RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Logo halal swasta kena tanggal

Posted: 19 Jan 2012 05:53 PM PST


SEORANG pekerja sebuah restoran di dalam sebuah pasar raya menanggalkan logo halal yang tidak diiktiraf Jakimdi Seremban 2, Negeri Sembilan semalam.


SEREMBAN - Sebanyak lima buah premis makanan di sebuah pasar raya di Seremban 2 di sini semalam diarah menanggalkan logo halal kerana tidak diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Arahan tersebut dikeluarkan selepas premis berkenaan diperiksa sepasukan pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

Pengarah JHEAINS, Johani Hassan berkata, dalam pemeriksaan kira-kira pukul 12 tengah hari itu, premis makanan tersebut didapati menggunakan logo halal swasta dan tidak diiktiraf oleh Jakim.

Katanya, pihaknya juga telah mengeluarkan notis amaran dan meminta pengusaha terbabit supaya tidak lagi menggunakan logo halal terbabit.

Kejohanan Futsal 1Malaysia 2012

Posted: 19 Jan 2012 05:49 PM PST




KEJOHANAN Futsal 1Malaysia Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012 dirasmikan malam tadi oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed.

KEJOHANAN Futsal 1Malaysia Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012 akan menggegar Putrajaya hari ini.Sejumlah 444 pasukan mewakili 222 kawasan Parlimen di seluruh negara akan berkampung di Kompleks Futsal 1Malaysia di Presint 18 itu bagi beradu tenaga untuk memburu gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai cukup lumayan.

Dua kategori akan dipertandingkan iaitu lelaki dan wanita yang menyaksikan 222 pasukan akan bersaing dalam kategori lelaki dan 222 pasukan lagi bagi kategori wanita.

Kejohanan anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu membabitkan penyertaan 4,440 pemain.

Juara kategori lelaki bakal meraih hadiah wang tunai RM20,000 sementara wanita pula bakal membawa pulang RM10,000.

Mahu saman syarikat produksi

Posted: 19 Jan 2012 05:48 PM PST



APABILA memperkatakan tentang band rock Projek Pistol, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah lagu hit mereka berjudul Wanita Seluruh Dunia yang dilihat telah mendapat sambutan yang baik daripada para pendengar.

Tidak dinafikan, lagu berkenaan dilihat telah melonjakkan lagi nama band yang dianggotai Abdullah Umar (Boy), Edrie Hashim (Edrie), Mohamad Nasfa Mohamed Nasir (Pa'e) dan Kamarul Izham Ahmad Badri (Zham).

Lebih menarik lagi, Projek Pistol juga akan menjadi satu-satunya band rock yang bakal beraksi di pentas final Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL 26) di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 29 Januari ini nanti.

Melihatkan kepada kejayaan tersebut, Boy selaku vokalis dan komposer yang menghasilkan lagu Wanita Seluruh Dunia meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka sama sekali lagu ciptaannya itu akan digemari oleh pendengar.

"Sebagai seorang pencipta pastinya saya berasa gembira dan berbangga apabila lagu yang dihasilkan mendapat sambutan ramai. Begitu juga dengan maklum balas yang diterima apabila peminat menyukainya terutama melodi dan liriknya yang cukup ringkas.

"Mungkin ramai yang tidak percaya saya hanya mengambil sehari sahaja untuk menghasilkannya. Apabila saya perdengarkan kepada Edrie, ternyata dia telah berminat dan selepas itu kami terus merakamkannya," jelasnya ketika ditemui pada konsert jelajah AJL 26 di Johor Bahru baru-baru ini.

Bagaimanapun, Boy menegaskan kejayaan Projek Pistol yang semakin melonjak dan terus bertahan sepanjang lima tahun ditubuhkan bukanlah disebabkan lagu hasil ciptaannya itu semata-mata.

Menurutnya, dia menganggap kemampuan bandnya itu untuk meletakkan mereka berdiri sebaris dengan band rock yang lebih senior adalah menerusi pengalaman yang dimiliki setiap anggotanya yang sudah lama terbabit dalam industri muzik tempatan.

"Bagi saya, ini adalah kejayaan bersama kerana tanpa pengalaman yang luas tentu bukan mudah untuk kami bersaing dalam bidang ini. Apa pun, saya tetap menganggap Edrie adalah tunjang yang membawa nama Projek Pistol semakin melonjak," ujarnya.

Sementara itu, Edrie selaku ketua kumpulan ketika ditemui berkata, di sebalik kejayaan yang mereka kecapi sekarang, ternyata dia tidak dapat menyembunyikan rasa kekecewaannya tentang suatu permasalahan yang dilihat boleh merosakkan industri muzik tempatan.

Jelas Edrie, semuanya adalah berpunca daripada lagu Wanita Seluruh Dunia yang telah digunakan oleh segelintir syarikat produksi filem dan drama untuk menjadi lagu tema penerbitan mereka tanpa kebenaran.

"Saya merasakan tindakan tersebut langsung tidak menghormati hasil karya orang lain. Sebenarnya kami tidak kisah lagu itu digunakan, tetapi terlebih dahulu haruslah melalui perbincangan dan perlu adanya persetujuan kedua-dua belah pihak.

"Sudah tentu apa yang dilakukan oleh mereka ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan sangat mengecewakan kami. Ia tidak seharusnya berlaku dan kami tidak akan berlembut dengan pihak-pihak sebegini," luahnya yang kecewa terhadap apa yang berlaku.

Tambahnya, setakat ini pihaknya sudah pun mengetahui bahawa ada sebuah syarikat produksi drama dan filem yang telah menggunakan lagu berkenaan tanpa kebenaran tanpa mahu mendedahkannya.

Ditanya sama ada Projek Pistol akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat produksi berkenaan, Edrie memberitahu ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat memandangkan ia adalah satu perkara yang cukup serius.


PROJEK PISTOL tidak akan kalah dengan pelbagai kontroversi yang melanda mereka.


"Sebenarnya tindakan kami untuk menyaman bukanlah sekadar mengejar wang ringgit semata-mata. Apa yang kami mahu agar ia boleh dijadikan pengajaran supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan hak orang lain tanpa kebenaran," tegasnya yang tidak mahu berlembut tentang perkara berkenaan.

Alasan bodoh

Selain isu penggunaan lagu tanpa kebenaran, Projek Pistol juga turut berhadapan dengan satu lagi kontroversi apabila tidak jadi membuat persembahan pembukaan ketika Konsert Kemuncak Fenomena 30 Tahun Search yang berlangsung di Kuala Lumpur pada akhir tahun lalu.

Antara alasan yang diberikan adalah tindakan Boy yang tidak mahu melemparkan senyuman kepada wakil pihak penganjur pada konsert sebelumnya di Pulau Pinang, lalu menyebabkan penyertaan mereka pada konsert tersebut dibatalkan saat akhir.

Mengulas mengenai kontroversi berkenaan, Boy menjelaskan dia bukanlah seorang individu yang berperwatakan sombong dan akui sangat terkejut apabila tindakan 'tidak senyum' telah dijadikan sebagai alasan.

"Kalau diminta mengulas mengenai perkara ini, saya anggap ia adalah sebagai satu alasan bodoh dan tidak masuk akal. Kami akui tidak mengenali kesemua wakil penganjur, jadi takkanlah saya hendak senyum dengan semua orang yang berselisih dengan saya.

"Pastinya isu sebegini boleh mencalarkan imej Projek Pistol dan saya tidak akan berdiam diri dan akan melakukan tindakan yang sewajarnya. Lagipun tindakan mereka itu langsung tidak profesional serta menjatuhkan kredibiliti kami," ujarnya.

Bagaimanapun, Boy tidak menolak kemungkinan segala yang berlaku ke atas kumpulan mereka itu ada unsur-unsur sabotaj oleh pihak yang tidak mahu mereka tampil membuat persembahan pada hari tersebut.

"Secara terus terang kami memang sangat hairan dan tertanya-tanya bagaimana perkara ini boleh berlaku. Lagipun untuk konsert berkenaan Projek Pistol hanyalah sekadar band undangan, tetapi tidak sangka kami akan berhadapan dengan situasi sebegini," ujarnya.

Wakil Malaysia ke Hong Kong

Di sebalik kontroversi yang melanda, ternyata kredibiliti Projek Pistol sebagai sebuah band rock yang semakin menunjukkan taring turut menarik perhatian daripada Persatuan Rakaman Industri Muzik Malaysia (RIM).


PROJEK PISTOL terbabit dengan kontroversi dengan pihak penganjur menyebabkan mereka digugurkan daripada membuat persembahan pembukaan Konsert Kemuncak Fenomena 30 Tahun Search di Kuala Lumpur pada akhir tahun lalu.


Baru-baru ini, band berkenaan telah mendapat undangan daripada pihak RIM bagi mewakili Malaysia untuk menyertai Asian Pop Festival yang akan berlangsung di Hong Kong pada bulan Mac ini.

Menurut Boy, undangan yang diterima itu dilihat sebagai satu penghormatan yang cukup besar buat mereka sebagai sebuah band yang sedang mencipta nama dalam industri muzik tempatan.

"Ketika mula-mula mendapat berita ini, sudah tentu kami terkejut kerana terpilih di kalangan ramai penyanyi tanah air yang lebih hebat. Ternyata, usaha keras selama ini tidak sia-sia apabila ada pihak yang menghargai dan yakin dengan kemampuan kami.

"Jadi, peluang yang telah diberikan ini akan digunakan untuk membuat persembahan terbaik kerana kami membawa nama Malaysia pada ada acara ini. Walaupun ia adalah sebuah pertandingan, tetapi kami tidak terlalu harap untuk menang kerana apa yang lebih penting adalah pengalaman," ujarnya.

Ditanya mengenai persiapan Projek Pistol untuk berhadapan dengan saingan penyanyi Asia yang lain, jelas Boy buat masa ini sebarang persediaan masih belum lagi dilakukan kerana mahu memberi tumpuan kepada AJL 26 terlebih dahulu.

"Pada bulan hadapan barulah kami akan membuat persediaan untuk pertandingan di Hong Kong. Memandangkan ia sebuah pertandingan peringkat antarabangsa, kami merancang untuk menghasilkan sebuah lagu Inggeris yang akan dipersembahkan pada pertandingan itu nanti," jelasnya.

Tambah penyanyi

Posted: 19 Jan 2012 05:47 PM PST


BARISAN penyanyi pop yeh yeh yang bakal berkongsi pentas untuk Konsert Kugiran 60-an Pop Yeh Yeh di Istana Budaya.


BUAT julung-julung kalinya, setelah 44 tahun, irama Pop Yeh Yeh akan kembali menghiburkan hati penonton setianya apabila Konsert Kugiran 60-an Pop Yeh Yeh akan dijayakan di Istana Budaya pada pukul 8.30 malam dari 20 hingga 22 Januari ini.

Jika kegemilangan konsert Pop Yeh Yeh ketika tahun 1967 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur masih lagi diingati sehingga kini, memori itu sekali lagi akan dipersembahkan di hadapan peminat Pop Yeh Yeh apabila nama-nama besar irama itu seperti Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin, Datuk L. Ramlie, J. Sham, A. Halim dan ramai lagi akan mendendangkan lagu-lagu hit mereka bersama dengan kumpulan kugiran masing-masing.

Begitupun, semangat berkobar-kobar pihak penganjur untuk menjayakan konsert pop yeh yeh dikhabarkan dengan berita sedih apabila jualan tiket konsert tersebut dikatakan tidak begitu mendapat sambutan. Puncanya, peminat mendakwa harga tiket terlalu mahal sehingga mencecah RM350. Sehingga ke hari ini, penjualan tiket konsert Pop Yeh Yeh itu baharu sahaja terjual beberapa peratus. Akibat daripada itu, pihak penganjur terpaksa menambah empat lagi penyanyi untuk memeriahkan lagi konsert yang bernilai RM40 hingga RM350 itu.

Kosmo! berpeluang bertemu dengan Pengarah Urusan Gombak Serumpun Sdn. Bhd. yang juga merangkap penganjur konsert Pop Yeh Yeh, Ghazali Ismail, ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan empat lagi artis yang akan terlibat pada konsert Pop Yeh Yeh di Istana Budaya seterusnya merungkai isu yang berlaku:-

Kosmo!: Berapa ramai artis Pop Yeh Yeh yang akan terlibat pada konsert itu nanti?

Artis-Artis yang akan terlibat terdiri daripada nama-nama besar seperti Datuk Jeffrydin bersama kumpulannya Siiglap 5, Datuk L. Ramlie (Orkes Teruna Ria), Datuk A. Rahman Hassan dan isteri Datin Azizah Muberak (D'Fiction), J.Sham (The Wanderers), A. Rahman Onn bersama kumpulan (The Strangers), Zamzam bersama kumpulan The Twilities, Fatimah M. Amin, Roziah Latiff dan (A. Rozainie) bersama kumpulan Rhythm 60s.

Kenapa tiba-tiba ketika konsert sudah hampir dikemuncak tarikh diumumkan empat lagi artis akan turut serta? Adakah disebabkan harga tiket yang mahal sehingga RM350 atau penambahan artis itu sekadar memeriahkan konsert pada malam itu?

Kami menambah empat artis Pop Yeh Yeh iaitu Zamzam, Fatimah M. Amin, Roziah Latiff dan A. Rozainie disebabkan untuk memeriahkan lagi konsert pada malam 20 hingga 22 Januari ini.

Berapakah nilai tiket yang ditawarkan untuk konsert Pop Yeh ini dan ada yang mendakwa tiket terlalu mahal sehingga mencecah RM350. Kenapa?

Tiket-tiket Konsert Kugiran 60-an Pop Yeh Yeh dijual pada harga RM40, RM80, RM120, RM160, RM200, RM240 dan RM350. Tiket-tiket boleh diperoleh melalui Ticket2u.biz atau hubungi talian 03-4147 8600. Tiket konsert ini dijual mengikut kadar harga yang telah ditetapkan oleh Istana Budaya (IB). Jika ikutkan kadar sebenar IB ialah harga terendah adalah sebanyak RM60 tetapi atas budi bicara Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani konsert ini tidak terlalu mengikut kadar harga sebenar pentas berprestij itu.

Khabarnya penjualan tiket agak kurang memberangsangkan sedangkan konsert itu akan berlangsung pada 20 Januari ini?

Setakat ini, sebanyak 50 peratus tiket Konsert Kugiran 60-an Pop Yeh Yeh sudah habis dijual. Sebelum ini, kami cuma menampilkan penyanyi sahaja tetapi kali ini mereka akan menyanyi bersama kumpulan masing-masing. Mereka bukan lagi menjadi tempelan atau 'pasu bunga' sebaliknya menjadi artis utama untuk disaksikan.

Boleh ceritakan mengenai sidang akhbar yang berlangsung pada hari ini? Adakah ia semata-mata dibuat untuk memperkenalkan artis tambahan pada konsert itu nanti?

Selain memperkenalkan empat artis lagi untuk menjayakan konsert pada malam itu, pihak Gombak Serumpun Sdn. Bhd. turut menandatangani memorandum dengan Kumpulan Utusan yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarang, Datuk Othman Mohamad sebagai media rasmi untuk konsert tersebut.

4,440 pemain gegar Putrajaya

Posted: 19 Jan 2012 05:46 PM PST



KOMPLEKS Futsal 1Malaysia, Presint 18 Putrajaya sudah bersedia menerima kehadiran semua pasukan dan pemain yang akan mengambil bahagian pada Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012 yang akan membuka tirainya hari ini.

Semua kemudahan yang diperlukan untuk mementaskan kejohanan berprestij itu sudah siap dipasang manakala beberapa petugas lain sedang sibuk menyiapkan pentas serta menyusun meja dan peralatan lain.

Khemah-khemah untuk kejohanan tersebut juga telah siap dipasang oleh pihak pengajur bagi kemudahan peserta dan pengunjung yang akan membanjiri Kompleks Futsal berkenaan bermula hari ini hingga Ahad.

Beberapa pasukan khususnya dari luar Kuala Lumpur sudah mula tiba semalam dan mereka tidak melepaskan peluang untuk meninjau gelanggang pertandingan.

Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu akan menghimpunkan sebanyak 444 pasukan lelaki dan wanita yang mewakili 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.

Johan kategori lelaki akan membawa pulang wang tunai RM20,000 manakala wanita akan menerima RM10,000.

Facebook perkenal 60 aplikasi

Posted: 19 Jan 2012 05:45 PM PST

PENGARAH Platform Produk Facebook, Carl Sjogreen memberi penerangan mengenai aplikasi Timeline di restoran Twenty Five Lusk dan Lounge di San Francisco kelmarin.


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat - Media rangkaian sosial gergasi, Facebook mengeluarkan berpuluh-puluh aplikasi kelmarin.

Aplikasi itu membolehkan para pengguna untuk mengkatalogkan semua aspek kehidpuan mereka daripada filem sehingga buku dan fesyen.

"Apa sahaja yang anda suka, apa juga cerita yang anda mahu ceritakan, anda boleh tambahkannya ke dalam ruang Timeline anda," kata Pengarah Platform Produk Facebook, Carl Sjogreen.

Sebanyak 60 aplikasi terlibat dalam kumpulan pertama penambahan tersebut yang disumbangkan oleh syarikat seperti Foodspotting, Rotten Tomatoes, Pinterest, TripAdvisor dan e-reader Kobo.

Salah satu aplikasi itu membolehkan pengesanan secara automatik dibuat bagi mengetahui buku yang telah habis dibaca atau memulakan pembacaan serta dihubungkan dengan pengguna Facebook lain yang membaca buku yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Pinterest, Ben Silbermann berkata, satu laman di Facebook itu membenarkan para pengguna untuk mewujudkan koleksi maya.

Menurutnya, para pengguna dengan mudah boleh meletakkan koleksi cenderamata Star Wars jika mereka mahu berbuat demikian.

Majlis penerangan aplikasi itu untuk media diadakan di restoran Twenty Five Lusk dan Lounge di San Francisco kelmarin di sini.

Guru terkejut akaun bank ada RM30.59 bilion

Posted: 19 Jan 2012 05:45 PM PST




KOLKATA, India - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).

"Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak," katanya.

Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).

Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.

Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.

"Kami cuba untuk memastikan apa yang silap," kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.

"Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai," tambahnya.

Bekas ratu Arab-AS dihadap ke mahkamah

Posted: 19 Jan 2012 05:44 PM PST


RIMA FAKIH (kiri) berdiri dekat peguamnya, William Culpepper di Mahkamah Daerah Highland Park, Michigan kelmarin.


APRIMA FAKIH (kiri) berdiri dekat peguamnya, William Culpepper di Mahkamah Daerah Highland Park, Michigan kelmarin.HIGHLAND PARK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ratu cantik Michigan yang pernah menjadi tumpuan pada dua tahun lalu kerana menjadi peserta kelahiran Arab-Amerika, Rima Fakih yang pertama dinobatkan sebagai Ratu Cantik USA akan dibicarakan pada Mac ini kerana didakwa memandu dalam keadaan mabuk melainkan dia membuat pengakuan bersalah, kata seorang hakim kelmarin.

Hakim Mahkamah Daerah Highland Park menetapkan 14 Mac depan sebagai tarikh perbicaraan terhadap Rima.

Rima ditahan polis pada 3 Disember lalu di Highland Park, Detroit.

Wanita itu yang berusia 26 tahun menafikan dakwaan tersebut dengan berkata, dia tidak memandu dalam keadaan mabuk pada malam itu tetapi dua anggota polis yang menjalankan ujian alkohol mendapati jumlah arak adalah dua kali ganda melepasi had yang ditetapkan.

"Saya minta maaf. Peguam saya tidak membenarkan saya mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya kepada pemberita di luar mahkamah.

Fakih merupakan wanita pertama berketurunan Arab-Amerika yang memenangi pertandingan Ratu Cantik USA.

Dia dilahirkan di Lebanon dan berpindah pada 1993 ke New York bersama keluarganya dan kemudian ke pinggir Detroit, Dearborn, 10 tahun kemudian.

Rima menang pertandingan Ratu Cantik USA pada 2010.

Menurut polis, Rima memandu selaju 96 kilometer sejam di zon 48 kilometer sejam dan melambaikan tangan keluar sebelum anggota polis menahannya.

Polis menemui satu botol champagne tanpa penutup di belakang tempat duduk kereta Jaguar yang dipandunya.

Bersabung nyawa ke sekolah

Posted: 19 Jan 2012 05:43 PM PST


SEORANG pelajar, Sofiah (depan) memegang kayu jambatan yang runtuh untuk menuju ke sekolah di Kampung Sanghiang Tanjung semalam.


KAMPUNG SANGHIANG TANJUNG, Indonesia - Beberapa pelajar bersabung nyawa untuk pergi ke sekolah apabila mereka menggunakan sebuah jambatan yang hampir runtuh akibat banjir.

Banjir akibat paras air Sungai Ciberang naik menyebabkan satu bahagian jambatan tersebut runtuh.

Menurut agensi berita Reuters, jambatan itu dibina pada 2001.

Seorang pelajar, Sofiah menyatakan dia perlu berjalan selama 30 minit jika mahu pergi ke sekolah di Kampung Sanghiang Tanjung dengan menggunakan sebuah lagi jambatan.

Para pelajar itu sanggup berjalan dengan tangan mereka memegang kayu yang berlubang dalam keadaan mengiring semasa mereka menggunakan jambatan tersebut.

Kepingan kayu tempat kaki orang ramai berjalan di jambatan itu berada dalam keadaan senget dan sebahagiannya berlubang selepas ia runtuh akibat banjir.

Wanita separuh bogel diheret polis

Posted: 19 Jan 2012 05:39 PM PST


SEORANG wanita separuh bogel diheret dua anggota polis di Kiev, Ukraine kelmarin.


KIEV - Polis Ukraine menangkap seorang wanita yang mendedahkan payudaranya dalam satu tunjuk perasaan di depan kediaman Duta India di sini kelmarin.

Dia merupakan anggota sebuah pertubuhan pembela hak asasi manusia yang dikenali sebagai Femen yang menunjuk perasaan yang disertai tiga lagi rakannya.

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi membantah tindakan India memperketatkan peraturan visa untuk kemasukan wanita dari negara-negara bekas Kesatuan Soviet.

Peraturan visa itu diperketatkan untuk menghalang wanita berusia di antara 18 hingga 40 tahun dari Ukraine, Rusia, Kazakhstan dan Kyrgyzstan memasuki India untuk menjadi pekerja seks.

Empat wanita dengan beraninya mendedahkan payudara mereka semasa suhu amat sejuk ketika berada di balkoni tingkat dua kediaman duta India.

Asma definisi baharu Wanita Pertama Syria

Posted: 19 Jan 2012 05:38 PM PST



SEBUAH majalah terkenal Perancis, Paris Match menggelarnya, 'cahaya yang menerangi negara yang penuh dengan zon bayang-bayang'. Majalah Elle pula menyatakan dia seorang wanita bergaya yang mewarnai dunia politik.

Malah, akhbar The Sun juga tidak mahu ketinggalan apabila mengeluarkan artikel, Si British seksi yang akan membawa Syria keluar daripada perang dingin.

Begitulah pesona, Asma Fawaz Akhras, 36, wanita pertama Syria yang sering mendapat liputan luas media tempatan dan antarabangsa berikutan penglibatan aktifnya dalam kerja-kerja kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan di samping menggalakkan generasi muda memainkan peranan utama dalam masyarakat negara itu.

Anak diplomat

Menyoroti sejarah hidupnya, Asma dilahir dan dibesarkan di Acton, barat London. Anak kepada bekas diplomat dan kardiologi di Syrian Harley Street, Asma dibesarkan dalam persekitaran sekular Muslim dan bertutur dalam bahasa Arab ketika di rumah.

Dia mendapat pendidikan awalnya di Church of England di Ealing dan sebuah sekolah perempuan, Queen College, Harley Street.

"Saya rasa orang tidak memanggilnya Asma, dia lebih dikenali sebagi Emma," kata seorang rakan lamanya.

"Dia langsung tidak nampak seperti seorang wanita Islam, tidak seperti segelintir mereka yang berpakaian tradisional dan berhijab."

Rakannya menambah, Asma seorang yang kelakar, baik hati dan peramah serta jarang menimbulkan sebarang masalah di sekolah.


ASMA membuktikan cinta sejatinya kepada Bashar apabila masih setia bersama pemimpin itu biar pun sedang berdepan dengan pemberontakan rakyat.


"Bagaimanapun, hatinya agak keras dan dia tidak suka sekiranya dimarahi gurunya," kata rakannya itu.

Selepas menamatkan A-Level, Aswa kemudian menyambung pengajiannya di King's College London dalam bidang Sains Komputer dan diploma dalam Kesusasteraan Perancis.

Dia berjaya menamatkan sarjananya dalam kelas pertama dan selepas enam bulan mengembara, beliau menyertai Bank Deutsche sebagai seorang penganalisis.

Kemudiannya dia berpindah ke bank, JP Morgan dan bekerja di Paris dan New York serta London.

Dalam satu percutian bersama keluarganya di Syria, beliau kebetulan bertemu Bashar.

Bashar ketika itu sedang menyambung pengajian dalam bidang optomologi di London tetapi, terpaksa pulang semula ke Syria selepas abang sulungnya Basil meninggal dalam kemalangan jalan raya.

Asma dikatakan mula berjumpa Bashar secara rahsia dan berhenti daripada JP Morgan sebulan sebelum perkahwinannya tanpa dapat memberikan sebarang alasan yang kukuh.

Dalam satu temu ramah kepada majalah America Vogue, Asma berkata, majikannya seakan-akan tidak percaya dia mahu melepaskan jawatan itu, lebih-lebih lagi selepas kejayaannya menutup satu urus niaga utama dan hanya dua bulan sebelum pembayaran bonusnya.

Asma kemudiannya berkahwin dengan Bashar, lima bulan selepas beliau dilantik menjadi presiden, menggantikan bapanya, Hafez al-Assad yang meninggal dunia pada tahun 2000.

Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata. Syria tidak pernah mempunyai wanita pertama. Balu Hafez, Anisa Makhlouf sendiri jarang muncul di khalayak ramai sepanjang 30 tahun pemerintahannya, malah nama dan gambarnya juga tidak pernah kelihatan di dada akhbar tempatan.

Wanita Pertama moden


SELEPAS hampir 10 bulan menghilangkan diri, Asma muncul di Damsyik bersama anak mereka, Zein (kiri) dan Karim ketika Bashar memberikan ucapan kepada penyokongnya.


Bagaimanapun, Asma berjaya mengubah persepsi itu. Semuanya bermula apabila wajahnya berpakaian skirt sehingga ke paras lutut bersama suaminya dirakamkan buat pertama kalinya ketika menyambut kunjungan hormat Presiden Bulgaria, Petar Stoyanov ke Damsyik pada 2001.

Sejak itu, wanita tersebut terus mendapat tumpuan termasuk gambarnya di sebelah Pope John Paul II yang melakukan kunjungan hormat di Damsyik.

Statusnya sebagai wanita pertama juga membolehkan Asma digelar ikon fesyen dalam dunia politik. Beliau yang begitu menggilai produk-produk jenama Chanel dilaporkan sering dibandingkan dengan Puteri Rania dari Jordan dan wanita pertama Perancis, Carla Bruni.

Tinggi, bergaya dan berkarisma, imejnya sering menghiasi majalah dan akhbar tempatan dan antarabangsa.

Menggemari kasut tinggi ciptaan pereka, Christian Louboutin, Asma mencipta pesonanya yang tersendiri.

Seorang wartawan asing, yang pernah bekerja dengan Asma selama setahun di Damsyik, menggelarnya seorang wanita yang luar biasa, sangat menyinar dan kehadirannya di samping suaminya dianggap bernilai dalam memodenkan rejim itu.

Cara dia berpakaian, bertutur dan membawa dirinya seperti seorang wanita Inggeris. Apa yang lebih menarik, produk dari Acton itu memegang kunci kepada masa hadapan Syria.

Pasangan harapan Syria

Rakyat meletakkan harapan tinggi kepada kedua-duanya, seorang pakar bedah mata dan isterinya bijaksana untuk mengubah politik negara itu kepada era baharu.

Namun selepas hampir satu dekad, semua harapan itu terkubur, lebih-lebih lagi ketika Syria terjebak dalam krisis yang turut melanda seluruh benua Arab pada Mac tahun lalu.

Sejak itu, tiada berita mengenai Asma. Tidak jelas di mana beliau berada sepanjang konflik berdarah yang mengorbankan lebih 3,500 nyawa itu.

Terdapat khabar angin menyatakan Asma telah melarikan diri bersama tiga orang anaknya di sebuah lokasi rahsia di London.

Bagaimanapun, teka-teki kehilangannya terjawab pada 11 Januari lalu, apabila Asma dilihat bersama suaminya yang berucap di hadapan penyokong-penyokong setia rejim itu di Damsyik.

Gambar wanita itu bersama tiga anaknya, menjadi penghias muka depan beberapa akhbar berbahasa Arab dan Inggeris.

"Gambar itu menunjukkan dia berdiri di belakang suaminya, membuktikan dia dan Bashar adalah sama sahaja," kata Andrew Tabler, seorang pakar politik Syria.

"Secara jelas, Asma merupakan sebahagian daripada rejim."

Kemunculan pertamanya itu juga mengundang pelbagai kritikan pedas.

"Asma dan anak-anaknya gembira dengan tindak-tanduk diktator Bashar," komen seseorang di sebuah laman Twitter.

Bagaimanapun, bekas kakitangan bank itu berterusan menarik kekaguman penyokong rejim Bashar.


BASHAR dan Asma bersama dua daripada cahaya mata mereka iaitu Zein (kiri) dan Hafez.


"Anda layak sebagai wanita pertama seluruh dunia," komen di sebuah laman sosial Facebook yang merujuk kepada wanita berambut perang itu.

Pada tahun 2009, semasa di temu ramah CNN, Asma menyelar serangan Israel di Semenanjung Gaza dan menyifatkan perbuatan itu tidak bertamadun. Sebagai ibu dan manusia beliau menyeru, agar serangan itu dihentikan segera.

"Sekarang ialah abad ke-21. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku. Agak malang ia tetap berlaku," katanya dalam nada tegas. Kini semua kata-kata itu menyerang balik dirinya.

"Berhenti menjadi hipokrit! Kamu telah menyembelih rakyat sendiri!" komen seseorang di laman YouTube yang memaparkan wawancara itu.

KURANGKAN KALORI, ELAKKAN LEMAK

Posted: 19 Jan 2012 05:37 PM PST



SUDAH menjadi lumrah setiap kali musim perayaan, kita dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan enak yang pastinya membuatkan nafsu makan membuak-buak.

Bagi kaum Cina, sambutan Tahun Baru Cina biasanya bermula dengan makan besar atau makan malam bersama keluarga yang diadakan pada malam tahun baru. Perayaan itu disambut sehingga hari ke-15 atau lebih dikenali sebagai Chap Goh Mei.

Perayaan Tahun Baru Cina tidak lengkap sekiranya tiada makanan seperti yee sang iaitu hidangan terdiri daripada pelbagai jenis sayuran bersama cebisan ikan, kuih bakul (nian gao), bak kwa, kuih kapit dan limau Mandarin.

Sedar atau tidak, pada ketika inilah kebanyakan daripada kita menikmati menu yang jarang-jarang sekali dihidangkan pada hari biasa dengan kuantiti yang banyak iaitu melebihi keperluan kalori harian yang diperlukan badan.

Sihat, sederhana, seimbang

Pendek kata, tiada istilah pemakanan sihat apabila tiba musim perayaan dan semua makanan diambil melebihi daripada kebiasaan. Tidak percaya? Imbas kembali makanan yang anda ambil pada musim perayaan lalu.

Apa yang dimaksudkan dengan pemakanan sihat ini sebenarnya?

"Pemakanan sihat sebenarnya ialah cara pemakanan secara seimbang dengan kuantiti sederhana dan sesuatu makanan yang diambil itu adalah makanan yang sihat. Ia diringkaskan dengan formula 3S iaitu sihat, sederhana dan seimbang.


WAKTU perayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengambil pelbagai makanan tanpa kawalan kerana ia akan memudaratkan kesihatan seseorang.


"Konsep 3S ini boleh diaplikasikan dengan menjadikan Piramid Makanan Malaysia 2010 sebagai panduan. Seperti semua sedia maklum, kita mempunyai piramid makanan yang merangkumi lima kumpulan makanan iaitu kumpulan pertama karbohidrat yang terdiri daripada nasi, mi, roti dan bijirin. Kumpulan kedua terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, manakala kumpulan ketiga iaitu ayam, ikan dan daging. Kumpulan keempat pula merangkumi susu dan produk-produk tenusu dan kumpulan kelima ialah lemak, garam dan gula," kata Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Norlaily Md. Nasir.

Tambahnya, orang ramai boleh merujuk jumlah hidangan yang sepatutnya diambil dalam sehari mengikut kumpulan dalam piramid makanan iaitu empat hingga lapan hidangan sehari (kumpulan pertama) manakala tiga hidangan sayur atau dua hidangan buah (kumpulan kedua).

Selain itu kita hanya memerlukan satu hidangan ikan dan ½ hingga dua hidangan ayam dan daging (kumpulan ketiga) serta satu hingga tiga hidangan susu atau produk tenusu (kumpulan keempat).

Elakkan pengambilan gula melebihi 10 sudu teh sehari dan garam tidak melebihi satu sudu teh sehari (kumpulan kelima).

"Bagi mereka yang mempunyai penyakit yang terpaksa mengekang pengambilan sesetengah makanan, mereka perlu mematuhi apa yang disarankan pakar diet dan doktor. Makanan yang dimasak perlu dibuangkan lemak terlebih dahulu dan makanan harus disediakan secara sihat seperti memanggang, mengukus dan merebus.

"Perayaan bukanlah satu kebebasan untuk pesakit untuk menjamu selera sesuka hati. Perlu ada kawalan pemakanan kerana ia boleh mengurangkan kebergantungan badan terhadap ubat. Oleh itu kawalan pemakanan amat penting, tidak kisahlah sama ada waktu perayaan atau hari-hari biasa," ujarnya.

Walaupun pada hari perayaan mahupun hari-hari biasa, saranan pengambilan kalori berdasarkan Panduan Diet Malaysia 2010 menetapkan bahawa lelaki dewasa perlu mengambil 2,000 kilo kalori sehari, manakala wanita dewasa pula perlu mengambil sejumlah 1,500 kilo kalori dalam sehari.


KUIH kapit sememangnya enak namun, tahukah anda bahawa empat keping kuih kapit menyumbang sebanyak 210 kalori.


Buang lemak

Sempena meraikan Tahun Baru Cina beberapa hari lagi, Norlaily memberikan lapan tip penyediaan hidangan sihat iaitu hidangkan pelbagai jenis sayur-sayuran semasa makan besar atau semasa meraikan tetamu kerana sayur-sayuran mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.

Tidak ketinggalan hidangkan sumber makanan tinggi serat seperti beras perang atau roti bijirin penuh dan mengutamakan hidangan ikan berbanding daging lembu kerana ikan mengandungi kurang lemak dan kolesterol.

Penyediaan hidangan daging pula perlu dibuang lemak atau kulit bagi ayam dan itik kerana ia lebih sihat malah, makanan yang dimasak perlu menggunakan kaedah yang lebih sihat seperti merebus, memanggang, mengukus atau menumis dengan minyak yang sedikit bagi mengurangkan kandungan lemak.

"Seelok-eloknya gunakan herba dan rempah semula jadi atau buah kering untuk menggantikan penggunaan gula, garam dan sos dalam masakan. Selain itu, hidangkan buah-buahan segar sebagai pilihan pencuci mulut serta kurangkan hidangan minuman manis.

"Mereka yang berisiko perlu mengawal pemakanan lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Kalau boleh kurangkan makan di luar kerana kita tidak boleh menjangkakan berapa kalori yang kita ambil," katanya.

Tidak dinafikan cara memasak yang dilakukan oleh orang Cina lebih sihat berbanding kaum Melayu dan India kerana mereka tidak menggunakan santan serta lebih kepada kaedah memanggang, mengukus dan merebus.

Namun, cara makan menjadi masalah terutamanya ketika makan besar kerana kebanyakan mereka makan dalam kuantiti yang berlebihan.

"Berlaku pertindihan antara hidangan dalam kumpulan yang sama seperti daging, ayam dan itik menyebabkan seseorang itu mengambil lebih hidangan daripada sepatutnya.

"Bukan tidak boleh makan, tetapi ia perlu diambil dalam kadar sederhana sahaja. Jika pengambilan daging berlebihan ia akan mengganggu dan merosakkan fungsi buah pinggang kerana berlebihan protein," katanya sambil memberitahu protein yang tidak digunakan akan termendak di dalam badan dan bertukar menjadi lemak.


PENGAMBILAN buah-buahan sangat digalakkan. DUA sajian buah-buahan sehari diperlukan dan sebiji limau Mandarin menyumbang sebanyak 50 kalori.


Bagi pesakit yang mengalami penyakit-penyakit yang berisiko mereka disarankan supaya tidak terlalu taksub dan obses terhadap sesuatu makanan.

Utamakan bijirin penuh, pilih ikan berbanding daging lain kerana kandungan kolesterolnya yang rendah. Pesakit diabetes pula perlu mengutamakan pengambilan air kosong kerana tiada kalori.

"Pemakanan yang sihat, sederhana dan seimbang ini perlu dipraktikkan bukan hanya untuk mengelakkan penyakit tetapi, untuk kesihatan kita pada masa akan datang.

"Ia bukan sekadar mengawal pemakanan sahaja tetapi, perlu disertai dengan amalan cara hidup sihat seperti senaman, menangani stres dan berhenti merokok," ujarnya.

Tambahnya, pengambilan alkohol sempena Tahun Baru Cina juga perlu dikurangkan kerana ia merupakan penyumbang terbesar kalori dan pengambilan teh Cina dialu-alukan kerana tidak menyumbang sebarang kalori

"Bagi mereka yang dalam rawatan perubatan, pengambilan ubat-ubatan perlu dilakukan mengikut jadual. Jangan sesekali melanggarnya kerana ia akan memudaratkan diri kerana tiada pengecualian buat anda walaupun pada musim perayaan," pesannya.

Hari Oren di Taman Burung KL

Posted: 19 Jan 2012 05:36 PM PST


KANAK-KANAK PPKKCTM tekun mendengar penerangan daripada kakitangan Taman Burung Kuala Lumpur mengenai burung hantu.


SUASANA pagi di Taman Burung Kuala Lumpur (KL) pagi itu bukan sahaja diwarnai dengan suara-suara unggas yang menghuni taman tersebut bahkan, diselang-seli dengan keriuhan 30 orang kanak-kanak dari Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah (PPKKCTM) yang teruja melihat pelbagai jenis burung.

Kunjungan mereka hari itu diraikan oleh 70 kakitangan GlaxoSmithKline (GSK) sempena program Orange Day atau Hari Oren yang kali ketiga dianjurkan GSK awal bulan lalu.

Kanak-kanak yang diraikan begitu teruja melihat pelbagai jenis burung yang mungkin sebelum ini belum pernah dilihat mereka seperti burung bangau, merak, itik mandarin, undan paruh itik dan bermacam-macam lagi.

Orange Day merupakan acara tahunan tanggungjawab korporat sosial (CSR) GSK yang mendorong kakitangannya memberikan sesuatu kembali kepada komuniti tempatan dengan mengambil satu hari cuti untuk meluangkan masa melakukan kerja amal.

Kali ini, mereka dipanggil untuk mengisi masa mereka bersama kanak-kanak kurang bernasib baik dari PPKKCTM.

Sepanjang menghabiskan masa berjalan di Taman Burung sambil menyaksikan burung-burung pelbagai warna, semua mata terpaku pada aksi burung merak yang memberikan gaya menarik sambil mengembangkan bulunya seolah-olah tahu ramai pengunjung merakamkan aksinya.

Kanak-kanak PPKKCTM terlalu asyik mendengar penjelasan daripada kakitangan Taman Burung dan mereka diberitahu bahawa tiada Angry Bird di taman tersebut jika burung itu yang mereka cari.


KANAK-KANAK dari PPKKCTM berpeluang mendekati dan membelai burung-burung eksotik.


Jika sebelum ini mereka hanya melihat burung di buku-buku, pada hari tersebut mereka berpeluang bertemu empat mata dengan penghuni taman tersebut antaranya, burung yang mempunyai suara merdu iaitu tiong mas, tiong gembala kerbau, ciak tempua, perling leher hitam, pipit uban, perling belakang ungu, perling mata merah dan pipit rawa.

Ada juga yang sempat mendekati burung-burung yang dibiarkan lepas bebas di taman tersebut dengan memberikannya makan di kawasan yang dikhaskan.

Beri makan burung

Terdengar beberapa jeritan kecil apabila mereka tiba di sudut yang menempatkan burung eksotik seperti burung nuri, kakak tua, enggang, helang dan burung hantu kerana mereka diberikan kesempatan membelai burung-burung itu.

Bukan hanya melihat burung dari jauh malah, kanak-kanak tersebut dapat merasai pengalaman memberi makan burung kasawari atau burung unta dengan tangan mereka sendiri.

Sedikit tip diberikan kepada kanak-kanak mengenai cara memberi makanan kepada burung unta.

Sedang leka dengan aktiviti itu secara spontan seorang kanak-kanak menjerit: 'Amma...my hand". Ternyata jeritan spontan tersebut mengundang tawa besar ahli-ahli rombongan lain.

Selepas penat berjalan-jalan melihat pelbagai spesies burung, kanak-kanak PPKKCTM dihiburkan dengan persembahan burung yang mengujakan.

"Menjadi misi kami untuk meningkatkan kualiti hidup golongan yang kurang bernasib baik dengan menunjukkan kasih sayang terhadap mereka.

"Senyuman yang terukir dan gelak tawa mereka tidak ternilai harganya. Ia menunjukkan bahawa mereka sangat gembira apabila diraikan sebegini," kata Pengarah Hal Ehwal Korporat GSK, Rohan Talalla.


AKSI burung nuri yang bijak berjaya mencuri perhatian pengunjung yang melawat ke Taman Burung Kuala Lumpur.


Tambahnya, tahun ini GSK memilih kelainan dengan membawa kanak-kanak dari PPKKCTM untuk beriadah di luar.

Bagi membalas jasa kakitangan GSK membawa mereka berjalan-jalan di Taman Burung, sebahagian daripada 30 kanak-kanak PPKKCTM melakukan persembahan choral speaking yang menyentuh mengenai kesedaran menjaga alam sekitar kemudian disusuli dengan nyanyian lagu.

"Saya bangun seawal pukul 7 pagi hari ini untuk bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak dari GSK.

"Ini merupakan pengalaman yang menyeronokkan kerana dapat mengenali pelbagai spesies burung di sini dan kami jarang dapat merasai peluang seperti ini," ujar salah seorang penghuni PPKKCTM yang mahu dikenali sebagai Pravind.

Mitos mandi malam

Posted: 19 Jan 2012 05:23 PM PST


PESAKIT pneumonia antara yang tidak digalakkan untuk mandi malam.


ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan mandi malam boleh membahayakan kesihatan.

Persoalannya adakah ia fakta benar atau hanyalah satu mitos?

Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan, mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi, juga boleh menghilangkan stres.

Katanya mandi memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun badan selain mengelakkan berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit ini," kata beliau.

Kebaikan mandi

Malah, menurut Anies air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.

"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk kerana ia boleh membantu.

Katanya, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab sepanjang tahun, oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan sebenarnya.

"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk.

"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi." kata beliau sambil menegaskan tujuan mandi dan memakai pelembab adalah juga untuk memulihkan kulit kering.

Pengamal perubatan Hassan Saidin menerangkan, mandi adalah kaedah baik bagi merilekskan otot badan.

"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi pada waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya.

Persoalannya, kenapakah orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?

"Masyarakat dulu menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai. Mungkin sebab itulah orang tua melarang kita dari mandi waktu malam.

"Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur," kata beliau.

Arrora Salwa Jawab Tuduhan Enggan Bayar Hutang

Posted: 18 Jan 2012 11:24 PM PST

Arrora Salwa

PETALING JAYA: Penyanyi yang popular dengan lagu Ahmad, Arrora Salwa menolak dakwaan yang mengatakan dia enggan membayar sejumlah wang yang dipinjamnya sehingga diburu oleh seseorang.

Sebaliknya, Arrora atau nama sebenarnya Salwa Md. Razak, 27, berkata wang berjumlah RM1,400 itu telah dipinjam oleh bekas pembantu peribadi yang tidak lagi tidak lagi bekerja dengannya.

"Biarlah saya berterus-terang, isu hutang itu memang benar tetapi bukan saya yang berhutang. Wang itu dipinjam oleh bekas pembantu peribadi saya dengan individu berkenaan ketika dia masih bekerja dengan saya.

"Kalau hendak tahu, saya memecat pembantu peribadi itu pun kerana banyak masalah yang ditimbulkan. Apabila pemiutang itu meminta wang tersebut, pembantu peribadi saya menuding jari ke arah saya kononnya saya pula yang berhutang dan enggan melunaskannya," katanya kepada mStar Online.

Arrora yang juga bekas Lans Koperal dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini, berkata walaupun pemiutang terbabit datang menemuinya untuk menuntut wang berkenaan, dia enggan melayan permintaan tersebut kerana urusan itu tidak melibatkan dirinya.

"Saya akui individu itu terus memburu saya dan meminta wang tersebut sehingga kini. Namun, saya menegaskan kepadanya saya tidak akan bayar wang itu kerana ia tidak melibatkan diri saya," tegasnya.

Ketika ditanya mengenai reaksinya berhubung dakwaan tersebut, Arrora berkata dia tidak langsung berasa tertekan atau malu kerana mengetahui kebenaran di sebalik fitnah yang timbul itu.

"Dakwaan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Tiada apa yang perlu saya sembunyikan atau berasa takut. Sesiapa yang bertanyakan hal ini, saya akan bercerita perkara yang sebenar.

"Lagipun, saya adalah bekas anggota polis yang sudah dilatih dengan ketahanan mental dan emosi dalam menghadapi perkara seperti ini, mungkin sebab itu saya tidak berasa tertekan dengan apa yang berlaku," katanya.

Bercerita perkembangan kerjaya, Arrora berkata dia kini mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila ditawarkan untuk membintangi filem berjudul 14 Kerat arahan Baldev Singh.

Katanya, dalam filem yang turut dibintangi oleh Fouziah Gous, Siti Saleha dan Zamarul Hisham itu, dia memainkan watak sebagai pegawai polis bernama Inspektor Sofia.

"Saya berasa seronok dengan peluang berlakon filem kerana secara kebetulan pula saya memegang watak pegawai polis seperti kerjaya lama.

"Saya tidak berdepan kesulitan untuk menjiwai watak dan gerak tubuh sebagai seorang polis kerana sudah terbiasa," katanya yang merancang untuk mengeluarkan lagu 'single' kedua tidak lama lagi.

Rita Rudaini Terima Surat 'Tidak Masuk Akal' Daripada Suami

Posted: 18 Jan 2012 11:23 PM PST

Rita bersama suaminya Aidil Zafuan.

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar terkejut apabila menerima sepucuk surat daripada suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak kerana membuat tuntutan yang disifatkan sebagai "tidak masuk akal".

Rita berkata, dia menerima surat yang dikirimkan oleh peguam Aidil itu daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara di sini pagi Khamis (pagi ini) ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd.

"Saya terkejut membaca isi kandungan surat tersebut selepas diberikan oleh pengawal keselamatan rumah saya. Aidil membuat tuntutan yang tidak masuk akal langsung," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Mengenai isi kandungan surat berkenaan, Rita memberitahu dia tidak boleh memaklumkan kepada umum kerana diminta oleh peguamnya yang mahu meneliti surat itu terlebih dahulu.

Kata Rita, peguamnya sedang memikirkan bentuk tindakan yang hendak diambil sebelum satu kenyataan boleh dibuat Rita kepada pihak media.

Ditanya adakah Aidil pulang selepas meninggalkan rumah lebih seminggu lalu, Rita berkata suaminya itu tidak berbuat demikian.

Rita kini bahagia bersama dua anaknya walaupun berlaku masalah dalam rumah tangganya dengan Aidil. Gambar petikan Metro Ahad.

Jelas Rita sekiranya Aidil merindui dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan, suaminya itu boleh pulang ke rumah.

"Dia masih suami saya. Kami tidak bercerai pun. Kalau dia rindu anak, baliklah rumah. Buat apa nak tidur rumah orang. Kita kan ada rumah sendiri," kata Rita.

Jelasnya, Aidil sepatutnya tidak perlu menghantar surat itu sedangkan dalam tempoh lapan bulan lalu, mereka berjaya menjerihkan kekeruhan dalam rumah tangga tanpa ada sebarang masalah.

Malah Aidil juga boleh berbincang untuk mencari penyelesaian dalam setiap perkara kerana mereka masih lagi suami isteri yang sah.

"Kalau ada yang tak kena, apa salahnya kita berbincang. Ini pula hantar surat yang tidak masuk akal langsung. Dalam hal ini saya akan mempertahankan hak saya kerana saya percaya, saya berada pada pihak yang benar," katanya.

Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tanpa memberitahu alasannya.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk "membawa lari" Aidil dari rumah berkenaan.

Ada Pihak Iri Hati, Abby Abadi Terkena Sihir

Posted: 18 Jan 2012 11:21 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon Abby Abadi mendakwa ada pihak cuba menutup periuk nasinya dengan menghantar sihir sehingga menyebabkan badan-badannya menjadi sakit.

Selain itu kata Abby, perutnya juga sakit sehingga tidak mampu berjalan, sukar untuk tidur dan sakit pinggang yang teruk ketika sedang sibuk dengan penggambaran drama dan rakaman single lagu barunya, Aku Tak Mahu.

"Sebelum mendapat tahu terkena buatan orang, saya telah ke hospital sebanyak dua kali pada November lalu untuk mengesan penyakit saya itu tetapi doktor berkata saya tidak mempunyai sebarang masalah.

"Kemudian, barulah saya membuat rawatan secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Memang waktu itu keadaan tubuh badan begitu teruk tetapi saya tetap gagahkan diri kerana mempunyai komitmen dengan penggambaran drama Pelangi Kasih dan Mulanya Di Sini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Abby, semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, dia diberitahu terkena buatan orang oleh pihak-pihak yang iri hati dengannya.

Dia tidak menyangka ada orang yang berniat jahat terhadapnya sedangkan dia tidak pernah pun cuba untuk menyakiti hati orang lain.

Bagaimanapun, ibu tunggal beranak tiga ini berkata, dia bersyukur kerana penyakit misterinya itu beransur pulih dan masih lagi mengamalkan perubatan tradisional itu.

"Alhamdulillah, saya beransur pulih. Bagaimanapun, benda sihir ini akan datang balik jika kita tidak berjaga-jaga.

"Saya pun tak tahu siapa yang sanggup melakukan perkara buruk ini. Biarlah pihak yang mengenakan saya itu mendapat balasan daripada Allah di atas perbuatannya itu," ujar Abby.

Terkilan dengan Zul

Sementara itu, mengenai hubungannya dengan bekas kekasih, Zul Ariffin, Abby mengakui mereka tidak lagi kerap berhubung seperti dahulu.

Cuma Abby sedikit terkilan apabila pelakon itu telah membuat kenyataan kepada sebuah portal pada Rabu yang dia tidak lagi memikirkan tentang dirinya. Namun Abby tidak pasti adakah Zul benar-benar bermaksud sedemikian ataupun tidak.

Ujar Abby, sukar untuk dia mengulas berkenaan dengan kenyataan pelakon lelaki yang semakin meningkat naik itu apabila terdapat dua komen yang berbeza yang dinyatakan Zul sebelum ini.

"Entahlah, saya pun tak tahu nak cakap apa sebab dia memberikan kenyataan yang berbeza. Pada mulanya, dia cakap, masih lagi sayang dan mengingati saya dan sekarang, lain pula ceritanya.

"Bagaimanapun, saya tak dapat nafikan bahawa perasaan sedikit terkilan itu ada," tuturnya.

Dalam pada itu, Abby dan Zul masih lagi berhubung kerana terdapat urusan yang masih lagi belum selesai di antara mereka.

"Memang ada beberapa perkara yang saya tidak boleh jelaskan di sini yang masih belum selesai di antara kami.

"Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan bukan? Alhamdulillah walaupun dilanda pelbagai masalah, saya masih lagi menerima tawaran lakonan dan mengacara. Malah tahun ini saya buat 'comeback' dengan muncul lagu Aku Tak Mahu, ciptaan Edry Abdul Halim," katanya.

Diandra Arjunaidi Bersedia Hadapi Kontroversi

Posted: 18 Jan 2012 11:19 PM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi baru, Diandra Arjunaidi, 20, sudah bersiap sedia untuk melalui sebarang kontroversi pada masa akan datang dan tidak kisah sekiranya dia hilang kebebasan seperti remaja lain.

Diandra berkata, dia faham, apabila bergelar penyanyi secara profesional, dirinya akan menjadi milik masyarakat dan dia akan berjaga-jaga dalam setiap langkah yang dibuat.

"Saya faham, apabila bergelar seorang artis, terlalu banyak cubaan dan dugaan yang akan dilalui, terpulang kepada diri masing-masing. Lebih-lebih lagi tentang imej berpakaian, semua itu saya dah bersedia.

"Kalau nak kata hilang kebebasan, ia bukanlah satu isu yang besar kerana sebelum ini pun saya jarang keluar rumah melainkan mempunyai kerja-kerja nyanyian atau sekali sekala melepak di kedai mamak bersama rakan-rakan," kata penyanyi Yuna Room Records (YRR) ini.

Tambah penyanyi yang baru sahaja melancarkan album pertamanya, Diandra Arjunaidi ini, dia berharap agar peminat muzik tempatan dapat menerima karyanya itu.

Dalam pada itu, Diandra berkata dia gembira apabila melihat ramai wanita yang mula mempelajari gitar sebagai permulaan untuk menceburkan diri dalam bidang muzik.

"Sekarang ini perempuan bermain gitar merupakan satu 'trend' lebih-lebih lagi daripada kalangan remaja. Mereka akan bermain gitar dan merakamkan nyanyian untuk dimasukkan ke dalam laman Youtube.

"Saya juga baru sahaja belajar bermain gitar dan sekali sekala, saya akan membawa gitar bersama ketika membuat persembahan nyanyian.

"Bagi saya, ia satu perkara yang sangat 'cool' kerana menunjukkan industri muzik kita semakin berkembang," ujarnya.

Album sulung Diandra yang memuatkan sebanyak tujuh buah lagu seperti Angkasa, Things We Don't Say, Remember, Happy, Entitled, White Lines dan You kini sudah berada di pasaran.

Dituduh 'Berlakon' Dalam Kes Samun, Wardina Panggil Penulis Blog

Posted: 18 Jan 2012 11:10 PM PST

Wardina Safiyyah.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menjemput penulis blog Ruang Bicara Faisal (RBJ) menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau pun kisah benar.

Wardina berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh penulis blog tersebut seperti yang diminta.

"Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.

"Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Antara petikan menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com mempersoalkan kejadian samun Wardina.

Wardina diminta mengulas tulisan RBJ menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com yang mempersoalkan kononnya dia memperbesar-besarkan kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya semata-mata untuk menagih simpati orang ramai bagi mendapatkan publisiti.

Penulis blog itu juga mempertikaikan tindakan Wardina yang mendakwa berada dalam keadaan trauma tetapi sempat meminjam komputer milik jiran untuk menulis kejadian yang berlaku menerusi Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Wardina berkata, dia tidak berasa terkesan dengan tulisan tersebut sebaliknya menganggap penulis blog itu terlalu mempunyai banyak masa untuk menulis pelbagai cerita mengenai orang lain.

Wardina berkata, dia juga tidak risau dengan pandangan masyarakat yang membaca entri tersebut kerana percaya mentaliti masyarakat di negara ini sudah cukup bijak untuk menilai sama ada kejadian tersebut benar atau tidak.

"Mungkin ada segelintir pihak akan terpengaruh dengan entri tersebut dan memikirkan perkara negatif mengenai diri saya, tetapi saya percaya itu hanya mewakili segelintir pihak sahaja.

Wardina Safiyah bersama suaminuya, Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak dalam kejadian pecah masuk di rumah mereka pada 12 Januari lalu.

"Rakan-rakan dan keluarga tahu apa yang sebenarnya yang berlaku dan pada tahap ini itu sudah memadai," ujarnya.

Sementara itu, Wardina berkata, penulis blog tersebut sepatutnya menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan berfaedah sebagai bahan bacaan supaya dapat mengembangkan minda masyarakat.

Katanya, walaupun kejadian samun yang berlaku terhadapnya mendapat liputan luas tetapi ia telah membuka mata banyak pihak supaya menjadi lebih berhati-hati dalam menjaga keselamatan keluarga.

"Ada perkara yang lebih penting untuk saya fikirkan daripada melayan karenah orang sebegini yang nyata hanya membuang masa," ujarnya.

Pada 12 Januari lalu, Wardina mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila rumahnya dimasuki tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat milik beliau sebelum mengarahkan semua anggota keluarga Wardina berkumpul.

Mohon Maaf

Sementara itu pihak mStar Online memohon maaf kepada Wardina terhadap kesilapan informasi berhubung pemilik blog berkenaan dan ia bukannya ditulis oleh Tun Faisal Ismail Aziz seperti laporan awal artikel ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan