Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Bayi baru lahir lebih 5kg meningkat
- Saingan PABM bermula esok
- Teruk dirotan selepas ejek rakan
- Farhan mahu nyanyi lagu saduran
- Versi warna The Artist
- Merry Putrian pilih tandas cangkung
- Taruhan Aryan Band
- Warna-warni Asia Tenggara
- Temberang selebriti Malaysia
- Fenomena Bunohan
- Nidji dikuarantin seminggu
- Azhan dibenci 12 dara sunti
- Pelajar Malaysia dapat keadilan
- Satu kampung kena lelong
- Ikan tapah pantang keturunan Pak Kadok
- Rumah kos sederhana bertukar moden
- Sup pipi enak dikunyah
- Senaman tiang bukan erotik
- Ular kapak pokok nipah
- Bayi diayun-ayun
- Anak patung seperti hidup
- Doktor medan perang
- Kayuh basikal lipat ke tempat kerja
- Cahaya Malaika Mawi
| Bayi baru lahir lebih 5kg meningkat Posted: 03 Mar 2012 07:57 PM PST LONDON - Jumlah wanita melahirkan bayi dengan berat lebih lima kilogram dilaporkan telah meningkat kepada 50 peratus sejak empat tahun lalu di Britain. Mereka turut digelar sebagai bayi sumo kerana kelahiran itu telah menambahkan lagi masalah kegemukan di negara tersebut kerana sesetengah pakar berpendapat kononnya ibu obes sering melahirkan anak lebih berat. Walaupun mereka dilahirkan sihat, pakar kesihatan tetap khuatir saiz terlalu besar akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan bayi itu apabila meningkat dewasa. Pada bulan lalu, Elaine Martin, 32, melahirkan bayi perempuan terbesar di Ipswich diberi nama Niamh seberat enam kilogram. | ||||
| Posted: 03 Mar 2012 07:55 PM PST ![]() SEBAHAGIAN peserta berbincang sebagai persiapan akhir sebelum menyertai PABM di Bangi semalam. KUALA LUMPUR - Bahang Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2012 yang akan memulakan peringkat saringan esok kian dirasai oleh peserta dengan melakukan persiapan akhir. Seramai 70 peserta terbabit kini giat berlatih tajuk pidato pilihan masing-masing bagi memastikan mereka dapat melakukan yang terbaik. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Penghakiman Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia Madum, Mazlena Mohamad Hussain berkata, kebanyakan peserta sudah membuat persiapan lebih awal setelah mendapat tajuk pidato. "Mereka juga sudah mempunyai teks pidato dan kita di peringkat Madum hanya membantu memperbaiki beberapa ayat yang digunakan selain seni intonasi dan gaya penyampaian katanya ketika ditemui pada Bengkel Insentif PABM di Hotel Residence, Bangi semalam. Seramai sepuluh orang fasilitator yang terdiri daripada bekas pendebat dan peserta PABM akan membantu pemidato sehingga selesai pertandingan. | ||||
| Teruk dirotan selepas ejek rakan Posted: 03 Mar 2012 07:53 PM PST ![]() ABDUL RAHIM menunjukkan kesan lebam dan luka pada belakang badan anaknya selepas dirotan seorang ustaz di Bukit Rambai, Melaka semalam. MELAKA - Seorang bapa mendakwa anaknya yang belajar di sebuah sekolah agama swasta sejak hampir dua bulan lalu dirotan sehingga lebam semata-mata kerana kesalahan mengejek kawan-kawannya. Abdul Rahim Abdul Wahid, 37, mendakwa, Amir Azamuddin, 14, disebat dengan rotan sebesar ibu jari pada pukul 7.30 pagi Khamis lalu oleh seorang guru Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar Rashidin, Alor Gajah sebanyak 10 kali di belakang, bahu kiri dan kedua-dua betis sehingga lebam-lebam dan luka. "Saya tidak kisah anak saya dirotan tetapi biarlah hukuman itu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan bukan ikut emosi sampai cedera," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Rambai di sini semalam. Katanya, Amir Azamuddin memberitahu, kejadian mengejek kawan-kawannya itu berlaku di asrama mereka di Taman Seri Bayu, Alor Gajah pada malam Rabu lalu sebelum seorang rakannya mengadu perkara berkenaan kepada guru terbabit keesokan harinya. "Sebaik menerima aduan, guru itu yang juga seorang ustaz berjumpa anak saya dan tiga lagi rakannya sebelum merotan mereka," ujarnya. Hukuman itu dijalankan di madrasah tersebut yang terletak bersebelahan taman berkenaan. Menurut Abdul Rahim, anaknya dirotan sebanyak sepuluh kali sedangkan rakan-rakannya sebanyak empat atau lima sebatan sahaja. | ||||
| Farhan mahu nyanyi lagu saduran Posted: 03 Mar 2012 07:52 PM PST
JARANG-JARANG sekali wajah ini muncul di tempat umum mahupun di kaca televisyen. Farhan sangat selektif dalam mempamerkan dirinya. Tunangan Ahmad Rashdan Shuhaimi itu sempat bercerita tentang hasrat hatinya yang sudah lama disimpan ketika ditemui Sensasi Bintang baru-baru ini. "Saya tahu ada yang kata saya tenggelam timbul. Hakikatnya, banyak persembahan peribadi dan tidak ditayangkan di kaca televisyen. Saya juga sibuk dengan aktiviti pertanian yang merupakan bisnes famili," Farhan Azizan, membuka cerita. Ramai yang rindu dengan suaranya yang unik, penyanyi yang lahir daripada program Akademi Fantasia musim keempat ini meluahkan rasa untuk mengeluarkan sebuah single dalam waktu terdekat. "Saya merancang untuk keluar dengan single dan juga sebuah album dengan grup saya sendiri. Saya mahu mainkan balik lagu-lagu lama yang diberi nafas baharu," ujarnya yang banyak bergerak dengan grupnya yang dinamakan Jari's & The Fingers. Mahu mengangkat lagu-lagu lama seperti lagu nyanyian Zain Azman dan Zahara Agus, Farhan melihat lagu-lagu saduran sudah lama tidak dinyanyikan oleh penyanyi generasi baharu. Bagi Farhan, lagu-lagu sebeginilah yang menjadi pilihan dan dendangannya setiap kali membuat persembahan dan dia mendapat pujian ramai atas usahanya itu. "Saya perlu ubah persekitaran. Ada yang berpendapat sesetengah genre atau lagu pada era tertentu hanya didengar oleh golongan atasan. Tetapi saya rasa para pendengar sekarang sudah bijak dan dapat menerima pelbagai genre," terangnya yang mahu membentuk persekitaran di mana setiap lagu dapat diterima oleh pelbagai lapisan. Mahu mengetengahkan semula lagu-lagu klasik yang kini semakin tenggelam, Farhan yang sejak kecil bergelumang dengan lagu-lagu lama menyedari tugasnya untuk mengangkat semula khazanah industri seni ini. Malah penyanyi manis ini juga pernah berkesempatan menyanyi bersama beberapa penyanyi lama seperti Vina Panduwinata. "Saya berhasrat melancarkan album berkenaan pada tahun depan," terang Farhan merasakan lagu-lagu lama adalah legenda dan boleh menaikkan taraf muzik Malaysia. Merancang untuk keluar dengan lagu-lagu saduran yang merangkumi lagu klasik, bosa, jazz serta keroncong, Farhan akan turut memastikan imej yang dibawanya 'masuk' dengan nyanyiannya. "Saya gemarkan stail yang bersih dan kemas. Orang kata nampak nerd. Dengan stail begini, saya dapat bawa sama mood nyanyian saya kepada khalayak," ujar si peminat Sade dan Noorkumalasari ini. | ||||
| Posted: 03 Mar 2012 07:52 PM PST ![]() PASUKAN The Artist, (dari kiri) Thomas Langman, Dean Dujardin, Michael, James Cromwell, Berenice, Penelope dan Missy Pyle. FILEM The Artist yang menggondol banyak trofi pada Academy Awards ke-84 baru-baru ini sebenarnya dirakam dalam versi berwarna. Versi itu merupakan pilihan kedua penerbit The Artis, Thomas Langmann, jika dia berubah fikiran untuk menghasilkan naskhah itu dalam versi warna. "The Artist tidak dibikin secara hitam-putih dari lokasi sebaliknya ia ditukar ke bentuk hitam-putih semasa proses suntingan," jelas Mark Bridges yang menerima trofi kostum terbaik. Isnin lalu, filem Perancis itu memenangi lima anugerah utama termasuklah Aktor Terbaik (Jean Dujardin) serta Pengarah Terbaik (Michel Hazanavicius). Kemenangan itu menjadikan The Artist filem bisu kedua yang memenangi Oscar pada majlis Academy selepas filem Wings pada 1929. Penerbit The Artis, Thomas Langmann mengesahkan bahawa tidak akan ada versi warna untuk The Artist. "Ia dihasilkan dalam filem berwarna disebabkan oleh kemungkinan-kemungkinan. Filem itu tidak akan diterbitkan dalam versi warna," jelas Thomas kepada wartawan di belakang pentas. | ||||
| Merry Putrian pilih tandas cangkung Posted: 03 Mar 2012 07:50 PM PST
SEDAR bahawa serangan kanser tidak mengenal sesiapa, Merry Putrian terpanggil untuk mengambil langkah berjaga-jaga setiap masa termasuk memastikan tandas awam yang digunakan tidak mendatangkan risiko kepadanya. "Wanita harus mengurangkan pengambilan makanan yang dijual di tepi jalan. Wanita yang sudah menjangkau usia 30-an seperti saya juga perlu lebih hati-hati," kata Merry. Katanya, kaum Hawa memiliki kawasan sensitif yang harus selalu dijaga kebersihannya. "Kalau ke tandas, biasanya saya akan memilih tandas cangkung. Lebih baik kerana kalau pilih tandas duduk, kita tidak mengetahui siapa yang menggunakan tandas itu sebelum kita," terang Merry yang pernah tidak didatangi haid selama setahun. | ||||
| Posted: 03 Mar 2012 07:50 PM PST
ATAS dasar kesepakatan dan keazaman yang sama, enam anak muda berlandaskan predikat pemuzik bersatu pada pertengahan 2010. Awalnya 30 buah nama dicadangkan untuk memperjuangkan muzik mereka, hanya pada akhirnya nama Aryan Band dipilih oleh Datuk M. Nasir selaku pembimbing untuk perjalanan mereka. Maksud Aryan dalam bahasa Sanskrit itu sendiri besar, mulia dan kelahiran yang tinggi. Begitu juga harapan yang dibawa grup ini dalam nama yang dipilih. Kumpulan tersebut dianggotai Farid (vokal), Joey (bass), Aryan Sani (gitar), Reno Fendy (keyboard), Nash (gitar) dan Mie Apache (dram) yang memperjuangkan muzik pop rugged, sebuah genre baharu yang lari tidak jauh daripada pop rock dan alternatif. "Selain pernah muncul dalam Anugerah Planet Muzik sebagai perkenalan, kami juga terlibat dalam projek album runut bunyi filem Azura. Tetapi melalui lagu Azura, kami tampilkan Ihsan sebagai penyanyi undangan. Berpeluang terlibat dalam album tersebut meletakkan kaki kami dalam industri muzik," ujar Nash mewakili Aryan Band. Bergerak terus selepas perkenalan pertama, grup yang bernaung bawah label Luncai Emas ini keluar dengan single perdana mereka yang bertajuk Kasih Katakan Sesuatu. Terus melangkah, mereka juga sedang berada dalam proses merakamkan album yang dijangka keluar hujung tahun ini. Menerbitkan album ini sendiri dan dibantu oleh M. Nasir, Aryan Band meletakkan target agar kewujudan mereka akan memberi impak dalam industri. "Kami rasa bertuah menjadi grup yang kedua di bawah payung Luncai Emas selepas Spider. M. Nasir juga banyak membantu," kata Reno. "Kalau boleh mahu pukul cukup-cukup. Lagi pun kami mengetengahkan genre baharu yang membawa kelainan. Kami cuba mengelak untuk berada dalam genre yang sama dalam industri. Dengan pertolongan Luncai Emas, kami harap Aryan Band dapat dikenali umum," ujar Aryan si pemain gitar yang merupakan punca penubuhan grup ini. "Kami memerhati dan melihat turun baik penerimaan para pendengar dalam industri muzik. Sepanjang pemerhatian, kami lihat penyanyi-penyanyi solo mendapat peluang besar dalam industri tetapi grup rock tidak akan pernah mati. Semoga kehadiran kami akan meneruskan lagi perjuangan anak-anak band. Kami sebenarnya serpihan pelbagai grup yang disatukan bawah Luncai Emas," ujar Farid, vokalis yang tampil dengan imej mata bercelak. Masuk dalam proses kreatif grup ini, mereka menyatakan sesebuah lagu akan bermula dengan idea arah muzik yang dibentuk oleh Aryan dan Reno. Kemudian lagu tersebut akan dicantumkan dengan kreativiti dan kemasan ahli grup lain yang membentuk terus kerja bersama. "Lirik pula kami tumpukan kepada kehidupan, ketuhanan dan ada juga lirik cinta. Ada sebuah lagu dengan tajuk Roket yang akan kami persembahkan," ujar Farid yang meminta agar para peminat melayari Aryan Band di laman sosial Twitter mahu pun Facebook. Tampil dalam program Kita Gerek di Singapura, gabungan pemuda-pemuda Temasek dan Kuala Lumpur ini sudah bersetuju untuk menempuh nasib bersama di Kuala Lumpur untuk perjuangan muzik mereka. | ||||
| Posted: 03 Mar 2012 07:49 PM PST ![]() ASEAN Musical Extravaganza berjaya menyatukan budaya, muzik dan bahasa serantau di atas satu pentas. LAMBANG Sari, Istana Budaya menjadi saksi kepada penyatuan sepuluh seni budaya Asia Tenggara dalam acara ASEAN Musical Extravaganza. Warna-warni lukisan budaya, busana dan bahasa warga ASEAN menyatu dalam muzik dan tari atas pentas buat pertama kalinya di Kuala Lumpur. Acara hasil buah fikiran Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim itu menemukan wakil-wakil penggiat seni dari negara-negara yang menyertai Persidangan Menteri-Menteri Penerangan ASEAN (AMRI) ke-11, minggu lalu. Pentas ASEAN Musical Extravaganza dibuka selama dua malam berturut-turut. Persembahan malam pertama dikhususkan buat orang ramai, manakala hari kedua dikhususkan untuk orang kenamaan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Persembahan selama 45 minit dimulakan dengan pengenalan negara yang mengambil bahagian termasuk, Malaysia, Brunei, Kemboja, Singapura, Indonesia, Thailand, Laos, Myanmar, Filipina dan Vietnam. Pentas pembuka dihias cantik seakan-akan balai rong seri yang menjadi latar kepada tarian pembukaan menyambut kunjungan tetamu luar negara. Sebagai pemanas pentas, kumpulan Senandung Darussalam dari Brunei mempersembahkan tarian samrah dan kompang. Seterusnya King Music Band dari Kemboja menyampaikan persembahan lagu-lagu Dancing At Angkor dan Phnom Penh dalam rentak segar. Lagu-lagu disampaikan dalam bahasa Khmer. Sejurus penyanyi Malaysia, Suki melontarkan lagu dalam bahada Mandarin, Ca Zhuang, mahasiswa dari Liga Tari Mahasiswa Universitas Indonesia Krida Budaya mempersembahkan tarian tradisional bertajuk Sabalah. Persembahan Sabalah yang disampaikan oleh tujuh orang penari wanita dengan busana unik menceritakan mengenai sejenis cendawan yang banyak tumbuh di sebuah kawasan di Sumatera, Indonesia. Selain Suki, Malaysia menampilkan nama-nama berbilang keturunan termasuklah Jamal Abdillah yang menyampaikan Samrah Mentari dan Muthukumaran dengan lagu Ravanan Veera. Muzik kontemporari Pentas tidak hanya diperkaya dengan ritma tradisional, bahkan muzik-muzik kontemporari turut menguasai gegendang telinga. Barisan penyanyi-penyanyi popular Laos, menyampaikan lagu kontemporari, Ban Mea Hao dan Ban Kird Hao dalam bahasa tempatan. Antara persembahan lain yang mencuri tumpuan pada malam itu termasuklah persembahan lima elemen muzik dari Singapura yang menyampaikan lagu-lagu Ode To Joy, Joget, Fast Forward dan Shanti. Penonton pasti tercuit dengan persembahan tarian U Shwe Yoe dan Daw Moe yang dibawa dari Myanmar. Tarian yang banyak dipersembahkan dalam majlis keraian itu menggabungkan persembahan muzik tradisional dengan sketsa lucu tanpa suara. Thailand yang popular dengan kekayaan persembahan kebudayaannya kali ini tampil dengan hidangan lebih kontemporari. Lagu Saifon yang dihasilkan oleh Raja Bhumibol Adulyadej dipersembahkan di samping tarian Penanam Padi dan Hemaraj. ![]() NAJIB (dua dari kiri) menjadi tetamu kehormat meluangkan masa menyaksikan persembahan di malam penutup. Vietnam memperkenalkan kepada rakan-rakan ASEAN dengan sebuah lagu yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai lagu budaya spiritual berjudul Vao Chua. Turut menarik perhatian adalah lagu Beo Dat May Troi yang disampaikan oleh artis-artis The Vietnam National Academy. Diterbangkan jauh dari pulau-pulau berselerak, Filipina memperkenalkan sejenis gitar bertali dua, hegalong oleh kumpulan Diwa De Leon. Kumpulan itu menyampaikan persembahan bertenaga dalam lagu Moonrise dan alunan instrumental menerusi Stromy Night. Tirai pentas dilabuhkan seiring tamatnya AMRI yang bakal diadakan di Myanmar pada 2014 dengan persembahan tarian Joget Malaysia dan nyanyian lagu Under ASEAN Skies oleh kesemua peserta. Lambaian bendera-bendera negara ASEAN di pentas Istana Budaya menjadi lambang penyatuan dan pertukaran kesenian serantau di bawah sebuah jambatan budaya. | ||||
| Posted: 03 Mar 2012 07:48 PM PST
SEKEPALA dan sama-sama becok, pasangan ini digabungkan dalam sebuah program baharu keluaran Astro yang dinamakan Propaganza. Marsha Milan Londah dan Reza Mohamed banyak bergurau dan mengusik antara satu sama lain dalam satu sesi fotografi yang diadakan baru-baru ini. Atas keterbukaan itu jugalah mereka dipilih sebagai pengacara 26 episod program Propaganza yang akan bermula 18 Mac ini. Propaganza akan bersiaran setiap Ahad pada pukul 12 tengah hari di saluran Astro Ria (104). Program sejam itu akan mengupas isu-isu semasa dalam industri hiburan tanah air. Mereka mengaku diselubungi gemuruh dengan gandingan kali pertama itu apatah lagi program itu akan disiarkan secara langsung. "Propaganza menyediakan lima segmen iaitu Buzz, Apa Cer, Malatopz, Klik Kantoi dan Murai," ujar Reza tentang program terbitan KRU Studio ini. Bagaimana dengan keserasian kalian sebagai pengacara program ini? REZA (R): Memang tidak ada masalah sebab masing-masing sudah ada perangai gila-gila. Lagipun kami sudah lama saling-mengenali dan sudah masak dengan perangai masing-masing. Saya rasa tidak ada masalah. Mulut saya memang lancang dan lantang dan Marsha sudah faham. Kalau ada salah dan silap, kami akan saling memberi teguran membina. MARSHA (M): Saya sudah kenal Reza sejak sama-sama menyertai program Akademi Fantasia musim ketiga. Kami sudah macam adik-beradik. Apa perasaan Marsha mengacara program siaran langsung? M: Saya sangat gemuruh tetapi sangat bersyukur kerana diregukan dengan Reza. Dia sudah lama dalam bidang pengacaraan dan saya harap dia sudi bimbing saya dalam mengendalikan tugas ini. Saya berada dalam tangan yang betul. Saya hanya takut tersasul. Tapi saya akan cuba buat yang terbaik. R: Saya juga gemuruh. Tapi tahap gementar Marsha tentulah lebih daripada saya. Kalau kami bersikap overacting, ini akan merosakkan karier kami. Tapi kami tidaklah sempurna dan tidak juga ada terlampau yakin. Kami banyak berbincang dan melakukan latihan. Tetapi selalunya apa yang dibuat masa latihan akan berlainan pada masa siaran. Apa pula cabaran untuk mengendalikan program ini? M: Saya perlu belajar dengan lebih mendalam lagi slanga Kuala Lumpur sebab saya masih lagi bercakap ada stail Sabah. Semestinya saya perlu bercakap stail Kuala Lumpur untuk program ini. Saya perlu betulkan cara saya berkomunikasi. R: Dialek Sabah Marsha memang pekat. Untuk tugasan kali ini, apa bahan rujukan kalian? R: Saya rujuk laman web murai.com dan kami juga ada wartawan kami sendiri yang mendapatkan maklumat. M: Saya banyak tengok program seperti E!. Dapakan sikit bagaimana stail Gulliana Rancid menjalankan tugasan sebagai pengacara. Itu cuma untuk mendapat idea dan gambaran besar tentang pengacara. Selebihnya, Reza banyak memberi tunjuk ajar. Apa kelainan program Propaganza berbanding program hiburan atau infotainmen yang lain? M: Kelainan yang ketara adalah daripada segi gandingan hos. Itu umum sudah nampak lain. R: Program Propaganza ini menjurus kepada cerita-cerita eksklusif, bahan-bahan scoop. Jika ada sesuatu berita atau isu panas keluar mengenai selebriti, kita akan minta penjelasan mereka dan tidak akan mengaibkan artis tersebut. Contohnya, jika ada artis yang bergaduh di laman sosial Twitter, kita akan minta keterangan dan cerita sebenar mereka. Kelainan yang lain adalah daripada segi hos seperti yang Marsha katakan. Bagaimana anda melaporkan isu panas membabitkan kalangan selebriti yang merupakan rakan-rakan kalian? M: Saya memang ada kerisauan itu sebab artis adalah rakan-rakan kami juga. Takut kawan-kawan salah anggap. R: Kami menjadi orang tengah bagi mereka untuk membetulkan keadaan.
Apa sumbangan program sebegini untuk industri tempatan sebenarnya? R: Istimewanya Propaganza adalah untuk penonton luar bandar yang tidak aktif atau tidak ada akses Internet. Jadi program ini memberikan berita yang pantas untuk mereka mengetahui apa yang terjadi dalam dunia selebriti. Jika dilihat lagi, program ini merupakan platform untuk artis memperjelaskan masalah mereka sebab kita tidak akan edit percakapan mereka. M: Buat saya program ini real. Kita membantu para selebriti dengan isu mereka. Malah tidak hanya tentang isu selebriti sahaja, kita juga ada menyentuh gaya hidup artis. Pada pandangan kalian, adakah jawapan selebriti kita jujur atau sekadar temberang? R: Ada juga yang beri jawapan selamat sebab siapalah yang mahu buka pekung di dada. Adakala mereka perlu mempertahankan diri sendiri. Saya harapkan agar artis kita cuba jangan beri jawapan yang mengaibkan diri sendiri. Jangan bangga dengan kenakalan atau perkara jahat yang mereka lakukan. M: Berdasarkan perhatian saya, ada juga selebriti yang beri jawapan yang propa ataupun jawapan selamat. Mungkin tidak sengaja. Saya rasa artis kena dan perlu pandai jaga diri, begitu juga jawapan dan penampilan diri mereka. | ||||
| Posted: 03 Mar 2012 07:48 PM PST ![]() CERIA penuh kelegaan. Itu reaksi semua pelakon termasuklah (dari kiri) Zahiril, pengarah Bunohan, Dain Said, Faizal Hussein dan Pekin Ibrahim pada sidang akhbar selepas tayangan malam gala Bunohan di TGV,KLCC, Rabu lalu. CERITA dari mulut ke mulut, paparan media dan sembang dalam laman sosial menjadi rujukan utama mengukur tahap keterujaan pencinta filem Bunohan. Reaksi positif serta pujian melambung daripada penggiat industri, para selebriti, peminat filem dan dunia seni memberi petanda, bahawa karya Dain Said akan menjadi satu fenomena. Menemui penonton pada malam gala yang berlangsung 29 Februari lalu, tidak keterlaluan kalau Bunohan dikatakan mencetus 'demam filem', satu perkara yang jarang berlaku kepada industri perfileman tanah air. Mungkin ia pernah berlaku kepada filem epik Puteri Gunung Ledang (PGL), tetapi kehangatan PGL tidak setanding Bunohan memandangkan ketika itu, Facebook dan Twitter tidak wujud seperti hari ini. Dalam ratusan tweet yang menjadikan Bunohan mencapai trending popular, Adibah Noor pula menulis: "Belajarlah dan tontonlah Bunohan." Sebelum disaksikan sendiri sekelompok penonton termasuk pihak media yang dalam senarai jemputan, Bunohan terlebih dahulu dipanaskan oleh penghormatan orang filem dari luar negara. Ia mendapat penghormatan apabila dijemput mengisi tayangan perdana antarabangsa pada Festival Filem Antarabangsa Toronto, September lalu. Menyusul pada Oktober 2011, Bunohan mendapat diangkat sebagai penerima Anugerah Netpac (Rangkaian Promosi Filem Asia) di Festival Filem Taipei Golden Horse. Mendapat kontrak pengedaran di bawah syarikat pengedaran antarabangsa, Universal Pictures, terbaru Bunohan diberi sanjungan pula tayangan perdana di Eropah sempena Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang berlangsung Januari lalu. Pencapaian-pencapaian itu cukup untuk membakar kesedaran umum, khususnya peminat filem tempatan untuk berkobar-kobar menunggu tayangan Bunohan di tanah air sendiri. Ia dilabel bukan sembarangan filem Melayu kerana jauh keluar dari kepompong filem Malaysia. Ulasan Bunohan terlebih dulu ditulis media luar negara dan tersiar dalam portal ulasan hiburan antarabangsa seperti Variety.com dan The Hollywood Reporter. Menariknya, ia berjaya mendapat penilaian yang sangat positif manakala Faizal Hussien yang membawa watak pembunuh upahan mendapat jolokan Jack Palance Malaysia oleh John Anderson dalam Variety.com. Pengarah tersohor, U-Wei Saari turut memuji Bunohan, katanya: "Bunohan sebuah filem yang hebat, saya bangga dengan Dain." Dalam tinjauan sebuah laman kaji selidik mengenai trending popular di Twitter, Topsy.com menyenaraikan sejak 30 hari lalu, trending Bunohan mencapai sebanyak 67 halaman sehingga petang Jumaat lalu. ![]() WAN HANAFI SU, menyentuh emosi sebagai bapa yang uzur serta mempunyai sejarah hitam dalam keluarganya. Tidak termasuk luahan-luahan yang diulang tweet, trending Bunohan dibicarakan lebih 1,000 kali oleh pemilik akaun Twitter. Menuju beberapa hari sebelum tayangan pada 8 Mac ini, Bunohan didefinisikan ramai sebagai filem tempatan yang akan membuka mata dunia. Mengangkat martabat filem Melayu yang selama ini jarang diberi perhatian sejagat. Bunohan berkisarkan penipuan, pengkhianatan dan perhubungan kekeluargaan yang disemarak oleh darah dan mitos. Tiga beradik, Ilham seorang pembunuh upahan, Adil peninju Muay-Thai serta Bakar seorang guru yang masing-masing ada haluan berbeza. Ia digerakkan lakonan cemerlang oleh pelakon berkaliber termasuklah Faizal Hussien, Zahiril Adzim, Bront Palarae, Pekin Ibrahim, Namron, Shoffi Jikan serta Wan Hanafi Su. | ||||
| Posted: 03 Mar 2012 07:47 PM PST
BUAH mula sebuah grup dengan enam jiwa dan enam kepala ini hampir sama seperti anak muda yang lain. Penuh semangat yang dibalut dengan pelbagai pancaroba untuk menempuh jalur langkah sebagai anak seni. Bermula dengan bertatih, kemudian karya Nidji seakan berlari diangkat khalayak yang merasakan muzik mereka dekat dengan jiwa dan dapat memberikan inspirasi sejagat. Buktinya lagu-lagu seperti Laskar Pelangi, Hapus Aku, Disco Lazy Time dan Sang Mantan menjadi pemanis di bibir pendengar mereka. Bak kata sang vokalis, Giring yang sentiasa bertenaga, mereka sudah diangkat sebagai bintang, pernah juga berasakan fasa sukar dalam perjalanan, sukses datang dengan pelbagai macam bentuk dan cubaan. Seiring dengan nama grup mereka yang bermaksud pelangi. Berikan Liberty Sudah agak lama tidak melihat gaya dan persembahan mereka di Malaysia, Nidji yang kali terakhir ke Kuala Lumpur pada 2010 akan menjejak lagi negara tetangganya ini untuk tujuan promosi album terbaharu dan melantunkan lagu-lagu mereka di pentas meriah Big Jam Hot FM. Masa untuk mereka berkongsi lagu-lagu terbaharu dan momen lagu-lagu popular mereka di sini dalam acara Hot FM yang bakal dilangsungkan di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu pada 10 Mac ini. Sebagai maklumat terbaharu, Nidji baru menelurkan dua buah album. Album Liberty merupakan album studio keempat Nidji yang dilancarkan pada November lalu manakala album Victory menyasarkan pasaran antarabangsa. "Album Breakthru' adalah semangat kami, Top Up adalah pembuktian kami, Let's Play adalah cubaan kami dan Liberty dan Victory adalah tujuan kami," kata sang vokalis. Bukan sahaja melalui proses kreatif yang berlainan untuk melahirkan album namun Giring, Rama, Andro, Randy, Adri dan Ariel mengambil peluang untuk merapatkan lagi silaturahim mereka dalam Nidji. "Proses rakaman album berlangsung selama kurang lebih sembilan bulan bermula dengan pembuatan dan penyusunan lagu hinggalah ke proses merakam dan mixing. Nidji selalu mencuba sesuatu yang berbeza dalam setiap pembuatan albumnya agar terdengar lebih segar. "Dalam album ini, Nidji memutuskan untuk membuat lagu melalui proses kuarantin. Lalu kami menyewa sebuah villa di kawasan Cisarua Puncak, Bandung selama seminggu. Hanya ada Nidji, produser album (Gio dan Nabil), pihak pengurusan serta kru. Tujuannya agar kita lebih fokus, jauh daripada keramaian, tidak ada gangguan dan dapat menghasilkan vibe yang berbeza," kata Rama. Nidji membina satu ruangan seperti studio mini dan berlatih serta mencari idea tanpa mengira waktu atau menganggu sesiapa. Ujar Nidji lagi, selama di sana, mereka bukan sahaja membuat lagu tetapi juga sama-sama bersukan dan main alat permainan. Suasana yang akhirnya membolehkan mereka mendapat 17 buah lagu serta mengakrabkan hubungan persahabatan mereka. Melebarkan sayap Lebih membanggakan grup yang ditubuhkan pada 2002 ini, album keempat ini juga bukti pelebaran sayap mereka ke peringkat antarabangsa. "Alhamdulillah, album keempat ini Nidji berkesempatan merakam album mini antarabangsa Nidji yang berjudul Victory. Daripada hasil 17 buah lagu demo yang dihasilkan di Cisarua, sepuluh lagu Indonesia terpilih untuk dimasukkan ke album Liberty dan lima buah lagu berbahasa Inggeris untuk album Victory. "Pada September tahun lalu, proses mixing serta mastering Victory dibuat selama 11 hari. Dalam album ini kami bekerjasama dengan produser Sex Pistol bernama Steve James. Banyak ilmu baharu seperti teknik rakaman yang lebih teliti dan betul, cara penyusunan sesebuah lagu, mixing bahkan membuat lirik berbahasa Inggeris yang lebih baik kami dapat," Rama menambah tentang album Victory yang akan dilancarkan ke seluruh dunia secara digital melalui iTunes tahun ini. Buat Nidji, rakaman album di Australia adalah salah satu cara mereka menuju impian yang dinamakan 'Go International' di luar Asia. Kebetulan juga kesempatan itu disokong oleh label Nidji iaitu Musica Studios yang mempunyai pejabat di Australia iaitu Valleyarm Record. "Buat Nidji, 'Go International' itu salah satu impian kita sejak dahulu dan Alhamdulillah, perlahan-lahan mulai wujud. Dimulai dengan 'Go Asia', kemudian 'Go Australia' dan 'Go Europe'. Kita ingin membawa nama harum Indonesia serta Asia Tenggara ke seluruh dunia, juga menyedarkan bahawa ada sebuah grup bernama Nidji," sepakat mereka bersuara. Menjangkau satu dekad ![]() SEIRING muzik dan fesyen, Nidji sentiasa tampil dalam dua elemen ini buat para pecinta mereka. Menyentuh perihal tema lirik yang mereka bawakan dalam album kali ini, ujar Nidji tema dalam album Liberty berbeza daripada album sebelumnya. Lebih menyentuh tema kehidupan sehari-hari anak muda, grup ini mengambil inspirasi lirik daripada status dan komen Twitter Nidjiholic (nama penggemar Nidji) yang banyak berkongsi kisah hidup masing-masing. "Album dahulu lebih banyak lirik dengan perumpamaan dan sedikit puitis. Kali ini lebih terang dan jelas," jelas Rama. Begitu dekat Nidji dengan Nidjiholic sehingga buah kata mereka menjadi bait-bait lirik lengkap dalam album terbaharu mereka. Inilah juga nyawa yang membenarkan kehidupan mereka menjangkau usia 10 tahun. Satu dekad yang penuh dengan warna-warni kehidupan. Meraikan usia seteguh ini, grup ini bakal mempersembahkan sebuah konsert khas buat pecinta karya mereka. "Tepat Februari 2012, Nidji berusia sepuluh tahun. Jadi dalam rangka sepuluh tahun, Nidji kita membuat konsert ulang tahun Nidji yang berjudul 1 Dekade Nidji yang akan dilaksanakan pada Rabu ini di Jakarta dan akan dibuat dalam bentuk DVD," keterujaan Nidji disuarakan. Ujar Giring seakan janji: "Langkah ini, langkah kesepuluh tahun ini. Ingat, kami tidak akan ke mana-mana. Kami akan selalu ada di hati kalian." | ||||
| Posted: 03 Mar 2012 07:46 PM PST
MUKA bengis menjadikan Azhan Rani popular dalam sekelip mata. Watak antagonis yang dibawanya tidak pernah gagal malah sentiasa membuatkan hati peminat mahu meludah mukanya. "Agaknya memang muka saya dilihat sesuai dengan watak sebegitu tapi sebagai pelakon, saya mahu rasa dan cuba pelbagai watak. "Kebelakangan ini ramai yang mendakwa saya comel kerana bawa karakter komedi," kata Azhan. Memacu nama dari pentas teater, populariti Azhan tidaklah meledak akibat sensasi atau kontroversi. Perlahan-perlahan dia mendaki nama sebagai aktor berpengaruh. "Saya belum kenal erti kontroversi, saya juga tidak tahu bagaimana rasanya bila ditimpa kontroversi, tapi saya boleh katakan, saya sangat selesa dengan situasi sekarang. Banyak ruang terbuka untuk saya. "Tawaran (berlakon) tahun ini berganda. Alhamdulillah, jadual saya sibuk sampai pertengahan tahun nanti," katanya enggan berlebih-lebih. Baru selesai di lokasi drama bersiri Cinta Dalam Hati, Azhan bersedia menghantui penonton dengan Amukan Pocong yang bakal disiarkan mulai 15 Mac ini di TV3. "Saya kini merindui manusia, sudah hampir sebulan asyik jadi hantu, rutin hidup saya pun sudah macam hantu, siang tidur dan malam berjaga, sudah tak normal," katanya berseloroh. Seronok dibungkus watak pocong, Azhan tidak kesal jika ada pandangan mentafsir drama seram, khususnya hantu pocong sebagai klise. "Ini drama kedua saya mainkan watak seram, sebelum ini dalam drama Sumpahan Orang Minyak, ini pertama kali saya jadi pocong. Ia mungkin klise bagi orang lain tapi tidak buat saya. Saya seronok menerokai dunia hantu itu sendiri. "Pocong selalunya dilihat berbalut kain kapan dan melompat-lompat, tapi ia berlainan kali ini," ujarnya yang melakonkan watak Long Husin yang bertukar menjadi pocong akibat penangan ilmu hitam. Satu fakta yang menarik, sepanjang 13 episod, hanya pada episod permulaan sahaja dia menjadi manusia. Dia tidak akan berdialog, memberi reaksi mahupun tampil sebagai manusia sehingga ke akhir cerita. "Orang kata sesiapapun boleh jadi pocong, tapi itulah cabarannya. Setiap kali masuk ke lokasi, saya kena tadah muka lebih sejam untuk disolek jadi hantu. Bukan itu sahaja, kalau tidak tahan berbungkus sementara menunggu babak berikutnya, balutan di badan kena dirungkai dan dibalut semula. Kerjanya memenatkan tapi saya sangat seronok. "Saya kena rogol 13 orang anak dara sunti tapi malangnya, semua anak dara itu tidak sukakan saya bahkan ada yang tidak sempat pun untuk berborak panjang di lokasi," cerita Azhan yang sangat mengagumi tenaga serta kreativiti pihak produksi yang diterajui oleh Aidilfitri Mohamad Yunos yang bertindak sebagai pengarah. Selain Azhan, Amukan Pocong turut membariskan lakonan mantap Ezany, Iqram Dinzly, Neelofa, Nabila Huda, Farlyna Idris, Sharifah Sakinah, Elly Mazlein, Namron, Siti Elizad dan Liza Abdullah. | ||||
| Pelajar Malaysia dapat keadilan Posted: 03 Mar 2012 07:45 PM PST
LONDON, United Kingdom (UK) - Dua lelaki didapati bersalah merompak pelajar Malaysia, Ashraf Rosli dengan berpura-pura membantunya dalam insiden rusuhan di sini pada musim panas tahun lalu, lapor portal berita Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin. Ashraf, 20, baru sebulan berada di UK apabila dia diserang di Barking ketika rusuhan berlaku di sini pada 8 Ogos tahun lalu. Sebelum itu, pelajar jurusan perakaunan tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dari Kuala Lumpur itu sedang berbasikal ke rumah seorang rakannya di sini apabila dia ditumbuk sehingga menyebabkan rahangnya patah, manakala basikalnya turut dilarikan. Ketika dia terbaring cedera, John Kafunda, 22, dari Ilford dan pemuda Romford, Reece Donovan, 24, mencuri beberapa barangan di dalam beg mangsa, termasuk sebuah konsol permainan video bersama 10 permainan video bernilai sekitar £500 (RM2,376). Kedua-duanya didapati bersalah di Mahkamah Diraja Wood Green di sini pada minggu ini kerana melakukan rompakan dan berkelakuan ganas. Hukuman terhadap mereka akan diputuskan pada 13 Mac ini. Donovan turut didapati bersalah kerana mencuri dan melakukan rompakan. Kejadian tersebut yang dirakam dengan menggunakan telefon bimbit dan disiarkan di laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan orang ramai. "Saya sedar mereka menyamun saya tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa," Rosli memberitahu mahkamah berkenaan. Pada 16 Februari lalu, suspek ketiga, Beau Isagba, 17, didapati bersalah menyerang Ashraf dan mencuri basikal mangsa. Mahkamah akan memutuskan hukuman terhadap remaja berkenaan pada 9 Mac ini. | ||||
| Posted: 03 Mar 2012 07:05 PM PST ![]() GAMBAR bertarikh 28 Februari menunjukkan perkampungan Saint Nicolas Courbefy di tengah Perancis. PARIS - Satu lelongan akan diadakan pada 21 Mei depan bagi menjual sebuah perkampungan terbiar di Perancis . Kampung Saint Nicolas Courbefy yang terletak sekitar 450 kilometer ke barat daya ibu kota Perancis itu dirampas bank tempatan, Credit Agricole awal bulan ini selepas pemilik-pemiliknya gagal membayar ansuran bulanan mereka. Terdiri daripada beberapa bangunan terbiar, sebuah kandang kuda, gelanggang tenis dan kolam renang, ia dahulunya merupakan sebuah pusat peranginan yang turut mengandungi hotel mewah, kolam renang dan restoran. Peguam Credit Agricole, Paul Gerardin kelmarin memberitahu, lelongan akan diadakan ekoran cuma seorang pembeli yang melahirkan minat membeli kampung itu. Menurut Gerardin, setakat ini pejabatnya menerima lebih 100 panggilan termasuk dari China dan Qatar untuk menyertai lelongan berkenaan. Namun katanya, pembeli yang berminat perlu menyerahkan deposit harga permulaan sebanyak 330,000 euro (RM1.3 juta) untuk menyertai lelongan itu. | ||||
| Ikan tapah pantang keturunan Pak Kadok Posted: 03 Mar 2012 07:04 PM PST ![]() WALAUPUN enak, ikan tapah akan mendatangkan mudarat jika dimakan oleh keturunan Pak Kadok. KISAH keturunan Pak Kadok tidak boleh menyentuh ikan tapah apatah lagi memakannya bukanlah perkara baharu. Pak Kadok yang terkenal dengan pepatah menang sorak kampung tergadai dikatakan membuat larangan itu selepas dia menemui seekor ikan tapah yang perutnya penuh dengan emas di Sungai Perak pada lebih 450 tahun lalu. Pak Kadok pada masa itu baru sahaja kalah pertandingan sabung ayam menyebabkan ahli keluarga dan kampungnya tergadai kepada sultan. Emas yang diperoleh daripada ikan tapah itulah yang digunakan untuk menebus semula kampungnya itu. Keturunan Pak Kadok yang dianggarkan seramai berpuluh ribu orang pada hari ini kebanyakannya berasal dari Kampung Tua di Lambor Kanan, Perak. Berikutan peristiwa ikan tapah itu, keturunan Pak Kadok langsung tidak boleh menjamah ikan sungai itu sampai sekarang. Jika dimakan juga, tubuh mereka bagaikan melecur, kulit melepuh seperti dicurah air panas bahkan ada yang sakit sehingga hampir maut. Untuk mendapatkan penawarnya, mereka akan kembali ke kampung berkenaan dan mengunjungi sebuah rumah yang dikenali Rumah Tua di situ. Penjaga Rumah Tua itu milik saudagar emas, Pandak Logam, iaitu salah seorang keturunan Pak Kadok yang menyimpan Emas Kancing Tapah, iaitu saki-baki emas yang didakwa ditemui Pak Kadok di dalam perut ikan tapah terbabit. Air rendaman emas berbentuk kerongsang empat segi itu dikatakan berupaya mengubati penyakit yang dipercayai berpunca daripada perbuatan melanggar sumpah Pak Kadok. Rumah itu kini diwarisi anak Pandak Logam, Hasmah. Bagaimanapun akibat sakit tua, Hasmah tidak lagi menetap di rumah berusia lebih 100 tahun itu sebaliknya tinggal bersama anak saudaranya di Selayang, Selangor. Tugas menjaga Rumah Tua itu kini dibantu oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tua, Zenal Ngah Haleb, 63. "Kebetulan rumah saya terletak bersebelahan dengan Rumah Tua. Jadi, Hasmah meminta bantuan saya untuk membuka kediaman ini jika ada waris Pak Kadok yang memerlukan air penawar," katanya kepada Jurnal. Ujarnya lagi, air penawar yang disediakan sekali dalam setahun itu akan diminum atau disapu pada kulit yang melepuh. "Setiap tahun sebelum bulan Ramadan, Hasmah akan pulang ke sini. Pada masa itu sahajalah orang ramai boleh melihat Emas Kancing Tapah itu kerana pada hari biasa ia disimpan di dalam sebuah peti besi di Rumah Tua ini.
"Emas itu akan direndam ke dalam air yang disimpan di dalam sebuah bekas khas. Tugas saya adalah menokok air tersebut dan memastikan ia tidak kering," terang Zenal. Menurut Zenal, dua kejadian pelik berkaitan sumpahan itu berlaku baru-baru ini. "Ada seorang wanita keturunan Pak Kadok terjamah hidangan ikan tapah semasa berkursus di Langkawi. Sekembalinya ke rumah, dia mengalami penyakit kulit yang kritikal. "Doktor pakar di Hospital Taiping segera merujuknya ke Hospital Kuala Lumpur namun berkat air penawar ini, wanita itu pulih semula," kata Zenal. Tambahnya, hal yang sama berlaku ke atas seorang budak lelaki berusia enam tahun yang seperti sudah tiada harapan lagi untuk hidup. "Bapanya datang memangku anak kecil itu dan menangis minta dibantu. Jadi, saya suruh dia ratakan air itu ke badan anaknya dan diminum sedikit kerana saya percaya budak itu pernah termakan ikan tapah," katanya. Dengan izin Allah, ujarnya, keluarga budak itu datang menziarahi Zenal selepas genap 100 hari air penawar itu digunakan. "Saya terkejut melihat anak kecil itu yang dahulu sangat lembik sudah boleh berlari-lari keliling rumah di sini," katanya. | ||||
| Rumah kos sederhana bertukar moden Posted: 03 Mar 2012 07:03 PM PST ![]() PEMILIK bijak menyuai padan kerusi rotan dan langsir berwarna putih yang kontras dengan lantai di sudut santai. TIDAK kira memiliki banglo atau kondominium mewah, asalkan pandai menghiasnya, rumah yang kecil pun akan kelihatan cantik dan selesa. Begitulah petua yang dipegang oleh Saiful Bahari Hashim, 33. Pegawai perhubungan pelanggan sebuah syarikat utiliti itu sekadar mendiami sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 6.1 meter lebar dan 19.8 meter panjang di Batu 9, Cheras, Selangor. Namun, bertandang ke kediaman Saiful yang dihuninya sejak tiga tahun lalu itu menerbitkan aura yang berbeza daripada rumah kos sederhana rendah yang lain. "Rumah ibarat syurga yang kita angankan. Ia menjadi tempat istirehat yang paling nyaman dan selesa. "Kalau rumah kita bersih dan cantik, adakalanya hendak keluar berjalan-jalan pun terasa malas kerana lebih seronok duduk di rumah," kata Saiful yang telah mengubah suai kediaman itu mengikut cita rasanya sendiri. Saiful membeli rumah berharga RM150,000 itu pada tahun 2010 sebelum menambah beberapa puluh ribu ringgit lagi untuk mengubah suainya. "Pada asalnya rumah ini cuma ada tiga buah bilik yang kesemuanya terletak di tingkat atas. ![]() RUANG dapur yang terhad masih boleh menempatkan meja makan enam kerusi. Balkoni "Apabila diubah suai, saya membuat sebuah bilik di tingkat bawah khusus sebagai bilik sembahyang. Ia juga boleh diubah menjadi bilik tetamu jika ada saudara-mara yang datang," tutur lelaki yang berasal dari Manjoi, Perak ini. Selain menambah bilangan bilik, Saiful turut membina balkoni untuk bilik utama di tingkat atas. Dari segi dekorasi, Saiful berkongsi idea dengan isterinya, Azizah Abdul Aziz, 33. "Kadang-kadang kami bercanggah pendapat tetapi akhirnya bersetuju untuk mengaplikasikan idea terbaik yang sesuai dengan bajet yang kami ada," ujarnya lagi. Dari pandangan hadapan kediaman, cat hijau putih menyejukkan mata memandang. Dua pasu pokok duit-duit pula seolah-olah setia menanti kedatangan tetamu di beranda. Pintu utama kediaman ini agak unik. Pintu dua daun itu diperbuat daripada kayu nyatuh yang berat dan kukuh. Difahamkan, pintu itu berharga RM3,000 dan didatangkan khas dari Indonesia. Sejurus kaki melangkah melepasi pintu itu, sangkaan kediaman ini mempunyai ruang tamu yang sempit ternyata meleset. "Saya sentiasa mahukan ruang tamu yang nampak luas walaupun hakikatnya ruang itu terhad. Untuk itu saya memilih rona putih krim bagi dinding dan jubin hitam sebagai lantai," kata Saiful. Kediaman ini juga tidak sarat perabot malah perabot sedia ada disusun dengan kemas. Saiful merupakan penggemar fabrik, jadi beliau lebih menyukai barang-barang upholsteri khususnya sofa. "Memanglah sofa kulit selalunya disukai golongan kaya namun bagi saya sofa biasa sudah memadai. Saya memilih sofa krim coklat kerana ia sepadan dengan warna lantai dan dinding," ujarnya. Saiful turut menyediakan sudut santai yang ringkas berupa sebuah kerusi rotan berwarna putih berhampiran pintu gelangsar. ![]() TELEVISYEN skrin leper banyak membantu menjimatkan ruang. Ibu Di ruang yang kecil seperti rumah kos sederhana rendah ini, permainan warna adalah penting. Warna putih cerah dapat mengelakkan kediaman daripada kelihatan gelap manakala warna garang memberi aura ceria kepada penghuni. "Isteri saya memilih warna jingga muda sebagai latar di belakang kabinet televisyen. "Warna itu ceria dan menenangkan," kata Saiful yang kurang selesa dengan cahaya yang terlalu terang di ruang tamu khususnya semasa menonton televisyen. Setiap bilik rumah Saiful dihias ringkas tetapi menarik. Saiful berkata, beliau dan isteri menggemari rona jingga muda di kamar utama kerana ia menimbulkan mood sedang bercinta. "Kami mengidamkan bilik yang romantis. Jadi katil berkonsepkan Inggeris klasik dengan cadar bercorak mawar merah menjadi pilihan. "Di kiri dan kanan kepala katil pula kami letakkan pelita hiasan. Apabila pelita itu dinyalakan, seluruh bilik akan berbau harum. Api pelita yang meliuk-liuk pula terasa sungguh romantik," cerita Saiful yang turut menempatkan sebuah pelita seumpama itu di tangga ke tingkat atas. Seperkara yang mengagumkan bagi lelaki ini ialah beliau juga menyediakan sebuah bilik yang sangat selesa untuk si ibu berusia 72 tahun yang tinggal bersamanya. "Ibu perlukan ketenangan semasa tidur. Untuk itu, saya mengecat biliknya dengan warna biru dan menempatkan sebuah katil bujang rekaan lama dengan palang besi di kepala dan kaki katil," ujar Saiful. | ||||
| Posted: 03 Mar 2012 07:02 PM PST ![]() MEMANG berbaloi menikmati semangkuk sup pipi di Restoran Ani Sup Utara yang berharga RM10 ini. SUP berasaskan lembu sememangnya telah diketahui keenakannya. Hampir kesemua bahagian haiwan itu boleh dibuat sup. Daripada organ dalaman seperti perut dan paru-paru hinggalah kepada ekor, lidah dan keting. Kini satu lagi sajian lazat dapat diperoleh iaitu sup bibir dan pipi lembu yang dicampur sekali dalam satu hidangan. Walaupun anda mungkin berasa geli namun anda harus mencubanya! Sup bibir itu mula diteroka oleh pengurusan Restoran Ani Sup Utara yang memperkenalkan menu itu sejak lebih setahun yang lalu. Menurut Pengarah Urusan Little Cash (M) Sdn. Bhd. , Rohani Abu, 50, menu sup bibir itu menjadi antara menu kegemaran pelanggan restoran itu. "Seorang pelanggan dari Sabah begitu menggemari sup itu. Katanya bibir itu rasanya rangup dan tidak kenyal. "Tekstur daging itu lembut sama seperti urat keting, cuma ia mempunyai bintik-bintik bulat kecil kerana itulah struktur asal pipi dan bibir lembu," katanya. Menurut Rohani, daging itu diperoleh daripada kedua-dua lembu jantan dan betina. Kebanyakan stok pipi dan bibir lembu diambil daripada pembekal yang mengimportnya dari Australia dan New Zealand dalam bentuk kotak seberat 20 kilogram. Jelas Rohani, pembekal lembu di negara ini jarang mempunyai stok daging tersebut kerana proses mengambil pipi dan lembu yang agak sukar. "Isi bahagian itu sedikit sahaja tetapi kita perlu membeli keseluruhan kepala lembu berharga sekitar RM250 satu. Penyembelih biasanya hanya mengambil daging itu dan kadangkala perlu membuang otak, tanduk, kulit dan mata lembu itu begitu sahaja. "Corak hirisan dan potongan pipi itu juga memerlukan kemahiran khas bagi memastikan ia tidak bercampur dengan organ dan daging lain," ujarnya.
Lada hitam Beliau memberitahu, bagi satu kepala lembu, cuma 200 gram daging pipi akan didapati. Cara untuk menyediakan sup pipi itu sama seperti penyediaan sup daging yang lain. "Kami akan menggunakan lapan jenis bahan termasuk lada hitam untuk membuat kuahnya. "Hanya masukkan daging pipi serta bibir ke dalam sup yang dimasak, kemudian hiaskannya dengan bawang goreng, daun sup, limau nipis dan lobak merah," cerita Rohani. Leka berceloteh, kru Jurnal sempat merasai menu yang agak pelik itu. Ternyata rasanya lazat dan rangup seperti yang diperkatakan oleh Rohani. Teksturnya lembut seakan-akan daging biasa. Cuma terdapat ketulan kecil berbentuk bulat pada daging tersebut yang mungkin menggelikan pada mulanya. Tetapi apabila dipadankan dengan nasi putih bersama sambal cili serta minuman berperisa bandung dan cincau, air liur terus kecur dibuatnya. Seorang pelanggan, Mohd. Naqai Mohd. Nawawi, 34, yang sering berkunjung ke Restoran Ani Sup Utara untuk menikmati sup pipi dengan nada bergurau berkata, pipinya kini lebih lembut selepas menikmati sup tersebut. "Ia sedap tetapi orang ramai sudah terbiasa dengan sup ekor, ayam dan daging sahaja sebelum ini dan kurang mengetahui nilai sup pipi dan bibir lembu," katanya. Bagi isteri Naqai, Hasleen Nahar, 27, beliau jarang menikmati sup pipi kerana lebih menyukai sup ayam. "Namun, saya akui lembu ada banyak kelebihan," ujarnya. Dalam pada itu, Amir Yasin, 26, baru pertama kali mendengar mengenai sup pipi. "Saya juga ingin merasainya tetapi inilah kali pertama saya dengar mengenainya walaupun saya agak kerap makan di restoran ini," ujarnya. Ingin tahu lebih lagi, datanglah ke restoran ini dan rasainya sendiri. | ||||
| Posted: 03 Mar 2012 07:01 PM PST
BUAIAN sering dikaitkan dengan bayi tetapi pengasas Dreams Dance Studio di Subang Jaya, Selangor, Reiko Soo, mengubah buaian menjadi alat senaman. Menurut Reiko, 35, senaman yang dipanggil fly fitness atau senaman terbang itu menggunakan sejenis kain daripada fabrik likra. "Jangan terkejut kerana kain jenis ini cukup tahan lama selain boleh menanggung berat badan seseorang sehingga 500 kilogram," ujarnya. Katanya, senaman terbang dapat melatih seseorang untuk mengimbangi badan dengan fleksibel, menguatkan otot serta membentuk abdomen badan dengan lembut dan tenang. Cara bersenam pula ada yang dalam keadaan terbalik iaitu kepala ke bawah dan kaki ke atas sambil bergayut pada kain itu. "Senaman ini menghendaki peserta terapung dan kurang memijak lantai. Ia boleh membuatkan seseorang menjadi lebih relaks dan tidak mudah letih. Fokus utama senaman ini adalah kawalan emosi dan pergerakan anggota badan secara pelbagai," ujar Reiko. Boleh dikatakan semasa berada dalam buaian tersebut, segala masalah dapat dilupakan kerana tumpuan terarah kepada pergerakan senaman sahaja. Walaupun masih baharu, senaman terbang mulai mencuri perhatian masyarakat tempatan yang mahukan aktiviti fizki yang bersifat ceria dan tanpa risiko kecederaan serius. Kawal emosi Di Dreams Dance, golongan yang mengikuti kelas senaman itu terdiri daripada kalangan profesional termasuk peguam, jurutera, doktor dan suri rumah. Konsep yang diterapkan oleh Reiko ini hampir sama seperti AntiGravity Yoga yang dicipta oleh Christopher Harrison, 50, dari Illinois, Amerika Syarikat (AS). Menggunakan kain sutera sebagai kaedah senaman, AntiGravity juga baik sebagai kaedah mengawal emosi. Harrison, seorang bekas penari profesional telah membuka banyak cawangan AntiGravity di seluruh dunia. Seorang tenaga pengajar senaman terbang di Dreams Dance, Amira Hani Umaruddin, 27, berkata, para pelajarnya mendakwa mereka berasa lebih segar dan bertenaga selepas mengikuti beberapa sesi senaman tersebut. "Fly Fitness menggunakan beberapa disiplin senaman manakala kain yang digantung membolehkan peserta bergerak secara bebas dalam pelbagai kedudukan. "Senaman ini hanya memberi tumpuan pada senaman asas seperti di atas lantai dan kemudian bergayut di dalam kain yang mungkin mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk mahir sepenuhnya," kata Amira. Latifah Mohamed, 23, seorang pelajar universiti tempatan di Shah Alam, Selangor mengakui badannya berasa lenguh-lenguh pada peringkat awal mengikuti senaman itu. "Tetapi lama-kelamaan saya berasa selesa kerana ia mengeluarkan peluh yang banyak. Badan pula rasa lebih ringan dan selesa. ![]() REIKO melakukan demonstrasi senaman tiang yang dipercayai mempunyai kebaikan termasuk menjadikan pengamalnya lebih bermotivasi. Dipuji suami "Ia juga membuatkan saya terkenang pada bayi yang tidur di atas buaian sambil diayun si ibu," ceritanya. Bagi Catharine Chew, 28, dia dapat mengawal emosi dengan baik sejak mengamalkan senaman terbang itu kira-kira setahun lalu. "Kita belajar mengawal perasaan dan mengosongkan minda daripada sebarang masalah," katanya. Sementara itu, Mandy Soo, 34, memberitahu, selepas mengikuti senaman tersebut bentuk badannya berubah menjadi lebih seksi sehingga mendapat pujian daripada suaminya. Selain pakej senaman terbang, Dreams Dance turut menawarkan senaman ala tarian tiang yang dipanggil pole fitness. Kata Reiko, senaman tiang berbeza dengan tarian tiang yang sering menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat negara ini kerana ia dikatakan mengandungi elemen erotik. "Ia lebih berbentuk senaman semata-mata bagi mengurangkan tekanan serta menjadikan anda lebih yakin dan bermotivasi tinggi. "Bukan mudah untuk bergayut pada sebatang tiang besi dengan menggunakan kedua-dua tangan. Anda juga perlu mengimbangkan badan untuk tempoh yang lama," ujarnya sambil memberitahu, tiang besi itu licin dan memerlukan kekuatan tangan untuk memegangnya supaya tidak terjatuh. | ||||
| Posted: 03 Mar 2012 06:59 PM PST
ARUS deras Sungai Selangor menjadikan perjalanan menghilir sungai menjadi lebih mudah. Selepas lebih 20 minit mendayung sampan, destinasi yang dituju semakin hampir. Selaku jurupandu berpengalaman, Pak Hitam mengayuh sampan menghampiri tebing dan menambatnya di salah satu kayu pancang yang tersedia di situ. Pak Hitam atau nama sebenarnya Abdul Malik Puteh, merupakan seorang pengusaha atap nipah di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Sejak beberapa tahun lalu, selepas bersara daripada pasukan renjer hutan, inilah rutin harian lelaki berusia 53 tahun ini. Seawal pukul 8 pagi, Pak Hitam akan turun mendayung menghilir ke Sungai Selangor untuk mengambil daun nipah. "Hati-hati ya, tanah licin. Silap langkah boleh tergelincir nanti," pesan Pak Hitam. Namun belum sempat bapa kepada dua anak ini menghabiskan ayatnya, penulis sudah jatuh terduduk di tebing sungai. Tanah berlumpur yang licin dek timpaan hujan malam tadi menjadi cabaran pertama buat penulis dan jurufoto, Fairuz Izyana Ayub. "Pokok nipah lebih banyak tumbuh di kawasan paya bakau berbanding di daratan," kata Pak Hitam. Katanya lagi, untuk memasuki kawasan paya bakau, sama ada melalui jalan darat mahupun jalan air, tidak sah jika tidak meranduk air dan lumpur yang adakalanya boleh mencapai paras lutut jika air pasang penuh. ![]() SIFAT atap lalang yang mampu menebat haba matahari menjadikannya sebagai atap pilihan utama kebanyakan resort tepi pantai. Dipatuk "Berjalan di kawasan berpaya seperti ini banyak risikonya kerana kita tidak nampak apa yang ada di dalam lumpur. "Pergerakan tidak selaju di tanah keras. Kaki terlekat, terpijak kayu tajam, tersepak tunggul, itu perkara biasa. "Kalau nasib tidak baik, kaki boleh terbolos ke dalam lubang bekas tunggul pokok atau parit. Memang boleh menangis kita dibuatnya," jelas Pak Hitam. Ditanya tentang ancaman binatang berbisa, lelaki ini hanya tersenyum. "Ini memang tempat dia. Boleh dikatakan selalu juga kami terserempak dengan ular. Paling kerap kami jumpa adalah ular air, daun, kapak dan tedung selar. "Ular kapak paling berbahaya kerana ular berbisa ini tidak takut dengan bunyi bising seperti ular lain. Malah, ular kapak jarang melarikan diri kalau dihalau. "Jika terserempak dengan ular degil seperti itu, tiada jalan lain kecuali cantas kepalanya," ujar Pak Hitam. Tambahnya lagi, ular kapak yang boleh berubah warna kulit mengikut warna persekitaran itu suka berehat di pelepah nipah. "Kalau kita jumpa ular ini di pelepah muda, warnanya hijau. Kalau jumpa di daun kering, warnanya boleh bertukar coklat. Bila kita takik pelepah, kadang-kadang tak perasan ada ular kapak melingkar di depan kita. "Kalau setakat terkejut, itu kira nasib baik tapi kalau kena patuk, nyawa taruhannya. "Pernah sekali kawan saya dipatuk ular kapak di jari telunjuk. 10 sen "Memandangkan tempat mengutip daun nipah jauh dari tebing sungai, banyak masa yang perlu diambil sebelum boleh mendapatkan rawatan. "Dalam perjalanan pulang, jarinya sudah mengecut dan bertukar hitam. Sampai di hospital jarinya terpaksa dipotong. Itu pentingnya memakai sarung tangan dan but getah," ceritanya panjang lebar. Jika diamati secara dekat, pelepah dan pucuk nipah seolah-olah muncul dari lumpur. Hakikatnya, batang dan akar pokok nipah terendam di dalam selut.
Seperkara yang unik tentang pokok ini, ia merupakan satu-satunya pokok palma yang berada dalam spesies pokok bakau dan habitat semula jadinya di kawasan berpaya. Selain daunnya diambil untuk dibuat atap, sarung otak-otak ataupun pucuk mudanya dijadikan rokok daun, pokok ini juga boleh menghasilkan air nira yang enak. Sementara itu, buah nipah juga sedap dimakan. Rasanya yang seakan-akan buah kabung biasanya dimakan begitu sahaja. Selepas memilih pokok sesuai, Pak Hitam menakik pelepah nipah yang memiliki daun tua menggunakan parang. Untuk mengenali kematangan daun, ia boleh dilihat melalui warnanya yang gelap. "Hanya daun tua yang boleh dijadikan atap kerana daun muda mudah rosak," katanya. Sebaik sahaja pelepah jatuh ke bumi, tangannya pantas merintis daun di kedua-dua belah pelepah. Daun itu kemudian dilonggokkan sebelum dimasukkan ke dalam guni gula plastik. Bagi seguni penuh daun nipah, ia boleh dijual dengan harga RM7. "Seguni daun nipah dapat menghasilkan 12 keping atap nipah gred A," ujarnya. Sebaik sahaja daun nipah penuh seguni, kami bertiga mendayung pulang ke rumah Pak Hitam yang terletak tidak jauh dari tebing sungai. Di rumah, isterinya, Rafeah Kasim, 60, kelihatan sedang tekun menyiat kulit pokok bemban yang digunakan untuk menyucuk atap. Walaupun nampak mudah, proses menyiat kulit bemban tidak semudah yang disangka. Pokok bemban yang menyerupai pokok lengkuas perlu dibelah empat dan dibuang isi tengahnya. Kemudian, ia dibelah lagi kepada bahagian kecil kira-kira 0.5 sentimeter. ![]() BUKAN calang-calang orang boleh menyiat batang bemban dengan sempurna. Selepas itu, semua bahagian kecil itu disiat lurus sehingga habis sebelum diselit dicelah ibu jari kaki untuk disiat sekali lagi bagi menghasilkan kulit bemban yang tipis. "Nampak mudah, tetapi kalau tidak kena gaya, kulit bemban yang liat itu boleh terputus. Pak Hitam pun belum lulus lagi siat kulit bemban ni," seloroh Rafeah. Dia yang sudah menyucuk atap sejak usianya 12 tahun berkata, biarpun zaman telah berubah, permintaan terhadap atap nipah tidak pernah putus. "Alhamdulillah, dengan duit atap nipah ini kami besarkan anak dan memberikan mereka pendidikan hingga ke universiti. "Kira-kira 50 tahun dahulu, harga sekeping atap nipah cuma 10 sen, sekarang kami jual dengan harga RM1.60 sekeping," katanya. Menarik tentang pasangan suami isteri ini, mereka turut menawarkan peluang pekerjaan kepada orang kampung yang menyertai ahli Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). "Upah untuk menyucuk sekeping atap ialah 30 sen, kalau sehari mereka boleh cucuk 50 keping atap, dapatlah RM15. Boleh juga buat beli lauk sehari-hari," sampuk Pak Hitam. Katanya lagi, kebanyakan tempahan datangnya daripada Mohd. Hedzir Borhan, 50, satu-satunya peraih yang membeli atap dengan harga tinggi daripada mereka. "Sebelum ini kami terpaksa jual dengan harga 80 sen sekeping kepada pihak lain. "Rasanya tidak berbaloi dengan risiko dan penat lelah yang kami terpaksa harungi untuk menghasilkan sekeping atap," ujar Pak Hitam. | ||||
| Posted: 03 Mar 2012 06:57 PM PST
TINDAKAN seorang wanita Rusia, Lena Fokina memegang lengan dan betis seorang bayi lelaki sebelum melambung dan mengayun-ayunkannya menerima pelbagai reaksi daripada seluruh dunia. Banyak ibu bapa terkejut melihat perlakuan wanita itu yang disiarkan dalam YouTube. Ada juga yang mendakwa ia satu penderaan kanak-kanak. Namun, Fokina mempertahankan tindakan yang telah dilakukannya sejak 30 tahun lalu itu. Dia sebaliknya menganggapnya sebagai sejenis yoga bayi. Semasa 'senaman' itu dijalankan, bayi biasanya menjerit, menangis atau muntah. Bagaimanapun, jelas wanita berusia 51 tahun itu, tindak balas tersebut hakikatnya memberi kebaikan kepada bayi. "Ia tidak berbahaya sama sekali. Sesetengah bayi akan menangis pada mulanya tetapi lama-kelamaan mereka menyukainya. Purba "Ramai orang fikir bahawa bayi lebih sesuai berbaring sahaja di atas katil, makan dan menangis. "Tetapi sebenarnya bayi dilahirkan dengan refleks semula jadi yang berguna untuk perkembangan fizikal dan intelektual mereka," ujar guru pendidikan jasmani terlatih itu. Menurut Fokina, yoga bayi buat pertama kalinya dipraktikkan oleh puak purba di Afrika. Ia dibuat ke atas bayi yang berusia di antara beberapa minggu hingga dua tahun. Dalam setiap sesi, ibu kepada lima orang cahaya mata itu akan melakukan terapi tersebut selama lima minit. Bayi tersebut akan diputar, diayun dan badannya diluruskan. Kaedah itu juga diamalkan oleh orang Rusia. "Kaedah ini dapat membetulkan masalah kesihatan bayi yang berkaitan otot atau rangka. Namun, ia juga sesuai untuk bayi yang normal. Pergerakan ini direka untuk meningkatkan keupayaan dan perkembangan otot mereka. "Hasilnya, mereka akan menjadi kanak-kanak yang boleh membaca, menyanyi, bercakap dan berenang lebih awal daripada rakan sebaya. Tangan mereka juga menjadi kuat. Kami buat senaman ini secara berperikemanusiaan," terang Fokina. Dalam satu seminar yang diadakan di Dahab, Mesir baru-baru ini, Fokina melakukan demonstrasi yoga bayi di hadapan ibu bapa mereka. Ibu bapa berkenaan dilihat tersenyum dan masih boleh berbual-bual ketika anak mereka dibiarkan tergantung dengan kaki ke atas. Banyak bayi yang menangis dan termuntah selepas beberapa minit diayun. Namun, Fokina meyakinkan ibu bapa berkenaan bahawa ia tidak berbahaya. "Bermula dari saat dilahirkan, seseorang bayi boleh menggenggam, melangkah dan berenang. "Kaedah yang dikenali sebagai The Charkovsky ini menggunakan kaedah refleks semula jadi tersebut (yoga bayi) untuk melatih mereka. Ibu bapa perlu dilatih supaya melakukan perkara serupa kepada bayi mereka," ujar ibu tunggal itu.
Kasar Pakar perubatan sudah lama memberi amaran bahawa pergerakan dramatik dan tidak semula jadi seperti yoga bayi boleh menyebabkan sindrom bayi bergoncang (SBS). Antara simptom sindrom tersebut adalah berlaku pendarahan otak dan retina selain pembengkakan otak. Malah, pergerakan kepala sahaja pun sudah memadai untuk bayi mendapat SBS. Begitupun, Fokina yang mempraktikkan amalan itu ke atas semua anaknya sejak tiga dekad lalu menegaskan bahawa ia sama sekali tidak berbahaya walaupun dilakukan kepada bayi yang baru lahir. Graduan Universiti Kebudayaan Fizikal di Moscow, Rusia itu juga tidak risau mengenai kesan negatif kepada sendi dan anggota badan bayi. "Orang ramai melihat yoga ini sebagai sesuatu yang kejam kerana mereka tidak sedar tentang keupayaan sebenar seorang bayi," tambah Fokina mengenai teknik yang diperkenalkan oleh seorang profesor di Rusia, Dr. Igor Charkovsky itu. Bagaimanapun, bekas presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Dr. Zulkifli Ismail menjelaskan, senaman yoga itu berpotensi membahayakan bayi. "Seperti dalam satu klip video yoga bayi yang pernah saya tonton sebelum ini, ia dibuat begitu kasar. Kaedah ekstrem seperti mengayunkan bayi mampu mengundang bahaya. "Sehingga kini tiada kajian terperinci mengenai kesan tindakan itu ke atas fizikal dan psikologi bayi namun ramai pakar pediatrik dunia menolaknya. "Ia boleh memberi kesan kepada otak bayi memandangkan organ itu terapung di dalam tengkorak. "Jika kepala bayi bergoncang kuat, ia berisiko untuk mengalami subdural hematoma atau pendarahan otak," katanya kepada Jurnal. Jelas Zulkifli, kaedah urutan lembut pada anggota badan bayi sebenarnya lebih memberi kesan positif kepada perkembangan bayi. "Sentuhan lembut menerbitkan interaksi antara ibu dengan bayi, meningkatkan keupayaan otot serta memberi kelegaan kepada bayi. "Saya menggalakkan ibu bapa supaya memberi sentuhan lembut kepada bayi sebagai satu cara untuk memanjakan mereka," ujar Zulkifli. | ||||
| Posted: 03 Mar 2012 06:56 PM PST ![]() SESETENGAH orang berpendapat renungan bayi ini menakutkan. 'BAYI' tersebut kelihatan begitu comel. Mata bundarnya merenung tepat ke arah sesiapa yang memandang. Dia tidak pernah merengek, bahkan sentiasa tersenyum. Meskipun mengujakan buat sesiapa yang mendukungnya, bayi itu tidak bernafas kerana ia adalah sebuah patung bayi atau dikenali sebagai reborn baby. Bukan sahaja iras bayi sebenar, sesetengahnya turut direka dengan ciri-ciri lain seperti mempunyai pemanas yang mengeluarkan haba seperti manusia dan bunyi rengekan bayi. Reborn baby berbeza berbanding anak patung biasa kerana ia direka buat mereka yang mahu memanjakannya. Ia bagaikan bayi sebenar dan mempunyai tekstur kulit yang menyamai bayi sebenar. Mula popular sejak tahun 1990-an di Amerika Syarikat, patung itu pada asalnya sekadar direka oleh mereka yang gemar menghasilkan barangan seni. Namun kini lebih ramai yang ingin menjadikannya anak angkat. "Begitu menakjubkan kerana ia kelihatan benar-benar seperti seorang bayi," kata seorang wanita Singapura, Lilly Tan yang mempunyai tiga orang cahaya mata mengenai anak patung tersebut. Peneman Reborn baby boleh dijadikan peneman buat ibu-ibu yang gagal hamil. Seorang wanita berusia 36 tahun dari Stourbridge, England, Emma Weaver mengalami keguguran ketika kandungannya mencapai usia empat bulan. Sebagai usaha untuk mengembalikan bayi yang ditunggu-tunggunya itu, dia membeli sebuah reborn baby bagi mengubati perasaan traumanya. "Kejadian itu membuatkan saya trauma. Untuk mempunyai anak kembali saya mencari-carinya di laman jual-beli eBay. "Di situ saya temui Bella, anak perempuan terbaharu saya," katanya mengenai anak patung perempuannya. Tracy Cane, 47, dari Hednesford, England memberitahu bahawa dia menjadi ibu kepada enam orang reborn baby perempuan. Dia menjadikan 'anak-anaknya' itu sebagai peneman kala kesunyian kerana anak-anak sebenarnya sudah besar. "Saya ada empat orang anak lelaki dan sekarang mereka sudah besar. Saya berasa seolah-olah tiada apa lagi bila mereka membesar dan tidak tahu untuk melakukan apa-apa. "Kini saya gembira kerana mempunyai enam orang anak perempuan iaitu Sophie, Liver, Layla, Ember, Lily Rose dan Emma. "Saya seronok dapat memiliki ramai anak perempuan yang comel," katanya. ![]() WANITA Barat yang tidak berpeluang untuk hamil mula beralih kepada anak angkat yang kaku ini. Biarpun begitu comel, masih ada orang yang tidak menyukai reborn baby kerana menganggapnya sebagai objek yang menakutkan. Seorang suami kepada pereka reborn baby, Matthew mendakwa dia melihat bayi palsu tersebut seperti hantu bayi yang memandang tepat ke arahnya. Sambil merujuk kepada watak patung bernyawa bernama Chucky dalam filem Child's Play, Mathhew enggan menerima bayi itu sebagai bahan mainan. "Ia sangat menakutkan. Wajahnya macam bayi sebenar, tetapi ia kaku dan sentiasa merenung ke arah anda. "Bayi ini tidak ubah seperti anak patung pembunuh, Chucky," ujar lelaki berusia 50-an tersebut. Seorang ibu dari Hempshire, England, Rachel, terlalu obses dengan reborn baby, namun minatnya itu tidak disokong oleh ahli keluarganya. Mengakui bahawa keluarganya tidak selesa dengan Amy yang sudah lima bulan tinggal bersama mereka, Rachel berkata, anak perempuannya cemburu dengan bayi palsu itu. "Anak saya, Rebecca tidak suka mengikut saya berjalan-jalan jika saya membawa Amy bersama. "Anak lelaki saya berkata bahawa bayi ini menakutkannya. Saya tidak mahu anak-anak saya menghadapi masalah tetapi saya belum berhajat menghentikan minat saya ini. "Saya ada sebuah bilik khas untuk menempatkan patung bayi ini agar mereka tidak takut dengannya," kata Rachel, 44. | ||||
| Posted: 03 Mar 2012 06:56 PM PST ![]() DR. WINSON menceritakan segala pengalaman pahit manis bumi bergolak. PEMUDA ini teringin benar menjadi seorang pakar bedah plastik kerana pendapatan lumayan yang boleh diraihnya. Bagaimanapun, segalanya berubah pada empat tahun lalu. "Semasa mengikuti penerbangan dari New York ke London, tiba-tiba pesawat yang saya naiki menjunam pada kedudukan 45 darjah. "Saya dapat rasakan pesawat yang berada pada ketinggian 7,500 meter itu seperti ditarik ke bawah. Saya hanya fikirkan kematian," cerita Dr. Winson Seow, 26, yang pada waktu itu sedang menuntut di Sekolah Perubatan dan Pergigian King's College London. Tidak lama kemudian, semasa berkunjung ke Mumbai, India, Winson dihidangkan pula dengan kejadian seorang kanak-kanak perempuan cedera parah akibat dilanggar sebuah kereta di sebuah kampung. Selepas peristiwa itu, Winson sedar betapa singkatnya hidup ini. Dirinya yang sebelum ini berkiblatkan harta dan wang tiba-tiba diselubungi perasaan ingin membantu sesama manusia. "Saya mula bertanya diri sendiri apakah saya perlu menjadi pakar bedah plastik semata-mata untuk mengejar kemewahan. Kekasih "Insiden itu menyebabkan saya tekad mahu menghulurkan bantuan dengan berkhidmat sesama manusia," katanya yang menyertai International SOS, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan perubatan untuk operasi antarabangsa, sebagai doktor bedah trauma. Selama dua tahun menyertai International SOS, Winson telah bertugas di rantau bergolak dan dilanda bencana alam seperti Haiti, Somalia, Kenya, Senegal dan Libya. Bagi setiap tugasan, Winson dikehendaki berkhidmat selama antara sebulan hingga dua bulan di sesebuah negara. Menjadi seorang 'doktor medan perang' bukanlah sesuatu yang diinginkan bapa Winson. "Bapa saya yang merupakan doktor ortopedik dan pengamal perubatan tradisional terkejut dan beberapa kali memujuk supaya saya memikirkan semula hasrat itu," beritahu Winson. Apa yang dibimbangi bapanya, Dr. Seow Teck Shong, 55, menjadi kenyataan tidak lama kemudian. Winson dihantar bertugas di Mogadishu, Somalia pada tahun 2010. Somalia ialah negara kedua yang dikunjunginya selepas Haiti. Menurutnya, negara itu dibelenggu masalah kebuluran dan pertelagahan antara puak. "Pada suatu hari semasa saya merawat seorang pesakit di dalam khemah, tidak semena-mena sekumpulan pemberontak bersenjatakan pistol menceroboh khemah kami. "Tiba-tiba salah seorang daripada mereka yang bertopeng hitam meluru ke arah saya dan terus menumbuk muka saya hingga terjatuh. Saya begitu cemas dan terpaksa menahan kesakitan. Mujurlah selepas penterjemah kami berunding, kumpulan itu pergi meninggalkan kami," cerita Winson. Namun, kejadian kekasih Winson, seorang doktor British berusia 24 tahun, terbunuh akibat terkena peluru pemberontak telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri Winson. Tragedi itu berlaku beberapa minggu selepas peristiwa Winson ditumbuk oleh pemberontak Somalia. "Pada masa itu, saya dan kekasih sedang merawat pesakit dan mangsa yang tercedera. Tiba-tiba peluru yang dilepaskan sekumpulan pengganas terkena leher kekasih saya menyebabkan dia terjelepuk di atas tanah yang berbatu kasar itu. "Saya menyangka dia hanya cedera ringan tetapi terperanjat apabila mendapati dia sudah tidak bernyawa," cerita beliau yang enggan mendedahkan nama kekasih yang dikenalinya di kampus universiti itu. Winson juga mempunyai banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa menjejakkan kaki ke Haiti yang baru sahaja dilanda gempa bumi berukuran 7 pada skala Richter 12 Januari 2010. Dalam kejadian itu, seramai 220,000 rakyat Haiti terkorban. Suasana di situ begitu menyedihkan, ujar Winson. Banyak mayat terperangkap di celah runtuhan bangunan manakala wabak penyakit seperti kolera sedang merebak. "Apa yang saya dengar, berlori-lori mayat ditenggelamkan ke dalam sebuah tasik di negara itu. Ia dikatakan amalan biasa orang Haiti. Malangnya, air tasik itu juga menjadi sumber air minuman semasa bencana berkenaan. Ia sudah pasti menyebabkan wabak kolera menular," terang beliau. Mulia Kemuliaan hati Winson bukan sekadar menghulurkan kepakarannya bahkan dia tidak kisah membelanjakan hampir semua wang gajinya untuk membeli kaki palsu dan peralatan perubatan untuk mangsa bencana alam dan perang berkenaan. Kehidupan mewah yang diimpikan Winson sememangnya telah berubah 360 darjah di zon perang terbabit. Winson memberitahu, dia akan bangun seawal pukul 4 pagi setiap hari. Dia gemar bermain gitar dan biola sambil menyanyi bersama kanak-kanak dan kaum ibu di tempat terbabit sebelum memulakan tugas pada pukul 8 pagi. "Kadang-kadang saya bermain bola keranjang dengan kanak-kanak di kawasan lapang berhampiran khemah perubatan kami. "Tiada jaminan nyawa kami akan selamat. Malah, untuk melelapkan mata selama lima minit pun agak sukar. Ini kerana saya perlu bersedia jika berlaku kecemasan atau diserang pemberontak," katanya. Ditanya mengenai makanan, Winson menjelaskan, makanan hariannya hanya sebuku roti yang keras tidak ubah seperti batu dan dimakan bersama serbuk cili 'tobasco'. Winson yang mengambil suplemen vitamin setiap hari berkata dia cuma tidur bertilamkan batu dan bertemankan sehelai selimut. Dia juga mengaku berat badannya menyusut secara drastik. | ||||
| Kayuh basikal lipat ke tempat kerja Posted: 03 Mar 2012 06:54 PM PST
SAMBIL melipat basikalnya dalam beberapa minit sahaja, Sonny Ikmal Ahmad Kamil, 29, kemudian memasukkan basikal tersebut ke dalam beg sebelum menjinjing bersamanya masuk ke dalam tren aliran ringan (LRT). Itulah rutin hariannya sejak lebih lima bulan lalu untuk ke tempat kerja. Bukan berbasikal sepanjang perjalanan, Sonny biasanya berulang-alik ke stesen LRT dari rumahnya di Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur sejauh sekitar dua kilometer untuk pergi dan ketika pulang dari kerja. Basikal itu kini sudah menjadi teman rapatnya kerana penggunaan yang mudah, tidak perlu mencari parkir, membayar tol dan juga berjimat duit petrol. Tambahan pula, ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja. "Sekarang, setelah beberapa bulan bersama basikal, saya berasa lebih sihat. Saya melakukan dua kerja dalam satu masa iaitu bersenam dengan berbasikal seiring perjalanan pergi dan pulang dari pejabat. "Lebih mudah, dengan fungsi lipat itu, saya boleh mengusungnya ke mana-mana sahaja," katanya. Sonny Ikmal membeli basikal lipatnya secara talian dan mula menggunakannya pada bulan September 2011 yang lalu. "Ketika itu saya tidak tahu di mana untuk membeli basikal lipat di Malaysia. Lagipun, saya mendapati kebanyakan basikal lipat ini popular sama ada di Taiwan, Korea dan Jerman. Masyarakat di negara itu mempunyai budaya berbasikal. Oleh itu, saya terpaksa mendapatkannya secara talian daripada laman web yang menjual basikal itu," kata Sonny. Basikal lipatnya yang cuma seberat 11 kilogram dengan saiz roda 16 inci berharga lebih RM1,000. Tentu sekali, ia kedengaran agak mahal berbanding basikal biasa. ![]() Membawa basikal lipat adalah lebih kurang sama sahaja dengan membimbit beg yang sarat dokumen. Hakikatnya, basikal lipat itu sebenarnya boleh mencapai harga RM20,000 atau lebih bergantung kepada jenama, spesifikasi dan kecanggihan peralatan dua roda itu. Namun, berbanding motosikal, kereta dan kenderaan berenjin yang lain, basikal lipat adalah satu pembelian yang berbaloi. Selain tidak menggunakan petrol yang sudah tentu menjimatkan, basikal lipat juga tidak memerlukan penyelenggaraan yang mahal dan kerap. "Kalau dibuat perbandingan dengan basikal biasa, ia lebih mudah dibawa ke mana-mana saja kerana ia boleh dilipat dan disimpan di dalam beg khas. Apabila dibawa ke dalam pengangkutan awam pun ia tidak memakan ruang," ujar seorang pembekal basikal lipat di Bandar Utama, Selangor, Razaleigh Ramly, 28. Respons menggalakkan Baru berjinak-jinak dengan perniagaan basikal lipat melalui bisnesnya, FoldingBike2u (FoldingBike2u.com), Razaleigh berkata, basikal itu mendapat respons yang di luar jangkaan. Kini lebih ramai orang khususnya golongan muda dan belia menunjukkan minat yang tinggi terhadap basikal lipat. Daripada sasaran awal, Razaleigh yang hanya menetapkan keuntungan jualan sejumlah RM10,000 dalam masa lima bulan penubuhan syarikatnya, beliau ternyata berpuas hati apabila sasaran itu bukan sahaja mudah dicapai, malah respons yang ditunjukkan jauh mengatasi sasaran itu dan berterusan.
Razaleigh sendiri mula jatuh cinta dengan basikal lipat apabila diperkenalkan oleh seorang rakannya di Jerman. "Basikal Recumbent yang diperkenalkan oleh rakan saya kelihatan sungguh mengagumkan. Saya benar-benar tertarik dengan seluruh idea melipat basikal dan ia turut menjurus kepada bisnes membekal serta menjual basikal lipat ini," katanya merujuk kepada basikal yang dimaksudkan itu yang saiznya lebih memanjang dengan tempat duduk bersandar. Sedar mempunyai pengikut khusus basikal lipat, Razaleigh terus menggunakan minatnya sebagai motivasi untuk terlibat dalam bisnes tersebut. "Melalui laman FoldingBike2u.com, kami bukan sahaja menjalankan urus niaga dalam talian malah menerima kunjungan pembeli langsung yang datang sendiri ke kedai kami. Selepas menemui pelanggan, kami sedar perniagaan ini sebenarnya mempunyai potensi yang besar," katanya yang turut ditemani rakan niaganya dan pengguna basikal lipat, Shukri Sharkawi, 28. Selesa mengayuh Shukri yang juga seorang peminat aktiviti berbasikal berkata, kini dia sudah menjadi sebahagian pengikut budaya berbasikal. Baik ke tempat kerja, kedai berdekatan, masjid malah ke mana sahaja yang membolehkannya mengayuh, Shukri setia memilih basikal sebagai mod pengangkutannya. "Jika anda bawa basikal ini ke pusat beli-belah sekalipun, saya percaya ia diizinkan untuk dibawa masuk. Selain itu, ia boleh dimasukkan dalam but kereta dan dibawa ke taman-taman awam untuk tujuan rekreasi. Ia juga boleh dijadikan produk sukan," terang pemuda dari Sarawak itu. Shukri bagaimanapun tidak menggalakkan basikal lipat digunakan untuk aktiviti ekstrem. Sifat basikal lipat ini sebenarnya sama seperti basikal biasa, cuma apabila dilipat, pengguna perlu membuka latches (selak). ![]() BASIKAL lipat tidak disediakan insurans kerana ia dilihat sebagai hobi, bukannya kenderaan berat. Ia adalah kunci bagi memasangnya kembali apabila mahu mengayuh. Oleh kerana sifat tersebut, Shukri tidak menggalakkan penggunaan untuk sukan ekstrem dan mengayuh di atas jalan yang tidak rata kerana takut sistem pemasangannya menjadi longgar, tidak selamat atau tertanggal. Seorang lagi pemuda, Ehsan Ikmal Ahmad Kamil, 29, yang meminati basikal lipat sedang merancang untuk membelinya. Berasal dari Kajang dan bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di ibu kota, Ehsan mengakui sudah terpaut hati selepas melihatnya melalui sekeping foto yang dihantar oleh rakannya di Korea. "Kini saya bercadang untuk memiliki sebuah basikal lipat roda 20 inci dengan kelajuan 21 yang bernilai RM1,988," katanya. Bagi Ehsan, kemudahan basikal lipat itu membolehkan ia dibawa ke mana sahaja dengan mudah. Selain itu, pengalaman mengayuh yang unik menjadi tarikan untuk memilikinya. | ||||
| Posted: 03 Mar 2012 06:52 PM PST
GERAM sungguh tengok gambar anak perempuan Mawi dan Ekin yang diberi Cahaya Malaika itu. Selepas tiga tahun berumah tangga, Mawi dan Ekin akhirnya dapat menimang cahaya mata. Pasal gambar anaknya, Mawi dan Ekin buat perkara yang betul. Mula-mula lahir dia belum terpanggil yang siarkan gambar bayinya walaupun diminta pihak wartawan. Khamis lalu, Mawi dengan relanya mengirimkan gambar bersama puterinya itu kepada pihak Astro untuk dikongsikan dengan peminat. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









































0 ulasan:
Catat Ulasan