RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Cincin, kuda lambang cinta

Posted: 05 Jun 2012 03:40 AM PDT

  • Foto

  • Foto

Farid takkan lamar Diana Danielle dalam masa terdekat

LELAKI ini mengaku pernah menghadiah sebentuk cincin berlian kepada kekasihnya, pelakon Diana Danielle.
Begitupun tegas aktor yang juga pengarah filem, Farid Kamil, mereka berdua belum bertunang, sebaliknya cincin berkenaan hanyalah simbolik tanda kasih sempena ulang tahun ketiga percintaan mereka.
Menganggap perhubungan mereka masih baru dan perlu masing-masing perlu memberi peluang untuk meneroka lebih jauh lagi dalam bidang seni, Farid berasakan perancangan masa depan perlu diatur sebaik mungkin sebelum mereka mengambil tindakan untuk menaiki jenjang pelamin.
Namun begitu dia tidak menolak, detik lamaran akan tiba juga kelak, tetapi bukanlah dalam masa terdekat.

Manakala cincin berkenaan pula dihulurkan sebagai hadiah buat si kekasih, selain usahanya memujuk hati gadis dicintainya.

Mungkin pemberian cincin dilihat sebagai amalan romantik biasa dalam percintaan, namun dua tahun lalu, Farid juga pernah menghadiahkan seekor kuda kepada pelakon filem Dalam Botol itu, sempena ulang tahun hari lahirnya yang ke-19.

"Sebelum dapat apa-apa barang daripada saya, saya akan buat dia menangis dulu. Apabila sudah sampai kemuncak tangisannya, baru saya kejutkan dia dengan hadiah istimewa.
"Kerana dia minat sangat dengan haiwan berkenaan, jadi saya menghadiahkan seekor kuda untuknya.

Cincin pula, walaupun kecil dan murah, tetapi bagi golongan wanita, ia tetap sesuatu yang tidak ternilai harganya," katanya yang mengaku belum terfikir menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Farid, yang kini lebih terbuka untuk berbicara soal cinta, berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Kembara Menjejak Al-Hambra' Menyusuri Kegemilangan Sejarah Islam Di Bumi Andalusia - Sepanyol dan Maghribi bersama Farid Kamil, tajaan Speed Travel and Tours Sdn Bhd di Bangsar, semalam.

Menganggap perhubungan mereka masih baru dan perlu masing-masing perlu memberi peluang untuk meneroka lebih jauh lagi dalam bidang seni, Farid berasakan perancangan masa depan perlu diatur sebaik mungkin sebelum mereka mengambil tindakan untuk menaiki jenjang pelamin.

Kesibukan dalam bidang seni pula tidak pernah menghalang keutuhan cinta antara kedua-duanya. Bahkan lelaki ini menganggap kehidupannya sekarang lebih tersusun, dan dia sendiri dapat memberikan tumpuan kepada kehidupan dengan lebih sempurna, berbanding beberapa tahun lalu.

Sementara itu, menyaksikan sendiri aksi ghairah kekasihnya bersama Remy Ishak dalam filem Jiwa Taiko yang akan menemui penonton 14 Jun ini, Farid mengaku sedikit pun tidak timbul rasa marah mahupun terkilan. Dia amat memahami tuntutan watak dan cerita yang perlu dijayakan aktres terbabit.

Tak mahu abai kerjaya seni kerana persatuan

JIKA sebelum ini Farid dilihat begitu sibuk dengan pengajian dan lakonan, sehingga mengabaikan dirinya sendiri, kini hidupnya lebih teratur selepas dua tahun menyepikan diri dari dunia seni.

"Saya bukan hilang, tetapi dalam tempoh dua tahun itu saya banyak meluangkan masa untuk diri sendiri, serta mencari hala tuju dalam dunia seni.

"Sekarang saya sudah menguasai dua bidang iaitu lakonan dan pengarahan, tetapi saya tetap lebih bertumpu pada lakonan kerana masih banyak aspek perlu saya pelajari dalam arahan," katanya yang akan menjalani penggambaran filem Dampak bersama Aaron Aziz, pertengahan Jun ini.

Masih berbaki tujuh filem terbitan Metrowealth Pictures yang perlu diarahkan selepas Kongsi, V3 dan terbaru Per3, Farid turut bekerjasama dengan pengarah, Hashim Rejab, dalam filem terbaru berjudul Bodyguard Dari Kedah.

Menyentuh soal aktiviti berpersatuan pula Farid berkata, dirinya lebih berminat untuk terbabit sebagai ahli biasa.

Kesibukan dengan aktiviti lakonan dan arahan sedikit sebanyak mengehadkan pembabitannya dalam kegiatan sebegitu dan dia sendiri enggan menggadai karier seni kerana mengejar kedudukan dalam sesebuah pertubuhan seni.
"Bila kita sibuk dengan berpersatuan, kita abaikan kerjaya sampaikan diri sendiri pun kita lupa.

"Setiap anak seni ada matlamat dan arah tuju, tetapi jika kita sibuk berpersatuan, kita lupa matlamat asal. Berat bagi saya untuk aktif berpersatuan," katanya yang kini menunggu filem terbarunya, Hantu Gangster, ditayangkan kepada umum.

Izreen Azminda Kahwin Bukan Sebab Kecewa Dengan Johan As’ari

Posted: 05 Jun 2012 03:39 AM PDT

Izreen Azminda

PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda berkata perancangan untuk berkahwin dengan Muhd. Riza Baharudin pada 30 Ogos depan bukan dipengaruhi perasaan kecewa selepas kegagalan hubungannya dengan aktor Johan As'ari.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 26, berkata keputusan mengahwini jurukamera bebas berusia 29 tahun itu adalah kerana dia sudah tidak sabar untuk bergelar isteri selain memiliki anak sendiri.

"Saya berkahwin bukan kerana marah, kecewa atau mahu membuktikan sesuatu kepada Johan. Tiada apa yang hendak dikenangkan, perkara itu sudah berlalu. Biarlah ia jadi teladan.

"Saya sudah bertemu dengan lelaki yang sesuai, jadi apabila Riza melamar, buat apa saya tunggu lama-lama. Lagipun, saya bukannya muda sangat. Pada tarikh pernikahan kami pada 30 Ogos depan, umur saya akan mencecah 27 tahun," katanya kepada mStar Online.

Aktres drama Tentang Dhia itu bertunang dengan Muhd. Riza di Pusat Aktiviti Pejabat Daerah Kota Setar, Kedah pada 1 Januari lalu.

Pada majlis itu, kedua-dua pihak sudah menetapkan wang hantaran sejumlah RM19,001 dan mas kahwin RM999 untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung kira-kira 10 hari selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Ditanya mengenai kontroversi yang mendakwa tunangnya seorang lelaki yang bermasalah dan bukan seorang yang berkedudukan tinggi, Izreen berkata dia menerima lelaki itu kerana yakin dan serasi untuk hidup bersama.

"Apa juga yang pernah berlaku dalam hidup saya atau Riza adalah perkara yang lepas dan tidak mahu dikenangkan lagi. Orang luar boleh bercakap dan membuat andaian apa saja walaupun mereka tidak mengetahui cerita yang sebenar.

"Saya menerima dia kerana keserasian dan kepercayaan walaupun kami baru berkawan dalam tempoh yang singkat," katanya.

Ringkas mengenai perkembangan terkini, Izreen berkata dia baru saja menamatkan penggambaran drama bersiri Suri untuk TV3 dan telefilem Janji 7 Sepi (TV9).

"Saya baru sangat menamatkan penggambaran drama Suri untuk TV3. Tidak lama lagi telefilem terbaru lakonan saya di samping Neelofa dan Beto Kusyairy berjudul Janji 7 Sepi akan ditayangkan di TV9.

"Sekarang saya sedang terlibat dengan penggambaran program Jalan Jalan Cari Makan (TV3) sebagai tetamu undangan," katanya yang bakal muncul dengan dua filem Pak Pong dan Pecah pada tahun depan.

Yayasan P. Ramlee Dapat RM1 Juta

Posted: 05 Jun 2012 03:38 AM PDT

Seniman Datuk Aziz Satar (kanan) bercerita mengenai kenangannya dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas (kiri) selepas pelancaran program P. Ramlee dalam kenangan di Auditorium P. Ramlee, Kompleks Pustaka Warisan di Georgetown, Isnin.

PETALING JAYA: Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kepada industri perfileman negara, kerajaan dijangka melancarkan Yayasan P. Ramlee dengan dana permulaan RM1 juta.

Harian Metro pada Selasa melaporkan, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (ANM) Daserah Ismail berkata, dana itu digunakan bagi menampung aktiviti seni serta kebajikan seniman.

"Dana itu bagi memperingati sempena pemergian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang banyak menabur bakti melalui karyanya yang mengandungi ilmu tersirat.

"Dalam usaha mengkaji semua karya Allahyarham secara teliti dan serius, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim akan mewujudkan Kursi Pengajian P. Ramlee di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)," katanya pada Majlis Pelancaran Program P. Ramlee Dalam Kenangan di sini, Isnin.

Majlis itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di Auditorium P. Ramlee, Kompleks Pustaka Warisan Seni di sini.

Erra Fazira Minta Hentikan Fitnah Masalah Rumah Tangganya

Posted: 05 Jun 2012 03:37 AM PDT

Erra Fazira

PETALING JAYA: Pelakon jelita, Erra Fazira sekali lagi menyangkal desas-desus kononnya dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin telah mendapatkan khidmat kaunseling bagi mencari penyelesaian kemelut rumah tangga yang dihadapi mereka.

Beliau meminta pihak yang menggembar-gemburkan hal berkenaan agar menghentikan perkara itu.

Menurut Erra, dia tidak pernah berjumpa dengan mana-mana kaunselor untuk meminta nasihat dan menganggap khabar angin terbaru itu sebagai mengarut.

"Macam-macam cerita orang bercakap mengenai perihal rumah tangga saya dan seolah-olah mereka lebih mengetahui apa yang berlaku berbanding diri saya sendiri.

"Jadi langkah yang lebih baik adalah untuk menutup mulut daripada banyak berkata-kata dan membiarkan apa sahaja kata-kata orang kerana saya tidak berdaya untuk menutup mulut mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan yang mengaitkan pasangan itu.

Dalam pada itu, Erra berkata, kehidupannya suami isteri bukanlah seperti kisah dongeng sebaliknya mereka melalui seperti mana pasangan berkahwin yang lain.

Erra memberitahu, selisih faham antara suami isteri adalah perkara biasa dan ia juga terjadi dalam perkahwinannya.

"Itu adalah perkara biasa dalam kehidupan berkahwin dan tiada apa yang perlu diperbesar-besarkan," ujarnya.

Bagaimanapun kata Erra, dia agak terkilan apabila muncul gosip-gosip keterlaluan mengenai rumah tangganya dan berharap perkara itu dapat dihentikan.

Tisha (Mentor 6) Tinggalkan Kelantan Untuk Jadi Penyanyi

Posted: 05 Jun 2012 03:36 AM PDT

Tisha

SHAH ALAM: Protege kepada penyanyi Ferhad dalam Mentor 6, Tisha, 26, membuat keputusan meninggalkan kampung halamannya di Pasir Puteh, Kelantan untuk menetap di Kuala Lumpur (KL) semata-mata untuk bergelar penyanyi.

Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam berkata, walaupun gagal bertanding ke peringkat akhir pertandingan Mentor 6, dia tidak akan tinggal di kampungnya untuk menjalani rutin seperti sebelum ini.

"Sebelum ini, saya gagal di peringkat uji bakat Mentor 6 dan pulang ke kampung dengan sedih. Apabila salah seorang peserta menarik diri, saya diberi peluang untuk menunjukkan bakat dalam program tersebut.

"Peluang sebegitu jarang dimiliki oleh sesiapa pun dan sebab itu saya rasakan menyertai Mentor 6 ibaratkan seperti langkah pertama saya untuk menjadi seorang penyanyi.

"Saya nekad untuk berhijrah ke KL meninggalkan kampung dan akan pulang sekali sekala sahaja," katanya.

Dalam pertandingan peringkat Separuh Akhir Mentor 6 pada Ahad lalu, Tisha mendapat undian terendah iaitu sebanyak 86 markah.

Kekalahan tersebut menyebabkan pesaingnya iaitu Anas, Caroline dan Zatul akan berentap pada acara kemuncak yang akan berlangsung pada 10 Jun ini.

Tambah Tisha, dia juga bersyukur kerana Ferhad sudi mengambilnya sebagai artis di bawah naungan syarikatnya iaitu Beaming Stars Management.

Malah Tisha akan muncul dengan sebuah 'single' lagu pertama pada bulan September nanti sebagai taruhan pertamanya dalam industri muzik tempatan.

"Sementara saya masih lagi dikenali, saya tidak akan mengambil masa yang lama untuk muncul dengan sebuah lagu baru.

"Muzik yang akan ditampilkan lebih kepada konsep 'R&B'. Saya percaya, dengan bantuan Ferhad dan usaha yang keras, Insya-Allah, impian bergelar penyanyi yang berjaya pasti akan tercapai," tuturnya.

Menurut Tisha lagi, dia dan Ferhad masih lagi dalam perbincangan untuk memilih lagu yang sesuai.

Farid Kamil Tidak Minat Sertai Persatuan Artis

Posted: 05 Jun 2012 03:35 AM PDT

Farid Kamil.

KUALA LUMPUR: Pelakon Farid Kamil tidak berminat untuk bergiat aktif melalui mana-mana persatuan seni di negara ini walaupun sudah sembilan tahun terlibat dalam industri hiburan tempatan.

Farid berkata, keputusan tidak menyertai persatuan adalah kerana kedudukannya sebagai seorang artis yang terlalu sibuk dan merasakan dia tidak mampu untuk memikul tanggungjawab besar dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

"Saya tidak aktif dalam persatuan kerana saya boleh dikategorikan sebagai penggiat seni yang aktif dan memiliki visi dan misi secara individu.

"Berbeza pula dengan persatuan, mereka mewakili seluruh industri seni tempatan dan ia bukanlah satu tugasan yang ringan untuk dilakukan, kerana banyak perkara yang membabitkan hak artis yang perlu diperjuangkan," katanya pada majlis Pelancaran 'Kembara Menjejak Al-Hamra' bersama Farid Kamil di restoran Rebung, di sini, Isnin.

Tambah Farid, walaupun tidak aktif, sebagai ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), dia tetap menyokong dan mengambil berat tentang isu-isu semasa yang membabitkan persatuan tersebut.

Farid dan pengarah saforgotravel.com, Muhamad Abd Latif.

Sementara itu, mengenai 'Kembara Menjejak Al-Hamra', Farid mengajak para peminatnya untuk bersama-sama bercuti di dua buah negara yang penuh dengan sejarah keislaman dunia iaitu Sepanyol dan Maghribi bermula pada 11 hingga 22 November depan.

Antara destinasi yang akan dikunjungi di Sepanyol ialah Kota Madrid, stadium bola sepak Real Madrid, Toledo, Cardoba, Costa De Sol dan Algreciras.

Manakala di Maghribi pula, peminat-peminat Farid akan dibawa melawat ke ibu negaranya iaitu Casablanca, Fez, Old Medina, Marrakesh, Rabat dan Tangiers.

"Negara yang saya tidak sabar-sabar untuk lawati ialah Sepanyol dan stadium bola sepak Real Madrid adalah lokasi pertama yang ingin dilawati.

"Saya percaya para peminat pasti akan seronok dengan percutian ini dan akan membawa ibu untuk turut serta. Ia merupakan hadiah daripada saya selepas menghantarnya menunaikan Umrah pada Mac lalu," ujarnya yang menjadi ikon kepada pakej percutian tersebut anjuran safirgotravel.com.

Bagi yang ingin menyertai 'Kembara Menjejak Al-Hamra', pakej bagi seorang dewasa adalah sebanyak RM9,990 manakala bagi golongan warga emas, diskaun diberi dengan harga RM9,880 (seorang).

Tempahan boleh dilakukan dengan melayari safirgotravel.com atau menghubungi talian 03-83204090, 03-89203040 dan 019-3151038.

Orang ramai juga boleh membuat tempahan dengan berkunjung terus ke pejabat urusan Speed Travel & Tours Sdn Bhd, 45B jalan 3/69, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.

20 Lagu Baru Sempena 'Majlis Cipta Ekspres 2012'

Posted: 05 Jun 2012 03:35 AM PDT

Habsah Hassan

KUALA LUMPUR: Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) akan menganjurkan majlis Cinta Ekspres 2012 pada 11 hingga 14 Jun ini yang bertujuan menambahkan khazanah lagu-lagu di kalangan ahli badan itu.

Ia akan berlangsung di Residence Desa Lagoon Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pengerusinya, Habsah Hassan berkata, pada majlis itu nanti komposer dan penulis lirik akan membawa karya masing-masing dari rumah dan mereka akan melalui proses pertukaran karya yang akan dilakukan seacara undian.

"Seorang komposer akan menerima sebuah lirik dan dia akan menghasilkan lagu berdasarkan lirik itu manakala komposer berkenaan pula akan memberikan lagunya kepada mana-mana penulis lirik untuk mendapatkan seni kata yang menarik.

"Cara itu dibuat untuk membolehkan kedua-dua pengkarya berkenaan dapat bekerja dengan sesiapa sahaja," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Isnin.

Katanya, proses itu dilihat akan lebih adil setiap pengkarya tidak bersikap memilih individu yang mereka suka untuk menjalinkan kerjasama.

Dijangkakan 20 lagu berserta lirik yang lengkap dapat dihasilkan sepanjang berlangsungnya program tersebut.

Sementara itu mengenai pemilihan peserta, Habsah memberitahu Cipta Ekspres 2012 membuka peluang kepada ahli yang belum pernah menyertainya terutama kepada karyawan muda.

Selain penciptaan lagu dan lirik serta pembikinan muzik, Cipta Ekspres 2012 mengadakan aktiviti sukan di kalangan peserta yang akan diketuai oleh penulis lirik prolifik negara, Ad Samad.

Komposer dan penulis lirik yang ingin menyertai majlis berkenaan bolehlah menghubungi MACP di talian 03-62078638.

Syarikat rakaman dan juga individu yang mahu mencari lagu baru juga dialu-alukan untuk menyertainya.

Badan Robert Pattinson Belum Sasa Untuk Berlakon Filem Aksi

Posted: 05 Jun 2012 03:34 AM PDT

Robert Pattinson

PELAKON Robert Pattinson mengakui tidak berani membawa watak dalam filem aksi kerana beranggapan tubuh badannya masih belum cukup sasa.

Robert berkata, hal tersebut membuatkan dia lebih selesa mengambil watak biasa yang tidak terlalu menunjukkan tubuh badannya yang kurus itu.

"Rasanya bentuk fizikal badan saya tidak membenarkan saya untuk mengambil watak-watak hero yang memerlukan saya berlakon pelbagai jenis aksi lasak.

"Mungkin juga saya belum cukup lasak dan sasa bagi filem-filem robot," katanya kepada Contactmusic.

Dalam pada itu, Robert turut mengakui yang dia kurang berkeyakinan untuk menerima tawaran filem-filem aksi.

Elton John Risau Kesihatan Lady Gaga

Posted: 05 Jun 2012 03:33 AM PDT

Elton John

PENYANYI Elton John begitu prihatin dan risau apabila rakannya Lady Gaga terlalu bekerja keras sehingga tidak mengendahkan kesihatannya.

Menurut laporan Contactmusic, Elton John mengakui sangat risau melihat 'obsesi' kerja bintang pop itu yang juga merupakan ibu angkat kepada anaknya, Zachary.

"Apabila meligat Gaga, saya berfikir bagaimana dia melakukan semua ini? Saya ada berbincang dengan ibu dan bapanya tentang hal ini dan mereka juga risau dengan kesihatan Gaga.

Lady Gaga

"Dia semakin lemah dan tidak mahu makan. Tambah pula dia seorang wanita yang memerlukan tenaga untuk bekerja keras.

"Bayangkan, untuk satu malam, dia akan berada di negara Denmark dan esoknya pula di Arab Saudi. Bukan mudah untuknya melakukan perkara itu dan ia amat merisaukan saya," katanya.

Gaga kini begitu sibuk dengan konsert jelajah Born This Way di seluruh dunia sejak awal Januari lalu.

Persandingan dalam taman

Posted: 05 Jun 2012 03:30 AM PDT

Nur Fasha Sandha Hassan di lokasi persandingannya bersama lelaki yang berjaya menambat jiwanya, Rizal Ashram Ramli.
Nur Fasha Sandha Hassan di lokasi persandingannya bersama lelaki yang berjaya menambat jiwanya, Rizal Ashram Ramli.

MERENTASI ladang tebu saujana mata memandang di Padang Besar, Perlis dan kemudian melewati pemandangan indah di pekan kecil, begitu mengundang rasa damai pada setiap pengembara.

Memang betullah kata-kata pengantin perempuan, Nur Fasha Sandha Hassan bahawa kampung halamannya begitu cantik untuk dijadikan lokasi persandingannya bersama lelaki yang berjaya menambat jiwanya, Rizal Ashram Ramli.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Lantas petang Ahad lalu, berlatar belakangkan Tasik Timah Tasoh luas dengan persekitaran keliling banjaran bukit, Fasha dan suaminya, Rizal sekali lagi diraikan dalam majlis resepsi untuk sebelah keluarga perempuan dengan meriah.

Pasangan yang diijabkabulkan pada 27 April lalu dalam majlis pernikahan tertutup di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur itu tampil dalam persalinan Melayu tradisional sentuhan pereka fesyen, Rizman Ruzaini di depan kira-kira 2,000 tetamu yang terdiri daripada kalangan keluarga, sahabat, teman media dan peminat daripada kelab We Love Fasha Sandha.


Ujar Fasha yang ditemui pada majlis persandingannya itu, segala perancangan dan persiapan untuk majlis ini disiapkan ibunya yang mesra disapa Mama saja.


Bukan enggan mengambil tahu atau mengendahkannya, namun menurut bintang filem berusia 28 tahun ini, Mama memang ingin mengaturkan persiapan majlis resepsi di Perlis itu kerana semata-mata ingin meraikan keluarga dan sanak-saudara.

"Alhamdulillah semuanya sudah selamat dan berjalan lancar. Saya sangat seronok kerana akhirnya diraikan di kampung halaman sendiri. Rizal sendiri begitu seronok apabila berpeluang bertemu semua keluarga saya di sini. Ini semua adalah usaha Mama dari pemilihan lokasi hinggalah atur cara majlis," katanya.

Tambah Fasha yang 'bunting pelamin', dia rasa amat bertuah kerana dikurniakan suami yang begitu menyayangi dan memahaminya.

"Pejam celik sudah lebih sebulan kami bersama sebagai suami isteri. Saya bersyukur kerana Rizal seorang yang matang dan tidak henti berada di belakang saya menerima baik dan buruk yang ada. Itulah sifatnya yang berjaya menarik perhatian saya," katanya yang mengakui mengenali Rizal sejak lebih tujuh tahun lalu, namun mula berkawan rapat kira-kira dua tahun lalu.

Majlis persandingan Fasha pada petang Ahad lalu turut dihadiri tetamu kehormat seperti bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan beberapa orang kenamaan lain selain keluarga serta teman-teman yang sanggup datang jauh dari Kuala Lumpur.

Menjamu selera dengan menu masakan kampung yang lazat sambil memerhatikan kedua-dua mempelai makan beradab dan kemudian ke sesi memotong kek, majlis persandingan ini dianggap begitu indah.

Fasha dan Rizal tiba jam 2 petang diiringi rombongan kereta mini dan motosikal berkuasa tinggi. Selain disambut dengan paluan kompang dan tarian tradisional, pasangan pengantin turut dinantikan semua tetamu yang ingin merakamkan foto bersama.

Menurut Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai, inilah pertama kali dia diraikan sebegitu gemilang oleh sanak-saudara Fasha selain bersanding di tengah taman rekreasi yang begitu cantik.

Menyifatkan majlis persandingan ini adalah simbolik bagi menghargai keluarga yang tidak henti mendoakan kebahagiaan, Rizal yang juga ahli perniagaan berusia 36 tahun bersyukur kerana bukan saja mereka berdua diraikan, sebaliknya kali ini pelamin yang tersergam indah itu turut meraikan kandungan Fasha yang kini berusia tiga minggu.

Menurutnya yang menghalang Fasha mengenakan kasut tumit tinggi bagi menjaga kandungan sulung ini, persandingan ini adalah cukup istimewa dan memberikannya pengalaman terindah.

"Kegembiraan saya apabila mendengar berita Fasha mengandung sudah tidak mampu saya terjemahkan dengan kata-kata. Lantas apabila kami diraikan sebegini meriah, saya merasakan ia adalah rezeki anak sulung kami berdua yang juga kami raikan sekali.

"Alhamdulillah rezeki buat kami datang awal dan ketika kami berada di atas pelamin, ia adalah erti kebahagiaan buat kami bertiga," katanya yang bersyukur dengan berita isterinya hamil.

Menyentuh soal kerjayanya, Fasha yang juga pemenang enam kali pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 akui terpaksa mengurangkan aktiviti seninya atas nasihat suami yang lebih selesa jika dirinya berehat.

"Saya terpaksa menolak watak utama sebagai Serakit untuk sebuah drama bersiri tayangan TV3 kerana terlalu banyak babak aksi seram dan Rizal tidak mahu saya melakukannya kerana bimbang kesihatan anak dalam kandungan ini.

"Namun, Rizal tidak pernah menghalang kalau saya ingin kekal aktif asalkan tahu akan tanggungjawab dan komitmen sebagai isteri kepadanya. Namun, saya sendiri yang mengambil inisiatif untuk mengurangkannya kerana ingin meletakkan sepenuh fokus kepada keluarga.

"Insya-Allah saya akan kembali ke lokasi drama baru Julai ini," katanya.

Rizal dan Fasha sebelum ini sempat meluangkan masa empat hari untuk berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu. Persandingan meriah Fasha dan Rizal pada hari itu dikendalikan pengacara Wanita Hari Ini (WHI), Fiza.

‘Bayi ajaib’ terselamat

Posted: 05 Jun 2012 03:29 AM PDT

REMUK...keadaan Perodua Kancil yang dinaiki bayi bersama bapanya serta  empat orang lain. Gambar kecil, bapa bayi dibawa ke hospital.
REMUK...keadaan Perodua Kancil yang dinaiki bayi bersama bapanya serta empat orang lain. Gambar kecil, bapa bayi dibawa ke hospital.

KOTA SAMARAHAN: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan memeranjatkan orang ramai apabila hanya luka ringan walaupun tercampak keluar dari kereta Perodua Kancil yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di satu persimpangan berhampiran Desa Ilmu di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, 'bayi ajaib' itu menangis di atas jalan raya sebelum dibantu orang ramai dan segera dihantar ke klinik kesihatan berhampiran manakala bapanya tidak sedarkan diri akibat kemalangan itu.

Difahamkan, bayi berkenaan dipangku bapanya yang duduk di bahagian penumpang hadapan Perodua Kancil itu, tercampak keluar melalui tingkap yang terbuka ketika kenderaan dinaiki enam penumpang itu berpusing selepas dirempuh sebuah kereta.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu laju, gagal berhenti untuk mengelak kereta yang dinaiki mangsa yang membuat pusingan U dari Kota Samarahan menuju ke Desa Ilmu.


Menurut sumber, perlanggaran kuat itu menyebabkan kereta Kancil berpusing dan bayi berkenaan tercampak keluar.

Selamat GRO 15 tahun

Posted: 05 Jun 2012 03:28 AM PDT

MALU...remaja warga Vietnam terbabit (kanan) yang ditahan dalam Ops Noda, semalam.
MALU...remaja warga Vietnam terbabit (kanan) yang ditahan dalam Ops Noda, semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang remaja warga Vietnam berusia 15 tahun yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia bawah umur diselamatkan dalam Ops Noda dijalankan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sebuah restoran di Dataran Prima, Damansara, di sini, petang semalam.

Premis terbabit yang berselindung di sebalik papan tanda kononnya beroperasi sebagai restoran itu dikesan menawarkan pakej makan bersama GRO sebagai tarikan istimewa.


Tarikan itu menyebabkan premis berkenaan menjadi tumpuan pengunjung seawal jam 3 petang untuk berhibur dengan wanita GRO yang rata-rata warga asing.

Bagaimanapun, taktik itu terbongkar apabila restoran itu diserbu sepasukan polis D7 IPK Selangor bermula jam 6.30 petang semalam. Ketua operasi, Inspektor Othman Mahat ketika ditemui di lokasi selepas serbuan itu berkata, lapan GRO warga asing termasuk remaja berkenaan ditahan. Beliau berkata, ketika serbuan, remaja bawah umur berkenaan asyik melayan pelanggan dengan menuangkan minuman keras dalam ruang gelap di tingkat satu premis dua tingkat itu. "Siasatan awal mendapati remaja warga Vietnam itu turut dijadikan pemuas nafsu pelanggan. "Siasatan mendapati pelanggan yang mahu melanggani GRO di premis itu perlu membeli beberapa jug minuman keras dan GRO terbabit akan mendapat tips bagi setiap jug minuman keras dipesan. Untuk perkhidmatan seks pula, bilik khas disediakan di tingkat dua premis itu dengan bayaran RM150," katanya.


Menurutnya, lima daripada GRO yang ditahan itu ialah warga Vietnam, dua warga Indonesia dan seorang lagi warga Thailand yang berumur 15 hingga 25 tahun. "Ops Noda ini dilaksanakan selepas risikan dibuat selain aduan awam dan premis terbabit pernah diserbu tiga kali tahun lalu.


"Kami sudah membuat intipan ke atas premis terbabit selama beberapa hari untuk mengenal pasti pekerja dan pelanggan sebelum menyerbu," katanya. Menurutnya, pemeriksaan terhadap GRO itu mendapati dua daripada mereka memiliki pasport, ada yang menggunakan slip 6P dan selebihnya tidak mempunyai pasport. Turut ditahan ialah seorang lelaki dipercayai penjaga premis itu iaitu warga Myanmar berusia 30-an. "Dalam operasi itu juga, lima lelaki yang melanggan GRO dalam premis itu ditahan sementara untuk diambil keterangan. "Semua GRO dan penjaga premis yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut," katanya. Othman berkata, untuk mangsa bawah umur yang diselamatkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang (Atip).

Munchy’s ambil alih Kellogg di China

Posted: 05 Jun 2012 03:27 AM PDT

PERKUKUH JENAMA...Tan bersama antara barisan produk Munchy's.
PERKUKUH JENAMA...Tan bersama antara barisan produk Munchy's.

MUNCHY Group of Companies (Munchy's), pengilang biskut dan wafer terkemuka, sudah mengambil alih Kellogg (Shandong) Food Co Ltd daripada The Kellogg Company (Kellogg) untuk membolehkannya memperoleh perniagaan dan aset Zhenghang Food.

Pengambilalihan aset perkilangan pertama oleh Munchy's di China itu menjadi mercu tanda penting dalam pertumbuhan syarikat berkenaan dan suatu langkah strategik untuk mengukuhkan kehadirannya di sana.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, C K Tan berkata, Munchy's sudah mencari peluang untuk mengukuhkan kehadiran di China untuk sekian lama dan sentiasa yakin bahawa menubuhkan atau memperoleh kilang pembuatan adalah strategi utama untuk mencapai matlamat itu.

"Pengambilalihan Zhenghang Food adalah peluang keemasan kerana ia perniagaan biskut kedua terbesar di wilayah Shandong dengan kemudahan perkilangan yang cemerlang. Perniagaan ini akan diurus dari bandar Qingdao di wilayah Shandong dan akan membuat laporan kepada ibu pejabat korporat kami di Klang," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.


Menurut Tan, pengambilalihan itu merangkumi kilang pembuatan yang terletak di Yishui, wilayah Shandong, serta rangkaian jualan dan pengedarannya sekali.


"Memandangkan kehadiran Munchy's di China sekarang, kami meninjau untuk memperluaskan saluran pengedaran bagi mengeksport lebih banyak rangkaian produk premium ke China, kerana setakat ini kami hanya bekerjasama dengan rakan kongsi luaran untuk mengeksport ke China.

"Demikian juga, kami ingin memperkenalkan biskut keluaran syarikat di China kepada rangkaian pelanggan global yang sedia ada di 60 buah negara di seluruh dunia," katanya lagi.


Menerusi pembelian itu, Munchy Group kini mempunyai kira-kira 700 pekerja di China, termasuk kakitangan pengeluaran dan pengurusan, manakala 1,300 kakitangan di Malaysia, sebahagian besarnya ditempatkan di kilang pembuatan berteknologi tinggi di Batu Pahat serta ibu pejabat korporatnya di Klang.

Bil hotel Puteri Saudi RM25 juta

Posted: 05 Jun 2012 03:26 AM PDT

HOTEL Shangri-La yang menjadi tempat penginapan Maha sejak Disember tahun lalu. Gambar kecil, Maha seorang yang boros berbelanja.
HOTEL Shangri-La yang menjadi tempat penginapan Maha sejak Disember tahun lalu. Gambar kecil, Maha seorang yang boros berbelanja.

PARIS: Sekiranya anda cuba mengelak untuk membayar bil hotel sebanyak 5 juta pound (RM25 juta), anda mungkin perlu menyusup keluar melalui pintu belakang dan berjalan keluar dengan senyap dengan beg di tangan.

Bagaimanapun, apabila seorang puteri dari Arab Saudi cuba melakukannya di sebuah hotel lima bintang di bandar raya ini, kelakuannya mudah disedari dengan rombongan 60 barisan pembantu dan timbunan bagasi. Tindakan Puteri Maha Al-Sudairi dan rombongan pengiringnya serta-merta dikesan oleh kakitangan hotel ketika keluar dari hotel eksklusif Shangri-La kira-kira jam 3.30 pagi Jumaat lalu.


Mereka menghubungi polis dan bekas isteri Putera Mahkota Arab Saudi itu yang juga Timbalan Perdana Menteri Putera Nayef bin Abdulaziz pewaris kedua Raja Saudi ditahan ketika bagasinya dimuatkan dalam beberapa limosin.

Kebanyakan pesalah sepertinya mungkin sudah ditahan serta-merta, didakwa dan juga direman di penjara.


Namun disebabkan puteri itu dilindungi oleh imuniti diplomatik, polis tidak dapat menahan atau malah mendakwanya melakukan kesalahan.


Sebaliknya, pihak berkuasa Perancis hanya dapat menghubungi Kedutaan Saudi dalam usaha memperoleh bantuan.

Sementara itu, puteri terbabit dan segerombolan pembantunya ditawarkan perlindungan daripada masalah itu di sebuah hotel mewah lain, Royal Monceau berhampiran Champs-Elysees.


Hotel lima bintang itu dimiliki seorang "rakan keluarga", pemerintah Qatar yang menawarkan tempat perlindungan untuknya sementara perkara itu diselesaikan. Maha tiba di Paris bersama rombongan pengiringnya pada 23 Disember tahun lalu dan menempah keseluruhan tingkat 41 Hotel Shangri-La.

Sebelum itu, dia dikurung di sebuah istana di negara timur tengah oleh pemimpin Saudi, Raja Abdullah selepas meninggalkan sejumlah bil tidak berbayar di beberapa kedai mewah di seluruh Eropah, termasuk Dior, kedai barang kemas Chaumet dan Victoria Casal, serta sekurang-kurangnya sebuah hotel lain.


Dia berulang kali mengelak tuntutan bayaran daripada pihak hotel untuk bil penganjuran partinya, lapor akhbar Le Parisien.


Isu itu akhirnya sampai ke penghujungnya minggu lalu apabila polis menemui dia dan pembantunya cuba meninggalkan hotel berkenaan. Ini bukan kali pertama keluarga diraja mendapati dia terjebak dengan masalah.


Sikap boros berbelanja diamalkannya sudah diketahui di seluruh dunia.


Pada Jun 2009, Maha menuntut imuniti diplomatik di Perancis selepas tidak menjelaskan bil membeli-belah sebanyak 15 juta pound (RM75 juta), termasuk 60,000 pound (RM300,000) untuk pakaian dalam saja.

Tiada istilah ‘tidak boleh’

Posted: 05 Jun 2012 03:22 AM PDT

POTONG...Lois memotong kenderaan bagi mengeluarkan mangsa.
POTONG...Lois memotong kenderaan bagi mengeluarkan mangsa.

LASAK, daya tahan diri yang kental dan bertanggungjawab antara ciri yang perlu ada sebagai sukarelawan. Ini kerana mereka perlu berhadapan dengan pelbagai keadaan sukar yang adakalanya membabitkan pelbagai situasi berbeza antaranya kemalangan jalan raya, gempa bumi, banjir dan tanah runtuh.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui walaupun pada hakikatnya situasi sebegini banyak dikaitkan dengan aktiviti dijalankan lelaki memandangkan kelasakan tugasnya, masih ada wanita yang menyertai badan sukarelawan sebegini.

  • Foto

    GAYA WIRAWATI...(dari kiri) Tammie, Lois dan Kaanthini sentiasa bersedia menghadapi bahaya.

  • Foto

    SELIDIK...perlu teliti bagi memastikan tiada mangsa masih berada di bawah runtuhan batu.

  • Foto

    CARI MANGSA...Kaanthini membawa alat bantuan kecemasan bagi membantu mangsa.

Mengambil contoh Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia (MVFRA) iaitu sebuah badan sukarela yang banyak membantu mangsa bencana dengan cara tersendiri, mengalu-alukan kehadiran mereka yang sudi menjalankan kerja sukarela sebegini.

Tammie Loo, 32, berkata, tidak semua individu boleh menjadi sukarelawan kerana tugas berkenaan memerlukan komitmen tinggi dan pengorbanan terutama dari segi masa.


Ramai individu boleh mendaftarkan diri untuk menjadi sukarela, tetapi tidak semua mampu memberikan perhatian sepenuh masa dalam memastikan tugas yang termaktub dalam badan sukarelawan dipenuhi.


"Sebagai sukarela, kami perlu sentiasa bersedia untuk memenuhi tuntutan tugas dan boleh dikatakan tiada istilah rehat terutama pada hujung minggu.

"Apabila tidak bekerja, ibu pejabat menjadi tempat untuk berkumpul dan menjalankan pelbagai aktiviti sukarelawan antaranya menjalani latihan menyelamat bagi memantapkan diri di tempat kejadian sebenar," katanya ketika ditemui di ibu pejabat MVFRA di Jalan Wirawati 6, Taman Maluri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dia yang menyertai badan sukarela terbabit sejak 2005 berkata, isu perbezaan jantina tidak pernah menjadi halangan dalam memastikan setiap tugasan dilakukan memenuhi tahap piawaian terutama apabila berhadapan dengan bencana.

Setiap hari menjadi satu bentuk pengalaman baru dalam diri sukarelawan kerana apabila berhadapan dengan perkara tidak dijangka, ia tidak sama dengan apa dilalui sebelum ini.

"Sungguhpun sudah tujuh tahun menyertai aktiviti sukarela ini, saya masih berasa seperti baru menyertainya kerana masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari terutama apabila ia membabitkan nyawa orang.

"Lelaki atau wanita, setiap tugasan adalah sama dan masing-masing saling melengkapi antara satu sama lain dan ia membentuk jalinan perhubungan yang kukuh terutama apabila berhadapan dengan situasi kritikal," katanya.

Dia yang bertugas sebagai eksekutif bahagian sumber manusia berkata, pada awal pembabitannya dalam dunia sukarela ini, keluarga tidak begitu memberikan sokongan kerana mereka beranggapan ia bukan sesuatu yang perlu dilakukan sebagai wanita.

Namun, selepas diberikan penjelasan sewajar–nya, keluarga akhirnya akur dengan keinginannya yang mahu memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan cara tersendiri.

"Saya berasal daripada keluarga yang besar dan disebabkan itu, isu keselamatan sentiasa menjadi keutamaan apabila bersama. Latihan yang dipelajari dalam aktiviti sukarelawan ini boleh dimanfaatkan dalam keluarga terutama apabila berada dalam keadaan terdesak.

"Saya tidak pernah menyesal menyertai bidang sukarelawan ini kerana ia satu dunia baru yang lebih bermakna dan tidak lagi terikut-ikut dengan rutin harian yang sama sebelum ini - pergi kerja, balik kerja, cuti di rumah dan kemudian proses berkenaan diulang setiap hari. Bagi saya, ia satu perkara yang cukup memenatkan," katanya.

Sementara itu, bagi Lois Lim, 33, pula dia menyertai aktiviti sebegini sejak tahun 2000 mengikuti jejak langkah kakaknya yang turut sama berkecimpung dalam dunia sukarela bersama MVFRA sejak awal lagi.

Dia yang sememangnya meminati dunia sukarelawan sejak di bangku sekolah, sentiasa mencari peluang untuk menjadikan impiannya itu satu kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, ketika itu dia masih bersekolah dan perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada persekolahannya.

"Tugas sebagai sukarelawan memerlukan perbelanjaan yang tinggi kerana setiap yang dilakukan dalam organisasi berkenaan hanya dibiayai diri sendiri. Tiada siapa yang akan memberikan bantuan kewangan bagi memenuhi segala keperluan.

"Disebabkan itu, syarat asas untuk menjadi sukarela di MVFRA adalah pendapatan bulanan secara tetap kerana faktor ini memainkan peranan penting dalam memastikan perjalanan organisasi lebih lancar," katanya.

Lois berkata, bukan bermakna setiap bulan satu peruntukan bajet khas diberikan kepada badan sukarela terbabit, tetapi ia bagi memastikan anggotanya memiliki pakaian seragam khas dan kelengkapan keselamatan diri yang diperlukan untuk tujuan kerja sukarela.

Menurutnya, disebabkan tidak memiliki dana khas yang diperuntukkan untuk menjayakan misi dilakukan, setiap anggota perlu mendapatkan kelengkapan dan keperluan atas daya usaha sendiri mengikut kemampuan masing-masing.

"Siapa kata menjadi ahli sukarela satu perkara yang murah kerana apa yang dilakukan dalam organisasi semata-mata untuk membantu golongan yang memerlukan.

"Paling penting, jangan mengharapkan balasan dan hanya menyertai badan sukarela hanya untuk memperoleh hadiah percuma kerana tujuan sedemikian tidak ikhlas," katanya.

Dia yang bekerja sebagai pengurus bank berkata, sebagai ahli sukarela, mereka boleh dikatakan memiliki dua personaliti berbeza iaitu lembut dan bergaya pada waktu bekerja dan kemudian berubah sekelip mata menjadi seorang yang lasak pada waktu diperlukan.

"Saya tetap mengenakan skirt, kemeja, kasut tumit tinggi dan membawa beg tangan seperti wanita normal lain, malah turut keluar untuk membeli-belah, tetapi ia tidak menghalang daripada melaksanakan tugas sebagai sukarelawan dengan berjaya.

"Malah, hanya rakan rapat saja mengetahui 'kerjaya' kedua saya sebagai ahli sukarelawan. Bagi mereka yang baru mengenali saya, ia sesuatu yang sukar dipercayai memandangkan saya tidak menonjolkan gaya lasak di tempat kerja,"
katanya.

Bagi Kaanthini Thedchanamoorthy, 34, pula dia sememangnya menggemari aktiviti lasak dan kegiatan luar serta berkeinginan untuk membantu mereka yang memerlukan, tetapi tidak mengetahui cara untuk melakukannya.

Di sebabkan itu, dia yang bekerja sebagai ketua bahagian operasi di sebuah syarikat teknologi maklumat menyertai badan sukarela ini selepas diperkenalkan secara tidak langsung oleh kakak iparnya.

"Setiap hari kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku dan pasti ia memberikan satu bentuk cabaran baru yang memerlukan kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya.

"Di sini saya belajar tiada istilah 'tidak boleh' kerana dalam segala aspek, saya akan sentiasa memastikan tugasan itu perlu dan boleh dilaksanakan,"
katanya sambil memastikan tidak akan merungut atau mengeluh.

Dia akui kekuatan tangannya tidak seperti orang lain, tetapi ia tidak bermakna dia tidak boleh melakukan sesuatu kerja berat.

"Saya pastikan ia tidak menjadi halangan untuk saya mempersiapkan mental dan fizikal dengan mengikuti aktiviti senaman di gimnasium.

"Dalam keadaan kritikal, satu kesilapan saja boleh menyebabkan nyawa seseorang itu berada dalam bahaya. Oleh itu, penting untuk sentiasa bersedia dan setiap tindakan mengikut situasi serta keadaan kejadian terbabit," katanya.

Sheera lebih menyerlah di layar skrin

Posted: 05 Jun 2012 03:21 AM PDT

Sheera Iskandar
Sheera Iskandar

JARANG meraih publisiti di majalah mahupun akhbar, bukan bermakna Sheera Iskandar 'sepi' di mata peminatnya. Pemilik nama sebenar Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar, 27, ini beruntung kerana wajahnya sering dilihat di kaca televisyen menerusi pelbagai drama.

Malah, Sheera mengakui, dirinya lebih menonjol sebagai pelakon drama walaupun pernah membintangi beberapa filem. "Jika diikutkan, saya terlebih dahulu diperkenalkan di layar perak menerusi filem pertama, Bicara Hati pada 2004.

"Tanpa disangka, selepas itu saya lebih banyak menerima tawaran berlakon drama dan saya anggap itu sebagai rezeki," kata pelakon filem KL Gangster ini. Biarpun ramai pelakon menganggap standard filem lebih tinggi, bagi Sheera, berlakon drama juga mempunyai kelebihan tersendiri.

"Apabila berlakon drama, lebih ramai yang mengenali kita kerana jumlah audiensnya yang lebih meluas berbanding filem. "Lebih menguntungkan, apabila drama itu berulang kali ditayangkan di kaca televisyen. Sedikit sebanyak, ia membantu mempromosi pelakon," katanya yang terkenal dengan drama Gerak Khas dan Si Capik ini.


Ikut pesan mam a

Sudah menceburi bidang lakonan sejak usia empat tahun, Sheera mewarisi darah seni daripada ibunya yang juga pelakon veteran, Aznah Hamid. "Saya rasa hidup ini bagaikan kurang lengkap jika tidak berlakon. Saya akan rindu untuk berlakon jika tiada penggambaran.

"Sebab itulah, sesibuk mana pun saya dengan pelajaran saya akan terima juga tawaran berlakon," katanya yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta. Malah, Sheera juga sentiasa mengikuti nasihat mama kesayangannya agar tidak terlalu memilih tawaran lakonan.

"Saya selalu ingat pesan mama, tidak kisah watak itu besar atau kecil, yang penting mampu memberi kesan kepada penonton. "Saya pun sudah melakonkan pelbagai watak, maka saya tidak terlalu memilih. Cuma, jika diberi peluang teringin juga membawa watak aksi," luahnya.

Dalam perkembangan terbaru, Sheera baru saja selesai penggambaran drama Nikallya arahan Aidil Fitri Yunos yang akan bersiaran di TV Alhijrah, 12 Jun ini.

"Saya memegang watak sebagai wanita Pattani bernama Ida yang memerlukan saya bercakap dalam bahasa Kelantan.

"Agak mencabar juga kerana walaupun saya lahir di Kelantan, tetapi saya jarang bercakap dalam bahasa itu. "Bagaimanapun, saya belajar sendiri dan turut mendapat bantuan daripada krew produksi yang mahir berbahasa Kelantan," katanya.

Manulife bersedia lancar skim persaraan swasta tahun ini

Posted: 05 Jun 2012 03:21 AM PDT

KUALA LUMPUR - Manulife Asset Management (Malaysia) Sdn Bhd, cabang pengurusan aset Manulife Holdings Bhd, bersedia untuk melancarkan skim persaraan swasta pertamanya (PRS) tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Jason Chong berkata syarikat itu sedang menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan berharap dapat melancarkan skim tersebut pada Oktober.

"Kami telah melaksanakan kebanyakan perancangan produk. Sekarang, kami sedang menyelesaikan isu-isu kawal selia," katanya kepada pemberita selepas perbincangan meja bulat dengan pakar-pakar dana pencen, di sini, hari ini.

Beliau berkata sebagai sebahagian daripada rancangan perniagaannya, syarikat itu akan mendidik orang ramai mengenai kepentingan menyumbang kepada PRS sebagai sebahagian daripada pelan persaraan mereka.

"Kami tidak menjangka pengambilan yang besar pada peringkat awal disebabkan kekurangan pendidikan mengenai PRS. "Ia dijangka mengambil masa tiga hingga lima tahun sekurang-kurangnya untuk mencapai kadar pengambilan yang menggalakkan," katanya.

Beliau berkata syarikat itu juga akan memanfaatkan kepakaran globalnya untuk menyediakan amalan terbaik bagi pasaran Malaysia. Pada April, SC mengumum memberi kelulusan kepada lapan syarikat -- AmInvestment Management, American International Assurance, CIMB-Principal Asset Management, Hwang Investment Management, ING Funds, Manulife Unit Trust, Public Mutual dan RHB Investment Management -- untuk menawarkan perkhidmatan PRS kepada orang ramai.

Penyedia yang mendapat kelulusan itu diberikan tempoh enam bulan untuk mematuhi syarat-syarat kelulusan mereka yang termasuk mendapatkan kelulusan SC bagi skim dan dana mereka di bawah PRS. Ditanya sama ada Malaysia bersedia melaksanakan PRS, Chong berkata negara ini merupakan antara yang memiliki kadar tabungan paling tinggi pada 36 peratus.

"Budayanya telah lama dipupuk," katanya, sambil menambah cabarannya adalah untuk mendidik orang ramai menyimpan wang mereka dalam PRS bagi usia persaraan mereka.

Dalam Bajet 2012, kerajaan mengumumkan pelepasan cukai RM3,000 setahun bagi individu dan pengurangan cukai sehingga 19 peratus daripada saraan kakitangan bagi menggalakkan caruman kepada PRS.

Menjelaskan mengenai PRS, Chong berkata skim itu, tidak seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang hanya memiliki satu produk, akan mempunyai sehingga 10 produk berasaskan kepada tiga dana teras -- pertumbuhan, sederhana dan konservatif. Terserah kepada penyedia untuk melancarkan lebih banyak produk yang mereka mahu, dengan minimum tiga produk, berdasarkan strategi perniagaan mereka, katanya.

Celcom sedia tawar khidmat 4G

Posted: 05 Jun 2012 03:19 AM PDT

Celcom sedia tawar khidmat 4G
Shazalli (kanan) dan Ketua Pegawai Kewangan Celcom, Chari TVT selepas
mengumumkan prestasi kewangan suku pertama Celcom, semalam.

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) sedia takluki pasaran 4G memandangkan syarikat peneraju penyedia telekomunikasi negara ini telah selesai bina sistem Single RAN sekaligus jadikannya antara syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia memiliki sistem ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, Celcom memperuntukkan RM800 juta bagi tujuan pembangunan sistem Single RAN tersebut. "Buat masa ini, Celcom hanya menunggu kelulusan daripada kerajaan, sebaik sahaja kelulusan itu diperoleh, barulah kami boleh lancar produk dan perkhidmatan 4G ini.

"Kami baru selesai bangunkan sistem ini di bahagian timur di mana ia juga melengkapkan rangkaian secara keseluruhan," katanya, semalam. Dalam perkembangan lain, Celcom kini sedang membangunkan projek pusat televisyen sehenti digital dan akan jalankan kerjasama strategik bagi pembangunan projek itu bermula suku kedua tahun ini.

Projek tiga tahun ini lebih tumpu secara mudah alih di mana pengguna boleh menonton kandungan rancangan di mana-mana skrin yang mempunyai kad sim Celcom. Sementara itu, Celcom berjaya mencatatkan keuntungan bersih lebih RM514 juta dalam bentuk keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) dan lebih RM840 juta bagi pendapatan sebelum faedah, cukai, susut dan pelunasan (EBITDA).

Selain itu, pengguna Celcom turut mencatatkan peningkatan lebih 12 juta.

Cinta sampai hujung nyawa

Posted: 05 Jun 2012 03:18 AM PDT

cinta hingga akhir hayat
Abd Anip menceritakan keadaan penyakit kanser Norhayati yang semakin serius
selepas melahirkan anak tunggal mereka.

PASIR GUDANG – "Walaupun saya tahu bakal isteri saya menghidap kanser, tetapi saya tetap ingin berkahwin dengannya kerana berasa teramat bahagia dan gembira berada di sampingnya," luahan ikhlas suami kepada pesakit kanser hidung tahap empat, Norhayati Rohani, 26, dengan linangan air mata.

Abd Anip Rusdi, 26, berkata, perkenalan bersama Norhayati ketika sama-sama bekerja di sebuah kilang sekitar bandar raya ini menimbulkan bibit-bibit cinta yang terlalu indah.

Bagaimanapun, menurutnya, harapannya untuk melihat isterinya sembuh selepas berkahwin dua tahun lepas musnah apabila penyakit kanser yang dihidapi isteri sejak 2008 semakin serius.

"Isteri saya kerap mengalami sakit kepala dan sangkakan biji di lehernya hanya biji angin, tetapi selepas beberapa kali menerima rawatan di hospital barulah disahkan kanser hidung.

"Walaupun saya tahu dia sakit, tetapi saya nekad ingin memperisterikan dia dengan harapan penyakitnya sembuh, tetapi selepas melahirkan anak tunggal kami, penyakitnya semakin serius," katanya kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin.

Abd Anip berkata, pada Disember 2011 sehingga Februari lalu, Norhayati hanya terlantar, tetapi sedikit pulih selepas beberapa kali menjalani rawatan kemoterapi.

Menurutnya, kini keadaan Norhayati semakin parah apabila kanser berkenaan mula merebak ke bahagian mata sehingga sebelah matanya sudah tidak nampak dan kulit di bahagian dahi menggelembung pecah.

"Walaupun saya bakal kehilangan dia selepas doktor sahkan isteri saya hanya menunggu masa dan tiada harapan lagi untuk sembuh, tetapi saya perlu tabah demi masa depan anak tunggal kami.

"Berat sebenarnya ujian yang ALLAH beri ini, tetapi cinta dan sayang saya kepada dia tidak pernah berubah. Saya berjanji akan bahagiakan dia sehingga ke akhir hayat dia," katanya.

Katanya, dia kini hilang punca pendapatan kerana terpaksa berulang-alik menghantar Norhayati membuat rawatan di hospital dan hanya mengharapkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Harapan saya kalau boleh ingin melihat dia sihat, tetapi saya tahu itu perkara yang mustahil. Bagaimanapun saya tetap berdoa agar ada keajaiban daripada ALLAH SWT untuk memulihkan kembali isteri saya," katanya.

Sementara itu, Pegawai Jasa Pasir Gudang, Norwati Abd Manaf berkata, pihaknya akan berurusan dengan pihak Hospital Sultan Ismail untuk mendapat pengecualian semua bayaran rawatan Norhayati.

"Kita akan turut membantu dari segi keperluan lain untuk meringankan beban yang ditanggung, selain selalu memberikan semangat kepada Abd Anip agar tabah dengan ujian ini.

"Kita bersimpati dan berdoa agar Norhayati kembali sembuh," katanya yang membuat lawatan ke rumah pesakit kronik di Taman Cendana bersama dengan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pasir Gudang, di sini, kelmarin.

Nanas seakan buah sawit

Posted: 05 Jun 2012 03:17 AM PDT

Muin menunjukkan nanas yang seakan buah sawit ditanam berhampiran rumahnya.
Muin menunjukkan nanas yang seakan buah sawit ditanam berhampiran rumahnya.

TEMERLOH - Seorang peneroka yang mengusahakan tanaman nanas secara sambilan terkejut apabila mendapati hasil tanamannya itu membesar seakan-akan buah sawit.

A Muin Saat, 60, dari Felda Kemasul, di sini, berkata, dia menanam benih nanas Sarawak beberapa bulan lalu berhampiran rumahnya.

Menurutnya, selepas beberapa bulan dia mendapati terdapat kelainan pada bentuk buah tersebut yang lebih besar dan berkembar dengan pokok nanas yang ditanam di sebelahnya.

"Mula-mula saya lihat ia macam biasa tetapi lama-kelamaan buah nanas ini seakan bercantum dan semakin membesar.

"Apabila buah ini sudah mencapai berat satu kilogram barulah saya perasan kelainan yang ada padanya menyebabkan timbul minat untuk menyimpannya," katanya.

Muin berkata, kejadian pelik itu pertama kali dialami sepanjang penglibatannya dalam bidang pertanian dan tidak pernah melihatnya di tempat lain.

"Saya rasa ia pelik dan tidak akan menjual atau memakannya, tengoklah macam mana nanti kalau rasa dah puas simpan mungkin akan dijual juga," katanya.

Putih mata RM5,000 lesap

Posted: 05 Jun 2012 03:14 AM PDT

kena tipu
Mangsa bertugas di sebuah sekolah di Setiu menunjukkan salinan laporan polis
yang dibuatnya berikutan ditipu jurujual sebuah syarikat jualan langsung.

JABI, TERENGGANU – Pasangan guru terpaksa berputih mata dan kerugian lebih RM5,000 apabila mendakwa tertipu ketika membeli beberapa barangan elektrik daripada sebuah syarikat jualan lansung yang beroperasi di lokasi tertentu di bandar Jertih bulan lalu.

Guru lelaki berumur 33 tahun terbabit berkata, dia berasa tertipu kerana barangan yang dibeli tidak berkualiti dan tidak mempunyai pengesahan Sirim.

Dakwanya, kisahnya bermula apabila isterinya juga seorang guru berumur 29 tahun ditawarkan hadiah gelas oleh seorang jurujual yang menunggu pelanggan di tempat tertentu.

"Selepas mengisi borang di kaunter mereka, jurujual itu memberikan dua baucar kepada isteri saya, kononnya satu baucar memenangi RM50 dan satu lagi RM1,000," katanya.

Guru itu berkata, jurujual lelaki terbabit memujuknya membeli set teater rumah bernilai RM3,688 dengan harga hanya RM2,688 setelah ditolak diskaun baucar RM1,000 yang dimenangi.

Dakwanya, isterinya memberitahu tidak ada wang sebaliknya jurujual itu mahumelihat kad ATM namun selepas diberikan jurujual itu terus melayangkan kad ke ATM pada mesin yang menunjukkan nilai RM700.

"Jurujual itu memberitahu wang itu tidak hilang dalam akaun dan meminta kad ATM lain serta kad ATM milik saya untuk membuat baki pembayaran termasuk membayar satu produk lagi barangan yang kononnya berharga RM3,500 tetapi saya hanya perlu bayar dengan harga RM900," katanya.

Bagaimanapun, pasangan guru itu kesal kerana apabila membawa pulang peralatan yang dibeli, satu daripadanya rosak dan tidak ada tanda kelulusan Sirim serta tidak sepadan dengan harga.

Apabila mahu kembalikan barangan itu, syarikat terbabit enggan menggembalikan wangnya sebaliknya guru berkenaan hanya boleh membuat pertukaran barang, itupun dengan syarat mereka perlu membeli barangan lain.

Mangsa yang bertugas di sebuah sekolah di Setiu menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya berikutan ditipu jurujual sebuah syarikat jualan langsung.

"Akibat terdesak, kami terpaksa membeli lagi barangan lain bernilai lebih RM1,000 dan apabila pulang, baru terlintas kami tertipu dan telah membuat pembayaran kesemuanya berjumlah RM5,436," katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Jertih.

Guru itu berkata, jurujual berkenaan juga memaklumkan dia tidak dapat berbuat apaapa termasuk tidak boleh mengembalikan wang kerana dia dan isterinya telah menurunkan tanda tangan pada surat belian.

"Saya membuat pendedahan ini supaya orang lain tidak menerima nasib seperti saya yang tertipu dan perlu berhati-hati ketika berurusan dengan syarikat ini," katanya.

Pandu uji kereta menang hadiah RM93,000

Posted: 05 Jun 2012 03:13 AM PDT

PERADUAN pandu uji kereta Perodua dijangka meningkatkan pengetahuan pelanggan mengenai model kereta keluaran syarikat tersebut.


KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM93,000 dengan hanya menguji pandu kereta Perodua mulai semalam sehingga 30 Jun ini.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, peserta peraduan Kamu Pandu, Kamu Menang hanya perlu menguji pandu kereta Perodua atau mendaftar untuk memiliki kenderaan syarikat tersebut sebelum mengisi borang peraduan yang disediakan.

Menurutnya, peraduan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai terhadap kenderaan milik Perodua di samping melawat 179 buah bilik pameran yang ada di seluruh negara.

"Kami mahu memberikan hadiah lumayan ini dengan mudah kepada orang ramai yang melawat bilik pameran yang ada.

"Peraduan ini juga merupakan penghargaan kepada pengguna setia Perodua," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Tidak halang laluan bot - Ali

Posted: 05 Jun 2012 03:12 AM PDT


BEGINILAH keadaan Jambatan Panglima Awang di Melaka yang dibina khas bagi membolehkan bot melalui terowong di bawahnya.


MELAKA – Jambatan Panglima Awang yang baru siap dibina, di samping memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya, ia juga tidak menghalang bot pelancongan melalui di bawahnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar kecil) berkata, pembinaan jambatan bernilai RM9.77 juta itu merupakan salah satu projek sokongan dalam pembangunan dan pengindahan Sungai Melaka yang menjadi tarikan pelancong.

"Jambatan ini mempunyai terowong bawah yang lebih tinggi bagi membolehkan bot melaluinya dan penggunaan Sungai Melaka dapat dipanjangkan hingga ke Melaka Sentral," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan Jambatan Panglima Awang di sini malam kelmarin.

Macam nak pergi medan perang

Posted: 05 Jun 2012 03:10 AM PDT


BOM tangan yang ditemui kira-kira 20 meter dari tempat kemalangan.


KUALA LUMPUR – Rancangan seorang lelaki untuk melakukan sesuatu dengan sepucuk pistol Caliber 9mm jenis Taurus dan sebutir bom tangan terbantut apabila dia ditahan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Selar, Taman Permata, Cheras di sini semalam.

Tembelang lelaki berusia 37 tahun yang memiliki rekod jenayah berkaitan loteri haram tersebut terbongkar apabila polis yang tiba selepas dihubungi orang ramai mendapati suspek sedang memegang pistol tersebut di tangan kiri dalam kejadian pukul 6 pagi itu.

Difahamkan, sebelum polis tiba, suspek memegang pistol yang ketika itu berada di bawah dadanya menyebabkan orang ramai tidak menyedarinya.

Suspek dikatakan gagal melarikan diri selepas dia terbaring lemah di tengah jalan selain mengalami luka di muka, tangan dan kaki akibat kemalangan itu. Selain itu, dia juga sedang mabuk.

Sri Wani saman peguam RM10 juta

Posted: 05 Jun 2012 03:09 AM PDT


SRI WANI (kanan) berbincang dengan peguamnya, Ahmad Izuddin Fakharullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Isteri ketiga bekas dekan, Sri Wani Choo Abdullah yang disyaki sebagai lelaki oleh suaminya menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta daripada seorang peguam syarie kerana didakwa memberi kenyataan berbaur fitnah kepada media berhubung kes pengesahan nikah dan faraq yang sedang dibicarakan secara tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Sri Wani, 37, memfailkan tuntutan saman terhadap Muhammad Hafiz Abdul Rashid menerusi firma guaman Tetuan Ahmad Boestamam Ahmad & Co. di Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini semalam.

Pengusaha butik kecantikan itu selaku plaintif menamakan Muhammad Hafiz iaitu peguam yang mewakili suami Sri Wani, bekas Dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dr. Bahrom Sanugi (gambar kecil), 61, sebagai defendan pertama dan firma Tetuan Irsamuddin Hafiz & Associates defendan kedua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aw, this was an exceptionally nice post. Taking the time and actual effort to generate a good article… but what can I say… I put things off a whole
lot and never seem to get anything done.

my blog - cellulite treatment cream

Catat Ulasan