RSS

Nuffnang

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

sumber :-

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Gambar Datuk Siti Nurhaliza Tanpa Make-Up Tersebar

Posted: 20 Jun 2012 06:41 AM PDT


Datuk Siti Nurhaliza Comel, Lawa, Seksi, Anggun Tanpa Make Up, itulah ungkapan yang boleh diberikan kepada Penyanyi Tersohor Negara kita. G.A.M memang begitu teruja apabila 2 Aksi ini tanpa Make Up yang begitu realistic dan Photogenic.

Datuk Siti Nurhaliza memang cukup jaga penampilan beliau secara lansung mahupun tidak secara lansung.

Bila aksi begini dilakukan, pastikan teman sehidup sehati dan semati Datuk Siti Nurhaliza berasa sangat bertuah setelah memiliki Datuk Siti Nurhaliza


Apa-apapun Siti Nurhaliza tanpa make-up sure cun, gadis ini tidak memerlukan make up yang banyak untuk kelihatan cantik menawan.

ADEGAN PANAS ZARINA JAMALULLAIL DALAM Filem Aku, Kau dan Dia

Posted: 20 Jun 2012 06:16 AM PDT


Filem Aku, Kau dan Dia akan dipertontonkan di Pawagam, bagaimanapun sebelum Filem itu dilancarkan seorang pelakon telah meminta pengarah untuk memotong adegan panas Zarina Jamallullail disebabkan image baru Zarina telah bertudung malah sudah berkahwin.

Dengar cerita pihak suami Zarina Jamallail, 23 tahun telah membayar sejumlah wang yang besar bagi memotong adagen panas dan romantik yang berlebih lebih bersama Pekin Ibrahim, adakah ini benar?


Ikuti Pengakuan dari Zarina Jamallullail :-


Bagaimanapun, Zarina membuat pengakuan bahawa hanya meminta pihak produksi iaitu Tayangan Unggul untuk memotong sedikit adegan romantik berlebihan, bagi menjaga imejnya yang baru bertudung sejak bergelar isteri pada Disember tahun lalu.

"Diakui memang saya ada minta pihak penerbit untuk memotong sedikit adegan yang saya rasa tidak manis ditonton umum, kerana saya sudah bersuami dan bertudung. Ia telah mendapat persetujuan semua termasuklah pengarahnya, Pierre Andre.

"Tetapi tidaklah sampai suami perlu membayar ratusan ribu ringgit kepada penerbit semata-mata untuk pemotongan adegan tersebut, ia tak masuk akal. Saya kesal dengan hal ini kerana suami tidak ada kaitan langsung.

"Harap-harap kenyataan ini jelas dan difahami semua pihak. Saya tak mahu kerana gosip sebegini, kerjaya suami pula yang terganggu, katanya lagi.


Tambah Zarina, ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana dia hanya ingin menjaga imejnya apatah lagi selepas berhijrah.

Minggu lalu, beberapa akhbar dan portal hiburan melaporkan terdapat khabar angin yang mengatakan suami Zarina yang dikatakan seorang VVIP sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada pihak produksi agar memotong beberapa adegan romantik membabitkan pelakon wanita itu dengan Pekin. - mStar-

Khairul Fahmi dan Safiq Rahim Duta Maxis Terbaru

Posted: 20 Jun 2012 05:52 AM PDT

Siapa kata pemain bola sepak tidak boleh mencari side income, zaman sekarang memang benar benar berubah, persoalannya anda mahu atau tidak sahaja, dua pemain boleh sepak negara kini telah dipikat oleh satu syarikat telekomunikasi gergasi iaitu Maxis.

Sebelum ini Datuk Lee Chong Wei menjadi duta Maxis, pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safiq Rahim dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex pula telah dilantik sebagai duta baru syarikat telekomunikasi berkenaan.

Bersempena perlantikan tersebut, kedua-dua figura popular itu mengajak peminat setianya untuk menonton perlawanan Euro 2012 bersama di beberapa lokasi terpilih.

Difahamkan, Apex dan Safiq bakal berada di Kota Damansara untuk meluangkan masa bersama peminat bagi menyaksikan perlawanan akhir Euro 2012 pada 2 Julai ini.

Lebih menarik lagi, peminat juga berpeluang untuk menyertai permainan online, Maxis Football Guru di mana Apex dan Safiq akan bermain bersama peminat.

Dengan hanya melayari laman Facebook Maxis, anda boleh menyertai permainan ini sekaligus berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah sesi beramah mesra bersama kedua-dua pemain popular ini.

Dalam pada itu, anda juga boleh mengenali secara dekat dengan Apex dan Safiq yang telah berkongsi pengalaman manis sepanjang bergelar atlet negara dalam kempen ini.

Oleh itu kepada sesiapa yang tidak pernah bersemuka dengan dua pemain negara ini, G.A.M galakkan anda pergi ke sana dan mengenali dua pemain negara kita yang begitu gah dipersada bolasepak kita. Apa tunggu lagi jom meriahkan majlis tersebut dengan kehadiran anda semua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan