Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Guru miang melampau
- Remy Ishak Malu Nyanyi Lagu Sendiri
- Tiga ' Single' Filem '29 Februari' Dilancar Serentak
- Pengikut Twitter Jaclyn Victor Meningkat 10,000 Dalam Masa Dua Hari
- Faizal Tahir risau
- Jessie J Enggan Imej Lelaki Lembut
- Kelly Osbourne Lelong Baju Untuk Kerja Amal
- Saat genting 72 jam
- Bacaan al-Quran terbaik
- Kerja keras demi salon rambut
- Tampilkan fesyen, gaya berbeza
- Usir lingkaran gelap mata
- Pesawat A380 MAS mula penerbangan komersial 1 Julai
- AirAsia lebar sayap ke Jepun
- Perodua mungkin keluarkan kereta Sedan
- Dulu gigit telinga polis, kini ceroboh rumah
- Remaja bawah umur dicekup di bilik rahsia
- Mangsa tetak tunjuk sikap aneh
- Bersatu demi Islam perlu ikhlas dan serius
- Mufti Perak tegur konsert K-Pop
- Sentiasa sayang Malaysia
- Rezeki buat Nora
- Luahan hati Vanidah
- Skandal seks RM300 juta Ziyi
- Peluang lihat planet Zuhrah
| Posted: 30 May 2012 08:48 PM PDT ADUAN...Ayu menunjukkan laporan polis mengenai kejadian dia dicabul. KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini. Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa. Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.
| |||
| Remy Ishak Malu Nyanyi Lagu Sendiri Posted: 30 May 2012 08:47 PM PDT Remy Ishak. KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak mengakui berasa malu menyanyikan lagunya sendiri walaupun single terbarunya iaitu Kelip-Kelip sudah siap untuk di keluarkan. Remy berkata, dia tidak mempunyai keyakinan untuk menyanyikan single yang dihasilkan untuk filem 29 Februari itu kerana tiada pengalaman membuat persembahan pentas. "Jangankan membuat persembahan di hadapan penonton, semasa penggambaran babak yang memerlukan saya menyanyi pun saya berasa malu. Bagaimanapun, jika ada permintaan Insya-Allah saya akan lakukan," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu. Remy berkata, pada asalnya lagu tersebut dirakamkan untuk dimasukkan ke dalam satu babak filem berkenaan namun Edry Abdul Halim yang juga komposer terlibat mahu melancarkannya sebagai single. Bagaimanapun katanya dengan menyanyi ia berjaya meningkatkan keyakinannya untuk bergelar seorang artis. "Lagu tersebut adalah sebahagian daripada projek filem tersebut dan tidak terlintas di fikiran saya untuk menjadi seorang penyanyi. Bagaimanapun ia adalah satu pengalaman yang cukup berharga buat diri saya. "Filem 29 Februari adalah sebuah karya cinta yang banyak main dengan emosi dalaman tambahan pula saya perlu menghayati lirik lagu berkenaan. "Sebagai pelakon ia telah mengajar saya satu sisi lain dalam lakonan dan memberikan lebih keyakinan," katanya. Sementara itu, Remy berkata, dia bakal kembali ke set penggambaran drama bersiri Cinta Jangan Pergi gandingannya bersama Tiz Zaqyah. Dia juga sudah lama tidak berlakon dalam drama bersiri dan merasakan ia baik untuk kerjayanya. "Sebelum ini saya banyak tampil dalam filem dan bukan semua peminat pergi ke panggung untuk menonton lakonan saya. "Jadi kemunculan dalam drama atau drama bersiri dapat mengubat rindu peminat yang sudah lama tidak menonton saya di televisyen. Remy juga bakal muncul dalam filem seperti Jiwa Taiko, Azazil, Aku, Kau Dan Dia dan Hantu Kapcai. | |||
| Tiga ' Single' Filem '29 Februari' Dilancar Serentak Posted: 30 May 2012 08:45 PM PDT Barisan artis yang menjayakan album runut bunyi filem 29 Februari. KUALA LUMPUR: Selepas mencipta kejayaan melalui penerbitan lagu tema bagi filem seperti Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa, KRU Music bakal melancarkan tiga single sekali gus untuk filem terbitan terbaru mereka berjudul 29 Februari. Pengarah dan komposer, Edry Abdul Halim berkata, tiga lagu tersebut yang akan dihantar ke stesen radio adalah Kelip-Kelip nyanyian Remy Ishak yang juga peneraju utama filem berkenaan, Jagalah Diri (Jaclyn Victor) dan Seperti Dulu (Forteen). "Rasanya belum pernah lagi ada orang buat dengan melancarkan tiga single untuk runut bunyi sesebuah filem dan ini adalah salah satu keistimewaan karya yang turut menjadi filem dalam bentuk 3D pertama di Malaysia. "Tiga single ini dilancarkan bagi menyemarakkan lagi promosi filem ini dan lagu-lagu tersebut akan dikeluarkan secara berperingkat untuk siaran radio. Ia juga akan dikeluarkan dalam format nada dering bagi peminat-peminat muzik di Malaysia," ujarnya. Edry ditemui selepas majlis pelancaran album runut bunyi filem itu di sini pada Rabu. Tambah Edry, album berkenaan akan dilancarkan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Jun. Dalam pada itu, Edry berkata tidak susah untuk menghasilkan lagu berkenaan kerana liriknya adalah berdasarkan kepada skrip filem berkenaan yang turut ditulis dan diarahkan olehnya sendiri. Edry berkata, sejak awal lagi dia telah mempunyai idea dalam mindanya bagi menjadikan filem berkenaan sebagai salah satu karya terbaik di negara ini. Edry Abdul Halim. "Kelebihan kepada saya kerana saya buat sendiri daripada skrip, lakon layar, lirik dan muzik filem berkenaan dan ia telah memudahkan kerja saya dalam mencari konsep dan muzik sesuai untuk dijadikan lagu tema. Sementara itu, ditanya mengenai bakat dan kebolehan Remy menyanyi, Edry berkata, pelakon itu sebenarnya berbakat tetapi perlu diasah untuk menjadi lebih baik. Edry berkata, dia teruja dengan bakat yang ditunjukkan oleh Remy sebagai penyanyi dan menganggap pemilihannya sebagai watak utama dalam filem berkenaan yang memerlukan dia berlakon dan menyanyi adalah tepat. "Jika dia tiada bakat kami tidak akan ambil dia dan mengambil risiko untuk mengeluarkan Kelip-Kelip sebagai single," katanya. Filem 29 Februari berlatar belakangkan detik-detik bersejarah Malaysia semasa penjajahan British sehinggalah ke tahun 2012. Ia bakal ditayangkan pada 30 Ogos depan. | |||
| Pengikut Twitter Jaclyn Victor Meningkat 10,000 Dalam Masa Dua Hari Posted: 30 May 2012 08:45 PM PDT Jaclyn Victor mula mendapat tempat dihati peminat di Indonesia. KUALA LUMPUR: Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor terkejut dengan pertambahan pengikut laman sosial Twitter miliknya sebanyak 10,000 dalam masa dua hari ketika mengadakan promosi di Indonesia pada 23 Mei lalu. Jaclyn berkata, dia tidak menyangka kemunculannya sebagai juri dalam program Indonesian Idol di Jakarta pada minggu lalu itu telah memberikan kesan kepada kerjayanya di negara tersebut. "Sebagaimana yang kita tahu bukan mudah menembusi pasaran di Indonesia dan peningkatan jumlah pengikut Twitter yang kebanyakannya daripada rakyat negara itu adalah satu petanda baik untuk saya. "Bagaimanapun itu tidak bererti saya boleh mendabik dada kerana tidak pernah ada jalan mudah untuk kita berjaya di luar sekiranya tidak disertakan dengan usaha," ujarnya. Jaclyn ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran album runut bunyi filem 29 Februari di sini pada Rabu. Tambah Jaclyn, sebelum berangkat ke Jakarta pada 23 Mei lalu, pengikut di Twitter miliknya adalah sebanyak 76, 567 dan selepas pulang ke tanah air pada 27 Mei lalu ia meningkat kepada 86,567. Sementara itu menurut Jaclyn, selain Indonesian Idol dia juga turut diundang menjadi tetamu dalam program Love, Life & Music - Ahmad Dhani yang turut mempunyai peminat tersendiri. "Kemunculan dalam program-program popular itu telah banyak membantu memperkenalkan nama saya sekali gus mendapat pengikut baru. "Pelbagai pengalaman juga dapat saya kutip sepanjang berada di Jakarta dan nyata bukan mudah untuk mencipta nama di kalangan peminat muzik negara itu," ujarnya. Dalam pada itu Jaclyn memberitahu dia teruja dengan single terbarunya berjudul Jagalah Diri ciptaan Edry Abdul Halim yang turut dijadikan sebagai lagu tema filem 29 Februari lakonan Remy Ishak. Walaupun pada mulanya sukar untuk merakamkan lagu tersebut namun dia berbangga dengan hasil karya itu dan berharap ia akan diterima oleh peminat. "Sukar merakamkan lagu itu kerana jiwa saya seperti tidak sampai untuk mendalami lirik dan melodinya namun selepas menonton babak Remy menyanyikan lagu itu, saya sebak dan berjaya mendapatkan 'mood' seperti dikehendaki oleh Edry," ujarnya. | |||
| Posted: 30 May 2012 08:42 PM PDT Lalu, apabila Faizal Tahir sekali lagi diumumkan bakal mengadakan konsert, kali ini secara solo, di KL Live pada 1 Julai ini, timbul persoalan apakah dia yakin pertunjukan berkenaan tidak menerima nasib serupa? "Saya bukanlah trauma dengan kejadian dulu, tetapi agak sedih. Saya boleh gambarkan keadaan itu seperti bekerja seorang diri di pejabat, pada hujung minggu. "Saya tidak menyalahkan penganjur, sebaliknya mungkin kerana ia diadakan pada tarikh kurang sesuai. Namun tentulah sedikit sebanyak apa yang berlaku pada konsert itu masih meninggalkan kesan. "Ia bukanlah kes pertama, banyak lagi konsert berdepan nasib serupa. Daripada 10 konsert dianjurkan, mungkin hanya lima yang berjaya. Jadi selepas berkali-kali pihak pengurusan bertanya, barulah saya memberikan jawapan. "Lagipun, hati saya terbuka menerima tawaran mereka kerana tarikhnya berdekatan dengan kemunculan album ketiga, yang berada di pasaran penghujung bulan depan," katanya yang akan mempersembahkan 10 lagu pada konsert itu. Faizal turut menyatakan, dia tidak mahu bersifat terlalu yakin terhadap kemampuan konsert berkenaan menarik kehadiran ramai peminat. Dia berbuat begitu kerana enggan dilanda kecewa, jika harapan menggunung tidak kesampaian. Kebimbangan bagaimanapun kelihatan pada wajah penyanyi ini, petang semalam. Apatah lagi dia juga sedang serabut memikirkan persiapan untuk persembahan peringkat separuh akhir Mentor, Ahad ini. Protegenya, Anas, bakal ditentukan nasibnya untuk ke final pada malam berkenaan. "Saya akui takut, tapi tidaklah terlalu risau kerana ia diadakan di KL Live. Kalau diadakan di stadium, pasti saya berasa kurang yakin. Apatah lagi ketika ini, masyarakat sering dihidang dengan persembahan percuma. Jadi ia mungkin memberikan kesan kepada persembahan berbayar. "Konsert artis luar juga kerap diadakan. Peminat akan berfikir banyak kali untuk mengeluarkan belanja. Namun saya percaya, mereka sanggup keluarkan duit untuk menonton persembahan muzik yang bagus," katanya yang mengimpikan konsert lebih besar pada masa depan. Menyentuh pemilihan lagu, penyanyi ini menyatakan, dia akan mempersembahkan lagu yang dikenali ramai, daripada album sendiri mahupun dendangan penyanyi lain. "Saya tidak akan menggunakan konsert ini untuk memperkenalkan lagu baru. Untuk album baru, kami akan mengadakan siri jelajah bagi tujuan mempromosikannya," kata Faizal yang memaklumkan, dia sendiri akan turut menghebahkan penganjuran konsert berkenaan menerusi laman sosialnya. | |||
| Jessie J Enggan Imej Lelaki Lembut Posted: 30 May 2012 08:41 PM PDT Jessie JPENYANYI Britain, Jessie J memutuskan untuk mengubah gaya penampilannya apabila merasakan imejnya itu seperti seorang lelaki lembut. Menurut laporan portal The Sun, pelantun lagu Domino itu akan meninggalkan kesemua imejnya yang pernah menjadi ikutan peminat-peminat dan sedang meneliti fesyen terbaik untuk tampil kepada umum. "Sejak kebelakangan ini saya berasa seperti seorang lelaki lembut dan ada kalanya seperti kartun. "Mungkin sudah tiba masanya untuk melakukan pembaharuan dalam penampilan saya, daripada segi pemakaian dan rambut," katanya kepada majalah Grazia. Dalam pada itu, Jessie mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajahnya tahun depan dan ia membuatkan dirinya bersemangat untuk bertemu peminat-peminatnya hampir di seluruh dunia. "Apabila berada di atas pentas, saya melihat para penonton bernyanyi bersama-sama saya dan itu membuatkan perasaan berkobar-kobar mula timbul apabila konsert jelajah kembali bermula. "Rasanya sangat indah apabila memiliki peminat-peminat yang menghargai kita," katanya. | |||
| Kelly Osbourne Lelong Baju Untuk Kerja Amal Posted: 30 May 2012 08:40 PM PDT ![]() NAMPAKNYA Kelly Osbourne mengikut jejak langkah beberapa selebriti Hollywood yang begitu peka dengan masalah masyarakat sosial. Menurut laporan Contact Music, penyanyi itu telah menyumbangkan hampir kesemua bajunya yang tidak lagi dipakai ke beberapa badan kebajikan. "Sudah tiga hari saya sibuk mengasingkan pakaian yang tidak mahu dipakai lagi untuk disumbangkan kepada badan kebajikan atau mana-mana acara amal. "Ia membuatkan saya sedar bahawa memiliki apa-apa sahaja barang yang banyak membuatkan kita tidak tahu apa yang ingin dicari dan lupa kepada orang yang memerlukan bantuan," katanya menerusi entri Twitter akaun miliknya. Tambah Kelly, baju-bajunya itu akan disumbangkan kepada golongan yang hidup gelandangan selain ia akan dilelong bagi tujuan mengumpulkan dana buat pesakit-pesakit kanser. | |||
| Posted: 30 May 2012 08:36 PM PDT TABIAT merokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan diri dan orang sekeliling, malah ia juga satu ketagihan yang merugikan dari segi wang ringgit. Walaupun ada perokok yang memasang niat dan mencuba pelbagai cara untuk menghentikan tabiat itu tetapi ia sukar dibendung, apatah lagi sekiranya ia sudah jadi seperti rutin separa sedar. Ada yang berhenti kerana memikirkan mengenai kesihatan diri dan keluarga manakala ada pula yang mahu menghentikan tabiat buruk itu selepas mendapati mereka sudah berhabis ribuan ringgit hanya untuk rokok.
Pengarah Facilitas LLLT (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat rawatan terapi merokok, Felicia Gwee yang bertanggungjawab menjalankan rawatan ke atas pelanggan berkata, terapi itu sudah dijalankan sejak 30 tahun lalu di negara Eropah dan Kanada berkesan untuk membantu menghilangkan ketagihan merokok di kalangan perokok tegar. Katanya, penggunaan laser bukan saja lebih berkesan untuk merawat, malah tidak sakit atau meninggalkan kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan pelanggan. "Untuk menghentikan tabiat merokok, pesakit hanya perlu menjalani rawatan terapi laser ini sekali saja iaitu selama 45 minit," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Subang Jaya. Katanya, rawatan itu membabitkan pancaran ke 15 titik di dalam telinga yang akan mengaktifkannya, seterusnya membantu meningkatkan keupayaan tubuh untuk merawat ketagihan merokok. Felicia berkata, terapi itu menggunakan konsep akupuntur tetapi tanpa penggunaan jarum serta tidak menggunakan sebarang ubat untuk merawat. "Terapi itu membantu mengeluarkan hormon endorfin dalam tubuh yang bertindak sebagai penenang yang mengurangkan tekanan dan meningkatkan tenaga. "Sesetengah pelanggan akan berasa tenang sehingga tertidur dan terapi itu juga mampu membantu mengurangkan simptom selepas berhenti menghisap rokok. "Ini kerana dalam tempoh 72 jam selepas seseorang berhenti menghisap rokok, ia adalah tempoh genting iaitu seseorang itu berasa paling sukar untuk bertahan," katanya. Menurutnya, bagaimanapun, tahap kejayaan terapi juga bergantung kepada keazaman seseorang sama ada mereka sendiri mahu berhenti merokok ataupun sekadar mengikut permintaan pasangan. Katanya, pelanggan yang datang sendiri dan mempunyai keazaman kuat untuk berhenti menghisap rokok berjaya membuang tabiat itu secara kekal. "Sesi rawatan turut membabitkan rundingan dengan pelanggan mengenai bagaimana mereka boleh menghindar daripada terus merokok dan berkongsi tabiat berkenaan supaya rawatan secara fizikal dan mental dapat dijalankan," katanya. Rawatan yang diperlukan hanya sekali tetapi sekiranya tidak berjaya mencapai matlamat, rawatan seterusnya akan dijalankan sekali lagi tanpa sebarang caj dalam tempoh tiga bulan selepas rawatan pertama. Majid (bukan nama sebenar), 52, seorang ketua pegawai eksekutif di sebuah kolej swasta berkata, dia mempunyai ketagihan merokok yang sukar dibendung memandangkan sudah menghisap rokok selama 36 tahun sejak usianya baru menginjak 16 tahun. Katanya, ketika kemuncak tabiatnya itu iaitu sekitar lima tahun kebelakangan ini, dia menghisap rokok sehingga empat kotak sehari atau hampir 80 batang. "Apabila saya melakukan kira-kira, saya terkejut kerana rupa-rupanya saya sudah membelanjakan lebih RM1,000 sebulan hanya untuk rokok dan ia memberi kesedaran kepada saya betapa seriusnya ketagihan merokok itu. "Walaupun sudah mencuba pelbagai kaedah sebelum ini, semuanya tidak berjaya hingga akhirnya saya kembali menghisap rokok," katanya ketika dihubungi. Majid berkata, apabila cuba berhenti, bukan saja selera makannya naik mendadak tetapi dia juga bertukar menjadi seorang yang cepat marah serta mudah mengantuk. Katanya, ketagihan secara fizikal agak mudah untuk dirawat tetapi apabila ia membabitkan mental, ketagihan itu susah dibuang kerana sudah terlalu lama dan biasa menghisap rokok. "Rokok sudah seperti 'isteri' saya, sentiasa ada sepanjang perjalanan hidup saya. Saya juga menghisapnya sebagai mengisi masa terluang atau aktiviti senggang. "Ia juga sudah menjadi tabiat di bawah sedar apabila saya secara tidak sedar akan mencari rokok walaupun saya sudah berjaya berhenti menghisap rokok sejak dua bulan lalu," katanya. Majid berkata, pelbagai cara dilakukannya untuk menghentikan tabiat itu antaranya menggunakan kaedah tampalan nikotin, akupuntur dan rokok elektrik tetapi gagal sebelum bertemu dengan kaedah terapi laser. Keazamannya untuk berubah kepada cara hidup lebih sihat memandangkan akan bersara tidak lama lagi selain ingin berjimat, membantunya berjaya dalam menghentikan tabiat merokok. "Selepas berhenti menghisap rokok, saya dapat rasakan tubuh semakin segar, sihat dan cergas selain selera makan yang bertambah. "Saya juga dapat berjimat kira-kira RM2,000 selepas berhenti merokok dan wang itu saya gunakan untuk menukar sarung kusyen dalam kereta yang sebelum ini nampak agak kotor akibat asap rokok. "Saya juga ingin bersara dengan gembira dan sihat supaya dapat lebih menikmati kehidupan dan bangga dengan diri sendiri kerana akhirnya selepas 36 tahun menghisap rokok, saya berjaya juga menghentikan tabiat itu," katanya. Pada masa sama, pekerja swasta, Dania (bukan nama sebenar), 30, mula berjinak-jinak menghisap rokok ketika usianya hampir menjangkau 18 tahun selepas dipengaruhi rakan sebaya. Namun katanya, dia bukan penghisap rokok tegar, sebaliknya menghisap rokok untuk tujuan suka-suka atau ketika menghabiskan masa terluang bersama rakan. "Walaupun saya tidak merokok secara berantai, saya pernah merokok hampir 20 batang sehari dan ini membuatkan saya mengalami beberapa masalah kesihatan. "Selepas mendirikan rumah tangga saya berazam berhenti menghisap rokok kerana selain faktor menjaga keselamatan, saya juga mahu cuba mengandung," katanya ketika dihubungi. Dania berkata, dia tidak berhenti menghisap rokok secara mengejut, sebaliknya mengambil masa berhenti secara perlahan-lahan dengan mengurangkan jumlah batang rokok setiap hari. Katanya, dia juga mencuba kaedah menggunakan rokok elektrik bagi menggantikan rokok sebenar sebagai motivasi untuk terus berhenti merokok. "Selepas saya menggunakan rokok elektrik, saya dapati pandangan saya terhadap rokok sebenar berubah sama sekali apabila jika dulu saya tidak kisah tetapi selepas itu saya berasa jijik dengan rokok kerana baunya yang busuk. "Kerana tidak tahan baunya, saya jadi tidak suka merokok dan selepas enam bulan saya cuba berhenti hisap rokok, sekarang ini saya sudah berhenti sepenuhnya dan tidak sentuh atau fikir mengenai rokok lagi," katanya. Menurutnya, sejurus berhenti merokok dia disahkan mengandung dan sehingga kini selepas melahirkan anaknya empat bulan lalu, dia langsung tidak menyentuh rokok. Dia akui berhenti merokok adalah perkara terbaik yang dilakukannya memandangkan ia tidak mendatangkan faedah selain membazir wang. "Sudah setahun saya tidak merokok dan saya kini bebas daripada rokok serta tidak memerlukan rokok elektrik untuk membantu saya menangani ketagihan itu. "Lebih menggembirakan, suami saya turut mengikut jejak langkah dengan berhenti menghisap rokok sebaik bayi kami dilahirkan, apabila saya memberikannya nasihat serta menunjukkan contoh melalui diri saya sendiri. "Saya sentiasa memberi kata semangat pada diri sendiri dan mengingatkan diri bahawa bukan rokok yang mengawal kita tetapi kita yang mengawalnya," katanya. Dania berkata, apa yang penting dalam proses untuk berhenti menghisap rokok adalah kesedaran dan keazaman diri sendiri untuk mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat. | |||
| Posted: 30 May 2012 08:34 PM PDT Kehadiran Syeikh Abdurrahman Sudais (kiri) ke Malaysia pada tahun lalu mengundang minat umat Islam negara ini untuk melihat sendiri gerangan insan yang bersuara merdu dan tilawah Qurannya yang begitu syahdu. SATU ketika, saya berbual dengan seorang rakan yang arif dalam bab fikah dan amat berminat dengan dunia al-Quran. Saya selalu menjadikan dia rujukan untuk menyelesai permasalahan fikah dan sebaliknya, dia selalu bertanya kepada saya tentang qiraat, tajwid dan al-Quran. Antara soalan yang ditanya ialah siapakah qari yang terbaik bacaannya? Adakah Syeikh Mahmud Khalil al-Husari, Syeikh Abdul Basit, Syeikh Jibril? Soalan itu bersifat umum dan jawapannya boleh diberi dalam pelbagai bentuk. Jika dibuat sorotan kepada zaman Rasulullah SAW, baginda sendiri mempunyai suara yang amat baik. Al-Bara' Ibnu Azib meriwayatkan dalam satu perjalanan, Rasulullah SAW bersembahyang Isyak dan membaca dalam satu rakaatnya surah al-Tin. Al-Bara menyatakan: "Tidak pernah aku mendengar seorang pun mempunyai suara dan bacaan yang lebih baik daripada baginda." Kehebatan suara Rasulullah SAW tidak boleh dibanding dengan kelunakan suara yang wujud pada masa ini. Alunan suaranya menyusuk kalbu dan boleh menarik seseorang kepada Islam. Perkara itu berlaku kepada Jubair Ibnu Mut'im. Kisah beliau memeluk Islam ialah kerana mendengar bacaan Rasulullah SAW. Semasa Jubair sampai di Madinah untuk urusan tertentu, ketika itu Rasulullah SAW sedang bersembahyang Maghrib dan baginda membaca surah al-Tur. Kemerduan suara Rasulullah membuatkan Jubair mengikuti dengan penuh minat bacaan tersebut. Apabila sampai kepada ayat 35 yang bermaksud: Apakah mereka dicipta tanpa tujuan atau mereka yang mencipta diri mereka sendiri? Bacaan yang amat baik, diadun dengan suara yang merdu, dibaca dengan kefahaman mendalam maksudnya, dibaca dengan hati yang tulus telah menerjah masuk ke dalam sanubari Jubair sehingga beliau menyatakan demi Allah hatiku melayang. Sejurus Rasulullah SAW memberi salam, Jubair mendapatkan baginda dan mengucap dua kalimah syahadah. Jabir meriwayatkan satu hadis daripada Rasulullah SAW di mana pernah satu ketika baginda ditanya tentang siapakah yang terbaik suaranya membaca al-Quran. Baginda menjawab: "Mereka ialah orang yang apabila kamu mendengar bacaannya, kamu memikirkan ia takut kepada Allah." | |||
| Posted: 30 May 2012 08:33 PM PDT MENGENALI wanita ini sejak empat tahun lalu, sesungguhnya beliau seorang yang kuat bekerja dan tabah menghadapi apa sahaja dugaan dalam dunia perniagaan. Bukan senang bagi seorang wanita Melayu apatah lagi dalam usia yang terlalu muda, iaitu 23 tahun untuk memulakan perniagaan salon rambut di KL Sentral. Premis perniagaan di lokasi yang sibuk itu sudah tentu sahaja mengenakan bayaran sewa yang tinggi. Ini bermakna beliau perlu bekerja keras bagi mempertahankan salon miliknya supaya terus bertahan dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Namun beliau bersyukur dan berbangga kerana sehingga ke hari ini salon miliknya tetap bertahan dan kini sudah melepasi usia perniagaan selama tujuh tahun dan semakin kukuh bertapak. Noraini Wahib atau lebih selesa dikenali sebagai Nora berjaya menjadikan salon miliknya di KL Sentral, iaitu E-Go Hair & Beauty Salon begitu dikenali dan mempunyai ramai pelanggan tetap di kalangan pekerja-pekerja pejabat yang berdekatan atau mereka yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan di situ. Antara ramai yang bertali arus lalu di hadapan salonnya, pasti ada yang akan singgah mendapatkan khidmat dandanan rambut dan sebagainya terutama apabila perlu menghadiri mesyuarat di luar pejabat, untuk ke majlis atau sememang menjadi rutin mingguan. ''Salon ini menawarkan perkhidmatan yang pantas kerana seperti pelbagai kenderaan yang pantas bergerak di KL Sentral ini, kami juga perlu pantas dalam khidmat kami. ''Pelanggan ingin sentiasa cepat ke pejabat, ke lapangan terbang serta mengejar masa menaiki tren. Saya tidak mahu mereka tertunggu-tunggu yang boleh menjejaskan perancangan mereka. Selain perkhidmatan yang pantas, saya akan mempastikan pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan,'' ujar Nora yang berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada University Irish International, London. Menurut Nora, semasa usia remaja beliau sering berangan-angan untuk mempunyai perniagaan tetapi tidak pernah terfikir akan membuka salon rambut. Pada awalnya, beliau mendapat banyak tentangan daripada keluarga kerana semasa menuntut di universiti beliau mengikuti pengajian pengurusan sumber manusia dan berbeza dengan dunia kecantikan. Keluarga lebih bersetuju jika beliau bekerja makan gaji dan bukan berniaga apatah lagi dalam dunia kecantikan. Namun beliau berdegil dan bertekad membuka perniagaan ini. Beliau yakin boleh berjaya dan akan membuktikan pada keluarga. Bagi melengkapkan dirinya, Nora mengikuti beberapa kursus seperti kursus solekan dan rambut serta menghadiri seminar berkaitan kecantikan sama ada di dalam dan di luar negara. Nora tidak terkecuali berhadapan dengan pelbagai halangan dan rintangan. Namun beliau tidak mudah patah semangat dan berundur. Berfikiran positif ditanamkan di dalam jiwa dan mindanya supaya beliau tidak kalah di pertengahan jalan. ''Untuk menjadi senang, saya tidak mempunyai pilihan selain bekerja kuat. Tahun pertama membuka perniagaan ini tiada istilah cuti dalam kamus hidup saya. Sepanjang 365 hari dalam setahun hanya tiga hari saya mengambil cuti untuk menyambut hari raya. Selebihnya saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan. Terus terang saya katakan tahun pertama dan kedua berniaga cukup sukar bagi saya. ''Perniagaan kecantikan menuntut sepenuh perhatian, tenaga, masa dan pengorbanan kerana perniagaan ini merupakan bidang yang sangat serius. Jika kita berani mengambil risiko, perniagaan kita akan terus maju. Bagi saya, perniagaan ibarat maruah diri seseorang kerana tiada seorang pun yang mahu hidupnya gagal dan diperlekehkan oleh pihak lain,'' ujar anak ketiga daripada lapan beradik ini. Untuk tempoh lima tahun yang akan datang, jelas Nora, beliau akan berusaha memantap dan meningkatkan lagi perkhidmatan salonnya, membuka akademi kecantikan dan merancang membuka cawangan di tempat lain. Bersandarkan daripada pengalaman yang diperoleh, Nora diberi kepercayaan menata rias artis dan peserta-peserta dalam banyak rancangan realiti televisyen dan drama. Antaranya ialah Akademi Fantasia musim ketiga-final, Konsert Reunion AF, Konsert Kenangan Afnil, rancangan Kamilah Bintang, Konsert Kenangan P.Ramlee dan banyak lagi. | |||
| Tampilkan fesyen, gaya berbeza Posted: 30 May 2012 08:32 PM PDT KONSEP kasual. WANITA yang bijak memilih pakaian yang sesuai dengan tempat yang dituju bukan sahaja memberikan keselesaan kepada diri sendiri malah membuatkan dia selesa dipandang. Sebenarnya, pakaian yang dipakai haruslah kena dengan tempat dan keadaan. Sebagai wanita, kita tidak boleh memakai apa sahaja pakaian yang selesa dengan kita atau yang disukai sedangkan ia memang tidak sesuai langsung dengan tempat kita berada. Contohnya, jika ke majlis perkahwinan atau pernikahan, adalah tidak sopan jika memakai seluar jeans ketat dengan T-shirt. Jika ke majlis seperti itu, adalah lebih sopan jika berbaju kurung, berkebaya, memakai dres labuh, memakai kaftan moden atau berjubah. Fesyen sebegini membuatkan seseorang itu nampak lebih manis dan dalam masa sama membuatkan orang sekeliling juga selesa. Justeru ruangan fesyen kali ini membawakan beberapa konsep fesyen yang mungkin boleh anda sesuaikan dengan tempat yang anda kunjungi. Konsep romantik Fesyen berkonsep romantik ini amat sesuai dipakai oleh wanita yang akan bertunang, bernikah atau bagi si ibu muda yang mengadakan majlis cukur jambul bayinya. Dres putih daripada fabrik renda berlengan kembang tampak eksklusif dengan jahitan kristal yang berkilauan pada bahagian tepi baju. Warna putih yang suci memang sinonim dengan majlis-majlis yang istimewa dan sopan. Kepada yang inginkan sedikit kelainan, boleh mencuba dres merah dengan jahitan lisu di depan dan ditambah dengan jahitan manik. Gaya sebegini juga sesuai untuk ke majlis-majlis. Konsep kasual Gaya kasual paling kerap dipakai oleh setiap orang kerana gaya sebegini ringkas. Seperti yang dapat dilihat pada dres merah jambu daripada fabrik jersi tidak membosankan dipadankan dengan jaket longgar berlengan kembang payung. Jika sukakan gaya yang lebih ranggi, anda boleh mencuba baju hitam yang menampilkan kelainan dengan bahagian bawahnya yang dianyam makrame. Ke pejabat atau parti Jika ke pejabat, pastinya anda mahu nampak kemas dan selesa kerana akan berada seharian di pejabat. Untuk itu, sut baju dan seluar menjadi pilihan ramai wanita kerana fesyen sebegini memudahkan pergerakan lebih-lebih lagi bagi mereka yang perlu sentiasa bergerak ke sana sini. Sementara itu, jika inginkan kelainan dan gaya berbeza ke parti, cuba baju syifon hijau ala sari yang dipakai bersama skirt labuh berwarna kuning. Gandingan warna color block membangkitkan kesegaran pada parti tersebut. Konsep ringkas, selesa Berada di rumah tidak bererti anda perlu mengabaikan penampilan anda. Sebenarnya anda juga perlu menjaga gaya dan pakaian kerana walau berada di mana pun, seseorang wanita itu harus nampak cantik. Dres merah berbunga dan sut seluar baju labuh hitam ini memang sesuai dipakai di rumah. Jika anda perlu keluar rumah pun anda tidak lagi perlu menukar kepada pakaian lain kerana kedua-duanya sudah nampak menarik. | |||
| Posted: 30 May 2012 06:18 PM PDT TIDAK dapat dinafikan mata merupakan daya penarik bagi seseorang. Memiliki mata yang menawan dan cantik cukup membuatkan seseorang berani menonjolkan diri di khalayak ramai. Jika terdapat sedikit sekalipun lingkaran hitam dan sembab di bawah mata akan menyebabkan seseorang kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Terdapat beberapa faktor mendorong keadaan sedemikian berlaku. Antaranya amalan gaya hidup, terdedah kepada alam sekitar dan sebagainya. Kira-kira 50 peratus orang Asia dilahirkan dengan satu lipatan palpebral. Kekurangan lipatan menjejaskan bukaan mata dan fenomena itu seterusnya menjadi lebih buruk apabila kulit semakin kendur dan usia semakin meningkat. Clarins mendapati tisu di keliling mata amat penting untuk menyokong mata dan bertindak sebagai penyerap hentakan yang mengandungi enam saku lemak. Di kalangan wanita Asia, enam saku lemak itu secara semula jadi adalah lebih besar. Saku lebih besar itu menjadikan lipatan di kelopak atas mata kurang terserlah dan menyebabkan mata tampak 'tertutup'. Kesembapan kelopak mata pula disebabkan oleh beberapa faktor seperti makanan masin, kepanasan, keletihan, berbaring pada waktu malam yang boleh memperlahankan peredaran dan ketertelapan kapilari darah. Rangkaian kapilari darah pada kelopak mata adalah tebal dan banyak air boleh meresap ke dalam tisu dan boleh menyebabkan kesembapan mata. Manakala kulit Asia mempunyai lebih banyak pigmen melanin. Jumlah pigmen itu lebih tinggi dan digabungkan dengan pengumpulan pigmen daripada darah di bawah kulit menyebabkan pembentukan lingkaran gelap di bawah mata. Produk penjagaan kulit terkemuka Clarins dapat membantu mengatasi masalah dengan penggunaan Clarins Defining Eye Lift khususnya untuk mata. Dengan produk kecantikkan Clarins Defining Eye Lift baru menjadikan penglihatan mata lebih besar, cerah, menawan dan melegakan kesembapan kelopak mata dan memberikan kesan 'terangkat' dengan serta-merta. Penggunaan produk kecantikkan mata berasaskan bahan semula jadi seperti gula oat organik, ginkgo biloba organik dan Alchemilla memberikan kesan yang segar. Bagaimanapun,untuk melengkapkan rawatan, Shaping Facial Lift Wrap boleh digunakan untuk menghilangkan kesembapan disebabkan tidur, tekanan dan kepanasan. Shaping Facial Lift Wrap mencantikkan bentuk muka, menghalus dan melicinkan tekstur kulit dan mencerahkan wajah. Shaping Facial Lift adalah Serum pertama dan satu-satunya yang membentuk wajah sempurna dan menjadikannya bujur sirih. Defining Eye Lift pula produk pertama membantu melegakan kelopak mata yang tampak berat sambil menyalir dan mencerahkan kontur mata. Manakala Shaping Facial Lift Wrap membantu mempercepatkan dan mengurangkan kesembapan. | |||
| Pesawat A380 MAS mula penerbangan komersial 1 Julai Posted: 30 May 2012 06:17 PM PDT Airbus A380 KUALA LUMPUR - Ketibaan Airbus A380 semalam dilihat sebagai permulaan baharu dan lembaran kejayaan bagi Malaysia Airlines (MAS). | |||
| Posted: 30 May 2012 06:16 PM PDT Tony(tiga, kanan) ketika melancarkan operasi penerbangan domestik Jepun dengan tawaran serendah RM0.20 KUALA LUMPUR - AirAsia Japan syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) terbaru yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, melancarkan operasi penerbangan domestik dengan penerbangan harian ke Fukuoka, Okinawa dan Sapporo bermula 1 Ogos ini. | |||
| Perodua mungkin keluarkan kereta Sedan Posted: 30 May 2012 06:14 PM PDT Perodua KUALA LUMPUR - Perodua sedang mengkaji kemungkinan mengeluarkan kereta sedan pada masa terdekat ini, kata pengarah urusan Datuk Aminar Rashid Salleh hari ini. | |||
| Dulu gigit telinga polis, kini ceroboh rumah Posted: 30 May 2012 06:13 PM PDT Mohd Shukri dipenjara lima bulan selepas mengaku salah menceroboh sebuah rumah di Kampung Bukit Tok Beng, 24 Mei lalu. KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik, baru sebulan dibebaskan dari penjara kerana kesalahan menggigit telinga seorang anggota polis berpangkat konstabel, seorang duda masih lagi mengulangi perbuatan jenayah. | |||
| Remaja bawah umur dicekup di bilik rahsia Posted: 30 May 2012 06:11 PM PDT Remaja berusia 16 tahun ini (kiri) dipercayai bekerja sebagai tukang urut di sebuah rumah urut, "Macam-macam ada' di Jalan Ladang, Kuala Terengganu KUALA TERENGGANU-Seorang remaja perempuan bawah umur antara lima warga Thailand yang dicekup dalam sebuah bilik rahsia selepas digeledah selama dua jam oleh anggota Jabatan Imigresen Terengganu dalam satu operasi 'OPS Sayang' 8 Mei lalu jam 3 pagi di sebuah rumah urut "Macam-macam ada' di Jalan Ladang, di sini. | |||
| Mangsa tetak tunjuk sikap aneh Posted: 30 May 2012 06:09 PM PDT Juriah menerima 40 jahitan di kepala selepas diserang kelmarin. Juriah disamping cucunya, Mohd Aikal Aniq dan Mohd Aiman Irfan. LEDANG – "Tiga hari sebelum kejadian, arwah beritahu kakak sulungnya yang sudah meninggal dunia Januari lalu, mengajaknya datang ke rumah. Saya anggap ia hanya gurauan, namun tidak menyangka kata-kata itu menjadi kenyataan." | |||
| Bersatu demi Islam perlu ikhlas dan serius Posted: 30 May 2012 06:06 PM PDT Dr Zaharuddin Abd Rahman SHAH ALAM – Bersatu atas nama Islam melibatkan Umno dan Pas perlu ada keyakinan di antara satu sama lain, disusuli dengan niat yang ikhlas dan serius untuk bersatu kerana Islam bukan untuk meraih kelebihan politik pihak masing-masing sambil menjatuhkan yang lain. | |||
| Mufti Perak tegur konsert K-Pop Posted: 30 May 2012 06:03 PM PDT K-Pop dikatakan kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian semasa membuat persembahan. KUALA TERENGGANU – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur penganjur yang mengundang artis dari Korea menghiburkan pengunjung program tersebut minggu lalu. | |||
| Posted: 30 May 2012 06:01 PM PDT
BAGI penggemar lagu-lagu berunsur ketuhanan, nama penyanyi Maher Zain sudah tentu nama yang bukan asing. Semenjak membuat kemunculan di Malaysia dua tahun lalu, penyanyi tersebut lantas menjadi pujaan peminat. Mula dikenali ramai menerusi lagu-lagu seperti Thank You Allah, The Rest of My Life dan Insha Allah, kemunculan penyanyi tersebut seperti mengembalikan semula fenomena irama nasyid yang hampir tenggelam. Malah lagu-lagunya turut diterima baik seperti lagu-lagu pop. Menariknya, semasa mengadakan konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Oktober 2010, tiket untuk menyaksikan konsert tersebut habis dijual, biarpun penyanyi berkenaan baru kali pertama ke Malaysia. Kini, penyanyi kelahiran Lebanon yang kemudiannya berhijrah ke Sweden dan mencipta nama sebagai penyanyi di sana merupakan antara penyanyi antarabangsa yang paling kerap membuat persembahan di negara ini. Pada 16 Jun ini, Maher Zain sekali lagi kembali menjejakkan kaki ke Malaysia untuk menghiburkan para peminatnya sempena konsert Maher Zain - Forgive Me Live In Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Marctensia dan Awakening serta One Drop Perfumes selaku penaja bersama, turut membuat kemunculan istimewa pada konsert tersebut ialah rakannya, Irfan Makki dan Raef. Dalam satu temu bual eksklusif bersama Kosmo! baru-baru ini, penyanyi berusia 31 tahun itu memberitahu, dia sudah bersedia untuk menggegarkan Stadium Merdeka dengan persembahan yang akan memberi kenangan tersendiri kepada tetamu yang hadir. "Setakat ini segala persiapan untuk konsert pada 16 Jun berjalan dengan lancar. Boleh dikatakan saya memang memberi tumpuan terhadap persiapan yang dilakukan agar peminat berpuas hati dengan persembahan saya nanti. "Bagaimanapun, saya tidak boleh menjelaskan lebih terperinci mengenai bentuk persembahan yang dilakukan. Kalau boleh saya mahu ia menjadi satu kejutan kepada para peminat yang hadir," ujarnya. Mengenai lagu-lagu yang akan dinyanyikan semasa konsert tersebut, Maher menyatakan sebanyak 23 buah lagu yang akan dipersembahkan menerusi album pertama, Thank You Allah dan album kedua iaitu Forgive Me. Menurutnya, selain mahu memberikan pelbagai kejutan kepada peminat yang bakal menyaksikan konsertnya itu, penyanyi tersebut memberi jaminan terdapat kelainan yang akan ditampilkan berbanding konsert-konsert yang pernah dilakukan sebelum ini. ![]() MAHER ZAIN kini muncul dengan album kedua, Forgive Me. Dia akan mengadakan konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 Jun ini sempena mempromosi album tersebut. "Mengikut perancangan, saya juga bakal mempersembahkan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh seorang artis antarabangsa. Jadi, saya berharap agar para peminat tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan konsert saya nanti," ujarnya serba ringkas mengenai perancangan tentang konsert tersebut. Ketika ditanya tentang kenangan paling manis yang pernah dilalui sepanjang mengadakan konsert di negara ini, Maher memberitahu terdapat satu peristiwa yang tidak dapat dilupakannya sehingga sekarang. "Terlalu banyak kenangan manis yang telah saya lalui, namun yang paling tidak dapat dilupakan sewaktu saya mengadakan konsert yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam dua tahun lalu. "Semasa mempersembahkan lagu berjudul Freedom, penonton menggunakan telefon bimbit mereka untuk memberikan cahaya terang di dalam stadium dan saya berasa seolah-olah seperti berada di alam lain. Saya anggap itu merupakan kenangan yang cukup istimewa," jelasnya. Rumah kedua Semenjak mencipta nama di Malaysia, Maher Zain sememangnya sudah selalu menerima undangan pelbagai penganjur untuk membuat persembahan di beberapa buah negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Sarawak. Ditanya mengenai perasaannya terhadap undangan yang diterima, penyanyi tersebut beranggapan ia merupakan rezeki dan sangat berterima kasih kepada para peminat yang selalu memberikan sokongan terhadap kerjayanya selama ini. "Sebenarnya saya sangat terharu dengan sambutan yang diterima setiap kali berpeluang menghiburkan peminat di negara ini. Tidak keterlaluan sekiranya saya anggap Malaysia sudah seperti rumah kedua saya. "Sejujurnya saya juga sangat cintakan Malaysia kerana suasananya yang aman dan masyarakat pelbagai kaum dapat hidup bersama. Saya menganggap negara ini boleh menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain," luahnya.
Menurutnya, dia juga pernah berbincang dengan isterinya bahawa tidak mustahil mereka akan terus menetap di Malaysia pada masa akan datang kerana persekitaran negara ini yang dirasakan sangat sesuai buat mereka. Tiada diskriminasi Sebagai seorang muslim yang membesar dan menetap di sebuah negara yang majoriti penduduknya bukan Islam seperti Sweden, kemungkinan untuk menjadi mangsa diskriminasi pastinya agak tinggi. Bagaimanapun, Maher Zain meluahkan rasa syukurnya kerana sehingga kini dia tidak pernah didiskriminasi oleh mana-mana pihak, malah mampu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penyanyi lagu-lagu dakwah dengan baik. "Alhamdulillah, setakat ini saya belum pernah mengalami sebarang perkara yang buruk. Walaupun kehidupan saya di kelilingi masyarakat yang berbilang agama, tetapi kami saling menghormati dan mereka tidak pernah menghalang apa yang saya lakukan. "Sebelum ini, saya pernah tidak pernah mengamalkan ajaran Islam selama 15 tahun, meskipun saya seorang muslim. Kini, saya sangat berbangga kerana dilahirkan sebagai seorang Islam," ujarnya. Ujarnya, memandangkan minatnya yang mendalam terhadap bidang muzik, Maher bertekad untuk meneruskan usaha-usaha dakwah menerusi nyanyian dan berharap agar lagu-lagunya dapat terus diterima oleh semua lapisan masyarakat. | |||
| Posted: 30 May 2012 06:00 PM PDT
18tahun dalam industri seni suara, sembilan buah album terhasil, Nora kini kembali bersama mesej lebih positif menerusi album berkonsep pop kerohanian berjudul Hikmah. Selepas kali terakhir muncul dengan album Samudera pada tahun 2006, pemenang Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-8 itu mengakui agak sukar untuk mencari material yang sesuai dengan dirinya kini. "Saya mahu mencari lagu yang lain daripada lain dan menyampaikan mesej-mesej positif dalam kehidupan. "Sepanjang dalam industri, saya sudah belajar banyak perkara dan melalui pelbagai cabaran, malah setiap dugaan itu ada hikmah di sebaliknya," ujarnya serba ringkas mengenai perjalanan melahirkan album kesepuluhnya itu. Berhijrah tidak mengehadkan bidang nyanyiannya dan Nora tidak menolak sekiranya diminta untuk mendendangkan rangkaian lagu popularnya dahulu. "Ke mana saja saya pergi, mesti ada yang meminta saya untuk menyanyikan lagu Di Persimpangan Dilema. Selepas berfikir panjang, saya memilih untuk mengubah suai lagu itu menjadi dua versi dan memberikan makna yang lebih positif berbanding sebelum ini," kata Nora mengenai lagu Di Persimpangan Dilema yang diubah menjadi Hikmah (Dilema '12). Album Hikmah memuatkan 15 buah lagu yang sebelum ini dirakam dan diedarkan sebagai single. Khas buat peminat, album ini turut menampilkan minus one lagu Dilema '03 dan Samudera. Selain itu, album yang sudah mula berada di pasaran itu mengandungi lagu-lagu seperti Doa, Pedoman, Tulus, Cinta Sebenarnya, Gerhana Kasih, Sesuci Kelopak Mawar, Secebis Harapan, Secukup Rasa, Terima Kasih Ibu dan Dari Mata Sedih. Bersaing Nora bagaimanapun mempunyai pendirian dan matlamatnya sendiri dalam merencanakan kehidupan serta karier. Kata pemilik nama Wan Norafizah Ariffin, 39, dia tidak perlu bersaing dengan penyanyi muda untuk memastikan dia kekal dikenali. "Kita tidak boleh bersaing dengan golongan muda dan tak perlu jadi moden untuk popular, cuma jadi diri sendiri. "Cara menyanyi juga harus sesuai dengan usia yang sudah hampir ke angka 40 tahun, asalkan semua orang boleh menyanyikan lagu saya, itu sudah cukup," katanya yang ditemui ketika majlis pelancaran album Hikmah dan pelantikannya sebagai duta produk minyak argan dari Maghribi, Secretleaf di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini. Anak keempat Tambah Nora, biarpun kini mengekalkan imej bertudung dan lebih mengkhususkan lagu-lagu bersifat kerohanian, dia masih tidak lekang dihujani rezeki dan undangan persembahan. "Alhamdulillah, rezeki tidak pernah putus dan sentiasa ada undangan untuk membuat persembahan selepas berhijrah. "Selain itu saya selalu diundang untuk menjadi penceramah dan pakar motivasi, tapi saya sekadar berkongsi pengalaman hidup," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Nora kini teruja kerana sedang hamil anak keempat. "Alhamdulillah rezeki Allah, sudah dua bulan usia kandungan saya dan apabila hamil balik selepas lapan tahun, rasa penatnya lain macam sedikit berbanding sebelum ini, mungkin faktor umur. "Tapi anak-anak banyak memberikan sokongan hebat. Kalau ditanya mengenai mengidam, setakat ini tiada yang pelik-pelik lagi melainkan pernah sekali minta suami (Johan Nawawi) belikan sup lidah lembu," cerita Nora. Hasil perkongsian hidup dengan komposer terkenal Johan Nawawi, Nora dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd. Syakir Iman, 19, Mohd. Syakir Alif, 13, dan Putri Nor Dahlia, 8. | |||
| Posted: 30 May 2012 06:00 PM PDT
SUDAH lama tidak mendengar khabar aktres cantik Vanidah Imran, 39, selepas dia tidak lagi terikat dengan program Nona. Wajah pelakon itu juga tidak banyak menghiasi drama mahupun filem. Jika adapun sekadar beberapa drama seperti drama 7 Gerhana arahan Hans Isaac dan juga filem Misteri Jalan Lama arahan Afdlin Shauki. Bertemu dengan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-21 (2008) itu pada majlis pelancaran projek Inspirasi Selebriti bersama Macy di Pusat Beli-Belah Citta, Kosmo! menemubual Vanida yang lebih mesra disapa Vee itu sekali gus mengetahui keluh resah pelakon itu terhadap dunia seni dan juga kegembiraannya menyambung kembali pelajarannya yang sekian lama tergendala. Boleh kongsi apakah perkembangan Vanidah dalam dunia seni sekarang? Saya baru sahaja habis penggambaran drama Tanah Kubur terbitan Astro Oasis. Saya menjayakan satu episod untuk drama itu iaitu Susuk. Selain drama, saya juga akan muncul untuk filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki pada September depan. Sekali lagi anda berlakon di bawah arahan Afdlin. Kenapa Afdlin, tetapi tidak pengarah lain? Saya selesa dengan arahan Afdlin begitu juga Hans Isaac. Bukan bermaksud saya tidak selesa dengan pengarah lain tetapi Afdlin dan Hans kerap menawarkan saya watak yang mencabar. Afdlin dan Hans bukan sahaja faham dari segi jadual saya tetapi mereka tidak pernah cakap saya sudah tua untuk membawa watak cinta. Filem Untuk Tiga Hari, saya akan berlakon di samping suami, Rashidi dan membawakan watak hero dan heroin yang bercinta. Seperti kedengarannya anda kecewa dengan pengarah lain? Pemikiran orang Asia tidak sama seperti di Hollywood yang mana mereka lagi menghargai pelakon yang lebih berumur. Sebagai contoh, Datuk Michelle Yeoh yang membawakan watak heroin dalam filem The Lady. Kenapa dia dipilih? Kerana pengalaman dan kehebatannya dalam lakonan. Kebanyakan pengarah kita pula lebih gemar mengambil muka-muka baharu untuk menjadi hero dan heroin. Tetapi saya kena faham penerbit buat filem untuk duit. Pasaran filem Malaysia juga kecil, tidak seperti di Indonesia. Sudah berapa lama anda berlakon dan sampai bilakah anda rasa akan meneruskan bidang lakonan ini? Kebelakangan ini, saya sudah tidak terlalu tumpu kepada bidang lakonan. Apa yang penting sekarang adalah keluarga dan pelajaran saya. Saya terpaksa mengehadkan aktiviti seni kerana ingin memberikan tumpuan lebih kepada pengajian saya di Universiti Terbuka Malaysia. Kenapa anda mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran? Saya perlu meningkatkan potensi diri demi masa depan anak-anak. Masa muda dahulu, tidak mahu belajar sekarang baru terhegeh-hegeh hendak sambung belajar. Saya juga mahu anak-anak saya iaitu Mikail Aimran, 8, dan Mariyam Rashika, 7, yang sedang membesar mencontohi dan berbangga dengan pencapaian saya. Malah, suami saya Rashidi juga sudah memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM). | |||
| Posted: 30 May 2012 05:54 PM PDT
NAMA aktres China, Zhang Ziyi tiba-tiba meledak pada minggu ini. Namanya meledak bukan kerana projek filem terbaharu, sebaliknya kerana dakwaan 'projek seks' beliau bersama beberapa pegawai tertinggi kerajaan China. Berita tersebut kini menjadi bahan utama hampir semua media China dan Taiwan. Malah berita tersebut juga kini merebak ke seluruh dunia menerusi beberapa laporan di internet. Ziyi didakwa merupakan 'teman setia tidur' seorang pegawai tertinggi kerajaan bernama Bo Xilai, dan hal itu diakui sendiri oleh Bo Xilai kepada satu sumber. Untuk servis pertama kali dengan Ziyi pada tahun 2007, Bo Xilai memberitahu beliau telah membayar sebanyak RM2.9 juta kepada aktres tersebut. Mereka kemudian telah tidur bersama lebih 10 kali sepanjang tahun 2007 hingga 2011. Bo Xilai turut mengatur temu janji aktres yang terbabit menerusi filem hebat seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Rush Hour 2 dan Memoirs of a Geisha itu dengan seorang lagi pegawai tertinggi kerajaan yang turut membayar Ziyi dengan jumlah RM4.9 juta untuk hubungan seks mereka. Ia menjadi bertambah hangat kerana 'projek seks' Ziyi bersama Bo Xilai dan beberapa pegawai kerajaan lain serta orang kenamaan China sepanjang 10 tahun berkecimpung sebagai aktres didakwa bernilai RM300 juta! Segala persoalan tersebut bagaimanapun belum mempunyai jawapan. Ini kerana aktres yang sepatutnya hadir ke Festival Filem Cannes di Perancis untuk mempromosi filem terbaharunya, Dangerous Liaisons tidak menghadiri majlis berprestij tersebut. Jika beliau hadir ke majlis tersebut, barangkali berita yang sedang hangat diperkatakan ini akan menemui jalan penamat dengan kenyataan yang diberi Ziyi. Sebaliknya, aktres berusia 33 tahun itu memberi alasan bahawa ketidakhadirannya ke majlis tersebut kerana beliau kini sedang sibuk di lokasi penggambaran filem The Grangmasters. Realitinya, menurut laporan beberapa media China, Ziyi kini tidak dibenarkan meninggalkan republik tersebut sehingga siasatan ke atas kes tersebut selesai. Beliau juga gagal dihubungi pihak media yang mahu mendapatkan pengesahan mengenai pendedahan skandal seks tersebut. Bagaimanapun dalam blog peribadi miliknya, Ziyi pada 30 Mei lalu hanya menulis: "Banyak orang boleh membuat angin menjadi hujan". Ia umpama satu penafian terhadap isu yang sedang dihadapi kini. Sebelum ini, pada tahun 2010, Ziyi telah dituduh menyalah guna duit kutipan dana untuk tabung gempa bumi di Sichuan, China. Dana tersebut dilaporkan berjaya dikutip sebanyak RM3 juta, bagaimanapun Ziyi mendakwa beliau hanya mampu mengutip sebanyak RM1.2 juta sahaja. Malah pada tahun 2009, aktres tersebut tersangkut dakwaan menipu seorang ahli perniagaan yang pada waktu itu mempunyai skandal dengannya melibatkan nilai jutaan ringgit. Padahal, pada waktu sama, beliau sedang bertunang dengan seorang jutawan bernama Vivi Nevo. Mereka bagaimanapun berpisah pada tahun 2010. | |||
| Posted: 30 May 2012 05:53 PM PDT
GEORGE TOWN - Orang ramai terutama peminat serta pengkaji astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti. Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu depan. Kurator Kanan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan berkata, fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang. Kata beliau, pihaknya dengan kerjasama Kelab Astronomi USM akan mengadakan program khas ini bertempat di tiga lokasi utama di kampus universiti itu dengan menyediakan teleskop untuk memudahkan orang ramai menyaksikan pergerakan planet Zuhrah. "Pelbagai aktiviti lain diadakan seperti pameran transit planet Zuhrah, ceramah astronomi, pertandingan fotografi dan lawatan ke planetarium," ujarnya. Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi. Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |














0 ulasan:
Catat Ulasan