Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Minyak masak tuala wanita
- Bapa dakwa terbeli susu tiruan
- Tiga terkorban selepas minum
- Santuari kebajikan orang utan
- Penyeludup langsung tak takut
- Pulihara Taman Marin Tun Sakaran
- Gadis diganggu kiriman aneh
- Bahang ABPBH kian terasa
- Gerimis Mengundang ke pentas teater
- Dengarnya... Single duet Siti, Sean Kingston dilancar 1 Mac
- Isteri merana angkara suami pinjam ah long
- 5,000 banjiri Festival Dram Dunia
- Pelajar UiTM menang cabutan bertuah Jom Daftar Undi
- Kera naik tocang ganggu orang
- Dakwa difitnah pengendali blog hiburan terkenal Wan Shades nekad saman!
- Kumpulan pop Jepun jadi tumpuan di Jakarta
- Mugabe bidas gay pada hari jadi ke-88
- Pangkalan tentera udara meletup di Antartik
- Bekas tempat tinggal Osama dirobohkan
- Dangi diiktiraf lelaki paling pendek di dunia
- Pikul orang turun Gunung Kinabalu
- Aksesori kepala tambah tarikan
- Imej rambut pendek
- Nostalgik Kebaya Nyonya
- Sajian Thailand di Hotel Vistana
Posted: 26 Feb 2012 07:48 PM PST JIJIK...minyak masak mengandungi tuala wanita. JELEBU: "Apabila diamati, saya percaya ia tuala wanita," kata pekedai, Mohd Ifzal Dzulkiffli, 31, yang terkejut apabila menemui tuala wanita di dalam peket minyak masak yang diterimanya di Kampung Titi, Kuala Klawang, di sini. Mohd Ifzal berkata, minyak masak seberat satu kilogram (kg) itu diterima daripada pemborong dua bulan lalu, namun berikutan tidak sahih ia adalah tuala wanita dia tidak membuat laporan. "Bagaimanapun, selepas berfikir kejadian ini mungkin terjadi kepada orang lain, saya bertindak melaporkan kepada pihak berwajib.
| ||||
Bapa dakwa terbeli susu tiruan Posted: 26 Feb 2012 06:11 PM PST
GEORGE TOWN - Seorang bapa terkejut apabila mendakwa dua kotak susu tepung yang dibeli untuk anaknya dari sebuah pasar raya besar di Bayan Baru di sini, pada 16 Februari lalu rupa-rupanya bukan susu sebaliknya hanya serbuk putih yang menyerupai susu tepung. Mohd. Faisal Mohd. Kassim, 30, mendakwa, sebaik sahaja membuka setiap bungkusan susu berjenama terkemuka itu, dia mendapati plastik lutsinar itu mengandungi tepung berwarna putih yang berbeza dengan susu tepung asli yang biasanya dibungkus dengan plastik aluminium dan serbuk susunya berwarna krim. "Bukan itu sahaja, susu tepung itu tidak mempunyai bau dan rasa seperti yang dibeli pada setiap bulan, sejak anak sulung, Muhammad Afiq Hafizuddin berusia dua bulan. "Mujur kami berjaya mengesan lebih awal dan tidak sempat memberinya minum lagi," katanya sambil menyatakan susu tepung itu dibeli pada harga diskaun iaitu RM16.99 bagi setiap 700 gram. Dalam pada itu, Mohd. Faisal turut memaklumkan masalah tersebut kepada pihak pasar raya terbabit pada 18 Februari lalu dan mereka turut mengesan susu tepung lain berjenama sama yang bungkusannya mencurigakan. "Pihak pasar raya terbabit memberitahu akan mengambil tindakan termasuk menghubungi syarikat pembekal susu itu untuk memaklumkan perkara tersebut. | ||||
Posted: 26 Feb 2012 06:09 PM PST ![]() keadaan Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan Jerteh-Pasir Puteh, Besut semalam. BESUT - Kegembiraan lima sahabat minum bersama selepas sekian lama tidak berjumpa tidak berkekalan apabila tiga termasuk dua beradik maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 1, Jalan Jerteh-Pasir Puteh di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, Nik Muhammad Firdaus Suhaimi @ Rahmat, 24, adiknya Nik Muhammad Faris, 19, serta rakan mereka Nazir Nazemi, 20, yang juga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut. Pemandu kereta Perodua Myvi, Wan Muhamad Shafiq Md. Zin, 20, cedera parah manakala seorang lagi penumpang kereta itu, Mohd. Fakhrulhanif Zainuddin, 26, tidak cedera. Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, kejadian berlaku apabila pemandu dipercayai gagal mengawal kereta selepas melepasi lampu isyarat di persimpangan Kampung Seberang Jerteh, menyebabkan kereta terbabas dan melanggar beberapa papan tanda. "Pelanggaran itu mengakibatkan empat daripada mereka, kecuali Mohd. Fakhrulhanif terpelanting keluar menerusi tingkap kereta terbabit," kata beliau. Kamaruddin berkata, dua daripada mereka maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala Muhammad Faris meninggal dunia di Hospital Daerah Besut ketika menerima rawatan. | ||||
Posted: 26 Feb 2012 06:06 PM PST
SEPERTI manusia, haiwan juga memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang daripada ibu bapa. Namun, akibat kekejaman manusia yang rakus, tamak dan hanya mahu mengaut keuntungan secara mudah dengan mengaut hasil hutan, haiwan liar turut menjadi mangsa. Sama ada diperdagangkan mahupun dijadikan hidangan, nasib haiwan liar sebenarnya lebih buruk berbanding manusia. Di samping habitat asalnya yang kian mengecil, nyawa serta warisannya turut terancam. Namun atas kesedaran pentingnya memelihara khazanah negara ini pelbagai pusat perlindungan diwujudkan. Antaranya adalah Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Sarawak yang mengkhaskan penempatan bagi sebilangan orang utan yatim piatu, cedera mahupun yang dirampas daripada individu yang memeliharanya secara haram. Pembantu Konservasi Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Abdul Rahman Mansur berkata, pusat berkenaan telah ditubuhkan sejak tahun 1975. "Kini terdapat 28 ekor orang utan yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia. Kebanyakan mereka diserahkan kepada kami. "Kebanyakan orang utan yang dibawa ke sini adalah seawal usia satu hingga lima tahun kerana mereka masih belum mampu untuk hidup berdikari dalam hutan," katanya. Beliau ditemui di pusat tersebut pada lawatan Program Pembiasaan Untuk Wartawan Perdagangan oleh Majlis Kayu Balak Malaysia (MTC) di Kuching, Sarawak baru-baru ini. Jelas Abdul Rahman, sejarah pemuliharaan orang hutan bermula dari tahun 1996 apabila dua ekor orang utan, jantan dan betina telah dilahirkan dipusat tersebut. Sejak itu, semakin banyak orang utan dilahirkan di pusat tersebut. Apabila dewasa ia dibebaskan ke hutan belantara. Asas penubuhan pusat berkenaan untuk menjaga dan melindungi haiwan yang cedera, yatim piatu dan yang dirampas daripada orang ramai sebelum dilepaskan semula ke habitat asal. Selain itu, mereka juga menjalankan kajian terhadap hidupan liar dan melaksanakan program pemuliharaan spesies haiwan yang terancam. Sama seperti mana-mana pusat pemuliharaan hidupan liar, ia juga dibuka kepada orang ramai untuk tujuan pendidikan dan penjelasan berkenaan kepentingan melindungi hidupan liar. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh turut dihuni hampir 1, 000 hidupan liar terancam terdiri daripada mamalia, burung dan reptilia. Namun, ia menjadi popular apabila pusat berkenaan menjalankan Program Rehabilisasi Orang Utan dan telah berjaya melepaskan semula orang utan ke habitat asal mereka. Justeru itu, ia telah berubah menjadi salah sebuah pusat kajian biologi dan kelakuan khusus untuk orang utan. Tambah Abdul Rahman, orang utan atau nama saintifiknya Pongo pygmaeus hanya boleh dijumpai dalam hutan tropika di Kepulauan Borneo Malaysia (Sarawak dan Sabah) dan Kepulauan Borneo Indonesia (Kalimantan dan Utara Sumatera). Ia merupakan salah satu primat terbesar di dunia dan sepanjang hayatnya ia hidup di atas pokok. "Jangka hayat orang utan di habitat liar mampu mencecah sehingga 45 tahun dan jika dipelihara di dalam pusat pemuliharaan ia mampu menjangkau sehingga usia 60 tahun. "Bagi anak orang utan, ia akan bergantung kepada ibunya untuk menyusu dan mendapatkan perlindungan selama satu hingga dua tahun sebelum bergerak bebas secara sendirian," ujarnya. Abdul Rahman yang memulakan kerjaya sebagai Renjer Taman Negara sejak tahun 1976 berkata, berat seekor orang utan mampu mencecah sehingga 110 kilogram (kg) dan mencapai ketinggian hampir 150 sentimeter (sm). Makanan utama orang utan adalah pucuk muda, serangga, kulit kayu, bunga, telur burung dan cicak kecil. Di Malaysia dan Indonesia, orang utan dilindungi sepenuhnya dan disenaraikan sebagai spesies terancam. Kini dianggarkan terdapat hampir 20,000 hingga 27,000 ekor orang utan yang masih wujud secara bebas di dalam hutan belantara. Penebangan hutan secara berleluasa, gangguan manusia ke atas habitat liar, pemburuan haram serta pemerdagangan hidupan liar telah menyebabkan bilangan orang utan berkurangan. Di pusat itu, orang utan akan diberi makanan sebanyak dua kali sehari iaitu dari pukul 9 hingga 10 pagi dan pukul 3 hingga 4 petang. Bagi orang utan yang baru diterima mereka akan dikurung dahulu untuk dirawat dan diperiksa. Orang utan yang muda pula akan dibawa oleh renjer untuk belajar memanjat pokok, bergayutan antara dahan dan mencari makanan. Selepas mencecah usia dua hingga empat tahun, orang utan yang dilihat mampu berdikari akan dilepaskan ke hutan simpan di sekeliling pusat tersebut. Pada peringkat awal pelepasan, orang utan kadang-kala kembali ke pusat untuk mendapatkan makanan dan akan meninggalkan pusat setelah beberapa tahun membiasakan diri dengan hutan di sekelilingnya. Lebih ketara adalah pada musim buah-buahan, kadang-kala orang utan yang telah dibebaskan tidak akan datang langsung ke pusat tersebut menandakan mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan sepenuhnya. Peringkat terakhir adalah orang utan yang telah dikenal pasti benar-benar mampu berdikari akan terus dilepaskan ke Taman Negara Sarawak atau mana-mana kawasan perlindungan hidupan liar sekitar Sarawak. Justeru, pembukaan pusat tersebut kepada orang awam diharap dapat memberikan penerangan yang sewajarnya agar mereka lebih memahami betapa pentingnya khazanah hidupan liar. | ||||
Posted: 26 Feb 2012 06:05 PM PST ![]() KIRI: Cheng San (tiga dari kiri) menunjukkan petrol yang dirampas di Pengkalan Kubor, Tumpat kelmarin. PENGKALAN KUBOR - Program penempatan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di stesen minyak di kawasan sempadan terutama di Jajahan Tumpat langsung tidak memberi kesan kepada aktiviti penyeludupan minyak petrol dan diesel. Mereka bukan sahaja didakwa tidak mengambil tindakan ke atas pemandu yang dilihat mengisi minyak berulang kali, malah sanggup membantu golongan penyeludup mengisi bahan-bahan bakar tersebut. Dakwaan itu dibuat selepas polis merampas 2,190 liter petrol yang cuba diseludup keluar sepanjang Ops Pensura yang dijalankan selama seminggu bermula 19 Februari lalu. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat dalam operasi itu. Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubor, Deputi Superintendan Tan Cheng San berkata, rampasan terbesar dilakukan Sabtu lalu apabila pihaknya menahan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback yang membawa 58 tong yang setiap satunya berisi 30 liter petrol. Katanya, serbuan dilakukan di pangkalan haram Pak Su Harun, dekat sini kira-kira pukul 6.30 pagi. "Dua lelaki tempatan sempat melarikan diri menggunakan bot ke negara jiran dan hasil pemeriksaan menemui kesemua tong minyak yang cuba diseludup," ujarnya. Tambahnya, minyak petrol yang dirampas tersebut dianggarkan bernilai RM3,306 manakala dua buah kenderaan tersebut bernilai RM10,000. Menurut Cheng San, selain minyak, operasi itu turut merampas enam ekor lembu yang cuba diseludup masuk bernilai RM24,000, 200 kilogram beras bernilai RM600 serta tujuh awak-awak asing kerana menceroboh masuk perairan negara. | ||||
Pulihara Taman Marin Tun Sakaran Posted: 26 Feb 2012 06:04 PM PST
KEPELBAGAIAN bio terumbu karang yang terdapat di Taman Marin Tun Sakaran (TMTS), terletak di pantai timur Sabah, cukup istimewa kerana ia kaya dengan pelbagai spesies berbanding taman marin lain di Malaysia. Taman marin tersebut yang terbesar di negeri Sabah, mempunyai lapan pulau yang keseluruhannya berkeluasan 35,000 hektar. Meliputi 34,046 kawasan laut dan terumbu karang serta 954 hektar kawasan tanah. Ia dipantau rapi oleh Taman-Taman Sabah (TTS). Lapan pulau itu terdiri daripada Bohey Dulang, Tetagan, Mantabuan, Bodgaya, Maiga, Sibuan, Selakan dan Sebangkat. Perairan di sekitar semua pulau itu memiliki kawasan terumbu karang yang menarik. Terdapat 544 jenis ikan terumbu karang, 255 jenis karang keras, 70 jenis karang lembut, 140 jenis span laut, 265 jenis moluska dan 109 jenis ekinoderma. Ia diperoleh daripada projek yang dikenali Projek Darwin Pulau-Pulau Semporna daripada dana projek yang disalurkan melalui Inisiatif Darwin yang merupakan projek usahasama TTS dan Persatuan Pemuliharaan Marin United Kingdom. Bagi TTS yang diberi tanggungjawab menjaga taman ketujuh daripada lapan taman yang diwartakan di negeri ini, mereka melaksanakan pendekatan terbaik dalam usaha melindungi dan memulihara kawasan itu untuk tempoh jangka panjang. Sepanjang enam tahun menyelia taman marin itu, agensi di bawah kerajaan negeri Sabah itu melaksanakan program melindungi dan memulihara kawasan yang tidak ditumpukan kepada hidupan marin tetapi juga kepada pengurusan komuniti yang tinggal di dalam kawasan taman marin. Pengarah TTS, Paul Basintal berkata, menjadi cabaran utama kepada pihaknya untuk mengurus komuniti yang tinggal di dalam kawasan taman marin itu bagi mengelakkan mereka mengeksploitasi hidupan marin. Dianggarkan terdapat 2,000 orang menghuni kampung di kawasan itu dengan pekerjaan utama mereka adalah nelayan. Tindakan alternatif bagi menjana pendapatan ekonomi mereka perlu diwujudkan supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada sumber marin. Daripada lapan pulau di taman marin itu, lima daripadanya mempunyai komuniti yang menetap di pulau-pulau berkenaan iaitu di Selakan, Mantabuan, Bodgaya, Sebangkat, Sibuan dan Bohey Dulang. Katanya, pendidikan perlu diberikan kepada penduduk tempatan dalam usaha memulihara dan melindungi taman marin itu. Dari segi penguatkuasaan, Paul berkata, walaupun penguatkuasaan boleh dilaksanakan mengikut Enakmen Taman-Taman Sabah 1984 terhadap mereka yang melakukan kesalahan, tetapi agensi itu memilih supaya mereka diberi amaran dan penerangan. "Tindakan tegas seperti denda dan penjara adalah satu kaedah terakhir diambil selagi kesalahan yang dilakukan tidak serius," katanya. Prasarana juga dibina di taman marin itu dan pada masa sekarang terdapat kemudahan rumah pekerja TTS, rumah untuk taklimat dan pameran, rumah rehat, pusat pembenihan dan jeti di Pulau Bohey Dulang. Paul berkata pada masa depan, pihaknya akan membina sebuah pusat pengkulturan mutiara untuk tujuan pembenihan. Katanya pihaknya juga akan membangunkan rangkaian laluan ke atas bukit di Pulau Bohey Dulang bagi mereka yang gemarkan aktiviti menjelajah di kawasan hutan. Menurutnya, penyediaan prasarana di kawasan taman marin itu akan dikawal bagi memastikan ia tidak menjejaskan hidupan marin TTS mengenal pasti sebanyak 56 kawasan di sekitar taman itu yang sesuai dijadikan aktiviti menyelam kerana mempunyai hidupan marin dan terumbu karang yang menarik. Oleh itu TTS akan membuka secara perlahan-lahan beberapa kawasan di dalam taman itu sebagai tempat menyelam kepada pelawat. Sebagai langkah awal, dua kawasan menyelam iaitu berhampiran pulau Mantabuan dan pulau Sibuan telah dibuka kepada pengusaha pelancongan untuk membawa pelawat menyelam dalam jumlah yang terhad. Kawasan menyelam yang lain akan dibuka secara perlahan-lahan dan pemantauan yang ketat terutama mengehadkan bilangan penyelam pada satu-satu masa akan diberi keutamaan. Dalam pada itu , program lain yang dalam perancangan ialah untuk mewujudkan sumber pendapatan komuniti berkenaan adalah menerusi pemeliharaan abalon. Paul berkata, pusat penyelidikan di pulau Buhey Dulang sedang menjalankan penyelidikan pembenihan abalon. Abalon itu diperoleh dari perairan Semporna dan jika pembenihan itu berjaya, anak abalon yang dapat dihasilkan akan diberikan kepada komuniti terpilih untuk mereka ternak. Menurut Paul, penternakan abalon jika dijalankan sejak kecil, hanya mengambil masa enam bulan untuk membesar dan boleh dijual. Beliau berkata, nilai abalon di pasaran adalah tinggi iaitu sekitar RM40 sekilogram dan mampu memberikan pendapatan lumayan kepada komuniti yang terlibat. | ||||
Posted: 26 Feb 2012 05:58 PM PST ![]() INILAH tiga ekor ayam yang dimasukkan dalam beg dan digantung di pintu pagar rumah mangsa di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin. KUALA LUMPUR - Hidup seorang setiausaha sebuah syarikat Teknologi Maklumat di sini menjadi tidak keruan apabila dalam tempoh dua minggu lalu, gadis itu menerima empat kiriman aneh termasuk sebuah beg berisi tiga ekor ayam hidup yang dihantar ke rumahnya di Jalan Rejang 8, Wangsa Maju dekat sini. Mangsa berusia 20-an yang enggan dikenali berkata, penerimaan aneh itu bermula dengan kiriman sepucuk surat yang berbentuk hati tertera ayat, 'Diana Danielle - peminat misteri.' Surat yang diterima pada dua minggu lalu dipercayai dihantar oleh pengirim sendiri kerana tidak ada setem diletakkan pada sampul surat tersebut. "Saya ketika itu tidak curiga apa-apa kerana memikirkan sama ada surat itu sebagai gurauan pihak tertentu yang mungkin tersalah alamat," kata gadis itu ketika ditemui di Balai Polis Wangsa Maju di sini malam kelmarin. Namun, cerita mangsa, fikirannya mula terganggu selepas menerima bungkusan kedua yang turut disertakan dengan sehelai seluar dalam dan sepucuk nota bertulis ayat-ayat cinta juga ditujukan kepada Diana pada 21 Februari. "Saya yang terkejut terus membuang seluar dalam yang dipercayai sudah dipakai tersebut ke dalam longkang tidak jauh dari rumah saya," kata gadis itu yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini kelmarin. Terbaharu pada pukul 11.30 pagi kelmarin, gadis itu yang memeriksa peti surat di rumahnya terus dikejutkan dengan penerimaan satu lagi sampul surat dan sebuah bekas cermin mata dalam peti surat di rumahnya itu. "Surat itu bertulis 'I Love You' dan ditujukan kepada penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei manakala dalam bekas cermin mata itu pula mengandungi sebentuk cincin, gelang dan dua keping gambar dipercayai gambar seorang lelaki Melayu," kata gadis itu yang bertambah terganggu dengan kiriman itu. | ||||
Posted: 26 Feb 2012 05:55 PM PST DEBARAN Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 semakin terasa dengan bermulanya siri jelajah pertama di kompleks beli-belah SACC Mall, Shah Alam, semalam. | ||||
Gerimis Mengundang ke pentas teater Posted: 26 Feb 2012 05:53 PM PST ![]() (DARI kiri) Den Wahab, Mohamed Juhari Shaarani, Kamal Adli, Mikha Tambayong, Md. Afendi Hamdan dan Ahmad Idham pada majlis pelancaran teater Gerimis Mengundang. JIKA kebiasaannya teater akan dipentaskan bersandarkan kepada populariti sesebuah filem, lain kaedahanya dengan karya Gerimis Mengundang. Pada ketika filem yang sudah selesai pembikinannya hanya akan muncul di pawagam pada Mei depan, produksi yang sama sudah bersedia untuk mementaskan Gerimis Mengundang dalam versi teater terlebih dahulu pada 27 Mac hingga 8 April ini di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur. Pengarah Gerimis Mengundang, Ahmad Idham Ahmad Nazri berkata, teater tersebut merupakan prekuel kepada filem arahannya yang menampilkan Kamal Adli selaku pelakon utama. Menurut Idham, meskipun hero utama teater dan filem adalah orang yang sama, namun jalan cerita antara kedua-duanya berbeza. "Teater dipentaskan dalam bentuk muzikal dan ia merupakan prekuel kepada filem Gerimis Mengundang. Malah watak Zamani, lakonan Kamal Adli untuk teater juga digambarkan sebagai seorang remaja yang ceria. "Dalam filem, Zamani yang merupakan seorang juruterbang itu menampilkan perwatakan serius bersesuaian dengan kematangan usianya," jelas Idham tentang perbezaan teater dan filem. Idham berkata demikian pada sesi temubual dengan pihak media selepas sidang akhbar teater Gerimis Mengundang di IB, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, Penerbit Bersekutu Erama Creative, Datuk Md. Afendi Hamdan dan Penerbit Global Networks, Den Wahab. Jelas Idham, jika dalam filem Kamal bergandingan dengan Olivia Jensen dari Indonesia, untuk teater aktor itu tetap dipadankan dengan artis seberang, Mikha Tambayong. Katanya, pemilihan Mikha yang juga anak saudara kepada penyanyi Harvey Malaiholoh itu adalah sebahagian daripada strategi pemasaran. "Mikha dipilih kerana namanya dikenali di Malaysia gara-gara lakonannya menerusi sinetron Nada Cinta yang sedang ditayang di saluran Astro. "Lagipun ini cerita remaja yang berkisar tentang percintaan tiga segi dan saya lihat Mikha sesuai digandingkan dengan Kamal. Saya cuba hidangkan apa yang dikehendaki oleh penonton," katanya. Selain populariti Mikha di kalangan penonton remaja tempatan, Idham juga mempunyai impian besar terhadap penampilan pelakon Indonesia itu. Jelasnya, kehadiran Mikha yang juga seorang penyanyi itu bukan sahaja sebagai tarikan, malah ia juga boleh dijadikan tiket untuk membawa teater tersebut ke sana. "Siapa tahu dengan izin Allah, saya dapat pentaskan Gerimis Mengundang di Indonesia. Kalau di Singapura, memang sudah dalam perancangan kerana selepas di IB, teater ini bakal temui penonton di Temasik pula. "Memanglah kos teater ini tidak mencecah berjuta tapi saya mahu sambutan yang diberi bernilai jutaan ringgit. Sebab itu jugalah saya cuba buat kelainan pada Gerimis Mengundang mengikut kehendak semasa," katanya. Kelainan yang dimaksudkan oleh Idham adalah membawa masuk sebuah helikopter ke dalam Istana Budaya sebagai lambang pekerjaan kepada Zamani, seorang juruterbang. "Jika pada tahun 2008 menerusi teater Impak Maksima The Musical IMTM, saya bawa kereta naik pentas, kali ini helikopter pula. Saya buat begitu untuk mendapat kelainan agar penonton tidak bosan. "Selain jalan cerita yang boleh membuat penonton menitis air mata, saya juga akan buat penonton teruja melihat helikopter di atas pentas," katanya yang pernah pentaskan IMTM di Esplanade Theatre, Singapura pada Oktober 2009. Tarikan utamanya, selain daripada pelakon dan jalan cerita yang menarik juga terletak pada barisan lagu yang bakal didendangkan sewaktu pementasan. "Lagu Gerimis Mengundang sahaja sudah dirakam semula oleh ramai penyanyi. Untuk teater ini, saya mndapatkan khidmat Yovie Widianto, komposer dari Indonesia untuk membuat susunan muzik baru sesuai dengan jalan cerita. Lebih kurang 20 buah lagu akan diperdengarkan, termasuk lagu baru dan lama yang diserahkan kepada Cat Farish," katanya. Kata Idham, teater yang menelan kos sebanyak RM800,000 itu adalah terbitan bersama Erama Creative, Excellent Pictures dan Global Networks. Sementara itu, tiket-tiket yang berharga serendah RM35 hingga RM305 boleh didapati dengan membuat tempahan di www.ticket2u.biz atau di kaunter tiket Box Office Istana Budaya. | ||||
Dengarnya... Single duet Siti, Sean Kingston dilancar 1 Mac Posted: 26 Feb 2012 05:49 PM PST Cik Normah pun seronok mendengar lagu yang dimuatkan dalam album itu. Apatah lagi kalau didengar versi adunan semula single pertamanya, yang memang boleh buat kita bergoyang sakan. Diterbitkan sendiri oleh Bryan, menerusi syarikat What's Up Entertainment, Remember You diadun di Studio mixHous, Los Angeles, manakala proses mastering pula dilakukan di Oasis Mastering di Burbank, California. Amboi, jauh benar proses penghasilan single Siti ini dilakukan. Teringat pula Cik Normah pada album Ella yang berjudul USA (1994), yang turut dirakam di Amerika Syarikat. Kalau album Ella itu berjaya terjual melebihi 300,000 unit, mungkin tempiasnya akan terkena juga kepada single dan album Siti. | ||||
Isteri merana angkara suami pinjam ah long Posted: 26 Feb 2012 05:47 PM PST ![]() PUI SI bersama anaknya menunjukkan risalah dan gambar yang diedar ah long bagi menuntut hutang suaminya di Kuala Lumpur baru-baru ini. KUALA LUMPUR - Seorang wanita hidup dalam ketakutan akibat diganggu ah long ekoran terpaksa menanggung hutang suaminya. Woo Pui Si, 25, mendakwa, penderitaannya bermula apabila suaminya menghilangkan diri secara tiba-tiba pada 14 Oktober tahun lalu. "Pada mulanya, saya hairan dia gagal dikesan tetapi akhirnya saya dapat tahu dia rupa-rupanya berhutang dengan ah long," katanya pada sidang akhbar di pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini baru-baru ini. Jelasnya, dia kemudian dimaklumkan oleh ah long bahawa suaminya telah meminjam wang sebanyak RM500 pada Ogos tahun lalu namun gagal membayar balik. "Satu sen pun dia tidak bayar menyebabkan faedah meningkat sehingga mencecah RM30,000," ujar suri rumah itu lagi. Dakwa Pui Si, apabila dia enggan membayar hutang suaminya, ah long bertindak mengunci pintu pagar rumah yang didiami ibu, nenek dan anak lelakinya berusia empat bulan selama sehari. "Selain itu, gambar dan maklumat ahli keluarga dan rakan-rakan saya turut ditampal di merata-rata tempat dan ah long mengugut untuk menyimbah cat di depan rumah saya di Ampang. "Akibat bimbang keselamatan terancam, saya terpaksa membayar wang RM590 untuk membuka kunci rumah dan dia memberi tempoh tiga hari untuk saya jelaskan baki hutang," katanya lagi. Wanita itu turut membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya pada 24 November lalu. Dalam pada itu, Pui Si merayu supaya ah long terbabit tidak lagi mengganggu hidupnya kerana dia tidak mampu membayar hutang itu kerana tidak bekerja. "Lagipun duit suami saya yang pinjam, sepatutnya ah long cari dia bukan mengugut saya. Tolonglah jangan ganggu lagi," rayunya. Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong meminta orang ramai supaya tidak meminjam wang daripada ah long kerana ia akan menjerat mereka dengan hutang. | ||||
5,000 banjiri Festival Dram Dunia Posted: 26 Feb 2012 05:46 PM PST ![]() RAJA Dr. Nazrin Shah memukul gong tanda perasmian penutup Festival Dram Dunia Royal Belum 2012 sambil disaksikan Zambry (kanan) di Lapangan Terbang Gerik malam tadi. GERIK – Festival Dram Dunia Royal Belum 2012 yang berlangsung sejak enam hari lalu menutup tirainya malam tadi dengan penuh meriah di Lapangan Terbang Gerik di sini. Persembahan kesemua 12 pasukan dari 10 negara berjaya memukau lebih 5,000 pengunjung yang membanjiri lokasi festival. Pasukan terlibat memberikan persembahan penuh bertenaga meskipun sebahagian besar mereka agak keletihan kerana baru sahaja membuat persembahan pada Malam Gala yang berlangsung di Dataran Bandaraya Ipoh. ![]() SEBAHAGIAN daripada ribuan pengunjung yang menonton persembahan pada hari terakhir Festival Dram Dunia Royal Belum 2012 di Lapangan Terbang Gerik malam tadi. Tiga wakil negara, Kuala Lumpur Drumline Corps, Dhol Federation dan White Percussion Unit berjaya membuktikan kehebatan mereka dan menerima tepukan gemuruh penonton. Kumpulan-kumpulan antarabangsa seperti Saratuspersen (Indonesia), Absolute Thai (Thailand), Rhytm Masala (Singapura), Wakaido Syo (Jepun) dan U Ri So Ri (Korea Selatan) juga tidak kurang hebatnya. Kolaborasi jitu jelas terpancar sepanjang persembahan melibatkan kumpulan Bonita (Vietnam), Malwa Sabhyacharak Club (India) dan Capoeira Camara (Brazil) yang mempersembahkan unsur tarian masing-masing. Apa yang pasti, seperti persembahan pada siri jelajah di Taiping, Lumut, Kuala Kangsar dan Ipoh sebelum ini, kelibat wakil dari Azerbaijan, Natiq Rhythm Group bagai dinanti-nantikan pengunjung. ![]() PASUKAN dari Malaysia, Dhol Federation membuat persembahan pada hari terakhir Festival Dram Dunia Royal Belum 2012 di Lapangan Terbang Gerik malam tadi. Dengan gaya bersahaja, paluan kumpulan itu menerima sambutan hangat bahkan ramai yang bertepuk tangan mengiringi persembahan mereka. Majlis yang bermula pada pukul 8.45 malam diserikan dengan kehadiran Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang berkenan merasmikan upacara penutup festival. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Exco Kanan, Datuk Hamidah Osman dan pimpinan kerajaan negeri lain. | ||||
Pelajar UiTM menang cabutan bertuah Jom Daftar Undi Posted: 26 Feb 2012 05:44 PM PST ![]() NURALI duduk di atas motosikal yang dimenanginya sambil diperhatikan Jamal (lima dari kiri) dan tetamu lain pada program Kenduri Jom Daftar Undi anjuran Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Pepatah tersebut amat sesuai untuk menggambarkan situasi yang dialami oleh Nurali Nadzwan, 22, apabila berjaya memenangi sebuah motosikal pada satu pertandingan cabutan bertuah sempena program Kenduri Jom Daftar Undi anjuran Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) di Kompleks Centrum Setiawangsa di sini semalam. Nurali, pelajar jurusan Seni Persembahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, dia tidak menyangka hasratnya untuk mendaftar sebagai pengundi berakhir dengan membawa pulang hadiah yang lumayan. "Tidak sia-sia saya menunggu sepanjang hari selepas mendaftar sebagai pemilih di kaunter yang disediakan. "Saya nasihatkan rakan-rakan yang masih belum mendaftar sebagai pengundi untuk segera berbuat demikian kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh semua warga Malaysia," katanya. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan dan pemilik rangkaian RSIB Sdn. Bhd., Datuk Jamal Md. Yunos pada majlis yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Program yang bermula pada pukul 11 pagi itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang artis terkenal tanah air seperti Zed Zaidi dan Neelofa. Selain motosikal, program yang mendapat kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negara itu turut menawarkan 100 cabutan bertuah berupa basikal dan barangan elektrik. Sementara itu, menurut Jamal, penganjuran program tersebut merupakan salah satu usaha RSIB menunjukkan sokongan dan menyemarakkan lagi kempen pendaftaran pengundi khususnya dalam menarik penyertaan golongan muda untuk turut sama menyumbang dalam pembentukkan masa depan negara. "Orang ramai perlu sedar walaupun dengan hanya satu undi, tanggungjawab yang digalas amat besar kerana ia melibatkan banyak pihak," ujarnya. | ||||
Posted: 26 Feb 2012 05:41 PM PST ![]() ORANG ramai termasuk anggota bomba cuba menghalau kera liar (gambar kecil) yang mengganggu penduduk di Teluk Intan kelmarin. TELUK INTAN - Penduduk Kampung Bahagia di sini tidak lagi sebahagia seperti dahulu. Puncanya kerana hampir setiap hari mereka kini diancam oleh sekumpulan kera liar yang semakin mengganas sejak beberapa hari lepas. Malah kelmarin, kera dari kawasan hutan berhampiran didapati bertindak di luar batasan apabila menceroboh masuk ke rumah penduduk dan cuba menggigit seorang bayi berusia 11 bulan di dalam buaian. Mangsa, Jariah Mohd. Yunus, 53, berkata, pada kejadian pukul 8 pagi itu menyebabkan dia trauma untuk membuka tingkap rumahnya. "Ketika itu saya sedang sibuk mengemas rumah manakala seorang lagi cucu berusia dua tahun berada di ruang tamu. Namun tanpa disedari muncul empat ekor kera dan seekor daripadanya melompat masuk ke dalam buaian dan cuba gigit kepala cucu saya yang tidur. "Saya menjerit dan suami cuba menghalaunya tetapi gagal berbuat demikian," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. Katanya, dia dan suami, Mohd. Ibrahim Junaidi, 64, kemudiannya nekad menarik cucu mereka keluar dari buaian dan membawa ke pekarangan rumah. "Kera itu naik angin dan mula menyerang kami bertiga. Akibat marah, dua daripadanya naik atas bumbung rumah dan mula bertindak ganas," katanya. Pada kejadian berasingan, seorang lagi penduduk, Dayang Abdullah, 53, juga pernah dikejar tiga ekor kera semasa menjemur pakaian. "Saya ketakutan berlari masuk ke dalam rumah dan menutup semua tingkap. Kera terbabit kemudiannya marah dan mematahkan antena televisyen sebelum melarikan kain saya," katanya. Pada kejadian kelmarin, penduduk kemudiannya menghubungi bomba namun kehadiran pasukan itu tidak menakutkan kera malah ada di antara mereka dikejar haiwan berkenaan. Selepas beberapa jam, haiwan terbabit kemudiannya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran. | ||||
Dakwa difitnah pengendali blog hiburan terkenal Wan Shades nekad saman! Posted: 26 Feb 2012 05:34 PM PST ![]() WAN SHADES (duduk tengah) berasa malu dan terhina apabila menjadi bahan fitnah dalam blog hiburan terkenal tanah air. SETELAH menyepikan diri dalam industri seni sejak lima tahun lalu, nama bekas penyanyi utama kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd. Ali atau lebih dikenali sebagai Wan Shades, 39,kembali menjadi sebutan ramai. Bukan kerana dia muncul dengan lagu baharu tetapi angkara dituduh merogol anak tirinya selama tujuh tahun. Berita tersebut mulai tersebar luas apabila sebuah pengendali blog hiburan terkenal menerbitkan artikel berjudul Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun, yang secara jelas merujuk kepada dirinya. Terkejut dan malu dengan tuduhan tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Diucap Selamat Tinggal itu ketika bersama Shades itu, nekad mahu mengambil tindakan menyaman pengendali blog hiburan tersebut. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai cerita yang membelenggu Wan Shades, ikuti soal jawab ini. Boleh ceritakan bilakah anda dapat tahu mengenai cerita ini? Saya dapat tahu mengenai artikel itu selepas seorang teman memberitahu saya pada 20 Februari lalu. Ketika itu, saya baru selesai penggambaran drama Atas Nama Cinta. Apa perasaan anda ketika membaca artikel tersebut? Saya terkejut kerana ia jelas satu fitnah yang tidak berasas yang boleh menjatuhkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia. Apakah tindakan anda selepas itu? Beberapa jam selepas membacanya saya terus buat laporan polis di Balai Polis Ukay Perdana, Selangor. Selepas itu, pihak polis menghubungi saya memberitahu perogol sebenar berjaya ditahan. Saya tanya siapa tetapi pihak polis enggan mendedahkan gerangan perogol tersebut. Daripada situ, saya mulai geram sedangkan perogol sebenar sudah diketahui tetapi pihak polis masih menyimpan maklumat. Sebaliknya, blog hiburan tersebut dengan senangnya menuduh saya tanpa usul periksa. Jadi disebabkan itulah anda nekad untuk menyaman blog hiburan tersebut? Saya terpaksa ambil tindakan undang-undang untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan. Apakah sebabnya anda ingin bersemuka dengan penulis blog tersebut walaupun nekad untuk menyaman mereka? Saya beri tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepada saya. Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi. Apa perkembangan terkini anda? Saya kini sedang terbabit dalam sebuah drama lapan episod terbitan TV3. Saya bawa watak sebagai ayah kepada Tasha Shila. Selain itu, saya sedang dalam persiapan menyiapkan single solo terbaharu saya yang berkonsep pop ketuhanan yang sepenuhnya dihasilkan oleh saya sendiri. Saya juga aktif sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia. | ||||
Kumpulan pop Jepun jadi tumpuan di Jakarta Posted: 26 Feb 2012 05:32 PM PST
JAKARTA - Kumpulan pop Jepun, AKB48 menjadi tumpuan di sebuah pusat beli-belah di sini semalam. Sejumlah peminat mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar anggota-anggota wanita kumpulan itu semasa Festival Pop Jepun diadakan di pusat beli-belah tersebut. Kumpulan itu membuat persembahan di sini kelmarin selepas mengadakan konsert di Singapura pada 28 Januari lalu. Menurut Duta Besar Jepun ke Indonesia, Junji Shimada, kumpulan AKB48 merupakan ikon pop di Jepun buat masa ini. | ||||
Mugabe bidas gay pada hari jadi ke-88 Posted: 26 Feb 2012 05:29 PM PST ![]() ROBERT MUGABE menghembuskan api lilin di atas kek berbentuk buaya pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-88 di bandar Mutare kelmarin. MUTARE, Zimbabwe - Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-88 kelmarin. Pada majlis ulang tahun kelahirannya itu yang diadakan di sini, dia membidas golongan gay dan warga asing. Beliau memberitahu Perdana Menteri Britain, David Cameron: "Ke neraka bersamamu." Kenyataan itu dibuat berhubung kenyataan Cameron yang meminta hak golongan gay dihormati. Mugabe juga menuduh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) cuba untuk menjadikan negaranya tidak stabil. "NGO datang dengan idea yang bodoh, sebahagiannya untuk menjadikan kita tidak stabil. "Mereka selalu menyokong satu parti. Kami menyatakan kepada mereka supaya jauhi negara kita. "Biarlah kita menyelesaikan masalah politik kami," kata Mugabe. Beliau membidas Cameron yang membuat kenyataan pada Sidang Kemuncak Komanwel pada tahun lalu bahawa negara-negara yang menerima bantuan Britain perlu menghormati hak gay. "Semula jadi merupakan semula jadi. Ia telah mewujudkan lelaki dan wanita. "Itulah kenapa kita dilahirkan. Justeru kami menolaknya (gay) dan menyatakan pergi neraka bersama kamu," kata Mugabe. Beliau juga menggesa para pengundi untuk menolak hak-hak gay dalam satu perlembagaan baharu yang ketika ini sedang dirangka. "Tolonglah, pemuda dan wanita. Kamu tidak mempunyai kebebasan untuk lelaki berkahwin dengan lelaki dan wanita mendirikan rumah tangga dengan wanita. Itu merupakan kebebasan Tuhan. Itu (Tuhan) yang mencipta kamu dan saya," katanya. | ||||
Pangkalan tentera udara meletup di Antartik Posted: 26 Feb 2012 05:27 PM PST ![]() KEBAKARAN yang berlaku di Pangkalan Comandante Ferraz di Antartik kelmarin. SAO PAULO - Satu letupan yang berpunca daripada kebakaran di sebuah pangkalan tentera laut Brazil di Antartik menyebabkan seorang askar cedera dan dua lagi hilang kelmarin, kata tentera Brazil. Tentera Laut Brazil berkata, kebakaran berlaku di dalam sebuah bilik yang menempatkan penjana tenaga di Pangkalan Comandante Ferraz di Antartik. Ia merupakan sebuah stesen penyelidikan yang terletak di Admiralty Bay, Pulau King George. Seorang askar cedera yang kini berada dalam keadaan stabil telah dirawat di Stesen Arctowski sebelum dipindahkan ke Pangkalan Tentera Eduardo Frei. | ||||
Bekas tempat tinggal Osama dirobohkan Posted: 26 Feb 2012 05:25 PM PST ![]() BEBERAPA anggota polis berjalan melintasi bekas bangunan kediaman Osama bin Laden yang sedang dirobohkan oleh beberapa jentera berat di Abbottabad semalam. PESHAWAR - Pihak berkuasa Pakistan kelmarin mula merobohkan bangunan yang menjadi tempat persembunyian bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden di bandar Abbottabad, di sini, kata polis dan beberapa saksi. "Dua buah jentolak terlibat dalam kerja-kerja perobohan, ia dilakukan oleh pasukan keselamatan termasuk askar-askar," kata seorang pegawai polis. "Saya dapat melihat debu keluar dari bangunan itu," tambahnya. Kawasan persembunyian Osama selama beberapa tahun itu dikawal pasukan keselamatan sejak dia mati ditembak oleh pasukan komando SEAL Amerika Syarikat pada 2 Mei tahun lalu dalam serbuan ke kediamannya di bandar Abbottabad. Menurut pegawai polis itu, pihaknya dikerah untuk mengawal kawasan di luar bangunan tersebut manakala anggota tentera berada di pekarangan kompleks berkenaan. Sementara itu, beberapa saksi berkata, anggota-anggota tentera menghalang laluan ke kawasan kediaman itu. Menurut mereka, jentera berat dilihat memasuki kawasan bangunan tersebut manakala wartawan-wartawan dilarang daripada merakamkan gambar atau mendekati lokasi berkenaan. | ||||
Dangi diiktiraf lelaki paling pendek di dunia Posted: 26 Feb 2012 05:22 PM PST
KATHMANDU - Seorang lelaki berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi dari sebuah kampung terpencil di barat daya Nepal diiktiraf semalam sebagai lelaki paling pendek di dunia selepas ketinggiannya diukur oleh beberapa pegawai Guinness World Records. Dangi setinggi 54.6 sentimeter (sm), 5.3sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelum ini, Junrey Balawing dari Filipina. "Saya berasa amat gembira," kata Dangi kepada pemberita. "Saya akan bekerja untuk mempromosikan negara saya ke seluruh dunia," tambahnya. Dangi yang seberat 12 kilogram juga diisytiharkan sebagai manusia paling pendek pernah direkodkan sekali gus mengambil alih tempat Gul Mohammed yang setinggi 57sm sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1997 semasa berumur 40 tahun. "Saya terus-menerus berasa takjub bahawa rekod ini terus dipecahkan," kata Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday dalam satu kenyataan selepas ketinggian Dangi diukur di sini. Menurutnya, jika umur Dangi betul, dia akan menjadi individu paling tua yang memiliki rekod dalam sejarah 57 tahun Guinness World Records. Dangi tinggal di daerah Dang, 350 kilometer dari sini. Dia pernah menyatakan sudah terlalu tua untuk berkahwin tetapi masih berminat untuk mengembara ke negara-negara lain. Beberapa pegawai Guinness World Records menyatakan mereka masih belum mengetahui punca yang menyebabkan Dangi menjadi pendek. Dangi pernah menyatakan bahawa dia dijadikan bahan sarkas semasa muda oleh beberapa saudaranya. | ||||
Pikul orang turun Gunung Kinabalu Posted: 26 Feb 2012 05:20 PM PST
HUJAN pada sebelah pagi menyebabkan persekitaran laluan menuruni Gunung Kinabalu itu agak basah dan licin. Bagi Gohimin Gohitung, ia bukan satu masalah besar. Langkahnya tetap tangkas, seakan-akan sudah mahir dengan selok-belok hutan dipterokarp bukit yang hidup subur di sekelilingnya. Tumpuannya terarah terhadap sekumpulan pendaki di hadapannya yang berhempas pulas menuruni laluan berbatu dan berselirat dengan akar-akar kayu itu. Selaku ketua jurupandu arah sememangnya dia perlu berada pada kedudukan terakhir bagi memastikan kelancaran perjalanan itu dan tiada pendaki yang tercicir. Awal pagi tadi, dia dan anggota kumpulan seramai 20 orang berjaya menamatkan misi menawan puncak gunung setinggi 4,095 meter. Selepas misi selama dua hari itu berakhir, kini tibalah masa untuk kembali semula ke Pintu Timpohon. Gohimin tidak keseorangan sebaliknya turut ditemani tiga jurupandu arah lain yang berada di hadapan dan tengah kumpulan itu. Langkahnya tiba-tiba terhenti, seorang jurupandu arah menghampirinya dalam keadaan tergesa-gesa. "Pak Gohimin, ada seorang pendaki tergelincir di atas batu semasa turun tadi, kakinya terseliuh," beritahunya. Gohimin mempercepatkan langkah, dalam beberapa ratus meter di hadapan kelihatan seorang wanita mengerang kesakitan. Bayaran ikut kilometer ![]() PENDAKI yang tidak mampu mengangkat beg yang berat boleh mendapatkan bantuan porter. Dia cuba membantu dengan menyapu minyak panas dan mengurut bahagian yang tercedera. "Nampaknya tidak ada cara lain, kaki awak sudah bengkak, sukar untuk berjalan dalam keadaan begini. Kami terpaksa pikul awak turun untuk mendapatkan rawatan," terangnya. Selepas berbincang selama beberapa minit dengan wanita itu, Gohimin mengarahkan seorang jurupandu arah di bawah seliaannya memikul wanita itu. "Jangan risau, kami sudah biasa melakukannya. Awak cuma perlu berpaut pada leher dia," pesan Gohimin sebelum kelibat kedua-duanya hilang di sebalik rimbunan pepohon yang menghijau di laluan itu. Dikenali sebagai 'teksi gunung', Gohimin berkata, ia merupakan perkhidmatan istimewa yang diberikan kepada pendaki di gunung itu. "Adakalanya pendaki tidak sihat, terseliuh atau kekejangan otot dan tidak berupaya meneruskan pendakian. "Justeru, ini adalah satu-satunya cara yang ada. Bagaimanapun, bagi kes-kes yang serius seperti patah tulang atau pendarahan, kami akan meminta bantuan renjer untuk tindakan susulan," jelasnya. Lelaki yang berasal dari Kampung Kundasang kira-kira lima kilometer dari Taman Kinabalu Sabah itu menambah, pendaki yang menggunakan perkhidmatan itu dikenakan bayaran bagi setiap kilometer perjalanan. Katanya, bayaran teksi gunung tidak tetap bergantung pada budi bicara pendaki dan kumpulan jurupandu arah. Namun ia boleh mencecah sehingga RM300 bagi satu kilometer. "Biasanya dalam keadaan kecemasan begini, ramai yang tidak kisah, apa yang lebih penting mereka mahu cepat sampai untuk berehat atau mendapatkan rawatan susulan," jelasnya. Gohimin berkata, biarpun tampak mudah, namun tanggungjawab teksi gunung begitu besar terutamanya dalam memastikan keselesaan dan keselamatan pendaki. Dia yang berpengalaman luas selama lebih 30 tahun mendaki gunung itu memberitahu cabaran memikul pendaki memerlukan kekuatan mental dan stamina yang tinggi. Pikul secara bergilir-gilir "Selain terpaksa berhadapan dengan halangan laluan yang curam dan berliku-liku, kami juga terpaksa memikul pendaki termasuk yang berbadan besar. "Saya sendiri pernah mengangkat seorang pendaki yang mempunyai berat sekitar 100 kilogram beberapa tahun lalu. Ia tidak boleh dilakukan secara bersendirian, sebaliknya memerlukan khidmat beberapa teksi gunung untuk bergilir-gilir memikulnya. "Salah satu cara lain adalah dengan menggunakan tandu, namun ia juga tetap mencabar," ceritanya. Dalam usia yang mencecah 60 tahun, Gohimin merupakan di antara jurupandu arah paling berpengalaman di gunung yang diiktiraf kelima tertinggi di Asia Tenggara itu. Manakan tidak, sejak berusia 30 tahun dia sudah bekerja sebagai porter atau pengangkut barang. Ketika itu dia sering berulang alik dari Pintu Timpohon ke Laban Rata untuk membawa pelbagai barangan runcit, sayur-sayuran, bahan binaan dan sebagainya. "Sekitar tahun 70-an dahulu, laluannya lebih mencabar, kami perlu memanjat bukit batu, meredah hutan dan semak-samun atau berteduh di mana-mana sahaja jika hujan. "Sekarang treknya semakin mudah dan selesa bahkan, ada laluan bertangga, ada pondok kecil yang lengkap dengan kemudahan tandas dan bekalan air malah, pengunjung juga boleh menginap di hostel dengan selesa," katanya.
Mula menjadi jurupandu arah sejak beberapa tahun yang lalu, Gohimin memberitahu, ia seiring dengan peningkatan usianya. Ujarnya, biarpun masih berkemampuan memikul beban yang berat namun, tugas baharunya itu membolehkan dia menimba pengalaman di samping berkenalan dengan pelancong dari dalam dan luar negara. "Ramai yang cemburu apabila melihat saya masih gagah dan cergas dalam usia begini, namun yang pasti saya tidak mempunyai sebarang rahsia. "Saya makan seperti apa yang orang lain makan, begitu juga lain-lain. Mungkin ketenangan menghirup udara segar sambil ditemani kehijauan flora dan fauna menyebabkan saya awet muda," selorohnya. Porter muda Sementara itu, bagi Kamaluddin Jaffren, Gunung Kinabalu tidak asing kepada dirinya kerana beberapa ahli keluarganya turut bekerja di situ. Keinginan membantu keluarga menyebabkan anak kedua daripada sembilan beradik itu menjadi porter secara separuh masa sejak berusia 15 tahun. Ketika berusia 18 tahun, dia mula diberi kepercayaan menjadi jurupandu arah. Pada masa yang sama, dia turut mengambil upah memikul beg dan kelengkapan pendaki di samping menjadi teksi gunung. "Saya sendiri sudah beberapa kali menjadi teksi gunung, namun bukan wang yang menjadi keutamaan tetapi keselamatan pendaki itu sendiri," ujarnya yang berasal dari Kampung Mesilau. Biarpun begitu, pemuda yang masih bujang itu berkata, ada di antara rakannya terpaksa berputih mata kerana tidak menerima bayaran seperti dijanjikan. "Sebaik tiba di bawah sana, ada yang terus menghilangkan diri. Itu belum lagi dengan pelbagai alasan dicipta seperti kesempitan wang, meminta tempoh dan sebagainya. "Mujurlah saya tidak pernah mengalaminya, namun saya sentiasa berwaspada. Apa yang penting, kami tetap memberikan perkhidmatan terbaik kepada yang memerlukan bantuan," katanya yang juga merupakan seorang pelajar lulusan agama di sebuah madarasah di negeri itu. Sementara itu, Izman Shah Abdullah, 20, memberitahu, minatnya dalam kegiatan lasak dan mencabar mendorong dia menjadi porter di pergunungan itu. "Daripada tidak berbuat apa-apa, lebih baik saya bekerja di sini, sekurang-kurangnya dapat juga menambah pendapatan. "Lagipun ibu bapa tidak pernah menghalang saya bekerja di sini. Ia lebih baik daripada menghabiskan masa," katanya yang merupakan sepupu kepada Kamaluddin. Mengakui masih cetek pengalaman, dia banyak belajar mengenai selok-belok hutan daripada jurupandu arah berpengalaman seperti Gohimin. "Saya seronok berada di sini, berdamping dengan alam semula jadi yang masih kekal terpelihara," katanya. | ||||
Aksesori kepala tambah tarikan Posted: 26 Feb 2012 05:18 PM PST
CERITA Gossip Girl, Cinderella dan Snow White merupakan kisah yang memaparkan jalan cerita, emosi dan karakter berbeza-beza. Namun terdapat satu persamaan jelas dilihat dalam tiga siri berkenaan iaitu pelakon utamanya menggayakan cekak rambut menawan. Jika Cinderella anggun memakai cekak rona biru lembut yang dipadankan bersama gaun kembang sewaktu menghadiri majlis tari-menari di istana, puteri Snow White pula terkenal dengan signatur cekak kepala comel bertatah riben nuansa merah. Sementara itu, kepada peminat tegar cerita Gossip Girl, pastinya terpikat dengan gaya feminin watak Blair Waldorf yang dilakonkan oleh Leighton Meester. Boleh dikatakan hampir kesemua penampilan Blair dalam siri popular itu tidak lekang daripada aksesori kepala pelbagai konsep dan warna. Nampaknya trend fesyen menggayakan cekak ataupun tali di kepala kembali memeriahkan persada fesyen tempatan. Ia bagai mengembalikan corak fesyen yang pernah popular sekitar tahun 1960-an. Pada masa yang sama, aksesori kepala turut menjadi pilihan selebriti tempatan seperti Anzalna, Elfira Loy, Intan Ladyana dan Ainul Aishah. Vintaj dan hippie Situasi ini diakui oleh pereka fesyen dan perunding imej Ili Diyana Azmi, 24, yang aktif dalam bisnes aksesori kepala sejak tahun lalu. Pereka yang mesra disapa Diana itu menyifatkan memakai aksesori kepala sedikit sebanyak membantu mencantikkan rambut. Tambah Diana, pada mulanya dia menghasilkan aksesori kepala untuk kegunaan peribadi dan sekadar suka-suka mempamerkan foto aksesorinya itu di laman blognya.
Namun dia tidak menyangka, aksesori rambutnya mula mendapat perhatian kawan-kawan dan pengikut blognya. Secara purata setiap bulan dia menerima tempahan kira-kira 20 unit aksesori kepala. "Rekaan aksesori kepala saya lebih tertumpu pada elemen fesyen bohemian, hippie, vintaj dan rock & roll. Sebab itu, jika diperhatikan, kebanyakan cekak dan tali kepala saya mempunyai juraian rambu, batu dan rantai. "Saya turut memberi perincian kain renda, kelopak bunga ros, kristal dan butang-butang yang comel," kata Diana yang turut menyatakan saiz kepala wanita dewasa berukuran 21 hingga 22 cm, kanak-kanak berumur di antara lima hingga 11 tahun pula 19 hingga 20 cm manakala 13 hingga 14.5 cm digunakan untuk saiz kepala bayi. Menyentuh soal harga, Diana memberitahu himpunan aksesorinya dijual serendah RM11 sehingga RM150. Tempahan juga terbuka untuk majlis istimewa seperti perkahwinan, majlis formal atau minum petang. Pretty Lulu berasaskan songket Jika Diana Azmi, cenderung pada aksesori konsep vintaj dan hippie, pereka muda Nurulhuda Khairuddin, 31, pula memilih rekaan yang memiliki sentuhan moden klasik. Membesar dalam keluarga yang berdarah fesyen dan seni jahitan secara tidak langsung menyebabkan wanita yang membahasakan dirinya Nurul itu selektif dalam bab pemilihan material, perincian dan rekaan. "Sejak kecil, saya sudah mengenali kain, jarum dan benang memandangkan ibu saya seorang tukang jahit manakala ibu saudara pula mengusahakan sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur. Enggan membiarkan kecintaan pada fesyen dan seni kraf begitu saja saya mengambil keputusan menghasilkan aksesori kepala. "Ini disebabkan saya ingin mengajak wanita tempatan supaya tampil menawan dengan hiasan di kepala, bukan sekadar menyarungkan sepatu dan pakaian yang menarik," jelas Nurul yang menampilkan cekak dan klip rambut di bawah label Pretty Lulu. Menyentuh mengenai nama jenama yang comel bunyinya, Nurul menyatakan Lulu diambil sempena nama timangannya dan digabungkan bersama nama Pretty. Ia bersesuaian dengan sifat wanita yang ingin sentiasa cantik dan menawan. Selain itu, uniknya tentang aksesori kepala jenama Pretty Lulu, signaturnya terletak pada penggunaan fabrik songket sebagai material utama. Tutur Nurul yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Persatuan Pereka Bumiputera (BDA) pemilihan songket bertujuan untuk memartabatkan keindahan seni fabrik berkenaan dalam kalangan pengguna tempatan. Lagipun fabrik warisan tersebut bukan saja ideal untuk menghasilkan busana persandingan, kain samping mahupun tas tangan malah ia tampak eksklusif digunakan dalam proses pembuatan aksesori kepala. Penggunaan fabrik songket juga sejajar dengan matlamat Pretty Lulu yang menyasarkan jualan kepada kelompok wanita yang mementingkan gaya eksklusif. "Saya tidak menggunakan songket semata-mata sebaliknya menggabungkan bersama butiran manik, kristal Swarovski dan bulu-bulu. Tidak ketinggalan mengaplikasi teknik sulaman bagi menyerlahkan gaya moden klasik pada koleksi cekak Pretty Lulu. "Aksesori saya juga sesuai dipakai oleh semua lapisan masyarakat kerana ia dijual pada harga berpatutan iaitu bermula pada harga RM49.90. Selain majlis minum petang, aksesori kepala Pretty Lulu boleh digayakan ke parti, majlis makan malam atau majlis karpet merah," jelas Nurul yang turut menawarkan beg genggam berasaskan songket. Menutup bicara Nurul yang bakal melancarkan jualan Pretty Lulu secara dalam talian, dia turut mengambil tempahan khas buat para pelanggan yang mempunyai konsep dan rekaan pilihan. | ||||
Posted: 26 Feb 2012 05:10 PM PST
MEMILIKI rambut panjang memberi peluang kepada individu bereksperimen dengan pelbagai teknik ikatan dan stail dandanan tetapi rambut pendek pula sebaliknya. Namun itu bukan alasan buat wanita berambut pendek tidak boleh tampil menawan. Situasi tersebut turut diakui oleh model profesional tempatan, Deanna Ibrahim, 28, yang popular dengan imej berambut pendek. Biarpun aktif dalam bidang peragaan dan komersial, model berkulit sawo matang itu selesa berambut pendek kerana baginya potongan rambut sedemikian menampakkan kelainan dan unik. "Imej rambut ini, saya praktikkan sejak menuntut di sekolah menengah kerana penampilan kelihatan kemas dan muda (ketawa). Lagipun rambut pendek mudah untuk dijaga dan dicuci. "Disebabkan sentiasa terdedah dengan persekitaran yang berhabuk dan penyembur rambut ketika menjalani sesi fotografi, sebelum tidur saya akan mencuci rambut menggunakan syampu dan menyapu perapi. Seminggu sekali pula saya melakukan rawatan topeng rambut," tutur Deanna yang turut melakukan trim dua bulan sekali bagi mendapatkan rambut baharu tumbuh dengan sihat. Tambah Deanna, rambut pendek juga dapat menjimatkan wang untuk membeli set penjagaan kerana setakat ini sebotol syampu miliknya mampu bertahan selama tiga bulan. Selain itu, model yang memiliki tiga orang adik-beradik berkenaan turut menyarankan agar wanita kini usah segan silu berambut pendek memandangkan gaya tersebut sinonim dengan stail rambut lelaki. "Apa yang penting, wanita perlu yakin dan bijak mencuba pelbagai cara mengayakannya," terang Deanna kepada Stailo. Justeru ruangan Riak Rias pada minggu ini berkongsi tips ringkas yang boleh dipraktikkan untuk merias rambut pendek. | ||||
Posted: 26 Feb 2012 05:09 PM PST
SEKALI-SEKALA tidak salah sekiranya seorang wanita yang masih muda usianya memilih kebaya sebagai pakaian untuk melaram ke acara-acara sosial. Majlis makan malam, acara ulang tahun, resepsi perkahwinan dan paling utama sambutan hari raya, merupakan waktu dominasi kebaya. Pun begitu, kebaya Nyonya bukan lagi perlu dipadankan dengan kain batik yang selama ini menjadi pelengkap. Baju kebaya kini, menyerlahkan sisi ayu walaupun digandingkan dengan jean, skirt labuh ataupun kain pario. Pemilik butik IzwanIzzati yang menjalankan perniagaan dalam talian, Nur Aina Izzati Mohd. Tan, 22, mendedahkan bahawa, memandangkan orang ramai lebih fokus kepada pakaian moden, beliau berpendapat menjual kebaya Nyonya merupakan idea bernas. "Sambutan amat menggalakkan dan keistimewaan kebaya Nyonya kami ialah ia diperbuat daripada kain kasa rubiah, berbeza dengan kebaya lain yang sering menggunakan kain organza. "Pembekal kami dari Sumatera Barat, Indonesia dan ia dijahit 100 peratus dengan tangan. Penjagaannya juga mudah, pengguna tidak perlu gusar tentang kelunturan warna walaupun sering dibasuh," jelas Aina yang juga bekerjasama dengan suaminya, Faizul Izwan Jamaluddin bagi mengusahakan perniagaan itu.
Sebanyak 14 warna disediakan dengan rona hitam, merah, ungu, merah jambu dan biru menjadi warna paling dikehendaki. Bagi memberi pilihan yang pelbagai kepada orang ramai, butik dalam talian yang mula beroperasi sejak awal 2011 itu juga mempunyai lebih 250 rekaan kebaya Nyonya. Motif flora dan merak merupakan tarikan utama selain motif rama-rama dan kerawang yang juga menjadi simbolik asas kepada rekaan kebaya Nyonya itu. Buang persepsi asal bahawa kebaya hanya layak digayakan wanita bertubuh langsing dan berpinggang ramping kerana butik itu turut menawarkan enam saiz kebaya bermula daripada saiz S hingga XXXL. "Tetapi kebanyakan orang akan menempah kebaya yang dibuat mengikut saiz mereka selepas memilih rekaan yang mereka gemari pada laman web kami. "Orang ramai juga boleh membeli kain yang sudah siap bersulam dan hanya tinggal dihantar ke kedai untuk dijahit," kata Aina. Dijual pada harga RM129 untuk saiz S hingga L dan RM139 untuk saiz XL hingga XXXL, kebaya yang dibeli pelanggan akan dipos terus ke alamat yang diberikan atau pun pembeli boleh datang sendiri mengambil pakaian mereka di rumah Aina. | ||||
Sajian Thailand di Hotel Vistana Posted: 26 Feb 2012 05:08 PM PST
BAGI mereka yang ingin menikmati masakan tulen Thailand, apa kata anda singgah di Vistana Coffee House, Hotel Vistana, Kuala Lumpur. Hotel berkenaan sedang mempromosi makanan dari negara jiran itu selama dua bulan sehingga 21 April ini. Apresiasi gastronomi dan tunas rasa yang hampir sama antara masyarakat Malaysia dengan rakyat Negara Gajah Putih itu membuatkan pihak hotel tersebut mengambil inisiatif itu. Sememangnya masakan Thailand mempunyai ramai penggemarnya di ibu negara. Di seluruh Malaysia, dan di ibu negara khususnya, warga kota menggemari ciri masakannya yang pedas, masin, masam dan banyak menggunakan serai serta limau. Malahan penggunaan sos ikan, gula merah, kelapa dan cili itu sememangnya memberi rasa yang berbeza. Ia diseimbangkan dengan elemen manis dan lemak yang didatangkan daripada pelbagai sumber bahan di rantau ini. Bagi pembuka selera, anda mungkin boleh cuba som tam (salad betik), tod mun pla (bebola ikan) dan gai ob bai toey (ayam daun pandan) yang dijual pada harga RM12 sehidang. Daripada pembuka selera sehinggalah menu istimewa hidangan yang ditawarkan di hotel berkenaan sememangnya tidak menghampakan. Hidangan utama Menyentuh mengenai menu istimewa, para pengunjung Hotel Vistana disarankan agar tidak melepaskan peluang menikmati pla thot atau ikan goreng masam manis kerana kerangupan ikan yang digoreng dan kemudian disira dengan sos Thai pasti membuka selera. Selain ikan, pengunjung juga disaran untuk mencuba tom yam kung (ayam dan udang) yang hanya berharga RM10 sehidang. Kelikatan kuahnya yang berwarna merah dan isi bahannya yang padat dengan ayam, udang, limau purut, lengkuas dan serai menjadikan tom yam itu mempunyai rasa terbaik untuk dinikmati bersama nasi. Jika mahu memilih hidangan lain, pengunjung boleh memesan nasi goreng nanas, ma-moung gai (ayam panggang yang dihidang bersama hirisan buah mangga), dan kari ayam hijau yang mirip rasa masak lemak cili api yang popular di negara ini. Bahan asli ![]() TOM YAM ini menawarkan rasa masam dan pedas yang sebenar. Menurut Chef Dzulkafli Mohd. Yusop dari Hotel Vistana, kesemua hidangan itu disediakan dengan bahan-bahan asli terutamanya penggunaan sos Thai buatan sendiri yang biasa digunakan dalam dapur rakyat Thailand. "Kebanyakan jenis hidangan Thai yang banyak dijual di restoran atau telah diubah suai mengikut selera orang tempatan, tetapi di Hotel Vistana, kami mengekalkan ciri-ciri sebenar masakan bagi memenuhi kepuasan pelanggan. "Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan semuanya segar supaya rasa masakan itu sedap," katanya ketika ditemui pemberita di hotel berkenaan baru-baru ini. Bagi melengkapkan menu tersebut, para pelanggan juga diberikan pilihan pencuci mulut iaitu cendol Thai selain empat jenis smoothies iaitu tembikai, laici, serai dan mangga yang dijual pada harga RM11. Dalam pada itu, pengalaman menikmati kelazatan menu di restoran yang boleh memuatkan seramai 100 orang pelanggan itu merupakan komitmen Hotel Vistana untuk memberi kepelbagaian menu kepada pengunjung. Dengan harga promosi serendah RM8 hingga RM25, pengunjung boleh menikmati pelbagai sajian enak dari dunia kulinari Siam di hotel berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan