiaRedtix.com.

Bagi pelajar, diskaun sebanyak 15 peratus akan diberi dengan pembelian melalui www.unic.my

Untuk maklumat mengenai tiket konsert boleh hubungi talian 03-87754666.

Penantian Dua Tahun Baby Shima Berbaloi

Posted: 06 Jun 2012 03:12 AM PDT

Baby Shima.

PETALING JAYA: Penyanyi baru, Baby Shima menjelaskan tidak menyesal kerana terpaksa menunggu selama dua tahun untuk muncul dengan single pertama selepas bergelar juara pertandingan Bintang Idola Berita Harian pada 2010.

Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 21, berkata, penantiannya itu berbaloi apabila berjaya mendapatkan khidmat komposer terkenal Edry Abdu Halil yang sudi mencipta lagu Tak Sabar untuknya.

"Saya cukup bertuah dapat bekerjasama dengan Edry kerana lagu ciptaannya yang magis dan sering mendapat perhatian pendengar.

"Apabila berpeluang bekerjasama dengannya penantian selama empat tahun sebelum ini dirasakan cukup berbaloi," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Baby Shima, sepanjang tempoh menunggu itu dia menyedari bahawa dunia hiburan ini bukanlah sekadar populariti semata-mata sebaliknya ia perlu disertakan dengan usaha dan kerja keras.

"Tiada jalan mudah dalam apa juga yang kita lakukan jika tidak disertakan dengan usaha dalam menggenggam sesuatu," ujarnya.

Dalam pada itu, Baby Shima memberitahu, dia telah mengambil seorang pembantu peribadi bagi memudahkan kerjaya seninya supaya dapat berjalan lancar.

Menurutnya kehadiran pembantu itu telah banyak mengubah landskap kerjayanya selain turut dibantu oleh pihak pengurusan iaitu AiCO Empire Group milik Adam (AF).

"Walaupun masih baru tetapi saya merasakan kehadiran pembantu peribadi itu cukup membantu tambahan pula saya masih baru dan tidak tahu selok-belok dunia hiburan," katanya.

Sementara itu, Baby Shima memberitahu dia dijangka akan muncul dengan album penuh selewat-lewatnya penghujung tahun ini dan berharap kerjaya nyanyiannya selepas itu akan lebih mekar dan dapat diterima ramai.

Bukan tanda lamaran

Posted: 06 Jun 2012 03:12 AM PDT

pix_gal0
Diana menangis terima cincin daripada Farid Kamil

BETAPA pun dia menyukai kuda, tidak pernah terlintas di fikiran pelakon, Diana Danielle, untuk memiliki haiwan terbabit mengenangkan kos penyelenggaraannya yang tinggi.
Namun, sempena ulang tahun hari lahirnya yang ke-19 dua tahun lalu, kekasihnya yang juga pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil, menghadiahkan haiwan berkenaan kepada si jelita ini.
Kalau betul kami akan berkahwin ataupun dia melamar Dee, kami akan berterus-terang kerana bagi kami, lebih baik semua orang tahu mengenai perhubungan ini. - Diana Danielle
Demi buah hati, Farid sanggup berbelanja besar. Apa yang penting, Diana gembira dengan hadiah diterimanya itu.

Farid yang turut meminati haiwan berkenaan, di samping harga yang ditawarkan pula amat berpatutan, membuatkan lelaki terbabit tertarik untuk memiliki dua ekor kuda dari Argentina pada harga RM7,000.

Bagaimanapun, Diana yang mesra disapa dengan panggilan Dee, berkata kos penyelenggaraan dan keperluan haiwan itu diuruskan sendiri oleh kekasihnya. Kuda terbabit kini ditempatkan di sebuah kelab polo.

"Sebelum dapat hadiah itu, dia (Farid) bawa Dee ke sebuah kelab kuda dan Dee rasa pelik kerana dibawa ke situ. Apabila ditunjukkan seekor kuda dan dia kata itulah hadiah untuk Dee, memang Dee rasa sangat terkejut.
"Dia beli dua ekor kerana ditawarkan dengan harga yang rendah. Lagipun, dapatlah seorang seekor. Sayangnya, kuda Farid mengalami jangkitan pada kaki dan tidak dapat diselamatkan. Sebab itu Dee tak sanggup untuk membela kuda kerana penyelenggaraannya sangat rumit," kata Diana yang kini giat mempromosikan filem terbaru lakonannya, Jiwa Taiko.

Menganggap dirinya bukan jenis suka meminta mahupun merajuk, setiap pemberian daripada Farid pula bukan kerana ingin memujuk hatinya. Sebaliknya kekasihnya itu gemar membuatkan dirinya menangis sebelum menghadiahkan sesuatu.

Melihat sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian di jari manisnya, Diana menjelaskan, barang kemas itulah pemberian paling bermakna baginya sepanjang tiga tahun menjalinkan hubungan cinta bersama Farid.

Kali pertama menerima sebentuk cincin pada hari ulang tahun percintaan mereka, pada 1 Januari lalu, cukup membuatkan hati Diana tersentuh dan ia sudah pasti mengukuhkan lagi ikatan kasih dua insan seni ini.

Malah, Diana mengakui dirinya cukup sebak sehingga menitiskan air mata ketika menerima pemberian cukup berharga itu.

Baginya, bukan nilai barangan itu yang dipandang, tetapi ketulusan hati Farid yang sangat memahami naluri wanita.

"Cincin mempunyai nilai sentimental tersendiri dan amat sinonim dalam perhubungan, jadi apabila dapat cincin, ia membuatkan Dee menangis. Sudahlah sebelum itu dia buat Dee menangis, apabila dapat cincin pun menangis lagi.

"Namun, cincin ini bukanlah tanda lamaran, tetapi sekadar bukti cinta kami. Kalau betul kami akan berkahwin ataupun dia melamar Dee, kami akan berterus-terang kerana bagi kami, lebih baik semua orang tahu mengenai perhubungan ini," katanya yang menantikan kemunculan filem terbaru, Hantu Gangster, Azazil dan Hanyut.

Bukan tidak pernah membincangkan soal berumahtangga, tetapi masih belum terlintas di fikiran mereka untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat kerana masing-masing mahu menumpukan kepada kerjaya seni terlebih dulu.

15 Selebriti Popular Sertai Acara '#TwtUpKami'

Posted: 06 Jun 2012 03:11 AM PDT

#TwtUpKami

KUALA LUMPUR: Lebih daripada 15 selebriti bakal memeriahkan program #TwtUpKami yang akan berlangsung pada 9 Jun ini di perkarangan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil.

Acara yang dianjurkan oleh Twitter Jaya, komuniti Twitter di negara ini, membawakan selebriti seperti Bunkface, Estranged, Noh Hujan, OAG, Flop Poppy dan Rosevelt.

Menurut wakil penganjurnya, Fadzmel Fadzil, tujuan pihaknya mengajak para selebriti menyertai program tersebut adalah untuk mengumpulkan peminat-peminat mereka serta masyarakat umum yang aktif dalam penggunaan Twitter.

"Pihak kami mengambil inisiatif menganjurkan #TwtUpKami bagi menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini dan pada masa sama mereka dapat bertemu dengan artis kegemaran masing-masing.

Noh (Hujan)

"Malah artis-artis yang hadir ini akan membuat persembahan dan lebih menarik lagi, kami turut membawakan kumpulan-kumpulan 'underground' yang semestinya memiliki golongan peminat yang tersendiri," katanya.

Tambah Fadzmel, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bermula dari pukul 9 pagi hingga 7 malam dan antaranya melibatkan acara seperti pertandingan sukan futsal yang dipanggil sebagai #TJFutsal2.

"Lebih menarik lagi acara tersebut akan turut menyaksikan penampilan istimewa daripada skuad futsal kebangsaan.

"Pertandingan bola keranjang iaitu #YbsCanJump juga dianjurkan dengan menampilkan kemunculan istimewa daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu serta Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan yang akan menunjukkan bakat mereka dalam sukan tersebut," tambah Fadzmel lagi.

Bunkface

Dalam pada itu, beberapa gerai menjual pelbagai barangan dan pakaian akan turut dibuka seperti Sooq Bazar serta Glam Bazar.

Mengenai #TwtUpKami, nama tersebut diambil daripada penggunaan #TwitUp yang bermaksud 'Twitter Meet Up' manakala 'Kami' pula membawa simbol sebuah perhimpunan yang melibatkan pengguna-pengguna Twitter.

"Di Malaysia sendiri, budaya #TwtUp tidak asing di kalangan masyarakat negara ini malah ia sangat popular terutama daripada kalangan generasi muda yang sering kali melibatkan diri dalam penganjuran program seumpama ini," ujarnya.

Untuk itu, orang ramai dijemput hadir ke #TwtUpKami dan maklumat lanjut boleh di dapati menerusi laman Twitter @TwtUpKami selain mendapat informasi daripada stesen radio FlyFM, HotFM dan OneFM.

Hero Filem 'Batman' Menangis Kerana Heath Ledger

Posted: 06 Jun 2012 03:10 AM PDT

Christian Bale menahan sebak apabila klip daripada filem Batman - The Dark Knight ditayangkan semasa Anugerah MTV pada Ahad lalu.

PELAKON utama filem Batman - The Dark Knight, Christian Bale menitiskan air mata apabila klip daripada beberapa babak dalam filem tersebut ditayangkan semasa anugerah MTV baru-baru ini.

Christian terharu dan sebak apabila mengenangkan rakan baiknya iaitu pelakon Heath Ledger yang turut berlakon bersamanya dalam filem berkenaan sebelum ditemui mati di apartmennya pada 2008.

Bale dan Ledger memang berkawan rapat semasa pembikinan filem itu dan dia tidak dapat menahan kesedihan apabila kelibat Ledger yang memegang watak sebagai Joker ditayangkan.

Namun babak sedih itu tidak berlangsung lama kerana selepas selesai video itu ditayangkan, Bale berjaya mengawal emosinya dan memberitahu kepada penonton dia seronok dapat mengenali dan bekerja dengan Ledger.

"Semoga dia tenang di sana," ujarnya ringkas.

Johnny Depp Terima Anugerah Ikon Fesyen

Posted: 06 Jun 2012 03:08 AM PDT

Johnny Depp.

PELAKON kacak, Johnny Depp mencipta sejarah apabila menjadi lelaki pertama menerima anugerah Ikon Fesyen pada malam Anugerah Fesyen Amerika pada Isnin.

Depp, 48, bagaimanapun tidak dapat menghadirkan diri kerana sedang menjalani penggambaran filem terbarunya.

Manakala pasangan adik-beradik kembar iaitu Mary-Kate dan Ashley Olsen sememangnya ratu dalam dunia fesyen apabila diumumkan sebagai penerima anugerah Pereka Fesyen Pakaian Wanita 2012.

Digelar sebagai anugerah Oscar dalam bidang fesyen, majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelbagai bintang ternama seperti Zoe Saldana, Julianne Hough, Dakota Fanning, Busy Philipps, Heather Graham dan Mandy Moore.

Turut hadir untuk menyampaikan anugerah adalah Jessica Chastain, Lily Collins dan Jessica Pare serta pereka fesyen terkenal Amerika seperti Rachel Zoe, Padma Lakshmi, Jessica Stam dan Sophia Bush.

Biarkan bayi bergerak sendiri

Posted: 06 Jun 2012 03:06 AM PDT

BIJAK...merangkak antara proses berjalan.
BIJAK...merangkak antara proses berjalan.

MEMANG comel apabila melihat bayi bergerak ke sana sini dengan laju sambil berteriak gembira ketika duduk di dalam kerusi beroda (walker) bayi biarpun masih belum mampu berjalan sendiri.

Walaupun ia mungkin dilihat membantu bayi belajar berjalan, sebenarnya penggunaan kerusi ini tidak memberikan sebarang kebaikan kepada bayi, sebaliknya mampu memudaratkan dirinya.

  • Foto

    LANGKAH PERTAMA...bayi mengambil masa untuk mempelajari teknik berjalan.

  • Foto

    BELUM PANDAI...bayi guna hujung jari kaki untuk bergerak.

  • Foto

    RISIKO...penggunaan kerusi beroda ini boleh membahayakan bayi.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak, setiap peralatan bayi perlu diperhalusi kepentingan dan manfaat penggunaannya kepada perkembangan tumbesaran bayi.

Ada ibu bapa berasa meletakkan anaknya di dalam kerusi beroda itu bukan saja mampu 'mempercepatkan' anaknya belajar berjalan, malah ia mampu menghiburkan anaknya.


Hakikatnya, ibu bapa seharusnya tahu bahawa penggunaan kerusi beroda itu sebenarnya melambatkan perkembangan motor tubuh anaknya, lebih parah ia juga melambatkan perkembangan mental bayi.


Kerusi beroda bayi memberi kebebasan bergerak kepada bayi melebihi had keupayaannya sendiri dan lebih pantas daripada tindakan yang boleh diambil ibu bapa untuk membantu sekiranya berlaku kemalangan.

Pada 1994, ketika kerusi bayi sangat popular di Amerika Syarikat (AS), Suruhanjaya Keselamatan Produk Pelanggan mengumumkan kerusi berkenaan bertanggungjawab menyebabkan kecederaan kepada bayi berbanding produk bayi yang lain.

Jenis kecederaan yang direkodkan antaranya membabitkan cedera kepala, patah tulang, patah gigi, melecur dan jari tersepit, hingga kes lebih ekstrem membabitkan pemotongan bahagian tubuh atau kematian.

Kebanyakan kecederaan yang berlaku disebabkan bayi terjatuh dari tangga selain cedera akibat bayi mencapai objek panas, berat dan beracun.

Disebabkan bahaya yang mengancam nyawa bayi, Kanada mengambil keputusan mengharamkan peralatan terbabit di negara itu pada 2004 dan sesiapa yang didapati memiliki peralatan bayi itu akan berhadapan dengan denda sehingga RM307,035 (CAD $100,000) atau enam bulan penjara.

Namun di sesetengah negara lain, kerusi bayi masih digunakan secara meluas dan kecederaan pada bayi akibat penggunaannya terus berlaku.

Pada usia antara enam bulan hingga setahun, bayi yang sihat mempunyai keinginan kuat untuk bergerak di atas kawasan rata.

Pada mulanya ia memang sukar bagi mereka kerana perlu berusaha untuk menggerakkan anggota badan, kaki, tangan dan menyempurnakan pergerakan seperti meregang, berguling dan merangkak.

Bayi berasa puas apabila mereka berjaya mencapai matlamat mereka seperti ingin memegang mainan yang berada di satu sudut ruang, selepas belajar menyusun pergerakan untuk sampai ke mainan itu. Kemudian bayi akan meneruskan perkembangan pergerakannya dengan berusaha untuk berdiri pula.

Namun penggunaan kerusi beroda bayi itu merampas semua keajaiban pembelajaran penggunaan motor tubuh bayi kerana ia melangkau semua proses yang sepatutnya dipelajari dan difahami secara perlahan-lahan oleh bayi.

Kerusi beroda itu menyebabkan mereka terus berdiri tidak kena pada masanya, tanpa belajar pergerakan lain terlebih dulu, menyebabkan bayi lambat berkembang dari segi mental.

Kekurangan terbesar kepada bayi yang menggunakan peralatan terbabit adalah mereka menunjukkan perkembangan yang lambat dari segi mental biarpun selepas mereka pandai berjalan sendiri.

Kejutan terbesar kepada ibu bapa adalah anak mereka yang menggunakan kerusi beroda itu menunjukkan perkembangan 10 bulan lebih lambat selepas sudah tahu berjalan.

Pakar perunding pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil berkata, ramai ibu bapa masih salah faham dan menganggap penggunaan kerusi beroda itu akan dapat mempercepatkan pergerakan dan mengajar anak mereka berjalan dengan lebih pantas sedangkan hakikatnya ia tidak sedemikian.

Katanya, penggunaan kerusi beroda bayi itu melambatkan lagi perkembangan bayi mereka dari segi fizikal serta mental.

"Lagipun penggunaannya sangat bahaya dan bayi boleh terdedah kepada risiko kemalangan yang boleh mencederakan kepala serta mengakibatkan pendarahan dalaman, seterusnya melambatkan lagi perkembangannya.

"Bayi yang menggunakan kerusi beroda ini tidak belajar berjalan sebenarnya kerana kaki mereka tidak betul-betul bertapak di lantai, sebaliknya hanya hujung jari yang digunakan untuk bergerak," katanya.

Katanya, bayi juga mudah terdedah kepada perkara yang membahayakan diri mereka sekiranya mereka bergerak dengan laju tanpa kawalan kerana mereka berdepan risiko tinggi terjatuh.

Bayi yang terjatuh dan terkena di bahagian kepala boleh mengalami pendarahan otak dan ada kes yang menyebabkan bayi mati akibat pendarahan otak selepas terjatuh daripada kerusi beroda itu.

"Ada ibu bapa yang mengikat kerusi itu dengan tali kerana tidak mahu bayi bergerak laju tetapi ia juga boleh menyebabkan mereka cedera kerana kerusi itu boleh terbalik ke depan dan bayi tersembam ke lantai.

"Ibu bapa seharusnya sedar mereka tidak perlu penggunaan kerusi beroda itu untuk mempercepatkan perkembangan bayi kerana ia langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada bayi, sebaliknya bahaya dan boleh mencederakan bayi," katanya.

Dr Yong Junina berkata, cara terbaik untuk membantu bayi berkembang dengan lebih cepat adalah dengan meletakkan bayi di atas permaidani atau tilam nipis supaya mereka boleh berkembang mengikut kadar sendiri.

Bayi perlu belajar meniarap, merangkak dan berjalan sendiri bagi membantu perkembangan fizikal dan mental yang sihat serta menjadikan mereka lebih bijak.

"Jika gunakan kerusi beroda itu, bayi tidak belajar proses meniarap dan merangkap dan ini seterusnya mengganggu perkembangan dan kebolehan bayi menggunakan mental dan fizikal untuk bergerak," katanya.

Hoore! Hoore! mengecewakan

Posted: 06 Jun 2012 03:03 AM PDT

AKIM dan Nurfarah Nazirah dalam filem Hoore! Hoore!. Gambar kecil, Saw Teong Hin.
AKIM dan Nurfarah Nazirah dalam filem Hoore! Hoore!. Gambar kecil, Saw Teong Hin.
Teong Hin tak sangka filem arahannya kurang sambutan

BERBANDING dua filem terdahulu, sambutan penonton terhadap filem ketiga arahannya kali ini iaitu Hoore! Hoore! memang cukup menghampakan Saw Teong Hin.
Selepas 10 hari ditayangkan bermula 24 Mei lalu, filem itu mencatatkan kutipan kasar RM330,000. Walaupun tidak meletakkan sasaran, namun sebagai pengarah, Teong Hin nyata sangat kecewa kerana tidak menjangka sama sekali Hoore! Hoore! mengalami nasib agak malang.
Saya tidaklah mengharapkan kutipan pecah panggung, tetapi dengan kutipan sebegini, tentu sekali saya tersinggung. Saya tidak menyangka keadaan menjadi sebegini rupa kerana jika melihat kepada komen diberikan terhadap filem ini, kebanyakannya positif. - Saw Teong Hin, Pengarah
Sebelum ini dia pernah mengarahkan filem Puteri Gunung Ledang dan Apa Kata Hati.

Filem Hoore! Hoore! mendapat ulasan positif daripada media selain laman sosial twitter dan facebook. Ia memberi gambaran filem itu boleh diterima masyarakat. Malangnya komen positif bagaikan tidak memberi kesan tetapi menjadi sebaliknya.
Di manakah kesilapan filem terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dan Real Filem Sdn Bhd sehingga kurang berjaya menarik minat penonton ke panggung? Adakah kesilapan pemilihan pelakon menyebabkan filem ini kurang laku? Atau kesilapan dari sudut promosi?

Kemungkinan juga penonton mahu menunggu filem Hoore! Hoore! muncul di Astro First.
Teong Hin tidak menafikan kelembapan industri perfileman antara faktor yang menjejaskan kutipan filemnya. Namun pada waktu sama, dia tidak tahu di manakah kesilapan filem itu. Kalau hendak menyalahkan pelakon, katanya, Hoore! Hoore! turut dimainkan barisan artis popular iaitu Fauziah Nawi, Harun Salim Bachik dan Adibah Noor. Malahan Akim juga bukan calang-calang nama.

"Saya tidaklah mengharapkan kutipan pecah panggung tetapi dengan kutipan yang sebegini, tentu sekali saya tersinggung. Saya tidak menyangka keadaan menjadi sebegini rupa kerana jika melihat kepada komen diberikan terhadap filem ini, kebanyakannya positif.

"Susah hendak cakap kenapa boleh jadi begini. Nak kata pelakon tidak popular, saya rasa pelakon yang membarisi filem ini tiada kurangnya. Tapi saya melihat mungkin tarikh filem ini ditayangkan tidak bersesuaian kerana perlu bersaing dengan filem luar.

"Pada waktu sama sebuah lagi filem Melayu yang juga berkonsepkan muzikal Aku Ada, Kau Ada dilancarkan pada tarikh sama. Saya sendiri keliru bagaimana mereka boleh membenarkan dua filem dari genre yang sama ditayangkan serentak, walhal sebelum ini FINAS pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan berbuat demikian.

"Saya juga tidak boleh menafikan populariti Shaheizy Sam secara tidak langsung menyebabkan penonton memilih filem itu berbanding Hoore! Hoore!" kata Teong Hin ketika dihubungi Hip.

Walaupun sukar menerima kenyataan itu, namun Teong Hin tidak akan berputus asa daripada terus mengarahkan filem. Katanya lagi, dia seorang yang sukakan cabaran.

"Saya tidak mampu meramalkan sambutan filem saya. Tetapi keadaan industri filem sekarang memang lembap, bayangkan filem daripada seorang pengarah terkenal seperti Afdlin Shauki, Berani Punya Budak pun hanya mencatatkan kutipan kasar kira-kira RM500,000 saja.

"Saya juga tidak mahu menyalahkan kepada genre. Sedangkan filem Magika yang berkonsepkan muzikal boleh pula diterima. Biarpun kecewa dengan pencapaian filem ini, saya tidak berputus asa dan mahu terus mengarah," katanya.

Hoore! Hoore! mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman lakonan pelakon baru Nurfarah Nazirah yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, lurus bendul tapi berhati baik. Namun dia masih memiliki ciri kewanitaan seperti gadis lain.

Filem ini turut mempertaruhkan 13 lagu popular nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang dinyanyikan sendiri oleh semua pelakonnya sebagai tanda ingatan buat penyanyi yang meninggal dunia 20 tahun lalu.

Antara cinta dan persahabatan

Posted: 06 Jun 2012 03:02 AM PDT

Antara cinta dan persahabatan
Antara cinta dan persahabatan

SEBUAH lagi telefilem menyayat hati, Janji Jujur Sepi, akan menemui penonton di slot Skrin di 9, pada 13 Jun, jam 8.30 malam, di TV9. Menampilkan selebriti popular Neelofa dan Beto Kusyairy sebagai peneraju utama, kisah cinta Janji Jujur Sepi mengisahkan hubungan Andy (Beto Kusyairy) dan Dhea (Neelofa).

Sejak jatuh cinta, Andy berusaha mendapatkan Dhea walaupun dia agak menjengkelkan di mata Dhea. Namun, setelah tujuh bulan mengenalinya, Dhea rasa semakin serasi bersama Andy.

Di saat cinta mereka semakin mekar, Andy terpaksa ke Perth, Australia, untuk menemui rakannya, Johan (Shah Iskandar). Dia berjanji akan pulang segera.

Namun setibanya di sana, Andy tersepit di antara cinta dan sahabat. Johan menghidap penyakit kritikal dan tiada penawar.

Lebih mengejutkan apabila Johan memintanya menjaga teman wanitanya, Vee (Izreen Azmindar). Andy serba salah kerana dia mencintai Dhea. Namun, dia terpaksa menurut kata Johan kerana pernah termakan budi. Dia kemudiannya terpaksa mengotakan janjinya untuk membahagiakan Vee.

Maka, bermulalah drama demi drama. Andy terpaksa memikat Vee, walaupun terpaksa. Pada masa sama, Andy tetap menagih cinta Dhea. Apakah Andy akan mengotakan janjinya terhadap Johan untuk membahagiakan Vee atau adakah dia akan mengikut kata hatinya untuk bersama Dhea? Pastikan anda menonton kesudahan telefilem Janji Jujur Sepi menerusi Skrin Di 9!.

Mizz Nina ingin ke antarabangsa

Posted: 06 Jun 2012 03:01 AM PDT

Mizz Nina ingin ke antarabangsa
Mizz Nina bersama suaminya, Noh Hujan.

Kejayaan yang diraih menerusi album solo pertama, What You Waiting For oleh figura bernama Mizz Nina ini, sememangnya memberi suntikan semangat buat dirinya untuk tampil dengan album terbaru, Take Over yang dilancarkan seminggu lalu.

Menganggap album pertama sebagai batu loncatan buat dirinya untuk melebarkan sayap dalam industri hiburan tanah air mahupun luar negara, pemegang nama Shazrina Azman kini lebih berani mengetengahkan muzik yang lebih mantap dan segar.

Ternyata, muzik dan lagu yang dibawa dalam album kedua ini lebih bertenaga dengan sentuhan komposer dan kolaborasi penyanyi hebat yang diakui mampu memberi impak yang luar biasa.

"Dalam album ini, saya masih bekerjasama dengan produser, Colby O'Donis, di mana dia juga telah membantu saya dalam single, What You Waiting For. Dalam Take Over, terdapat dua single dari sentuhannya iaitu Hit Me Up dan Cup Of Love. Lagu yang dihasilkan olehnya bagi saya, cukup hebat dan saya yakin ia mampu menghiburkan pendengar," katanya.

Mengakui Take Over adalah antara perkara yang menakjubkan dalam hidupnya, Mizz Nina berhasrat untuk mengetengahkan album itu bukan sahaja dalam negara, malah di peringkat antarabangsa.

"Sehingga kini, saya masih tidak percaya dapat menghasilkan sebuah album dengan karya-karya hebat dalam masa yang terdekat. Saya begitu teruja kerana dalam tempoh dua tahun sahaja, saya sudah memiliki dua buah album.

"Saya amat mengharapkan, peminat sentiasa menyokong dan memberi galakan kepada saya untuk terus berkarya dalam industri ini," katanya.


Sanggup berhabis

Pengalaman menghasilkan album pertama nyata memberinya pengajaran yang bermakna buat dirinya untuk terus maju dalam bidang nyanyian yang diakui sudah menjadi sebahagian dalam hidupnya.

"Album pertama saya sebelum ini boleh dikatakan agak kelam kabut, mungkin kerana saya tidak ada pengalaman untuk mengendalikannya dan bagi saya, ia telah menjadi pengajaran yang paling bermakna buat saya untuk album yang seterusnya.

"Kali ini dengan pengalaman yang ada, perancangan yang lebih terperinci telah kami lakukan supaya ia lebih konsisten," katanya.

Bercerita tentang kos yang dikeluarkan untuk menghasilkan album Take Over ini, Mizz Nina mengatakan ia bukanlah persoalan yang perlu diambil kira kerana apa yang penting baginya, Personaliti kepuasan dirinya untuk berkarya.

"Saya tidak kisah keluarkan kos yang besar kerana bagi saya, muzik yang saya perjuangkan selama ini adalah hidup dan minat saya. Saya mahu lakukan yang terbaik untuk album ini sehinggalah album Take Over ini mampu menembusi pasaran muzik antarabangsa," katanya.


Idam cahaya mata

Menyentuh mengenai perancangan menimang cahaya mata, Mizz Nina yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinannya yang pertama bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh pada 1 Julai ini mengatakan buat masa terdekat, dirinya masih belum bersedia untuk ke arah itu.

"Saya tidak nafi ada menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata, tetapi biarlah projek album ini selesai terlebih dahulu.

"Insya-Allah, kalau semuanya berjalan dengan lancar, kami akan berusaha untuk memiliki cahaya mata memandangkan tahun ini, saya sibuk dengan album ini," katanya.

Bagaimanapun, Mizz Nina turut mengharapkan peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kehidupannya.

JD, Dilly gamatkan pagi Mix FM

Posted: 06 Jun 2012 03:00 AM PDT

DJ Mix FM, JD dan Dilly
DJ Mix FM, JD dan Dilly
DJ Mix FM, JD dan Dilly
DJ Mix FM, JD dan Dilly
DJ Mix FM, JD dan Dilly
DJ Mix FM, JD dan Dilly

Bagi setiap stesen radio tempatan, segmen pagi adalah antara pengisian terpenting yang perlu diberi perhatian sepenuhnya untuk menarik lebih ramai pendengar . Setiap stesen pasti mempunyai daya tarikan masing-masing bagi menarik minat pendengar untuk terus setia memilih stesen kegemaran mereka.

Buat stesen radio Mix Fm, segmen pagi yang dikendalikan dua penyampainya iaitu JD dan Dilly sudah pastinya memiliki tarikan yang tersendiri dengan pengisian segmen yang menarik. Antara pengisian yang sentiasa mendapat perhatian pendengarnya adalah 'Battle Of Sexes' di mana segmen ini telah diwujudkan sejak dua tahun lalu.

Pertempuran antara kumpulan lelaki yang diwakili oleh JD dan kumpulan wanita yang diketuai oleh Dilly, dalam 'Battle of the Sexes' sejak April lalu telah sampai pada kemuncaknya. "Pertarungan ini dijalankan dengan menguji kebijaksanaan ahli kumpulan dengan soalan-soalan umum berasaskan jantina sekali gus mengumpul mata bagi ketua kumpulan masing-masing.

"Setiap mata terkumpul akan menyelamatkan salah seorang dari ketua kumpulan menerima hukuman penalti pada setiap akhir bulan," kata JD yang mewakili kumpulan lelaki. Terbukti, segmen ini mampu memberi saingan hebat buat stesen radio yang lain apabila berjaya mendapat perhatian daripada pendengar. Objektif penalt SEKALI lagi, kumpulan lelaki di bawah pengawasan ketua mereka, JD terpaksa akur kepada kumpulan wanita dengan pengumpulan mata 15 berbalas 6.

Menurut JD, kemenangan dua kali berturutturut oleh pasukan wanita ini membolehkan Dilly mengenakan hukuman penalti terhadapnya. "Kali ini saya wakil daripada pasukan lelaki telah dikenakan penalti untuk memikul tanggungjawab sebagai pekerja servis mengemas bilik selama satu jam di Westine Hotel, Kuala Lumpur.

"Pada masa sama saya telah diperhatikan oleh Dilly sepanjang saya sempurnakan tugasan mengemas katil, dan mencuci tandas," katanya. Setiap penalti yang dikenakan mempunyai objektif yang tersendiri. "Sepanjang segmen ini dijalankan, penalti yang dikenakan kepada kumpulan yang kalah adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat supaya tidak mengambil mudah dan memandang rendah terhadap pekerjaan yang melibatkan tugasan domestik.

"Ini kerana setiap pekerjaan mempunyai tanggungjawabnya tersendiri yang membawa manfaat kepada masyarakat," katanya. Eratka komunikas Walaupun ditewaskan dua kali berturut-turut, JD menganggap kekalahan kumpulan lelaki kali ini sebagai satu cabaran untuk lebih bersemangat bertanding pada episod yang akan datang.

"Dua kali dikalahkan bukan bermakna saya sebagai ketua kumpulan lelaki akan berputus asa malah kami akan terus memberi saingan hebat terhadap Dilly. "Saya harap, episod akan datang, kumpulan lelaki akan mendahului kumpulan perempuan supaya giliran melaksanakan penalti akan beralih kepada mereka," katanya.

Bagaimanapun, JD mengakui segmen 'Battle Of Sexes' beri banyak pengalaman buat dirinya di samping dapat mengeratkan lagi komunikasi antara pendengar yang menyertainya.

Chef Zam bantu anak Melayu menerusi Silverspoon

Posted: 06 Jun 2012 02:58 AM PDT

Chef Zam
Chef Zam
Chef Zam
Chef Zam

Tanpa kita sedari, golongan lelaki semakin mengatasi wanita dalam bidang masakan dan tidak hairanlah jika bidang ini dimonopoli oleh kaum lelaki. Lihat sahajalah kehadiran chef yang ada seperti Chef Zam, Datuk Chef Ismail, Datuk Chef Wan, Chef Shersen, Chef Riz dan Chef Kamarul. Nama mereka lebih popular dalam kalangan wanita yang sentiasa menonton rancangan masakan.

Chef Zam, atau nama sebenarnya, Zamzani Abdul Wahab, 42, bukan sahaja berjaya menarik penonton rancangan masakannya, malah pembabitannya dalam bidang masakan dibuktikan dengan penubuhan Kolej Antarabangsa Silverspoon (SIC) Giat mengorak langkah dalam membantu remaja yang mempunyai minat dalam bidang kulinari, SIC ditubuhkan pada 21 Julai 2010.

Kini, SIC berjaya menarik minat hampir 70 pelajar untuk mengikuti kelas yang disusun. "Saya menubuhkan kolej ini bersama dua lagi rakan kongsi. Kami turut menyediakan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

"SIC menawarkan pelbagai kursus seperti kulinari, pastri, bakeri serta penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, kami turut memberikan nilai tambahan seperti kursus keusahawanan dan aktiviti lain seperti penggambaran televisyen serta majalah," katanya.

SIC yang terletak di kawasan strategik, Pusat Perdagangan One Puchong, ini mampu memuatkan 200 pelajar dalam satu masa.

Lengkap dengan segala fasiliti seperti, bilik kuliah, bilik komputer, dapur komersial termasuk pastri dan bakeri, ruang rehat pelajar, perpustakaan engan kemudahan internet dan restoran. Katanya, SIC menawarkan beberapa kursus pengajian, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 & 2 Seni Kulinari, SKM Tahap 1 & 2 Pastri dan Bakeri, SKM Tahap 1 & 2 Perkhidmatan Makanan dan Minuman serta Program Skim Aprentis Industri Perhotelan.

Bukan sebarang kolej, SIC mendapat pengiktirafan daripada universiti luar negara, University of West London dan Universiti Johnson & Wales. Ia juga turut diiktiraf di Jabatan Pembangunan dan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

"Pengambilan sesi Julai akan dibuka tidak lama lagi. Sebarang maklumat boleh layari laman web www.silverspoon.my," katanya.


Bukan senang untuk senang

Bercerita mengenai pembabitannya dalam bidang masakan, Chef Zam akui bukan senang berada di tahap sekarang. Katanya, kesukaran yang dihadapi suatu ketika dahulu adalah penguat semangat untuknya terus mengejar kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi.

"Saya memang minat memasak kerana sering membantu ibu di dapur. Apabila tamat persekolahan, saya diterima ke Universiti Teknologi Mara untuk mengikuti Diploma in Chef Training pada tahun 1990.

"Tamat pengajian pada 1993, saya bekerja di hotel sementara. Akhirnya, pada tahun 1995, saya dapat biasiswa daripada Mara untuk sambung pengajian peringkat Ijazah di Amerika Syarikat," katanya yang pernah menjadi ketua chef di sebuah restoran di New York. Pada tahun 1997, Chef Zam membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia kerana merindui ibunya setelah tiga tahun tidak pulang.

"Sebelum balik, saya menghubungi beberapa tempat di Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan.

Alhamdulillah, saya diterima bekerja di Kolej Damansara Utama (KDU) walaupun hanya menjalani temuduga melalui telefon sahaja. "Ibu saya seorang ibu tunggal, jadi saya membawa dia untuk tinggal bersama saya di Petaling Jaya.

Ketika itu, saya hanya menyewa bilik kecil kerana tidak mampu mendapatkan rumah sewa. "Selama dua tahun, saya pergi kerja dengan teksi kerana tidak mampu beli kereta ketika itu. Dua tahun selepas itu, barulah dapat beli kereta, itupun hanya kereta terpakai," katanya yang berkhidmat di KDU selama enam tahun.

Pada 2001, kelibat Chef Zam mula dilihat menerusi rancangan televisyen dengan mengendalikan program masakan termasuk rancangan khas raya, Raya Rantau dan Cit Cat Raya.

"Pada tahun 2003, saya berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana di University of West London dan dapat biasiswa daripada universiti itu. "Ekoran masalah kewangan, saya telah bekerja sambilan untuk mempromosikan jenama makanan segera, Brahim's di sana. Dari situ, saya mengenali ramai orang dan mula menjalinkan perkenalan," katanya.


Pasarkan jenama makanan sendiri

Dilantik sebagai duta barangan elektrik, Philips, tahun ini adalah tahun keempat Chef Zam diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab itu. Selain itu juga, Chef Zam juga turut menerima tawaran untuk memperkenalkan produk minyak zaitun, Colavita, dan pasta jenama, Barilla. "Selain itu, saya kini memasarkan produk jenama sendiri, myChef.

Produk makanan beku itu mula memasuki pasar raya besar seluruh Malaysia.

"Semua produk yang diperkenalkan sememangnya sukar didapati di negara kita dan disediakan dengan kandungan kalori yang rendah," katanya yang mendapat gelaran Professor dari Universiti of West London pada Ogos tahun lalu.


PROFIL

Nama Penuh: Zamzani Abdul Wahab
Tarikh Lahir: 19 April 1970
Tempat Lahir: Kuala Terengganu
Hobi: Melancong, menonton wayang, membeli belah
Idola: Emeril Lagasse, Anton Mossiman, Jamie Oliver
Menetap: Kota Damansara
Pendidikan: Ijazah Sarjana di Universiti of West London
Rancangan Televisyen: Periuk Hangus, MyChef, Masakan bersama Marmite, Masam Manis Ramadhan, Heinz ABC Sweet Soy Sauce, Senyuman Kraft Singles Game Show, Siap Saji Scotts Towels, Healthy Living with PETRONAS, Pencarian IDEAL Chef Selebriti, What's Cooking with Marmite?, Ole-Ole Chef Zam & Fimie, Dunia Wanita, Asia's Best Kept Secret, Kuih Raya: Juara Antara Kolej, KanCheong Kitchen, The Flaming Chef, Serimas… Selera Dunia, Tak Tahan, Ole-Ole Malaysia, Berat Badan Unggul, Sucre Fest met Chef Zam, The Malaysian Invasion, Aroma Selebriti….MMVitaOils, Rahsia Rasa…. MMVita Oils, Romancing February, Garam Gula, Cak-Cak.

Daiichi perkenal empat model baru

Posted: 06 Jun 2012 02:58 AM PDT

Daiichi perkenal empat model baru
Johnnie (tengah) pada majlis pelancaran motosikal siri Daiichi.

SELARI dengan pelancaran empat model motosikal segmen pertengahan 'adventure & sports/touring', Daiichi Motors Sdn Bhd optimis perolehan syarikat meningkat sehingga RM30 juta tahun ini.

Pengurus Besarnya, Johnnie Ngu berkata, syarikat menyasarkan jualan tahunan bagi semua model antara 1,000 hingga 1,200 unit, purata 200 unit boleh dijual sebulan bermula
bulan depan.

Menurutnya, empat model diperkenalkan termasuk Megelli 250MR, Megelli 250SR, Megelli 250RR dan CFMOTO 650NK dan berhasrat meningkatkan jumlah penguasaan pasaran sehingga 1.5 peratus menjelang hujung tahun ini.

"80 peratus daripada jualan disumbangkan daripada modelMegelli 250RR. Syarikat telah melabur sebanyak RM8 juta (USD 2.5 juta) bagi penyelidikan dan pembangunan secara menyeluruh dalam tempoh dua tahun.

"Manakala, 30 peratus daripada jumlah jualan iaitu RM10 juta disalurkan bagi tujuan pengiklanan dan promosi," katanya pada majlis pelancaran siri Daiichi di Shah Alam, semalam.

Johnnie berkata, kilang pemasangannya terletak di Kuching dan mampu mengeluarkan 300 unit motosikal sehari. Sehingga kini, syarikat mempunyai 50 pengedar di seluruh Malaysia.

Mado tempa nama di Malaysia

Posted: 06 Jun 2012 02:57 AM PDT

Mado tempa nama di Malaysia
Pesuruhjaya Tinggi Turki di Malaysia, Yasin Temizken (tengah) dan Yasar Kanbur (dua, kanan) pada majlis pelancaran Mado Dessert Cafe's.

Aiskrim adalah antara pemanis mulut yang paling digemari ramai tidak kira orang dewasa mahu pun kanak-kanak. Dalam keadaan cuaca yang panas seperti hari ini, kedinginannya mampu memberi kesegaran kepada mereka yang menggemarinya. Kelahiran pelbagai jenama ais krim di Malaysia amnya, memberi pelbagai pilihan kepada penggemarnya.

Baru-baru ini, muncul satu lagi jenama aiskrim dari Turki yang membawa bersama keunikan dan kelazatan resipi turun temurun pengasasnya.


Miliki lebih 200 cawangan

MADO menawarkan rasa aiskrim sebenar kepada penggemarnya di dalam dan luar negara dengan rasa dan kualiti yang sama. Membuka kedai konsep pertama di Caddebostan, Istanbul pada 1992, kedai ini menjadi rantaian pertama dalam mendekatkan Turki dengan dunia luar.

Peralihan daripada hanya penjualan ais krim di tepi jalan ke kafe bermula dengan penubuhan kafe ini. Malah, Mado telahpun memenuhi permintaan berlainan dengan kelazatan pelbagai jenis perasa ais krimdan pencuci mulut.

Kejayaan membuka 20 cawangan dalam tempoh enam bulan menjadikan jenama ini antara jenama francais penting yang menggabungkan tradisi ais krim sejak 300 tahun dahulu dan 150 tahun pengalaman keluarga.

Kini, Mado mempunyai lebih 200 cawangan di tujuh negara termasuk Eropah dan Bulgaria dengan jumlah pengunjung melebihi 23 juta orang pada tahun lalu.Jenama Mado telah berkembang dengan jayanya dalam skop sistem francais, sekali gus menjadi antara jenama paling berjaya di Turki.

Bagi yang ingin menceburi bidang perniagaan, Mado antara pilihan yang ada kerana ia merupakan peneraju pasaran, mempunyai potensi yang berkembang dalam pasaran ais krim, produk berkualiti, segar, sihat dan lazat, rangkaian pengedaran yang kukuh serta penggunaan kawasan yang mudah dan selesa.


Giat terokai pasaran Asia

MENJADIKAN Malaysia sebagai pintu masuk untuk terus mengembangkan jenamanya ke seluruh Asia, Mado juga melihat peluang ini sebagai cara meluaskan budaya makanan ais krim di samping mendekatkan lagi jenamanya dengan pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yasar Kanbur berkata, kestabilan politik dan populasi penduduk yang besar antara sebab mengapa Malaysia dipilih sebagai platform untuk Mado memperkenalkan jenamanya di Asia.

"Malaysia akan mengalami program transformasi domestik di mana ia memerlukan teknologi dan perniagaan ekonomi yang baik. Apabila sesebuah perniagaan dibuka, ia memberi lebih banyak peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan ekonomi individu dan negara.

"Dengan pembukaan cawangan baru di Malaysia, kami bersedia melihat dunia tanpa sempadan kerana Mado adalah platform terbaik untuk rantau ini yang menawarkan produk premium berkualiti tinggi," katanya.


Buka kafe pertama di Bukit Bintang

BAGI mengukuhkan lagi operasinya di Malaysia, Mado telah membuka kafe pertamanya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan pelaburan sekitar RM3 juta termasuk untuk pengubah suaian, dan peralatan.

Menyifatkan kafe ini sebagai sesuatu yang unik dan berbeza, Mado nyata mempunyai strategi tersendiri untuk memberi perkhidmatan berasaskan teknologi kepada komuniti selain mengetengahkan pengendalian dengan konsep dan model berbeza.

Bagaimanapun bagi Yasar, pemilihan sesuatu lokasi adalah sangat penting dalam memastikan perniagaan yang dibangunkan berjalan lancar. Selain itu, Mado juga menggalakkan sesiapa yang berpeluang bekerja dengan Mado supaya mengambil peluang itu kerana pihak Mado akan memastikan kejayaan francaisinya.


Perancangan masa depan

DENGAN pelbagai pelan strategik yang telah diatur, Mado berhasrat membuka 15 kedai termasuk kios sekitar Lembah Klang dan seterusnya mencapai sasaran jualan RM130 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Mado turut berhasrat menjalankan sistem perniagaan dengan lebih besar dan menjadikan Malaysia sebagai pusat produknya dalam masa dua tahun lagi. Setelah itu, Mado akan terus memastikan rantaian bekalannya bertahan sebelum meneroka pasaran baru seperti Singapura, Thailand dan Indonesia.

LivingSocial.com.my memanfaatkan ahli, usahawan

Posted: 06 Jun 2012 02:54 AM PDT

LivingSocial.com.my memanfaatkan ahli, usahawan
Laman sesawang LivingSocial merupakan platform bermanfaat bagi ahli dan usahawan.

PELANCARAN LivingSocial.com.my sebagai aplikasi mudah alih percuma dilihat memanfaatkan ahlinya dan usahawan selari dengan gaya hidup pantas masa kini.

Pengarah Pemasaran LivingSocial Malaysia, Irene Foo berkata, teknologi serba baru itu menyediakan antara muka dan pelayaran yang mesra pengguna.

Menurutnya, ahli juga boleh memainkan peranan mereka dalam usaha membantu memulihara alam sekitar dengan menggunakan pilihan penebusan tanpa kertas iaitu mengemukakan
baucar menerusi telefon bimbit.

"Landasan baru ini juga menyediakan kemudahan pengesanan lokasi bagi memudahkan pelanggan menyemak dan merebut tawaran di kawasan berhampiran.

"Usahawan LivingSocial mendapat tahap pendedahan lebih tinggi dan kemudahan menggunakan pusat pedagang bagi menjejak jualan dan penebusan lebih ringkas serta senang,"
katanya.

Irene berkata, mereka juga boleh menawar dan memantau pelbagai tawaran sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan.

Katanya, syarikat berbangga kerana Malaysia ialah negara pertama di Asia untuk menikmati landasan baru menerusi penyepaduan peranti mudah alih tersebut.

Juwita-Handbags penuh citarasa

Posted: 06 Jun 2012 02:53 AM PDT

Juwita-Handbags penuh citarasa
Monizai menawarkan pelbagai tas tangan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

PERKEMBANGAN fesyen dan trend tas tangan berjenama yang dijual melalui laman sesawang pada masa kini mampu menarik perhatian kebanyakan wanita berkerjaya.

Menyedari hakikat itu, pemilik juwita-handbags.blogspot.com, Monizai Mohamed mula berjinak-jinak dengan penjualan tas tangan berjenama menerusi atas talian (online) berbanding sebelum ini hanya menjual pakaian wanita dan tudung.

Melihatkan perkembangan perniagaan atas talian semakin mendapat sambutan, Monizai tekad berhenti kerja dan menguruskan urus niaga online itu sepenuh masa pada 2008.

Tanpa mengeluarkan sebarang modal, beliau membangunkan blog diguna pakai, pelbagai corak dan reka bentuk tas tangan yang dilengkapi dengan imej, harga dan warna barangan.

Dengan hanya melayari blog tersebut, pelanggan berpeluang mendapatkan tas tangan dan dompet berjenama dan berkualiti dengan harga serendah RM100 hingga RM1,000.

Pelanggan dari serata dunia Monizai berkata, walaupun baru empat tahun menceburkan diri dengan perniagaan online, kebanyakan pelanggannya adalah di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, selain itu, kelainan diketengahkan mampu menarik perhatian pelanggan di beberapa negara dan mendapat tempahan dari Amerika, Australia, Kanada, Brunei dan Filipina sejak tahun lalu.

"Penawaran harga berpatutan dan mampu milik serta reka bentuk yang ringkas menjadi salah satu daya tarikan bagi produk Juwita. Penglibatan kebanyakan individu dalam perniagaan online, tidak pernah mematahkan semangat kerana telah mempunyai pelanggan tetap yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa jualan saya," katanya kepada Sinar Harian.


Pernah ditipu

Katanya, perniagaan online adalah berasaskan kepercayaan antara peniaga dan pelanggan kerana saling tidak mengenali.

"Tidak dinafikan sistem perniagaan begini mudah terjebak dengan kes penipuan, saya sendiri pernah mengalami pelanggan menipu mengenai bayaran dan batalkan tempahan di saat akhir.

"Apabila situasi tersebut melanda diri, saya hanya akan berfikiran positif dan lebih bersikap berhati-hati pada masa akan datang," katanya.

Mozaini berkata, bagi mengatasi masalah tersebut berulang, dia akan memastikan pelanggan menjelaskan bayaran penuh dan sertakan bukti pembayaran sebelum proses penghantaran.


Jaminan bergantung budi bicara

Menurutnya, penghantaran dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan ejen penghantaran Pos Laju dan Skynet kepada pelanggan di seluruh Malaysia termasuk Sabah serta Sarawak.

Katanya, tiada sebarang caj tambahan dikenakan kepada pelanggan dan harga bagi sesuatu produk itu adalah seperti mana yang dipaparkan pada blog tersebut.

"Saya akan memastikan barang berada dalam keadaan baik sebelum ia dibungkus. Jarang sekali berlaku kejadian pelanggan menerima barangan rosak. Bagaimanapun, jaminan sesuatu
barang bergantung pada budi bicara.

"Saya akan menilai kerosakan barang dan sekiranya didapati rosak sejurus pelanggan terima maka penggantian akan dilakukan," katanya.

Jom Niaga platform PKS pasar produk

Posted: 06 Jun 2012 02:51 AM PDT

Jom Niaga platform PKS pasar produk
Chef Zam menunjukkan demonstrasi masakan Antara produk usahawan PKS yang dipamerkan kepada pengunjung.
Jom Niaga platform PKS pasar produk
Antara produk usahawan PKS yang dipamerkan kepada pengunjung.

SHAH ALAM - Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana Jom Niaga yang bakal memasuki siri terakhir Jun depan, berjaya menarik kunjungan ramai usahawan dan orang ramai menyertainya.

Ketua Pegawai Operasi, Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp Malaysia), Datuk Hafsah Hashim berkata, himpunan tersebut dilihat menjadi platform terbaik kepada usahawan untuk memasarkan dan meluaskan produk serta mendapat pendedahan perniagaan.

Menurutnya, program anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan agensinya, SME Corp bertujuan mengumpul usahawan mikro, kecil dan sederhana berjaya melahirkan ramai usahawan berkaliber dalam kalangan belia.

"Bermula di Kelantan pada April lalu, ia turut diadakan di Selangor, Melaka, Sabah, Sarawak, Pahang dan Kedah, himpunan ini adalah medium penyampaian informasi terkini mengenai perusahaan dan memberi pendedahan melalui pelbagai aktiviti.

"Antara aktiviti yang telah dijalan-kan termasuk siri bengkel bersama Tekun Nasional, Majlis Amanah Rakyat (Mara), AgroBank dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di mana peserta berpeluang mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui skim pembiayaan yang disediakan agensi berkenaan menerusi segmen 'Bual-Bual Mesra'
(BBM)," katanya.

Hafsah berkata, penglibatan agensi kerajaan dan siri ceramah usahawan tempatan yang merangkumi topik 'Usahawan Mula Muda', 'Senjata Rahsia Perniagaan: 10 cara untuk Meningkatkan Anda personaliti' dan 'Usahawan Apakah Tiada Sains mahupun Seni' memberi peluang kepada IKS baru memulakan perniagaan.

"Tidak hanya tertumpu kepada usahawan, tetapi Jom Niaga adalah medium yang menyediakan pelbagai aktiviti bersama keluarga termasuk pameran kereta auto, pertandingan memasak, seramik serta demonstrasi membuat tembikar.

"Kanak-kanak turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik, termasuk penampilan istimewa maskot Upin & Ipin selain menyertai pertandingan mewarna," katanya.

Menurutnya, penampilan beberapa selebriti terkenal seperti Rosyam Nor, Linda Onn, Chef Zam dan Aziz Desa lebih memeriahkan himpunan menerusi segmen khas dalam berkongsi rahsia kejayaan kepada orang ramai.

"Program pembangunan dan bantuan yang ditawarkan Kerajaan melalui Kementerian dan agensi berkaitan dilancarkan setiap negeri.

"Penyertaan usahawan setiap himpunan semakin meningkat membabitkan 350 gerai tujuh negeri," katanya.

Menurutnya, himpunan ini platform menonjolkan isu mikro yang berkaitan keusahawanan dan mengubah pandangan umum yang menggunakan pendekatan pengurusan berbanding keusahawanan.

'Rindu mak, lama tidak jumpa mak'

Posted: 06 Jun 2012 02:49 AM PDT

'Rindu mak, lama tidak jumpa mak'
Jojo menunjukkan gambar ibunya.

JOHOR BAHRU – Tiada apa yang diinginkan oleh seorang anak ketika ini selain mengharapkan kepulangan ibunya, yang menghilangkan diri sejak enam bulan lalu.

Perasaan rindu yang tidak dizahirkan secara nyata itu jelas terpancar dari redup mata, Mohamad Hafiz Iskandar Mohamad Iskandar, 8, atau panggilan manjanya Jojo yang terlalu rindukan ibunya, Nur Elia Jaiman, 33, yang berasal dari Tanjong Pinang, Indonesia yang gagal pulang ke rumah sejak 15 Januari lalu.

"Rindu mak, lama tidak jumpa mak," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Bagi, tukang masak, Muhammad Iskandar Abdullah, 46, berkata isterinya tidak menunjukkan sikap pelik sebelum menghilangkan diri, malah sempat menghantarnya ke wad kerana diserang masalah jantung pada hari terbabit.

"Saya dimasukkan ke wad selama dua hari, di mana isteri yang mendaftarkan dan melayan saya dengan baik. "Apabila dibenarkan pulang, saya dapati semua barangan berharga dan dokumen perjalanan telah tiada. "Apa yang saya harapkan isteri pulang, dan saya bersedia memaafkan perbuatannya, demi anak kami," katanya yang telah berkahwin sejak sembilan tahun yang lalu.

Muhammad Iskandar risau akan tahap kesihatan anaknya yang kerap terjaga dari tidur kerana teringatkan ibunya. Katanya, anaknya juga dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat serangan asma. "Saya percaya isteri saya berada di negara ini dan erharap dia pulang demi anak kami," katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubunginya di talian 012-2399658.

RM20,000 dalam akaun lesap

Posted: 06 Jun 2012 02:47 AM PDT

Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim
Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim

KULIM - Seorang anggota polis, di sini terkejut apabila wang simpanan dalam akaun banknya lesap.

Mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dia telah membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000.

Menurutnya, namun memandangkan dia masih mempunyai baki pinjaman lalu di bank sama sebanyak RM30,000, dia hanya mendapat kelulusan pinjaman baru berjumlah RM20,000.

Dalam perjanjian dibuat bersama bank terlibat, mangsa dikehendaki membayar semula ansuran pinjaman RM50,000 dibuat secara potongan gaji sebanyak RM500 sebulan selama 15 tahun.

Mangsa berkata, namun menjadi masalah, apabila wang pinjaman yang disimpan dalam bank itu telah tiada dan pihak bank terbabit bersikap lepas tangan serta enggan mendengar penjelasan dibuatnya.

"Saya telah berjumpa dengan pegawai pejabat bank itu, tetapi pihak bank tidak dapat memberikan penjelasan terhadap kehilangan wang saya. Saya telah bertanya pegawai bank di Kuala Lumpur berkenaan masalah yang saya hadapi.

"Saya dimaklumkan wang saya telah dipindahkan ke akaun lain secara 'on-line'. Saya berasa curiga dengan kenyataan dibuat kerana sekiranya wang dalam akaun saya dipindahkan secara on-line, pastinya mereka boleh mengesan ke akaun mana duit simpanan saya itu dipindahkan. Pegawai bank itu juga ada menyebut beberapa nama, tetapi saya tidak mengenali mereka," katanya.

Kecewa layanan diberi, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kulim dan pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan penjelasan.

Menurutnya, dia percaya nama tersebut ada kaitan dengan pemindahan wang dalam akaunnya itu.

Katanya, namun apabila dia meminta pegawai itu menerangkan lebih lanjut berkenaan nama yang disebut, pegawai terlibat cuba mengelak.

"Saya sudah bertanya kepada pegawai penyiasat yang mengendalikan kes saya ini, malangnya bank masih tidak menghantarkan beberapa dokumen dikehendaki untuk tujuan siasatan. Saya beranggapan masalah kehilangan wang dalam akaun saya itu pastinya melibatkan pegawai bank itu sendiri," katanya.

Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, penipuan yang melibatkan institusi kewangan semakin menjadi-jadi dan semakin ramai pengguna menjadi mangsa.

Menurutnya, ada kalangan mereka diisytiharkan muflis semata-mata terpaksa membayar semula pinjaman yang tidak pernah dimohon.

"Saya meminta mangsa terlibat untuk tampil membuat laporan polis dan berjumpa dengan saya. Saya lihat permasalahan kehilangan wang dari akaun pengguna semakin menjadi-jadi dan ini akan menyusahkan peminjam.

"Cuba bayangkan bank memotong gaji si peminjam setiap bulan selama 15 tahun, sedangkan mangsa terpaksa menanggung kerugian kerana wang di dalam akaunnya digelapkan. Saya meminta Bank Negara supaya menyiasat permasalahan ini dengan lebih serius," katanya.

Mohd Zailan berkata, dia percaya ada dalang disebalik penipuan tersebut dan berharap sekiranya perkara itu gagal diselesaikan pihak bank, ia harus dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan.

Menurutnya, pihaknya telah menghantar surat kepada kementerian terlibat dan meminta kerajaan mengambil serius berkenaan penipuan seumpamanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kes itu akan disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial dan meminta mangsa bersabar.

Katanya, polis telah menghubungi bank terlibat dan meminta pihak berkenaan menyerahkan beberapa dokumen diperlukan bagi membantu siasatan.

"Masalah seumpama itu berlaku di beberapa bank dan sehingga kini polis telah menerima lebih tiga laporan permasalahan melibatkan syarikat kewangan terutama bank.

"Selain kehilangan wang dalam akaun, polis turut menerima laporan dimana mereka yang tidak mempunyai kad kredit terpaksa menanggung hutang setelah dikatakan memiliki kad itu," katanya.

Barang kemas RM300,000 lesap

Posted: 06 Jun 2012 02:45 AM PDT

tauke emas
Seing Ai, (duduk depan) buntu memikirkan kejadian kedainya yang dipecah masuk
malam kelmarin. (Atas)Siling yang ditebuk pencuri.
dinding lubang
Peti besi yang ditebuk menggunakan gerudi dalam kejadian terbabit.

KOTA BHARU - Seorang peniaga kedai emas terpaksa berputih mata, selepas kedainya dipecah masuk, di Pasir Tumboh, malam kelmarin.

Akibat kejadian itu, Lu Seing Ai, 49, mengalami kerugian kira-kira RM300,000.

Seing Ai berkata, dia hanya menyedari mengenai kejadian itu, kira-kira jam 12 tengah hari untuk memulakan perniagaan, dan melihat kedai berselerak.

"Saya memeriksa peti besi tempat menyimpan barangan kemas dan mendapati ia ditebuk dengan menggunakan gerudi dan kesemua barangan kemas dilarikan. Terkejut melihat keadaan itu, saya terus menaiki tangga kedai dan melihat siling di bahagian atas ditebuk dan mengesyaki pencuri itu menggunakan tali menyusup masuk ke dalam kedai," katanya.

Menurutnya, kejadian terbabit berlaku begitu pantas dan dia masih trauma.

"Ini merupakan kejadian ketiga sepanjang 26 tahun berniaga dan kejadian seumpama itu pernah berlaku namun saya tidak menanggung kerugian yang banyak. Saya masih buntu namun mengharapkan polis dapat melakukan siasatan bagi menahan penjenayah yang terlibat dalam kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assistan Komisioner Azham Othman berkata, berdasarkan siasatan, dipercayai kedai itu dipecah masuk kira-kira jam 12 hingga 1 pagi.

"Walaupun kedai terbabit mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), penjenayah itu berjaya masuk ke dalam kedai melalui siling selain menebuk tempat simpanan emas dalam kedai itu dengan menggunakan gerudi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Azham berkata, pihaknya mengesyaki kejadian terbabit melibatkan lebih dari seorang penjenayah.

"Sehingga hari ini pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut dan mengharapkan jika orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada balai-balai polis terdekat bagi membantu menyelesaikan kes," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan