Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Masterchef Selebriti Malaysia: Artis Popular Tunjuk Kehebatan Memasak
- Selera terbuka tengok kaca
- Konsert Sudirman Pukau 8,000 Penonton
- Fahd Ezuan Beri Tempoh Masa Dua Tahun Untuk Popular
- Lima Bulan Mislina Mustaffa Hidup Gelandangan
- Zatul, Caroline & Anas Mara Ke Pentas Akhir Mentor 6
- Sharifah Aini Rasa 'Nak Mati' Ketika Di ICU
- Peter Andre Bakal Berduet Dengan Chris Brown?
- Drew Barrymore Kahwin Senyap-Senyap
- Raikan Hari Bapa Di Corus Hotel Dengan Menu Menarik
- Dalami ilmu filem di New York
- Jelita tanpa secalit alat solek
- Pesawat langgar bas: 10 maut
- Bijirin elak hidap kanser
- Tasik sampah
- ‘Mereka guna tanah saya’
- Saingan terbuka
- Menang bukan kerana popular
- Dengarnya… Dafi ditawar berlakon sinetron
- Syamsul, Nabila kunci soal hati
- Gemuk masyhur
- Rancang cuti dengan Google
- Menu cita rasa Johor
- Skewer segar menyelerakan
- Tawar khidmat katering berpatutan
| Masterchef Selebriti Malaysia: Artis Popular Tunjuk Kehebatan Memasak Posted: 04 Jun 2012 03:16 AM PDT ThanujaPETALING JAYA: Seramai 16 selebriti tempatan menunjukkan kepakaran mereka di bidang masakan menerusi program realiti Masterchef Selebriti Malaysia (MSM), terbitan stesen televisyen Astro. Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, program yang sudah pun mula disiarkan sejak 26 Mei lalu berjaya menarik perhatian penonton yang ingin melihat artis kesayangan mereka memasak, selain pakar di bidang seni. "Jujurnya, para penonton berasa teruja untuk melihat kesungguhan, kreativiti dan daya saing selebriti-selebriti popular ini 'berperang' di dapur MSM. Tomok"Menariknya, para selebriti ini bukan sahaja disatukan di dapur untuk mengejar misi yang sama, tetapi juga berpeluang untuk beramal yang mana setiap selebriti akan menyumbangkan wang yang mereka menangi kepada badan-badan amal yang diwakili," katanya. Tambah Nizam pihaknya juga berterima kasih dengan kehadiran pihak penaja, Panasonic kerana telah membantu merealisasikan penerbitan program MSM. Antara barisan selebriti yang menyertai MCM ialah datuk Fazley Yaccob, Tomok, Azwan Ali, Karl Shafek, Jehan Miskin, Angah Raja Lawak, Farouk Hussien, Mejar Dr. Faiz, Juliza Adlizan, Thanuja, Siti Sarah Raisuddin, Serina Redzuawan, Raja Azmi, Salamiah Hassan, Louisa Chong dan Soo Wincci. MSM ditayangkan selama empat kali seminggu sepanjang 28 episod. Siti SarahProgram ini dalam memperlihatkan barisan selebriti ini berdepan dengan pelbagai ujian menarik dan kritikan yang pastinya menguji kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan bukan sahaja daripada segi fizikal tetapi juga mental mereka di dapur. MSM bersiaran pada setiap hari Sabtu hingga Selasa pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria menerusi Saluran 104. |
| Posted: 04 Jun 2012 03:14 AM PDT RATAH...Mohd Zamzuri mengunyah kaca setiap hari sejak berusia belasan tahun. ALOR GAJAH: Pelik apabila seorang lelaki di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, selamba mengunyah pinggan, gelas serta cawan kaca yang dijadikan 'hidangan sampingan' sejak usianya belasan tahun hingga kini. Lebih mengejutkan, Mohd Zamzuri Bashar, 39, turut meminum racun rumpai selepas menikmati makanan, malah mendakwa tidak pernah menghadapi masalah kesihatan akibat semua tabiat anehnya itu.
Katanya, mulanya terasa janggal hendak menggigit kaca, namun lama kelamaan perasaan itu dapat dikikis tanpa dorongan sesiapa.
Mohd Zamzuri berkata, selepas beberapa bulan mendalami ilmu 'jati diri', keinginannya hendak mengunyah sesuatu mula memuncak namun hanya berselera pada barangan berkaca.
"Sejak kejadian itu, saya pantang melihat gelas kaca atau pinggan pasti ada yang pecah atau rosak dimakan oleh saya tapi masih mampu mengawal perasaan sehingga sekarang," katanya.
"Makan kaca adalah amalan bagi menghindari santau dan dimakan secara suka-suka oleh individu tertentu asalkan tidak bertentangan dengan Islam," katanya ketika dihubungi bagi mengulas isu berkenaan. |
| Konsert Sudirman Pukau 8,000 Penonton Posted: 04 Jun 2012 03:12 AM PDT Salah seorang penonton bergaya 'Ala Sudirman' sebagai tanda penghormatan kepada seniman itu.KUALA LUMPUR: Konsert Kenangan Sudirman yang diadakan di Stadium Bola Sepak, Cheras di sini malam Ahad berjaya memukau kira-kira 8,000 penonton yang mahu mengimbas populariti lagu-lagu Allahyarham. Ternyata, konsert anjuran Astro itu mampu mengubat kerinduan peminat terutamanya bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu beliau. Dalam masa yang sama ia juga dapat memberi pendedahan kepada generasi muda termasuk para artis untuk mencontohi kehebatan Allahyarham. Jaclyn VictorKonsert yang di siarkan secara langsung menerusi saluran Astro Prima itu turut menampilkan artis artis hebat antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Hafiz, Adira, Hazama, Jaclyn Victor, Aznil Nawawi, Alyah dan Osbon. Ia turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian para pelakon filem 'Hoore Hoore'. Pengacara Datuk AC Mizal bertindak sebagai pengacara. Turut disiarkan sedutan klip video Allahyarham yang pernah dirakamkan oleh RTM suatu ketika dahulu. Ila Damia dan AltimetAntara lagu-lagu popular Allahyarham yang dipersembahkan ialah, Punch Card, Jauh Di Sudut Hati, Chow Kit Road dan Merisik Khabar. Konsert Kenangan Sudirman buat pertama kali anjuran Astro ini adalah sempena kempen 'Aku Sudirman' bagi mengenang 20 tahun kematian Allahyarham serta kehebatan luar biasanya menghiburkan orang ramai secara percuma di Chow Kit suatu ketika dulu. Akhbar The Star dan Harian Metro bertindak sebagai media rasmi. |
| Fahd Ezuan Beri Tempoh Masa Dua Tahun Untuk Popular Posted: 04 Jun 2012 03:11 AM PDT Fahd Ezuan.PETALING JAYA: Penyanyi baru, Fahd Ezuan mencabar dirinya dengan memberi tempoh masa selama dua tahun untuk mengukuhkan namanya dalam industri muzik tempatan. Fahd berkata, sebagai pendatang baru, sasaran seperti itu harus dibuat supaya dia tidak leka dan bekerja keras dalam mengejar cita-citanya sebagai seorang penyanyi. "Saya tahu, bukan mudah untuk menjadi penyanyi di Malaysia melainkan seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh. "Dalam pada itu, bukan saya seorang sahaja yang ingin menjadi penyanyi, ramai lagi yang mengejar impian sama seperti saya. "Harap-harap, tempoh masa dua tahun itu cukup untuk saya membina nama, bukan inginkan populariti semata-mata tetapi biarlah saya menjadi penyanyi popular yang berkualiti," katanya. ![]() Tambah Fahd, pengalamannya menjadi penyanyi latar penyanyi-penyanyi popular mengajarnya untuk melihat cara kerja mereka membuatkan dia lebih bersemangat untuk mencapai cita-citanya itu. "Sepanjang menjadi penyanyi latar untuk beberapa tahun, saya melihat, penyanyi-penyanyi profesional ini cukup komited dengan kerja mereka dan kerana itu mereka boleh jadi popular kerana kualiti kerja yang dipersembahkan. "Malah mereka juga dapat mengatasi masalah kontroversi yang melanda mereka," tuturnya. Dalam pada itu, Fahd turut membuat beberapa kajian bagi melihat selera penggemar-penggemar muzik tempatan supaya lagu yang ditampilkan dapat memenuhi citarasa pendenger. Justeru itu, selepas membuat beberapa pemilihan lagu yang sesuai, fahd muncul dengan single lagu pertamanya berkonsepkan balada berjudul Meniti Waktu. "Meniti Waktu adalah taruhan pertama saya sebagai seorang penyanyi dan harap-harap ia dapat memuaskan hati pendengar. "Tambah pula, ia merupakan ciptaan Adnan Abu Hassan, saya percaya, sentuhannya dalam lagu ini memberi kelainan berbanding lagu-lagu balada lain," ujar pelajar Diploma Seni Kulinari di Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL), Terenganu itu. |
| Lima Bulan Mislina Mustaffa Hidup Gelandangan Posted: 04 Jun 2012 03:09 AM PDT Mislina MustaffaPETALING JAYA: Dalam mencari kehidupan yang berbeza daripada biasa, pelakon Mislina Mustaffa membuat keputusan untuk hidup gelandangan selama setahun. Mislina berkata, sudah lebih lima bulan dia bergelandangan dan keputusan itu dibuat kerana dia ingin menghasilkan sebuah buku berkisarkan tentang kehidupan golongan yang tiada rumah berjudul Homeless By Choice. "Hidup saya kini hanya berbekalkan sebuah beg galas yang diisi empat helai baju, sebuah komputer riba dan beberapa keperluan sahaja. Dan saya akan 'menjelajah' dari satu tempat ke satu tempat lain di seluruh Malaysia. "Menerusi projek Homeless By Choice juga, saya dapat merasai sendiri kesusahan kelompok masyarakat yang hidup tanpa rumah. Bagaimanapun, ia tidaklah sesukar yang disangka. Kehidupan gelandangan sepanjang lima bulan menyedarkan Mislina bahawa manusia mampu hidup bahagia walaupun tidak memiliki rumah untuk berlindung. Foto daripada Facebook Mislina"Dan semua pengalaman yang dilalui akan saya masukkan dalam Homeless By Choice yang mungkin akan dikeluarkan pada tahun hadapan," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad. Tambah Mislina, pengalaman bergelandangan turut mengajarnya bahawa kehidupan di luar tidaklah sekejam mana seperti yang kerap digambarkan menerusi berita di televisyen mengenai jenayah yang telah berlaku. Malah, kehidupan seperti itu membuka mata dan fikirannya bahawa gelandangan lebih menyeronokkan berbanding dengan kehidupan biasa dimana kebanyakan wanita memiliki matlamat tersendiri seperti ingin memiliki rumah, berkahwin dan berkeluarga. "Biarlah orang kata saya tidak betul. Tetapi saya ingin mencuba lain daripada yang lain, bukan meletakkan sasaran biasa seperti bekerja keras membayar hutang rumah, kereta dan sebagainya. Bagi saya itu membebankan. "Berbeza dengan hidup saya sekarang ini, rasa seperti bebas dan lebih mengenali masyarakat Malaysia dimana mereka ini sering dinilai oleh segelintir pihak yang bersifat prejudis," ujarnya. Beritahu pelakon filem Jiwa Taiko ini lagi, dia akan menetap di sesebuah lokasi sekiranya mempunyai komitmen dengan kerja lakonan dan akan menyambung perjalanan sebagai seorang gelandangan seperti biasa. "Buat masa ini, saya sibuk dengan latihan teater Shakespear di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang yang akan dipentaskan pada Julai ini. "Kemudian saya akan mengarah sebuah lagi teater M Butterfly pada hujung tahun ini. Dan setelah projek selesai, saya akan menyambung misi untuk bergelandangan seperti biasa," tutur pelakon kelahiran Perak ini. |
| Zatul, Caroline & Anas Mara Ke Pentas Akhir Mentor 6 Posted: 04 Jun 2012 03:09 AM PDT Tisha akur dengan kekalahannya di Mentor 6.SHAH ALAM: Tiga protege iaitu Caroline, Zatul dan Anas telah berjaya mara ke peringkat akhir Mentor musim keenam (Mentor 6) yang akan berlangsung pada 10 Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam pada pukul 9 malam. Caroline yang dibimbing oleh mentornya, Ella mendapat 131 markah keseluruhan diikuti dengan Zatul yang juga protoge kepada Ogy Ahmad Daud memperoleh 127 markah manakala Anas, iaitu protoge Faizal Tahir menerima 122 markah. Persembahan Mentor musim keenam peringkat separuh akhir disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini pada malam Ahad. Sementara itu protege kepada penyanyi Ferhad iaitu Tisha, terpaksa akur dengan markah terendah iaitu 86 markah sekali gus menjadikan dia peserta terakhir disingkir dalam program berkenaan. Zatul"Memang saya kecewa kerana markah yang diberi namun saya tetap berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan. "Walaupun demam, saya mampu memberikan yang terbaik. Mungkin rezeki saya bukan di Mentor 6 dan saya tetap akan meneruskan cita-cita sebagai seorang penyanyi yang serba boleh. "Saya bersyukur kerana peluang menyertai program ini banyak memberi pengalaman, ditambah pula dengan kesungguhan Ferhad yang tidak henti-henti memberi tunjuk ajar, banyak perkara yang saya pelajari tentang industri muzik tempatan," katanya. Tisha mempersembahkan rangkaian lagu Dikir Rambong oleh kumpulan Kapilla dan Makhluk Tuhan Paling Seksi (Mulan Jameela). Pada persembahan separuh akhir program itu, Anas gagal menarik perhatian juri iaitu Datuk Sharifah Aini dan Datuk Ramli MS apabila lagu yang dibawakan iaitu A Thousand Years nyanyian Christina Perri dan Drama King (Meet Uncle Hussain) kurang menyerlah. Amy diberi penghargaan selepas para protege mendendangkan lagunya.Persembahan Caroline juga memuaskan hati juri apabila menyampaikan lagu nyanyian asal mentornya, Layar Impian, dan juga Set Fire To The Rain (Adele). Bagaimanapun, Zatul menunjukkan peningkatan yang sangat baik lebih-lebih lagi apabila mempersembahkan lagu Taman Rashidah Utama dan Opera Hidup, daripada kumpulan Wings. Sementara itu, sebelum penutupan tirai Mentor 6, empat protege tersebut membawakan lagu medley Gelora Cintaku, Meniti Titian Usang dan Teguh, nyanyian Amy (Search). |
| Sharifah Aini Rasa 'Nak Mati' Ketika Di ICU Posted: 04 Jun 2012 03:07 AM PDT Datuk Sharifah AiniSHAH ALAM: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini menyifatkan pengalaman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru seperti hendak menemui ajal. Sharifah Aini atau Kak Pah berkata, penyakit yang telah pun merebak ke seluruh paru-parunya itu menyebabkan beliau sukar untuk bernafas sehingga beliau beranggapan ajalnya semakin hampir. "Pada ketika itu, saya hanya fikir sudah sampai masanya untuk Allah mengambil nyawa ini dan pada masa sama saya berdoa agar sempat menemui anak lelaki saya iaitu Aliff Omar yang hendak pulang ke tanah air dari Madinah. "Dan kalau boleh, biarlah Aliff yang menjadi imam untuk jenazah saya nanti. Alhamdulillah semua ini tidak berlaku seperti yang disangka kerana Allah ingin melanjutkan lagi usia saya. "Biasalah, pada usia sebegini, kita akan pergi bila-bila masa dan saya reda tentang hal itu," katanya. Kak Pah yang dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Damansara, di sini, pada petang Ahad lalu telah dimasukkan ke ICU pada 21 Mei lalu dan lima hari selepas itu, beliau dipindahkan ke wad biasa dan diberi rawatan selama 10 hari. Tambah Kak Pah, beliau akui kehidupan sehariannya yang terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti sejak tiga tahun lalu membuatkannya jatuh sakit. "Bayangkan, saya ditahan di hospital selama 15 hari dan ia merupakan jangka masa yang sangat lama. Alhamdulillah masa rehat itu membuatkan diri ini semakin pulih. "Ia juga menyedarkan saya bahawa saya telah 'mendera' tubuh ini dengan bekerja keras tanpa memberi ruang untuk berehat," ujarnya. Dalam pada itu, Kak Pah juga bersyukur apabila pihak hospital turut memberi kelonggaran untuknya hadir ke program Mentor 6 sebagai juri dengan bantuan jururawat peribadi pada Ahad lalu. "Komitmen sebagai juri Mentor 6 tidak dapat saya elak untuk tidak menghadirinya dan tak sampai hati membiarkan Datuk Ramli MS jadi juri seorang diri, lagipun saya masih larat. Apabila selesai, barulah saya kembali pulang ke hospital. "Bagaimanapun, selepas Mentor 6, saya akan berehat selama lima bulan bagi mendapatkan rawatan lanjutan," tuturnya. |
| Peter Andre Bakal Berduet Dengan Chris Brown? Posted: 04 Jun 2012 03:06 AM PDT Peter AndrePENYANYI Peter Andre bakal bekerjasama dengan Chris Brown menerusi album terbarunya. Menurut laporan Contactmusic, Andre atau nama sebenarnya Peter James Andre sedang menyiapkan albumnya di Los Angeles dan telah berbincang mengenai lagu terbaru yang bakal mereka menyanyi bersama nanti. "Saya begitu sibuk menyiapkan album terbaru dan setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Chris Brown"Malah saya dan Cris Brown ada membuat sedikit perbincangan, tetapi belum sampai masanya untuk saya mendedahkan kepada umum. Tunggu dan lihat sahaja," kata Andre. Album terbaru Andre ini merupakan yang ke sembilan iaitu Accelerate yang dikeluarkan pada tahun 2010. Penyanyi kelhairan England itu mula dikenali apabila lagunya Mysterious Girl mendapat perhatian ramai. |
| Drew Barrymore Kahwin Senyap-Senyap Posted: 04 Jun 2012 03:05 AM PDT Drew BarrymoreAKTRES Dre Barrymore khabarnya telah mendirikan rumah tangga dengan Will Kopelman pada Sabtu lalu di Montecito, California. Menurut laporan Contactmusic, pasangan itu cuba mengelak daripada tumpuan media dengan cara mengatakan ia sebuah latihan perkahwinan. "Entah kenapa dia merahsiakannya, namun tetamu yang menghadiri ke majlis perkahwinan tertutup itu membawakan hadiah-hadiah yang cukup mewah seperti alkohol, minyak zaitun dan coklat," kata seorang sumber. Majlis tersebut dihadiri seramai 70 orang termasuklah aktres Cameron Diaz dan Jimmy Fallon. Bagaimanapun, sehari sebelum majlis itu berlangsung, Drew dan Will mengadakan sebuah jamuan makan malam menjemput keluarga dan rakan-rakan terdekatnya bagi meraikan status solo terakhir mereka. Sebelum ini Drew pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali iaitu dengan Jeremy Thomasdan dan Tom Green. |
| Raikan Hari Bapa Di Corus Hotel Dengan Menu Menarik Posted: 04 Jun 2012 03:04 AM PDT Kepak ayam antara tarikan sempena Hari Bapa di Corus Hotel, Kuala Lumpur.KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Bapa yang disambut pada 17 Jun 2012, Corus Hotel, Kuala Lumpur menyediakan pelbagai hidangan menarik bagi meraikan "ayahanda" masing-masing. Lebih 25 menu utama bakal disajikan melibatkan hidangan minum petang dan juga makan malam. Menurut Pengurus Pemasarannya, Thean Kelly, orang ramai tentunya berpuas hati membawa ketua keluarga masing-masing untuk menikmati satu hidangan menarik di Restoran Dondang Sayang hotel itu sempena sambutan berkenaan. Katanya, makanan Barat dan juga tempatan adalah sajian utama yang diperkenalkan hotel itu hanya dengan harga RM68++ (dewasa ) dan RM31++ (kanak-kanak) untuk minum petang manakala hidangan bufet istimewa makan malam pula adalah RM89++ (dewasa) dan RM44.50++ (kanak-kanak). Antara makanan yang bakal disajikan ialah pelbagai jenis salad, sup labu, kepak ayam, udang masak lemak resipi ayah, "seafood lasagna" dan pelbagai makanan menarik lain. Udang masak lemak."Lebih istimewa pihak hotel turut menyediakan sudut kanak-kanak bagi membolehkan mereka bermain sambil dihiburkan dengan persembahan badut dan juga cabutan bertuah," katanya kepada mStar Online. Tambah beliau, pihaknya percaya sambutan berkenaan menjadi detik yang amat menarik kerana ia begitu eksklusif disebabkan sambutan Hari Bapa sebenarnya jarang diraikan berbanding sambutan lain. Dalam masa yang sama, anak-anak juga boleh membuat kejutan untuk bapa mereka dengan membawa bapa masing-masing ke hotel berkenaan. "Untuk makan malam istimewa bersama bapa, kami menyediakan pelbagai makanan segar di tempat memasak kami," katanya. Orang ramai dan ahli keluarga yang berhajat untuk meraikan Hari Bapa pada tahun ini, pastikan anda menghabiskan masa sama ada untuk minum petang ataupun makan malam di Corus Hotel. Pembaca yang berminat dan berhajat membuat tempahan, bolehlah hubungi 03-2161-8888 ataupun terus hubungi restoran Dondang Sayang di talian 03-2160-5923. |
| Posted: 04 Jun 2012 02:59 AM PDT Liyana Jasmay SAAT ini lagunya hebat diputarkan di corong radio dan ramai yang menyangkakan Cinta Bersatu didekasikan khas oleh Liyana Jasmay, 24, buat tunangannya, Fathuddin Mazlan, 28, berdasarkan bait lirik romantis yang mengiringi melodi indah lagu hasil nukilan kumpulan Tilu itu. Nyawa yang diberikan vokal Liyana Jasmay terasa hidup dan buat pertama kali mendengarnya pasti tidak menyangka ia dinyanyikan gadis mesra disapa Nana atau LJ itu. Terasa benar dia sedang dilamun asmara dan bahagia meniti hari bersama insan teristimewa. "Ramai yang beri komen suara saya lain sedikit ketika menyanyi lagu itu jika hendak dibandingkan dengan Aku Tak Percaya Cinta. Entahlah, saya rasa sama saja.
"Sebelum ini ramai yang menyangkakan Cinta Bersatu itu adalah luahan perasaan saya terhadap Fathuddin, sebenarnya ia hanyalah satu kebetulan. "Saya juga sempat memperdengarkan lagu itu kepada Fathuddin sebelum ia dimainkan di radio. Tambah membuatkan saya terharu apabila dia menyukai lagu itu," katanya yang semakin berseri-seri. Atas sambutan baik yang diterima pendengar, LJ merancang untuk menghasilkan lebih banyak single, sekali gus muncul dengan album keduanya yang disifatkan lebih matang bukan saja dari segi vokal tetapi juga penampilan. Tiada lagi imej penyanyi pujaannya, Arvil Lavigne, Liyana kini memilih imej yang menyerlahkan kewanitaannya lantaran usianya kini 24 tahun, selain status tunangan orang. "Saya sudah tidak boleh membawa imej rock atau 'funky' seperti sebelum ini kerana Fathuddin pesan kepada saya, dia tidak mahu lihat saya berpakaian seperti budak-budak kerana saya bukan lagi anak kecil. Saya akan jadi isterinya dan mahu lihat saya sebagai orang wanita. "Gaya 'skirt' pendek dan stoking juga sudah tidak boleh....hahaha! (ketawa). Katanya, lebih cantik kalau berpakaian ringkas dan feminin. Jadi penampilan saya untuk album kedua nanti, ada sedikit perubahan dan kelainan," katanya. Baru saja menyelesaikan penggambaran filem Tokan arahan pengarah baru, Ghaz Abu Bakar, LJ kini dikhabarkan sibuk mempersiapkan diri menghadapi penggambaran filem Isyarat Cinta arahan Bade Hj Azmi termasuk Fiksi-Fixie. Fiksi-Fixie adalah telefilem terbitan produksi miliknya sendiri, Mermaid Studios yang sebelum ini muncul dengan produk pertama, Tudung Tweet dan Paris Masuk Kampung. Meskipun saat ini dia terlalu banyak urusan perlu di selesaikan, namun sukar untuknya menolak tawaran Bade kerana naskhah yang diberikan kepadanya kali ini amat menarik. "Uncle Bade hubungi saya dan memaklumkan ada sebuah filem ingin dihasilkannya tahun ini dan watak utama itu dibuat khusus untuk saya. Menerusi filem Isyarat Cinta ini, saya akan memainkan watak gadis buta tetapi bukan sejak azali dan dia menjadi sebegitu kerana disebabkan satu kejadian. "Watak seperti ini sudah lama saya nanti-nantikan kerana itu dalam banyak urusan yang belum selesai, saya paksa diri untuk melakukannya. Secara keseluruhan watak filem yang saya terima tahun ini memang bagus dan menarik. "Filem Tokan misalnya, saya bawakan watak gadis yang membuat kajian mengenai isu penyalahgunaan dan pengedaran dadah. Dalam pembongkaran yang dilakukannya itu, tanpa disangka-sangka bapanya sendiri terbabit kegiatan haram itu," katanya. Kurang sebulan dari sekarang, dia akan meninggalkan negara ini bagi mengikuti kursus jangka pendek perfileman di New York, Amerika Syarikat. Bermastautin selama enam bulan di sana ditemani ibu tersayang, Habsah Simpon, pemergian itu dengan rasa hati yang cukup berat. Masakan tidak dihambat resah, apabila harus meninggalkan cinta hatinya, Fathuddin Mazlan sendirian di sini. Tambahan pula, dugaan orang bertunang datangnya dalam pelbagai cara. Namun, gadis yang penuh dengan cita-cita dan impian sepertinya, Liyana mengakui dia harus cekal dan menolak perasaan lekas cemburu dan curiga. "Kalau ikutkan kami memang jarang berjumpa kerana Fathuddin menetap di Sabah menguruskan perniagaan di sana selain saya sibuk dengan penggambaran. Tetapi paling lama tak jumpa pun dua minggu saja. "Berpisah dalam tempoh berbulan-bulan belum pernah dan disebabkan itu, terkadang saya rasa berat hati. Tetapi saya tidak boleh mengetepikan masa depan hanya kerana perasaan yang sebenarnya kita sendiri boleh kendalikan dengan baik jika kita sedikit sabar dan percaya pada pasangan. "Fathuddin sendiri memberi sokongan yang kuat untuk saya ke New York. Katanya, tidak perlu risaukan dia di sini dan minta saya jaga diri. Dia juga berjanji untuk menjenguk saya di sana nanti. "Mujurlah saya tidak sendirian kerana Mama menemani. Kalau tidak tak tahulah macam mana. Tetapi saya pula kesiankan kakak dan abang saya termasuk ayah kerana mereka terpaksa berjauhan dengan mama. Saya harap mereka semua dapat sertai kami berdua dan menyambut Aidilfitri di New York nanti," katanya. |
| Jelita tanpa secalit alat solek Posted: 04 Jun 2012 02:58 AM PDT BERI TABIK HORMAT...AnnaLynne melawat pangkalan tentera udara di Palmachim, Israel. BARU-BARU ini dia telah memberi khidmat paling berjasa kepada semua wanita di merata dunia, dengan keluar rumah tanpa secalit alat solek, dan nampaknya AnnaLynne mahu mahu mengekalkan begitu. Bintang berusia 24 tahun itu berdiri dan memberi tabik hormat ketika dia melawat pangkalan tentera udara di Plamachim, Israel, baru-baru ini. Bintang 90210 langsung tidak menggunakan celak, gincu dan bedak asas yang biasanya digunakan, dan membiarkan rambut emasnya keriting asli.
Selebriti lain seperti Omar Epps, Mekhi Phifer, Holly Robinson Peete dan bintang Vampire Diaries, Zach Roerig, turut bersama-sama AnnaLynne mempromosikan negara itu. Bintang yang berani memuatkan gambarnya terbarunya tanpa bermekap di Twitter baru-baru ini, memulakan perjalanannya dengan berjalan-jalan di bandar. Dia kemudian melawat Pusat Nalaga'at, iaitu sebuah teater untuk pelakon pekak dan buta. Bintang itu kemudian menulis di laman Twitternya untuk bercerita mengenai percutiannya. Isnin lalu dia menulis, "Hari pertama di Israel. Melawat Teater Nalaga'at untuk pelakon pekak dan buta. Saya terharu." Dia kemudian melawat pangkalan tentera udara bersama Roerig dan Phifer, semalam. AnnaLynne dilihat berbual bersama beberapa anggota tentera dan duduk di dalam pesawat penyerang. Bintang 8 Mile yang berusia 37 tahun, Phifer, turut menulis di laman Twitter bercerita mengenai pengalamannya: "Saya di sini, sedang seronok di Israel. Bekerja tetapi seronok dengan pengalaman. Di sini sangat cantik.. Saya mungkin dibaptiskan di Laut Mati. |
| Posted: 04 Jun 2012 02:56 AM PDT BERKECAI...rangka pesawat dan bas mini yang dirempuhnya di Accra, semalam. ACCRA: Sebuah pesawat kargo terbabas dari landasan dan merempuh sebuah bas ketika mendarat di lapangan terbang di ibu negara Ghana ini. Nahas itu menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh. Bagaimanapun, kakitangan pesawat terselamat. Rangka pesawat Boeing 727 milik Allied Air itu dilihat bersama-sama dengan bas yang rosak teruk di kawasan kejadian.
"Empat anak kapal selamat dan dirawat di sebuah klinik di lapangan terbang itu. "Pesawat terbabit melanggar sebuah bas mini, menyebabkan 10 orang terbunuh," menurut kenyataan itu. Seorang saksi berkata, dia melihat kapal terbang itu mendarat dan terus melanggar bas berkenaan, menyebabkan semua penumpang terbunuh. "Saya pulang dari kerja, berjalan dalam hujan dan melihat pesawat itu melanggar bas berkenaan," kata Kofi Anor. Seorang pegawai kanan tentera juga mengesahkan kejadian dan jumlah kematian itu. Bas itu musnah sementara sayap dan ekor pesawat berkenaan patah. Mayat mangsa yang terbunuh dibawa ke rumah mayat sebuah hospital tentera. Pesawat itu terhempas di kawasan tidak jauh dari sebuah stadium berhampiran lapangan terbang berkenaan dan sebuah pangkalan tentera. Naib Presiden Ghana, John Dramani Mahama memberitahu wartawan, siasatan menyeluruh akan dilakukan. Syarikat pengendali Lapangan Terbang Ghana berkata, operasi di lapangan terbang berkenaan kini berjalan seperti biasa dan semua penerbangan adalah seperti yang dijadualkan. Ketua Agensi Pengurusan Bencana Ghana, Kofi Kortufe berkata, keadaan kini sudah terkawal dan tidak sepatutnya mencetuskan kebimbangan. |
| Posted: 04 Jun 2012 02:53 AM PDT LANCAR...Dr Tee, Nirmalah dan Fatimah melancarkan buku panduan Keajaiban Bijian Penuh. PERTAMA, ilmu mengenainya ada tetapi kita tiada inisiatif untuk bertindak mengubah sikap ke arah pengambilan makanan yang lebih sihat. Kedua, apabila usia mencecah 35 tahun ke atas, agak terlewat untuk mengubah keseluruhan diet yang menjadi kebiasaan kerana amalan itu sudah mengalir di dalam diri. Ia boleh dikawal, tetapi untuk berubah 100 peratus, mungkin sulit. Ketiga, ramai hanya akan 'tersentak' dan berubah selepas menghidap penyakit berbahaya akibat amalan pemakanan yang selama ini kurang menyihatkan.
Katanya, tidak mahu semua perkara demikian berterusan, keluarga terutama ibu bapa adalah individu penting yang perlu memperkenalkan dan memberi makanan penuh berkhasiat kepada anak-anak sejak usia mereka masih muda. "Seawal usia dua tahun ke atas, ibu bapa sudah boleh memperkenalkan mereka kepada semua makanan sihat yang ada di dunia, tetapi mesti pastikan diri sendiri juga melakukan perkara sama. "Ibu bapa harus memberi khasiat pemakanan mencukupi kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Ini kerana peluang yang ada untuk berbuat demikian adalah singkat iaitu ketika mereka sedang membesar. Malah, keperluan ini sangat tinggi untuk perkembangan fizikal dan emosi mereka. "Jangan tunggu sehingga anak-anak sudah membiasakan diri dengan tabiat pemakanan yang tidak sihat, baru ibu bapa ingin mengubahnya. Pada waktu itu, ia sudah terlambat," katanya. Dengan mengambil makanan mengandungi bijian penuh misalnya, ia bagus untuk kesihatan tubuh badan bagi menjamin kehidupan yang lebih produktif. Bijian penuh mengekalkan semua bahagian bijirin asli iaitu bran, endosperm dan germ. Ia mengandungi pelbagai vitamin, mineral, fitokimia (bahan kimia tumbuhan) dan serat berbanding bijirin yang sudah diproses. Antara contoh makanan yang mengandungi bijian penuh adalah jagung, oat, beras perang, barli, tepung, bijirin dan kekacang. Bijian penuh juga mengekalkan semua tiga bahagian bijian serta sumber serat, karbohidrat, protein, vitamin B, zat besi, zink, kalsium, selenium dan magnesium yang baik. Ia juga kaya dengan antioksidan dan bahan tumbuhan semula jadi yang membantu mengekalkan kesihatan baik selain bebas kolesterol, rendah lemak serta lemak tepu dan secara semula jadi tanpa lemak trans. Beberapa kebaikannya termasuk membantu menangani berat badan dan mengawal kegemukan. Pengambilannya juga membantu mengurangkan risiko penyakit kencing manis jenis 2, melindungi daripada kanser kolon, strok dan penyakit jantung, mengekalkan pergerakan usus serta mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Kajian penyelidikan yang dibentangkan pada Persidangan Pemakanan Eropah kali ke-11 di Madrid, juga menunjukkan individu yang makan lebih banyak bijian penuh pada umumnya lebih sihat termasuk memiliki indeks jisim tubuh (BMI) rendah, kurang lemak di bahagian abdomen dan pengurangan berat badan. Memakan sekurang-kurangnya tiga hidangan bijian penuh (48 gram) setiap hari pula dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 20 hingga 40 peratus risiko dalam menghidap penyakit jantung dan kencing manis. "Pada peringkat permulaan memang ia sukar dilakukan kerana kita tidak biasa dengan rasanya yang kurang sedap. Jadi, lakukannya secara perlahan-lahan agar badan anda tidak 'terperanjat'. "Ibu hamil atau yang sedang menyusukan anak juga boleh mengambil makanan bijian penuh, malah ia lebih menyihatkan. Tiada sebarang bahan yang keluar daripada bijian penuh itu membahayakan bayi dalam kandungan ataupun diri ibu itu sendiri," kata Dr Tee. Terdapat banyak produk bijirin di pasaran kini yang mengandungi bijian penuh, tetapi apa yang perlu diketahui pengguna adalah bijirin diperbuat dengan bijian penuh tidak bererti hanya bijian penuh digunakan. Ini kerana ia mungkin dicampur dengan tepung biasa, gula dan pelbagai lagi campuran bahan lain. Bijian penuh kini menjadi tumpuan kerana ia memberikan kebaikan pemakanan yang tinggi berbanding bijian bertapis. Pengguna bukan saja harus sedar mengenai kebaikan bijian penuh, malah mereka juga perlu tahu jumlah sebenar kandungan bijian penuh dalam bijirin atau makanan mereka. "Lazimnya, kebanyakan jenama yang terdapat di pasaran mengatakan ada bijian penuh dalam makanan mereka, tetapi hanya segelintir yang mempunyai kandungan bijian penuh yang tinggi untuk khasiat sepenuhnya. "Sebab itulah pengguna perlu berhati-hati. Baca dan fahami label makanan atau dikenali juga sebagai Panel Maklumat Makanan (PMP) yang disediakan dengan sebaik mungkin," katanya. Sementara itu, menurutnya, pelancaran buku panduan ini satu langkah positif bagi memberi kesedaran dan menggalakkan orang ramai meningkatkan pengambilan bijian penuh. Platform berkenaan dapat digunakan untuk berkongsi maklumat mengenai jenis makanan yang mengandungi bijian penuh dan banyak memberi manfaat kepada kesihatan. Harapannya, dengan membantu orang awam memahami diet seimbang dan selamat, kerjasama ini juga dapat menyokong usaha kerajaan dalam mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat. Menerusi buku panduan berkenaan, orang ramai juga boleh mempelajari resipi baru yang boleh dipelbagaikan ketika menyediakan hidangan berasaskan bijian penuh sebagai bahan utama. Antara menu yang boleh dicuba adalah beras perang bersama serai, mufin oatmeal, roti mil penuh berperisa pisang, biskut bijirin gandum dengan aprikot dan minuman smoothie pisang dengan mangga. Hadir sama pada majlis pelancaran itu, Pengurus Perniagaan Bijirin Sarapan Nestle, Nirmalah Thurai dan pakar nutrisi, Fatimah Salim. Untuk memuat turun buku panduan dan mengetahui maklumat lanjut mengenainya, layari www.nutriweb.org.my atau www.nestle.com.my. |
| Posted: 04 Jun 2012 02:50 AM PDT KOTOR...tasik yang dipenuhi sampah-sarap. SELAYANG: Bukan saja keadaan tasik kotor dan tebing ditumbuhi lalang, malah lampu jalan yang dipasang dicuri sehingga keadaan gelap-gelita pada waktu malam. Begitu keadaan bekas lombong dikatakan bakal dijadikan taman rekreasi di belakang Sekolah Kebangsaan Seri Murni, di sini. Difahamkan, projek taman itu mula dibuka kepada penduduk sekitar dan orang ramai pada 2010, namun ia dibiarkan kotor dan terbiar sejak setahun lalu.
Penduduk, Abdul Ghani Mohamad, 51, berkata, pada awalnya tasik itu dibuka ada kontraktor yang membersihkan tasik dan kawasan sekitar, namun sejak tahun lalu keadaan terbiar dengan rumput yang panjang dan semakin kotor.
Bagi penduduk yang dikenali sebagai Mat, 42, dia semakin bimbang berikutan perumahan sekitar banyak dihuni warga asing dan ada antara mereka yang menyalahgunakan kawasan itu dengan melakukan vandalisme serta mencuri lampu jalan dan kotak fius.
"Saya berharap jika pihak terbabit tidak mahu menguruskan kawasan itu tutup saja daripada menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab dan jika mahu ia dibuka sebagai tempat rekreasi jangan biarkan terlalu lama kawasan berkenaan kotor dan penuh lalang," katanya.
"Kami perlu menyiasat status tasik berkenaan dan jika ia masih di bawah DBKL pastinya kerja pembersihan kawasan sentiasa dilakukan dan jika berlaku sebaliknya mungkin ia tanggungjawab pihak persendirian," katanya. |
| Posted: 04 Jun 2012 02:47 AM PDT KESAL...Faridah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya. DAKWA CEROBOH...perangkap sampah yang didakwa dibina di tanah milik Faridah. KUALA LUMPUR: "Mereka perlu berbincang dan jangan cuba mengelak setiap kali saya meminta penjelasan berhubung status projek yang dilaksanakan di tanah milik saya," kata suri rumah, Faridah M Mohamad, 56, di sini, semalam. Menurutnya, rasa tidak puas hatinya itu berpunca daripada tindakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melantik kontraktor membina perangkap sampah bersebelahan tanah miliknya di Lot 5019 dan 5020, Jalan J2, Taman Melawati, di sini.
"Sepatutnya mereka memaklumkan saya sebelum berbuat demikian. Jangan ingat disebabkan tanah itu kosong, ia tiada pemilik," katanya.
"Saya sudah membuat aduan di Balai Polis Taman Melawati pada 11 Mei lalu dan usaha saya mendapatkan penjelasan JPS menemui jalan buntu apabila pegawai terbabit sentiasa sibuk dengan mesyuarat," katanya yang bertegas akan memagar tanah miliknya itu.
|
| Posted: 04 Jun 2012 02:46 AM PDT DARI kiri, Caroline, Anas dan Zatul. APABILA peringkat separuh akhir pertama berakhir pada minggu lalu, ternyata saingan sengit dapat disaksikan antara tiga peserta iaitu Caroline, Anas dan Zatul. Hasilnya, ketiga-tiga peserta berkenaan diumumkan layak ke final, keputusan yang nyata memberikan kelegaan bukan saja kepada mereka, malah mentor masing-masing. Biarpun turut berusaha mempersembahkan nyanyian serta persembahan menghiburkan, namun ia gagal menyelamatkan Tisha daripada tersingkir. Markahnya yang jauh di belakang, berbanding peserta lain pada minggu lalu, memakan diri wanita berbakat dari Pasir Puteh, Kelantan ini. Caroline mendapat 131 markah keseluruhan daripada dua peringkat separuh akhir, manakala Zatul dengan 127 markah dan Anas 122 markah. Tisha hanya berupaya meraih 86 markah. Caroline yang tampil sebagai peserta pertama mengadakan persembahan, sekali lagi menunjukkan keyakinan ketika menyampaikan lagu nyanyian asal mentornya, Layar Impian, dan juga Set Fire to the Rain (Adele). Dalam usaha mengelakkan diri daripada disamakan dengan ratu rock itu, lagu pertamanya diubah hampir 100 peratus. Bagaimanapun lagu keduanya yang benar-benar menyerlahkan kekuatan gadis dari Tanah Merah, Kelantan ini. Dia turut mendapat pujian juri tetap, Datuk Sharifah Aini, yang sukakan pilihan lagu dan konsep persembahannya. Anas, yang dilihat antara calon popular sejak awal musim, cuba memikat perhatian dengan lagu asal Christina Perri, A Thousand Years, dan dendangan popular Meet Uncle Hussain, Drama King. Dia nampaknya lebih percayakan persembahan yang kosong dari segi props, tetapi cuba bergantung kepada keupayaan vokal semata-mata. Namun Sharifah Aini menganggap kemampuan suaranya sedikit menurun pada minggu ini. Zatul yang semakin menunjukkan peningkatan dalam persembahan, kemudian menggegarkan pentas dengan dua lagu rock, Taman Rashidah Utama dan Opera Hidup, daripada kumpulan Wings. Bertindak bijak dengan mempersembahkan lagu nyanyian artis lelaki, ditambah 'lakonan' ala pantomim, Zatul mungkin peserta paling terserlah kesungguhannya dalam usaha untuk melangkah lebih jauh dalam pertandingan. Dia bertuah disokong tunjuk ajar Ogy, yang sememangnya dikenali sebagai 'guru yang tegas' dalam membentuk anak seni. Begitupun persembahannya dilihat berlebihan oleh Sharifah Aini yang mahu melihat peserta ini lebih menumpukan kepada aspek vokal, pada peluang seterusnya. Sementara itu, dalam usaha terakhir menawan perhatian juri serta undian peminat, Tisha memilih untuk mempersembahkan rangkaian lagu Dikir Rambong oleh kumpulan Kapilla dan Makhluk Tuhan Paling Seksi (Mulan Jameela). Paling tidak, gelekan peserta ini berjaya menggamatkan suasana di auditorium walaupun dirinya tidak mampu mengikut jejak tiga lagi protege ke pentas akhir. Sebelum keputusan diumumkan, empat peserta terbabit menyerlahkan keupayaan masing-masing menerusi nyanyian medley lagu Gelora Cintaku, Meniti Titian Usang dan Teguh, dendangan asal Amy Search. |
| Posted: 04 Jun 2012 02:45 AM PDT ZIZAN (kiri) dan Johan jadi pilihan penonton Super Spontan. Pada saingan akhir, nampaknya kemenangan berpihak kepada jejaka dari Terengganu itu apabila dia menewaskan rakan seperjuangannya dalam Jozan dengan 3.3 markah, membolehkan Zizan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan Toyota Camry 2.0G. Bagaimanapun, sebagai naib juara, Johan tidak pulang tangan kosong, sebaliknya meraih RM50,000. Dia berada di hadapan Tauke yang mendapat tempat ketiga dengan hadiah RM25,000. Manakala Rahim R2, Ropie dan Suhaimi menerima sagu hati RM5,000. Kata Johan, meskipun ramai penyokongnya ingin melihat dia menjuarai program itu, namun dia terpaksa akur dengan ketentuan rezeki. "Dari awal saya tidak pernah mengharapkan untuk menjuarai program ini. Selepas masuk peringkat akhir, saya yakin akan menang tempat keenam hingga kedua saja," katanya. Sementara itu, Ketua Saluran Astro Warna, Bob Azrai berkata, sejak awal lagi dia menjangkakan program itu akan mampu pergi lebih jauh. "Memang ia sangat berbeza dengan program komedi lain. Saya yakin ia mampu membuka mata penerbit untuk mempelbagaikan lagi genre komedi hari ini. Super Spontan juga akan diteruskan untuk musim kedua," katanya. |
| Dengarnya… Dafi ditawar berlakon sinetron Posted: 04 Jun 2012 02:44 AM PDT Dafi Nampaknya kurang lima bulan disunting Trans Corp menjadi artis mereka, banyak perkembangan positif Cik Normah dengar daripada Dafi. Sebenarnya Dafi ke sana untuk menjadi penyanyi. Sementara menantikan lagunya siap, dia ditawar mengendalikan program gosip dan kini rezeki Dafi bertambah murah apabila ditawarkan berlakon pula. Jika selepas ini rezeki Dafi semakin murah di negara berkenaan, tak dapatlah dia pulang ke sini sekerap selalu. Sebelum ini, dua tiga kali sebulan Dafi pulang ke sini atas tujuan kerja dan menjenguk keluarga. Nanti kalau sudah sibuk berlakon sinetron, silap hari bulan dua tiga bulan pun susah nak melihat kelibatnya. Insya-Allah, jika niat kita ikhlas dan baik, apa yang kita hajatkan pasti menjadi kenyataan. Lagipun menurut beberapa teman Cik Normah yang pernah bercuti bersama Dafi ke Bali beberapa tahun lalu, dia terkejut apabila ramai gadis Indonesia mengerling ke arah Dafi, siap menyebut namanya sekali. Maknanya, sedikit sebanyak Dafi sudah dikenali orang sana, mungkin kerana duetnya bersama Gita Gutawa. Ke mana saja Dafi pergi kata teman Cik Normah, ada saja yang akan menegurnya. Bukan saja di jalanan, malah di lapangan terbang pun ada yang sempat menyapa. |
| Syamsul, Nabila kunci soal hati Posted: 04 Jun 2012 02:41 AM PDT USIA sudah menginjak 28 tahun, tetapi dua pelakon utama filem Jalan Kembali – Bohsia 2, Syamsul Yusof dan Nabila Huda Shuhaimi masih mengunci rapat mulut berkongsi soal hati dan perasaan. "Diam tak diam, usia sudah menginjak 28 tahun. Niat hati memang mahu berkahwin dan ke arah itu, tapi berilah saya masa lagi. Saya tahu ibu bapa, keluarga dan teman baik sudah muak mahu bertanya". - Syamsul Yusof Begitu juga anak kesayangan otai rock terkenal, Amy Search ini. Biarpun gosip percintaan Nabila dan Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, Johan As'ari atau Botak menjadi bualan hangat, apatah lagi mereka dilihat bercuti bersama keluarga ke Jepun, tidak lama dulu tapi mereka lebih selesa berkawan baik.Kelihatan sedikit berisi, Syamsul akui: "Diam tak diam, usia sudah menginjak 28 tahun. Niat hati memang mahu berkahwin dan ke arah itu, tapi berilah saya masa lagi. Saya tahu ibu bapa, keluarga dan teman baik sudah muak mahu bertanya. Kadang kala apabila kerap bertanya, jadi merajuk pula apabila saya enggan bercerita. Tapi, apa yang dapat saya katakan, saya belum bersedia. "Soal kewangan rasanya bukan lagi halangan untuk menanggung anak isteri, soalnya diri saya belum bersedia sepenuhnya. Saya masih menjalinkan hubungan baik dengan si dia, tapi setakat ini, kami masih mencari keserasian. "Apa yang saya nampak adalah persediaan diri saya sendiri. Saya seorang yang sukar nak difahami dan kadang kala mood sering berubah-ubah. Saya perlu mencari seseorang yang betul-betul faham dan tahan dengan jiwa saya. "Jujurnya, saya belum membawa si dia bertemu dengan ibu bapa saya. Bukan saya mahu mempermainkan hati dan perasaan si dia, tetapi tunggulah masa apabila saya benar-benar yakin. "Bukan saya tidak berusaha. Ketika mengerjakan umrah tidak lama dulu, saya mohon dipercepatkan jodoh di depan Kaabah. Dulu, saya tidak pernah berdoa soal jodoh, tapi kali empat mengerjakan Umrah, soal jodoh yang saya mohon tapi nampaknya doa saya belum diperkenankan. "Bukan saya tidak puas berseronok menyebabkan saya menangguh soal jodoh, tapi ia berbalik pada persiapan diri untuk melayari bahtera rumah tangga. Mungkin buat masa sekarang saya belum bersedia berkongsi hidup dengan sesiapa," katanya yang kini sibuk mempromosikan filem ke tujuh arahannya, Jalan Kembali-Bohsia 2. Filem Jalan Kembali – Bohsia 2, filem ke 28 terbitan Skop Productions Sdn Bhd akan menjengah pawagam pada Khamis, 7 Jun ini. Selain Syamsul, filem berkenaan turut dibintangi Nabila, Sofi Jikan, Salina Saibi, Zizan Razak dan Mak Jah. Ketika kisah cinta tidak diperkatakan lagi, timbul pula gosip baru apabila Syamsul dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon dan pengarah baru, Nurul Ain Nordin tidak lama dulu. Beberapa keping gambar mereka berdua-duaan dan sedang berbincang tersebar dalam blog hiburan tidak lama dulu. Hanya tersenyum sinis, Syamsul akui: "Gosip berkenaan tidak masuk akal. Saya menganggap si penghantar gambar dan emel layang adalah perbuatan khianat yang mahu mencemarkan nama baik saya. Kalau dilihat pada gambar, tidak menunjukkan apa-apa. Saya bukan berkelakuan buruk dengan Nurul Ain. "Tapi apabila membaca emel layang yang dihantar pada semua blogger, saya anggap ia perbuatan khianat dan fitnah. Saya mengenali Nurul Ain sudah lama. Saya berlakon di bawah arahan Nurul Ain menerusi filem Oh Mak Kau. "Saya bertemu Nurul Ain ketika berlakon dalam telefilem Maisarah kira-kira tiga, empat tahun lalu. Dia adalah pengurus produksi bagi telefilem itu. Nurul Aini juga pernah menjalani praktikal di Skop Productions, jadi dia adalah kawan lama saya. "Saya terima tawarannya berlakon dalam filem Oh Mak Kau! kerana saya mahu memberi sokongan kepada pengarah muda sepertinya. Tapi, saya pelik emel layang itu menuduh saya macam-macam, seperti tidak masuk akal. Saya tidak tahu kenapa si penghantar emel layang marah sangat pada Nurul Aini, tapi saya menjadi mangsa," katanya. Mengulas filem Jalan Kembali – Bohsia 2, Syamsul berkata ia banyak menyuntik unsur kerohanian dan komedi dalam filem bergenre aksi. "Saya risau, lambakan filem Melayu di pawagam membuatkan saya lebih teliti dan tidak ambil mudah dalam menghasilkan filem Jalan Kembali – Bohsia 2. "Filem mat rempit juga sudah banyak, jadi saya perlu memikirkan sesuatu yang berbeza, jadi saya suntik elemen kerohanian. Tidak hanya kisah bohsia tetapi filem ini mampu menyampaikan mesej yang mendalam. "Alhamdullilah, sehingga kini, saya masih belum ketandusan idea, malah masih banyak lagi idea yang belum dikeluarkan. Saya, seorang tidak berhenti bertanya dan meminta pandangan soal filem. Saya suka berkongsi idea dengan rakan artis dan teman baik supaya apa yang dihidangkan tidak membosankan," katanya. Nabila malu bawa watak bohsia BAGI Nabila Huda, dia mengakui lakonannya dalam Jalan Kembali: Bohsia 2 sebagai Tasha agak keterlaluan seperti yang diperkatakan, tetapi itulah lagak seorang bohsia. "Pada saya, bohsia bergaya keterlaluan, tingkah laku, bercakap kasar dan menjerit-jerit. Itulah yang cuba saya suntik dalam watak Tasha. Sebenarnya, saya tercabar membawa watak Tasha. Bayangkan dua tahun watak ini ditinggalkan dalam Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam, saya nak kena ingat semula karakter yang dilakonkan. "Saya kena buat homework, tonton semula filem Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam. Watak itu sudah ditinggalkan jauh daripada diri saya. Sebenarnya, saya tiada rujukan sesiapa pun dalam filem ini, saya hanya lihat persekitaran. Lagi satu, saya suka imaginasi, jadi imaginasi saya banyak membantu untuk menghidupkan watak Tasha. "Saya akui watak bohsia tidak pernah dilakonkan dalam mana-mana drama atau filem sebelum ini. Hanya dalam filem Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam dan Jalan Kembali – Bohsia 2 saja saya berani membawa karakter begini. "Sebenarnya saya malu nak bawa watak begini, ia tidak lagi sesuai dengan usia dan status saya sebagai ibu, tapi saya cabar diri untuk berlakon sekali lagi," kata ibu kepada Keisha Laila ini. Soal cinta, Nabila sudah bosan mengulasnya. Malah, dia tetap berpendirian, Johan adalah teman baik, bukan kekasih hati biarpun ramai yang tersilap perhitungan menganggap mereka bercinta. "Buat apa saya bercakap bohong, lambat laun peminat dan wartawan akan tahu juga. Saya bukannya jenis hipokrit. Kalau bercinta, saya akan cakap bercinta, kalau tidak, macam mana mahu mengakuinya? Saya ingin tegaskan buat kesekian kalinya, saya dan Johan hanya kawan baik. "Walaupun kami rapat tapi tiada membabitkan soal perasaan. Saya rasa biarlah kami kekal sebagai kawan baik, itu lebih bermakna dan berkekalan. Jika terbit perasaan, apabila bergaduh cepatlah putus kawan. Saya akui gembira hidup sendiri bersama anak, Keisha. Bagi saya, cinta memang indah, tapi ia juga menyusahkan. Saya bukannya serik tetapi belum terfikir ke arah membina rumah tangga sekali lagi. "Bohonglah kalau tak teringin mahu bahagia seperti pasangan suami isteri lain tetapi saya percaya pada jodoh. Saya tidak terlalu mengharap, kalau ada jodoh, saya terima dengan hati terbuka. Lagipun, saya tidak terlalu mengharap pada lelaki. Sejak dulu, saya biasa hidup berdikari dan mencari rezeki dengan titik peluh sendiri," katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Udin Glamor Balik Kampung. Info Syamsul NAMA PENUH: Mohd Shamsul Yusof Haslam USIA: 28 Tahun TARIKH LAHIR: 21 Mei 1984 ASAL: Kuala Lumpur KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik +PENDIDIKAN: Diploma Penyiaran dari Akademi TV3 DRAMA ARAHAN: Sembilu Kasih, Gerak Khas dan Air Mata Maria DRAMA LAKONAN: Farah Syakirah, Maisarah, Ameera & Tanah Kubur FILEM: Evolusi KL Drift 1 & 2, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Khurafat, KL Gangster, Aku Bukan Tomboy, Jalan Kembali – Bohsia 2, KL Gangster 2 & Oh Mak Kau PENCAPAIAN: Anugerah Khas Juri untuk filem keberkesanan aksi lasak menerusi Evolusi KL Drift pada Festivel Filem Malaysia ke-21 (FFM21), Pengarah Terbaik FFM23 melalui Evolusi KL Drift 2 & Anugerah Yasmin Ahmad (Anugerah Skrin 2011). Info Nabila NAMA: Nabila Huda Suhaimi TARIKH LAHIR: 2 Disember 1984 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur USIA: 28 Tahun ANAK: Keisha Laila ANTARA DRAMA: Impak Maksima, Di Luar Itu Bukan Syurga, Golliwog, Diari Dewi, Serkam Cinta, Kerana Budi, Cinta Untuk Ain, Sutra Maya, Sari Maya, Cinta Dia, Tanah Kubur, Deru Ombak, Sijundai, Laila Manja FILEM: Rock, Bohsia, Akhirat, Jalan Kembali – Bohsia 2 TEATER: Natrah |
| Posted: 04 Jun 2012 02:40 AM PDT APABILA laman sosial menyiarkan gambar bekas Ratu Dunia 1994, Aishwarya Rai Bachchan dengan wajah berdagu dua dan pipi bulat, ramai yang memberikan komen termasuk mengejek dan menyindir penampilannya yang sangat mengejutkan itu. "Saya gembira kepada semua orang di luar sana yang menunjukkan perasaan kasih sayang dan positif hingga aspek negatif tidak difikirkan langsung, saya tidak rasa marahpun" - Aishwarya Rai Kemunculannya aktres berusia 38 tahun itu di Pesta Filem Cannes minggu lalu dan berjalan di permaidani merah menunjukkan beliau sangat yakin dengan penampilan barunya itu walaupun lebih gemuk berbanding sebelum melahirkan anaknya, Aaradhya, November tahun lalu.Keyakinan dan keberanian ditunjukkan Aishwarya menunjukkan wanita yang pernah dinobatkan dalam senarai wanita tercantik dunia itu secara tidak langsung membuktikan selebriti juga yang tidak terlepas daripada masalah mengekalkan tubuh dan wajah yang cantik. Malah, ratu cantik itu juga menyedarkan orang ramai bahawa keputusan untuk tampil cantik, menawan dengan tubuh yang sempurna terletak di atas kemahuan diri sendiri bukannya kerana terpaksa atas desakan masyarakat atau tekanan sosial. Minggu ini RONA menyenaraikan beberapa tokoh dan selebriti antarabangsa yang tampil yakin untuk berhadapan dengan masyarakat walaupun mereka dikategorikan mempunyai tubuh yang gempal, kurang menarik atau 'hodoh'. Penyanyi Amerika Syarikat (AS) ini bertahun-tahun dikenali sebagai aktres yang mempunyai tubuh 'sempurna' atau kurus. Keputusannya untuk mengandung kali ini menyebabkan beliau tidak kisah dengan penampilan baru, tubuh yang lebih gempal. Malah, beliau dilaporkan tidak kisah dengan sindiran mahu pun ejek ramai terhadap tubuhnya itu. "Apabila wanita hamil, orang ramai perlu menerima hakikat perbezaan tubuhnya. Waktu ini adalah satu masa yang benar-benar istimewa dan anda sepatutnya boleh menangani dan menghadapinya dengan bijak. Pakai apa yang sesuai dan bangga dengannya," katanya April lalu. Malah, dilaporkan Jessica mengakui beliau tidak akan tergesa-gesa menurunkan berat badan selepas melahirkan anaknya nanti, sebaliknya mahu menikmati saat bergelar ibu dengan melayan kerenah si kecilnya nanti. Masalah kegemukan sering dirujuk pada pengacara jutawan dan perantara program terkenal, Oprah Winfrey. Awal kemunculannya dalam arena penerbitan televisyen, Oprah memang dikenali sebagai wanita kulit hitam gemuk yang berjaya menempatkan diri dalam dunia 'glamor' yang selama ini dikuasai orang kulit putih. Kemudiannya, ketika zaman kemuncaknya beliau berjaya menguruskan badan dengan bantuan jurulatih kecergasan dan pakar pemakanan melalui program diet Optifast. Program itu menyebabkan beliau kehilangan 27.2 kilogram (60 pounds) dan menjadi inspirasi beribu rakyat Amerika Syarikat menurunkan berat badan dan menjadi lebih menarik serta berkeyakinan. Namun, badan Oprah seumpama yoyo kerana senang naik dan turun malah sehingga tahun lalu, Oprah yang sudah menamatkan siaran bual bicara berusia 25 tahun dilihat tampil dengan tubuh yang gempal. Nampaknya, Oprah satu-satu selebriti gemuk yang tetap laku walaupun bertubuh sedemikian. Bekas ratu Florida 1974 yang juga seorang pelakon mini siri di Hollywood juga menghadapi masalah kegemukan, dan kesannya mengalami tekanan jiwa, kemurungan dan gangguan makanan. Namun, selepas beberapa tahun beliau mempunyai pandangan positif mengenainya walaupun menerima kritikan daripada orang ramai. Masalah kegemukan menyebabkan beliau mengidap diabetis pada 2000, tetapi itu tidak mematahkan malah memberi inspirasi kepada beliau untuk menerbitkan buku mengenai gaya hidup positif wanita berbadan gempal 'Delta Style' dan cara beliau menangani masalah kegemukan serta diabetis. Beliau turut membuka butik memasarkan baju sesuai untuk wanita berbadan besar, dikenali jenama BBW dan menerima anugerah EMMY melalui watak Suzanne Sugarbaker dalam drama komedi mini siri Designing Women. Bintang filem dan drama Hollywood ini memang dikenali sebagai artis berbadan besar atau gempal. Malah, liputan mengenai berat badannya lebih banyak dilaporkan berbanding drama atau filem yang dibintanginya. Dalam pada itu, beliau sentiasa tampil yakin berhadapan dengan orang ramai walaupun berat badannya pernah mencecah 80 kilogram (kg). Beliau yang sentiasa diingati kerana wataknya dalam drama komedi Cheer sebagai Rebecca Howe (1987 -1993), turut menerima dua anugerah Emmy hasil lakonan cemerlang memegang watak itu. Alley pernah muncul dalam rancangan Oprah Winfrey Show apabila berjaya menurunkan berat badan lebih 33 kg. Namun, selepas itu beratnya terus meningkat sehingga 86 kg. Pada 2010, Alley melancarkan produk kesihatan dikenali sebagai Organic Liaison, iaitu produk pertama diluluskan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) sebagai produk menguruskan badan. September 2011, beliau mengumumkan kehilangan 45.3 kg selepas lebih setahun mengamalkan produk berkenaan. Perdana Menteri Britain pada 1940 -1945 dan 1951-1955, Sir Winston Leonard Spencer-Churchill adalah tokoh politik yang sering dilabelkan sebagai pemimpin gemuk. Salah satu petikannya yang paling terkenal adalah 'saya mungkin gemuk, tapi awak hodoh, saya boleh berdiet dan kurus tapi wajah yang hodoh tidak mungkin berubah menjadi cantik'. Ini membuktikan pemimpin yang terkenal memang suka makan di restoran mewah sekitar London itu tidak kisah dengan kata-kata orang ramai mengenai saiz tubuhnya tetapi lebih menumpukan kepada pentadbiran negara. Churchill juga adalah satu-satu Perdana Menteri Britain yang menerima Hadiah Nobel Kesusasteraan dan sering diingati kerana pembabitannya dalam Perang Dunia Kedua serta pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki pada 1945. Malah, bom atom yang dilepaskan ke bandar Hiroshima dan Nagasaki digelar sebagai 'Fat Man' mengambil gelaran yang sering diberikan kepada Churchill. |
| Posted: 04 Jun 2012 02:37 AM PDT Jika sudah mempunyai destinasi yang ingin dijejaki, anda tentu hilang panduan dalam pelbagai perkara. Antaranya tempat menarik yang ingin dilawati, restoran hebat atau petunjuk jalan akibat tidak pernah menjejakkan kaki di lokasi terbabit. Pelayar Chrome Google akan berfungsi dengan aplikasi ini untuk mewujudkan web terpantas - suatu pengalaman paling intuitif di web. Pelancong boleh mencari beberapa aplikasi web yang unik untuk membantu semua pelan daripada tempahan penerbangan, hotel hinggalah belajar bagaimana hendak berkhemah dalam hutan dengan selamat. Apabila anda menggunakan Chrome untuk mengakses Peta Google, anda boleh meneroka dunia dengan pantas. Hanya dengan 'klik', ia akan menyerlahkan alamat dan info perjalanan sama ada anda sedang berjalan, memandu atau mengambil pengangkutan awam. Kekangan bahasa kini bukan lagi penghalang kerana ia secara automatik menterjemah laman web ke dalam bahasa anda. Sama juga keadaannya ketika anda berada di negara asing, melalui aplikasi ini anda boleh menterjemah bahasa tidak difahami dalam laman web bahasa asing kepada bahasa pilihan. Store Web Chrome adalah pasaran di mana anda boleh menyemak imbas, menemui dan membeli aplikasi dan lanjutan terbaik di web. Pengumpulan perjalanan dalam Store Web Chrome menghimpunkan berpuluh aplikasi dan alat yang direka untuk menjadikan perancangan perjalanan anda mudah dan menyeronokkan. Berikut adalah hanya beberapa contoh aplikasi yang memudahkan perjalanan anda: TouristEye Planner Permudahkan perancangan perjalanan dengan membina jadual perjalanan menggunakan daya seret yang mudah dan antara muka. Simpan dalam telefon pintar anda untuk akses yang mudah jika tiada sambungan internet. Hipmunk Kunci kepada aplikasi yang memudahkan anda mencari penerbangan dari aspek harga, jadual perjalanan dan tempoh penerbangan. Wanderfly Rancang perjalanan yang sepadan dengan bajet dan minat anda. Mencari sesuatu yang lasak dan bersifat pengembaraan, romantik atau mewah? Hanya klik butang dan cari apa yang sesuai dengan keperluan anda. Dayzipping Mahukan percutian yang cepat? Dayzipping membantu anda mencari perjalanan sehari di 15 buah negara berbeza. CardFed Aplikasi ini membantu menghantar gambar anda umpama poskad di mana-mana lokasi di dunia. Anda tidak perlu risau jika terlepas peluang membeli poskad sebagai kenangan ketika bercuti. wikiHow Survival Kit Bersedia untuk apa-apa situasi dengan aplikasi web ini. Diserang binatang buas, tersesat di huan atau mengalami masalah ketika bercuti - semuanya ada penyelesaian! Amazebuy Hotels Pilih tawaran pakej penginapan menarik hotel di seluruh dunia. Weather Window Ambil sedikit masa untuk melihat secara maya cuaca bandar yang dirancang dilawati. Sehubungan itu, anda boleh bersedia dengan pakaian yang sesuai seperti seorang pakar. Flight Status Sentiasa bersedia untuk penerbangan anda. Ini aplikasi mudah membolehkan anda menaip kod penerbangan dan memeriksa statusnya. |
| Posted: 04 Jun 2012 02:36 AM PDT Kambing panggang antara yang jadi tarikan di Coffee House Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur Selera kuala lumpur sememangnya 'syurga' makanan. Segala jenis sajian tempatan mahupun luar negara terdapat di ibu negara sehinggakan ia menjadi tarikan utama dalam kalendar pelancongan negara ini. Apatah lagi apabila ia turut mendapat sokongan daripada pengusaha-pengusaha hotel yang mengambil kesempatan untuk mempromosi makanan sebagai tarikan kepada pengunjungnya. Antaranya Hotel Sunway Putra (dulunya dikenali sebagai Hotel Legend), Kuala Lumpur baru-baru ini telah melancarkan promosi Makanan Johor bersempena sambutan Citrawarna. Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Exco Negeri Johor, Hoo Seong Chang. Hadir sama Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Md. Za'nal Misran dan Pengurus Besar Hotel Sunway Putra, Ron Hasni Yusoff. Menurut Ron Hasni, sempena promosi tersebut pihaknya menawarkan pelbagai menu menarik berdasarkan hidangan-hidangan terkenal dari Johor. Katanya, negeri di selatan tanah air itu dipilih kerana ia kaya dengan kepelbagaian makanan yang jarang diketahui ramai. Promosi bertema Jom Makan Besor (slanga Johor) bermula dari 18 Mei hingga 3 Jun ini. Mengikut sejarah, masakan Johor banyak dipengaruhi oleh budaya Arab dan Maritim Asia Tenggara (Filipina, Brunei, Singapura, Timor Leste, Indonesia dan Malaysia). Selain itu, Johor yang dikenali salah sebuah negeri termaju di Malaysia serta terkenal dengan eko-pelancongan, agro-pelancongan, sukan-pelancongan juga pusat perniagaan, pengangkutan dan hiburan. Antara hidangan tradisional istimewa yang terkenal di Johor seperti nasi beriani gam, nasi ambeng, asam pedas ikan pari, ayam masak ros, kambing kuzi dan pajeri nanas pulang hari. Chef Mohd. Khairulfazi Mohamed berkata, menu utama yang kebanyakan masyarakat gemari adalah asam pedas Johor. Beliau merupakan chef jemputan untuk menyediakan hidangan Johor bagi hotel tersebut. Kambing kuzi, sajian Johor yang tidak harus dilepaskan. "Hidangan hari ini saya sediakan asam pedas ikan pari kerana ia adalah antara masakan popular rakyat Johor. Asam pedas ini agak berbeza dengan asam pedas Melaka kerana kuahnya yang lebih likat bagi memberi kepuasan mereka yang menggemarinya. "Selain itu, beriani gam yang di masak dengan menggunakan beras khas bersama rempah dan dimakan bersama daging lembu, ayam atau kambing. "Manakala nasi ambeng yang nasinya kekuningan dimakan bersama acar, ayam goreng berempah, daging rendang, sambal goreng tempe, ikan masin dan sambal belacan," jelasnya yang mempunyai pengalaman 10 tahun memasak. Sementara itu, bagi menu makan malam hidangan yang disediakan seperti laksa Johor, mi rebus Muar dan mi bandung dan lontong. Tambah Khairulfazi, untuk menu pencuci mulut pula dihidangkan ais kacang atau lebih dikenali sebagai Air Batu Campur (ABC), pisang salai, ubi kayu rebus gula melaka, kuih-muih tradisional dan buah-buahan. |
| Posted: 04 Jun 2012 02:35 AM PDT PADA mulanya ia bermula dengan pertanyaan daripada seorang teman. Saya diajukan soalan sama ada mengetahui tentang nama makanan celur-celur atau 'celoq-celoq' dalam dialek utara. Namanya agak asing, walaupun boleh mengagak ia adalah makanan yang perlu dicelur sebelum dimakan. Oleh kerana mahu mengetahui apakah sebenarnya makanan yang dinamakan celur-celur itu, teman tersebut, Syuhirdy Mat Noor atau lebih mesra dengan panggilan Chef Ady telah mengundang saya untuk menikmati makanan itu di gerainya. Agak menarik juga konsep tersebut dan dalam masa yang sama saya rasa elok juga topik makanan gerai itu dituliskan dalam ruangan ini. Oleh itu pada minggu ini saya akan bercerita tentang pengalaman menikmati juadah itu dan bagaimana anda dapat menyediakan hidangan berkenaan dengan cara yang lebih teratur. Mungkin ada antara pembaca boleh menggunakan tip ini untuk membuka perniagaan makanan berkonsepkan gerai seperti celur-celur. Lebih menarik, saya berjaya mengorek tip dan resipi rahsia celur-celur dari teman itu eksklusif untuk pembaca-pembaca setia ruangan ini. Gerai makanan celur-celur yang diusahakan oleh Chef Ady dan Hafiz Jaafar turut menawarkan menu seperti chicken chop, mee sizzling, tomyam claypot, grilled chicken, fish and chips dan bermacam-macam lagi dengan harga yang berpatutan. Menu yang akan saya fokuskan pada kali ini adalah celur-celur. Celur-celur adalah makanan yang dicucuk pada lidi, buluh atau pun lebih dikenali skewer food. Ia ada sedikit persamaan dengan steamboat. Cuma ia dicucuk pada lidi sahaja. Bahan yang dicucuk hanya perlu dibeli. Apa yang anda perlu sediakan adalah sosnya sahaja. Makanan ini sangat popular di kalangan masyarakat Cina yang banyak menjualnya di tepi-tepi jalan. Di gerai ini anda hanya perlu memilih berapa cucuk yang anda inginkan berdasarkan jenisnya. Antara yang dijual adalah jejari ketam, dumpling sayuran, bebola sayuran dan kek ikan. Pada setiap meja di tengah-tengahnya ada bekas yang mengandungi air mendidih untuk mencelur skewer yang telah anda pilih. Di bawah-meja terdapat api yang memanaskan air untuk mencelur skewer itu. Harga setiap cucuk yang dijual adalah RM1 secucuk. Celur-celur perlu dinikmati dengan dua jenis sos yang diadun dengan resipi istimewa selepas dicelur. Secara jujurnya konsep ini begitu santai dan bagus untuk merapatkan lagi silaturahim. Anda juga boleh menonton skrin besar sambil makan di gerai ini. Kepada mereka yang bercadang untuk membuka perniagaan ala skewer food, beberapa tip yang perlu anda ambil perhatian antaranya adalah kos untuk bahan-bahan-mentah. Bahan mentah itu boleh dibeli secara pukal dengan harga yang murah. Tidak kurang penting adalah aspek-aspek kebersihan dan penjagaan kualiti dalam perniagaan celur-celur. Carilah bahan mentah yang sedap rasanya. Terdapat cara menghidang yang dipraktikkan di gerai ini yang boleh anda ikut antaranya Chef Ady menyimpan skewer yang belum dicelur dalam bekas bertutup. Bekas yang digunakan itu seperti kabinet berlaci yang boleh menyimpan skewer mentah. Saya ada bertanya apa kelebihan menggunakan bekas seperti ini dan jawabnya lalat tidak akan hinggap pada skewer yang terdedah. Skewer juga tidak akan cepat kering yang akan mengurangkan kesegarannya. Skewer yang telah dicucuk juga hendaklah dipelihara kesegarannya dengan menyimpannya dalam peti sejuk. Bagi anda yang ingin menyediakan celur-celur di rumah tidaklah sukar sebenarnya kerana hanya perlu mencucuk bahan seperti bebola daging ayam dan sebagainya dengan lidi pencucuk. Beli satu dapur elektrik atau gas mudah alih dan didihkan air dalam periuk dan anda bolehlah mencelur skewer itu dan letakkan di tengah meja. Sediakan sos untuk makan bersama skewer anda. Apa lagi cubalah makan sambil bersantai dengan resipi yang saya kongsikan minggu ini. Pada mereka yang ingin mencuba dan merasai sendiri pengalaman makan di gerai sambil menikmati celur celur bolehlah mengunjungi sendiri di gerai ini. Selamat mencuba! |
| Tawar khidmat katering berpatutan Posted: 04 Jun 2012 02:34 AM PDT Antara lauk pauk yang disediakan oleh Dqis Enterprise untuk majlis perkahwinan. ARUS kemodenan yang menyaksikan kehidupan harian sering dibebani waktu menyebabkan perkhidmatan katering semakin menjadi pilihan untuk mengadakan pelbagai majlis jamuan mahu pun kenduri perkahwinan. Perkhidmatan itu bukan sahaja lebih praktikal kerana membantu urusan menjadi lebih mudah, selesa dan tidak meletihkan tetapi tuan rumah juga boleh menumpukan perhatian untuk melayan tetamu tanpa memikirkan perkara-perkara lain. Menerusi perkhidmatan tersebut, peruntukan pembelanjaan bagi makanan yang disediakan juga hanya perlu mengikut jumlah tetamu yang diundang sekali gus membolehkan penilaian kewangan dibuat dan mengelakkan pembaziran. Untuk itu, DQIS Enterprise tidak ketinggalan menawarkan perkhidmatan katering yang berpatutan dan berbaloi kepada pelanggannya. Selepas lebih tiga tahun beroperasi, syarikat berkenaan yang berpusat di Padang Serai, Kedah semakin berkembang dan menjadi antara penyedia hidangan pilihan ramai untuk mengadakan jamuan atau majlis perkahwinan. DQIS Enterprise memenuhi keperluan pelanggannya dengan menyediakan pelbagai pakej daripada harga permulaan serendah RM4.60 bagi satu kepala yang mampu ditempah oleh pelanggan. Lebih menarik, syarikat berkenaan hanya memastikan penggunaan ayam dan daging tempatan yang segar dan halal dalam masakan mereka untuk dihidangkan kepada tetamu jemputan. Pengurusnya, Rozlyn Basharuddin berkata, pakej hidangan perkahwinan yang ditawarkan DQIS Enterprise berbeza-beza mengikut kemampuan pelanggan dengan jumlah tempahan minimum 500 orang jemputan dari harga RM4.60 hingga ke RM8.30 satu kepala. Sebagai contoh katanya, pakej hidangan 'Katering Rakyat' menawarkan harga serendah RM4.60 bagi satu kepala. "Set ini merangkumi seratus peratus nasi minyak, ayam masak merah, dalca sayuran, buah tembikai dan air sirap. "Menerusi pakej seperti ini, semua lapisan masyarakat khususnya golongan pertengahan juga mampu untuk mengadakan majlis jamuan yang memuaskan kepada tetamu jemputan mereka," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Menurut Rozlyn, antara pakej lain yang ditawarkan ialah 'Menu Cempaka' berharga RM8.30 bagi satu kepala yang menyediakan 20 peratus nasi putih dan 80 peratus pilihan nasi bertumis sama ada nasi minyak atau tomato. Katanya, pakej itu turut memberi pilihan menu ayam iaitu sama ada masak merah, rendang, gulai, kurma atau gulai ikan kering manakala pilihan menu daging pula sama ada masak hitam, kurma, gulai, rendang atau gulai ikan kering. Dalca sayuran, pilihan menu jelatah antara timun campur nenas atau air asam tomato, acar buah, buah tembikai atau oren; air sirap atau oren atau air hijau dan 20 peratus minum petang iaitu teh tarik turut disediakan menerusi pakej ini. Selain itu, bagi tempahan untuk 1,000 jemputan dan ke atas untuk pakej ini, DQIS Enterprise menyediakan secara percuma lima peratus makanan tambahan, tiga unit kanopi, dua unit stesen bufet, seunit kanopi pengantin, krew pengurusan majlis, 100 peratus pengurusan majlis dan 60 keping fotografi suasana majlis tanpa edit dalam bentuk cakera digital (CD). "Selain menyediakan pelbagai pakej hidangan, kami turut menyediakan perkhidamatan sewa peralatan kenduri dan kanopi. "Yang pasti, DQIS Enterprise sedaya upaya menjadi pusat sehenti untuk mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan atau jamuan. Kami sedia membantu menguruskan majlis dengan sebaik mungkin," katanya. Rozlyn berkata, pihaknya bukan sekadar menawarkan perkhidmatan katering bagi majlis perkahwinan tetapi turut melibatkan majlis keraian seperti menyambut kelahiran, kenduri kesyukuran, program kerajaan dan lain-lain. Di samping itu katanya, mereka juga menerima tempahan sebagai tukang masak di sesebuah majlis. Bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan DQIS Enterprise dan untuk sebarang maklumat lanjut, boleh melayari laman web www.dqis2u.com atau laman sosial facebook dqis2u.com atau hantarkan emel ke admin@dqis2u.com atau hubungi talian 019-4077570. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

























0 ulasan:
Catat Ulasan