Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- 'All Your Love' Kurang Promosi, Siti Serah Pada Anak Tiri
- Serina Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
- Heidi Klum-Seal Bercerai
- Spice Girls Bersatu Semula
- Alec Baldwin Hilang 13 Kilogram
- Aib hari pernikahan
- Album Melayu sentuhan Ajai
- Frankie dapat Aston Martin
- Kurangkan kolesterol
- Hidup sepi tanpa gajet
- Misha, Rossa di IB
- Black tak lupa daratan
- MIG ceburi filem animasi
- Sensasi Winnie K & Suki
- Titik tengah Semenanjung
- Lelong baucar buku di internet
- Tahun Naga! Bawa tuah, rezeki melimpah ruah
- Facebook ‘lubuk’ pelaburan haram
- Rambutan berisi batu jernih
- Pokok pisang lemak manis bertandan empat
- Tekad pengayuh perahu tambang Sungai Kedah
- 6,800 paket minyak dirampas
- Taman Ekologi jadi gajah putih
- Penculik bogel terima padah
- Angpau pertama Moots, Vanessa
| 'All Your Love' Kurang Promosi, Siti Serah Pada Anak Tiri Posted: 23 Jan 2012 07:32 PM PST Siti NurhalizaCYBERJAYA: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza mengakui album Inggeris pertamanya berjudul All Your Love kurang promosi walaupun telah beberapa bulan berada di pasaran. Siti menjelaskan dia telah menyerahkan segala urusan promosi dan publisiti album tersebut kepada syarikat milik anak tirinya, Adib Khalid iaitu What's Up Entertaiment. "Mungkin album tersebut kurang promosi tetapi jika What's Up Entertaiment ada merencanakan apa-apa aktiviti untuk All your Love, Siti akan berikan komitmen," ujarnya kepada mStar Online. Siti mengulas ketika ditanya mengenai albumnya itu kurang mendapat promosi dan hanya bersandarkan kepada single pertamanya iaitu Falling In Love. Tambahnya, pihak syarikat tersebut juga sedang merangka pelan untuk membawa album tersebut ke luar negara namun masih dalam proses perancangan. "Harap-harap perancangan itu akan menjadi dan dapat mengembangkan kerjaya Siti ke peringkat lebih jauh," ulasnya. Dalam pada itu, Siti berkata, dia ingin mengadakan sebuah konsert pada tahun ini selain merancang untuk menghasilkan sebuah album tradisional untuk para peminatnya. Siti berkata, dia tidak kisah mengenai lokasi konsert berkenaan kerana yang penting dia dapat menghiburkan para peminatnya. "Sudah lama Siti tidak mengadakan konsert untuk para peminat, jadi rasanya tahun ini Siti akan mengadakan sebuah konsert khas buat peminat. "Album tradisional juga menjadi tumpuan Siti pada tahun ini kerana telah banyak peminat bertanyakan mengenai perkara itu dan InsyaAllah jika berpeluang semua itu akan terlaksana," ujarnya. Sementara itu, Siti berkata, buat masa ini tumpuannya adalah kepada perniagaan kosmetik yang diusahakan iaitu produk Simply Siti dan memberitahu akan melancarkan produk terbaru pada 11 Februari ini. Siti berkata, produk yang diberi nama Der'Magic itu adalah set penjagaan kulit pertama yang dihasilkan dibawah jenama tersebut menggunakan campuran Advanced Hydro-Cologen, Korean Plan Stem Sel dan Endorfin untuk meningkatkan perasaan gembira. "Itu adalah kelebihan Der'Magic kerana ia mampu membangkitkan perasaan gembira kepada si pemakai dan Siti tidak sabar untuk mengeluarkan produk berkenaan untuk dicuba oleh pengguna," ujarnya. Dalam perkembangan sama, Siti berkata, jenama Simply Siti juga akan mengeluarkan tiga jenis wangian pada pertengahan tahun ini sebagai salah satu langkah memperkukuhkan lagi kepelbagaian produk syarikatnya. Namun Siti enggan mendedahkan butiran mengenai projek terbarunya itu dan berjanji akan mengadakan sidang media untuk memaklumkan mengenai perkhabaran terbaru itu. | |||||
| Serina Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Posted: 23 Jan 2012 07:31 PM PST ![]() PETALING JAYA: Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella kira-kira pukul tiga petang pada Isnin. Menurut bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dalam satu entri menerusi Facebook miliknya memberitahu cucu keduanya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kilogram. "Alhamdulillah Serina telah selamat melahirkan Isabella dan kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadirannya. "Walaupun sedikit kecewa tidak dapat bersama mereka tetapi ibu dan anak diberitahu dalam keadaan sihat," ujarnya. Chef Wan yang kini sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja sempat meninggalkan status dia teruja untuk membeli belah pakaian dan barang keperluan lain untuk cucu keduanya itu. Terdahulu, Serina telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Tristan, setahun lima bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar. | |||||
| Posted: 23 Jan 2012 07:30 PM PST ![]() SUPERMODEL terkemuka dunia, Heidi Klum bakal menfailkan penceraian terhadap suaminya, penyanyi, Seal dalam beberapa hari lagi. Aceshowbiz melaporkan alasan pasangan itu bercerai adalah kerana perbezaan antara mereka yang tidak dapat diselesaikan sebagai punca. Berita tersebut telah disahkan sendiri oleh pasangan tersebut kepada majalah People pada Ahad. "Kami bahagia sepanjang tujuh tahun bersama tetapi mengambil keputusan untuk berpisah," ujar Heidi. Heidi dan Klum yang dilihat sebagai antara pasangan romantik Hollywood telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata bersama manakala Heidi mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinannya dengan Flavio Briatore seorang ahli perniagaan daripada Itali. Heidi, 38, dilaporkan bakal menfailkan penceraian mereka di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles pada minggu ini. Dalam pada itu, Seal atau nama sebenarnya, Seal Henry Samuel, 48, sempat menghantar satu mesej ringkas di laman Twitter miliknya pada Jumaat lalu dengan menyatakan: 'The End'. | |||||
| Posted: 23 Jan 2012 07:29 PM PST ![]() KUMPULAN Spice Girls yang pernah popular suatu ketika dahulu dikhabarkan akan bergabung semula untuk sebuah konsert khas sempena sukan Olimpik 2012 di London. Portal Contactmusic.com melaporkan, salah seorang anggota kumpulan itu, Mel B dikatakan menjadi individu bertanggungjawab dalam merialisasikan gabungan semula itu. Dia juga dikatakan telah menyakinkan semua ahli kumpulan lain untuk bersama-sama menjayakan persembahan itu nanti sebagai menghargai peminat yang menyokong mereka selama ini. Selain Mel B, Spice Girls turut dianggotai oleh Victoria Beckham, Geri Halliwell, Emma Bunton dan Mel C. "Mel B kelihatan bersungguh-sungguh untuk bergabung semula dengan rakan-rakannya yang lain kerana ini adalah kesempatan terbaik buat mereka untuk tampil di hadapan penonton di seluruh dunia," ujar sumber terdekat penyanyi itu. Terdahulu, rakan kumpulannya, Mel C pernah memberitahu sukan Olimpik adalah medan terbaik buat mereka untuk bergabung dalam satu persembahan istimewa . "Harap-harap semua akan bersetuju dengan cadangan ini dan ia akan menjadi kenangan terbaik buat kami berlima," katanya. | |||||
| Alec Baldwin Hilang 13 Kilogram Posted: 23 Jan 2012 07:28 PM PST ![]() AKTOR sitkom popular, 30 Rock, Alec Baldwin muncul dengan penampilan baru dan kelihatan lebih langsing apabila kehilangan 13 kilogram. Dia yang terkenal dengan susuk tubuh yang agak besar itu memberitahu memutuskan untuk mengurangkan berat badannya sekitar musim luruh lalu dengan mengamalkan pemakanan sihat dan senaman. Baldwin yang kini sedang giat menjalani latihan yoga memberitahu Access Hollywood dia berjaya mengurangkan berat badannya hanya selama empat bulan. "Sebelum ini saya sering berasa penat dan tidak bermaya terutama semasa menjalani penggambaran yang memakan masa panjang. "Sebab itu saya memutuskan untuk mengurangkan berat badan terutamanya dalam pengambilan makanan bergula," ujarnya. | |||||
| Posted: 23 Jan 2012 07:27 PM PST GOMBAK: Seorang wanita dan keluarganya bukan saja menanggung malu apabila majlis perkahwinan yang dirancang tidak menjadi kenyataan sebaliknya kerugian lebih RM30,000 selepas ditipu teman lelaki kasanova yang mendakwa dirinya bergelar 'Datuk' dalam kejadian di Taman Sri Gombak, di sini. Mangsa, 22, menanggung malu dengan saudara-mara, kawan dan jiran serta kadi selepas pengantin lelaki berusia 32 tahun terbabit tidak menghadirkan diri bersama rombongan pada hari pernikahan mereka, Khamis lalu. Majlis sepatutnya berlangsung jam 10 pagi di sebuah masjid di sini, tetapi sehingga tengah hari, kelibat lelaki dan rombonganya itu tidak muncul dan gagal dihubungi.
Menceritakan kejadian menimpanya itu, dia pelik kerana sanggup dan rela mendirikan rumah tangga dengan lelaki terbabit walaupun baru lebih sebulan mengenalinya, selain sudah menyerahkan wang ribuan ringgit. | |||||
| Posted: 23 Jan 2012 07:25 PM PST MAKIN JADI PERHATIAN...Wincci dan Steve harap tempa kejayaan dalam karier seni diceburi. MENGIKUT khabar angin yang tersebar, lembaran 2012 dianggap petanda berakhirnya kehidupan manusia di muka bumi. Namun, lain pula perkiraan mengikut kalendar Cina apabila tahun ini dikatakan membawa banyak kebaikan dan keuntungan kerana di bawah pengaruh naga. Umum mengetahui, naga bagaikan simbolik agung kepada masyarakat Cina yang melihatnya sebagai haiwan hebat dan mempunyai banyak pengaruh positif. Jadi, kedatangannya amat ditunggu, apatah lagi, sesiapa yang lahir pada tahun naga dikatakan bertuah. Justeru, bagaimana pula harapan bekas ratu cantik Malaysia 2008, Soo Wincci dan aktor kacak, Steve Yap yang semakin menempa nama dan mengorak langkah lebih luas dalam bidang seni tanah air? Pastinya, mereka juga memiliki impian.
Menurut Wincci, sebanyak empat lagu akan dimuatkan dalam album ini. "Namun, saya baru merakamkan satu lagu, Jangan Risau yang sepenuhnya hasil ciptaan Ajai, Rabu lalu. Menjalin kerjasama dengan Ajai sangat membuatkan saya selesa kerana dia (Ajai) seorang yang cukup teliti. Bahkan, Ajai juga mementingkan perasaan. "Dalam menyiapkan proses rakaman lagu, Ajai juga tidak terburu-buru. Dia memberi ruang kepada saya untuk ambil masa menjiwai lirik lagu itu. Baginya, apabila ada perasaan dalam lagu, ia akan menjadi lebih sedap dan puas didengar. "Saya sangat menghormati Ajai dan kami banyak berbincang dalam mendapatkan sesuatu keputusan. Apapun, keinginan muncul dengan album ini disebabkan saya memang minat dan suka menyanyi lagu Melayu. Bahkan, idola yang menjadi inspirasi kepada saya sudah tentu Datuk Siti Nurhaliza. "Tak dinafikan, menyanyikan lagu Melayu satu cabaran buat saya. Ini kerana, sudah pasti lenggok lagu Melayu itu saya tiada kerana bukan orang Melayu. Apapun, saya berusaha melakukan yang terbaik dengan merakamkannya secara kontemporari," kata Wincci. Menurut Wincci lagi, harapannya pada album itu sangat besar dan semoga semuanya sempurna dan mencapai tahap piawaian terbaik. Kata jurucakap produk kecantikan Avon ini, ia disebabkan perasaan dan vokal dimuatkan seiring menjadikan hasilnya cukup ikhlas. Berbicara mengenai tahun naga, Wincci berkata, dia menjangkakan albumnya dapat disiapkan sepenuhnya selepas TBC kerana dia juga akan muncul pada konsert mini yang berlangsung pada 31 Mac nanti di Actors Studio di Lot 10. Katanya, sempena tahun naga ini, dia mengharapkan karier seni yang diceburi berjaya membawanya mengorak langkah hingga ke pasaran antarabangsa seperti Hong Kong dan Taiwan. "Saya seorang yang sangat suka mencuba perkara baru dan cabaran. Jadi, tujuan saya mengembangkan karier di luar negara untuk menimba pengalaman. Semoga saya mampu bertapak di arena antarabangsa," katanya. Pernah merakamkan dua album Cina sebelum ini dan aktif dalam peragaan serta lakonan, Wincci tetap mengutamakan pelajaran demi jaminan masa depan. Untuk itu, dia kini melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang perniagaan di Universiti Terbuka Kuala Lumpur. Menyentuh soal kemeriahan sambutan TBC, Wincci berkata, selain keseronokan dapat mengeratkan silaturahim keluarga dan hubungan persahabatan, dia juga ada perkara yang ditakutkan. Ujarnya, dia sukar menjaga diet pemakanan hingga menyebabkan berat badannya naik selepas perayaan TBC. Jiwa antagonis Steve Bagi Steve, 40, pula, perayaan TBC kali ini nyata amat menggembirakannya kerana bukan saja meraikan tahun naga tetapi disambut dengan keluarga tersayang. Katanya, ini tahun kedua dia dan isteri, Yap Sook Han, 41, merayakan TBC bersama anak sulung mereka, Yap Xin yang berusia setahun. Ujarnya, tahun lalu, TBC dirai tidak begitu meriah kerana pasangan isteri yang mendapat anak disarankan supaya lebih berdiam diri mengikut amalan masyarakat Cina. Jadi, kini selepas anak semakin membesar, pastinya persiapan lebih menjurus untuk si kecil. "Sempena tahun naga ini, saya cuma mengharapkan kehidupan lebih gembira. Malah, karier pun semakin bertambah baik dengan mendapat tawaran skrip yang bagus. Selepas 10 tahun terbabit dalam bidang lakonan, Ombak Rindu adalah filem Melayu pertama saya. "Biarpun hanya watak sebagai bapa ayam, ia pengalaman baru buat saya. Bahkan, paling membanggakan filem itu mendapat sambutan penonton. Sebenarnya, tidak mudah untuk pelakon Cina seperti saya memasuki pasaran industri perfileman Melayu. "Saya pun sepanjang sedekad dalam lakonan, hanya berpeluang berlakon dalam beberapa drama Melayu. Selain itu, dari dulu hingga sekarang, saya lebih cenderung melakonkan watak antagonis. Barangkali muka saya ini memang sesuai dengan watak jahat saja. "Cuma, saya sangat terharu apabila penerbitan drama Descendant yang akan disiarkan di ntv7 bermula 7 Februari ini memberi peluang melakonkan watak baik. Amat jarang sekali saya menerimanya, tetapi jujur dikatakan berlakon watak baik sangat memberi cabaran besar," katanya. Menurut Steve atau nama sebenarnya Yap Leong Chai, lebih mencabar dirinya apabila dia melakonkan watak guru bahasa Mandarin. Ujar lelaki berbangsa Hokkien ini, dia pernah belajar bahasa Mandarin hingga darjah enam saja. Jadi, sedikit kesukaran dihadapinya. Apapun, sebagai pelakon perkara seperti itu tidak harus dianggap penghalang. Katanya, dia berusaha menjiwai wataknya sebaik mungkin dan begitu juga dengan penguasaan bahasa Mandarin. Jelas Steve, dia gembira semuanya mampu diatasi. Berbicara mengenai impiannya, Steve yang turut aktif dalam bidang peragaan memaklumkan, dia mengharapkan supaya suatu hari nanti akan ada filem Malaysia berjaya di peringkat antarabangsa. Katanya, negara ini sangat unik kerana dihuni pelbagai kaum yang berlainan agama dan budaya. Jadi, katanya, jika elemen budaya tiga kaum ini digabungkan dalam satu filem, ia bukan saja menyumbang pada pengukuhan perpaduan tetapi jelas menunjukkan inilah keaslian Malaysia. Tiada negara di dunia ini sehebat Malaysia yang mempunyai berbilang kaum. | |||||
| Posted: 23 Jan 2012 07:20 PM PST CANTIK... penyanyi kumpulan "The Saturdays" memakai kasut tinggi ketika memandu kereta Aston Martin Vantage bersiar-siar di barat London. FRANKIE bersama teman lelakinya, Bridge. MEREKA telah bercinta selama lebih setahun, dan nampaknya hubungan Frankie Sandford dan Wayne Bridge semakin lama semakin erat. Sebagai lambang cintanya kepada teman wanitanya, seorang penyanyi kumpulan "Saturdays", pemain bola Manchester City, Bridge membelanjakan 135,000 pound (RM647,000) untuk membeli sebuah kereta Aston Martin Vantage untuk hari jadinya yang ke- 23 tahun baru-baru ini. Penyanyi berambut perang yang jelita itu membawa kereta barunya di London semalam, dan kelihatan gembira dengan hadiah itu apabila melangkah keluar dari tempat pemandu.
Wayne pula mengenakan pakaian yang lebih santai, sepasang jean, jaket kulit hitam dan topi "beanie." Bintang bola sepak memberikan hadiah mewah itu beberapa hari selepas dia dikatakan membelanjakan RM1.2 juta untuk menganjurkan satu pesta kepada penyanyi itu. Wayne dikatakan menjadi hos pesta yang diadakan di rumah mewahnya di Surrey, membelanjakan banyak wang supaya Frankie dapat menikmati hari yang paling indah. Sumber yang hadir di majlis itu memberitahu Daily Star, "Segalanya diuruskan oleh kakanya Victoria dan Wayne dengan senang hati membayar semuanya. Mereka berdua memang benar-benar berseronok. "Tetamu dibawa masuk ke sebuah khemah besar. Ia dihiasi dengan hiasan warna merah menyala dan putih dan dibahagi kepada dua. "Separuh bahagian dijadikan seperti kelab malam dan disediakan deejay dan separuh lagi untuk tetamu berbual." Frankie turut memuat naik gamba r dalam Twitter gambar kek yang dibuat khas oleh Wayne untuk acara itu dengan tulisan, "Selamat Hari Jadi Untukku." Pasangan itu mula bercinta pada Disember 2010 dan tidak lama selepas itu Frankie pernah berkata, "Saya benar-benar sukakan Wayne. Semuanya pasti akan hebat. "Tapi kami seperti pasangan biasa yang lain. Sejujurnya, saya tak tahu berapa lama kami akan bersama, ia sungguh cepat. | |||||
| Posted: 23 Jan 2012 07:18 PM PST TEH CINA...teh Cina kaya dengan bahan antioksidan untuk kuatkan sistem imun. BANYAK KHASIAT...limau kaya dengan vitamin A dan C tetapi pesakit diabetes harus berjaga-jaga kerana kemanisannya. HARI ini bermula Tahun Naga yang dianggap sebagai tahun yang sangat istimewa dalam kalendar Cina kerana haiwan mistik ini bukan saja menjadi lambang kebesaran dan kemegahan maharaja zaman dulu, malah ia dikatakan akan membawa tuah. Pemilihan sajian untuk sambutan hari besar bagi kaum Cina ini dilakukan dengan teliti dan biasanya mereka akan menghidangkan makanan yang mempunyai perkataan dengan makna bernasib baik, tuah, makmur, kekayaan, kegembiraan dan kesejahteraan serta panjang umur. Menurut Pakar Perunding Diet, Indra Balaratnam, antara makanan yang ada makna perkataan di atas termasuk udang, ikan, yee sang, salad, limau mandarin, nanas, buah-buahan kering, biji-bijian, sosej Cina, daging panggang manis, tat nanas, kuih kapit dan kuih bangkit.
Panduan pemakanan sihat Tahun Baru Cina Resipi Udang kukus berlimau (lima orang) 1.2 kilogram udang besar 3 helai daun limau purut dihiris halus 2 sudu teh perahan limau nipis (boleh tambah ikut kesesuaian rasa) 5 sudu makan sos cili Thai Garam secukup rasa (jika cukup masin tidak perlu tambah) 1 sudu makan minyak masak Daun parsli untuk hiasan Bahan A (ditumbuk) 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 3 batang serai 3 atau 4 biji cili padi Cara membuatnya: 1. Panaskan pengukus. Gunting kaki udang. Biarkan kulit udang atau membuang kulitnya. Susun udang dalam pinggan dan tekap dengan tisu dapur untuk mengeringkan airnya. Ketepikan. 2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan yang ditumbuk. Kacau hingga naik bau. 3. Masukkan daun limau purut, perahan limau nipis, sos cili, cili padi dan kacau lagi hingga mendidih. Padamkan api dan tuangkan sos ini ke atas udang tadi. 4. Kukus udang lapan hingga 10 minit atau udang menjadi merah. Hiaskan dengan daun parsli dan hidangkan. Analisis nutrien setiap sajian: Kalori: 245 Jumlah lemak: 6 gram Lemak tepu: 0.8 gram Kolesterol: 274 miligram Karbohidrat: 0.4 gram Protein: 37 gram | |||||
| Posted: 23 Jan 2012 07:13 PM PST GAYA HIDUP...kebergantungan pada gajet sangat penting kerana bukan saja menjadi gaya hidup golongan muda malah memudahkan segala urusan seharian. MELIHAT pelbagai gajet terkini di pasaran, penulis segera teringatkan gelagat seorang sahabat baik yang terlalu taksub dengan perkembangan teknologi terkini. Apa saja gajet terbaru, dia segera mahu mendapatkan maklumat terperinci atau terus membelinya jika sudah berkenan walaupun harganya mahal. Apabila ditanya sama ada perbuatan itu ibarat mengundang padah, dia mengakui tidak kisah berlapar asalkan jangan ketinggalan memiliki gajet terkini.
"Gajet ini lambang personaliti, kemampuan dan penerimaan. Jika pakai gajet lama, nanti panas telinga kena kutuk," kata mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Mohd Rosdi Muji. Katanya, tanpa gajet, kehidupan mereka sunyi selain ketinggalan mengikuti perkembangan dunia teknologi. Zaman kini, katanya, gajet sama ada canggih atau tidak bukan lagi pokok persoalan tetapi lebih penting kepuasan memilikinya. "Ini zaman moden, gajet adalah satu kemestian tidak kira usia, latar belakang atau status. Yang penting mesti ada gajet, jika tidak hidup pasti tidak keruan. "Justeru, kepuasan memilik gajet idaman boleh membuatkan individu sanggup berkorban apa saja. Kita mungkin pelik kerana mereka sanggup mengetepikan hal lain, tapi kalau sudah taksub, semuanya boleh," katanya. Rakannya, Ahmad Shahrir Aliakbar berkata, generasi muda sudah terdedah dengan gajet kerana suasana serta perkembangan terkini. Menurutnya, bukan semua mampu memiliki gajet yang mahal kerana faktor kewangan tetapi ramai sanggup berusaha untuk memilikinya bagi menarik perhatian siswa lain. "Pemilihan gajet terletak pada pertimbangan akal dan kegunaannya kepada individu. Ia memudahkan kerja. "Bagi golongan muda dan masih belajar, kebanyakannya suka memilih yang ringkas dan mempunyai fungsi sederhana seperti perkhidmatan Internet. "Tapi ada yang sanggup membeli gajet mahal walaupun kurang berkemampuan, jadi perlu bersedia menanggung akibatnya," katanya. Ditanya apakah pilihan utama golongan muda khususnya yang masih belajar, Mohd Rosdi berkata, kebanyakannya memilih telefon bimbit dan komputer riba sebagai pilihan. "Dua gajet ini sangat penting untuk memudahkan urusan pembelajaran. Ramai beranggapan penggunaan dua gajet ini boleh mengganggu tumpuan terhadap pengajian, tapi ia kurang tepat. "Kami perlu buat tugasan dan penyelidikan, tentu sukar jika tiada gajet itu. Kos juga meningkat sedangkan sebagai pelajar, duit perlu digunakan sebaiknya kerana sumber yang terhad. "Satu kemudahan jika memiliki komputer dan telefon bimbit juga bonus berganda jika ia adalah gajet terkini yang menjadi idaman ramai," katanya yang tidak ralat memperuntukkan hampir RM50 sebulan membeli kad tambah nilai. Ditanya adakah mereka boleh hidup tanpa gajet untuk sehari, masing-masing mengakui tidak sanggup 'menghadapi' tekanan itu. "Biarpun buruk, ia masih menjadi aset yang sangat berguna. Saya pasti tertekan jika tidak memegang telefon bimbit atau menggunakan komputer untuk sehari. "Saya sudah ada pengalaman telefon bimbit hilang, memang mati akal dan azab," kata Ahmad Shahrir. Mohd Rosdi pula berkata, sebagai golongan muda, dia cuba memiliki gajet idaman dengan mengumpul wang secara berdikit. "Saya idamkan telefon Samsung model terkini, namun harganya mahal dan tidak berkemampuan membelinya. Bagaimanapun, saya tidak putus asa dan cuba menyimpan duit. "Mungkin bila duit cukup, telefon berkenaan sudah menjadi gajet lapuk, namun saya tetap mahu memilikinya dan tidak kisah jika rakan memperli," katanya dan mengakui ada rakan suka mengusik telefon miliknya patut dijadikan tukun. Ditanya dari manakah mereka mendapat sumber maklumat mengenai gajet terkini di pasaran, dia berkata melalui media massa. "Itulah gunanya ada gajet terkini kerana banyak maklumat boleh diketahui sekelip mata. Bagaimanapun, ada juga di kalangan rakan menjadi model atau penyampai maklumat dan promosi. "Yang pasti, kami memang tidak mahu ketinggalan mengetahui gajet terkini itu. Walaupun tidak memilikinya, kami tahu mengenainya dan mengikuti perkembangan terkini dunia teknologi global," katanya. | |||||
| Posted: 23 Jan 2012 07:12 PM PST SEDEKAD bergelar penyanyi, keinginan nan satu yang sudah lama dicita-citakan wanita bernama Misha Omar ini kian tercapai. Julai bakal mencatat satu sejarah dalam lipatan kerjaya anak kelahiran Kelantan ini. Bagaimanapun penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta ini tidak keseorangan, sebaliknya konsert berkenaan turut menyaksikan kehadiran penyanyi Indonesia, Rossa. "Memang sudah lama saya mengimpikan sebuah konsert. Melihat penyanyi lama dan baru turun naik pentas, keinginan itu tentunya terbit juga di hati. "Apatah lagi melihat Datuk Shiela Majid dan Yuna mengadakan konsert, memberi inspirasi kepada saya untuk melakukan perkara serupa. Saya sentiasa berdoa satu hari nanti keinginan itu termakbul. "Alhamdulillah, tahun ke-10 dalam bidang ini, barulah impian itu tercapai. Walaupun perjalanannya panjang, bagi saya ia berbaloi. Selama ini saya seronok melihat teman-teman melakukannya. "Bagi saya biarlah apabila lapar baru makan daripada sudah kenyang, tapi masih disuap. Konsert ini akan menjawab pertanyaan peminat yang rindukan saya selama ini. Saya masih aktif menyanyi cuma kebanyakannya membabitkan persembahan korporat dan majlis makan malam," kata Misha yang sukar menggambarkan betapa terujanya dia untuk menghadapi konsert berkenaan. Saat dilamar CTRA Production, penyanyi yang baru meraikan ulang tahun ke-30 pada 6 Januari lalu, berkata terlalu sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika itu. Malah saat dihubungi Hip, dia masih sukar mempercayai hakikat itu. Hilai ketawanya di hujung talian sudah cukup menggambarkan perasaan wanita ini. Kata Misha, dia tidak memerlukan penari latar untuk mengiringi konsertnya nanti. Sebaliknya hanya bersandar kepada kekuatan suaranya untuk memikat hati peminat. "Vokal adalah senjata saya, bagi mempersiapkan diri untuk konsert itu saya sudah mula ke gimnasium. Sebenarnya masih terlalu awal untuk saya memperkatakan mengenai konsert ini kerana ada beberapa bulan lagi. "Namun sedikit sebanyak yang boleh dikongsikan, saya dan Rossa masing-masing diberi tempoh satu jam untuk membuat persembahan. Kami mungkin akan berduet pada malam itu, tetapi lagu apa yang bakal dinyanyikan masih belum diputuskan. Kami akan berbincang dengan Datuk Ramli MS sebagai pengarah muzik terlebih dulu," kata Misha yang tidak bimbang dibayangi Rossa kerana masing-masing akan muncul dalam slot berasingan. Tambahnya, mereka mempunyai cara tersendiri. Hanya jalinan muziknya saja yang sama, justeru dia tidak bimbang Rossa akan membayangi persembahannya. Dalam konsert berkenaan, Misha berkata, dia bakal mendendangkan lagu daripada album pertamanya sehinggalah kini. Antara lagu hit miliknya seperti Bunga-bunga Cinta, Lilitan Asmara, Halaman Asmara, Cinta Adam & Hawa, Pulangkan, Ku Seru dan banyak lagi. Konsert mereka tiada dalam senarai Konsert Cinta: Diva Dua Negara gandingan Misha Omar dan Rossa tidak ada dalam kalendar Istana Budaya (IB) kerana penganjur baru mengemukakan permohonan untuk membuat persembahan kepada pengurusan panggung budaya ini. Sehubungan itu, tarikh konsert yang dikatakan pada 6 Julai hingga 8 Julai belum diputuskan kerana ia tertakluk kepada kekosongan IB pada waktu itu. Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaari berkata, pihaknya masih di peringkat perbincangan dan permohonan yang diterima itu perlu dibawa ke peringkat pengurusan tertinggi untuk mendapatkan kelulusan. "Memang terdapat kekosongan pada tarikh terbabit tetapi masih belum memutuskan program yang akan diisi. Rasanya saya baru saja menerima permohonan daripada penganjur dan kita perlu membawanya ke dalam mesyuarat pengurusan sebelum memberikan kelulusan. "Saya nasihatkan kepada artis yang ingin membuat persembahan di sini jangan mengeluarkan sebarang kenyataan selagi ia belum mendapat kelulusan sebab banyak penilaian yang perlu kita lakukan sebelum memberikan kebenaran," katanya ketika dihubungi Hip. Sebelum ini IB ada menerima permohonan daripada Rossa untuk mengadakan konsert di IB tetapi terpaksa ditolak kerana tiada kekosongan. Mohamed Juhari menegaskan, ia bukan bermakna IB menghalang artis luar termasuk dari Indonesia untuk mengadakan persembahan di situ kerana terdapat slot khas untuk artis antarabangsa. "Kita memang buka untuk artis antarabangsa beraksi di sini seperti konsert West End. Rossa mempunyai ramai peminat di sini jadi buat apa kita nak lepaskan peluang itu cuma tarikh yang dipilih penganjur tiada kekosongan," jelasnya. Kesudian penyanyi Indonesia itu mengadakan konsert solonya di IB selepas tertarik menonton konsert Datuk Siti Nurhaliza, tiga tahun lalu. Memikirkan banyak faktor yang perlu dititik beratkan sebelum memberi sebarang kelulusan kepada penganjur, Juhari berkata ia penting memandangkan IB adalah lokasi seni bertaraf antarabangsa. "Banyak faktor yang perlu kita teliti dari segi persembahan, kredibiliti penganjur, tarikan penonton dan macam-macam lagi kerana Istana Budaya bukan pentas biasa. "Kita buka kepada semua syarikat produksi yang ingin mengadakan persembahan di sini asalkan persembahan yang dibawa itu mampu menarik penonton yang ramai," katanya. | |||||
| Posted: 23 Jan 2012 07:11 PM PST Black SEKALIPUN puncak kegemilangan sudah dirasai dalam masa yang singkat sebagai penyanyi, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 25 tidak mahu terus hanyut dengan dunia glamor. Meskipun rezekinya murah, namun tidak sesekali melupakan segala kehidupannya yang pernah dilalui. "Alhamdulillah semua yang berlaku adalah takdir dalam kehidupan saya. Kita semua tidak pernah tahu apa yang berlaku di kemudian hari. Apa pun kita jangan lupa untuk terus bersyukur kerana rezeki itu ada di mana-mana saja," kata penyanyi yang memiliki suara yang unik. Sebagai anak yang sentiasa menghargai pengorbanan kedua ibu bapanya, Black tidak pernah lupa tanggungjawabnya untuk membalas jasa insan yang pernah menyusu dan membesarkannya sejak lahir. "Alhamdulillah hasil titik peluh akhirnya saya dapat membeli rumah sendiri. Rumah itu saya hadiahkan kepada ibu dan bapa, saya mahu mereka tinggal di situ kerana lebih selesa berbanding rumah sekarang. "Namun saya tidak akan tinggalkan rumah sekarang ini di flet Projek Perumahan Rakyat (PPR), Kerinchi, Pantai Dalam dan akan terus tinggal di situ bersama abang. Walaupun ramai tahu kehidupan di flet kurang selesa, namun sepanjang 25 tahun saya di sana saya cukup serasi. "Walaupun saya sudah dikenali ramai, saya tidak akan tinggalkan ramai kawan-kawan yang sama-sama membesar di sana. Aktiviti yang paling seronok adalah bermain bola sepak," jelasnya lagi. Mengimbas suka-duka sebelum bergelar penyanyi, Black mengakui perubahan dirinya sebagai artis banyak memberi reaksi positif kepada penduduk di sana. "Saya bersyukur sejak bergelar artis ini saya memiliki lebih ramai kawan daripada sebelum ini. Bukannya mahu membanggakan diri atas perubahan saya sebagai artis, namun mahu menyatakan syukur kerana hubungan kami semakin erat daripada sebelum ini. "Jika dulu saya tidak diendahkan dan ada yang tidak menyukai saya, namun kini kami semuanya sudah bersatu kembali menjalankan kehidupan lebih aman, atas sebab itu saya sangat sayang untuk tinggalkan flet PPR Kerinchi," katanya Mengenai namanya yang tersenarai dalam Top 5 bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular ABPBH2011, Black berkata, dia mahu menyertai seberapa banyak siri jelajah ABPBH2011 kerana daripada situ boleh mendekati dan menghargai peminat. Dalam kategori itu, Black disenaraikan bersama Anuar Zain, Faizal Tahir, Aizat dan Hafiz. "Tahun ini saya mahu memberi lebih komitmen kepada penganjuran ABPBH2011 lebih lagi pada siri jelajah ABPBH2011. Bagi saya tidak ada sedikit kerugian mengikuti program ini kerana inilah peluang kami mendekati peminat. Saya melihat ia bukan program jangka pendek hanya untuk ABPBH2011, tetapi membina hubungan jangka panjang bersama peminat. "Tahun ini adalah tahun ketiga saya dicalonkan dalam ABPBH dan tahun ketiga juga akan mengikuti road toud. Saya sudah sediakan sesuatu kepada peminat untuk saya berikan pada siri jelajah promosi ABPBH2011 nanti," katanya yang baru saja pulang bercuti bersama Fasha Sandha, Nabil Ahmad, peminat dan pemenang Gemilang Bersama Bintang ABPBH ke Jakarta-Bandung. Bercerita mengenai kerjaya, Black yang bernaung di bawah label Monkey Bone Records berpuas hati untuk penerbitan album pertamanya berjudul Black Opsesi yang sudah berada di pasaran sejak Julai tahun lalu. Uniknya album yang mengandungi enam lagu ini mengangkat nama wanita sebagai judul Dewi Alia, Natalia, Lia, Gina dan Sofea Jane dan lagu lain seperti Aku Rindu Sayang Kamu. "Saya puas dengan album ini kerana selain judul dan liriknya, semua lagu dengan genre balada ini diadun dengan vokal bernada tinggi. Untuk album pertama memang saya mengambil masa yang lama kerana menitikberatkan kualiti. "Ada lagu yang saya rakamkan hanya 15 minit saja iaitu lagu Sofea Jane. Saya masuk studio untuk mendengar muzik dan terus menyanyi untuk dirakamkan," katanya. Tahun ini juga perancangan terus diatur demi memastikan kerjayanya terus menyinar, Black akan memastikan album keduanya dapat diterbitkan pada tahun ini juga. "Saya sudah rancang untuk album kedua dan ada pun single terbaru untuk 10 atau 11 lagu, tapi bukan rakam semua lagu, kami masih gunakan pendekatan sama iaitu mengeluarkan single demi single," katanya. | |||||
| Posted: 23 Jan 2012 07:10 PM PST DAVID bersama artis dan pengarah serta kru bergambar kenangan. SEJAJAR dengan aliran teknologi perfileman yang semakin maju, Metrowealth International Group (MIG) tidak mahu ketinggalan untuk menghasilkan filem bercorak animasi dalam terbitannya akan datang. "Saya mahu terus mencari sesuatu yang baru untuk industri filem kita. Bermula tahun ini juga saya mahu aplikasikan teknologi baru seperti animasi dan penggunaan Teknik Penjanaan Komputer (CGI) yang lebih terkini menerusi filem saya. "Selain daripada penerbitan filem cereka, MIG juga akan menerbitkan satu filem animasi setiap tahun bagi membuka peluang kepada animator mengembangkan sektor animasi tempatan," katanya yang ditemui pada Majlis Kesyukuran dan Gong Xi Fa Cai, di sebuah hotel terkemuka di Subang. Melihat daripada perkembangan drastik MIG dalam usia satu dekad, David turut menganggap MIG sebagai sebuah 'universiti perfileman' yang melahirkan bakat lakonan dan pengarah baru menerusi Skim Pengarah Muda tajaan syarikatnya. "MIG sudah boleh dianggap sebagai universiti melahirkan bakat baru, sebab itu slogan Bintang Dicipta Bukan Dilahirkan saya gunakan hingga hari ini. Selain daripada memiliki pelakon sendiri, MIG turut memperkenalkan Skim Pengarah Muda MIG. "Antara pengarah muda yang digilap MIG seperti Ismail Hasim, Azhari Zain, Pierre Andre, Hashim Rejab, Farid Kamil, Ahmad Rusli, Yana Samsuddin, Muhamad Razif, Noor Hazlin, Mohd Azaromi dan Nor Zahirah. "Selain itu, MIG turut membuka peluang kepada media dan orang ramai untuk membuat skrip, saya tahu setiap orang pasti mempunyai sejarah hidup sendiri dan cerita itu boleh dijadikan skrip untuk filem. Kami akan membayar mana-mana skrip yang menepati kehendak kami," katanya. Kira-kira 400 tetamu terdiri daripada penggiat industri perfileman, media, rakan niaga dan artis menghadiri majlis tahunan anjuran syarikatnya ini sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina. Sementara itu, MIG menerusi syarikat penerbitan filemnya, Metrowealth Movies Production (MMP) urut berbangga dapat menyumbang 22.2 peratus hasil kutipan penerbitan filem syarikatnya kepada industri dengan pungutan kasar sebanyak RM108 juta tahun lalu. Dengan jumlah itu, MIG menjadi syarikat penerbitan filem terbanyak menyumbang kepada industri perfileman iaitu sebanyak RM24 juta. "MIG sudah menerbitkan 72 filem sepanjang satu dekad penubuhannya dan 54 daripadanya sudah ditayangkan. "Kami juga menjangkakan 19 filem lagi akan ditayangkan sepanjang tahun ini. Bermula tahun ini juga kami akan lebih agresif untuk menerbitkan 29 filem bagi mencapai sasaran 100 filem menjelang tahun 2013," katanya. | |||||
| Posted: 23 Jan 2012 07:08 PM PST ESOK Tahun Baru Cina akan disambut meriah bagi keturunan Tionghua di negara kita. Bersempena Tahun Naga itu juga, B*POP menggandingkan Suki, 22 dan Winnie K, 31, yang diakui nama mereka cukup dikenali di kalangan masyarakat Melayu dalam persada seni suara di negara ini. Barangkali momentun kedua-duanya belum panas lagi biarpun masih pernah bertemu muka sebelum ini. Namun, mood mereka ternyata berubah serta merta untuk persalinan moden. Winnie dan Suki pantas mencipta keserasian sekali gus memudahkan tugas jurufoto. Kehadiran mereka juga secara kebetulan datang dengan isi cerita menarik yang mahu dikongsi bersama peminat. Suki seperti biasa akan menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga tersayang di kampung halamannya di Seremban, Negeri Seremban., manakala Winnie meraikannya di ibu kota. Pemilik nama penuh Low Sook Yee ini akui nampak gembira menceritakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina kali ini. Ungkapnya sambil berseloroh, acara wajib baginya setiap kali menjelma Tahun Baru Cina ialah makan, makan dan makan. "Buah limau dan kuih bakul antara kegemaran saya. Paling seronok dapat bersama-sama keluarga untuk makan besar mengumpulkan semua ahli keluarga. Bapa saya akan masak pelbagai menu istimewa terdiri dari ikan, sup, ayam dan banyak lagi. Semestinya bahagian ini yang sentiasa ditunggu-tunggu ramai. "Ibu pula akan menyediakan pencuci mulut. Tahun ini yang jadi bertambah seronok ialah kakak saya dari Hong Kong akan pulang bersama anaknya. Saya pula jenis yang suka melayan budak. Paling seronok, saya masih menerima angpau kerana masih belum berkahwin. Kalau saya sudah kahwin, sayalah yang kena beri angpau pula," katanya yang turut merakam kembali lagu Warisan dipopularkan Allahyarham Sudirman Arshad bersama Aizat dan Lorence Soosai. Suki sempat diusik dengan persoalan mengenai sisi peribadinya. Ternyata Suki tak berahsia dan terbuka dalam menceritakan hal kekasih. Kekasih yang dikenali sejak tiga tahun lalu itu sebenarnya merangkap pengurusnya juga iaitu Jeremy Chong. "Kalau ada yang tanya mengenai hal ini, saya akan cakap yang betul. Sepanjang saya berdepan kesusahan termasuk masalah dengan Galaxy, dia banyak memberi bantuan dan sokongan. Saya lebih selesa bekerja dengan orang yang boleh dipercayai sepertinya," katanya yang boleh dihubungi menerusi laman sesawang, www.sukionline.com, www.facebook.com/iamsukilow, www.twitter.com/SukiLow dan www.youtube.com/user/sukilowmusic. Mengintai sisi kerjaya seninya, Suki yang juga juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama terbitan 8TV ini sedang dalam rangka menghasilkan album ketiganya yang keseluruhannya memuatkan lagu Melayu selepas album Finally/ Akhirnya dan album Mandarin, Ladies Night. Sudah empat lagu siap dirakam dan berbaki empat lagi yang dalam proses pemilihan. Buat permulaan, lagu ciptaan Ajai dan liriknya oleh Jeremy Chong berjudul Terlalu Mencintaimu itu pernah dirakam Alyah dengan menggunakan judul Pusara Kasih tetapi difahamkan ia terperap begitu saja kerana beberapa masalah. "Sekalipun saya sudah agak lama tidak muncul dengan album berbahasa Melayu (selepas Finally/Akhirnya) dan memberi perhatian untuk album Mandarin di Taiwan, masih ada peminat bertanya saya mengenai kemunculan kembali dengan album lagu Melayu. "Memang pada mulanya saya sendiri berhasrat untuk bergilir-gilir menghasilkan album Melayu dan Mandarin. Tetapi biasalah setiap yang kita rancang tak selalunya menjadi seperti diingini. Buat permulaan album ketiga saya ini dijangka berada di pasaran Mei atau Jun ini. "Besar kemungkinan album ketiga ini hanya akan diedarkan secara online selain menumpukan muat turun secara digital. Album ini diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat saya sendiri, Infi8 Dreams yang ditubuhkan sejak Julai tahun lalu," katanya yang tampil dengan imej segar berambut pendek sejak tahun lalu lagi. Sekitar 2010 ketika sibuk mencuba nasib melebarkan legasinya di Taiwan termasuk menghasilkan album Ladies Night, Suki sebenarnya turut berpeluang mencuba nasib berlakon drama di sana berjudul The Gift yang turut disiarkan di Astro Shuang Xing (saluran 324). Peluang itu diperluaskan menerusi syarikat Galaxy Music Sdn Bhd selepas Suki tidak lagi bersama pengurusan 8 Unit. Malahan, Suki selain membikin album turut diberi pendedahan mengenai pembentukan imejnya. Bagaimanapun selepas sekian dua tahun setengah bersama syarikat berkenaan Suki melihat nasib dan kerjaya seninya seperti diperkotak-katikkan. "Saya dan pengurusan Infi8 Dreams dalam proses menyaman syarikat itu atas paksi Misrepresentation atau salah nyata yang digunakan dalam terma undang-undang. Mereka cakap ada pengalaman dalam pasaran muzik di China tetapi sebaliknya. Mereka janji macam-macam tetapi tiada langsung hasilnya. Saya sendiri sudah melaburkan RM367,575.15 kepada Galaxy untuk memastikan perancangan menembusi pasaran China mampu sukses. "Tapi bayangkan selepas album kedua dipasarkan di negara kita, saya masih tertunggu-tunggu strategi dan perancangan seterusnya daripada mereka," katanya yang masih menunggu keputusan lanjut daripada mahkamah berhubung isu terbabit. Winnie K duta pakaian dalam WINNIE K pula tanpa berselindung mengharapkan tuah Tahun Naga untuk bertemu Mr Right. Akui penyanyi lagu Kau Ada Di Mana itu, sudah lama dia mengharap dipertemukan dengan jejaka idaman sekali gus berdoa supaya ia menjadi kenyataan tahun ini. "Usia saya pun bukanlah makin menurun. Siapa yang tak nak berkahwin dan hidup bahagia. Saya sendiri mengharapkan semua itu dan benar-benar mahu berkahwin tahun ini," ungkapnya membuka bicara. Seperti Suki, Winnie juga melihat sambutan Tahun Baru Cina sebagai pesta makan. Jelas Winnie lagi, ada kalanya setiap kali beraya, tuntutan kerja masih cuba dipenuhi. Ada kalanya, dia terikat dengan undangan membuat persembahan selain menjadi tetamu undangan untuk beberapa program TV. Ketika fotografi ini berlangsung pun, Suki sibuk dengan rakaman latihan beberapa program Tahun Baru Cina termasuk Dragon Festival Concert 2012 di TV2. Mujur pula sesi latihan diadakan di Angkasapuri, RTM dan berdekatan dengan Balai Berita. Untuk program berkenaan, Winnie bergandingan dengan Kelvin Lau sebagai pengacara dan turut membuat persembahan. "Kalau tak ada komitmen kerja, saya akan tumpukan masa Tahun Baru Cina ini bersama keluarga di samping emak, sepupu, kakak dan anak saudara. Cuma bapa saya sudah 13 tahun meninggal dunia dan kami sudah biasa beraya tanpanya. "Setiap kali perayaan ini datang, saya sering disogokkan dengan pelbagai makanan enak yang membuatkan saya sendiri jadi rambang mata. Kuih tradisional yang dipanggil kuih lipat antara kegemaran. Selalunya selepas tiga hari makan ketika menyambut Tahun Baru Cina ini, saya akan ke gimnasium. "Saya tak nafikan terlalu menjaga badan dan mengawal apa yang dimakan. Tetapi untuk Tahun Baru Cina, saya lupakan seketika hal jaga badan. Oh ya... Selasa ini jam 12 tengah hari, saya baru saja mendapat undangan untuk muncul sebagai tetamu bagi program Wanita Hari Ini bersempena Tahun Baru Cina," katanya yang sering mengunjungi gim Celebrity Fitness di One Utama sebagai menjaga badan dan stamina. Mengenai perkembangan seni dan kerjaya, Winnie memberitahu dia sedang merancang untuk menghasilkan EP dalam bahasa Melayu dan Cina. Kali terakhir Winnie muncul dengan album berbahasa Cina pada 2010 yang diedarkan Warner Music. Kontraknya bersama syarikat rakaman itu juga sudah tamat tahun lalu. "Saya juga baru balik dari Hong Kong. Ia lebih kepada urusan kerja kerana saya ke sana membincangkan projek mengenai penjagaan produk kecantikan. Saya belum boleh bercakap lanjut kerana ia masih dalam peringkat awal. Saya juga menjadi duta pakaian dalam, ELV yang diasaskan di Jepun. "Sudah tahun kedua saya bersama ELV. Pakaian dalam itu bukan untuk gaya kecantikan semata-mata tetapi bagus untuk kesihatan. Saya tak kisah mendedahkan badan dan ibu saya pun OK selepas melihat contoh gambar saya mengenakan pakaian dalam berkenaan," katanya yang gemar melancong ke luar negara dan sempat ke Melbourne, Australia untuk tujuan bekerja sambil bercuti. Winnie juga sempat memberitahu ramai yang masih menyangka Winnie Kok dan Winnie K adalah dua orang yang berbeza. Hal ini sudah banyak kali dimaklumkan kepadanya termasuk mereka yang sering berurusan dengannya untuk persembahan korporat. "Sebelum ini saya tukar nama dari Winnie Kok ke Winnie K pun untuk pasaran album ke Indonesia. Ia bertujuan memudahkan orang untuk menyebut dan mengingatinya. Lihat saja bagaimana nama suami Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa cukup dikenali dengan nama Datuk K," kata Winnie yang sempat memberitahu bahawa Dragon Festival Concert 2012 akan disiarkan di TV2 9.30 malam ini dan muncul dalam program Lucky Dragon Game Show 2012 di TV2 esok jam 4 petang. Profil Winnie K Nama sebenar: Kok Mui Kuan Tempat lahir: Kuala Lumpur Status: Bujang Profesion: Penyanyi dan model Kejayaan: Juara Asia Bagus di Singapura (1993), Top Ten Artis Cina Malaysia selama lima tahun berturut-turut sejak 2001 dan Anugerah Best Artist dan Malaysia Most Highly Supported Best Artis Global Chinese Golden Art Award (2005) Suki Nama sebenar: Low Sook Yee Tarikh lahir: 11 Disember 1989 Asal: Seremban Pencapaian: Juara One In A Million musim pertama Drama: The Gift | |||||
| Posted: 23 Jan 2012 07:05 PM PST Kampung Belimbing yang terletak di Lipis dianggap titik tengah Semenanjung Malaysia sejak pemerintahan Inggeris lagi. Malah, jika berkunjung ke lokasi ini, anda boleh menemui batu penanda `0' kilometer yang menjadi rujukan jarak ke seluruh negeri di Semenanjung. Namun, sehingga 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melakukan kajian komprehensif untuk menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia dengan menggunakan beberapa kaedah. Bekas Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Sallehuddin Ishak berkata, JUPEM menggunakan tiga kaedah untuk menentukan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu berdasarkan rupa bentuk muka bumi tanah Semenanjung, pengiraan jisim dan kaedah matematik. Sallehuddin berkata, mengikut kaedah pengukuran rupa bentuk muka bumi, JUPEM melakukan pengiraan dengan menghubungkan titik-titik pada bahagian paling hujung Semenanjung menggunakan garisan di mana titik tengah Semenanjung Malaysia dikenal pasti berdasarkan pertemuan garisan berkenaan. Sallehuddin yang kini Timbalan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (Kemajuan Pengurusan Dan Perundangan Tanah), Ibu Pejabat Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian berkata, mengikut kaedah itu, titik pertemuannya ialah pada kedudukan x bersamaan 469053.344 dan y (464283.582) iaitu di Hutan Simpan Ulu Cheka, Lipis. "Mengikut kaedah kedua pula, pengiraan jisim secara abstrak dengan mengandaikan kedudukannya pada x bersamaan 63626.711462 dan y (446971.55564) iaitu di Jerangsang, Benta, Lipis," katanya kepada sisipan Rona baru-baru ini. Sallehuddin berkata, kaedah ketiga melalui pengiraan matematik iaitu menghubungkan titik paling jauh dengan titik paling dekat menggunakan 37,371 titik. Menurutnya, pada akhir pengiraan, titik tengah dikenal pasti pada kedudukan x bersamaan 469519.6934 dan y (386338.7621) iaitu di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh. "Berdasarkan tiga kaedah itu, JUPEM menyerahkannya kepada kerajaan negeri untuk pertimbangan selanjutnya. "Sehubungan itu, kerajaan negeri memutuskan cara terbaik menentukan titik tengah ialah berasaskan kepada keputusan yang boleh dicabar secara saintifik supaya ia dapat dibuktikan dan lebih praktikal," katanya. Beliau berkata, penentuan itu juga dibuat dengan mengambil kira kedua-dua lokasi terdahulu yang menggunakan kaedah rupa bentuk muka bumi dan pengiraan jisim terletak di kawasan hutan dan sukar dikunjungi. Malah, dari segi `common sense', kedudukan Lanchang, Temerloh memang terletak di antara Lipis dan Maran. Selain itu, mengambil kira kedudukan stesen Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) dan PULARES yang secara strategiknya terletak di Temerloh, ia bagai sokongan kuat membuktikan lokasi ini terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia. Dari segi jarak perjalanan, Temerloh terletak tengah-tengah iaitu antara Kuantan dan Kuala Lumpur atau antara pantai barat dan timur. Sehubungan itu, daerah Temerloh yang sebelum ini popular sebagai `bandar ikan patin' juga bakal dikenali sebagai bandar `titik tengah Semenanjung Malaysia' serta dapat membawa banyak manfaat kepada penduduk tempatan. Sementara itu, pengiktirafan Temerloh sebagai daerah titik tengah Semenanjung Malaysia bukan saja menamatkan perdebatan di kalangan ahli akademik, malah secara langsung memberi kelebihan kepada daerah ini dalam menarik pelancong. Bandar Temerloh yang sekian lama terkenal dengan jolokan `bandar ikan patin' sudah cukup membuatkan penggemar ikan sungai berkunjung ke bandar ini untuk menikmati keenakan masakan spesies ikan ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Sharkar Shamsuddin, berkata titik tengah Semenanjung Malaysia yang dikenal pasti terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang sudah tentu menjadi tarikan untuk pengunjung melawat Temerloh yang sebelum ini terkenal dengan produk pelancongan alam sekitar. "Tarikan terbaru ini boleh menjadi pelengkap kepada destinasi pelancongan sedia ada seperti Gunung Senyum; Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah; Santuari Rusa di Bukit Rengit dan Lembah Harimau," katanya. Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri berkata, kedudukan Kampung Paya Siput terletak di antara Sungai Kepong dan Kampung Bongsu. "Ia dikenal pasti sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia berdasarkan pengiraan matematik oleh JUPEM," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, pengisytiharan Kampung Paya Siput, Lanchang sebagai lokasi titik tengah Semenanjung Malaysia mempunyai signifikan tersendiri. "Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah penduduk setempat perlu merebut peluang yang ada dengan bertindak secara proaktif membabitkan diri mempromosikan kawasan mereka. "Mereka tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata untuk menyediakan prasarana sebaliknya memanfaatkan peluang seperti menjual cenderahati bermotifkan titik tengah kepada pelancong," katanya. Shafik berkata, kerajaan boleh membangunkan Temerloh tetapi akhirnya penduduk setempat perlu mempunyai kesedaran dan tanggungjawab memeliharanya. Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, pihaknya merancang membangunkan beberapa kemudahan di kawasan istimewa itu. "Sudah tentu kita mahu kawasan itu mempunyai kemudahan untuk pelancong termasuk aktiviti penjualan cenderahati dan rekreasi bagi menjadikannya menarik. "Kita juga merancang mendirikan monumen atau mercu tanda yang boleh meninggalkan kenangan kepada pelancong," katanya. Tarif berkata, kedudukannya di kawasan Kampung Paya Siput cukup menarik kerana ia mempunyai penempatan kampung tradisional dan kemudahan asas yang lengkap. Penduduk tempatan nanti limpahan PENDUDUK Kampung Paya Siput, Lanchang, yakin pengiktirafan kawasan perkampungan itu sebagai titik tengah Semenanjung sudah tentu memberi makna yang mendalam kepada mereka. Walaupun ia tidak merubah wajah kampung itu dalam sekelip mata, mereka percaya kawasan itu akan lebih dikenali dan menjadi sebutan kerana kedudukannya yang begitu unik berbanding tempat lain di negara ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rantau Panjang, Zainal Abidin Mat Taha berkata, Kampung Paya Siput adalah antara tiga kampung yang terletak di bawah pentadbiran JKKK Kampung Rantau Panjang selain Kampung Bukit Wau dan kampung Orang Asli Bukit Licin. "Lebih menarik, titik tengah sebenarnya terletak betul-betul di bawah sebuah pondok di pusat pengajian agama, Madrasah Darul Ulum yang diusahakan Sabaruddin Othman sejak lima tahun lalu. "Sehubungan itu, kami berharap pihak Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) akan membangunkan kawasan terbabit untuk menjadikannya sebagai tarikan pelancongan ke negeri ini," katanya. Zainal Abidin berpendapat, suatu mercu tanda perlu dibangunkan di kawasan itu bagi membolehkan orang ramai sama ada penduduk setempat atau pelancong luar tahu kedudukan sebenar titik tengah berkenaan. Selain itu, beliau berkata, beberapa kemudahan lain juga boleh disediakan di kawasan terbabit seperti jalan masuk, tempat jualan cenderahati dan ruang perniagaan yang boleh dimanfaatkan penduduk setempat. Bagi Sabaruddin, 43, beliau tidak keberatan membenarkan sebahagian tanahnya dibangunkan untuk kepentingan awam kerana percaya pemilihan kawasan itu ada hikmah tersendiri. "Saya tidak mahu mengambil kesempatan di atas perkembangan ini, sebaliknya menerima apa juga keputusan pihak berkuasa tempatan. "Saya difahamkan, titik tengah yang dimaksudkan itu terletak betul-betul di bawah satu daripada pondok yang digunakan sebagai asrama oleh penghuni madrasah ini. Apa yang saya tahu, pihak berkuasa bercadang mewartakannya untuk dibangunkan dengan prasarana. "Cuma, saya berharap beberapa pondok yang berada dalam lingkaran titik itu dapat dialihkan ke tempat lain yang lebih sesuai," katanya. Madrasah Darul Ulum kini mempunyai kira-kira 100 penghuni termasuk dari kalangan remaja, anak yatim dan pasangan warga tua yang ingin mendalami ilmu agama secara percuma. | |||||
| Lelong baucar buku di internet Posted: 23 Jan 2012 07:02 PM PST PUTRAJAYA: Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet. | |||||
| Tahun Naga! Bawa tuah, rezeki melimpah ruah Posted: 23 Jan 2012 06:51 PM PST Tahun 2012 dilihat bakal mencipta pelbagai sejarah buat Metrowealth International Group (MIG). Sementelah tahun ini merupakan Tahun Naga Air, yang sama dengan tahun kelahiran 'taukenya', Mejar (K) David Teo. Naga merupakan lambang tersohor dalam mengecap kejayaan dan kebahagiaan. Malah bagi penerbit prolifik ini, tahun ini akan membawa rezeki yang melimpah ruah kepadanya. Menjelaskan serba sedikit mengenai orang yang lahir pada Tahun Naga, individu yang dilahirkan pada tahun ini, dipercayai mempunyai ciri-ciri positif, keusahawanan, artistik, inovatif, berkuasa, bertuah, bersemangat dan intuitif. Sementara sifat negatifnya, sedikit angkuh dan cepat marah. Melihat pada ciri-ciri tersebut, tidak keterlaluan jika dikatakan hampir semuanya ada pada diri David Teo. Terkenal dengan tagline 'Bukan janji tapi pasti', David punya magis tersendiri untuk mengembangkan empayarnya. Bermula dengan filem Syukur 21 arahan Eddie Pak, pada 2001, David kini mampu berbangga dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapainya. Siapa sangka, beliau yang suatu ketika dulu, pernah mengambil upah menggaul simen dan acuan longkang, kini punya lubuk emas, MIG, yang merupakan produksi paling aktif menghasilkan drama dan filem di negara ini. "Seperti 'naga yang dipasang dengan enjin turbo', sehingga ke tarikh ini MIG telah mendapat 10 slot wajib tayang dan menjangkakan 19 lagi filemnya akan ditayangkan sehingga akhir tahun ini. MIG telah menayangkan 54 filem bagi tahun-tahun lalu, tahun ini kita bakal menayangkan 29 filem lagi. "Secara keseluruhan, jika semuanya berjalan lancar M1G telah berjaya menayangkan 72 filem. Langkah ini dilihat sebagai satu matlamat untuk mencapai sasaran menerbitkan 100 filem menjelang 2013. "Menerusi filem yang ditayangkan MIG juga telah mengaplikasikan pelbagai teknologi baru dalam pembikinan filem termasuklah animasi dan CGI," katanya yang ditemui dalam majlis Kesyukuran dan Sambutan Tahun Baru Cina di Sunway Resort Hotel, baru-baru ini. Menurut David, Malaysia antara negara paling berjaya di Asia Tenggara yang mana berjaya mengutip sejumlah RM108 juta keuntungan secara kasar dalam industri perfileman tahun lalu. Malah dengan penuh keyakinan, beliau berkata, MIG menjadi penyumbang utama, RM24 juta daripada jumlah tersebut. Lahirnya bintang MIG Slogan 'Bintang dicipta, bukan dilahirkan' membuktikan MIG juga berjaya mengembangkan bakat-bakat yang sedia ada seperti Shahiezy Sam, Lisa Surihani, Farid Kamil, Pierre Andre dan Yana Samsudin menjadi bintang yang disegani dalam industri ini. Bahkan, di bawah pimpinan David semakin ramai bakat-bakat baru yang mula mencuri tumpuan peminat seni tempatan berjaya diketengahkan termasuklah Zalif Sidek, Wawa Zainal, Aeril Zafril dan Fezrul Khan. Bercerita mengenai percaturannya terhadap muka-muka baru, David menjelaskan, beliau yakin setiap individu punya bakat dan kelebihan tersendiri, biarpun terpaksa berdepan dengan cabaran dan risiko tertentu. "Saya bersedia menerima mereka yang mahu berusaha menjadi yang terbaik demi mencapai matlamat masing-masing. Mereka perlu diberi peluang untuk menunjukkan kemampuan diri supaya dapat dilihat dan dibawa ke peringkat lebih tinggi. "Sebab itu, saya sentiasa menyediakan ruang kepada mereka yang menginginkan kejayaan ini. Saya yakin kepercayaan yang diberi mampu membuatkan mereka menjadi seorang yang dihormati satu masa nanti," katanya. Selain itu, David dilihat semakin berani mengorak langkah apabila memperkenalkan Skim 10 Pengarah Muda MIG. Ujarnya, skim berkenaan bagi memastikan industri filem tempatan tidak kekeringan idea dalam menghasilkan kepelbagaian filem selain menyuntik idea segar di dalam karya mereka. Yang pasti, tahun ini David juga bakal menambahkan 10 lagi pengarah muda menerusi skim itu. Antara beberapa pengarah muda yang telah mengikuti skim itu termasuklah Hashim Rejab, Yana Samsudin, Azhari Zain dan Amiro. "Formula membentuk modal insan menjadi teras utama MIG dalam melahirkan bakat-bakat baru dalam industri ini. Malah MIG tidak hanya memberikan perhatian kepada pengarah dan pelakon sahaja sebaliknya terhadap setiap warga kerja MIG termasuklah mereka yang di belakang tabir. "Ini juga bagi memastikan industri sentiasa kaya dengan generasi pelapis. Ia terbukti apabila pengarah muda seperti Pierre dan Farid berjaya membuat kutipan pecah panggung melebihi RM8 juta menerusi karya mereka," ujarnya. Kongsi rezeki Sudah menjadi tradisi MIG, setiap kejayaan akan dikongsi bersama. Walaupun sudah bergelar jutawan, beliau tidak pernah 'kedekut' untuk berkongsi dengan seluruh warga MIG. Bagi David, setiap rezeki yang diperoleh perlu dikongsi bersama mereka yang telah bertungkus-lumus mencapai sasaran MIG, baik filem mahupun drama. "Kejayaan yang dimiliki bukan bergantung pada saya seorang, tetapi atas usaha warga kerja MIG yang lain. Dari pengarah, pelakon, krew dan juga unit pengurusan. "Malah sehingga kini saya juga berbangga dan berterima kasih dengan sokongan media merancakkan lagi industri perfileman negara. "Maka tidak salah rasanya saya berkongsi kegembiraan ini," katanya. Berkumpul bersama keluarga Seperti tahun-tahun sudah, Tahun Baru Cina kali ini juga disambut dengan meriah. Menurut David, inilah masa yang sangat dinanti-nantikannya kerana ia adalah waktu dan kesempatan terbaik untuk dihabiskan bersama ahli keluarganya. Jelasnya, kemeriahan benar-benar dirasai apabila beliau berpeluang meraikan sambutan tersebut bersama keluarga tersayang. "Masa inilah kami berkongsi kegembiraan. Riuh-rendah rumah dengan gelagat adik-beradik dan sanak-saudara yang hadir. Itulah yang membuatkan perayaan ini sangat bermakna bagi saya," ujar bapa kepada empat anak ini, Ruby,19, Jason,18, Jackhu,11, dan Jehan,6. Menyingkap kenangannya meraikan sambutan Tahun Baru Cina, David berkata, sudah menjadi kewajipan dalam keluarganya berkunjung antara satu sama. Pun begitu, tradisi ini tidak lagi diteruskan sejak ibunya meninggal dunia. "Seperti biasa, saya dan adik-beradik lain akan berkumpul di rumah bapa sehari sebelum hari raya tiba untuk melakukan upacara sembahyang sebelum makan besar diadakan. "Kemudian, barulah upacara pemberian angpau dijalankan. Sebab mengikut adat kami, angpau tidak boleh diberikan sekiranya upacara sembahyang belum dilakukan," katanya. Menurut suami kepada Jane Lim ini juga, hari pertama Tahun Baru Cina dia dan keluarga lebih senang berada di rumah untuk meraikannya bersama-sama sebelum 'pintu dibuka' kepada tetamu lain yang berkunjung ke rumahnya pada hari kedua. "Kami tidak menang tangan melayan tetamu yang hadir. Menariknya bukan sahaja kaum Cina, tetapi kaum lain juga datang ke rumah saya," kata anak ketujuh daripada lapan beradik ini. Bertanyakan mengenai pantang larang pada perayaan ini, David berkata, dia dan keluarga masih berpegang kuat pada amalan nenek moyang mereka. Kata David, walaupun dunia semakin moden, tidak bermakna dia harus meninggalkan pegangan itu. Malah kata David, dia juga akan memastikan anak-anaknya mematuhi segala amalan itu. "Setiap kali Tahun Baru Cina, kami tidak boleh menyapu dan membersihkan rumah kerana ia dikatakan akan 'menghalau' semua nasib baik. Semua alatan pembersih, seperti penyapu dan penyodok juga disembunyikan," katanya. | |||||
| Facebook ‘lubuk’ pelaburan haram Posted: 23 Jan 2012 06:50 PM PST ![]() Pengguna Internet perlu sentiasa berhati-hati dengan pelawaan rakan Facebook untuk menyertai sebarang aktiviti pelaburan. - Gambar hiasan LAMAN web sosial Facebook tidak dinafikan merupakan antara medan berinformasi berguna jika dipraktikkan dengan baik. Menyedari kemudahan dan kepentingannya, banyak pihak termasuk kerajaan memilih menyalurkan pelbagai maklumat menerusi laman web tersebut. Namun di sebalik manfaatnya, terdapat juga pihak yang tidak bersikap jujur ketika bersosial dan sanggup mengambil kesempatan termasuk memperkenalkan skim pelaburan cepat kaya. Laman profil kini rancak dibanjiri oleh iklan-iklan seperti 'ingin cepat kaya', 'duit secara infiniti', 'tanpa kerja dapat duit', 'jana duit melalui Internet' dan sebagainya bagi menarik pelabur baru. Selain itu, kewujudan skim seakan-akan SwissCash, Forex (tukaran wang) dan seumpamanya juga semakin hari semakin berleluasa di Facebook. Keghairahan dalam mengejar kekayaan antara faktor mengapa ramai mudah tertipu dan terjebak dengan skim pelaburan seperti itu. Wartawan MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan jurugambar, WAHIDIN SALIM menyingkap kisah di sebalik skim penipuan pelaburan di Internet terutama laman sosial Facebook serta mereka yang terlibat dalam skim-skim sebegini. KUALA LUMPUR 23 Jan. - Walaupun pelbagai kisah telah dibongkar di sebalik penipuan pelaburan di Internet beberapa tahun lalu, namun masih ramai pengguna yang tidak serik untuk terus melabur. Bezanya, jika dahulu skim seperti SwissCash, Buy-e-barrel, Al-Arabic Fund dan ABB Fund merupakan pelaburan yang cukup popular dalam kalangan pengguna Internet, kini ia menular ke laman web sosial seperti Facebook. Modus operandinya tetap serupa - mencari mangsa yang ingin menjadi kaya dengan cara cepat dan mudah. Pada masa sama, mereka bijak menukar medium kononnya wang pelaburan tersebut adalah untuk digunakan dalam perniagaan kayu gaharu, emas, minyak dan sebagainya. Malah, dengan hanya melayari Facebook, pelabur akan diberikan RM100 sebagai ganjaran. Bagaimanapun, wang ganjaran tersebut hakikatnya tidak akan diperoleh sehingga individu terbabit melakukan pelaburan yang sama. Cara operasinya mudah, seperti bermain kutu di mana ahli yang memperkenalkan skim tersebut akan menerima pelaburan wang dalam jumlah yang sama iaitu RM100 daripada ahli baru. Ahli baru pula akan mengharapkan ada ahli lain yang ingin menyertai skim itu melaluinya. Bagi menarik peserta baru untuk menjadi mangsa, 'si penipu' akan menggunakan gambar longgokan duit yang banyak, kereta mewah serta barangan berjenama sebagai umpan mereka. Berikut antara kes penipuan membabitkan pelaburan menerusi Facebook yang diceritakan oleh mangsa kepada wartawan, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR. KES 1: BERKENALAN dengan seseorang di Facebook yang boleh membantu membebaskan diri individu itu daripada dibelenggu masalah kewangan pasti membuatkan sesiapa sahaja teruja. Perasaan itu turut dialami Normala Aziz, 27, apabila dia tertarik untuk melabur hanya kerana 'sambutan' yang diterima oleh rakan mayanya. Normala berkata, ucapan terima kasih kerana membantu dan juga gambar bersama kereta serta banglo mewah yang diterima dan terpapar di profil rakannya itu, membuatkan dia lebih yakin untuk turut serta. Setelah mendapatkan maklumat lanjut daripada rakan mayanya itu, satu pertemuan dilakukan. "Saya memandu ke pejabatnya dan mula mencari tempat letak kereta di dalam bangunan itu. "Agak terkejut apabila melihat pelbagai kereta mewah seperti Porsche, Ferrari serta Aston Martin berbaris dalam tempat letak kereta itu dan semuanya ada pelekat skim pelaburan tersebut," katanya yang ketika itu masih lagi belajar di institusi pengajian tinggi di ibu negara. Tanpa berfikir panjang, Normala yang ketika menyertai pelaburan tersebut masih belajar di institusi pengajian tinggi awam, telah melaburkan wang biasiswanya sebanyak RM2,000. Masalah mula timbul apabila dia terpaksa mencari ahli baru untuk melayakkan dia menerima pulangan dijanjikan dalam pelaburan tersebut. Malah, pihak atasan dan ejen meminta dia menaikkan pelaburan sehingga RM35,000 untuk melayakkannya menjadi 'rakan kongsi'. Terdorong dengan kata-kata itu, dia mula meminjam wang daripada rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara mara. Malangnya 'langit tidak selalunya cerah' apabila ramai di antara 'rakan kongsi' pelaburan itu ditangkap oleh pihak polis berikutan dakwaan melakukan pengumpulan deposit secara haram. KES 2: DENGAN hanya log masuk ke dalam Facebook, seseorang berjaya mendapat RM100. Jika ikut logik akal, bukan mudah seseorang mendapatkan keuntungan dengan hanya bergoyang kaki sambil melayari Facebook. Namun, itulah hakikatnya yang berlaku kepada salah seorang mangsa, Derrick Lau, 27, apabila mencuba untuk turut sama berjaya seperti yang diiklankan oleh skim pelaburan Facebook itu. "RM100 bukan nilai yang besar untuk modal dan saya rasakan pada mulanya tidak salah untuk saya mencuba, mana tahu nasib menyebelahi saya," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Menurut Derrick, taktiknya sangat mudah, selepas mendaftar dan membayar RM100 sebagai modal awal, pelabur perlu memperkenalkan ahli baru. Pada awalnya, tiada penerangan khusus diberikan mengenai skim pelaburan tersebut. Setelah menyertainya, barulah dinyatakan bahawa skim tersebut perlu mencari 'orang bawah' (downline). "Mereka mendapat keuntungan dengan merekrut orang baru dan memasukkan wang ke dalam akaun mereka. "Lagi ramai yang masuk, makin bertambahlah duit di dalam akaun dan ia ternyata bukan satu pelaburan tetapi hanya mengambil wang orang lain. "Menyedari perkara itu, saya terus tidak menyertainya lagi dan bagi sesiapa yang bertanya, saya katakan ia adalah satu penipuan," katanya. KES 3: KHIDIR Rosli, 32, merupakan seorang pekerja swasta di salah sebuah hospital di ibu negara yang mahu mendapatkan keuntungan dengan cara mudah. Dia ditemukan oleh seorang rakan kepada satu skim pelaburan yang berasaskan Internet yang mana dapat memberikan pulangan sehingga 10 peratus setiap bulan. Masuk RM1,000, hujung bulan dapat RM100 dan begitulah seterusnya mengikut jumlah pelaburan yang dibuat - lebih tinggi pelaburan lebih banyak pulangan yang diterima Menurutnya, sesiapa sahaja yang mempunyai akaun bank terutama Maybank2u boleh menyertai pelaburan ini kerana keuntungan akan didebitkan terus ke akaun mereka secara bulanan. Pada awalnya, dia kurang percaya berikutan telah tertipu dengan pelaburan lain sebelum ini. Namun, pujukan serta cerita yang dibawa oleh temannya itu tentang kejayaan mereka telah dapat menundukkan hati Khidir untuk mula melabur. Dalam bulan pertama, dia mendapat RM100 dan begitu juga dengan bulan-bulan seterusnya. Pada bulan kelima dan keenam, pulangan yang diterima semakin meningkat kepada RM500, membuatkan dia merasa sangat gembira kerana beranggapan pelaburan kali ini tidak sia-sia. "Saya terus menghubungi ejen dan dia mengatakan syarikat sedang meningkat naik dan pelabur menerima pulangan yang lumayan. "Dia juga menyuruh saya untuk menambahkan pelaburan bagi mendapatkan pulangan berlipat kali ganda," katanya. Atas idea yang diberikan ejen skim tersebut, beliau membuat pinjaman peribadi kepada sebuah bank sebanyak RM50,000 untuk tujuan melabur dengan harapan mendapat pulangan lebih besar. Pada bulan pertama, bayaran sebanyak RM5,000 telah diterima menerusi akaun bank. Bagaimanapun, pada bulan kedua dan seterusnya, bayaran semakin berkurangan kepada RM2,500 dan pernah dia mendapat hanya RM1,000 sahaja. Lama-kelamaan dia tidak menerima langsung pulangan wang pelaburan. | |||||
| Posted: 23 Jan 2012 06:29 PM PST
BALING - Pelik tapi benar. Itu yang berlaku kepada seorang penoreh getah dari Kampung Keda, Sadik di Kupang dekat sini apabila menemui buah rambutan yang berisi batu. Saayah Ibrahim, 56, berkata, dia tidak menyangka menemui satu objek seperti seketul batu jernih selepas mengupas kulit rambutan ketika mahu menikmati buah itu semasa keluar menoreh di sebuah kebun di Kuala Pegang dekat sini baru-baru ini. "Saya terkejut apabila mendapati isi rambutan yang hendak dimasukkan ke dalam mulut adalah seketul batu berwarna jernih," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Keda, Sadik, Kupang dekat sini kelmarin. | |||||
| Pokok pisang lemak manis bertandan empat Posted: 23 Jan 2012 06:25 PM PST ![]() MOHD. SAPUAN dan isterinya menunjukkan pokok pisang lemak manis (dalam bulatan) yang mengeluarkan empat tandan pisang di Taman Kandis Permai, Jalan Kebun, Klang semalam. KLANG - Sepasang suami isteri di Taman Kandis Permai, Jalan Kebun di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok pisang lemak manis yang ditanam mereka di atas tanah bersebelahan rumah mengeluarkan empat tandan buah. Mohd. Sapuan Kamsee, 57, dan isterinya, Asmaniah Tamjis, 51, menyedari kejadian pelik itu ketika membersihkan kawasan tersebut pada Disember tahun lalu. Menurut Mohd. Sapuan, pada peringkat awal, pokok pisang tersebut hanya mengeluarkan dua tandan pisang namun beberapa hari kemudian, kedua-dua tandan itu bercabang dua dan kesemua empat tandan pisang itu mempunyai jantung masing-masing. "Ini merupakan buah sulung pokok ini sejak ditanam awal tahun lalu tetapi sebelum ini, tiada pula tanda-tanda aneh akan mempunyai empat tandan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. | |||||
| Tekad pengayuh perahu tambang Sungai Kedah Posted: 23 Jan 2012 06:25 PM PST ![]() LEAN HOCK mengayuh perahu tambang untuk mengambil pelanggan di seberang Pekan Cina di Alor Setar baru-baru ini. ALOR SETAR – Biarpun sudah mencecah usia 70 tahun, kudrat Teoh Lean Hock (gambar kecil) untuk mengemudi sebuah perahu tambang di Sungai Kedah di sini masih kuat. Lean Hock berkata, dia mengemudi satu-satunya perahu tambang di pusat bandar Alor Setar sejak enam tahun lalu dengan bayaran 30 sen sehala. "Ramai yang masih menggunakan perahu tambang ini terutama penduduk di beberapa kampung di Seberang Nyonya yang mahu berulang alik ke Pekan Cina," katanya ketika ditemui di jeti pelantar kayu Pekan Cina di sini baru-baru ini. Kata anak kelahiran Alor Setar itu, pada ingatannya, perkhidmatan perahu tambang wujud lebih 60 tahun lalu dengan tambang serendah lima sen sehala. "Perahu tambang ini sangat unik kerana ia mengingatkan zaman lampau yang banyak menggunakan pengangkutan ini untuk bergerak," ujarnya yang merupakan seorang bekas nelayan. | |||||
| Posted: 23 Jan 2012 06:24 PM PST ![]() ANGGOTA penguat kuasa KPDNKK memeriksa sebahagian minyak masak yang dirampas di Bukit Payung, Marang semalam. MARANG – Tembelang sebuah premis yang menjalankan perniagaan membungkus minyak masak secara haram di Batu Sembilan, Bukit Payung dekat sini terbongkar selepas diserbu anggota penguat kuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu semalam. Serbuan kira-kira pukul 2 petang itu dilakukan selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan premis itu menjual minyak masak dalam paket tanpa lesen. Dalam serbuan itu, sebanyak 6,800 paket minyak masak bernilai RM16,660 telah dirampas. Pemeriksaan lanjut turut mendapati pemilik premis berkenaan telah menyorok 400 buah kotak berisi barang kawalan itu di dalam sebuah gudang. | |||||
| Taman Ekologi jadi gajah putih Posted: 23 Jan 2012 06:22 PM PST ![]() JALAN masuk ke Taman Ekologi di Johor Bahru masih gagal disiapkan sehingga kini. JOHOR BAHRU - Taman Ekologi di Hutan Bandar di sini umpama projek 'gajah putih' berikutan masih gagal dibuka kepada orang ramai sejak dibangunkan pada 2007. Projek usaha sama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Kementerian Pelancongan itu bertujuan mempamerkan hasil-hasil ekologi seperti flora dan fauna dan sepatutnya siap pada 2009. Projek tersebut bersama dua lagi projek pelancongan lain yang dilaksanakan ketika itu menelan belanja RM7 juta. Tinjauan Kosmo! mendapati Taman Ekologi itu sudah hampir siap dan hanya memerlukan kerja-kerja akhir seperti memasang lampu dan kemudahan lain. Ekoran lama terbiar, keadaan bangunan berlumut, pokok-pokok hiasan mati dan semak memenuhi taman. | |||||
| Posted: 23 Jan 2012 06:21 PM PST
KUALA LUMPUR - Siapa sangka keseronokan lapan sekeluarga yang sedang asyik menonton televisyen dicemari insiden berdarah apabila salah seorang daripada mereka dijadikan tebusan oleh seorang lelaki sebelum 'drama' itu mencapai klimaksnya dengan suspek mati ditembak polis enam jam kemudian. Kejadian pukul 10.30 pagi semalam di Lorong Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini itu berlaku apabila suspek berusia 34 tahun tanpa seurat benang tersebut dikejar sekumpulan penduduk yang mengesyaki lelaki tersebut hendak mencuri. Suspek yang buntu untuk melarikan diri kemudian telah menerjah masuk ke dalam rumah mangsa sebelum mengambil pisau di dapur lalu menangkap dan mengacukan di leher seorang kanak-kanak, Fifi Ramadhani Syafrudin, 10. Enam ahli keluarga yang terkejut dengan kejadian itu kemudian melarikan diri kecuali bapa mangsa, Syafrudin Marlis, 47. Suspek yang bagikan kerasukan itu kemudian membawa mangsa masuk ke dalam bilik manakala bapanya kekal di ruang tamu. | |||||
| Posted: 23 Jan 2012 06:19 PM PST
PERBEZAAN budaya dan bangsa menyatukan dua hati, Vanessa Venlee Chong dan vokalis band Pop Shuvit, Moots atau nama sebenarnya Muralidharan Marimuthu pada Oktober tahun lalu. Vanessa lahir dalam keluarga Cina-Inggeris manakala Moots berketurunan India. Ini bermakna mereka meraikan tiga perayaan sekali gus iaitu Deepavali, Krismas dan juga Tahun Baru Cina. Cukup meriah, kata Moots dan Vanessa yang ditemui Kosmo! beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina menjelma. Mereka cukup teruja untuk meraikan Tahun Baru Cina pertama sebagai suami isteri bersama keluarga besar Vanessa di Kuala Lumpur. "Memang tidak sabar. Sebenarnya tahun lalu ketika kami telah bertunang, saya bawa dia balik bertemu keluarga besar pada Tahun Baru Cina dan tahun ini kali kedua buat Moots menyambutnya. Sebenarnya kami tidak menyambut secara besar-besaran kerana baru sahaja lepas menyambut Krismas pada Disember lalu. "Cuma persiapannya berbeza sedikit, dulu saya seorang diri kali ini sudah berdua dan suami juga saya perlu siapkan seperti pakaiannya. Saya juga semakin rajin memasak kerana selera Moots seperti orang Cina, manakala selera saya pula seperti orang India, saya lebih sukakan masakan kari daripadanya," ujar Vanessa sambil tertawa, Celah Moots, sambutan Tahun Baru Cina dan Deepavali lebih kurang sama sahaja kerana semua keluarga akan berkumpul selain mengadakan rumah terbuka dan makan besar. "Memang meriah dan serono. Keluarga saya tidak sebesar keluarga Vanessa, jadi kali pertama saya ikut dia meraikan Tahun Baru Cina pada tahun lalu saya agak terkejut kerana keluarganya besar. "Tidak secara langsung, ia mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak ketika menyambut Deepavali. Kiranya, sejak saya berkahwin dengan Vanessa, saya menyambut perayaan tanpa henti," ujar Moots yang menggemari Yisang. Selepas 33 tahun menerima angpau apabila tibanya Tahun Baru Cina setiap tahun, tahun ini kali pertama buat Vanessa yang juga seorang pengacara televisyen memberi angpau kepada sanak saudara yang masih bujang. Katanya, tahun ini dia memperuntuKkan sekitar RM1,000 hanya untuk angpau sahaja. "Keluarga saya besar kerana saya mempunyai enam orang adik-beradik, itu belum dicampur saudara-mara yang lain dan anak buah. "Selepas asyik menerima angpau daripada orang lain, tahun ini tiba giliran saya untuk memberi angpau. Lain perasaannya bila saya berada di posisi orang yang memberi angpau. Tambahan tahun ini, pertama kali saya sambut Tahun Baru Cina sebagai isteri," ujar Vanessa. Vanessa yang jarang menyarung busana tradisional Cheongsam pada Tahun Baru Cina menjelaskan rutin keluarganya berubah selepas mendiang datuknya meninggal dunia tiga tahun yang lalu. Sebelum ini, seluruh keluarganya akan berkumpul di rumah datuknya tetapi sejak ketiadaannya rutin itu berubah. Rutinnya bermula pada Ahad lepas dengan Vanessa sekeluarga makan besar, kemudian pada hari pertama perayaan mereka makan malam di restoran kerana jumlah keluarga yang besar dan pada hari kedua perayaan mereka berkumpul di rumah ibu Vanessa. "Kami tidak boleh buat di rumah untuk makan malam sebab jumlah ahli keluarga yang terlalu ramai. Ketika itulah semua saudara berkumpul dan bertanya khabar serta masa memberi angpau. Saya tidak mahu menjadi mak cik yang kedekut, jadi saya akan memberi angpau yang munasabah dan mengikut kemampuan saya dan Moots," balas Vanessa yang akan mula bekerja pada 26 Januari. Bulan madu kedua Moots dan Vanessa yang mengadakan perkahwinan di Kuala Lumpur dan Bali, Indonesia, sedang merancang untuk berbulan madu buat kali kedua di sekitar Eropah pada bulan Jun depan.
Bulan madu kedua itu merupakan destinasi pelancongan terakhir mereka berdua sebelum merancang untuk memiliki cahaya mata pada tahun ini juga. "Kami memang sangat gemar melancong. Sejak kami bersama, sudah banyak negara yang kami lawati antaranya Australia, Itali dan Bali merupakan destinasi kegemaran kami. Rasanya sudah enam kali kami ke sana, sebab itu kami memilih Bali sebagai lokasi perkahwinan kami. "Ramai rakan yang cakap, selepas berkahwin nikmati momen berdua sepenuhnya sebelum anak lahir kerana selepas ada anak, memang sukar untuk ke sana ke mari. Jadi, kami memang merancang untuk memiliki anak tahun ini juga kerana usia saya bukannya muda lagi, sebelum itu kami mahu melancong sepuasnya terlebih dahulu," jawab Vanessa yang kini berusia 34 tahun manakala Moots, 35 tahun. Apabila berbicara tentang anak, Moots memberitahu dia mahukan seorang anak sahaja, manakala Vanessa yang sudah terbiasa dengan keluarga yang besar inginkan tiga orang anak. "Saya memang inginkan seorang sahaja, tetapi Vanessa mahu tiga, mungkin kami akan memilih di tengah-tengah iaitu dua orang sahaja. Kesibukan kerja kami serta kos yang semakin meningkat untuk membesarkan anak merupakan antara sebab mengapa kami merancang dengan teliti tentang anak," luah Moots. Sambung Vanessa, semahunya dia inginkan keluarga yang besar kerana lebih meriah apabila melewati usia senja seperti mana yang dilalui oleh ibu bapanya, tetapi katanya, usianya membataskannya memiliki anak yang ramai. "Saya memang tidak boleh ada anak enam orang seperti emak saya kerana dia bermula lahirkan anak pada usia yang muda, saya pula sudah 34 tahun, mungkin dua orang itu masih boleh dilaksanakan," katanya sambil tertawa besar. Jadual padat Kerjaya kedua-dua pasangan suami isterinya sememangnya padat, Moots dengan band Pop Shuvit serta kerjayanya sebagai penyampai radio Hits FM, manakala Vanessa dengan program televisyen Bella di ntv7. Bagaimanapun itu tidak menghalang mereka untuk berbahagia seperti mana pasangan yang lain. Jika ada masa terluang mereka masih bertemu janji seperti zaman bercinta dengan pergi menonton wayang atau makan malam bersama. "Saya bersyukur sebab jadual sibuk kami serentak dan kami mempunyai masa lapang yang sama. Jadi, jadual yang sibuk bukan satu masalah buat kami. Kami masih seperti pasangan kekasih walaupun telah berkahwin," jawab Moots. Bercakap mengenai kerjanya, Moots dan Pop Shuvit akan ke Bali, Indonesia pada 31 Januari hingga 4 Februari depan untuk merakamkan album penuh bersama projek E.A.R yang dianggotai oleh band Ahli Fiqir (Singapura), Slapshock (Filipina), Saint Loco (Indonesia), Silksounds, Thaitanium dan M.E.M dari Thailand.
Sebelum ini mereka hanya bersatu dalam lagu Marabahaya bersama Pop Shuvit. "Lagu semua sudah ada, kami akan merakamkan album di Bali kerana mudah untuk semua rakan kami dari negara lain berkumpul. Tambahan, jika di Malaysia semua anggota Pop Shuvit mempunyai komitmen masing-masing, jadi pergi ke Bali hanya untuk merakamkan album sesuatu yang menyegarkan dan kami boleh beri fokus seratus peratus," ujar Moots. Menjelaskan album itu bakal mempunyai 10 buah lagu termasuk lagu Marabahaya sebagai trek bonus, album bersama E.A.R itu menyasarkan pasaran antarabangsa. "Sasaran kami memang antarabangsa sebab itu dalam 10 lagu, semua band akan menyumbang beberapa buah lagu, jadi album yang akan dirakamkan ini memang agak unik kerana mempunyai bunyi yang berbeza-beza," jawab Moots lagi. Vanessa pula kembali bersama program wanita berbahasa Inggeris, Bella. Katanya, dia turut banyak berubah bersama program kendaliannya itu bersama dengan Elaine Daly, Daphne Iking, Deborah Henry dan Lisa Wong. "Pelbagai informasi dan pengalaman yang saya peroleh sepanjang mengendalikan program ini. Jika tahun lalu program ini hanya bersiaran selama 30 minit setiap hari kecuali hari Ahad selama satu jam, tahun ini program Bella bersiaran selama satu jam setiap hari. "Saya pernah mengendalikan beberapa program sebelum Bella, tetapi menjadi pengacara program siaran langsung memang agak mencabar kerana saya kena bijak mengendalikan program, kalau tersilap tidak boleh disunting, penonton akan nampak dengan jelas kesilapan itu," tuturnya. Program Bella bersiaran di ntv7 setiap hari Isnin sehingga Khamis pada pukul 11 pagi dan hari Ahad pada pukul 1.30 petang. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



















0 ulasan:
Catat Ulasan